Download - Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
1/19
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPK)AHLI KUMPULAN:
Amidah binti Anna
Maharani binti MohamedNorfazida binti Mardi
Siti Norliana binti Mohd Nor
[KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMASA]
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
2/19
APAKAH MAKSUD FALSAFAH?
Berasal dari Greece, yang bermaksudperasaan kasih kepada kebijaksanaan
atau ilmu pengetahuan. Pengetahuan tentang pengertian yang
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang
menjadi dasar ilmu-ilmu lain.
Pada amnya, perkataan falsafah boleh
difahamkan sebagai pemikiran atau
pandangan yang benar, rasional dan bernas.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
3/19
APAKAH MAKSUD
FALSAFAH PENDIDIKAN?
Falsafah pendidikan diertikan sebagai
pedoman, arah tuju atau pandanganterhadap perkara-perkara yangberkaitan dengan pendidikan.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
4/19
LATAR BELAKANG
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk
berdasarkan ideologi dan falsafah yangtermaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta
Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan
budaya masyarakat Malaysia.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
5/19
FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
6/19
MATLAMAT FPKMatlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan
untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalanpendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada
Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati
ciri-ciri :
Percaya kepada tuhan.
Berakhlak mulia.
Berilmu pengetahuan.
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama
dan negara.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
7/19
PERANAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala
usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan;
Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan MatlamatPendidikan Negara;
Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistempendidikan negara;
Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakantugas-tugas pendidikan;
Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum,
bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;
Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasarpendidikan;
Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalamsebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
8/19
PERANAN GURU vs FPK * Mengelakkan daripada menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangandengan Rukun Negara.
* Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
* Menghormati masyarakat sebagai tempat berkhidmat dan memenuhisegala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
* Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergasuntuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiaan
masyarakat.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
9/19
IMPLIKASI (FPK) DALAM SISTEM
PENDIDIKAN NEGARA KITA
Implikasi terhadap kurikulum
- Perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskankepada program bersepadu seperti Kurikulum BersepaduSekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).
- Perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih
menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalamsemua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insanyang seimbang dan harmonis.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
10/19
Sambungan
Implikasi terhadap pendidik
- Perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visipositif dalam menjalankan tugas atau profession bagimencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Implikasi terhadap institusi pendidikan
- Perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar
mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang adadalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani secara seimbang.
- Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusifuntukmemupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
11/19
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANDAN KANDUNGAN KURIKULUM
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini,
sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu SekolahRendah (KBSR) bagi mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual telah digubal bersesuaian dan selaras
dengan hasrat FPK.
(Rujuk : Matlamat mata pelajaran PSV sekolah rendah)
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
12/19
Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni
Visual telah menegaskan kegiatan dalam
proses penghasilan dengan melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan
daya kreativiti individu melalui penajamandaya intuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi murid.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
13/19
Sambungan.. Pelajar diharap dapat mengamal
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional
dan mampu mengendalikan kehidupan
dengan membawa bersama nilai positif.
Secara tidak langsung menerap budayamenghargai serta mengaplikasi ilmu yang
diperolehi.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
14/19
MATLAMAT PSV SEKOLAH RENDAH
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis,
kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan
seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
15/19
OBJEKTIF PSV SEKOLAH RENDAH
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendahmurid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif
dan meyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan
selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni
visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan
yang berfaedah.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
16/19
ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN
OBJEKTIF PSV
Pendidikan suatu usaha berterusan melibatkan diri dalam kegiatan senivisual sebagai aktivitikesenggangan yang berfaedah.
Memperkembangkan potensi secaramenyeluruh dan bersepadu.
mengembangkan kemahiran asas dalampelbagai kegiatan seni visual,
Mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, jasmani,
emosi dan rohani serta sosial. (JERIS)
melibatkan diri dalam kegiatan senivisual secara aktif, kritis, kreatif
dan meyeronokkan,
Kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan.
menghargai keindahan alam ciptaanTuhan,
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
17/19
ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN OBJEKTIF PSV
Rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan
- mengenali asas seni reka dan olahanserta dapat menggunakannya,- menggunakan kemudahan teknologi
dalam kegiatan penghasilan senivisual,
Rakyat Malaysia yang berketrampilandan berakhlak mulia
-memupuk nilai-nilai kerjasama, yakindiri, disiplin diri danbertanggungjawab
Rakyat yang memberi sumbanganterhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dannegara.
mengenal dan menghargai tokoh senidan budaya tanah air,
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
18/19
KESIMPULAN
Penyataan falsafah ini menggariskan bahawa sistem
pendidikan negara memberi penekanan kepada
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik
berdasar kepercayaan, keyakinan serta kepatuhankepada Tuhan.
Ini bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegangteguh kepada agama supaya dapat melahirkan insan
yang baik dan sempurna.
-
7/31/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
19/19
Sekian, terima kasih.