FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 4
DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI SEKOLAH-
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU, NEGERI
JOHOR.
MUHAMAD ZAIRULNIZAM BIN ZAKARIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU, NEGERI JOHOR.
SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya MUHAMAD ZAIRULNIZAM BIN ZAKARIA
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh : ____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIDIK)
Alamat Tetap : 252 FELDA TENGGAROH 01, 86810 MERSING, JOHOR Tarikh : 14 APRIL 2006
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
EN. YUSRI BIN
Tarikh : 14 APRIL 2006
√
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) ”
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : En. Yusri Bin Kamin
Tarikh : 14 April 2006
i
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 4
DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI SEKOLAH-
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU, NEGERI
JOHOR.
MUHAMAD ZAIRULNIZAM BIN ZAKARIA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”
Tandatangan : ……………………………………
Nama penulis : Muhamad Zairulnizam Bin Zakaria
Tarikh : 14 April 2006
iii
DEDIKASI
Buat Ayahanda dan Bonda serta ahli keluarga, terima kasih atas segala sokongan
dan doa kalian.
Khas untuk pensyarah yang dihormati, En. Yusri Bin Kamin, terima kasih atas
segala bimbingan dan nasihat.
Kenangan kepada pelajar Tingkatan 4 dan guru Teknologi Kejuruteraan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru atas kerjasama yang diberikan.
Ingatan kepada rakan seperjuangan 5 SPA, menghadapi pelbagai cabaran
ditempuhi bersama.
“ Kehidupan adalah sangat berharga, janganlah disia-siakan melainkan kepada perkara
yang terbaik ”
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnianya
laporan projek ini telah dapat disiapkan dengan sempurna.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Yusri Bin Kamin selaku pensyarah
pembimbing yang banyak memberi bimbingan, pendapat, tunjuk ajar dan sokongan yang
diperlukan dalam usaha menyiapkan projek penulisan ini.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan, teman seperjuangan dan semua yang terlibat
dalam menyiapkan laporan ini. Semoga Allah merahmati segala kebaikan mereka.
Akhir sekali, penghargaan yang setinggi-tinggi ditujukan kepada semua ahli
keluarga saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya. Segala
sumbangan dan bantuan kalian amatlah saya hargai. Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah-
sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Negeri Johor. Kajian ini dijalankan
di empat buah sekolah. Faktor yang dikaji adalah dari aspek kemahiran belajar, teknik
pengajaran guru, sikap dan persekitaran. Jumlah sampel kajian yang terlibat adalah
seramai 80 orang. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data-data
yang telah diperolehi dianalisis dengan berbantukan komputer, menggunakan perisian
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 11.5 untuk mengira peratusan,
kekerapan dan min. Hasil daripada kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi
pencapaian Teknologi Kejuruteraan ialah teknik pengajaran guru, sikap dan persekitaran
yang menunjukkan tahap yang tinggi dari segi nilai min berbanding faktor kemahiran
belajar yang menunjukkan tahap yang sederhana.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to identify of several factors that
influence on form four student’s achievement in Technology of Engineering subject. This
research was carried out in four secondary schools in Johor Bahru, Johor. In this study,
four factors which influence on student’s learning techniques, teaching techniques by
teachers, the student’s attitude in learning this subject and learning environment. A set of
questionnaire which covers all factors under the study was given to 80 respondents as a
sample. This questionnaire was used as a instrument to collect data in this study. Data
collected were analysed by using Statictical Package of Social Science (SPSS) Version
11.5, carried out the percentage, frequency and mean. The result of the research obtained
showed the factors which influence the student’s achievement in Technology of
Engineering subject were teacher’s teaching technique, student’s attitude and also the
environment. All of these factors showed their means at higher level compare to student’s
learning technique which is at moderate level.
vii
KANDUNGAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiv
xv
xvi
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Halaman Judul
Halaman Pengakuan
Halaman Dedikasi
Halaman Penghargaan
Abstrak
Abstract
Halaman Kandungan
Halaman Senarai Jadual
Halaman Senarai Rajah
Halaman Senarai Simbol
Halaman Senarai Lampiran
HALAMAN
1
1
4
5
BAB PERKARA
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
viii
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Guru
1.6.3 Ibu bapa
1.6.4 Sekolah
1.6.5 Jabatan Pendidikan Negeri, Johor (JPN)
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Faktor
1.8.2 Mempengaruhi
6
7
8
9
10
10
11
12
13
14
14
15
15
16
17
18
1.8.3 Pencapaian
1.8.4 Pelajar
1.8.5 Subjek
1.8.6 Teknologi Kejuruteraan
1.8.7 Kemahiran Belajar
1.8.8 Teknik Pengajaran Guru
1.8.9 Persekitaran
1.8.10 Sikap
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Konsep Pembelajaran
2.3 Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan
2.4 Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian
Teknologi Kejuruteraan
ix
2.4.1 Kemahiran Belajar
2.4.2 Teknik Pengajaran Guru
2.4.3 Sikap
2.4.4 Persekitaran
2.5 Kesimpulan
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Bahagian A
19
23
25
29
31
32
32
32
33
34
35
36
37
38
41
44
45
45
46
47
3.4.2 Bahagian B
3.5 Kajian Rintis dan Kebolehpercayaan Instrumen
Kajian
3.6 Prosedur Kajian
3.7 Penganalisaan Data
3.8 Kesimpulan
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Data Bahagian A
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
x
47
48
49
49
50
51
52
53
55
57
60
63
66
68
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Pekerjaan Bapa
4.2.4 Taburan Responden Mengikut
Pekerjaan Ibu
4.2.5 Taburan Responden Mengikut
Pendapatan Ibubapa
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Keputusan
Subjek Sains Dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR)
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Keputusan
Subjek Matematik Dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR)
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Keputusan
Subjek Teknologi Kejuruteraan Dalam
Ujian Yang Lepas
4.3 Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Faktor Kemahiran Belajar
4.3.2 Faktor Teknik Pengajaran Guru
4.3.3 Faktor Sikap Pelajar
4.3.4 Faktor Persekitaran
4.3.5 Hubungan Antara Faktor Yang Dikaji
Dengan Pencapaian Teknologi Kejuruteraan
4.4 Kesimpulan
xi
70
70
71
72
73
74
74
77
80
82
84
86
87
88
88
90
98
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan
5.3.1 Latar Belakang Pelajar
5.3.2 Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian
Subjek Teknologi Kejuruteraan
5.3.2.1 Persoalan Kajian 1
5.3.2.2 Persoalan Kajian 2
5.3.2.3 Persoalan Kajian 3
5.3.2.4 Persoalan Kajian 4
5.3.2.5 Persoalan Kajian 5
5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar
5.4.2 Cadangan Kepada Guru
5.4.3 Cadangan Kepada Ibubapa
5.4.4 Cadangan Kepada Sekolah
5.4.5 Cadangan Kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Johor (JPNJ)
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
HALAMAN
5
34
36
37
41
42
42
43
47
47
48
49
50
50
51
NO. JADUAL TAJUK
1.1 Pencapaian Teknologi Kejuruteraan SPM Bagi Negeri Johor
2003- 2004
3.1 Pemilihan Sampel Mewakili Populasi
3.2 Bilangan Dan Nombor Item Mengikut Aspek Kajian
Di Bahagian B
3.3 Jadual Skala Likert.
3.4 Pemeringkatan Berasaskan Skala Likert
3.5 Pengkelasan Skor Min Dan Status
3.6 Ujian Statistik Untuk Menguji Perkaitan antara
Dua Pemboleh Ubah
3.7 Klassifikasi Kekuatan Korelasi
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa
4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa
4.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu
4.5 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibubapa
4.6 Taburan Responden Mengikut Keputusan Subjek
Sains Dalam PMR
4.7 Taburan Responden Mengikut Keputusan Subjek
Matematik Dalam PMR
xiii
52
53
54
55
57
60
63
66
68
4.8 Taburan Responden Mengikut Keputusan Subjek
Teknologi Kejuruteraan Dalam Ujian Yang Lepas
4.9 Pemeringkatan Berasaskan Skala Likert
4.10 Klassifikasi Kekuatan Korelasi
4.11 Analisis Data Bilangan, Kekerapan, Peratusan Dan
Min Responden Bagi Faktor Kemahiran Belajar
4.12 Analisis Data Bilangan, Kekerapan, Peratusan
Dan Min Responden Bagi Faktor Teknik
Pengajaran Guru
4.13 Analisis Data Bilangan, Kekerapan, Peratusan
Dan Min Responden Bagi Faktor Sikap Pelajar
4.14 Analisis Data Bilangan, Kekerapan, Peratusan
Dan Responden Responden Bagi Faktor Persekitaran
4.15 Hubungan Antara Faktor Yang Dikaji Dengan
Pencapaian Teknologi Kejuruteraan
4.16 Kesimpulan Data Analisis Persoalan Kajian,
Purata Peratusan, Purata Min Dan Tahap
xiv
HALAMAN
40
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian
xv
SENARAI SIMBOL
SIMBOL TERJEMAHAN
MASTIC Pusat Maklumat Sains Dan Teknologi Malaysia
PMR Penilaian Menengah Rendah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
JPNJ Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pelajaran
BUPP Bahagian Unit Penilaian dan Peperiksaan
VMA Vernon Measurement Abilities
MAOS Multidimensional Achievement Orientation Sense
TEP Test of Educational Development
IQ Intelligence Quotient
MSQ Machigan Student Questionnaire
CPT California Personality Test
SCT Sentence Completion Test
SPSS Statistical Package for Social Science
AS Amat Setuju
S Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
ATS Amat Tidak Setuju
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
97
103
105
107
108
109
110
111
LAMPIRAN A Soal Selidik
LAMPIRAN B Kesahan Soal Selidik 1
LAMPIRAN C Kesahan Soal Selidik 2
LAMPIRAN D Jadual Saiz Sampel Minimum Mewakili Populasi
LAMPIRAN E Graf Pencapaian Teknologi Kejuruteraan SPM
Bagi Negeri Johor 2003-2004
LAMPIRAN F Surat Akuan Diri Daripada Fakulti Pendidikan
LAMPIRAN G Surat Kebenaran Kajian Daripada JPNJ
LAMPIRAN H Surat Kebenaran Kajian Daripada KPM
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan punca utama dalam menentukan perbezaan di antara
sebuah negara maju dengan negara kurang maju dari segi ekonomi dan segalanya. Masa
depan negara ini bergantung kepada kejayaan sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan
negara ini memerlukan perubahan dari segi model pendidikan baru yang boleh
menghasilkan pelajar atau sumber tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan
negara.
Menurut Paimah Atoma (2001) Wawasan 2020 merupakan suatu gerakan
kebangsaan baru yang menuntut komitmen dan kemahuan seluruh rakyat supaya berada
di depan bersama dunia yang sedang berubah dengan cepatnya. Matlamat terakhir
wawasan adalah pembentukan sebuah negara (Malaysia yang benar-benar maju
menjelang tahun 2020) iaitu sebagai sebuah “industrialised country”. Malaysia yang maju
sepenuhnya itu tidak pula mengambil acuan kemajuan salah sebuah negara yang
dianggap negara maju tetapi mengikut acuan negara Malaysia sendiri. Adalah menjadi
2
harapan kepada semua iaitu Malaysia akan menjadi sebuah negara yang benar-benar
maju, bersatu, berdikari, makmur dan progresif menjelang tahun 2020.
Terdapat sembilan cabaran dalam usaha untuk merealisasikan idea Wawasan
2020. Cabaran keenam menggagaskan supaya rakyat Malaysia tidak seharusnya menjadi
pengguna teknologi semata-mata tetapi juga bertindak sebagai penyumbang terhadap
pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa depan. Di samping itu,
masyarakat Malaysia boleh menyebarkan ilmu sains dan teknologi kepada negara-negara
membangun yang lain dalam sektor pertanian, perindustrian dan pembuatan.
Menurut Zainal Abidin Ahmad (2005), teknologi boleh ditakrifkan sebagai
kajian yang bersistem mengenai teknik untuk menghasilkan dan melakukan sesuatu
benda. Istilah ini yang telah mula digunakan dalam bahasa Inggeris sejak kurun ke 17
merupakan gabungan dari perkataan Greek; techne yang bermaksud “seni” atau “kraf”
dan logos yang bermaksud “perkataan” atau “ucapan”.
Secara ringkas istilah teknologi membawa maksud penggunaan alat, bahan dan
proses oleh manusia untuk membolehkan mereka melakukan atau menghasilkan
sesuatu. Teknologi digunakan untuk memenuhi keperluan manusia. Oleh sebab
manusia sentiasa mencipta dan menggunakan cara atau proses yang baru untuk
memudahkan kehidupan mereka, maka penggunaan teknologi telah menyebabkan
berlaku perubahan yang banyak kepada kehidupan manusia.
Teknologi telah dicipta dan digunakan dalam pelbagai bidang kehidupan
manusia. Umpamanya bidang komunikasi, pengangkutan, pembinaan, pembuatan dan
tenaga. Teknologi komunikasi ialah kajian berhubung dengan penghantaran dan
penerimaan maklumat melalui penglihatan, pendengaran elektronik atau lain-lain lagi.
3
Radio, telefon, televisyen dan komputer ialah contoh peralatan bagi teknologi
komunikasi.
Sebenarnya kesemua bidang teknologi seperti yang telah dijelaskan di atas
adalah saling berhubungan di antara satu sama lain. Sebagai contoh, cuba perhatikan
pesawat angkasa lepas yang membawa manusia dan peralatan. Pesawat tersebut
mempunyai sistem komunikasi yang kompleks dan memerlukan pembinaan struktur
khas supaya dapat dilancarkan ke angkasa. Ia tidak akan dapat dihidupkan sekiranya
tidak ada bahan bakar yang akan mengeluarkan tenaga dan kuasa. Peralatan yang
terdapat pada pesawat tersebut telah dihasilkan di pelbagai jenis kilang pembuatan
dengan penggunaan teknologi tertentu.
Dengan itu pendidikan, khasnya pendidikan sains dan teknologi perlu menyahut
cabaran untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dan berketrampilan.
Namun demikian, terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian
ini cuba meninjau beberapa faktor tersebut daripada perspektif pelajar melalui satu soal
selidik.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Dari kajian yang telah dijalankan, masyarakat Malaysia didapati kurang membaca
bacaan yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Ini jelas ditunjukkan oleh satu kajian
yang telah dijalankan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)
dimana hasil kajiannya mendapati 71.1% masyarakat Malaysia gemar memilih majalah
sebagai bahan bacaan berbanding hanya 19.4% memilih untuk membaca bahan bacaan
berunsurkan sains dan teknologi. Kajian ini dijalankan ke atas 5055 rakyat Malaysia
merangkumi berbagai etnik dan peringkat umur. Jika keadaan ini berterusan, matlamat
negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 tidak akan tercapai. Daripada kajian yang
telah dijalankan ini menunjukkan kurangnya kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia
tentang budaya membaca berbanding dengan masyarakat negara maju.
Faktor ini merupakan salah satu daripada faktor yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah. Penguasaan mata
pelajaran Teknologi Kejuruteraan di kalangan pelajar sekolah masih di tahap kurang
memuaskan. Ini dapat dilihat dalam jadual 1.1 yang menunjukkan pencapaian Teknologi
Kejuruteraan, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Negeri Johor 2003-2004 (Sumber ;
Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), laporan Post-Mortem 2004). Pelajar yang
memperolehi pencapaian rendah adalah seramai 248 orang (47.7%) pada tahun 2003.
Manakala tahun 2004 seramai 217 orang (38.1%). Secara keseluruhannya, pencapaian
pelajar dalam subjek Teknologi Kejuruteraan di semua sekolah di Negeri Johor dapat
dilihat dalam jadual 1.1. Jadual 1.1 menunjukkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun
2003 dan 2004 bagi analisis Daerah mengikut mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.
5
Jadual 1.1 : Pencapaian Teknologi Kejuruteraan SPM bagi negeri Johor 2003- 2004
Gred
Tahun 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G
Jumlah
2003 0 6 60 65 74 67 75 96 77 520
2004 7 50 65 50 84 95 86 75 56 570
Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Laporan Post-Mortem 2004
Fenomena ini jelas menunjukkan kepada kita, bahawa pembelajaran Teknologi
Kejuruteraan di kalangan pelajar sekolah perlu dipertingkatkan lagi. Ini adalah bertujuan
untuk mencapai matlamat negara iaitu mewujudkan masyarakat yang berteknologi dan
saintifik. Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengetahui faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi
Kejuruteraan di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang diterangkan, maka pengkaji ingin
melihat apakah faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam mata
pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Daerah
Johor Bahru, Negeri Johor.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk meninjau beberapa faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan pelajar Tingkatan 4
dalam subjek Teknologi Kejuruteraan.
Tujuan utama kajian ini ialah :-
i. Mengenalpasti faktor kemahiran belajar yang mempengaruhi pencapaian
pelajar Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.
ii. Mengenalpasti faktor teknik pengajaran guru yang mempengaruhi
pencapaian pelajar Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Teknologi
Kejuruteraan.
iii. Mengenalpasti faktor sikap yang mempengaruhi pencapaian pelajar
Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.
iv. Mengenalpasti faktor persekitaran yang mempengaruhi pencapaian pelajar
Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.
v. Mengenalpasti samaada terdapat perhubungan yang signifikan di antara
keempat-empat faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar.
7
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian, berikut adalah persoalan-persoalan kajian :-
i. Apakah kemahiran belajar merupakan faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan?
ii. Apakah teknik pengajaran guru merupakan pendorong kepada pencapaian
pelajar dalam subjek Teknologi Kejuruteraan?
iii. Apakah sikap merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan?
iv. Apakah persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam subjek Teknologi Kejuruteraan?
v. Apakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara keempat-empat
faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar?