FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN
PENGAJARAN GURU PELATIH UTM DALAM MENGHADAPI LATIHAN
MENGAJAR
ZULFAHMI BIN MD HANAFIAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU PELATIH UTM DALAM MENGHADAPI LATIHAN MENGAJAR
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: ZULFAHMI BIN MD HANAFIAH (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 346, KG KEPULAU, 16040 PALEKBANG,KELANTAN.
PROF MADYA DR. SETH BIN
SULAIMAN Nama Penyelia
Tarikh:______________________ Tarikh:_______________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)
√
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)”.
Tandatangan : ………………………….
Nama Penyelia: PM DR SETH BIN SULAIMAN
Tarikh : ………………………….
ii
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN
PENGAJARAN GURU PELATIH UTM DALAM MENGHADAPI LATIHAN
MENGAJAR
ZULFAHMI BIN MD HANAFIAH
AP040342
850126-03-5307
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (FIZIK)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2008
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………….
Nama Penulis : ZULFAHMI BIN MD HANAFIAH
Tarikh : ………………………….
iv
DEDIKASI
Untuk Allahyarham ayahanda tersayang yang telah kembali ke rahmatullah
Md Hanafiah Bin Muhammad,
buat bonda tercinta Che Som Binti Che Hassan,
kepada abang-abang dikasihi Sani Azman, Hadi Irman dan Noorul Khairi,
serta adik-adikku yang dirindui, Siti Hajar dan Siti Fatimah..
Terima kasih di atas segala sokongan
dan pengorbanan yang kalian berikan..
Buat rakan taulan....
Terima kasih di atas segala-galanya....Doa kalian membakar semangat...Semoga
Kejayaan menjadi milik kita semua...
Semoga segalanya mendapat rahmat dan hidayah dari
Allah S.W.T..
v
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya projek
sarjana muda ini dapat disiapkan.
Pertama sekali diucapkan setinggi penghargaan kepada pensyarah
pembimbing PSM saya iaitu Prof. Madya Dr. Seth Sulaiman. Segala tunjuk ajar dan
panduan yang diberikan membolehkan saya melaksanakan projek ini dengan baik
serta banyak memberi bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh ini.
Penyelidik turut merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang
diberikan oleh responden-responden yang terlibat dalam projek ini.
Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu penyelidik
dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Jasa kalian amat dihargai dan semoga
mendapat rahmat dan keredhaan Illahi. Terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih dalam menghadapi latihan
mengajar. Faktor-faktor tersebut adalah faktor persediaan pengajaran, faktor
persekitaran pengajaran, faktor teknik pengajaran, faktor penggunaan alat bantu
mengajar dan bahan bantu mengajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set
soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A merangkumi butir-butir
peribadi responden, manakala Bahagian B pula mengandungi 40 item yang berkaitan
dengan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih.
Keberkesanan pengajaran guru pelatih ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu
dipengaruhi oleh faktor, sederhana dipengaruhi oleh faktor dan tidak dipengaruhi
oleh faktor. Seramai 80 orang responden telah dipilih ialah pelajar tahun akhir iaitu
pelajar-pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik, Sains,
Matematik dan Kimia), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar-
pelajar tersebut telah menjalani latihan mengajar pada semester 1 sesi 2007/2008.
Data-data yang diperolehi daripada kajian ini dianalisis dengan berbantukan
komputer menggunakan Statistical Package for Social Science (SPPS) versi 10.0.
Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan keberkesanan pengajaran
guru pelatih dipengaruhi oleh faktor persediaan pengajaran, faktor persekitaran
pengajaran, faktor teknik pengajaran, faktor penggunaan alat bantu mengajar dan
bahan bantu mengajar pada tahap dipengaruhi oleh faktor.
vii
ABSTRACT
This research was conducted to identify the factors that can influence on the
effectiveness of teaching by teacher trainees during practical teaching. The factors
were teaching preparation, teaching environment, teaching technique and usage of
teaching tools and materials. Research instrument used was a questionnaire which
consisted of two parts. Part A looks at personal data of respondents, whereas part B
contains 40 items related to the factors that influence on the effectiveness of
teaching. The effectiveness of teaching is categorized with three levels namely
“influenced by factor”, “moderately influenced by factor” and “none influenced by
factor”. A group of 80 respondents from fourth year undergraduate science courses
(Physic, Science, Mathematic, and Chemistry) in Faculty of Education UTM were
chosen. These students had practical teaching experience in semester 1 session
2007/2008. Data collected were analysed by using Statistical Package for Social
Science (SPSS) version 10.0. Overall, the outcome of the research shows that the
effectivesness of teaching by teacher trainees during practical teaching is at level
“influenced by factors”.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Pengajaran 11
1.8.2 Keberkesanan 11
1.8.3 Guru 12
ix
1.8.4 Guru Pelatih 12
1.8.5 Latihan Mengajar 12
2 SOROTAN PENULISAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Latihan Mengajar 14
2.3 Objektif Latihan Mengajar 15
2.4 Objektif Pengajaran 16
2.5 Pengajaran Berkesan 17
2.6 Persediaan Pengajaran Guru Pelatih 18
2.7 Persekitaran Pengajaran 20
2.8 Teknik Pengajaran 22
2.9 Penggunaan Alat Bantu Mengajar dan Bahan 24
Bantu Mengajar
2.10 Rumusan 26
3 METODOLOGI 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Instrumen Kajian 28
3.4 Kajian Rintis 30
3.5 Populasi Sasaran 31
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Analisis Data 33
3.8 Kaedah Min 35
3.9 Analisis Deskriptif 36
3.10 Jangka masa Kajian 36
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 38
4.1 Pengenalan 38
4.2 Bahagian A : Maklumat Diri Responden 39
4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 39
x
4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus 40
Pengajian
4.2.3 Bilangan Responden Mengikut PNG 41
4.3 Bahagian B : Analisis Faktor-faktor yang 42
Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran
Guru Pelatih UTM
4.3.1 Item Soal Selidik Mengikut Faktor 42
4.3.2 Analisis Persoalan 1 42
4.3.3 Analisis Persoalan 2 44
4.3.4 Analisis Persoalan 3 46
4.3.5 Analisis Persoalan 4 48
4.4 Rumusan Hasil Kajian 50
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 51
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan 52
5.2.1 Persoalan Kajian 1 53
5.2.2 Persoalan Kajian 2 54
5.2.3 Persoalan Kajian 3 55
5.2.4 Persoalan Kajian 4 57
5.3 Rumusan Kajian 59
5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59
mempengaruhi keberkesanan pengajaran
guru pelatih dalam latihan mengajar
5.3.2 Adakah faktor persekitaran pengajaran 59
mempengaruhi keberkesanan pengajaran
guru pelatih dalam latihan mengajar
5.3.3 Adakah faktor teknik pengajaran 59
mempengaruhi keberkesanan pengajaran
guru pelatih dalam latihan mengajar
5.3.4 Adakah faktor penggunaan ABM dan BBM 60
mempengaruhi keberkesanan pengajaran
guru pelatih dalam latihan mengajar
5.4 Cadangan 60
xi
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 61
5.6 Penutup 62
SENARAI RUJUKAN 63
LAMPIRAN 66 - 71
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pecahan Soalan-Soalan 29
3.2 Skala Likert 30
3.3 Populasi Sasaran 32
3.4 Pengelasan Skala Pemeringkatan Likert 34
3.5 Skor Peratusan 35
3.6 Skor Min 36
4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 39
4.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus Pengajian 40
4.3 Bilangan Responden Mengikut PNG 41
4.4 Taburan data kekerapan, f dan peratus faktor persediaan 42
pengajaran.
4.5 Taburan data kekerapan, f dan peratus faktor persekitaran 44
pengajaran
4.6 Taburan data kekerapan, f dan peratus faktor teknik 46
pengajaran
4.7 Taburan data kekerapan, f dan peratus faktor ABM dan 48
BBM
xiii
SENARAI SINGKATAN
f - Kekerapan
% - Peratus
PNG - Purata Nilai Gred
SPSS - Statistical Package for the Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
ABM - Alat Bantu Mengajar
BBM - Bahan Bantu Mengajar
LM - Latihan Mengajar
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 66
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Profesion pendidikan agak berbeza dan kompleks jika dibandingkan dengan
profesion dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perniagaan dan lain-lain. Dalam
bidang pendidikan, tugas pengajar adalah mendidik dan membentuk manusia yang
keadaannya mempunyai perbezaan daripada segi kebolehan kognitif, afektif dan
psikomotor. Ini bermakna pelajar yang diajar oleh guru adalah berbeza-beza
kebolehan intelek, kesediaan emosi dan kebolehan fizikalnya. Dengan ini kemahiran
dan kaedah tertentu akan digunakan dalam pengajaran belum pasti lagi sesuai bagi
kesemua pelajar dalam kelas. Di samping itu, perkara yang diajar mungkin dapat
mendidik dan mengembangkan kebolehan intelek pelajar sahaja sedangkan aspek
afektifnya iaitu perkembangan emosinya tidak membawa perubahan yang jelas
(Esah, 2003).
2
Pendidikan amat penting dalam menyediakan negara dengan modal insan
berkualiti yang memiliki sahsiah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikir secara
kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi ruang pemodenan menuju wawasan 2020.
Selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),
pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan
yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020,
(PIPP Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006-2010). Sebahagian besar cabaran
pembinaan modal insan terletak di bahu pendidik. Mereka terlibat dalam dunia
pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang
pelajar.
“Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan di
Malaysia adalah suatu yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah(JERIS)”, (Abu
Hassan, 2003). Modal insan yang ingin dihasilkan juga mampu untuk berfikir secara
kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru dan mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan
dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
Di sini, peranan guru amat penting bagi memastikan tiada masalah yang akan
timbul dan pelaksanaan ini dapat berjalan dengan lancar. Golongan pendidik di
negara ini perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman
dan perlu sedia untuk menghadapi cabaran globalisasi, di samping meningkatkan
kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan
disanjungi oleh pelajar, ibubapa dan masyarakat. Guru sering dikaitkan dengan ilmu
pengetahuan yang dibawanya. Oleh hal yang demikian, guru perlu meningkatkan lagi
3
keupayaan, minat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran sebelum memberi
tumpuan pengajaran kepada pelajarnya.
Antara tugas penting guru dalam membangun modal insan pula ialah
membentuk personaliti unggul dalam membina kepimpinan mantap. Personaliti
unggul bakal diterjemahkan melalui peribadi mulia, mempunyai sifat amanah yang
mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan yang diberikan. Tugas guru adalah untuk
meningkatkan keupayaan, minat dan bakat pelajar bagi menguasai ilmu pengetahuan
dan kemahiran. Penguasaan bahasa Inggeris juga sebagai penambah nilai modal
insan dikenal pasti antara perkara yang dititikberatkan pada zaman globalisasi ini.
Selain guru yang telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan, bakal-
bakal guru atau dikenali juga sebagai guru pelatih yang akan meneruskan perjuangan
dalam bidang ini juga tidak terkecuali dalam memastikan pelaksanaan pembangunan
negara dapat diteruskan dengan jayanya. Di Malaysia terdapat beberapa institusi
pengajian tinggi khususnya awam yang mempunyai dan menawarkan kursus-kursus
pendidikan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan seperti di Universiti Teknologi
Malaysia(UTM). Fakulti pendidikan(FP) UTM adalah fakulti yang
bertanggungjawab terhadap pelajar-pelajar dalam jurusan pendidikan ini.
Sebelum bergelar sebagai guru yang bertauliah, guru pelatih perlu
menghadapi dan menempuhi program latihan mengajar selama 12 minggu di
sekolah. Sebelum memulakan sesi latihan mengajar ini, pelajar-pelajar jurusan
pendidikan ini perlu mengambil subjek pengajaran mikro sebagai persediaan
menghadapi latihan mengajar yang sebenar di sekolah nanti. Subjek pengajaran
mikro adalah tempoh percubaan bagi pelajar jurusan pendidikan mempamerkan ciri-
ciri seorang guru yang sepatutnya ada pada diri mereka masing-masing. Semasa
menjalani latihan mengajar pula, guru pelatih perlu bersedia menghadapinya dan
dapat menjalankan proses pengajaran mereka dengan baik. Proses pengajaran mereka
perlu dilaksanakan dengan penuh berkesan.
4
Keberkesanan pengajaran guru pelatih semasa latihan mengajar adalah
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor persediaan, faktor
persekitaran, faktor teknik pengajaran dan faktor penggunaan alat bantu mengajar
serta bahan bantu mengajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kajian ini amnya dijalankan oleh penyelidik adalah disebabkan beberapa
masalah yang timbul semasa proses pengajaran. Perkara ini lebih tertumpu kepada
guru-guru pelatih yang menghadapi latihan mengajar di sekolah masing-masing.
Keberkesanan pengajaran guru pelatih dalam latihan mengajar ini melibatkan faktor
persediaan, faktor persekitaran, faktor teknik pengajaran dan faktor penggunaan alat
bantu mengajar serta bahan bantu mengajar.
Latihan Mengajar(LM) merupakan tempat di mana guru pelatih dapat
mencungkil bakat masing-masing dan sebagai persediaan mereka untuk menjadi guru
yang bertauliah kelak. LM juga merupakan permulaan awal bagi guru pelatih
menjalankan pengajaran, menimba pengalaman, ilmu pengetahuan dan juga tempat
untuk menyesuaikan diri mereka dengan suasana mengajar di sekolah. Mereka akan
berdepan dengan situasi yang sebenar di sekolah dan pengajaran mereka dinilai akan
oleh pensyarah sama ada pengajaran mereka baik atau sebaliknya.
Pada masa ini, guru pelatih sering kali berhadapan dengan beberapa masalah
seperti tidak dapat mempraktikkan pengajaran mikro sebelum ini di dalam proses
pengajaran dalam kelas. Selain itu, pelajar di sekolah keseluruhannya mempunyai
pencapaian yang baik tetapi pelajar sukar untuk memahami konsep yang diajar oleh
5
guru pelatih dan hanya menghafal pembelajaran mereka serta tidak tahu untuk
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Keberkesanan pengajaran guru pelatih dipersoalkan apabila timbul masalah-
masalah sedemikian. Proses pengajaran melibatkan penyusunan dan manipulasi
sesuatu keadaan di mana terdapat rintangan dan halangan yang perlu diatasi oleh
individu, (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1997). Sesuatu pengajaran itu perlu
mempunyai objektif pengajaran yang nyata, jelas dan sesuai pada tempatnya. Adalah
lebih baik jika suatu proses pengajaran itu dilakukan melibatkan interaksi antara guru
pelatih dan pelajar supaya pelajar akan memahami apa yang dipelajari.
Proses pengajaran mempunyai dua bahagian di mana ianya terdiri daripada
pengajaran secara teori dan pengajaran secara praktikal seperti melakukan
eksperimen. Kedua-dua bahagian ini penting untuk melakukan pengajaran yang
berkesan dalam sesebuah kelas. Proses pengajaran yang berkesan amat bergantung
kepada persediaan guru pelatih itu sendiri di mana sebagai pendidik, setiap guru
pelatih itu perlu mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan
tidak hanya bergantung pada subjek pengajaran guru pelatih itu sahaja.
Selain itu, pelaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa
Inggeris juga telah membuka mata banyak pihak terutamanya guru pelatih aliran
sains. Guru pelatih ini seharusnya membuat banyak persediaan dari segi mental,
fizikal dan rohani. Persediaan yang rapi dalam penguasaan bahasa Inggeris
memerlukan pengorbanan yang tinggi. Pengorbanan ini memerlukan guru pelatih
memenuhi ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam bidang yang akan diajar di
samping mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris setiap masa. Penggunaan bahasa
Inggeris dalam proses pengajaran menjadikan guru pelatih bertungkus lumus untuk
menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik dan menjadikan mereka berdaya saing
di antara satu sama lain.
6
Persekitaran pengajaran dan pembelajaran itu juga penting bagi mendapatkan
keberkesanan pengajaran. Guru perlu sentiasa bersedia dan kreatif untuk
mengubahsuai mengikut keadaan dan menggunakan sebarang kesempatan yang
timbul dalam kelas pada bila-bila masa untuk mewujudkan peluang pembelajaran
pelajar. Kerjasama daripada pengetua dan guru di sekolah juga adalah penting bagi
guru pelatih. Perkara ini dapat meningkatkan pengajaran guru pelatih apabila mereka
mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan seterusnya mereka dapat
memotivasikan diri mereka. Selain itu, tempat pengajaran juga memainkan peranan
yang penting bagi guru pelatih untuk menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan
supaya dapat dinilai oleh pensyarah dengan baik. Bilik darjah atau kelas-kelas lain
seperti makmal amali pula perlu dalam keadaan selesa dan suasana yang baik.
Masih terdapat beberapa kekurangan pendidikan di kawasan pedalaman iaitu
di luar bandar menjadi suatu isu yang diperkatakan pada masa kini. Oleh itu, sebagai
guru pelatih yang baik, perlunya menerapkan nilai-nilai murni dan moral yang baik
kepada pelajar yang berada di bahagian pedalaman dan menggunakan pendekatan
pengajaran yang sesuai. Di bandar, isu guru pelatih tidak banyak timbul
memandangkan kawasan bandar adalah merupakan tempat yang lengkap dengan
segala kemudahan dan cukup bagi meningkatkan keupayaan dan minat untuk
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, pusat segala ilmu
pengetahuan adalah tertumpu di bandar dan pendidikannya dilaksanakan pada tahap
yang paling maksimum. Berbeza di kawasan pedalaman, masalah pendidikan seperti
buta huruf, buta ilmu dan tidak mahir dengan 3M(Membaca,Mengira,Menulis)
adalah krisis pendidikan yang masih menjadi fenomena yang berpanjangan dan tiada
kesudahannya.
Teknik pengajaran yang digunakan pula dapat membantu guru pelatih untuk
menjalankan proses pengajaran dengan lebih menarik serta dapat menarik perhatian
pelajar dan seterusnya pelajar akan aktif dalam pembelajaran mereka. Setiap guru itu
mempunyai teknik pengajaran yang tersendiri dan berbeza-beza antara satu sama
lain. Sehubungan itu, terdapat guru yang mesra dengan pelajar, banyak menasihati
7
dan mengajar dengan cara yang lebih bertolak ansur dengan pelajar manakala ada
yang menekankan aspek peraturan dan mengikut perancangannya dengan tegas. Oleh
itu, guru pelatih boleh menggunakan pelbagai teknik pengajaran dalam proses
pengajarannya.
Esah (2003), gaya pengajaran ialah satu set ciri-ciri peribadi yang
menunjukkan dengan jelas bahawa seseorang individu itu sebagai seorang guru yang
unik. Oleh itu terpulanglah kepada guru pelatih itu sendiri untuk menggunakan
teknik pengajaran asalkan proses pengajaran itu berkesan dan dapat menarik
perhatian pelajarnya dan pelajar tidak mudah bosan. Teknik yang dilakukan oleh
guru pelatih juga adalah untuk mencapai objektif pengajaran dengan langkah-
langkah yang tersusun dari set induksi, kandungan penyampaian serta penutup
supaya pelajar dapat menerima pembelajaran mereka dengan berkesan.
Penggunaan alat bantu mengajar(ABM) pula adalah penting dalam proses
pengajaran. ABM merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantu dalam menyampaikan pengajaran. Pelajar akan lebih berminat untuk
belajar apabila guru pelatih menggunakan ABM seperti animasi dalam komputer.
Penggunaan ABM yang berorientasikan teknologi ini dapat mengurangkan
kebosanan pelajar dan seterusnya mereka dapat menumpukan perhatian dalam
pembelajaran mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar(BBM) yang betul dan
tepat pula dapat menghasilkan proses pengajaran yang berkesan. Guru pelatih yang
cenderung untuk mendapatkan bahan pengajaran yang baik dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran mereka. Sumber-sumber rujukan dan teks yang lebih dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dan tidak hanya bergantung kepada buku
teks sekolah semata-mata. Sumber daripada internet dan buku-buku rujukan yang
lain penting dan dapat menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada.
Selain itu, timbul masalah guru pelatih pada masa kini yang semakin berani
untuk tidak membuat persediaan mengajar harian, tidak mempunyai ciri-ciri seorang
8
guru, tidak matang, tidak menampilkan personaliti seorang guru seperti berpakaian
tidak lengkap, rambut panjang dan masuk ke kelas mengajar terlalu lambat.
1.3 Pernyataan Masalah
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sama ada faktor-faktor seperti
persediaan, persekitaran, teknik pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar
serta bahan pengajaran mempengaruhi keberkesanan guru pelatih dalam latihan
mengajar. Di sini kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor ini boleh
mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih dalam menghadapi latihan
mengajar di sekolah masing-masing.
1.4 Objektif Kajian
1. Mengenal pasti faktor persediaan mempengaruhi keberkesanan
pengajaran guru pelatih dalam latihan mengajar.
2. Mengenal pasti faktor persekitaran mempengaruhi keberkesanan
pengajaran guru pelatih dalam latihan mengajar.
3. Mengenal pasti faktor teknik pengajaran mempengaruhi keberkesanan
pengajaran guru pelatih dalam latihan mengajar.
9
4. Mengenal pasti faktor penggunaan alat bantu mengajar serta bahan
pengajaran mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih
dalam latihan mengajar.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian ini adalah :
1. Apakah faktor persediaan mempengaruhi keberkesanan pengajaran
guru pelatih dalam latihan mengajar?
2. Apakah faktor persekitaran mempengaruhi keberkesanan pengajaran
guru pelatih dalam latihan mengajar?
3. Apakah faktor teknik pengajaran mempengaruhi keberkesanan
pengajaran guru pelatih dalam latihan mengajar?
4. Apakah faktor penggunaan alat bantu mengajar serta bahan bantu
mengajar mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih dalam
latihan mengajar?