Download - EDU5811 T2
Tugasan EDU5811 T2
Isi Kandungan Mukasurat
Kajian kes "Hubungan Kepimpinan Transformasi Pengetua Dengan Efikasi Kendiri Guru"
1.Definisi Operasional mengenai pengetua 2 - 3
2. Persepsi kepimpinan merentasi pengurusan 3 - 4
3. Persepsi guru mengenai kepimpinan bilik darjah 4 - 5
4. Difinisi kepimpinan pengajian 5 - 9
4a. Efikasi- kendiri guru-guru dalam kajian ini merujuk 3 faktor
(Tschannen-Moran and Woolfolk Hoy, 2001) iaitu efikasi terhadap:
- Strategi pengajaran
- Efikasi terhadap pengurusan bilik darjah
- Efikasi terhadap penglibatan pelajar
4b. Kepimpinan berkesan 9 - 11
5.Teori kepimpinan transformational yang diaplikasi untuk meningkatkan efikasi kendiri guru
a. Pengenalan 12
b. Kepimpinan tranformasi 12 - 14
c.Ciri-ciri seorang pemimpin transformasi 14 -15
d. Siapakah pemimpin transformasi. 15
e. Dimensi amalan kepimpinan transormasi 16
f. Kepimpinan transformasional dan keberkasan organsisasi 17 - 19
6.Kesimpulan 19
7.Rujukan 20 -21
1
Difinisi mengenai pengetua
Pengetua adalah peneraju utama di sekolah. Kata-katanya adalah kata pemutus dan bicaranya
adalah suara rasmi organisasinya. Justeru, dalam arus perdana globalisasi hari ini, peranan
dan fungsi pengetua masih menjadi fokus dan perhatian umum. Ini bukan kerana pengetua
terlalu penting tetapi sebenarnya ribuan pelajar yang ada di dalam institusi sekolah itu yang
penting.
Dalam urusan rasmi sekolah, pengetua membawa tiga watak iaitu sebagai pentadbir, pengurus
dan pemimpin. Watak kepimpinana adalah tahap tertinggi dalam pengurusan sekolah.
Sebahagian besar kandungan buku ini mengupas dan membincangkan berkenanan dengan
keberkesanan kepimpinan pengetua menguruskan sekolah. Sebenarnya, isu keberkesanan
pengetua bukan perkara yang baru. Sudah lama isu ini dikaji dan diperdebatkan oleh penulis
dan pengkaji pendidikan. Namun, sehingga kini belum ada ukuran berkenaan keberkesanan itu
secara objektif.
Bagaimanakah hendak menjadi pengetua yang efektif? Suatu persoalan yang mudah tetapi
sukar dirumuskan dalam bentuk formula sebagai panduan yang dapat diterima umum. Namum
begitu, setakat ini terdapat tiga paksi yang menentukan keberkesanan kepimpinan pengetua
iaitu:
1. Kompetensi pengetua sebagai pemimpin dan pengurus yang meliputi pengetahuan,
kemahiran dan kepakaran. Peguasaan ketiga-ketiga elemen ini akhirnya membezakan tahap
kecekapan pengetua itu.
2
2. Sikap, nilai, etika dan persepsi pada tugas, organisasi dan persekitaran mempengaruhi
kepimpinan pengetua. Elemen ini menentukan bentuk dan cara bertindak iaitu ukuran bagi
menetukan tahap profesionalisme pengetua dalam menghadapi dan menangani perubahan.
3. Kemantapan sistem sokongan iaitu merangkumi kualiti pengurusan sumber, kemudahan
infrastruktur, sistem komunikasi, sistem pembagunan staf dan sebagainya mempengaruhi
keberkesanan kepimpinan pengetua terutamanya dalam memcapai matlamat organisasi.
Persepsi kepimpinan merentasi pengurusan
Banyak teori dikemukan bagi menunjukan kepimpinan adalah tahap tertinggi dalam pengurusan
sekolah. Setakat ini, terdapat lebih daripada tiga ribu kajian secara empirikal berkenaan dengan
kepemimpinan sama ada daripada segi definisi, konsep dan pengisian. Apabila dikaitkan
dengan perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Pertama, terdapat perbezaan
asas antara gerak kerja mengurus dan memimpin. Namun, daripada segi realiti, ia sukar
dipisah-pisahkan kerana ada masanya pengetua perlu bertindak sebagai pengurus dan ada
masanya sebagai pemimpin. Walau bagaimanapun, perlu akur bahawa apabila budaya
kepimpinan dapat dilaksanakan, ia dengan sendirinya menjangkau melebihi sempadan
pengurusan dan menepati kata pepatah 'sekali dayung sampai dua tanjung'. Saranan daripada
Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah Kementeriana Pendidikan Malaysia
(1982) dikemukakan kerana ia masih relevan dalam konteks perbincangan ini iaitu:
Peranan utama kepimpinan pengetua atau guru besar mestilah cekap dan banyak menghabiskan masa
mengelolakan aktivit pembelajaran di sekolah-sekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara
yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-
aktiviti profesional guru dan pelajar dan jangan hanya semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di
bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat-surat siaran.
3
Saranan itu memperlihatkan dengan jelas aliran pengurusan sekolah iaitu daripada pentadbir
kepada pengurus dan seterusnya sebagai pemimpin. Sebagai pemimpin, kita dapat mengubah,
mengadaptasi dan memodenkan pengurusan bagi menghadapi cabaran dan perubahan,
komitmen tinggi yang melahirkan inovasi dan kreativiti serta beranai mencuba perkara baru
berdasarkan kepakaran dan kemahiran yang tinggi.
kedua, institusi sekolah daripada segi sifatnya perlu diurus secara profesional oleh seorang
pemimpin. Institusi sekolah sentiasa bergerak maju, fungsinya berubah-ubah mengikut aspirasi
masyarakat dan negara. Institusi sekolah yang terdedah kepada perubahan sentiasa
berhadapan dengan cabaran-cabaran yang perlu ditangani secara berkesan. Ringkasnya,
sekolah yang diuruskan oleh seorang pengurus tidak berupaya menjadikan sekolah sebagai
sekolah dalam erti kata yang sebenar.
Persepsi Guru mengenai Kepimpinan Bilik Darjah
Kebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan bilik darjah kerana
bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolah. Persepsi ini
perlu dibetulkan seperti yang disarankan oleh Blase dan Blase (1998) bahawa asa kejayaan
sebuah sekolah yang berjaya bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran (pengetua; guru
besar) tetapi disebabkan oleh kordinasi para guru selaku pemimpin pengajaran. Pendapat ini
telah membezakan peranan antara pengetua sekolah dengan gurunya diman guru berperanan
sebagai pemimpin pengajaran dan pengetua sebagai penyelaras sahaja.
Pendapat ini telah disokong berdasarkan hasil kajian ke atas sekolah-sekolah efektif di mana
ciri-ciri kepimpinan pengajaran yang dimiliki pegetua sekolah menjadi faktor utama yang dapat
4
dapat memajukan sesebuah sekolah. Artikel ini akan memberi tumpuan terhadap maksud
kepimpinan bilik darjah; kepimpinan bilik darjah yang berkesan; faktor-faktor yang
mempengaruhi iklim sekolah; dan halangan dalam melaksanakan kepimpinan bilik darjah.
Amalan kebiasaan guru dalam bilik darjah lebih banyak kepada pengurusan bilik darjah
sedangkan kepimpinan bilik darjah tidak menjadi keutamaan. Situasi ini disebabkan program-
program yang berkaitan dengan latihan guru lebih banyak memberi penekanan kepada amalan
bilik darjah. Kesannya, guru yang mengajar tidak menyedari tentang peranan mereka sebenar
(Lambert,2003). Guru beranggapan bahawa peranan mereka hanya mengajar murid-murid
mengikut sukatan pelajaran yang disediakan dan secara tekal akan memastikan sukatan
pelajaran yang diperuntukan perlu dihabiskan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sparks
(2003) berpendapat bahawa guru adalah agen-agen perubahan yang penting dalam
memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan. Guru sebagai agen perubahan
perlu dijadikan agenda penting iaitu mempelajari ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan
dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan
keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan.
Definisi Kepimpinan Pengajaran
Cuban (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai tindakan mempengaruhi pihak lain dengan
sengaja. Tindakan ini bertujuan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Kepimpinan yang
baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas pihak yang dipimpin. Drath dan Palus
(dlm, Yukl, 2002) mengatakan kepimpinan adlah proses menerima apa yang orang lain lakukan
secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited. Bagi House et al, (dlm,
Yukl, 2002) kepimpinan adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi,
memotivasikan, dan membolehkan orang lain menyumbang ke arah keberkesanan dan
5
kejayaan oerganisasi. Bagi Owens (2001) pula, kepimpinan madalah satu set fungsi, ia berlaku
di dalam proses interaksi antara dua orangatau lebih yang terlibat; dan pemimpin berniat dan
berusaha untuk mempengaruhi tingkah laku orang lain. Berdasarkan semua definisi-definisi
tersebut, kepimpinan bolehkan dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan-
kegiatan manuasia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan
berusaha ke arah keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi.
Sungguh pun demikian, apabila kepimpinan dibincangkan daripada perspektif pendidikan
seringkali kepimpinan dikaitkan dengan kepimpinan pengajaran di sekolah dan bilik darjah.
Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan
pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru dan juga perkembangan pelajar. De
Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang
dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakan
pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid. Oleh itu, guru sewajarnya mengambil
berat terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesionnya mahupun
pertumbuhan pelajar itu sendiri.
Pembelajaran yang berkesan dan bermakna perlu diterajui oleh pengetua atau guru besar
sesebuah sekolah. Smith dan Andrews (1990) mengatakan peranan pengetua, antaranya
memberi arahan, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar bertujuan untuk memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Situasi ini boleh dilihat menerusi peranannya sebagai
kepimpinan pengajaran. Ini merujuk kepada kepimpinan yang mempunyai hubungan secara
langsung dengan proses-proses pengajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum salin
berinteraksi. Kepimpinan ke arah proses ini boleh dilaksanakan jika seseorang guru bertindak
sebagai penyelia dan juga penilai perkembangan pelajar; dan ia seolah-olah sedang menjalani
latihan dalam perkhidmatan. Matlamat umum kepimpinan pengajaran ialah untuk membaiki
6
atau mengekalkan keadaan-keadaan yang mengalakkan pembelajaran pelajar. Kemahiran dan
kecekapan kepimpinan pengajaran yang diamalkan pentadbiran sebuah sekolah perlu
diturunkan kepada guru-guru. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu mengambil berat memimpin
guru ke arah kecemerlangan dalam program-program pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya, isu pengajaran dan pengurusan yang merangkumi penilaian guru dan pelajar, iklim
sekolah, kurikulum, sumber dan peralatan mengajar, kakitangan, kaedah membuat keputusan,
matlamat pengajaran jangka pendek/panjang, sokongan komuniti, komunikasi dan interaksi
antara pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi kemahiran yang
sewajarnya.
Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan guru
sebagai pemimpin pengajaran memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi
kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi-stategi yang
berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program
pendidiakn yang bertambah kompleks; peningkatan profesionalisme dan pengkhususan guru;
pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran;
harapan komuniti dan ibu bapa; dan perubahan kurikulum - ini semua akan wujud dalam
keadaan berikut:
Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat capai dalam
setiap bilik darjah;
Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit dalam personaliti
mereka ketika kehadiran seseorang guru;
Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi
senyap; dan
Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan seseorang guru.
7
Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa pemimpin ini tidak
terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasikan kepada murid-murid yang diberi kuasa
bersama oleh seorang guru. Apa yang diperlukan adalah kesanggupan guru menurunkan kuasa
kepada murid. Menurut Wilcox (2005) dalam kepimpinan bilik darjah terdapat kepelbagaian
pemimpin yang boleh diwujudkan kerana di dalam bilik darjah itu sahaja ada dua jenis
pemimpin iaitu: 1) Guru kelas atau guru subjek; dan 2) pelajar yang diberi kuasa untuk
memimpin sama ada di dalam kelas ataupun tidak.
Bagi Hokk dan Vass (2002) kepimpinan bilik darjah yang berkesan memerlukan guru yang
memiliki kemahiran-kemahiran berikut:
1. Boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi;
2. Mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan;
3. Memahami bilik darjah adalah keinginan murid-muridnya;
4. Memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan
5. Berkebolehan mencari penyelesaian dan menghasilkan maklumat
Bagi menghasilkan pengajaran berkesan, Fenstermacher dan Soltis (1998) menyarankan tiga
pendekatan: 1) Pendekatan Eksekutif; 2) Pendekatan Empati; 3) Pendekatan Liberal.
Proses pengajaran dan pembelajaran (PP) secara normal berlaku di dalam bilik darjah di mana
murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru berperanan sebagai
pemimpin. pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sama
ada berjaya mendorong, bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan mempengaruhi pelajar
untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanaannya
dapat dijayakan sewaktu proses PP di dalam bilik darjah - merujuk kepada usaha yang
digerakkan ke arah pencapaian hasil pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru
8
sebagi pemimpin akan kelihatn dalm keupuayaan membuat perubahan di dalam bilik darjah
menerusi usaha yang dibuat bersama murid-murid menuju ke arah mpencapaian matlamat PP.
Pemimpin juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan,
mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, pemimpin
harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap subordinat agar sesuatu
matlamat tercapai.
Kepimpinan Berkesan
Siapakah yang dimaksudkan pemimpin di dalam bilik darjah? Dalam konteks ini, ada dua jenis
pemimpin yang wujud: 1) Guru kelas atau guru subjek; dan 2) Murid-murid yang diberi kuasa
untuk memimpin sewaktu guru hadir ataupun tidak (Wilcox, 2005). Fokus jenis pemimpin di sini
adalah golongan guru kerana golongan ini lebih banyak menonjolkan ciri-ciri kepimpinan di
dalam dan di luar bilik darjah selain banyak memberi impak kepada sekolah (Cheng & TSui,
1996).
Field (2004) menyamakan peranan guru denagn peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau,
bilik darjah boleh disamakn dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi yang
memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan
kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil ayng dipimpinnya.
Menurut Shippen dan Shippen (2004) seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang
berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan berikut: Pertama, boleh membentuk dan menyampaikan
visi yang jelas di dalam bilik darjah. Ini turut dipersetujui Buhler (1995). Ciri ini penting kerana
9
boleh membimbing murid-murid di pengkat bilik darjah untuk mencapai visi yang dibina secara
bersama tetapi, pemimpin guru ini perlu memastikan visi yang baru dibina bersama dengan
murid-murid seharusnya tidak bertentangan dengan visi sekolah.
Kedua, mempunyai kebolehan memimpin dan fleksible. Faktor fleksible ini amat penting kerana
boleh memupuk suasana di mana murid-murid akan mengetahui guru mereka adalah orang
yang bertimbang ras dan tabu btasan sebagai seorang pemimpin. Kadang kal, guru juga boleh
bersetuju dengan pendapat murid sekiranya pendapat tersebut bernas dan ada kebenarannya.
Kebolehan ini mencerminkan bahawa seseorang pemimpin itu adalah seorang yang bersikap
terbuka (Zenger & Folkman, 2004).
Ketiga, kebolehan untuk memimpin dan menjadi teladan kepada murid-muridnya. Apatah lagi,
setiap tindakan guru di dalam bilik darjah akan diperhatikan oleh murid-murid dan menjadi
contoh.
Keempat, bijak membuat keputusan. Keputusan yang dipilih sewajarnya akan mendatangkan
kebaikan kepada muridnya tetapi tidak menjejaskan kepentingan organisasinya (Chek
Mat,2003).
Kelima, membuang sifat mementingkan diri sendiri. Sebagai seorang guru, sifat mementingkan
diri perlu dibuang kerana mengutamakan kepentingan murid-muridnya (Shippen & Shippen,
2004) walaupun kadangkala mendatangkan kesulitan kepada dirinya sendiri.
Keenam, harus membuat pertimbangan yang seimbang untuk mengelak perasaan tidak puas
hati di kalangan muridnya, di samping mendapat kerjasama mereka. Selain bersifat jujur dan
merendah diri supaya murid boleh mendekatinya dan meluahkan masalah yang mereka hadapi
10
kerana kepercayaan mereka kepada guru. ini akan dapat membina hubungan yang positif
antara guru dan murid (Zenger & Folkman, 2004).
Ketujuh, sentiasa mengamalkan pembelajaran berterusan untuk menambah ilmu pengetahuan
dan kemahiran diri. menurut Kane (2001) ilmu pengetahuan yang diterima oleh guru akan
meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas. Kesannya, keadaan bilik darjah
menjadi lebih sistematik dan terkawal.
Lashway (2002) sebaliknya telah membincangkan perana pemimpin untuk menjana
keberkesanan PP daripada program Leading Learning Communities yang dibangunkan oleh
National Association of Elementary School Principals (NAESP). NAESP telah merumuskan
enam peranan pemimpin untuk menjana keberkesanan PP iaitu:
1. Mendorong pelajar-pelajr dan orang dewasa supaya mengutamakan usaha belajar;
2. Menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi;
3. Menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dan arahan ke arah piawaian yang
standard;
4. Mencipta satu budaya pembelajaran berterusan untuk orang dewasa;
5. Menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran; dan
6. Mengaktifkan sokongan komuniti untuk kejayaan sekolah/bilik darjah.
Pengenalan
11
Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai satu proses interaksi sosial anatra pemimpin dan
kakitangan, yang pemimpin akan mempengaruhi kakitangan untuk mencapai matlamat
organisasi. Telah terbukti terdapat hubungan yang rapat antara pemimpin dan kuasa.
Keupayaan pemimpin mempoengaruhi kakitangan banyak bergantung kepada hubungan kuasa
antara mereka berdua dengan situasi hubungan itu terjadi.
Pembacaan dalam kepemimpinan telah mencadangkan bahawa kepemimpinan sebenarnya
boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi dan kepuasan individu secara signifikan. Walau
bagaimanapun, adalah lebih penting untuk difahami bahawa kepimpinan merupakan proses
dua hala, iaitu tingkah laku pemimpin dipengaruhi oleh interaksi dengan kakitangan dan
jangkaan kakitangannya. Organisasi masa kini berusaha untuk meningkatkan kesedaran
peranan kepimpinan dalam mengubah struktur pengurusan bagi menangani tingkah laku
suborninat yang lebih berkemampuan tinggi.
Kepimpinan Transformasional
Kajian berkaitan kepimimpinan yang efektif dalam sektor korporat atau ketenteraan berkait
dengan hasil karya Burns (1978). Analisis kepemimpinan telah mengenal pasti dua istilah
kepemimpinan iaitu 'transactional' dan transformasional. Burns (1978) menyatakan bentuk
kkepemimpinan yang biasa diamalkan pemimpin ialah 'transactional'. Teori pengukuhan
merupakan asas kepada jenis kepemimpinan ini, iaitu melibatkan pertukaran sosial iaitu
pemimpin dan pengikut akan melakukan sesuatu dan akan mendapat sesuatu pula sebagai
balasan. Kepemimpinan 'transactional' memberi fokus kepada keperluan asa dan ganjaran
ekstrinsik sebagai suatu motivasi dan asas pengurusan.
Pemimpin transformasional bukan sahaj mengenal pasti keperluan pengikut, tetapi cuba
12
meningkatkan keperluan itu ke peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi dan pada
masa yang sama cuba memenuhi keperluan potensi kakitangan. Penglibatan keseluruhan
seperti emosi, intelek dan moral antara pemimpin dan pengikut akan menggalakan pengikut
membentuk keupayaan melebihi kadar biasa. Bentuk kepimpinan ini mengikat pemimpin dan
pengikut dalm satu proses perubahan yang kolaboratif yang akn mempengaruhi keseluruhan
prestasi organisasi dan sekali gus menghasilkan persekitaran yang produktif dan inovatif.
Keprmimpinan transformasional bertindak sebagai pemangkin perubahan dan bukan berubah
untuk bertindak balas sahaja. Pemimpin seperti ini selalunya mengamalkan tingkah laku yang
menggalakan kakitangannya supaya bertindak dengan lebih yakin terhadap kemampuaan diri
tanapa seliaan atau arahan, ia mampu mempengaruhi subordinat secara luar biasa. Pemimpin
transformasional memotivasikan kakitangannya untuk melipatgandakan usaha mereka
berbanding prestasi biasa. Prestasi biasa kakitangan diperolehi berdasarkan keyakinan biasa
mereka untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Peningkatan atau penambahan usaha ini
boleh dicapai dengan adanya usaha pemimpin untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan
kakitangan terhadap kepentingan dan nilai matlamat organisasi. Pemimpin juga perlu
menjelaskan cara untuk mecapai matlamat dan meningkatkan kesedaran diti tentang
pentingnya organisasi. Kesedaran yang meningkat ini, diiringi pula oleh keinginan mencapai
aras keperluan pada peringkat tinggi, akan menghasilkan usaha kakitangan yang luar biasa.
Aras usaha ini di kenali sebagai usaha luar jangka yang akan diperolehi selepas kakitangan
menyedari tentang wujudnya budaya kurang kesedaran diri dan budaya kurang mempunyai
keperluan pada peringkat tinggi.
13
Pemimpin transformasional: bawa perubahan dalam
budaya organisasi.
Model kepemimpinan transformasional
Ciri-ciri seorang pemimpin transformasi ialah:
1. Karisma. Pemimpin menyuntik ras bangga, percaya dan hormat-menghormati sebagai satu
penghargaan terhadap apa yang telah dilaksanakan. Segala usaha dianggap penting untuk
mencapai matlamat organisasi. Pemimpin perlu meningkatkan keupayaan untuk meningkatkan
penglibatan dan tumpuan kakitangan melalui dinamika dirinya seperti keyakinan diri, prinsip dan
ideologi serta penonjolan emosinya.
2. Motivasi berinspirasi. Pemimpin juga perlu meningkatkan kesedaran kakitangan dan
kefahaman tentang matlamat bersam melalui smbol dan pengaruhnya.
3. Pertimbangan individu. Pemimpin perlu pandai mengagihkan projek/aktiviti untuk
merangsang pembelajaran, pengalaman, menyediakan bimbingan, latihan, dan melayan setiap
kakitangan sebagi individu. Apa yang dilakukan oleh pemimpin transformasional ialah
meningkatkan keperluan kakitangan dan menyediakan peluang untuk mereka membentuk
keupayaan sebenar. Untuk mencapai matlamat tersebut pemimpin perlu melayan kakitangan
berdasarkan siapa mereka sebenarnya. Pemimpin perlu menyediakan sokongan, galakan, dan
14
Pengikut: dalam keadaan biasa menunjukkan usaha seperti yang diharapkan
Pengikut: tingkatkan motivasi untuk mencapai hasil yang
ditentukan (usaha lebih)
Pengikut: hasilkan prestasi melampaui jangkaan biasa
Pengikut: hasilkan prestasi seperti yang dijangkakan
pengetahuan yang dapat meningkatkan keupayaan diri kakitangan.
4. Stimulasi intelek. Ciri ini merupakan satu galakan mencabar status quo dan mengambil risiko.
Pengikut disokong kerana kreativiti dan haluan kendirinya. Pemimpin meningkatakan semangat
pengikut untuk berfikir dengan cara baru, memfokus kepada penyelesaian masalah serta
menggunakan alasan manasabah sebelum sesuatu tindakan diambil. Pemimpin menggalakkan
pengikut untuk melihat atau menyelesaikan masalah dengan menggunakan perspektif yang
baru.
Siapakah Pemimpin Transformasional?
Pemimpin transformasional terdiri daripada mereka yang menetukan kriteria tingkah laku yang
tinggi dan menjadi 'role model' untuk mendapatkan kepercayaan ahli, ras hormat dan ras yakin
daripada orang lain. Selalunya pemimpin ini merancang masa depan dan berusaha ke arah
penyempurnaannya. Pemimpin transformasional juga terdiri daripada mereka yang menyoal
status quo dan berterusan menjadi inovatif walaupun di puncak kejayaan. Pemimpin
transformasional adalah mereka yang memberi semangat kepada kakitangan untuk terus
meningkatkan usaha dan mencapai potensi prestasi secara maksimum.
Pemimpin transformasional juga berusaha meningkatkan kesediaan kakitangan untuk
menerima sesuatu yang betul dan sesuatu yang salah, meningkatkan motivasi dan kematangan
mereka supaya bergerak ke arah minat kendiri serta menyediakan diri untuk mencapai
matlamat melampaui strategi pertukaran ganjaran bagi usaha yang disumbangkan sahaja.
Kepepimimpinan transformasional merujuk kepada proses mempengaruhi perubahan besar
dalam sikap dan andaian ahli organisasi serta membentuk komitmen untuk mencapai misi,
matlamat dan strategi organisasi. Konsep kepemimpinan transformasional menjelaskan ia
15
sebagai satu proses kepemimpinan yang diterima ramai kerana berjaya dalam pencapaian hasil
utama organisasi seperti mewujudkan perubahan besar dalam budaya dan strategi organisasi.
Pemimpin transformasional selalunya bersikap proaktif dalam banyak cara, mereka cuba
mengoptimumkan perkembangan kakitangan untuk berjuang ke arah kejayaan yang lebih tinggi
dan juga mencapai aras moral dan etika kerja yang tinggi. Melalui perkembangan kakitangan,
pemimpin akan dapat dapat memaksimumkan perkembangan organisasi. Kakitangan yang
berprestasi tinggi secara tak langsung akan meningkatkan prestasi organisasi.
Kepemimpinan transformasional melibatkan pengaruh pemimpin ke atas kakitangan, tetapi
kesan pengaruh ini hanyalah untuk menurunkan kuasa kepada kakitangan supaya mereka
dapat melibatkan diri dalam proses mengubah organisasi. Jadi kepimpinana transformasional
dilihat sebagi satu perkongsian proses pengurusan yang melibatkan tingkahlaku pemimpin di
pelbagai peringakat dan unit yang berbeza dalam sesuatu organisasi.
Dimensi Amalan Kepemimpinan Transformasional
1. Menggalakan pembentukan wawasan dan matlamat. Pemimpin selalunya mengena pasti
peluang untuk perkembangan organisasi, membentuk dan menginspirasikan kakitangan supaya
menerima wawasan dan persetujuan bersama mengenai matlamat dan keutamaan organisasi.
2. Membentuk satu struktur pembuatan keputusan secara kolaboratif. Tingkah laku ini bertujuan
untuk menggalakkan penglibatan kakitangan dalam membuat keputusan dan berkongsi
kepemimpinan di kalangan kakitangan.
3. Membentuk satu amalan profesion yang baik. Pemimpin hendaklah menunjukkan contoh
tingkah laku yang terbaik untuk diikuti pengikutnya. Pemimpin perlu berinteraksi dan
mempamerkan keterbukaan untuk berubah berdasarkan kefahaman baru.
16
4. Menyediakan bantuan bercorak individu. Tingkah laku ini memerlukan pemimpin
mewujudkan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain serta memberi perhatian kepada
perasaan dan keperluan peribadi kakitangan.
5. Menyediakan stimulasi intelek. Tingkah laku pemimpin perlu sentiasa mencabar kakitangan
supaya mereka menilai kembali andaian terhadap kerja dan memikirkan semula bagaimana
sesuatu kerja itu boleh dilaksanakan oleh mereka.
6. Menetapkan jangkaan yang tinggi terhadap prestasi kakitangan. Tingkah laku pemimpin perlu
mempamerkan jangkaan yang tinggi ke arah kecemerlangan, kualiti dan prestasi kakitangan.
Kepemimpinan Transformasional Dan Keberkesanan Organisasi
Kepemimpinan transformasional telah terbukti mempunyai hubungan secara langsung dan
positif dengan preastasi ( Sivasubramaniam 1996). Konsep kecemerlangan dalam pengurusan
sepatutnya berfokus kepada usaha yang disumbangkan oleh kakitangan.Kecemerlangan atau
kejayaan organisasi membina wawasan dan nilai organisasi berdasarkan penerimaan atau nilai
kakitangan. Sumber yang paling penting dalam organisasi ialag pekerja dan prestasi
bergantung kepada kemahiran,pengetahuan, sikap dan ciri-ciri pekarja (Selvarajah et.1995).
Mereka percaya bahawa peranan pengurusan talh berubah dan pengurus bertanggungjawab
autonomi tang besar, digalak untuk menjadi lebih bercirikan keusahawan dan memberi ganjaran
setimpal dengan prestasi yang ditunjukkan.
Kepimpinan transformasional meningkatkan minat dalam diri pengikut dan menaikkan aras
aspirasi dan keperluan mereka. Apabila melaksanakan kerjanya,pemimpin transformasional
akan menghasilkan rasa kepuasan dan keberkesanan yangtinngi di kalangan pengikut.
Longshore(1988) mendapati pegawai marin Amerika Syarikat menjadi lebih produktif oleh
pemimpin transformasional.Leithwood (1992)mendapati terdapat hubungan yang signifikan
antara kepimpinan transormasionaldan sikap guru ke arah penambah baik dan tingkah laku
17
pengajaran.Kepimpinan transformasional dikatakan sebagi stail yang paling sesuai untuk
mencapai prestasi guru melampaui kadar biasanya.Di samping itu, kepimpinan
transformasional menitikberatkan keprihatian membentuk potensi guru.
Mengikut pandangan Bass dan Avolio (1996), pemimpin yang mempamerkan ciri karisma juga
menunjukkan tingkah laku transformasional kerana pengikutnya percaya kepdanya. Mereka
menjadikan pemimpin sebagai role model, sanggup mengikut dan menjiwai nilai yang
dipamerkan pemimpin.
Ciri stimulasi intelek mewakiliaspek kepimpinan, dan tidak menekankan aspek lain seperti
empati, sosioemosi dan perkembangan diri. Ciri utama pemimpin yang mengamalkan stimulasi
intelek ialah mereka sering menangani masalah melalui pemikiran semula ke atas cara lama
telah biasa diamalkan untuk menyelesaikan masalah.Mereka menggalakkan orang lain untuk
mendekati masala sudut yang berbeza yang belum pernah dipertimbangkan sebelumnya.
Mereka memberi kebebasan yang luas kepada kakitangan untuk memilih cara menyelesaikan
masalah, kakitangan digalakkan menggunakan kesilapan lepas sebagai cara yang konstruktif
untuk memperbaiki prestasi. Ciri stimulasi intelek bukan sahaja menjadi pemimpin individu bijak
dan kreatif tetapi melalui ciri pertimbangan individu pemimpin belajar mengenai kematangan
dan keupayaan kakitangan.
Untuk mencapai kecemerlangan organisasi, pemimpin tidak boleh bekerja sendirian. Mereka
mesti memotivasikan,menurunkan kuasa dan menggerakkan kakitangan sekiranya organisasi
ingin terus berkembang maju dan belajar menyelesaikan masalah baru. Apabila pemimpin
belajar untuk mengiktirafkan kakitangan dengan efektif, ia berkemungkinan akan dapat
menambah keupayaan bekerja secara berpasukan. Keadaan ini tidak akan terjadi dengan
sendiri dan pemimpin memerlukan uasah serta bantuan untuk mempelajari kemahiran khusus
18
bagi menangani situasi dan keperluan organisasi yang berbeza-beza.Smith (1997) menyatakan
kepemimpinan ialah satu sistem hidup yang menghadapi pelbagai hubungan dan unsur-unsur
yangdinamik serta yang sentiasa berubah-ubah. Kepemimpinan juga sama seperti individu
pemimpin yang hidupdan belajar, ia perlu menyesualikan diri dengan perubahan sepanjang
masa dan prestasi hendaklah bersesuaian dengan kehendak perubahan.
Organisasi masa kini memerlukakan stail pengurusanbaru, iaitu stail yang lebih bersesuaian
dengan kakitangan berpendidikan tinggi. Persekitaran ini melibatkan penggunaan konsep
seperti matlamat bersama, komitmen bersama, kuasa bersama dan tanggungjawab bersama.
Kesimpulan
Pihak pengurusan bukan sahaja lagi diperlukan untuk mengawal organisasi, sebaliknya untuk
memimpin kakitangan supaya boleh menyumbang di peringkat yang lebih tinggi. Pemimpin
yang berfikiran jauh ke hadap telah mula berubah daripada sistem berhierarki tradional kepada
struktur pengurusan partisipatif.Perubahan dalam struktur ini telah membawa perubahan dalam
prinsip pengurusan. Bentuk kepemimpinan pengurusan ini menyediakan sokongan untuk
strategi pengurusan kendiri individu dan membentuk unit keusahawan berasakan pasukan.
Pemimpin sepatutnya menyedari bahawa kakitanganlah yang membawa kejayaan organisasi.
Pemimpin mesti mampu menyalurkan kuasa kakitangan dan meningkatkan komiymen untuk
mencapai wawasan melalui kuasa bersama. Kepemimpinan transformasional dipercayai
mampu membawa pembaharuan dan perubahan untuk organisasi sekolah.
RUJUKAN
Blase, J.,& Blase, J. (1998).Handbook of instructional leadership. How really good principals promote teaching and learning.Thousand Oaks, CA: Corwin.
19
Buhler, P. (1995). Leaders vs managers.Supervision, 56(5), 24-26.
Chek Mat (2003).Kemahiran memimpin: Kuala Lumpur: Utusan.
Cuban, L. (1984). Transforming the frog into a prince: Effective school research, policyand practice at the district level.Harvard Education Review, 54(2), 129-151.
Fenstermacher, G.,& Soltis, J. (1998).Approaches to teaching (3rded.). New York: College. Field, R. (2004).Leadership in classrooms. Dimuat turun September 15,2005, daripada: www.bus.ualberta.calrfield.
Hook, P.,& Vass, A., (2000).Confident classroom leadership. London: Fulton.
Kane, M. (2001).Leadership requirements and leadership development. Dimuat turun September 15,2005, daripada: www.execuiteveevolution.com.
Lambert, L. (2003). Leadership refined: An evocative context for teacher leadership. School Leadership and Management,23(4),421-430.
Lashway, L. (2002, July). Developing instructional leaders.ERIC Digest, 160. University of Oregon, Clearinghouse on Educational Management. Dimuat turon September 21, 2005, daripada: www.vtaide.com/png/ERIC/DevoIOPing-Instructional-Leaders. htm
Owens, R. G. (2001).Organizational behavior in education: Instructional leadership and school reform(7th ed.). Needham Heights, MA: Allyn.
Smith, W.,& Andrews, R. (1990).Instructional leadership: How principals make a dif- ference.Alexandria, VA: ASCM.
Southworth, G.(2002). Instructional leadership in schools: Reflections and empirical evidence.
School Leadership and Management, 22 (1), 72-92
Sparks, D (2003), Interview with Fullan: change agent. Journal of Staff development, 24 (1).
[atas talian] http://www.nsdc.org/library/publications/jsd/fillan241.cfm Wilco,S (2005). leadership
in the classroom. Dimuat turun September 18,2005, daripada:
www.queensu.ca/idc/trainerslhandleleaderlhtml
Selvarajah, C.T, P. Duignan, C.Suppiah, Lane, T.dan C. Nuttman 1995.In research of the asean
leader: An exploratory study of the dimensions that relate to excellence in leadership.
20
Management International Review 35 (1) :29-44.
Smith, A.W.1997. Learning is a living system: learning leaders and organization. Human System
Management 16(4):277
YUKL, G.A (2002). Leadership in organization (5thed). Upper Saddle River. Nr: Prentice.
Zenger,J,H& Folkman, J.(2004). The handbook for leader: 24 lessons for extraordinary
leadership. New York: McGraw-Hill.
21