Download - Drama Kanak Kanak
DRAMA KANAK-KANAK
Disediakan oleh :NurNadhirah binti Khairazmy
Nur Shafiqah Nadhira bt Ahmad Puad
DEFINISI DRAMA
KAMUS DEWAN EDISI KE-4: drama yang dipersembahkan oleh pelakon di atas pentas
Diana Morrone: drama merupakan alat untuk melibatkan murid dan
membuat pembelajaran lebih bermakna
Drama ialah sejenis cereka yang berbentuk lakonan, selalunya dipentaskan.
Drama ialah alat yang unggul untuk membolehkan murid
bertutur dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dirancang.
Dramatik adalah jenis karangan yang
dipertunjukkan dalan suatu tingkah laku, mimik dan
perbuatan
Drama which is a Greek word meaning to act or to perform.
Drama is referred to an invitation of action
Drama berasal daripada perkataan “dran” (Greek) yang
bermaksud melakukan atau melakonkan
Merupakan gambaran hidup manusia yang dicipta oleh pengarang melalui daya imaginasi, fantasi dan pengalaman hidupnya
Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah
cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran
Dalam buku The American College Dictionary, drama
didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan
dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk
dipentaskan
Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa
boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui
dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan
gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar
Jenis-jenis Drama
JENIS DRAMA HURAIAN
Drama Baru / Drama Moden drama yang memiliki tujuan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat yang umumnya bertema kehidupan manusia sehari-hari
Drama Lama / Drama Klasik drama khayalan yang umumnya menceritakan tentang kesaktian, kehidupan istana atau kerajaan, kehidupan dewa-dewi, kejadian luar biasa, dan lain sebagainya.
Drama Komedi Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama komedi mengutarakan kisah hidup sehari-hari dengan pelbagai peristiwa lucu yang boleh menyebabkan penonton ketawa. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat.
Drama Tragedi drama yang ceritanya tentang kemalangan dan kesedihan.
Drama Tragedi Komedi drama yang ada unsur-unsur sedih dan ada lucu
Drama Opera drama yang mengandungi muzik dan nyanyian
Drama Pantomin drama yang ditampilkan dalam bentuk gerakan tubuh atau bahasa isyarat tanpa pembicaraan.
JENIS DRAMA HURAIAN
Drama Sejarah drama yang menyajikan kisah sejarah dengan tokoh dan peristiwanya.
Melodrama drama yang mengeksploitasi kesedihan atau penderitaan. Jenis drama ini banyak disajikan dalam sinetron bersambung di televisyen.
Drama Misteri drama yang menahan perhatian penonton dengan suspens/ ketegangan, baik yang berasal dari tindak kriminal atau makhluk ghaib
Drama aksi drama yang banyak menampilkan adegan konfrontasi baik dengan sedikit atau banyak thriller, dengan seting tradisional, moden, mahupun diksi ilmiah
FUNGSI DRAMA
Untuk melibatkan penonton
Untuk menghiburk
an penonton
Untuk maklumkan
kepada penonton
Untuk menyedark
an penonton
Untuk meningkatk
an kepekaan penonton
Untuk menggerak
kan masyarakat
Untuk memberi inspirasi kepada
penonton
CIRI-CIRI DRAMA• prosa moden yang dihasilkan sebagai
naskhah untuk dibaca dan dipentaskan• Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau
puisi• Teks berbentuk dialog : terdiri daripada
dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan.
• Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya.
• Konflik : unsur penting dalam drama. • digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen
penting dalam sesebuah skrip• Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak
dianggap sebuah drama yang baik.
• Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.
ELEMEN-ELEMEN DRAMA
• Tema/Pemikiran: Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya
• Plot: Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa
• Latar: Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton
• Babak: Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.
• Adegan: Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.
GAYA BAHASA DRAMA KANAK-KANAK
• Terbina daripada dialog dan aksi. • bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami• Gaya bahasa yang baik : • memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. • Dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu
watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut.
• Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton.
• pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.
RUJUKAN• (________). (2012). Jenis Drama & Contohnya. • http://id.shvoong.com/humanities/film-and-theater-studies/2
266696-jenis-drama-dan-contohnya/. Diakses pada 29 Julai 2012.
• (________). (2008). Arti Definisi / Pengertian Drama Dan Jenis / Macam Drama - Pelajaran Bahasa Indonesia. http://organisasi.org/arti-definisi-pengertian-drama-dan-jenis-macam-drama-pelajaran-bahasa-indonesia. Diakses pada 29 Julai 2012
• http://www.oppapers.com/essays/Drama/687212• BIMBINGAN BERKARYA - MENULIS SKRIP DRAMA.
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1