drama muzikal kampung baru

28
ASPEK-ASPEK KAJIAN TEKS DRAMA ‘MUZIKAL KAMPUNG BARU’ (HATTA AZAD KHAN) 01. SINOPSIS Babak I Masyarakat di Kampung Baru meraikan perayaan perletakan batu asas pembangunan kampung Baru. Selaras dengan pembangunan yang dikecapi negara, kampung Baru perlu dibangunkan dan di modenkan.Ini kerana kini masyarakat kampung Baru dalam keadaan sukar. Kampung baru juga dalam keadaan kotor. Ada impian agar pembangunan kampung Baru akan menjadikan kampung Baru dan masyarakatnya lebih maju. Rosemera, Gulam Russel dan Ratnasari membangkitkan permasalahan kampung baru dan masyarakatnya yang indah khabar dari rupa, membangun tapi masih banyak kekurangan. Neesa dan Jalad cuba menghalang dengan menyatakan kampung Baru dalam keadaan baik, tidak perlu pembangunan. Babak II Neesa, Jalad dan pengikutnya terus membangitkan perihal ada orang luar yang cuba merosakkan keharmonian kampung Baru dengan membawa pelbagai janji. Mereka menyatakan mereka telah berusaha membawa kemajuan dengan pelbagai aktiviti seperti kedai makan, cuci kereta dan memberi sewa tanah pada orang luar. Duit adalah segalanya bagi kampung Baru dan masyarakatnya. Namun Gulam Russel mengajak orang Melayu kampung Baru berubah menjadi maju dalam pelbagai bidang. Gulam Russel juga menjelaskan asal usulnya tidak penting tetapi niatnya tetap nak memajukan kampung baru. Hal ini disokong oleh Mak Renong yang mahu melihat pembangunan Kampung Baru. Tetapi bagi Haji Pahlawan, mempertahankan nilai tradisi dan adat-adatnya adalah sangat penting daripada pembangunan yang nyata akan mengubah segalanya. Tanah pusaka juga perlu dipertahankan hingga hujung nyawa. Babak III Di warung Yam Marman, Mak Renong memarahi Jalad kerana sering menjalankan perniagaan dengan tipu muslihat. Jalad melepaskan geramnya kepada Tulus, Ratnasari dan Rosemera dan berselisih pendapat mengenai usaha memenuhi keperluan pelancong yang berkunjung ke Kampung Baru dalam mengubah imej kampung berkenaan. Jalad meminta Tulus, Ratnasari dan Rosemera berjumpa dengan Raja Molek mengenai cadangan rancangan untuk memajukan Kampung Baru. Raja 1

Upload: jaklin-empol

Post on 02-Jan-2016

343 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Drama Muzikal Kampung Baru

ASPEK-ASPEK KAJIAN TEKS DRAMA ‘MUZIKAL KAMPUNG BARU’(HATTA AZAD KHAN)

01. SINOPSIS

Babak I

Masyarakat di Kampung Baru meraikan perayaan perletakan batu asas pembangunan kampung Baru. Selaras dengan pembangunan yang dikecapi negara, kampung Baru perlu dibangunkan dan di modenkan.Ini kerana kini masyarakat kampung Baru dalam keadaan sukar. Kampung baru juga dalam keadaan kotor. Ada impian agar pembangunan kampung Baru akan menjadikan kampung Baru dan masyarakatnya lebih maju. Rosemera, Gulam Russel dan Ratnasari membangkitkan permasalahan kampung baru dan masyarakatnya yang indah khabar dari rupa, membangun tapi masih banyak kekurangan. Neesa dan Jalad cuba menghalang dengan menyatakan kampung Baru dalam keadaan baik, tidak perlu pembangunan.

Babak II

Neesa, Jalad dan pengikutnya terus membangitkan perihal ada orang luar yang cuba merosakkan keharmonian kampung Baru dengan membawa pelbagai janji. Mereka menyatakan mereka telah berusaha membawa kemajuan dengan pelbagai aktiviti seperti kedai makan, cuci kereta dan memberi sewa tanah pada orang luar. Duit adalah segalanya bagi kampung Baru dan masyarakatnya. Namun Gulam Russel mengajak orang Melayu kampung Baru berubah menjadi maju dalam pelbagai bidang. Gulam Russel juga menjelaskan asal usulnya tidak penting tetapi niatnya tetap nak memajukan kampung baru. Hal ini disokong oleh Mak Renong yang mahu melihat pembangunan Kampung Baru. Tetapi bagi Haji Pahlawan, mempertahankan nilai tradisi dan adat-adatnya adalah sangat penting daripada pembangunan yang nyata akan mengubah segalanya. Tanah pusaka juga perlu dipertahankan hingga hujung nyawa.

Babak III

Di warung Yam Marman, Mak Renong memarahi Jalad kerana sering menjalankan perniagaan dengan tipu muslihat. Jalad melepaskan geramnya kepada Tulus, Ratnasari dan Rosemera dan berselisih pendapat mengenai usaha memenuhi keperluan pelancong yang berkunjung ke Kampung Baru dalam mengubah imej kampung berkenaan. Jalad meminta Tulus, Ratnasari dan Rosemera berjumpa dengan Raja Molek mengenai cadangan rancangan untuk memajukan Kampung Baru. Raja Molek, seorang yang berpengaruh di kampung itu dan juga waris kerabat Kampung Baru yang asal, bagi mengusulkan cadangan mereka untuk memajukan kampung berkenaan.

Nesan terlebih dahulu berjumpa dengan Raja Molek untuk memaklumkan mengenai cadangan Gulam Russel dan kumpulan untuk memajukan Kampung Baru. Raja Molek meletakkan syarat untuk menerima cadangan itu iaitu sanggup berpindah jika diberikan pampasan RM100 juta ataupun menabalkannya sebagai seorang raja.

1

Page 2: Drama Muzikal Kampung Baru

Babak IV

Mak Renong, Sulastri dan Yam Marman menyanyikan lagu untuk mengingatkan penduduk Kampung Baru agar jangan mudah terpengaruh dengan percakapan orang yang baru dikenali. Di halaman warung Yam Marman, Gulam Russel dan kawan-kawannya, Joshua Ong dan Ratnasari, menayangkan pelan struktur dan pelbagai gambaran impresi artis mengenai cadangan pembangunan Kampung Baru menerusi skrin. Mereka mahu menjadikan Kampung Baru sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia yang dilengkapi dengan kemudahan seperti hotel, pusat makanan, permainan tradisi, perubatan berasaskan herba, pusat pakaian dan kemudahan pengangkutan yang kesemuanya mempunyai ciri-ciri budaya dan warisan budaya Melayu. Cik Pa dan kumpulan anak-anak muda peminat Cik Pa menyanyikan lagu “Maju Bersatu” yang menyarankan agar Melayu mesti maju, bersatu, berilmu dan menjadi penentu. Haji Palawan turut menyanyi menyetujui cadangan itu.

Babak V

Haji Palawan berkunjung ke rumah Gulam Russel yang dijadikan ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Kampung Baru. Beliau menyatakan rasa kurang senangnya terhadap pemimpin yang mempunyai kelas minda kelas ketiga. Cik Pa turut menyertai perbincangan bersama Mak Renong, Yam Marman dan Sulastri. Mereka turut menyatakan pendapat masing-masing menerusi nyanyian lagu “Hantu.” Gulam Russel menerangankan rancangan memajukan Kampung Baru yang bakal mendapatkan bantuan pakar luar negara, namun akan dibiayai oleh oleh penduduk kampung itu sendiri. Penduduk akan berfungsi sebagai pemodal dan mereka tidak akan memberikan peluang kepada pelabur asing. Joshua Ong yang baru pulang dari Indonesia dan Raja Molek turut serta dalam perbincangan itu. Joshua menghadiahi Haji Palawan, Raja Molek dan Pak Gito, kain pelekat. Haji Palawan tidak mahu menerima hadiah itu kerana berpandangan negatif terhadap orang bukan Islam. Raja Molek pula melakukan akad jual beli untuk meyakinkan Haji Palawan menerima kain pelekat itu.

Babak VI

Gulam Russel dan kawan-kawannya – Rosemera, Ratnasari, Nathan, Joshua Ong dan Tulus – membuat persembahan multimedia tentang cadangan projek pembangunan Kampung Baru di ruang tamu rumah Warisan Gulam Russel. Cadangan projek itu disindir dan ditentang oleh Nesan dan Jalad. Mak Renong dan Haji Palawan memberikan pendapat yang positif terhadap cadangan projek itu. Haji Palawan menyindir Nesan dan Jalad yang bercakap tentang maruah bangsa tetapi mereka sendiri yang tidak mahu perubahan kampung itu. Malah, mereka berdua mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan diri sendiri dengan membawa masuk pekerja asing ke Kampung Baru.

Babak VII

Di warung Yam Maryam, Haji Palawan mengamuk dengan menolak dan menerajang kerusi. Haji Palawan marah kerana pemimpin yang diundinya tidak membela penduduk. Haji Palawan teringatkan kata-kata Dato’ Onn yang berjuang untuk rakyat. Ratnasari, Cik Pa dan Gulam Russel mententeramkan Haji Palawan. Haji Palawan terus mempersoalkan peranan pemimpin sekarang yang tidak membuat apa-apa untuk Kampung Baru. Raja Molek diikuti Nesan dan Jalad, meminta Gulam Russel meneruskan cerita tentang Kampung Baru. Gulam Russel menjelaskan idea cadangan projek pembangunan Kampung Baru timbul daripada usaha arwah ayahnya yang menubuhkan satu akaun amanah untuk dirinya dan adiknya. Wang itu digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Kemajuan Kampung Baru (PKKB). Perbadanan itu dijalankan secara sukarela untuk

2

Page 3: Drama Muzikal Kampung Baru

memajukan kampung itu menjadi sebuah kampung Melayu bertaraf dunia (world class) yang boleh dikunjungi pelawat serata dunia. Raja Molek bersetuju dengan idea itu walaupun tidak dipersetujui oleh Nesan dan Jalad. Orang ramai di warung itu turut menyetujuinya.

02. PEMIKIRANDrama Muzikal Kampung Baru ini mengetengahkan pemikiran tentang isu

pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur. Isu pembangunan ini telah menimbulkan polimik antara generasi muda dengan penduduk asal yang mengamalkan cara hidup secara konvensional. Gulam Russel dan rakan-rakannya telah membuat pelan dan perancangan membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh, lengkap dengan infrastruktur, latihan kemahiran penduduk serta agihan hartanah selepas dibangunkan. Apabila mereka mengemukakan cadangan tersebut, penduduk Kampung Baru, mereka mendapat reaksi pelbagai, yang bersetuju dan menentang perancangan mereka.

03. PERSOALAN1.Pengabaian kebersihan

Contoh: - Komuniti tikus tambah membiak dan semakin sihat, segar dan semakin besar. - Longkang atas tanah dan bawah tanah terus juga melekat dan tersumbat - Banjir kilat dengan air hitam pekat dengan bau yang meloyakan tekak terus menyelinap masuk ke bawah rumah dan lantai dapur.

2.Prihatin terhadap alam sekitar

Contoh: - Merakam segala bencana alam, merakam segala gerak dan rentak manusia, merakam segala aktiviti lalat, lipas, tikus, anjing dan kucing yang menyelongkar tong dan timbunan sampah di tepi jalan.

3.Perkahwinan campurContoh: - Gulam Russel merupakan anak darah kacukan pelbagai keturunan.

Neneknya Melayu dan datuknya Pakistan. Ibunya berkahwin dengan lelaki Inggeris, dan dia pula berkahwin dengan gadis keturunan campuran Cina dan India.

4. Kemajuan ICTContoh: -Kampung Baru yang bakal dibangunkan akan dilengkapi dengan kemajuan

ICT.

5. Masalah sosial kesan daripada pembangunanContoh: - Dalam nyanyian lagu tenteram, Haji Palawan menyatakan bahawa

masalah sosial seperti penagihan dadah, rokok dan arak, serta pencuri dan penipu harus dihindar oleh masyarakat.

6. Perpaduan dalam masyarakatContoh: Walaupun berlainan bangsa dan agama, Joshua Ong, Natal dan Gulam

Russel bersama-sama berganding bahu untuk memajukan Kampung Baru.

3

Page 4: Drama Muzikal Kampung Baru

04.WATAK DAN PERWATAKAN

4

HAJI PALAWAN

- Berusia 69 tahun. Penduduk asal Kg. Baru.- Seorang yang sentimental.- Seorang yang tegas pendirian.- Seorang yang sukar dibawa berunding.- Seorang yang pendendam.- Seorang yang pemarah.- Seorang yang tetap pendirian.- Seorang yang berpegang pada adat.- Seorang yang mempunyai semangat cintakan tanah air.

MAK RENONG - Janda berusia lewat 60-an.- Seorang yang berfikiran bernas.- Seorang yang baik hati.- Seorang yang peramah.- Seorang yang berfikiran terbuka.- Seorang yang menghormati orang lain.

GULAM RUSSEL- Seorang yang berpandangan jauh.- Seorang yang berani.- Seorang yang nakal.- Seorang yang bijak.- Seorang yang prihatin. - Seorang yang tegas.

- Ligat mengambil kesempatan ke atas penduduk Kampung Baru.- Tegas.- Tidak menghormati orang lain.- Buruk sangka.- Pentingkan diri sendiri

NESAN & JALAD

Page 5: Drama Muzikal Kampung Baru

05. PLOT

5.1. BINAAN PLOT

Plot dalam drama ini disusun secara kronologi.

PERMULAAN

Permulaan dalam drama ini bermula dengan nyanyian yang berkisar tentang suasana Kampung Baru oleh watak-watak yang terlibat dalam drama. Klip video berkaitan dengan pemandangan yang menjijikkan di sekitar Kampung Baru yang diambil oleh Rosemera telah berjaya menarik perhatian penduduk Kampung Baru. Rakaman video tersebut telah mencetuskan kemarahan beberapa penduduk kampung terutamanya Jalad dan Nesan kerana tidak berpuas hati dengan paparan tersebut. Gulam Russel dan isterinya Ratnasari cuba menerangkan dan mempertahankan tindakan Rosemera itu. Keadaan kembali reda apabila Cik Pa muncul dan menenangkan keadaan.

PERKEMBANGAN Perkembangan dalam drama ini apabila Gulam Russel menerangkan tujuan

kedatangannya ke Kampung Baru adalah untuk memajukan Kampung Baru. Tujuan murni Gulam Russel dan rakan-rakannya telah mendapat tentangan hebat daripada Haji Palawan, warga emas merupakan anak jati Kampung Baru. Haji Palawan mahu mengekalkan cara hidup yang konvensional dan menentang pembaharuan yang cuba dibawa oleh Gulam Russel dan rakan-rakan. Haji Palawan mempersoalkan keturunan Gulam Russel sebagai bangsa Melayu yang mahu membangunkan Kampung Baru.

PUNCAK/ KLIMAKSKlimaks dalam drama ini ialah Jalad dan Nesan menghasut orang kampung untuk

menentang usaha Gulam Russel dan rakan-rakan. Raja Molek telah termakan hasutan Jalad dan Nesan dengan meletakan beberapa syarat terlebih dahulu untuk menerima cadangan Gulam Russel dan rakan-rakan. Hal ini telah menyukarkan usaha Gulam Russel dan rakan-rakan untuk memajukan Kampung Baru. Seterusnya, konflik juga berlaku antara Haji Palawan dan Gulam Russel. Haji Palawan tetap dengan pendiriannya yang mahu hidup dengan cara yang lama. Haji Palawan turut mempertikaikan keturunan Gulam Russel.

Hasil hasutan daripada Jalad dan Nesan,menyebabkan Ratnasari dan Rosemera gagal mendapatkan persetujuan Raja Molek untuk membiayai pembangunan yang akan dijalankan di Kampung Baru. Sebaliknya, Raja Molek meminta mereka membayar wang pampasan seratus juta kepadanya, serta menabalkannya menjadi raja di Malaysia kerana Raja Molek mengakui asal usul keturunannya berdarah raja.

PENURUNANPenurunan dalam drama ini apabila kehadiran Haji Palawan dalam keadaan yang

marah dan tidak berpuas hati terhadap pemimpin negara seperti Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman yang selama ini mengabaikan tanggungjawab untuk memajukan Kampung Baru ke rumah Gulam Russel telah memberikan peluang kepada Ratnasari untuk menceritakan semula sejarah pembinaan negara. Gulam Russel pula mengambil peluang tersebut untuk menerangkan rancangan memajukan Kampung Baru itu yang akan dibiayai oleh pemodal tempatan.

5

Page 6: Drama Muzikal Kampung Baru

PELERAIANPeleraian dalam drama ini ialah pembentangan pelan perancangan memajukan

Kampung Baru secara multimedia telah berjaya menarik minat penduduk Kampung Baru untuk menerima cadangan Gulam Russel dan kumpulannya. Raja Molek meminta Gulam Russel menceritakan bagaimana idea perancangan Kampung Baru itu diperoleh dan akhirnya mereka sebulat suara bersetuju untuk menerima cadangan tersebut.

5.2 TEKNIK PLOT

BIL PERISTIWA TEKNIK PLOT1. Pengarang drama ini telah mempersembahkan perjalanan

drama ini dalam bentuk babak. Terdapat tujuh babak dalam drama Muzikal Kampung Baru ini.

Babak

2. GULAM RUSSEL: Pak Aji, Islam bukan agama orang Melayu saja!

Dialog

3. HAJI PALAWAN: Oooo, aku kenal kau! Dari kecil kau suka mainkan aku! Kau panggil aku Pak Pelawan. Kau jentik punggung aku waktu aku membongkok ambil air sembahyang kat kolah surau!

Imbas kembali

4. RATNASARI: Ada kedai menjual songkek, batik, tenunan termasuk baju mandi lelaki dan perempuan! Pelancong boleh membuat tempahan dan siap dalam tempoh 24 jam. Boleh tempah baju Melayu, kot songkek, baju pengantin dan baju batik.NESAN: Ini mimpilah semua ni!

Imbas muka

5. Masuk Nesan dan Jalad mendengar dengan teliti lagu yang dinyanyikan. Wajah mereka jengkel.

Pemerian

6

Page 7: Drama Muzikal Kampung Baru

LATAR DRAMA MUZIKAL KAMPUNG BARU

06. LATAR MASA Latar masa bagi drama ini ialah dalam tahun 2007

7

07. LATAR TEMPAT

1. Jalan Masuk Kampung Baru- Orang ramai merayakan majlis perletakan batu asas pembangunan Kampung Baru.

2. Di Luar Kediaman Raja Molek- Perbezaan pendapat mengenai pembangunan Kampung Baru antara Hj Pahlawan, Gulam Russel, Jalad, Nesan, Ratnasari

3. Di Warung Yam Marman- Jalad membangkitkan masalah yang berlaku di Kampung Baru. Perubahan yang perlu dilakukan untuk menikmati kemajuan. Memenangi hati pelancong, melakukan apa sahaja untuk mendapatkan untung.

08. LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang inginkan pembangunan dan perubahan .

Contohnya : Gulam Russel dan Mak Renong yang mahu melihat pembangunan Kampung Baru.

2. Masyarakat yang masih berpegang kepada nilai ketimuran.

Contohnya : Haji Palawan mempertahankan nilai tradisi dan adat-adatnya lebih penting daripada pembangunan/ kemodenan.

3. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Contohnya : Sikap Jalad dan Nesan yang gemar mengambil kesempatan dan mementingkan kepentingan peribadi daripada menjaga kebajikan penduduk Kampung Baru.

4. Masyarakat kampung yang melakukan aktiviti perniagaan.

Contohnya : Yam Mariam seorang peniaga nasi lemak dan dibantu oleh Pak Gito dan Sulastri.

5. Masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpelajaran tinggi.

Contohnya : Gulam Russel mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan perniagaan dan undang-undang dari universiti di United Kingdom.

7. Masyarakat moden yang berfikiran terbuka.

Page 8: Drama Muzikal Kampung Baru

09. NILAI

8

NILAI

Bersikap jujur

Cth: Jalad dan Nesan tidak bersikap jujur dalam membuat perubahan untuk memajukan Kampung Baru sebaliknya mementingkan keuntungan peribadi terhadap setiap usaha yang telah dilakukan.

3. Prihatin

Cth: Gulam Russel, Ratnasari, Rosemera, Tulus dan Joshua Ong amat prihatin terhadap nasib penduduk Kampung Baru yang jauh ketinggalan daripada kepesatan pembangunan Kuala Lumpur dan telah menyediakan cadangan pelan perancangan untuk memajukan kampung tersebut.

4. Bersatu padu

Cth: Penduduk Kampung Baru yang tidak bersatu padu dalam melakukan usaha untuk memajukan Kampung Baru sebaliknya hidup berkelompok dan mementingkan diri sendiri.

2.Berfikiran terbuka

Cth: Haji Palawan dan Raja Molek yang berfikiran sempit dalam menerima cadangan Gulam Russel sebaliknya mempersoalkan asal usul Gulam Russel yang merupakan anak kacukan daripada pelbagai bangsa.

Page 9: Drama Muzikal Kampung Baru

10.0 PENGAJARAN:

1. Kita hendaklah menjadi individu yang jujur dan amanah dalam menggalas tanggungjawab untuk membela nasib dan hak anak bangsa.

Contohnya : Gulam Russel yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membangunkan Kampung Baru walaupun mendapat tentangan daripada Jalad dan Nesan.

2. Kita haruslah berfikiran terbuka apabila membicarakan soal keturunan atau asal usul bangsa dalam sesuatu perhubungan kerana pencampuran idea dan pendapat antara kaum mampu membuahkan hasil yang positif.

Contohnya : Gulam Russel seorang lelaki kacukan pelbagai keturunan iaitu Melayu, Pakistan dan Inggeris dapat membuahkan pelbagai idea demi memajukan Kampung Baru.

3. Kita hendaklah bersikap prihatin terhadap usaha membawa perubahan dan kemajuan yang positif untuk kepentingan hidup bersama.

Contohnya : Gulam Russel, Ratnasari, Rosemera, Tulus dan Joshua Ong amat prihatin terhadap nasib penduduk Kampung Baru yang jauh ketinggalan daripada kepesatan pembangunan Kuala Lumpur dan telah menyediakan cadangan pelan perancangan untuk memajukan kampung tersebut.

4. Kita janganlah bersikap menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan umum kerana perbuatan ini hanya akan merugikan masyarakat.

Contohnya: Nesan tidak berpuas hati apabila Rosemera merakam video yang mengandungi rakaman rumah-rumah buruk, jamban gali, longkang tersumbat, tikus, lipas, lalat, anjing dan kucing di persekitaran Kampung Baru.

5. Kita hendaklah hidup bersatu padu dan saling bekerjasama bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam sesebuah komuniti bagi menjamin kehidupan yang harmoni.

Contohnya : Penduduk Kampung Baru sebulat suara menerima pembangunan yang bakal dilakukan di Kampung Baru melalui pembentangan pelan pembangunan Kampung Baru.

9

Page 10: Drama Muzikal Kampung Baru

11.0 GAYA BAHASA

Repitisi -Ehh, kamera saya punya, pita saya punya, komputer saya punya! (ms 162)

Pengulangan frasa

Kampung Baru lebih baruKampung Baru lebih majuKampung Baru lebih tentuKampung Baru nombor satu (ms 158)

Bahasa asing Bahasa Inggeris: showroom, packaging (ms 208), loading bay (ms 209), diva, superstarSpy!That’s interesting! (ms 163)

Peribahasa/Simpulan bahasa.

Orang putih (ms 211), kecil hati (ms 215), asam garam (ms 222), mati akal (ms 224)

Metafora Rentak ragam (ms 222),

Sinkof tu (itu), ni (ini), nak (hendak), dah (sudah)

Akronim Cindia (ms 153) = Cina dan India

Hiperbola Banjir kilat dengan air hitam pekat dengan bau yang meloyakan tekak (ms160)

Personafikasi Banjir kilat dengan air hitam pekat dengan bau yang meloyakan tekak menyelinap masuk ke bawah rumah (ms 160)

Dialek (loghat)

Tok sah cari alasan (ms 211) [Dialek Kedah/jangan mencari alasan]Pakai kot tengahari buta [Dialek utara/Memakai baju kot pada waktu tengah hari]Perabis beras [ms 212]

10

Page 11: Drama Muzikal Kampung Baru

12.0 SUDUT PANDANGAN

Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagai pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin.Contohnya: Ungkapan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti berikut:

Semua terdiam dan memandang GULAM RUSSEL dengan pandangan marah dan geram. Suasana tegang dan senyap seketika. GULAM RUSSEL selamba. Tiba-tiba MAK RENONG bersuara.

11

Page 12: Drama Muzikal Kampung Baru

SOALAN STRUKTUR

01. BAHAGIAN 1

Berikan dua persoalan berserta contoh

i. ____________________________________

ii. ______________________________________

02.

Nyatakan empat perwatakan Gulam Russel.

i. _______________________________________

ii. _______________________________________

12

ROSEMERA: Begitulah ceritanya. Maka Kampung Baru kampung Melayu ini terus memburuk dan melayu. Janji akan lebih baru rupanya bertambam bercelaru. Impian untuk maju jadi makin terharu. Harapan untuk menjadi lebih tentu mula jadi buntu. Komuniti tikus tambah membiak dan semakin sihat, segar dan semakin besar. Longkang atas tanah dan bawah tanah terus juga melekat dan tersumbat. Banjir kilat dengan air hitam pekat dengan bau yang meloyakan tekak terus menyelinap masuk ke bawah rumah dan lantai dapur. Ertinya janji pembangunan menawan tidak juga menjadikan kampung dalam kota ini terkemas kini dan tersuci murni. Saya tahu sangat kerana budak-budak sayalah yang menjadi perakam sejarah. Merakam segala ucapan yang terkandung segala macam janji manis, janji lunak dan janji terlajak, merakam segala bencana alam, merakam segala gerak dan rentak manusia, merakam segala aktiviti lalat, lipas, tikus, anjing dan kucing yang menyelongkartong dan timbunan sampah di tepi jalan!

(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru,karya Hatta Azad Khan)

GULAM RUSSEL: Saya anak jati Kampung Baru, lahir dan besar di sini. Tapi saya tak meringkuk di sini sepanjang hayat saya. Saya merantau mencari ilmu, mengenali dunia dan sempadan baru, kenal orang lain, kenal cara dan gaya mereka. Yang elok saya belajar, yang tak elok saya tak tiru.

(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru,karya Hatta Azad Khan)

Page 13: Drama Muzikal Kampung Baru

iii. ______________________________________

iv. ______________________________________

03.

Merujuk kepada petikan di atas, nyatakan dua teknik plot yang terdapat dalam petikan di atas.

i. __________________________________________

ii. ___________________________________________

04. Nyatakan dua latar tempat yang terdapat dalam Drama Muzikal Kampung Baru karya Hatta Azad Khan.

i. __________________________________________

ii. __________________________________________

05.

Nyatakan dua jenis latar berserta contoh

13

GULAM RUSSEL: Saya bukan nak mengajar! Saya nak beritahu. Dalam dunia ni bukan orang Melayu saja yang beragama Islam, orang Rusia pun Islam, orang Cina pun Islam, orang Bosnia pun Islam, orang India pun Islam.

HAJI PALAWAN: Kita bercakap pasal Kampung Baru di Kuala Lumpur, di Malaysia. Ini Kampung orang Melayu.

(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru,karya Hatta Azad Khan)

HAJI PALAWAN: Datuk kamu Gulam Muhammad Khan ! Bukannya Melayu ! Apa Melayunya pada kamu. Nenek kamu kahwin Pakistan. Mak kamu yang separuh Melayu kahwin pulak mat salih. Kamu ni suku saja Melayunya. Bini kamu pula, kata kamu tadi, Cina campur India. Kamu nak balik ke sini nak mengaku diri kamu Melayu?

Gulam Russel : Jodoh pertemuan di tangan Allah Pak Aji! Allah menjadikan umatnya pelbagai rupa, pelbagai warna, berlainan bangsa, adat dan agama.

(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru karya Hatta Azad Khan)

Page 14: Drama Muzikal Kampung Baru

i. __________________________________________

ii. _________________________________________

06.

a. Berikan dua nilai berdasarkan drama di atas.

i. ____________________________

ii. ____________________________

b. Berikan dua pengajaran

i. _______________________________

ii. _______________________________

07.

Jelaskan tiga gaya bahasa berserta contoh

i. __________________________________

ii. __________________________________

14

HAJI PALAWAN: ... nasib bangsa kita hanya dapat dikekalkan dengan kesatuan hati dan kesatuan kebangsaan. Kita hendak meninggi dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita... kita mahu tanah air dan bangsa kita selamat... selamat jika kuat dan kekuatan itu jika kita bersatu! (menangis) Mana Dato’Onn? Aku nak Dato’Onn! Aku nak Tunku Abdul Rahman!

(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru,karya Hatta Azad Khan)

ROSEMERA: Ada showroom kereta dari seluruh dunia. Ada pusat rawatan. Ada hotel, restoran, sekolah dan pusat penyelidikan, ada pusat hiburan tradisional Melayu dan panggung opera mementaskan bangsawan, dan sekali-sekala opera Cina dan drama tamil!

(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru,karya Hatta Azad Khan)

Page 15: Drama Muzikal Kampung Baru

iii. _________________________________

08. Kenal pasti pengajaran di dalam teks “LAGU MAJU BERSATU”

GULAM RUSSEL:Melayu mesti maju

Melayu mesti bersatu

Melayu mesti berilmu

Baru boleh jadi penentu.

RATNASARI :

Kita mesti saling bertemu

Bersatu saling membantu

Bersama dalam semua perkara

Mengenang jasa dan setia.

ROSEMERA:

Pandang jauh ke hadapan

Jangan lupa toleh ke belakang

Boleh moden dan up to date

Asal tak lupa ibu dan bapa dan adik beradik.

GULAM RUSSEL:

Kita mahu jadi ternama dan glamor

Biar dipuji orang kita bangsa cemerlang

Boleh terima kemajuan teknologi terkini

Terbuka dan bijak memakai dan menilai.

ROSEMERA:

Jangan kita malukan diri sendiri

Jangan dicela dan diumpat keji

Dituduh segala perkara hina

Malu kita pada anak cucu nanti.

09. Nyatakan sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang dalam Drama Muzikal Kampung Baru karya Hatta Azad Khan.

15

Kita janganlah mengumpat dan mencela memandang hina terhadap orang lain kerana ia perbuatan yang hina

Page 16: Drama Muzikal Kampung Baru

i. ________________________________

SOALAN ESEIBAHAGIAN 2

16

Page 17: Drama Muzikal Kampung Baru

01.Bincangkan pemikiran yang terdapat dalam Drama “Muzikal Kampung Baru” karya Hattan Azad Khan.

02.

i. Huraikan dua persoalan berserta contoh berdasarkan petikan di atas.

ii. Bincangkan tiga unsur gaya bahasa berserta contoh daripada petikan di atas.

iii. Huraikan tiga perwatakan Gulam Russel berdasarkan petikan Muzikal Kampung Baru.

03.

Huraikan dua teknik plot yang terdapat dalam petikan di atas.

SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR DRAMA MUZIKAL KAMPUNG BARU

17

GULAM RUSSEL: Kita bangunkan Kampung Melayu yang termoden di tengah-tengah bandar raya. Satu-satunya di dunia. Ada hotel, ada kawasan makan minum. Ada tempat kenduri- kendara, ada tempat tanaman ulam dan pokok-pokok ubat, ada kawasan perubatan tradisional lengkap dengan hospital, nak jual ubat kuat, ubat sihat, ubat tidur, ubat jaga pun boleh! Ada tempat bakar lemang, bakar ikan, bakar jagung, bakar ubi. Hotelnya boleh tidur atas tilam dan bantal kekabu, boleh mandi pakai cebok di kolah atau perigi, cuma jamban tak boleh jamban gali, boleh pakai kain pelikat dan kain sarung. Ada kereta lembu dan kereta kuda. Ada padang permainan kanak-kanak, boleh main tarik upih pinang, main congkak, main konda kondi, galah panjang dan macam-macam. Pendek kata inilah dunia Melayu yang paling Melayu dan tersangat Melayu. Kita buat laman web biar terkenal ke serata dunia. Ada muzikalnya, ada tari dan silatnya, ada kedai pakaian, batik, songkek, tekad benang emas dan lain-lain!

(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru,karya Hatta Azad Khan)

GULAM RUSSEL : Itu cerita lama Pak Ajis ! Waktu itu saya baru budak lapan tahun. Sekarang saya dah 28 tahun.

HAJI PALAWAN : Kalau kamu jentik punggung aku sekarang, aku pelangkung kamu dengan tongkat aku ni !

(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru karya Hatta Azad Khan)

Page 18: Drama Muzikal Kampung Baru

1. Dua persoalan dalam Drama Muzikal Kampung Baru: i. Pengabaian menjaga kebersihan

Contoh, -- Komuniti tikus tambah membiak dan semakin sihat, segar dan semakin besar.- Longkang atas tanah dan bawah tanah terus juga melekat dan tersumbat.- Banjir kilat dengan air hitam pekat dengan bau yang meloyakan tekak terus menyelinap masuk ke bawah rumah dan lantai dapur.

ii. Prihatin terhadap alam sekitar/isu alam sekitarContoh, marakam segala bencana alam, merakam segala gerak dan rentak manusia, merakam segala aktiviti lalat, lipas, tikus, anjing dan kucing yang menyelongkar tong dan timbunan sampah di tepi jalan.

2. Empat perwatakan Gulam Russel:

i. Berpandangan jauhii. Gigih dalam melakukan sesuatu pekerjaan.iii. Seorang yang prihatiniv. Bijak menilai baik dan buruk

3. Dua teknik plot dalam petikan di atas ialah:

i. Teknik pertama ialah teknik imbas kembali. ii. Teknik kedua ialah teknik dialog.

4. Latar Tempat:

i.Kampung Baru

ii.Di Luar Kediaman Raja Molek

5.. Dua jenis latar:

i. Latar masyarakatContoh, Masyarakat yang hidup berbilang kaum.

Masyarakat yang tidak sehaluan dalam membuat keputusan.Masyarakat yang pentingkan diri.Masyarakat berilmu pengetahuanMasyarakat yang mempertahankan budaya bangsa

ii.Latar tempat

Contoh, Kampung Baru

18

Page 19: Drama Muzikal Kampung Baru

6. Dua Nilai dan Dua Pengajaran berdasarkan petikan.

a: Dua nilai:

- Nilai kerjasama- Nilai Semangat patriotik

b: Dua pengajaran:

- Kita hendaklah mecintai tanah air- Kita hendaklah bersatu padu- Kita mestilah memelihara maruah dan kesopanan bangsa.

7. Tiga gaya bahasa:

i: Kata ganda contoh sekali sekala.

ii: Bahasa asing contoh showroom.

Iii. Anafora contoh : Ada pusat rawatan. Ada hotel, restoran,...

8. Pengajaran dalam teks “LAGU MAJU BERSATU”

Pengajaran yang terdapat di dalam seni kata Lagu ‘Maju Bersatu’ di dalam teks tersebut ialah kita hendaklah bersatu padu untuk memastikan kemajuan tercapai . Contoh pengajaran Ghulam Russel menyeru orang Melayu KAMPUNG BARU bersatu padu untuk memastikan mereka maju seperti yang terdapat di dalam rangkap satu, baris satu dan dua Lagu ‘Maju Melayu’:

Melayu mesti majuMelayu mesti bersatu

Pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah menuntut ilmu. Contoh pengajaran ialah Ghulam Russel menyeru orang Melayu menuntut ilmu supaya mereka bijak membuat keputusan seperti rangkap satu, baris tiga dan empat:

Melayu mesti berilmuBaru boleh jadi penentu

Pengajaran yang seterusnya ialah kita hendaklah tolong- menolong antara satu sama lain. Contoh pengajaran ialah Ghulam Russel menyeru orang Melayu tolong- menolong supaya antara satu sama seperti yang terdapat di dalam rangkap dua, baris satu dan dua:

Kita mesti saling bertemuBersatu saling membantu

19

Page 20: Drama Muzikal Kampung Baru

Pengajaran yang keempat ialah kita hendaklah taat dan setia kepada bangsa Contoh pengajaran Ghulam Russel menyeru orang Melayu supaya taat dan setia kepada bangsa melalui Lagu ‘Maju Melayu’ seperti yang terdapat di dalam rangkap dua, baris tiga dan empat:

Bersama dalam semua perkaraMengenang jasa dan setia.

Pengajaran yang kelima ialah kita janganlah melupai jasa seseorang. Contoh pengajaran ialah Rosemera menyeru orang Melayu supaya jangan melupai jasa ibu bapa dan adik beradik seperti yang terdapat di dalam rangkap tiga, baris empat:

Asal tak lupa ibu dan bapa dan adik beradik.

Pengajaran yang keenam ialah kita hendaklah menjadi bangsa yang cemerlang serta menerima kemajuan teknologi dengan tangan terbuka. Contoh pengajaran ialah Ghulam Russel menyeru orang Melayu supaya menjadi bangsa yang cemerlang serta menerima kemajuan teknologi dengan tangan terbuka seperti yang terdapat di dalam rangkap empat, baris ketiga, empat dan lima :

Biar dipuji orang kita bangsa cemerlangBoleh terima kemajuan teknologi terkiniTerbuka dan bijak memakai dan me pengajaran.

Pengajaran yang seterusnya ialah kita janganlah mengumpat dan mengeji dan kerana ia perbuatan tercela . Contoh pengajaran ialah Rosemera menyeru orang Melayu KAMPUNG BARU bersatu padu untuk memastikan mereka maju seperti yang terdapat di dalam rangkap lima, baris satu dan dua serta ketiga:

Jangan kita malukan diri sendiri Jangan dicela dan diumpat keji Dituduh segala perkara hina

9. Sudut pandangan:

- Sudut pandangan orang ketiga serba tahu.

SKEMA JAWAPAN SOALAN ESEI : DRAMA MUZIKAL KAMPUNG BARU

20

Page 21: Drama Muzikal Kampung Baru

1. Pemikiran dalam Drama Kampung Baru:

Drama “Muzikal Kampung Baru” ini mengemukakan pemikiran tentang isu kemasyarakatan. Kisahnya memaparkan pertembungan antara corak kehidupan yang konvensional yang akan digantikan dengan budaya hidup yang lebih selesa. Cadangan pembaharuan yang dilakukan terhadap Kampung Baru oleh Gulam Russel telah mencetuskan konflik dan krisis dalam kalangan penduduk kampung, terutamanya Haji Palawan, Jalad, Nesan, dan Raja Molek. Akhirnya, Gulam Russel berjaya menyakinkan penduduk Kampung Baru untuk menerima pembaharuan yang mendatangkan kesan yang positif terhadap kehidupan mereka.

2. i. Dua persoalan berdasarkan petikan

-Persoalan kepentingan dalam menguasai sesuatu kemahiran Menguasai kemahiran ICT bagi tujuan untuk menyebarkan maklumat-maklumat penting sama ada digunakan untuk perniagaan, untuk mempromosi sesuatu barangan secara mudah dan cepat. Contohnya : Gulam Russel telah membina laman web bagi mempromosi Kampung Baru. Ini jelas menunjukkan watak di atas mempunyai sesuatu kemahiran khususnya dalam bidang ICT.

-Persoalan kepentingan menghargai adat dan budaya lama Dalam mengharungi arus kemodenan adat dan budaya lama tidak dilupakan malahan tradisi ini terus dikekalkan dengan pelbagai cara.

Contoh : Watak Gulam Russel telah mempromosikan adat dan budaya melalui

penggunaan laman web agar terkenal di seluruh dunia. Ini jelas menunjukkan

bahawa watak ini menghargai adat dan budaya lama.

.

ii. Tiga unsur Gaya Bahasa berdasarkan petikan

a. Unsur Gaya Bahasa Repitisi

Terdapat pengulangan perkataan “ada”, “Melayu” “kereta” telah diulang sebanyak dua kali.

b. Unsur Gaya Bahasa Kata Ganda

Terdapat penggunaan kata ganda dalam petikan. Contohnya “satu-satunya”

“pokok-pokok”

c. Unsur Gaya Bahasa Sinkope

Terdapat penggunaan gaya bahasa sinkope dalam petikan , contohnya “tak” yang berasal daripada perkataan “tidak”.

21

Page 22: Drama Muzikal Kampung Baru

iii.Lima perwatakan Gulam Russel:

- Seorang yang celik IT

Watak Gulam Russel seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang ICT dengan menggunakan ICT untuk membina laman web bagi mempromosi Kampung Baru agar dikenali di serata dunia.

- Seorang yang berwawasan

Gulam Russel seorang yang bewawasan apabila beliau merancang untuk membangunkan Kampung Baru menjadi perkampungan Melayu yang termoden di tengah-tengah bandaraya.

.

- Seorang yang tidak melupakan tradisi Melayu

Watak Gulam Russel telah mempromosikan adat tradisi melalui kehidupan

masyarakat Melayu melalui penggunaan laman web agar terkenal di seluruh

dunia.

.

- Seorang yang prihatin terhadap penduduk Kampung Baru

Gulam Russel sentiasa memikirkan cara untuk memajukan Kampung Baru demi kepentingan semua penduduk.

3. Penggunaan dua teknik plot berdasarkan petikan

Teknik pertama ialah teknik imbas kembali. Teknik ini boleh dilihat ketika Gulam Russel mengimbas kembali ketika dia berumur lapan tahun. Pada ketika itu dia seorang budak yang sangat nakal dan sering mengusik Haji Palawan.

Teknik kedua ialah teknik dialog. Contohnya Gulam Russel sedang berbual dengan Haji Palawan tentang kenakalan Gulam Russel ketika Gulam Russel berumur lapan tahun. Pada ketika itu dia seorang budak yang sangat nakal kerana sering megusik Haji Palawan.

22