PERKAITAN WATAK DAN PERWATAKAN DENGAN
LATAR MASYARAKAT DALAM
DRAMA ‘ GELANGGANG TUK WALI ’ KARYA ISMAIL KASSAN
1.0. PENGENALAN
1Drama berasal dari bahasa Greek dari kata kerja dran yang bererti berbuat, atau
to act atau to do. Dari segi makna khusus mengutamakan perbuatan, gerak yang
merupakan elemen yang bersifat drama. Drama adalah hidup yang ditampilkan melalui
gerak. Drama adalah kesenian melukis sifat dan sikap manusia dengan gerak Drama
bermaksud satu karangan dalam prosa atau puisi yang memotretkan kehidupan atau tokoh
dengan bantuan dialog atau gerak yang direncanakan. Drama mencakupi setiap jenis
pertunjukan tiruan pebuatan, mulai dari produksi, komidi, pantomin ataupun upacara
keagamaan. Drama hanyalah merupakan lakon yang dapat diperguna sebagai alat
manusia untuk melakonkan tokoh-tokoh tertentu di hadapan kelompok teman mereka.
Drama merupakan cabang seni sastera yang mempunyai hubungan yang rapat dengan
masyarakat. Jelasnya, drama adalah satu cabang seni sastera yang mementingkan dialog,
gerak atau perbuatan dan terdapat dalam prosa atau puisi. Dalam pengertian lain, drama
juga adalah satu seni yang menggarap lakon-lakon mulai sejak penulisan skrip hinggalah
pementasan. Justeru, untuk pementasan drama memerlukan ruang, waktu atau audiens.
Sesuatu yang dipaparkan melalui drama adalah sesuatu atau sejumlah kejadian yang
memikat dan menarik hati serta menimbulkan kesan emosi. Hal ini bermaksud bahawa
drama masih terikat dengan persekitaran dan masyarakatnya.
1 http://iffaizyan.blogspot.com/2009/04/drama-melayu-konsep-dan-ciri.html1
2Drama ialah karya sastera yang menggabungkan idea atau pemikiran, bahasa
melalui dialog serta arahan dan persembahan. Pelbagai unsur seni digabungkan dalam
drama. Skrip drama boleh dibaca dan boleh dipentaskan.
3Ciri-ciri drama ialah skrip drama lebih kepada untuk dipentaskan menjadi teater.
Selain itu, pemikiran pengarang disampaikan melalui dialog watak-watak. Dalam skrip,
ada arahan untuk pelakon, pengarah, kesan bunyi, muzik, alat-alat serta persediaan pentas
dan maklumat untuk pembaca. Unsur terpenting dalam drama ialah konflik. Cerita akan
berkembang dan pelakon dapat menunjukkan aksi bagi menghidupkan cerita. Gaya
bahasa drama pula bergantung kepada jenis drama, latar masa, latar tempat dan latar
masyarakat.
4Dalam drama terdapat pelbagai istilah yang berkaitan dengannya. Antara istilah-
istilah yang digunapakai ialah aksi, babak, adegan, episod, prolog dan epilog. Aksi ialah
gaya dan gerak geri atau gerak lakon pelakon dalam drama atau teater. Dalam skrip
drama, aksi ini turut dinyatakan oleh pengarang.
…RIPIN menumbuk dan menyepak guni pasir yang tergantung. RIPIN berdiri di tengah gelanggang. Mata dipejamkan rapat. Nafas ditarik dari rongga hidung dan dilepaskan dari mulut beberapa kali….
( hal. 188 )
Babak pula ialah peristiwa yang berlaku dalam latar masa dan yang sama dalam
drama. Babak akan bertukar kepada babak lain apabila pertukaran masa dan tempat.
Dalam drama Gelanggang Tuk Wali, pengarang telah menetapkan lima babak
kesemuanya. Babak pertama berlaku pada suatu pagi di rumah Pendekar Tuk Wali.
Manakal dalam babak kedua pula berlaku pada suatu petang tetapi tempatnya masih
2 Kalsom Binti Azid, 2010:73 Kalsom Binti Azid, 2010:74 Kalsom Binti Azid, 2010:13
2
sama. Manakala dalam babak ketiga pula berlaku pada suatu malam dan tempatnya masih
sama. Babak yang keempat pula berlaku pada suatu petang dan di tempat yang sama.
Babak terakhirnya pula berlaku pada waktu malam dan masih di tempat yang sama.
Adegan pula bermaksud bahagian kecil dalam babak iaitu peristiwa dalam latar
tempat yang sama tetapi latar masa yang berlainan. Adegan pertama berlaku pada suatu
pagi di rumah Pendekar Tuk Wali. Manakala dalam adegan kedua pula berlaku pada
suatu petang tetapi tempatnya masih sama. Manakala dalam adegan ketiga pula berlaku
pada suatu malam dan tempatnya masih sama. adegan yang keempat pula berlaku pada
suatu petang dan di tempat yang sama. Adegan terakhirnya pula berlaku pada waktu
malam dan masih di tempat yang sama.
Episod pula bermaksud peristiwa bersiri dan sering digunakan dalam drama
bersiri. Cerita yang lengkap dan boleh berdiri sendiri.
Prolog pula ialah kata-kata atau pendahuluan dalam drama.
Pentas biasa atau experimental theatre. Rumah comel TUK WALI berbentuk limas dengan lantai yang agak rendah. Ada sebuah beranda yang terbuka luas di hadapan rumah itu. Sebuah gelanggang silat yang dijaga dengan rapi terletak di hadapan rumah. Beberapa kerusi panjang daripada buluh terletak di sekitar gelanggang. Dua tiga buah beg pasir tergantung pada tiang menjadi alat untuk para pesilat berlatih menguatkan penumbuk….
( hal. 188 )
Epilog pula ialah kata-kata yang mengakhiri drama.
…Siapakah pembunuh sebenar Tuk Wali ? Syafiee, si penagih dadah ? Atau Ripin atau tuk siak atau anda semua ? Ramai “ Tuk Wali ” yang telah gugur kecundang di bumi tercinta ini. Apakah kita masih mahu terus menjadi penonton kepada semua ini ? Siapakah daripada generasi ini akan meneruskan gelanggang Tuk Wali ?.
( hal. 228 )2.0. WATAK DAN PERWATAKAN
3
Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu
membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi cerita, dan
kuasa merekalah yang menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah elemen terpenting
dalam drama. Wataklah yang menggerakkan plot cerita. Dalam sesebuah drama terdapat
watak utama dan watak sampingan. Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak
utama, tetapi pada saya sesebuah drama mempunyai dua watak utama, iaitu watak
protagonis ( watak yang menyokong idea penulis ) dan watak antogonis ( watak yang
menentang idea penulis ). Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik dan
pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang menarik.
Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong protagonis ataupun
antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita.
5Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek
watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bulat, watak pipih, watak dinamik,
watak statik, protagonis dan antagonis. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-
tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan
ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu Watak pipih lazimnya tidak
kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca. Watak bulat amat
menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah
pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya. Watak dinamik ialah watak yang
mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir. Watak
statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting
5 http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/02/aspek-sastera.pdf4
dalam cerita disebut watak sampingan. Watak protagonis ialah watak utama dalam
sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan
berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak
antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
3.0. PENDEKATAN SOSIOLOGI
6Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang
berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi
juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi ( pendek kata sebagai anggota
masyarakat ). Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam
masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara
ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada
suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.
7Teori Sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang
menggunakan prinsip-prinsip Teori Sosiologi. Sosiologi ada hubungkait dengan aspek-
aspek historikal iaitu aspek sejarah menjadi latar belakang yang mendasar teks. Ia juga
mengambil kira aspek-aspek luaran teks sebagai asas menilai teks. Aspek-aspek yang
menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya, dan
etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi teks dan
pengkaryanya serta masyarakat pembaca.
Falsafah pemikiran Auguste Comte ( 1798-1875 ) yang meletakkan Sosiologi
sebagai ilmu yang tertinggi dan patut dipelajari, maka kritikan sastera dan penulisan
6 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi7 http://teorisastera.blogspot.com/2010/05/pendekatan-sosiologi.html
5
teksnya juga turut dipengaruhinya. Pemikiran Auguste Comte ( 1798-1875 ) telah
mendapat sambutan yang hangat dan turut mempengaruhi pemikiran ahli falsafah
Inggeris iaitu John Stuart Mill. Lanjutan daripada pemikiran inilah berkembangnya
pengaruh positivisme dan aliran Realisme dalam kesusasteraan Perancis dan Barat.
Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan
dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai
ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi.
Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam
masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara
ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada
suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.
Sosiologi yang muncul pada abad ke-19 dianggap sebagai tindak balas akademik
tentang gaya kemodenan; apabila dunia semakin kecil dan lebih bersepadu, pandangan
hidup manusia tentang dunia semakin mengecil dan tersebar. Ahli Sosiologi berharap,
melalui ilmu ini dapatlah kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan
antara kita, dan juga untuk membentuk ‘ penawar ’ kepada perpecahan atau krisis moral
masyarakat.
Para Sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan
seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat
dan peranan jantina dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencongan
daripada, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan perceraian; dan proses
mikro seperti interaksi interpersonal.
6
Ahli Sosiologi sering kali bergantung kepada kaedah kuantitatif untuk menghurai
corak hubungan sosial, dan untuk membina model-model yang boleh membantu dalam
meramal perubahan sosial dan kesannya kepada manusia. Sesetengah ahli Sosiologi pula
berpendapat kaedah kuantitatif seperti wawancara terarah, diskusi berkumpulan, dan
kaedah etnografi mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap proses
sosial.
Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua-dua kaedah secara serentak.
Keputusan daripada kedua-dua kaedah ini boleh digunakan untuk menguatkan hujah
antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai corak am sosial,
manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami bagaimana seseorang
individu bergerak balas terhadap perubahan sosial. Secara ringkasnya, pendekatan ini
memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial sebagaimana seseorang rakyat atau
individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab
demi kepentingan masyarakat umumnya.
Dalam hal ini, pendekatan Sosiologi tidak dapat lari dari turut membicarakan
tentang pengkarya. Aspek Sosiologi pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki
perbicaraan intrinsik karya, riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi,
pendidikan, alam sekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah
ditinjau terlebih dahulu.
Menggunakan Teori Sosiologi dalam kritikan kesusasteraan mengkehendaki
pengkritik mendalam ilmu Sosiologi. Pengkritik perlu mahir mengenal pasti aspek-aspek
Sosiologi yang berkaitan dengan teks dan pengkarya di samping mampu menghubungkan
Sosiologi itu dengan kesusasteraan.
7
Pendekatan Sosiologi memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial
bagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat
yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya.
Dalam hal ini, pendekatan Sosiologi tidak dapat lari dari menuntut dan
membicarakan tentang pengkarya. Di samping itu juga pendekatan ini juga menekankan
isi karya yang mampu memberi manfaat dalam mendidik masyarakat. Karya yang baik
adalah karya yang mampu memberi pengajaran dan mempunyai isi yang mempersoalkan
pembentukkan masyarakat dan individu yang baik.
8Teori Sosiologi Sastera menuntut pengarang mengumpul sebanyak mungkin
pengalaman dalam kehidupan kerana pengalaman dalam kehidupan akan mempengaruhi
daya kreativiti sesorang. Pengalaman luas dalam diri pengarang akan membolehkan
menghasilkan teks yang unggul. Ini kerana kepelbagaian pengarang akan menyediakan
pelbagai pilihan dan membolehkan pengarang membuat pilihan yang terbaik.
Pengalaman boleh dikutip melalui peristiwa dalam kehidupan harian, sama ada
yang dialami sendiri, melalui pengamatan, pendengaran, bacaan, penyelidikan dan
sebagainya. Pengalaman yang pelbagai ini pula menuntut proses penyaringan, pemilihan,
dan kesepaduan agar ia dapat mencapai keseimbangan baik dari segi isi, teknik mahupun
nilai estetika. Kehadiran bakat sebagai pengarang dan dibekali kehadiran pengalaman,
menjadikan Anwar Ridhuwan seorang pengarang yang yang berkemampuan untuk
melahirkan karya yang baik.
9Konteks Kesusasteraan Melayu, konsep Sosiologi Sastera merangkumi tiga
bentuk pemahaman dan penerapan. Pemahaman yang pertama bertolak daripada teks
8 Hajijah Jais, 2006:459 Ungku Maimunah Ungku Tahir, 2006:3
8
sastera yang berandaian bahawa teks sastera bebas daripada tuntuan dan pengaruh
persekitaran. Justeru, kajian berpusatkan teks semata-mata dan ditumpukan kepada usaha
menyerlahkan gambaran masyarakat yang terdapat dalam teks yang dikaji. Kajian seperti
ini tidak jauh daripada kajian instrinsik yang lumrah ditemui. Namun begitu, kajian
intrinsic ini ditumpukan kepada latar masyarakat yang terdapat dalam sepanjang
perjalanan cerita dalam teks yang dikaji.
Pemahaman kedua berkisarkan kepada penghujahan bahawa persekitaran
mempunyai kaitan langsung dalam karya yang dihasilkan. Justeru, kajian menganalisis
dinamika antara teks dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut memepengaruhi
karya yang terhasil dari segi isi dan bentuknya.
Pemahaman yang ketiga pula ialah pemahaman yang lebih menjurus kepada
penggunaan sesuatu paradigm tertentu untuk mengkaji permasalahan yang dibangkitkan
dalam teks sastera.
4.0. SINOPSIS DRAMA ‘ GELANGGANG TUK WALI ’
Babak 1
9
Ripin singgah di rumah Tuk Wali ketika hendak ke rumah Leman. Mak Umi
memberitahu Ripin bahawa Tuk Wali demam. Ripin juga memberitahu Mak Umi bahawa
ada jemputan bersilat di rumah Haji Kodri. Tuk Wali ingin turut serta dalam jemputan
tersebut walaupun dirinya tidak sihat. Telatah Tuk Wali tunggang langgang apabila
diserang oleh Mak Umi yang latah apabila mendapati ikan di dapurnya hangit. Tuk Wali
juga memberitahu Ripin bahawa hasil hutan susah diperoleh sekarang kerana orang
sekrang sudah hilang rasa hormat dan sayangkan alam sekitar. Ripin juga memberitahu
Tuk Wali bahawa ada pemberita akan datang pada malam nanti.
Babak 2
Tuk Wali membonceng motosikal yang ditunggang oleh Ripin ke rumah Haji
Kodri. Kemudiannya, Imam dan Siak datang ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka
adalah untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kepada Tuk Wali tentang persembahan
silatnya di setiap majlis perkahwinan di kampungnya. Hal ini demikian disebabkan oleh
usia Tuk Wali yang semakin meningkat. Mereka mengatakan bahawa semasa usia Tuk
Wali sebegini searusnya tidak mementingkan aktiviti bersilatnya tetapi seharusnya
beramal di masjid sahaja. Mak Umi menyanggah kata-kata itu kerana suaminya tidak
pernah meninggalkan solat berjemaah malah rajin melakukan solat sunat. Imam cuba
mengingatkan lagi tidak manis kalau Tuk Wali meninggal dunia di tengah-tengah
gelanggang. Mak Umi menegaskan ajal dan maut semuanya di tangan tuhan. Mak Umi
berharap Imam dan Siak tidak perlu berkias dan berlapik dalam perkara ini kerana
mereka semuanya telah tua.
10
Babak 3
Tuk Wali marah akan cucu tirinya yang bernama Piee. Piee telah dihalau keluar
dari rumah Haji kodri. Tuk Wali begitu marah kepada Piee bukan disebabkan itu sahaja
malahan Piee juga pernah mencuri duit Tuk Wali yang telah dikumpulkannya untuk ke
Mekah. Selepas itu, Mak Umi memberitahu Tuk Wali bahawa petang tadi Imam dan Siak
datang ke rumah dan memberi nasihat kepada Tuk Wali. Tuk Wali menceritakan kepada
Mak Umi semasa dia muda dahulu, ketika zaman darurat, semua orang menghargai akan
usahanya mengetuai orang kampung mengawal kampungnya. Tuk Wali berasa hampa
dengan sikap penduduk kampung terhadapnya. Tuk Wali cuba melepaskan perasaan
marah dengan menendang guni pasir dan membuat beberapa jurus. Ripin dan Mariam
datang dengan membawa beberapa bungkusan. Tiba-tiba bungkusan yang di bawa oleh
Mariam terjatuh menyebabkan Tuk Wali terkejut dan melatah lalu menyerang Ripin dan
Mariam bertubi-tubi. Tuk Wali mahu Ripin dan Mariam menggantikan tempatnya tetapi
mereka berdua menolak tawaran tersebut kerana mereka masih memerlukan bimbingan.
Kemudian Tuk Wali menyerahkan Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Ripin,
tetapi Ripin menolaknya kerana dirinya masih belum layak untuk menerimanya. Dua
orang wartawan datang menyebabkan perbualan mereka terhenti. Tuk Wali menceritakan
pengalamannya kepada wartawan itu ketika berhadapan dengan empat perompak di kedai
emas. Tidak lama kemudian, Piee pun pulang. Tuk Wali memarahi Piee kerana masuk ke
biliknya kerana disyaki ingin mencuri. Sesudah Tuk Wali dan Mak Umi masuk ke dalam
rumah, datang empat orang pemuda membuat bising di halaman rumahnya lalu Tuk Wali
menampar salah seorang daripada pemuda itu.
11
Babak 4
Siak datang ke rumah Tuk Wali dan memarahi Tuk Wali kerana menampar
cucunya. Pertengkaran mulut berakhir dengan pergelutan. Mak Umi yang bimbang akan
peristiwa it uterus bergegas ke rumah Ripin. Ripin datang sejurus kemudian dan Berjaya
memulas tangan Siak. Mak Umi mahu mereka semua berdamai tetapi mereka tetap mahu
bergaduh. Mak Umi segera meminta Ripin menghantarnya ke rumah anaknya, Berahim.
Babak 5
Tuk Wali sedang tidur. Piee datang ke rumah Tuk Wali dan mencuri biola dan
keris pusaka kepunyaan Tuk Wali. Perbuatan itu disedari oleh Tuk Wali apabila Piee
terlanggar sesuatu. Tuk Wali cuba menghalang Piee menyebabkan berlakunya
pergelutan. Dalam pergelutan itu, Piee tertikam perut Tuk Wali dan terus dia melarikan
diri. Ketika Tuk Wali mengerang kesakitan, Ripin datang. Tuk Wali meminta Ripin
menjaga keris perguruan sebelum menghabiskan nafas yang terakhir. Ripin bersumpah
mahu menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Apabila Imam dan Siak muncul, mereka
menuduh Ripin membunuh Tuk Wali. Sebaliknya, Ripin menuduh Siak yang membunuh
Tuk Wali.
4.0. PERKAITAN WATAK DAN PERWATAKAN DENGAN LATAR MASYARAKAT DALAM DRAMA ‘ GELANGGANG TUK WALI ’
Dalam drama ‘ Gelanggang Tuk Wali ’ menunjukkan masyarakat yang suka
melatah. Latahnya yang teruk telah menyebabkan orang lain menjadi mangsa latahnya.
12
Masyarakat yang suka melatah telah dikaitkan dengan watak Mak Umi. Jelas Mak Umi
suka melatah sewaktu Ripin menegur bau yang dihidunya.
RIPIN : Eh, apa benda yang berbau hangit ni, Mak Umi ?MAK UMI : Bau? Ya, Allah! Ikan goreng aku hangus ! Eh, ikan kembung! Ikan kempis! ( MAK UMI melatah. Dia menggunakan sudipnya untuk menikam TUK WALI. MAK UMI terus menikam bertubi-tubi. TUK WALI mengelak sambil melompat kelam-kabut kerana terhalang oleh kain pelikatnya. TUK WALI jatuh terduduk di beranda. )
( hal. 190 )
Selain itu, masyarakat dalam drama ini menunjukkan masyarakat yang rajin
bekerja sehingga mencapai apa yang dihajati. Masyarakat yang rajin bekerja telah
dikaitkan dengan watak Tuk Wali dan Berahim. Tuk Wali selalu masuk ke hutan mencari
akar kayu selain daripada mengajar silat. Selain itu, Berahim juga rajin bekerja apabila
diceritakan Berahim hanya bekerja masuk hutan mencari akar kayu dan akhirnya dapat
membeli sebuah kereta. Selain itu, dikaitkan juga dengan Mak Umi rajin menyapu
halaman rumah dan mengemas disekitarnya sebagai satu gambaran masyarakat yang rajin
bekerja.
RIPIN : Wak masuk hutan minggu lepas ? ( Melihat longgokanakar kayu di hujung beranda )TUK WALI : Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi !
( hal. 190 )
TUK WALI : Dulu, Berahim tu masuk hutan saja kerjanya, boleh beli kereta….
( hal. 191 )
MAK UMI menyapu sampah dan mengemas halaman rumahnya.
( hal. 192 )
13
RIPIN dan TUK WALI naik motosikal lalu keluar dari kawasan halaman rumah… MAK UMI masih terus membersihkan sekitar halaman rumah….
( hal. 194 )
Seterusnya, masyarakat dalam drama ini bijak menjalankan urusniaga jual beli
walaupun urusniaga jual belinya itu semakin murah harganya. Watak yang dikaitkan
dengan gambaran masyarakat ialah Tuk Wali. Tuk Wali bijak mengendalikan urusan jual
beli besi dan tongkat ali.
TUK WALI : Dulu, rancang besi siap racik, bersih, lapan belas ringgit sekilo. Tongkat ali pula jejak dua puluh ringgit, Sekarang ni Guan ambil tongkat ali Cuma Sembilan ringgit, rancang besi cuma enam ringgit saja sekilo.
( hal. 191 )
Masyarakat dalam drama ini sering melafazkan kata-kata yang berunsur Islam
dalam kehidupan atau pertuturan mereka. Gambaran masyarakat ini dikaitkan dengan
watak Mak Umi, Tuk Wali, Siak dan Imam. Mereka tidak lekang melafazakan bait-bait
islamik dalam perbualan dan pertuturan mereka.
MAK UMI : Bau? Ya, Allah! Ikan goreng aku hangus ! Eh, ikan kembung! Ikan kempis!....
( hal. 190 )
TUK WALI : Tak payah menepis, mengelak, buang masa ! Kalau menyerang dengan petua yang betul, Insya-Allah mengena.
( hal. 193 )
IMAM : Assalamualaikum !MAK UMI : Waalaikumussalam ! ….
( hal. 194 )
MAK UMI : … Dan, aku yakin doa yang baik diikuti gerak yang baik, penamatnya insya-Allah baik.
( hal. 196 )
TUK WALI : Astaghfirullahalazim ! kenapa kaujahtuhkan dulang tu tadi ? ….
14
( hal. 202 )
SIAK : Assalamualaikum ! Tuk Wali ! … Ooo … ! Tuk Wali !
( hal. 218 )
MAK UMI : ( keluar dengan periuk ) Ya, Allah ! ….
MAK UMI : Udahlah tu ! kenapa sampai jadi macam ni ! Ya, Allah ! …
( hal. 219 )
MAK UMI : Udahlah tu, bang ! Kenapa bergaduh macam budak-budak ni ! Astaghfirullahalazim ! ….
( hal. 221 )
Selain itu, masyarakat dalam drama ini sudah pandai menggunakan bahasa kedua
dalam pertuturan mereka. Bahasa kedua yang dimaksudkan ialah bahasa Inggeris. Ini
jelas menunjukkan masyarakat dalam drama ini masyarakat moden. Watak yang
dikaitkan dengan gambaran masyarakat ini ialah Imam,Mariam dan Tuk Wali. Mereka
selalau menggunakan perkataan-perkataan Inggeris dalam perbualan mereka seharian.
IMAM : Dijemput makan saja kami ni ! Nak menjengah ke dapur malu pulak rasanya, semuanya pakai catering !.
( hal. 194 )
MARIAM : Nasib baik wak tak pakai pedang tadi. Kalau tidak, kami dah jadi potato chips agaknya.
( hal. 202 )
TUK WALI : ( ketawa ) Gaya macam ni, Orang Putih kata very good !
( hal. 211 )
15
Masyarakat dalam drama ini digambarkan sebagai masyarakat yang menjaga hati
tetamu. Watak yang dikaitkan ialah Tuk Wali.
TUK WALI : Eh, malam nanti siapa yang turun gelaanggang ?Malulah kalau pemberita tu datang tapi gelanggang kosong ! ….
( hal. 191 )
Dalam drama ini juga ada yang mengambarkan masyarakat yang tidak dapat
menerima kritikan atau teguran.
RIPIN : Susah, wak ! Kalau saya menang, orang kata saya tak jantanlah kalahkan perempuan ! Tapi kalau saya kalah, tiga bulan wak, mereka akan kutuk saya.
( hal. 192 )
Seterusnya, digambarkan masyarakat dalam drama ini mempunyai semangat ilmu
persilatan yang tinggi dan kental. Kekentalannya membawa kepada kehormatan yang
tinggi telah diberikan oleh penduduk kampung. Watak Tuk Wali masih lagi dikaitkan
dengan gambaran masyarakat ini. Tuk Wali menunjukkan kesungguhan beliau terhadap
ilmu persilatan.
TUK WALI : ( Berdiri gagah sambil memejamkan mata membaca doa pelangkah ) Hari ini Khamis, langkah kanan, langkah pendekar. ( Menekan lubang hidung kanan ! MEnarik nafas dari lubang hidung kiri. ) Nafas lancar kiri kanan. Gerak hari ini, grak menyerang ! Tak perlu bertahan atau berundur, boleh mengumpan tapi berpada … yang eloknya biar menyerang terus sampai musuh tumbang.
( hal. 193 )
Masyarakat dalam drama ini bijak bermain dengan bahasa-bahasa kiasan sebagai
satu medium untuk menyindir atau mengenakan sesorang secara halus supaya seseorang
itu tidak berasa hati atau berkecil hati apabila mendengar kritikan tersebut. Ripin, Mak
16
Umi, Imam adalah antara watak yang dikaitkan. Mereka bijak mengatur kata-kata dengan
kiasan untuk menyatakan sesuatu agar orang yang mendengarnya tidak terasa hati atau
tersinggung.
RIPIN : Wah, hebat betul, wak ! Gugur iman janda-janda kampung hulu tu nanti !
( hal. 193 )
MAK UMI : Berhajat benar Nampak gaya datangnya ni ! Jangan besar sampai tak terpeluk, berat sampai tak terjinjit udah le !
( hal. 195 )
IMAM : Umur macam kita ni, Umi, ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya. Bila-bila masa saja burung itu boleh terbang tinggalkan sangkar. Tak manis kalau itu berlaku di tengah gelanggang !
( hal. 196 )
MAK UMI : Ooo …! Soal adat dan kebiasaan saja ! Bagus tu ! Gamaknya, adat orang menegur biarlah berempat mata ! Ngapa tak bersemuka dengan Tuk Wali sendiri ? Tak kena rasanya kalau aku yang bersolek, tapi Tuk Wali yang bercermin, atau aku yang bercermin, tapi Tuk Wali yang nak bersolek, tak gitu ?
( hal. 196 )
TUK WALI : Orang merokok pun susah nak berhenti. Umi, inikan pulak penagih dadah … Kalau tidak, berulang lagi … jadi macam menyapu sampah di bawah pokok ….
( hal. 197 )
Digambarkan juga masyarakat dalam drama ini sentiasa menunaikan perintah
Allah S.W.T demi kebaikan akhirat. Watak yang dikaitkan adalah pada watak Tuk Wali.
Kesungguhan Tuk Wali dalam menunaikan perintah Allah S.W.T diakui oleh isterinya,
Mak Umi.17
MAK UMI : Tuk Wali tak pernah tinggal berjemaah maghrib sampai isyak, subuh pun ! Sembahyang sunatnya ? Tak pernah pulak aku mengiranya entah berapa puluh rakaat satu malam ! Di mata aku tak ada apa salahnya ?
( hal. 195 )
Dalam drama ini juga telah memberi gambaran masyarakat yang sentiasa
berdoa dan bertawakal kepada-Nya dalam apa jua urusan peribadi mahupun keluarga.
Watak Mak Umi telah diakui bersesuaian dengan gambaran masyarakat yang dinyatakan.
Mak Umi akur dengan qada’ dan qadar Allah S.W.T.
MAK UMI : Cakap agama tu, imam! Aku setuju sangat tu! Iman juga namanya kan ? Kalau mengakui dengan hati bahawa ajal dan maut itu di tangan tuhan, kita ni Cuma berdoa minta penamat yang teat untuk tempat dan suasananya. Dan, aku yakin doa yang baik diikuti pulak gerak yang baik, penamatnya insya-Allah baik.
( hal. 196 )
Selain itu, dalam drama ini menggambarkan masyarakat yang suka melakukan
aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti menagih dadah dan suka mencuri. Watak
Syafiee atau Piee telah membuktikan gambaran masyarakat yang tidak bermoral. Piee
seorang penagih dadah dan suka mencuri.
TUK WALI : Orang merokok pun susah nak berhenti. Umi, inikan pulak penagih dadah … Kalau tidak, berulang lagi … jadi macam menyapu sampah di bawah pokok ….
( hal. 197 )
TUK WALI : Budak kata awak ? Dah berjanggut, budak apa kenamanya ? Dua ribu ringgit yang dicurinya tu duit tambang aku nak ke Makkah, Umi ! ….
( hal. 199 )
Masyarakat dalam drama ini juga digambarkan sebagai masyarakat yang selalu
memohon maaf sekiranya melakukan sebarang kesilapan.
18
MARIAM : … Kalau saya yang buat salah, saya minta maaf, wak ! Orang muda kadang-kadang terlanjur bila bergurau. Saya minta maaf, wak !
( hal. 203 )
Drama ini juga menggambarkan masyarakat yang selalu menggunakan bahasa-
bahasa kesat dalam perbualan mereka. Watak yang dikaitkan ialah Tuk Wali. Bahasa-
bahasa kesat yang telah keluar dari mulut Tuk Wali adalah sewaktu Tuk Wali marahkan
Piee.
TUK WALI : Budak biadab ! Keluar ! Berambus ! Aku tak mau tengok muka engkau di rumah ni lagi ! Kurang ajar !
( hal. 214 )
5.0. KESIMPULAN
Keseluruhannya, watak dan perwatakan memainkan peranan penting dalam
menghuraikan gambaran masyarakat dalam sesebuah drama. Seseorang watak dijadikan
19
medium kepada masyarakat dalam drama tersebut. Perwatakannya sama ada baik atau
buruk mempengaruhi gambaran masyarakat.
6.0. BIBLIOGRAFI
BUKU
Azman Wan Chik, 1980. Sastera dan Drama dalam Pendidikan , Monograf Pendidikan Bahasa Universiti Malaya. Jabatan Pendidikan Bahasa.
Borhan Md Zin, 1999. Pengalaman Mengajar Kesusasteraan Melayu kaedah dan Teknik Berkesan . Kolokium Pendidikan Sastera , IBMM kuala Lumpur.
Hajijah Binti Jais, 2006. Novel-Novel Anwar Ridhuwan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hasanuddin WS, M.Hum, 1996. Drama Karya Dalam Dua Dimensi. Bandung : Penerbit Angkasa.
Kalsom Binti Azid dan Serina Dyna, 2010. Antologi Harga Remaja. Subang Jaya : Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Kamaruddin Haji Husin, Siti Hajar Hj. Abd Aziz . 1999. Kesusasteraan Dan Pengajaran Kumpulan Budiman Sdn Bhd . Kuala Lumpur.
Romani Binti Omar. 2009. Harga Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ungku Maimunah Ungku Tahir, 2006. Pemahaman dan Penerapan Sosiologi dalam Kesusasteraan Melayu. Akademika 69
LAMAN WEB / LAMAN BLOG
http://iffaizyan.blogspot.com/2009/04/drama-melayu-konsep-dan-ciri.html. Diperoleh pada 12 Ogos 2010
http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/02/aspek-sastera.pdf. (n.d.).
20
Diperoleh pada 18 Ogos 2010
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi. (n.d.). Diperoleh pada 12 Ogos 2010
21