Download - doktrin pengasingan kuasa malaysia
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
1/37
1
1.0 PENGENALAN
Acuan Parlimen Malaysia adalah model demokrasi Westminister yang terdapat di
United Kingdom, iaitu kuasa yang pernah menjajah kita dahulu. Badan Perundangan
Persekutuan Malaysia ditempatkan dalam sebuah bangunan yang dibina khusus untuknyatetapi tidak seperti Parlimen Inggeris di London yang terletak dalam sebuah kompleks
bangunan yang pada suatu waktu adalah istana Raja (Palace of Westminister). Parlimen
merupakan symbol kuasa rakyat walau apapun nama yang diberi seperti Westminister di
United Kingdom, Kongres di Amerika Syarikat dan Diet di Jepun. Keanggotaannya
ditentukan oleh rakyat secara langsung melalui pilihanraya yang dijalankan secara bebas,
adil, saksama dan terbuka.
Doktrin pengasingan kuasa ini dikemukan oleh Montesquieu iaitu seorang ahli
falsafah Perancis. Pewujudan Parlimen adalah selari dengan doktrin pengasingan atau
pembahagian kuasa Parlimen mewakili kuasa perundangan atau legislatif manakala dua lagi
kuasa untuk mengimbanginya adalah eksekutif dan judisari serta kehakiman. Doktrin
pembahagian kuasa ini adalah ciptaan demokrasi di Barat sebagai alternatif kepada
pemerintahan yang bercorak kuku besi atau monarki mutlak yang berleluasa pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, doktrin tersebut diterima pakai di negara-negara lain dengan
penyuntikan elemen-elemen tradisional tempatan. Justeru, lahirlah pelbagai bentuk demokrasi
liberal dan sebaliknya mengikut kesesuaian sesebuah negara tidak kira sama ada ia sebuah
negara republik atau sebuah negara beraja.
Di Malaysia, undang-undang menjadi tulang belakang kepada pembangunan dan
perkembangan dalam aspek ekonomi, sosial mahupun politik. Perlembagaan mengawal
kehidupan masyarakat Malaysia menjadi lebih baik, mendapatkan hak seseorang,
menyuarakan pendapat daripada rakyat, menggubal undang-undang baru, membatasi langkah
dan pergaulan seseorang dalam sesuatu perkara dan sebagainya. Tanpa undang-undang
seseornag bebas menceroboh hak orang lain, berlaku penindasan ke atas orang lain malah
tiada sesiapa yang dapat mengawal tindakan seseorang. Jika diperhatikan, kebanyakan
Negara yang mengalami masalah politik dan ketidakstabilan negara kerana penguatkuasaan
undang-undang yang lemah sekali gus kelalaian pemerintah untuk menguasai dan mengawal
perlakuan rakyatnya. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai
perlembagaan sebagai garis panduan demi menjaga kesejahteraan bersama-sama. Pemilihan
pemerintah dilakukan mengikut sistem demokrasi berparlimen.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
2/37
2
2.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Menurut kamus undang-undang Oxford, perkataan undang-undang mambawa maksud
suatu kumpulan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa dengan tujuan untuk mentadbir
sesebuah masyarakat. John Salmond dalam bukunya Jurisprudence pula memberi definisi
undang-undang sebagai kumpulan prinsip-prinsip yang diiktiraf dan digunapakai oleh
sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan atau dengan kata lain undang-undang ialah suatu
kumpulan peraturan yang dikuatkuasakan oleh negara keatas rakyatnya demi menjaga
keamanan dan keadilan. Secara keseluruhannya, undang-undang diwujudkan bertujuan
untuk mentadbir corak tingkah laku dan juga sebagai panduan bagi mewujudkan kehidupan
bermasyarakat yang adil, harmoni dan tenteram. Masyarakat akur bahawa sebarang
perlanggaran undang-undang yang dibuat oleh mereka akan dikenakan tindakan berbentuk
hukuman atau denda.
Fungsi undang-undang diwujudkan ialah untuk mengawal dan mengatur kehidupan
masyarakat. Contohnya seperti undang-undang jenayah diwujudkan untuk mengawal
kesalahan yang berlaku dalam masyarakat seperti mencuri, mencederakan orang, merompak,
membunuh dan lain-lain lagi. Jika didapati bersalah, pesalah tersebut akan dihukum mengikut
undang-undang jenayah seperti hukuman denda, penjara, sebat atau hukum gantung sampai
mati. Undang-undang juga diwujudkan untuk menjaga hak-hak dan kewajipan yang perlu
dilakukan oleh masyarakat seperti hak isteri menerima nafkah daripada suaminya atau hak
seorang anak mendapat nafkah daripada bapanya. Suami atau bapa akan mendapat perintah
daripada mahkamah jika gagal melaksanakan kewajipannya. Undang-undang juga bertujuan
untuk mewujudkan keadilan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana di bawah undang-
undang perlembagaan, terdapatnya konsep hak-hak asasi dan kesamarataan. Dalam konsep
tersebut, rakyat yang melakukan kesalahan akan dihukum menggunakan undang-undang
yang sama.
Sumber undang-undang Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sumber undang-undang
bertulis dan tidak bertulis. Undang-undang bertulis ialah undang-undang yang digubal oleh
badan perundangan iaitu Parlimen di peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di
peringkat negeri. Undang-undang tidak bertulis pula ialah undang-undang yang tidak digubal
oleh mana-mana badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Contoh
undang-undang ini ialah undang-undang Islam, undang-undang Inggeris, undang-undang adat
dan juga keputusan mahkamah.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
3/37
3
3.0 SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
Umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat tatkala kemerdekaan
dicapai tanggal 31 Ogos 1957. Bermulanya era pemerintahan berbentuk acuan sendiri, sistem
demokrasi berparlimen menjadi pilihan diantara enam jenis kerajaan lain. Sebelum kita pergi
ke sistem demokrasi berparlimen, terdapat beberapa jenis kerajaan yang perlu diketahui
umum. Kerajaan Monarki berbentuk kuasa penuh di tangan raja dan segala kata putus
ditentukan oleh raja. Rakyat tidak berpeluang untuk bersuara dan hal ini menafikan hak
rakyat dalam memilih pemimpin mereka. Tidak ada parti politik yang bertanding sekali gus
menunjukkan bahawa takhta kerajaan diwarisi dari turun-temurun. Segala bentuk pentadbiran
dijalankan oleh kerabat sultan seperti mana yang berlaku di Brunei Darussalam, Arab Saudi
dan Kuwait. Rakyat hanya menjadi pengikut kehendak pemerintah tanpa berpeluang untuk
menyuarakan pendapat masing-masing.
Pemerintahan berbentuk autokrasi menggambarkan kekejaman pemerintah yang
sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa mereka. Pemerintah berkuasa mutlak
dan tidak menerima pandangan orang lain. Sesiapa yang melanggar perintahnya akan
dihukum dan pemerintah autokrasi tidak mahu orang lain menolak idea atau cadangannya.
Pemerintah yang bersifat totalitarian pula bersifat pemimpin yang mengekalkan ideologi.
Pemimpin jenis ini gemar mengumpul tanah jajahan untuk melambangkan kekuasaannya.
Pentadbiran jenis totalitarian memegang kuasa politik, ekonomi, tentera dan peradilan yang
mana pemerintahan ini berusaha untuk menyatukan rakyat berdasarkan nilai dan norma yang
dipegang oleh parti tersebut. Pemerintah berkuasa luas dalam hidup rakyat atau dalam erti
kata lain pemerintah bebas menguasai hidup individu.
Pemerintahan berbentuk sosialis lebih mengutamakan kepentingan rakyat terutama
rakyat yang berpendapatan rendah hingga menolak hak perseorang. Setiap rakyat perlu
menitikberatkan hak orang lain terutama orang miskin kerana pemerintah jenis sosialis tidak
mahu rakyat yang miskin terus miskin. Walau bagaimanapun tindakan pemerintah menafikan
hak perseorang menyebabkan rakyatnya tidak berhak memiliki harta secara persendirian
sebaliknya dikehendaki berkongsi bersama-sama orang lain. Hal ini menyebabkan rakyat
yang lain tidak bebas untuk berharta. Pemerintahan berbentuk republik pula mengamalkan
sistem demokrasi namun tidak ada raja yang memerintah dan ketua negara ialah presiden.
Pemerintahan jenis komunis pula menolak kepercayaan kepada tuhan dan semua anggota
masyarakat dianggap sama dari aspek sosial. Sistem pemerintahan ini menggunakan
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
4/37
4
kekerasan untuk mencapai matlamat dan berpegang pada prinsip matlamat menghalalkan
cara. Ekonomi menjadi hak milik negara seperti yang berlaku di Korea Utara.
Berdasarkan semua jenis pemerintahan, ternyata sistem demokrasi berparlimen lebih
sesuai untuk rakyat Malaysia yang mana rakyat terlibat dalam pemilihan pemerintah melalui
pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali. Sistem demokrasi berparlimen yang dipilih
adalah mengikut model Westministeryang terdapat di United Kingdom. Pilihan raya umum
diadakan untuk memilih ahli Parlimen peringkat persekutuan manakala pilihan raya kecil
diadakan untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Kedua-dua pilihan raya
menjadi simbolik kekuasaan rakat untuk memilih wakil rakyat pilihan mereka. Suara rakyat
akan disampaikan oleh wakil rakyat yang dipilih semasa pilihan raya. Sistem demokrasi
berparlimen yang berpusatkan undian pilihan raya yang dilakukan sama ada telah tamat
tempoh atau berlaku kematian ahli. Melalui pilihan raya, rakyat menentukan pemerintah
yang akan mentadbir kawasan mereka dan tidak ada penindasan atau pilih kasih dalam
pemerintahan wakil rakyat.
Malaysia mempunyai beberapa ciri yang berbeza jika dibandingkan dengan negara
demokrasi lain seperti pengamalan konsep demokrasi berparlimen yang mana Parlimen
terbahagi kepada dua iaitu dewan rakyat dan dewan negara. Ketertinggian Parlimen terserlah
apabila senator tidak boleh didakwa atas usul yang dibahaskan di dalam dewan. Dalam
demokrasi berparlimen juga, ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong menunjukkan
bahawa Malaysia mempunyai konsep raja berperlembagaan. Pembahagian antara kerajaan
pusat dan kerajaan negeri begitu jelas ketara apabila wujud pembahagian dalam Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Konsep Doktrin Pengasingan Kuasa jelas
menunjukkan pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Malaysia
mempunyai sebab tersendiri dalam mengagihkan tugas antara persekutuan dan negeri.
Pemusatan kuasa pada sesuatu badan boleh menyebabkan pertindihan kuasa sekali
gus meningkatkan jenayah korupsi berlaku. Tugas yang terlalu banyak dan membebankan
memberi ruang dan peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendesak agar
proses birokrasi dipermudah dengan suapan tertentu. Pengasingan kuasa memberi peluang
kepada badan-badan tersebut untuk membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh
badan-badan lain. Kuasa yang diberikan adalah untuk bertindak adil dalam semua perkara
dan setiap badan berhak untuk membuat keputusan sendiri demi kepentingan bersama.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
5/37
5
Raja menjadi ketua negara manakala Perdana Menteri yang memenangi dua per tiga
dalam pilihan raya menjadi ketua kerajaan. Dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen terdapat doktrin pengasingan kuasa yang membahagikan kuasa dalam negara.
Pembahagian dilakukan mengikut senarai persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama
yang mana tujuan pembahagian adalah untuk mengurangkan pemusatan kuasa setempat
sekali gus melancarkan sistem pentadbiran mengikut kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang mempunyai kuasa ke atas tiga badan
utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Perdana Menteri
menjalankan tugas sebagai ketua kerajaan atas persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Perdana
Menteri akan mendapatkan tandatangan daripada Yang di-Pertuan Agong bagi mengesahkan
sesuatu dasar yang digubal dan seterusnya melaksanakan tugas atas perkenan baginda.
Parlimen menjadi symbol kekuasaan rakyat, walaupun pemilihan pemerintah
dilakukan melalui pilihan raya tetapi itu adalah cara terbaik untuk memberi peluang kepada
rakyat terlibat dalam pentadbiran negara. Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan kini
berbeza dengan sistem yang diamalkan sebelum kedatangan penjajah. Tidak dinafikan sistem
ini berasal dari Barat, namun ia sesuai diamalkan di Malaysia lantaran kerana masyarakatnya
majmuk. Di bawah doktrin pengasingan kuasa, terdapat tiga badan yang bertanggungjawab
melaksanakan segala arahan dan pentadbiran mengikut kata yang telah disepakati bersama.Badan eksekutif adalah badan utama yang terdiri daripada parlimen. Parlimen mengandungi
dewan rakyat dan dewan negara yang akan membahaskan segala permasalahan dan isu-isu
global serta menggubal dasar baru. Badan perundangan pula adalah tempat perundangan
dilaksanakan dan badan kehakiman adalah untuk menegakkan kebenaran yang terdiri
daripada mahkamah atasan dan mahkamah bawahan. Ketiga-tiga badan memainkan peranan
penting dalam menggerakkan Malaysia ke arah negara maju dan mentadbir negara dengan
lebih berwawasan.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
6/37
6
4.0 BADAN PERUNDANGAN
Badan perundangan merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam doktrin
pengasingan kuasa di negara kita. Fungsi badan perundangan ialah untuk mengubal,
meminda dan meluluskan undang-undang. Undang-undang atau peraturan-peraturan inilah
yang akan dijadikan panduan bagi pihak eksekutif di peringkat persekutuan dan peringkat
negeri untuk mentadbir dan menguruskan pemerintahan negara. Di peringkat persekutuan,
badan perundangan terletak di Parlimen manakala di peringkat negeri terletak di Dewan
Undangan Negeri. Komponen yang terdapat didalam badan perundangan di peringkat
persekutuan ialah Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Manakala pada peringkat
negeri pula ialah Dewan Undangan Negeri. Setiap komponen tersebut mempunyai peranan
tersendiri dalam bidang perundangan negara.
4.1 PARLIMEN
Komponen utama di dalam badan perundangan ialah Parlimen. Menurut Robertston
(1993) di dalam buku Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamarudin dan Ahmad
Sohaimi Lazim (2009) mengatakan Parlimen merupakan satu perundingan (sonsultive
assembly) yakni kuasa perlembagaan diperlukan atau tidak diperlukan bagi tujuan untuk
membuat undang-undang rasmi negara. Struktur parlimen pula terdiri daripada :
Bikameral - Mempunyai dua buah House of Common dan House of lord di England
atau House of Senate di Amerika Syarikat, dewan seperti Dewan Rakyat dan Dewan
Negara di Malaysia atau Amerika Syarikat.
UnikamarelMempunyai satu dewan sahaja.
Parlimen di Malaysia terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis
parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Parlimen mempunyai kuasa membuat
undang-undang meliputi perkara-perkara seperti yang termaktub di dalam jadual kesembilan
Perlembagaan. Menurut Wu Min Au (1986) mengatakan Di Malaysia, Parlimen wujud di
bawah kuasa Perlembagaan bertulis, oleh yang demikian, segala tindakan perundangannya
mestilah tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Parlimen akan terus bersidang selama
lima tahun dari tarikh mensyuarat pertamanya selepas pilihan raya umum melainkan
dibubarkan lebih awal. Segala undang-undang yang dibuat melalui parlimen perlu diluluskan
oleh ketiga-tiga komponen dalam parlimen. Parlimen juga menjadi forum untuk
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
7/37
7
membincangkan hal-hal berkaitan kepentingan orang ramai. Perlembagaan telah
memperuntukkan pengecualian dipanggil Keistimewaan Ahli-ahli parlimen kepada ahlinya.
4.2 YANG DI-PERTUAN AGONG
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan satu daripada tiga komponen parlimen
dan baginda berada di kemuncak badan perundangan. Walaupun YDPA merupakan badan
komponen Parlimen tetapi baginda tidak terlibat dalam proses mengubal undang-undang.
Penggubalan undang-undang sebenarnya terletak di tangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan
Dewan Negara. Tugas YDPA yang telah ditetapkan oleh perlembagaan ialah boleh
memanggil parlimen untuk bersidang. YDPA juga mempunyai kuasa istimewa untuk
memberhentikan atau membubarkan parlimen. Selain itu, tugas-tugas YDPA juga ialah
memanggil mesyuarat parlimen, menamatkan penggal parlimen, membubarkan parlimen dan
Rang Undang-undang. YDPA tidak perlu menghadiri persidangan parlimen tetapi baginda
boleh bertitah semasa pembukaan rasmi penggal parlimen serta menyampaikan ucapan dalam
mana-mana majlis parlimen atau kedua-dua majlis parlimen. Hal ini bermakna YDPA tidak
mempengerusikan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi hanya menyampaikan titah
sahaja.
4.3 DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat adalah salah satu daripada tiga komponen Badan Perundangan
Persekutuan yang juga dikenali sebagai parlimen. Dewan rakyat merupakan satu majlis untuk
membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui wakil
mereka. Fungsi Dewan Rakyat adalah untuk menggubal undang-undang dan membincangkan
perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara. Menurut Perkara 55 Fasal
1, Dewan Rakyat hendaklah dipanggil bersidang dari semasa ke semasa oleh YDPA. Dewan
Rakyat tidak boleh dibiarkan tanpa bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh
persidangan akhir pada penggal yang lalu hingga persidangan yang pertama pada penggal
yang baharu.
Menurut perkara 47 Perlembagaan Persekutuan, syarat kelayakan untuk menjadi
anggota Dewan Rakyat ialah warganegara Malaysia, bermastautin di Malaysia dan berusia
tidak kurang daripada 21 tahun. Namun, tidak semua warganegara Malaysia yang berusia 21
tahun dan bermastautin di Malaysia boleh menjadi ahli Dewan Rakyat. Hal ini kerana kerusi
yang terdapat di Dewan Rakyat adalah terbatas. Menurut Chamil Wariya (2010) mengatakanbahawa anggota Dewan Rakyat bukan sahaja dipilih secara langsung oleh rakyat pada pilihan
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
8/37
8
raya, tetapi bilangan keahliannya juga apabila dibandingkan dengan Dewan Negara adalah
jauh lebih besar.
Anggota-anggota Dewan Rakyat boleh hilang kelayakan atas sebab-sebab seperti
tidak sempurna akal, muflis, memegang jawatan lain yang berpendapatan, serta lain-lain
sebagaimana menurut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan. Dewan Rakyat diketuai oleh
seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh dua Timbalan Ynag Dipertua dan seorang
setiausaha. Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua perlu dilantik dalam kalangan ahli
Dewan Rakyat. Menurut Perkara 57 Fasal 5, Yang Dipertua Dewan Rakyat dibenarkan
melibatkan diri atau memegang jawatan dalam pertubuhan atau badan kebajikan atau
sukarela yang memberikan faedah kepada masyarakat dengan syarat tidak mendapat saraan,
hadiah, keuntungan atau faedah daripada pertubuhan tersebut.
4.4 DEWAN NEGARA
Dewan Negara adalah majlis Parlimen yang diwujudkan sewaktu negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jika dibandingkan dengan Dewan Rakyat, jumlah
keanggotaan Dewan Negara adalah lebih kecil. Fungsi utama Dewan Negara ialah
membahaskan rang undang-undang dengan lebih halus dan terperinci. Selain itu, fungsi
Dewan Negara juga adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan
kepentingan umum. Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 45, Dewan Negara
hendaklah dianggotai oleh 70 orang ahli. Mereka yang dilantik menjadi ahli Dewan Negara
biasanya merupakan orang yang telah membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam.
Seseorang ahli Dewan Negara akan memegang jawatan selama tiga tahun iaitu satu penggal
dan tempoh maksimum jawatan ahli Dewan Negara adalah selama enam tahun iaitu dua
penggal.
Seseorang yang menjadi ahli dalam Dewan Negara akan digelar sebagai Senator.
Seorang Yang Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua akan dipilih dalam kalangan ahli-ahli
dewan itu sendiri. Tugas utama Yang Dipertua adalah mempengerusikan siding Dewan,
menjaga tatatertibdewan, sebagai jurucakap dewan dan memastikan bilangan ahli dewan
mencukupi untuk siding dijalankan iaitu sekurang-kurangnya 10 orang. Dewan Negara juga
mempunyai Setiausaha yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Dewan negara tidak
mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang sebelum dikemukakan kepada Yang di-
Pertuan Agong untuk diperkenan. Namun begitu, Dewan Negara mempunyai kuasa bagi
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
9/37
9
menagguhkan sesuatu rang undang-undang sebagaimana yang tercatat di bawah
perlembagaan tersebut.
4.5 DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah badan perundangan di peringkat negeri. Ahli
DUN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya yang dijalankan. DUN di setiap negeri
berkuasa untuk mengubal dan meluluskan undang-undang bagi negeri berkenaan. DUN
mempunyai kuasa untuk menggubal dan meluluskan undang-undang bagi negeri berkenaan.
DUN juga berkuasa terhadap senarai negeri dan senarai bersama yang telah termaktub di
dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Antara kelayakan untuk menjadi calon
di dalam DUN ialah berwarganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, sempurna akal dan
tidak muflis. Fungsi DUN ialah sebagai forum bagi membahaskan hal kerajaan dan rakyat di
peringkat negeri. Peranan DUN di dalam bidang perundangan ialah meluluskan atau menolak
sebarang rang undang-undang. DUN juga berperanan dalam meminda undang-undang negeri
atau perlembagaan negeri.
5.0BADAN EKSEKUTIF
Di Malaysia, kerajaan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin
pengasingan kuasa. Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat diberi kuasa untuk memilih
pemimpin negara melalui sistem pilihanraya. Sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan
sebarang tindakan atau dasar kerajaan, rakyat boleh menafikan penguasaan pemerintah
dengan tidak memilih mereka ketika pilihanraya yang seterusnya. Pemerintahan di Malaysia
memegang kepada konsep doktrin oengasingan kusa. Dalam konsep ini, ketiga-tiga badan ini
mempunyai bidang kuasa masing-masing dan tidak menjalankan kuasa badan-badan lain.
Tujuan utama konsep ini adalah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di satu badan sahaja.
Terdapat tiga badan di bawah doktrin pengasingan kuasa iaitu badan eksekutif, badan
legislatif dan badan kehakiman.
Badan Eksekutif merupakan salah satu badan di bawah Doktrin Pengasingan Kuasa
yang diilhamkan oleh Cherles de Secondat, Baron de Monterquieu. Pada tahun 1748, sebuah
risalah tentang teori politik yang diberi tajuk The Spirit of Laws pertama kali diterbitkan
oleh Cherles de Secondat dan Baron de Monterquieu dengan bantuan Claudine Gurin de
Tencin. Teori tersebut telah menjadi asas fahaman pengasingan kuasa yang diamalkan oleh
kerajaan-kerajaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat. Di sesetengah
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
10/37
10
kerajaan demokrasi, badan eksekutif mempunyai kuasa menerima atau menolak rang undang-
undang yang telah digubal oleh badan perundangan. Walau bagaimanpun, badan eksekutif
wajib bertindak berlandaskan undang-undang dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
Badan eksekutif di Malaysia juga mempunyai fungsi yang tersendiri. Tugas badan
eksekutif adalah untuk merangka dasar-dasar persekutuan manakala rang undang-undang
akan dibuat oleh badan perundangan. Dasar-dasar dan rang undang-undang merupakan dua
perkara yang berbeza. Dasar merupakan fahaman atau halatuju yang ingin digunapakai oleh
badan pentadbiran dan seseorang tidak boleh dikenakan undang-undang sivil atau sebarang
denda atau hukuman sekiranya kelakuannya bercanggah dengan dasar-dasar negara. Perkara
ini berbeza dengan pelaksanaan undang-undang, seseorang itu akan dikenakan denda atas
kesalahannya sekiranya dia didapati menyalahi rang undang-undang yang telah diwartakan.
Rang undang-undang merupakan satu cadangan pembentukan undang-undang baru yang
belum diluluskan dan diberikan perkenan.
Sistem pentadbiran di Malaysia dilaksanakan oleh Badan Eksekutif yang diketuai oleh
Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Namun, mengikut Perkara 39 Perlembagaan
Persekutuan, kuasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan terletak pada tangan Yang di-Pertuan
Agong tetapi kuasa ini dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri. Peranan Yang di-
Pertuan Agong dalam badan eksekutif ialah melantik Perdana Menteri menurut budi bicara
baginda dengan syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan. Syarat-syaratnya ialah Perdana
Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti atau
2/3 daripada ahli Dewan Rakyat dan kewarganegaraannya perlu diperolehi melalui kuatkuasa
undang-undang. Tugas Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya ialah melantik menteri-
menteri lain dari anggota-anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara atas nasihat Perdana
Menteri.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
11/37
11
5.1 PENTADBIRAN PERINGKAT PERSEKUTUAN
Terdapat tiga peringkat pentadbiran kerajaan di Malaysia iaitu peringkat persekutuan,
peringkat negeri dan peringkat daerah. Pada peringkat persekutuan, kuasa pentadbiran
terletak pada tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi badan yang menjalankan kuasa ialah
Kabinet atau Jemaah Menteri. Jemaah Menteri ini merupakan badan pengurusan tertinggi
yang menjalankan tugas atas nama Yang di-Pertuan Agong. Peranan utama Jemaah Menteri
ialah membentuk segala dasar kerajaan yang kemudian diluluskan oleh Kabinet. Jemaah
Menteri diketuai Perdana Menteri dan dibantu oleh menteri-menteri lain bagi melaksanakan
dasar-dasar kerajaan yang telah digubal. Selain itu, kabinet berperanan memperinci dasar-
dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat untuk membentuk dasar koordinasi yang
mewujudkan kerajaan yang cekap dan efektif. Bagi tujuan melaksanakan dasar kerajaan yang
dibentuk dengan lancar, Jabatan Perdana Menteri akan menyelaras mana-mana kementerian
berkaitan yang akan melaksanakannya. Sekiranya muncul sebarang masalah kecemasan yang
melibatkan negara dan rakyat, kabinet akan menubuhkan Jawatankuasa secara tetap atau
sementara dan Majlis-majlis bagi membantu menyelaras dan mengatasi sesuatu masalah
negara.
Jawatan terpenting dalam badan eksekutif ialah Perdana Menteri. Di Malaysia,
Perdana Menteri mengetuai barisan kabinet, memimpin dan menjalankan tugas pentadbiran
negara. Beliau memegang jawatan terpenting di Malaysia iaitu ketua kepada Jemaah Menteri
atau Ketua Kabinet. Ketua Kabinet merupakan badan pelaksanaan tertinggi dalam
menggerakkan sistem pentadbiran negara. Bagi melayakkan seseorang itu memegang jawatan
Perdana Menteri, seseorang itu akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada ahli
Dewan Rakyat dan perlu mendapat kepercayaan majoriti anggota dewan tersebut. Dengan
kata lain, Perdana Menteri ialah ketua parti yang memerintah negara pada masa itu. Setelah
dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau berhak memilih anggota-angota kabinet untuk
besama berjuang dalam melaksanakan pentadbiran iaitu beliau mempunyai kuasa untuk
menamakan sesiapa sahaja untuk dilantik Yang di-Pertuan Agong sebagai anggota kabinet.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
12/37
12
Dalam pentadbiran negara, Perdana Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri
dan menteri-menteri lain dikalangan anggota Dewan Rakyat. Selaku Ketua kabinet, Perdana
Menteri mempunyai autoriti mempengerusikan mesyuarat parlimen yang diadakan setiap
minggu. Bererti, Perdana Menteri mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan
perjalanan mesyuarat mingguan tersebut. Sekiranya muncul isu ketidakpercayaan terhadap
Perdana Menteri, maka terdapat du acara yang perlu dilakukannya. Yang pertama ialah
meletakkan jawatan bersama-sama menteri kabinetnya atau cara yang kedua ialah
membubarkan parlimen dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri harus
meletakkan jawatan bersama kabinetnya jika berlaku isi ketidakpercayaan terhadap beliau
kerana kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen. Jadi, semua anggota
kabinet perlu sama-sama bertanggungjawab atas segala keputusan yang dibuat kabinet.
Beberapa buah kementerian, jabatan dan badan berkanun telah diwujudkan untuk
melaksanakan tugas-tugas badan eksekutif Kerajaan Persekutuan secara terperinci. Bilangan
kementerian, jabatan dan badan berkanun ini ditambah dari semasa ke samasa untuk
melaksanakan rancangan atau dasar yang telah dibuat oleh kerajaan. Pembahagian tugas
secara jelas dan perperingkat ini membantu keberkesanan pelaksanaan tugas badan eksekutif
dalam mencapai sesuatu objektif dasar. Kementerian merupakan agensi pelaksanaan tertinggi
kerajaan yang diketuai seorang menteri dengan portfolionya. Menteri dalam sesuatukementerian dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha politik dan
pegawai-pegawai lain. Fungsi am kementerian ialah merancang dan menggubal dasar pada
peringkat kementerian di samping mengawal dan menyelaras program kementerian.
Kementerian juga mengawal perbelanjaan pembangunan dan operasi kementerian supaya
pelaksanaannya tidak melebihi peruntukan yang telah diberikan. Terdapat juga menteri-
menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian dan diberi tugasan khas iaitu Menteri
Tidak Berfolio. Golongan menteri ini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jabatan
Perdana Menteri merupakan jabatan yang bercirikan Kementerian dan merupakan
Kementerian tertinggi dalam kalangan kementerian. Di bawah kementerian tertentu terdapat
juga beberapa badan berkanun dan agensi kerajaan. Badan berkanun merupakan agensi
separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen. Tujuannya ialah untuk
membolehkan kerajaan bergiat dalam pembangunan sosial-ekonomi.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
13/37
13
5.2 PENTADBIRAN PERINGKAT NEGERI
Kuasa eksekutif di peringkat negeri terlatak pada Sultan atau Raja atau Yang
Dipertuan Besar atau Yang Dipertuan Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing
Ketua pentadbiran negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri dan dibantu oleh
Timbalannya dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
merupakan badan kepimpinan negeri yang bertindak sebagai badan pemerintah dan membuat
dasar bagi sesebuah negeri. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdiri daripada ahli
Dewan Undangan Rakyat. Sama seperti ahli kabinet yang dinamakan calon oleh Perdana
Menteri dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, ahli majlis dilantik oleh Sultan atau Yang
di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi setiap negeri. Setiap ahli
termasuk Menteri Besar yang menganggotai majlis ini memegang portfolio atau tugas
tertentu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-
undang Negeri adalah pegawai-pegawai ex-officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri. Setiap negeri mempunyai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kecuali Wilayah
Persekutuan kerana ia tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri. Di Sabah, majlis tersebut
dikenali sebagai Kabinet Negeri manakala di Sabah dikenali sebagai Majlis Tertinggi.
Menteri Besar atau Ketua menteri bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
bertindak sebagai pembuat dasar pentadbiran kerajaan negeri yang tertakluk kepada Senarai
Negeri dan Senarai Bersama seperti yang diperuntukan dibawah Perlembagaan Persekutuan.
Jadual berikut menunjukkan bidang kuasa yang tertakluk di bawah kerajaan negeri, kerajaan
persekutuan dan bidang kuasa yang dikongsi bersama.
Senarai Persekutuan Senarai Bersama Senarai Negeri
- Pertahanan
- Hal-hal luar negeri- Keselamatan dalam negeri- Undang-undang jenayahdan sivil- Kewarganegaraan- Pilihanraya Persekutuan- Perdagangan, Perniagaandan Industri- Kewangan- Pengangkutan- Perkapalan
- Ukur- Kerjaraya Persekutuan dan
- Kebajikan Sosial
- Perlindungan binatang liar,taman kebangsaan- Biasiswa- Pengembaraan- Perusahaan Ternakan- Perancanagn bandar dandesa (kecuali WP)- Pengaliran dan pengairan- Kesihatan Awam, peraturankesihatan- Pemulihan tanah
perlombongan
- Undang-undang orang
Muslim, agama dan adatMelayu- Pertanian dan Perhutanan- Tanah- Perkhidmatan tempatan- Kerajaan Tempatan- Jentera Kerajaan Negeri- Hari kelepasan Negeri- Kerjaraya Negeri dan Air- Penyu dan penangkapanikan di sungai
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
14/37
14
Tenaga- Kesihatan dan Ubat- Pelajaran- Kebajikan Orang Asli- Buruh dan Kebajikan Sosial
- Pekerjaan Ikhtisas- Persatuan yang tidakditubuhkan- Kawalan pes pertanian- Hari kelepasan amPersekutuan- Penapisan- Penerbitan- Perumahan Persekutuan- Panggung wayang dan pusathiburan awam (kecuali lesen)
- Syarikat kerjasama
Merujuk kepada jadual di atas, pentadbiran dalam negeri hanya meliputi
tanggungjawab yang berkaitan dengan hal-ehwal tanah dan galian, air, agama, pertanian,
pendidikan, perhutanan dan sebagainya. Bidang kuasa yang tertakluk di bawah Senarai
Bersama juga tanggungjawab pentadbiran negeri bersama-sama dengan kerajaan persekutuan
untuk mengendalikannya. Antara isu-isu yang terdapat dalam Senarai Bersama ialah
kebajikan sosial, perlindungan binatang liar, biasiswa, perusahaan ternakan dan banyak lagi.
Jadi, dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan negeri hanya boleh meliputi perkara-perkara
seperti yang dinyatakan dalam Senarai Bersama dan Senarai Negeri seperti diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan sahaja.
Semua dasar kerajaan negeri dibentuk di Dewan Undangan Negeri dan
dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyelaraskannya.
Pejabat ini akan menurunkan kuasa kepada Pejabat Daerah yang akan menentukan
pembangunan daerah. Di Sarawak, pentadbiran diketuai oleh Ketua Menteri yang dibantu
oleh Timbalan dan Ahli Majlis Tertinggi bagi melaksanakan dasar kerajaan negeri. Struktur
pentadbiran di Sarawak dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagia yang ditadbir oleh
Residen, daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah, daerah kecil ditadbir oleh Pegawai Anak
Negeri dan Ketua Kampung mentadbir kampung. Manakala di Sabah hanya mempunyai dua
peringkat pentadbiran iaitu peringkat daerah dan peringkat kampung yang masing-masing
ditadbir oleh Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
15/37
15
5.4 PENTADBIRAN PERINGKAT DAERAH
Pentadbiran peringkat daerah meupakan peringkat terakhir pentadbiran. Pada
peringkat ini, pentadbiran diketuai oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang
penolong. Pegawai Daerah dibantu oleh beberapa orang penghulu yang menjadi ketua mukim
atau ketua kampung yang mengetuai kampung masing-masing. Badan eksekutif menjadi nadi
kepada kemajuan negara dan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan
sosio-ekonomi di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
6.0 BADAN KEHAKIMAN
Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat (2013), kehakiman bermaksud segala
hal yang berkaitan dengan urusan hukum (undang-undang) dan pengadilan. Badan
kehakiman bermaksud badan yang diberi kuasa untuk mentafsirkan undang-undang dan
ahlinya terdiri daripada para hakim yang dilantik oleh ketua negara.Fungsi utama kehakiman
adalah menjalankan pentadbiran secara adil dan saksama di Malaysia. Ketua bidang
kehakiman adalah Ketua Hakim Negara dan Ketua Pendaftaran Mahkamah. Kehakiman
bertanggungjawab dalam menyelesaikan pertikaian individu dengan individu atau kerajaan
dengan memutuskan sama ada mereka yang didakwa bersalah atau tidak berdasarkan bukti
yang dikemukakan. Selain itu, kehakiman mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah
sekiranya bercanggah dengan perlembagaan dan memelihara hak kewarganegaraan daripada
pencabulan pihak kerajaan.
6.1 SEJARAH KEHAKIMAN
Sejarah kehakiman bermula sebelum kedatangan Barat, masyarakat Tanah Melayu
mempunyai sistem perundangan sendiri. Negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu telah
menggunakan Undang-undang Adat Melayu sementara Sabah dan Sarawak menggunakan
Undang-undang Adat Bumiputera. Banyak undang-undang yang wujud pada masa itu
dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam. Pada zaman itu, masyarakat Melayu dibahagikan
kepada dua kelompok iaitu masyarakat matrilineal dan masyarakat patrilineal, terutama di
Negeri Sembilan. Masyarakat matrilineal mengamalkan Adat Perpatih manakala masyarakat
patrilineal mengamalkan Adat Temenggung. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka,
kerajaan tersebut menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melakasebagai asas kepada sistem perundangan di Melaka. Setelah kedatangan penjajah British,
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
16/37
16
undang-undang asal telah mengalami perubahan contohnya Common Law. Undang-undang
Malaysia pada hari ini diperoleh daripada lima punca yang utama iaitu:
a) Undang-undang bertulis, iaitu Perlembagaan dan Perundangan Persekutuan danNegeri
b) Keputusan-keputusan Mahkamah
c) Undang-undang Inggeris
d) Undang-undang Islam
e) Undang-undang Adat
6.2 KUASA KEHAKIMAN
Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam
Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi kehakiman dilaksanakandengan mewujudkan sistem mahkamah. Mahkamah yang mempunyai kuasa yang besar
dalam bidang perundangan dan bidang pentadbiran. Badan kehakiman mempunyai kebebasan
dalam kedudukan yang tidak memihak kepada badan perundangan dan pentadbiran. Sistem
kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan seperti yang diamalkan oleh negara lain.
Mahkamah di Malaysia juga berdasarkan sistem persekutuan seperti Mahkamah Agung,
Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tentera, Mahkamah Buruh. Kelakuan hakim Mahkamah
Persekutuan, Rayuan atau Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam parlimen kecuali sokongan ahli dewan, ia juga tidak boleh sama sekali dibincangkan dalam Dewan Undangan Negeri.
Menurut MGG Pillai (2001), beliau menjelaskan bahawa semenjak pindaan
perlembagaan 1988, badan kehakiman telah kehilangan kuasa kehakiman yang diperuntukkan
kepadanya. Sekiranya para hakim mahukan mereka dengan mudah sahaja boleh
mengisytiharkan pindaan perlembagaan 1988 sebagai tidak mengikut perlembagaan dan
menyalahi undang-undang berdasarkan satu alasan yang mudah iaitu pindaan tersebut
bermaksud untuk menghakis kuasa kehakiman yang menjadi ciri-ciri dasar atau prinsip-
prinsip asas kepada perlembagaan. Peruntukan perlembagaan boleh dipinda melalui artikel
159. Namun ia mestilah diiktiraf bahawa terdapat peruntukan-peruntukan tertentu yang
membentuk ciri-ciri dasar perlembagaan yang tidak boleh dipinda; dan dengan memindanya
akan membinasakan terus keseluruhan perlembagaan itu sendiri. Hakim mempunyai budi
bicara dalam membuat keputusan kerana hanya para hakim yang boleh mengisytiharkan
undang-undang dan artikel yang dipinda dari perlembagaan sebagai tidak sah, tidak mengikut
perlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
17/37
17
6.3 KETUA HAKIM NEGARA
Perlantikan seorang hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding
dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri. Perdana Menteri
perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara sebelum melantik hakim tersebut. Ketua Hakim
Negara akan memantau segala perlakuan hakim-hakim yang berada di bawah kuasanya dan
menentukan hukuman jika didapati bersalah dalam kalangan hakim-hakim yang dilantik.
Yang di-Pertuan Agong memerlukan syor-syor sebuah tribunal untuk memecatkan Ketua
Hakim Negara. Ahli tribunal dipilih oleh Perdana Menteri melalui pandangan Ketua Hakim
Negara dan kemudian dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apabila keputusan tribunal
diterima, seorang hakim boleh digantung tugasnya.
6.4 MAHKAMAH-MAHKAMAH
6.4.1 MAHKAMAH SIVIL
Undang-undang sivil merujuk kepada hubungan antara individu dan individu yang
mana mahkamah sivil akan mengadili kes-kes sivil. Individu yang terlibat dengan kes sivil
sahaja berhak membuat sebarang tuntutan ke atas kes tersebut. Undang-undang sivil bersifatuntuk memberi pengajaran kepada manusia supaya lebih bertanggungjawab dan mengelakkan
kecuaian berulang lagi. Hukuman yang dikenakan berbentuk ganti rugi, bayaran pampasan
atau mahkamah boleh megeluarkan tegahan atau injuksi sesuatu pelaksanaan kontrak.
Hukuman yang dikenakan lebih ringan jika dibandingkan dengan hukuman jenayah yang
boleh menyebabkan seseorang dipenjarakan. Mahkamah sivil boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu mahkamah atasan dan mahkamah bawahan. Mahkamah atasan terdiri daripada
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Mahkamah rendah
terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Juvana, Mahkamah Majistret, Mahkamah
Tuntutan kecil dan Mahkamah Penghulu.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
18/37
18
Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia.
Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan
Negeri dan kerajaan Persekutuan dan menentukan pengesahan bagi undang-undang yang
dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Mahkamah ini merupakan mahkamah
yang tertinggi untuk mendengar kes-kes rayuan sivil dan jenayah dari Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Tinggi.Mahkamah Rayuan pula membicarakan rayuan kes sivil terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi. Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM250,000
tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini. Mahkamah Rayuan membincangkan kes
rayuan bagi kes jenayah sahaja.
Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa dalam membicarakan kesalahan yang dilakukan
oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia. Kes sivil yang
dibincangkan melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, wasiat,
perkahwinan serta penceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan. Mahkamah Tinggi
mempunyai kuasa untuk mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang melebihi
RM25,000 manakala kes rayuan jenayah yang melebihi RM25. Mahkamah ini memberi
nasihat kepada Mahkamah Rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah.Mahkamah
Sesyen merupakan mahkamah yang tertinggi dalam komponen mahkamah rendah.
Mahkamah Sesyen membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil yang dibicarakan tidakmelebihi RM25,000 manakala semua jenis kes jenayah dibicarakan kecuali kes yang
menjatuhkan hukuman mati. Mahkamah Sesyen menjalankan siasatan awal sebelum
seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seseorang itu akan dibicarakan di Mahkamah
Tinggi dengan bukti yang cukup.
Terdapat Mahkamah Majistret Kelas I dan Kelas II. Mahkamah Majistret Kelas I
membincangkan kes-kes sivil dan jenayah. Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan
hukuman denda. Hukuman yang maksimum dikenakan ialah lima tahun penjara dan denda
RM10,000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali. Hukuman yang lebih tinggi akan
dikenakan dengan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1957 dan
Akta Keseksaan 1953. Mahkamah Majistret Kelas II membicarakan kes jenayah yang
menjatuhkan hukuman maksimum iaitu 12 bulan penjara dan denda RM1,000 atau kedua-
duanya sekali manakala kes sivil, nilai tuntutan tidak melebihi RM3,000.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
19/37
19
Mahkamah Juvana membincangkan kes-kes jenayah kanak-kanak yang berumur
antara 10 hingga 18 tahun dan perbicaraan adalah tertutup. Seseorang kanak-kanak yang
didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai 21 tahun.
Mahkamah Penghulu merupakan mahkamah yang paling rendah dalam komponen
Mahkamah Rendah. Mahkamah ini membicarakan kes-kes sivil dan jenayah dan
dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim. Kes sivil melibatkan tuntutan tidak melebihi
daripada RM50 manakala kes jenayah mengenakan denda sebanyak RM25 sahaja. Rayuan
Mahkamah Penghulu boleh dilakukan di Mahkamah Majistret.
6.4.2 MAHKAMAH NEGERI
Setiap negeri mempunyai mahkamah tersendiri yang mana ia tertakluk di bawah
pentadbiran negeri masing-masing. Mahkamah syariah terdiri daripada mahkamah syariah
rayuan, mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rendah syariah.Mahkamah Syariah
bertujuan untuk mengadili umat Islam dengan membicarakan kes-kes sivil dan jenayah. Kes
sivil yang dibicarakan adalah berkaitan dengan nafkah dan tanggungjawab perkahwinan,
perceraian, wasiat, wakaf, pembahagian harta dan pusaka. Kes jenayah yang dibicarakan
pula ialah berjudi, berzina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan terhadap isteriatau anak, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah. Kesalahan yang
besar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah manakala kesalahan kecil akan
dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah. Kes rayuan Mahkamah Tinggi Syariah akan
didengar oleh Mahkamah Syariah Rayuan.
Mahkamah Adat berperanan membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku
kaum di Sabah dan Sarawak. Dalam mahkamah adat, pihak berkuasa tidak akan campur
tangan kerana setiap suku mempunyai ketua tertentu yang akan mengadili dan menjatuhkan
hukuman mengikut kesesuaian adat. Biasanya kes yang diuruskan oleh ketua-ketia tersebut
tidak berat dan hanya melibatkan hal-hal yang berlaku dalam kelompok masyarakat tersebut.
Sebagai contoh kes adalah seperti adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat
keagamaan, adat suku kaum dan sebagainya.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
20/37
20
6.4.3 MAHKAMAH KHAS
Mahkamah Khas membicarakan kes-kes yang khas sahaja. Mahkamah Tentera
menguruskan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera dan tidak
membicarakan kes-kes sivil dan jenayah. Kesalahan yang akan dibincangkan adalah seperti
arahan tidak dipatuhi apabila diberi oleh pihak atasan, tidak menjalankan tugas, mengabaikan
tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya. Mahkamah Khas boleh mengenakan
sebarang hukuman kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan
Agong. Pesalah boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Khas Raja-Raja
pula mengendalikan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan
jenayah yang dilakukan dalam negara. Tindakan akan dikenakan terhadap Yang di-Pertuan
Agong atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
21/37
21
7.0 PENUTUP
Perlembagaan Malaysia merupakan tunjang utama dalam pembentukan,
pembangunan, kemajuan dan penyatuan pelbagai kaum di negara ini. Kekuatan masyarakat
dalam membangunkan Malaysia lantaran mendapat kemerdekaan 57 tahun yang lalu
bertunjangkan kepada perlembagaan yang menjadi nadi utama negara. Kepatuhan dan
ketaatan kepada perlembagaan akan menjaga kesejahteraan alam dan kehidupan
bermasyarakat khususnya dalam masyarakat majmuk. Suara rakyat adalah undian paling kuat
dalam menentukan pentadbiran negara. Kita tidak mahu rakyat tidak mengetahui tentang
pentadbiran negara sebaliknya harus melibatkan diri dalam pentadbiran. Segala selok belok
tentang negara harus diketahui dan perlembagaan negara menjadi sandaran kepada setiap
masyarakat untuk terus bergerak maju mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Ketertinggian undang-undang menunjukkan Raja-raja Melayu masih berada pada
tahap tertinggi dalam negara. Meskipun Perlembagaan Malaysia adalah acuan daripada Barat
namun raja tetap berada di tampuk pemerintahan tertinggi. Masyarakat Malaysia mendapat
layanan yang sama adil, hak yang sama serta mampu hidup di bawah satu bumbung yang
sama, Hal ini menjadikan Malaysia gah di persada dunia meskipun Malaysia masih beradapada tahap negara membangun. Pentadbiran yang strategik dan teratur menjadikan Malaysia
cepat membangun dalam masa 57 tahun merdeka.
Kesimpulannya, jelas dapat dilihat bahawa Malaysia mempunyai sistem pentadbiran
yang tersendiri dan unik kerana berbeza dengan doktrin pengasingan kuasa yang asal.
Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang menekankan kuasa relatif antara
badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini terletak
bawah Yang di-Pertuan agong selaku ketua negara yang mempunyai kuasa tertinggi dalam
ketiga-tiga badan tersebut. Penghormatan dan ketaatan kepada undang-undang tersebut
menjadikan Malaysia terus kekal aman dan sejahtera mengikut perlembagaan Justeru,
Malaysia adalah sebuah negara yang adil dan memberi peluang yang sama rata kepada semua
masyarakat demi kesejahteraan bersama-sama. Pemusatan kuasa dalam pemerintahan adalah
perkara yang cuba dielakkan.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
22/37
22
8.0 KES-KES
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
DI KUALA TERENGGANU
SEMAKAN NO : 11300-0003-0021-2009
Dalam Perkara Semakan Kes Sabitan Perceraian
Dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang
PERMOHONAN NO:11008-054-0271-2006
ANTARA
ZAKARIA @ SUPAR BIN ALI (KPT : 431104-11-5043) PEMOHON
DENGAN
HAZNAH @ MAZNAH BINTI EMBONG (KPT:491201-11-5218) RESPONDEN
ATAS KEHENDAKNYA SENDIRI Ketua Hakim Syarie, bersidang sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah, telah memanggil untuk memeriksa Rekod Perbicaraan dan
Alasan Penghakiman yang telah dibuat oleh Hakim Bicara di dalam perkara permohonan
pengesahan lafaz cerai dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No.
11008-054-0271-2006. DAN setelah membuat pemeriksaan ke atas Rekod Perbicaraan dan
Alasan Penghakiman dalam Permohonan itu, MAKA PADA HARI INI YANG ARIF
HAKIM TELAH MEMBUAT PENGHAKIMAN SEMAKAN SEPERTI BERIKUT:-
Semakan ke atas perkara permohonan pengesahan lafaz cerai dalam Daerah Mahkamah
Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No. 11008-054-0271-2006 ini dilakukan atas
kehendak saya sendiri. Kehendak saya sedemikian itu adalah lahir dari peristiwa pada hari
Rabu 6 Mei 2009, di dalam Kamar saya, yang mana saya terbaca satu salinan Laporan
Perubatan ke atas Zakaria @ Supar bin Ali, K/P: 431104-11-5043, bertarikh 04 Januari 2007.
Laporan Perubatan itu disediakan oleh Dr. Wan Munazri bin Wan Mustafa, Pegawai
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
23/37
23
Perubatan, Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
Terengganu. Kandungan salinan Laporan Perubatan itu antara lain menyebut;
... pihak kami mengesahkan bahawa Encik Zakaria mengalami penyakit organic
personality change with depressive illness.Penama telah terlibat di dalam kemalangan yang
mengakibatkan beberapa komplikasi kepada kesihatan fizikal dan juga mental. Penama telah
mengalami serangan penyakit sawan yang kerap.Terdapat perubahan emosi dan tingkah laku
yang ketara setelah beliau terlibat di dalam kemalangan. Penama sering menjadi mudah
marah, terlalu sensitif, hilang kawalan diri, impulsive dan sering berasa was-was terutama
apabila gejala kemurungan menjadi teruk. Ada kalanya perlakuan penama juga
agresif.Perwatakan beliau juga telah berubah dengan ketara berbanding semasa beliau tidak
terlibat di dalam kemalangan. Akibat dari perubahan perwatakan ini beliau sering mengalami
masalah berinteraksi secara sihat dengan orang ramai dan keluarga beliau. Penama juga tidak
cekap menangani sebarang stress yang dialami beliau.Walau bagaimanapun penama tidak
pernah mengalami sebarang gejala psikosis (hilang akal atau kewarasan). Beliau adalah waras
sepanjang masa dan boleh membezakan perkara baik dan tidak baik.
Encik Zakaria telah diberikan rawatan yang sewajarnya disamping pendekatan
psikoterapi. Perbincangan dengan pihak keluarga juga telah dijalankan bagi meningkatkan
penyertaan keluarga di dalam membantu penama menjalani kehidupan seharian secara
berkesan. Kemudian saya menyelidik, saya dapati Zakaria @ Supar bin Ali, K/P: 431104-11-
5043, penama yang disebut dalam Laporan Perubatan itu ada mempunyai kes di dalam
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang. Kes yang dimaksudkan itu adalah permohonan
pengesahan lafaz cerai dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No.
11008-054-0271-2006, oleh Zakaria sebagai Pemohon. Saya dapati juga bahawa permohonan
pengesahan lafaz cerai dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No.
11008-054-0271-2006 itu telah dibuat keputusan oleh Tuan Hakim pada 7 Mac 2007. Saya
juga dapati bahawa Zakaria @ Supar bin Ali, K/P: 431104-11-5043, telah memasukkan satu
Notis Rayuan ke dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang bertarikh 20 Mac 2007,
yang merayu atas sabitan perceraian antara Pemohon dengan Responden yang telah dibuat
oleh Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang itu.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
24/37
24
Pada 7 Mac 2007 bersamaan 17 Safar 1428, Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Daerah Marang dalam permohonan pengesahan lafaz cerai dalam Mahkamah Rendah Syariah
Daerah Marang, Permohonan No. 11008-054-0271-2006, oleh Zakaria sebagai Pemohon
telah membuat perintah-perintah seperti berikut;
Saya sabit telah berlakunya perceraian di antara Pemohon, Zakaria @ Supar bin Ali, KPT:
431104-11-5043 dengan Responden, Haznah @ Maznah binti Embong, KPT: 491201-11-
5218, pada 27 Oktober 2006 yang berupa talak tiga sekali gus (Bain Kubra). Perceraian
berlaku di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah. Saya perintahkan kepada
Responden, Haznah @ Maznah binti Embong bereddah dengan 3 bulan Qamariah mulai
tarikh perceraian pada 27/10/2006 kerana semasa berlaku perceraian Responden telah putus
haid.Saya perintah Surat Akuan Nikah bil. Daftar: 32/69 Kuala Ibai, yang dikeluarkan oleh
Pendaftar Nikah Cerai Kerajaan Terengganu Daerah Kuala Terengganu, Terengganu
diserahkan kepada Mahkamah untuk proses pembatalan.Saya memberi pengiktirafan bahawa
alamat penyampaian terakhir pihak-pihak adalah seperti berikut:-
Zakaria @ Supar bin Ali
KM 25, Kg. Alur Tuman,
21600 Marang, Terengganu
Haznah @Maznah binti Embong
d/a: Kuarters Guru Sek. Men. Keb. Merchang,
Merchang, 21600 Marang, Terengganu
Saya putuskan bahawa tiada apa-apa persetujuan yang direkodkan dalam perbicaraan
ini.Saya memberi kebebasan kepada pihak-pihak untuk membuat apa-apa tuntutan lain
selepas ini.Saya juga dapati Rayuan sabitan perceraian antara Pemohon/Perayu dengan
Defendan belum lagi ada keputusan, kerana Hakim Bicara belum lagi menyiapkan Alasan
Penghakimannya.Setelah saya menilai fakta-fakta di atas, saya terus membuat arahan kepada
Hakim Bicara di dalam perkara permohonan pengesahan lafaz cerai di dalam Mahkamah
Rendah Syariah Daerah Marang, dalam Permohonan No. 11008-054-0271-2006, supaya
menyiapkan Alasan Penghakiman dengan serta merta dan tanpa kelengahan yang munasabah.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
25/37
25
MENTERI DALAM NEGERI & ORS v. TITULAR ROMAN CATHOLIC
ARCHBISHOP OF KUALA LUMPUR
COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
MOHAMED APANDI ALI JCA, ABDUL AZIZ RAHIM JCA, MOHD ZAWAWI
SALLEH JCA
[CIVIL APPEAL NO: W-01-1-2010]
14 OCTOBER 2013
Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi kerana membenarkan
permohonan responden untuk perintah certioraribagi membatalkan keputusan perayu
pertama ('Menteri'), yang dibuat melalui surat bertarikh 7 Januari 2009, melarang responden
dari menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mingguannya yang dipanggil 'Herald -
the Catholic Weekly' ('the Herald'). Tidak dinafikan bahawa larangan, yang merupakan
sebahagian dari syarat-syarat yang dikenakan ke atas permit penerbitan the Herald, adalah
ditujukan kepada versi Bahasa Melayu mingguan tersebut, dan tidak sebaliknya. Adalah juga
jelas bahawa dalam mengenakan larangan tersebut, Menteri telah bertindak di bawah s. 12
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ('Akta') dibaca bersama Borang B, Jadual Pertama
kepada Peraturan-Peraturan Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ('Peraturan'), dan kelihatannya
juga, di bawah arahan yang dikeluarkan terhadap penerbitan-penerbitan Kristian pada tahun
1986 melarang mereka dari menggunakan perkataan-perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah'
dan 'Solat' dalam penerbitan mereka masing-masing atas alasan menjaga ketenteraman dan
keselamatan awam ('Arahan 1986'). Walau apapun, di hadapan yang arif hakim, responden
berhujah bahawa Menteri, dalam melaksanakan syarat dan larangan, telah bertindak
secara ultra viresAkta, melanggari kaedah-kaedah keadilan asasi dan keadilan prosedur,
serta melanggari hak-hak keperlembagaan responden seperti yang termaktub di bawah fasal
3, 10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan ('Perlembagaan'). Penghujahan responden telahditerima oleh yang arif hakim yang dengan itu memutuskan bahawa keputusan Menteri
adalah tak sah dan batal dan salah di sisi undang-undang. Selanjutnya, menjadi pandangan
yang arif hakim bahawa: (i) fasal 3(1) Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada Menteri
untuk melarang responden dari menggunakan perkataan 'Allah' dalam the Herald; (ii) fasal
11(1) Perlembagaan membenarkan agama-agama lain termasuk Kristian dianuti dengan aman
dan harmoni seiring dengan agama Islam, dan Menteri, dengan itu, telah mengambilkira
pertimbangan-pertimbangan yang tidak relevan apabila, dalam mengeluarkan larangan, beliau
antara lain mengambilkira kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di bawah fasal 3(1);
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
26/37
26
(iii) keputusan Menteri juga dicacatkan oleh kegagalan mengambilkira pertimbangan-
pertimbangan relevan, seperti fakta sejarah bahawa sejak bertahun-tahun perkataan 'Tuhan'
dalam Kitab Injil berbahasa Melayu sudah pun diterjemahkan sebagai 'Allah'; dan (iv) tiada
keterangan dikemukakan untuk menyokong dakwaan Menteri bahawa penggunaan perkataan
'Allah' oleh the Herald akan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, dan
oleh itu tiada asas bagi beliau untuk mengenakan syarat yang dipertikai tersebut.
Menteri dan perayu kedua, Kerajaan Malaysia merayu dan berikutnya membangkitkan hujah
bahawa perkataan 'Allah' adalah suci bagi orang-orang Islam dan kesuciannya perlu
dilindungi, bahawa penggunaan nama 'Allah' sebagai terjemahan kepada perkataan 'Tuhan'
atau konsep Tuhan oleh the Herald akan menyebabkan kekeliruan, akan melukai sensitiviti
agama dan akan mencetuskan ketidakharmonian di antara penganut-penganut Islam dan
Kristian, bahawa penggunaannya juga akan mengganggu kerukunan hidup sedia ada
masyarakat dan memudaratkan ketenteraman awam, dan bahawa keputusan untuk
mengenakan dan melampirkansyarat-syarat kepada permit yang diberi kepada responden,
serta mengeluarkan arahan sepertimana surat bertarikh 7 Januari 2009, adalah terangkum di
bawah tugas dan kuasa statutori Menteri di bawah Akta dan Peraturan, dan adalah sah dan
menurut undang-undang. Persoalan penting yang berbangkit adalah: (i) sama ada keputusan
Menteri bertarikh 7 Januari 2009 sah dan mengikut undang-undang dalam ertikata bahawa
ianya melepasi ujian prinsip kemunasabahan Wednesburydan tidak melanggari prinsip-
prinsip ketidaksahan, ketidakteraturan prosedur, kesepadanan dan ketidakrasionalan; dan (ii)
sama ada keputusan Menteri melanggari hak-hak keperlembagaan responden di bawah fasal-
fasal Perlembagaan yang relevan.
Diputuskan (membenarkan rayuan dan mengekalkan larangan)
Oleh Mohamed Apandi Ali HMR:
(1)Dari pembacaan peruntukan-peruntukan spesifik Akta dan Peraturan, dan ss. 93(1) dan 95
Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967, keputusan untuk mengenakan syarat pada permit adalah
berlandaskan undang-undang. Keputusan adalah dalam lengkungan tugas dan kuasa statutori
Menteri dan adalah intra viresAkta.
(2)Dakwaan mengenai pelanggaran hak kebebasan asasi responden boleh disanggah dengan
undang-undang mantap bahawa tiada kebebasan yang bersifat mutlak. Kebebasan bersuara di
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
27/37
27
bawah fasal 10(2) adalah tertakluk kepada sekatan di bawah fasal 10(2)(a). Begitu juga,
kebebasan beragama di bawah fasal 11(1) adalah tertakluk kepada fasal 11(4) dibaca bersama
fasal 3(1) Perlembagaan.
(3) Berdasarkan alasan-alasan yang diberi oleh Menteri dalam afidavit jawapan, jelas bahawa
beliau bimbang dengan kemungkinan terjejasnya keselamatan negara dan ketenteraman
awam. Bilamana pelaksanaan budibicara sedemikian oleh Menteri menjadi halperkara
semakan kehakiman, maka menjadi tugas mahkamah untuk membuat pertimbangan di antara
keperluan keselamatan negara dan ketenteraman awam dengan kepentingan dan kebebasan
responden. Walau begitu, dalam kes semasa, oleh kerana Menteri berkenaan
bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, bukanlah menjadi tugas mahkamah untuk
memeriksa dengan mendalam bagi mencari bukti kukuh mengenai keselamatan negara.
Andaian perlu dibuat bahawa keputusan Menteri yang melibatkan keselamatan negara telah
dibuat dengan rasional. Apapun, atas keterangan, bahan-bahan yang mencukupi telah
dipertimbangkan oleh Menteri dalam melaksanakan tugas dan kuasanya di bawah Akta, dan
terdapat juga keterangan mencukupi yang menunjukkan bahawa keputusan subjektifnya itu
dicapai setelah menimbang kesemua fakta dan halkeadaan dengan secara objektif. Oleh hal
yang demikian, tiada apa-apa alasan munasabah bagi Mahkamah Tinggi untuk campur tangan
dengan keputusan Menteri.
(4) Fasal 3(1) Perlembagaan, yang asalnya tidak wujud dalam draf cadangan Suruhanjaya
Reid dan hanya dimasukkan ke dalam draf selepas bantahan, rundingan, perbincangan dan
persetujuan pihak-pihak berkepentingan termasuk pertubuhan-pertubuhan kaum dan agama,
adalah berpunca dari kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pengasas-pengasas
Perlembagaan. Ianya mengikut bahawa perkataan 'aman dan harmoni' dalam fasal tersebut
mempunyai dimensi dan latarbelakang sejarahnya sendiri dan bukannya tanpa pengertian.
Mahkamah menyedari bahawa maxim Latin "saluspopulisuprema lax" dan
"salusrepublicaesuprema lax" wujud secara beriringan dan relevan kepada doktrin kebajikan
seseorang atau sekumpulan orang hendaklah tunduk kepada kebajikan masyarakat. Malah,
inilah caranya bagaimana elemen 'dalam aman dan harmoni' di dalam fasal 3(1)
Perlembagaan harus dibaca dengan kebebasan beragama di bawah fasal 11(1) Perlembagaan.
(5) Ianya mengikut bahawa maksud dan tujuan kemasukan perkataan-perkataan 'dengan
aman dan harmoni' ke dalam fasal 3(1) adalah untuk melindungi kesucian Islam sebagai
agama negara ini, termasuk melindunginya dari apa-apa ancaman yang, dalam konteks
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
28/37
28
negara ini, berkemungkinan besarnya datang dari dakwah-dakwah agama lain terhadap
penganut-penganut Islam. Inilah juga sebabnya mengapa fasal 11(4) (yang membenarkan
undang-undang digubal bagi menghalang pendakwahan doktrin agama-agama selain dari
Islam terhadap pemeluk agama Islam) mengambil tempatnya di dalam Perlembagaan.
(6)Kemungkinan musnahnya kerukunan hidup masyarakat adalah asas sah untuk mengekang
hak asasi kebebasan bersuara dan kebebasan untuk mengamalkan agama seseorang. Dalam
kes semasa, penggunaan kalimah 'Allah', terutama dalam versi Bahasa Melayu the Herald,
adalah berpotensi untuk memusnahkan kerukunan sedia ada dalam kehidupan masyarakat
Malaysia. Penerbitan sedemikian, seperti yang diperjelas oleh Menteri apabila mengenakan
syarat, akan menyebabkan berlakunya perseteruan dan kekacauan dalam masyarakat.
Pastinya juga, ia akan menjejaskan kesucian Islam seperti yang diperuntukkan di bawah fasal
3(1) Perlembagaan, serta hak untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan
harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.
(7) Perkataan 'Allah' sebagai nama Tuhan mahupun nama manusia tidak wujud walaupun
sekali dalam Kitab-kitab Hebrew atau Taurat atau Injil. Mengambilkira hakikat sejarah ini,
kalimah atau nama 'Allah' bukanlah menjadi isi kepercayaan dan amalan agama Kristian,
terutamanya Gereja Roman Katholik. Oleh itu, tiada alasan munasabah mengapa responden
beria-ia benar hendak menggunakan kalimah 'Allah' dalam suratberita mingguannya,
terutama dalam versi Bahasa Melayunya. Oleh kerana 'Allah' tidak menjadi isi agama
responden, maka adalah munasabah untuk merumuskan bahawa penggunaannya akan
menyebabkan kekeliruan yang sia-sia di kalangan umat Islam dan tentunya juga tidak
kondusif kepada tempo kehidupan yang aman dan harmoni di negara ini. Rumusan ini
diperkukuh oleh fakta bahawa penduduk majoriti negara ini adalah orang Melayu yang
beragama Islam.
Oleh Abdul Aziz Rahim HMR (menyetujui):
(1) Keputusan Menteri bertarikh 7 Januari 2009 mengenakan syarat-syarat bagi penerbitan
the Herald dalam Bahasa Melayu adalah satu tindakan melaksanakan budibicara pentadbiran
di bawah peruntukan-peruntukan relevan Akta. Oleh itu, selagi budibicara tersebut
dilaksanakan dalam ruang litup prinsip Wednesbury, dalam ertikata ianya tidak melanggar
prinsip-prinsip ketidaksahan, ketidakteraturan prosedur, kesepadanan dan ketidakrasionalan,
maka budibicara tersebut adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
29/37
29
(2)Penerbit mana-mana penerbitan sekalipun tidak boleh dibiarkan untuk menerbitkan
bahan-bahan dengan sesuka hati mereka tanpa mengambilkira soal ketenteraman, moraliti,
keselamatan dan sensitiviti awam. Di dalam kes the Herald, adalah diterima bahawa permit
yang diberikan kepada responden mengandungi 12 syarat am sepertimana yang terserlah pada
Borang B Jadual Pertama kepada Peraturan. Ini termasuklah Syarat 6 yang melarang
responden dari menerbitkan bahan-bahan yang memprejudis atau berkemungkinan
memprejudis kepentingan awam atau kepentingan nasional, dan Syarat 11 yang mewajibkan
responden mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Menteri dari masa ke masa.
(3)Kesemua 12 syarat standard pada permit tertera di situ melalui kuatkuasa undang-undang,
iaitu oleh per. 3 Peraturan. Adalah juga jelas bahawa surat Menteri bertarikh 7 Januari 2009
hanya mengulangi larangan yang telah pun dikenakan oleh Arahan 1986 dan, berdasarkan
Syarat 11 permit tersebut, responden dengan itu mestilah mematuhi arahan serta surat
berkenaan. Berhubung dengan Arahan 1986, mahkamah boleh mengambil notis kehakiman
bahawa responden sedar dan tahu mengenainya memandangkan Arahan 1986 telah dihantar
kepada semua penerbitan agama Kristian. Apapun, mengambilkira s. 12 Akta, per. 3
Peraturan dan Syarat 11 permit yang dikeluarkan kepada responden, Menteri tidak bertindak
di luar batasan tugas dan kuasanya dalam mengenakan syarat-syarat di dalam surat bertarikh
7 Januari 2009.
(4)Keterangan sejarah dan fakta bahawa kalimah 'Allah' wujud dalam kitab Injil berbahasa
Melayu, Al-Kitab, kedua-duanya bukan justifikasi memadai untuk menghalang Menteri dari
mengenakan syarat larangan terhadap penggunaan nama 'Allah' dalam the Herald. Al-Kitab
dan the Herald adalah dua penerbitan yang sama sekali berbeza dari segi karakternya. Al-
Kitab, dengan perkataan "BUKAN UNTUK ORANG ISLAM" tertulis dengan menonjol dan
jelas di muka hadapannya, adalah dimaksudkan hanya untuk orang-orang Kristian dan hanya
digunakan di gereja di kalangan penganut-penganut Kristian. The Herald, sebaliknya, adalah
berada dalam kategori akhbar dan berkemungkinan digunakan sebagai lidah Gereja Katholik
untuk menyebarkan maklumat berhubung kegiatan-kegiatan gereja. Sementara itu,
kemudahan akses secara elektronik kepada the Herald bererti ia boleh dibaca oleh orang-
orang Islam dan bukan Islam. Oleh itu, penerbitan the Herald yang mengguna nama 'Allah'
tidak boleh disamakan dengan kebenaran yang diberikan kepada Al-Kitab di mana terdapat
nama 'Allah' di dalamnya.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
30/37
30
(5) Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, kalimah Arab 'Allah' adalah digunakan
untuk merujuk kepada Tuhan tanpa sebarang terjemahan atau modifikasi kepada maksudnya.
Oleh itu, mengambilkira wujudnya jurang yang amat luas di antara konsep Tuhan di dalam
agama Islam dan Kristian, penggunaan nama 'Allah' dalam the Herald bagi memperihal atau
merujuk kepada Tuhan di kalangan orang-orang Kristian tentunya akan mengelirukan orang-
orang Islam. Ianya mengikut bahawa Menteri, dalam memberi pertimbangan kepada
kemungkinan terjejasnya ketenteraman awam dan keselamatan negara dalam masyarakat kita
yang berbilang kaum dan agama sebelum membuat keputusan yang dipertikaikan, tidak boleh
dikata sebagai telah didorong oleh motif tidak wajar, atau telah tersalah arah akan dirinya,
atau telah mengambilkira pertimbangan-pertimbangan yang tidak relevan. Autoriti undang-
undang kes juga menunjukkan bahawa dalam melaksanakan budibicara dan kepuasan
subjektifnya sedemikian, Menteri boleh mengambilkira sama ada penerbitan berpotensi
memusnahkan kerukunan hidup masyarakat atau memprejudis ketenteraman, keselamatan
dan kesejahteraan awam, dan tidak perlu menunggu sehingga kekacauan betul-betul berlaku
sebelum melaksanakan budibicaranya tersebut.
(6)Sejak tahun 1986 lagi, Menteri, apabila mengeluarkan Arahan 1986, telah pun
menimbang tentang kemungkinan mudarat yang akan berlaku kepada ketenteraman dan
keselamatan awam jika penggunaan kalimah 'Allah' oleh penerbitan-penerbitan agama
Kristian tidak dibendung. Yang arif Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes ini nampaknya tidak
mengendahkan kebimbangan ini. Walaupun begitu, peristiwa-peristiwa yang berlaku sejurus
selepas yang arif hakim mengisytiharkan keputusannya berhubung permohonan semakan
kehakiman responden (protes jalanan, perbincangan dan tuduhan-tuduhan panas serta
serangan ke atas gereja dan masjid) menunjukkan bahawa kebimbangan Menteri terhadap
kemudaratan ketenteraman dan keselamatan awam sebenarnya mempunyai asas munasabah.
Oleh itu, keputusan Menteri pada 7 Januari 2009 untuk mengenakan syarat yang dipertikaiadalah sah dan menurut undang-undang. Keputusan tersebut telah melepasi ujian prinsip
kemunasabahan Wednesburydan tidak melanggari prinsip-prinsip ketidaksahan,
ketidakteraturan prosedur, kesepadanan dan ketidakrasionalan.
(7) Fasal 3(1) Perlembagaan adalah tercetus dari kontrak sosial yang dipersetujui di antara
pengasas-pengasas Perlembagaan sementara kemasukan fasal 11(4) adalah bagi melindungi
Islam sebagai agama Persekutuan serta melindunginya dari ancaman kegiatan-kegiatan
dakwah oleh agama-agama lain terhadap pengikut-pengikut agama Islam. Kedudukan Islam
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
31/37
31
sebagai agama Persekutuan telah meletakkan obligasi ke atas pihak berkuasa untuk
mengembang dan melindungi Islam serta kesuciannya. Oleh itu, tiada apa pun yang tidak
munasabah atau tidak relevan bagi Menteri untuk mengambilkira Islam sebagai agama
Persekutuan di bawah fasal 3(1) dan sekatan terhadap pendakwahan di bawah fasal 11(4)
apabila mengenakan syarat yang dipertikai terhadap penerbitan the Herald. Tiada apa yang
tidak berperlembagaan mengenainya.
(8)Larangan oleh Menteri hanya menyentuhi penggunaan perkataan 'Allah' untuk Tuhan di
dalam the Herald. Perkataan 'Allah' bukanlah bahagian penting dan isi agama Kristian.
Larangan dengan itu tidak boleh dikata tidak berperlembagaan atau melarang responden,
yang mewakili masyarakat Kristian, dari mengamalkan agama mereka. Larangan adalah
konsisten dengan obligasi Menteri untuk mengambilkira Islam sebagai agama Persekutuan di
bawah fasal 3(1) dan perlindungannya di bawah fasal 11(1).
Oleh MohdZawawiSalleh HMR (menyetujui):
(1)Membaca draf penghakiman yang ditulis oleh yang arif saudara-saudara saya, saya
bersetuju dengan mereka berdua, dan berasaskan alasan-alasan yang mereka kemukakan,
saya juga akan membenarkan rayuan ini. Namun begitu, memandangkan peri pentingnya kes
ini, saya akan menambah beberapa pandangan saya sendiri mengenai isu sama ada
penggunaan kalimah 'Allah' di dalam 'Herald - the Catholic Weekly' merupakan bahagian
penting dan integral agama Kristian.
(2) Berdasarkan autoriti undang-undang kes sepertiHajjahHalimatussaadiahHjKamaruddin
v. Public Services Commission, Malaysia &Anor,Fatimah Sihi&Ors v. Meor
AtiqulrahmanIshak&Ors,Javed v. State of Haryana, Commissioner of Police &Ors v.
Acharya JagadishwaranandaAvadhuta and Anor, The Durgah Committee,Ajmer &Anr v.Syed Hussain Ali &Orsand State of West Bengal v. AshutoshLahiri, satu prinsip boleh dipetik
iaitu bahawa kebebasan beragama hanya terpakai kepada amalan-amalan yang menjadi
bahagian penting dan isi agama. Penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi Bahasa Melayu
the Herald bagi merujuk kepada Tuhan bukan merupakan satu bahagian penting atau isi
agama Kristian. Oleh yang demikian, penggunaannya tidak boleh menarik perlindungan
perlembagaan di bawah fasal 11(1) Perlembagaan.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
32/37
32
(3) Meneliti pandangan-pandangan yang diutarakan oleh personaliti-personaliti seperti GJO
Monshay, Brutus Balan, Tiny Muskens, Gerrit de Pijter, John Gilchrist berkaitan penggunaan
kalimah 'Allah' oleh penganut Kristian, serta terjemahan Kitab Injil dalam bahasa-bahasa
yang dipakai oleh majoriti komuniti Islam di Timur Tengah, Afrika dan Asia berhubung
perkataan yang digunakan bagi Zat Yang Maha Agung, adalah jelas bahawa orang-orang
Kristian sendiri tidak mencapai kata sepakat tentang bagaimana kalimah 'Allah' harus
digunakan, sama ada dalam terjemahan-terjemahan dan versi-versi Kitab Injil mereka
mahupun dalam penggunaan amnya, dan ini sekaligus menunjukkan ketidakpastian dan
betapa kontroversinya penggunaan perkataan tersebut. Persoalan menterjemah Tuhan sebagai
'Allah' masih lagi menjadi perbahasan hangat (di kalangan penganut-penganut Kristian) dan
adalah diragui sama ada pendapat responden berhubung penggunaan kalimah 'Allah'
sebenarnya melambangkan pandangan majoriti penganut Katholik.
(4) Jika perkataan 'Allah' digunakan dalam versi Bahasa Melayu the Herald bagi merujuk
kepada Tuhan, akan wujud risiko salahnyata mengenai Tuhan dalam agama Kristian sendiri,
kerana konsep Tuhan dalam agama Kristian seperti yang terlambang oleh konsep triniti
adalah secara mutlak dan sepenuhnya berbeza dari konsep 'Allah' dalam Islam. Dengan lain
perkataan, kemungkinan wujudnya kekeliruan bukan terhad kepada orang-orang Islam sahaja
tetapi mencakupi juga penganut-penganut Kristian sendiri.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
33/37
33
KES FAN YEW TENG
Fan Yew Teng merupakan seorang aktivis, ahli politik dan penulis Malaysia yang
berketurunan Cina merupakan bekas ahli parlimen Kampar dan Menglembu di Perak pada
tahun 1969 sehingga 1974 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) dari parti
Democratic Action Party (DAP). Sebelum menyertai bidang politik, beliau juga giat
dalam National Union of Teachers (NUT). Beliau telah membantu mengaturkan mogok
guru-guru untuk menuntut hak pencen dan lain-lain serta pernah berkhidmat sebagai
PenyuntingThe Educator iaitu majalah rasmi NUT.
Fan menghabiskan masa persaraannya bersama dengan isterinya Dr. Noeleen Heyzer
dan dua anak perempuan kembar mereka di Bangkok. Beliau meninggal dunia akibat
mengidap penyakit barah selama lebih setahun pada 07 December 2010 di Bumrungrad
International Hospital, Bangkok. Dalam pilihan raya 1969 Fan Yew Teng menang
diKampar.Beliau menang dalam pilihan raya bagi kawasanMenglembuPerak dalamPilihan
Raya Umum Malaysia 1974,menewaskan pengasas dan Presiden PPP, SP Seenivasagam.
Beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung DAP pada Oktober 1969 selepasGoh Hock
Guan dan Lim Kit Siang di tahan di bawahAkta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau
juga berkhidmat sebagai PenyuntingThe Rocket DAP pada masa itu. Pada 1975, Fan Yew
Teng didenda RM2000 dan enam bulan penjara oleh mahkamah dan hilang kelayakan
sebagai ahli parlimen setelah didakwa di bahawa Akta Hasutan 1960. Kes ini menjadi
rujukan kesTian Chua yang menggigit koperal polis dalam satu perhimpunan haram di
Parlimen pada 2007.
Sebagai perbandingan, Ahli ParlimenKuala Selangor,Raja Nong Chik bin Raja
Ishak yang didenda $2,500 di bawah Akta Syarikat 1965 tidak dilucutkan. Pada 1978, Fan
Yew Teng telah meninggalkan DAP kerana kecewa dengan pimpinanLim Kit Siang untuk
menyertaiParti Sosial Demokratik atau Social Democratic Party(SDP) tetapi telah
menyertai semula DAP selepas meninggalkannya selama 20 tahun pada 1998. Namun Fan
kemudiannya dikatakan menyertaiPKRpada 24 April 2010.
http://ms.wikipedia.org/wiki/DAPhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=National_Union_of_Teachers&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=The_Educator&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamparhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Menglembuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Malaysia_1974http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Malaysia_1974http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Goh_Hock_Guan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Goh_Hock_Guan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negerihttp://ms.wikipedia.org/wiki/ISAhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=The_Rocket&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tian_Chuahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Selangorhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raja_Nong_Chik_bin_Raja_Ishak&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raja_Nong_Chik_bin_Raja_Ishak&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Kit_Sianghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Sosial_Demokratikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/PKRhttp://ms.wikipedia.org/wiki/PKRhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Sosial_Demokratikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Kit_Sianghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raja_Nong_Chik_bin_Raja_Ishak&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raja_Nong_Chik_bin_Raja_Ishak&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Selangorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tian_Chuahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=The_Rocket&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/ISAhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negerihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Goh_Hock_Guan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Goh_Hock_Guan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Malaysia_1974http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Malaysia_1974http://ms.wikipedia.org/wiki/Perakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Menglembuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kamparhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=The_Educator&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=National_Union_of_Teachers&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/DAP -
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
34/37
34
KARTUNIS ZUNAR MENANG KES SAMAN KERAJAAN
KUALA LUMPUR - Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai
Zunar 31 Jun 2012 memenangi kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung
tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan
permohonan Zunar. Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan
Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku
Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010. Beliau menamakan pegawai yang
menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis
Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai
defendan.
Dipetik oleh The Starhari ini, Zunar menyatakan bahawa keputusan mahkamah
tersebut merupakan sebahagian daripada kemenangan bagi kesemua kartunis politik
memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah
sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada
waktu itu. Dalam pada itu, salah seorang peguam Zunar, N. Surendran berkata, kemenangan
ini membuktikan kerajaan tidak munasabah dengan merampas dan menyimpan koleksi buku
kartun beliau selama lebih dua tahun. Kami terima baik keputusan mahkamah. Itu jelas
menunjukkan kerajaan berniat jahat sebelum ini berhubung penangkapan dan rampasan buku
sewaktu Zunar sedang melancarkannya.
Mereka cuba menghentikan karya Zunar yang mengandungi kritikan terhadap
kerajaan, kata Surendran. Zunar turut diwakili oleh Fadiah Nadwa Fikri. DipetikKeadilan
Daily,Surendran berkata, rayuan akan dibuat berhubung keputusan mahkamah yang
memutuskan penangkapan Zunar adalah sah.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
35/37
35
PUBLIC PROSECUTOR V DATUK HARUN BIN HAJI IDRIS & ORS [1976] 2 MLJ
116
Suspek telah dituduh di Mahkamah seksyen untuk kes CBT dan telah ditukarkan ke
Mahkamah Tinggi oleh sijil yang diberikan oleh DPP di bawah seksyen 418 A CPC. Suspek
menyatakan tindakan ini bercanggah dengan peruntukan artikel 8(1) iaitu hak perlindungan
yang sama di bawah undang-undang Keputusan Mahkamah Tinggi. Dalam peruntukan
sesyen 418A adalah bercanggah dengan Perlembagaan artikel 8 dan peruntukan artikel
145(3) iaitu kuasa untuk menuduh,membicara dan menghentikan pembicaraan ditangan
peguam negara tidak mempunyai merit.
Menurut cabutan penting hakim Abdool Cader J, Pertama ialah anggapan yang
mungkin juga suatu anggapan yang kuat sah perlembagaan seksyen yang menjadi persoalan
itu dengan beban pembuktian kepada sesiapa yang mengatakan sebaliknya. Kedua, anggapan
itu tidak namun harus dilakukan setakat atau diregangkan dengan tujuan untuk mengesahkan
undang-undang jika tidak sah, dan jika gaya Pasal 8 (1) dikenakan cukup kuat ke atas dan
terhadap anggapan itu, maka ia mesti semestinya memberi laluan di bawah kuasa itu.
Seterusnya yang ketiga untuk tujuan ini satu undang-undang atau undang-undang provisonharus diperiksa secara terpisah dan tidak dibandingkan dengan peruntukan yang sama lain
(Negeri Madhya Pradesh v GC Mandawar [1954] SC 493).
Perlembagaan telah dipinda dengan memasukan artikel 145(3a) yang membetulkan
keadaan ini iaitu Perkara 145 Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa, dijalankan
menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa
prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, mahkamah
anak negeri atau mahkamah tentera. Menurut (3a) Undang-undang persekutuan boleh
memberi kuasa Peguam Negara untuk menentukan mahkamah yang di dalamnya atau tempat
di mana apa-apa prosiding yang dia mempunyai kuasa di bawah Fasal (3) institut boleh
dimulakan atau yang prosiding itu hendaklah dipindahkan.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
36/37
36
9.0 RUJUKAN
A, X and Y v. Secretary of State for the Home Department [2004] QB 335 (refd)
AdongKuwau&Ors v. Kerajaan Negeri Johor &Anor [1997] 3 CLJ 885 HC (refd)
ArumugamKalimuthu v. Menteri Keselamatan Dalam Negeri &Ors [2013] 1 LNS 296 CA
(foll)
Associated Provincial Picture Houses Ltd v. Wednesbury Corporation [1948] 1 KB 223 (foll)
Abd Rahim Abd Rashid (2000). Wawasan Pembangunan : Isu dan Cabaran. Terbitan
Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Amidi Abdul Manan. (2014, Februari 25). ABIM sokong dialog perpaduan meja bulat. Berita
Harian. Diambil daripada
http://blis2.bernama.com.ezpustaka.upsi.edu.my/mainHomeBypass.do
Ahmad Ibrahim, Ahilemah Joned (1986). Sistem Undang-undang Di Malaysia. Terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Abdul Razak Raaff; & Syazwan Msar. (2013, November 18). Sukan mampu terap nilai
Perpaduan kaum: Muhyiddin. Berita Harian. Diambil daripada
http://blis2.bernama.com.ezpustaka.upsi.edu.my/getArticle.do?id=99548&tid=103&cid=3
Chamil Wariya (2009).Parlimen Malaysia.Selangor: Media Global Matrix Sendirian Berhad.
Francis Loh Kok Wah, Khoo Boo Teik (2002). Democracy in Malaysia Discourses and
Practices.Terbitan Curzon Press. Kuala Lumpur.
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong & Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian
Am Kertas I.Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Mohamad Abdullah. (2014, Februari 21). Kembali kepada Rukun Negara tingkat perpaduan.
Berita Harian. Diambil daripada
http://blis2.bernama.com.ezpustaka.upsi.edu.my/getArticle.do?id=17433&tid=109&cid=3
Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamarudin dan Ahmad Sohaimi Lazim
(2009).Kenegaraan dan Ketamadunan. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
-
8/10/2019 doktrin pengasingan kuasa malaysia
37/37
Tun Mohd. Salleh Abas (1997). PrinsipPerlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia .
Kuala Lumpur. Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka..
Wu Min Au (1986). Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia. Selangor.
Terbitan HEINEMANN (MALAYSIA) SDN. BHD.