Download - document wacana.pdf
-
8/10/2019 document wacana.pdf
1/95
ASPEK TAUTAN DALAM DOKUMEN LAMA
NORAINI BINTI KASIM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
MAC 2003
-
8/10/2019 document wacana.pdf
2/95
ASPEK TAUTAN DALAM DOKUMEN LAMA
NORAINI BINTI KASIMNO PEND. 20001-05043
LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI
SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAHSARJANA MUDA PENDIDIKAN
FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM
MAC 2003
-
8/10/2019 document wacana.pdf
3/95
iii
PENGAKUAN
Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya kecuali nukilan,
petikan, dan ringkasan yang setiap satunya saya telah dicatatkan sumbernya.
Tarikh:.. Tandatangan:
NORAINI BINTI KASIM
NO PEND.20001-05043
-
8/10/2019 document wacana.pdf
4/95
iv
Coretan Madah
Buat keluarga tercinta,
Untukmu Bonda Tercinta,
(Romilah Binti Omar)
Untukmu Ayahanda Tersayang
(Kasim Bin Ahmad)
Restu dan doamu,
Menyinari perjalanan hidupku,
Dalam meniti kejayaan.
Saudara tersayang,
Norhayati Kasim
Nor Azman Kasim
Noriswandi Kasim
Norhashimah Kasim
Muhammad Zulkifli Kasim
Nurulsyahirah najiha Kasim
Kalian menyemarak semangat perjuanganku,
Menjadi Idola seiring dengan seruan kalian,
Dalam meniti ambang kejayaan.
Buat pensyarah-pensyarah dihormatiKuat pokok kerana akar,
Kuat burung kerana sayapnya,
Dan engkaulah kekuatan diri ini.
Teman Teristimewa
-
8/10/2019 document wacana.pdf
5/95
v
PENGHARGAAN
BISMILAHIRRAHMANIRRAHHIM
Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinnya dapat saya menyiapkan
kajian ini. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan para
sahabat baginda.
Saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya, Puan
Norliza di atas tunjuk ajar yang diberikan sehingga terhasilnya satu tesis yang disiapkan
dengan sempurna. Insyaallah, segala teguran yang diberikan akan dijadikan azimat dan
panduan untuk penyelidikan masa depan.
Kepada keluarga tersayang, ayahanda, Kasim Bin Ahmad dan bonda, Romilah Binti
Omar. Terima kasih atas perhatian, pengorbanan dan kesabaran yang diberikan selama ini.
Tidak lupa pada adik-beradik, Norhayati, Nor Azman, Noriswandi, Norhashimah,
Muhammad Zulkifli dan Nurulsyahirah Najiha. Semangat kalian adalah nafas
perjuanganku.
Akhir sekali, terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak
membantu dalam menghasilkan tesis ini.
Terima kasih.
Noraini Binti Kasim
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim.Perak
-
8/10/2019 document wacana.pdf
6/95
vi
ABSTRAK
ASPEK TAUTAN DALAM DOKUMEN LAMA
Kajian ini membicarakan aspek tautan dengan melakukan analisis dokumen lama
berdasarkan Model Tautan Pindaan (MTP). Sebanyak lima teks telah dipilih untuk dikaji
iaitu daripada surat persendirian Sir Stamford Raffles 1810-1811 (SP 22). Dalam Bab I
kajian ini, memaparkan pengenalan kajian. Bab II pula membincangkan secara terperinci
tentang literatur kajian dan kajian berkaitan, iaitu MTP. Bab III membincangkan tentang
kaedah kajian yang digunakan untuk menganalisis data daripada lima teks yang dipilih. Bab
IV membincangkan tentang keputusan kajian yang diperolehi daripada lima teks tersebut.
Analisis yang dilakukan daripada lima teks tersebut diperolehi empat tautan perulangan
(TP) iaitu tautan perulangan rujukan (TPR), tautan perulangan penggantian (TPP), tautan
perulangan leksikal (TPL) dan tautan perulangan struktur dan makna sama (TPS). Yang
tertinggi jumlah ikatan tautannya ialah TPL, iaitu 58.0 % dan yang terendah ialah TPP,
iaitu iaitu 0.89 %. Tautan kolokasi (TK) pula dikenal pasti mempunyai tiga subjenis iaitu
tautan kolokasi keantoniman (TKA), tautan kolokasi hasil (TKH) dan tautan kolokasi sifat
(TKS). TKH mempunyai peratusan ikatan tertinggi iaitu 50 %, diikuti oleh TKA dan TKS
iaitu 25 %. Tautan penghubung ayat (PH) pula dikenal pasti mempunyai tiga subjenis iaitu
tautan penghubung ayat tambahan (PHB), tautan penghubung ayat sebab-musabab (PHS)
dan tautan penghubung ayat waktu (PHW). Daripada tiga subjenis ini, PHS mempunyai
peratusan tertinggi iaitu 76.5 % dan PHB dan PHW ialah 11.8 %. Dalam Bab V pula
membincangkan secara keseluruhan tajuk kajian.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
7/95
vii
ABSTRACK
COHESION ASPECT IN AN OLD DOCUMENTS
These erudite studies to elaborate about cohesion aspect in an old documents analysis based
on Model Tautan Pindaan (MTP). These studies involved five texts from private letters Sir
Stamford Raffles 1810-1811 (SP 22). Chapter I discussed about introduction of studies.
Chapter II discussed details about literature review. Chapter III, discussed about the methodof studies. Chapter IV discussed about the results of studies from the five texts. The results
of an analysis there are four tautan perulangan (TP) named tautan perulangan rujukan
(TPR), tautan perulangan penggantian (TPP), tautan perulangan leksikal (TPL) and tautan
perulangan struktur dan makna sama (TPS). The highest is a TPL 58.0 %% and the lowest
is a TPP 0.89 %. From this studies it is found that there are three tautan kolokasi named
tautan kolokasi antoniman (TKA), tautan kolokasi hasil (TKH) and tautan kolokasi sifat
(TKS). The highest percentage is a TKH 50 %, following by TKA and TKS 25 %. Lastly,
in this studies found three tautan penghubung ayat (PH) named tautan penghubung ayat
tambahan (PHB), tautan penghubung ayat sebab-musabab (PHS), and tautan penghubung
ayat waktu (PHW). The highest percentage is a PHS 76.5 % and the lowest is a PHB and
PHW 11.8 %. Chapter V discussed overall this studies.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
8/95
viii
KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACK vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
BAB 1 PENGENALAN
1.0Pendahuluan 1
1.1Permasalahan Kajian 6
1.2Tujuan Kajian 7
1.3Kepentingan kajian 8
1.4
Batasan Kajian 8
1.5Definisi Operasiaonal 10
BAB 11 TINJAUAN LITERATUR
2.0Literature Berkaitan 11
2.1 Model Tautan Pindaan (MTP) 11
2.1.1 Tautan Perulangan 13
2.1.2 Tautan Kolokasi 17
2.1.3 Tautan Penghubung Ayat 20
-
8/10/2019 document wacana.pdf
9/95
-
8/10/2019 document wacana.pdf
10/95
x
4.1.3 Tautan Penghubung Ayat 52
4.1.3.1 Tautan Penghubung Ayat Tambahan 53
4.1.3.2 Tautan Penghubung Ayat
Sebab-Musabab 56
4.1.3.3 Tautan Penghubung Ayat Waktu 584.1.3.4 Kesimpulan . 60
BAB V RUMUSAN
5.0 Kesimpulan 61
5.1 Perbincangan 62
5.2 Implikasi Kajian 64
5.3 Cadangan Kajian Lanjut 65
SENARAI RUJUKAN 66
LAMPIRAN A 71
LAMPIRAN B
-
8/10/2019 document wacana.pdf
11/95
xi
SENARAI JADUAL
No Jadual Nama Jadual Halaman
1
Jumlah ikatan tautan dan peratusan bagi tautan
perulangan (TP) 36
2 Tautan perulangan rujukan 37
3 Tautan perulangan penggantian 40
` 4 Tautan perulangan leksikal 42
5 Tautan perulangan struktur dan makna sama 45
6 Jumlah ikatan tautan dan peratusan bagi tautan
kolokasi 47
7 Tautan kolokasi antoniman 48
8 Tautan kolokasi hasil 49
9 Tautan kolokasi sifat 51
10 Jumlah ikatan tautan dan peratusan bagi tautan
penghubung ayat 53
11 Tautan penghubung ayat tambahan 54
12 Tautan penghubung ayat sebab-musabab 56
13 Tautan penghubung ayat waktu 58
-
8/10/2019 document wacana.pdf
12/95
xii
SENARAI SINGKATAN
MTP Model Tautan Pindaan
UT Unit Teks
TP Tautan Perulangan
TPR Tautan Perulangan Rujukan
TPP Tautan Perulangan Penggantian
TPE Tautan Perulangan Elipsis
TPL Tautan perulangan Leksikal
TPF Tautan Perulangan Parafrasa
TPI Tautan Perulangan Paralelisme
TPS Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama
TK Tautan Kolokasi
TKA Tautan Kolokasi Antoniman
TKK Tautan Kolokasi Kohiponiman
TKH Tautan Kolokasi Hasil
TKS Tautan Kolokasi Sifat
PH Tautan Penghubung Ayat
PHB Tautan Penghubung Ayat Tambahan
PHG Tautan Penghubung Ayat Tentangan
PHS Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab
PHW Tautan Penghubung Ayat Waktu
PHT Tautan Penghubung Ayat Terusa
-
8/10/2019 document wacana.pdf
13/95
1
BAB I
PENGENALAN
1.0
Pendahuluan
Kajian tatabahasa pada peringkat awal lebih menumpukan perhatian terhadap kajian
tatabahasa pada peringkat ayat. Walau bagaimanapun, kajian pada peringkat ayat ini masih
tidak memuaskan. Justeru itu, Z.S. Harris telah menyatakan ketidakpuasan terhadap
tatabahasa ayat. Dari situlah timbulnya perhatian terhadap wacana. Wacana ialah bidang
yang mengkaji urutan ayat dalam bentuk lisan mahupun tulisan, disamping turut mengkaji
peranan sesuatu unsur bahasa dalam sesuatu struktur serta hubungan antara ayat dengan
ayat yang lain. Bidang kajian wacana mempunyai sumber sejarah yang panjang.
Bidang analisis wacana mula mendapat tumpuan kira-kira 2000 tahun yang lalu.
Para sarjana mempunyai pandangan yang berbeza tentang sumber sejarah wacana Walau
bagaimanapun, sejarah asas wacana bermula sejak tradisi peradaban Hindu lagi. Menurut
tradisi barat pula kajian analisis wacana bermula sejak awal abad ke-5 SM yang beraliran
-
8/10/2019 document wacana.pdf
14/95
2
retorik. Pada ketika itu, analisis wacana hanya sebagai suatu teknik atau seni yang
melahirkan teks jenis pemujukan. Namun demikian, aliran retorik ini mula kehilangan
pengaruhnya pada abad ke 17- dan ke-18 disebabkan kemunculan aliran linguistik sejarah
dan linguistik perbandingan pada awal abad ke-19. Kemudiannya pada abad ke-20 lahir
pula aliran struktural.
Menurut Van Dijk T.A (1985:1) wacana dulunya dikenali sebagai seni bicara atau
retorika. Retorika bertujuan untuk meneliti prinsip merancang, menyusun, dan operasi
khusus berbicara di depan khalayak umum berlatarkan yang berlatarkan politik dan
perundangan. Selain itu, menurut Wong Khek Seng (1995:8) pada abad pertengahan,
retorika dikatakan berada pada tahap kejayaan tetapi pada abad-abad yang berikutnya, iaitu
pada abad ke-17 dan ke- 18 bidang ini kurang mendapat sambutan malah tidak mendapat
tempat yang penting dalam kurikulum sekolah mahupun penyelidikan
Menurut Asmah Haji Omar pula (1980:14) analisis wacana mula tumbuh di Great
Britain dengan dipelopori oleh aliran Firth yang berpokok pangkal pada konsep bahasa
Malinowski tentang hubungan bahasa dengan masyarakat. Aliran ini memperluaskan
konsep Keperihalan Keadaan Malinowski.
Hanya pada dekad 1960-an, perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih
bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular mula mendapat perhatian.
Perkembangannya dapat diperlihatkan dalam tiga tahap. Tahap pertama analisis wacana
secara deskriptif dan strukturalis. Tahap kedua lebih menumpukan perhatian terhadap genre
-
8/10/2019 document wacana.pdf
15/95
3
wacana popular atau pribumi. Tahap ketiganya analisis wacana lebih tertumpu kepada
kajian secara fungsional.
Analisis wacana pada awal dekad 1970-an, ialah analisis wacana yang dilakukan
secara sistematik dengan orientrasi penyelidikan bebas dan merentasi beberapa disiplin
ilmu. Perkembangan analisis wacana pada dekad 1980-an dan 1990-an pula dilihat sebagai
dekad bermulanya tahap bidang wacana sebagai sains biasa yang lebih bersepadu.
Perkembangannya menjadi lebih kukuh dan berkembang dengan menggunakan kerangka
teori.
Di Malaysia, bidang analisis wacana ini mula diceburi oleh Yunus Maris pada tahun
1966 (Muhammad Yunus Maris, dalam Abdullah Hassan, 1978:164-169). Beliau
merupakan perintis yang memperkenalkan kaedah analisis wacana dalam bahasa Melayu.
Beliau telah menunjukkan bahawa penggunaan ganti nama dan makna ungkapan hanya
dapat dijelaskan secara sempurna berlandaskan teori keperihalan keadaan. Teori
keperihalan keadaan bermaksud bahasa yang dituturkan oleh masyarakat penutur dikatakan
tepat dengan benda-benda, keadaan-keadaan dan apa-apa yang dilakukan (Wong Khek
Seng, 1992:442). Selepas itu, kajian-kajian wacana semakin berkembang di Malaysia
dengan memperkihatkan bebrapa kajian wacana yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji
tempatan antaranya Sanat Md. Nasir, Wong Khek Seng dan Azhar M. Simin.
Wacana dapat ditakrifkan sebagai unit bahasa yang melangkaui ayat. Dalam
hierarki tatabahasa wacana merujuk kepada kesatuan bahasa yang lengkap struktur lahiriah
-
8/10/2019 document wacana.pdf
16/95
4
dan batiniahnya. Wacana menduduki tatatingkat tertinggi dalam unsur-unsur kesatuan
bahasa. Wacana boleh dilihat pada bentuk karangan utuh seperti novel, buku, artikel,
pidato, dan khutbah Jumaat. Istilah Analisis Wacana pertama kalinya telah diperkenalkan
oleh Zellig S. Harris (1952) melalui artikelnya yang berjudul Discourse Analysis. Beliau
telah mendefinisikan analisis wacana sebagai pemenggalan satu-satu wacana kepada unsur-
unsur dasar atau bahagian-bahagian komponennya melalui kaedah penyebaran baku.
Menurut Tarigan (1995:36) yang menyimpulkan wacana sebagai:
Wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di
atas kalimat atau klausa dengan koheransi dan kohesi tinggi yang
berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan
secara lisan dan tulisan.
Selain itu, menurut Harimurthi Kridalaksana (Sanat Md. Nasir, 2001:36)
memperincikan wacana sebagai:
Satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki gramatikal merupakan satuan
tertinggi atau terbesar, wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang
ituh (novel, buku, siri ensiklopedia, dan sebagainya), paragraph, kalimat atau
kata yang membawa amanat yang lengkap
Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti hajar Hj. Abdul Aziz pula (1997:71) wacana
merupakan unit alamiah yang mempunyai permulaan dan penutup yang nyata atau
diketahui atau disedari oleh kedua-dua pihak sama ada penulis dan pembaca dan
pendengar. Wacana juga dikatakan sesuatu wacana terdiri daripada unsur-unsur yang
-
8/10/2019 document wacana.pdf
17/95
5
berikut, iaitu satuan bahasa terlengkap, terbesar atau tertinggi kedudukanny mengatasi ayat
atau klausa, teratur, tersusun rapi atau terdapat rasa koheren atau pautan, kesinambungan
atau kontinuiti, terdapat rasa kohesi atau kesepaduan dalam bentuk lisan atau bertulis,
mempunyai permulaan dan penutup yang nyata.
Sato Hirobumi (1997:16) pula menyatakan tujuan wacana adalah untuk
menggambarkan bagaimana struktur wacana disusun dengan memerhatikan penempatan
dan peranan unsur-unsur yang didapati pada tiap-tiap bentuk lahir ayat seperti morfem kata,
frasa dan klausa yang bertujuan menerangkan bagaimana suatu wacana wujud untuk tujuan
tertentu.
Menurut Asmah Haji Omar (1989:62) buku atau sebahagian daripada buku atau
muka surat atau perenggan juga dikatakan sebagai wacana. Kajian terhadap sistem bahasa
seperti kajian ayat, frasa dan teks yang meliputi tujuan penulisan, kesan yang diperoleh
daripada penulisan, suasana yang ditimbulkan, peserta yang terlibat disebut juga sebagai
wacana.
Asmah Hj. Omar (1980:11) menjelaskan bahawa wacana juga boleh terdiri daripada
ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan
dan hubungan antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di
dalamnya. Wacana mestilah mempunyai tujuan dan tujuan itulah yang menentukan
penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa ini dinamakan performatif seperti pertanyaan atau
suruhan, masing-masing terdiri daripada berbagai jenis.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
18/95
6
Wacana menurut Wong Khek Seng (1995:7) ialah usaha mengkaji bahasa yang
lebih menyeluruh; yang melampaui peringkat klausa atau peringkat ayat. Selain itu,
menurut Raminah Hj. Sabran (1989:277) wacana juga boleh terdiri daripada sejumlah ayat,
sebuah karangan, suatu bab atau sebahagian daripada teks, suatu petikan daripada sebuah
penulisan yang panjang, dialog, cerita buku atau sebagainya yang memperlihatkan
hubungan dan perkembangan yang berurutan.
1.1 Permasalahan Kajian
Kajian berkaitan analisis wacana telah dilakukan oleh beberapa pengkaji bahasa
yang lebih cenderung menggunakan pendekatan Halliday dan Hassan berdasarkan data teks
bertulis dan lisan pelbagai jenis genre. Antara pengkaji yang telah melakukan kajian yang
berkaitan dengan analisis wacana ialah Sanat Md. Nasir. Beliau telah menjalankan kajian
tautan wacana bahasa Melayu : Suatu Analisis tentang Rencana Pengarang Utusan Zaman
Akhir Dekad 1950-an dan 1960-an yang berjaya melahirkan Model Tautan Pindaan (MTP)
yang berasaskan model Halliday dan Hasan dengan beberapa pindaan.
Sebelum ini terdapat tujuh model tautan lain, iaitu Model Harris, Model Halliday,
Model Gleason, Model Danes, Model Gutwinski, Model Halliday dan Hassan serta Model
Elshershabi yang tiga daripadanya beraliran sistemik, dua aliran stratifikasi dan satu aliran
Praha dan satu lagi aliran struktural.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
19/95
7
Berdasarkan model MTP yang diasaskan oleh Sanat Md. Nasir kajian terhadap
dokumen lama dilakukan. Kajian terhadap dokumen lama ini dilakukan adalah untuk
meneliti aspek tautan yang terdapat di dalamnya. Aspek tautan yang terdapat dalam
dokumen lama bukanlah sewenang-wenangnya terjalin, tetapi mematuhi peraturan atau ciri-
ciri tertentu yang ada dalam sesuatu bahasa pada masa itu. Selain itu, dokumen lama ialah
sebagai linguistik teks yang mempunyai ciri-ciri atau ukuran tertentu bergantung kepada
aspek-aspek penekanan yang diwujudkan di dalamnya.
1.2 Tujuan Kajian
Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk meneliti aspek tautan yang terdapat dalam
dokumen lama berdasarkan model MTP. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti dan penggunaan tiga jenis tautan utama MTP, iaitu tautan perulangan,
tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat yang mungkin terdapat dalam dokumen
tersebut.
Selain itu, kajian ini juga akan mengenal pasti subjenis tautan MTP daripada tiga
jenis tautan utama serta menganalisis tautan jenis manakah yang lebih dominan yang
terdapat dalam dokumen lama yang dikaji.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
20/95
8
1.3 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk meneliti pola atau aspek tautan berdasarkan model MTP yang
begitu menonjol dalam dokumen lama. Ini adalah kerana, aspek penulisan dalam dokumen
lama berbeza dengan aspek penulisan pada masa kini. Ini bertepatan dengan pandangan
Grimes, sesuatu teks yang dipilih sebagai analisis wacana adalah kerana teks tersebut
mungkin mampu memberi contoh-contoh ayat yang dibentuk secara teliti yang
mencerminkan penerapan rumus-rumus nahu yang baik dan dengan cara ini, mesej yang
ingin disampaikan berjaya diterima oleh pembaca.
Melalui kajian ini juga akan dapat memberi manfaat bagaimana sesuatu data
daripada bahan bertulis mempunyai keutuhan dan kesatuan wacana yang mantap. Secara
langsung kajian ini dapat memaparkan aspek tautan yang ketara dalam dokumen lama yang
terdiri daripada surat-surat persendirian Sir Stamford Raffles pada tahun 1810-1811 (SP
22).
1.4 Batasan Kajian
Data yang dipilih dalam kajian ini ialah dokumen lama. Dokumen lama yang dipilih ialah
dalam bentuk teks bertulis, iaitu yang terdiri daripada beberapa surat persendirian yang
dimiliki oleh Sir Stamford Raffles pada tahun 1810-1811 (SP 22). Kandungan surat-surat
yang ditulis dalam tulisan jawi ditranskripsikan ke dalam tulisan rumi bagi memudahkan
analisis dilakukan. Surat persendirian yang dikirimkan kepada Sir Stamford Raffles ini
-
8/10/2019 document wacana.pdf
21/95
9
kategorikan mengikut tempat atau negeri. Terdapat 16 buah negeri atau kerajaan seperti
Acheh, Bali, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Riau dan Siak. Namun untuk kajian ini,
dibataskan kepada surat-surat yang ditulis kepada Sir Stamford Raffles dari negeri atau
kerajaan Kedah, Perak dan Johor. Namun hanya sebahagian sahaja daripada surat-surat
tersebut yang dianalisis kerana kesukaran untuk mentranskripsikannya akibat kabur dan
susah dibaca.
Kajian terhadap surat yang dipilih akan dianalisis berdasarkan model MTP. Model
MTP ini mempunyai 3 jenis tautan utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan
tautan penghubung ayat. Aspek tautan yang terdapat dalam dokumen lama bukanlah
sewenang-wenangnya terjalin, tetapi mematuhi peraturan atau ciri-ciri tertentu yang ada
dalam sesuatu bahasa.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
22/95
10
1.5 Definisi Istilah/Definisi Operasional
Dalam bahagian ini, istilah yang dibincangkan hanyalah dokumen lama. Dokumen dalam
bidang sejarah diistilahkan sebagai sumber. Pada lazimnya, sumber-sumber sejarah
diertikan sebagai bahan bertulis atau bercetak. MengikutKamus Dewanbererti keterangan
(bukti) yang bertulis atau bercetak. Menurut R. Suntharalingam (1985:29) menyatakan
bahawa dokumen adalah surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti (sepeti surat
beranak, surat nikah dan lain-lain. Pada peringkat awal, sumber (dokumen lama) ialah
sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat khusus seperti arkib,
perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana mahupun rumah orang-orang
perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
23/95
11
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Literatur Berkaitan
Dalam bahagian ini, aspek yang dibincangkan meliputi literatur berkaitan dan kajian
berkaitan. Pada bahagian li teratur berkaitan akan mengemukan teori atau pendekatan yang
digunakan dalam kajian dan dalam bahagian kajian berkaitan akan menghuraikan secara
ringkas mengenai kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu.
2.1 Model Tautan Pindaan (MTP)
Menurut Llyod-Jones (Hashim Othman, 2001:355) dalam mengenal pasti setiap jenis
wacana model wacana yang sesuai perlu digunakan dalam membina tugasan yang
merangsang penulisan. Dalam kajian ini, kerangka teori wacana oleh Sanat Md. Nasir, iaitu
Model Tautan Pindaan (MTP) digunakan untuk menganalisis unsur tautan dalam dokumen
lama yang dipilih. Model ini berasaskan daripada model Halliday dan Hasan dengan
-
8/10/2019 document wacana.pdf
24/95
12
beberapa pindaan yang dilakukan. Pindaan tersebut adalah dengan memasukkan aspek
tautan perulangan parafrasa, paralelisme dan tautan perulangan struktur dan makna sama.
Menurut Sanat Md. Nasir model ini dikemukan adalah untuk menganalisis data
bertulis berdasarkan hubungan tautan unsur linguistik antara unit teks. Model MTP ini
dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
i.
Tautan Perulangan
ii. Tautan Kolokasi
iii.
Tautan Penghubung Ayat
Tautan perulangan mempunyai tujuh subjenis, iaitu tautan perulangan rujukan,
tautan perulangan penggantian, tautan perulangan elipsis, tautan perulangan leksikal, tautan
perulangan parafrasa, tautan perulangan paralelisme dan tautan perulangan struktur dan
makna sama. Tautan kolokasi pula mempunyai empat subjenis iaitu tautan kolokasi
antoniman, tautan kolokasi kohiponiman, tautan kolokasi hasil dan tautan kolokasi sifat.
Tautan penghubung ayat juga mempunyai empat subjenis tautan iaitu tautan penghubung
ayat tambahan, tautan penghubung ayat tentangan, tautan penghubung ayat sebab-musabab,
tautan penghubung ayat waktu dan tautan penghubung ayat terusan.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
25/95
13
Berikut adalah penerangan mengenai jenis tautan utama dan subjenis tautan dalam
model MTP:
2.1.1 Tautan Perulangan (TP)
Tautan perulangan meliputi bentuk, makna, dan fungsi. Tautan perulangan ini dibahagikan
lagi kepada tujuh subjenis tautan iaitu :
i) Tautan Perulangan Rujukan (TPR)
Tautan perulangan rujukan boleh dipecahkan lagi kepada tiga jenis tautan kecil,
iaitu rujukan peribadian atau ganti nama diri seperti nya, mereka, beliau dan ia, rujukan
tunjuk seperti itu, ini, tersebut dan demikian dan rujukan bandingan pula seperti lain,
sepertisebagaimanadansebanyak. Contoh :
a.
sementara tujuh belas kejadian
b. kekacauan di Pinang itu
Ganti nama itudalam contoh unit teks (b) merujuk kepada kejadiandalam contoh
unit teks (a) sehingga contoh unit teks (a) dan contoh unit teks (b) dalam teks tersebut
bertaut.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
26/95
14
ii) Tautan Perulangan Penggantian (TPP)
Tautan perulangan ini bercirikan tatabahasa berbanding dengan tautan perulangan
rujukan. Unsur tersebut hanya sebagai pancang kepada yang digantikan yang mempunyai
persamaan makna. Perulangan dalam konteks penggantian ialah perulangan makna.
Perulangan ini juga boleh dibahagikan kepada tiga jenis kecil iaitu, penggantian namaan,
karyaan dan klausaan. Contohnya:
a) Mengenang jasa mereka tanggungjawabnya.
b)
Demikikanlah antara ucapan
Dalam unit teks di atas, pengganti Demikian dalam contoh unit teks (b)
berhubungan dengan seluruh unsur dalam contoh unit teks (a).
iii)Tautan Perulangan Elipsis (TPE)
Tautan Perulangan ini, menyamai perulangan penggantian. Tautan perulangan
elipsis ini juga dikenali penggantian kosong. Unsur yang digugurkan dapat
diinterprestasikan berdasarkan unsur yang mendahuluinya. Contohnya:
-
8/10/2019 document wacana.pdf
27/95
15
a) Usul agar Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengharamkan sajian
minuman-minuman keras di jamuan-jamuan rasmi
b)
bahawa moral agama Islam tidak membenarkan malah mengharamkan
minuman-minuman keras
Dalam contoh unit teks tersebut, unsur elipsis dalam contoh unit teks (b) diberi
tanda elipisi ; dan tanda unit teks berikutnya yang menggantikan sajianbersifat namaan.
iv)Tautan Perulangan Leksikal (TPL)
Tautan perulangan leksikal ialah bentuk yang diulang itu mungkin sama atau
mempunyai akar kata yang sama, yang bersinonim, atau kata umum yang mempunyai
makna yang sama. Perulangan leksikal dijeniskan kepada tiga jenis, iaitu mempunyai
bentuk akar kata yang sama, bersinonim dan kata umum. Dalam kajian ini, ketiga-tiga jenis
tersebut digabungkan di bawah jenis utama untuk dianalisis. Contohnya:
a) mengadakan satu tuduhan yang berat
b) Tengku Abdul Rahman menuduh
Dalam contoh unit teks tersebut, leksikal menuduh bertaut antara kedua-duanya.
Tautan ini melibatkan perulangan pada akar katanya, iaitu tuduh.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
28/95
16
v) Tautan Perulangan Parafrasa (TPF)
Tautan perulangan parafrasa ialah perulangan makna yang sama. Contohnya:
a) memelihara rasa baik sangka dan saling mengerti antara kaum-
kaum
b) pemeliharaan rasa muhibahdan saling
Frasa rasa muhibah dalam contoh unit teks (b) dan frasa rasa berbaik sangka
dalam contoh unit teks (a) dikira bertaut secara parafrasa berdasarkan struktur yang berbeza
tetapi makna yang sama.
vi)
Tautan Perulangan Paralelisme (TPI)
Tautan jenis ini, merujuk kepada bentuk susunan yang sama antara unsur yang
bertaut tetapi mempunyai makna yang berlainan. Contohnya:
a) Rezeki perlu dicari dengan Bala sendiri mesti dihindari
b) Rezeki perlu dicari. Bala mesti dihindari.
Dalam contoh di atas tersebut, kedua-dua contoh unit teks itu, mempunyai bentuk
susunan yang sama dan bertaut tetapi mempunyai makna yang berlainan.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
29/95
17
vii)Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama (T PS)
Tautan ini merujuk kepada unsur yang bertaut, menyatukan aspek tertentu
paralelisme dan parafrasa. Contohnya:
a) Kejadian-kejadian di Pinang itu
b) kejadian-kejadian di Pulau Pinang itu,
Struktur dan makna kejadian-kejadian di Pulau Pinang itu, sama bagi kedua-dua
contoh unit teks tersebut.
2.1.2 Tautan Kolokasi (TK)
Tautan kolokasi terbahagi kepada empat subjenis tautan, iaitu :
i)
Tautan Kolokasi Antoniman (TKA)
Tautan kolokasi antoniman bermaksud hubungan keberadaan unsur tautan yang
bercirikan makna berlawanan. Tautan ini dapat dilihat daripada unsur linguistik di
peringkat frasa, kata dan klausa. Contohnya:
a) mengenai pembangunan di negara kita pada masa depan
b) dan kita sekarang dari sekarang.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
30/95
18
Dalam contoh unit teks di atas ialah jenis tautan kolokasi antoniman di peringkat
frasa . Frasa pada masa depan dalam contoh unit teks (a) bertaut dengan kata sekarang
dalam contoh unit teks (b).
ii) Tautan Kolokasi Kohiponiman (TKK)
Tautan jenis ini, merujuk kepada keberadaan hubungan makna unsur yang bertaut di
peringkat superordinat, dengan ordinatnya, atau antara hiponim atau termasuk meronimi,
iaitu hubungan unsur yang sebahagian dengan unsur yang menyeluruh. Unsur-unsur
linguistik didapati wujud dari peringkat terendah sehinggalah ke peringkat ayat.
Contohnya:
a) parti-parti di luar
b) parti-parti di luar
UMNO
c)
perikatan
d)
sehingga ini
masa
Contoh unit teks (a) dan (b) melibatkan hubungan hiponimi dan contoh unit teks (c)
dan (d) pula melibatkan hubungan hubungan makna kohiponiman. Contoh-contoh tersebut
mempunyai tautan antara satu sama lain dalam unit teks.
yang tidak lama
-
8/10/2019 document wacana.pdf
31/95
19
iii)Tautan Kolokasi Hasil (TKH)
Tautan ini melibatkan keberadaan hubungan makna unsur tautan yang satu
menghasilkan yang lain, atau antara unsur yang dihasilkan oleh sesuatu entiti semantik.
Tautan ini dapat dilihat tautannya mencakupi kata dengan kata, dan frasa dengan frasa.
Contohnya:
a)
ibu bapa Melayu menyedari bahawa dengan bahasa Melayu sekalipun
b)
penuntut-penuntut Melayu, akan berpaling ke Indonesia
Contoh di atas, tautan kolokasi hasil dapat dilihat hubungan makna hasil antara
frasa dengan frasa. Contoh unit teks (a) ibu bapa Melayu didahului oleh yang dihasilkan,
iaitu penuntut-penuntut Melayu dalam contoh unit teks (b).
iv)
Tautan Kolokasi Sifat (TKS)
Tautan kolokasi sifat merujuk kepada keberadaan hubungan makna antara unsur
tautan yang menjadi punca sifat dengan unsur sifat, atau unsur sifat daripada entiti punca
sifat. Tautan jenis ini dapat direalisasikan di peringkat kata dan frasa.Contohnya:
-
8/10/2019 document wacana.pdf
32/95
20
a) berkeperibadianMelayu
bersemangat tanah Melayu
b) berkeperibadianMalaya
sifat Malaya
Dalam contoh unit teks (a) dan (b) memaparkan hubungan makna yang merujuk
kepada entiti dan sifatnya. Dalam hal ini sentit didahului oleh sifatnya.
2.1.3 Tautan Penghubung Ayat (PH)
Penghubung ayat bukan tautan. Sebaliknya penghubung yang terlibat sekadar
menghubungkan unit teks yang sebelumnya dangan unit teks yang mengikutinya. Tautan
penghubung ayat, terbahagi kepa lima subjenis tautan iaitu:
i) Tautan Penghubung Ayat Tambahan (PHB)
Tautan jenis ini merujuk kepada penghubung ayat yang menandai ciri makna
menambah unsur sebelum dengan unsur selepas penghubung itu. Penghubung ayat bukan
tautan. Sebaliknya penghubung yang terlibat sekadar menghubungkan unit teks yang
sebelumnya dangan unit teks yang mengikutinya. Bentuk penghubung ayat tambahan boleh
dikelompokkan mengikut tambahan khusus seperti tambahan sebenar seperti dan, juga
serta selain daripada itu, tambahan pilihan seperti atau dan ataupun dan tambahan
penegasan seperti tegasnya, lebih-lebih lagidan apalagi. Contohnya:
-
8/10/2019 document wacana.pdf
33/95
21
a) kesedaran dari segi ilmu pengetahuan.
b) Malahan sebenarnya
c)
tetapi luaskanlah dan penuhkanlah dalam segala lapangan siarannya.
Dalam contoh unit teks (b) mempunyai makna tambahan penghubung ayat yang
mempunyai makna tambahan hasil daripada hubungan teks yang mendahuluinya iaitu
contoh unit teks (a) dengan yang mengikutinya iaitu contoh unit teks (c).
ii) Tautan Penghubung Ayat Tentangan (PHG)
Tautan jenis ini pula, merujuk kepada hubungan unsur sebelum dan selepas dengan
makna yang bertentangan. Tautan jenis ini boleh mempunyai makna tentangan yang
umum iaitu bertentangan dengan yang dijangkakan. Contohnya:
a) melakukan hasutan-hasutan itu.
b) Tetapi namundemikian
c) di atas tadi tuduhan-tuduhan itu berat
Contoh unit teks (b) mempunyai urutan penghubung ayat tentangan (PHG) +
penghubung ayat tentangan (PHG). Contoh unit teks (b) pula mempunyai urutan tautan
penghubung ayat tentangan yang menghubungkan contoh unit teks (a) yang mendahuluinya
dan contoh unit teks (c) yang mengikutinya.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
34/95
22
Makna tentangan khusus dapat dilaitkan dengan penghubung ayat seperti tentangan
sebenar. Contohnya bagaimanapun, hanya, tetapi dan namun demikian. Tentangan
sebenar seperti sebaliknya dan perlawanan berlawanan dengan seperti memang dan
sebenarnya
iii)
Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab (PHS)
Tautan penghubung ayat sebab-musabab, menjelaskan hubungan unsur sebelum
dengan selepas dengan makna alasan, akibat, tujuan, atau syarat yang ditunjukkan melalui
penghubung ayat. Contohnya:
a) berlangsung di Jakarta baru-baru ini.
b) Seperti yang telah diterangkanmaka
c) menurut sistem fonemik.
Bentuk tautan penghubung ayat sebab-musabab dapat dilihat daripada contoh unit
teks di atas. Contoh unit teks (b) mempunyai tautan penghubung ayat sebab-musabab yang
menghubungan contoh unit teks (a) yang mendahuluinya dan contoh unit teks (b) yang
mengikutinya.
Bentuk tautan jenis ini dapat dikelompokkan seperti sebab-musabab umum/khusus
seperti maka, yang demikian, oleh itu dan kerana dan jurus dari segi seperti
-
8/10/2019 document wacana.pdf
35/95
23
berhubungan dengan ini, dengan demikian, dengan begitu dan seperti yang telah
diterangkan.
iv)Tautan Penghubung Ayat Waktu (PHW)
Tautan jenis ini, merujuk kepada hubungan makna antara unsur yang sebelum
dengan yang selepas seperti penghubung ayat yang menunjukkan urutan, sertaan,
kesimpulan dan lampauan. Contohnya:
a)
mencapai maksud mencemarkan nama baik kerajaan.
b) Sehingga hari ini
c) tuduhan yang keluar dari pihak-pihak pembangkang.
Dalam contoh unit teks (b) mempunyai hubungan dengan contoh unit teks (a) yang
mendahuluinya dan contoh unit teks (c) yang mengikutinya.
Tautan penghubung ayat waktu dapat dikelompokkan berdasarkan makna dan
waktu yang lebih khusus iaitu urutan, kinian, kadaran dan rumusan seperti berikut:
(a)Urutan
Pertamanya
Kemudian
-
8/10/2019 document wacana.pdf
36/95
24
(b)Kinian
Sekarang
Sehingga hari ini
(c) Kadaran
Sehingga nanti
(d)
Rumusan
Kesimpulan
Pendeknya
v) Tautan Penghubung Ayat Terusan (PHT)
Tautan penghubung ayat terusan agak rencam iaitu memuatkan penghubung ayat
yang tidak termasuk dalam mana-mana empat jenis penghubung ayat di atas. Tautan jenis
ini adalah terhad. Tautan jenis ini mempunyai makna terusan yang bermaksuid memulakan
isi baharu dalam hujahan. Contohnya:
a) Pihak-pihak pembangkang telah berkesempatan mengkritik dan membidas
kerajaan
b)
Sekarang terserahlah kepada jawatankuasa Kira-kira Awam
-
8/10/2019 document wacana.pdf
37/95
25
Sekarang dalam contoh (b) bermakna permulaan sesuatu kelangsungan yang
merujuk kepada isi baharu dalam hujahan.
2.2 Kajian Berkaitan
Di Malaysia, Yunus Maris merupakan perintis yang memperkenalkan analisis wacana
dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan. Dalam analisis
wacana yang dilakukan, beliau menjelaskan penggunaan ganti nama dalam menganalisis
makna.
Menurut Sanat Md. Nasir, kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Pada tahun
1980, Asmah Hj. Omar telah menulis sebuah artikel yang secara langsung memperkenalkan
konsep analisis wacana dalam linguistik Melayu yang berjudul Analisis Wacana yang
telah diterbitkan sebanyak dua bahagian dalam jurnal Dewan Bahasa. Dalam artikel
pertama beliau menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana iaitu kaedah Harris,
kaedah Becker, dan kaedah Sibclair dan Couthard untuk memerilhalkan struktur dalaman
teks dialog bahasa Melayu.
Kerancakan analisis wacana bahasa Melayu dapat dilihat pada dekad 1990-an. Sato
Hirobumi telah menghasilkan disertasi Ph.D. dengan tajuk Analisis Nahu Wacana Bahasa
Melayu Klasik berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah. Beliau menumpukan hubungan
antara susunan ayat logikal dengan susunan maklumat. Beliau menggunakan teori nahu
wacana, untuk menganalisis bentuk dan distribusi ayat-ayat dalam kesatuan fikiran dari segi
-
8/10/2019 document wacana.pdf
38/95
26
kombinasi susunan maklumat dan susunan ayat logik yang terdapat di dalamHikayat Hang
Tuah.
Kajian tersebut dijalankan berdasarkan tiga komponen makna-fungsian, iaitu
komponen alamiah, komponen hubungan antara-perseorangan, dan komponen tekstual.
Ayat-ayat tersebut memperlihatkan tetenunan nahuan atau leksikal pada bentuk lahirnya
yang dapat dikaitkan dengan susunan maklumat yang didapati dalam wacana. Dalam kajian
tersebut juga unsur yang menyampaikan maklumat lama dapat dinyatakan dengan beberapa
kaedah, iaitu kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedah perulangan seluruh, kaedah
perulangan sebahagian, kaedah penghilangan, kaedah leksikal dan kaedah parafrasa.
Hasilnya, bentuk ayat yang digunakan dalam wacana perlu dianalisis dari segi susunan
maklumat, susunan ayat yang logik dan bentuk nahuan.
Kajian-kajian yang berkaitan dengan wacana turut telah dijalankan oleh Wong Khek
Seng. Beliau menjalankan kajian tentang pemerian ganti nama penuh dan kesinambungan
topik dalam tatabahasa bahasa Melayu. Menurut Wong Khek Seng, pemerian ganti nama
penuh dalam bahasa Melayu masih kabur kerana terdapat perbezaan pendapat tentang
penggunaan beberapa bentuk ganti nama.
Dalam kajian tersebut juga beliau menjelaskan tentang pemilihan dan peranan enam
bentuk frasa nama utama dalam wacana bahasa Melayu iaitu ganti nama kosong, ganti
nama penuh, ganti nama genitif, frasa kata nama tak tentu dan frasa nama rencam yang
terlibat di dalam membina sesuatu teks sebagai satu kesatuan. Belaiau juga turut
-
8/10/2019 document wacana.pdf
39/95
27
menganalisis seberkas ayat dalam wacana untuk melihat ganti nama penuh yang lebih tepat
penggunaannya. Bagi tujuan tersebut, beliau memerihalkan peranan frasa kata nama
(termasuk ganti nama penuh) dengan menggunakan konsep kesinambungan topik. Dalam
kajian tersebut juga turut memperkenalkan konsep baharu iaitu pendekatan paradigmatik
atau wacana yang diperkenalkan oleh Givon.
Pada tahun 1983, Azhar M. Simin telah menerapkan pendekatan wacana untuk
memerikan kehadiran dan peranan yang dalam naratif bahasa Melayu. Kajian beliau
sebenarnya berlandaskan gagasan Grimes yang melihat wacana sebagai susunan pelbagai
jenis maklumat. Analisis Azhar M. Samin memperlihatkan bahawa sebenarnya kewujudan
yang adalah hasil daripada tatatindak (strategi) dwipredikat tempat. Selain itu, sesuatu
predikat klausa yang mungkin menegaskan bukan sahaja kata nama kluasa induk tetapi
mungkin juga dapat mempertegaskan predikat kluasa induk tersebut.
Musmira Saad (1995) dalam artikelnya yang bertajuk Analisis Tautan Dalam
Cerpan Kasih Datuk: Suatu Tinjauan Awal telah menggunakan pendekatan Halliday dan
Hasan dalam kajiannya. Kajian yang dilakukannya telah mengenal pasti pelbagai jenis
unsur tautan yang wujud dalam wacana tersebut.
Pada tahun 1996, sebuah tesis Ph.D telah dihasilkan oleh Sanat Md. Nasir. Disertasi
ini bertajuk Tautan Dalam Bahasa Melayu: Analisis Rencana Pengarang Utusan Zaman
(1957-2961). Kajian yang dilakukan lebih menumpukan perhatian terhadap aspek tautan.
Tautan dilihat sebagai salah satu komponen pembentukan teks. Menerusi disertasi ini
-
8/10/2019 document wacana.pdf
40/95
28
Model Tautan Pindaan (MTP) telah diperkenalkan. Kajian ini berdasarkan dua hipotesis
iaitu ayat teks yang relatif panjangnya mempunyai tiga jenis tautan utama yang membentuk
teks dan MTP lebih berupaya untuk menangani data teks daripada Model Tautan Halliday
dan Hasan (1976).
Selain itu, pada tahun 1997 Khatijah Abdul Hamid telah menghasilkan kajian
bertajuk Analisis Kohesi dan Koheren dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Tingkatan
Empat di sebuah Sekolah Menengah. Hasil kajian tersebut menrangkan pelajar pelajar
sekolah masih tidak mampu untuk menghasilkan sebuh karangan yang baik dari segi
kesinambungan dan kesepaduan antara ayat-ayat dan perenggan-peenggan. Kajian yang
dijalankan ini menggunakan pendekatan yang diutarakan oleh Halliday dan Hasan.
Pada tahun 2000 Abdul Jalil Othman telah menulis artikel bertajuk Kajian
Pertautan Ayat dalam Penulisan Karangan: Suatu Pengenalan. Hasil daripada kajian ini
juga didapati para pelajar tidak berjaya menghasilkan sebuah penulisan yang baik dan
berkualiti dari segi pertautannya. Kajian ini turut melihat kesan teknik menggabungkan ayat
dalam tautan karangan para pelajar. Kajian ini juga menggunakan model Halliday dan
Hasan sebagai petunjuk untuk menganalisis pencapaian kohesi dalam karangan pelajar
dengan sedikit penyesuaian untuk menyesuaikan dengan tatabahasa Melayu.
Pada tahun 2000 juga Masittah Raja Ariffin telah menghasilkan artikel bertajuk
Genre Laporan dalam Akhbar: Satu Analisis Wacana. Kajian ini mengenal pasti dan
meneliti cara perubahan berita dalam akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris. Beliau
-
8/10/2019 document wacana.pdf
41/95
29
meneliti dan menganalisis kategori skema dalam laporan berita lima akhbar. Analisis ini
dilakukan berdasarkan genre. Kajian ini menggunakan teori yang telah dikemukan oleh
Fairclough yang menekankan teori sosial yang menghasilkan pandangan terhadap sifat
sosial bahasa.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
42/95
30
BAB III
KAEDAH KAJIAN
3.0 Reka Bentuk Kajian
Secara umumnya, kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan merujuk buku-
buku yang berkaitan. Kaedah ini disebut juga sebagai kaedah penelitian tertumpu. Selain
itu, kajian ini juga menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengukuhkan dapatan
kajian.
Kaedah analisis kandungan bertujuan untuk merekodkan data daripada bahan yang
diperlukan. Maklumat-maklumat yang diperoleh adalah selamat dan terjamin. Selain itu,
penggunaan kaedah ini juga tidak menimbulkan sebarang kesan terhadap apa yang dikaji.
Dalam melaksanakan kajian ini, cara yang sistematik digunakan untuk mendapatkan data.
Cara yang digunakan ialah dengan menyediakan jadual untuk menkategorikan setiap jenis
tautan yang terdapat di dalam data yang dianalisis. Analisis berbentuk statistik juga
-
8/10/2019 document wacana.pdf
43/95
31
digunakan. Ia bertujuan untuk mengira kekerapan penggunaan tautan yang terdapat dalam
teks yang dianalisis.
3.1 Alat kajian
Dalam proses menjalankan kajian ini, alat yang digunakan ialah senarai semak. Senarai
semak digunakan untuk melihat bilangan tautan, unsur tautan dan jenis tautan yang terdapat
di dalam data yang dikaji. Contoh senarai semak adalah seperti yang berikut:
a)
Jadual menunjukkan dapatan keseluruhan tautan
Para Bilangan Unit teks
-
8/10/2019 document wacana.pdf
44/95
32
3.2 Prosedur Pengumpulan Data
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan model MTP oleh Sanat Md. Nasir untuk
menganalisis dokumen lama yang telah dipilih. Beberapa langkah telah diambil dalam
mengumpulkan data.
Langkah pertama adalah dengan meneliti semua data yang dipilih secara
menyeluruh. Data yang dikaji ditranskripsikan daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi
untuk memudahkan proses mengumpulkan data yang dikehendaki. Langkah kedua adalah
menganalisis jenis-jenis tautan utama dan subjenis tautan yang terdapat dalam teks yang
dipilih. Hasil daripada analisis tautan yang telah diperoleh akan dikategorikan mengikut
jenis utama dan subjenis dalam bentuk dan peratusan, dan seterusnya data-data yang
diperoleh diterapkan ke dalam jadual yang sesuai.
3.3 Prosedur Penganalisisan Data
Proses penganalisisan data dibuat berdasarkan kepada langkah-langkah tertentu. Pertama
mengkategorikan jenis tautan utama dan subjenis tautan mengikut kategorinya. Ini
dilakukan bagi mengasingkan setiap jenis tautan yang terdapat dalam dokumen lama bagi
memudahkan proses membuat penganalisisan daripada bahan yang dikaji. Langkah akhir
yang dilakukan ialah memuatkan keseluruhan tautan dalam jadual yang ditetapkan.
Contohnya adalah seperti yang berikut:
-
8/10/2019 document wacana.pdf
45/95
33
Jadual 1
Jadual menunjukkan jumlah ikatan dan peratusan bagi tautan perulangan (TP)
Jadual 2
Jadual menunjukkan jumlah ikatan dan peratusan bagi tautan kolokasi (TK)
Bil Subjenis Tautan Perulangan Jumlah Ikatan Tautan Peratusan %
1 Tautan Perulangan Rujukan (TPR)
2 Tautan Perulangan Penggantian (TPP)
3 Tautan Perulangan Elipsis (TPE)
4 Tautan Perulangan Leksikal (TPL)
5 Tautan Perulangan Parafrasa (TPF)
6 Tautan Perulangan Paralelisme (TPI)
7 Tautan Perulangan Struktur dan Makna
Sama (TPS)
Bil Subjenis Tautan Kolokasi Jumlah Ikatan Tautan Peratusan %
1 Tautan Kolokasi Antoniman (TKA)
2 Tautan Kolokasi Kohiponiman (TKK)
3 Tautan Kolokasi Hasil (TKH)
4 Tautan Kolokasi Sifat (TKS)
-
8/10/2019 document wacana.pdf
46/95
34
Jadual 3
Jadual menunjukkan jumlah ikatan dan peratusan bagi tautan penghubung ayat (PH)
Bil Subjenis Tautan Penghubung Ayat Jumlah Ikatan Tautan Peratusan %
1 Tautan Penghubung Ayat Tambahan
(PHB)
2 Tautan Penghubung Ayat Tentangan
(PHG)
3 Tautan Penghubung Ayat Sebab-
Musabab (PHS)
4 Tautan Penghubung Ayat Waktu (PHW)
5 Tautan Penghubung Ayat Terusan(PHT)
-
8/10/2019 document wacana.pdf
47/95
35
BAB IV
KEPUTUSAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan
Bab ini membincangkan keputusan analisis data yang dikumpulkan daripada bahan kajian
iaitu dokumen lama berdasarkan MTP. Penelitian terhadap tiga jenis tautan utama MTP
yang akan dihuraikan secara terperinci di dalam bab ini.
4.1 Dapatan Kajian
Dapatan kajian yang diperolehi daripada dokumen lama yang dipilih berdasarkan MTP
ialah seperti berikut:
-
8/10/2019 document wacana.pdf
48/95
36
4.1.1 Analisis Tautan Perulangan (TP)
Kriteria penjenisan TP meliputi bentuk, makna dan fungsi. Seperti yang telah diterangkan
dalam bab sebelumnya, terdapat tujuh subjenis TP yang akan dijelaskan secara terperinci
berdasarkan data yang diperolehi daripada dokumen lama yang dipilih. Daripada lima teks
yang dikaji dengan berdasarkan MTP, sejumlah 112 ikatan daripada empat subjenis TP
telah dikenalpasti.
Daripada jumlah TP itu, didapati ada empat subjenis tautan daripada tujuh subjenis
tautan terdapat di dalam teks yang dikaji. Jumlah ikatan tautan dan peratusan subjenis TP
ditunjukkan dalamJadual 1.
Jadual 1
Jadual menunjukkan jumlah ikatan dan peratusan tautan perulangan (TP)
Bil Subjenis Tautan Perulangan Jumlah Ikatan Tautan Peratusan %1 Tautan Perulangan Rujukan (TPR) 44 39.3%
2 Tautan Perulangan Penggantian (TPP) 1 0.89%
3 Tautan Perulangan Elipsis (TPE) 0 0.00%
4 Tautan Perulangan Leksikal (TPL) 65 58.0%
5 Tautan Perulangan Parafrasa (TPF) 0 0.00%
6 Tautan Perulangan Paralelisme (TPI) 0 0.00%
7 Tautan Perulangan Struktur dan Makna
Sama (TPS)
2 1.79%
7 Jenis 112 100%
-
8/10/2019 document wacana.pdf
49/95
37
Daripada Jadual di sebelah yang mempunyai jumlah ikatan TP yang tertinggi ialah
TPL sebanyak 65 jumlah ikatan tautan, iaitu 58.0% dan jumlah ikatan tautan yang terendah
ialah TPP sebanyak 1 ikatan tautan, iaitu 1.79%.
4.1.1.1 Tautan Perulangan Rujukan (TPR)
TPR ialah unsur yang berhubungan dikaitkan kerana ada makna rujukan walaupun unsur
linguistik tidak sama. TPR boleh dijeniskan lagi kepada tiga jenis kecil, iaitu rujukan
peribadian atau rujukan ganti nama, tunjuk dan bandingan. Ketiga-tiga jenis rujukan ini
terdapat di dalam teks yang dikaji. Ia dapat dilihat seperti dalam Jadual 2. TPR menduduki
tempat kedua iaitu 39.3%..
Jadual 2
Tautan Perulangan Rujukan (TPR)
Unsur /Bentuk Bilangan Peratusan %
Ganti Nama Diri 26 59.1%
Tunjuk 15 34.1%
Bandingan 3 6.81%
Jumlah 44 100%
-
8/10/2019 document wacana.pdf
50/95
38
Contoh TPR bagi setiap unsur tersebut dalam teks yang dikaji ialah seperti berikut:
(1)
a. Paduka Sri Sultan Mahmood Syah (1) 3
b. sahabat kitayang dibawa (3) 3
Kita dalam unit teks (UT) 1 teks 3 sebagai anafora ganti nama diri merujuk kepada
Paduka Sri Sultan Mahmod Syah dalam unit teks 3 teks 3. Dalam dokumen lama
penggunaan ganti nama kitaadalah sebagai ganti nama diri pertama
(2)
a. Kemudian tatkala beta mengunjungi sahabat beta (3) 2
b. dipertemukan pada ketika itu. (4) 2
Ganti nama itusebagai ganti nama tunjuk dalam unit teks 4 teks 2 merujuk kepada
mengunjungi sahabat betadalam unit teks 3 teks 2 sehingga unit teks 3 teks 2 dan unit teks
4 teks 2 dalam teks tersebut bertaut.
(3)a. akan warkahyang dibawa yakni (3) 5
b. fahamlah beta segala yang tersebut di dalamnya itu. (5) 5
Ganti nama itu sebagai ganti nama tunjuk dalam UT 5 teks 5 merujuk kepada
warkah dalam UT 3 teks 5 sehingga UT 3 teks 5 dan UT 5 teks 5 dalam teks tersebut
bertaut.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
51/95
39
(4)a. negeri Kedah sekarang terlalu huru-haralah Siam (5) 2
b. terlalulah susah hati beta dan isi negeri Kedah ini. (6) 2
Ganti nama inisebagai ganti nama tunjuk dalam UT 6 teks 2 bertaut secara rujukan
dengan semua unsur dalam UT 5 teks 2.
(5)a. boleh menolongdengan sesungguhnya (7) 4
b.Demikianadanya kemudian daripada itu.. (8) 4
Kata Demikianadanya dalam UT 8 teks 4 merujuk kepada boleh menolongdalam
UT 7 teks 4 secara rujukan tunjuk.
(6)
a. akan hal seperti anak betayang dua orang ini (5) 4
b. lima yang lain lagi. (6) 4
Kata lagidalam UT 5 teks 5 sebagai unsur bentuk tautan rujukan bandingan kepada
anak betadalam UT 4 teks 5.
(7)a. memelihara negeri Kedahini seperti surat-surat (7) 2
b. atas negeri KedahsepertiPulau Pinang. (8) 2
Kata seperti dalam UT 9 teks 2 bertaut secara rujukan bandingan dengan
memelihara negeri Kedahdalam UT 8 teks 2.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
52/95
40
Tautan perulangan rujukan mempunyai 44 jumlah ikatan yang terdiri daripada
empat subjenis dan bentuk itu pula digolongkan kepada tiga iaitu ganti nama diri, tunjuk
dan bandingan. TPE, TPF dan TPI tidak terdapat dalam teks yang dikaji.
4.1.1.2 Tautan Perulangan Penggantian (TPP)
Tautan ini bercirikan tatabahasa berbanding dengan tautan perulangan rujukan. Unsur yang
menggantikan dalam tautan penggantian mengekalkan golongan tatabahasa yang
digantikan. Unsur itu juga hanya sebagai pancang kepada yang digantikan. Perulangan
dalam konteks penggantian ini ialah perulangan makna. Hanya terdapat satu jumlah ikatan
tautan TPP di dalam teks yang dikaji, iaitu 0.89%. Unsur atau bentuk yang TPP dalam teks
yang dikaji dapat dilihat dalamJadual 3.
Jadual 3
Tautan Perulangan Penggantian (TPP)
Unsur /Bentuk Bilangan Peratusan %
"Pancang
(Demikian)
1 100%
Jumlah 1 100%
-
8/10/2019 document wacana.pdf
53/95
41
Contoh TPP dalam teks yang dikaji ialah seperti berikut:
(8)
a. amat bangsawan dan setiawan, hartawan kini dermawan
(3) 4
b. ... demikianitu telah masyhur nama (4) 4
Penggantian demikian dalam UT 4 teks 4 berhubungan dengan seluruh UT 3 teks 4.
Tautan perulangan penggantian di dalam teks yang dikaji hanya mempunyai satu
jumlah ikatan tautan sahaja. Ini relatif dengan unit teks dan jumlah teks yang dikaji.
4.1.1.3 Tautan perulangan Leksikal ( TPL)
TPL dibezakan daripada yang lain dengan kriteria bentuk leksikal dan makna. Bentuk yang
diulang sama ada mempunyai akar kata yang sama, bersinonim atau kata umum yang
mempunyai makna yang sama. Dalam kajian ini bentuk tersebut digabungkan di bawah
jenis yang sama dari aspek analisis. TPL ialah subjenis tautan yang tertinggi jumlah ikatan
tautannya, iaitu 58.0%. Dalam teks yang dikaji terdapat kepelbagaian unsur bentuk leksikal
yang dapat dilihat dalamJadual 4.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
54/95
42
Jadual 4
Tautan Perulangan Leksikal (TPL)
Unsur /Bentuk Bilangan Peratusan %Kata Nama Am 32 49.2%
Kata Nama Khas 19 29.2%
Kata Adjektif 2 3.08%
Kata Kerja 10 15.4%
Sinonim 2 3.08%
Jumlah 65 100%
Contoh TPL yang terdapat dalam teks yang dikaji seperti berikut:
(9)a. negeri Perakmasa ini. (11) 5
b. ..Negeri Perak (12) 5
Negeri Perak dalam UT 11 teks 5 bertaut secara berulang bentuk leksikal negeri
Perak dalam UT 11 teks 5. kedua-duanya nama khas.
(10) a. kePulau Pinang (1) 1
b. belayar dariPulau Pinang. (2) 1
-
8/10/2019 document wacana.pdf
55/95
43
Leksikal nama khasPulau Pinangdalam UT 4 teks 1 bertaut secara ulangan dengan
Pulau Pinangdalam UT 2 teks 1.
(11) a. akan China yang masuk ke Perak itu. (9) 5
b. Chinaberdagang itu (10) 5
Leksikal nama khas Chinadalam UT 10 teks 5 bertaut secara ulangan dengan China
dalam UT 9 teks 5.
(12) a. di dalamsurat sahabat beta (10) 5
b. SuratLaksamana siap dalam (13) 5
Leksikal nama am surat dalam UT13 teks 5 bertaut secara ulangan dengan surat
dalam UT 10 teks 5.
(13) a. kasih sayangtulus ikhlas (1) 1
b. kasih sayangdan pertolongan (4) 1
Kasih sayang dalam UT 4 teks 1 bertaut secara berulang bentuk leksikal kasih
sayang dalam UT 1 teks 1.
(14) a. untuk menyatakansegala (3) 1
b. menyatakanbeta sampai (4) 1
-
8/10/2019 document wacana.pdf
56/95
44
Leksikal kata kerja menyatakan dalam UT 4 teks 1 bertaut secara ulangan dengan
menyatakan dalam UT 3 teks 1.
(15) a. mempunyaiperintahpada segala (1) 5
b. yang memerintahkansegala daerahnya (2) 5
Leksikal memerintahkan dalam UT2 teks 5 bertautat dengan perintah dalam UT1
teks 5 secara akar kata yang sama, iaitu perintah.
(16) a. akan warkah yang dibawa (3)5
b. di dalamsuratsahabat beta (10)5
Leksikalsuratdalam UT 10 teks 5 bertaut secara sinonim dengan warkahdalam UT
3 teks 5.
Secara keseluruhannya TPL yang mempunyai 65 jumlah ikatan tautan. Terdapat
keperlbagaian unsur bentuk leksikal yang terdapat dalam teks yang dikaji. Leksikal yang
bertaut itu ada yang berbentuk sama atau sebahagiannya sama dengan kata akarnya sama
ada kata nama khas, kata nama am, kata kerja,kata adjektif dan hubungan antara sinonim.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
57/95
45
4.1.1.4 Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama (TPS)
TPS merujuk unsur bertaut dan bukan bertaraf leksikal tetapi bertaraf frasa sehinggalah
ayat yang sama dari segi bentuk susunan dan makna. Tautan ini mempunyai 1.79 %. Unsur
atau bentuk TPS yang terdapat dalam teks yang dikaji seperti dalamJadual 5.
Jadual 5
Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama (TPS)
Unsur /Bentuk Bilangan Peratusan %
Frasa 2 100%
Jumlah 2 100%
Contoh TPS dalam teks yang dikaji ialah seperti berikut:
(17) a. beta keluar dari Kedahsampai ke Pulau Pinang (2) 1
b. menyatakan betasampai ke Pulau Pinang. (4) 1
Struktur dan makna frasasampai ke Pulau PinangKK + KS + KN dalam UT 4 teks
1 sama dengansampai ke Pulau Pinangdalam UT 2 teks 1.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
58/95
46
(18) a. .. ke Pulau Pinang. (1) 1
b. sampai ke Pulau Pinang (2) 1
Struktur dan makna frasa ke Pulau Pinang KS + KN dalam UT 2 teks 1 sama
dengan ke Pulau Pinangdalam UT 2 teks 1.
TPS dalam teks yang dikaji hanya mempunyai dua jumlah ikatan sahaja iaitu di
peringkat frasa.
4.1.1.5 Kesimpulan
Tautan yang diperolehi dalam teks yang dikaji ialah TPR, TPP, TPL dan TPS. Tautan TPF,
TPE dan TPI tidak kedapatan di dalam teks yang dikaji. TPL mempunyai jumlah ikatan
ialah terbanyak iaitu, 58.0% dan yang terendah ialah TPP sebanyak 0.89%.
TPR mempunyai empat unsur bentuk ikatan daripada 44 jumlah ikatan tautan. Unsur
tersebut dikelompokkan kepada tiga iaitu ganti nama diri, tunjuk dan bandingan. TPP
mempunyai satu jumlah ikatan tautan sahaja. TPL mempunyai 65 jumlah ikatan tautan
yang terdiri daripada pelbagai bentuk, iaitu yang sepenuhnya atau sebahagian, dari segi
kelas kata seperti kata nama am, kata nama khas, kata adjektif dan kata kerja dan dari segi
semantik terdapat hubungan sinonimi. Jumlah ikatan tautan yang banyak dalam TPL adalah
suatu fenomena yang tidak asing lagi kerana ia bersifat terbuka dan bebas berbanding
-
8/10/2019 document wacana.pdf
59/95
47
dengan yang lain dari segi bentuk kata dan kelas kata. TPS pula mempunyai dua jumlah
ikatan sahaja.
4.1.2. Tautan Kolokasi (TK)
TK dilihat berdasarkan kriteria konteks unsur tautan itu dalam teks dan hubungan makna
yang diwujudkan. Kajian terhadap lima teks dokumen lama itu diperolehi empat jumlah
ikatan bagi semua subjenis tautan kolokasi. Jadual 6 memaparkan jumlah dan peratusan
ikatan kolokasi mengikut subjenis.
Jadual 6
Jadual menunjukkan jumlah ikatan tautan dan peratusan bagi tautan kolokasi (TK)
Daripada Jadual 6 TKH mempunyai jumlah ikatan tautan tertinggi, iaitu 50%
diikuti TKA dan TKS 25% . TKK tidak terdapat dalam teks yang dikaji.
Bil Subjenis Tautan Kolokasi Jumlah Ikatan Tautan Peratusan %
1 Tautan Kolokasi Antoniman (TKA) 1 25%
2 Tautan Kolokasi Kohiponiman
(TKK)
0 0.00%
3 Tautan Kolokasi Hasil (TKH) 2 50%
4 Tautan Kolokasi Sifat (TKS) 1 25%
4 Jenis 4 100%
-
8/10/2019 document wacana.pdf
60/95
48
4.1.2.1 Tautan Kolokasi Antoniman (TKA)
TKA merujuk kepada hubungan keberadaan unsur tautan yang bercirikan makna
berlawanan. Ikatan ini boleh terdiri daripada unsur linguistik pada peringkat kata, frasa, dan
klausa antara unit teks . Tautan ini mempunyai satu jumlah ikatan iaitu 25%. Unsur atau
bentuk TKA yang terdapat dalam teks yang dikaji dapat dilihat dalamJadual 7.
Jadual 7
Tautan Kolokasi Antoniman (TKA)
Unsur /Bentuk Bilangan Peratusan %
Kata dengan kata 1 100%
Jumlah 1 100%
Berikut diperlihatkan contoh TKA di peringkat kata dengan kata antara unit teks
dalam teks yang dikaji. Kata yang dimaksudkan ialah yang bersifat leksikal bukan kata
tugas.
(19) a. beta menerimakasih (6) 1
b. sudah beta menghantarkan (5) 1
-
8/10/2019 document wacana.pdf
61/95
49
Kata menerima dalam UT 6 teks 1 berhubungan secara TKA dengan
menghantarkandalam UT 5 teks 1.
TKA dalam teks yang dikaji hanya mempunyai tautan di peringkat kata dengan
kata. Tidak terdapat contoh daripada teks yang dikaji di peringkat frasa, klausa dan ayat
antara unit teks. Unsur linguistik bertaut disebabkan keberadaan unsur yang mewujudkan
hubungan makna yang bertentangan.
4.1.2.2 Tautan Kolokasi Hasil (TKH)
TKH merujuk kepada tautan yang melibatkan keberadaan hubungan makna unsur tautan
yang satu menghasilkan yang lain atau antara unsur yang dihasilkan oleh sesuatu entiti
semantik. TKH hanya mempunyai dua jumlah ikatan sahaja, iaitu 50%. Bentuk yang
terdapat dalam TKH dapat dilihat dalamJadual 8.
Jadual 8
Tautan Kolokasi Hasil (TKH)
Unsur /Bentuk Bilangan Peratusan %
Kata dengan kata 2 100%
Jumlah 2 100%
-
8/10/2019 document wacana.pdf
62/95
50
Contoh TKH dipaparkan di peringkat kata dengan kata seperti berikut:
(20) a. berjumpadengan ... (3) 1
b. keluar dari Kedah (2) 1
Contoh (20) berjumpa dalam UT 3 teks 1 dihasilkan mendahului yang
menghasilkan, iaitu keluardalam UT 2 teks 1.
(21) a. susah hatibeta (6) 2
b. huru-haralahSiam perintah (5) 2
Contoh (21) susah hati dalam UT 6 teks 2 dihasilkan mendahului yang
menghasilkan, iaitu huru-haralahdalam UT 5 teks 2.
TKH dalam teks yang dikaji mempunyai jumlah ikatan yang terhad, iaitu di
peringkat kata dengan kata sahaja.
4.1.2.3 Tautan Kolokasi Sifat (TKS)
TKS merujuk kepada keberadaan hubungan makna antara unsur tautan yang
menjadi punca sifat dengan unsur sifat atau unsur sifat daripada entiti punca sifat. TKS juga
mempunyai satu jumlah ikatan tautan iaitu 25%. TKS dapat dilihat bentuknya dalam
Jadual 9.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
63/95
51
Jadual 9
Tautan Kolokasi Sifat (TKS)
Unsur /Bentuk Bilangan Peratusan %Frasa dengan kata 1 100%
Jumlah 1 100%
Contoh TKS di peringkat frasa dengan kata iaitu:
(22) a. sekalian hanba rakyatnya (3) 4
b. beta Tengku Temenggung (1) 4
Daripada contoh (30) menunjukkan sekalian hamba rakyanya sebagai sifat dalam
UT 3 teks 4 yang mengikuti entitinya, beta Tengku Temenggungdalam UT 1 teks 4.
TKS dalam teks yang dikaji hanya terdapat di peringkat frasa dengan kata. Di dalam
teks yang dikaji tidak terdapat contoh di peringkat kata dengan frasa, frasa dengan frasa
serta di peringkat klausa antara unit teks.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
64/95
-
8/10/2019 document wacana.pdf
65/95
53
Jadual 10
Jadual menunjukkan jumlah ikatan dan peratusan bagi tautan penghubung ayat (PH)
Daripada Jadual 10 PHS mempunyai jumlah ikatan tautan yang tertinggi iaitu
76.5%, diikuti oleh PHW dan PHB iaitu 11.8%. Dalam teks yang dikaji tidak kedapatan
PHG dan PHT.
4.1.3.1 Tautan Penghubung Ayat Tambahan (PHB)
PHB merujuk kepada penghubung ayat yang menandai ciri makna menambah unsur
sebelum dengan selepas penghubung itu. Penghubung ayat bukan unsur tautan tetapi
penghubung yang terlibat dalam menghubungkan unit teks sebelum dengan yang
Bil Subjenis Tautan Penghubung Ayat Jumlah Ikatan Tautan Peratusan %
1 Tautan Penghubung Ayat Tambahan
(PHB)
2 11.8%
2 Tautan Penghubung Ayat Tentangan
(PHG)
0 0.00%
3 Tautan Penghubung Ayat Sebab-
Musabab (PHS)
13 76.5%
4 Tautan Penghubung Ayat Waktu
(PHW)
2 11.8%
5 Tautan Penghubung Ayat Terusan
(PHT)
0 0.00%
5 Jenis 17 100%
-
8/10/2019 document wacana.pdf
66/95
54
mengikutinya. PHB dalam teks yang dikaji terdiri daripada bentuk kata seperti dalam
Jadual 11.
Jadual 11
Tautan Penghubung Ayat Tambahan (PHB)
Unsur /Bentuk Bilangan Peratusan %
Kata 2 100%
Jumlah 2 100%
Contoh berikutnya memperlihatkan hubungan dua penghubung ayat tersebut dalam
unit teks yang mendahului dan mengikutinya dalam teks yang dikaji.
(23) a. bangsawan dan setiawan, hartawan kini dermawan, bijaksana, pandai
melakukan benda yang arif adil dengan baik budi pekerti (3) 4
b.Dan (4) 4
c. tiadalah dua, tiga lima yang lain lagi. (5) 4
Dalam contoh (23) b. Dan dalam UT 4 teks 4 mempunyai hubungan dengan (23) a.
UT 3 teks 4 yang mendahuluinya dan (23) c. UT 5 teks 4 yang mengikutinya.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
67/95
55
(24) a. hendak melanggar ke Tanah Jawa syahdan mengkehendaki segala
makanan dalam negeri Perak seperti (6) 5
b.Dalam pada itu (8) 5
c.Tiada ada menaruh (9) 5
Dalam contoh (24) b. UT 8 teks 5 iaitu Dalam pada itu mempunyai hubungan
dengan (24) a. UT 6 teks 5 yang mendahuluinya dan (24) c. UT 9 teks 5 yang
mengikutinya.
Seterusnya, daripada dua bentuk PHB itu dapat dikelompokkan mengikut makna
tambahan khusus iaitu danialah tambahan sebenar danDalam pada ituialah perbandingan.
Ia juga terdiri daripada kata dan frasa. Contoh kata ialah Dandan bentuk frasa pula ialah
Dalam pada itu.
Daripada dua bentuk ikatan tautan dalam PHB dapat dikelompokkan kepada dua
makna tambahan khusus iaitu tambahan sebenar dan perbandingan. Bentuk tersebut dilihat
dari segi linguistik terdiri daripada peringkat kata dan frasa. Dalam teks yang dikaji tidak
terdapat penghubung ayat tambahan yang banyak digunakan. Justeru itu, makna tambahan
khusus lain seperti pilihan, penegasan, dan penerangan tidak terdapat dalam teks yang
dikaji.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
68/95
56
4.1.3.2 Tautan Penghubung Ayat Sebab- Musabab ( PHS)
PHS merujuk kepada hubungan unsur sebelum dengan selepas dengan makna alasan,
akibat, tujuan atau syarat yang ditunjukkan melalui penghubung ayat. PHS mempunyai
jumlah ikatan yang tertinggi iaitu 76.5%. Unsur atau bentuk PHS yang terdapat dalam teks
yang dikaji dapat dilihatkan seperti dalamJadual 12.
Jadual 12
Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab (PHS)
Unsur /Bentuk Bilangan Peratusan %
Kata 1 25%
Frasa 3 75%
Jumlah 4 100%
Berikutnya diperlihatkan contoh PHS dalam dalam unit teks yang mendahului dan
mengikutinya dalam teks.
(25) a. beta keluar dari Kedah sampai ke Pulau Pinang (2) 1
b.Maka (3) 1
c. beta perbuat surat kepada (4) 1
-
8/10/2019 document wacana.pdf
69/95
57
Contoh (25) b. Maka dalam UT 3 teks 1 mempunyai hubungan dengan unit teks
yang mendahuluinya iaitu (25) a. UT 2 teks 1 dan yang mengikutinya (25) c. UT 4 teks 1.
(26) a. tiadalah beta sempat berjumpa dengan (3) 1
b.Maka inilah (4) 1
c. .. terlalu harap beta ( 5) 1
Contoh (26) b. Maka inilahdalam UT 4 teks 1 mempunyai hubungan dengan unit
teks yang mendahuluinya iaitu (26) a. UT 3 teks 1 dan yang mengikutinya (26) c. UT 5 teks
1.
(27) a. boleh menolong dengan sesungguhnya dan (6) 4
b.Demikian adanya (7) 4
Contoh (27) b. Demikian adanyadalam UT 8 teks 4 mempunyai hubungan dengan
(27) a. dalam UT 7 teks 4 yang mendahuluinya.
(28) a. barang yang mana hadir insyaallah jikalau tidak susah negeri Perak
(15) 5
b.Dengan sekiranya (16) 5
Contoh (28) b. Dengan sekiranya dalam UT 16 teks 5 mempunyai hubungan
dengan (28) a. dalam UT 17 teks 5 yang mendahuluinya.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
70/95
58
PHS mempunyai 13 jumlah ikatan tautan. Bentuk penghubung ayat yang
dikenalpasti hanya terdiri daripada struktur kata ialah Maka dan frasa ialah Maka inilah,
Demikian adanyadanDengan sekiranya.
4.1.3.3 Tautan Penghubung Ayat Waktu (PHW)
PHW merujuk kepada hubungan makna yang wujud antara unsur yang sebelum dengan
selepas yang menunjukkan urutan, sertaan, kesimpulan dan lampauan. PHW mempunyai
jumlah ikatan tautan, iaitu 11.8%. Unsur atau bentuk PHW yang diperolehi daripada teks
yang dikaji dapat dilihat dalamJadual 13.
Jadual 13
Tautan Penghubung Ayat Waktu (PHW)
Unsur /Bentuk Bilangan Peratusan %
Kata 2 100%
Jumlah 2 100%
Berikutnya pula ialah contoh PHW dalam unit teks yang mendahului dan
mengikutinya dalam teks yang dikaji.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
71/95
-
8/10/2019 document wacana.pdf
72/95
60
PHW dalam teks yang dikaji hanya dapat dikelompokkan kepada makna dan waktu
yang khusus iaitu urutan sahaja. Selain itu, dari segi bentuknya hanya terdiri daripada kata
sahaja.
4.1.3.4 Kesimpulan
PH mempunyai subjenis iaitu PHB, PHSdan PHW. PHS mempunyai peratusan tertinggi
iaitu iaitu 76.5%% dan PHB serta PHW masing-masing sebanyak 11.8%. Daripada 17
jumlah ikatan tautan yang diperolehi hanya terdapat bentuk kata dan frasa sahaja.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
73/95
61
BAB V
RUMUSAN
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan huraian hasil dapatan dalam bab sebelum ini, dapat dibuat kesimpulan ringkas
keseluruhan hasil kajian.
Kajian tautan berdasarkan MTP dilakukan dengan tujuan meneliti atau
menghuraikan tiga jenis tautan utama dan subjenis tautan. Daripada perbincangan dalam
bab sebelum ini, tujuan tersebut telah dapat dicapai relevan dengan relatif panjang teks,
iaitu lima teks daripada dokumen lama yang telah dipilih.
Kajian ini menggunakan lima teks bahan bertulis daripada dokumen lama iaitu teks
surat persendirian Stamford Raffles 1810-1811 (SP 22).
-
8/10/2019 document wacana.pdf
74/95
62
Wacana dapat dilihat sebagai unit bahasa yang melangkaui ayat. Tautan pula
sebagai fenomena hubungan yang ditandai pelbagai peranti tautan untuk mewujudkan teks.
5.1 Perbincangan
Istilah analisis wacana pertama laki diperkenalkan oleh Zellig S. Harris pad atahun 1942
melalui artikelnya yang berjudul Disaource Analysis. Beliau mendefinisikan analsisi
wacana sebagai pemenggalan satu-satu wacana kepada unsur-unsur dasar atau bahagian
komponennya melalui kaedah penyebaran baku. Di Malaysia, bidang analisis wacana mula
diceburi oleh Yunus Maris pada tahun 1966. Beliau merupakan perintis yang
memperkenalkan kaedah analisis wacana dalam bahasa Melayu.
Salah satu aspek wacana yang dibincangkan ialah tautan. Tautan menurut Halliday
dan Hasan (1976:4) merupakan konsep semantik yang merujuk kepada hubungan makna
yang terdapat dalam teks dan hubungan demikian mendefinisikan teks. Terdapat banyak
kajian yang berkaitan dengan analisis wacana dan tautan telah dilakukan. Antaranya oleh
Snat Md. Nasir, Sato Hirobumi, Wong Khek Seng dan Azhar M. Simin.
Dalam kajian ini, dokumen lama telah dipilih untuk dikaji. Dokumen lama bentuk
bahan bertulis iaitu surat persendirian Sir Stamford Raffles 1810-1811 (SP 22). Kajian ini
ialah satu kajian yang baru berdasarkan MTP yang berasaskan model Halliday dan Hasan
dengan beberapa pindaan dilakukan.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
75/95
63
Berdasarkan dapatan kajian yang dihuraikan secara terperinci dalam Bab IV
didapati 3 jenis tautan utama dan subjenis terdapat dalam bahan dokumen lama yang dikaji.
Pertama analisis tentang TP. Daripada lima teks yang dikaji sebanyak 112 jumlah ikatan
jenis TP telah dikenal pasti. Daripada lima subjenis TP itu, terdapat empat sahaja subjenis
yang diperolehi daripada teks yang dikaji iaitu TPR, TPP, TPL dan TPS. TPP, TPF dan TPI
tidak kedapatan dalam teks yang dikaji.
Daripada 112 jumlah ikatan, didapati TPL paling tinggi jumlah ikatannya, iaitu 58.0
%, yang terendah ialah TPP sebanyak 0.89 %. Terdapat tujuh unsur bentuk dalam TPR dan
yang terbahagi kepada tiga iaitu ganti nama diri, tunjuk dan bandingan. TPP hanya
mempunyai jumlah ikatan tautan iaitu0.89 %. Selain itu, TPL pula direalisasikan dalam
bentuk iaitu bentuk penuh atau sebahagian akar kata, kata nama am, kata nama khas, kata
adjektif, kata kerja dan hubungan antara sinonim. TPS pula mempunyai jumlah ikatan
tautan iaitu 1.79 %. TPE, TPF dan TPI tidak terdapat dalam teks yang dikaji disebabkan
oleh cakupan teks yang terhad.
Keduanya, TK yang terhasil dalam teks yang dikaji iaitu TKA,TKH,TKS dan TKK
tidak kedapatan dalam teks. Dalam TK ini, TKH mempunyai jumlah ikatan tautan yang
tertinggi iaitu 50 % berbanding TKA dan TKS iaitu 25 %.
TKA dalam teks terhasil di peringkat kata dengan kata antara UT. TKH pula
ikatannya terhasil di peringkat kata dengan kata juga antara UT. Selain itu, TKS di
peringkat frasa dengan kata.antara UT.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
76/95
64
PH pula mempunyai tiga subjenis tautan iaitu PHB, PHS dan PHW. PHS yang
tertinggi berbanding yang lain iaitu 76.5 %. PHB dan PHW iaitu 11.8 %.
Secara keseluruhannya daripada ketiga-tiga jenis tautan utama ini TP mempunyai
jumlah ikatan tautan yang tertinggi iaitu sebanyak 112 ikatan, keduanya ialah PH iaitu tujuh
belas jumlah ikatan tautan dan TK iaitu sebanyak lapan jumlah ikatan tautan. TP ialah jenis
tautan yang paling ketara dalam dokumen lama. Subjenis TP yang begitu menonjol dalam
dokumen lama ialah TPL dan yang paling sedikit pula ialah TPP. Dalam dokumen lama
subjenis tautan TPE, TPF dan TPI tidak kedapatan. Dalam dokumen lama juga TK dan PH
tidak begitu ketara tautannya berbanding dengan TP. Subjenis TKK dan PHG dan PHT
tidak kedapatan dalam teks yang dikaji. Dalam dokumen lama yang dikaji penggunaan
ayatnya meleret-meleret untuk menyampaikan maksud yang sebenar, tidak berperenggan
dan tidak ada noktah. Ini merupakan cara penulisan yang terdapat dalam dokumen lama
sekitar tahun 1810-1811 di antara golongan diraja dengan pemerintah Inggeris.
5.2 Implikasi Kajian
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan diharapkan dapat memberi manfaat
terutamanya dalam bidang pendidikan. Justeru itu, tautan dalam sesebuah teks sangat
pentign untuk menghasilkan teks yang mempunyai kesinambungan yang menarik. Tautan
penting untuk melihat perkaitan kebahasaan yang ada pada teks. Menurut Wong Khek
Seng, kajian tentang wacana snagat berguna kerana dapat dimanfaatkan untuk pengajaran
-
8/10/2019 document wacana.pdf
77/95
65
dan pembelajaran bahasa seperti dalam bidnag penterjemahan serta penyusunan kamus, dan
thesaurus khususnya yang berhubung dengan linguistik komputasi.
Kajian ini akan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan unutk pengkaji akan datang
untuk memperbaikinya seterusnya memperbanyakkan lagi kajian yang berkaitan dengan
tautan ayat berdasarkan bahan data yang lain.
5.3 Cadangan Kajian Lanjut
Kajian ini dibataskan hanya pada data teks bertulis dalam dokumen lama berbentuk surat,
dicadangkan kajian seperti berikut:
a.
Kajian dijalankan dengan menggunakan MTP dengan menganalisis data teks
bertulis dan lisan dalam pelbagai jenis genre.
b. Kajian tautan berdasarkan MTP dalam karangan pelajar sekolah menengah.
c. Kajian berdasarkan MTP dengan menganalisis dokumen lama dengan
memperbanyakkan lagi bahan bagi melihat kerencaman tautan yang terdapat dalam
dokumen lama tersebut.
Dengan demikian, tautan dalam bahasa Melayu akan dapat memberi manfaat ke[ada
ramai pihak. Ia juga akan dapat memperkayakan penggunaan dan pengajaran bahasa.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
78/95
66
SENARAI RUJUKAN
A.
Hamid Hassan Lubis. (1993). Analisis Wacana Pragmatik. Indonesia. Penerbitan
Angkasa Bandung.
Abdul Aziz et.al. (1989). Pengajaran Pengujian Bahasa: Perspektif untuk Perguruan. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
Abdul Jalil Othman. (2000). Kajian Pertautan Ayat dalam Penulisan Karangan: Suatu
Pengenalan dlm.Dewan Bahasa44:6, hal. 658-678.
Abdullah Hassan (ed). (1987). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mahmood Musanif. (1999). Analisis Wacana: Pendekatan dan Aplikasi dlm.
Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu2:2, hal. 19-24.
Arbak Othman. (2001). Tetenunan dalam Puisi dlm. Jurnal Dewan Bahasa1:3, hal. 316-
319.
Asmah Hj. Omar. (1980). Analisis Wacana (Bahagian Pertama) dlm. Jurnal Dewan
Bahasa24:4, hal. 11-25.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
79/95
67
________________ ( 1980). Analisis Wacana (Bahagian Akhir) dlm. Jurnal Dewan
Bahasa24:4, hal. 9-25.
________________ (1980). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan
Pustaka.
_________________ (1987).Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
_________________ ( 1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (1984).Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
_____________ ( 1991). Kemahiran Penulisan dalam Konteks Pembinaan Wacana yang
Utuh dlm.Jurnal Dewan Bahasa, hal. 438-446.
Azhar M. Simin. (1993). Sintaksis Wacana Yang dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Brown, G & Yule. (1983). Analisis Wacana. Trj. I Soetikno. Jakarta: PT Gramedia Pustaka
Utama.
Halliday M.A.K dan Ruqaiya Hasan. (1976). Cohesion in English.London: Longman Ltd.
_____________________________ (1994). Bahasa, Konteks, dan Teks: Aspek-aspek Bahasa
dalam Pandangan Semiotik Sosial. Trj. Drs. Asruddin Barori. Tou MA. Indonesia:
Gadjah Mada Universiti Press.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
80/95
68
Hashim Othman. (2001). Komponen Komunikatif dalam Karangan Bahasa Melayu Sekolah
Menengah dlm.Jurnal Dewan Bahasa1:3, hal. 355-356.
Ismail Ahmad. (2002). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Js. Badudu. (2000). Wacana. http:// zkarnain.tripod.com/ WACA.htm.
Khatijah Abdul Hamid. (1997). Analisis Kohesi dan Koheren dalam Karangan Bahasa
Melayu Pelajar Tingkatan 4 di Sebuah Sekolah Menengah. Ijazah Sarjana
Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
__________________ ( 1996). Wacana dalam Teks Penulisan: Satu Tinjauan tentang
Pertautan Berdasarkan Analisis Kohesi dan Koheren dlm. Jurnal Dewan Bahasa
40:10, hal. 868-880.
Lufti Abas. (1979). Analisis Wacana Sebuah Cerpen dlm. Jurnal Dewan Bahasa 23:12,
hal. 63-73.
_________ (1982).Keindahan Sastera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (1999).Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Musmira Saad. (1995). Analisis Tautan dalam Cerpen Kasih Datuk Bertaut: Suatu
Tinkauan Awal dlm.Jurnal Dewan Bahasa39:5, hal. 405-412.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (1997).
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Masittah Raja Ariffin. (2000). Genre Laporan Berita dalam Akhbar : satu Analisis
Wacana dlm.Jurnal Dewan Bahasa44:4, hal. 505-520.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
81/95
69
Raminah Hj. Sabran. (1989). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Petaling
Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
_________________ (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia: untuk
Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sanat Md. Nasir. 2002. Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar: Analisis Rencana
Pengarang Utusan Zaman (1957-1961). Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan
Pustaka.
Sato Hirobumi. (1997). Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks
Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsudin Othman. (1999). Wacana dan Sejarahnya.
http://dbp.gov.my/ dbp 98/ majalah/ pelita 99/ pb 05 Sari. htm.
Syed Arabi Idid. (1998). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tarigan H.G. (1986).Pengajaran Sintaksis. Indonesia. Penerbitan Angsana Bandung.
__________ (1993).Pengajaran Wacana. Indonesia: Penerbitan Angsana Bandung.
___________ (1995).Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wong Khek Seng. (1992). Sejarah Perkembangan Analisis Wacana dlm. Jurnal Dewan
Bahasahal. 438-446.
_______________ (1993). Pautan dan Pembinaan Teks dalam Bahasa Melayu: Satu
Tinjauan Awal dlm.Jurnal Dewan Bahasa37:4, 306-314.
http://dbp.gov.my/http://dbp.gov.my/ -
8/10/2019 document wacana.pdf
82/95
70
Wong Khek Seng (1995). Kesinambungan Topik dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yunus Maris. (1978). Keperihalan Keadaan: Satu Teknik Menganalisis Makna dlm.
Rencana Linguistik, Abdullah Hassan (ed). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad. (1965). Pelita Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
83/95
71
LAMPIRAN A
SURAT PERSENDIRIAN SIR STAMFORD RAFFLES 1810-1811 (SP 22)
TEKS 1
Tarikh : 25 May 1810
Tajuk : Surat daripada Sultan Ahmad Tajuddin Sultan Kedah kepada Sir Stamford Raffles
( Mambalas surat Stamford Raffles, beliau pergi ke Pulau Pinang untuk berjumpa
Sir Stamford Raffles tetapi tidak berjumpa apabila Sir Stamford Raffles tiada)
Para Bilangan Unit teks
1. 1. Surat kasih sayang tulus ikhkas berkasih-kasihan yang tiada
akhir kesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan
bulan daripada Paduka Sri Sultan Ahmad Tajuddin Hlim yang
mempunyai kerajaan negeri Kedah baragan sampaikan tuhan
seru kepada sahabat beta Sir Stamford Raffles yang jadi wakil
Kolonel Jeneral Belanggol memerintahkan atas segala raja-raja
Melayu lagi arif bijaksana, pandai pada segala fikiran dan
pekerjaan, termasyhur kepujian pada zaman itu dan dapat
istirehat di dalam negeri Melaka di dalam bulan Rabiulakhir
-
8/10/2019 document wacana.pdf
84/95
72
iaitu sampai hari ke Pulau Pinang.
2. Maka apakala pada hari itulah beta keluar dari Kedah sampai ke
Pulau Pinang Kolonel Jeneral sudah sehari belayar dari Pulau
Pinang.
3. Maka jadi tiadalah beta sempat berjumpa dengan Sir Stamford
Raffles untuk menyatakan segala kehendak beta yang sekarang
tiada disampaikan pada sekian waktu ini.
4. Maka inilah beta perbuat surat kepada Kolonel Jeneral
menyatakan beta sampai ke Pulau Pinang serta harap akan kasih
sayang dan pertolongan sahabat beta menyampaikan maksud
beta seperti rencana beta yang sudah beta menghantarkan
kepada sahabat beta.
5. Maka terlalu harap beta menerima kasih daripada sahabat beta.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
85/95
73
TEKS 2Tarikh : April 1811
Tajuk : Surat daripada Sultan Ahmad Tajuddin Sultan Kedah kepada Sir Stamford Raffles.
(Menceritakan tentang kesusahan negeri dan ingin memohon pertolongan dari pihak
Inggeris)
Para Bilangan Unit teks
1. 1. Warkah tulus ikhlas yang termaktub di dalamnya salam serta
tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran
cakerawala matahari dan bulan daripada Paduka Sri Sultan
Ahmad Tajuddin Hlim yang mempunyai kerajaan negeri
Kedah.
2. Barangan disampaikan tuhan seru sekalian alam ke hadapan
Kolonel Jeneral yang mentadbir kerajaan negeri yang kekalnya
dan memerintah atas segala negeri di atas angin dan di bawah
angin yang adil pegangan, simpati serta arif bijaksana, masyhur,
kepujian dan kebilangan pada nama yang kebajikan, lagi sangat
mengasihi yang sekarang istirehat di negeri Melaka.
3. Kemudian daripada itu tatkala beta mengunjungi sahabat beta
yang sampai ke Pulau Pinang sekitar lalu suka hati beta mahu
-
8/10/2019 document wacana.pdf
86/95
74
berjumpa mata pandang muka sahabat beta serta boleh
menyatakan kehendak beta.
4. Maka sahabat beta sudah belayar dahulu sehari, maka jadi
separuh putus asa hati beta lantaran tiada sempat dipertemukan
tuhanlah pada ketika itu.
5. Maka inilah beta menghantarkan kepada sahabat beta adalah
negeri Kedah sekarang terlalu huru-haralah Siam perintah
dengan yang bukan adat dahulu kala.
6. Maka jadi terlalulah susah hati beta dan isi negeri Kedah ini.
7. Maka tidak terhingga harap akan pertolongan daripada sahabat
beta memeliharakan negeri Kedah ini seperti surat-surat yang
sudah beta menghantarkan kepada sahabat beta dahulu itu
supaya lepas daripada aniaya kekerasan Siam ini.
8. Beta pinta sahabat beta pandang tilik atas negeri Kedah seperti
Pulau Pinang.
-
8/10/2019 document wacana.pdf
87/95
75
TEKS 3Tarikh : 25 Dzulhijjah, 1226 (1811)
Tajuk : Surat daripada Sri Sultan Mahmood Shah Johor kepada Gavenor Pulau Pinang.
( Membalas surat Gavenor Pulau Pinang dan menyatakan telah menerima benda-
benda yang dikirim.)
Para Bilangan Unit teks
1. 1. Bahawa ini surat tulus ikhlas serta suci putih hati hening dan
jernih yang tiada menaruh galat dan cam di dalamnya iaitu
daripada Paduka Sri Sultan Mahmood Syah yang bersemanyam
di atas takhta kerajaan dan kebesaran dan kemulian di dalam
negeri Johor dan Pahang serta sekalian daerah takluknya
sekalian.
2. Maka barangan sampaikan oleh tuhan seru alam sekalian jua
kiranya datang ke hadapan majlis sahabat kita Phillip presiden
yang memerintah di dalam negeri Pahang serta arif lagi
bijaksana telah termasyhur warta ehsannya serta nama yang
kepujian sampai ke mana-mana.
3. Daripada itu maka adalah kita menyatakan kepada sahabat kita
seperti surat sahabat kita yang dibawa oleh kapitan itu telah
-
8/10/2019 document wacana.pdf
88/95
76
sampailah kepada