Download - Definisi Set Induksi Dan Komponen
-
8/4/2019 Definisi Set Induksi Dan Komponen
1/6
1.1 KEMAHIRAN SET INDUKSI
1.11 Pengenalan
Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin
memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk
mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan
pelajarnya bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di
dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera.
Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat
pelajar- pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak
disampaikan. Bagaimanapun,oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina aliran fikiran
murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa
peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit
dalam sesuatu pelajaran.
1.12 Prinsip-prinsip Panduan Kemahiran Set Induksi
Untuk mencapai tujuan set induksi ini, guru harus memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut :
a. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman,kebolehan dan umur murid.
b. Aktiviti set induksi ini h endaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
c. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan j uga dengan pengetahuan yang sedia ada.
d. Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan perhatian murid.
e. Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dengan cara berkesan, demi mencapai tujuannya dalam
tempoh masa yang singkat.
1.13 Objektif-objektif Set Induksi
Penggunaan set induksi dalam proses pengajaran mempunyai beberapa objektif berikut:a. Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan dijalankan.
b. Membina aliran fikiran muris supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan.
c. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar.
d. Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.
e. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas atau projek.
f. Menyatakan had tugas yang akan d ijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid.
g. Membantu murid m engikut pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna
1.14 Kesan Kemahiran Set Induksi Ke Atas Pengajaran & Pembelajaran
Jika objektif-objektif set induksi berjaya dicapai, kesan penggunaan kemahirannya dapat diperhatikan seperti
berikut :
a. Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan adalah tinggi. Mereka akan menunjukkan tanda
persediaan untuk mengikuti pengajaran guru selanjutnya.
b. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang disampaikan. Kesan ini membolehkan
guru menjalankan aktiviti pelajaran dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini.
c. Murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep yang baru dengan lebih mudah
dan bermakna.
d. Murid akan bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugas dan aktiviti yang
diberikan oleh guru.
e. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditimbulkan dengan suasana yang aktif dan seronok.f. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktitivi set induksi dapat menarik minat pelajar menumpukan
perhatian sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.
-
8/4/2019 Definisi Set Induksi Dan Komponen
2/6
1.15 Komponen-komponen Kemahiran Set Induksi
Kemahiran set induksi lazimnya, dibahagikan kepada empat jenis komponen, iaitu :
I. Menarik perhatian
II. Mewujudkan motivasi
III. Membuat perkaitan; dan
IV. Menstruktur
I. Menarik Perhatian
merangkumi perkara berikut :
mewujudkan nada suara yang sesuai.
menggunakan ABM/BBM yang menarik.
menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat.
menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.
II. Mewujudkan Motivasi
merangkumi perkara berikut :
membangk itkan rasa ingin tahu.
menggunakan teknik bercerita.menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.
menggunakan soalan yang mencabar
III. Membuat Perkaitan
merangkumi perkara berikut :
mengaitkan pengetahuan lepas murid.
mengaitkan isi pelajaran baru.
mengaitkan peristiwa semasa.
mengaitkan minat dan pengalaman murid.
IV. Menstrukturmerangkumi perkara berikut :
menyatakan had tugas yang akan dijalankan.
menggunakan satu siri soalan yang berkaitan.
menyatakan cara-cara melaksanakan tugas.
menyatakan aktiviti, tugasan atau projek.
KEMAHIRAN MENGAJAR DLM PNG MIKRO & PENILAIANNYA
KEMAHIRAN PERMULAAN / SET INDUKSI
- Perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya sedia belajar dan berfikir ttg apa yg
disampaikan guru.
Objektif set induksi ;
a. Mendapat perhatian murid
b. Memotivasikan murid
c. mencadangkan cara-cara menjalankan tugas
d. Menyatakan had tugas yg akan dilaksanakan
e. Mengaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid.
Komponen Utama dalam Set Induksi
Menarik perhatian
Mengubah nada suara, menggunakan ABM, kontak mata, gerak isyarat, mengubah interaksi antara guru dgn
murid.
-
8/4/2019 Definisi Set Induksi Dan Komponen
3/6
Mewujudkan motivasi
mewujudkan unsur suspense, menunjukkan sesuatu yg menghairankan, aktiviti menyeronokkan,
menimbulkan rasa ingin tahu murid. Wujud rasa mesra, cerita dll.
Menstruktur
Beritahu cara @ tugas yg akan dijalankan. Guna soalan yg berkaitan.
Membuat perkaitan
Cuba buat perkaitan di antara pelajaran baru dgn pengetahuan sedia ada murid. Membandingbeza dgnperkara biasa, peristiwa semasa yg diminati murid.
2. Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
Objektif ;
Menarik serta mengekalkan perhatian murid kpd bahan pengajaran.
Menjelaskan sesuatu konsep.
Mewujudkan disiplin yg baik.
Menggalakkan pemikiran produktif di kal. Murid-murid.
Komponen Kemahiran
KejelasanTulisan harus terang dan saiz sesuai, lurus dgn jarak antara huruf, jarak antara perkataan.
SusunanBahagikan ruang nota dan gambarajah.
Penonjolanguna warna yg menarik, menggaris @ bulatkan perkataan.
Teknik persembahanlibatkan murid dgn cara meminta mereka melukis, menamakan, melabel dll.
3. Kemahiran variasi ransangan
Objektif ;Mewujud dan mengekalkan perhatian @ minat murid.
Melibatkan pelajar dalam pembelajaran.
Menyediakan peluang murid menggunakan deria mereka
Menyediakan peluang utk memuaskan perasaan ingin tahu murid melalui aktiviti penerokaan dan
penyiasatan.
Komponen Kemahiran
Pergerakanguru bergerak kiri kanan belakang depan.
Pergerakan anggotaguna tangan, kepala, badan dll.
Perubahan pertuturanvariasi tone suara.
Perubahan fokus deriaguna pita rakaman, slaid.
Bentuk penglibatan lisan muridsoal jawab refleksi, perbincangan.
Bentuk penglibatan fizikal muridlakonan, main peranan, simulasi, melukis dll.
4. Kemahiran penyoalan
Objektif ;
Melibatkan murid secara aktif dlm P n P.
Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid.
Memusatkan pemerhatian murid kpd satu konsep yg khususMenggalakkan murid menyoal.
Menolong perkembangan daya pemikiran murid.
Komponen Kemahiran
Pembentukan soalanbentuk soalan ringkas, tepat, jelas, mudah difahami murid.
-
8/4/2019 Definisi Set Induksi Dan Komponen
4/6
Fokussoalan yg dibentuk boleh menumpukan kpd satu idea.
Alih hala soalansetelah dapat jawapan murid, alih hala soalan sama kpd seluruh kelas.
Sebaransebarkan soalan kpd seluruh kelas.
Hentianstelah beri soalan berhenti seketika utk murid berfikir.
Melayani jawapan muridlayan dgn baik, cuba baiki, beritahu jwp salah dgn jelas.
Membantu dgn memberi petunjukbantu murid lemah dgn beri petua.
Mencungkilsoal murid sehingga mendapat jawapan tepat.
Aras penyoalan;
Ingatan kembalikemuka soalan pelajaran lepas yg berkaitan.
Kefahaman - kefahaman murid mengenai sesuatu diuji oleh soalan.
Aplikasimemerlukan murid mengaplikasikan apa yg dipelajari.
Analisismemerlukan murid mengkaji bukti, mengiterpretasikan hasil dan membuat huraian daripada hasil
kajian.
Sintesismemerlukan murid menjalankan aktiviti kreatif seperti mengarang, menulis puisi, sajak @ cerita.
Penilaianmemerlukan murid memberi hujah mengenai sesuatu idea serta memberi bukti yg menyokong
keputusan yg dibuat.
5. Kemahiran pengukuhan
Objektif ;
Menimbul dan mengekalkan perhatian murid.
Menggalakkan murid mengambil bahagian dlm pelajaran.
Meninggikan tahap prestasi murid.
Komponen Kemahiran
Lisan positif - kata baik, bagus, ya, betul, cadangan yg baik dll.
Gerak isyarat positifsenyuman, anggukan kepala, menepuk tangan dll.Dampinganmendekati, berdiri di sebelah, duduk di sisi.
Sentuhanmenyentuh kepala, bahu, bah. tubuh badan.
Penggunaan jawapan muridguna jwpan murid sekira sempurna.
Lisan negatifkata-kata bukan, salah, tidak @ menyindir.
Gerak isyarat negatifgeleng kepala, renung marah.
6. Kemahiran penerangan
Objektif ;
Menjelaskan satu satu isu.
Membolehkan murid menghuraikan satu satu proses.
Membolehkan murid menaakul sebab-sebab berlalunya sesuatu peristiwa.
Komponen Kemahiran
Arah permulaanmembolehkan guru menimbul serta mengekalkan minat murid thd pelajaran yg
disampaikan.
Kemahiran ilustrasisemasa menerang guna contoh yg menarik dan mencukupi serta relevan dgn tajuk.
Penyusunan ideapenerangan bermula dari mudah kpd kompleks dan dari konkrit kpd abstrak.Penutupguru boleh menyatakan semula isi penting yg terkandung di dalam penerangan.
Definisi Set Induksi dan komponen-komponennya
Definisi Set Induksi
-
8/4/2019 Definisi Set Induksi Dan Komponen
5/6
Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang
dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.
Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan
pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran sertamenimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang
hendak disampaikan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara
memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru
meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran
yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para
pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan
oleh guru mereka.
Prinsip-prinsip Panduan
Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guruhendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:
i) Bermakna
Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman,
kebolehan dan umur.
ii) Perkaitan
Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.
iii) Perkaitan
Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
Objektif-objektif Set Induksi
Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:
i) Mendapatkan perhatian murid.
ii) Memotivasikan murid-murid.
iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.
iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.
v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.
Komponen-komponen Set Induksi.Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi,
perkaitan kognitif dan menstruktur.
i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu
yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa
ingin tahu murid-murid.
ii) Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi
untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan
senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).
iii) Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat
menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama
kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.
-
8/4/2019 Definisi Set Induksi Dan Komponen
6/6
iv) Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan
tugas itu. Contohnya, Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-
bahagian itu dengan teliti.
Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran.Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut:
i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.
iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.
iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan
pengetahuan sedia ada murid-murid.
v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-
pembelajaran yang lebih menggalakkan.