Download - Buletin Okt-Dis 2014
BIL AKTIVITI TARIKH
1. Audit Dalam ISO 9-22 Oktober 2014
2. Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam ISO 9 Oktober 2014
3. Bengkel Penyediakan Laporan Penilaian Kendiri 9 Oktober 2014
4. Mesyuarat Penutup Audit Dalam ISO 22 Oktober 2014
5. Bengkel Penyemakan dan Pemurnian Prosedur kerja 23-24 Oktober 2014
6. Bengkel Pengemaskinian Dokumen MQA 01 & MQA 02 22-24 Oktober 2014
7. Bengkel Simulasi POLYRATE 2014 28 Oktober 2014
8. Menghantar dokumen MQA 01 & MQA 02 3 November 2014
9. Bengkel Penyelarasan Pelaporan KPI Dan Aktiviti PNS 2014 21 November 2014
10. Bengkel Semakan Pelaksanaan Transformasi Politeknik Fasa Dua 19-20 November 2014
11. Bengkel Persediaan Audit DKM dan DLH 21 November 2014
12. Bengkel Penyelarasan Pelaporan KPI dan Aktiviti PNS 2014 21 November 2014
13. Talimat PK P&P Jabatan Akademik (Gerak Gempur FRP) 24- 28 November 2014
14. Audit Pensijilan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS International kali pertama
3 Disember 2014
15. Audit Dalaman Akreditasi bagi program Diploma Bioteknologi 9-10 Disember 2014
16. Bengkel Plan Strategik 14-17 Disember 2014
17. Promosi Visi, Misi, Dasar, Objektif Kualiti, Piagam Pelanggan Oktober - Disember
KELESTARIAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
UNIT JAMINAN KUALITI SUKUAN 4
Penyemakan dan Pemurnian Prosedur Kerja
telah dilaksanakan pada 23-24 Oktober 2014.
Bengkel ini membabitkan penyertaan Ketua
Jabatan dan Ketua Unit untuk memantapkan lagi
Prosedur Kerja P&P dan Sokongan sedia ada
untuk persediaan Audit pihak SIRIM.
Bengkel Laporan Penilaian Kendiri
telah dilaksanakan pada 09 Oktober 2014. Bengkel ini disampaikan oleh Pn Roziyani Zaidon bagi program DLH dan DKM. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedakan kepada program cara penyediaan laporan SRR
AUDIT PENSIJILAN MS ISO 9001:2008
OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL KALI PERTAMA
3 Disember 2014 – Audit Peringkat Pertama SIRIM MS ISO 9001:2008 telah dilaksanakan di Bilik
Mesyuarat Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan oleh Puan Hawa Ma’arof daripada SIRIM.
Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) meliputi pelbagai aspek seperti penyataan dasar kualiti,
objektif kualiti, manual kualiti dan sebagainya. PNS telah membangunkan lapan (8) Prosedur Kerja
Kualiti P&P dan 12 Prosedur Kualiti Sokongan untuk di audit bagi peringkat pertama.
Sesi audit peringkat pertama dimulakan dengan sesi Mesyuarat Pembukaan di Bilik Mesyuarat Rafelsia
dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Dr Siti Junaidah M.Mujir. Proses audit telah melibatkan
Pengurus Kualiti dan Ketua Audit Dalam bermula dari jam 10:00 pagi dan berakhir pada jam 5:00
petang. Mesyuarat Penutup bagi membentangkan penemuan dapatan audit telah dibentangkan oleh
Pn Hawa Ma’arof dan semua Ahli Mesyuarat Pengurusan PNS telah bersetuju dengan 4 isu yang telah
ditemui.
BENGKEL PENGEMASKINIAN DOKUMEN
MQA 01 DAN MQA02
22 – 24 OKTOBER 2014 Bengkel pengemaskinian dokumen MQA 01 bagi
program Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM) dan
Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM). MQA 02 bagi
program Diploma Hortikultur Lanskap (DLH), Diploma
Kejuruteraan Mekanikal(DKM) dan Diploma
Bioteknologi (DBT). Bengkel ini adalah bertujuan untuk
menghantar dokuemen ke MQA. Terima Kasih kepada
semua yang terlibat
PENGHANTARAN DOKUMEN
MQA 01 DAN MQA02
3 NOVEMBER 2014 Penghantaran ini melibatkan 4 program iaitu MQA 01
bagi program Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
dan Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM) manakala
MQA 02 bagi program Diploma Hortikultur Lanskap
(DLH) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal(DKM)
BENGKEL PERSEDIAAN AUDIT - 21 NOVEMBER 2014
Satu bengkel persediaan audit akreditasi telah diadakan bagi membantu pihak jabatan membuat persediaan
bagi menghadapi audit daripada pihak MQA dan audit dalam politeknik. Peserta yang terlibat dalam bengkel ini
ialah KP DKM, KP DLH, KP DBT, penyelaras akreditasi daripada jabatan JKM dan JAB dan 2 orang wakil
daripada setiap program. Objektif bengkel ini adalah untuk menerangkan perkara-perkara yang perlu disediakan
oleh jabatan untuk tujuan audit. Diharap dengan adanya bengkel ini dapat melicinkan lagi perjalanan audit yang
bakal dihadapi kelak.
AUDIT DALAM AKREDITASI DIPLOMA BIOTEKNOLOGI
9 hingga 10 Disember 2014, Program DBT, telah melalui proses audit dalaman. Audit ini dilaksanakan bagi
membantu program dalam penyediaan SRR untuk melengkapkan dokumen MQA 02 yang akan dihantar pada
pihak MQA pada Februari depan. Proses audit DBT dibantu oleh 2 panel yang dilantik daripada POLISAS iaitu
Pn Ma Fatimah Abd Wahab dan Cik Roslin Hashim manakala auditor daripada PNS terdiri daripada Pn Kalsom
Sailan selaku Ketua Auditor, Cik Nurul Izzah Shaarani, En Dr. Mohd Zuhir Abd Rahman dan En Zul Aizat
Hamdan. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA AUDITOR
PROMOSI PNS KE ARAH
PENSIJILAN MS ISO 9001:2008 Bagi merealisasikan pensijilan ISO di PNS, pelbagai langkah diambil. Pada peringkat
permulaan staf yang terlibat secara langsung iaitu di peringkat pengurusan tertinggi telah
diberi pendedahan tentang ISO. Program kesedaran di kalangan staf PNS turut diadakan
dari semasa ke semasa. Antara taklimat dan
penekanan adalah menjalankan aktiviti kerja seperti
yang telah diprosedurkan dan juga penggunaan
borang-borang terkawal seperti yang telah
direkodkan di dalam Manual Kualiti. Staf juga
dinasihatkan membuat penambahbaikkan kepada
prosedur sedia ada bagi memantapkan lagi
pengurusan kualiti. Sebarang pertukaran kepada
prosedur hendaklah dibuat dengan mengisi borang
perubahan bagi mendapatkan kelulusan Wakil
Pengurusan. Semua pembetulan / semakan yang
telah diluluskan dalam Manual Kualiti akan
dinyatakan dalam butiran semakan dan koordinator
bertanggungjawab mengemaskini rekod semakan
ini.
Urusetia Unit Jaminan Kualiti juga telah melaksanakan beberapa langkah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga PNS seperti : 1. Mempamerkan banner dan bunting di sekitar PNS 2. Mengedarkan tag misi & visi kepada warga PNS 3. Menyediakan pamplet berkaitan dengan visi, misi, dasar kualiti, objektif kualiti dan
piagam pelanggan.