PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט
JUDUL : HUBUNGAN PROSES PEMBANGUNAN GURU DENGAN KEMAHUAN GURU UNTUK BERUBAH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya ASIAH BINTI MOHD UZIR No Matrik: MP 111317
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) No 391, Blok 19, Felda Air Tawar 1,, 81920 Kota Tinggi, Johor. DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR Nama Penyelia
Tarikh:_______________________ Tarikh: ___________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
Adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penyelia : DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR
Tarikh : :
HUBUNGAN PROSES PEMBANGUNAN GURU DENGAN
KEMAHUAN GURU UNTUK BERUBAH DI SEKOLAH – SEKOLAH
MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI
ASIAH BINTI MOHD UZIR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………………..
Nama Penuh : ASIAH BINTI MOHD UZIR
Tarikh :
ii
DEDIKASI
Buat Suami Tersayang
Haji Azhari Bin Abdullah terima kasih kerana sanggup berkongsi cabaran
meneruskan pengajian secara bersama. Buat anak-anak Muhammad Anas Aiman,
Muhammad Nur Ariff, Nur Anis Athirah,Siti Aisyah Maisarah dan
Muhammad Al Ajwad jadikan usaha ini untuk kalian terus
cemerlang dalam bidang pelajaran.
Buat Muhammad Ali Imran, moga kita bertemu di syurga Allah.
Buat ibubapa dan ahli keluarga, terima kasih atas doa dan dorongan yang
diberikan, sesungguhnya kalian amat bermakna buat kami.
Juga
Pihak Pentadbir dan Rakan-Rakan Guru Di SMK Adela Kota Tinggi yang
bertimbang rasa, memahami keadaan dan memberi kelonggaran untuk mengikuti
kelas pada hujung minggu.
Penyelia yang dihormati Dr. Lokman bin Mohd Tahir yang sentiasa memantau
serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar dari semasa ke semasa.
Rakan-rakan kuliah yang banyak membantu.
Terima kasih kerana telah memberi ku semangat untuk meneruskan jihad
yang tiada penghujungnya.
iii
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia Nya dapat saya
menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penyelia saya, Dr. Lokman Bin Mohd Tahir yang tidak jemu memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dari permulaan sehinggalah selesai
kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada semua pensyarah
UTM yang pernah mencurahkan bakti mereka di kelas Pesisir Kota Tinggi
ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir
dan guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk menjadi responden dalam
kajian saya ini. Penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
penyelidikan ini.
Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah bersama-sama
mengharungi segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini.
Semangat setia kawan dan keikhlasan membantu serta sedia berkongsi
maklumat akan saya ingat buat selama- lamanya.
iv
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji Hubungan Proses
Pembangunan Guru Dengan Kemahuan Guru Untuk Berubah di sekolah-
sekolah menengah di daerah Kota Tinggi. Kajian ini melibatkan sampel
seramai 295 orang guru di 20 buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi.
Data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual. Temu bual dalam bentuk
kualitatif telah dijalankan ke atas tiga orang guru dan semua pendapat
daripada penemubual telah di rekod dan dirakamkan oleh penyelidik melalui
alat perakam. Semua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Analisis data
mendapati bahawa hubungan proses pembangunan guru dengan kemahuan
guru untuk berubah mempunyai hubungan yang kuat iaitu dengan nilai
korelasi Pearson 0.68. manakala tahap proses pembangunan guru adalah
pada tahap tinggi (min 3.80) dengan konstruk latihan menduduki tahap proses
pembangunan guru yang paling kerap diamalkan oleh guru-guru di kawasan
kajian dengan min 4.28. Bagi tahap kemahuan guru untuk berubah pula juga
berada pada tahap tinggi (min 3.83). Di samping itu, proses pembangunan
guru juga telah dikenal pasti dan dapatan kajian kemahuan guru untuk
berubah juga telah dikemukakan dalam kajian ini.
v
ABSTRACT
The purpose of this study is to examine the relationship between Teacher’s
Development Process with Teacher’s Desire to Change in secondary schools in Kota
Tinggi district. The study is involved a sample of 295 teachers from 20 secondary
schools in the district of Kota Tinggi. Data was collected through questionnaires and
interviews. Interviews in qualitative way were conducted on three teachers and all
the opinions of the interviewers were in the record and recorded by researchers
through the recorder. All data were analyzed using Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) version 16.0. The analysis of the data found that the relationship
between Teacher’s Development Process with Teacher’s Desire to Change is strong
based on the value of Pearson correlation ( 0.68) while the process of teacher’s
development is at a high level (mean 3.80) with the construct of Teacher’s
Development Process occupy the most frequently practiced by teachers in the study
with a mean of 4:28. For the teacher’s desire to change was measured at a high level
(mean 3.83). In addition, the process of teacher’s development has also been
identified together with a study of teachers’ desire to change.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
SENARAI SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
ii
iii
iv
v
vi
xi
xii
xiv
xv
xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Istilah / Operasional
1.8.1 Pembangunan Guru
1
2
8
8
9
10
10
11
11
vii
1.8.2 Latihan
1.8.3 Kemudahan
1.8.4 Prasarana/ Fizikal
1.8.5 Sumber Manusia
1.8.6 Ganjaran
1.8.7 Keupayaan
1.8.8 Berubah
1.8.9 Motivasi
1.8.10 Prestasi
1.8.11 Sikap
1.8.12 Teknologi
1.9 Kerangka Kajian
1.10 Rumusan
11
11
12
12
12
13
13
13
14
14
14
14
14
16
2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan
2.2 Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB)
2.2.1 Pengenalan PPGB
2.2.2 Rasional PPGB
2.2.3 Objektif PPGB
2.2.4 Fasa PPGB
2.3 Model Fuller dan Brown, 1975
2.3.1 Peringkat Pra mengajar
2.3.2 Peringkat Survival
2.3.3 Peringkat Mengambil Berat
2.4 Model Katz, 1972 2.4.1 Peringkat 1: Survival
2.4.2 Peringkat 2: Penggabungan (Consolidation)
2.4.3 Peringkat 3: Memulakan Semula (Renewal)
2.4.4 Peringkat 4: Kematangan( maturity)
17 18
18
18
18
19
20
23
23
23
24
24
24
26
27
28
viii
2.5 Model Huberman, 1989
2.5.1 Peringkat 1: Menyertai Kerjaya
(Career Entry)
2.5.2 Peringkat 2: Kestabilan ( Stabilization)
2.5.3 Peringkat 3: Pengujikajian ( Experimention)
2.5.4 Peringkat 4: Ketenangan dan Konsevatisme
(Senerity and Conservatisme)
2.5.5 Peringkat 5: Pemisahan( Disengagement)
2.6 Model Lima Peringkat Dreyfus Dan
Dreyfus
2.6.1 Guru Novis
2.6.1.1. Ciri-Ciri Guru Novis yang
Diharapkan
2.6.2 Guru Permulaan Terkehadapan
( Advanced Beginner)
2.6.3 Guru Cekap (Competent Teacher)
2.6.3.1 Antara Jangkaan Guru
Cekap
2.6.4 Guru Berbakat ( Profecient teacher)
2.6.5 Guru Mahir( Expert Teacher)
2.6.6 Guru pakar ( Master Teacher)
2.7 Model Perubahan Guru, 1990
2.7.1 Jenis-Jenis Perubahan Guru
2.7.2 Langkah-Langkah Perubahan
Guru
2.7.3 Model Perubahan Guru
2.8 Kajian Lepas 2.9 Rumusan
28
29
30
30
31
31
32
32
33
35
36
36
38
39
40
41
42
44
45
46
48
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Lokasi Kajian
49
50
51
ix
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Soal selidik 3.5.2 Temu bual
3.6 Kajian Rintis
3.7 Prosedur Kajian
3.8 Analisis Data
3.8.1 Kaedah Deskriptif
3.8.2 Kaedah Inferensi
3.9 Rumusan
52
55
55
58
59
61
63
64
66
67
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Aspek Demografi Responden
4.2.1 Taburan Responden mengikut Jantina
4.2.2 Taburan Responden mengikut Tempoh
Perkhidmatan
4.3 Analisis Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan
Kajian
4.3.1 Tahap Amalan Proses Pembangunan
Guru Di Sekolah Menengah
4.3.2 Aspek Pembangunan Guru yang Kerap
Dilakukan Di Sekolah Menengah
4.3.3 Tahap Kemahuan Guru Untuk Berubah
Di Sekolah Menengah
4.3.4 Hubungan antara Proses Pembangunan
Guru Dengan Kemahuan Guru Untuk
Berubah Di Sekolah Menengah
4.4 Analisa Data Kualitatif
4.4.1 Amalan Proses Pembangunan Guru
Di sekolah Menengah
4.4.2 Amalan Kemahuan Guru Untuk Berubah
Di sekolah Menengah
68
69
69
70
70
71
81
82
89
90
90
92
x
4.5 Rumusan 94
5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan Kajian
5.3 Perbincangan
5.3.1 Maklumat Latar Belakang Responden
5.3.2 Proses Pembangunan Guru
5.3.3 Kemahuan Guru Untuk Berubah
5.3.4 Hubungan antara Proses Pembangunan
Guru Dengan Kemahuan Guru Untuk
Berubah
5.4 Implikasi
5.5 Cadangan
5.6 Penutup
95
96
97
97
98
102
103
104
105
106
RUJUKAN 108
LAMPIRAN 111
xi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKASURAT
1.1 Kerangka Konsep kajian 15
2.1 Fasa Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB) 20
2.2 Carta Alir PPGB 22
2.3 Model Perubahan Guru, 1990 46
xii
SENARAI JADUAL
NO TAJUK MUKASURAT
JADUAL
3.1 Taburan Populasi kajian 53
3.2 Panduan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan 54
3.3 Skor Skala Likert 56
3.4 Taburan Item 57
3.5 Pemeringkatan Kedudukan Item berdasarkan 59
Nilai Alpha Cronbach
3.6 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha 60
Cronbach mengikut Item
3.7 Penambah baikan Item 61
3.8 Prosedur dan Takwim Kajian 62
3.9 Skala tahap Analisis Min 63
3.10 Skala Tahap Kekuatan Korelasi Pearson (r) 64
3.11 Kaedah Analisis Data 65
3.12 Proses penganalisisan Data Kualitatif 66
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan mengikut 69
Jantina
4.2 Taburan Bilangan Responden mengikut 70
Tempoh Perkhidmatan
4.3 Taburan Min Proses Pembangunan Guru 71
Konstruk latihan
4.4 Taburan Min Proses Pembangunan Guru 73
Konstruk Ganjaran
4.5 Taburan Min Proses Pembangunan Guru 75
Konstruk Teknologi
xiii
4.6 Taburan Min Proses Pembangunan Guru 77
Konstruk kemudahan Prasarana
4.7 Taburan Min Proses Pembangunan Guru 79
Konstruk Sumber manusia
4.8 Taburan Min Proses Pembangunan Guru 81
Keseluruhan
4.9 Taburan Min Kemahuan Guru Untuk 82
Berubah Konstruk Motivasi
4.10 Taburan Min Kemahuan Guru Untuk 84
Berubah Konstruk Prestasi
4.11 Taburan Min Kemahuan Guru Untuk 86
Berubah Konstruk Sikap
4.12 Taburan Min Kemahuan Guru Untuk 88
Berubah Keseluruhan
4.13 Hubungan Korelasi Pearson (r) antara Proses 89
Pembangunan Guru Dengan Kemahuan
Guru Untuk Berubah
xiv
SENARAI SINGKATAN
APD : Alat Pandang Dengar
BPG : Bahagian Pendidikan Guru
EMIS :Educational Management Information System
FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
GB : Guru Baharu
IT : Information Technology
JPA : Jabatan Perkhidmatan Awam
JPN : Jabatan Pelajaran Negeri
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
LCD : Liquid Crystal Display
LDP : Latihan Dalam Perkhidmatan
MARA : Majlis Amanah Rakyat
NGO : Non Goverment Organization
NKRA : National Key Result Areas
PdP : Pengajaran Dan Pembelajaran
PIBG : Persatuan Ibu Bapa Guru
PPD : Pejabat Pelajaran Daerah
PPGB : Program Pembangunan Guru Baharu
PPPM : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
SP : Sisihan Piawai
SMK : Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS : Statistical Package For Social Science
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A : Borang Soal Selidik 108
B : Analisis SPSS 114
C : Transkrip Temu bual 130
D : Surat kebenaran untuk menjalankan 134
Kajiaan daripada KPM dan PPD Kota Tinggi.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ( Akta
Pendidikan 1996, Akta 550). Demikianlah tingginya harapan dan impian
yang kita sama-sama sandarkan terhadap peranan Falsafah Pendidikan
Negara untuk kita merealisasikan misi dan visi negara melalui bidang
pendidikan.
Sehubungan dengan itu misi pendidikan kita kelihatan begitu unggul
iaitu ingin mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik ke arah menghasilkan
modal insan yang berilmu pengetahuan seiring dengan hasrat kerajaan
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Justeru,
2
melalui organisasi sekolah dan institusi pendidikan, kita ingin melahirkan
bangsa Malaysia yang bijak, taat setia dan bersatu padu dalam menjalani
kehidupan sehari-hari (Mohamad Nasir, 1992). Kita juga ingin melahirkan
modal insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu serta mampu
menyediakan modal insan manusia yang berkualiti demi kesejahteraan dan
pembangunan negara. Sehubungan dengan itu sistem pendidikan kita jua
tidak akan mengabaikan aspek kebajikan guru-guru demi menjamin
kesejahteraan sama ada di bidang pekerjaan ataupun dalam kehidupan
seharian.
Dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan pada hari ini sudah
tentulah peranan guru-guru sebagai sumber penyampai ilmu dan agen
perubahan semakin mencabar dan berdaya saing. Untuk itu kita perlukan
guru-guru yang lebih komitmen, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
berwibawa, bertanggungjawab dan fokus dalam memberikan perkhidmatan
pendidikan .Semua ciri-ciri ini akan hanya diperoleh jika aspek
pembangunan guru tidak dipinggirkan sebaliknya sentiasa diberi perhatian
sewajarnya. Sesungguhnya keberkesanan dan kualiti seseorang guru yang
baik itu akan terhasil apabila seseorang itu telah melalui proses pembangunan
guru yang maksimum serta bebas daripada pelbagai masalah yang
membelenggu pemikiran dan tindakan mereka. Guru juga akan sentiasa
berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar
profesión mereka. Antara tuntutan dalaman profesión keguruan ini ialah
kesediaan guru untuk mencuba pelbagai kaedah serta pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi perubahan dari segi
istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru(Muhammad
Sani dan Zuraidah, 2002)
1.2 Latar belakang Masalah
3
Guru bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang
perlu responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang
pendidikan. Tanpa kesediaan mereka usaha reformasi pendidikan akan
menghadapi kegagalan(Fullan, 1991; Sarason, 1982) Antara syarat utama
membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima perubahan ialah melalui
pembelajaran berterusan . oleh itu, setiap guru harus bersedia dari segi
mental, emosi dan fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan sepanjang
hayat( life long learning ). Penghayatan konsep pendidikan sepanjang hayat
amat penting bagi semua profesión lebih-lebih lagi profesion keguruan bagi
membolehkan ahli profesion itu memberi sumbangan cemerlang kepada
kerjaya mereka secara khusus serta kepada negara secara amnya. Bukan itu
sahaja pembelajaran sepanjang hayat juga akan membentuk guru-guru lebih
terbuka dan bersedia menerima segala perubahan dan kemungkinan yang
berlaku dalam sistem pendidikan.
Walaupun program penyediaan guru yang baik memang wujud, tidak
ada cara yang sistematik untuk memastikan bahawa semua guru memperoleh
dan terus untuk membangunkan pengetahuan dan kemahiran yang mereka
perlukan. Itu adalah realiti kelemahan serius guru yang sama dengan pelajar
yang menghalang kemajuan ke arah pencapaian matlamat organisasi(Linda
Darling- Hammond, 2000). Penyelesaian kepada masalah itu adalah terletak
kepada transformasi dan lanjutan penyediaan guru dan pembangunan guru.
Apa yang diperlukan ialah reformasi yang berasaskan standard pengajaran,
mirip kepada berasaskan standard. Darling-Hammond menyimpulkan bahawa
kemajuan dalam meningkatkan pencapaian pelajar mungkin akan mengambil
dua pendekatan iaitu mengenal pasti standard pengajaran dengan
menyuarakan apa yang guru perlu tahu dan dapat melaksanakan dan
menggunakan piawaian standard untuk membangunkan lebih bernas sistem
persijilan dan pelesenan dengan meneliti aspek produktiviti dan program
induksi yang lebih berkesan dalam pembangunan profesional mereka.
4
Oleh kerana pembangunan guru kurang dititikberatkan oleh pemimpin
sekolah, ini telah menimbulkan persepsi bahawa seseorang guru itu akan
menjadi guru seperti mana pada mula-mula mereka menerima jawatan
tersebut. Akibatnya mereka tidak gemar melakukan perubahan dalam
pembelajaran dan pengajaran (P d P) di bilik darjah, perubahan minda untuk
menambahkan pengetahuan selain opsyen/ subjek yang diajar, perubahan
pemikiran bahawa budaya pendidikan telah berubah, pelajar juga berubah dan
teknologi pendidikan juga mengalami perubahan. Selain itu, guru-guru yang
kurang diberi peluang untuk membangunkan potensi mereka akan malu untuk
mengemukakan idea-idea baru, melakukan inovasi dan kreativiti dalam
pendidikan terutama aspek pembelajaran dan pengajaran ( Pd P) di dalam
bilik darjah. Kajian-kajian lepas mendapati guru-guru yang merasa kurang
bersedia berdepan dengan masalah dalam pengajaran kerap menganggap diri
mereka tidak berpengalaman dan tidak mendapat latihan yang mencukupi
( Buell et al.1999; Cains &Brown 1996; Martin et al 1999).
Dalam konteks profesión guru, pengalaman dan latihan guru
merupakan dua isu yang saling berbeza. Pengalaman merupakan pengetahuan
empirikal sementara latihan guru lebih bersifat teoritikal. Kedua-duanya
saling memerlukan untuk menjadikan seseorang guru mencapai tahap
kecekapan yang dituntut. Sehubungan dengan itu, Goodwin(1999)
mentakrifkan latihan guru dan pengalaman mengajar sebagai antara
kelayakan asas yang utama dalam pengajaran berkesan. Selain itu, faktor
pengalaman mengajar juga merupakan pengetahuan yang dibentuk oleh
interaksi antara faktor- faktor persekitaran kerja. Tempoh dan kekerapan
melalui tugas sebagai guru ini juga , sedikit demi sedikit membina
pembangunan guru melalui penambahan pengetahuan dan kemahiran
profesion mereka. Guru-guru yang berpengalaman banyak bergantung kepada
ingatan dan tafsiran terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang
berkaitan( Gist& Mitchell, 1992).
5
Sementelah lagi, pemimpin sekolah tidak menunjukkan kesungguhan
untuk membangunkan guru-guru terutama guru-guru yang telah berada di
zon selesa dengan persekitaran sama ada guru senior atau guru novis yang
telah menyerap budaya sekolah yang negatif. Sikap pengetua dan pentadbir
yang terlalu sibuk dengan mengurus pentadbiran, kewangan, hal-hal lain
menyebabkan mereka kurang memberikan perhatian kepada guru-guru ini
dan mengharapkan rakan-rakan sejawat memantau atau membimbing guru-
guru yang bermasalah. Kesibukan tugas membatasi pengetua untuk
menyempurnakan peranan sebagai pemimpin instruksional terutamanya untuk
memantau dan menyelia pengajaran guru. Sehubungan itu, pengetua kerap
kali meletakkan tanggungjawab menyelia dan memantau guru kepada Guru
Penolong Kanan dan Ketua Bidang( Hallinger, 2005). Walau bagaimanapun,
tanggungjawab pengetua dalam pemantauan dan penyeliaan amat penting
untuk memastikan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar(
Robinson, Llyod, Rowe,2009). Selain itu, sebahagian pengurus sekolah yang
hampir ke usia persaraan hanya akan mengharapkan pemimpin pelapis yang
memantau keadaan sekolah dalam semua aspek malah ada juga pihak media
massa yang mempertikaikan kredibiliti pengurus sekolah. Sebagai pemimpin
sekolah yang prihatin, mereka perlu cuba memberikan kesedaran kepada
guru-guru bahawa guru perlu sentiasa melakukan perubahan yang positif
untuk melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademik. Sebagai
pengurus, mereka perlu membuat penentuan terhadap keperluan sesuatu
perubahan yang dirancang. Menurut Gibson(1993) terdapat dua persoalan
utama yang harus dipertimbangkan dalam menentukan perubahan kepada
guru iaitu: (1) adakah perubahan yang dicadangkan hasil daripada
perancangan strategik organisasi?; (2) adakah perubahan yang dicadangkan
konsisten dengan perancangan strategik organisasi?
Kesibukan tugas pengetua telah membataskan beliau untuk membantu
dalam proses pembangunan guru di sekolah. Ini kerana pertambahan tugas
dalam mengurus pelbagai bidang mengehadkan peruntukan masa untuk
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal pelaksanaan kurikulum
sekolah. Laporan Pemantauan Sektor Pengurusan Akademik(2009)
6
menunjukkan punca guru tidak masuk ke kelas untuk mengajar kerana
menghadiri mesyuarat 36.04 peratus, kursus 17.20peratus, seminar 4.81
peratus, bengkel 10.24 peratus, sukan/ permainan 8.60 peratus, ko kurikulum
8.66 peratus, aktiviti kurikulum 7.49 peratus, telah membawa kepada defisit
kurikulum. Ini menunjukkan bahawa guru terlalu banyak melakukan tugas-
tugas lain selain daripada tugas wajib mereka melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP).
Jika guru-guru tidak membangunkan diri mereka dalam proses
pendidikan, mereka akan sentiasa mengulangi apa yang dilakukan di sekolah
setiap tahun seperti mana tahun pertama mereka memulakan profesión
keguruan. Perubahan kepada diri dan organisasi tidak akan berlaku dan
organisasi tidak akan mencapai matlamatnya. Jika ini berlaku guru ini seperti
terperangkap dalam fenomena banduan kepada pengalamannya sendiri (
prisoner with their own experience). Guru juga perlulah meningkatkan
pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan
kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan
dalam memberi sumbangan terhadap profesion dan pembangunan sistem
pendidikan itu sendiri.
Perubahan sikap guru sangat sukar untuk dilakukan kerana persepsi
guru sendiri yang telah selesa dengan persekitarannya. Menurut pandangan
pakar, sebahagian guru-guru berada di zon selesa terutamanya guru senior
atau guru yang telah mengajar di sekolah yang sama untuk suatu tempoh yang
panjang mereka sangat cenderung mengamalkan gaya pengajaran yang sama
sejak daripada awal mereka memasuki alam kerjaya pendidikan . Keselesaan
ini menyebabkan mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perubahan
sama ada pada aspek pengajaran dan pembelajaran atau juga sikap mereka.
Malah, perubahan dasar yang dilakukan oleh kementerian juga amat sukar
untuk disesuaikan oleh guru senior ini.
7
Seterusnya, kerja-kerja guru yang terlalu banyak juga mengakibatkan
mereka sukar untuk menerima atau melakukan perubahan. Sementelah lagi,
Guru-guru dikehendaki melaksanakan kerja-kerja perkeranian (Zakiah,
2003) seperti memasukkan markah melalui sistem `on line’ dalam tempoh
masa yang singkat, sistem disiplin pelajar , memasukkan kehadiran pelajar
dan surat menyurat yang banyak telah menyebabkan guru terbeban. Selain
itu, pelajar ponteng sekolah juga terpaksa diuruskan oleh guru seperti
mengenal pasti mengapa pelajar tidak hadir dengan menelefon ibu bapa
mereka, terpaksa menyediakan surat amaran ponteng bagi pelajar yang kerap
ponteng sekolah, merujuk pelajar bermasalah di dalam kelas kepada pihak
kaunselor atau Penolong kanan HEM dan sebagainya. Kerja-kerja atau tugas
utama untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran telah menjadi tugas
sampingan kerana terpaksa melakukan tugas-tugas `ad-hoc’ ini.
Dasar kerajaan atau pendidikan yang cepat berubah dengan dasar-
dasar dan sistem pendidikan yang baru menyebabkan ada sebahagian guru
yang tidak dapat menyesuaikan diri mereka. Sementelah lagi, era teknologi
memerlukan guru-guru mahir dalam penggunaan komputer dan berurusan
dalam sistem talian internet. Ini mengakibatkan guru-guru ini menjadi stress
dan tertekan dengan kerja-kerja melibatkan penggunaan teknologi canggih.
Contoh yang nyata dan mudah apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran
Daerah( PPD), Jabatan Pelajaran Negeri( JPN) atau di peringkat kementerian,
maka banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru (Berita
Harian, 2010).
Namun demikian, proses pembangunan guru dan kemahuan mereka
untuk berubah ke arah yang lebih baik sentiasa menjadi keutamaan mereka.
Sangat sedikit guru yang suka dengan keadaan status quo mereka kerana
mereka sentiasa menerima murid yang berbeza yang memerlukan guru
mempelbagaikan kaedah PdP dan perubahan sikap yang lebih positif supaya
hasrat melahirkan insan yang cemerlang tercapai.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Apabila membicarakan soal proses pembangunan guru ternyata
terdapat banyak isu yang sering dikaitkan dengan pelbagai permasalahan
yang melibatkan warga pendidikan. Hal ini menyebabkan pembangunan guru
itu menjadi sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh pihak atasan bagi
meningkatkan kemahiran dan kebolehan seseorang guru. Pembangunan guru
ini adalah sesuatu yang dinamik dan berterusan dalam organisasi
pembelajaran. Antara isu yang sering dikaitkan dengan pembangunan guru
ialah seperti soal latihan, kemudahan prasarana, sumber manusia, ganjaran
yang diterima, motivasi, sikap, prestasi dan teknologi kepada guru-guru di
sekolah. Kesemua perkara-perkara tersebut telah menjadi perbahasan yang
tiada penghujungnya sehingga kini.
Selain itu, pentadbir juga kurang memainkan peranan dalam
meningkatkan pembangunan guru serta guru itu sendiri yang tidak dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran, sikap dan dasar kementerian yang
kerap berubah mengikut kepada perubahan pemimpin di peringkat atasan
sama ada di peringkat PPD, JPN atau Kementerian Pelajaran Malaysia
sendiri.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mencari jawapan bagi kenyataan
berikut;
i. Mengenal pasti tahap amalan proses pembangunan guru di
sekolah menengah.
9
ii. Mengenal pasti bidang pembangunan guru yang paling kerap
dilakukan di sekolah menengah.
iii. Mengenal pasti tahap kemahuan guru untuk berubah di
sekolah menengah .
iv. Mengenal pasti hubungan antara proses pembangunan guru
dan kemahuan guru untuk berubah di sekolah menengah.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mencari jawapan bagi
beberapa persoalan sepertimana berikut:
i. Apakah tahap amalan proses pembangunan guru di sekolah
menengah?
ii. Apakah bidang/ aspek pembangunan guru yang kerap
dilakukan di sekolah menengah?
iii. Apakah tahap kemahuan guru berubah di sekolah menengah?
iv. Apakah hubungan antara proses pembangunan guru dengan
kemahuan guru untuk berubah?
10
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM), Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) serta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
dalam memberi maklumat tentang pembangunan guru khususnya di daerah
Kota Tinggi. Maklumat ini akan membantu pihak yang berkenaan untuk
memberi maklum balas, merancang dan merangka kursus-kursus yang
berkaitan dengan program yang boleh meningkatkan pembangunan guru di
sekolah-sekolah.
Kajian ini juga boleh dijadikan sumber maklumat kepada pengetua
tentang proses dan amalan pembangunan guru di sekolah menengah. Antara
elemen yang dinilai ialah latihan, kemudahan prasarana, sumber manusia,
ganjaran kenaikan pangkat, teknologi dan kesannya terhadap kemahuan guru
untuk berubah di sekolah-sekolah berkenaan. Secara tidak langsung ianya
memberi kefahaman mengenai perlunya proses pembangunan guru dan
kepentingannya dalam sesebuah organisasi seperti sekolah.
Selain dari itu kajian ini juga boleh dijadikan rujukan dan panduan
kepada pengkaji-pengkaji yang bakal menjalankan kajian berkaitan proses
amalan proses pembangunan guru dengan kemahuan guru untuk berubah
yang bakal diberikan di sekolah-sekolah di negara ini.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di semua sekolah menengah dalam daerah Kota
Tinggi iaitu melibatkan 20 buah sekolah. Bilangan responden yang terlibat
dalam soal-selidik ini adalah seramai 306 orang daripada jumlah keseluruhan
guru sekolah menengah di daerah ini sebanyak 1486 orang ( Sumber:
11
Laporan EMIS KPM/ Kota Tinggi, 2013). Kajian ini hanya melibatkan guru-
guru di sekolah menengah yang mempunyai latar belakang demografi yang
berbeza-beza. Semua sekolah menengah terlibat kecuali Kolej Vokasional
Kota Tinggi dan SMK Agama Kota Tinggi.
1.8 Definisi Istilah / Operasional
1.8.1 Pembangunan Guru
Dalam kajian ini pembangunan guru merujuk kepada peningkatan
pengetahuan dan kemahiran guru dalam pelbagai bidang yang mana kajian ini
lebih menumpukan kepada aspek latihan , kemudahan fizikal, kenaikan
pangkat, teknologi yang disediakan oleh pihak berkenaan bagi mencapai
perkembangan yang lebih baik oleh guru dalam organisasi sekolah..
1.8.2 Latihan
Menurut kamus Dewan Pelajaran atau didikan untuk memahirkan atau
membiasakan. Dalam kajian ini latihan lebih menumpukan kepada aspek
latihan yang diterima dalam perkhidmatan mereka sama ada yang disediakan
oleh pihak sekolah atau pihak yang berkaitan bagi meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran guru dalam kerjaya mereka.
1.8.3 Kemudahan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kemudahan bermaksud
sesuatu yang memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha. Dalam konteks
kajian ini kemudahan dimaksudkan sebagai alat-alatan atau kemudahan yang
disediakan oleh pihak kerajaan atau sekolah untuk memudahkan guru dalam
12
semua proses pengajaran dan pembelajaran dan memberikan kesan kepada
perkhidmatan guru.
1.8.4 Prasarana/ fizikal
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat prasarana bernaksud
keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan yang perlu bagi pembangunan.
Dalam konteks kajian prasarana ialah kemudahan asas seperti bilik darjah,
peralatan, bilik-bilik khas dan sebagainya yang membantu dalam proses
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran.
1.8.5 Sumber manusia
Dalam kajian ini sumber manusia merujuk kepada guru yang
merupakan individu yang sentiasa dinamik untuk meningkatkan usaha dan
kreativiti melalui aspek latihan, kemudahan yang disediakan dan
mendapatkan pnghargaaan serta ganjaran daripada usaha atau aktiviti mereka
1.8.6 Ganjaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ganjaran bermaksud hadiah
untuk perbuatan yang baik. Dalam konteks kajian, ganjaran juga berbentuk
hadiah, penghargaan, ucapan terima kasih yang memberikan motivasi kepada
guru untuk melaksanakan tugas mereka.
13
1.8.7 Keupayaan
Dalam kajian ini istilah keupayaan ini lebih kepada bagaimana guru
berusaha untuk mengubah diri dan profesion mereka kepada yang lebih baik
dan memberi manfaat kepada organisasi iaitu sekolah.
1.8.8 Berubah
Dalam konteks kajian ini istilah berubah lebih menjurus kepada
perubahan yang positif diri guru melalui motivasi dan keinginan lebih
meningkatkan kerjaya mereka. Selain itu keupayaan untuk mengenalpasti
keperluan untuk berubah dan akhirnya berkompetansi untuk mengurus
perubahan dengan cemerlang iaitu merancang, melaksana dan menilai
perubahan. Dengan lain perkataan,persediaan minda untuk menerima
perubahan dan berubah adalah titik mula kepada proses mengurus
perubahan dengan cemerlang.
1.8.9 Motivasi
Dalam konteks kajian, motivasi lebih ditekankan kepada keinginan
guru untuk melakukan perubahan disebabkan oleh diri mereka, pihak
sekolah atau komuniti ( masyarakat). Guru akan berasa dihargai, diberi
peluang untuk terlibat dalam kecemerlangan murid, dan kepuasan bekerja.
Guru juga sentiasa berpandangan positif dalam melaksanakan tugas.
14
1.8.10 Prestasi
Dalam kajian ini ptrstasi yang dimaksudkan ialah pencapaian atau
peningkatan yang lebih baik dalam pekerjaan. Prestasi diukur melalui
tercapainya matlamat organisasi atau sekolah seperti mana yang telah
ditetapkan atau lebih baik daripada itu. Prestasi juga amat penting bagi
masyarakat membuat penilaian tentang pencapaian keseluruhan organisasi.
1.8.11 Sikap
Dalam kajian ini lebih menekankan perubahan tingkah laku positif
yang diperlukan oleh guru-guru di sekolah sama ada mereka berhadapan
dengan pentadbir atau juga dengan dasar yang digubal oleh kementerian.
1.8.12 Teknologi
Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan komputer, LCD,
internet, dan sebagainya. Penggunaan peralatan yang membantu proses
pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan tugas guru di sekolah.
1.9 Kerangka Konsep Kajian
Perhubungan antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah
bersandar boleh dilihat melalui rajah 1.1 di bawah:
15
Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian
Kerangka konseptual kajian dibina untuk melihat hubungan proses
pembangunan guru dan keupayaan guru untuk berubah di sekolah menengah
daerah Kota Tinggi. Menurut Mohd Najib (1999), kepentingan untuk
mengenal pasti pemboleh ubah kajian adalah sangat penting sebelum
membuat sesuatu kajian.
Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini adalah faktor-faktor demografi
seperti umur, jantina, kelulusan dan tempoh berkhidmat. Pemboleh ubah
bebas ini akan menyumbang kepada keupayaan guru untuk berubah.
Pemboleh ubah utama dalam kajian ini ialah proses pembangunan guru
seperti latihan, kemudahan prasarana, sumber manusia dan ganjaran . Oleh
kerana itu keupayaan guru berubah dianggap sebagai pemboleh ubah
bersandar. Keupayaan guru berubah diukur berdasarkan empat dimensi iaitu
motivasi, sikap , prestasi , dan teknologi.
Pemboleh ubah Bebas
*Demografi
-Jantina
-Tempoh perkhidmatan
Pemboleh ubah Bebas
* Pembangunan Guru
-Latihan
-Kemudahan prasarana
-Sumber Manusia
- Ganjaran
- Teknologi
Pemboleh ubah Bersandar
* Kemahuan Guru Berubah
- Motivasi
-Sikap
-Prestasi
16
1.9 Rumusan
Aspek pembangunan guru wajar diberi perhatian ke arah melahirkan
lebih ramai tenaga pengajar yang berkualiti dan berdedikasi semasa
menjalankan tugas sebagai pendidik. Hal ini seharusnya dilakukan secara
berterusan ke arah menjadikan sesebuah organisasi seperti sekolah menjadi
lebih berkesan. Kesibukan guru dalam melaksanakan tanggungjawab seiring
dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi semasa mengakibatkan
beberapa aspek yang berkaitan dalam soal pembangunan guru semakin tidak
diberikan perhatian yang serius oleh pengetua di sekolah.
Untuk itu Pengetua perlu lebih memberi perhatian dan tindakan segera
dalam aspek pembangunan guru dan perubahan guru. Pengetua serta pihak-
pihak yang berkenaan seharusnya tidak hanya memberi fokus terhadap satu-
satu bidang sahaja seperti pencapaian pelajar dan prestasi sekolah semata-
mata. Apa yang lebih utama ialah aspek membangunkan guru yang
seharusnya diberi perhatian sewajarnya agar guru-guru lebih berdaya saing
dan berupaya menjadi agen kepada pengurusan perubahan dalam dunia
pendidikan yang kian mencabar.