Download - bm2

Transcript

Bahasa Melayu Klasik.Ayat PanjangSyahadan akan panca persada itu yang sepangkat tempat segala anak raja memegang kipas dan yang sepangkat tempat segala anak menteri memangku puan dan kepada yang sepangkat tempat segala anak hulubalang memangku kendi dan sepangkat tempat segala anak orang yang besar-besar memangku perhiasan dan sepangkat tempat segala anak orang kaya-kaya memangku lilin dan yang sepangkat tempat segala anak dara-dara menyelampaikan teta(m)pan yang kekuningan dan / yang sepangkat tempat segala biti-biti perwara sekaliannya duduk mengadap baginda.Ayat berbelit-belitSyahadan ada yang memangku batil tempat bedak dan langir ,ada yang memangku kain tutup tubuh tuan puteri dan ada yang memangku ceper emas tempat rambut tuan puteri dan ada yang memangku tempat subang dan gelang cicncin tuan puteri dan ada yang memangku ceper nilam tempat minyak tuan puteri.Penggunaa dan atau yang banyak dalam sesuatu ayat.Sangatlah tuan aniaya kepada ayahanda orang tua ini melainkan haraplah ayahanda akan ampun dan kurnia tuan juga yang diperbanyak-banyak akan ayahanda orang tua yang bebal ini ; dan jikalau tiada tuan yang mengampuni dosa ayahanda daripada khilaf bebal ayahanda inilah tuan.Pengunaan kata arakin,hatta,adapun, dan syahdan.Hatta berapa hari lama-nya anak Raja Rum itu tiada berjumpa dengan siapa-siapa jua pun, maka Raja Merong Mahawangsa pun terlalu-lah mashghul-nya kerana ia suatu harapan yang besar kepada sultan Rum itu


Top Related