Download - Belilah Barangan Buatan Malaysia 2
-
7/28/2019 Belilah Barangan Buatan Malaysia 2
1/2
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA 2 - KEPENTINGAN
KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN TEMPATAN
Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju
selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan
kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma.
Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan
ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang
buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi
kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat,
wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi
kehendak pasaran. Oleh itu, kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia perludiuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak
menganaktirikan produk sendiri.
Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat
mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak
akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan
tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan
meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya rakyat
Malaysia mengubah tanggapan negatif yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik
daripada barangan tempatan. Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan
membeli produk tempatan, kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripadamengalir ke luar negara.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan
pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal
berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal
bergaya dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup
berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata
sahaja bagi barangan tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding
dengan kualiti sesuatu produk. Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah
kualitinya juga setanding dengan barangan import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional
yang berkualiti seperti Myvi, Viva kini Inspira. Tuntasnya, pembelian barangan tempatandapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia.
http://1.bp.blogspot.com/-RSjISWWjqc8/TmNOzaZmB3I/AAAAAAAAAC4/HOSREjbw-OY/s1600/Logo-Pilihan-Bijak.jpg -
7/28/2019 Belilah Barangan Buatan Malaysia 2
2/2
Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu
berdiri di atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin
kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas
menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar
dengan wawasan negara. Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membelibarangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera.
Dalam hal ini, bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia haruslah menjayakan
kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020
nanti.
Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri.
Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang
akan terjadi kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri
malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang
begitu memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan
tempatan. Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import.Jadi, belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa
sendiri.
Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan
kepada rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah,
mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia
perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan
negara. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam
menjayakan kempen ini kerana Bersatu teguh, Bercerai Roboh. Tanpa komitmen dan
sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk
tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.