Download - Assignment Ekonomi GMGF2014
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
TAJUK : KESAN PENGGUNAAN TENAGA ASING KEPADA EKONOMI
NEGARA
1.0 PENGENALAN
Menjelang 2020, negara Malaysia telah meningkatkan daya kompetitifnya baik
dari segi infrastruktur, keupayaan modal dan kualiti sumber manusia untuk
memenuhi aspirasi negara bagi menjadi sebuah negara maju. Untuk merealisasikan
hasrat tersebut, prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerja merupakan faktor yang
sangat signifikan bagi memastikan hasil kerja yang memuaskan. Menurut statistik,
kadar pengangguran di Malaysia semakin meningkat dan terdapat seramai 80,000
graduan yang menganggur di seluruh negara. Isu lain termasuklah kebanjiran
pekerja-pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengurangkan penggunaan pekerja
asing antaranya dengan menggalakkan sektor-sektor industri menggunakan
automasi. Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini pelaksanaan proses automasi
tersebut agak lambat memandangkan proses menagautomasikan operasi
memerlukan modal yang tinggi. Di Jepun contohnya, operator mengendalikan
perkhidmatan gudang di pelabuhan paling ramai 50 pekerja tetapi di gudang
Malaysia memerlukan di antara 400 dan 500 pekerja.
Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid berpandangan
bahawa Malaysia menjadi pilihan utama pekerja asing kerana Malaysia dilihat mesra
oleh semua bangsa dan agama. Pekerja-pekerja asing ini juga sedar bahawa
Malaysia bergantung harapan kepada khidmat mereka. Mereka telah menjadi salah
satu dari komponen penting di dalam ekonomi Malaysia. Mereka membina
bangunan-bangunan pejabat, menyembelih binatang ternakan, menurap lebuhraya,
mengawal kompleks perumahan dan juga menjadi pembantu rumah. Pekerjaan-
pekerjaan ini adalah tidak sanggup dikerja oleh warga Malaysia terutamanya
generasi muda. Pihak majikan lebih rela mengambil perkerja asing kerana mereka
lebih bekerja kuat dan menunjukkan prestasi kerja yang baik dengan upah yang
sedikit. Tambahan pula, kos mengambil warga tempatan bekerja adalah 15% lebih
mahal berbanding pekeja asing.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Dengan mengambil buruh asing, majikan tidak terbeban membayar caruman
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan malahan tidak perlu menanggung
perbelanjaan kesihatan. Laporan Human Right News menunjukkan pekerja asing
majoriti menunjukkan prestasi kerja yang baik kerana takut permit mereka dihentikan
oleh majikan dan dihantar pulang ke negara asal.
Kebanyakan rakyat negara ini sering menghubungkan kejadian jenayah
seperti pecah rumah, kecurian, rompakan dan peras ugut dengan warganegara
asing terutamanya buruh asing dari Indonesia. Dengan demikian penduduk tempatan
sering berasa terancam dan tidak tenteram lebih-lebih lagi apabila mereka tinggal di
kawasan yang menjadi pusat buruh asing. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar telah
menyentuh topik ini dalam Laporan Parlimen Kesebelas 2005. Menurut beliau, kes
bunuh yang melibatkan buruh asing pada tahun 2003 dan tahun 2004 meningkat
kepada 320 kes dan sehingga bulan April tahun 2005 sudah melibatkan 43 kes.
Begitu juga kes-kes yang melibatkan kecederaan seperti seksyen 324, pada tahun
2003 hingga 2004 kesnya meningkat daripada 192 kes kepada 291 kes. Ini
bermakna pertambahan kes melibatkan kecederaan ini adalah sebanyak 51.5%.
Statistik telah menunjukkan jenayah dalam kalangan buruh asing amat tinggi.
Kira-kira 50% daripada 49,000 banduan yang ditahan di penjara di seluruh Malaysia
adalah warga asing dan kebanjiran mereka memburukkan lagi masalah kesesakan di
tempat tahanan (Berita Harian, 2007, Julai 22). 55% jenayah yang dilakukan ialah
jenayah berat seperti membunuh, ragut, rogol dan samun. Bekas Menteri Dalam
Negeri Azmi Khalid berulangkali mengatakan pendatang asing ini sebagai
“menggugat keselamatan negara”. Data-data yang dibincangkan ini membuktikan
bahawa pekerja asing semakin tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik dalam
pekerjaan masing-masing dan sebaliknya mereka melibatkan diri dalam kegiatan
yang negatif.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Walaupun begitu, permintaan terhadap tenaga asing ini tetap meningkat
kerana peranan mereka amat penting dalam sektor-sektor tertentu seperti
pembinaan, perladangan dan domestik meskipun pekerja asing ini mendatangkan
masalah dan terlibat dalam jenayah yang membimbangkan masyarakat.
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Oleh kerana kekurangan tenaga kerja tempatan, Malaysia berusaha
menampung kekurangan tenaga kerja tersebut dengan mengimport tenaga kerja
asing dari negara luar seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh dan sebagainya untuk
memenuhi permintaan perindustrian bagi membangunkan ekonomi negara. Kajian ini
bertujuan untuk melihat kesan serta faktor penggunaan tenaga kerja asing terhadap
ekonomi negara.
3.0 KAJIAN LITERATUR
Malaysia merupakan pengimport buruh asing terbesar di rantau Asia. Menurut
lagi, dua puluh peratus daripada tenaga kerja di Malaysia adalah terdiri daripada
warga asing. Sebahagian tenaga asing ini ditempatkan di dalam bidang pembinaan,
perladangan dan perkhidmatan domestik. Pada tahun 2004, seramai setengah juta
pendatang asing tanpa izin telah dihantar balik ke negara masing-masing dan
keadaan ini telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada beberapa
industri yang terlibat.
Kemasukan buruh asing memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi,
peluang pekerjaan dan kadar upah yang diterima oleh pekerja tempatan. Kesan ini
berbeza di antara setiap negara bergantung kepada campur tangan kerajaan,
peranan kesatuan sekerja, pencapaian pendidikan dan kemahiran di kalangan
penduduk tempatan. Chiswick (1983) di dalam kajiannya mendapati bahawa pada
mulanya kesan kemasukan buruh asing ke dalam pasaran buruh Amerika Syarikat
tidak menjejaskan kadar upah dan peluang pekerjaan bagi pekerjaan tempatan,
tetapi lama-kelamaan buruh asing berkenaan bermastautin di Amerika Syarikat
menyebabkan kadar upah dan peluang penduduk tempatan semakin merosot.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Keadaan semakin meruncing apabila semakin ramai buruh asing tanpa izin dibawa
masuk ke dalam pasaran Amerika Syarikat.
Kajian sama oleh Lodge dan Moncarzs (1984) mendapati bahawa kedatangan
awal pendatang Cuba-Amerika di Selatan Florida sebelum tahun 1970-an telah
memberikan sumbangan besar terhadap pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut.
Di Asia pula, perubahan struktur ekonomi dan kesannya terhadap kemasukan
pekerja asing menampakkan keadaan yang tidak jauh berbeza dengan situasi yang
dialami di Amerika Syarikat dan di Eropah. Perubahan struktur ekonomi di kawasan
ini telah menyebabkan permintaan terhadap buruh asing bertambah dengan cepat,
terutama di negara-negara yang berjaya menjadi pengekspot utama keluaran dunia,
seperti Jepun dan Korea Selatan. Di Jepun misalnya, import tenaga kerja asing
kurang mahir bermula sejak pertengahan tahun 1980-an.
Di Malaysia, kemasukan tenaga asing bermula selepas perjanjian
persefahaman antara Malaysia-Indonesia. Import buruh asing yang berasal dari
Indonesia ini adalah bertujuan bagi mengisi kekurangan tenaga kerja yang berlaku
dalam sektor pertanian, khususnya sektor perladangan. Kekurangan buruh ini begitu
kritikal sehingga menjejaskan pengeluaran sektor berkenaan. Kajian oleh United
Planters Association of Malaysia (UPAM) mendapati bahawa sub-sektor perladangan
getah dan kelapa sawit mengalami kerugian sebanyak RM370 juta antara tahun
1980-1985 sebagai ekoran daripada kekurangan pekerja dalarn sektor berkenaan.
Dalam usaha untuk maju dan mencapai sasaran menjadi negara
berpendapatan tinggi, timbul persoalan sama ada Malaysia masih memerlukan ramai
buruh asing tidak mahir. Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
Mohd Jafar Abdul Majid berkata tidak dinafikan pekerja asing telah menyumbang
kepada perkembangan ekonomi negara, terutama dalam sektor yang mengalami
masalah kekurangan pekerja seperti pembinaan dan peladangan. Menurut beliau
lagi, ekonomi kita dipenuhi dengan pekerja asing tidak mahir atau mempunyai
kemahiran yang rendah menyebabkan ia tidak dapat memberi sumbangan bermakna
kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Laporan Ekonomi 2010/2011 mencatat terdapat 1.8 juta pekerja asing
berdaftar di Malaysia dengan 38.2 peratus bekerja dalam sektor pembuatan, 16
peratus dalam pembinaan dan 14.2 peratus dalam sektor peladangan.
Indonesia menyumbang bilangan pekerja asing berdaftar paling tinggi di Malaysia
iaitu 50.9 peratus diikuti Bangladesh dengan 17 peratus, Nepal (9.7 peratus,
Myanmar (7.8 peratus), India (6.3 peratus) dan Vietnam (4.2 peratus).
Bagaimanapun kebergantungan yang tinggi terhadap buruh asing bukan
hanya dialami di Malaysia, malah turut dihadapi negara-negara yang mempunyai
kadar pertumbuhan tinggi seperti Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.
Seorang ketua penyelidik di Institut Pengajian Asia-Timur, Universiti Malaysia
Sarawak Dr Awang Azman Awang Pawi berkata pertumbuhan ekonomi yang pesat
dalam dua dekad lepas membawa kepada taraf kehidupan yang lebih tinggi dan
menyumbang kepada ketiadaan minat penduduk tempatan terhadap sektor 3D
(kotor, taraf rendah, bahaya), yang akhirnya diisi pekerja asing tidak mahir.
Sejak 1980-an, ekonomi Malaysia banyak didorong oleh sektor pembuatan
berorientasikan eksport, terutama elektronik. Kerajaan, yang melihat pekerja asing
sebagai sumber buruh yang murah yang boleh meningkatkan daya saing eksport
negara telah menggalakkan pengambilan buruh asing pada tahun 1990-an.
Hasilnya, pengilang tempatan menikmati bekalan tetap buruh asing untuk dua dekad
lepas, dan Malaysia dapat mengekalkan daya saingnya. Beberapa pakar ekonomi
berkata ketika dasar liberal Malaysia mengenai pekerja asing sebelum ini membantu
negara mengekalkan daya saingnya, dasar itu turut menyumbang kepada situasi
yang memerangkap negara dalam keadaan pendapatan sederhana.
Prof Datuk Dr Mohamed Ariff dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia
percaya bahawa jika negara membenarkan kebanjiran pekerja asing, pengilang
tempatan terpaksa lebih inovatif bagi meningkatkan produktiviti untuk mengekalkan
daya saing mereka. Beliau menyatakan bahawa kebergantungan yang terlalu banyak
terhadap pekerja asing boleh membawa kesan yang memudaratkan dan disebabkan
itulah kerajaan mencari jalan untuk mengurangkan kebergantungan kepada mereka.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Kebergantungan ini tidak boleh ditamatkan dalam masa satu hari
memandangkan penghantaran pulang secara mendadak pekerja asing boleh
memberi kesan serius terhadap ekonomi terutama dalam sektor-sektor seperti
pembuatan, pembinaan dan peladangan. Usaha kerajaan untuk mengurangkan
kebergantungan negara terjadap pekerja asing kurang mahir sentiasa dijalankan,
seperti yang terbukti dalam pengurangan secara beransur-ansur jumlah pekerja
asing berdaftar sejak dua tahun lepas.
Sasaran kerajaan ialah untuk mengurangkan jumlah pekerja asing kepada 1.5
juta orang menjelang 2015. Kebanyakan pakar ekonomi merasakan apa yang
diperlukan negara kini ialah pekerja mahir atau yang mempunyai kemahiran tinggi,
bukannya pekerja asing tidak mahir dan murah. Persekutuan Persatuan China
Malaysia (Huazong) berkata pekerja asing masih diperlukan tetapi apa yang
kerajaan perlu lakukan ialah menyeragamkan penguatkuasaan terhadap pendatang
tanpa izin oleh pelbagai agensi penguatkuasaan.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Di antara objektif
kajian ini adalah seperti berikut :-
4.1 Mengenalpasti kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang penggunaan
tenaga asing terhadap ekonomi negara.
4.2 Mengkaji faktor kebanjiran pendatang asing dalam pasaran Malaysia.
4.3 Mengkaji persepsi majikan terhadap pengaruh pengambilan pekerja asing
berbanding penduduk tempatan.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
5.0 HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis yang diuji di dalam kajian ini adalah seperti berikut :-
5.1 Penggunaan buruh asing dalam jangka masa panjang akan memberi kesan
negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini, saya menggunakan borang kaji selidik dan temubual
terhadap responden yang merupakan penjawat awam berusia dalam lingkungan 20
tahun hingga 35 tahun. Izham (2000) menyatakan bahawa kaedah borang kaji selidik
mempunyai banyak kelebihan iaitu responden boleh mengambil masa yang sesuai
untuk menjawab soalan dan memberikan maklumat yang lebih baik kepada pengkaji.
Temubual pula digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan lebih
lanjut sekiranya maklumat yang diterima di dalam borang kaji selidik kurang jelas.
6.1 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Populasi kajian terdiri daripada penjawat awam yang bekerja di sekitar Sri
Aman. Persampelan rawak akan dilakukan terhadap responden yang terdapat dalam
populasi.
6.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
a. Borang soal selidik
Borang soal selidik adalah berpandukan borang soal selidik yang diolah bagi
mendapatkan maklumat yang dikehendaki berasaskan kajian. Sebanyak 30 keping
borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang telah dipilih melalui
persampelan rawak.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
b. Temubual
Di samping borang soal selidik, maklumat juga diperolehi dengan
menggunakan kaedah temubual secara terus dengan responden yang telah dipilih.
Kaedah ini dijalankan bagi individu yang tidak mempunyai masa atau kurang faham
untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik.
Soalan yang dikemukakan adalah sama seperti soalan di dalam borang soal selidik.
c. Sumber lain
Sumber lain merupakan maklumat lain yang diperolehi daripada buku rujukan,
majalah, jurnal, keratan akhbar dan kajian-kajian lepas. Maklumat-maklumat
daripada internet juga digunakan dalam pengumpulan data bagi kajian literature.
6.3 REKABENTUK SOALAN KAJI SELIDIK
Borang soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian A,
bahagian B dan bahagian C.
Bahagian A
Bahagian ini terdiri daripada latar belakang klien seperti umur, jantina, pekerjaan dan
pendidikan responden.
Bahagian B
Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan kesan penggunaan pekerja asing
terhadap ekonomi negara. Soalan bahagian ini adalah untuk mengkaji objektif utama
kajian iaitu mengenalpasti kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang
penggunaan tenaga asing terhadap ekonomi negara. Terdapat lima pilihan jawapan
berdasarkan tahap kesan pekerja asing terhadap ekonomi negara mengikut
pandangan responden dengan skor seperti dalam jadual 1.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Jadual 1 : Skala Likert untuk mengetahui kesan pekerja asing terhadap ekonomi negara.
Skala Skor
Sangat setuju 5
Setuju 4
Tidak pasti 3
Tidak setuju 2
Sangat tidak setuju 1
Bahagian C
Bahagian ini pula untuk mengetahui pandangan responden terhadap kesan-kesan
kehadiran pekerja asing terhadap ekonomi negara mengenai kualiti dan kos kerja
melibatkan pekerja asing. Selain itu, perbandingan kualiti dan kos kerja di antara
pekerja asing dan pekerja tempatan mengikut pandangan responden.
7.0 ANALISIS KAJIAN
Demografi responden iaitu Bahagian A dalam soalan kaji selidik menunjukkan
bahawa sebanyak 16.7 % responden adalah berumur 20 hingga 25 tahun, 40%
berumur 26 hingga 30 tahun dan 43.3% berumur 31 hingga 35 tahun. Daripada 30
orang responden 25 orang merupakan responden lelaki iaitu mewakili 83.3% dan
selebihnya 5 orang atau 16.7% adalah responden wanita. 10% daripada responden
mempunyai latar belakang pendidikan ijazah/sarjana/pHD, 23.3% berlatar belakang
pendidikan STPM/diploma dan selebihnya 66.7% mempunyai pendidikan SPM.
Semua responden iaitu 100% terdiri daripada pekerja dalam sektor awam.
Untuk Bahagian B, jumlah kekerapan skor responden ditunjukkan dalam jadual di bawah.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Soalan
Sangat
setuju
(5)
Setuju
(4)
Tidak
pasti
(3)
Tidak
setuju
(2)
Sangat
tidak
setuju
(1)
Jumlah
1 13 15 1 1 0 30
2 11 14 3 1 1 30
3 8 7 1 13 1 30
4 13 7 0 9 1 30
5 8 14 2 6 0 30
6 2 11 5 6 6 30
7 6 11 3 7 3 30
8 7 16 3 3 1 30
9 11 11 3 2 3 30
10 19 10 0 0 1 30
Daripada jadual di atas, skor tertinggi bagi soalan satu adalah skor 4 iaitu
seramai 50% orang responden bersetuju bahawa pekerja asing banyak digunakan
dalam sektor pembinaan. Sejak pengambilan tenaga asing ke dalam pertumbuhan
ekonomi negara, sektor pembinaan merupakan sektor yang paling banyak
menggunakan tenaga asing terutamanya pekerja tidak mahir yang bekerja di tapak
pembinaan. Manakala 47% responden bersetuju kos gaji yang lebih murah
menyebabkan majikan cenderung menggunakan tenaga kerja asing berbanding
pekerja tempatan.
Walaubagaimanapun, 43% responden tidak bersetuju dengan kenyataan
bahawa penggunaan tenaga asing boleh membantu pembangunan ekonomi negara.
Seperti yang kita semua tahu, pengambilan pekerja asing adalah bertujuan untuk
menampung kekurangan tenaga kerja disebabkan tenaga kerja daripada pekerja
tempatan adalah tidak mencukupi. Kajian mendapati bahawa kekurangan tenaga
asing telah menyebabkan negara mengalami kerugian. United Planters Association
of Malaysia (UPAM) dalam kajiannya mendapati bahawa sub-sektor perladangan
getah dan kelapa sawit mengalami kerugian sebanyak RM370 juta antara tahun
1980-1985 sebagai ekoran daripada kekurangan pekerja dalarn sektor berkenaan.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Negara juga mengalami masalah pengangguran di kalangan graduan yang
agak membimbangkan. Terdapat sesetengah pihak menuding jari menuduh bahawa
graduan Malaysia terlalu memilih pekerjaan. Ada pihak yang menyatakan bahawa
peluang kerjaya ini telah dirampas oleh pekerja asing yang ternyata lebih mahir dan
berpengalaman berbanding graduan yang baru menamatkan pengajian. Daripada
soalan kaji selidik, 43% peratus responden sangat bersetuju bahawa antara faktor
pengangguran di kalangan graduan adalah disebabkan pengambilan pekerja asing
mahir yang terlalu berleluasa hingga menyekat peluang rakyat tempatan untuk
mencipta peluang kerjaya dan mencari pekerjaan.
Namun, masih tidak dinafikan bahawa kadar pengangguran yang tinggi di
kalangan rakyat tempatan juga didorong oleh faktor pekerja asing yang ramai. 70%
responden setuju bahawa rakyat tempatan terutama golongan muda terlalu memilih
pekerjaan dan tidak mahu bekerja dalam sektor pembinaan sebagai pekerja
pembinaan atau sebagai pekerja di ladang sawit mahupun sebagai pembantu rumah.
Situasi ini menyebabkan kerajaan terpaksa menggunakan tenaga asing bagi
memenuhi keperluan negara.
8.0 PERBINCANGAN KAJIAN
Kemasukan buruh asing meninggalkan kesan ke atas ekonomi negara
secara makro dalam jangka masa pendek dan panjang. Dalam jangka pendek,
pengambilan pekerja asing dalam industri berasaskan buruh secara sementara akan
membantu untuk mengurangkan masalah kekurangan buruh, mengurangkan kos
buruh dan memastikan Malaysia kekal bersaing dalam perindustrian. Dari segi
jangka panjang, buruh asing akan menghalang penstrukturan ekonomi negara.
Penggunaan tenaga asing secara berterusan dan tidak dikawal akan menghalang
penstrukturan penstrukturan ekonomi dari berinsentifkan buruh, penggunaan
teknologi yang rendah dan keadaan upah yang rendah kepada industri yang
berinsentifkan modal, penggunaan teknologi yang tinggi, meningkatkan tahap
kepakaran dan kemahiran serta industri yang boleh meningkatkan upah yang tinggi.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Kesan positif kedatangan buruh asing ialah mengisi kekosongan tenaga
buruh. Sektor pembinaan dan perkilangan mengalami kekurangan buruh kerana
tidak diminati oleh penduduk tempatan. Kini, kekosongan itu diisi oleh buruh asing
yang sanggup bekerja dengan upah yang rendah.
Selain itu, mengelakkan kenaikan kos buruh juga merupakan kesan positif
kedatangan buruh asing. Kemasukan buruh asing menyebabkan penawaran tenaga
buruh bertambah. Keadaan ini mengelakkan kos buruh meningkat kerana
permintaan buruh diimbangi dengan kemasukan buruh asing. Kos buruh yang pada
umumnya murah menarik pelabur datang ke Malaysia. Keadaan ini seterusnya
membantu meningkatkan ekonomi negara.
Tambahan pula, kesan positif kedatangan buruh asing ialah meningkatkan
perkhidmatan awam. Untuk mengelakkan kebergantungan terhadap buruh asing,
kerajaan mencari alternatif lain. Di antaranya ialah memperkenalkan sistem layan diri
dan memperkenalkan teknologi moden dalam sektor-sektor tertentu supaya tidak
terlalu bergantung kepada tenaga buruh. Pemalsuan dokumen menyebabkan
kerajaan menyediakan peralatan yang lebih canggih bagi mengesan penipuan di
samping mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan menutup kelemahan di dalam
perkhidmatan awam.
Walaubagaimanapun, kedatangan pekerja asing juga membawa kedan negatif
seperti mewujudkan persaingan dengan buruh tempatan. Kedatangan buruh asing
telah menutup peluang pekerjaan penduduk tempatan. Sikap sesetengah majikan
yang suka mengambil pekerja asing disebabkan upah yang rendah dan
kesanggupan mereka bekerja dalam pelbagai situasi menyebabkan buruh tempatan
sukar bersaing dengan buruh asing.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Selanjutnya, menambahkan perbelanjaan negara juga merupakan salah satu
kesan negatif kedatangan buruh asing. Kos penahanan di pusat-pusat tahanan dan
kos penghantaran pulang buruh asing terpaksa dibiayai oleh kerajaan. Kemudahan
awam turut digunakan oleh buruh asing. Kos penyelenggaraan terpaksa ditanggung
oleh kerajaan. Kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk pembangunan
bagi menampung kos-kos ini. Kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kos
malah tidak mendapat pulangan dsri segi cukai pendapatan dan sebagainya. Malah
ini menyebabkan pengaliran wang Malaysia ke negara luar tanpa dapat dikawal.
Masalah politik juga merupakan kesan negatif kedatangan buruh asing.
Menambahkan bilangan masyarakat majmuk. Kemasukan mereka juga
mencerminkan kelemahan sistem pentadbiran kerajaan. Wujudnya sindiket
pemalsuan dokumen, pemalsuan kad pengenalan dan sebagainya boleh menggugat
keselamatan negara.
9.0 KESIMPULAN
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan pekerja asing boleh
memberi kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara. Oleh itu, untuk
mengurangkan kesan tersebut dan umumnya kebergantungan terhadap pekerja
asing ini, beberapa langkah adalah dicadangkan.
Perkembangan industri pembuatan pada masa akan datang tidak boleh
bersaing hanya berasaskan kepada penggunaan tenaga asing sahaja, tetapi harus
juga berasaskan kepada penggunaan teknologi tinggi dan intensiti modal dalam
proses penge luarannya. Penggunaan teknologi yang bersifat intensif modal, pada
asasnya boleh menjimatkan penggunaan buruh asing peringkat rendah, namun
keadaan ini belum berjalan dengan baik di Malaysia. Oleh itu, penggunaan teknologi
yang boleh menjimatkan penggunaan buruh secara meluas, seperti penggunaan
mesin numerikal berkomputer, reka bentuk berbantukan komputer, pembuatan
berbantukan komputer dan robotik perlu ditingkatkan di masa yang akan datang.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Malahan, seiring dengan k-ekonomi, perkembangan industri pembuatan di
masa depan bukan Jagi bergantung kepada penggunaan input yang banyak untuk
meningkatkan output, tetapi bagaimana menggunakan input secara cekap,
terutamanya penggunaan pekerja berkemahiran dan profesional. Bagaimanapun
arnalan penggunaan pekerja yang ada sekarang menunjukkan kurangnya kesedaran
di kalangan pengusaha untuk menggunakan pekerja mahir dan profesional dalam
proses pengeluarannya, khususnya dalam industri berat yang bersifat intensif modal
fizikal. Oleh itu, kesedaran mengenai erti pentingnya peranan pekerja dengan
kemahiran profesional perlu diberi kan kepada pengusaha-pengusaha.
10.0 RUJUKAN
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Abdullah dan Mohd, S. A. 1992. Sejarah Ekonomi Beberapa Aspek Ekonomi Brunei
Dari Tahun 1906 hingga Akhir Tahun 1941.Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam.
Agrawal,P. 2000. Economic impact of foreign direct investment in South Asia. World
Bank, Washington D.C.
Bank Negara Malaysia. 1999. The Central Bank and the Financial System in
Malaysia: a Decade of Change. Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Belderbos, R. dan Sleuwaegen, L. 1998. Tariff jumping DFI and export substitution:
Japanese electronics firms in Europe. International Journal of Industrial
Organization, Elsevier 16(5) : 601-638
De Mello, L.R. dan Fukasaku, K. 2000. Trade and foreign direct investment in Latin
America and Southeast Asia: temporal causality analysis. Journal of
International Development 12(7):903-924
Ghazali, A. 1990. An empirical evaluation of the effects of foreign capital inflows on
the economy of Malaysia, 1961–1986. PhD thesis, International Development
Center, University of Manchester, Manchester.
Gujarati, D. & Porter, D. 2009. Basic Econometrics 5th Edition. McGraw Hill,
Singapore.
Hakip dan Sabullah. 1984. Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Brunei Dari
Tahun 1906-1959. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
International Monetary Fund. 1993. Balance of Payment Manual 5th Edition.
International Monetary Fund, Washington D.C.
Karimi, Mohd S. dan Yusop, 2009. FDI and economic growth in Malaysia. Munich
Personal RePEc Archive Paper No. 14999. Munich.
S210533
GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Kinoshita, Y. 1998. Technology spillover through foreign direct investment, The
Center for Economic Research and Graduate Education - Economic Institute
Working Paper Series No. 139. Prague
Markusen, J.R. 1995. The boundaries of multinational enterprises and the theory of
international trade. Journal of Economic Perspectives 9(2):169-89.
Miles, R. Capitalism and Unfree Labour: Anomaly or necessity?. London: Tavistock
Publications, 1987.
Mohd Ridauddin et al, 2008. Foreign Direct Investment in Malaysia – Findings of the
Quarterly Survey of International Investment and Service. Jabatan Perangkaan
Malaysia, Putrajaya.
Noor, A.K. 2000. A typology of Malaysia’s trade flows (1990 -1997): Structural shifts
in the merchandise trade balance. Journal of Economics and Managemen 8
2(2000) :109-38. IIUM Malaysia.
Noralipah, M. 2001. Pekerja Asing di Negara Brunei Darussalam: Kes Kajian Pekerja
Filipina, Latihan Ilmiah, Universiti Brunei Darussalam.
Phang H.E. 1998. Foreign Direct Investment a study of Malaysia’s Balance of
Payment Position. Pelanduk Publication, Kuala Lumpur
Sjoholm, F. 1999. Productivity growth in Indonesia: The role of regional
characteristics and direct foreign investment. Economic Development and
Cultural Change, University of Chicago Press 47(3): 559-84
Sumaffiatiee, S. 2003. Kesan dan peranan pelaburan lansung asing ke atas
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kertas Penyelidikan Sarjana, UUM, Sintok.
Unit Perancang Ekonomi, 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011 - 2015.
Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Wong, H. K. dan Jomo, K.S. 2005. Before the storm: The impact of foreign capital
flows on the Malaysian economy, 1966-1996. Journal of the Asia Pacific
Economy 10(1):56-69.
S210533