Download - ASGMNT KAJIAN TINDAKAN
PENGENALAN
Setiap manusia yang hidup di bumi Allah ini ada masalahnya sendiri. Tidak kira dalam
apa keadaan sekalipun masalah tetap akan dihadapi.
• Menurut Majid (1998) masalah itu boleh terdiri daripada banyak bidang seperti
masalah disiplin, masalah ponteng sekolah, masalah dalam pembelajaran dan
sebagainya.
• Maka, setiap masalah ini perlu kepada langkah penyelesaiannya dengan segera.
Justeru itu, dengan penyelesaian masalah itu membolehkan kita membuat keputusan.
Mengapa Kita Menyelidik?
• Najib (2002) menjelaskan sesuatu penyelidikan perlu dilakukan kerana;
1. Mencari kebenaran daripada masalah yang timbul
2. Menyelesaikan sesuatu masalah secara sistematik
3. Meramalkan kejadian pada masa akan datang berdasarkan fungsi dan jenis
sesuatu penyelidikan itu.
• Menurut Najib (2002) manusia mendapat kebenaran melalui 3 cara iaitu;
1. Pengalaman sendiri
2. Pandangan pakar, norma masyarakat dan undang-undang negara
3. Perbincangan berdasarkan akal logik
Ketiga-tiga proses ini digabung oleh penyelidik dan ia dikenali sebagai penyelidikan
saintifik.
• Manakala menurut Azizi (2004) penyelidikan perlu dilakukan kerana;
1. Menambah dan memperluaskan maklumat
2. Mengesahkan sesuatu fakta
3. Menyelesaikan sesuatu masalah dan sekaligus mendapat keputusan
4. Menghasilkan ilmu baru, menyebar dan meningkatkan ilmu
1
1.0 PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
• Menurut Azizi (2002) penyelidikan bermaksud suatu perlaksanaan kegiatan yang
dilakukan secara sistematik untuk mengumpul, mengolah dan menyimpan data dengan
menggunakan metod tertentu dalam membuat perangkaan dan perincian bagi mencari
jawapan terhadap permasalaan yang dihadapi.
a.Konsep Kajian Tindakan
Craig (2004) mensifatkan kajian tindakan sebagai “research for the sake of taking
action.”
– Amalan guru;
– Tinjauan tentang perkaedahan dalam sesuatu persekitaran;
– Penyelidik meninjau sesuatu situasi; dan
– Gambaran yang benar tentang sesuatu persekitaran
Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Penglibatan
(pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah
pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru.
Dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja,
menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion
perguruan.
(Hanipah Hussin : 2001)
Budaya penyelidikan dalam kalangan guru yang cuba dipupuk melalui projek kajian
tindakan merupakan satu kepercayaan dan nilai yang mementingkan kualiti dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran, akauntabiliti serta berpegang kepada konsep
penambahbaikan yang berterusan dalam suasana kerja yang kolaboratif. Guru-guru
yang mempunyai budaya penyelidikan adalah guru-guru yang bersikap positif terhadap
penyelidikan, celik penyelidikan (research literacy) iaitu mempunyai pengetahuan dan
2
kemahiran penyelidikan. Mereka sentiasa melaksanakan kajian tindakan sama ada
secara individu atau kolaboratif, bersifat kritis, reflektif, bertanggungjawab serta
berkongsi pengalaman dan dapatan kajian, melakukan penilaian kendiri serta
melibatkan diri dalam penyelesaian masalah dan peningkatan profesionalisme.
(Jamil 2002)
Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang
dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai
penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk
membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan
kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Melibatkan proses merancang, melaksana, memerhati dan mereflek.
Kajian / penyelidikan merupakan satu proses dan langkah-langkah yang digunakan
untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapatkan dan meningkatkan
kefahaman ke atas sesuatu isu.
Carr dan Kemmis (1986), menyatakan bahawa Kajian Tindakan adalah suatu bentuk
refleksi kendiri melalui aktiviti penyelidikan untuk memperbaiki dan memahami amalan
dansituasisosial.
Lomax (1994), Kajian Tindakan adalah dasar yang penting untuk inovasi pendidikan
yang membolehkan guru melakukan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.
3
b.Konsep Kajian Tindakan dalam Pendidikan
Kehidupan manusia sering melibatkan proses melakukan penyelidikan. Sebagai
contohnya, dalam bidang pendidikan khususnya dalam kurikulum di sekolah, guru-guru
sering terdedah kepada berbagai-bagai situasi kompleks yang berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Jika guru ingin mengkaji situasi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah atau bilik darjah, ia seharusnya memperolehi pengetahuan
dan kemahiran asas mengenai kaedah dan teknik penyelidikan bagi menyelesaikan
atau membuat penambahbaikan terhadap sesuatu isu. Kajian Tindakan adalah satu
kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan guru sebagai penyelidik dengan niat
untuk memperbaiki kualiti amalan guru melalui refleksi dan inkuiri.
1.1 Jenis-jenis Penyelidikan
Terdapat empat jenis penyelidikan iaitu penyelidikan asas, penyelidikan gunaan,
penyelidikan tindakan dan penyelidikan penilaian. Huraian di bawah menerangkan
setiap daripada penyelidikan tersebut.
1.1.1 Penyelidikan Asas
Penyelidikan asas merupakan suatu penyelidikan yang berasaskan kepada
penyiasatan dan analisis yang berfokuskan kepada kefahaman sesuatu subjek,
fenomena atau keadaan semulajadi tetapi tidak memerlukan rawatan ataupun
penyelesaian. Pada amnya, penyelidikan asas adalah untuk memperluaskan
pengetahuan sedia ada serta menambahkan maklumat mengenai masalah yang
hendak dikaji dan ianya dijalankan sebelum menjalankan kajian selanjutnya
(Rosinah,2011).
4
1.1.2 Penyelidikan Gunaan
Penyelidikan gunaan merupakan penyelidikan yang digunakan untuk menyelesaikan
masalah yang lebih praktikal. Ianya bukan digunakan untuk tujuan menambah ilmu
pengetahuan tetapi lebih kepada menyelesaikan situasi kemanusian (humancondition).
Penyelidikan gunaan dijalankan untuk menerokai dan mengenalpasti masalah bagi
tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan
(Rosinah,2011).
Sebagai contoh penyelidikan gunaan mengkaji cara-cara:
- memperbaiki pengeluaran tanaman
- merawat penyakit
-menambah baik kecekapan penggunaan tenaga di rumah, pejabat atau pengangkutan.
1.1.3 PenyelidikanTindakan
Definisi
Penyelidikan tindakan telah mendapat tempat yang baik dalam bidang pendidikan
terutamanya dalam konteks perkembangan profesionalisme dan pembuat keputusan
berasaskan data. (Othman,2011).
Ia biasanya digunakan untuk menyelesaikan masalah social (organisasi) ataupun
fenomena dalam jangkamasa yang singkat (Lewin,1964);
Ini termasuklah bidang-bidang seperti bidang perubatan, keselamatan, pendidikan dans
ebagainya. Tujuan melakukan penyelidikan tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti
sesuatu amalan bagi pengamal ataupun individu yang terlibat dengan situasi social
berkenaan bagi memperbaiki kefahamannya tentang sesuatu peristiwa, situasi dan
masalah agar keberkesanan amalan dapat diperbaiki (Chua,2006).
5
Banyak definisi tentang penyelidikan telah dikemukakan oleh ahli-ahli penyelidikan
tindakan. Antaranya:
Elliot dan Adelman (1976, seperti dinyatakan dalam Chua,2006) telah mendefinisikan
penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan penyelidikan yang berusaha
mempertingkatkan mutu profesionalisme para pendidik dengan cara menyelidik situasi
social di organisasi pendidikan, dan tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk
memperbaiki kualiti amalan harian.
Manakala Ebutt (seperti dinyatakan dalam Chua, 2006) pula mendefinisikan
penyelidikan tindakan sebagai suatu penyelidikan yang dibuat oleh individu atau
golongan yang merupakan pengamal kepada amalan harian dalam suatu social atau
fenomena.
Kurt Lewin (1947) mendefinisikan penyelidikan tindakan sebagai suatu proses lingkaran
tiga-langkah iaitu
(1) perancangan yang melibatkan tinjauan;
(2) mengambil tindakan;dan
(3) pencarian fakta tentang keputusan daripada tindakan yang dibuat (Othman,2011).
Stephen Corey (seperti dinyatakan dalam Othman, 2011) pula mendefinisikan
penyelidikan tindakan sebagai usaha yang dilakukan oleh pengamal untuk mengkaji
masalah yang dihadapi secara saintifik supaya dapat memberi panduan, membuat
pembetulan dan menilai keputusan dan tindakan yangdilakukan.
Mills (2000, seperti dinyatakan dalam Othman,2011) berpendapat bahawa kajian
tindakan adalah satu inkuiri yang dijalankan secara sistematik oleh guru, guru besar
atau pengetua, guru-guru pembimbing atau guru lain yang berkepentingan dalam
suasana pengajaran/perkembangan pelajar bagi mengumpulkan maklumat tentang
perjalanan sekolah mereka, bagaimana pengajaran dibuat dan bagaimana pelajar
belajar.
6
Walaupun berbagai definisi telah diberikan, secara umumnya ahli-ahli penyelidikan
tindakan bersetuju bahawa penyelidikan tindakan adalah satu kajian inkuiri di mana
pengkaji perlu membuat perbincangan, refleksi dan membuat keputusan ke arah
tindakan yang baru sama ada mengaplikasikan penemuan baru ataupun
mendefinisikan semula masalah.
1.1.4 Penyelidikan Penilaian
Penyelidikan penilaian merupakan suatu bentuk penyelidikan untuk mengkaji kesan
atau hasil daripada sesuatu program ataupun intervensi sosial. (Rosinah, 2011).
Seringkali tujuan penyelidikan penilaian adalah untuk penambahbaikan program atau
intervensi.
1.2 Reka Bentuk Penyelidikan
Terdapat dua reka bentuk penyelidikan yang utama iaitu penyelidikan kuantitatif dan
kualitatif. Contoh penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan eksperimental, kuasi-
eksperimental , tinjauan dan korelasi manakala contoh penyelidikan kualitatif pula ialah
penyelidikan etnografi, kajian kes dan bersejarah.
1.2.1 Penyelidikan Kuantitatif
Istilah kuantiti bermaksud bilangan atau banyak. Kuantiti juga merujuk kepada
bilangan yang di skrit. Berdasarkan kepada istilah ini, penyelidikan kuantitatif adalah
dikaitkan dengan data berangka dan ketepatan. Data yang dipungut dalam penyelidikan
kuantitatif adalah dianalisis dengan ujian statistic dan masalah kajian dinyatakan dalam
bentuk hipotesis (Chua, 2006). Pembolehubah dalam penyelidikan kuantitatif
dioperasionalkan sebelum diukur dan ianya perlu mendapat kesahan dan
kebolehpercayaan terlebih dahulu.
7
Berikut ialah huraian bagi empat rekabentuk penyelidikan kuantitatif yangdia daptas
daripada Chua (2006).
(a)Eksperimental
Rekabentuk kajian eksperimental merupakan rekabentuk kajian perbandingan antara
kumpulan-kumpulan yang paling baik iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan.Dalam rekabentuk ini kumpulan-kumpulan diagihkan secara rawak dan
responden mempunyaiciri-ciri yang sama. Terdapat lima rekabentuk kajian
eksperimental yang sering digunakan dalam penyelidikan kuantitatif iaitu
:i rekabentuk ujian pasca
Ii rekabentuk pra-pasca
Iii rekabentuk empat kumpulan Solomon
Iv rekabentuk penukar-gantian vrekabentuk faktorial
(b) Kuasi-eksperimental
Rekabentuk kuasi-eksperimental digunakan untuk menggantikan rekabentuk
eksperimental apabila responden tidak dapat diagihkan secara rawak. Ia adalah suatu
kajian yang digunakan untuk menilai keberkesanan sesuatu program. Terdapa ttiga
rekabentuk kajian kuasi-eksperimental yang sering digunakan dalam penyelidikan
kuantitatif iaitu:
i reka bentuk ujian pra
-pasca kumpulan
-kumpulan tidak seimbang
ii rekabentuk regresi tidak bersambungan
iii rekabentuk siri masa.
8
Tinjauan Kajian
Tinjauan adalah salah satu kaedah penyelidikan kuantitatif yang paling popular dalam
kajian sains sosial. Kaedah ini banyak digunakan oleh pelbagai pihak untuk meninjau
keberkesanan sesuatu produk ataupun meninjau pandangan orang ramai mengenai
sesuatu isu seperti majalah, televisyen dan sebagainya. Rekabentuk kajian tinjauan
boleh digunakan dalam semua bidang termasuk pendidikan, keselamatan, sosial,
psikologi, kesihatan dan sebagainya. Maklumat daripada kajian tinjauan boleh diperoleh
terus daripada subjek kajian dan ianya sesuai digunakan untuk menghurai fenomena
yang diminati oleh pengkaji. Rekabentuk kajian ini juga boleh meramalkan isu
masyarakat semasa yang timbul. Dalam kajian tinjauan, penyelidik biasanya akan
memilih responden daripada satu populasi secara rawak. Proses dan langkah-langkah
yang perlu diambilkira adalah:
i menyatakan tujuan kajian
ii mengenalpasti sumber yang diperlukan
iii mengenalpasti populasi sasaran
iv menentukan saiz sampe
v menentukan kaedah kajiantinjauan
vi menyediakan instrument kajian
vii menganalisis data kajian
viii membuat generalisasi hasil kajian.
(d) Korelasi
Reka bentuk korelasi merupakan kajian untuk menentukan perhubungan antara
variabel. Contohnya, penyelidik ingin menentukan perhubungan antara prestasi murid
dan kepimpinan transformasional guru besar. Rekabentuk korelasi terbahagi kepada
dua iaitu korelasi positif dan korelasi negatif. Korelasi positif bermaksud semakin guru
besar mengamalkan kepimpinan transformasional, prestasi murid semakin meningkat.
9
Di sebaliknya, korelasi negatif bermaksud semakin guru besar tidak mengamalkan
kepimpinan transformasional, prestasi murid semakin meningkat.
1.2.2 Penyelidikan Kualitatif
Pendekatan kualitatif adalah kaedah penyelidikan yang lebih kepada mengkaji sesuatu
fenomena/situasi dalam konteks sebenar (naturalsetting) atau semulajadi. Ianya
menggunakan kaedah inkuiri yang bukan bersifat statistical (Chua,2006).
Penyelidikan kualitatif dilakukan untuk mendapat kefahaman yang mendalam tentang
sikap, emosi, kepercayaan, tingkahlaku individu atau sekumpulan individu. Penyelidikan
kualiatif telah mula mendapat tempat dalam kalangan penyelidik di Malaysia. Ianya
lebih memfokuskan kepada manusia. Manusia secara individu dan kolektif membentuk,
mengubahsuai, menginterpretasi dan membina makna pada alam sekeliling mereka
(Lim,2011).
Pendekatan kualitatif menggunakan kaedah penyiasatan untuk menjawab persoalan
kajian ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’. Antara rekabentuk kajian kualitatif ialah:
(a)Kajian etnografi
Reka bentuk ini merupakan kajian tentang peristiwa dan budaya sesebuah masyarakat.
Reka bentuk ini merujuk kepada interaksi antara individu dalam konteks sosiobudaya,
kepercayaan serta amalan mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk mempelajari dan
memahami dengan mendalam sesuatu fenomena/situasi ataupun budaya sesebuah
masyarakat. Pengumpulan data boleh diperoleh melalui pemerhatian, temubual,
soalselidik dan sebagainya (Akhiar&Shamsina,2011).
Contoh kajian etnografi ialah kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi
cemerlang matapelajaran Matematik bagi murid-murid Cina.
10
(b)Kajian kes
Reka bentuk kajian kes merupakan kajian deskriptif secara menyeluruh. Kajian ini
dibuat secara terperinci dan intensif ke atas satu unit kecil social seperti sekumpulan
murid yang ponteng kelas Matematik di sekolah. Reka bentuk kajian kes adalah juga
suatu kajian yang terbatas ataupun mempunyai sempadan.
Kelebihan Kajian kes ialah penyelidik mampu mendapat maklumat secara mendalam,
terperinci serta menyeluruh mengenai sesuatu kes
(Akhiar&Shamsina,2011)
(c) Kajian sejarah
Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah kajian yang dilakukan melalui pengumpulan
data secara sistematik dan penilaian data-data secara objektif terhadap peristiwa yang
telah berlaku pada masa lepas (Chua,2006).
Tujuan menjalankan kajian sejarah adalah untuk menghuraikan peristiwa lampau
supaya ramalan tentang peristiwa masa depan dapat dilakukan. Reka bentuk kajian ini
tidak memanipulasikan atau mengawal variabel. Penyelidik yang menjalankan kajian ini
harus tidak membenarkan emosinya mempengaruhi dirinya supaya penyelidik dapat
membuat kesimpulan yang adil dan tidak berat sebelah (Chua,2006).
Kesemua reka bentuk kajian kualitatif ini mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu:
i penyelidikan dijalankan dalam persekitaran semulajadi
ii berbilang reality sosial
iii realiti sosial tertambat kepada konteks
iv kepentingan niat
v mengkaji kes
vi Mementingkan “makna”
vii tumpuan pada tindakan
11
viii mengkaji secara holistik
ix teori berpaksikan logik induktif
x refleksi pelan reka bentuk
xi kesukaran pereplikaan
xii penyelidik sebagai instrument kajian
xiii penglibatan penyelidik secara peribadi
xiv nilai adalah sebahagian daripada inkuiri
xv fokus pada proses
xvi bentuk data
xvii pendekatan menganalisis data
12
1.3 Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif
PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF
Istilah yang
berkaitan dengan
pendekatan
Eksperimental
‘Hard data’
Perspektif luaran
Empirikal
Positivist
Fakta sosial
Statistik
‘Etic’
Etnografi (Kajian tentang
sosio budaya)
Kerja lapangan
‘Soft data’
‘Symbolic Interaction’
Perspektif dalaman
‘Naturalistic’
Ethnomethodologi
Diskriptif
Pemerhatian turut serta
‘Phenomenological’
Dokumentari
Riwayat hidup
Kajian kes
Ekologikal
‘Emic’
Konsep utama Pemboleh ubah
Mengoperasi Definisi
Kebolehpercayaan
Hipotesis
Kesahan
Kesignifikanan statistik
Replikasi
ramalan
Makna
Pemahaman sejagat
Definisi situasi
Kehidupan harian
Pemahaman
Proses
Rundingan
bertujuan praktikal
pembinaan sosial
‘Grounded Theory’
13
Gabungan teori Structural functionalisim
Realism, Positivism
Behavioralisme
‘Logical Empiricm’
‘Systems Theory’
‘Symbolic Interaction’
‘Ethnomethodology’
‘Phenomenology’
Budaya
Idealisme
Gabungan
Akademik
Psikologi
Ekonomi
Sosiologi
Sains politik
Sosiologi
Sejarah
Anthropologi
Matlamat Menguji teori
Memperjelaskan fakta
Perihalan statistik
Hubungan antara pemboleh
ubah
Ramalan
Membina konsep
Memerihal realiti pelbagai
‘Grounded Theory’
Meningkatkan pemahaman
Reka bentuk Berstruktur
Ditentukan lebih awal
Formal
Spesifik
Prosedur kajian yang
terperinci
Terbuka kepada perubahan
Fleksibel
Umum
Membuat tekaan terhadap
cara penyelidikan
Penulisan
cadangan
penyelidikan
Panjang lebar
Terperinci dan jelas
fokusnya
Prosedur spesifik dan
terperinci
Tinjauan bahan kajian yang
Ringkas
Spekulatif
Mencadangkan bidang
penyelidikan yang hendak
dikaji
Ditulis selepas mendapat
14
mendalam
Ditulis sebelum data
dipungut
Menyatakan hipotesis
sebahagian daripada data
Tinjauan bahan kajian tidak
mendalam
Pernyataan pendekatan
yang umum
Data Kuantitatif
Koding boleh dikira
Kiraan dan ukuran
Pembolehubah yang boleh
didefinisikan
Statistik
Diskriptif
Dokumen peribadi
Nota kerja lapangan
Gambar
Pendapat perseorangan
Dokumen rasmi
Bahan-bahan artifak
Persampelan Besar
Berstrata
Kumpulan kawalan
Tepat
Pemilihan secara rawak
Mengawal pengganggu
pembolehubah
Kecil
Tidak mewakili populasi
Persampelan teoritikal
Perposive (bertujuan)
Teknik / kaedah Eksperimen
Tinjauan
Temubual berstruktur
Kuasi eksperimental
Pemerhatian berstruktur
Set data
Permerhatian
Mengkaji pelbagai dokumen
dan artifak
Pemerhatian turut serta
Temubual tidak berstruktur
15
Hubungan dengan
responden
Jangka pendek
Hubungan tidak akrab
Mengekalkan status
sebagai penyelidik dan
responden
Empati
Menekankan unsur
kepercayaan
Kesamarataan
Hubungan mesra
Responden sebagai rakan
Mengutamakan keobjektifan
Alat Kajian Inventori
Soal selidik
Indeks
Komputer
Skala
Ujian
Alat perakam suara
‘Transciber’
Penyelidik bertindak
sebagai alat kajian
Analisis data Deduktif
Dilaksanakan selepas
pungutan data
Statistikal
Berterusan
Model, tema dan konsep
Induktif
Analisis bersifat induktif
‘Constant Comparative
method’
Permasalahan
dalam
menggunakan
pendekatan
Mengawal pembolehubah
yang lain
Terlalu rigid
Kesahan
Mengambil masa panjang
Kesukaran menyaring data
Kebolehpercayaan
Prosedur tidak rigid
Sukar mengkaji responden
yang besar jumlahnya
16
2.0 MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN
Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan
bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada
model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan.
2.1.1 Model Lewin (1946)
Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah
(a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu
merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini
akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak ,
memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan ×Lewin
ini ditunjukkan dalam Rajah 1.
17
2.1.2 Model Kemmis & McTaggart (1988)
Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah
merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang
dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa
kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan
awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang
dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.
18
2.1.3 Model Somekh (1989)
Model kajian tindakan ×Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah
atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina
hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data
untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti folus
penyelidikan yang baru.
Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas
dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada
langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana
memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci.
2.1.4 Model CRASP Zuber-Skerritt (1991)
Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian
tindakan iaitu:
1. critical collaboration enquiry by
2. reflective practitioners who are
3. accountable in making the results of their enquiry public,
4. self-evaluative in their practice, and engage in
5. participative problem solving and continuing professional development
19
Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau
kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa
bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan
terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan
profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang
kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan
ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah
kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu
penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan
penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama,
bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang
mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-
sama menyelesaikan masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan.
Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk memberi
panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh
menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan.
2.1.5 Model McKernan (1991)
Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua
lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu
mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan
rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan.
20
Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu
diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah
melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan
yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk
perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula
perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak
menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP
Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan
penyelidikan kepada umum.
2.1.6 Model Altrichter et.al (1993)
Menurut Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan
langkah demi langkah kerana ini akan membataskan laluan yang pelbagai untuk ditujui.
Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula dengan
mencari titik permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan
seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu strategi
tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru tidak
semestinya akan dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi mendapatkan
21
penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada pembentukan strategi
tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan orang ramai. Model ini
ditunjukkan pada Rajah 5.
2.1.7 Model McBride & Schostak (1994)
McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang
bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi
tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk
dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau
tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan
menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini
ditunjukkan dalam Rajah 6.
22
2.1.8 Model Johnson (2002)
Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses
pelaksanaan kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah (i) mengenal pasti
masalah, (ii) membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara
pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data, (iv) merumus serta (v) berkongsi
dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan. Satu kelainan model ini
ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan
dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini.
23
Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam
penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana
perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama
ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan
model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang
lebih berstruktur.
2.2 Prosedur penyelidikan pendidikan
2.2.1 Menyatakan masalah kajian
Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau persoalan
pokok yang kita akan kaji.
2.2.2 Menetapkan objektif kajian
Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dalam
sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga menggambarkan pembolehubah yang
terlibat dalam sesuatu penyelidikan.
2.2.3 Membentuk soalan kajian
Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas, tepat dan
berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju yang jelas kepada
proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan penyelidikan
24
Terdapat empat jenis penyelidikan iaitu penyelidikan asas, penyelidikan
2.2.4 Menghasilkan hipotesis kajian
Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada sesuatu yang
dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dsbnya. (Kajian Experimental,
kuasi-experimental, korelasi)
2.2.5 Melakukan tinjauan literatur
Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario,
perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan.
Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif dan persoalan kajian.
Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji dan dapatan-dapatan
kajian yang lepas boleh membantu penyelidik membincangkan dapatan kajiannya.
2.2.6 Merancang kaedah kajian
Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian
2.2.7 Mereka bentuk kajian
Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan kuantatitaif yang
akan digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan digunakan. Penyelidik juga perlu
menentukan apakah teknik pengumpulan data.
2.2.8 Menentukan prosedur persampelan
Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel yang betul perlu
dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh menggambarkan ciri
populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu fenomena yang dikaji
25
2.2.9 Membina instrumen kajian
Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau
membuat pengumpulan data. Instrumen yang sedia ada boleh digunakan. Jika
instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan
2.2.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian
Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat beberapa
kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan konstruk dan
kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga perlu ditentukan.
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi) alat pengukuran
2.2.11 Menentukan prosedur pengumpulan data
Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang dikumpul
adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar persoalan, isu,
fenomena atau kes yang dikaji.
2.2.12 Mengumpul data
Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip.
Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat berbagai strategi
dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam
penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri
kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk
generalisasi.
26
2.2.13 Menganalisis data
Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan
menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau
hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya. Analisis
secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk menentukan sama ada
objektif kajian dicapai atau tidak.
2.2.14 Membincang hasil kajian
Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan teori dan
dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan menghasilkan rumusan,
penambahbaikan,cadangan dan Implikasi penyelidikan.
2.2.15 Melaporkan kajian
Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan
tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya. Dalam laporan
penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang latarbelakang kajian,
objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian, terangkan rekabentuk kajian,
cara data di analisis, penerangan tentang dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan
yang perlu bagi menjawab masalah yang telah dikenal pasti.
27
2.3 Etika dalam penyelidikan pendidikan
a. Etika penyelidikan
Apakah yang dimaksudkan dengan etika?
Etika boleh didefinisikan sebagai norma norma perlakuan yang membezakan antara
tingkahlaku yang boleh dan yang tidak boleh diterima (Resnick,2011).
Kod etika penyelidikan diperlukan untuk memastikan bahawa dapatan kajian sah,boleh
percaya dan diperoleh melalui cara yang wajar. Unsur-unsur dalam kod etika
termasuklah nilai, kesedarandiri, profesionalisme, kebolehpercayaan dan panduan
disiplin. (Chua,2006).
Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu set prinsip/nilai
moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para
penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan
penyelidikan.
b. Kod etika penyelidikan
Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik
seperti berikut:
I. Mendapat Kebenaran (informed consent)
Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.‘Informed
Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami
beberapa perkara berikut:
o Matlamat dan tujuan kajian
o Apa yang dikendaki oleh responden
28
o Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam penyelidikan.
o Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat
Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi
kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian mesti
diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden.
II. Penglibatan (Participation)
o Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan masalah yang
mungkin timbul dalam kajian.
o Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan
tersebut.
o Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-apa kesan
negatif
o Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut
prosedur tertentu.
III. Kerahsiaan (Confidentiality)
o Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian maklumat dijamin
berkesan.
o Perlindungan hak responden diutamakan.
o Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent.
o Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam komuniti
penyelidikan
IV. Anomiti
o Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent.
29
V. Rundingan (Negotiation)
o Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:
Mendapat kebenaran dari institusi
Mendapat kebenaran untuk access data
Penggunaan data
Penulisan laporan
Melindungi peserta daripada masalah yang timbul
Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik?
Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan
kajian.
Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya
penyelidikan dijalankan di sekolah.
Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan diiukti
untuk ‘clearing’ data ‘field’ berkait dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian,
bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum.
Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.
Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf laporan
atau transkrip temubual.
Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.
Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.
Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.
Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.
30
3.0 PERANCANGAN KAJIAN TINDAKAN
3.1 Tajuk Kajian
MENGUASAI PENULISAN ‘DI’ SECARA “PEMERU”
3.2 Nama Pengkaji dan Nama Sekolah
NORLEDA BINTI SAIDIN
SK BUKIT KENANGAN,
BATU 41, JALAN JOHOR,
86200 SIMPANG RENGAM,
KLUANG, JOHOR.
3.4 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu
Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Tahun 5 dan 6 di SK Bukit Kenangan
sejak saya mengajar di sekolah ini iaitu pada tahun 2011 hingga kini. Setiap tahun
saya mengalami masalah tatabahasa dalam kalangan mereka. Ini termasuklah masalah
kurang penguasaan kosa kata, penggunaan imbuhan dan penulisan ayat. Beberapa
cara telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada
dalam kalangan murid-murid saya yang belum menguasai kemahiran tatabahasa
dengan baik seterusnya menyebabkan ayat yang mereka bina kurang gramatis.
Seterusnya ini menyebabkan mereka tidak mahir menulis karangan.
Beberapa orang murid dalam kelas saya langsung tidak menulis karangan apabila diuji
dalam ujian dan peperiksaan bertulis. Mereka langsung tidak berusaha menulis dan
hanya menyalin semula soalan yang diberi. Disebabkan itu, mereka tidak mendapat
markah dalam penulisan karangan dan menjadikan mereka gagal dalam matapelajaran
31
Bahasa Melayu Penulisan. Manakala murid-murid yang lain pula menulis ayat atau
perenggan menggunakan perkataan yang sama dan berulang-ulang serta membuat
kesalahan bahasa yang menyebabkan mereka tidak mendapat markah yang baik
dalam penulisan. Antara kesalahan bahasa yang saya kesan ialah penulisan imbuhan
dan kata sendi dalam perkataan di samping kesalahan tanda baca. Namun fokus saya
ialah masalah penggunaan ‘di’.
Melalui pemerhatian , saya dapati murid tahu ‘di’ mempunyai dua fungsi iaitu sebagai
kata sendi nama dan juga sebagai imbuhan awalan. Namun ketika menulis ayat, murid
menulis ‘di’ rapat atau jarak dengan perkataan berikutnya sewenang-wenangnya
kerana tidak pasti fungsi ‘di’ dalam ayat tersebut. Maka wujudlah situasi ‘di’ sebagai
kata sendi nama ditulis rapat manakala ‘di’ sebagai imbuhan ditulis berasingan.
Saya telah berusaha menerangkan kepada murid cara penulisan ‘di’ pada kata nama
dan kata kerja, namun murid masih keliru dan membuat kesalahan yang sama. Saya
juga telah meminta murid menulis perkataan yang salah tersebut sebanyak 10 kali
namun mereka masih mengulangi kesalahan tersebut semasa menulis ayat dan
karangan. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru
termasuklah saya terhadap kepentingan penguasaan kata ‘di’. Sekiranya saya tidak
membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan
baik soalan karangan dan juga soalan membina ayat terutama bagi kertas 2 yang
akhirnya akan menyebabkan kemerosotan nilai GNP sekolah saya. Saya perlu
memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membinabahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya .
3.4 Fokus Kajian
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya
hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penulisan ‘di’. Mereka melakukan
banyak kesilapan apabila menulis ayat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar
ialah:
32
Kesilapan penggunaan ’di’ sebagai kata sendi nama ditulis rapat.
Kesilapan penggunaan ’di’ sebagai imbuhan ditulis berasingan
Pelajar menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat
menjadikan ayat itu tidak gramatis.
Dengan membantu menguasai penggunaan kata ’di’ , saya yakin pelajar boleh
membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis.
3.5 Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut:
i. Objektif Umum
Meningkatkan penguasaan penggunaan ‘di’ murid Tahun 6 dalam membina ayat dan
perenggan.
ii. Objektif Khusus
Murid dapat menghafal konsep penggunaan ’di’.
Murid dapat membezakan ’di’ sebagai kata sendi dengan ’di’ sebagai imbuhan
melalui kuiz nyanyian.
Menguji kefahaman murid melalui permainan .
3.6 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 14 orang murid Tahun 5 . Mereka terdiri daripada 6 orang murid
lelaki Melayu dan 8 orang murid perempuan Melayu.
3.7Tindakan yang dicadangkan
3.7.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami
33
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan membuat
pemerhatian.
3.7.2 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Pemerhatian dibuat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan iaitu melalui respon
kepada soalan-soalan yang diajukan secara lisan, semakan kerja rumah dan
latihan bertulis.
3.7.3 Ujian Pra
Ujian pra dilaksanakan terhadap semua murid sasaran. Kutipan data seperti
yang berikut:
ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi menganalisis
kelemahan penguasaan kata ‘di’ yang berfungsi sebagai kata sendi nama dan
imbuhan.
Latihan karangan pelajar bagi mengesan kesilapan penulisan kata di pada
perkataan dalam ayat.
3.7.4 Program “ Sepatah Kata ”
Cara Pelaksanaan:
a. Guru mengumumkan sepatah perkataan berimbuhan ‘di’ dan kata sendi
‘di’ dan contoh ayat dalam perhimpunan pagi
b. Guru menampal perkataan pada papan kenyataan
c. Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan perkataan dalam
ayat yang ditulis – 1 minggu sekali.
d. Guru menganalisis ayat pelajar.
34
3.8 Kos Kajian
BIL JENIS BAHAN KUANTITI x HARGA SEUNIT
JUMLAH KOS
1. Kertas A4 4 x RM 10.00 RM 40.00
2. Printer Cartridge 2 x RM 28.00 RM56 .00
3. Manila kad 5 X RM 2.00 RM10 .00
4. Potostat Bahan dan laporan kajian
RM 50.00
5. White board (3’ X 2’) 1 X RM 45.00 RM 45.00
6. Buku catatan guru 1 X 2.00 RM 2.00
JUMLAH RM 203.00
35
3.9 Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tempoh Pelaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
11 Ogos 2014
2. Menulis proposal Kajian 1 September 2014
3. Merancang Tindakan (individu/panitia)
18 Februari 2015
4. Melaksanakan tindakan aktiviti 1
23 Februari 2015
5. Melaksanakan tindakan aktiviti 2
5 Mac2015
6. Ujian mengesan pencapaian murid
19 Mac 2015
7. Refleksi kajian 20 Mac 2015
8. Menulis laporan Kajian 21 Mac 2015
9. Pembentangan dapatan kajian
28 Mac 2015
36