Maklumat Laporan
Sorotan Laporan
Indeks Daya Saing Global (GCI) 2017-2018
10 Negara Teratas
Prestasi Malaysia dalam kalangan Negara APEC & Komuniti ASEAN
ASEAN vs Asia Timur & Pasifik: Rajah AnalitisPrestasi Malaysia bagi 2008-2017
Prestasi Malaysia mengikut Teras
Landskap Daya Saing Malaysia
Teras 1: Institusi
Teras 2: Infrastruktur
Teras 3: Persekitaran Ekonomi Makro
Teras 4: Kesihatan dan Pendidikan Rendah
Teras 5: Pendidikan Tinggi dan Latihan
Teras 6: Kecekapan Pasaran Barangan
Teras 7: Kecekapan Pasaran Buruh
Teras 8: Pembangunan Pasaran Kewangan
Teras 9: Kesediaan Teknologi
Teras 10: Saiz Pasaran
Teras 11: Kecanggihan Perniagaan
Teras 12: Inovasi
Mengorak Langkah: Memacu PelaksanaanMaraton Daya Saing
Belajar dari yang TerbaikKlasifikasi Mengikut Tahap PembangunanFakta Ringkas
2
3
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
28
29
30
32
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 1
MAKLUMAT
LAPORAN
LaporanDaya Saing Global2017-2018
137Negara
70%Kualitatif
Sejak
1979
114Indikator
12Teras
30%Kuantitatif
IndeksDaya Saing
Global
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-20182
SOROTAN
L A P O R A N
Metodologi Global Competitiveness Index (GCI) menggunakan 114 indikator yang merangkumi 34 data kuantitatif (30%) dan 80 data kualitatif (70%). Data kuantitatif diperoleh daripada organisasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, terutamanya International Monetary Fund (IMF), World Bank, dan pelbagai agensi khusus Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations), termasuklah International Telecommunication Union, UNESCO, dan World Health Organization. GCI juga memasukkan indikator-indikator yang diperoleh daripada Kaji Selidik Pendapat Eksekutif World Economic Forum yang menggambarkan aspek kualitatif daya saing, atau bagi mana-mana data statistik komprehensif dan tidak dapat diperolehi bagi sebilangan besar negara.
Dengan peningkatan prestasi daya saing, Malaysia (ke-23) terus mendahului ekonomi seperti Republik Korea (ke-26), China (ke-27), Iceland (ke-28), Estonia (ke-29), dan Arab Saudi (ke-30).
GCI mengambil kira tahap pembangunan dengan memberi pemberat relatif yang tinggi kepada teras-teras yang lebih relevan untuk menentukan tahap pembangunan setiap ekonomi. Bagi melaksanakan konsep ini, teras-teras tersebut dibahagikan kepada tiga sub-indeks, masing-masing penting bagi setiap tahap pembangunan. Malaysia merupakan negara yang terletak di antara dua tahap iaitu tahap peralihan antara subindeks peningkatan kecekapan dan subindeks faktor inovasi dan kecanggihan dengan KDNK per kapita antara USD9,000 hingga 17,000. Dalam kalangan 20 ekonomi di tahap peralihan ini, Malaysia merupakan ekonomi yang paling berdaya saing mengatasi negara-negara seperti Arab Saudi (ke-30), Chile (ke-33), Poland (ke-39), dan Turki (ke-53).
Dalam kalangan negara-negara yang menganggotai Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC), Malaysia berada di kedudukan ke-9 selepas Amerika Syarikat, Singapura, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Kanada, Taiwan dan Australia dan mengatasi Republik Korea (ke-10), China (ke-11), dan Thailand (ke-12).
Kebanyakan negara-negara ASEAN mencatatkan peningkatan dalam kedudukan masing-masing termasuk Malaysia ke kedudukan ke-23 (ke-25). Brunei Darussalam mencatatkan peningkatan yang ketara dengan kenaikan sebanyak 12 kedudukan ke kedudukan ke-46 (ke-58). Thailand meningkat dua tempat ke kedudukan ke-32; Indonesia meningkat 5 tempat ke kedudukan ke-36, Vietnam meningkat 5 tempat ke kedudukan ke-55 dan Filipina meningkat satu tempat ke kedudukan ke-56. Laos dan Kemboja, bagaimanapun masing-masing menurun sebanyak 5 tempat iaitu berada di kedudukan ke-98 dan ke-94. Di sebalik penurunan sebanyak satu kedudukan, Singapura yang berada di kedudukan ke-3, masih kekal sebagai ekonomi yang paling berdaya saing di rantau ini.
Laporan ini mendalami 12 teras yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan dalam konteks daya saing sesebuah negara. Ia menilai faktor-faktor yang menyumbang bukan sahaja kepada produktiviti tetapi juga kepada matlamat-matlamat sosial yang lain, seperti keterangkuman, mobiliti, dan kemampanan.
Global Competitiveness Report 2017-2018 yang diterbitkan oleh World Economic Forum (WEF) pada 27 September 2017 meletakkan Malaysia di kedudukan ke-23 daripada 137 ekonomi dengan skor sebanyak 5.17 mencatatkan peningkatan sebanyak dua kedudukan berbanding kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi dengan skor sebanyak 5.16 pada tahun lepas mengatasi Ireland (ke-24) dan Qatar (ke-25).
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 3
Indikator-indikator seperti berikut yang mencatatkan kedudukan 10 teratas telah menyumbang secara signifikan kepada prestasi teras dan kedudukan keseluruhan:i. Inflasi1, kedudukan pertama (pertama); ii. Kekukuhan perlindungan pelaburan, kedudukan ke-3 (ke-4);iii. Perolehan kerajaan terhadap produk berteknologi tinggi, kedudukan ke-4 (ke-3);iv. Beban peraturan kerajaan, kedudukan ke-5 (ke-6);v. Gaji dan produktiviti, kedudukan ke-5 (ke-6);vi. Kos dasar pertanian, kedudukan ke-7 (ke-8);vii. Ketersediaan para saintis dan jurutera, kedudukan ke-7 (ke-7);viii. Tahap latihan kakitangan, kedudukan ke-9 (ke-9);ix. Ketersediaan modal teroka, kedudukan ke-9 (ke-6); dan x. Tahap pemasaran, kedudukan ke-10 (ke-9).
Teras Kesihatan & Pendidikan Rendah meningkat dengan ketara merekodkan peningkatan dua digit (14 kedudukan) ke kedudukan ke-30 dari kedudukan ke-44 pada tahun lepas. Antara faktor penyumbang kepada peningkatan ini ialah:i. Kadar pendaftaran pendidikan rendah di kedudukan ke-32 (ke-77), meningkat sebanyak 45 kedudukan;ii. Kelaziman HIV di kedudukan ke-73, (ke-85), meningkat sebanyak 12 kedudukan;iii. Insiden Tibi di kedudukan ke-90 (ke-93), meningkat sebanyak 3 kedudukan; daniv. Kadar kematian bayi di kedudukan ke-44 (ke-45), meningkat sebanyak satu kedudukan.
Teras yang mengekalkan kedudukan ialah Saiz Pasaran di kedudukan ke-24, Kecanggihan Perniagaan di kedudukan ke-20 dan Inovasi di kedudukan ke-22.
Teras-teras yang mencatatkan penurunan dalam kedudukan adalah Institusi di kedudukan ke-27 (ke-26), Pendidikan Tinggi & Latihan di kedudukan ke-45 (ke-41), Kecekapan Pasaran Barangan di kedudukan ke-20 (ke-12), Kecekapan Pasaran Buruh di kedudukan ke-26 (ke-24), Pembangunan Pasaran Kewangan di kedudukan ke-16 (ke-13) dan Kesediaan Teknologi di kedudukan ke-46 (ke-43).
Daripada 6 teras yang mencatatkan penurunan, teras Kecekapan Pasaran Barangan merosot sebanyak 8 kedudukan. Antara indikator-indikator yang menyumbang kepada kemerosotan itu adalah:i. Bilangan prosedur memulakan perniagaan, di kedudukan ke-104 (ke-11), merosot sebanyak 93 kedudukan; 2 ii. Tempoh untuk memulakan perniagaan, di kedudukan ke-94 (ke-15) merosot sebanyak 79 kedudukan;iii. Kelaziman halangan bukan tarif, di kedudukan ke-34 (ke-19), merosot sebanyak 15 kedudukan;iv. Kesan peraturan perniagaan terhadap pelaburan langsung asing (FDI), di kedudukan ke-50 (ke-41), merosot sebanyak 9 kedudukan;v. Kesan cukai ke atas insentif untuk melabur, di kedudukan ke-21 (ke-14), merosot sebanyak 7 kedudukan; danvi. Kelaziman pemilikan asing, di kedudukan ke-36 (ke-30), merosot sebanyak 6 kedudukan.
SOROTAN LAPORAN
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-20184
Menurut WEF, analisis GCI turut mengetengahkan 3 cabaran utama yang relevan untuk kemajuan ekonomi dan pelaksanaan dasar. Ini termasuklah:i. Keperluan untuk mengekalkan kekukuhan sektor kewangan untuk menghalang kesan kemelesetan yang mendalam dan berpanjangan terhadap produktiviti dan pertumbuhan;ii. Mendapatkan keseimbangan antara inovasi dan penerapan teknologikal, terutamanya dalam kalangan ekonomi baru muncul seperti China dan India untuk membolehkan penyebaran potensi kesan inovasi ke atas ekonomi dan kemasyarakatan; daniii. Keanjalan dalam pasaran buruh dan perlindungan pekerja untuk memastikan daya saing, terutamanya dalam era teknologikal; dengan merujuk kepada fakta bahawa kemajuan teknologikal yang pantas akan memerlukan susunan semula pekerja.
WEF juga menekankan hasrat untuk mengemas kini metodologi yang digunakan dalam menilai daya saing. Pindaan tersebut akan memasukkan konsep dan indikator-indikator baharu, selaras dengan cabaran daya saing masa kini dan pembangunan dalam bidang produktiviti, inovasi dan pertumbuhan. WEF hanya akan menggunakan metodologi baharu secara berfasa mulai tahun 2018. Metodologi baharu ini akan mengurangkan bahagian data persepsi (daripada 71% kepada kurang daripada 50%) dan menyediakan analisi yang lebih objektif, dengan ketersediaan data kuantitatif.
1Negara-negara dengan kadar inflasi dalam lingkungan 0.5% hingga 2.9% menerima skor tertinggi 7. Malaysia berkongsi kedudukan teratas dengan negara-negara lain seperti Portugal, New Zealand dan United Kingdom.
2Libat urus dan penambahbaikan dalam indikator-indikator telah dijalankan oleh Kumpulan Fokus Memulakan Perniagaan PEMUDAH untuk laporan Doing Business World Bank sejak Oktober 2016. Sesi bantahan dengan pasukan penyelidikan World Bank telah disempurnakan sebelum Jun 2017. Keputusan akan diumumkan pada 31 Oktober 2017 semasa pelancaran laporan Doing Business 2018.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 5
INDEKS
DAYA SAING GLOBAL
2017 - 2018
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-20186
INDEKS
DAYA SAING GLOBAL
2017 - 2018
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 7
10 NEGARATERATAS
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-20188
PRESTASI MALAYSIADALAM KALANGAN NEGARAAPEC & KOMUNITI ASEAN
KEDUDUKAN
MALAYSIA DALAM KALANGANKOMUNITI ASEAN
KEDUDUKAN
MALAYSIA DALAM KALANGANNEGARA APEC 2
New Zealand
Australia
Indonesia
Singapura
Malaysia
Thailand
Vietnam
Filipina
Korea
China
Persekutuan Rusia
Kanada
Amerika Syarikat
Mexico
Peru
Chile
Jepun
Brunei Darussalam
Papua New Guinea
Hong KongTaiwan, China
9
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 9
ASEAN & ASIA TIMURDAN PASIFIKRAJAH ANALITIS
Teras 1 : Institusi
Teras 2 : Infrastruktur
Teras 3 : Persekitaran Ekonomi Makro
Teras 4 : Kesihatan dan Pendidikan Rendah
Teras 5 : Pendidikan Tinggi dan Latihan
Teras 6 : Kecekapan Pasaran Barangan
Teras 7 : Kecekapan Pasaran Buruh
Teras 8 : Pembangunan Pasaran Kewangan
Teras 9 : Kesediaan Teknologi
Teras 10 : Saiz Pasaran
Teras 11 : Kecanggihan Perniagaan
Teras 12 : Inovasi
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201810
PRESTASI MALAYSIABAGI 2008 - 2017
2017-2018
2016-2017
2015-2016
2014-2015
23
25
18
20
skor 5.17
skor 5.16
skor 5.23
skor 5.16
2013-2014
24
skor 5.03
2012-2013
25
skor 5.06
2010-2011
26
skor 4.88
2011-2012
21
skor 5.08
2009-2010
24
skor 4.87
2008-2009
21
skor 5.04
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 11
PRESTASI MALAYSIAMENGIKUT TERAS
Faktor Inovasi dan Kecanggihan2017-2018 2016-2017
Peningkatan Kecekapan2017-2018 2016-2017
2424
2021
Keperluan Asas2017-2018 2016-2017
2624
KecanggihanPerniagaan
KEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
20 20
Inovasi
KEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
22 22
KesediaanTeknologi
KEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
46 43
KecekapanPasaran
BaranganKEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
20 12
Saiz Pasaran
KEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
24 24
KecekapanPasaran Buruh
KEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
26 24
PembangunanPasaran
KewanganKEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
16 13
Institusi
KEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
27 26
PersekitaranEkonomi Makro
KEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
34 35
Kesihatan danPendidikan
Rendah
KEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
30 44
Infrastruktur
KEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
22 24
PendidikanTinggi dan
Latihan
KEDUDUKAN
2017-2018 2016-2017
45 41
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201812
LANDSKAPDAYA SAING MALAYSIA
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 13
TERAS 1:INSTITUSI
Persekitaran institusi ditentukan oleh rangka kerja undang-undang dan pentadbiran di mana individu, firma dan kerajaan berinteraksi untuk menjana kekayaan. Kepentingan persekitaran institusi yang kukuh dan adil adalah penting bagi memantapkan lagi usaha-usaha pemulihan di kebanyakan negara.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201814
TERAS 2:INFRASTRUKTUR
Infrastruktur yang cekap dan menyeluruh adalah penting bagi memastikan keberkesanan sesebuah ekonomi. Ia merupakan faktor penting dalam menentukan lokasi aktiviti ekonomi dan jenis sektor yang boleh dibangunkan.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 15
TERAS 3:PERSEKITARANEKONOMI MAKRO
Kestabilan persekitaran ekonomi makro adalah penting untuk perniagaan dan signifikan kepada keseluruhan daya saing bagi sesebuah negara.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201816
TERAS 4:KESIHATAN &PENDIDIKAN RENDAH
Tenaga kerja yang sihat adalah penting bagi produktiviti dan daya saing negara. Manakala kelemahan dalam pendidikan asas akan menghalang pembangunan perniagaan dan membantutkan usaha firma dalam peningkatan rantaian nilai.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 17
TERAS 5:PENDIDIKANTINGGI & LATIHAN
Pendidikan tinggi dan latihan yang berkualiti adalah amat penting bagi sesebuah negara ke arah meningkatkan rantaian nilai yang melangkaui proses pengeluaran dan produk yang mudah. Ekonomi globalisasi hari ini memerlukan negara untuk memupuk kumpulan pekerja yang berpendidikan tinggi yang mampu untuk melaksanakan tugas-tugas yang kompleks.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201818
TERAS 6:KECEKAPANPASARAN BARANGAN
Negara-negara yang mempunyai pasaran barangan yang cekap sentiasa bersedia untuk menghasilkan kombinasi barangan dan perkhidmatan berdasarkan penawaran dan permintaan.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 19
TERAS 7:KECEKAPANPASARAN BURUH
Kecekapan dan fleksibiliti pasaran buruh adalah penting bagi memastikan pekerja diperuntukkan pada tahap paling berkesan dalam ekonomi dan disediakan insentif supaya mereka memberikan yang terbaik dalam pekerjaan.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201820
TERAS 8:PEMBANGUNANPASARAN KEWANGAN
Sektor kewangan yang cekap memperuntukkan sumber-sumber yang disimpan oleh rakyat sesebuah negara dan juga sumber-sumber yang dibawa masuk daripada luar negara untuk kegunaan pada tahap yang paling produktif.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 21
TERAS 9:KESEDIAANTEKNOLOGI
Teras kesediaan teknologi mengukur kepantasan sesebuah ekonomi menerima pakai teknologi sedia ada untuk meningkatkan produktiviti industri melalui penekanan khusus pada kapasiti untuk memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sepenuhnya serta inovasi dalam aktiviti harian dan proses pengeluaran untuk meningkatkan kecekapan dan membolehkan inovasi berdaya saing.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201822
TERAS 10:SAIZ PASARAN
Saiz pasaran mempengaruhi produktiviti kerana pasaran yang besar menikmati ekonomi bidangan. Secara tradisinya, pasaran hanya terhad mengikut sempadan negara. Dalam era globalisasi, pasaran antarabangsa boleh menjadi pengganti pasaran domestik pada masa-masa tertentu terutamanya bagi negara-negara kecil.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 23
TERAS 11:KECANGGIHANPERNIAGAAN
Amalan perniagaan yang canggih menjadi tunjang kepada kecekapan yang lebih tinggi dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Kecanggihan perniagaan melibatkan dua elemen yang berkait rapat antara kualiti keseluruhan rangkaian perniagaan dengan kualiti operasi dan strategi firma-firma persendirian.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201824
TERAS 12:INOVASI
Inovasi boleh terhasil daripada pengetahuan baharu teknologi dan bukan teknologi. Inovasi bukan teknologi berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran dan persekitaran kerja sedia ada dalam sesebuah organisasi. Dalam jangka panjang, taraf hidup dapat dipertingkatkan lagi melalui inovasi dan penemuan teknologi.
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 25
MENGORAK LANGKAH:MEMACU PELAKSANAAN
Malaysia terus disenaraikan dalam Global Competitiveness Report (GCR) oleh World Economic Forum dalam penerbitannya yang ke-39, sebagai ekonomi yang paling berdaya saing dalam kalangan negara-negara membangun di Asia. Malaysia mengatasi Ireland & Qatar dan terus mendahului negara-negara seperti Republik Korea, China, Iceland dan Estonia. Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa semua negara yang berada di atas Malaysia merupakan ekonomi maju dan berpendapatan tinggi.
Dalam laporan GCR 2017-18, Malaysia menduduki tempat ke-23 dalam kalangan 137 ekonomi yang mencatatkan peningkatan sebanyak 2 kedudukan daripada kedudukan ke-25 pada tahun sebelumnya. Dari segi skor, prestasi Malaysia meningkat kepada 5.17 daripada 5.16 di mana skor maksimum adalah 7. Sementara itu, negara dan wilayah yang mencatatkan penurunan kedudukan adalah Singapura, Sweden, United Kingdom, Jepun, Taiwan, UAE, Belgium, Australia dan Perancis.
WEF telah menggariskan beberapa langkah dalam memacu agenda daya saing seperti berikut:
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201826
MENGORAK LANGKAH:MEMACU PELAKSANAAN
Selaras dengan cadangan oleh WEF, pelbagai inisiatif strategik telah diambil dan akan terus dipergiatkan untuk mempertingkatkan prestasi Malaysia. Ini termasuklah:
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 27
MARATONDAYA SAING
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201828
BELAJARDARI YANG TERBAIK
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 29
KLASIFIKASIMENGIKUT TAHAP PEMBANGUNAN
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201830
INDEKS DAYA SAING GLOBAL2017 - 2018
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 31
FAKTA RINGKASPERBANDINGAN INDEKS DAYA SAING GLOBAL2017-2018 DAN 2016-2017
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201832
FAKTA RINGKASPERBANDINGAN INDEKS DAYA SAING GLOBAL2017-2018 DAN 2016-2017
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 33
FAKTA RINGKASPERBANDINGAN INDEKS DAYA SAING GLOBAL2017-2018 DAN 2016-2017
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201834
FAKTA RINGKASPERBANDINGAN INDEKS DAYA SAING GLOBAL2017-2018 DAN 2016-2017
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-2018 35
MPC | GLOBAL COMPETITIVENESS REPORT 2017-201836