Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 1
AQIDAH
ORANG-ORANG
YANG BERIMAN
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 2
AQIDAH
ORANG-ORANG
YANG BERIMAN
Anwar Helmy Abdul Malik
Edisi Rumi
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 3
AQIDAH
ORANG-ORANG YANG BERIMA
CETAKAN PERTAMA Januari 2011
©HAK CIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel dan isi buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit .
Diterbitkan oleh : ANWAR HELMY ABDUL MALIK
LABOHAN DAGANG, 42700
BANTING SELANGOR DARUL EHSAN
013 3334697 / 013 6776508
HARGA : RM 55.00
Aturhuruf dan diuruscetak : AL AZHAR MEDIA No. 9456, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus Tel : 06 6794268 Faks : 06 6794268 www.kamus-almiftah.com email: [email protected]
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 4
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 MUQADDIMAH 13
BAHAGIAN 2 18
RENUNGAN BUAT MUHASABAH 18
BEBERAPA PERKARA PENTING SEBELUM MEMULAKAN AMAL 19
BAHAGIAN 3 23
KENAPA WAJIB BERIMAN KEPADA ALLAH 23
KENAPAKAH WAJIB BERIMAN KEPADA ALLAH ? 24
Hujah pertama 24
Hujah kedua 25
Hujah ketiga 26
BAHAGIAN 4 30
MENGENAL TUHAN 30
HUKUM MENGENAL TUHAN 31
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 5
TIGA PERINGKAT MENGENAL ALLAH 31
1 . Peringkat Awwam 31
2. Peringkat Khawwas 32
3. Peringkat Khawas Al-Khawas 33
BAHAGIAN 5 46
PENGERTIAN TAUHID 46
TAUHID 47
TAUHID RUBUBIYYAH 48
TAUHID ASMA’ 49
TAUHID SIFAT 51
TAUHID ULUHIYYAH 52
Syirik Jali 52
Syirik Khafi 53
Syirik Akhfal-Khafi 53
IKTIQAD YANG SALAH DALAM KEFAHAMAN TAUHID RUBUBIYAH, ULUHIYYAH DAN ASMA’ WASSIFAT . 55
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 6
ADAKAH TAUHID RUBUBIYYAH DAN TAUHID ULUHIYYAH ITU BERBEZA ? 58
LAIN-LAIN IKTIQAD YANG SALAH 59
BAHAGIAN 6 62
PENGERTIAN 62
AD-DIN 62
PENGERTIAN AD-DIN 63
Syarat Iman 64
Tingkatan Iman 64
BAHAGIAN 7 67
MABADI 67
MABADI ILMU TAUHID 68
BAHAGIAN 8 77
AQAL 77
ORANG-ORANG DIMAHKAMAH AKHIRAT 78
MENGGUNAKAN AQAL 79
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 7
ERTI HUKUM 80
Tempat pergantungan hukum 80
Hukum Aqal 80
Hukum Adat 83
Hukum Syara’ 83
HAD AQAL 85
HAQIQAT TAUHID 85
HAQIQAT TASAWWUF 86
HAQIQAT FAQIR 86
KEGUNAAN AQAL 86
MENGENAL MAKHLUK 89
Kenali makhluk (alam) Untuk mengenali tuhan . 90
Nama makhluk 90
Jenis makhluk ( A’yan – أعيان) 90
Kelakuan makhluk 91
Jihat ( جهة ) – Bersempadan atau had 92
Berhajat 92
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 8
MENGENAL ALLAH ( هللامعرفة ) 95
PERMULAAN MENGENAL ALLAH 98
BAHAGIAN 9 100
SIFAT 20 DAN RUKUN IMAN 100
﴾ WUJUD الوجود﴿ 102
SIFAT SALBIAH - ERTINYA PENAFIAN 104
HURAIAN QIDAM 106
Baqa’ -109 بقاء
Pengertian Kalimah 112
للحوادثتعالىلفتهمخا 112
بنفســهتعالىمــهقيا 116
120 وحــدانيه
Ta’rif sifat Salbiah 123
Pengertian sifat Ma’ani 125
Sifat Ma’ani (معانى ) 131 Perkara yang dibicarakan dalam sifat Ma’ani . 133
Qudrat – 136 قــــدرة Huraian Qudrat 137 Huraian Iradat 141
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 9
MENGENAI NASIB 145
USAHA HAMBA 153
Hikmah Allah Ta’ala jadikan kejahatan 156
Iktiqad-iktiqad yang salah mengenai usaha dan ikhtiar 168
ILMU - ( العلم ) 175
HAYAT ( الحياة) 178
SAMA’ ( السمع ) 179
BASAR ( البصر ) 183
KALAM - ( ملــكلا ) 185
Huraian Mengenai Sifat Kalam . 187
SIFAT MAKNAWIYAH ( معنويه ) 193
Sifat Idrak ( إدراك ) – mendapatkan . 198
Sifat Takwin ( تكوين ) - Mengadakan 199
Sifat Harus bagi Allah 204
Percaya Kepada Malaikat 207
Percaya Kepada Rasul 207
Percaya kepada kitab 215
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 10
Percaya kepada hari Qiamat 225
Tanda-tanda qiamat yang besar . 231
Berlaku Qiamat 236
Nama-nama Qiamat 237
Percaya kepada Qada’ dan Qadar 242
BAHAGIAN 10 243
68 AQA’IDUL IMAN 243
68 AQA’IDUL IMAN 244
BAHAGIAN 11 266
PENGERTIAN SYAHADATAIN 266
PENGERTIAN KALIMAH SYAHADATAIN 267
BAHAGIAN 12 276
PERKARA MEMBATALKAN SYAHADATAIN 276
PERKARA-PERKARAMENYEBABKAN BATAL SYAHADATAIN 277
(MENJADI MURTAD) 277
MURTAD ITU MELALUI 3 JALAN:- 277
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 11
BAHAGIAN 13 296
PERSOALAN WAHABI DAN BEBERAPA KHALAF 296
SEMBAHYANG SUNAT QABLIAH ( SEBELUM MAGRIB)
377
DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN ADANYA SOLAT SUNAT SEBELUM MAGRIB. 377
DALIL 1 – TERSEBUT DIDALAM FIQH SUNNAH ASSAYID SABIQ JUZ 2, MUKA SURAT 23 : 377
ركعتينالمغربقبلوسلمصلىعليههللاالنبىصلان.حبانإبنرواية فىو 377
MASALAH MENYAPU MUKA SETELAH SELESAI
SOLAT 381
MUROQABAH ( AMAL DI TENGAH MALAM) 386
KITAB-KITAB RUJUKAN. 391
KITAB WAHABI 391
KITAB RUJUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 391
PENUTUP 393
PENUTUP 394
DAFTAR MURAJA’AH 395
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 12
MURAJA’AH 396
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 13
Bahagian 1
MUQADDIMAH
Ringkasan
AQIDAH AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH Aqidah
Pegangan hati
Ahli
Orang yang mengikut
Sunnah
Nabi
dan
Jamaah
Para Sahabat
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 14
بسم هللا الرحمن الرحيم
مــقــــدمه
أشهد ان . ثم الذين كفروا بربهم يعدلون . نور لالحمد هلل الذى خلق السموات واالرض وجعل الظلمات وا
. وسلم وصحبه وعلى اله اللـــهم صلى على سيدنا محمد. ال اله اال هللا وان محمدا عبده ورسوله
.وبالكعبة قبلة . وبالقران إماما . وبمحمد نبيا . ا وباالسالم دين, رضيت با هلل ربا إن الد ين عند هللا اإلسالم: قال هللا تعالى
Assalamua’laikum Warah Matullahi wabarakatuh.
Segala puji milik bagi Allah Subhanahu Wata’ala .
Allah lah yang menjadikan sekelian langit dan bumi .
Samada manusia itu sedar atau tidak , Allah itulah
Tuhan . Islam itulah sebenar-benar agama . Selain Islam
tidak dikatakan agama . Hanyalah ideologi atau
fahaman.
Bersyukurlah kepada Allah , yang telah
memilih kita hidup sebagai mukmin dan muslim .
Seterusnya tidak putus-putus , DIA memberi rezeki
tanpa henti-henti , walaupun hamba itu tidak henti
melakukan dosa kepadanya . Maha sucinya Engkau ya
tuhan , lagi Maha Pemurah Penyayang .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 15
Wahai Tuhan yang Maha mentadbir , hamba
pohon padaMu agar mengurniakan hidayah dan taufiq ,
buat hambaMu ini , agar dapat hambaMu ini
menyiapkan sebuah peninggalan untuk anak isteri dan
keluarga hamba , iaitu sebuah buku yang amat dhaif
penulisan dan karangannya , yang hamba namai akan
buku ini منينوء عقيـــدة الم .
Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat
buat keluarga hamba , sahabat-sahabat dan sekelian
ikhwanul muslimin .
Sekalung penghargaan dari hamba dengan ucapan
Jazakallahu Khairan Kathira buat ayahanda bonda serta
kekanda-kekanda yang telah membantu pengajian
hamba dahulu . Allah jualah yang membalasnya . Amin.
Sekalung penghargaan juga buat sahabat hamba ,
saudara Abdurrasyid yang sudi menolong hamba bagi
menjayakan karangan ini . Jazakallah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 16
Walaupun menyedari hamba bukanlah ahli di bidang ini,
namun atas dasar firman Allah : -
امنوا قوا انفسكم واهليكم نارا يا ايها الذين
Yang bermaksud (Wallahu A’lam) : -
“Wahai orang-orang yang beriman , peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka.”
….Hamba gagahkan juga mencoretnya , kerana
mengharap redha darinya .
Kepada muslimin dan muslimat yang lebih
memahami ilmu ini , dipohon memperbetulkan mana
yang silap , menambahkan apa yang kurang . Hamba
menadah sepuluh jari ini , menerima segala teguran .Di
atas keikhlasan ikhwanul muslimin , hamba lafazkan
Jazakumullahu Khairan Khathira .
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah .
Anwar Helmy Abdul Malek
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 17
Labohan Dagang , Banting , Selangor .
11 Rejab 1431 bersamaan 24 Jun 2010
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 18
Bahagian 2
RENUNGAN BUAT
MUHASABAH
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 19
Beberapa perkara penting sebelum memulakan amal
Sebelum kita membincangkan ilmu mengenal
Allah ini , marilah kita meneliti beberapa perkara
penting, sebelum memulakan sesuatu amal. Samada
amal itu menuntut ilmu atau lainnya. Antara yang
penting itu ialah : -
1 - Ikhlaskan niat kerana Allah .
Sabda Nabi s.a.w.
ا نوىإنم ا ألعمال بالنيات وإنما لكل امرى ء م
Ertinya : -
“ Hanya segala amal itu dengan niat , dan hanya bagi
tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan .”
Niat menuntut ilmu : -
a) Untuk menghilangkan kejahilan diri
b) Untuk diamalkan kerana menurut perintah Allah
bagi mendapatkan keredha’annya .
c) Untuk disampaikan pula kepada orang lain .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 20
Niat yang salah dalam menuntut ilmu : -
a) Supaya dapat setanding ulama’ yang lain . Dan
digelarkan ‘ulama’ , ‘orang alim’ atau sebagainya.
b) Untuk mencari harta kekayaan duniawi.
c) Supaya dihormati oleh orang awwam , tidak
dipandang rendah .
d) Menuntut ilmu dengan riya’ , ujub , sum’ah dan
takabbur.
- Empat jenis niat sebegini , tidak mendapat pahala ,
bahkan berdosa .
2 - Mempelajari ilmu fardhu ain terlebih dahulu
sebelum ilmu-ilmu yang lain, atau bersamaan
mempelajarinya.
3 - Mempelajari dengan sistematik . Ikut peraturan dan
bersungguh-sungguh. Tidak boleh belajar yang mana
suka sahaja.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 21
4 - Mengenali musuh ibadah – dunia , makhluk , nafsu
dan syaitan.
5 – Melaksanakan tujuh mim dalam menuntut ilmu : -
a) Muzakarah ( مذاكراه ) - Berbincang
b) Mutala’ah (مطالعه ) - ulang kaji
c) Muraja’ah (مراجعه ) - Buat rujukan
d) Mujadalah ( مجادله) - Berbahas
e) Muhafazah ( محافظه ) - Menghafaz
f) Muhimmah ( مهمه ) - Bersemangat
g) Mutawilah ( مطاوله ) - Panjang masa
dalam menuntut
ilmu
6 – Memilih guru yang soleh , yang benar ilmunya lagi
bersepakat dengan amalannya. Haram belajar dari
guru yang fasiq , zalim dan kafir .
7 – Beradab dalam menuntut ilmu . Antara adabnya : -
a) Membesarkan ilmu
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 22
b) Menghormati guru
c) Memuliakan kitab
d) Menghormati rakan
e) Bersikap wara’
f) Bila memahami ilmu atau dapat beribadah ,
hendaklah dirasakan, itu adalah kurniaan Allah,
bukan kepandaian diri .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 23
Bahagian 3
KENAPA WAJIB
BERIMAN
KEPADA ALLAH
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 24
Kenapakah Wajib Beriman Kepada Allah ?
Hujah pertama
Secara logiknya setiap yang hidup itu ingin
sayang dan disayangi, kasih dan dikasihi. Lihat sahaja
kepada binatang . Kucing misalnya, amat mengasihi
anaknya . Begitu jugalah manusia , ingin mengasihi dan
ingin dirinya dikasihi .Yang tidak mahu mengasihi dan
dikasihi, ‘orang gila’ barangkali .
Datangnya Rasul, mengajak dan mengajar manusia dan
jin mengasihi Allah. Kenapa? Logik adatnya, setiap
yang hidup pasti akan mati. Seseorang itu akan berpisah
dengan yang dikasihinya, atau pergi meninggalkan
kekasihnya. Dan ia akan bersedih , berdukacita kerana
perpisahan .
Sesungguhnya Allah tidak akan mati dan tidak akan
berpisah . Maka inilah kasih yang sebenar-benarnya.
Seseorang yang menjadikan Allah sebagai kekasihnya
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 25
maka ia tidak akan pernah berduka cita kerana
perpisahan .
Dan inilah secerdik-cerdik manusia , ialah memilih
Allah sebagai kekasih . Orang-orang yang bodoh pula
akan memilih perkara yang akan musnah sebagai
kekasihnya , seperti anak pinak , suami atau isteri , harta
benda , pangkat dan sebagainya . Akhirnya ia rugi dan
menyesal apabila berlaku perpisahan yang penuh dengan
dukacita .
Inilah hujah yang pertama untuk beriman dan beramal
untuk menuju ‘ MAHABBATULLAH’ .
Hujah kedua
Alam ini adalah bukti utama adanya tuhan . Dan
tuhan itu ialah Allah . Terlalu banyak kejadian alam ini
disebutkan didalam Al-quran . Antaranya mengenai
angkasa , lautan , kejadian bumi dan perkara yang akan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 26
terjadi . Keterangan-keterangan Al-quran itu
membuktikan kebenaran agama Islam . Telah terbukti
ramai pengkaji Al-quran memeluk Islam setelah
mengkaji antara alam ini dengan khabaran Quran
dengan tepat. Mereka mengakui Quran bukan ciptaan
Nabi s.a.w. tetapi pasti ianya dari satu ‘kuasa’ yang
amat ‘hebat’, iaitu tuhan . Tidak lain lagi , tuhan itu
ialah Zat yang bernama yang disebutkan didalam Al-
quran , iaitulah ‘Allah S.W.T.’ .
Lihat sahaja pengertian ‘alam’ . Alam dari kalimah
‘alamat’ , dalam bahasa arab . Ertinya tanda , iaitu tanda
adanya Allah .
Kata ulama’ tauhid , Allah itu wujud , tandanya
( alamatnya ) ada alam .
Hujah ketiga
Hujah ini khas buat umat Islam , yang semestinya
sudah mempercayai wujudnya Allah . Hujah ini adalah
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 27
Untuk mentahqiqkan ( menguatkan ) , supaya menta’ati
perintah Allah .
Semasa di alam arwah , sekelian roh itu telah ditanya
oleh Allah S.W.T. sepertimana firmannya ;
ست بر بكم لـ ا
Ertinya :
“ Adakah tidak aku ini tuhan kamu?” .
Maka jawab roh : -
قالوا بلى شهد نا
Ertinya : -
“Berkata sekelian roh , bahkan , ( yakni ) kami
mengaku “ .
Disebutkan oleh ulama’ tafsir, inilah perjanjian roh di
alam arwah dahulu, bahawa ‘satu perjanjian , sekelian
roh kepada Allah’ . Mereka akan menta’ati Allah
apabila hidup didunia nanti. Dengan itu wajiblah
sekelian itu beriman kepada Allah. Maka padan dan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 28
layaklah jika di azab didalam neraka setelah mati kelak,
akibat memungkiri janji dengan Allah.
Ada yang berkata .
“ Kami tidak tahu pun akan berlakunya perjanjian ini”
Didunia bolehlah celuparnya lidah manusia yang berkata
sedemikian. Tetapi di akhirat kelak mereka akan ditanya
malaikat :
“ Adakah tidak sampai kepada kamu khabaran Rasul? ”
Si celupar bertanya lagi : “Rasul sudah tiada….” Orang
jahil memang tidak tahu , sesungguhnya Nabi s.a.w.
pernah bersabda yang bermaksud :
“ Ulama’ itu pewaris Nabi ” .
Mengapa tidak mendekati ulama’?Si celupar tentu
menjawab :
“ Tidak sesuai dengan jiwa kami mendampingi ulama..”
Maka ketahuilah. Mendekati ulama’, bererti mendekati
Rasul. Mendekati Rasul bererti mendekati Allah.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 29
Menjauhi ulama’, bererti menjauhi Rasul , menjauhi
Rasul bererti menjauhi Allah. Menjauhi Allah, bererti
mendekati NERAKA!
Si celupar akan berkata :
“ Betulkah ada neraka ….? ”
Na’uzubillah , ada yang sampai keperingkat ini .
Tunggulah kematian untuk melihat kebenarannya .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 30
Bahagian 4
MENGENAL
TUHAN
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 31
Hukum Mengenal Tuhan
Mengenal tuhan hukumnya wajib fardhu ain keatas
tiap-tap mukallaf . Tidak mengenal tuhan berdosa besar
dan tidak diterima amalan.
Seperti kata ulama’ :
د و ب ع م ال ة ف ر ع م ب ال ا ة اد ب ع ال ح ص ي ال ف
Ertinya :
“ Maka tidak sah ibadah melainkan dengan mengenal
(tuhan) yang disembah”.
Tiga Peringkat Mengenal Allah
1 . Peringkat Awwam ( orang kebanyakan )
Iaitu wajib mengenal Allah sekurang-kurangnya di
peringkat ini , jalannya ialah menuntut ilmu tauhid
hingga memperolehi : -
a) Iktiqad yang jazam
Belajar kemudian ilmu itu dibuat iktiqad –
(pegangan hati) .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 32
b) Muafakat bagi yang sebenar .
Ilmu yang sebenar dari Ahli Sunnah Wal
Jamaah .
c) Ada dalil
Sama’ada dalil Ijmali sekurang-kurangnya,
atau beserta dalil Tafsili –( ayat Al-Quran ).
Tiga perkara ini wajib keatas tiap-tiap mukallaf
dalam sekurang-kurangnya mentauhidkan Allah .
Orang beriman yang tiada memiliki ketiga-tiga
perkara ini dinamakan mukmin yang taqlid ( ikut-
ikut ) . Hukumnya berdosa besar . Apabila
memenuhi ketiga-tiga perkara ini dinamakan
mukmin yang beriman dengan ilmu . Namun begitu
belum selamat lagi . Kerana kebanyakan orang alim
masih berbuat dosa . Hendaklah pula mendaki ke
peringkat mengenal Allah yang kedua .
2. Peringkat Khawwas ( خواص ) -
Iaitu darjah solihin – Untuk mendapatkan peringkat
ini, hendaklah disamping menuntut ilmu ,
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 33
seseorang itu perlu kepada mujahadah nafsu dengan
bersungguh-sungguh , disamping mendapat
bimbingan guru yang mursyid. Mudah-mudahan ia
mendapat mengenal Allah sehingga ke peringkat ini
. Seseorang yang mendapat makrifatullah
diperingkat ini , ada padanya empat perkara :
a) Iktiqad yang jazam
b) Mutabaqah ( ابقهط م ) – Muafakat dengan yang
Sebenar
c) Mustaqar ( مستقر ) - Tetap di hati tanpa goyah
d) Wijdan ( جدانو ) – Zauq ( ذوق ) dalam ibadah .
( Rasa manis , nikmat beribadah) .
Pada tahap ini , tidak ada lagi dalam ingatannya ,
selain untuk menambah ibadah kepada Allah.
3. Peringkat Khawas Al-Khawas
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 34
Iaitu darjah Musyahadahkan Allah . Mereka sentiasa
tenggelam dalam Mahabbtullah ( محبة هللا ) . Seperti kata
Nabi :
ان تعبد هللا كأ نك تراه
Ertinya : “ Bahawa engkau menyembah Allah
seumpama engkau melihatNnya .”
‘Melihat’ dengan pengertian rasaan di dalam hati ,
rasa kasih yang mendalam terhadap Allah. Tidak
terungkap dengan kata-kata. Tidak tertulis dengan
penulisan . Hanya yang ‘dapat’ sahaja yang
mengetahui dan merasai lazatnya bersama Allah
S.W.T. pada maqam ini . Inilah maqam para rasul-
rasul , anbiya’ dan auliya’.
Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani, didalam kitabnya
Sirrul Asrar, Untuk menuju sebenar-benar
makrifatullah, hendaklah melakukan empat perkara :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 35
i. Menuntut ilmu sekurang-kurangnya ilmu fardhu
ain .
ii. Taubat nasuha .Menerima Talqin
Bai’ahThariqat Sufiah dari guru yang mursyid .
iii. Istiqamah beramal .
Kata oleh Al-Alim – Al-Allamah Syeikh
Muhammmad Nafis Bin Idris Al-Banjari ;
Untuk menuju makrifatullah itu perlu bermujahadah
empat perkara : -
i. Lapar
ii. Diam
iii. Banyak berjaga
iv. Beruzlah – mengasingkan diri dari manusia
yang fasiq .
Pertama-tama untuk taqrib Ilallahi Ta’ala
hendaklah Tajrid A’niddunya ( تقريب الى هللا تعا لى )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 36
iaitu bertekad dan membulatkan hati ( تجريد عن الدنيا )
meninggalkan kesedapan duniawi dan harus
sanggup : -
Menuntut ilmu dan melebihkan masa hidup
untuknya .
Palingkan ( ubahkan ) banyak memikirkan
hal duniawi yang melalaikan kepada hal-hal
persediaan mati .
Rasa kasih kepada ummat , dengan
berdakwah dan berdoa untuk mereka .
Mencari rezeki yang sekadar hidup sahaja.
Nanti akan ada orang yang menentang dengan
berkata: “ Ini membawa kemunduran , tidak maju
dan umat Islam akan terhina kerana menolak harta
dunia.”
Jawapannya : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 37
Lihat sahaja orang-orang yang berkata dan berfikiran
demikian , tidaklah setara mana kemajuannya, dan
tiadapun tinggi agama dan penghormatannya dari
orang kafir , melainkan hidup berekonomi cara kafir ,
moral bercirikan Nasara dan Yahudi , fikiran
melupakan soal akhirat . Inilah tipu daya yang nyata
oleh Ahluddunya yang telah hilang pedoman agama .
Sesungguhnya Islam tidak mengharamkan mencari
harta dunia yang menimbun-nimbun .
Persoalannya : -
1) Adakah cara mencarinya menuruti hukum
syariat?
Adakah dengan sebab mencarinya
menambahkan cinta kepada Allah ?
1. Adakah dengan mencarinya dapat
menegakkan syiar Islam ?
i. Adakah jika mempunyai banyak harta itu tidak
menjadi bakhil ?
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 38
Masalahnya yang dilihat berlaku di zaman ini ,
apabila mencari kemewahan itu , maka terjadilah : -
i. Perlanggaran hukum Allah – Riba ,Gharar ,
Maisir .
ii. Hubbuddunya yang berlebih-lebihan . Dulunya
mungkin kaki masjid , dah bertukar kaki joli ) .
iii. Keterpaksaan menyokong Thagut .
iv. Bila dah kaya jadi bakhil .
Maka kesimpulannya jika mencari dunia itu tidak
menyebabkan bertambah jauh dari Allah , maka
silakanlah . Tetapi jika mencari dunia itu
menyebabkan bertambah jauh dari Allah , fikirkanlah
persoalan ini .
Firman Allah Ta’ala : -
ــبرين ا يعلم هللا الذين جهدوا منكم ويعلم الص سوره ال ) ﴾٢٤١﴿ام حسبتم أن تدخلوا الجنة ولم
( ٢٤١عمران
Ertinya : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 39
“ Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan
masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada
Allah S.W.T. ( wujudnya ) orang yang berjihad (
yang berjuang dengan bersungguh-sungguh )
diantara kamu , dan(belum lagi ) nyata ( wujudnya )
orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam
perjuangan ).
Kesimpulan dari huraian dan pengertian
perbincangan itu , dapatlah difahami untuk menjadi
orang yang benar-benar mentauhidkan Allah
( Al-Muwahhidu - د perlu kepada menuruti , ( الموح
sunnah Nabi s.a.w. , iaitu : -
1. Ilmu
2. Amal
3. ikhlas
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 40
Tanda seseorang yang menuruti sunnah Nabi s.a.w.
akan dirasai didalam hatinya empat perkara :-
i. Gembira dengan rezqi yang diterima dengan
perasaan redha dan suka ( tidak terasa hendak
dilebihkan )
ii. Tidak mahu berlebih-lebihan dalam soal
kehidupan dunia .
iii. Tidak gemar keseronokan dunia , kerana sudah
terasa bayangan nikmat hidup di akhirat
iv. Tidak berani bercakap melainkan yang haq
sahaja .
Tandanya lagi , orang yang benar-benar
mentauhidkan Allah itu , timbul didalam hatinya tiga
perkara : -
i. Apabila ia jatuh sakit – maka sakit itu lebih
baik dari sembuh , kerana redha sungguh
kepada taqdir Ilahi .
ii. Apabila ia miskin – maka miskin itu lebih baik
dari kaya .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 41
iii. Apabila doanya kepada tuhan dari soal dunia
tidak diqabulkan Allah , - maka itu lebih baik
dari diqabulkan .
Nabi s.a.w. bersabda : -
ه ان يكون أقوى الناس فليتوكل على هللا ,من سر
,ه أن يكون أكرم الناس فليتق هللا ومن سر
ه أن يكون أغنى الناس فليكن بما فى يد هللا اوثق منه فى يده .ومن سر
Ertinya : -
“ Barangsiapa yang mahu manjadi manusia yang
paling kuat , maka hendaklah dia bertawakkal
kepada Allah . Dan barangsiapa yang mahu
menjadi manusia yang paling mulia , maka
hendaklah ia bertqwa kepada Allah . Dan
barangsiapa yang mahu menjadi manusia yang
paling kaya , maka hendaklah dia jadikan Yang
didalam Tangan Allah ( Taqdir Allah ) lebih
diyaqini (lebih baik ) dari apa yang ada dalam
tangannya (kemahuannya ) .”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 42
Pengertian dari hadis ini , Rasulullah s.a.w.
menyebutkan tiga sifat : -
i. Tawakkal
ii. Taqwa
iii. Redha dengan apa yang ditentukan Allah .(
Redha Bil Qadha’ - ءرضاء بالقضا )
Maka barangsiapa yang bersifat dengan tiga sifat itu ,
akan memperolehlah ia , tiga perkara : -
i. Manusia paling kuat .
ii. Manusia paling mulia .
iii. Manusia paling kaya .
Huraian :
Menjadi manusia paling kuat , kerana orang yang ada
dalam hatinya Tawakkal A’lallah , tidak ada lagi
yang digeruni , selain gerun kepada Allah .
Menjadi manusia paling mulia , kerana orang yang
bertaqwa , dimuliakan Allah .
Firman Allah Ta’ala : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 43
إن اكرمكم عند هللا أتـقا كم
Ertinya :
“ Sesungguhnya kemuliaan disisi Allah ialah orang-
orang yang bertaqwa.”
Menjadi manusia paling kaya , kerana merasa cukup
dengan apa yang ada . Orang yang sudah banyak
harta , tetapi masih inginkan lagi adalah Fuqara’
yang hina .
Tiga sifat itu menunjukkan : -
1. Tawakkal itu berkait rapat dengan aqidah .
Aqidah menyatakan kepercayaan kepada Allah.
Tawakkal menimbulkan perasaan berpegang
teguh dengan Allah .
2. Taqwa juga berkait rapat dengan aqidah .
Aqidah menyatakan ‘hanya Allah tuhan Yang
disembah “ . Taqwa pula ialah ketimbulan
dimata hati sifat-sifat mahmudah , hasil dari
aqidah dan amal dengan ikhlas .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 44
3. Redha dengan taqdir Allah juga berkait rapat
dengan aqidah . Aqidah menyatakan
kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar . Redha
dengan taqdir menimbulkan sifat zuhud , sabar
, syukur , redha , mahabbah dan lain-lain.
Ini bermakna ilmu tauhid dan ilmu tasawwuf itu
berkait rapat . Pepatah mengatakan ‘Tauhid
mendahului, Tasawwuf menyusuli .’
Tergantung perjalanan menuju Allah , dengan
semata-mata mempelajari ilmu tauhid , tanpa
menghalusi ilmu tasawwuf .
Terhalang juga perjalanan menuju mengenal Allah
tanpa ilmu feqah yang benar .
Untuk menjadi Al-Muwahhidu (د bukanlah ( الموح
dengan semata-mata mempelajari ilmu tauhid .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 45
Ilmu tauhid hanyalah teori untuk mengenal Allah .
Ia perlu pula mengamalkan syariat dengan cermat
( Tharikat ), disamping tidak mensyirikkan Allah .
Jika dikehendaki oleh Allah , maka terbukalah pintu-
pintu makrifatullah . Tharikat itu pula perlu kepada
bimbingan guru yang mursyid .
Semata-mata dengan mempelajari ilmu tauhid, tanpa
thariqat ( mengamalkan syariat dengan cermat
dibawah bimbingan guru mursyid ) , adalah umpama
orang yang mempelajari teori tukang rumah , tetapi
tidak bertukang . Maka ia tidak dinamakan tukang
rumah . Begitulah perumpamaannya .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 46
Bahagian 5
PENGERTIAN
TAUHID
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 47
TAUHID
Tauhid ertinya keesaan , asal akar katanya
د توحيد د يوح .Dikehendaki keesaan itu ialah keesaan Allah .وح
Sebenar-benar yang dikehendaki dalam agama dari
kefahaman tauhid ialah – Almuwahhidu ( د ( الموح
Ertinya ‘ orang yang mentauhidkan Allah.’
Orang yang benar-benar mentauhidkan Allah itu ,
terkumpul padanya empat jenis tauhid, iaitu : -
1- Tauhid Rububiyyah ( توحيد الربوبيه )
2- Tauhid Asma’ ( توحيد اال سماء )
3- Tauhid Sifat ( توحيد الصفات )
4- Tauhid Uluhiyyah ( ه ( توحيد األ لوهي1
1 Lihat keterangan mengenai Uluhiyyah dan Rububiyyah didalam kitab
i فريساي مكلف – Syeikh Abdul qadir bin Abdul Mutollib Al-
Mindili
Ii . عقيدة الطها ويه - Al –Imam Ahmad bin Muammad bin
Salamah Al-Masri , Abu Ja’far Al-Hanafi ( 321 - 239H )
- Imam Ahmad ini asalnya bermazhab Syafi’e
kemudian beralih ke Mazhab Hanafi
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 48
TAUHID RUBUBIYYAH
Tauhid Rububiyyah ialah Keesaan Pentadbiran .
Dalam erti kata yang lain – sekelian alam adalah
didalam pentadbiran Allah . Allah yang menjadikan
alam, dan memerintah alam .
Wajib diatas tiap-tiap manusia mempercayai hal ini.
Maka barangsiapa mempercayai Allah ialah tuhan yang
mencipta dan mentadbir sekelian alam , maka ia
mempunyai ‘ Tauhid Rububiyyaah’, dengan syarat ia
tidak mensyirikkan Allah dalam Tauhid Asma’ , Tauhid
Sifat dan Tauhid Uluhiyyah .
Tidak boleh dikatakan seseorang itu mempunyai Tauhid
Rububiyyah , sekiranya ia tidak mentauhidkan Allah
dalam Tauhid Asma’ , Sifat dan Uluhiyyah.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 49
Kata wahabi , seseorang itu ada Tauhid Rububiyyah
(seperti kafir yang percaya Allah itu tuhan , yang
mencipta sekelian alam), walaupun ia tiada Tauhid
Uluhiyyah. Ini pendapat yang batil . Manakan mungkin
boleh bersatu dua perkara yang berlainan jenis .
Syiriktidak boleh bersatu dengan tauhid , sebagaimana
siang tidak boleh bersama dengan malam . Maka
kepercayaan si kafir itu sia-sia , kerana syirik . Tidak
boleh dikatakan padanya – ‘mereka ada Tauhid
Rububiyyah’.
TAUHID ASMA’
Tauhid Asma’ ialah Keesaan nama-nama Allah.
Pengertiannya ; Allah Ta’ala mempunyai nama-nama
yang Maha Agung yang tidak terhingga banyaknya.
Allah jua yang mempunyai nama-nama agung itu.
Seseorang yang mempercayai dan mengakui bahawa
Allah Ta’ala mempunyai nama-nama Yang Maha
Agung yang tidak terhingga banyaknya itu , bererti ia
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 50
mentauhidkan Tauhid Asma’, selagi ia tidak
mensyirikkan Allah .
Nama-nama Allah itu disebutkan didalam Al-Quran
seperti yang diriwayat oleh Imam Tarmizi
Rahimahullahuta’ala yang bermaksud :
“ Allah ada sembilan puluh sembilan nama , sesiapa
menghafaznya nescaya dia masuk syurga” .
Nama Allah tidaklah 99 sahaja , tetapi 99 itu adalah
sebahagian darinya . Nama-nama Allah yang disebutkan
oleh Syeikh Ibnu Hajar didalam Fathul Bari ialah
sebanyak 168 . Didalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan ,
nama-nama Allah yang diturunkan ke bumi sebanyak
tiga ribu nama. Semua nama-nama Allah disebut ‘Asma’
Ul-Husna’ – nama-nama Allah yang indah .Namun
begitu wajib beriktiqad , nama-nama Allah itu tidak
terhingga banyaknya.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 51
TAUHID SIFAT
Tauhid Sifat ialah Keesaan Sifat-Sifat Allah .
Pengertiannya ; Allah sahaja yang mempunyai sifat.
Sifat Allah yang tidak berubah-ubah . Sifat Allah tidak
terhingga banyaknya . Tidak ada suatupun yang serupa
sifatnya dengan sifat Allah . Didalam istilah Usuluddin ,
pengertian sifat ialah perkara yang tidak berubah . Sebab
itu dikatakan ‘Allah sahaja yang mempunyai sifat’. Sifat
makhluk dinamakanA’radh ( عرض ) , iaitu suatu yang
sentiasa didatangi perubahan .
Seseorang yang percaya dan mengakui bahawa,
i. Allah Ta’ala mempunyai sifat kesempurnaan yang
tidak tehingga banyaknya , dan
ii. Sifat Allah tidak berubah-ubah, dan
iii. Tiada suatupun yang sifatnya menyerupai sifat
Allah .
Maka bererti ia mentauhidkanTauhid Sifat, selagi ia
tidak mensyirikkan Allah.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 52
TAUHID ULUHIYYAH
Tauhid Uluhiyyah ialah Keesaan Ketuhanan.
Pengertiannya ; Allah sahajalah Tuhan yang wajib di
sembah , dipatuhi , dicintai tanpa mensyirikkannya.
Dinamakan juga Tauhid Ibadah. Erti yang lebih luas
lagi iaitu tidak boleh syirik didalam bertuhankan Allah.
Syirik ialah menyamakan suatu dengan tuhan samada
pada Zatnya , Sifatnya , atau Perbuatannya . Syirik itu
ada tiga jenis : -
i. Syirik Jali
ii. Syirik Khafi
iii. Syirik Akhfal-Khafi
Syirik Jali
Iaitu syirik yang nyata , yang menyebabkan jadi murtad
apabila mengerjakannya . Syirik ini terbahagi dua : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 53
i. Syirik dengan Hukum Sifat Ketuhanan Allah ,
Seperti ; mempercayai Allah yang berkuasa,
tetapi dalam masa yang sama percaya pula kepada
bomoh-bomoh , kubur keramat , kuasa jin , hantu,
syaitan , ubat dan sebagainya .
ii. Syirik dengan Hukum-Hakam Allah .Seperti ;
mempercayai Hukum Allah adalah baik , tetapi
hukum manusia lebih sesuai bagi zaman ini.
Syirik Khafi
Iaitu syirik yang tersembunyi . Ia tiada menjadi murtad .
Tetapi berdosa besar , seperti riya’ , dalam beribadah .
Syirik Akhfal-Khafi
Iaitu syirik yang tersembunyi yang amat tersembunyi .
Iaitu orang yang beribadah , dengan merasakan dirinya
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 54
yang melakukan ibadah itu . Tidak dapat merasai ibadah
yang ia kerjakan adalah Af’al Allah ( perbuatan Allah ).
Perasaan inilah yang dinamakan hijab . Iaitu hijab yang
paling tebal Untuk dapat makrifatullah darjah fana’ dan
majzub . Jika hilang hijab ini , maka dapatlah ia
memasuki hadrat ilahi , tenggelam dalam mabuk cinta
dengan Allah – inilah sebenar-benar orang yang
mentauhidkan Allah – ‘Almuwahhidu’.
Ia memperolehi fana’ dan majzub . Untuk
menghilangkan syirik ini perlu kepada bimbingan guru
yang mursyid .
Kesimpulannya , orang yang tidak ada syirikJali , maka
orang itu dikatakan mentauhidkan Allah dalam Tauhid
Uluhiyyah .
Rumusan dari pengertian ini , wajib diatas manusia itu
beriman kepada Allah dengan memenuhi keempat-
empat jenis Tauhid ini didalam dirinya . Tidak sah
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 55
keimanan , sekiranya salah satu dari tauhid ini tidak ada
dalam keyakinannya .
Matlamat ilmu tauhid ialah dapat mengenal tuhan.
Siapakah tuhan ? Tuhan ialah : -
“Zat yang bernama Allah , Yang bersifat dengan
segala sifat kesempurnaan ,Yang memiliki nama-
nama yang Maha indah(Agung), Yang menjadikan
sekelian alam .”
Inilah yang disebut dalam perbicaraan Tauhid Zat
(Uluhiyyah ) Tauhid Sifat , Tauhid Asma’ dan Tauhid
Rububiyyah (Tauhid Af’al).
Iktiqad yang salah dalam kefahaman Tauhid
Rububiyah, Uluhiyyah dan Asma’ Wassifat .
Dalam fahaman wahabi mereka memahami tauhid
Rububiyah adalah seperti berikut : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 56
Barangsiapa yang ada dalam iktiqadnya Allah yang
menjadikan dan mentadbirkan alam ini dikatakan ada
padanya Tauhid Rububiyyah walaupun ia seorang kafir .
Salahnya iktiqad ini , hujahnya ; Tauhid dan kufur tidak
boleh beserta . Umpama tidak bolehnya beserta malam
dan siang dalam satu masa .
Dalam Tauhid Asma’ Wassifat pula , wahabi berkata ;
Allah bersifat ada mata , ada tangan , ada wajah , ada
betis dan segala perkara yang membawa kepada
pengertian , bahawa Allah Ta’ala itu ‘berjuzuk’ ,
berjisim , berpihak dan menyerupai makhluk . Iktiqad
seperti ini adalah iktiqad mujassamah atau mushbihah .
Dalam Tauhid Uluhiyyah pula , wahabi beriktiqad
bahawa Zat Allah Ta’ala itu bertempat di
Arash . Zat Allah Ta’ala berhad , Zat Allah berbentuk .
Walaupun kata mereka tangan yang tidak menyerupai
makhluk , mata yang tidak menyerupai makhluk ,
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 57
bentuk yang tidak menyerupai makhluk dan sebagainya ,
fahaman sebegini tetap salah . Fahaman
seperti ini menolakkan pengertian dalam firman Allah
Ta’ala ليس كمثله شىء
Ada yang berkata istilah Tauhid Rububiyyah , Tauhid
Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ Wassifat adalah dari
fahaman wahabi .
Maka Ahli Sunnah Wal Jamaah menjawab : -
Yang membezakan ahli Sunnah dan wahabi dalam
istilah Tauhid Rububiyyah , Uluhiyyah dan Asma’
Wassifat adalah Takrifnya . Penakrifan wahabi itu yang
salah. Istilahnya tetap ada dalam ilmu tauhid .
Oleh itu , mengatakan istilah Tauhid Rububiyyah,
Uluhiyyah , Asma’ Wassifat itu dari ajaran wahabi
adalah ‘salah faham’. Istilah itu sebenarnya dari
salafiah.
Firman Allah Ta’ala :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 58
ا لحمد هلل رب العلمين
(١: تحه االف)
Ertinya :
“Bermula segala puji itu milik Tuhan (Pentadbir)
sekelian alam”.
(Al-Fatihah: 2)
انا هللا آل اله اال انا
Ertinya:
“Akulah Allah , Tidak ada Tuhan selainKu”.
Adakah Tauhid Rububiyyah dan Tauhid
Uluhiyyah itu berbeza ?
Dalam kefahaman kaum wahabi , mereka
mengatakan Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah itu
berbeza . Mengatakan ianya berbeza membawa kepada
mujassamah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 59
Jika terdapat didalam kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah
yang membahagikan Tauhid Rububiyyah dan
Uluhiyyah, itu adalah Majaz Aqli (مجاز عقلى) jua .
Hanyalah untuk menghampirkan faham sahaja . Ianya
dihuraikan pada tahap ilmu yakin . Pada tahap Ainul
Yakin dan Haqqul Yakin , ianya tiada perbezaan .
Uluhiyyah itu nakirah dengan makna makrifah ( نكيره بمعنى
dan Rububiyyah itu makrifah dengan makna ( معرفه
nakirah ( معرفه بمعنى نكيره ) . Hakikatnya tiada perbezaan .
Maka salahnya wahabi itu kerana beriktiqad ianya
berbeza .
Lain-lain Iktiqad yang salah
1- Syiah
Yang asalnya dianjurkan oleh Abdullah Bin
Saba’. Asalnya pendita yahudi dari Yaman .
memeluk Islam lalu berhijrah ke Madinah di zaman
Saiyidina Utsman r.a. pada sekitar tahun 30 Hijrah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 60
Matlamatnya Untuk dapatkan sanjungan Saiyidina
Utsman . Oleh kerana tidak tercapai hajat , diburuk-
burukkan Saiyidina Utsman , Untuk menaikkan
Saiyidina Ali menjadi khalifah . Sehingga berlakulah
pembunuhaan ke atas Saiyidina Utsman hasil dari
pemberontakan yang dianjurkan oleh Abdullah bin
Saba’ . Pembunuhan ini berlaku pada tahun 35
Hijrah. Saiyidina Ali menggantikannya , setelah 10
tahun Saiyidina Utsman menjadi khalifah . Semasa
pemerintahan Saiyidina Ali r.a. berlaku dua
peperangan iaitu : -
i. Saiyidina Ali dengan SadatinaA’isyah r.a. (
Peperangan Jamal – unta ) .
ii. Saiyidina Ali dengan Saiyidina Muawiyah r.a.(
Peperangan Siffin )
Saiyidina Ali akhirnya dibunuh oleh Khawarij
(Abdurrahman Bin Maljam) pada subuh 17 Ramadhan
40 Hijrah , dalam perjalanannya ke masjid . Dalam masa
pemerintahan Saiyidina Ali itu juga , Abdullah Bin
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 61
Saba’ dihalau oleh Saiyidina Ali , kerana mengajar
ajaran yang salah . Sebenarnya dalam ajarannya yang
mengagungkan Saiyidina Ali itu hanyalah tipu helahnya
Untuk mendapat kuasa .Syiah ; pada mulanya soal
politik , akhirnya menjadi soal aqidah yang salah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 62
Bahagian 6
PENGERTIAN
AD-DIN
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 63
PENGERTIAN AD-DIN
Addin mempunyai banyak pengertian , Antaranya : -
i. Pegangan yang kukuh
ii. Mengenal Allah .
iii. Agama ( Asalnya Aqama - اقام )
iv. Ertinya mendirikan perintah Allah .
Terkandung dalam pengertian Ad-din itu empat
perkara : -
i. Iman - Kepercayaan kepada rukun-rukunnya
ii. Islam - Mengerjakan segala perintah Ilahi
dan meninggalkan segala yang
ditegah .
iii. Tauhid - Mengesakan Allah Ta’ala pada zat
sifat, Asma’ dan Af’alnya .
iv. Makrifah - Mengenal antara qadim ( Allah ) dan
makhluk .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 64
Syarat Iman
1. Kasih kepada Allah , Malaikat , Kitab , Rasul ,
Aulia’ .
2. Benci seteru Allah .
3. Takut azab Allah .
4. Harap rahmat Allah
5. Membesarkan suruhan Allah .
6. Taubat nasuha .
Tingkatan Iman
1 Iman Taqlid -
-
Beriman tanpa ilmu fardhu
ain
Hukumnya berdosa besar
2 Iman ilmu -
-
Beriman dengan ilmu yang
dipelajari , sekurang-
kurangnya ilmu fardhu ain .
Iman darjah ini masih lagi
sanggup berbuat dosa , kerana
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 65
pengenalannya kepada Allah
belum kental .
3 Iman Ainul
yakin
( عين اليقين )
- Iaitu orang yang beramal
dengan ilmunya hingga
timbul zauq dalam ibadah dan
kehidupannya –
( orang solihin )
4 Iman Haqqul
Yaqin
( حق اليقين )
-
-
Iaitu iman darjah A’rifin
Billah ( wali-wali Allah )
Mereka kenal Allah dengan
Musyahadah . Erti
Musyahadah ialah rasa tidak
terasing dirinya dengan Allah
sentiasa .
5 Iman Kamalul
Yaqin
( كمال اليقين )
-
-
-
Iman yang paling sempurna .
iaitu darjah Siddiqien .
Iman darjah ini diperolehi
oleh rasul-rasul , anbiya’ dan
wali-wali yang besar .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 66
- Mereka kenal Allah peringkat
musyahadah yang tinggi .
Iman peringkat 1 dan 2 , akan terkena azab kubur
dan neraka terlebih dahulu sebelum ke syurga kerana
kesanggupan mereka melakukan dosa semasa hidup
didunia . Melainkan yang bertaubat , atau mati Syahid
Akbar ( dunia akhirat ) . Iman peringkat 3 hanya dihisab,
tanpa disiksa . Kemudian ke syurga . Iman 4 dan 5 ,
masuk syurga tanpa hisab . Didunia lagi, mereka telah
memperoleh syurga – Jannah Al-A’jilah. Iaitu syurga
ketenangan bersama Allah
( syurga yang didahulukan sebelum syurga di akhirat ).
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 67
Bahagian 7
MABADI
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 68
MABADI ILMU TAUHID
Mabadi ertinya permulaan . Mabadi Ilmu Tauhid
bererti permulaan Ilmu Tauhid . Dalam erti kata yang
lain , punca atau asal ilmu ini . Dikatakan juga dasar
ilmu .Dasar Ilmu Tauhid itu sepuluh , iaitu : -
1. Nama Ilmu ini ( اسمه )
Iaitu , namanya Ilmu Tauhid . Dinamakan juga ilmu
aqidah , ilmu makrifah , ilmu usuluddin , ilmu umbi
agama , ilmu kalam , ilmu sifat , ilmu aqidah dan
ilmu aqa’idul iman .
2. Tempat ambilan ( إستمداد ه )
Ilmu ini diambil dari Al-quran .
3. Kandungan ilmu ( مقصود ه )
Kandungan ilmu ini , ialah membahaskan aqidah
Ahli Sunnah Wal-Jamaah .
Aqidah ertinya pegangan hati .
Ahli ertinya orang yang mengikut .
Sunnah ertinya cara hidup Nabi .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 69
Jamaah ertinya para sahabat .
( Pegangan hati orang yang mengikut sunnah Nabi
dan para sahabat ) .
4. Tempat pembicarannya ( موضوعه )
Ilmu ini membicarakan 4 perkara : -
i. Zat Allah yang bersifat kesempurnaan .
ii. Diri rasul-rasul yang bersifat kemanusiaan .
iii. Dalil-dalil wujudnya tuhan .
iv. Segala perkhabaran Rasulullah s.a.w.
5. Manafa’at ilmu ( ته فاءـد )
Manafa’at ilmu ini Untuk mengenal Allah supaya
sah ibadah .
د و ب ع م ال ة ف ر ع م ب ال إ ة اد ب ع ال ح ص ي ال ف
Ertinya :
“ Tidak sah ibadah , melainkan dengan mengenal
yang disembah ( Allah ) .”
6. Nisbah ( نسبة)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 70
Nisbah atau pertalian ilmu ini dalam agama ialah
satu ilmu yang terutama wajib dipelajari oleh setiap
umat Islam .
7. Pelopor ilmu ini ( وا ضعه )
Yang mengeluarkan ilmu ini ialah Abu Al-Hasan
Al-Asya’ri . Nama penuhnya – Ali bin Ismail bin
Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa
bin Abi Burdah bin Abi Musa Al-Asy’ri . Abi musa
ialah sahabat Nabi s.a.w. , Ia menjadi gabenor di
Iraq dalam masa hayat Rasulullah s.a.w. Nabi
Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang
bermaksud :
“ Umatku kelak akan diselamatkan aqidahnya oleh
keturunan sahabatku ini .” Lalu ditunjukkan
kearah Abu Musa Al-Asy’ri.”
Keterangan ringkas Abu Al-Hasan Al-Asy’ri : -
i. Lahir tahun 260 Hijrah . Wafat tahun 324 Hijrah
.Mengikut aliran Abu Hasyim Al-Jaba’i ( الجبائ
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 71
)selama 40 tahun . Al-Jaba’I atau nama penuhnya
Muhammad bin Abdul Wahhab , adalah bapa tiri
Abu Al-Hasan Al-Asy’ri . ( Bukan Muhammad
bin Abdul Wahhab , wahabi – lahir 1115 Hijrah ).
ii. Abu Al-Hasan mula membawa alirannya pada
tahun 300 Hijrah , dan matang dalam aliran ini
pada tahun 304 Hijrah . Akhirnya aliran ini
disebut – ‘Iktqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah .’
iii. Beliau mengistiharkan keluar dari iktiqad Al-
Jaba’i serta mengistiharkan tergelincirnya ( زالاعت )
iktiqad tersebut dari iktiqad Ahli Sunnah Wal-
Jamaah pada hari Jumaat diatas mimbar masjid
Jamik Basrah . Pegangan Al-Jaba’i akhirnya
digelar ‘Muktazilah’.
iv. Punca ia mendapat aqidah yang sebenar ini adalah
daripada mimpinya bertemu Rasulullah s.a.w.
selama tiga malam berturut-turut , yang
menyuruhnya menyelamatkan aqidahnya dan
aqidah umat diketika itu . ( Lihat no 7 perenggan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 72
pertama dalam bab Mabadi Ilmu Tauhid , ada
kesesuaian dengan maksud hadis ).Ia
mengasingkan diri selama 15 hari . Didalam masa
itu ia mendapat petunjuk dari Allah . Antara
petunjuk yang diperolehinya itu antaranya :
a) Sifat-sifat Allah Ta’ala .
b) Ayat-ayat mutasyabihat .
c) Qaedah-qaedah Takwil , Taklif , Tahrif , Tashbih
dan sebagainya dalam memahami Al-quran .
vii . Abu Al-Hasan bermazhab Syafie dalam
feqahnya.viii . Kitab-kitab karangannya melebihi 200
karya .
Antaranya Al-Ibanah Fi Usuliddin , Al-Irsyad ,
Muqalat Al Muslimin , Al Fusul Fi Arriddi A’la Al
Mulhidin Wal Kharijin Ala Almillati , dan
Mukhtazan .
Sejarah Muktazilah – ada dua pendapat .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 73
a) Pendapat pertama
Bermula pada tahun 120 Hijrah .Wasil bin Ata’
tergelincir dari ajaran gurunya Al-Imam
Hasan Al-Basri .Akhirnya ia menjadi pelopor
muktazilah yang melahirkan pula dua
firqah yang semakin dahsyat iaitu Qadariah (
diasaskan oleh Ma’bad Al Juhaini ) dan Jabariah
(diasaskan oleh Jahmun bin Safwan Al-
Khurasani ) .
b) Pendapat kedua .
Bermula sekitar 40 HijrahKaum Syiah yang
patahhati dengan Hasan bin Ali yang
menyerahkan khalifah kepada Muawiyah
daripada Bani Umaiyah . Kaum Syiah itu
akhirnya membentuk aliran baru hingga sampai
kepada Al-Jaba’i .
Antara lain pelopor Ilmu Tauhid ini ialah : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 74
a. Abu Al-Mansur Al-Maturidi (333H - 944 M) di
Samarqand . – Bermazhab Hanafi .
b. Al-Tahawiyah ( 321H - 933M) di Mesir .Kitab
terkenalnya ( عقيدة الطحا ويه ) - Bermazhab Hanafi
Lain-lain pejuang Ilmu Tauhid .
a) Qadhi Abu Bakar Al-Baqilani (403H-1013M)
b) Al-Juwaini Imam Haramain (478H – 1085M)
c) Al-Ghazali (505H – 1152M)
d) Al-Syarastani (548H – 1152M)
e) Fakhruddin Ar-RAzi (606H – 1209M)
f) Al-Baidhawi (680H – 1282M)
g) Sa’duddin Al-Taftazani ( 791H – 1389M)
h) As-Sanusi (895H – 1490M)
i) Ibrahim Al-Laqani (1040H – 1631M)
j) Najmuddin An Nasafi ( 537H – 1142M) murid
k) Abu AL-Mu’in Annasafi (508H – 1114)M) Al-
l) Nuruddin Al-Sabuni (580H – 1181M) Maturidi
Antara kitab-kitab melayu yang terkenal :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 75
a) الدرالثمين - Syeikh Daud Al-FataniDikarang dalam
tahun 1232 Hijrah.
b) الناجين ةعقيد - Syeikh Zainal Abidin Al-FataniDikarang
dalan tahun 1308 Hijrah.
c) قطر الغيثيه فى علم الصوفيه- Tuan Husin Al-Banjari
d) سراج الهدى- Syeikh Mohammad Zainuddin
e) بداية الهدايه- Al-Faqih Jalaluddin .
Dan beratus-ratus yang lain .
8. Hukumnya ( حكمه )
Hukum mempelajari Ilmu Tauhid adalah wajib
fardhu ain diatas tiap-tiap mukallaf . Sekurang-
kurangnya wajib itu sehingga : -
i. Dapat membezakan yang Qadim dan yang baharu.
ii. Dapat menolak hujah kekufuran dalam hati .
9. Kelebihannya
Kelebihan ilmu ini ialah ilmu yang semulia-mulia
ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain . Sabda Nabi
s.a.w.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 76
أفضل من التوحيد شيأ ان هللا تعالى لم يفرض
Yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah tidak memfardhukan sesuatu
yang terlebih afdal daripada mengesakan tuhan .”
10. Kesudahannya ( غايته )
Iaitu dapat membezakan antara aqidah yang haq
dengan yang batil.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 77
Bahagian 8
AQAL
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 78
ORANG-ORANG DIMAHKAMAH AKHIRAT
Dimahkamah akhirat kelak manusia terbahagi
tiga:-
i. Ashabul yamin -yang diterima amalan sebelah
kanan(terus ke syurga) (اصحاب اليمين)
ii. Ashabussyimal -yg diterima amalan sebelah
لاصحاب الشما ) )kiri dihisab dan ke neraka
terlebih dahulu)
iii. Ashabul A’raf - yg sama berat timbangan. Ia اصحاب
( )االعراف )hanya dihisab kemudian ke
syurga tanpa disiksa.
Bagaimanakah untuk menyelamatkan diri dari siksaan
kubur dan api neraka?
Di dalam Al-Quran kerap disebutkan:
(?adakah tidak mereka itu berfikir)افالتتفكرون
افال تعقلون (adakah tidak mereka itu beraqal?)
Ini menunjukkan bahawa Allah tidak membiarkan
hambanya terus menerus di dalam kelalaian dan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 79
kesalahan. Diberikan modal untuk mengaut keuntungan
di akhirat iaitu ‘Aqal’.
Aqal itu jika digunakan pada jalan yang betul maka
jadilah orang yang kaya diakhirat.
Maka di dalam ilmu tauhid dibicarakan tentang aqal
yang dinamakan ‘Hukum Aqal’. Bagi yang
menggunakan aqal merekalah yang dikatakan orang
yang beraqal, yang sebenar-benarnya beraqal kerana
bijak mencari kekayaan yang kekal abadi.
Orang-orang yang tidak menggunakan aqal pula, akan
mendapat kesakitan hasil dari modal aqal yang
disalahgunakan.
Menggunakan Aqal
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 80
Aqal digunakan untuk mengenal Allah dengan
mempelajari dan memahami al-quran dan hadis. Aqal itu
jugalah digunakan untuk mengenal hukum.
Erti Hukum
Erti hukum itu ialah;-
ألمراونفيه عنه إثبات أمر
Ertinya;-
“Mengaku benar (sungguh) suatu pekerjaan atau
menafikan daripadanya.”
Tempat pergantungan hukum
Tempat pergantungan hukum itu tiga; Hukum
Aqal, Hukum A’dat dan Hukum Syara’.
Hukum Aqal
Hukum Aqal tiga bahagian:-
1. Wajib
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 81
رفى العقل عدمه ماال يتصو
Ertinya:-
“Perkara yang tidak dapat digambarkan pada aqal
oleh ketiadaannya”.
Ertinya perkara itu mesti ada, iaitu zat Allah
dan sifat-sifatnya.
2. Mustahil
رفى العقل وجوده ماال يتصو
Ertinya:-“Perkara yang tidak dapat digambarkan
pada aqal oleh adanya”. Ertinya perkara yang mesti
tiada. Iaitu perkara yang mustahil bagi Allah.
3. Harus
:- ما يصح فى العقل وجوده وعدمه
Ertinya:-
“Perkara yang sah pada aqal adanya dan
tiadanya”.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 82
Ertinya suatu perkara yang harus ada dan harus
tiada. Iaitu ‘mumkin’ (ممكن).
- Allah Ta’ala ada sifat harus. Iaitu harus Allah
menjadikan suatu atau tidak menjadikannya.
Mumkin itu empat jenis:-
a) ممكن معدم بعد الوجود
Iaitu suatu yang dulunya ada, kini sudah
tiada.Seperti makhluk yang telah mati atau
musnah.
b) عدمممكن موجود بعد ال
Iaitu suatu yang dulunya tiada, kini ada.
Seperti makhluk yang kini masih dan sedang
ada.
c) دج و ي ممكن س
Iaitu suatu yang akan ada tetapi sekarang
belum ada (berlaku).
d) ممكن علم هللا انه اليوجد
Iaitu suatu yang di dalam pengetahuan Allah
bahawasanya, ia tak akan ada.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 83
Hukum Adat
Iaitu perkara yang diaturkan oleh Allah. Tiap-tiap
yang berlaku itu dijadikan oleh Allah dengan asbab.
Boleh juga berlaku tanpa asbab. Seperti api itu
membakar. Boleh juga sebaliknya. Seperti Nabi Ibrahim
yang dibakar Namrud tetapi apinya menjadi sejuk.
Hukum Adat itu empat pertambatannya : -
1. Ada dengan ada
Seperti : ada kenyang dengan ada makan.
2. Tiada dengan tiada
Seperti : tiada kenyang dengan tiada makan.
2) Ada dengan tiada
Seperti : ada sejuk dengan tiada selimut.
3) Tiada dengan ada
Seperti : tiada sejuk dengan ada selimut.
Hukum Syara’
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 84
Iaitu hukum yang diturunkan oleh Allah kepada
rasul-rasulnya. Hukumnya ada limabahagi :-
1. Wajib 2. Sunat 3. Haram
4. Makruh 5.Harus
Tempat hantaran Hukum Syara’ itu pula ada lima.
Dinamakan Hukum Wad’i ( ىع ض و ) iaitu:-
1. Sebab 3. Manig ( مانع) -tegahan
2. Syarat 4. Sah 5. Batal
Hukum wad’i ( ىع ض و ) ialah suatu hukum yang
menyebabkan terjadinya jatuh Hukum Syara’ itu
menjadi wajib, sunat, haram atau makruh.
Seperti : -
Wajib solat sebab masuk waktu. Syarat wajibnya
Islam, berakal, aqil baligh. Tegahan (haram) solat-
perempuan kedatangan haid. Sah solat jika tiada
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 85
berlaku perkara yang membatalkan. Batal solat jika
berlaku perkara yang membatalkannya.
Hukum Syara’ itu berbeza-beza antara seorang rasul
dengan seorang rasul, dengan sebab-sebab berbeza
keadaan cara hidup dan zaman. Seperti dizaman Nabi
Adam boleh berkahwin dengan saudara sendiri.
Tauhid pula tiada perbezaan. Semua Nabi dan rasul
menerima tauhid yang sama. Semua Nabi dan rasul
itu membawa agama Islam.
Had Aqal
Had aqal atau sempadan aqal itu sekurang-
kurangnya meninggalkan berfikir mencintai dunia .
Setinggi-tingginya meninggalkan berfikir Zat Allah
S.W.T.
Haqiqat Tauhid
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 86
Haqiqat tauhid itu ‘fana diri didalam memandang
wujud Allah’ . Bagi kefahaman darjah awwam ia
bermakna – ‘tidak memandang kebesaran makhluk
kerana didalam hatinya dipenuhi perasaan kebesaran
Allah’.
Haqiqat Tasawwuf
Haqiqat tasawwuf itu meninggalkan dakwa diri
dan menyembunyikan ma’ani ( rahsia batin ).
Haqiqat Faqir
Haqiqat faqir itu , tiada memiliki sesuatu . Dan
diri tiada dimiliki sesiapa . Dan redha’ segala taqdir
Allah S.W.T., serta hati penuh tumpuan kepada Allah .
Tidak lagi bergantung dan menumpu kepada makhluk .
Inilah yang digelar . الفقير الى هللا
Kegunaan Aqal
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 87
Aqal itu adalah anugerah Allah . Gunanya Untuk
mengenali Allah . Aqal juga gunanya membezakan
Tuhan dan makhluk . Kebanyakan manusia tidak kenal
tuhan . Lalu menjadikan thaghut ( طاغوت ) sebagai tuhan .
Apakakah thaghut ? Thaghut ialah sesuatu yang selain
Allah yang dijadikan sebagai tuhan , seperti berhala ,
pemimpin yang zalim , ideologi manusia seperti
kapitalisme , komunisme dan apa-apa juga fahaman
selain Islam yang dijadikan pegangan hati dan cara
hidup. Allah S.W.T. menegaskan didalam Al-quran
sepertimana firmannya : -
واجتنب الطاغوت
Ertinya : -
“ Dan jauhilah thaghut”.
Orang yang memilih thaghut sebagai pegangan dan cara
hidupnya , bererti ia tidak menggunakan aqal anugerah
Allah . Orang ini dinamakan ‘orang gila’ . iaitu ‘gila
dunia’ . Orang gila tidak boleh dijadikan pegangan dan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 88
ikutan . Jika dijadikan ikutan , maka ‘yang mengikut’
itupun ‘gila’ juga .
Punca memilih thaghut sebagai tuhan , kerana tidak
mengenali Allah . Mungkin hanya menghafaz teori
mengenal Allah , tetapi tiada amali . Mungkin juga
langsung tidak mengetahui hal-hal ketuhanan . Akhirnya
menjadi ‘Pencinta Dunia’. Mengenal Allah bukanlah
semata-mata berilmu , tetapi perlu kepada tiga perkara :-
1. Ilmu - Berguru dengan guru yang soleh .
2. Amal - Dengan bimbingan guru yang soleh
3. ikhlas - Dengan matlamat menuntut keredha’an
Allah
Dengan itu , aqal juga dikurniakan Untuk memilih guru .
Aqal juga dikurniakan Untuk memilih jalan hidup.
Renungkanlah firman Allah : -
يطان فأ نساهم ذكرهللا إستحو ذ عليهم الش
Ertinya :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 89
“ Syaitan telah menguasai mereka maka ia membuatkan
manusia lupa kepada Allah”.
Mengenal makhluk
Mengenal Allah dengan meneliti kepada makhluk
itu ada hujahnya . Bukanlah semata-mata mengikut teori
Aristotle seperti kata beberapa pendapat mutaakhkhirin
ini . Firman Allah S.W.T. : -
وفى األرض آيات للمو قنين وفى انفسكم افال تبصرون
Ertinya : -
“ Dan didalam bumi itu beberapa tanda Allah , yang
menunjukkan wujud Allah yang memberi keyakinan bagi
orang yang mentauhidkanNya .Dan pada diri kamu
itupun ada dalil yang menunjukkan ada tuhan yang
memerintahkan kamu . Maka adakah tiada kamu lihat
akanNya ?”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 90
( Ertinya : Hendaklah kamu mengetahuinya dengan
jalan meneliti , mempelajari dan mengakui ).
Kenali makhluk (alam) Untuk mengenali tuhan .
Makhluk itu dikenali dengan empat perkara :
1. Nama 3 . kelakuan
2. Jenis 4 . Ada Jihat (Sempadan)
Nama makhluk
Makhluk - Setiap yang dijadikan
Baharu - Tiap-tiap yang dijadikan itu adalah baharu
A’lam - Tiap-tiap yang baharu itu adalah alam
(A’lam ertinya tanda-tanda adanya Allah )
Mumkin -A’lam itu harus ada , bukannya wajib ada .
Jenis makhluk ( A’yan – أعيان)
Dalam istilah ilmu tauhid , diri makhluk itu
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 91
dinamakan A’yan – أعيان, diri Allah pula dinamakan Zat
Perkara yang berdiri di makhluk dinamakan . ( ذات )
a’radh ( عرض ) . Yang berdiri dengan Zat Allah
dinamakan ( صفة ) . A’radh itu menerima perubahan .
Sifat pula tidak menerima perubahan . Makhluk itu
berjenis-jenis .
Allah pula bukan dari jenis .
Jenis-jenis makhluk : -
1. Jisim - Benda yang keras , bertongkol
2. Jismullatif - Benda halus seperti malaikat
3. Jirim - Cecair seperti air
4. Jauhar - Tiap-tiap yang halus
5. Jauhar firid (فرد ) - Yang teramat halus seperti
nyawa.
Kelakuan makhluk
Makhluk itu berada didalam tiap-tiap antara dua
kelakuan . Salah satu kelakuan itu mesti diperbuatnya ,
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 92
dan diselang selikan dengan kelakuan sebaliknya . Tidak
boleh dua kelakuan itu berlaku serentak didalam satu
masa . Umpamanya : -
1 - Gerak dan Diam
2 - Tidur dan Jaga
3 - Sihat dan Sakit
4 - Kuat dan Lemah
5 - Jahil dan Alim
6 - Ingat dan Lupa
Jihat ( جهة ) – Bersempadan atau had
Tiap-tiap makhluk itu mesti ada jihatnya , iaitu
sempadan , had atau tepi . Jihat itu enam : -
1 - Atas 3 - kiri 5 - Depan
2 - Bawah 4 - Kanan 6 - Belakang
Berhajat
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 93
Makhluk itu sentiasa berhajat kepada sesuatu .
iaitu berhajat kepada : -
1. Tempat Untuk ia wujud
2. Makanan / minuman
3. Yang menolongnya
4. Rezeki
5. Kasih sayang
6. Peraturan hidup
7. Dan lain-lain
Hakikat yang menyampaikan segala hajatnya itu ialah
Allah . Allah pula tidak berhajat kepada segala-galanya .
Bahkan Allah ialah tempat berhajat dan tempat tumpuan
segala makhluk .
Samada makhluk itu sedar atau tidak , tahu atau tidak
tahu , yakin atau ragu-ragu , percaya atau tidak ,
hakikatnya Allah yang menjadikan , menolong dan
mengurniakan segala hajat makhluk .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 94
Bezanya yang percaya , yakin dan penuh tumpuannya
kepada Allah dinamakan mukmin .Maka tempatnya di
syurga . Yang tidak percaya pula dinamakan musyrik .
Tempatnya di neraka .
Apabila ia mengenali dirinya itu makhluk ( yang
dijadikan Allah ) , maka kenallah ia , dirinya itu hamba
tuhan . Tatkala itu kenallah ia, tuhannya Allah . Apabila
kenal ia akan tuhannya , maka taatlah ia pada segala
perintah Allah .
Orang yang tidak taat kepada perintah Allah itu
adakalanya : -
1. Musyrik - Kafir ( kekal dalam neraka ) ,
mereka langsung tidak kenal Allah .Mukmin
A’si ( عاصى )
2. Mukmin yang durhaka . Mereka beriman ,
tetapi tidak sempurna pengenalannya terhadap
Allah . Sebab itu masih sanggup mendurhakai
Allah S.W.T.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 95
Mengenal Allah ( معرفةهللا)
Hakikat Zat Allah itu tidak dapat diketahui . Zat
Allah itu bukan dari jenis (jisim ,jirim atau jauhar),Tidak
berubah-ubah sifatnya , tidak berjuzuk-juzuk dan
sebagainya lagi yang seumpama makhluk . Firman Allah
Ta’ala : -
ليس كمثله شىء
Ertinya : -
“ ( Allah) tidak menyerupai oleh sesuatu .”
Didalam ilmu tauhid hanyalah mempelajari sifat-sifat
Allah , bukan Zat Allah . Allah Ta’ala itu amat nyata.
Namanya Azzahiru ( الظاهر ). Mengapa pula tidak dapat
dilihat ? Tidak dapat dilihat Allah ta’ala itu bukanlah
kerana :
1. Terdinding dengan alam . Jika terdinding dengan
alam , maka alam itu terlebih nyata ,maka
mustahil .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 96
2. Bukan pula tersembunyi . Jika tersembunyi tentu
tidak bernama Azzahiru ( الظاهر ).
Allah itu nyata kerana : -
i. Namanya sendiri Azzahiru ( الظاهر ).
ii. Ia terlebih hampir daripada urat leher kita . (
Hakikat ‘hampir’ itu , Allah jua yang
mengetahuinya )
iii. Makhluk itu terhijab dengan waham yang bangsa
aghyar yang a’damiah pada hati kita sendiri .
a. Waham - وهم - iaitu kesamaran didalam hati
akibat terpengaruh tipu daya duniawi .
b. Aghyar - اغيار - Iaitu selain Allah .
c. A’damiah ( عدميه ) - yang tidak sebenar-
benar wujud.Ertinya , dengan sebab
terpengaruh dengan duniawi yang
menipudaya itu menyebabkan tidak dapat
mengenal Allah .
Jika hilanglah aghyar dan atsar ( اثار – tompokan
dosa) daripada mata hati dengan dibukakan hijab oleh
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 97
Allah , nescaya terbukalah pintu hakikat yang tidakperlu
kepada dalil lagi (Untuk mengenal Allah). Tatkala itu
mengenallah ia akan Allah S.W.T. dengan musyahadah
(rasaan di mata hati rasa tidak terasing dirinya dengan
Allah ) . Bukan dengan mata kepala . Inilah maqam
orang yang benar-benar mentauhidkan Allah ( Al-
muwahhidu – الموحد) . Inilah sebenar-benar ulama ,
sebagaimana sabda Nabi :
ياءالعلماء ور ثة األ نب Ertinya :
“ Ulama itu pewaris para Nabi .”
Untuk menuju ke tahap ini , perlu kepada ilmu , taubat ,
bimbingan kerohanian dari guru yang mursyid dan
istiqamah beramal .
Mencapai tahap musyahadah , bukan dengan
belajar semata-mata . Tetapi hendaklah dengan ilmu
yang dipelajari itu diamalkan bersungguh-sungguh
dibawah bimbingan guru yang mursyid .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 98
Permulaan mengenal Allah
Hendaklah dimulakan dengan mempelajari tiga
jenis ilmu yang sekurang-kurangnya fardhu ain dalam
bab tauhid , feqah dan tasawwuf .
Ilmu tauhid – supaya tidak salah dalam I’tiqad . Ilmu
feqah – supaya tidak salah dalam ibadah badaniah. Ilmu
tasawwuf – supaya mengenali perkara yang menjadi
penyebab tidak diterima ibadah . Antara penyebab tidak
diterima ibadah itu ialah : -
1. Ibadah dalam jahil .
2. Ibadah dalam riya’
3. U’jub ( perasan diri ahli ibadah selamat dari
neraka )
4. Sum’ah ( suka diketahui orang , ianya rajin
beramal)
5. Takabbur ( rasa melebihi orang lain )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 99
Didalam kitab ini tidaklah diterangkan secara terperinci
ilmu tasawwuf ini . Pelajarilah dari kitab tasawwuf yang
khusus membicarakannya.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 100
Bahagian 9
SIFAT 20 DAN
RUKUN IMAN
HURAIAN 50 AQAIDUL IMAN ( ـدااليمانئعقا )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 101
20 Sifat yang wajib bagi Allah Ta’ala itu terbahagi
kepada 4 sifat pula .
20 sifat yang wajib bagi Allah yang wajib di ketahui
oleh setiap mukallaf
Nafsiah Salbiah Ma’ani Ma’nawiyah
معنويه معانى سلبيه نفسيه
1.Wujud 1.Qidam 1.Qudrat Kaunuhu
Ta’ala
2.Baqa’ 2.Iradat 1.Qadiran
3.Mukhalafatuhu
lil Hawadis
3.Ilmu 2.Muridan
4.QiamuhuBinafsi 4.Hayat 3.A’liman
5.Wahdaniah 5.Sama’ 4.Hayyan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 102
6.Basar 5.Sami’an
7.Kalam 6.Basiran
7.Mutakaliman
﴾ Wujud وجودال﴿
1. Wujud ertinya ada ,
Wajib Allah Ta’ala itu ada ,
Mustahil Allah Ta’ala tiada .
Ini adalah kata-kata yang sering kali dijumpai
dalam pengajian Ilmu Tauhid pada bab wujud Allah.
Zahir perkataan yang berulang-ulang . Bukanlah sengaja
perkataan ini diadakan . Tetapi inilah ilmu mantiq . –
Ilmu perbahasan aqal Untuk memperkatakan kewujudan
Allah S.W.T.
Wujud Allah tidak ternafi lagi . Orang kafir juga
mengakui , Allah itu tuhan . Tetapi Allah yang mereka
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 103
fahami itu tidak muafakat dengan yang sebenarnya .
Maka kafirlah mereka selama-lamanya .
Wajib mengakui Allah itu tuhan dalam erti yang
sebenar-benarnya menurut iktiqad Ahli Sunnah Wal-
Jamaah . Jalannya ialah dengan menuntut ilmu .
Setelah Ilmu Tauhid dipelajari dan difahami maka
wajiblah ilmu itu dibuat iktiqad ( pegangan dalam hati )
dengan jazam ( kukuh) .
Dalil Allah itu ada , secara Ijmalinya ialah
‘adanya alam ini’ . Perkataan ‘alam’ berasal dari
kalimah ‘alamat’ ( عال مة), ertinya tanda . Dikatakan
alam yang membawa maksud ‘Tanda Adanya Tuhan’.
Adanya Allah itu tidak ada mula dan tidak ada akhir .
Dalil Quran ( naqli – tafsili ) ialah antaranya :
ل و اآل خر هو اال و
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 104
Ertinya : -
“ Dialah ( Allah ) yang awal dan yang akhir”.
قل هوهللا
Ertinya: -
“ Katakanlah , Dialah Allah ( tuhan yang bernama
Allah )” .
Zat Allah itu bukanlah dari jenis jirim , jisim ,
atau jauhar . Tidak daripada jenis . Allah jualah yang
tahu , hakikat Zatnya .
Istilah ‘Allah itu maujud ( موجود )’ jika dilihat pada
kalimah itu, menunjukan isim maf’ul ( مفعول ), yang
bererti ‘yang diadakan’ iaitu ( بهمفعول ). Tetapi
dikehendaki ( موجود ) disini ialah ( مفعولبمعنى ).
Iaitu maf’ul dengan fa’il (yang membuat ) Maka Allah
itu maujud ertinya ‘Allah Yang Maha Mengadakan’
SIFAT SALBIAH - ERTINYA PENAFIAN
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 105
Dikatakan juga Salbiah itu dengan makna
‘Insilabun ( انسال ب )’ , iaitu ternafi .
Pengertiannya , ternafi perkara yang tidak layak bagi
Allah . Seperti didalam jadual ini : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 106
Sifat Terjemahan
bahasanya
Yang
dikatakan
Salbiah itu
Mustahil
Qidam Sedia Tiada
permulaan
Ada
permulaan
Baqa’ Kekal Tiada
musnah
Akan
binasa
Mukhalafatuhu
Lil Hawadis
Bersalahan
dengan
yang
baharu
Tidak
menyerupai
sesuatu
Menyerupai
makhluk
Qiamuhu
Binafsih
Berdiri
dengan
sendiri
Tidak
berhajat
kepada
sesuatu
Berhajat
kepada
sesuatu
Wahdaniah Esa
Tiada
berbilang-
bilang
Berbilang-
bilang
HURAIAN QIDAM
Allah Ta’ala bersifat Qidam . Ertinya sedia . Ada
Allah Ta’ala itu tidak ada permulaan . Dalilnya , firman
Allah Ta’ala : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 107
ل و اآل ( ٣اية : الحديد ) خر هو اال و
Ertinya :
“ Dialah Yang Awal ( tiada permulaan ) dan Yang Akhir
( tiada kesudahan ) .”
Pengertiannya – Zat Allah dan sifat-sifatnya tiada
permulaan dan tiada berkesudahan serta tiada menerima
perubahan .
Apakah perbezaan Qidam dan Qadim ?
Qidam ialah sifat Allah yang bererti tiada permulaan
Qadim ialah Zat Allah yang bersifat Qidam
Qidam itu menyatakan sifat . Qadim pula menyatakan
Zat . Hakikat sifat Qidam tidak ada siapa yang
mengetahui . Allah jualah yang mengetahui .Hanyalah
wajib mengetahui dan menyaqini bahawa Allah Ta’ala
itu , Qidam – Tiada permulaan .
Apakah ada perbezaan antara Qadim dan Azali ?
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 108
Qadim dan Azali itu sama ertinya , atas pendapat
yang sahih ( kebanyakan ulama’ ) . Ada pula
mengatakan ada perbezaannya . Yang mengatakan ada
beza itu ialah kata Syeikh Sa’ad , pendapatnya : -
1. Qadim itu khas
2. Azali itu umum
Qadim - Segala yang wajib bagi Allah . Segala
yang wajib ini tiada permulaan . Maka
dinamakan Qadim
Azali - Segala yang tidak ada permulaan ,
samada yang wajib ( sifat-sifat yang
wajib bagi Allah ) mahupun yang
mustahil ( sifat-sifat yang mustahil )
bagi Allah .
Maka dikatalah : -
- Sifat yang wajib bagi Allah itu :
Qadim lagi Azali
- Sifat yang mustahil bagi Allah itu :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 109
Azali ( Tiada dari azali )
- Pendapat ini adalah dhaif ( lemah).
Qadim itu terbahagi kepada tiga bahagi : -
i. Qadim Haqiqi - Iaitu Zat Allah dan sifat-
sifatNya.
ii. Qadim Zamani - Iaitu tiap-tiap perkara yang
telah lama berlalu masanya ,
seperti masjid qadim ‘ –
(masjid lama )
iii. Qadim Idhofi - Iaitu sesuatu yang
mendahului ,seperti
terdahulu ibu daripada anak
Haram berkata Qadim Haqiqi selain Allah , seperti kata
ahli falsafah yang kufur , alam ini semulajadi serta
qadim .
Baqa’ -بقاء
Allah Ta’ala bersifat Baqa’
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 110
Baqa’ ertinya kekal. Adanya Allah Ta’ala itu
tidak akan musnah . Inilah pengertian baqa’ . Mustahil
Allah Ta’ala akan fana’ (فناء ) ertinya akan musnah , atau
akan berakhir . Dalil Al-quran mengenai baqa’ Allah :
ل واال خر هوا ال و
Ertinya : “ Dialah (Allah) yang awal dan yang akhir”
و يبقى وجه ربك ذوالجال ل واإل كرام. كل من عليها فان
( 62,62الرحمن اية )
Ertinya :
“ Tiap-tiap suatu yang ada diatasnya ( bumi ) akan
musnah . Dan berkekalan ( hanyalah ) Zat tuhan yang
mempunyai kebesaran dan kemuliaan” .
(Arrahman – ayat 26 dan 27)
Ada juga makhluk yang kekal . Bezanya makhluk yang
kekal itu dinamakan abadi ( ابدى ) . Iaitu kekal yang
dimulai oleh tiada . Dinamakan juga kekal A’radhi
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 111
Ertinya kekal yang baharu datang . Adapun .( عرضى )
kekal Allah Ta’ala itu dinamakan kekal haqiqi ( حقيقى ),
iaitu kekal yang tiada permulaan .
Makhluk yang kekal A’radhi itu sepuluh iaitu : -
1. Arash
2. Kursi
3. Lauhunmahfuz
4. Qalam
5. Syurga
6. Neraka
7. Ruh
8. A’jabazzunub (Tulang anak Adam – benih
manusia dihari kebangkitan
9. Jasad para Nabi dan Rasul
10. Jasad Syuhada’ perang sabilillah
Baqa’ abadi atau baqa’ A’radhi ini, hanyalah pada
syarak , tiada pada aqal. Kerana harus pada aqal , tiap-
tiap suatu selain Allah itu binasa .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 112
Pengertian Kalimah
. Baqa’ – Sifat Allah ertinya kekekalan ( بقاء )
.’Al- Baqi – Zat Allah yang bersifat baqa (الباقى )
مخالفتهتعالىللحوادث
Bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu .
Bersalahan Allah Ta’ala bagi makhluk itu pada
tiga perkara, iaitu pada Zat, Sifat dan
Af’alNya(perbuatanNya)
a. Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu
pada pihak Zat nya ialah : -
i. Diri Allah dinamakan Zat . Diri makhluk
dinamakan A’yan ( اعيان )
ii. Zat Allah bukan dari jenis Diri makhluk ( A‘yan)
terdiri dari jenis iaitu . Iaitu jirim , jisim , jauhar
dan lain-lain (rujuk muka 93 ) .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 113
iii. Zat Allah tidak berjihat ( جيهة ) atau berbahagian .
Makhluk itu berjihat (berbahagian) iaitu pada
kiri , kanan , depan , belakang , atas dan bawah .
iv. Zat Allah tiada berukuran. Makhluk itu ada
ukuran , seperti kecil atau besar .
v. Zat Allah tidak bersusun dan berhubung-hubung .
Diri makhluk itu bersusun serta berhubung-
hubung . Seperti, manusia itu berhubung-hubung
jasadnya dari kepala hingga ke kaki .
vi. Zat Allah tidak mengambil lapang .Makhluk itu
pula mengambil lapang sekadar dirinya.
vii. Zat Allah kekal dan tidak melalui masa . Makhluk
tidak kekal dan melalui masa .
b. Bersalahan Allah Ta’ala bagi yang baharu pada
pihak sifatnya : -
i. Sifat Allah itu dinamakan ‘sifat’ kerana ia Qadim
lagi Baqa’ ( tidak musnah dan tidak berubah-
ubah) . Sifat makhluk dinamakan ‘A’radh’( عرض )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 114
. Iaitu perkara yang menumpang pada A’yan(اعيان)
Ia sentiasa berubah-ubah dan akan musnah .
ii. Sifat Allah tidak ada pada makhluk .
c. Bersalahan Allah Ta’ala bagi yang baharu pada pihak
Af’alnya ( perbuatannya) .
i. Makhluk tidak ada perbuatan . Melainkan segala
yang terbit di alam ini adalah perbuatan Allah .
ii. Perbuatan makhluk itu hakikatnya adalah
digerakkan oleh Allah .
iii. Perbuatan makhluk itu memerlukan alat ( pada
zahirnya ) dan keizinan Allah (pada hakikatnya).
iv. Perbuatan Allah tidak memerlukan alat .
Dalil Allah Ta’ala itu tidak menyerupai makhluk,
Firman Allah Ta’ala :-
ليس كمـثــله شيء
( ٤١الشورى اية )
Ertinya : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 115
“Tidak sesuatupun yang menyerupai denganNya”
Manusia yang kafir itu menyerupakan Allah Ta’ala
dengan makhluk . Mereka-rekalah si kafir itu tuhan itu
berkepala dan sebagainya . Mereka ini jelas syirik .
Ada juga manusia yang mengaku muslim dan mukmin
tetapi menyerupakan Allah Ta’ala dengan makhluk .
Seperti mengatakan ‘Allah ada tangan’ kerana
mentafsirkan firman Allah Ta’ala يد هللا فوق ايديهم
dengan aqal mereka sendiri .
Apabila ditafsirkan ‘Allah ada tangan’ , maka
membawa maksud –Zat Allah Ta’ala itu berhubung-
hubung , bersusun dan berjuzuk . Maka ternafilah ا لفته مخ
.تعالى للحوادث
Inilah I’tiqad kufur yang dinamakan I’tiqad mujassamah
همشــبه ) atau musybihah ( مجســمه ) ) .
I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah ; (tangan) Allah ialah ‘
(Tangan) yang layak dengan Allah , yang Allah jualah
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 116
mengetahui hakikatnya ‘ – inilah I’tiqad salafiah
.Memang ( يد ) ertinya tangan. Tetapi lebih baik tidak
diterjemahkan, atas jalan menghalusi tauhid dan
membaikan adab. Diserahkan pada Allah hakikat ( يد )
itu.
Ulama khalaf pula menta’wilkan ‘( يد ) Allah’ itu
dengan ‘Zat Allah yang bersifat qudrat’ (kekuasan)
Kesalahan didalam mentafsirkan ayat mutasyabihah
boleh menyebabkan menjadi sesat . Selain kesalahan
dalam mentafsirkan ayat diatas , ada lagi ayat-ayat yang
lain, seperti : -
٢.ثم استوى على العرش
١.كل شىء ها لك اال وجهه
ن فى السمآء ٣.ءامنتم م
Maka , fahamilah pengertian ا لفته تعالى للحوادثمخ ini , mudah-
mudahan , tidak tersesat .
قيامــهتعالىبنفســه
Berdiri Allah Ta’ala dengan sendirinya .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 117
Allah Ta’ala berdiri dengan sendirinya .
Pengertiannya :
i. Allah Ta’ala tidak berhajat kepada yang
menjadikanNya .
ii. Wujud Allah Ta’ala itu tidak berhajat kepada Zat .
Kerana diri Allah Ta’ala itu sendiri , adalah Zat ,
bukan sifat . Sifat itu berdiri pada Zat ( ما قام بنفســه ),
sebagai contoh : -
Hijau yang mewarnai pada diri daun . (
Hijau itu A’radh , diri daun itu A’yan ) .
Hijau tidak boleh berdiri dengan sendiri.
Adanya hijau itu hanyalah menumpang.
Iaitu menumpang pada daun . (
Pengertiannya – tiap-tiap A’radh
menumpang pada A’yan ) A’yan pula
berdiri dengan sendiri .
Nisbah kepada Allah : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 118
Sifat berdiri pada Zat . Zat berdiri dengan sendiri .
Erti ‘berdiri’ – ada dan tetap . Tidak boleh sifat Allah itu
dikatakan ‘menumpang’ pada Zat atau ‘berhajat’ pada
Zat , kerana menumpang dan berhajat itu kelakuan
makhluk .
Difahami dari sifat قيا مــه تعالى بنفســهini ,
menunjukkan Allah tidak berhajat kepada makhluk.
Sebaliknya makhluk pula sentiasa berhajat kepada
Allah. Samada dalam sedar atau tidak , begitulah
hakikatnya . Manusia yang percaya dan beriman , maka
dinamakan mukmin , tempatnya di syurga . Manusia
yang tidak percaya , dinamakan kufur , kekal didalam
neraka .
Difahami dari sifat قيا مــه تعالى بنفســه ini , - Allah Ta’ala itu
‘Maha Kaya’ . Maha kaya Allah bukanlah disandarkan
kepada harta , seumpama makhluk .( sila rujuk Maha
Kaya Allah muka surat ).
Firman Allah Ta’ala : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 119
ان هللا لغنى عن العالمين
( ٦العنكبوت اية )
Ertinya : -
“ Bahawa , Allah Ta’ala itu Maha Kaya dari sekelian
makhluk .”
Kesimpulan : -
Seseorang yang mengetahui dan mempercayai
Allah Ta’ala itu Maha Kaya dan menjadi tempat
bergantung sekelian makhluk , maka tidaklah ia
mengharapkan kepada makhluk dalam segala urusannya,
melainkan mengharapkan bantuan Allah .
Firman Allah Ta’ala : -
لوا ان كنـتم م ـوء منين وعلى هللا فتوك
(١٣: الماءـده )
Ertinya : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 120
“ Dan (hanya) kepada Allah , maka hendaklah kamu
bertawakkal , jika adalah kamu benar-benar orang
beriman .”
وحــدانيه
Keesaan
Keesaan Allah Ta’ala itu pada Zat , pada sifat dan
pada Af’al ( perbuatan) .
A. Keesaan pada Zat
i. Menafikan Kam Muttasil ( كم متــصل )
Iaitu ternafi bilang-bilangan yang berhubung .
Ertinya : Zat Allah Ta’ala tidak berhubung-
hubung dengan suatu . Zat Allah Ta’ala tidak
bersusun dan berjuzuk .
ii. Menafikan Kam Munfasil (ل كم منفص )
Iaitu ternafi bilang-bilangan yang bercerai Ertinya
: Zat Allah Ta’ala itu tidak berbilang-bilang ,
seperti ada tuhan bumi , tuhan di langit dan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 121
sebagainya . Pengertiannya lagi – Tidak ada
suatupun yang serupa dengan Zat Allah
B. Keesaan pada sifat.
i. Menafikan Kam Muttasil ( كم متــصل )
Iaitu ternafi bilang-bilangan yang berhubung .
Ertinya : Sifat Allah Ta’ala tidak berbilang-bilang
seperti dua Qudrat , dua Basar , dan sebagainya .
ii. Menafikan Kam Munfasil ( كم منفصل)
Iaitu menafikan bilang-bilangan yang bercerai .
Ertinya : Tidak ada suatupun , sifatnya seperti
sifat Allah .
C. Keesaan pada Af’al ( perbuatan) .
i. Menafikan Kam Munfasil ( كم منفصل)
Iaitu ternafi bilang-bilangan yang bercerai .
Ertinya : Tiada suatupun yang perbuatan , yang
serupa dengan perbuatan Allah . Bahkan , segala
perbuatan yang terbit di alam ini adalah perbuatan
Allah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 122
1. Keterangan : Hakikat Keesaan Allah itu , Allah
jualah yang mengetahui . Tidak dapat di ketahui
hakikat Zat Allah itu walau diakhirat , didalam
syurga sekalipun. Orang mukmin dapat melihat
Allah di syurga, sebagai melihat yang tidak ada
kaifiat ( cara) . Allah Ta’ala tidak ada depan
,belakang , kiri , kanan, atas, bawah, maka
melihat Allah itu bukan dengan berhadap-hadap,
atau berpihak kiri kanan dan sebagainya .
2. Harus dikatakan seseorang itu mengangkat batu
yang besar dengan ‘kudratnya’ luar biasa .
difahamkan bahawa ‘kudratnya’ itu perkataan
pinjaman (مجازيه قولى ) sahaja. Majaziah qauli ini
Untuk memudahkan faham sahaja. Tetapi I’tiqad
ditetapkan bahawa Allah yang menggerakkan
perbuatan hamba itu pada hakikatnya. Seperti
firman Allah :
وهللا خلقكم وما تعملون
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 123
Ertinya : -
“ Dan Allah lah yang menjadikan kamu dan apa-
apa yang kamu kerjakan.”
Dalil Allah Ta’ala itu bersifat Wahdaniah ,
firman Allah Ta’ala :
قل هوهللا احد
( ٢:اال خالص )
Ertinya :
“ Katakanlah ( ya Muhammad ) Dialah Allah
(Tuhan ) yang satu .”
Ta’rif sifat Salbiah
Sifat Salbiah yang dinyatakan itu ; iaitu Qidam ,
Bqa’ , Mikhalafatuhu Lil Hawadits , Qiamuhu
Binafsihdan Wahdaniah , adalah sifat yang menyatakan
perkara yang tidak layak bagi Allah . Sifat kekurangan
itu tidak ada di Zat Allah ( tiada maujud pada kharij -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 124
dan tidak dapat diterima pada aqal ( tiada maujud (خارج
pada zihin - ذهن)
Ta’rif sifat Salbiah :
صفة دالة على نفى ما ال يلــيق باهلل عز وجل
Ertinya:
“ Iaitu sifat yang menunjukkan atas tertolak sifat yang
tidak layak ( sifat kekurangan) dengan Allah Yang Maha
Mulia Lagi Maha Besar)”
Kata setengah pendapat bahawa Qidam dan Baqa’
adalah sifat nafsi , seperti sifat wujud juga . Pendapat ini
dhaif , tidak boleh dipegangi .
Sifat Salbiah ini juga dikatakan sifat A’damiah (عدميه ).
A’damiah bererti ketiadaan . Walaupun sifat ini tiada,
tetapi tidak dihukum tiada , dan tidak pula dihukumkan
nafi ( نفى ) .
Pengertian A’damiah – Ketiadaan ( tiada maujud ) .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 125
Pengertian nafi – Tertolak
Perbezaannya
1. A’damiah itu umum
2. Nafi itu khas
Tiap-tiap nafi itu dihukumkan A’dam ( عدم ) Tiap-tiap
Adam tidak dihukumkan nafi (نفى )
Pengertian sifat Ma’ani
Didalam kitab-kitab lama karangan ulama’
terdahulu menterjemahkan perkataan sifat Ma’ani itu
dengan ‘Berkata-kata’ bagi terjemahan sifat Kalam .
Qudrat dengan erti ‘Berkuasa’. Dan seumpama
dengannya . Ada pula dalam kitab-kitab lain
diterjemahkan dengan ‘Pekata’ bagi sifat Kalam .
‘Pekuasa’ bagi sifat Qudrat .
Jika dilihat pada kalimah sifat Ma’ani itu , seperti
Qudrat umpamanya , kalimah Qudrat ini adalah Isim
Masdar yang bererti kekuasaan . Jika diertikan dengan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 126
kekuasaan , maka bererti satu sifat , iaitu sifat
kekuasaan. Jika diertikan dengan Pekuasa , maka
membawa erti ‘Zat yang bersifat kekuasaan’ atau ‘Zat
yang ada sifat kuasa’ . Jika diertikan Qudrat dengan
berkuasa , maka membawa erti ‘hasil dari sifat
kekuasaan’ .
Kesimpulannya , dapatlah kita sebutkan makna-
maknanya begini : -
Qudrat - Kekuasaan - Arabnya - قدرة
Qadirun - Pekuasa - Arabnya - قدير
Yaqdiru - Berkuasa - Arabnya - يقدر
Jika begitu makna yang lebih tepat bagi sifat Qudrat itu
ialah ‘kekuasaan’ . Iaitu sifat kekuasaan yang ada di Zat
Allah. Begitulah dalam pengertian-pengertian yang lain ,
seperti rajah di bawah ini : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 127
Sifat
Ma’ani
Diterjemahkan
Dalam pengertian sifat
Diterjemahkan
dalam
pengertian Zat
Diterjemahkan
dalam
pengertian
hasil sifat
Qudrat
قدرة
Kekuasaan
قدير
Pekuasa
يقدر
Berkuasa
Iradat ارادة
Kehendak(Kemahuan) مريد
Pekehendak
يريد
Menghendaki
Ilmu علم
Pengetahuan
عليم
Pengetahui يعلم
Mengetahui
Hayat حياة
Kehidupan
حي
Yang Hidup
Sama’ سمع
Pendengaran
سميع
Pendengar يسمع
Mendengar
Basar بصر
Penglihatan
بصير
Pelihat يبصر
Melihat
Kalam كالم
Perkataan
Pembicaraan
Pengucapan
متكلم
Pengata
Pembicara
Pengucap
(كلم )يكلم
Berkata-kata
Persoalannya , mengapa pengarang-pengarang kitab
terdahulu tidak menterjemah menurut pengertian sifat?
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 128
Sebaliknya diterjemah menurut pengertian ‘Zat’ atau
‘hasil sifat’.
Sebagai jawabannya , barangkali ulama’ dahulu
menghendaki orang-orang melayu terus faham
kepada matlamat pengertian sifat Ma’ani itu .
Seperti Qudrat : Kata mereka :-
Erti Qudrat ialah ‘Pekuasa’
Dikehendaki makna ‘Pekuasa’ itu ialah ‘Zat yang
bersifat Qudrat’.
Kenapa diterjemah ‘Pekuasa’?
Kerana , wajib beriktiqad Allah Ta’ala berkuasa
dengan ZatNya yang bersifat Pekuasa .
Jadi kufur orang yang beriktiqad Allah berkuasa dengan
sifat Qudrat . Jadi fasiq orang yang beriktiqad , Allah
berkuasa dengan Zat . Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah
ialah Allah Ta’ala berkuasa dengan Zatnya yang bersifat
Qudrat .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 129
Maka betullah terjemahan Qudrat itu bererti Pekuasa ,
supaya segera faham tanpa huraian yang panjang .
Mengapa diterjemah dengan ‘hasil sifat’ seperti Qudrat
ertinya ‘berkuasa’?
Sebagai jawabannya – barangkali ulama dahulu
menghendaki orang-orang melayu lebih terus faham
kepada matlamat pegertian sifat Ma’ani itu .
Seperti Qudrat : kata mereka : -
Erti Qudrat ialah ‘Berkuasa’ .
Dikehendaki makna berkuasa itu ialah ‘Zat yang
bersifat Pekuasa itu Berkuasa’ (Berkuasa
menjadikan suatu) . Dengan pengertian ‘Berkuasa’
itu lebih terus difaham kepada matlamat
pengajiannya .Maka betullah juga terjemahan
Qudrat itu Berkuasa , supaya segera faham tanpa
huraian yang lebih panjang .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 130
Oleh yang demikian , terjemahan yang diberikan oleh
ulama-ulama dahulu adalah benar dan tepat . Hanyalah
terdapat segelintir orang di zaman ini yang mengkritik
kitab-kitab lama karangan ulama’ dahulu , sebenarnya
tidak memahami susunan kalam ulama dahulu . Lebih-
lebih lagi , mereka hanya membaca tanpa berguru . Lalu
dirasainya lebih a’lim daripada ulama terdahulu . Halnya
, ulama’ dahulu menggunung ilmu mereka . Lahirnya
ulama’ nusantara yang terdahulu seperti Syeikh Daud
Al-Fatani (wafat tahun 1295H) , Syeikh Ahmad Bin
Muhammad Zain Al-Fatani , Syeikh Husin Nasir Al-
Banjari dan lain-lain adalah penggerak utama penulisan
kitab-kitab agama berbahasa melayu yang patut
dikenang jasa bakti mereka hingga ke hari ini. Mudah-
mudahan merahmatilah oleh Allah Ta’ala ke atas roh
mereka .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 131
Ulama’-ulama dahulu jangan di kritik . Tidak faham kita
, penulisan-penulisan mereka itu adalah tanda jahilnya
kita , bukan kekurangan mereka . Fahamilah ini.
Tanda-tanda qiamat itu ialah , timbulnya orang-
orang jahil yang mengaku alim , mengkritik ulama’-
ulama terdahulu.
Didalam kitab ini , penulis meletakkan makna sifat
Ma’ani itu dengan pengertian Pekuasa, Pekehendak dan
seterusnya, atas dasar mengambil ilmu ini dari guru
penulis iaitu Syeikh Ayub Bin Abdurrasyid Al-Qadahi ,
ia mengambilnya dari Tuan Guru Syeikh Haji Omar
Zuhdi Al-Kelantani Al-Qadahi . Ia mengambil dari
gurunya , antaranya Syeikh Ismail Al-Fatani Al-Makki
(Pak da EL) .
.آمين . غفر هللا لهم با حسان الى يوم الدين
Sifat Ma’ani (معانى )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 132
Kalimah Ma’ani (معانى ) itu adalah daripada
pecahan perkataan Ma’nan ( معنى ) . Ertinya pada harfiah
ialah ‘erti’ , ‘kehendak’ , ‘makna’ atau ‘tujuan’ . Seperti
nisbah makhluk , umpama telinga . Dari telinga terbit
darinya mendengar . Atau telinga itu Ma’aninya
mendengar . Mata pula tujuannya melihat . Maka
dikatakanlah , mata itu Ma’aninya melihat . Dalam
pembicaraan ilmu tauhid pula dikatakan Basar Allah –
Hendaklah beriktiqad ‘ Allah melihat dengan . ( بصر )
Zatnya yang bersifat Basar ‘. Inilah iktiqad Ahli Sunnah
Wal Jamaah . Iktiqad yang salah – beriktiqad Allah
melihat dengan Basar menjadi kufur . Beriktiqad Allah
melihat dengan Zat menjadi fasiq.
Apabila disebutkan oleh pengarang kitab –“Allah
menjadikan alam ini dengan QudratNya” , maka
hendaklah ditakwilkan perkatannya itu –‘ dengan
ZatNya yang bersifat Qudrat’.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 133
Perkara yang dibicarakan dalam sifat Ma’ani .
1. Sifat Ma’ani
- Iaitu sifat yang berdiri di Zat Allah
2. Hasil sifat Ma’ani (ثمارة الصفة)
- iaitu hasil dari sifat itu seperti بصر
ertinya‘pelihat’ , hasilnya ‘melihat’.
3. Ta’alluq sifat
- pekerjaan sifat ( تعل ق )seperti sifat ‘pelihat’ itu,
pekerjannya ialah ‘melihat sesuatu’
4. Tempat Ta’alluq
- Tempat kenyataan atau tempat bekerja sifat
itu. Seperti sifat pelihat , tempat Ta’alluq nya
ialah pada sekelian maujudat ( yang ada) .
5. Bahagian Ta’alluq
- Bahagian-bahagian Ta’alluq dalam sifat
Ma’ani ada empat :
i. Ta’alluq Suluhi Qadim ( صلو حى قديم )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 134
Ertinya patut pada azali , tetapi belum
terjadi .
ii. Ta’alluq Qabdah ( قبضهتعلق )
Ertinya pekerjaan yang didalam genggaman
( kekuasaan ) Allah .
iii. Ta’alluq Tanjizi Qadim ( تنجزى قديم )
Ertinya ‘Tunai pada azali’ . Iaitu pekerjaan
yang sudah ada pada azali lagi .
iv. Ta’alluq Tanjizi hadits ( تنجزى حادث )
Ertinya ‘tunai yang baharu’ . Iaitu
pekerjaan yang baru berlaku – iaitulah alam
ini .
6. Nama Ta’alluq – Nama-nama Ta’alluq itu ada
empat:
i. تاءثير - Memberi bekas
Iaitu Ta’alluq Qudrat
ii. تخصيص - Menentukan
Iaitu Ta’alluq Iradat
iii. إنكشاف - Nyata ( tidak tersembunyi)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 135
Iaitu Ta’alluq Ilmu , Sama’ ,
dan Basar .
iv. دال له - Menunjukkan
Iaitu Ta’alluq Kalam
7. Wajib beriktiqad bahawasanya sifat Ma’ani Allah
itu tidak terhingga banyaknya . Tetapi pada sisi
Abu Al-Hasan Al-A’sya’ari , wajib mengetahui
tujuh sifat , iaitu Qudrat , Iradat , Ilmu , Hayat ,
Sama’ , Basar dan Kalam . Pada sisi Abu Al-
Mansur Al-Maturidi pula , ditambah sifat Takwin
menjadi sekelian sifat Ma’ani yang wajib , ( تكوين )
diketahui oleh mukallaf ialah lapan .
Sifat Takwin , dikatakan juga sifat Af’al( افعال ) , yang
bererti ‘mengadakan’ atau ‘meniadakan’ . Bagi Abu Al-
Mansur Al-Maturidi .
Qudrat - Sifat yang menyediakan mumkin samada
mengadakannya atau meniadakannya.
Takwin - Sifat yang mengadakan atau meniadakan
mumkin .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 136
Adapun disisi Abu Al-Hasan Al-A’sya’ari , sifat Af’al
itu ialah Ta’alluq sifat Qudrat 2
Qudrat – قــــدرة
Takrif sifat Qudrat : -
.وا فقة إرادة صفة وجو دية قائمة بذا ت هللا تعالى و به إ يجاد كل ممكن على م
Ertinya :
“ Sifat yang ada , yang berdiri di Zat Allah Ta’ala , dan
dengannya mengadakan tiap-tiap suatu atas muafakat
Iradat.”
Wajib beriktiqad : -
Allah Ta’ala ada sifat Qudrat yang Qadim lagi
Azali . Allah Ta’ala berkuasa dengan ZatNya yang
bersifat dengan sifat Qudrat .
Tidak boleh beriktiqad : -
Allah berkuasa dengan Zat - Iktiqad fasiq
2(Aqidatunnajin muka surat 24 – ١٤عقيدة النا جين موك )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 137
Allah berkuasa dengan QudratNya - Iktiqad kufur .
Huraian Qudrat
Sifat Ma’ani - Qudrat ertinya pekuasa ( asal
pengertiannya kekuasaan)
Hasil sifat - ( ثمارة الصفة ) Pekuasa hasilnya
berkuasa .
Tempat Ta’alluk - Mumkinat ( ممكنات ) , iaitu segala
yang harus ada .
Nama Ta’alluk - Ta’alluk Ta’sir ( تاءثير )
Ertinya pekerjaan yang memberi
bekas daripada tiada kepada ada atau
sebaliknya .
Bahagian Ta’alluk Qudrat –
i. Saluhi Qadim (صلوحى قديم)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 138
ii. Qabdhah ( قبضه )
iii. Tanjizi Hadits (تنجزى حادث)
Huraian Ta’alluk Qudrat secara terperinci ( تفصيل )
i. صلوحى قديم - Patut pada Azali , iaitu ..Allah
Ta’ala ada hak pada azali lagi
Untuk mengadakan makhluk ,
tetapi belum ia jadikan .
ii. قبضه - Didalam
genggaman(kekuasaan) Allah
samada ia hendak jadikan
makhluk (alam) ataupun tidak.
iii. تنجزى حادث - Allah mengadakan alam (kata
setengah ulama, makhluk
pertama diciptakan ialah nur
Muhammad . Hadis ini dhaif .
Kata setengah pendapat , hadis
ini banyak perawinya , maka
dari dhaif ,naik ke mertabat
hasan . Mempercayai atau
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 139
tidak nur Muhammad makhluk
pertama tidak termasuk dalam
aqidah .Hanyalah pengetahuan
am).
iv. قبضه - Alam ini didalam kekuasaan
Allah samada
hendak dikekalkan atau
dibinasakan.
v. تنجزى حادث - Allah membinasakan
makhluknya .
vi. قبضه - Semua makhluk yang
dibinasakannya itu
adalah didalam
genggamannya, samada
hendak terus dalam kebinasaan
atau dihidupkan
semula .
vii. تنجزى حادث - Allah menghidupkan semula
di akhirat.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 140
viii. Selepas dari tujuh Ta’alluq ini maka didalam
kekuasaan Allah Ta’ala samada hendak
dikekalkan makhluk itu atau sebaliknya . Tetapi
adalah takdir jua .Ulama tidak membahaskan lagi
selepas Ta’alluq yang ke tujuh ini. Dinamakan
Ta’alluq yang ke lapan ini Ta’alluq
Qabdhah ( قبضه) .
Dalil Al-quran , Allah itu bersifat Qudrat :
كل شىء قدير إن هللا على
Ertinya :
“ Sesungguhnya Allah Ta’ala amat berkuasa
diatas tiap-tiap suatu .”
Iradat( إرادة)
Takrif sifat Iradat :
صفة وجو دية قائمة بذا ت هللا تعالى و به تخصيص كل ممكن
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 141
Ertinya :
“ Sifat yang ada yang berdiri dengan Zat Allah Ta’ala ,
dan dengannya menentukan tiap-tiap mumkin.”
Wajib beriktiqad : -
Allah Ta’ala ada sifat Iradat ( Pekehendak ) .
Allah Ta’ala menentukan suatu dengan ZatNya yang
bersifat Iradat .
Iktiqad yang salah : -
i. Allah Ta’ala menentukan suatu dengan zatNya -
fasiq
ii. Allah Ta’ala menentukan suatu dengan sifat
IradatNya – kufur .
Huraian Iradat
Sifat Ma’ani - Iradat ertinya Pekehendak atau
Penentu ( Asal pengertiannya
Penentuan)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 142
Hasil Sifat - ( ثمارة الصفة ) Pekehendak hasil
berkehendak
Ta’alluq sifat - Pekerjaan sifat Iradat ialah
menentukan Suatu.
Tempat Ta’alluq - Mumkinat ( ممكنات )
Nama Ta’alluq - Ta’alluq Takhsis ( تخصيص) ( ertinya
menentukan )
Bahagian Ta’alluqnya : -
1. Saluhi Qadim ( صلوحى قديم)
Ertinya patut dan layak pada azali bagi
menentukan tiap-tiap yang dikehendakinya
(Mumkin). Maka pada Ta’alluq ini Allah belum
menentukan lagi . Hanyalah kepatutan pada
menentukan sahaja . Seperti : - Ketentuan Allah
terhadap seseorang hamba bermula dari mula
ditiupkan roh , umurnya , rezekinya , amalan , ajal
dan lain-lain .
2. Tanjizi Qadim ( تنجزى قديم )
Ertinya tunai pada azali .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 143
Ertinya Allah Ta’ala telah tentukan apa-apa yang
dikehendakinya , iaitu menentukan mumkin yang
berlawanan – ممكنات المتقابالت.Ianya sebanyakenam
perkara , iaitu menentukan :
i. Ada sebagai ganti dari tiada
ii. Satu tempat sebagai ganti dari
berbagai tempat
iii. Satu pihak sebagai ganti dari
berbagai pihak
iv. Satu masa sebagai ganti dari
berbagai masa
v. Satu Aradh sebagai ganti dari
berbagai Aradh
vi. Satu kadar sebagai ganti dari
berbagai kadar
3. Tanjizi Hadits ( تنجزى حادث)
Ertinya tunai yang baharu , iaitu ketentuan yang
akhir sekali dalam kehidupan seseorang
Misalnya:
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 144
Ali – pada Saluhi Qadim , patut bagi Allah
menentukan segala nasibnya .
- Pada Tanjizi Qadim , Allah tentukan segala
nasibnya .
Dalam masa kehidupan Ali itu , Allah menimbang
akan nasib Ali ini . Jika Allah inginkan Ali ini
menjadi lebih baik , nescaya akan mendapat
melebihi dari takdirnya yang asal. Tatkala ia
mendapat takdir yang baharu ini,dinamakan
Tanjizi Hadis ( tunai yang baharu)
- Kata setengah ulama bukanlah Tanjizi Hadits ,
tetapi Ibraz Tanjizi Hadist ( ابراز تنجزى حادث ) ,
ertinya menyatakan pada ketika terjadi sesuatu .
Bukan menentukan yang belum tentu . Maka
dengan kefahaman ini , kata ulama’ ; tiada pada
Ta’alluq Iradat itu Ta’alluq Tanjizi Hadits.
UlamaUsuluddin berpendapat , takdir itu dua jenis –
i) Takdir Mubram ( مبرام )- takdir yang tidak berubah
ii) Takdir Muallaq ( معلق ) – iaitu takdir yang boleh berubah dengan
sebab amalan . ( Hakikatnya Allah jualah yang mengetahui ).
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 145
Hanyalah dinamakan Ibraz Ta’alluq Tanjizi
Hadits , seperti akan terbit dajal .
Dalil Iradat : -
إ نما امره إ ذا اراد شيأ ان يقول له كن فيكون
Ertinya : -
“ Bahawasanya pekerjaan Allah Ta’ala itu apabila
menghendaki akan sesuatu , berkata ia kepadanya ,
jadilah kamu , nescaya jadilah ia.”
MENGENAI NASIB
Setiap mukallaf wajib percaya kepada takdir Ilahi.
Dikatakan juga percaya kepada Qada’ dan Qadar .
Qada’ bermakna ketentuan Allah . Qadar bermakna
ketentuan yang telah terjadi . Setengah ulama
berpendapat Qadar itu ketentuan ,Qada’ pula ialah
ketentuan yang telah terjadi . Dalam masyarakat melayu,
membahasakannya ‘nasib’ .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 146
Umat Islam tidaklah boleh berserah semata-mata kepada
takdir , tanpa usaha dan ikhtiar . Percaya kepada takdir ,
beserta dengan usaha dan ikhtiar dan mematuhi segala
suruhan Allah dinamakan Tawakkal .
Tawakkal adalah wajib bagi setiap individu .
Firman Allah Ta’ala :
لوا إن كنتــم موء منين وعلى هللا فتوك
Ertinya :
“ Kepada Allah jua kamu harus bertawakkal , kalau
benar-benar kamu itu beriman kepada Allah.”
Tawakkal itu menunjukkan sepenuhnya iman. Jadi sama
wajibnya dengan fardhu-fardhu yang lain. Tawakkal
adalah ibadah batin yang berkait rapat dengan aqidah ,
iaitu percaya kepada Qada’ dan Qadar .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 147
Berserah kepada takdir adalah bermakna bertawakkal
kepada Allah . Bukanlah bermakna berserah tanpa usaha
. Konsep tawakkal itu empat perkara :
i. Laksanakan hukum-hukum Allah ( bersyariat)
ii. Laksanakan asbab ( sunnatullah ) , seperti
hendakkan rezeki hendaklah bekerja ( yang
halal )
iii. Serahkan kepada Allah pada pihak
menjayakannya .
iv. Percaya takdir Allah ( Qada’ dan Qadar ).
(Hendaklah ia menerima segala takdir Allah ,
setelah ia berusaha).
Ada orang berpendapat , kenapa perlu berusaha jika
memang telah ditakdirkan Allah ? Jika ditakdir ahli
syurga , syurgalah tempatnya . Jika ditakdir ahli neraka ,
beramal banyak pun , neraka juga tempatnya.
Jawapan kepada persoalan ini : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 148
Hakikat takdir Allah , apa yang akan berlaku di
kemudian hari , kita tak tahu . Namun Allah telah
memberi kita aqal Untuk berfikir . Dan ketahuilah takdir
itu dua jenis :
i. Takdir Mubram ( مبرام ) – iaitu takdir yang tidak
berubah .
ii. Takdir Muallaq ( معلق ) – iaitu takdir yang boleh
berubah dengan usaha hamba itu .
Orang yang beriman hendaklah percaya janji Allah .
Firman Allah ta’ala :
إ نك ال تخلف الميعاد
Ertinya :
“ Sesungguhnya engkau ( ya Allah ) tidak menyalahi
janji.”
Bererti jika nasib kita itu baik , kita sendiri akan
terlorong kearah kebaikan , dan dapatlah janji kebaikan
dari Allah itu . Begitulah sebaliknya .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 149
Bertanya pula oleh orang yang bertanya , bukankah
takdir itu hakikatnya telah tersedia ? Jawab kepada
soalan ini , kalau begitu kamu harus bersyukur kerana
kamu sudak terpilih menjadi mukmin . Tambahkan lagi
makrifahmu kepada tuhan . Nikmat iman dan makrifah
adalah sebaik-baik takdir untukmu .
Dalam satu riwayat menyebutkan kisah Nabi Musa
bertanya kepada Allah . Sabdanya ; “ Ya Allah ,
kenapakah engkau jadikan setengah manusia itu kufur ,
lalu engkau masukkan mereka ke dalam neraka .
Setengah manusia pula engkau jadikan beriman , lalu
engkau masukkan kedalam syurga. Sedangkan mereka
semua adalah hamba-hamba Mu , Dimanakah ( tanda)
keadilanMu?
Pertanyaan Nabi Musa a.s ini , bukanlah kerana
keraguan kepada Allah , tetapi Untuk Tatmainnalqulub
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 150
– menenangkan jiwa . Matlamatnya itu Untuk lebih
makrifah kepada Allah .
Allah S.W.T. yang Maha bijaksana tidak terus
menjawab persoalan Nabinya itu . Diperintahkan Nabi
Musa a.s. supaya menanam gandum .
Nabi Musa a.s. menuruti perintah Allah itu , lalu
dimulakanlah menanam gandum dari mula membajak
hinggalah menuai , yang memakan masa yang agak
lama . Inilah tanda kebijaksanaan Tuhan , memberi
jawapan beserta pengalaman .
Setelah gandum dituai , gandum disimpan , jeraminya
dibakar . Lalu berfirman Allah S.W.T. bertanya kepada
Nabi Musa a.s. , yang lebih kurang maknanya , “Wahai
Musa , kenapakah gandum engkau simpan , jeraminya
engkau bakar ? Bukankah kedua-duanya milikmu?
Dimanakah keadilanmu wahai Musa?”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 151
Dengan pertanyaan Allah S.W.T. itu , fahamlah Nabi
Musa a.s. , gandum dan jerami adalah miliknya . Dia
berhak lakukan apa saja pada milikannya itu .
Beruntunglah gandum yang menjadi pilihan, jerami pula
menjadi bahan bakar . Inilah hakikat yang kita tidak tahu
, tidak boleh dikaji .
Tetapi pada syariatnya asal gandum dan jerami itu dari
benih yang satu – benih yang suci .
Kita boleh mencorakkannya . Kalau ingin menjadi
gandum … ya gandumlah jadinya . Kalau memilih
menjadi jerami , tidak takut di baham neraka , ya..
silakan . Tidakkah kamu beraqal ???
Kesimpulannya :-
1- Kita wajib percaya kepada takdir .
2- Hakikat takdir , Allah jua yang mengetahui, kita
dilarang menyerah kepada takdir tanpa usaha
Untuk menjadi mukmin dan muttaqien .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 152
3- Kita berusaha dan menyerahkan kepada Allah
pada pihak menjayakannya . ( Hakikat usaha kita
itupun telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T.)
4- Ada kehendak Allah serta disuruh
memperbuatnya . Seperti keimanan saidina Abu
Bakar Assiddiq r.a.
5- Ada kehendak Allah tetapi tidak disuruh
memperbuatnya . Seperti kufurnya firaun dan
Hamman .
6- Ada pula yang tidak dikehendaki Allah dan tidak
disuruh seperti tidak dikehendaki Abu Bakar r.a.
menjadi kufur.
7- Ada pula yang disuruh tetapi tiada menghendaki
seperti berimannya firaun . Allah jua yang
mengetahui hikmahnya . Firman Allah Ta’ala :
ا يفعل وهم يسأ لون ال يسأ ل عم
Ertinya :
“ Tiada ditanya apa yang ia ( Allah ) buat ,
sebaliknya mereka akan ditanya.”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 153
USAHA HAMBA
Usaha hamba atau perbuatan makhluk itu
hakikatnya digerak dan diatur oleh Allah . Hamba
(makhluk) itu sendiri tidak ada kuasa (power) atau
tenaga (energy) pada hakikatnya . Makhluk hanyalah
menjalani takdir Allah .
Takrif usaha hamba ialah :
‘ Hamba tidak boleh memberi bekas , apabila
hamba itu hendak melakukan sesuatu , tatkala itu takdir
Ilahi menolong menggerakkannya.’
Adakah Allah Ta’ala juga menggerakkan perbuatan
jahat , atau yang baik sahaja ?
Dalam iktiqad Ahli Sunah Wal Jamaah , wajib
beriktiqad : ‘Yang baik dan dan jahat adalah daripada
Allah .’ Tetapi sebagai adab , hendaklah
membahasakan ‘yang baik dari Allah , yang jahat dari
dari kejahatan hawa nafsu sendiri.’
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 154
Sepertimana rukun iman yang keenam menyebutkan :
ه من هللا تعالى و بالقدر وشر
Ertinya:
“ Dan wajib percaya dengan Qadar kebaikan dan
kejahatan itu daripada Allah Ta’ala .”
Firman Allah Ta’ala :
ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس ليذ يقهم بعض الذى عملوا
( ٤٢اية - الروم)
Ertinya :
“ Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala
bencana didarat dan di laut dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan manusia . ( Timbulnya yang
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan
buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka
kembali (insaf dan taubat).”( surah Ar-Rum : 41)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 155
Ayat ini , selain menceritakan azab , ia juga
menunjukkan ayat adab , iaitu perbuatan buruk
dibahasakan kepada kejahatan hawa nafsu .
Firman Allah Ta’ala :
الذى خلقنى فهو يهدين والذى هو يطعمنى ويــسقينى وإذا مرضت فهو يشفين
( ٧٨- ٨٧: الشعراء )
Ertinya :
“Dia yang telah menjadikan daku , maka dia (pula)
yang memberikan petunjuk . Dan Dia yang memberiku
makan dan memberiku minum . Dan apabila aku sakit ,
dia yang menyembuhkan daku.”
( Asy-Syu’araa’ : 78-80)
Ayat ini mengisahkan Nabi Ibrahim a.s dalam
syuhudnya kepada Allah . Dia membahasakan segala
kebaikan adalah daripada Allah . Sakit pula , ia
membahasakan dirinya sendiri ( sebagai adab ) , kerana
sakit itu perkara yang tidak baik .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 156
Firman Allah Ta’ala :
وهللا خلقكم وما تعملون
Ertinya :
“ Dan Allah lah yang menjadikan kamu dan sekelian
pekerjaan kamu.”
Ayat ini pula menunjukkan hakikat sekelian perbuatan
yang terbit di alam ini adalah perbuatan Allah pada
hakikatnya .
Hikmah Allah Ta’ala jadikan kejahatan.
Ada orang yang mempertikaikan kenapa Allah
jadikan dirinya miskin , jahat , terhina , hodoh dan
sebagainya . Untuk ulasan yang lebih lanjut , ingatkan
kembali , jangan bahasakan kejahatan itu dari Allah .
Hukumnya haram dan jahat adab serta Allah . Bab ini
sengaja dimasukkan sebagai ‘perbincangan dalam
majlis ilmu bagi menghampirkan faham agar tidak jahat
adab dengan Allah .’ Haram membicarakan sebagai
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 157
‘ sembang kosong di kedai kopi’ atau di luar majlis ilmu,
di takuti salah faham oleh orang awwam .
Persoalan ini adalah persoalan asasi dalam ilmu falsafah
. Berbagai pemikir mengemukakan pendapat mereka .
Sebagai seorang muslim dan mukmin wajib kita
mengatakan :
‘ Sesungguhnya Allah S.W.T. itu penuh dengan rahmat
dan kasih sayang terhadap makhluknya’. Buktinya tidak
henti-henti rezeki dikurniakan kepada makhluknya .
namun Dia tidak menyuruh membuat kejahatan . Tetapi
Dia mengizinkan juga kejahatan itu berlalu dengan ada
hikmah disebaliknya .
Firman Allah Ta’ala :
وأقيموا وجو هكم . قل أمر ربـى بالقسط . أتقولون على هللا ما ال تعلمون , قل إن هللا ال ياءمر با لفحشاء
عند كل مسجد
( ١٢ - ١٧: االعراف )
Ertinya :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 158
“ Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah , apa yang
kamu tidak ketahui?” Katakanlah : “ Tuhanku
menyuruh berlaku adil ( pada segala hal) dan hadapkan
mukamu ( dan jiwa) mu (kepada tuhan) dengan betul
(khusyuk) pada setiap kali menunaikan sembahyang..”
(Al-A’raf : 28-29)
Allah S.W.T. memerintahkan kepada sekelian hamba-
hamba Nya supaya berbuat kebaikan seperti berkasih
sayang , ihsan , melaksanakan hukum-hukumnya dan
berlaku adil .
Tetapi kenapa orang yang zalim itu Allah biarkan ia
meneruskan kezalimannya, yang bermaksiat itu dibiar
meneruskan kemaksiatannya , dan yang kufur itu
berterusan dalam kekufurannya ? Pencuri , penyamun ,
penagih dadah dan lain-lain lagi .
Inilah sebenarnya tanda keadilan Allah S.W.T.
menghendaki kita bebas . Dan kebebasan itu boleh
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 159
menyebabkan terjadinya kesilapan dan kesalahan .
Adalah dalam kekuasaan Allah Untuk menjadikan
semua makhluknya dalam keadaan taat kepadanya ,
tanpa ada kufur dan maksiat . Tetapi yang demikian
(pada syariatnya) ternafilah usaha dan ikhtiar hamba .
Menjadi hamba Allah yang hidup dalam penuh
kepahitan dan sengsara semata-mata Untuk menuju
kepada makrifatullah , lebih baik dari kehambaan yang
bahagia .
Itulah hikmahnya hamba itu ada yang dibiarkan dalam
dosa dan maksiat . Apabila berterusan berlaku
kemungkaran itu , akhirnya ia akan menerima risikonya.
Dari risiko itu , mudah-mudahan ia kembali mencari
tuhan , buat mengadu segala permasaalahannya . Disitu
ia menghampirkan diri kepadaAllah ( تقريب الى هللا ) .
Lihat sahaja contoh-contoh yang berlaku didunia ini ,
mereka kembali kepada tuhan yang sebenar , apabila
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 160
keperitan mengcengkam hidup . Ini kerana hikmahnya
pula Allah menciptakan aqal . Beruntunglah bagi orang
yang menggunakan aqal .
Untuk contoh yang lain , kita dapati pada ular tedung itu
bisa yang amat bahaya . Beberapa saat sahaja ia boleh
membunuh . Ini satu ‘kejahatan’ . Tetapi bisa ular itu
sendiri menjadi penawar kepada orang yang di patuk
ular . Ini satu ‘kebaikan’ pula .
Kuman , penyebab penyakit . Dari kuman juga boleh
dijadikan vaksin . Binatang buas , dari kulitnya boleh di
buat pakaian .
Begitulah seorang yang jahat tadi , jika ia benar-benar
insaf dari kejahatannya , kerana ia belajar dari kesalahan
ia yang lakukan tidak memberi apa-apa manfaat . Ia
akan jadi seorang yang solih , yang lebih solih dari
orang yang tidak pernah sejahatnya , barangkali . Lihat
sahaja si kafir yang masuk Islam . Ia menuntut ilmu
Islam hingga bergelar ulama atau ustaz . Orang yang
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 161
asalnya Islam tetap seperti itu juga . Inilah hikmahnya ,
Allah mengizinkan kejahatan berlaku .
Sebenarnya jika kita tilik dengan aqal kita yang waras ,
kejahatan tidak akan berlaku di dunia ini jika tidak
kerana hawa nafsu manusia itu sendiri . Sebagai contoh :
- Sebuah sampan yang elok akan selamat di lautan pergi
dan pulang . Sayangnya si Tekong yang tamak dan
haloba , disumbatnya manusia dan barang-barangan
hingga bertimbun-timbun . Akhirnya karam di lautan .
lalu ia hendak salahkan Allah ?
Berkatalah , “yang baik dari Allah , yang jahat dari diri
sendiri”.
Allah mentakdirkan segala perbuatan kita , mengapa
pula kita akan ‘dipertanggungjawabkan dari segala
yang kita lakukan ?
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 162
Sebagai jawapannya , tiada sesiapa yang layak dan
berhak memilih dalam masalah makhluk . Allah
mencipta dan menjadikan apa-apa yang dikehendakinya,
kuasanya adalah mutlak. Jangan persoalkan tentang
takdir Ilahi , yang mana soal takdir itu Allah sahajalah
yang mengetahui hakikatnya . Ini di luar bidang kita .
Bidang kita ialah menggunakan aqal anugerah Allah .
Iaitu melaksanakan tanggungjawab .
Umpamanya kita tinggal dalam sebuah negara yang
rajanya mewajibkan kita menutup aurat . Jangan pertikai
undang-undang itu , kerana kita tinggal dalam Negara
raja itu . Yang perlu difikir ialah bagaimana hendak
menutup aurat supaya tidak dihukum oleh raja . Raja itu
‘ mempertanggungjawabkan’ kepada rakyat . Rakyat
pula ‘dipertanggungjawabkan’.
Kewajiban rakyat ialah – melaksanakan tanggungjawab
bukan membuat alasan – ‘mengapa kami dihukum
kerana tidak menutup aurat’.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 163
Begitulah tentang takdir Allah , bukan bidang kita
mengkajinya . Bidang kita hanyalah melaksanakan
hukum Allah yang telah ditakdir (ditaklif-
dipertanggungjawabkan) kepada kita , berpandukan
modal aqal yang dikurniakannya .
Kita diberi nafsu , darinya lahir syahwah . Kita diberi
aqal Untuk menjinakkannya , mengekang keinginannya ,
mengawal kemarahan dan memperelokkan perangai .
Kita boleh menjadikan diri kita orang yang dermawan ,
pengasih , penyayang , bersilaturrahim dan sebagainya .
Inilah erti kebebasan yang sebenarnya . Bebas yang
memberi manafaat kepada diri , bukan bebas yang
merosakkan . Bebas yang merosakkan itu dinamakan
‘terbelenggu’, bukan kebebasan (independent).
Orang yang dapat menta’ati Allah yang berterusan tanpa
henti-henti itu , naik dari satu keadaan kepada keadaan
yang lebih baik , ia dapat merasakan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 164
indahnya takdir Ilahi . Inilah sahaja orang yang dapat
redha’ dengan takdir Allah – رضاء بالقضاء.
Kesimpulan dalam menghayati pengertian takdir ini ,
renungkanlah ayat-ayat di bawah ini : -
مآء اية فظلت أعناقهم لها خا ضعين ن الس ل عليهم م ان نشاء ننز
( ٤:الشعرا )
Ertinya :
“ Kalau kami mahu , tentulah kami akan turunkan
kepada mereka satu mukjizat dari langit yang
menjadikan mereka tunduk kepadanya .”
( Asy-Syu’araa’ : 4)
Maknanya pada ayat ini – Allah Ta’ala boleh
menjadikan semua makhluk itu beriman , jika ia mahu .
Tetapi ia tidak jadikan demikian .
شد من الغى. آل إكراه فى الد ين قد تبين الر
( ١٥٦: ره البق)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 165
Ertinya : -
“ Tidak ada paksaan dalam agama . Kerana
sesungguhnya telah nyata kebenaran ( Islam ) dari
kesesatan ( kufur) .
(Al-Baqarah : 256 )
Maknanya pada ayat ini : - orang kafir itu tidak perlu
dipaksa masuk Islam . Rasulullah s.a.w. tidak memaksa
seorang anak orang Ansar yang telah menjadi yahudi
dari kecil , Untuk memeluk Islam – Lihat Asbabunnuzul
ayat ini .
Dalam hal yang lain pula , Islam tidak terus berperang
dengan Negara kafir , melainkan setelah dikirim
perutusan . Perutusan itu menyatakan si Negara kafir
hendaklah membuat pilihan : -
1. Masuk Islam dan menjadi saudara .
2. Kekal dalam agama asal , tetapi hendaklah
membayar jizyah.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 166
3. Jika tidak mahu kedua-dua yang diatas , maka
bersedialah Untuk diperangi .
ومن كان يريد حرث الد نيا نوء ته منها . من كان يريد حرث األ خرة نزد له حرثه
(١٨: الشورى )
Ertinya :
“ Barangsiapa yang menghendaki ( dengan amal
usahanya) akan faedah akhirat . Kami akan memberikan
untuknya tambahan pada faedah yang dikehendakinya
itu . Dan barangsiapa yang menghendaki ( dengan amal
usahanya) akan kebaikan didunia semata-mata . Kami
akan berikan kepadanya daripada kebaikan dunia itu .”
( Asy-syuuraa:20 )
ا يفعل وهم يسأ لون ال يسأل عم
Ertinya :
“ Tiada ditanya apa yang ia (Allah) buat . sebaliknya
mereka akan ditanya.”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 167
Adakah berkuasa Allah Ta’ala menjadikan anak
untuknya ? Jika tidak berkuasa menunjukkan Tuhan itu
ada kelemahan .
Untuk menjawab persoalan ini , hendaklah
difahami terlebih dahulu mengenai Ta’alluq Qudrat ,
atau pekerjaan Qudrat . Ta’alluq Qudrat itu adalah
kepada sekelian mumkin , tidak kepada yang wajib dan
yang mustahil . Ertinya ; pekerjaan sifat Qudrat itu ialah
mengadakan mumkin ( perkara yang harus ada ) dan
meniadakan mumkin . Ia tidak kepada mengadakan yang
wajib seperti anaknya ( syirik Al-Bari ) . Ada anak
bererti tuhan itu seperti makhluk juga . Iaitu tertolaklah
. Maka mustahil Allah menyerupa makhluk .ليس كمثله شىء
Erti mustahil iaitu perkara yang tidak masuk aqal . Atau
perkara yang menyalahi kaedah . Umpama kita berkata
2 +2 = 4 , kita tidak berkata 2+2 = 6 . Kerana ia mustahil
dan menyalahi kaedah matematik .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 168
Dengan itu , Allah Ta’ala tidak menjadikan anak
baginya , bukan bermakna ia lemah atau tidak berkuasa ,
tetapi menyalahi kaedah .
NOTA:-
Jangan membawa soalan seumpama ini ditempat
awam , selain majlis ilmu bagi penyempurnaan faham .
Ditakuti kesamaran faham oleh orang awam dan
dipermain-mainkan. Hanyalah persoalan ini dipaparkan
bagi menjawab hujah kafir atau ahli bid’ah.
Iktiqad-iktiqad yang salah mengenai usaha dan ikhtiar
1- Beriktiqad sesuatu itu memberi bekas dengan
sebab atau dengan tabiatnya , maka tiada khilaf
lagi kufurnya.
2- Beriktiqad sesuatu itu memberi bekas dengan
‘kuat’ ( kekuatan) yang dijadikan padanya oleh
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 169
Allah Ta’ala, maka menjadi fasiq . Kata setengah
pendapat kufur . Yang muktamadnya fasiq.
3- Beriktiqad Allah yang memberi bekas tetapi mesti
bersama asbab . Iktiqad sebegini terkadang jadi
kufur .
4- Beriktiqad sebab dan tabiat itu adalah baharu dan
tidak boleh memberi bekas . Allah jualah yang
memberi bekas . Inilah Iktiqad Ahli Sunnah Wal
Jamaah .
Kalau sudah ditakdir oleh Allah , kenapa masih perlu
berdoa dan berusaha ?
Kembali kepada persoalan takdir . Takdir itu dua
bahagi : -
a. Takdir Mubram – Takdir yang tidak berubah .
b. Takdir Mu’allaq – Takdir yang boleh berubah .
(Sila lihat huraiannya yang lalu muka surat 152).
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 170
Hakikat takdir itu kita tidak mengetahui , kerana tidak
tahu itulah , kita disuruh berdoa mudah-mudahan Allah
mentakdirkan yang baik Untuk kita – iaitu takdir
Muallaq .
Kesimpulannya takdir itu ada yang sudah diputuskan
atau ditetapkan oleh Allah . Ianya tidak dapat di elak
lagi . Ia dinamakan takdir mubram ( مبرام ) .
Ada pula takdir yang belum diputuskan , ianya takdir
yang masih bergantung dengan sebab sesuatu . Mungkin
dengan sebab berdoa atau berusaha , maka takdir itu
diubah oleh Allah Ta’ala . Takdir ini dinamakan takdir
mu’allaq ( معلق ) .
Firman Allah Ta’ala mengenai takdir : -
وكل شىء عنده بمقدار
( ٧: د عسوره الر)
Ertinya :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 171
“ Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan disisinya
dengan qadar yang tertentu .”
( Surah Arra’du : 8 )
خلقنه بقدر شىء نا كل إ
( ٤٢: سوره القمر )
Ertinya : -
“ Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu
menurut takdir ( yang telah ditentukan )”
( Surah Al-Qamar : 49)
Allah menyuruh kita berdoa , seperti firmannya : -
حيما إن هللا , واستغفرهللا كان غفورا ر
(٢٨٦:النساء )
Ertinya : -
“ Minta ampunlah engkau kepada Allah ; sesungguhnya
Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang ”.
( An-Nisa’ : 106)
عا وخفية ادعوا ر بكم تضر ( ٥٥: االعراف )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 172
Ertinya : -
“ Minta kepada tuhanmu dengan merendahkan diri dan
suara yang tersembunyi.”
( Al-A’raf : 55 )
وقال ر ب كم اد عو نى استجب لكم
( ٦٨: الموءمن )
Ertinya : -
“ Berkata tuhanMu : Minyalah kepadaKu , nescaya aku
perkenankan permintaanmu .”
( Al-Mukmin : 60 )
لحات و يزيدهم فضله ـــذين امنوا وعملوا الص و يستجيب ال
( ١٦: الشورى )
Ertinya : -
“ Dan dia memperkenankan doa-doa orang yang
beriman dan beramal salih , dan menambahkannya
dengan kurnianya.”
( Asy-Syuura : 26 )
Oleh itu hendaklah tetap diatas menta’ati Allah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 173
Firman Allah Ta’ala :
لك بان هللا لم يك مغيرا نعمة ا نعمها على قوم حتى يغيروا ذ
ما با نفسهم ( ٥٣: اال نفال )
Ertinya : -
“Yang demikian itu adalah kerana Allah sekali-kali
tidak akan mengubah nikmat anugerahNya kepada
suatu kaum , kecuali kaum itu mengubah keadannya
sendiri .”( Al-Anfal : 53)
Surah Al-Anfal ayat 53 ini menerangkan bahawa Allah
tidak mencabut nikmat yang berada pada suatu kaum itu
selagi kaum itu bersyukur kepadanya . Terjadinya
kemelaratan , kemunduran dan berbagai keruntuhan ,
apabila umat itu menyeleweng dari agama Islam .
Apabila seseorang itu telah tetap dalam menta’ati
perintah Allah , akan dapatlah sakinah dalam kehidupan.
Tatkala itu ia dapat redha segala takdir Allah Ta’ala .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 174
Orang-orang yang redha dengan takdir Allah akan
disambut oleh Allah dengan sambutan kebesaran .
Firman Allah Ta’ala :
رضية : نة ئـ ـتها النفس المطم يأ ي .وادخلى جنتى . فادخلى فى عبادى . ارجعى الى ربك را ضية م
( ٣٨, ١٧,١٢, ١٨: الفجر)
Ertinya :
“ Wahai nafsu ( jiwa ) yang tenang ( suci –sakinah) .
Kembalilah kamu kepada Tuhanmu , dengan (hati)
redha dan diredhai ( Tuhan) . Maka masuklah kamu
dalam golongan hamba-hambaKu . Dan masuklah kamu
ke dalam syurgaKu.”
( Surah Al-Fajr : 27,28,29,30)
Maksud ayat dalam surah Al-Fajr itu ; sebenar-benar
orang yang percaya kepada Qada’ dan Qadar , ialah
sehingga ia redha ( merasa suka ) dengan segala takdir
Allah . Lalu Allah pun menerimanya sebagai hamba
yang diredhai . Jadilah ia , ahli syurga . Didunia
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 175
mendapat Jannatul A’jilah ( syurga yang didahulukan),
diakhirat menjadi penghuni Jannatul Firdaus .
Redha’nya orang-orang ini kepada Allah sehingga
apabila ditimpa miskin , mereka merasakan miskin itu
lebih baik dari kaya . Apabila ditimpa sakit , mereka
merasakan sakit itu lebih baik dari sembuh . Apabila
dihina makhluk , mereka merasakan penghinaan itu
lebih baik dari dimuliakan makhluk . Apa yang mereka
mahu hanyalah kasih sayang Tuhan kepada mereka .
Inilah hakikat percaya kepada Qada’ Qadar atau takdir
yang perlu dicapai oleh orang yang percaya kepada
Allah Ta’ala .
ILMU - ( العلم )
Sifat yang ketiga dari tujuh sifat ma’ani yang
wajib diketahui itu ialah sifat Ilmu . Takrif sifat ilmu :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 176
Iaitu satu sifat yang Maujud (ada) , yang berdiri di Zat
Allah Ta’ala , dengan sifat ini , Allah mengetahui segala
yang wajib , mustahil dan harus . Allah mengetahui
tanpa tersembunyi sesuatu pun dari pengetahuannya .
Dikatakan ‘dengan sifat ini Allah mengetahui...’
hendaklah ditakwilkan pengertiannya , bahawa Allah
Ta’ala mengetahui bukan dengan sifat ilmu itu , Tetapi
Allah Ta’ala mengetahui dengan Zatnya yang bersifat
Ilmu . Ungkapan ‘dengan sifat ini Allah
mengetahui...’adalah majazi aqli ( مجازى عقلى ) jua . Iaitu
satu ungkapan untuk menghampirkan faham . Asal
makna majazi aqli
ialah ‘pinjaman aqal’ . Oleh itu hendaklah difahami
perkataan-perkataan seumpama ini yang tersebut
didalam kitab-kitab jawi lama (kitab turath) . Bukanlah
salah penulisan mereka , tetapi mereka menuruti
terjemahannya dari bahasa arab . Wllahu’alam.
Beberapa fakta dalam sifat ilmu :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 177
1. Sifat ma’ani
Ilmu – ertinya pengetahuan .
Dalam pengertian ilmu kalam diterjemahkan
denganmakna Pengetahui – kata Pak Da EL (
Syeikh Ismail Al-Fatani)
2. Hasil sifat
Pengetahui hasilnya mengetahui .
3. Tempat Ta’alluqnya
Tempat pekerjaan sifat ilmu ialah kepada segala
yang wajib, mustahil dan harus .
4. Nama Ta’alluqnya
Ta’alluq Inkisyaf ( نكشافإ ) iaitujelas dan nyata
tanpa tersembunyi.
5. Bahagian Ta’alluqnya
Ta’alluq Tanjizi Qadim ( تنجزى قديم ) iaitu nyata pada
Allah Ta’ala tiap tiap suatu pada azali dan
selama-lamanya .
6. Dalil Allah Ta’ala bersifat ilmu :
رض وما يخرج منهايعلم مايلــج فى األ
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 178
( ١:السباء )
Ertinya :
“ Dia (Allah) mengetahui apa-apa yang masuk ke
dalam bumi dan apa-apa yang keluar
daripadanya .”
( Assaba’ : 2 )
عـلم الغيب والشهادة . هوهللا الذى آل اله اال هو
( ١١ :الحشر )
Ertinya :
“ Dialah Allah , yang tidak ada tuhan kecuali Dia
. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata .”
(Al-Hasyr : 22)
HAYAT ( الحياة)
Sifat yang keempat dari tujuh sifat ma’ani yang
wajib diketahui oleh mukallaf ialah sifat hayat , iaitu
hidup . Takrif sifat ini :
.هى صفة وجو دية تصحح لمن قامت به اال دراك
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 179
Ertinya :
“ Iaitu sifat yang wujudiah (ada) yang mengesahkan
(mempastikan) berdiri bagi Allah Ta’ala itu sifat Idrak ,
iaitu sifat-sifat ma’ani yang lain .”
Sifat Hayat ini tiada Ta’alluq . Hanyalah sifat ini
mengesahkan bahawa adanya sifat-sifat Kamalat
(kesempurnaan) di Zat Allah . Mustahil perkara yang
mati itu bersifat Kamalat .
Dalil sifat Hayat :
هللا آل اله اال هو الحى القي وم
( ١٥٥ :البقره )
Ertinya :
“ Allah , tiada tuhan selain Dia . (Dia) hidup , berdiri
(memelihara semesta alam).”
(Al-Baqarah : 255)
SAMA’ (السمع)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 180
Sifat yang kelima dari tujuh sifat ma’ani yang
wajib diketahui oleh mukallaf , ialah Sama’(السمع) .
Takrifnya : Sifat Sama’ ialah satu sifat yang qadim
yang sedia ada di Zat Allah , yang dengannya Allah
mendengar kepada sekelian yang maujudat (موجودات) ,
iaitu sekelian yang ada , samada yang wajib ada ,
mahupun yang harus ada .
Seperti didalam perbincangan sifat ma’ani yang
terdahulu keterangannya , jangan difaham , Allah Ta’ala
mendengar degngan sifat Sama’ , wajiblah beriktiqad ,
bahawa Allah Ta’ala mendengar dengan Zatnya yang
bersifat Sama’ . Ungkapan ‘mendengar dengan sifat
Sama’ …’ adalah majazi aqli . Hakikatnya mendengar
dengan Zat .
Beberapa fakta mengenai sifat Sama’ : -
1. Sifat ma’ani - Sama’ ertinya pendengaran .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 181
Menurut pengertiannya oleh Pak Da EL , ialah
pendengar.
2. Hasil sifat - Pendengar hasilnya mendengar .
3. Tempat Ta’alluqnya – Maujudat ( tiap-tiap yang ada)
Nota:
Allah dikatakan maujud (موجود) Dengan
makna yang mengadakan .Maujud isim
maf’ul dengan pengertian fa’el. Makhluk
dikatakan maujud juga , tetapi dengan
pengertian yang diadakan . Iaitu isim
maf’ulumbih (مفعول به)
4. Nama Ta’alluqnya – Ta’alluq Inkisyaf (إنكشاف)
Iaitu yang nyata , tiada tersembunyi .
5. Bahagian Ta’alluqnya – Tiga bahagian : -
i. Tanjizi Qadim (تنجزى قديم)
- Ta’alluqnya dengan Zat Allah dan sifat-
sifatnya , ertinya Allah Ta’ala mendengar
kepada Zat dan sifat-sifatnya pada azali lagi .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 182
ii. Saluhi Qadim (صلوحى قديم)
- Ta’alluqnya kepada yang jaiz ( harus
ada), pada sebelum adanya makhluk . Ertinya :
Patut pada azali Allah mendengar kepada
makhluknya. Tetapi belum ia dengar , kerana
makhluk itu belum diadakan lagi .
iii. Tanjizi Hadits (تنجزى حادث)
- Ta’alluq kepada yang harus ada ,
Apabila ianya sudah ada. Ertinya , apabila
Allah Ta’ala telah menjadikan makhluk ,
maka ia pun mendengar kepada sekelian
makhluknya. Mendengarnya bukan hanya
kepada yang berbunyi , bahkan kepada yang
tidak berbunyi .
6. Dalil Sama’ Allah Ta’ala :
Firman Allah Ta’ala :
وهللا سميع عليم
(١١٤: سوره البقرههه )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 183
Ertinya :
“ Dan Allah Ta’ala Maha mendengar lagi Maha
mengetahui.”
( Al-Baqarah : 224)
BASAR ( البصر )
Sifat ma’ani yang keenam (بــصــر) , ertinya Pelihat .
Takrifnya , sifat Basar ialah satu sifat yang ada
bagi Zat Allah Ta’ala yang Qadi lagi Azali , yang
dengan sifat ini, Allah Ta’ala melihat kepada sekelian
yang ada .
Seperti juga dalam pengertian sifat ma’ani yang lain ,
wajiblah beriktiqad bahawa Allah Ta’ala melihat dengan
Zatnya yang bersifat Basar .
Beberapa fakta dalam sifat Basar : -
1. Sifat ma’ani – Basar ertinya Penglihatan .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 184
Menurut Pak Da EL , pengertiannya dalam ilmu
tauhid ialah Pelihat .
2. Hasil sifat Basar – Pelihat hasilnya melihat .
3. Tempat Ta’alluqnyaSekelian maujudat (موجودات) ,
iaitu sekelianyang ada, samada yang wajib ada
iaitu Zat Allah dan sifat-sifatnya ,mahupun yang
harus ada iaitusekelian makhluk .
5- Nama Ta’aluqnya – Ta’alluq Inkisyaf (انكشاف)
iaitu nyata penglihatan Allah Ta’ala itu
tersembunyi, tidak terdinding dan tidak
terlindung.
5- Bahagian Ta’alluqnya – Tiga bahagi :-
i. Ta’alluq Tanjizi Qadim
- Ta’alluqnya dengan Zat dan sifat
sifatnya . Ertinya Allah melihat kepada
Zat dan sifat-sifatnya pada azali .
ii. Ta’alluq Soluhi Qadim
- Ta’alluqnya pada yang jaiz (harus ada) ,
pada sebelum ada makhluk .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 185
iii. Tanjizi Hadits
- Ta’alluqnya kepada yang harus , apabila
yang harus ada itu sudah ada (sudah diadakan
oleh Allah Ta’ala) .
Dalil Basar Allah Ta’ala : -
Firman Allah Ta’ala : -
إن هللا بما تعملون بصير
(١٣٨: البقره )
Ertinya : -
“ Sesungguhnya Allah Maha melihat apa-apa yang
kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah : 237)
KALAM - (الــكلم)
Yang ketujuh dari tujuh sifat ma’ani bagi Allah
Ta’ala yang wajib diketahui oleh mukallaf itu ialah sifat
Kalam , ertinya Pekata ( pembicara) . Berkata Allah
Ta’ala itu tiada dengan suara , huruf , panjang , pendek ,
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 186
akhiran , harakat dan sebagainya seumpama berkatanya
makhluk . Maha suci Allah dari menyerupai makhluk .
Wajiblah beriktiqad Allah Ta’ala berkata dengan Zatnya
yang bersifat Kalam . Jangan beriktiqad Allah berkata
dengan sifat Kalam . Maka jadi kufur .
Beberapa fakta dalam sifat Kalam : -
1. Sifat ma’ani – Kalam ertinya perkataan .
Menurut Pad Da EL ( Syeikh Ismail
Fatani)mengertikannya sebagai Pengata,
Pekata atau Pembicara .
2. Hasil sifat - Pekata hasilnya berkata-kata .
3. Tempat Ta’alluqnya – Tempat pekerjaan sifat
Kalam ialah kepada yang wajib , mustahil dan
harus .
4. Nama Ta’alluq – Ta’alluq Dalalah ( لة دال ) ertinya
Penunjuk atau menunjukkan .
5. Bahagian Ta’alluqnya – 3 bahagian : -
i. Tanjizi Qadim (تنجزى قديم)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 187
Iaitu menyatakan Zatnya yang wajib ada ,
. Zatnya yang bersifat Kamalat . (واجب الوجود)
ii. Soluhi Qadim
iaitu kepada dua perkara :
a. Sebelum adanya makhluk .
b. Kepada amar ( امر) ertinya suruhan .
Seperti : ال ة ertinya (نهى) Kepada nahi أقيم الص
suruhan . seperti ertinya tegahan ناوال تقرب الز
iii. Tanjizi Hadits
Iaitu bila sudah ada makhluk . Seperti firman
Allah Ta’ala kepada Nabi Musa :
وكلم هللا موسى تكليما
(٢٦٣:النساء )
Ertinya :
“ Dan berkata Tuhan dengan Nabi
Musasebagaimana berkata-kata.”
( An-Nisa’ : 163)
Huraian Mengenai Sifat Kalam .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 188
Sifat Kalam adalah sifat Allah Ta’ala yang paling
panjang perbahasannya berbanding sifat-sifat ma’ani
yang lain . Dengan sebab ini jugalah , ilmu ini
dinamakan juga ilmu Kalam . Diantara perbahasan
dalam sifat ini , antaranya : -
1. Mentafsirkan firman Allah Ta’ala :
وكلم هللا موسى تكليما
Ada dua belas pendapat ulama’ pada mentakrifkan
ayat ini . Dua diantaranya (yang masyhur):
a) Allah Ta’ala mempengsankan Nabi Musa .
Kemudian diberikan kefahaman tentang hukum-
hukum agama.
b) Allah Ta’ala berkata kepada Nabi Musa dengan
menjadikan Kalamnya berhuruf dan bersuara
dengan Ta’alluq Qudrat dan Iradatnya .
2. Telah muafakat ulama’ salaf bahawasanya haram
berkata Al-Quran itu makhluk , melainkan pada
tempat mengajar . Ini adalah kerana takut tersalah
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 189
faham oleh orang awam , mengatakan pula sifat
kalam Allah itu baharu .
3. Orang yang berkata Quran itu makhluk adalah fasiq ,
sekiranya ia beriktiqad Quran di Zat Allah itu qadim
lagi azali .
4. Jadi kufur orang yang beriktiqad Quran di Zat Allah
itu baharu .
5. Hendaklah beriktiqad ; Quran ialah sifat Allah yang
Qadim , bukan makhluk , bukan ciptaan manusia .
Adapun mishaf Al-Quran yang tertulis dan dibaca ,
maka itu adalah bukti , adanya sifat Kalam diZat
Allah . Haram berkata ia makhluk , selain ditempat
menuntut ilmu .
6. Kalam Allah Ta’ala adalah Kalam yang satu jua .
Tetapi berbagai-bagai Kalam itu dengan iktibar
segala Ta’alluqnya. Diantaranya :-
i. Amar (امر ) ertinya suruh
Seperti :
٢٧٣: سورة البقره ) يام ( كتب عليكم الص
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 190
Ertinya :
“ Diwajibkan keatas sekelian kamu berpuasa”
( Surah Al-Baqarah :183)
ii. Wa’dun ( وعد ) ertinya janji syurga .
Seperti firman Allah : -
ا لحات لهم جنات النعيم ان الذين امنوا وعمل الص
(٨:سوره لقمان )
Ertinya :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
beramal solih ,untuk mereka itu syurga
jannatunna’im.”
(Surah Luqman : 8)
iii. Wa’idun ( وعيد) ertinya janji siksa
Seperti firman Allah :
ق ش ا ة ر خ ال ا اب ذ ع ل ا و ي ن الد يوة ح ى ال ف اب ذ ع م ه ل
( ٣٤: سوره الرعد)
Ertinya :-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 191
“Untuk mereka itu siksaan ketika hidup didunia
sedang siksaan diakhirat , lebih keras .”
( Surah Ar-Ra’d :34)
iv. Kepada yang wajib
Seperti firmannya :
فاعلم ا نه آل اله اال هللا
( ٢٢:سوره محمد)
Ertinya :
“ Maka ketahuilah ( ya Muhammmad)
bahawasanya tidak ada tuhan selain Allah”
(surah Muhammad :19)
v. Yang mustahil
Seperti firmannya :
حمن ولدا حمن ان يتـخذ ولدا. ان دعوا للر وما ينبغى للر
( ٢١ - ٢٢: سوره مريم )
Ertinya :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 192
“ Oleh kerana mereka mengatakan yangMaha
Pengasih mempunyai anak , tiada patut
yangMaha Pengasih mempunyai anak .”
( Surah Maryam :91-92)
vi. Yang harus
Seperti firman Allah :
هو الذى خلق لكم ما فى االرض جميعا
(١٢: سوره البقره )
Ertinya:
“ Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada
ini Untuk kamu .”
( Surah Al-Baqarah :29)
Qiaslah dengan yang lain-lain lagi . Ada ayat Qisah dan
sebagainya.
7. Kalam itu ada empat jenis :-
i. Kalam Nafasi ( نفاسىكالم )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 193
Iaitu sifat Kalam di Zat Allah , tiada huruf , tiada
suara .
ii. Kalam Lafzi (لفظى)
Iaitu Kalam yang tertulis di Lauhummahfuz .
iii. Kalam Nafsi (كالم نفسى)
Iaitu Kalam yang diambil oleh malaikat Mikail
dari Lauhummahfuz , lalu diberi kepada malaikat
Jibril Untuk disampaikan kepada Nabi dan rasul .
Kata setengah ulama , malaikat yang mengambil
dari Lauhummahfuz itu bukan Mikail , tetapi
Izrail , kata setengahnya Israfil . Wallahu’alam .
iv. Kalam Masdari (كالم مسدرى)
Iaitu Kalam yang ditulis , yang dibuat karangan-
karangan , kitab dan sebagainya .
Sifat Maknawiyah ( معنويه )
Sifat Maknawiyah ialah sifat yang melazimi bagi
sifat ma’ani . Melazimi ertinya tidak bercerai, atau
dalam lain perkataan , sifat maknawiyah ialah sifat yang
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 194
menyatakan bahawa sifat ma’ani di Zat Allah ta’ala itu
ada selama-lamanya , tidak berubah dan tidak bercerai
tanggal. Seperti , Qudrat adalah sifat ma’ani . Kaunuhu
Qadiran adalah sifat maknawiyah . Qudrat itu satu sifat
yang wajib ada pada Allah Ta’ala . Kaunuhu Qadiran
ialah sifat yang menyatakan bahawa sifat Qudrat itu ada
di Zat Allah Ta’ala selama-lamanya , tidak berubah-
ubah dan tidak bercerai tanggal . Takrif sifat
maknawiyah : -
ات مادامت الذات معللة بعلة ا لحال واجبة للذ
Ertinya :
“ Kelakuan yang wajib bagi Zat selama ada Zat itu ,
dikeranakan oleh satu kerana.”3
Erti ‘hal’ ( ا لحال) atau kelakuan , ialah sifat yang
menengahi antara ada dan tiada ( وجود دان عدم ) . Atau dalam
ertikata yang lain , hal keadaan Allah Ta’ala itu
3Kitab Aqidatunnajin muka 36.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 195
yang sentiasa bersifat ma’ani . ‘Sentiasa’ itulah ‘hal’ .
Keadaan ‘sentiasa’ itu menengahi antara ada dan tiada.
Erti ‘wajib bagi Zat selama ada Zat’ , ialah sifat itu ada
bagi Zat Allah selama-lamanya.
Erti ‘dikeranakan oleh suatu kerana ‘ , ialah adanya
sifat maknawiyah ini kerana adanya sifat ma’ani .
Sifat maknawiyah itu ada tujuh juga , iaitu :
1. Kaunuhu Ta’ala Qadiran (كو نه تعالى قادرا)
Ertinya : Keadaan Allah Ta’ala yang berkuasa .
2. Kaunuhu Ta’ala Muridan (كونه تعالى مريدا)
Ertinya :keadaan Allah Ta’ala yang menghendaki.
3. Kaunuhu Ta’ala A’liman ( كونه تعالى عالما)
Ertinya keadaan Allah Ta’ala yang mengetahui .
4. Kaunuhu Ta’ala Hayyan ( كونه تعالى حيا)
Ertinya : Keadaan Alla Ta’ala yang hidup .
5. Kaunuhu Ta’ala Sami’an ( سميعا كونه تعالى )
Ertinya : Keadaan Allah Ta’ala yang mendengar .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 196
6. Kaunuhu Ta’ala Basiran ( اكونه تعالى بصير )
Ertinya : Keadaan Allah Ta’ala yang melihat .
7. Kaunuhu Ta’ala Mutakalliman (كونه تعالى متكلما)
Ertinya : Keadaan Allah Ta’ala yang berkata-kata .
Dalil bagi sifat maknawiyah ialah , daripada segala dalil
sifat ma’ani . Sifat maknawiyah ini adalah wajib bagi
Allah Ta’ala . Wajib pula mukallaf mengetahuinya .
Terdapat didalam setengah kitab-kitab jawi , sifat
maknawiyah disebut Qadir ( قادر) , Murid ( مريد) , Alim
( معال ) , Hayyun ( حى) , Sami’i (سميع) , Basiir (بصير) , dan
Mutakallimun (متكلم) .
Perlu difahami , jika disebut قادر; ia bererti Zat yang
bersifat Qudrat , مريد, bererti Zat yang bersifat Iradat .
Jika mengatakan ianya sifat , adalah salah .
Lihat pegertian dibawah ini :-
ة Sifat ma’ani - قدر
ار اد ق ه ن و ك - Sifat Maknawiyah
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 197
ر اد ق - Zat yang bersifat Qudrat .
Sifat ma’ani - ارادة
Sifat Maknawiyah - كونه مريدا
. Zat yang bersifat Iradat - مريد
Sifat ma’ani - علم
Sifat Maknawiyah - كونه عالما
.Zat yang bersifat Ilmu - عالم
Sifat ma’ani - حياة
Sifat Maknawiyah - كونه حيا
. Zat yang bersifat Hidup - حى
Sifat ma’ani - سمع
Sifat Maknawiyah - كونه سميعا
ع ي م س - Zat yang bersifat Sama’ .
Sifat ma’ani - بصر
Sifat Maknawiyah - كونه بصيرا
. Zat yang bersifat Basar - بصير
Sifat ma’ani - كالم
ونه متكلماك - Sifat Maknawiyah
. Zat yang bersifat Kalam - متكلم
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 198
Pengarang-pengarang kitab itu meletakkan قادر bagi
menggantikan كونه تعالى قادرا pada sifat maknawiyah atas
jalan tasamuh ( ح . iaitu jalan pendekatan ( تسام
Maka
hendaklah ditakwil perkataan قادر itu kepada كونه تعالى قادرا .
Bukanlah bererti salah , tetapi pengarang-pengarang itu
hanya menterjemah dari bahasa arab . Maka hendaklah
kita mengerti . Jangan terus menolak dan memperlekeh
kitab lama , kerana dari kitab lamalah , lahirnya kitab
baru .
Sifat Idrak ( إدراك ) – mendapatkan .
Imam Al-Haramain ( wafat 478 H=1085M) dan
Qadhi Abu Bakar Al-Baqilani (wafat 403H = 1013M) .
Adalah bagi Allah Ta’ala itu sifat Idrak (إدراك) . Iaitu sifat
yang qadim yang ada dan tetap pada Zat Allah Ta’ala.
Dengannya , ia mendapat segala yang disentuh , yang
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 199
dicium dan yang dikecapi tanpa berhubung dengan
perkara tersebut . Untuk pengertian yang lebih dalam ,
Allah Ta’ala mendapat segala deria , dengan Zatnya
yang bersifat Idrak .
Sifat Takwin ( تكوين ) - Mengadakan
Bagi imam Abu Al-Mansur Al-Maturidi ( wafat
333H = 944M ) . Mengatakan adalah bagi Allah Ta’ala
sifat Takwin . Iaitu sifat yang Qadim yang ada dan tetap
pada Zat Allah . Dengannya ia mengadakan atau
meniadakan suatu , bergantung kepada ta’alluqnya :
i. Jika Ta’alluq dengan mengadakan , dinamakan
Ijad (ايجاد).
ii. Jika Ta’alluq dengan meniadakan , dinamakan
I’dam (اعدام) .
iii. Jika Ta’alluq dengan merezekikan , dinamakan
Rizq ( رزق) .
iv. Jika Ta’alluq dengan menghidupkan dinamakan
Ihya’ ( اءإحي )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 200
Qiaskanlah dengan Ta’alluq yang lain .
Sifat Takwin ini , dinamakan juga sifat Af’al (افعل) ,
golongan ulama’ Asya’irah (اشاعره) iaitu pengikut Abu
Al-Hasan Al-Asy’ari berpendapat , semua Ta’alluq
tersebut sebagai تعلق تنجزي حادث, mereka menafikan sifat
Takwin . Wallahu A’lam .
Dari sifat ma’ani yang disebutkan tadi , Iaitu Idrak dan
Takwin , maka dua pulalah sifat maknawiyah iaitu :
1. Kaunuhu Ta’ala Mudrikan (كونه تعالى مدركا)
Ertinya : Keadaan Allah Ta’ala yang
mendapatkan .
2. Kaunuhu Ta’ala Takwinan (كونه تعالى تكو ينا)
Ertinya : Keadaan Allah Ta’ala yang mengadakan
Daripada penjelasan tersebut , maka ketahuilah segala
sifat yang wajib bagi Allah Ta’ala , yang diketahui oleh
mukallaf itu berjumlah dua puluh empat sifat , atas jalan
yang paling sempurna .Wajib pula diketahui yang
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 201
mustahil bagi Allah , iaitu lawan dari segala sifat yang
wajib . Adapun yang mustahil itu (disebutkan yang
wajib disebelahnya) :-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 202
Sifat Wajib
1. Wujud
- Allah itu ada
2. Qidam
- Allah itu sedia
3. Baqa’
- Allah itu kekal
4. Mukholafatuhu Ta’ala lil hawadith
- Allah itu berlainan daripada
makhluknya
5. Qiamuhu Ta’ala Binafsih
- Allah itu berdiri dengan
sendirinya
6. Wahdaniah
- Allah itu Esa
7. Qudrat
- Allah itu berkuasa
8. Iradat
- Allah itu berkehendak
Sifat Mustahil
- Allah itu tiada
- Allah itu baharu
- Allah itu binasa
- Allah itu serupa
dengan makhluknya
- Allah itu berhajat
kepada yang lain
- Allah itu banyak
- Allah itu lemah
- Allah itu dipaksa
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 203
9. Ilmu
- Allah itu mengetahui
10. Hayat
- Allah itu hidup
11. Sama’
- Allah itu mendengar
12. Basar
- Allah itu melihat
13. Kalam
- Allah itu berkata-kata
14. Kaunuhu Qadiran
- Keadaan Allah yang berkuasa
15. Kaunu Muridan
- Keadaan Allah yang
berkehendak
16. Kaunuhu A’liman
– Keadaan Allah yang
mengetahui
17. Kaunuhu Hayyan
- Keadaan Allah yang hidup
18. Kaunuhu Sami’an
- Keadaan Allah yang
- Allah itu bodoh
- Allah itu mati
- Allah itu tuli
- Allah itu buta
- Allah itu bisu
- KeadanNya yang
lemah
- KeadanNya yang
dipaksa
- KeadaanNya yang
bodoh
- KeadanNya yang mati
- KeadaanNya yang tuli
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 204
Sifat Harus bagi Allah
Inilah sifat kebesaran Allah Ta’ala , yang tidak
ada had dan sempadan serta sekatan . Harus Allah
Ta’ala menjadikan sesuatu atau meniadakannya . Setiap
perkara selain Allah , dalam istilah ilmu kalam disebut
‘mumkin’ (ممكن) , jamaknya mumkinat (ممكنات) . mumkin
itu empat bahagi :
i. ممكن موجد بعد العدم
Iaitu perkara yang diadakan , sebelumnya belum
ada . Seperti masa sekarang .
ii. ممكن معدم بعد الوجود
mendengar
19. Kaunuhu Basiran
- Keadaan Allah yang melihat
20. Kaunuhu Mutakalliman
- Keadaan Allah yang berkata-
kata
- KeadanNya yang buta
- KeadanNya yang bisu
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 205
Iaitu perkara yang ditiadakan sekarang ini
dahulunya ada . Seperti zaman dahulu .
iii. يوجدممكن س
Iaitu perkara yang akan datang berlakunya .
iv. ممكن علم هللا ا نه لم يو جد
Iaitu perkara yang didalam pengetahuan
Allah,ianya tak akan terjadi .
Keempat- empat mumkin ini didalam kekuasaan Allah
S.W.T. Harus bagi Allah Ta’ala itu antaranya :-
1- Memasukkan orang mukmin kedalam syurga, dan
kafirin kedalam neraka .
2- Menjadikan makhluk dan merezekikan mereka.
3- Mematikan makhluk .
4- Memberi hidayah kepada hambanya, dan
memakbulkan doa hambanya .
5- Harus Allah Ta’ala menurunkan rasul .
6- Harus Allah memperlihatkan Zatnya kepada
makhluknya dengan ketiadaan kaifiat . Tetapi
tidak berlaku didunia ini . Berlaku kepada
baginda Nabi s.a.w. pada malam mikraj .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 206
7- Harus melihat Allah Ta’ala diakhirat kelak oleh
orang-orang beriman didalam syurga .
Firman Allah : -
ر بها نا ظرة إلى. ذ نا ضرة وجو ه يو مـئ ( ١٣-١١القامه )
Ertinya :
“Wajah-wajah (orang beriman) pada hari itu
berseri-seri . Kepada Tuhannyalah mereka
melihat .”
8- Harus Allah memperbuat yang solah (صالح) dan
yang terlebih baik (اصالح) . Solah seperti
memendekkan umur bayi (mati kecil) kerana jika
dia dewasa jadi seorang musyrik . Aslah , seperti
membiarkan bayi itu dewasa dan jadi muttaqin .
Kesimpulannya , wajiblah diatas tiap-tiap
mukallaf itu mempercayai sifat harus pada Allah Ta’ala.
Iaitu mengadakan mumkin atau meniadakannya .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 207
Percaya Kepada Malaikat
Wajib percaya adanya makhluk Allah yang
dijadikan dari nur (cahaya) . Mereka hamba yang taat .
Tidak berjantina . Mereka ialah Malaikat . Jumlahnya
tidak terhingga banyaknya . Tetapi yang wajib diketahui
hanyalah sepuluh .
1. Jibril - Ketua malaikat , penyampai wahyu.
2. Mikail - Malaikat Rezeki .
3. Israfil - Meniup sangkakala
4. Izrail - Mencabut nyawa
5. Raqib - Menulis amalan kebaikan Kiraman
6. Atiq - Menulis amalan kejahatan Katibin
7. Munkar - Menyoal orang mati di alam
8. Nakir - barzakh
9. Malik - Penjaga neraka (Zabaniah)
10. Ridhwan - Penjaga Syurga
Percaya Kepada Rasul
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 208
Semua rasul membawa agama yang satu , iaitu
Islam . Fakta ilmu yang menyatakan hindu adalah
agama tertua didunia , ialah bermaksud , ajaran agama
kafir tertua didunia .
Umat Islam wajib beriktiqad semua Nabi dan rasul
adalah pembawa agama Islam . Tauhidnya sama ,
syariatnya sahaja yang berbeza , kerana berbeza masa
dan zaman . Dari Nabi Adam a.s. hinggalah Nabi
Muhammad s.a.w. , semuanya membawa agama tauhid ,
Agama Islam . Doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail :
ة م . ر بنا واجعلنا مسلمين ا ام . سلمة لك لك ومن ذر يتن
(٢١٧: البقره )
Ertinya :-
“ Ya Tuhan kami , jadikanlah kami dua orang muslim .
Dan dari anak cucu kami menjadi umat muslim bagi
Engkau.”
(Al-Baqarah :128)
Firman Allah kepada Nabi Ibrahim :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 209
لمت لرب العالمين قال أس . إذقال له ر به أسلم
(٢٣٢: البقره )
Ertinya :
“ (Ingatlah) , ketika tuhan berfirman kepada Nabi
Ibrahim a.s. : Islamlah engkau ! Jawabnya : Saya telah
Islam (patuh mengikut) Tuhan sekelian alam.”
(Al-Baqarah :131)
Nabi Ibrahim berwasiat kepada anak-anaknya:
سلمون فال تمو تن إال وا نـتم م
(٢٣١: البقره )
Ertinya :
“ Maka janganlah kamu mati , melainkan dalam
keadaan muslim.”
(Al-Baqarah : 132)
Dari mana datangnya agama Yahudi ?
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 210
Sejarahnya : Nabi Ya’kub digelarkan oleh Allah
israil (اسرائيل) .’Isra’ bermaksud ketua pejuang agama ,
‘IL’ bermaksud tuhan – didalam bahasa Ibrani . Semasa
Nabi Ya’kub bersama anak-anaknya berpindah ke Mesir
kerana mengikut Nabi Yusuf a.s. yang menjadi menteri
disana , orang-orang Qibti di Mesir menggelarkan
keluarga Nabi Ya’kub yang ramai itu ‘keluarga Yahudi’.
Yahudi berasal dari nama anak lelaki tertua Nabi
Ya’kub yang bernama Yahuda . Akhirnya dikenalilah
keluarga itu – Agama Yahudi dan bangsa yahudi .
Kesimpulannya ‘Agama Yahudi’ itu hanyalah gelaran
sahaja . Hakikatnya ialah Islam .
Dari mana datangnya agama Nasara?
Sejarahnya : Perkataan Nasara itu diambil dari
perkataan Nazerat ( bahasa Ibrani) . Diarabkan nazerat
itu menjadi Nasara . Nazerat atau Nasara ialah nama
tempat kelahiran Nabi Isa a.s.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 211
Orang-orang yahudi ( dinamakan bani Israil) ,
menggelarkan agama nasara yang asal maknanya ialah
‘agama yang dibawa oleh Nabi Isa yang lahir di
Nasara,’ ringkasnya agama Nasara .
Agama nasara akhirnya bertukar kepada kristian. Atas
penyelewengan pendeta sesat mereka itu sendiri .
Sejarahnya : Setelah mereka ketahui yang disalib itu
bukan Nabi Isa a.s. , tetapi kawan mereka sendiri
namanya Kristus , maka dari situlah berasalnya Kristian
pula!
Dengan itu wajib beriktiqad , semua rasul membawa
agama yang satu iaitu Islam .
Wajib beriktiqad bahawa Nabi-Nabi itu adalah manusia
lelaki yang diberi wahyu oleh Allah Untuk dirinya
sendiri . Jumlahnya tidak terhingga banyaknya . Qaul
yang dhaif mengatakan jumlah mereka 124,000 orang .
Tidak ada Nabi perempuan . Terdapat didalam kitab
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 212
Fathul Bari , menyebutkan adanya Nabi perempuan
iaitu Hajar , Sarah (kedua-duanya isteri Nabi Ibrahim) ,
Asiah (isteri firaun) , ibu Nabi Musa (Yukabad),
Maryam dan Hawa . Hendaklah difahami , keenam-
enam wanita itu bukanlah Nabi , tetapi imannya seperti
Nabi .
Rasul pula ialah manusia lelaki yang diberi wahyu oleh
Allah Untuk dirinya dan Untuk disampaikan kepada
manusia dan jin .
Jumlah rasul itu 313 orang . Tetapi yang wajib diketahui
ialah seramai 25 orang : -
1- Adam 2- Idris 3- Nuh
4- Hud 5- Salih 6- Ibrahim
7- Ismail 8- Ishak 9 - Luth
10- Ya’kub 11- Yusuf 12- Ayyub
13- Syu’aib 14- Musa 15- Harun
16- Zulkifli 17- Daud 18- Sulaiman
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 213
19- Ilyas 20- Ilyasa’ 21- Yunus
22- Zakaria 23- Yahya 24- Isa
25- Muhammad s.a.w.
Rasul Ulul Azmi
1- Nuh 2- Ibrahim 3- Musa
4- Isa 5- Muhammad s.aw.
Sifat yang wajib bagi Rasul .
1 – Siddiq 2 – Amanah
3 – Tabligh 4 – Fatanah
Sifat mustahil bagi Rasul
1 – Pendusta 2 – Khianat
3 – Menyembunyi 4 – Bodoh
Sifat yang harus bagi Rasul.
- Harus rasul itu bersifat manusia yang tidak
mencederakan kerasulannya . Seperti , Rasul itu tidak
berbuat dosa , tidak berpenyakit kritikal atau misteri .
Tidak pelupa dan lain-lain kelemahan .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 214
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 215
Percaya kepada kitab
Wajib percaya kepada kitab-kitab Allah itu adalah
Kalam Allah . Tidak berhuruf dan tidak bersuara . Iaitu
sifat Kalam di Zat Allah . Adapun yang tertulis di
Lauhummahfuz itu adalah kalam Lafzi . Malaikat Izrail
mengambilnya , lalu diberi kepada Jibril . Kalamullah
itu diturunkan dari Lauhummahfuz ke Baitul Izzah yang
terletak di langit dunia . Dari situlah dibawa Jibril sidikit
demi sedikit kepada Nabi-Nabi dan rasul-rasul menurut
yang ditentukan oleh Allah .
Bagi rasul-rasul yang tidak menerima kitab , maka
mereka menuruti kitab rasul yang sebelumnya . Kitab-
kitab itu , ialah :
1. Taurat - Berbahasa Qibti (قـبطى )
Diturunkan kepada Nabi Musa . Antara
kandungan nya ialah hukum-hukum syara’ , iktiqad
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 216
yang tahqiq dan perkhabaran akan turunnya Nabi akhir
zaman , bernama Ahmad (Muhammad s.a.w) yang akan
membawa syariat yang baru dan syumul .
Taurat yang asal telah terbakar ketika raja kafir ,
Nabukadnezar , Raja Babil menjajah Jerusalem .
Nabukadnezar juga telah membakar Haikal , iaitu rumah
suci yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. Untuk
keterangan yang lebih terperinci , sila lihat tafsir surah
Al-Baqarah , ayat 243 hingga 252 .
Syariat dalam kitab Taurat berjalan hingga ke zaman
Nabi Isa a.s. . Orang-orang yahudi telah
mengubah kitab Taurat kepada Talmud , yang akhirnya
umat yahudi menjadi umat yang dimurkai ( المغضوب ) .
2. Kitab Zabur – Berbahasa Ibrani
Diturunkan kepada Nabi Daud a.s. Kitab ini tidak
mengandungi hukum syariat . Nabi Daud a.s. mengikut
syariat Nabi Musa a.s. . Kitab Zabur hanyalah
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 217
perkhabaran , kisah-kisah , doa , zikir dan hikmah-
hikmah sahaja .
3. Kitab Injil - Berbahasa Siriani .
Diturunkan kepada Nabi Isa a.s . Kitab ini
mengandungi seruan kepada mentauhidkan Allah
Ta’ala. Di dalam kitab ini juga mengkhabarkan akan
turun Nabi akhir zaman .
4. Kitab Al-Quran - Berbahasa arab .
Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ianya
semulia-mulia kitab . Ianya adalah petunjuk Untuk jin
dan manusia . Tidak akan sesat selagi menuruti dan
mengamalkan ajarannya . Diturunkan ke langit dunia
pada malam qadar ( Lailatul qadar ) . Firman Allah
Ta’ala :
إ نا انزلنه فى ليلة القدر (٢: القدر)
Ertinya :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 218
“ Sesungguhnya telah kami turunkan Quran pada
malam Qadar ( malam mulia atau takdir)”.
( Surah Al-Qadar : 1)
Turunnya Quran kelangit dunia itu disebut ‘nuzul Al-
quran’ . Iaitu turun sekaligus 30 juzuk . Setengah
mufassirin mengatakan turunnya Al-Quran ke langit
dunia itu ialah :
Pada malam Isnin , 24 Ramadhan , bersamaan 13 Ogos
610 Masihi . Turunnya itu dari Luhummahfuz ke Baitu
Izzah , dilangit dunia . Dalilnya , firman Allah Ta’ala :
ن عالجم عبدنا يوم الفرقان يوم التقى علىا نزلنا امنتم باهللا وما إن كنـتم
( ٤٢: االنعام )
Ertinya :
“ … Jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang
Kami turunkan kepada hamba kami ( Nabi Muhammad
s.a.w.) pada hari Furqan , iaitu di hari bertemunya dua
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 219
pasukan ( di perang Badar , antara muslimin dan
kafirin)…”
(Surah Al-An’am :41)
Setengah mufassirin telah mengatakan hari perang
Badar itu ialah 24 Ramadhan , tahun 2 Hijrah . Ada pula
yang mengatakan ianya pada 17 Ramadhan tahun 2
Hijrah . Kebanyakan rakyat di Malaysia menyambutnya
pada 17 Ramadhan .
Walau apapun tarikhnya , tidaklah menjadi pokok utama
. Keutamaannya ialah menjadikan kitab Al-Quran itu
sebagai petunjuk kehidupan . Seperti firman Allah :
لك الكتاب ال ريب فيه هدى للمتقين ذ
( ١:البقره )
Ertinya :
“ Demikian itu kitab , tiada keraguan padanya . Jadi
petunjuk bagi orang-orang yang taqwa”.
(Al-Baqarah :2)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 220
ل يا ايـ ها الذين م كافة امنوا ادخلوا فى الس
( ١٨٧: البقره )
Ertinya:
“ Wahai orang-orang yang beriman , masuklah kamu
kedalam Islam keseluruhannya .”
( Al-Baqarah :208)
Masalahnya umat Islam itu sendiri tidak mahu
menuruti Al-Quran . Mereka menggubal kehidupan
sendiri tanpa merujuk kepada hukum Allah . Lalu
bertambah rumit kehidupan dan hala tuju . Akhirnya
Islam hanya pada nama . Tidak pada amalan dan cara
hidup .
Ingatlah sejarah kaum Bani Israil . Setelah wafatnya
Nabi Ya’kub dan Nabi Yusuf , umat yahudi tidak lagi
berpandukan ajaran Nabi mereka . Akhirnya mereka
hidup terhina di bumi Mesir selama lebih kurang 400
tahun lamanya . Ada yang menjadi hamba abdi . Tidak
kurang pula yang hidup melarat . Puncanya kerana
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 221
sudah mendapat hidayah , iaitu telah beragama Islam ,
tetapi meninggalkan ajarannya .
“ Mundurnya umat Islam kerana meninggalkan
agamanya . Mundurnya kafir kerana mengamalkan
agamanya . Majunya umat Islam kerana mengamalkan
agamanya . Majunya kafir kerana meninggalkan
agamanya.”
Setelah Allah Ta’ala datangkan Nabi Musa a.s. , umat
Bani Israil , kembali kepada tamaddun dan mencapai
kemajuan . Hikmahnya kerana mengikut Nabi.
Begitulah dengan kita umat Nabi Muhammad s.a.w.
Kemunduran , penindasan , keruntuhan moral , hilang
kedudukan , dipandang rendah oleh bangsa kafir ,
semuanya kerana tidak mengikut ajaran Nabi s.a.w.
Al-Quran hanya dipelajari tajwidnya , tidak tafsirnya .
Taranumnya hebat , amalannya liat . Hadis hanya di
baca , kemudian dicerca , ulama’ hanya disebut tetapi
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 222
tiada dituruti . Menuntut ilmu bukan untuk amal dan
selamatkan ummat , tetapi untuk ‘mal’ (harta - ال م )dan
tangkap muat (muatkan ke perut) . والعيا ذبا هللا من ذلك
Bila ada para alim yang menerangkan kebenaran , maka
si alim itu akan di tentang habis-habisan . Bila si artis
membuka bajunya di khalayak ramai , banyak pula sms
menyokongnya . Akhirnya umat Islam hilang identiti
diri .
Apabila sudah ‘terjelepuk’, barulah mula mencari mana
silapnya…! Namun begitu , masih tidak mahu
menjadikan ajaran Al-Quran dan Al-Hadis sebagai
rujukan . Sebaliknya dirujuk kepada penentang Allah
( artis , ahli falsafah kafir , thaghut , bomoh dan
sebagainya ).
Ulama’ hanya imam masjid , pembaca doa tahlil ,
jurunikah , sembahyang mayat . Sekolah agama hanya
tempat pembuangan anak-anak yang ‘out of service’.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 223
Kasihan si guru agama di sekolah itu , pening kepalanya
memikir , bagaimana nak ‘service’ budak itu .(Itupun
masih juga baik, kerana ingat juga kepada agama).
Kesimpulannya , percaya kepada kitab , bukanlah hanya
percaya . Tetapi lebih dari itu , antaranya hendaklah ;
i. Percaya kepada kitab , bahawa ianya dari Allah
ii. Tuntut ilmu yang terkandung di dalamnya.
iii. Menerima segala ajarannya , dengan hati yang
suka.(Tidak membantah) .
iv. Di amalkan dengan ikhlas .
v. Di sebarkan kerana menuntut redha Allah .
Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan muslimin
muslimat yang di rahmati Allah, renungkanlah firman
Allah Ta’ala ini :
و ه الى . خر ان كنـتم توء منون باهللا واليوم اال. هللا ورسول فان تنازعتم فى شىء فرد ( ٥٢: البقره )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 224
Ertinya :
“ Maka jika kamu berbantah-bantah tentang sesuatu
(perkara) , hendaklah kamu kembalikan kepada Allah
dan Rasul , jika kamu beriman kepada Allah dan hari
kemudian”.
(Al-Baqarah :59)
Selain dari kitab-kitab yang disebutkan tadi , ada lagi
wahyu yang di turunkan , yang di namakan suhuf .
Suhuf ini berjumlah 100 semuanya , iaitu : -
1. Nabi Syits (Set) - 50 Suhuf
2. Nabi Idris ( Henock) - 30 Suhuf
3. Nabi Ibrahim (Abraham) - 10 Suhuf
4. Nabi Musa (Moses) - 10 Suhuf
Suhuf hanyalah lembaran-lembaran yang tidak
selengkap kitab . Ianya hukum-hukum dasar untuk Rasul
itu terangkan kepada umatnya .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 225
Percaya kepada hari Qiamat
Mati ialah qiamat kecil . Semua yang hidup pasti
akan merasai mati . Sesiapapun tidak dapat lari dari
kematian . Firman Allah Ta’ala :-
ون م نه فإ نه ملقيكم قل ان الموت الذى تفر
(٧: الجمعه )
Ertinya :
“katakanlah : Sesungguhnya kematian yang kamu lari
daripadanya , maka sesungguhnya kematian itu akan
menemui kamu .”
(Al-Jumuah : 8)
Orang yang beriman wajib mengingati mati . Ingat mati
itu dengan menyedari bahawa perlunya bekalan Untuk
menuju kepada kematian itu . Bekalan itu ialah
memelihara diri dari mmemperbuat larangan Allah
Ta’ala .
Firman Allah Ta’ala : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 226
هللا واتقوا يو ما ترجعون فيه إلى
(١٧٢: البقره)
Ertinya :
“ Dan peliharalah dirimu daripada (siksaan yang akan
berlaku pada) hari yang pada waktu itu kamu semua
dikembalikan kepada Allah .”
(Al-Baqarah:281)
Bekalan kematian itu lagi ialah melakukan amal salih .
Firman Allah Ta’ala : -
نشآء وقالوا الحمد أ من الجنة حي فنعم أجر العملين . هلل الذى صدقنا وعده وأو ر ثنا األرض نـتبو
مر) (٨٤:الز
Ertinya : -
“Dan mereka mengucapkan : segala puji bagi Allah
yang telah memenuhi janjiNya kepada kami , dan telah
memberi tempat ini kepada kami , sedang kami
(diperkenankan) mendiami tempat didalam syurga ,
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 227
dimana sahaja yang kami sukai; maka syurga itulah
sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.”
(Az-Zumar:74)
Nabi s.a.w. bersabda , yang bermaksud : “Secerdik-
cerdik manusia , ialah mansusia yang banyak
mengingati mati (dengan membuat bekalan
kepadanya)”
Kalau mati itu qiamat kecil , qiamat besar pula ialah
hancurnya alam fana ini . Sebelum berlaku qiamat besar
, muncul tanda-tandanya kecil , antaranya : -
1. Perzinaan yang berleluasa .
Rasulullah s.a.w. bersabda , yang bermaksud : -
“Sesungguhnya diantara tanda-tanda akan
datangnya hari qiamat ialah (diantaranya) akan
bermaharajalela penzinaan.”
2. Bermaharajalela muzik serta dianggap halal .
Rasulullah s.a.w. bersabda , yang bermaksud :-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 228
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh
,rusuhan dan perbuatan murka ” ada yang
bertanyakepada Rasulullah ,“Wahai Rasulullah
bilakah halitu terjadi?” Baginda menjawab ,
“Apabila telahbermaharajalela muzik dan penyanyi-
penyanyi wanita.”
3. Hamba wanita melahirkan anak tuannya .
Rasulullah s.a.w. bersabda , yang bermaksud : -
“Dan saya akan beritahukan kepadamu , tanda-
tanda qiamat itu ialah apabila hamba melahirkan
anak tuannya.”
- Kata ulama’ , maksud hadis ini , antaranya
timbulnya anak-anak durhaka .
4. Masa semakin singkat .
Rasulullah s.a.w. bersabda , yang bermaksud :-
“Tidak akan datang qiamat , sehingga semakin
berdekatan , setahun seperti sebulan , sebulan
seperti seminggu , seminggu seperti sehari , sehari
seperti sejam dan sejam hanya terasa sekejap .”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 229
5. Mengucapkan salam hanya kepada orang yang
dikenali sahaja .
Rasulullah s.a.w. bersabda , yang bermaksud : -
“Tidaklah kamu akan masuk syurga sehingga kamu
beriman dan tidaklah kamu beriman sehingga kamu
saling mencintai . Tidakkah kamu mahu aku
tunjukkan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu
lakukan , kamu akan saling mencintai ? iaitu ,
sebarkanlah salam diantara kamu .”
6. Ramainya wanita dan sedikitnya lelaki .
Rasulullah s.a.w. bersabda , yang bermaksud : -
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya hari qiamat
ialah sedikitnya ilmu (tentang agama) ,
bermaharajalela kejahilan dan penzinaan , ramainya
kaum wanita dan sedikitnya kaum lelaki , sehingga
bagi lima puluh wanita hanya terdapat satu lelaki .”
7. Ramai Qura’ (ahli tarannum) sedikit Fuqaha’ (ahli
ilmu fiqh) .
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 230
“Diantara tanda-tanda hampir qiamat itu ialah
banyak Qura’ , dan sedikit Fuqaha’, banyak Umara’
(pemerintah) dan sedikit Umana’( orang yang
amanah)”.
8. Lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda , yang bermaksud:
”Diantara tanda-tanda hampir qiamat itu ialah
lelaki menyerupai pakaian perempuan , dan
perempuan menyerupai pakaian lelaki .”
9. Tercabutnya ilmu agama .
Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud :-
“Bahawa diantara tanda-tanda qiamat itu ialah
diangkatnya ilmu agama (dimatikan alim ulama) dan
bertebaran orang jahil dalam agama …”
10. Suruhan yang haq tidak dipatuhi .
Rasululullah s.a.w. bersabda , yng bermaksud : -
“Sesungguhnya engkau berada pada satu zaman
yang didapati banyak fuqaha’nya (orang yang faham
agamadan isi Al-Quran) , dan sedikit
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 231
qurra’nya(orang yang sedap melagukan Al-Quran),
tetapi hudud Al-Quran (hukum larangan-
larangannya) tetap dipeliharanya . Sedangkan
hurufnya tidak pula sangat diwajibkannya. Sedikit
orang meminta, banyak orang yang memberi.
Mereka memanjangkan solat dan memendekkan
khutbah. Mereka mulakan saja amal-amal mereka
sebelum mereka bercakap . Dan akan datang satu
zaman kepada manusia yang didapati sedikit sekali
fuqaha’nya, banyak pula qurra’nya , dipelihara
hurufnya tetapi disia-siakan hududnya . Banyak yang
meminta, sedikit yang memberi . Mereka
memanjangkan khutbah , memendekkan solat .
Mereka mulai menuruti kemahuan-kemahuan mereka
sebelum melakukan amal-amal mereka .” – ( Lihat
Al-Muwatta’)
Tanda-tanda qiamat yang besar .
1. Matahari naik dari barat dan keluarnya ‘Dhabbah’.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 232
Rasulullah s.a.w. bersabda , yang bermaksud : -
“Bahawa sesungguhnya yang mula-mula sekali
petanda yang menunjukkan hari qiamat itu sudah
hampir sangat tibanya ialah terbitnya matahari dari
barat,dan keluarsejenis binatang (Ad-Dhabbah – الدا
dari bumi dihadapan manusia di waktu siang hari (بة
. Mana-mana diantara dua tanda ini keluar lebih
dahulu sebelum yang satunya keluar , maka yang
satunya lagi akan menyusuli dalam masa yang
sangat dekat selepas berlaku tanda yang pertama
tadi .”
(H.R. Muslim dan Abu Daud)
Huraian hadis diatas :
- Dalam sebuah hadis yang lain yang bermaksud :-
“…. Beriman di saat itu (matahati terbit dari barat)
tidak ada gunanya lagi bagi mereka ..”
Begitu juga , disaat itu taubat sudah ditutup pintunya
. Kata setengah ulama’ pintu taubat masih dibuka
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 233
bagi orang mukmin . Hanya pintu iman bagi kafirin
yang ditutup .
2. Rasulullah s.a.w. bersabda , yang bermaksud : -
“…. Sesungguhnya Dajal itu buta sebelah mata
kanannya , seolah-olah matanya itu sebuah biji yang
menonjol.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Turunnya Nabi Isa membunuh Dajal : Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
“ Tidak ada Nabi diantara aku dan dia (Isa a.s.) ia
pasti turun , maka kalau kamu melihat ia , ketahuilah
ia seorang lelaki yang agak tegap , agak putih
kemerahan , ia turun antara dua kota , dari
kepalanya seolah-olah ada titik hujan , padahal ia
tidak basah , ia berperang menegakkan agama , ia
hancurkan salib , ia bunuh babi, ia hentikan pajak ,
dan ketika itu ia musnahkan semua agama , kecuali
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 234
Islam , dan dibinasakan juga Dajal , kemudian ia
tinggal di bumi selama 40 tahun . Lalu ia wafat , dan
disembahyangkan oleh orang-orang Islam.”
(H.R. AbuDaud dari Abu Hurairah – lihat Sunan
Abu Daud juzuk 4 , muka 118).
3. Turun Nabi Isa a.s .
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermadsud :-
“ Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasanNya ,
sesungguhnya , hampirlah putera Maryam( Isa Al-
Maseh) akan turun dikalangan kamu sekelian dan
menjadi pemegang pemerintahan yang adil . Ia akan
mematahkan palang salib , membunuh babi dan
menghapuskan cukai kepala .Disaat itu , harta
melimpah ruah , sehingga tidak seorangpun yang
mahu menerimanya , hingga adalah sekali sujud itu
lebih baik daripada dunia dan barang yang ada
didalamnya (isi dunia ini).
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 235
(Muttafaqun A’laih)
4. Keluar Ya’juj Ma’juj
Firman Allah Ta’ala , yang bermaksud : -
“(Demikianlah hal mereka) hingga apabila terbuka
tembok yang menyekat Ya’juj dan Ma’juj serta
mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang
tinggi , dan hampirlah datangnya janji hari qiamat
yang benar , maka dengan serta-merta pandangan
mata orang-orang yang kufur , terbeliak ( sambil
berkata dengan cemas) : “Aduhai , celakanya kami !
Sesungguhnya kami telah tinggal didalam keadaan
yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara
ini , bahkan kami telah menjadi orang-orang
yangmenganiaya diri sendiri .”
(Al-Anbia’ ayat 96-97)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 236
Dari keterangan beberapa maksud hadis dan firman
Allah itu tadi , antara tanda besar kedatangan qiamat itu
ialah :-
1- Naik matahari dari barat.
2- Keluarnya Dhabbatul Ardhi - sejenis binatang
dari bumi .
3- Keluarnya Dajal .
4- Turunnya Nabi Isa a.s.
5- Keluar Ya’juj dan Ma’juj - ( lihat kisahnya dalam
surah Al-Kahfi , ayat 96-98)
Berlaku Qiamat
Firman Allah Ta’ala :-
ور نفخة و ة و ﴾٢٣﴿حدة فإذا نفخ فى الص تا دك ذ فيو مئ ﴾ ٢٤﴿حدة وحملت األرض والجبال فد ك
مآء فهى يو مئ وانشقت ﴾ ٢٥﴿وقعت الواقعة و يحمل , ها ئ أرجآ والملك على ﴾٢٦﴿ذ وا هية الس
﴾ ٢٨﴿نية ك فوقهم يو مئذ ثمعرش ر ب (٢٨- ٢٣: الحقة )
Ertinya : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 237
“Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup
sangkakala dengan sekali tiup , dan bumi serta gunung-
ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan
keduanya dengan sekali hancur , maka pada saat itu
berlakulah hari qiamat , dan berbelahlah langit , lalu
menjadilah ia pada saat itu rapuh ( dan runtuh) ,
sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal
segala penjurunya , dan Arash Tuhanmu pada saat itu
dipikul oleh lapan malaikat diatas mlalaikat-malaikat
yang mengawal itu .
”(Al-Haqqah : 13-17)
Nama-nama Qiamat
Berbagai-bagai nama qiamat disebutkan didalam Al-
Quran – antaranya:
hari pembalasan (Al-Fatihah:4)- يوم الد ين 3
Hari Penyesalan (Maryam : 39)- يوم الحسرة 4
Hari Pertemuan (Al-Mukmin:15)- يوم التالق 5
Hari Perkiraan (Al-Mukmin:27)- يوم الحساب 6
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 238
Hari Pembukaan (bicara)(Assajadah : 29)- يوم الفتح 7
Hari Akhirat ( Al-A’la :17)- يوم األخرة 8
9 Hari Kebangkitan (Ar-Rum :57)- يوم البع
Hari Perhimpunan (At-Taghabun:9)- يوم الجمع 10
Hari Nampak Kerugiannya (At-Taghabun:9)- يوم التغابون 11
Hari Yang Kekal (Qaf :34)- يوم الخلود 12
التناد يوم 13 -Hari Terpekik Memanggil (Al-Mukmin:32)
Hari Keluar Dari kubur (Qaf :42)- يوم الخروج 14
األزفة 15 -Saat Yang Hampir (An-Najm:57)
ة الكبرى 16 الطام -Hari Bencana Besar (An-Nazi’at :34)
ة 17 اخ Jeritan Yang Kuat (A’basa : 37)- الص
Waktu Yang Pasti Terjadi (Al-Haaqqah:1)- الحقة 18
Huru-Hara (Al-Ghasyiah :1)- الغاشية 19
Peristiwa Dahsyat (Al-Waqiah :1)- الواقعة 20
Malapetaka yang Mengetuk Hati ( Al-Qari’ah :1)- القارعة 21
Gempa (Goncangan) (Az-Zilzaal:1)- زلزلت 22
As Saa’ah ( Al-Qamar:1)- الساعة 23
Dan berbagai-bagai nama lagi .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 239
Diantara wajib percaya kepada hari qiamat , ialah
perjalanan – perjalanan menuju ke titik pengakhirannya ,
iaitu : -
1. Tiupan sangkakala yang pertama -
Tiupan Fazi – iaitu tiupan yang mengejutkan
makhluk di langit dan di bumi .
2. Tiupan sangkakala yang kedua
Tiupan Sa’iqah , iaitu yang mematikan segala
makhluk .
3. Tiupan sangkakala yang ketiga
Tiupan Qiamu Li Rabbil A’lamin , iaitu dibangkitkan
kembali dari matinya .
Tiga sangkakala ini berdasarkan sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. , seperti yang
tersebut didalam hadis Bukhari . Disebutkan lagi , jarak
antara satu tiupan ke satu tiupan itu 40 tahun .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 240
4. Dibangkitkan dipadang mahsyar . Ada yang
dibangkitkan dengan sempurna , ada yang
dibangkitkan dengan kedukaan , mengikut amalan
semasa hidup di dunia . Terjemur di panas matahari
selama 50,000 tahun. Ada yang tidak sampai selama
masa itu . Menurut amalan masing-masing .
5. Mencari Syafa’at Nabi beberapa ribu tahun lamanya .
Akhirnya dapatlah syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Lalu dihilangkan terik matahari . Kemudian di
asingkan antara kafirin dan mukminin . Yang kafirin
di bawa ke jurang neraka .
6. Umat Nabi di bawa Nabi masing-masing ke kolam
Nabi mereka .Umat Nabi Muhammad s.a.w. di bawa
ke kolam Al-Kausar .
7. Setelah itu di bawa ke mahkamah padang mahsyar
Untuk di adili oleh Rabbul Jalil. Datanglah kitab-
kitab sukatan amal masing-masing . Datangnya itu
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 241
berterbangan . Ada yang hinggap di depan atau
kanan , itu tanda ahli syurga . Ada yang hinggap di
belakang atau kiri , itu tanda ahli neraka . Seterusnya
ditimbang segala suratan amal .
8. Meniti titian Sirathalmustaqim . Yang menjadi ahli
neraka , nescaya tergelincir kaki mereka lalu jatuh ke
dalam neraka . Yang selamat menyeberanginya ,
terus menuju ke syurga .
9. Orang beriman yang memasuki neraka akan keluar
semula Untuk memasuki syurga , setelah tamat
menjadi ‘tahanan neraka’ , dan segala siksaannya
menurut tahap kedurhakaannya kepada Allah semasa
hidup di dunia.
10. Ahli syurga itu kekal selama-lamanya .
Kesimpulannya : -
Orang beriman seharusnya merasa gentar dengan
perkhabaran dari Al-Quran dan Al-Hadis mengenai
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 242
kedatangan hari qiamat dan ancaman akhirat ini .Orang
yang tidak merasa gentar , menunjukkan hatinya mati .
Untuk menghidupkan semula hati itu , wajiblah
menuntut ilmu , bertaubat , berguru dengan guru yang
mursyid dan istiqamah beramal .
Percaya kepada Qada’ dan Qadar .
Rukun Iman yang keenam ialah percaya kepada
Qada’dan Qadar atau di sebut taqdir. Untuk
mengulangkaji perkara ini , sila rujuk pada muka surat
152 hingga muka surat 181.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 243
Bahagian 10
68 AQA’IDUL
IMAN
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 244
68 Aqa’idul Iman
Terkandung di dalam kalimah الاله اال هللاsebanyak 50
aqa’id , iaitu :
1. 28 Aqa’id terkandung dalam ( استغناء ) iaitu terkaya
Allah Ta’ala . Sifat-sifat itu ialah :
Sifat yang wajib Sifat yang mustahil
- الوجود 1 العدم
الحدوث القدم 2
الفنأ البقأ 3
دثالهاثلة للحوا مخالفته للحوادث 4
قيا مه بنفسه- 5 االحتياج الى المحل اوا لمخصص ا
الصمم السمع 6
العمى البصر 7
البكم الكالم 8
كونه اصما كونه سميعا 9
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 245
كونه اعمى كونه بصيرا 10
كونه ابكم كونه متكلما 11
Jumlahnya 11 + 11 =22
Enam sifat lagi :
Wajib Mustahil
1 Allah tidak mengambil
faedah pada perbuatan
dan hukumnya
1. Allah mengambil
faedah pada perbuatan
dan hukumnya
2 Allah tidak wajib
menjadikan mumkin
2. Allah wajib
menjadikan mumkin
3 Makhluk tidak boleh
member bekas dengan
‘kuatnya’
3. Makhluk boleh
memberi bekas dengan
‘kuatnya’
Jumlah semuanya : 22 + 6 = 28 Aqaid .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 246
Inilah sifat Uluhiah (ketuhanan) yang disebut
‘Terkaya Allah dari tiap-tiap yang lain’ –
إستغناء عن كل ما سواه
2. 22 Aqaid terkandung didalam Iftiqar ( إفتقار ) .
Iaitu‘berkehendak (berhajat , bertumpu) tiap-tiap
lain kepada Allah’. Sifat-sifat itu ialah : -
Sifat yang wajib Sifat yang mustahil
دالتعد – 1 الوحدانية - 1
لقدرةا - 2 العجز – 2
الكراهه – 3 االرادة - 3
الجهل – 4 العلم - 4
الموت – 5 الحياة– 5
كونه عاجزا – 6 كونه قادرا– 6
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 247
كونه كارها – 7 كونه مريدا– 7
كونه جاهال – 8 كونه عالما– 8
كونه ميتا - 9 كونه حيا - 9
Jumlah kesemuanya 9 + 9 = 18 Aqaid .
Empat lagi terkandung dalam Iftiqar :
Wajib Mustahil
1. Alam ini baharu 1. Alam ini Qadim
2. Makhluk tidak boleh
memberi bekas
dengan tabiat dirinya .
2. Makhluk boleh mem
beri bekas dengan
tabiat dirinya
Jadilah perhimpunan sekelian ini : 18 + 4 = 22
Aqaid .
Inilah sifat Uluhiah (ketuhanan) yang disebut ‘Terkaya
Allah dari tiap-tiap yang lain’ –
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 248
إفتقار إليه ما سواه
Jumlah kesemuanya 28 Aqaid dalam istighna’ dan 22
Aqaid dalam Iftiqar , menjadikan jumlah keseluruhan
yang terkandung dalam kalimah الاله االهللا itu ialah
50Aqaid .
Terkandung didalam 18 , واشهد ان محمدا رسول هللا Aqaid
Perhimpunan Aqaid yang terkandung dalam
kalimah واشهد ان محمدا رسول هللا itu pula sebanyak 18 Aqaid .
Iaitu : -
1.1- 4 sifat yang wajib bagi Rasul .
1.2- 4 sifat yang mustahil bagi Rasul .
1.3- 1 sifat yang harus bagi Rasul .
1.4- 1 sifat yang lawan bagi harus pada Rasul .
2.0 - 4 rukun iman , iaitu : -
2.0.1 Percaya kepada malaikat
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 249
2.0.2 Percaya kepada kitabPercaya kepada hari
qiamat
2.0.3 Percaya kepada qada’ dan qadar .
2.0.4 4 lawan rukun iman .
Maka jumlah kesemuanya ialah 18 Aqaid .
Kesimpulan .
Inilah 68 Aqa’idul iman (عقا ئدااليمان) yang wajib
diketahui dan diimani oleh setiap mukallaf . Sekurang-
kurang wajib diketahui dan diimani ialah 54 Aqaid .
iaitu – 20 sifat yang wajib bagi Allah , 20 sifat yang
mustahil bagi Allah . Satu sifat yang harus bagi Allah , 4
sifat yang wajib bagi Rasul , 4 sifat yang mustahil bagi
Rasul dan satu sifat yang harus bagi Rasul . Dan lagi
wajib percayakan malaikat , kitab , hari qiamat dan
qada’ dan qadar .
Beberapa lagi Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah .
1. Tuhan yang wajib diimani ialah Allah S.W.T.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 250
2. Wajib beriman kepada Allah dengan tidak
mensyirikkan Allah pada hukum sifat
ketuhanannya dan pada hukum-hakamnya .
3. Beriman itu ialah ikrar dengan lidah , Tasdiq
dalam hati dan amalkan dengan anggota.
4. Tuhan itu mempunyai sifat-sifat kesempurnaan
yang tidak terhingga banyaknya .
5. Wajib diketahui sifat kesempurnaan Allah Ta’ala
itu sebanyak 20 sifat .
6. Mengetahui 68 Aqaidul Iman adalah wajib diatas
tiap-tiap mukallaf , sebagai pengetahuan yang
sempurna.
7. Wajib percaya Allah Ta’ala menurunkan rasul-
rasul dan Nabi-Nabi . Mereka semua adalah
lelaki-lelaki yang mulia .
8. Rasul-rasul yang wajib diketahui ialah sebanyak
25 orang .
9. Rasul-rasul tidak bersifat atau berkeadaan yang
mengurangi sifat kerasulannya , seperti
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 251
berpenyakit misteri , pelupa dan tidak pula
berdosa (maksum)
10. Wajib percaya adanya malaikat . Mereka itu
dijadikan daripada nur . Semuanya adalah
makhluk yang taatkan Allah . Harut dan Marut
bukan dari kalangan malaikat . Mereka berdua
adalah manusia ahli sihir yang lahir di negeri
Babil (Babylon-sekarangIraq) –(lihat tafsir surah
Al-Baqarah ayat 102)
11. Wajib percaya adanya kitab-kitab suci yang
diturunkan kepada rasul-rasul .
12. Wajib percaya adanya hari qiamat dan perkara-
perkara yang berkaitan dengannya . Antaranya : -
a. Mati
b. Alam Barzakh
i. Soalan di alam kubur
ii. Siksa kubur.
c. Terjadi qiamat besar .
d. Hari kebangkitan semula
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 252
e. Berkumpul di Mahsyar .
f. Syafa’at Nabi
g. Telaga Al-Kausar Nabi
h. Hari Hisab
i. Titian Siratal Mustaqim .
j. Syurga dan neraka .
13. Mempercayai Qada’ dan Qadar , iaitu takdir Ilahi
, seperti berikut : -
a. Segala yang berlaku di dunia ini sudah ada
Qada’(ketentuan) tuhan , pada azali .Segala
yang berlaku di alam ini - baik dan buruknya ,
semua dijadikan tuhan . Kita umat manusia
hanya menjalani takdir sahaja .
b. Makhluk itu ada padanya usaha dan ikhtiar
tetapitidak boleh memberi bekas . Ertinya ,
apabila seseorang itu hendak melakukan
sesuatu, tatkala itu takdir Allah yang menolong
menggerakkannya .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 253
c. Pahala diberikan tuhan kepada manusia adalah
kurniaan-Nya semata-mata , bukanlah wajib
bagi tuhan memberikan pahala kepada
yang menta’atinya . begitu juga sebaliknya
tentang dosa.
d. Walaupun pada hakikatnya kerja baik dan jahat
itu adalah daripada Allah , tetapi
beradabdengan Allah , hendaklah yang jahat itu
kita nisbahkan atas usaha makhluk , yang baik
itu pula kita nisbahkan daripada Allah .
14. Sifat , Nama dan Zat Allah adalah Qadim .
15. Segala yang terbit di alam adalah perbuatan
Allah . Hamba tidak boleh memberi bekas .
Apabila hamba itu hendak memperbuat sesuatu ,
takdir Ilahi , menolong menggerakkannya .
16. Ajal dan rezeki adalah ketentuan Allah , kita tidak
boleh mengubah pada hakikatnya .
17. Orang mukmin yang hidup , apabila mendoakan
kepada orang mukmin yang lain akan memberi
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 254
manfaatnya , samada orang mukmin yang di
doakan itu masih hidup atau telah mati .
18. Hadiahkan pahala bacaan Quran , tahlil dan
sebagainya oleh orang yang hidup kepada orang
yang telah mati adalah sampai pahalanya .
19. Nabi Isa a.s. masih hidup . Baginda tidak wafat
seperti yang didakwa oleh kaum wahabi .
20. Ziarah kubur dengan niat ibadah adalah
berpahala.
21. Berdoa kepada Allah samada secara langsung
atau berdoa secara bertawasul adalah sunat .
22. Ilmu yang wajib di pelajari ialah ilmu tauhid ,
fekah dan tasawwuf .
23. Masjid yang terafdal mengikut susunannya : -
i. Masjidil Haram di Mekah .
ii. Masjid Nabawi di Madinah .
iii. Masjidil Aqsa di Palestin
iv. Masjid-masjid lain .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 255
24. Nabi Adam adalah seorang Nabi lagi Rasul ,
dijadikan daripada tanah .
25. Nabi Adam mempunyai 40 orang anak (20
pasang). Dialah bapa segala manusia .
26. Jin itu wujud . Jin yang pertama bernama Jan. Ia
dijadikan daripada api .
27. Wajib percaya adanya langit , Kursi , Sidratul
Muntaha , Qalam , Lauhum Mahfuz dan Arash .
28. Nama-nama tuhan tidak terhingga banyaknya .
antara nama-nama tuhan itu terdapat didalam Al-
Quran dan didalam Hadits . Menurut hadis
Tarmidzi , didalam Al-Quran nama-nama tuhan
itu disebutkan sebanyak 99. Ibnu Hajar
menyebutkan 168 nama . Didalam hadits
disebutkan hampir 1000 nama tuhan . Nama
tuhan tidak boleh direka-reka .
29. Orang kafir diakhirat kelak tempatnya kekal
didalam neraka . Anak-anak orang kafir yang mati
kecil adalah ahli syurga .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 256
30. Didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat
mutasyabihat (kesamaran) . Ayat mutasyabihat itu
seperti ‘( يد ) Allah’ , ‘Wajah Allah’ , ‘Allah di atas
Arash’ dan sebagainya . Ulama salafi tidak
menta’wilkannya . Mereka berkata ‘( يد ) yang
layak dengan Allah’- tidak berkata ‘Allah ada
tangan’. ‘Wajah yang layak dengan Allah’ – tidak
berkata ‘Allah ada wajah’. Ulama Khalaf pula
menta’wilkannya .( د ي ) dita’wilkan dengan
‘Berkuasa’ . Wajah dita’wilkan dengan ‘Zat’.
31. Ulama’ salaf ialah ulama’ zaman sahabat hingga
300 Hijrah . Ulama’ khalaf ialah ulama’ selepas
300 Hijrah. Ulama’ salaf disebut juga ulama’
Mutqaddimin atau salafiah . Ulama’ khalaf
disebut juga ulama’ Muta’akhkhirin atau
khalafiah .
32. Wajib beriktiqad bahawa Allah Ta’ala dapat
dilihat oleh ahli syurga didalam syurga kelak.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 257
33. Didalam dunia ini tiada siapa dapat lihat Allah
Ta’ala , melainkan Nabi Muhammmad s.a.w. iaitu
pada malam mikraj .
34. Maksud sabda Nabi – “Engkau beribadah seolah-
olah engkau melihatnya” ialah melihat dengan
maksud ‘rasaan di mata hati – musyahadah’.
35. Wajib bertaubat dari segala dosa . Dosa itu ada
dua jenis : -
1. Dosa besar 2. Dosa kecil
Orang yang berdosa , lalu mati tanpa bertaubat ,
akan masuk syurga juga setelah tamat menjalani
hukuman neraka .
36. Orang mukmin boleh menjadi murtad dengan 3
perkara .
1) Perbuatan 2) Perkataan 3) Hati
(Sila lihat perkara yang membatalkan
syahadatain).
37. Perkara yang menyalahi adat itu ada lapan .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 258
i. Mukjizat - Bagi Rasul dan Nabi
ii. Irhas - Bagi bakal Nabi
iii. Karamah - Bagi wali-wali Allah
iv. Ma’unah - Bagi orang-orang mukmin
Empat perkara ini daripada Allah , Empat
perkara di bawah ini bantuan syaitan : -
v. Sihir
vi. Istidraj
vii. Sya’uzah (silap mata)
viii. I’hanah
38. Wajib mempercayai Isra’ dan Mikraj , dari Mekah
ke Baitul Maqdis , kemudian ke Arash .
Tarikhnya 27 Rejab , Khilaf pada tahunnya .
Setengah ulama’ mengatakan 2 tahun sebelum
Hijrah . (Pendapat- 2 tahun sebelum hijrah lebih
masyhur).
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 259
39. Semulia-mulia makhluk ialah Nabi Muhammad
s.a.w.Wajib mempercayai syafaat Nabi
Muhammad s.a.w. di negeri akhirat .
40. Nabi Muhammad di gelar Abu Ar-Ruh . Nabi
Adam digelar Abu Al-Jasad .
41. Tidak boleh kata Nabi Muhammad lupa rakaat
dalam solat asar , (seperti dalam kisah
Zulyadaien) . Tetapi hendaklah berkata ; rupa-
rupa kelupaan Untuk mengajar umatnya tentang
hukum sujud sahwi , bukanlah semata-mata lupa .
42. Tidak boleh berkata Nabi Adam a.s. membuat
dosa kerana makan buah khuldi . Tetapi
hendaklah berkata ‘rupa-rupa dosa atas
sunnatullah bukanlah semata-mata dosa’.
43. Nabi Ayub tidaklah sakit seperti yang dikisahkan
oleh dongeng israilliyat . Iaitu tubuhnya dimakan
ulat hingga tinggal hati dan lidah . Nabi Ayub
hanyalah terkena sakit kulit yang tidak
mencacatkan tubuhnya dan mertabat keNabiannya
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 260
44. Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah Amirul mukminin
yang sah . Iaitu Saidina Abu Bakar , Saidina
Umar , Saidina Othman dan Saidina Ali
Radiallahuanhum .
45. Sahabat-sahabat Nabi yang termulia mengikut
turutan :-
i. Saidina Abu Bakar
ii. Saidina Umar
iii. Saidina Othman
iv. Saidina Ali
v. Saidina Talhah Bin Abdullah
vi. Saidina Zubir Bin Awwam
vii. Saidina Abdurrahman Bin Auf
viii. Saidina Saad Bin Abu Waqqas
ix. Saidina Said Bin Zaid
x. Saidina Amir Bin Jarrah
xi. Sahabat dalam perang Badar
xii. Sahabat dalam perang Uhud
xiii. Sahabat dalam perang Bai’ah Ar
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 261
xiv. Sekelian sahabat-sahabat Nabi
46. Wajib mempercayai Nabi Muhammad itu :-
i. Namanya dari pihak bapa .Muhammad Bin
Abdullah Bin Abdul Muttallib Bin Hasyim
Bin Abdu Manaf. Dari keturunan Adnan ,
yang berasal dari Nabi Ismail dan Nabi
Ibrahim .
ii. Namanya dari pihak ibu .Muhammad Bin
Aminah Binti Wahab Bin Abdu Manaf Bin
Zahrah Bin Kilab .
iii. Di angkat menjadi Nabi pada usia 40 tahun .
iv. Lahir pada 12 Rabiul Awal tahun gajah
v. Wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 10 Hijrah.
vi. Wafat pada usia 63 tahun .
vii. Maqamnya di Madinah .
47. Isteri-isteri Nabi
i. Siti Khadijah Binti Khuwailid
ii. A’isyah Binti Abu Bakar
iii. Hafsar Binti Umar
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 262
iv. Ummu Salamah Binti Abi Umaiyah
v. Hindun
vi. Ramlah
vii. Ummu Habibah Binti Abu Sufyan
viii. Sa’odah Binti Zam’ah
ix. Zainab Binti Jahsyi
x. Zainab Binti Khuzaimah
xi. Maimunah Binti Haris
xii. Juwairiyah Binti Haris
xiii. Sufiah Binti Haiyi (Radiallahu Anhunna ).
48. Anak-anak Nabi : -
i. Zainab
ii. Ruqaiyah
iii. Ummu Khalthum
iv. Siti Fatimah
v. Qasim
vi. Abdullah
vii. Ibrahim ( anak Mariah – Al-Qibtiah)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 263
Mariah adalah hadiah oleh raja
MesirMaquqis namanya) .
49. 50- Peperangan yang terjadi antara sahabat Nabi
iaitu peperangan Jamal ( antara Siti A’isyah dan
Saidina Ali) dan peperangan Siffin (Saidina Ali
dan Mua’wiyah) , tidak boleh dipertikaikan mana
yang salah . Ahli Sunnah Wal Jamaah berkata ,
‘itu adalah ijtihad mereka’ . Mana yang benar
disisi Allah , maka mendapat dua pahala . Jika
mereka salah maka mendapat satu pahala .
50. Wajib beriktiqad , Iktiqad Ahli Sunnah Wal
Jamaah adalah iktiqad yang sahih dan benar .
51. Wajib mengakui permasalahan feqah dalam
mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah benar .
52. Wajib mengakui segala ilmu tasawwuf dalam
mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah benar .
Tidak boleh menolak wujudnya ilmu tasawwuf
dalam Islam .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 264
53. Wajib beriktiqad yang wajib itu adalah wajib .
Yang haram itu adalah haram .
54. Wajib memelihara aqidah supaya tidak terbatal .
55. Wajib berilmu dan beramal .
56. Umat Islam wajib menentang kekufuran ,
kemusyrikan dan kemunafiqan .
57. Redha’ kepada maksiat adalah bermaksiat , redha’
kepada kekufuran adalah kufur .
58. Umat Islam wajib menegakkan hukum Islam di
muka bumi .
59. Mengasihi Allah dan Rasul adalah wajib fardhu
ain.
60. Umat Islam hendaklah menempatkan dirinya
dalam jama’ah Islam Untuk menentang kekufuran
.
61. Wajib yaqin kepada pertolongan Allah S.W.T.
62. Taqdir di Lauhummahfuz boleh berubah , jika
Allah inginkan ianya berubah . Tetapi taqdir
dalam ilmu Allah tidak berubah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 265
اب ت ك ال م ا ه د ن ع و . ت ب ث ي و اء ش ا ي م وا هللا ح م ي
(٣٢: الرعد )
Ertinya :
“ Allah menghapuskan apa juga yang ia
kehendaki-Nya, dan juga menetapkan apa yang
dikehendaki-Nya . Dan ingatlah , pada sisinya
ada Ibu Kitab(Lauhummahfuz).”
(Ar-Ra’d : 39)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 266
Bahagian 11
PENGERTIAN
SYAHADATAIN
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 267
PENGERTIAN KALIMAH SYAHADATAIN
اشهد ان ال اله اال هللا وأشهد ان محمدا رسول هللا
Pegertian pada lafaznya : -
“ Aku mengaku bahawasanya tidak ada tuhan selain
Allah dan aku mengaku bahawasanya Nabi Muhammad
itu pesuruh Allah .”
Pengertian yang sepenuhnya ,
“Aku mengaku dengan sepenuh hatiku tidak ada tuhan
yang lain yang layak disembah , dipatuhi dan dita’ati
dengan sebenar-benarnya , melainkan tuhan hanyalah
Zat yang wajib ada yang bernama Allah yang bersifat
dengan segala sifat kesempurnaan , dan aku mengaku
dengan sepenuh hatiku bahawa Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah , apa yang dibawanya adalah benar
belaka .”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 268
Didalam kalimah ini , terkandung beberapa pengertian
yang lebih dari itu : -
1. Aku mengaku , bahawasanya tidak ada tuhan( آل اله
) – dengan makna ( للتحقيق )iaitu menguatkan
pengakuan bahawa Allah jualah Tuhan .
Kalimah nafi disini , iaitu ال , bukanlah
menafikan tuhan yang di fahami oleh orang-orang
kafir, Dalam erti kata yang lain , bukan menafikan
berhala dan seumpamanya . Kerana berhala itu
tidak bersangkutan langsung dengan istilah
‘Tuhan’ . Maka tidak sah menafikan tuhan yang
difahami oleh orang kafir , seperti yang difahami
oleh kebanyakan orang awwam ( orang
kebanyakan ).
Ertinya kalimah ال , iaitu kalimah nafi dalam
ucapan syahadah ini , tidak menafikan apa-apa ,
melainkan nafi bagi menguatkan pengakuan
sahaja, seperti seseorang yang berkata “ tiada
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 269
ibuku melainkan Habibah” . Orang ini bukan
menafikan ibu-ibu yang lain , tetapi menguatkan
perkataannya , bahawa ibunya ialah Habibah .
Seperti juga seseorang muslim yang membaca
ayat ,
اياك نعبد واياك نستعين
Ertinya :
“ Hanya kepadamu kami menyembah ( beribadah
)dan hanya kepadamu kami mohon pertolongan .
Ucapan dalam pengertian ayat ini bukan
bermakna ada tuhan yang lain pula yang boleh
disembah dan dibuat sebagai tempat minta
pertolongan , tetapi mengkuatkan pegangan hati –
bahawa yang boleh disembah hanyalah Allah dan
yang boleh dibuat tempat memohon pertolongan
hanyalah Allah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 270
Maka kita fahami dari pengertian yang pertama
ini , ‘ tidak ada Tuhan selain Allah’dengan makna
‘Allah jualah tuhan.’
2. Pengertian kedua pada kata ‘ tidak ada tuhan’‘( آل
– ialah kalimah nafi dengan makna – ’( اله
Menafikan perkara yang tidak layak Tuhan iaitu
Allah tidak sekali-kali bersifat dengan sifat
mustahil .
‘Melainkan Allah’ ( اال هللا ) – ialah kalimah isbat (
ertinya pengakuan hati bahawa Allah ta’ala ( إثبات
itu adalah bersifat dengan sifat kesempurnaan
yang tidak terhingga banyaknya.
Kefahamannya :
Segala sifat-sifat Allah yang dibicarakan dalam
ilmusifat dua puluh itu terkandung dalam
kalimahini .
3. Pengertian yang ketiga pada kata ‘ tidak ada
tuhan’ ‘( آل اله )’ - ialah kalimah nafi dengan makna
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 271
– “ Tidak ada yang terkaya melainkan Allah” ( اال
.iaitu melainkan Allahlah yang terkaya - ( هللا
Maha kaya Allah itu dengan pengertian : -
i. Wujud Allah Ta’ala itu tidak berhajat kepada
yang menjadikannya .
ii. Wujud Allah Ta’ala itu tidak berhajat kepada
tempat.
iii. Allah tidak mengambil faedah daripada makhluk
yang ia jadikan dan hukum-hukum yang ia
turunkan .
iv. Berhajat tiap-tiap suatu kepada Allah .
v. Terkaya Allah itu bukan disandarkan kepadaharta
benda – ( kaya yang dinisbahkan kepada harta
benda itu ialah sifat makhluk )
Inilah yang disebutkan didalam matan Ummu Barahain:
تعالىالمستغنيا عن كل ما سواه ومفتـقرا إليه كل ما عداه اال هللا
Ertinya:-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 272
“ Tiada yang terkaya dari tiap-tiap sesuatu yang lain
dan tiada yang berkehendak tiap-tiap suatu yang lain
melainkan Allah”
Pengertian pada lafaz
وأشهد ان محمدا رسـول هللا
Ertinya :
“Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah .”
Iaitu dengan pengertian : “Aku mengaku Nabi
Muhammad itu Pesuruh Allah . Apa yang dibawanya
adalah benar belaka pada :
i. Perbuatannya
ii. Perkataannya
iii. Hatinya .
Pengertiannya lagi : Jika hanya membenarkan Nabi
Muhammad s.a.w. itu adalah Pesuruh Allah tetapi tidak
mengakui benar apa yang dibawanya , umpama tidak
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 273
mengakui hukum Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w. itu baik , maka murtadlah ia.
Seperti yang berlaku pada kebanyakan orang yang
mengaku dirinya beriman kepada Rasulullah s.a.w. ,
tetapi tidak mahu menerima hukum Al-Quran yang
dibawa oleh Nabi s.a.w. , maka terkeluarlah ia dari
Islam, Na’uzubillahimin zalik .
Selain dari pengertian dua Kalimah Syahadah yang
ringkas ini , terdapat lagi pengertiannya secara
menghalusi ( tafsili ) yang dinamakan ‘Aqa’idul iman ‘
. ’yang bermaksud ‘ simpulan iman , عقا ءـدااليمان -
Jumlahsemuanya 68 Aqa’id (simpulan) , iaitu :
1. 50 Aqa idul iman –iaitu dalam pengertian ال اله اال هللا
i. Iaitu 14 sifat إستغناء Lawannya 14 sifat juga
Jumlahnya 28 sifat.
Istighna’ ertinya terkaya Allah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 274
ii. Dan 11 sifat افتقار Lawannya 11 sifat juga
Jumlahnya 22 sifat.(Iftiqar ertinya berhajat
sesuatu kepadanya)
2. Aqaidul Iman – iaitu dalam pengertian
وأشهد ان محمدا رسـول هللا
i. Iaitu 4 sifat wajib bagi rasul lawannya 4 sifat juga
jumlahnya 8 sifat.
ii. Sifat harus bagi rasul dan lawannya 1 juga, maka
jumlah semuanya – 4+4+2=10 sifat .
iii. 4 rukun iman lagi
iv. ( Percaya kepada malaikat, kitab, hari kiamat ,
qada’ dan qadar ) dan lawannya 4 juga ,maka
jumlahnya 8 .
Apabila diketahui dan dibuat iktiqad ( pegangan hati )
yang jazam ( kukuh) dihati , maka perlu pulalah
memeliharanya supaya jangan terbatal aqidah , yang
membawa kepada murtad .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 275
Tidaklah juga terhenti sekadar mengetahui dan dibuat
iktiqad sahaja , sepatutnya lagi dibuat zikir sehingga
menjadi sebati dalam darah daging , dengan pimpinan
guru yang mursyid .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 276
Bahagian 12
PERKARA
MEMBATALKAN
SYAHADATAIN
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 277
PERKARA-PERKARAMENYEBABKAN BATAL SYAHADATAIN
(MENJADI MURTAD)
MURTAD ITU MELALUI 3 JALAN:-
1. Perkataan
2. Perbuatan
3. Hati (iktikad)
A. BAB YANG PERTAMA: MURTAD MELALUI
IKTIKAD
Di antara perkara yang menyebabkan jadi murtad
melalui iktikad ialah:
1. Syak pada ALLAH
Seperti:
a. Syak akan kewujudan ALLAH
b. Syak akan sifat kesempurnaan ALLAH
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 278
Erti Syak ialah ragu-ragu
2. Syak akan kebenaran rasul
Seperti:
a. Syak pada rasul yang 25 sama ada
mengurangkannya atau melebihkan
bilangannya
b. Syak pada ajaran-ajaran mereka
3. Syak pada AL-QURAN
a. Syak adakah al-Quran itu daripada ALLAH
atau karangan manusia.
b. Syak pada hukum-hukumnya
c. Syak pada kesuciannya
d. Iktikad Quran itu baharu
e. Menafikan huruf-huruf al-Quran
4. Syak pada Hari Qiamat dan perkara-perkara yang
bersangkutan dengannya,
seperti:
a. Hari kebangkitan:
i. syurga
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 279
ii. neraka
iii. mizan
5. Beriktikad ALLAH itu bertangan.
Seperti: Beriktikad Allah itu bertangan tetapi
tangan tidak serupa dengan makhluk. Iktikad
seperti ini adalah iktikad mujassamah.Terang
kufurnya.
6. Mengakui yang halal itu haram atau yang haram
itu halal.
Seperti: Yang Agama dikatakan bukan dari agama
dan sebaliknya.
7. Beriktikad yang makruh itu haram atau yang
haram itu makruh. Atau yang wajib itu harus atau
sebaliknya.
8. Beriktikad yang sunat itu haram atau sebaliknya.
9. Berniat untuk keluar dari Islam.
10. Beriktikad Saidina Abu Bakar bukan sahabat
Nabi, tetapi tidak kufur jika menafikan sahabat-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 280
sahabat Nabi yang lain seperti Saidina Umar,
tetapi BERDOSA.
11. Beriktikad nama Nabi Muhammad tidak mulia.
Atau menafikan kelebihan-kelebihan Nabi,
keturunan Nabi serta segala kemuliaan Nabi.
Sama ada : -
PERBUATANNYA, PERKATAANNYA DAN
AMALAN HATINYA.
Contoh:-
a. Beriktikad Nabi berbuat dosa
b. Beriktikad Nabi pelupa (dengan
merendahkannya)
12. Menolak malaikat sebagai makhluk yang mulia
atau menafikan kejadiannya.
13. Tidak percaya PERTOLONGAN ALLAH
14. Putus asa dari RAHMAT ALLAH
15. Menyesal kerana beriman dan beramal.
16. Mempertikai TAKDIR ALLAH
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 281
17. Merasa ALLAH tidak adil terhadapnya atau
terhadap makhluk yang lain.
18. Tidak yakin JANJI ALLAH
19. Jahat sangka dengan ALLAH. Seperti menyangka
ALLAH tidak akan menolongnya walaupun
berdoa bertalu-talu.
20. Menyangka ALLAH tidak mengampunkan
dosanya.
21. Tidak percaya ALLAH itu nama bagi tuhan atau
tidak percaya ALLAH ITU TUHAN.
22. Percaya ada hukum yang lebih baik dari hukum
AL-QURAN DAN SUNNAH.
23. Mempercayai IDEOLOGI MANUSIA lebih baik
dari ajaran Islam. Seperti:-
i. Menganut fahaman nasionalis,
kapitalis,pragmatis, meterialis, komunis,
zionis, sekular.
ii. Menyamakan darjat fahaman kufur dengan
ajaran Islam (inilah fahaman jahiliah moden)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 282
24. Mempercayai makhluk boleh memberi bekas.
Sama ada MUDHARAT ATAU NIKMAT
seperti API MENGHANGUSKAN.
25. Menolak kewajiban menuntut ILMU FARDHU
AIN.
26. Merasakan tidak perlu berdoa, kerana ia boleh
berusaha sendiri. (FAHAMAN JAHILIAH).
27. Percaya kepada kekuasaan makhluk halus boleh
memberi bekas pada menyakitkan (ATAS
JALAN MENOLAK KEKUASAAN ALLAH)
28. Menyokong kekufuran seperti:-
a. Menyokong agama kafir
b. Menyokong fahaman kafir
c. Menyokong taghut
NOTA:- MENYOKONG MAKSIAT lama
kelamaanboleh MEMBAWA KEPADA
MENYOKONG KEKUFURAN. Oleh itu WAJIB
MENJAUHI SOKONGAN KEPADA
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 283
KEMAKSIATAN. Begitu juga MEMANDANG
REMEH PADA DOSA KECIL lama kelamaan
akan TERBUAT DOSA BESAR dan boleh
TERJERUMUS KELEMBAH KUFUR.Kata
pujangga “MEREMEHKAN KEJAHILAN
MEMBAWA KEKUFURAN”
29. Mempercayai Khurafat, Tangkal, Sihir, Mengadu
nasib (AZLAM), Tataiyur ( طي رت MERASA
SIAL), Bid’ah dhalalah. (FAHAMAN
JAHILIAH KUNO)
30. Menyokong PERLAKUAN DOSA serta
menghalalkannya. Seperti menyokong
INDUSTRI MUZIK yang haram serta
menghalalkannya. (TERMASUK HALALKAN
YANG HARAM)
31. Mempercayai kata-kata bomoh
KAHIN,SAHIR,URRAF. ( افا, سا حرا, كا هنا عر )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 284
B. BAB YANG KEDUA: PERKARA YANG
MEMBATALKAN SYAHADATAIN MELALUI
PERBUATAN
ANTARANYA:-
1. Sujud selain ALLAH
2. Seperti sujud kepada ibu bapa, guru, berhala dan
sebagainya dengan niat memuliakan perkara
tersebut.
3. Menjatuhkan mishaf ke tempat najis.
4. Menyerupai perbuatan kafir pada perkara berikut
dengan qasad meniru perbuatan kufur:-
a. Berlakon jadi sami, tukang sihir, syaitan, kafir
dan seumpamanya.
b. Menyembah berhala
c. Berpakaian sami atau paderi.
d. Melakukan penyembahan seperti memakai
colok.
e. Menolong di dalam menegakkan kekufuran.
Seperti:
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 285
i. Membangunkan tokong, kuil, gereja dll.
ii. Menolong kafir menentang muslim
iii. Menegakkan undang-undang kufur
iv. Membuka ruang kepada kafir
membunuhmuslim
f. Membuka ruang kepada kafir, atau penyokong
undang-undang kafir menentang undang-
undang Islam.
-Melakukan sekelian itu dengan merasakan ia
tidak salah.
5. Melancarkan demonstrasi kufur. Seperti:-
a. Menampal poster-poster lambang kekufuran
b. berkempen untuk menegakkan kekufuran
6. Menegakkan kemungkaran serta
menghalalkannya, seperti:-
a. Menampal poster untuk kempen maksiat serta
menghalalkannya.
7. Membantu industri haram serta menghalalkannya,
seperti:-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 286
a. Membantu muzik dan industrinya serta
menghalalkannya.
b. Membantu filem-filem dan industrinya serta
menghalalkannya.
NOTA:- MEMBANTU KEDOSAAN, TETAPI
TIDAK MENGAKU IANYA HALAL ADALAH
BERDOSA. Namun wajib dihindari kerana
dikhuatiri LAMA-KELAMAAN AKAN TERJADI
KEKUFURAN kerana merasa ianya halal.
(JADILAH HUKUM MENGHALALKAN YANG
HARAM)
8. Mencipta hukum syarak sendiri lalu mendakwa
inilah hukum Islam, seperti:-
a. Boleh solat tanpa wudhuk
b. Boleh kahwin tanpa wali
9. Mengamalkan tariqat yang sesat.
CIRI-CIRI TARIQAT SESAT:-
a. Berzikir bercampur lelaki dan perempuan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 287
b. Lebih pentingkan zikir dari ilmu
c. Sujud kepada guru
d. tawasul yang menyalahi syarak
e. Mengakui guru melebihi Nabi
f. Zikir inginkan kelebihan bukan makrifatullah
g. menolak syariat kerana mendakwa memakai
haqiqat.
h. Tariqatnya boleh melihat ALLAH.
i. Ilmu musyahadah dibuat ilmu iktikad
j. Ilmu kebomohan disangka karamah
k. Mengata sesat orang yang tidak menurutinya
l. Solat hanya niat
m. Mendakwa boleh melihat ALLAH
C. BAB YANG KETIGA: PERKARA YANG
MEMBATALKAN SYAHADATAINMELALUI
PERKATAAN.
1. Berkata kepada muslim ia kafir, seperti:-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 288
a. ”Wahai kafir”, “wahai simurtad”, “wahai
orang yang tak beriman kepada Allah”.
PERKATAANNYA ITU MENYEBABKAN KAFIR
KEMBALI KEPADANYA
2. Mengkafirkan orang yang tidak kafir, atau tidak
mengkafirkan orang kafir.
3. BERKATA “Semua agama betul belaka”.
4. Berkata sesuatu yang menghina Islam, seperti:-
a. “Kalau dijalankan hukum Islam, kita tak akan
b. maju dan moden”.
c. “Hukum Islam hanya sesuai dizaman unta”
d. “Jika dilaksanakan hukum hudud, nescaya
habis batu-batu untuk buat jalanraya
digunakan untuk merejam orang berzina”
e. “Nabi tak potong janggut kerana dizamannya
tiada NACET SUPER STAINLESS”.
f. “Hukum Islam tak sesuai bagi rakyat majmuk”
g. “Pakai serban macam meniru Benggali sikh”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 289
h. “Pakai purdah macam penyamun”
i. “Sembahyang tidak jamin syurga”
j. “Tidak ada nas mengatakan memandang wajah
seseorang dapat pahala”. -Menolak nas
memandang orang soleh,ibu bapa,anak-anak
dengan pandangan kasih akan mendapat
pahala.
k. “Hudud...! apa hukum ini? ketinggalan zaman”
l. “Tidak ada ayat mengharamkan judi dalam al-
Quran”
Atau menjadi PENYOKONG kepada orang yang
berkata seperti di atas.
5. Menghina kalimah-kalimah suci, seperti:-
a. menghina al-Quran
b. menghina hadis
c. menghina takbir, tahmid, tahlil, salawat dll.
6. Menghina hukum-hukum yang diijma’ ulama.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 290
7. Mempersendakan SUNNAH NABI S.A.W.
seperti pakaiannya, cara hidupnya dan
sebagainya.
8. Mendakwa yang haram itu harus. Seperti halal
bertabarruj oleh seorang perempuan di hadapan
lelaki ajnabi. Halal ikhtila’ dan seumpamanya.
APA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH ORANG
YANG TELAH MURTAD?
Wajib ke atas orang yang telah murtad itu kembali
dengan segera kepada Islam dengan:-
1. Mengucap syahadatain dilidahnya serta didalam
hatinya qasad ALLAH jualah tuhan dan Nabi
Muhammad adalah benar pesuruh ALLAH.
2. Bertaubat dari murtad.
3. Qada’kan ibadahnya yang wajib selama waktu
yang ia murtad.
4. Jika habis iddah, wajib kembalikan aqad nikah.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 291
YANG MENGHERET KEPADA MURTAD ITU
ANTARANYA:-
1. Kejahilan dan kedegilan
2. Tiada minat kepada agama
3. Cinta dunia (walaupun alim)
4. Menurut nafsu, kawan-kawan, kekasih
5. Menangguh-nangguhkan amal
6. Stress yang bersangatan kerana tidak menjadikan
agama sebagai tempat merujuk
7. Kekayaan yang bersangatan
8. Terlalu inginkan hidup bebas
9. Tidak menggunakan akal fikiran
BERLAKU MURTAD KEATAS DIRI SESEORANG ITU
JIKA PERBUATAAN ITU ATAS KEHENDAKNYA
SENDIRI BUKAN DIPAKSA. IA TELAH DIBERITAHU
TETAPI TIDAK MAHU MENERIMA. MAKA JATUH
MURTADLAH IA DISEBABKAN JAHIL DAN
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 292
DEGILNYA ITU. JIKA IA KEMBALI KEPADA ISLAM
MAKA SELAMATLAH IA. JIKA MATI DIDALAM
MURTAD HARAM DIMANDIKAN, DIKAPAN,
DISOLATKAN DAN DIKEBUMIKAN
DIPERKUBURAN ISLAM. BANGKAINYA HARUS
DIBERI MAKAN ANJING, HARIMAU ATAU UMPAN
BUAYA.
SESEORANG YANG MELAKUKAN PERKARA
MURTAD TIDAK DIHUKUM MURTAD
SEKIRANYA:-
1. Ianya seorang kanak-kanak yang belum baligh.
2. Ia tidak berakal (gila, bodoh).
3. Ia melakukan perkara itu kerana dipaksa yang
melibatkan nyawanya.
4. Ia melakukan perkara itu kerana kejahilanya
sedang ia di dalam menuntut ilmu Islam
5. Ia melakukan perkara itu kerana kejahilanya
kerana ia baru masuk Islam.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 293
6. Ia jahil kerana tiada guru agama yang mengajar
ditempatnya. Ia pula tidak mampu berhijrah. Jika
berkemampuan berhijrah, maka hijrah untuk
menuntut ilmu itu wajib.
7. Ia terlupa hukum tatkala ia memperbuat perkara
murtad itu.
KADANGKALA MURTAD ITU TERJADI TANPA
DISEDARI. Maka sepatutnyalah bagi orang yang
memelihara iman itu, mengucap SYAHADATAIN setiap
kali SEBELUM WUDHU’, SEBELUM TIDUR DAN
SETIAP KALI MEMULAKAN SESUATU
PERKERJAAN. Mudah-mudahan dimatikan dalam
iman, jika sampai masanya.
TANDA-TANDA KEIMANAN:-
1. Menghilangkan kejahilan diri dengan menuntut
ilmu agama.
2. Bertaubat dari dosa
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 294
3. Beramal dengan ilmu yang dipelajari
4. Tinggalkan larangan syarak.
5. Tunaikan tuntutan syarak.
6. Takut amalan tidak diterima, lalu bercermat
dalam beramal.
7. Harap rahmat (pertolongan) ALLAH.
8. Besarkan suruhan ALLAH (ilmu, amal, ikhlas).
9. Hubungkan silaturrahim.
10. Mengasihi ulama dan orang beriman.
11. Baik sangka dengan ALLAH
12. Baik sangka dengan makhluk ALLAH (manusia).
13. Berusaha mengasihi ALLAH dengan 4 tingkatan
iman:-
a. Idrak ( ادراك) -amal dengan ilmu.
b. zauk ( ذوق ) -amal dengan ilmu serta rasaan
lazat.
c. fana’ ( فنأ ) -rasa mahabah dan makrifah.
d. majzub ( مجذوب) -berkekalan makrifah.
14. Jalannya 4:-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 295
a. Ilmu - dengan jalan berguru
b. Amal - denganistiqamah
c. Salik - dengan tarbiah guru kerohanian
d. Sir - jika izin Allah dapatlah kurniaan
makrifah.
KATA HUKAMA’ :
”BARANGSIAPA YANG TIDAK BERUSAHA UNTUK
MENDAPATKAN MAKRIFATULLAH, DIKHUATIRI
MATI DIDALAM SUUL-KHATIMAH”
WABILLAHI TAUFIQ WAL-HIDAYAH.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 296
Bahagian 13
PERSOALAN
WAHABI DAN
BEBERAPA
KHALAF
Soalan : -
Adakah pegangan kaum wahabi itu sesat?
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 297
Jawaban : -
Menurut dalam kitab Pelita Penuntut , terjemahan
Taklim Al-Muta’allim bagi Syeikh Al-Alim Al-Allamah
Syeikh Azzarnuji , penterjemahnya iaitu Syeikh
Muhammad Syafie bin Abdullah bin Muhammad bin
Ahmad Al-Fattani, muka surat 11 : “..... demikian lagi
yang sangat karut dan sangat sesat lagi menyesatkan
orang awam itu , satu puak yang banyak timbul pada
zaman sekarang yang digelarkan ‘kaum muda’ ,
memegang mereka itu akan zahir hadis dan ayat quran
dengan ketiadaan ta’wil…”
‘Kaum muda’ aatau dikenali juga sebagai ‘wahabi’
dipelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Bapanya
Syeikh Abdul Wahab adalah seorang ulama mazhab
Hambali yang taat. Muhammad itulah yang
menyeleweng dari ayahnya Abdul Wahab. Oleh itu
menamakan mereka sebagai ‘wahabi’ adalah salah dan
tidak tepat. Perkataan yang lebih tepat ialah ‘kaum
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 298
muda’. Dilihat pada tarikh lahir puak ini masih muda –
ada logiknya. Muhammad bin Abdul Wahab lahir 1115
Hijrah, meninggal dunia 1206 Hijrah (91 tahun). Kalau
sekarang 1431 Hijrah , bererti baru 316 tahun
kelahirannya. Dan bererti gerakan ini tidak sampai 300
tahun usianya.
Namun begitu , penentangan terhadap gerakan ini telah
bermula sejak ia mula timbul. Muhammad Abdul
Wahab , mula ditentang oleh abang kandungnya sendiri ,
iaitu Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab , dengan
dikarangnya sebuah kitab berjudul -
petir tuhan untuk menolak ) – ’ الصواعق الهيه فى الرد على الوهابيه ‘
fahaman wahabi ).
Nota:
Pada masa itu telah digelarkan ‘wahabi’
sebenarnya. Gerakan ini menumpang nama
ayahandanya. Sejak akhir-akhir ini , mereka
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 299
sudah mula tidak mahu mengakuinya . Sekarang
mereka menggelarka diri mereka ‘salafi’ .
( Muhammadiah, di Indonesia ).
Perubahan Muhammad bin Abdul Wahab dari mengikuti
ajaran bapanya , bermula dari mula membaca kitab-kitab
Ibnu Taimiyyah ( nama sebenarnya Ahmad Tiqiyuddin
bin Shihabuddin At-Taimiyyah , lahir 10 Rabi’ul Awal
661 Hijrah , meninggal dunia 724 Hijrah – hampir
sezaman dengan imam An-Nawawi yang lahir pada 630
Hijrah ).
Pendapat-pendapat Ibnu Taimiyyah juga banyak
ditentang oleh ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah
kerana banyak fahamannya berunsurkan kaum
Mushbihah( مشبهه ) dan mujassamah ( مجسمه ) . Diantara
ulama muktabar dari kalangan Syafi’eah ialah Ibnu
Hajar Al-Haitami ( lahir 883 Hijrah). Ulasan
penentangannya terdapat dalamkitab Tuhfah Al-Muhtaj
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 300
Fi Syarhi Al Manhaj ( تحفه المحتاج فى شرح المنهج ) yang sangat
terkenal itu, kitabnya 10 jilid.
Kata Syeikh Sirajuddin Abbas , Muhammad bin Abdul
Wahab adalah penerus fahaman Ibnu Taimiyyah ,
bahkan lebih radikal . ( Rujuk Aqidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah bagi Syeikh Sirajuddin Abbas – muka 400) .
Diantara pegangan kaum wahabi yang
bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah
didalam bab aqidah ialah :
1. Allah Ta’ala bertangan, berwajah , bermata ,
dalilnya:
وجه ربك ذو الجال ل واال كرام ويبقى ( ١٨الرحمن اية )
Maksudnya:-
“ Dan tetap kekal ( وجه ) Tuhanmu yang mempunyai
Kebesaran dan Kemuliaan”.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 301
Wahabi berkata :Allah ada wajah
Bagi Salaf :Wajah yanglayak dengan
Allah.Yang Allah jua
mengetahui hakikatnya.
Bagi Khalaf :Menta’wilkan wajah itu dengan
Zat.
Kesalahan wahabi :Mereka menjuzukkan
Allah,sedangkan Allah Maha
suci dari berjuzuk.
بل يداه مبسوطتان ينفق كيف يشآء (٦٤الماءـده )
Maksudnya ; -
“ Malah kedua-dua ( يداه ) Allah terbuka , Dia
menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki”.
Wahabi berkata :Allah ada dua tangan
Bagi Salaf :Dua ( يداه ) yang layak dengan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 302
Allah yang Allah jua yang
mengetahui hakikatnya.
Bagi Khalaf :Menta’wilkan dua ( يداه ) itu dengan
kekuasaan Allah.
Kesalahan wahabi : - Mereka menyerupakan Allah
dengan makhluk.
واصنع الفلك باعيننا ووحينا (٣٨سوره هود اية )
Maksudnya : -
“ Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan ( أعين )
kami dan petunjuk wahyu kami .”
Wahabi berkata : - Allah ada dua mata.
Salaf : - ( أعين ) yang layak dengan Allah
yang Allah jualah mengetahui
hakikatnya.
Khalaf : - Menta’wilkan ( أعين ) dengan
‘pengawasan’ Allah.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 303
Kesalahan wahabi : - mereka menyamakan Allah
dengan makhluk.
Dengan kefahaman wahabi yang demikian membawa
maksud Allah itu : -
1. Berhubung-hubung ( berjuzuk ) iaitu zat Allah
berhubung dengan tangan , mata dan sebagainya.
2. Berjisim kerana ada bentuk.
3. Ada pihak ( had atau sempadan ) , kerana ada
hubung-hubungan.
4. Ada tempat duduknya iaitu – Arash
5. Boleh digambarkan dengan akal.
6. Ada pancaindera anggota tubuh.
Tetapi Ahli Sunnah Wal Jamaah beriktiqad Allah itu : -
1. Wahdaniah – وحدا نيه
Ternafi Kam Munfasil (bilangan yang
bercerai)Ternafi Kam Muttasil (bilangan yang
berhubung)Ternafi itu pada Zatnya , Sifatnya dan
Af’alnya.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 304
2. Laisa Kamisli Syai’un – ليس كمثله شيء
TernafiZat , Sifat , dan Af’al Allah menyerupai
sesuatu.
Maka tentulah Allah Itu : -
1. Tidak berhubung-hubung Zatnya dengan sesuatu
2. Tidak berjisim , atau jauhar mahupun firid .
3. Tidak ada pihak ( tidak ada kiri , kanan , depan ,
belakang , atas , bawah , tepi )
4. Tidak bertempat , kerana erti ‘tempat’ itu itu
makhluk , mustahil Dia berada ditempat yang Ia
jadikan.
5. Tidak boleh difikir dan digambarkan .
6. Tidak ada pancaindera .
Oleh itu pegangan yang menyalahi enam perkara ini
hukumnya kufurlagi sesat .
2. Wahabi berkata neraka akan binasa dan dan binasa
semua isi-isinya .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 305
Ahli Sunnah Wal Jamaah berpegang , neraka itu
kekal selama-lamanya . Kekal juga syurga , Lauhun
Mahfuz , Arash ,Qalam , Qursi , Ruh , Ajabazzunub
(tulang kecil sebesar biji sawi yang duduknya
ditungking manusia – benih anak Adam ketika
bangkit dari kubur kelak ) , tubuh para Nabi , dan
tubuh mujahidin perang fisabilillah .
Perkara-perkara ini kekal, dinamakan kekal
A’radi(عرضى)
3. Wahabi berkata tauhid itu dua jenis : -
1. Tauhid Rububiyyah – Tauhid orang kafir ,musyrik
, penyembah berhala dan lain-lain kafir. Iaitu
orang-orang yang percaya adanya Allah . Tetapi
mempersekutukannya . Berkata mereka lagi , Abu
Jahal dan Abu Lahab turut ada tauhid ini.
2. Tauhid Uluhiyyah – iaitu tauhid orang yang
mukmin.
Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 306
Orang yang musyrik walau ia mengaku Allah iatu
tuhan , tetap ia tidak ada tauhid. Syirik dan tauhid tidak
dapat bersatu . Hal ini dua yang berlainan . Sepertimana
tidak boleh bersatu siang dan malam .
Mereka telah salah dalam mentafsirkan firman Allah : -
مس والقمر ليقو لن هللا فانـى ي ر الش موات واالرض وسخ ن خلق الس . وء فكون ولـئن سالتهم م (٦٢سورة العنكبوت اية )
Yang bermaksud : -
“ Dan kalau engkau bertanya kepada mereka , siapakah
yang menjadikan langit dan bumi dan menjadikan
matahari dan bulan . Mereka akan menjawab Allah .
Maka bagaimana kamu berputar dari kebenaran ?”
( Al Ankabut , ayat 61 ).
Fahaman mereka , erti “ mereka akan menjawab Allah”
itu, dikatakan orang itu ada tauhid Rububiyyah .
Walaupun sikafir musyrik . – Jelas batil.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 307
Pengajian seperti ini tidak pernah ada semenjak
dulu, dari zaman sahabat radhiallahu anhum a’laih.
Pengajian seperti ini khusus bagi kaum wahabi.
Ajaran Islam menegaskan , apabila seseorang itu
mengkufuri Allah pada aqidahnya , maka tiadalah lagi
iman padanya . Serta tiadalah tauhidnya , walau ia
mengaku Allah itu tuhan.
4. Wahabi berkata ayat Al-Quran tidak boleh dita’wil .
Orang yang menta’wilkan ayat Al-Quran adalah
perosak agama.
Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan ta’wilkan ayat
mutasyabihah adalah harus , dalilnya, sebuah hadis
Nabi s.a.w. : -
اللهم علمه الحكمة وتأ ويل الكتاب ه ) (رواه ابن مج
Ertinya ;
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 308
“ Ya Allah , ajarilah ia ( Ibnu Abbas ) akan ilmu
hikmah dan ilmu penta’wilan kitab Al-Quran”
( H.R Ibnu Majjah )
Hadis ini menunjukkan , Rasulullah berdoa kepada
Allah , Untuk Ibnu Abbas , supaya dikurnia ilmu
menta’wilkan Al-Quran.
5. Wahabi berkata Nabi Adam bukan Nabi . Ahli
Sunnah Wal Jamaah beriktiqad Nabi Adam adalah
Nabi lagi rasul.
6. Kaum wahabi berkata – bermazhab itu sesat . Ahli
Sunnah Wal Jamaah beriktiqad – bermazhab itu
wajib sekiranya ia tidak seorang ‘mujtahid’.
7. Kaum wahabi berkata – menjadi mujtahid mudah
sahaja , belajar di sekolah mereka selama 8 bulan ,
sudah boleh jadi alim .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 309
- Kita ( golongan Ahli Sunnah ) , menyelidiki apa
yang dipelajari mereka . Rupanya belajar tafsir secara
‘harfiah’
- Telah berfatwa ulama Al-Azhar – ‘ Belajar Quran
secara’harfiah’ adalah haram , kerana bahasa Al-
Quran mustahil dapat difaham semata-mata dengan
terjemah , tanpa ditafsir .’
- Dakwaan mereka itu dapat dilihat didalam buku
keluaran mereka sendiri – Ma’ahad Ittibaa’ is Sunnah
. Kuala Pilah , N.Sembilan . Buku berjudul ‘Gayung
Bersambut’ ( ke- I ) , keluaran tahun 1985 , karangan
Hasyim Ghani.
8. Wahabi berkata ; ilmu sifat dua puluh adalah semata-
mata rekaan . Al-Asya’irah , Al-Maturidiah dan yang
seumpama bukan golongan Ahli Sunnah.
Ahli Sunnah berpegang bahawa Al-Asya’irah (
pelopor asalnya Ali bin Ismail . Abu Al-Hasan Al-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 310
Asya’ari ) dan Al- Maturidiah ( pelopor asalnya
imam Abu Mansur Al-Maturidi ) adalah imam Ahli
Sunnah Wal Jamaah dalam bahagian aqidah Islamiah
Berpandukan sebuah hadis yang bermaksud : -
(Maksud sebuah hadis , yang lebih kurang maknanya
dalam Bahasa Malaysia)
“……..umatku (suatu masa) kelak akan
diselamatkan aqidahnya oleh keturunan sahabatku
ini …” – lalu Rasulullah s.a.w. menunjukkan kepada
Abu Musa Al-Ash’ari .”
9. Wahabi berkata , Nabi Isa alaihissalam dimatikan
oleh Allah terlebih dahulu , kemudian baharu
diangkat ke langit.
Ahli Sunnah Wal Jamaah beriktikad , Nabi Isa a.s . di
angkat oleh Allah ke langit dengan roh dan jasadnya
, tidak di matikan. Pendapat bahawa Nabi Isa
dimatikan terlebih dahulu adalah bid’ah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 311
10. Wahabi berkata , Allah mempunyai had ( ukuran )
yang tidak di ketahui melainkan Dia. Allah juga
berjihah ( berarah ).
Ahli Sunnah Wal Jamaah berkata , Allah tidak
mempunyai had ukuran , kerana ukuran , had ,
sempadan , kecil ,besar , kiri , kanan , depan ,
belakang , atas , bawah dan berarah adalah sifat
makhluk , Maha suci Allah dari bersifat makhluk.
11. Wahabi berkata – Allah mencipta makhluk dengan
gambaran wajahnya .
Ahli Sunnah Wal Jamaah berkata , Allah tidak
menyerupai makhluk ( مخا لفته للحوادث ) , firmannya ;-
ليس كمثله شىء
Ertinya :
“ Tiada suatupun yang seumpama Allah” .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 312
12. Wahabi berkata Kalam Allah itu ada huruf ,
berbaris , berharakat , ada dahulu dan ada kemudian
. Tidak boleh berkata Allah ada lidah , tetapi tidak
boleh juga menafikannya .
Ahli Sunnah Wal Jamaah beriktiqad ,- kalam Allah
tidak berhuruf , tidak bersuara , tidak berbaris
harakat , tidak ada dahulu dan tidak ada kemudian.
Allah jua yang mengetahui sifat kalamnya , kalam
Allah tidak menyerupai makhluk yang bercakap
dengan lidah .
13. Wahabi berkata – Allah jadikan Kursi sebagai
tempat letak kakinya.
Ahli Sunnah Wal Jamaah berkata – Kursi adalah
makhluk Allah , luasnya meliputi langit dan bumi ,
Firman Allah :
وسع كرسي ه السموات واالرض
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 313
Ertinya : -
“ Luasnya Kursi meliputi langit dan bumi”
Wajib beriktiqad – Allah jadikan sekelian makhluk
bukan bertujuan mengambil manfaat darinya . Jika
berkata ‘Kursi itu tempat letak kaki ..’ membawa
erti , Ambil manfaat . Maka tentulah mustahil Allah
mengambil manfaat dari makhluk ciptaannya.
Berkata Allah mengambil manfaat dari makhluk
adalah menolak kesempurnaan Allah .
14. Wahabi berkata – Allah berubah-ubah
pergerakannya, seperti kata mereka, Allah turun
dari langit setiap malam serupa turunnya manusia
dari atas ke bawah .
Ahli Sunnah Wal Jamaah berkata – memang ada
didalam sebuah hadis Al-Baihaqi berbunyi : -
: ان رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال . عن ابى هريرة رضى هللا عنه
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 314
نيا حتى ينزل هللا عز وجل كل ليلة الى الليل األخر فيقول من يدعو يبقى سمآء الد ثل
جب له ومن يسأ لنى فأعطيه ومن يستغفرنـى فاستغفرله نـى فاست
(صحيح رواه البيهقى )
Ertinya : -
“Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu , beliau
berkata :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersasbda ; Allah
turun tiap-tiap malam ke langit dunia , ketika
tinggal sepertiga malam penghabisan , maka ia
berkata ; sesiapa yang berdoa kepadaku , akan ku
perkenankan , sesiapa yang meminta ampun
kapadaku , aku akan ampuni .”
( Hadis sahih , riwayat Al-Baihaqi , Bukhari )
Maksud ‘turun’ itu ialah pintu rahmat Allah
terbuka pada sepertiga malam dengan seluas-
luasnya . Sebagai kefahamannya , lakukanlah
qiamullail .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 315
Jika di fahami seperti fahaman wahabi ini , ‘Allah
turun ke langit dunia dan tidak naik-naik lagi ke
langit , kerana dunia ini tidak sama waktunya’ !
Sepertiga malam itu sentiasa ada di dunia ini
menurut peredaran bumi mengelilingi matahari .
15. Wahabi berkata berdoa dengan bertawassul adalah
syirik .
Ahli Sunnah Wal Jamaah berkata – fahamilah
dahulu erti tawasul .
i. Tawasul ertinya ‘mengerjakan sesuatu amal
yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.’
Dalam Al-Quran disebutkan الوسيلة .
Pada surah Al-Maidah ayat 35 .
.امنوا إتقوا هللا وابتغوا اليه الوسيلة وجاهدوا فى سبيلـه لعلكم تفلحون يآ ا ي ها الذين
( ٣٥الماءـده اية )
Ertinya : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 316
“ Wahai orang-orang yang beriman ,
patuhlah kepada Allah dan carilahjalan ( yang
mendekatkan diri kepadanya ) dan berjuanglah di
jalan Allah, nescaya kamu menjadi orang-orang
yang beruntung.”
( Al-Maidah ayat 35 )
ii. Pada surah Al-Isra’ ayat 57
. ربهم الوسيلة يبتغون إلى (٥٨االسراء اية )
Ertinya : -
“ Mereka mencari jalan Untuk
mendekatkan diri kepada tuhan” . ( Al-Isra’ ayat
57 )
Ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah
menfatwakan bahawa doa dengan bertawasul
adalah sunat. Bertawasul yang disunatkan itu
umpamanya : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 317
iii. Kita menziarahi seorang ulama yang soleh , lalu
kita katakan padanya : “saya akan berdoa ,
memohon sesuatu kepada Allah , dan saya
harap pula agar tuan dapat mendoakan kepada
Allah Untuk saya , supaya permohonan saya ini
diqabulkan Allah”.
iv. Kita menziarahi kubur Nabi , kita berdoa disitu
dengan mengharapkan agar Nabi mendoakan
kita kepada Allah . Ini namanya bertawasul
dengan Nabi . (sesungguhnya Nabi-Nabi itu
hidup di alam barzakh) .
v. Kita menziarahi kubur wali-wali , lalu kita
bertawasul dengannya :- “ ya Allah , aku mohon
padamu dengan berkat walimu yang bermakam
disini , kabulkanlah permohonan ku ini .” – ini
bertawasul dengan wali Allah.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 318
vi. Bertawasul dengan amal ibadah : - “Ya Allah ,
dengan berkat aku mentaati ibubapaku , yang
engkau mengetahuinya, jika memang disisimu
amalanku ini engkau menerimanya ,
perkenankanlah doa ku ini .”
vii. Bertawasul dengan nama-nama Allah : - “Ya
Allah , dengan kebesaranMu dan dengan berkat
nama-namaMu yang maha sempurna ,
perkenankanlah doa ku ini .”
Bertawasul , bukan bererti menyembah Nabi-
Nabi atau wali-wali , kubur-kubur dan sebagainya.
Tetapi mengharap kepada Allah, dengan membawa
(menyebut) nama orang yang dikasihi Allah itu ,
mudah-mudahan Allah menerima doa yang
dipohonkan.
Dalil bolehnya bertawasul seperti contoh-contoh
tadi ,
Antaranya : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 319
سول لوجدوا ا با ولو انهم إذ ظلموا أنفسهم جآءوك فاستغفرا هللا واستغفر لهم الر هللا تو
حيما ر( ٦٤:النساء )
Ertinya : -
“ Dan kalau mereka pada ketika telah menginayai
dirinya ( dengan berbuat dosa) , datang kepadamu
( ya Muhammad) lalu memohon ampun kepada
tuhan dan rasul, minta ampunkan mereka pula
kepada Allah . Maka tentulah mereka dapat
ampunan Allah itu , bahawasanya tuhan penerima
taubat dan Maha Penyayang .”
( Surah Annisa’ ayat 64 )
Ulama Ahli Sunnah berpendapat , ayat ini bukti
bahawa berdoa dihadapan Nabi atau menyebut
nama Nabi adalah lebih kukuh Untuk diqabulkan .
Ini adalah kerana walau Nabi telah wafat didunia
ini , tetapi hidup di alam barzakh, dan ia mendengar
rayuan umat-umatnya .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 320
Dalilnya lagi , seperti tersebut dalam sebuah hadis
:-
طاب رضى هللا عنه بالعباس بن كان اذا قحطوا إستسقى. عن أنس ان عمر ابن الخ
ل إليك : عبدالمطلب فقال ل إليك بعم نبينا فاسقنا فيسقون اللهم كنا نتوس بنبينا فتسقينا وإ نا نتوس (رواه البخارى )
Ertinya : -
“Daripada Anas Bin Malik , berkata ia , bahawa
Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. , adalah apabila
terjadi kemarau, beliau berdoa , bertawasul
dengan Abbas bin Abdul Muttallib ( bapa saudara
Nabi ) . Umar mendoa :
Ya Allah , bahawasanya kami pernah berdoa
dengan bertawasul dengan Nabi , maka engkau
turunkan hujan . Dan sekarang kami bertawasul
dengan Abbas bin Abdul Muttallib , maka ya Allah
, turunkanlah hujan , maka turunkanlah hujan
kepada kami .” ( Hadis sahih – Riwayat Imam Bukhari –
Fathul Bari Jilid 3 , muka 150 )
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 321
Hadis ini menunjukkan bolehnya , bahkan
dihukumkan sunat berdoa dengan bertawasul
dengan orang-orang soleh.
Dalilnya lagi , seperti yang tersebut didalam
sebuah hadis : -
خرج ثال ثة يمشون فأصابهم المطر فدخلوا : عن ابن عمر عن النبى صلى هللا عليه وسلم قال
بعضهم لبعض ادعوا هللا بأفضل عمل قال : فى غارفى جبل فانحطت عليهم صخرة قال
ثم أجىء فاحلب فاجىء عملتموه فقال احد هم انى كان لى ابوان شيخان كبيران فكنت فارعى
بية واهلى وامرأتى فحتبست ليلة بالحالب فأ تى به ابوى فيشر بان ثم اسق فإذا هما فجـئت ى الص
بية يتضاغون عند رجلى فلم يزل ذ ت ان اوقظهما والص لك دأبى ودأبهما نائمان قال فكره
لك ابـتغاء وجهك فافرج عنا فرجة نرى ان كنت تعلم أ نـى فعلت ذ اللهم . طلع الفجر حتى
مآء قال ففرج عنهم منها الس( رواه بخارى ومسلم )
Ertinya : -
“ Daripada Ibnu Umar , Daripada Nabi s.a.w.
baginda bersabda : Adalah dulukala , 3 orang
dalam perjalanan . Tiba-tiba mereka kehujanan .
Mereka masuk berteduh dalam sebuah gua pada
sebuah bukit , kebetulan runtuh batu-batu dan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 322
menutupi gua itu . Salah seorang daripada mereka
berkata kepada kawannya :
Berdoalah kepada Allah dengan berkat amal soleh
yang pernah engkau kerjakan. Lalu salah seorang
berdoa “ Ya Allah , sesungguhnya aku mempunyai
dua orang ibu bapa saya yang sudah tua . Aku
mengembala dan perah susu , lalu susunya aku
bawa pulang , aku berikan minum ibuku, bapaku ,
anak-anak ku dan isteriku dengan susu itu . Pada
suatu hari aku terlambat pulang , aku dapati , ibu-
bapaku sudah tidur , saya tidak suka
mengganggunya . Padahal anak-anak ku sudah
bertangisan meminta susu , dibawah kaki saya .
Begitulah saya tunggu sampai pagi . Ya Allah ,
Engkau tahu bahawa aku lakukan amal itu Untuk
menuntut redha’Mu , maka bukalah pintu gua ini ,
sehingga kami dapat melihat langit.”
Nabi s.a.w. menjelaskan dengan lebih lanjut ,
bahawa pintu gua itu dibuka oleh Allah .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 323
Yang berdua lagi berdoa pula dengan bertawasul
dengan amal soleh mereka masing-masing .
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim – Shahih Bukhari
juzuk 2 muka surat 488 )
Tersebut dalam Syawahidulhaq ( شواهدالحق للنيهانى ) ,
muka surat 108-109 , kata mufti mazhab Syafie di
mekah , iaitu Syeikh Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan
yang
bermaksud :
“ Menurut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
adalah harus dan bertawasul dengan Nabi
Muhammmad s.a.w. baik ketika hidup baginda ,
mahupun sesudah baginda wafat . Begitu juga
boleh bertawasul dengan Nabi-Nabi dan rasul-rasul
yang lain , dengan wali-wali dan orang-orang soleh
sebagaimana dianjurkan oleh hadis-hadis yang
telah kami terangkan dahulu. Kami kaum Ahli
Sunnah Wal Jamaah mengiktiqadkan bahawa tiada
seorang pun yang dapat memberi bekas,
mengadakan , menjadikan , meniadakan , memberi
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 324
manfaat , memberi mudharat kecuali Allah S.W.T.
tidak bersekutu baginya .
Kita tidak mempercayai Nabi dapat memberi bekas
, Nabi memberi manafaat pada haqiqat , memberi
mudharat dengan jalan mengadakan . Tidak
memberi bekas juga oleh Nabi-Nabi yang lain dan
orang soleh baik orang yang telah mati ataupun
yang masih hidup.
Maka tidak ada perbezaan dalam soal ini dan dalam
soal tawasul ini antara Nabi-Nabi yang lain . Rasul-
rasul , wali-wali dan orang-orang soleh , tidak ada
perbezaannya hidup atau mati , kerana mereka tidak
menciptakan suatu juapun . Mereka tidak berkuasa
sama sekali.
Hanya berkat mereka diambil kerana mereka
kekasih Allah . Mencipta dan mengadakan hanya
milik Allah . Tunggal dan tidak bersekutu . Orang-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 325
orang yang memperbezakan antara orang yang
hidup dengan orang yang mati , maka orang itu
mengiktiqadkan bahawa orang yang hidup boleh
mencipta apa-apa dan orang yang mati tidak boleh
lagi .
Kita berkeyakinan dan beriktiqad bahawa yang
menjadikan tiap-tiap suatu adalah Allah . Dan Allah
itu menjadikan kita dan menjadikan pekerjaan kita .
Orang-orang yang membolehkan bertawasul
dengan orang-orang masih hidup , tetapi melarang
bertawasul dengan orang yang sudah mati , maka
orang itu pada hakikatnya telah masuk syirik dalam
iktiqad dan tauhid mereka , kerana mereka
mengiktiqadkan bahawa yang hidup boleh
mencipta ( memberi bekas ) , sedang orang yang
telah mati tidak boleh lagi . (Dengan sendirinya
bermakna makhluk boleh memberi bekas ) .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 326
Orang-orang yang beriktiqad begitu , bagaimana
pula mereka mengatakan bahawa mereka
memelihara tauhid dan orang ( yang bertawasul )
telah masuk pada syirik , sedang pada hakikatnya
merekalah yang kemasukan syirik ( kerana
beriktiqad , makhluk boleh memberi bekas ) .
“Amat suci engkau wahai tuhan !” ( seperti yang
dikatakan mereka ) – itulah pembohongan mereka
yang amat besar “
Inilah terjemahan dari perkataan Sayyid Zaini
Dahlan seperti yang tersebut didalam kitab
Syawahidulhaq ( شواهدالحق للنيهانى ) , karangan Syeikh
Yusuf bin Ismail Annabani , muka surat 159.
Dari huraian dan dalil-dalil diatas , menunjukkan
bertawasul itu adalah dibolehkan dalam Islam,
bahkan dihukumkan sunat. Tawasul itu bukan
minta pada sesuatu selain Allah , hakikatnya ialah
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 327
minta kepada Allah dengan menyebut yang di
kasihi Allah seperti Nabi-Nabi , wali-wali dan amal
soleh . Seperti berkata “ya Allah , ya Rasulullah
…..” asal ia tetap berkeyakinan bahawa yang
memberi pada hakikatnya adalah Allah , tetapi
meminta kepada manusia atau amal soleh ( dengan
menyebut “dengan berkat NabiMu,” atau “ dengan
berkat amal soleh” ) hanyalah sebagai asbab sahaja
Umpama orang yang menghadiri temuduga Untuk
mohon pekerjaan .
Bila sampai dihadapan penemuduga , lalu ia
bertanya “ siapa yang beritahu anda , disini ada
kerja kosong? ” Lalu orang itu menjawab , “ pak
cik saya , dulunya ia pernah kerja disini , nama
pulan bin pulan .”
Si penemuduga dengan tersenyum lalu menjawab ,
“ooh .. kalau begitu anda adalah anak saudara rakan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 328
baik saya , baiklah dengan sebab anda anak saudara
rakan karib saya , saya terima permohonan anda .”
Pada contoh ini , bukanlah orang itu minta pada pak
ciknya , hanya membawa dan menyebut nama pak
ciknya . Yang ia minta kerja ialah kepada si
penemuduga.
Dalam ertikata yang sebenarnya , tawasul minta
kepada Allah dengan menyebut yang dikasihi Allah
dengan niat Untuk mendekatkan diri kepada Allah .
Dengan huraian ini juga tersanggahlah kaum
wahabi yang munuduh orang yang bertawasul itu
menyembah Nabi , menyembah wali , menyembah
kubur dan lain-lain tuduhan lagi yang tidak berasas
sama sekali .
16. Wahabi berkata : menziarahi maqam Nabi
Muhammad s.a.w. di Madinah adalah haram ,
menziarahi kubur muslimin-muslimat juga adalah
dilarang .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 329
Ahli Sunnah Wal Jammah menjawab : menziarahi
maqam Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebesar-
besar ibadah . Menziarahi kubur muslimin-mslimat
juga adalah termasuk dalam ibadah yang berpahala
. Namun begitu kaum wanita yang hendak
menziarahi kubur hendaklah memelihara perkara-
perkara berikut:-
i. Menutup aurat dengan sempurna
ii. Tidak berwangi-wangian
iii. Tidak bertabarruj ( bersolek wajahnya )
iv. Tidak memakai gelang kaki yang berbunyi
ketika berjalan .
v. Tidak bercampur dengan lelaki yang ajnabi (
yang asing yang boleh nikah )
Berniat , mudah-mudahan dengan menziarahi
kubur dapat ingatkan mati dan bertambah semangat
keimanan .
Kaum wahabi melarang ziarah kubur kerana
berdalilkan sebuah hadis yang berbunyi :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 330
ساجد لعن هللا اليهود والنصارى إتخذوا ق : قال النبى صلى هللا عليه وسلم رواه ) بور أنبيآ ئهم م
(البخارى والمسلم
Ertinya : -
Sabda Nabi s.a.w. : Mengutuk Allah kepada orang
Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur Nabi-
Nabi menjadi masjid.”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
Maka difaham oleh wahabi, ziarah kubur itu
serupalah dengan Yahudi dan Nasara yang
menjadikan kubur sebagai masjid . Dalam erti kata
yang lain ‘menyembah Nabi’.
Kita menjawab tuduhan itu , bahawa yang dilarang
itu ialah menjadikan kubur sebagai masjid , dan
Nabi-Nabi dibuat sembahan . Ini yang dilarang
kerana tersebut didalam riwayat , orang-orang
yahudi menyembah Nabi , Nabi Uzair dikatakan
anak tuhan . Mereka menyembah Nabi-Nabi .
Diceritakan dalam sebuah hadis , mafhumnya –
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 331
“Apabila meninggal seorang soleh diantara
mereka, lalu dibuat diatas perkuburannya masjid ,
kemudian dibuat patung-patung (gambar) orang itu
. Itulah mahkluk yang paling buruk disisi Allah
pada hari kiamat.”
(Hadis riwayat Bukahari dan Muslim)
Tetapi apa yang dilakukan oleh Ahli Sunnah Wal
Jamaah ialah ‘menziarahi kubur’ , bukan
‘menyembah kubur’. Dan tidak pula membuat
masjid diatasnya , lebih-lebih lagi tidak dibina
patung padanya . Mungkin ada masjid yang
disebelahnya kubur , tetapi kubur itu tidak
disembah . Jangan keliru, dan jangan sampai
dikelirukan dalam masalah ‘kubur di tepi masjid’.
Kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah menziarahi kubur
itu ada alasannya , seperti tersebut dalam sebuah
hadis :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 332
فزوروا: وفى رواية . نهيكم عن زيارة القبور فزوروها : قال رسول هللا صلى هللا عايه وسلم
رالموت . القبور فانها تذك ( ٣٧٢صحيح مسلم جزا صوره , رواه مسلم )
Ertinya : -
“Bersabda Nabi Muhammad s.a.w. ; (dulu) aku
melarang kamu menziarahi kubur . ( sekarang )
ziarahlah. Dan dalam satu riwayat - “ maka
ziarahlah kubur, kerana ziarah kubur itu
mengingatkan mati .”
(Hadis sahih riwayat Muslim – Sahih Muslim juzuk 1 muka
389 )
Asbabul hadis ini :
Dulunya Nabi melarang menziarahi kubur ,
kerana pada permulaan Islam , tauhid umat Islam
lemah , kerana baru keluar dari kemusyrikan .
Apabila iman telah kental dengan tarbiah keimanan
oleh Rasulullah s.a.w. maka seluruh umat Islam di
anjurkan menziarahi kubur , kerana menziarahi
kubur itu dapat mengingatkan kepada kematian.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 333
17. Wahabi berkata tarikat-tarikat sufiah adalah haram .
Ajaran tasawwuf tidak ada dalam Islam , hanya
penularan fahaman Syiah , Hinduisma , Ghunusiah
dan syirik . Guru mursyid tidak wujud ,
mempercayai adanya guru mursyid adalah batil .
Ahli Sunnah menjawab :
Didalam ajaran yang terdapat dalam ilmu
tasawwuf , khususnya tariqat ialah membersihkan
hati dari sifat mazmumah dan zikir-zikir yang
tertentu bagi mendekatkan diri kepada Allah .
Firman Allah taala :
الة فاذكرهللا قياما وقعودا وعلى جنوبكم فإذا قضيتم الص( ٢٨٣: النساء )
Ertinya :
“ Apabila kamu telah selesai mengerjakan
sembahyang makaingatlah tuhan diwaktu berdiri ,
diwaktu duduk dan ketika berbaring .”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 334
( Surah Annisa’ ayat 103 )
منوا اذكروا هللا ذكرا كثـيرا يآ اي ها الذين ا
( ٤٢: االحزاب )
Etinya :
“Wahai orang-orang yang beriman , ingatlah Allah
sebanyak-banyaknya.”( Al-Ahzab ayat 41 )
Nabi bersabda ,
كر آل اله اال هللا أفضل الذ(رواه الترمذى وابن ماجه )
Ertinya : -
“ Sebaik-baik zikir ialahآل اله اال هللا.”
Dan banyak lagi ayat-ayat Quran dan hadis-hadis
Nabi yang menyuruh manusia itu mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T. Inilah ajaran tasawwuf , yang
sebenarnya dari Al-quran dan Al-hadis.
Dizaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat
Nabi s.a.w. yang bernama Huzaifah Al-Yamani
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 335
Radhiallahu Anhu , beliau disebutkan oleh
muhaddisin ( ulama hadis) adalah seorang yang
dikurniakan ilmu mengenal munafiqin, (siapa yang
munafiq dan siapa yang tidak ).
Ertinya ia mengetahui sampai ke dalam hati
seseorang . Beliau juga dikurniakan ilmu teori
beribadah Untuk mendekatkan diri kepada Allah .
Kebenaran ilmu yang dimiliki oleh Huzaifah r.a.
adalah diakui oleh Rasulullah s.a.w. Semua ini
pada zahirnya adalah tarbiah Rasulullah s.a.w.
Huzaifah Al-Yamani diberikan sebuah madrasah ,
yang mendidik manusia berjiwa luhur yang
mengenal Allah S.W.T. Dari madrasah ini , lahir
seorang ulama sufi – Hasan Al-Basri ( seorang
ulama’ besar , tabi’en , wali Allah yang terkenal –
wafat 110 Hijrah ) .
Ilmu yang dipelopori oleh Saidina Huzaifah Al-
Yamani , yang kemudiannya disambung muridnya
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 336
Hasan Al-Basri , akhirnya dikenali sebagai ‘Ilmu
Tasawwuf.’ Bererti ilmu tasawwuf ini sudah ada
di zaman Rasulullah , hanya nama ‘tasawwuf’ itu
timbulnya lewat . Umpama : Tanah sudah ada ,
nama negerinya belum timbul , kemudian timbul
Tanah Melayu , kemudian lagi timbul Malaya ,
seterusnya Malaysia .
Kemudian lahir lagi ulama-ulama tasawwuf yang
lain , seperti ; -
i. Amir Assubki Al-Kufi - wafat 103 H
ii. Hasan Al-Basri - wafat 110 H
iii. Rabi’atul Adawiyah - wafat 135 H
iv. Sufian As-Sauri - wafat 161 H
v. Ibrahim bin Adham - wafat 161 H
vi. Abu Sulaiman , Daud At-Ta’i - wafat 165 H
vii. Yusuf bin Asbath Assyaibani - wafat 190 H
viii. Sufian bin Aiyyinah Aehilali - wafat 198 H
ix. Fudail bin Ay’yad - wafat 187 H
x. Abdullah bin Al-Mubarak - wafat 181 H
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 337
xi. Syaqiq Al-Balaq - wafat 195 H
xii. Makruf Al- Karkhi - wafat 200 H
xiii. Sari Assaqthi - wafat 257 H
xiv. Abu Abdurrahman , Hatim Al-A’sam- wafat 237 H
xv. Zunnun Al-Misri - wafat 245 H
xvi. Junaid Al-Baghdadi - wafat 297 H
xvii. Abu Yazid Al-Bustami - wafat 261 H
xviii. Al-Qusyairi - wafat 465 H
xix. Abdul Qadir Jailani - wafat H
xx. Al-Ghazali - wafat 505 H
Semua ulama-ulama ini diiktiraf oleh Ahli Sunnah
Wal-Jamaah . Tetapi disanggah oleh Muhammad
bin Abdul Wahab ( wahabi ).
Pokok utama yang ditentang oleh kaum wahabi
terhadap tasawwuf antaranya :
a) Tawasul ( telah diterangkan pada no. 15 )
b) Ziarah kubur ( telah diterangkan pada no. 16 )
c) Rabitah pada amalan tariqat .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 338
d) Wujudnya guru mursyid.
Apakah Rabitah ?
Rabitah itu ialah ‘membayangkan rupa guru
ketika akan berzikir atau pada waktu selainnya .’
Adakah syirik mengamalkannya?
Golongan reformis atau tajdid atau dalam bahasa
Malaysia disebut ‘Pembaru Islam Masa Kini’
(kononnya) , termasuklah wahabi
menghukumkannya haram lagi syirik. Alasannya
menyembah guru .
Rabitah bukan menyembah guru . Pengertian
Rabitah ialah ketika memulakan zikir atau lainnya
, si murid akan bayangkan wajah gurunya . Secara
rohaniah , murid itu dengan gurunya telah bertemu
di Alam Arwah( Alam Malakut) . Mereka berzikir
bersama-sama dan berdoa bersama-sama . Di kala
itu jasmani dan rohani si murid sama-sama berzikir
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 339
, dan sama-sama berzikir di Alam Arwah dengan
gurunya. Jasmani memelihara rukun 13 , rohani
memelihara khusyu’ .
ال صال ة إال خا شعا
Ertinya : -
“ Tidak dinamakan sembahyang melainkan
(sembahyang dengan ) khusyu”.
Bezanya : sembahyang itu terus berdamping
dengan Allah . Zikir tariqat bagi seorang murid itu
pula menerima bimbingan dari seorang guru ( guru
mursyid), di alam kerohanian . Kecintaan seorang
murid terhadap syeikh mursyidnya itulah yang
menyebabkan komunikasi antara murid dengan
syeikh mursyidnya dapat bertemu di Alam Arwah
atau Malakut , sewaktu akan memulakan zikir , atau
pada waktu-waktu lainnya . Itulah yang di alami
oleh ulama-ulama sufi . Di antara kitab yang
membicarakan Rabitah ini ialah : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 340
i. ضياء المريد - Syeikh Daud Al-Fatani
ii. مدارج السالكين - Syeikh Abdul Wahab Sya’rani
iii. بحر المورود - Syeikh Abdul Wahab Sya’rani
iv. مفتاح الفالح - A’taillah Assakandari
v. احياء علوم الدين - Al-Ghazali
vi. جوا هرالعلوم - Syeikh Nuruddin Al-Raniri
vii. سير السالكين - Syeikh Abdussamad Palembani
viii. فتح العارفين - Syeikh Ahmad Khatib
Annaqsyabandi
Dan berbagai-bagai kitab lagi , dari kalangan ulama
Ahli Sunnah Wal-Jamaah . Semua mereka ini tidak
menolak Rabitah .
Jika mereka menolak wujud guru mursyid yang
dapat menyelam hati murid , maka mereka juga
menolak kelebihan yang ada pada sahabat Nabi
Muhammad s.a.w. , iaitu Huzaifah Al-Yamani .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 341
Kalau begitu , jelaslah kejahilan mereka tentang
tasawwuf . Umpama orang yang mengaku amat
mengerti tentang Amerika , tetapi belum pernah
membaca tentang Amerika , apatah pergi ke
Amerika , jauh sekali . Tiba-tiba berkata , ia amat
mengerti tentang Amerika dan menolak pula
pendapat orang-orang Amerika yang
memperkatakan hal-hal orang Amerika . Jelaslah
kebodohan dan kejahilannya dan gilanya.
Kitab-kitab tasawwuf itu pula , haruslah belajar
dengan berguru . Jangan dibaca sendiri tanpa guru .
Akibatnya dua keadaan : -
i. Menolak terus ( sebab tidak faham perkataan
ahli sufi itu , lalu menuduh mereka sesat )
ii. Sesat terus ( sebab cuba meniru-niru dengan
jalan yang salah )
Tuduhan kepada ahli-ahli tariqat itu terpengaruh
dengan fahaman Syiah , Hinduisma , Ghunusiah
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 342
dan Syirik adalah sama dengan ‘mengkafirkan
orang yang tidak kafir’. Orang yang menuduh itu
sebenarnya buta sejarah mengenai timbulnya
agama-agama kafir didunia ini .
Rabitah ( ) ertinya pertalian atau perhubungan.
Jauh sekali untuk diertikan sebagai ‘penyembahan’.
Rabitah boleh juga disebut membayangkan wajah
guru – dalam istilah ilmu tariqat (tasawuf).
Membayangkan itu dengan niat mengasihi guru,
bukan menyembahnya. Mengasihi guru itu adalah
dituntut oleh agama. Selain itu dituntut juga
mengasihi ibu bapa, anak-anak dan muslimin.
Adakah membayangkan wajah guru, ibu bapa,
anak-anak dan saudara seislam kerana mengasihi
mereka dihukumkan syirik? Orang-orang yang
mengatakan rabitah itu syirik kerana tidak faham
ilmu tasawwuf lalu menghukum dengan membuta
tuli. Tidakkah mereka telah mengkafirkan orang-
orang yang tidak kafir?,
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 343
Soalan
Ada pendapat mengatakan Nabi Isa a.s telah wafat ,
seperti kata Syeikh Shaltut dan tersebut didalam tafsir
Al-Azhar karangan professor Dr.Hamka.
Adakah pendapat ini benar?
Jawapan : -
Untuk menyanggah pendapat ini , marilah kita
merenungkan firman Allah Ta’ala didalam surah An-
nisa’ ayat 157 dan 158.
اع ب ات ال ا م ل ع ن ه م ب م ه ال م ط ه ن م ك ى ش ف ل ه ي ا ف و ف ل ت اخ ن ي ذ ال ن ا و طم ه ل ه ب ش ن لك و ه و ب ل ا ص م و ه و ل ت ا ق م و
﴾٢٥ ٧﴿ام ي ك ا ح ز ي ز ع هللا ان ك و ه ي ل إ الله ه ع ف ر ل ب ﴾٢٥ ٨﴿ان ي ق ي ه و ل ت ا ق م و ج ن الظ
Ertinya:
“ Mereka ( yahudi) tak dapat membunuh dia ( Isa a.s)
dan tak dapat mensalibnya. Akan tetapi disamarkan atas
mereka ( yakni mereka hendak membunuh Isa a.s tetapi
yang terbunuh ialah seorang lain yang serupa Nabi Isa
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 344
a.s ) dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih
faham tentang itu , adalah dalam keraguan. Mereka
tidak berpengetahuan tentang itu, kecuali denganturut
sangkaan saja. Mereka tidak membunuhnya dengan
yakin, tetapi Allah mengangkatnya kepadaNya. Dan
adalah Allah itu Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.”
Maksud kata ‘RAFA’A’ (رفعه ) pada ayat tersebut
yang bererti mengangkat bermaksud ‘angkat badan’,
bukan angkat roh atau mertabat . Kerana Nabi Isa ketika
itu hendak dibunuh oleh kaum yahudi.
Oleh itu berlakunya ‘mengangkat oleh Allah akan Nabi
Isa a.s’ dikala itu tidaklah tepat kalau ditafsirkan –
diwafatkan lalu diangkat ke langit. Jika ditafsirkan
‘diwafatkan’ , maka pendapat ini menyalahi kaedah,
bahkan membawa kepada mubtadi’ ( pembidaah).Lihat
firman Allah dalam surah Ali Imran ayat55,
وهللا خير الماكرين طومكروا ومكر هللا إ نى متـوفيـك ورافعك إلى إذ قال هللا يا عيسى﴾٥٤ ﴿
﴾٥٥ ﴿الخ...ومطهرك من الذين كفروا
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 345
( ٥٥- ٥٤الى عمران)
Ertinya:-
Mereka Itu ( yahudi ) menipu ( sedaya upaya
hendak membunuh Nabi Isa a.s ) , dan Allah balas tipu
daya mereka . Dan Allah itu sebaik-baik pembalas.
Ingatlah tatkala Allah berfirman : Wahai Isa , Aku
ambil engkau dan Aku angkat engkau kepadaKu dan
Aku bersihkan dikau dari gangguan orang-orang kafir
itu.
Hujah mengatakan Nabi Isa a.s , tidak diwafatkan :-
Firman Allah yang bermaksud “ Aku ambil engkau dan
Aku ambil engkau kepadaKu.. “ membawa erti , Allah
S.W.T akan menyelamatkan Nabi Isa daripada terkena
bunuh oleh musuhnya.
Bererti , jika mati jua akhirnya , tentulah membawa
maksud – tidak selamat jua akhirnya. Oleh itu sudah
tentu ia ( Nabi Isa a.s ) masih hidup kerana diselamatkan
oleh Allah S.W.T.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 346
Abu Hurairah meriwayatkan , sabda Nabi s.a.w. :
ليب والذى نفسى بيده ليوشكن ان ينزل فيك ... م إبن مريم حكما عدال فيكسر الص (روايه بخرى)
Ertinya : -
“ Demi Tuhan yang diriku berada pada
kekuasannya , sesungguhnya hampir turun (Isa) anak
Maryam , pada kamu kelak ( akan ) menjadi hakim yang
adil, lalu ia akan hancurkan salib”.
( Hadis riwayat Al-Bukahari )
Jika diperhatikan dengan betul akan hadis ini
menunjukkan yang akan turun itu bukannya ‘mayat’ .
Tetapi manusia yang hidup , iaitu Isa a.s.
Lihat surah An Nisa’ ayat 159
ن اهل الكتاب اال ليـوء منن به قبل موته ويوم القيامة يكون عليهم شهيدا وان م ( ٢٥٢النسأ )﴾٢٥ ٢﴿
Ertinya :-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 347
“ Tidak seorang pun dari ahli kitab , melainkan beriman
kepadanya ( Nabi Isa a.s ) sebelum wafatnya . Dan pada
hari qiamat , Isa menjadi saksi atas mereka itu.”
Pengertian ayat ini jelas , Nasi Isa a.s. belum wafat .
Mustahil sudah wafat dahulunya. Datang qiamat nanti ,
wafat sekali lagi.
Maka kesimpulannya , golongan yang mentafsirkan
‘MUTAWAFFIKA’ ( متـوفيـك) pada ayat 55 surah Ali Imran
bererti ‘ mematikan’ , yang membawa erti Nabi Isa telah
wafat( mati ), jelas bid’ahnya lagi mubtadi’ ( ع د ت ب م) ,
pembid’ah.
Begitulah kesimpulan pengertiannya yang tersebut
didalam tafsir Ibnu Katsir dan huraian dalam Fathul
Bari.
Soalan :-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 348
Ada orang mengatakan menyentuh kitab Al-quran
tidak berwudhuk tidak berdosa. Apakah hujah yang
mengatakan wajib berwudhuk untuk menyentuhnya.
Jawapan
Memang ada pendapat yang mengatakan
menyentuh mashaf Al-quran tidak wajib berwudhuk,
dalilnya.
ه إال المطهرون ال ي مس
Ertinya
“ Tiada yang menyentuhnya melainkan mereka yang
suci”.
Hujah mereka : -
“ Tiadalah yang menyentuhnya” - dhomirnya kembali
kepada Lauhun Mahfuz.
“Melainkan mereka yang suci” – maksud kata ‘mereka’
dalam ayat ini kembali kepada malaikat.
Jadilah pemahamannya – tiadalah yang boleh
menyentuh Lauhun Mahfuz itu melainkan malaikat yang
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 349
suci sahaja. Ertinya boleh menyentuh Quran tanpa
wudhuk kerana bukan Lauhun Mahfuz. Untuk
meneruskan menjawab masalah ini , bacalah ayat yang
seterusnya :
ب العالمين ن ر تنزيل مErtinya:-
“ Iaitulah yang diturunkan dari tuhan sekelian alam”.
Ertinya yang tadi dikatakan tidak boleh disentuh itu
ialah Lauhun Mahfuz. Tetapi sambungan ayat tadi
berbunyi “ iaitulah yang diturunkan dari tuhan sekelian
alam” – membawa erti yang ‘diturunkan’ itu ialah
Lauhun Mahfuz!
Seperti yang kita maklumi , yang diturunkan oleh Allah
ialah kitab Al-quran , bukan Lauhun Mahfuz.
Oleh itu tidaklah tepat jika dikatakan : -
a) “Tiadalah yang menyentuhnya” (NYA – ialah
Lauhun Mahfuz )
- Kerana Lauhun Mahfuz tidak diturunkan.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 350
b) “Melainkan mereka yang suci” ( mereka bererti
malaikat)
- kerana semua malaikat adalah suci, tidak ada
yang tidak suci.
Oleh itu hendaklah ditafsir begini : -
a) “ Tiadalah yang menyentuhnya” ( NYA –ialah
kitab Al-quran)
- kerana yang diturunkan adalah kitab Al-quran .
b) “ Melainkan mereka yang suci”( mereka –
manusia)
- kerana manusia itu ada yang suci , ada pula
yang tidak suci.
Kesimpulannya: -
Wjiblah berwudhu’ (bersuci) apabila menyentuh Al-
quran .
Kata Imam Annawawi didalamمنهاج الطالبين
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 351
“Dan haram dengan sebab berhadas itu , sembahyang,
tawaf , membawa mushaf dan menyentuh
lembarannya”.
Begitulah juga telah berkata oleh beberapa ulama
muktabar akan keharaman menyentuh mushaf ,
antaranya : -
i. Imam Jalaluddin Al-Mahalli dan Imam
Jalaluddin As-Sayuti didalam tafsir Jalallain.
ii. Imam Syauqani didalam Nail Al-Authar
iii. Syeikh Daud Al-Fatani didalam kitab-kitab
feqah karangannya yang berpuluh-puluh jenis.
iv. Syeikh Mohd Irsyad bin Abdullah Al-Banjari
didalam kitabnya SabilalMuhtadin.
v. Syeikh Abdussamad Al-Palembami didalam
kitab Siyarussalikin.
vi. Fiqhul Islami Wa Adillatuhu bagi Dr. Wahbah
Zuhaili.
Dan lain-lain.
Wallahu ‘Alam
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 352
Soalan : -
Adakah Allah duduk di atas Arash ? Seperti
firmanNya : -
حمن على الر ى العرش استو ( ٥سوره طه اية )
Yang bermaksud : -
“ Ar-Rahman bersemayam diatas Arash ”.
Jawaban
“ Allah yang Maha Pengasih bersemayam diatas
Arash” – Perkataan ini ialah perkataan kiasan. Ertinya
Allah itu memerintah alam yang luas ini.
Umpamanya kita berkata : “ Maka anak raja itu
pun bersemayam diatas takhta kerajaan ayahandanya ”.
Maksudnya , anak raja itu memerintah bagi
menggantikan ayahandanya , meskipun ia tidak
sebenarnya bersemayam ( duduk bersila ) diatas takhta
kerajaannya itu. Umpama kita kata : “ Tangannya
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 353
terbelenggu ” yang membawa pengertian : “ Dia
seorang yang bakhil ”.
Ayat-ayat suci Al-quran yang serupa dengan ayat ini
tersebut dalam 7 tempat didalam Al-quran.
i. Surah طه ayat 5
ii. Surah االعرافayat54
iii. Surah يونس ayat 3
iv. Surah الردayat 2
v. Surah الفرقانayat 59
vi. Surah السجده ayat 4
vii. Surah الحديدAyat 4
Kaum yang batil mengatakan إستوى yang didalam ayat-
ayat itu dengan makna “Allah duduk bersila diatas
Arash ” .
Pegangan seperti ini ditolak oleh Ahli Sunnah Wal
Jamaah . Ahli Sunnah Wal Jamaah mentafsirkan ayat
itu dengan menta’wilkan perkataan ستوىا itu dengan “ ىلستوا ”
yakni ‘menguasai’ atau ‘memerintah’. Sila rujuk kitab-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 354
kitab berikut : -
i. Tafsir Jalallain – jilid 3 muka surat 82
ii. Tafsir Farid Wajdi – muka 412
iii. Tafsir Ruhul Bayan – jilid 5 muka surat 363
Ulama khalaf ( 300 Hijrah hingga sekarang )
menganggapbahawa menta’wilkan dengan ‘menguasai’
atau ‘memerintah’ adalah lebih selamat bagi iktiqad.
Bersesuaian dengan ayat didalam surah Ashshura :
( ٢٢سوره الشورى اية ) ئ ه ش ل ـثم ك س ي ل
Ertinya : -
“ Tiada yang menyerupaiNya (Allah) sesuatu jua”
Maka berkata “Allah duduk bersila diatas Arash” adalah
bersamaan duduknya makhluq. Maka tertolak ayat
diatas. Tentulah batil.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 355
Didalam bahasa arab ستوى ا boleh diertikan jua dengan
makna berlabuh , seperti didalam ayat :
ىد و ج ى ال ل ع ت و ت اس و
( 44سوره هود اية )
Ertinya : -
“ Dan berlabuhlah ( perahu Nabi Nuh ) diatas (bukit)
Judi”
Dengan dalil-dalil ini, jelaslah pendapat “ Allah duduk
bersila diatas Arash” adalah sesat lagi menyesatkan.
Mereka mendakwa , mereka menganut Faham Salaf (
dari zaman Nabi hingga 300 Hijrah ).
Perlu difaham bahawa ulama’ Salaf beriktiqad ,
perkataan itu – ‘ hanya Allah yang tahu ertinya yang
haqiqi’, bukan ‘duduk bersila’
Wallahu A’lam.
Soalan : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 356
Adakah sampai pahala bacaan Al-quran , tahlil
dan sebagainya oleh orang yang hidup kepada yang
telah mati?
Jawapan:-
Menurut sebuah hadis yang berbunyi :-
Telah bersabda Nabi s.a.w ,
فإذا لحقته كانت خيراله من . فى القبر كالغريق المغوث ينتظر دعوة تلحقه من أخيه أو صديق له ت ـ يم ل ا
عاء واألس . الد نيا وما فيها تغفار وأن هدا يا اال حياء لال موات الد
Ertinya : -
“ Bermula mayat didalam kubur itu seperti orang
yang tenggelam ( lemas didalam air ) , yang
berkehendakkan pertolongan orang (yang hidup).
Menanti ia akan doa orang yang menghubunginya
daripada saudara atau sahabatnya. Maka apabila
menghubungi, nescaya terlebih baik baginya daripada
dunia dan isinya. Dan bahawasanya hadiah-hadiah
orang yang hidup bagi orang-orang yang mati itu ialah
doa dan istighfar.”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 357
Dan lagi hadis yang berbunyi و
ة ثم وهب أجره من مر بال: قال النبى صلىاهلل عليه وسلم مقابر فقراء قل هو هللا احد احدى عشرة مر
.أعطى من االجر بعدد االموات . لالموات
Ertinya: -
Barangsiapa yang lalu ia di tanah perkuburan, maka
membaca ia قل هو هللا احدsebelas kali, kemudian dihadiahkan
pahala bacaannya kepada sekelian roh ahli kubur itu ,
nescaya diberi pahalanya dengan sebilang orang yang
daripada ahli kubur itu.
Tersebut dalam Hadis Bukhari dan Muslim, daripada
Ai’syah r.a.h berkata و
من مات وعليه صيام صام عنه ولي ه . عليه وسلم قال رسول هللا صلىاهلل
Ertinya :-
Rasulullah s.a.w bersabda . “ sesiapa yang telah
meninggal dunia, sedangkan masih ada baginya
kewajipan puasa yang tidak ditunaikan, maka walinya
(warisnya), berpuasa bagi pihaknya.”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 358
Tersebut dalam kitab syarah sudur , Imam Sayuti :
“Jumhur ulama pada salaf dan ketiga-tiga imam mazhab
( Malik, Hanifah dan Ahmad Hambal) mengeluarkan
hujah , bahawa sampainya pahala bacaan quran kepada
si mayat, dengan menqiaskan hadis suruhan ke atas
waris mempuasakan bagi yang telah meninggal dunia itu
.
Dengan keterangan di atas , jelas menunjukkan
sampainya pahala bacaan al-quran , tahlil dan
sebagainya oleh orang hidup kepada orang yang telah
mati.
Adapun kata Imam Syafie yang mengatakan tidak
sampai pahala bacaan al-quran kepada si mati , maka
telah diterangkan oleh ulama syafieah , bahawa – ‘
tidak sampai sekiranya tidak diniatkan sebagai hadiah
kepadanya.’
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 359
Diantara ulama mazhab Syafie yang mengatakan
sampainya pahala bacaan al-quran kepada si mati ,
diantaranya :-
1. Imam Nawawi a. Lihat AL-AZKAR- bab ما ينفع الميت من قو ل غيره
b. Lihat – SYARAH
MUSLIM
2. Syeikh Ramli - lihat BUGHIATUL
MUSTARSYIDIN
3. Syeikh IIbnu Hajar - lihat BUGHIATUL
MUSTARSYIDIN
4. Ibnu Rifa’ah - lihat ITTIHAFUSSA’ADAH
5. As Subki - lihat
I’A’NATTUTTHOLIBIN
Ulama hadis lain yang menerangkan masalah ini : -
1. Imam Bukhari - lihat SAHIH BUKHARI ,bab - …
باب الشرط فى الرقيه: كتاب الطب
2. Imam Abu Daud - lihat SUNAN ABI DAUD,
bab - …. كتاب الوصايا باب ماجاء فى وصية الحربى Dan lain-lain.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 360
WALLAHUWALIYUTATAUFIQ WAL-HIDAYAH
Soalan : -
Bolehkah membaca Al-Quran Untuk dihadiahkan
kepada si mati ditanah perkuburan . Atau dalam istilah
yang lain ‘menunggu kubur’ selama tujuh hari?
Tidakkah duduk di perkuburan itu Nabi melarang
sebagai larangan yang haram ?
Jawapan :
Tersebut didalam AL-AZKAR bagi Imam Nawawi
, bahawa Imam Syafie dan pengikutnya berkata : “ Jika
mereka yang hadir di perkuburan mengkhatamkan
Quran adalah terlebih baik .”
Tersebut didalam FATHUL BARI ( باب الجريدة على القبر)
At-Thahawi meriwayatkan : -
٢ . كان ابن عمر رضى هللا عنهما يجلس على القبور
Ertinya :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 361
“ Bahawa adalah Ibnu Umar r.a duduk di atas
kubur “
٢. ان على بن ابى طالب كان يجلس على القبور
Ertinya :
“ Bahawa Ali bin Abi Talib, adalah beliau duduk di atas
kubur “
Yang mengatakan haram duduk diatas kubur itu ,
baiklah…. Lihat sahaja hadis ini yang tersebut didalam
kitab AL-KABIR : -
Usman bin Hakim berkata ….
ة يزيد بن ثابت م ى على قبر وأخبرنى عن ع ن لس ج أ بيد ف ة بن زيد المقابر فذكرت ذلك فأخذ ج ار فرأيت خ
.ه ذلك لمن أحدث عليه ر إنما ك , قال Ertinya :-
Aku melihat Kharijah bin Zaid ( bin Tsabit ) ditanah
perkuburan. Aku berkata kepadanya , hadis Abu
Hurairah itu (yang melarang duduk diatas kubur –
umpama duduk di atas bara api) . Maka dipegangnya
tanganku , lalu mendudukkan aku diatas kubur .Dan ia
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 362
menceritakan kepadaku daripada bapa saudaranya
Yazid bin Tsabit ( sahabat Nabi) berkata :
“ Sesungguhnya semata-mata diharamkan terhadap
duduk di atas itu hanyalah bagi mereka yang membuang
air besar atau air kecil diatasnya.”
Rujuk FATHUL BARI ( باب الجريدة على القبر) , kata Ibnu
Hajar ,
‘ Sanad hadis ini adalah sanad yang sahih.”
Kalau begitu , jika duduk kerana membaca Al-Quran ,
tidaklah haram , bahkan digalakkan.
Tersebut didalam kitab SYARAH AR-RAUDH bagi
Syeikh Islam Zakaria Al-Ansori : -
(Furu’) : Bermula upah baca Quran diatas kubur pada
masa yang maklum atau qadar yang maklum itu , harus.
Kerana mengambil manfa’at dengan turun rahmat waktu
dibacanya , seperti mengambil upah azan dan mengajar
Quran.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 363
Dan adalah orang mati itu seperti orang hidup ,
samada di ikuti dengan doa atau dijadikan pahala bacaan
itu bagi mayat atau tidak, maka kembali manfaat itu
kepada si mati.
Wallahu A’lam
Soalan :-
Didalam kitab إعانة الطالبينjuzuk 2, halaman 146 ,
tercatitpengharaman Imam Shafie Rahimahullah ,
tentang kenduri arwah . fatwanya: -
وبعد االسبوع ونـقل الطعام الى الق الل والث .بر ويكره اتخاذ الطعام فى اليوم االو
Ertinya: -
“ Dan ditegah menyediakan pada hari pertama
kematian, hari ketiga dan seterusnya sesudah seminggu.
Dilarang juga membawa makanan kekuburan.”
Fatwa Imam Shafie lagi : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 364
الميت فى يوم يموت وليلته طعاما ما يشبعهم وإن ذ واجب لجيران الميت اوذى قرابتـه ان يعملوا الهل
.لك سنة
Ertinya: -
“ Aku suka kalau jiran si mati atau saudara mara si
mati menyediakan makanan untuk keluarga si mati pada
hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan
mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah.”
Fatwa Imam Shafie ini berdasarkan hadis sahih ; -
ا جآء نعى جعفر حين قتل : قال عبدهللا بن جعفر ل اصنعوا آل: قال النبى صلى هللا عليه وسلم . لم
جعفر طعاما فقد اتا هم ما يشغلهم (حسن الترميزي وصححه الحكم )
Ertinya : -
“Abdullah bin Ja’afar berkata : ketika tersebar berita
tentang terbunuhnya Ja’afar , Nabi s.a.w. bersabda :
Hendaklah kamu menyediakan makanan Untuk keluarga
Ja’afar , mereka telah di timpa keadaan yang
menyibukkan ( kesusahan ).”
( Hadis Hasan , riwayat At-Tarmizi , disahih oleh Al-Hakim)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 365
Fatwa Imam Syafie lagi , tersebut di dalam إعانة الطالبين
juzuk 2, halaman 146 -147 : -
.لك حرام رة المكروه فعله ما يفعل الناس من الوحشة والجمع واالربعين بل كل ذومن البدع المنك Ertinya : -
“ Dan antara bid’ah yang munkar ialah kebiasaan
orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil
berkumpul beramai-ramai melalui upacara ( kenduri
arwah ) dihari keempat puluh pada hal semuanya ini
haram.”
Ini bermakna mengadakan kenduri arwah
(termasuk tahlil dan bacaan Yasin beramai-ramai) pada
hari pertama , ketiga , ketujuh , keempat puluh,
keseratus, setelah setahun kematian dan hari-hari
seterusnya sebagaimana yang di amalkan oleh
masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan
bid’ah menurut fatwa Imam Syafie .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 366
Oleh itu mereka yang mendakwa bermazhab Syafie
sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram ini
sebagai mematuhi wasiat imam yang mulia ini.
Wallahu A’lam
Soalan : -
BENARKAH KITA BERMAZHAB SYAFIE? ATAU
BERMAZHAB MELAYU?
Jawapan :-
Memang terdapat larangan mengadakan kenduri
arwah didalam fatwa Imam Syafie . seperti yang
disebutkan didalam soalan tadi . Tetapi fatwa-fatwa itu
hendaklah dibaca hingga habis. Jangan baca separuh
sahaja. Tersebut didalam hadis riwayat Baihaqi ,
berbunyi begini : ( Hadis 1)
ليه وسلم فى جنازة خرجنا مع رسول هللا صلى هللا ع: عن عاصم بن كليب عن رجل من اال نصار قال
فرأيت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يوصى الحافر يقول أوسع من قبل رجليه أوسع من قبل رأسه فلما
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 367
رجع استقبله داعى امرأته أى زوجة المتوفى فأجاب ونحن معه فجىء بالطعام فوضع يده ثم وضع القوم
... ك لقمة في فيه فأكلوا ونظرنا رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يلو (رواه البيهقى فى دال ـءل النبوه )
Ertinya : -
“Diriwayatkan daripada A’sim bin Kulaib daripada
seorang lelaki ( sahabat Nabi ) dari kalangan kaum
Ansar , berkata : “Kami telah keluar bersama
Rasulullah s.a.w. kepada jenazah, kami melihat
Rasulullah s.a.w. berpesan kepada penggali kubur
dengan katanya : “ Luaskan pada pihak dua kakinya
dan pihak kepalanya .” Tatkala sekembalinya baginda ,
datang seorang pemanggil jemputan bagi pihak isteri si
mati . Baginda menerima jemputan itu dan kami
bersama-samanya . Kemudian dihidangkan makanan ,
lalu Rasulullah menjamahnya . Setelah itu sahabat pula
menjamahnya , lalu mereka punmakan . Kami melihat
Rsulullah s.a.w. menyuap satu suapan ke mulutnya . . .”
Tersebut pula dalam riwayat yang lain , di riwayatkan
oleh Imam Ahmad bin Hambal :
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 368
.يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحيون أن ي طعم عنهم تلك اال يام إن الموتى
Ertinya : -
“ sesungguhnya orang yang mati dicuba dan diuji
(dengan soal kubur ) di dalam kubur mereka selama
tujuh hari. Adalah sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
menyatakan sunat diadakan jamuan makan bagi pihak
orang yang telah mati ( dengan di hadiahkan pahala
jamuan itu kepada di mati ) pada tujuj hari tersebut .”
Kenyataan riwayat ini didalam kitab الحاوى للفتاوى bagi Imam
Sayuti . Apakah hukum mengikut amalan
sahabat Nabi? Sabda Nabi s.a.w.
اشدين بعدى .عليكم بسنتى وسنة خلفآء الر Ertinya : -
“ Sekelian kamu mengikut sunnahku dan sunnah
Khulafa Irrasyidin selepasku .”
Tersebut pula didalam kitab قرة العين بفتاوى علماء الحرمين :-
Soalan kepada Syeikh Husain Ibrahim Al-Maghribi ,
mufti mazhab Maliki di mekah : “ Apakah pendapat
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 369
tuan tentang jamuan makan yang di adakan bagi
pembaca-pembaca Al-Quran dan yang lain dari mereka
pada hari ke tujuh kematian? Tidak lain yang diniatkan ,
hanyalah semata-mata untuk mendoakan rahmat bagi si
mati dan menghubungkan silaturrahim . Ada pendapat
mengatakan haram melakukannya dan tidak harus
memakan jamuan itu. Silalah tuan berikan jawapan .
Jawab Syeikh Husain Ibrahim Al-Magribi : “ Apabila
diadakan jamuan makanan itu Untuk mendoakan
rahmat bagi si mati dan menghubungkan silaturrahim di
mana ianya menaikkan semangat dan menjuruskan hati
agar segera berdoa kepada si mati serta memohankan
rahmat baginya , maka ianya adalah niat yang baik ,
sesungguhnya segala amalan itu semata-mata dengan
niat. Inilah ( niat yang baik ) menjadi dasar daripada
sekelian asas yang dipegangi pada sekelian dan
perbuatan. Tiadalah menjadi bid’ah ( yang dilarang )
jika dilakukan jamuan ( kenduri arwah ) tersebut
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 370
sebagai perkara agama dan syariat , kerana menjadi
hak simati ke atas walinya.”
Soalan lagi kepada Syeikh Husain Ibrahim Al-Magribi :
“ Apakah pendapat tuan tentang membaca quran dan
mengerjakan perkara yang tertentu ( Untuk di hadiahkan
pahalanya kepada si mati ) pada hari ketujuh kematian?
Apakah amalan sebegitu mempunyai sandaran daripada
sahabat ataupun tidak?
Adakah sampai pahala bacaan itu kepada si mati
ataupun tidak?
Jawab Syeikh Husain Ibrahim Al-Magribi :- “Telah
ditanyakan orang persoalan itu kepada Imam Abu Said
bin Lub Rahimahullahu Ta’ala , lalu Imam Abu Said
menjawab – “ Ibnu Batthal meriwayatkan daripada
Ibnu Thawus daripada Thawus : “ Adalah mereka (
sahabat-sahabat Nabi Radhiallahuanhum ) menyatakan
sunat tidak meninggalkan si mati selama tujuh hari ,
disebabkan mereka itu diuji dengan soal kubur , dan
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 371
dihisab dalam kubur mereka selama tujuh hari .” Imam
Syafie menerangkan apa yang dimaksudkan dengan
perkataan Thawus – ‘ Adalah mereka itu ‘ diatas, ialah
sahabat-sahabat Nabi s.a.w.”
Ibnu Batthal menegaskan lagi : -“Riwayat ini adalah
asal sandaran yang kuat , bagi amalan hari ketujuh
selepas kematian yang dikerjakan oleh kebanyakan
umat Islam pada masa ini . Sandaran sahabat ini
menghendaki bahawa jangan ditinggalkan si mati
keseorangan dalam kuburnya pada tujuh hari tersebut .
. .( maksud tidak ditinggalkan simati – iaitu
menghadiahkan kepadanya pahala bacaan-bacaan Al-
Quran dan sebagainya ).”
Tersebut pula di dalam kitab الحاوى للفتاوى karangan
Imam Sayuti Rahimahullahu Ta’ala , beliau menulis
( yang bermaksud ) : -
“ Bahawa sunat membuat jamuan selama tujuh hari
selepas kematian itu , telah sampai perkhabaran
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 372
kepadaku bahawa amalan ini bereterusan hingga
sekarang di Mekah dan Madinah”.
Jelasnya bahawa ianya tidak pernah ditinggalkan sejak
dari zaman sahabat Radhiallahuanhum hingga sekarang .
Sesungguhnya penduduk Mekah dan Madinah yang
terkemudian telah menerima amalan tersebut ( kenduri
arwah ) daripada salaf hingga ke masa kurun yang
pertama ( zaman sahabat Radhiallahuanhum).
Imam Sayuti , atau nama sebenarnya Syiekh
Jalaluddin As-Sayuti ( جال اللدين السيو طى ) dilahirkan sekitar
700 Hijrah .
Kesimpulannya :
Berpandukan keterangan dalam soalan yang
mengatakan ‘haram buat kenduri arwah’ , dan dalam
jawapan kami pula , didatangkan dalil-dalil yang
mengharuskan , maka jadilah ‘berlawan-lawanan dalil’ .
Menurut kaedah feqah : Menggunakan dua dalil yang
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 373
berlawanan dengan cara menghimpunnya dan
membuang perselisihan diantara keduanya adalah
terlebih utama daripada meninggalkan salah satu
daripadanya .
Maka oleh itu , ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah
merumuskan hukum kenduri arwah itu seperti berikut :-
1. Haram , sekiranya : -
a. Perbelanjaan kenduri itu menggunakan harta si
mati yang wajib di bayar hutangnya yang
belum berbayar .
b. Perbelanjaan kenduri itu menggunakan harta
simati yang perlu dibuat tanggungan anaknya
yang masih kecil ( anak yatim )
c. Perbelanjaan kenduri itu menggunakan harta
simati yang diuruskan hartanya itu oleh orang
yang tidak dibenarkan syarak
mengurusnya
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 374
d. Perbelanjaan kenduri itu menggunakan harta si
mati tanpa persetujuan pewarisnya .
e. Perbelanjaan kenduri itu menggunakan harta si
mati yang warisnya tidak diketahui dimana
mereka berada.
f. Perbelanjaan kenduri itu dari wang haram si
mati (seperti wang hasil perjudian).
g. Jamuan kenduri itu diadakan Untuk meratapi
kematian si mati .
h. Dibuat kenduri bercampur gaul lelaki dan
perempuan ( haram kerana bercampur ) .
i. Dibuat kenduri kerana berfahaman roh balik
kerumah . ( Haram kerana fahaman yang
sesat) .
j. Dibuat kenduri kerana berfahaman –
‘menghalau roh jahat : ( haram kerana
fahaman yang sesat ).
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 375
k. Untuk bermegah-megah.
2. Makruh , sekiranya : -
a) kenduri itu diadakan sebagai adat kebiasaan
penduduk setempat.
b) Kenduri itu diadakan kerana meraikan tetamu
yang datang mengucap ‘Takziah .’
c) Kenduri itu diadakan bagi menghilangkan rasa
sunyi kerana kematian .
3. Harus , sekiranya : -
a) Menggunakan wang perbelanjaan kenduri itu
dari wang yang harus menggunakannya.
Seperti wang simati sendiri. Yang banyak
tersimpan , atau wang hasil pengumpulan ahli
keluarga atau jiran-jiran .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 376
b) Mendoakan kenduri dengan niat
menghadiahkan pahala kenduri itu kepada si
mati.
c) Adakan Majlis kenduri mengikut syariat ,
seperti tidak bercampur gaul lelaki dan
perempuan .
Mudah-mudahan mendapat pahala kepada si mati dan
kepada si penaja kenduri .
Oleh yang demikian jika terdapat kata ulama, bahawa
‘kenduri arwah itu haram !’ seperti yang tersebut
didalam beberapa kitab feqah , maka hendakalah
difahami haram itu kerana perkara-perkara yang
disebutkan tadi , bukan haram secara mutlak .
Dari keterangan ini dapatlah disimpulkan, bahawa
mengadakan majlis kenduri arwah itu ada sandarannya
dari pekerjaan agama . Bukan sengaja diada-adakan
bahkan ada tempat ambilannya . Bukan mazhab melayu
tetapi MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 377
Sembahyang sunat Qabliah ( sebelum magrib)
Dalil-dalil yang menunjukkan adanya solat sunat
sebelum magrib.
Dalil 1 – Tersebut didalam fiqh sunnah Assayid Sabiq
juz 2, muka surat 23 :
ان النبىصل هللا عليه وسلمصلى قبل المغرب ركعتين .إبن حبان و فى رواية
Ertinya : Dan dalam satu riwayat bagi Ibnu Hibban
bahawa Nabi s.a.w ada lakukan sunat sebelum magrib
sebanyak dua rakaat.
Nota:- Adapun pendapat Al-Qadhi Abi Bakar Ibnul
Arabi :-
حابة د لم يفعلهما اح بعد الص Ertinya :- Tidak ada seorang pun yang melakukan dua
rakaat itu ( qabliah maghrib) selepas sahabat.
Adalah pendapat ini di batalkan oleh Abu Tamin
daripada Tabi’i, ada melakukannya.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 378
Rujuk - Fathul Bajuri juz 3 , muka surat 302 ,
Karangan Assyaikh Ibnu Hajar Al-Asqalani.
Diriwatatkan dari Abdullah Al-Muzani , dari Nabi s.a.w
Bersabda : -
صل وا قبل صالة المغرب قال فى الثالثة لمن شاء كرا هية ان يتخذ ها الناس سنة
Ertinya : - Sembahyanglah kamu sebelum sembahyang
maghrib dan dikatakannya pada ketiga kalinya : bagi
siapa yang mahu (kerjakannya) , kerana khuatir
sembahyang itu dijadikan orang sebagai sunat
muakkadah.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Maksud hadis ini , bukanlah baginda Nabi s.a.w
maksudkan menafikan kesunatannya , kerana
bahawasanya tidak mungkin baginda memerintah
dengan suatu yang tidak sunat , bahkan hadis ini
daripada sekuat-kuat dalil atas kesunatannya.Tetapi
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 379
bukan sunat muakkad, hanyalah sunat ghairi muakkad
( غيرمؤكد)
- Demikian kata Almuhibbuttabari
Dalil 2 – Diriwayatkan dari Anas Radhiallahu Anhu : -
ب ي ر غ م ال ل ج الر ن ى ا ت ح ن ي ت ع ك ا ر و ع ك ر ف ى ار و وا الس ر د ت ب إ ب ر غ لم ا ة ال ص ل ن ذ ؤ م ال ن ذ ا ا ذ إ ف ة ن ي د م ال ا ب ن ك
. ا م ه ي ل ص ي ن م ة ر ث ك ن م يت ل ص د ق ة ال الص ن ا ب س ح ي ف د ج س م ال ل خ د ي ل
( رواه مسلم )
Ertinya : -
“ Adalah kami di Madinah , maka apabila telah azan
oleh muazzin , untuk sembahyang magrib , para sahabat
pun berlumba-lumba menuju tiang-tiang , maka mereka
sembahyang dua rakaat , sehingga ada seoarang lelaki
yang asing masuk ke dalam masjid, maka ia menyangka
bahawa sembahyang magrib sudah dilakukan , dari
kerana banyaknya orang yang telah melakukan
sembahyang dua rakaat itu.”
( Hadis riwayat Muslim)
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 380
Dalil 3 – Diriwayatkan dari Anas Radhiallahu anhu :-
وارى عند المغرب لق رواه ) د رأيت كبار أصحاب رسو ل هللا صلى هللا عليه وسلم يبتدرون الس
(البخرى
Ertinya :-
Demi sesungguhnya aku pernah melihat orang-orang
besar dari sahabat Rasulullah s.a.w berlumba-lumba
mendekati tiang-tiang (masjid), seketika (sebelum)
magrib ( maksudnya Untuk bersembahyang dua rakaat)
(Hadis riwayat Al- Bukhari)
Kata Syeikh Omar Hamdan , seorang syeikh yang
mengajar di masjid Nabawi , Madinah : -
“ Mencegah orang yang melakukan sunat qabliyah
magrib adalah termasuk daripada kejahilan dan
tersebab kurang perhatian terhadap ilmu syariat .”
Kata Imam Al-ghazali didalam Ihya’ ulumiddin juzuk 2
, muka surat 351 , menyebutkan ( kata sahabat Nabi
s.a.w ): -
...ب ر غ م ال ل ب ق ن ي ت ع ك ى الر ل ص ا ن ن ك ... Ertinya : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 381
… adalah kami ( sahabat-sahabat Nabi – Ubai bin
Kaab, Ubadah Ibnu Samit, Abi Zar, Zaid bin Tsabit dan
lain-lainnya) bersembahyang dua rakaat sebelum
maghrib.
Mudah-mudahan dengan keterangan ini dapat
menghilangkan kemusykilan bagi yang meragui hukum
sembahyang sunat qabliyah maghrib.
WALLAHU WILIYYUTTAUFIQ WALHIDAYAH.
Masalah Menyapu Muka Setelah Selesai Solat
Adakah sunat atau bid’ah kerana ada yang
mengatakan tidak sunat. Hanyalah pada zaman Nabi
s.a.w dahulu semata-mata menyapu muka selepas solat
itu kerana membuang pasir yang melekat didahi , bukan
kerana sunat.
JAWAPAN
Dalil 1 :-
Hadis yang diriwayatkan dari Anas r.a : -
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 382
أشهد ان ال اله : ثم قال ه اليمنىصال ته مسح جبهته بيد كان رسول هللا صلى هللا عليه وسلم إذا قضى
حيم حمن الر .اللهم اذهب عنى الهم والحزن . اال هللا الر
Ertinya : -
Adalah Rasulullah s.a.w apabila telah selesai
sembahyang, disapu dahinya dengan tangan kanan
kemudian diucapnya: Aku mengaku bahawa tidak ada
tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Pengasih
dan Penyayang. Ya Allah hilangkanlah daripadaku
segala dukacita.
( Hadis riwayat IBNU SUNNI , AL-BAZZAR ,
ATTHABARABI dan IBNU A’DIE )
Dalil 2
Tersebut didalam kitab (BUGHIATUL
MUSTARSYIDIN) (بغية المستر شدين ) , Muka 49 : -
ثم امر ها صالته مسح جبحته بكفه اليمنى روى ابن منصور انه صلى هللا عليه وسلم كان إذا قضى
ريفة وقال بسم هللا الذى آل اله اال هو عالم الغيب والشهادة على وجهه حتى ياءتي بها على لحيته الش
حيم حمن الر ى إعترفت . اللهم اذهب عنى الهم والحزن والغم . الر اللهم بحمدك إنصرفت وبذنب
نيا وعذاب األ خرة أعوذ ما اقترفت وأعوذبك من جهد بآلء الد .بك من شر
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 383
Ertinya : -
Telah meriwayatkan oleh Ibni Mansur , bahawasanya
Nabi Muhammad s.a.w adalah beliau apabila telah
selesai solatnya, menyapulah ia akan dahinya dengan
tapak tangan kanannya, kemudian dilalukan diatas
wajahnya , sehingga menyampaikan atas janggutnya
yang mulia , seraya diucapkannya “ dengan nama Allah
yang tidak ada tuhan selainnya, mahamengetahui yang
ghaib dan yang nyata. Maha pengasih dan maha
penyayang , ya Allah hilangkanlah daripadaku duka
nestapa dan kekesalan. Ya Allah , dengan pujian engkau
, aku berpaling , dan terhadap dosaku , aku mengaku ,
aku berlindung dengan engkau dari kejahatan apa yang
aku lakukan , dan aku berlindung dengan engkau dari
keberatan cubaan dunia dan akhirat.”
Dengan 2 dalil ini , menunjukkan bahawa menyapu
muka setelah selesai solat , adalah sunnah yang sunat ,
maka tertolaklah pendapat ‘menyapu pasir didahi.’
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 384
WALLAHU WALLIYYUT TAUFIQ WALHIDAYAH.
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 385
Soalan : -
Adakah terdapat amalan-amalan untuk bertemu
dengan Rasulullah s.a.w di waktu hayat di dunia ini ?
Jawapan.: -
Ada terdapat amalan-amalan yang boleh
diamalkan untuk bertemu dengan Rasulullah di waktu
hayat kita, diantaranya ialah membaca doa seperti
dibawah.
بسم هللا الرحمن الرحيم
د ك سـئل ا اللهـم انـى بـنور ا ال نوار الذى هو عينـك ال غيرك ان تر يـنـى وجه نبيك محم
نمي آ . صلى هللا عليـه وسلم كما هو عنـدك ( Baca 100x pada malam jumaat)
Ertinya : -
“Ya tuhanku , aku mohon akan engkau dengan
Nur bagi segala Nur yang ianya Ain Engkau , tidak lain
dari Engkau. Perlihatkanlah bagiku , wajah
NabiEngkau Muhammad s.a.w. sebagaimana ianya di
sisi Engkau.”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 386
Di antara amalan yang lain yang boleh diamalkan Untuk
bermimpi bertemu Rasulullah ialah : -
1. Mengambil wudhuk kemudian beristighfar.
2. Sembahyang hajat 2 rakaat.
3. Berselawat kepada baginda sebanyak 100 kali.
4. Membaca surah Al-Kauthar sebanyak 100 kali.
5. Membaca doa seperti dibawah sebanyak 100 kali.
د ت د وأروا ح آ ل محم حية وسال مايا نو رالن ور يا مد بر اال مو ر بلغ عنى روح سيد نا محم
6. Amalkan pada tiap-tiap malam jumaat.
Muroqabah ( Amal Di Tengah Malam)
1. Bersuci ( mandi taubat / sekurang-kurangnya
berwuduk)
2. Solat wudhu’ - 2 rakaat
3. Solat taubat – 2 rakaat
4. Setelah selesai solat , baca ;-
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 387
a) Mengucap – 3X ( sambil dalam hati hadirkan
pengertiannya)
b) Mengucap selawat – 10X / 100X
c) يمجطان الراعو ذ با هللا من الشي
d) حيمرالرحمن ال بسم هللا
e) الستغفر هللا العظيم
f) الحمد هلل رب العالمين
5. Setelah itu , duduk bersila mengadap qiblat dengan
mrendahkan diri dan hati kepada Allah . Sebutlah
“ya Allah sesungguhnya hambamu ini lemah dan
hina lagi banyak dosa , ampunilah dosa hamba dan
bantulah hamba dalam menghampirkan diri
kepadamu” – ( Ulang 3X) .
6. Taubat nasuha , Caranya : -
a) Sebutkan satu dosa yang pernah dilakukan
seperti – “Ya Allah, dahulu hamba ini telah
meninggalkan sembahyang.”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 388
b) Sebutkan penyesalan atas dosa tersebut
seperti- “ya Allah , hamba benar-benar
menyesal di atas dosa itu.”
c) Sebutkan rasa insaf dan berazam Untuk tidak
melakukannya lagi . Seperti -“Ya Allah ,
hamba insaf dan berazam Untuk tidak
meninggalkan solat lagi , ya Allah.”
d) Sebutkan taubat nasuha seperti - “ Ya Allah
hamba bertaubat nasuha , hamba tidak akan
meninggalkan solat lagi ya Allah .”
e) Pohon agar Allah menerima taubat seperti – “
Ya Allah terimalah taubat hambamu ini.”
f) Pohon hidayah dan taufiq seperti – “ Ya Allah
kurniakanlah kepada hamba hidayah dan
taufiqmu agar dapat hamba mentaatimu
dengan sebenar-benarnya.”
g) Pohon diterima sebagai hamba Allah yang
bertaqwa seperti – “ Ya Allah jadikanlah
hamba ini insan yang bertaqwa .”
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 389
7. Kemudian ingat pula dosa yang kedua . Lakukan
juga seperti ini . Begitulah seterusnya hingga dosa
yang terakhir .
8. Jika dosa itu dengan manusia hendaklah disebut “ ya
Allah , hamba telah berdosa dengan si pulan kerana
mengumpatnya (contoh) , masukkan ke dalam
hatinya , redha kepadaku di akhirat kelak diatas
dosa hamba itu ya Allah . Anmpunkanlah dosa
hamba kepadanya dan ampunkanlah dosa-dasanya
ya Allah , hamba bertaubat tidak akan mengumpat
lagi ya Allah .”
9. Setelah habis disebut dan taubat dari dosa-dosa ,
bayangkanlah siksa kubur dan neraka yang menyiksa
diri hingga timbul dalam hati gerun kepada azab
kubur .
10. Istighfar - 100X ( sambil dalam hati ditimbulkan
rasa gerun dengan azab Allah) .
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 390
11. Zikir ال اله اال هللاsebanyak mungkin . Semasa menyebut ال
itu bayangkan اله اال هللا
seluruh tubuh dipenuhi dengan kalimah syahadah ini
hingga semata-mata Allah yang ada dalam hati .
12. Setelah rasa penat , berhenti . Hadiahkan pahala
bacaan Al-Fatihah kepada :
a) Nabi Muhammad s.a.w.
b) Rasul-rasul dan anbiya’
c) Wali-wali Allah
d) Ibu-bapa
e) Guru
f) Muslimin dan muslimat
13. Doa
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 391
KITAB-KITAB RUJUKAN.
KITAB WAHABI
1- Gayung Bersambut- Hashim A. Ghani- Kuala Pilah
2- Fatawa Al-Aqidah Uthaimin
3- Nazara’at Wa’ta’qibaat-A’la’ma Fikitabis Salafiah _Al-
Fauzan
4- Fathul Majid- Abdurrahman Hassan Bin Muhammad Bin
Abdul Wahab- Riyadh
5- Kaifa Nafham At-Tauhid- Muhammad Bashmil- Riyadh
6- Aqidatut Tahawiyyah- Ibnu Abi Al-‘izzi
7- Al-Qaulul Mukhtar Lifana Innar- Abdul Karim- Riyadh.
8- Halaqat Mamnu’ah- Husam Al-Aqad.
9- Aqidatu Ahl’il Iman Fi Khalqi Adam- Mahmud Attuwajri.
10- Kitabut Tauhid- Ibnu Fauzan
11- Fatawa Syeikh Ibnu Al-Baaz
KITAB RUJUKAN AHLI SUNNAH WAL
JAMAAH
1- Bidayatul Hidayah – Syeikh Muhammad Zain Acheh
2- Aqidatun Najin- Syeikh Zainal Abidin Al-Fatani
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 392
3- Tafsir Jalalain
4- Minhajut Talibin- Imam Annawawi
5- Hasyiah Ashsyarqawy
6- Al-Jawahirul Kalamiyyah- Syeikh Tahir Al-Jazairy
7- Tafsir Ibni Kathir
8- Syarah Muslim
9- Al-Jami’ullatif- Al-Allamah Muhammad Jarullah Al-
Makhzumi
10- Al-Muhazzab- Abi Ishhaq Ashsyairozi
11- Irsyadul I’bad Fi Sabilirrasyad- Syeikh Zainuddin Al-
Malaibary
12- Ta’thirul Anam Fi Ta’biril Manan- Syeikh Abdul Ghani
Annabulsi (Kitab Tadbir Mimpi- Menerangkan mimpi
yang benar)
13- I’anatutthalibin
14- Hasyiah Ashyamailul Muhammadiyyah- Syeikh Ibrahim
Al-Bajuri
15- Bidayatul Hidayah- Al-Ghazali
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 393
PENUTUP
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 394
PENUTUP
Sekelian sahaja hamba sudahi karangan ini . “Ya
Allah , Hamba mohon padamu , ampunkanlah dosa
kesalahan-kesalahan hamba dalam menulis . Ya Allah
ampunkanlah juga kesalahan-kesalahan hamba dari
semua penulisan hamba yang tidak sesuai dengan
amalan hamba .Ya Allah ampunkanlah dosa hati
hambaMu ini yang dipenuhi dengan sifat mazmumah .
Ya Allah , sesungguhnya hambaMu ini igin menjadi
hamba yang Engkau kasihi . Kasihanilah hambaMu ini
ya Tuhan . Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini orang
yang takut kepadaMu , jadikanlah diri ini orang yang
tidak mensia-siakan petunjukMu hingga hamba dapat
merasai nikmatnya menyintaiMu . Amin ya Rabbal
A’lamin.”
Wabillahi Taufiq
وهللا اعلم
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 395
DAFTAR
MURAJA’AH
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 396
MURAJA’AH
1 Aqidatunnajin - Syiekh Zainal Abidin
Al-Fatani
2 Dur-Assamin - Syiekh Daud Al-Fatani
3 Qatar Al-Ghaisiyyah - Tuan Husain Al-Banjari
4 Mustika Hadis - Jakim
5 Risalah Tauhid - Syeikh Abdul Ghani
6 Dhiya’ul-Murid - Syeikh Daud Al-Fatani
7 Bidayatul Hidayah - (Tauhid) Syiekh
Muhammad Zain
8 Syarah Jauharah
Tauhid
- Pengarang asal –Ibrahim
Al-Laqani
9 Taudhidul Al-
Adillah
- Syeikh Syafie Hazami
10 Risalah Al-
Qusyairiyyah
- Ibnu Hawazin Al-
Qusyairi (Untuk dirujuk)
11 Al-Manhal-Assafi -
-
Syiekh Daud Al-Fatani
12 Durunnafis - Syeikh Muhammad
Nafis B.
13 Minhajul Abidin - Al-Ghazali
14 Aqidah Ahli Sunnah - Syeikh Said
Aqidah Orang-Orang Yang Beriman
| 397
Wal-Jamaah
15 Kifayatul Muhtadi - Syeikh Daud Al-Fatani
16 Bahrul Mazi - Syeikh Idris Al-Marbawi
17 Tafsir Al-Azhar - Hamka
18 I’tiqad Ahli Sunnah
Wal Jamaah
- Sirajuddin Abbas
19 Sirrur Asrar - Syeikh Abdul Qadir
Jailani
20 Hadits Arba’in An-Nawawi (Mustafa)
21 Perhimpunan Amal
Ibadat
- Syeikh A’li Balidram
22 Al-Hikam - Tok Pulau Manis
23 Siyarus Salikin - Syeikh Abdul Samad
24 Tafsir Al-Quran -