Download - Apresiasi Muzik dengan Pergerakan
Nama Lagu : Burung kakak tua
Standard Kandungan : (KTI 2.4) Menunjukkan apresiasi Muzik
Standard Pembelajaran : (KTI 2.4.5) Membuat pergerakan bebas mengikut muzik
(KTI 2.4.6) Menggerakkan anggota badan secara kreatif
mengikut muzik untuk meneroka ruang
Lirik lagu
Burung Kakak Tua
Burung Kakak Tua,
Hinggap Di Jendela,
Nenek Sudah Tua,
Giginya Tinggal Dua
Lechum Lechum Lechum Mu La La,
Lechum Lechum Lechum Mu La La,
Lechum Lechum Lechum Mu La La,
Burung Kakak Tua.
Ulang2x
Skor Lagu
Objektif
1) Murid dapat membuat aksi mengikut lirik/maksud lagu
2) Murid dapat membuat pergerakan/bertindak kepada pic.
3) Murid dapat mengimprovisasikan lagu berdasarkan daya kreativiti
sendiri.
Hasil Pembelajaran
Murid dapat memperlihat dengan pergerakan badan corak irama rentak Inang pada
lagu yang didengar atau dinyanyikan bersama
Langkah-langkah Aktiviti
Aktiviti 1
Langkah 1 : Sebutan lirik lagu secara berirama
Langkah 2 : Humming
Langkah 3 : Nyanyi frasa demi frasa, dan kemudian keseluruhan lagu.
Langkah 4 : Guru demostrasi pergerakan sambil menyanyi.
Langkah 5 : Murid menyanyi sambil mebuat aksi mengikur rentak dan lirik lagu.
Aktiviti 2
Mainkan lagu berentak Inang seperti lagu "Burung Kakak Tua" dan nyanyikan beramai-
ramai.
Langkah 1 : Murid menyanyikan lagu sambil menepuk tangan mengikut detik.
Langkah 2 : Murid mengajuk contoh corak irama rentak Inang dan kemudian ikut
sama rentak tersebut.
Langkah 3 : Murid menyanyi sambil menepuk atau memainkan pada alat perkusi
corak irama rentak Inang yang didengar.
Sebarang lagu rentak Inang boleh digunakan bagi mendengar dan merasakan rentak
lagu melalui permainan alat muzik
Contoh Pergerakan
a) Mengikut detik lagu dengan cara menggerakkan tangan ke kiri dan ke kanan.
b) Mengepak kehadapan ke kiri dan ke kanan.
c) Tangan di atas bahu dan gerakkan kaki ke kiri dan ke kanan ke hadapan bergilir-
gilir dalam kedudukan setempat.