Download - Anatomi Dan Fisiologi
Akt iv i t i : Serv i s
SUBJEK: ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106E)
AHLI KUMPULAN: AHMAD FERDAUS BIN NORHASHIM DHILEMON DOMINIC KAJAN
Anatomi dan fisiologi
Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan
seseorang iaitu tentang tulang-tulang, otot-otot dan organ-organ individu. Fisiologi
pula adalah satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang, otot-otot
dan organ-organ dalam tubuh badan.
Tulang ialah sebagai penyokong tisu-tisu lembut dan memberikan pelekatan kepada
banyak otot dan ligament. Banyak organ dalaman dilindungi daripada kecederaaan
oleh tulang.
Sendi adalah tempat pertemuan dua atau lebih tulang dan berfungsi untuk
mengerakkan anggota badan.
Otot berfungsi untuk menghasilkan pergerakan seperti berjalan, berlari dan beberapa
gerakan otot yang tidak dapat dilihat seperti denyutan jantung dan gerakan gaster
serta usus semasa proses pencernaaan makanan
Servis tinggi biasanya diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan melakukan servis tinggi pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk membalas servis itu. Ini menyebabkan bahagian depan gelangangnya terdedah. Servis tinggi ke belakang juga boleh menyukarkan pihak lawan membuat smesy.
Dalam teknik ini, pemain memegang raket cara pepat (forehand). Bulu tangkis dihantar setinggi yang boleh supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam permainan beregu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.
OBJEKTIF
Mengenalpasti otot- otot yang terlibat dalam servis tinggi badminton seperti trapezius,
deltoid, pektoralis major, bisep, trisep, flexor carpi radialis dan latisimus dorsi.
Mengenalpasti tulang-tulang yang terlibat seperti scapula, radius, ulna, humerus dan
tulang karpus.
Mengenalpasti sendi-sendi yang terlibat iaitu sendi lesung dan sendi engsel.
Melabel dan melukis otot, sendi dan tulang yang terlibat dalam permainan badminton
difokuskan kemahiran asas iaitu servis tinggi
Mengenalpasti mekanisme pergerakan yang melibatkan 3 fasa iaitu fasa sebelum
servis, semasa servis dan selepas servis.
SENDI YANG TERLIBAT
Sendi lesung
Sendi engsel
TULANG YANG TERLIBAT
OTOT-OTOT YANG TERLIBAT
Trapezius
Latisimus Dorsi
Otot yang terlibat dalam badminton
Otot yang digunakan dalam kemahiran asas Servis TinggiTrapezius TrisepDeltoid Latissimus dorsi BisepPektoralis majorFlexor carpi radialis
Tulang dan sendi yang terlibat
Sendi yang terlibatSendi lesungSendi engsel Tulang yang terlibatHumerus SkapulaRadiusUlnaTulang karpus
Satah Pergerakan
Kemahiran asas dalam badminton yang melibatkan pukulan servis tinggi terbahagi kepada 2 fasa iaitu sebelum servis, semasa servis dan selepas servis. Kebanyakan aksi pergerakan adalah berlaku pada satah sagital.
Satah sagital membahagikan badan kepada 2 bahagian iaitu sebelah kiri dan kanan. Pergerakan tangan dalam satah ini ialah fleksi (flexion) dan ekstensi (extension).
Otot, sendi dan tulang yang terlibat
otot yang paling penting dalam permainan ini ialah trisep, bisep, deltoid dan
trapezius. Otot-otot lain seperti pektoralis major dan latisimus dorsi adalah otot
yang membantu menggerakkan tangan untuk melakukan servis tinggi dalam
permainan badminton.
Dalam fasa persediaan iaitu sebelum melakukan servis, pemain berada dalam
keadaan bersedia dan raket dihayunkan ke belakang. Otot-otot seperti trapezius,
latisimus dorsi dan pektoralis major akan mengendur atau ekstensi bagi membolehkan
lengan dihalakan ke arah belakang.
Otot deltoid pula akan merenggang atau abduksi untuk mengangkat lengan ke arah
luar dari sisi badan. Selain itu, otot bisep menguncup manakala otot trisep
mengendur supaya lengan boleh dibengkokkan.
Sendi yang terlibat dalam fasa ini ialah sendi lesung dan sendi engsel.
Semasa memegang raket badminton, otot yang terlibat ialah flexor
carpi radialis bagi membolehkan tangan menggengam raket tersebut.
Dalam situasi ini berat badan dipindahkan ke kaki belakang.
Sendi Terlibat Tulang Pergerakan Otot Agonis
Pergelangan
Tangan
Ulna dan carpal
Radius dan ulnaSupinasi supinator
Siku Humerus dan ulna Ekstensi Tricep brachii
BahuHumerus dan
scapula
Horizontal
Hyperekstensi
Posterior deltoid
dan dorsi
Dalam fasa servis (semasa melakukan servis) pula, raket dihayunkan ke bawah dan kehadapan. Bulu tangkis dilepaskan serentak dengan hayunan raket ke hadapan. Otot- otot seperti trapezius, latisimus dorsi dan pektoralis major menguncup (fleksi)
Otot deltoid pula akan merapat atau aduksi supaya lengan dapat diturunkan ke sisi badan. Selain itu, otot bisep akan mengendur manakala otot trisep akan menguncup bertujuan meluruskan lengan semasa memukul bulu tangkis.
Pergerakan dalam fasa ini hanya melibatkan sendi bahu atau sendi lesung sahaja
Sendi terlibat Tulang Pergerakan Otot Agonis
Pergelangan
tangan
Ulna dan carpal
Radius dan ulnaPronation Pronator teres
Siku Humerus dan ulna Fleksion Biceps brachii
BahuHumerus dan
scapulaHorizontal flexion
Pectoralis major
dan anterior deltoid
Pinggang - Rotasi External obliques
• Dalam fasa terakhir iaitu selepas servis, pemain perlu ikut lajak bagi memastikan bulu
tangkis tepat ke sasaran. Raket terus dihayun ke atas mengikut arah pergerakan bulu
tangkis. Raket bergerak tinggi dan melepasi aras bahu. Otot bisep akan mengendur
manakala otot trisep menguncup supaya lengan boleh dibengkokkan. Sendi yang terlibat
dalam fasa ini ialah sendi lesung dan sendi engsel.
Terangkan bagaimana pergerakan yang dipilih itu dihasilkan (Origin dan Insertion)
TRAPEZIUS
Origin: Occipital bone and spines of cervical and thoracic
Insertion: Clavicle, spines and anterior process of scapula.
Aksi pergerakan: Menguncup apabila tangan
dihayunkan ke hadapan dan belakang dan amat
penting apabila memukul bulu tangkis dalam
permainan badminton.
TRISEP
Origin: tubercle below glenoid cavity, and lateral and media surfaces of humerus.
Insertion: Olecranon process of ulna
Aksi pergerakan: Extensi- meluruskan lengan.
DELTOID
Origin: Acromion process and spine of scapula and the clavicle
Insertion: Deltoid tuberosity of humerus
Aksi pergerakan: Aduksi (merapat) iaitu menurunkan lengan ke sisi badan dan abduksi (merenggang) iaitu mengangkat lengan ke arah luar dari badan
LATISIMUS DORSI
Origin: Spines of sacral, lumbar, and lower thoracic vertebrae, illiac crest and lower ribs.
Insertion: Intertubercular groove of humerus
Aksi pergerakan: extensi- menarik bahu ke belakang.
BISEP
Origin: coracoid process and tubercle above glenoid cavity of scapula
Insertion: Radial tuberosity of the radius
Aksi pergerakan: Flexi- Membawa lengan ke hadapan dada.
PEKTORALIS MAJOR
Origin: Clavicle, sternum, costal cartilages of upper ribs
Insertion: Intertubular groove of humerus
Aksi pergerakan: Fleksi- membawa lengan ke hadapan dada