Download - Amali+2+SCE3107
P R A K T I K A L 2
TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN
Tujuan : Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.
Pendahuluan :
Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia
dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan
kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki.
Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta
tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga
apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji
pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian ekosistem.
Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu
yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu
yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak
mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam
mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis
atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.
Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri
yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalan pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan
tidak didasarkan secara menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan
1
juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik rujukan dan pada waktu yang sama di sebalik nama
terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat suatu kumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama
sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut maka kemumgkinan besar ia mempunyai ciri –
ciri yang sama dengan individu dalam spesies itu. Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang
dinamakan alam. Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.
TUGASAN
Seorang ahli sains telah tiba di bulan dan semasa tempoh lima minit yang diperuntukkan untuknya, beliau telah mengumpul
beberapa haiwan dari permukaan bulan. Haiwan tersebut telah dibawa balik ke bumi dan akan menjadi sebahagian daripada
kandungan buku ‘Biodiversiti Bulan’. Anda diberi tugas membahagikan haiwan bulan kepada kumpulan (spesis) yang berbeza.
Kumpulan dibahagikan kepada lima. Satu set haiwan dikelaskan mengikut spesis masing-masing berdasarkan ciri-cirinya dan
dicatat bilangannya.
Andaikan mereka semua telah dewasa dan tidak ada perbezaan jantina. Maklumat mengenai habitat dan kelakuannya tidak
diperolehi, dan haiwan tersebut dikelaskan mengikut ciri-ciri yang boleh dilihat (morfologi).
Adakah terdapat 29 spesis ataupun ada kumpulan individu yang dikelaskan bersama-sama di dalam sesuatu spesis?
Prosedur :
1. Spesis yang telah dikenalpasti dikelaskan kepada lima kumpulan. Satu kumpulan ‘haiwan’ dikeluarkan dan dikumpulkan
dalam satu spesis.
2. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesis adalah pada tahap matang dan tiada perbezaan dapat dilihat diantara
spesis jantan dan betina.
2
Keputusan :
Kump.Spesis
Ciri-ciri Umum‘Moonmorf’
A
Memiliki abdomen yang besar.
Mempunyai kepala, mata, tangan dan ekor.1,16,17,24,27
B
Memiliki abdomen badan yang bercorak.
Mempunyai kepala, mata, tangan, kuku,
abdomen, jari dan kaki.
2,3,4,5,12,18,22,23
C
Memiliki tangan yang bercorak.
Mempunyai kepala, mata, abdomen, tangan
dan ekor.
6,9,10,11,21
D
Memiliki abdomen yang panjang.
Mempunyai kepala, sesungut dan tangan.
19,20,26,29
E
Mempunyai kepala yang berbentuk.
Mempunyai kepala, abdomen, tangan dan
ekor.
7,8,13,14,15,25,28
3
HAIWAN BULAN (MOONMORF)
A B C
Mata bercantum
Mata tidak bercantum
Kaki berkuku
Kaki tidak berkuku
Bentuk ekor
1,15 17,24,27 Tajam Tumpul Itik Katak Y V
3,12 2,4 22 5,18,22 6,11,21 9,10
4
HAIWAN BULAN (MOONMORF)
D E
Sesungut dan ekor
Bentuk kepala
Bercantum dan berekor
panjang
Terpisah dan berekor pendek
19,26,29
U
Pendek Panjang
8,13,14
Pendek Panjang
207 25 15 28
5
Perbincangan :
1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain?
Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk
mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik tidak
diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, corak pada
bahagian tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk
ekor. Bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan dominan
berbanding dengan ciri yang lain. Hal ini kerana bentuk badan memberikan perbezaan
yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan sesungut, panjang
ekor ataupun bentuk kepala. Kesemua haiwan tersebut dibahagikan kepada lima
kumpulan spesis iaitu Spesis A, Spesis B, Spesis C, Spesis D dan Spesis E.
2. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain?Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis tersebut?
Individu di dalam sesuatu spesis itu mempunyai ciri-ciri sepunya yang hampir sama.
Untuk spesis A, haiwan tersebut memiliki bahagian abdomen yang besar, bagi spesis B,
mereka memiliki perut yang bercorak, spesis C mempunyai tangan yang bercorak,
spesis D pula memiliki abdomen yang panjang dan spesis E mempunyai bentuk kepala
yang berbentuk.
3. Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu yang sangat rendah?
Jika menerima variasi individu yang sangat tinggi, untuk satu spesis hanya akan
mempunyai seekor haiwan yang mewakilinya, manakala jika menerima variasi yang
sangat rendah pula satu spesis akan mempunyai bilangan haiwan yang terlalu banyak.
6
4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru?
Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul
spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan
antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.
Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang
baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh
haiwan tersebut.
5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu?
Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan individu dalam
spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesis untuk bermandiri
dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jika terdapat keperluan dan peluang yang
wujud, variasi membolehkan sesetengah individu mengeksplotasi sumber yang ada di
habitat yang baru. Variasi merangkumi perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik
dan mental. Variasi berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Variasi
yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang
lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal.
6. Mengapakah spesis ‘Moonmorf’ ini dipanggil morfospesis?
Sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang merujuk kepada
bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan
fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-
bahagian seperti tulang dan organ-organ. Spesis ‘Moonmorf’ dikenali sebagai
morfospesis disebabkan spesis tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan
yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis. Morfospesis merupakan kaedah tradisi
yang digunakan sejak dahulu dalam megelaskan sesuatu spesis. Kaedah ini terbatas
kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu
kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain. Selain itu, variasi geografi
selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.
7
7. Jelaskan mengapa spesis tersebut bukan spesis biologikal.
Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana maklumat yang diperolehi
amat terhad dan tiada data yang ditemui bagi genetik, jantina, DNA, habitat,
kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam. Spesis ini hanya
dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat seperti sifat fizikal.
8