AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN UNTUK
KELUARGA DI FELDA NITAR 02, MERSING, JOHOR : SATU TINJAUAN
LIZAWATI BINTI AZEMAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Teristimewa Buat , Ayahanda dan Bonda yang amat disayangi :
Azeman Bin Hj. Mohamad Jim
Hasmah Binti Hj. Jamadi
Tiada apa yang dapat anakmu bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik
perjalanan hidup anakmu ini. Segala pengorbanan, sokongan, bantuan dan dorongan
yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya.
Semoga ayahanda dan bonda dipanjangkan usia dan dirahmati Allah S.W.T. selalu
hendaknya.
Khas buat, Abang serta adik-adikku tersayang…..
Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….
Yang menjadikan ku terus mengapai cita-cita….
Buat semua saudara-maraku dan sahabat handai :
Terima kasih tidak terhingga di atas segala bantuan, dorongan dan tunjuk ajar yang
diberikan selama tempoh ku belajar di UTM ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang
dapat membalas dengan seadilnya segala baik budi kalian.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya
iv
PENGHARGAAN
Segala pujian kepada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam, selawat serta salam
ke atas Rasulullah S.A.W dan kesejahteraan ke atas seluruh kaum keluarga serta
sahabat Baginda. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) bagi memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan
jayanya. Syukur alhamdulillah.
Persediaan dan perancangan yang rapi dan teratur diperlukan bagi
memperolehi kejayaan dalam menghasilkan projek ini kerana kejayaan tidak akan
datang secara kebetulan, sebaliknya ia perlu dicari dan dikejar. Walau bagaimanapun
kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa tunjuk ajar, bantuan, kerjasama,
sokongan, galakan dan pengorbanan beberapa orang tertentu di sekeliling saya.
Justeru itu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya
kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En. Mohd Rizal Bin Mohd Said atas
usaha, bimbingan, nasihat, komen, tunjuk ajar serta panduan yang diberikan
sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan
membalas jasa yang sangat besar ini.
Tidak ketinggalan juga, ribuan terima kasih buat teman seperjuangan dan
semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam memberi
sokongan dan dorongan dalam merealisasikan projek ini dengan sempurna. Budi dan
jasa kalian amat saya hargai dan akan dikenang sepanjang hayat.. Akhir sekali,
dengan rasa rendah diri, jutaan ampun dan maaf dipinta atas segala kesilapan dan
kesalahan yang disengajakan atau tidak disedari yang mungkin terdapat sepanjang
menyiapkan penulisan projek ini. Yang baik datang daripada Allah s.w.t dan yang
kurang itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Sekian. Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan surirumah terhadap
penyediaan makanan untuk keluarga bagi empat aspek iaitu kaedah memasak,
kebersihan makanan, pengetahuan asas dan penglibatan ahli keluarga. Kajian dijalankan
dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kepada 176 orang
surirumah di Felda Nitar 02, Mersing, Johor. Data dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 14.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan,
peratusan dan min. Nilai Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.739. Dapatan kajian
menunjukkan responden mempunyai amalan yang sederhana daripada kaedah memasak
dan penglibatan ahli keluarga tetapi bagi kebersihan makanan dan pengetahuan asas,
dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai amalan yang tinggi. Beberapa
cadangan telah dikemukakan bagi menambah baik amalan surirumah terhadap
penyediaan makanan untuk keluarga. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji
yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang juga turut dicadangkan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this survey research is to identify the practice among housewife
in food preparation to family on four aspects which are method of cooking, food
hygiene, basic knowledge and involvement of family members. The instrument used
was a set of questionnaire which was given to 176 house wives in Felda Nitar 02,
Mersing, Johor. The data gathered were analyzed using Statistical Package for Social
Science (SPSS) 14.0 for Windows to get the valve of frequency, percentage and mean.
The valve of Alpha Cronbach is 0.739. The finding of research survey showed that,
respondents have moderate practice on method of cooking and involvement of family
members’ aspects. But the practice of food hygiene and basic knowledge are high
among the respondents. Finally, the survey research suggests improving housewife
practice towards food preparation for family. Few future research suggestions were
suggested to continue this survey research in future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
viii
1.8 Definisi Konsep / Istilah 8
1.9 Ringkasan 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kaedah Memasak Dalam Penyediaan Makanan 14
2.3 Kebersihan Makanan Dalam Penyediaan Makanan 16
2.4 Pengetahuan asas Dalam Penyediaan Makanan 19
2.5 Pemakanan Seimbang 23
2.6 Penglibatan Ahli Keluarga Dalam Penyediaan
Makanan 29
2.7 Rumusan 31
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Populasi Kajian 35
3.5 Sampel Kajian 36
3.6 Instrumen Kajian 37
3.6.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 37
3.6.2 Bahagian B : Persoalan Kajian 37
3.7 Keesahan Soal Selidik 39
3.8 Kajian Rintis 40
3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 40
3.10 Analisis Data 41
3.11 Prosedur Kajian 44
ix
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Data 47
4.2.1 Bahagian A 48
4.2.2 Bahagian B 49
4.3 Ringkasan Dapatan Kajian 63
4.3.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 64
4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 64
4.4 Penutup 65
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN
DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Rumusan 66
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 67
5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item yang Dikemukakan 67
5.3 Perbincangan 69
5.3.1 Apakah Amalan Kaedah Memasak yang
Digunkan oleh Surirumah dalam Penyediaan
Makanan 70
5.3.2 Apakah Amalan Kebersihan Makanan
Dalam Penyediaan Makanan Dalam Kalangan
Surirumah 71
5.3.3 Apakah Amalan Pengetahuan Asas Dalam
Penyediaan Makanan Seimbang Dalam
Kalangan Surirumah 72
5.3.4 Apakah Amalan Ahli Keluarga Dalam
Penglibatan Penyediaan Makanan di Rumah 74
5.4 Cadangan 75
5.4.1 Surirumah 76
5.4.2 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 77
5.4.3 Media Massa 77
x
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 77
5.6 Kesimpulan 78
BIBLIOGRAFI 79
LAMPIRAN A - E 84-95
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan enrolmen surirumah di felda
Nitar 02, mersing 32
3.2 Taburan sampel kajian 33
3.3 Pembahagian item mengikut persoalan
kajian 35
3.4 Skala likert (lima mata) 36
3.5 Klasifikasi kekuatan kolerasi 38
3.6 Perubahan skala likert lima mata kepada
tiga mata 39
3.7 Penentuan tahap peratusan 40
3.8 Skala min 40
4.1 Pekerjaan responden 43
4.2 Tahap pendidikan responden 43
4.3 Item-item mengikut persoalan kajian 44
4.4 Pengkelasan skala terhadap item 45
4.5 Taburan responden mengikut frekuensi,
peratusan dan min bagi amalan kaedah
memasak dalam penyediaan makanan yang
diamalkan oleh surirumah 45
xii
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.6 Taburan responden mengikut frekuensi,
peratusan dan min bagi amalan kebersihan
makanan dalam penyediaan makanan
di kalangan surirumah 49
4.7 Taburan responden mengikut frekuensi,
peratusan dan min bagi amalan pengetahuan
asas dalam penyediaan makanan seimbang
di kalangan surirumah 52
4.8 Taburan responden mengikut frekuensi,
peratusan dan min bagi amalan ahli keluarga
dalam penglibatan penyediaan makanan
di rumah 56
4.9 Nilai purata pembolehubah dikaji 59
5.1 Purata min keseluruhan bagi soalan kajian
terhadap amalan surirumah penyediaaan
makanan untuk keluarga 62
5.2 Amalan surirumah terhadap penyediaan makanan
untuk keluarga 63
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Prinsip Memasak 14
2.2 Penyediaan Makanan 20
3.1 Prosedur kajian 46
xiv
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
RDA - Peruntukan Diet Harian yang Disarankan
Makna - Majlis Kanser Nasional
SPSS - Statistical Package for the Social Science
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 78
B Analisis Nilai Alpha Kajian Rintis 85
C Surat Akuan Menjalankan Kajian Di
Felda Nitar 02 86
D Kesahan Soal Selidik 87
E Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 89
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
“Manusia perlu makan untuk hidup” adalah satu pepatah yang terkenal tetapi apa
yang kita makan dan mengapa kita makan adalah satu isu yang kompleks (Fieldhouse,
2000). Makanan merupakan satu keperluan asas manusia yang membekalkan segala
keperluan zat untuk pembentukan rohani dan jasmani. Ia melibatkan banyak pengaruh
daripada individu, organisasi dan kumpulan profesional serta saling mempengaruhi
sosiologi, pemakanan, biologi dan faktor psikologi (Fieldhouse, 2000). Keluarga sihat
adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat. Sebuah keluarga yang sihat
dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial dan psikologi secara optima di
samping mengutamakan kesihatan ahlinya dan masyarakat setempat (Panduan Kearah
Keluarga Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2004).
Menurut Dr. Norimah A. Karim, Pakar Pemakanan dan Nutrisi (UKM),
pemakanan seimbang penting untuk kanak-kanak dalam menentukan perkembangan
mental dan fizikal mereka, ketika kanak-kanak mula membesar mereka perlu pelbagai
jenis makanan untuk memastikan semua zat makanan dapat dibekalkan. Jadi, apabila di
kaitkan dengan pemakanan seisi keluarga ia merupakan bagaimana sesebuah keluarga
yang sihat mengamalkan cara pengambilan makanan yang sihat untuk mereka sekeluarga
(Panduan Kearah Keluarga Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2004). Di samping
2
melihat akan pergaulan mesra, kasih sayang, penghargaan dan perhubungan antara
mereka.
Menurut Suriah Abdul Rahman (2004), makanan selalunya akan dimakan
berdasarkan nilai psikologi, sosial dan kepuasan. Kemungkinan besar nilai ini yang akan
menentukan bila, berapa banyak dan jenis makanan yang akan diambil dan bukan
daripada aspek pemakanan. Makanan jika dipilih dengan bijak akan membekalkan
semua nutrien yang perlu untuk fungsi tubuh yang normal. Jika makanan tidak dipilih
dengan betul, kekurangan dalam satu atau lebih nutrien akan berlaku. Nutrien ini
termasuklah karbohidrat, lemak, protein, mineral, vitamin dan air. Justeru itu, setiap
manusia perlu mengamalkan pemakanan yang sihat bagi menjamin kehidupan yang sihat.
Ibubapa yang berpendapatan stabil mudah menerima cara pemakanan yang sihat
bagi mendapatkan pilihan pemakanan yang baik (Kortzinger et al, 1994). Namun begitu,
anak-anak tidak tertarik dengan produk-produk makanan sihat (Gelperowic dan
Beharrell, 1998; Seaman, 1997; Kortzinger et al., 1994). Semasa zaman kanak-kanak,
tabiat makan memainkan peranan yang penting sebagai permulaan dalam pemilihan
makanan dan seterusnya memberi kesan kesihatan pada dewasa kelak (Keane dan
Willetts, 1994). Ibubapa boleh bertindak sebagai ’penjaga pintu’ dalam mengawal anak
mereka daripada terpengaruh kepada iklan-iklan tersebut (Engel et al., 1995). Oleh itu,
pengambilan pemakanan yang seimbang merupakan satu aspek keperluan asas sepanjang
hidup seseorang. Makanan yang dimakan boleh memberi kesan fizikal, mental dan
kesihatan yang baik. Jadi adalah penting mengamalkan diet seimbang dalam sajian
harian.
Surirumah yang bijak menyediakan makanan, dapat memastikan makanan adalah
berkhasiat dan mereka prihatin terhadap kesihatan keluarga. Mereka dapat menunjukkan
kepada keluarga, setakat mana mereka mengambil berat tentang cara bagaimana
merancang dan menyediakan makanan. Kepentingan utama tugas penyediaan makanan
kepada surirumah menunjukkan bahawa ciri keibuan akan dikaitkan dengan corak
3
pengambilan makanan di kalangan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, pengetahuan
mengenai penyediaan makanan adalah tinggi di kalangan surirumah yang muda, yang
mempunyai taraf pendidikan yang lebih baik dan berasal dari kelompok yang
berpendapatan tinggi (Melson, 1993).
Menurut Aida Othman (2000), sebagai ibu di dalam sesebuah keluarga, kita
seharusnya bijak mengatur pemakanan keluarga agar gaya hidup sihat dapat diturunkan
kepada generasi yang lain. Oleh itu, ibu-ibu perlulah mempunyai pengetahuan asas
dalam merancang sajian yang seimbang untuk keluarga selain daripada menyediakan
makanan yang digemari oleh ahli keluarga.
Dalam kajian Melson (1993), telah menyatakan kira-kira 200 orang surirumah
mengakui akan tugas mereka yang paling kompleks seperti menguruskan kerja-kerja
rumah tangga dan menyediakan makanan. Ini menunjukkan wanita yang menjadi
surirumah, biasanya terlibat dalam kerja penyediaan makanan. Maka, seorang surirumah
perlu mengambil berat tentang kualiti pemakanan dan perlu memahami keperluan sistem
tubuh manusia. Dengan ini, surirumah akan berupaya untuk menyediakan makanan
harian yang seimbang untuk seisi keluarga.
Menurut Che Wan Jasimah (2000), menyediakan makanan yang telah diproses
seperti makanan di dalam tin akan meletakkan bahaya yang tinggi kepada kesihatan seisi
keluarga. Menurut beliau lagi, tubuh yang sihat lazimnya mempunyai daya tahan yang
kuat akan dapat memulihkan individu itu daripada kesakitan. Seharusnya perlu
diingatkan bahawa penyakit yang datang adalah kesan daripada kurangnya nilai
pemakanan dalam jangka waktu yang lama. Oleh itu, sebagai surirumah harus bijak
mengatur pemakanan yang seimbang untuk ahli keluarganya.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Store dan Mc William (1990) ramai di antara surirumah sekarang yang
tidak lagi menghiraukan keperluan makanan yang sempurna. Kebanyakan mereka lebih
suka menyediakan masakan tanpa memenuhi konsep makanan seimbang yang sihat.
Mereka lebih suka memasak makan mengikut selera dan hanya sekadar memenuhi
tuntutan bagi mengenyangkan perut semata-mata. Makanan yang kita makan digunakan
oleh badan dalam beberapa cara yang menakjubkan untuk meningkatkan pertumbuhan
dan kesihatan yang optimum dan sebenarnya untuk mengekalkan kehidupan yang sihat.
Justeru itu, makanan yang di makan perlulah mengikut Peruntukan Diet Harian yang
Disarankan (RDA) bagi menggalakkan amalan pemakanan yang baik.
Bagi surirumah yang sentiasa sibuk dengan aktiviti tambahan, masa tidak pernah
mencukupi bagi mereka untuk menguruskan makanan yang menyebabkan mereka tidak
berpeluang menyediakan makanan yang memenuhi konsep makanan seimbang.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang mendapat kekangan yang mungkin
menghalang penyediaan makanan seimbang oleh segelintir surirumah seperti faktor
budaya, ekonomi bagi mereka yang mempunyai keluarga yang ramai, dari segi tahap
pendidikan dan juga berkemungkinan kesukaran bagi mendapatkan sumber bahan
makanan.
Keobesitian mempunyai kaitan dengan kawalan glukosa darah yang tidak baik di
kalangan pesakit diabetes. Prevalens keobesitian juga tinggi di kalangan wanita di
FELDA, iaitu 39.1% bagi lelaki dan 50.7% bagi perempuan (Osman & Zaleha 1995).
Prevalens diabetes juga didapati meningkat dengan nyata di kalangan perempuan yang
obesiti. Prevalens diabetes melitus didapati semakin meningkat akibat kehidupan yang
mewah dan cara hidup 'sedentari'. Ini juga berkait dengan masalah malpemakanan yang
dialami semasa kecil kalangan komuniti di luar bandar dan bandar yang mempunyai
risiko tinggi pada masa ini.
5
Menurut Suriah Abdul Rahman (2004), kesan yang lebih ketara ialah apabila
perkara seperti di atas berlaku kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak mendapat
makanan yang seimbang akan mendedahkan mereka kepada risiko mendapat pelbagai
jenis penyakit. Selain itu, pemakanan yang seimbang juga mempengaruhi perkembangan
pertumbuhan kanak-kanak. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak berkembang selaras
dengan perkembangan emosi dan psikologinya. Jika kanak-kanak perlukan makanan
berzat untuk perkembangan jasmani, rohaninya juga memerlukan makanan yang
bersesuaian supaya dapat berkembang dengan subur, sihat dan baik.
Menurut Shanaz Mawji, Pengerusi Pertubuhan Pakar Pemakanan Malaysia
(2000), kajian membuktikan penyakit merbahaya banyak berpunca daripada faktor
pemakanan yang kurang sihat. Contohnya penyakit jantung koronori akibat dari
pengambilan makanan berlemak dengan tahap kolestrol yang tinggi akan memudaratkan
jantung. Begitu juga kandungan gula dan garam yang berlebihan. Kesedaran yang telah
timbul oleh pihak Kementerian Kesihatan, Persatuan Pemakanan dan juga ilmu yang
dikutip dari media massa seharusnya di pandang berat oleh setiap ibubapa terutamanya
surirumah yang perlu menyediakan makanan yang sihat dan seimbang untuk seisi
keluarga dapat di praktikkan.
1.3 Pernyataan Masalah
Tanggungjawab menyediakan makanan untuk keluarga adalah terletak di atas
bahu seorang wanita. Tidak terkecuali samada ibu-ibu yang bekerja ataupun tidak
bekerja. Ia juga boleh diketahui berdasarkan latar belakang yang telah dihuraikan di atas.
Justeru dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti apakah amalan surirumah
terhadap penyediaan makanan untuk keluarga. Sasaran utama pengkaji untuk
menjalankan kajian ini adalah terhadap surirumah di Felda Nitar 02, Mersing, Johor.
6
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti amalan kaedah memasak yang diamalkan oleh surirumah dalam
penyediaan makanan.
1.4.2 Mengenalpasti amalan kebersihan makanan dalam penyediaan makanan di
kalangan surirumah.
1.4.3 Mengenalpasti amalan pengetahuan asas dalam penyediaan makanan seimbang di
kalangan surirumah.
1.4.4 Mengenalpasti amalan ahli keluarga dalam penyediaan makanan di rumah.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah amalan kaedah memasak yang diamalkan oleh surirumah dalam
penyediaan makanan?
1.5.2 Apakah amalan kebersihan makanan dalam penyediaan makanan di kalangan
surirumah?
1.5.3 Apakah amalan pengetahuan asas dalam penyediaan makanan seimbang di
kalangan surirumah?
1.5.4 Apakah amalan ahli keluarga dalam penyediaan makanan di rumah?
7
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian dan penyelidikan ini maka diharap ianya dapat dijadikan
panduan oleh pihak-pihak tertentu. Antaranya ialah:-
1.6.1 Surirumah
Memberi panduan yang berguna dalam penyediaan makanan yang berkualiti
kepada setiap ahli keluarga.
1.6.2 Ibu Bapa
Dapat memberi panduan kepada ibubapa untuk mengawal cara pemakanan,
menunjukkan cara pemakanan yang betul dan memberi makanan yang berkhasiat serta
seimbang kepada anak-anak mereka bagi membentuk sebuah keluarga yang sihat. Ia juga
dapat memupuk semangat tolong-menolong di kalangan ahli keluarga.
1.6.3 Pelajar (anak-anak)
Memberikan panduan dan dorongan dalam memupuk corak pemakanan yang
sihat di dalam kehidupan harian pelajar. Selain itu, anak-anak dapat mengetahui betapa
pentingnya makan bersama keluarga.
8
1.6.4 Masyarakat
Memberi panduan kepada masyarakat tentang kepentingan penyediaan makanan
yang sihat dan dengan adanya kerjasama dan keprihatinan masyarakat maka dapatlah
mengurangkan masalah kesihatan di kalangan masyarakat di sesebuah negara terebut.
1.7 Batasan Kajian
Tumpuan kajian ini dibataskan kepada golongan surirumah yang terdapat di Felda
Nitar 02, Mersing, Johor. Surirumah-surirumah yang terlibat dalam kajian ini adalah
terdiri daripada surirumah peneroka.
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan objektif kajian untuk mengenalpasti amalan
kaedah memasak, amalan kebersihan makanan, amalan pengetahuan asas dalam
penyediaan makanan, amalan ahli keluarga dalam penglibatan penyediaan makanan
untuk seisi keluarga.
1.8 Definisi Konsep / Istilah
Sebelum menjalankan kajian, kefahaman tentang istilah atau perkataan dalam
satu-satu tajuk kajian adalah mustahak supaya kajian yang dijalankan tidak terpesong dan
menyimpang dari matlamat asal. Berikut adalah istilah-istilah penting yang digunakan
dalam kajian ini.
9
1.8.1 Amalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan,
dikerjakan, dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan. Dalam konteks kajian ini amalan
adalah sesuatu perkara yang dilakukan yang menjadi kebiasaan pada surirumah dalam
penyediaan makanan untuk keluarga.
1.8.2 Surirumah
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), isteri. Dalam konteks kajian ini
surirumah adalah isteri kepada peneroka yang menyediakan makanan untuk keluarga
samada surirumah itu bekerja ataupun surirumah sepenuh masa.
1.8.3 Penyediaan
Satu proses menyediakan makanan sehingga makanan tersebut boleh di makan.
Menurut Kamus Dewan (2002), Penyediaan adalah persiapan. Dalam konteks kajian ini
penyediaan merupakan persiapan yang dilakukan untuk proses memasak makanan.
1.8.4 Makanan
Menurut Phuah Kooi Ean (2006), Makanan didefinisikan sebagai bahan yang
boleh dimakan dan digunakan oleh badan untuk melaksanakan fungsinya. Makanan
mengandungi zat makanan dan apabila dimakan ia digunakan oleh badan.
10
Menurut Aishah Hamzah (2003) pula, Makanan adalah sebarang benda pejal atau
cecair yang dioksidakan dan memberikan tenaga haba kepada tubuh untuk bergerak,
membuat kerja-kerja, juga untuk aktiviti-aktiviti yang lain seperti tumbesaran, membaiki
tisu-tisu badan dan mengatur proses-proses yang terlibat dalam tumbesaran dan
pembaikan. Makanan juga menolong membina ketahanan tubuh terhadap penyakit dan
jangkitan.
1.8.5 Makanan Seimbang
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), makanan yg khasiatnya sesuai bagi
keperluan tubuh. Dalam konteks kajian ini makanan seimbang adalah makanan yang
mengandungi semua nutrien iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, air
dan pelawas.
1.8.6 Pemakanan
Kajian semua proses penyerapan dan penggunaan bahan makanan. Ini
termasuklah identifikasi setiap bahan makanan yang perlu untuk tumbesaran dan
pembinaan setiap organisma (Phuah Kooi Ean, 2006). Jenis-jenis makanan yang
lazimnya di makan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang
(Kamus Dewan, 2002).
11
1.8.7 Zat
Menurut Kamus Dewan (2002), Zat adalah sesuatu yang menyebabkan wujudnya
sesuatu benda, bahagian daripada sesuatu benda, pati atau inti daripada sesuatu seperti zat
makanan.
1.8.8 Zat Makanan
Sebatian kimia yang mempunyai tugas khas dalam menyubur badan (Phuah Kooi
Ean, 2006).
1.8.9 Keluarga
Menurut Kamus Dewan (2002), seisi rumah tangga (yang terdiri daripada suami
dan isteri atau berserta anak-anak). Dalam konteks kajian ini keluarga adalah terdiri
suami isteri dan anak-anak yang tinggal di dalam satu rumah.
1.9 Ringkasan
Dalam bab makan, kita kadang kala terlupa untuk mengamalkan konsep
bersederhana. Malah, Nabi Muhammad SAW juga berpesan supaya kita sentiasa
bersederhana dalam makan minum yang diriwayatkan dalam sebuah hadis yang
bermaksud, ‘Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala
penyakit.’ Dalam hadis lain, Rasullullah berpesan ‘Berpuasalah! Nescaya kamu akan
12
sihat.’ (Al-Ghazali, 1980). Justeru itu, kajian berkaitan dengan penyediaan makanan
amatlah penting bagi mengkaji apakah amalan penyediaan makanan dilakukan di rumah.
Bab yang seterusnya akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang kaedah
memasak, kebersihan makanan, pengetahuan asas dalam penyediaan makanan seimbang
dan penglibatan ahli keluarga dalam penyediaan makanan untuk keluarga.