TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
1.0 Pendahuluan
Perkataan ilmu dari sudut bahasa berasal daripada perkataan arab iaitu calima, yang
membawa maksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui
tentang sesuatu dengan sebenarnya. Manakala ilmu dari segi istilah pula bermaksud
memberi erti tentang segala pengetahuan dan kebenaran tentang sesuatu yang
datangnya daripada Allah s.w.t dan yang telah diturunkan kepada rasul-rasul-Nya dan
alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan juga batiniah.
Secara kasarnya, ilmu telah didefinisikan sebagai satu pengetahuan dan
kebijaksanaan tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistematik menurut
kadah, dan juga pendekatan tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu
yang berkaitan dengan bidang imu tersebut. Ilmu pengetauan terbahagi kepada dua iaitu
ilmu pengetahuan yang nyata dan juga tidak nyata. Ilmu pengetahuan yang nyata boleh
diperolehi daripada dokumen yang bercetak seperti buku-buku rujukan, risalah dan juga
jurnal,manakala ilmu yang tidak nyata ini dapat diperolehi daripada amalan harian
seperti penyimpanan memori dan seumpamanya yang sukar untuk dilihat oleh mata
kasar (Noraziah Sharuddi,2002)
Kemampuan untuk menguasai ilmu pengetahuan secara menyeluruh atau integrative
boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa
supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat
ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi
melahirkan insan yang seimbang seperti yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menginginkan keseimbangan dalam diri setiap individu. Ini juga
bertepatan dengan Firman Allah dalam Surah Al-Mujaadah:11. Maksudnya
“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) –
beberapa darjat . Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa
yang kamu lakukan”.
Kecemerlangan islam yang diasaskan Rasulullah saw dan sahabatnya berjaya
meletakkan umat manusia ketika itu ke puncak yang mulia dan bertamadun
tinggi.kemudian dituruti pula generasi seterusnya yang memperlihatkan perkembangan
islam terpancar ke serata pelusuk benua tanpa mengira sempadan geografi.
2
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
2.0 Kesan Perkembangan Ilmu Terhadap Tamadun
2.1 Tamadun Cina
Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau
Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai
Indus), dan tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cina juga merupakan salah sebuah
tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini.
Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun
dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan
mengalami perubahan- perubahan dalam proses perkembangan yang panjang. Namun,
jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai
suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya(Abu Hasan,2010).
Menurut Azam Hamzah (1998), interaksi merupakan hubungn aktif yang saling
bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Agama, pegangan,
nilai,bahasa, budaya, adat, ilmu dan sistem social mempengaruhi interaksi pelbagai
tamadun. Interaksi antara dalam konteks tamadun Cina ini berfokuskan kepada interaksi
dengan tamadun Islam yang mementingkan ilmu pengetahuan dalam pembentukan
tamadunnya. Menurut Azhar Mat Aros (1998), sumber utama bagi tamadun Islam adalah Al-
Quran yang merangkumi konsep ketuhanan, ilmu pengetahuan, persoalan-persoalan ghaib
dan lain-lain.
Tamadun cina sememangnya turut mementingkan ilmu pengetahuan dan
memandang tinggi kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi pada
ketika itu. Hal ini dapat dibuktikan melalui peperiksaan awam kerajaan yang dikendalikan
dengan ketat oleh pihak kerajaan semasa tamadun cina sehinggakan sesiapa yang
ditangkap meniru akan dikenakan hukuman mati. Hal ini jelas membuktikan, tamadun cina
sememangnya memandang tinggi kepada ilmu pengetahuan dan terhadap individu yang
berilmu tinggi. Selain daripada sistem peperiksaan, pendidikan semasa tamadun cina juga
mempunyai tahap-tahapnya yang tersendiri. Pada peringkat rendah, pendidikan lebih
tertumpu kepada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideaogram dan membaca buku-
buku suci tanpa mengenali maksudnya. Pada pendidikan menengah pula, pendidikan lebih
tertumpu kepada karangan dan sastera manakala pada peringkat yang lebih tinggi pula
aktiviti pendidikan lebih tertumpu kepada aktiviti menterjemah buku suci (Suwarlanata,
2005).
3
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Kesan perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang pada tamadun Cina telah
memperlihatkan kejayaan tamadun Cina menempa sejarah sebagai salah satu tamadun
yang berjaya di dunia. Pelbagai sumbangan telah disumbangkan kepada dunia melalui
perkembangan pelbagai ilmu. Antaranya adalah perkembangan ilmu sains, ilmu perubatan,
ilmu matematik, ilmu astronomi, ilmu teknologi, ilmu kesenian dan juga ilmu seni bina.
Kesemua bidang ini telah mengalami perkembangan ilmu yang pesat sehinggakan banyak
penemuan telah berjaya diperolehi. Kepelbagaian perkembangan ilmu tamadun Cina ini
dapat dilihat dengan lebih jelas pada rajah 2.1 di bawah.
Rajah 2.1: Perkembangan Pelbagai Ilmu Tamadun Cina
Kesan daripada perkembangan ilmu yang pertama iaitu ilmu sains di tamadun Cina
adalah terciptanya konsep Yin dan juga Yang serta teori Lima Unsur. Teori Yin dan Yang
yang tercipta hasil daripada perkembangan ilmu sans yang pesat ini adalah berpunca
daripada golongan cerdik pandai Tamadun CIna yang telah mula meneroka alam dan
memperkembangkan ilmu pengetahuan mereka (Mohd Nur Jusoh,2011).
Selain daripada itu, kesan perkembangan ilmu pada bidang yang kedua iaitu bidang
perubatan adalah dengan terbitnya beberapa buah buku rujukan yang menjad rujukan
pentng terhadap bidang perubatan seperti Inner Cannon (Nei Ching) , Metarial Medica (Pen
TsÕao Kang Mu).
4
1. Perkembangan
Ilmu Sains 2. Perkembangan Ilmu Perubatan
3. Perkembangan Ilmu Matematik
4. Perkembangan Ilmu Astronomi
5. Perkembangan Ilmu Teknologi
6. Perkembangan Ilmu Kesenian
7. Perkembangan Ilmu Seni Bina
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di
negara-negara Asia Timur dan Eropah (Omy Hong, 2012). Kesan perkembangan ilmu pada
bidang perubatan di Cina ini juga turut memperlihatkan beberapa penemuan yang baharu
seperti cara untuk mengubati penyakit. Antaranya adalah rawatan akupuntur iaitu sejenis
rawatan dengan memasukkan jarum ke tempat-tempat tertentu di anggota badan. Rawatan
ini juga masih digunakan meluas di serata dunia pada masa kini.
Seterusnya adalah perkembangan ilmu dalam bidang matematik. Tidak dinafikan
masyarakat pada Tamadun Cina juga telah mencapai kemajuan yang tinggi dalam bidang
matematik. Buktinya dapat dilihat pada penciptaan dan penggunaan sempoa atau abacus
yang telah diperkenalkan pada kurun ke-2 ( Ahmad Zaki Ab. Latif, 2012). Kejayaan dalam
bidang matematik juga telah menyaksikan ahli matematik Cina yang berjaya mengenal pasti
nilai pi, sistem pecahan dan juga sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang
matematik ini juga ada yangmasih kekal digunakan sehingga ke hari ini.
Perkembangan ilmu dalam bidang astronomi juga telah menyaksikan semasa
pemerintahan dinasti Zhou, masyarakat cina telah mampu untuk menyediakan katalog
bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Namun begitu, sumbangan
terbesar ahli astronomi Cina adalah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan
rekod astronomi yang sempurna dan juga tepat. Seterusnya adalah perkembangan ilmu
dalam bidang teknologi. Perkembangan ilmu yang sempurna dalam bidang teknologi banyak
mempengaruhi kejayaan tamadun Cina pada masa dahulu (Azam Hamzah, 2011). Kejayaan
mencipta magnet telah banyak membantu mereka mengetahui arah pelayaran, memburu
dan sebagainya. Kincir juga merupakan satu kemajuan teknologi dalam tamadun Cina yang
muncul kira-kira pada tahun 30 S.M. Kincirjuga telah digunakan bagi memudahkan dan
membantu masyarakat dalam bidang pertanian serta meningkatkan hasil pertanian. (Erick &
Andrew, 1986:35-36)
Pada perkembangan ilmu kesenian pula, aktiviti kesenianCina banyak tertumpu pada
bidang penulisan. Selain daripada itu, sistem tulisan Cina juga turut digunakan oleh
penduduk lain di dunia seperti Jepun dan juga Korea. Sistem tulisan Cina telah dimajukan
dan mengalami perkembangan yang baik semasa Dinasti Shang dan terdapat lebih
daripada 2000 perkataan bertulis yang masih digunakan pada masa kini. ( Mohd Nur Jusoh,
2012). Perkembangan ilmu yang terakhir dapat liihathadirpadabidang seni bina.
Perkembangan ini dapat dilihat pada kerja-kerja pengairan dan juga pengawalan banjir.
Selain daripada itu, Tembok Besar China yang menjadi kemegahan masyarakat Cina pada
hari ini juga turut membuktikan kemajuan Tamadun Cina dalam bidang seni ini
2.2 Tamadun India
5
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Seperti yang telah diketahui, tamadun Islam dan Cina sememangnya tamadun yang
mementingkan aspek ilmu di dalam pembentukan tamadun mereka. Tidak terkecuali kepada
dua tamadun tersebut, tamadun seterusnya yang turut serta menitikberatkan aspek ilmu di
dalam pembentukan tamadun mereka adalah tamadun India. Semasa zaman kegemilangan
tamadun India, pementingan ilmu dapat dilihat dengan adanya skrip-skrip kuno yang
memaparkan kepentingan ilmu yang telah menjadi rujukan dan asas kepada kejayaan
tamadun India ini. Selain daripada skrip-skrip kuno, tamadun India juga telah menjalankan
interaksi bersama tamadun yang lain seperti Mesopotamia bagi memantapkan serta
mendapatkan pengetahuan kepada ilmu-ilmu yang baharu ( Abdullah Zhidi Omar, 2011).
Tamadun India juga mempunyai persamaan daripada konsep ketamadunan dengan
tamadun yang agung iaitu tamadun Islam. Persamaan yang dapat dilihat di antara tamadun
India dan juga tamadun Islam ini adalah kedua-dua tamadun ini berpendapat konsep
keagamaan dan ilmu tidak dapat dipisahkan. Persamaan ini jelas terbukti di dalam buku
semasa zaman ‘Veda’ yang beranggapan, untuk seseorang atau sesuatu tamadun itu
mencapai kesempurnaan di dalam kehidupan, pendidikan agama memainkan peranan yang
amat penting. Namun begitu, disebabkan oleh taraf kedudukan wanita yang rendah semasa
tamadun India, hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan untuk mempelajari kitab-kitab
Veda dan mengikuti agama veda. Selain daripada didedahkan dengan ilmu-ilmu suci
tamadun India, kaum lelaki ini juga turut didedahkan dengan ilmu-ilmu keduniaan seperti
Sanskrit, astronomi, perubatan, undang-undang dan matematik.
Perkara yang turut dapat dilihat menyumbang ke arah mementingkan ilmu adalah
dengan tertubuhnya institusi pendidikan seperti kuil dan juga institusi bagi mengajar ilmu-
ilmu daripada kitab Veda seperti ‘Parishad’ dan juga ‘Matha’. Selepas daripadakedatangan
Islam ke tamadun India, tujuan menuntut ilmu telah mengalami transformasi secara
mendadak. Hal ini kerana, sebelum kedatangan Islam ke India, tujuan menuntu ilmu adalah
untuk mengukuhkan taraf kasta yang menjadi kepentingan di India, namun telah ditukar
kepada untuk mendapatkan redha daripada Allah s.w.t. (Mahdi Shuid, 2011). Selepas
kedatangan Islam juga, Institusi pendidikan bertambah dengan tertubuhnya sekolah untuk
kanak-kanak dan pendidikan tidak formal menjadi formal. Berdasarkan kepada perincian
yang telah diberikan, jelaslah tamadun India juga mementingkan ilmu di dalam pembentukan
tamadun mereka
6
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Pelbagai maslahat atau faedah telah diperolehi oleh Tamadun India hasil daripada
mementingkan ilmu. Maslahat yang deperolehi telah menjadikan mereka sebuah tamadun
yang berjaya pada waktu dahulu. Kesan perkembangan ilmu yang pesat telah dapat dilihat
dalam tiga aspek atau bidang. Tiga aspek tersebut dapat dilihat pada rajah 2.2 di bawah.
Rajah 2.2: Kesan Perkembangan Ilmu Tamadun India
Kesan daripada perkembangan ilmu yang pesat, tamadun India telah mengalami
kecemerlangan daalam 3 bidang yang utama iaitu bidang astronomi dan calendar,
matematik dan juga fizik serta kimia. Pencapaian dalam bidang astronomi dan juga
penciptaan kalendar. Semasa penciptaan kalendar, ahli astronomi india telah berjaya
menetapkan ketetapan tarikh dan masa dalam setahun dengan betul. Hasil daripada
mempelajari kitab Yajur, mereka juga telah telah berjaya mengenal pasti 27 buruj untuk
menjejaki peredaran matahari ( Yahya, 2009). Selain daripada itu, ahli kaji bintang india juga
telah berjaya menyedari kewujudan satu kuasa yang penting yang menarik semua objek.
Kuasa tersebut adalah tarikan graviti. Terdapat beberapa ahli astronomi yang berpengaruh
hasil daripada mementingkan ilmu di dalam kehidupan mereka. Tokoh yang pertama adalah
Aryabhata. Beliau telah menyatakan bahawa bumi ini berbentuk bulat dan berputar pada
paksinya. Manakala tokoh yang seterusnya iaitu Jai Singh telah berjaya mencipta beberapa
peralatan astronomi yang diperbuat daripada batu. Selain itu juga, beliau berjaya
mengumpulkan manuskrip di dalam bahasa Sanskrit, parsi, arab dan turut menyediakan
buku teks bagi pengiraan astronomi. Kejayaan perkembangan ilmu dalam tamadun india ini
7
Kesan Perkembangan
Ilmu
1. Bidang Astronomi dan Kalendar
2. Bidang Matematik3. Bidang Fizik dan Kimia
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
juga telah menyaksikan ahli astronomi mereka mencipta peralatan untuk mengukur masa
dan juga telah mencipta sebuah jam matahari.
Kesan perkembangan ilmu dalam bidang matematik pula, ahli matematik india telah
memperkenalkan angka kosong dan memperkenalkan sistem perpuluhan yang masih
digunapakai sehingga kini. Selain daripada itu, di dalam bidang seni bina tamadun India
juga, sistem matematik yang terkenal iaitu trigonometri telah digunapakai. Perkembangan
ilmu di dalam bidang matematik semasa tamadun India ini juga telah menyaksikan ahli-ahli
matematik ini mempraktikkan aljebra yang juga turut dikenali sebagai the other
mathemathic. Jika tamadun Islam terkenal dengan tokohnya seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun
dan sebagainya, tamadun India juga mempunyai tokoh matematik yang tidak kurang
hebatnya. Tokoh matemati tamadun India seperti Aryabhata, Varamahira dan juha
Brahmogupta telah berjaya membina satu dimensi yang baharu hasil daripada
perkembangan ilmu matematik yang pesat di tamadun India. Antara perkara baharu yang
telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh ini adalah mencipta persamaan kuadratik serta linear.
Selain daripada itu, Varamahira telah menulis punca Siddhanta b iaitu ensiklopedia
astronomi hindu. Manakala tokoh Brahmagupta pula telah berjaya memperkenalkan kaedah
mengira luas segi tiga dan memperkenalkan konsep sifar dengan berkesan ( Mohd Nahi
Abdullah, 2011). Dengan perincian yang telah dijelaskan, jelaslah bahawa tamadun india
telah menerima kesan perkembangan ilmu yang baik di dalam bidang matematik.
Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan dengan
agama dan teologi. Konsep jirim muncul berdasarkan intuisi dan logika, dan bukannya
eksperimen. Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari gabungan
lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Pengikut Buddha dan Ajivika menolak
angkasa. Hampirsemuaaliranagamadi India percaya bahawa unsur-unadr alam kecuali
angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom India adalah lebih tulen dan berdikari dengan
sumbangan pakar atom seperti Pakudha Katyayana (sezaman dengan Buddha).
Menurut Jaina, corak percantuman atom yang berbeza menghasilkan elemen-elemen
dengan pelbagai sifat. Orang Buddha melihat atom sebagai "occupying minutest space in
the minutest time". Mengikut falsafah Vaisesika pula atom-atom membuat satu percantuman
diacldsin triad yang primari sebelum bercantum untuk membentuk sesuatu objek bahan.
Orang India percaya bahawa elemen-elemen tanah dan air adalah jenis jatuh, api jenis
menaik, padu [solid) dan bendalir jenis mengembang dalam panas. Tetapi usaha
eksperimen yang sebenar dan saintifik tidak dilakukan dalam bidang ini.
Konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen. Latihan bagi meningkatkan kebolehan
mendengar dibuat untuk memahami intonasi sebutan mazmur-mazmur Veda dengan lebih
tepat. Sejak awal lagi oktaf (octave) dibahagikan kepada 22 sruti (microtone).
8
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Bidang kimia di India lebih tertumpu pada pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak
digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas, seperti yang
dilakukan di Eropah. Orang India membuat ubat bagi hidup lama, racun dan antidotnya.
Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta
dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dikatakan
sudah mencipta ubat bedil.
9
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
3.0 Peranan Aktiviti Penterjemahan Tamadun Islam Terhadap Perkembangan Ilmu
Tamadun Eropah
3.1 Pendahuluan
Semasa tamadun awal Islam, aktiviti penterjemahan telahpun bermula seawal 661-
1750 Masihi lagi iaitu sewaktu di bawah kepimpinan Kerajaan Bani Umayyah. Legasi
penterjemahan ini telah diteruskan lagi di bawah tampuk kepimpinan yang seterusnya iaitu
pada zaman Bani Abbasiyyah. Usaha perpindahan ilmu di dalam tamadun Islam
berkembang dengan lebih pesat akibat galakkan yang besar daripada pemerintah ketika itu
iaitu Khalifah Abu Ja’afar al- Mansur ( 754-775). Usaha khalifah ini yang telah membawa
masuk para penterjemah daripada pelbagai bidang seperti perubatan, ilmu falak, dan juga
ilmu politik yang kebanyakkannya daripada bahasa Yunani, Parsi dan India telah
menyemarakkan lagi aktiviti penterjemahan di dalam tamadun Islam.
Pelbagai bidang ilmu utama telah melalui proses penterjemahan seperti falsafah,
sains, matematik, perubatan dan seni yang diperolehi hasil daripada peradaban Yunani
Parsi dan juga India. Terjemahan pada Tamadun Islam dilakukan dengan bersungguh-
sungguh kerana ilmuan Islam pada masa itu telahpun menyedari terdapat banyak lagi ilmu
pengetahuan yang masih lagi belum dimiliki dan kurang lengkap. Oleh yang demikian,
aktiviti penterjemahan merupakan satu langkah drastic yang telah dapat membantu
menyediakan ilmu pengetahuan tersebut dalam bahasa Arab untuk digunakan serta
diaplikasi oleh masyarakat arab pada ketika itu. Selain itu juga, ilmuan tamadun Islam pada
ketika itu juga berpendapat proses perpindahan ilmu melalui aktiviti penterjemahan
merupakan antara metadologi penyampaian ilmu yang utama dan terpenting pada ketika itu.
Antara faktor yang memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan dan
peningkatan bidang ilmuan pada zaman awal Islam ini adalah segala aktiviti penterjemahan
yang telah dilakukan merupakan hasil terjemahan para cendekiawan Islam sendiri. Selain itu
juga, Kerajaan Umayyah yang berpusat di Damascus telah menjadi kota yang berbudaya
ghairah dalam konteks memindahkan ilmu daripada tamadun luar ke dalam bahasa Arab
pada ketika itu. Sikap para penterjemah yang melakukan kerja-kerja penterjemahan dengan
kesungguhan daya usaha mereka sendiri yang banyak dirangsang oleh perasaan cinta
terhadap ilmu pengetahuan juga merupakan salah satu aspek penting di dalam kejayaan
dan kepesatan aktiviti penterjemahan di dalam tamadun Islam.
10
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
3.2 Aktiviti Penterjemahan Tamadun Islam
Abu Jaafar al- Mansur merupakan Khalifah Abbasiyyah pertama menggerakkan
kegiatan penterjemahan. Antara kitan utama yang telah diterjemahkan semasa di bawah
tampuk kepimpinannya ialah Kalilah Wa Dimmah yang telah meninggalkan impak yang
besar di dalam kesusasteraan arab dan juga asing. Selain itu, Ruzbah atau nama
sebenarnya Ibn Muqaffa yang merupakan penterjemah bagi kitb itu juga telah menterjemah
beberapa buku tokoh Aristotle terutamanya segala yang berkaitan dengan ilmu logik seperti
Isagoge, karya Porphye dan beberapa buku lagi berkaitan dengan ilmu perubatan.
Ilmu falsafah juga tidak turut ketinggalan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Antara tokoh Islam yang dikaitakan dengan aktiviti penterjemahan ilmu falsafah ke dalam
bahasa Arab adalah iaitu Al-Kindi. Beliau juga dikatakan turut mempelajari ilmu kimia secara
mendalam daripada seorang paderi di Iskandariah dan juga telah memerintahkan buku-buku
tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Pada zaman yang seterusnya iaitu pada
zaman Harun Al-Rasyid, beliau telah mempergiatkan aktiviti penterjemahan buku-buku ilmu
dari bahasa Yunani dan juga Rom ke dalam bahasa Arab. Kecaknaan beliau di dalam
bidang ini juga telah mendorong beliau menubuhkan sebuah perpustakaan yang berfungsi
sebagai university bagi mempergiatkan lagi aktiviti penterjemahan ini. Kaum Baramikah dari
keturunan Parsi telah membantu menterjemah buku-buku perubatan daripada tamadun
India ke dalam bahasa Arab. Manakala pemerintah lain seperti Yahya Bin Khalid al-Barmaki
telah memerintahkan penterjemah daripada Iskandariah menterjemahkan buku mengenai
ilmu pertanian daripada bahasa Rom kepada bahasa Arab dan ilmu-ilmu lain dalam bahasa
Parsi seperti ilmu astronomi ke dalam bahasa Arab.
Semasa pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Ma-mun iaitu pada 813-817M, aktiviti
penterjemahan menjadi semakin maju. Pelbagai program telah dilaksanakan bagi
merancakkan lagi aktiviti ini. Antaranya adalah dengan memberi peruntukkan harta wakaf
kepada sesiapa sahaja yang menterjemah ilmu-ilmu daripada bahasa lain kepada bahasa
Arab dengan sepenuh masa. Kesan positif daripada kerancakan aktiviti penterjemahan ini,
ulama Islam pada ketika itu telah berjaya memiliki pebagai ilmu dan telah lahir beberapa
ahli-ahli hikmah dan falsafah yang tidak kurang hebatnya dari ahli falsafah Yunani. Antara
tohoh yang lahir hasil daripada aktiviti ini adalah Muhammad Bin Musa, Ahmad Bin Musa
dan juga tokoh dalam bidang Al-Jabar atau Algebra iaitu Al- Khawarizmi. Selain daripada
berjaya memajukan dan memantapkan tamadun Islam, aktiviti penterjemahan ini juga telah
memberikan impak positif terhadap perkembangan ilmu pada Tamadun Eropah.
11
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
3.3 Kesan Aktiviti Penterjemahan Tamadun Islam Terhadap Perkembangan Ilmu
Tamadun Eropah
Umum sudah mengetahui bahawa tamadun Islam telah melahirkan ribuan ulama dan
ilmuan dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang teologi, fekah, bahasa, falsafah,
sains dan teknologi. Daripada kelahiran tokoh-tokoh ini, lahirlah juga beberapa penemuan
dan juga ilmu baharu yang telah banyak memberikan pengaruh yang besar terhadap
perkembangan ilmu tamadun Eropah. Impak yang besar ini dapat dilihat melalui Al-Zahrawi
iaitu kitabnya Al- Tasrif yang telah diterjemahkan ke bahasa latin dan menjadi teks
perubatan di universiti di Eropah. Selain itu, Ibnu Sina yang merupakan tokoh falsafah dan
perubatan Islam yang terkenal, banyak dari karyanya yang telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Barat bagi tujuan penyelidikan. Antara karya beliau adalah Qanun Fi Al-Tib yang
dianggap sebagai ‘Injil Perubatan’ oleh sarjana barat telah diterjemahkan sebagai ‘Cannon’
an telah dijadikan teks rujukan bidang perubatan di Eropah sehingga abad Ke 16 M. Dalam
jangka masa 30 tahun terakhir abad ke 15 M, buku karangan Ibnu Sina ini telahpun
diterbitkan sebanyak 15 kali dalam bahasa Latin dan sekali dalam edisi Ibrani
(Nourouzzaman, 1985).
Selain daripada itu, hasil daripada buku aritmetik karya Al-Khawarizmi yang telah
ditukarkan bahasa kepada bahasa Latin juga memberikan pelbagai manfaat yang besar
terhadap orang-orang barat. Antaranya adalah dapat mengenal angka arab dengan sistem
dan kaedahnya serta mengetahui pengetahuan muzik yang baharu. Pengenalan angka arab
dan sistemnya yang dimulai dengan angka kosong hingga sembilan bukan sahaja
memudahkan kerja hitung malah telah menyerdahanakan penulisan angka itu sendiri
(Baharudin, 2009). Tidak dinafikan banyak karya-karya daripada tamadun Islam telah
dicedok bagi meningkatkan perkembangan ilmu di Eropah. Selain daripada itu, Institusi
Pendidikan Islam juga telah mempengaruhi perkembangan institusi pendidikan di Barat.
Istilah-istilah seperti ‘chair’ yang digunakan di university di barat sebenarnya merupakan
terjemahan langsung daripada istilah arab iaitu ‘ kursi’. Sistem pendidikan Islam telah
mempengaruhi perkembangan institusi pendidikan Tinggi Barat yang bermula pada zaman
pertengahan seperti Universiti Samalanca, Universiti Paris, Universiti Bologna dan
sebagainya yang mempunyai persamaan dengan sistem pendidikan Islam Klasik ( Seyyed
Hossien Nasr, 1994).
Di Andalusia, pemerintahan Islam ketika memerintah negara terseut telah membina pusat-
pusat pengajian yang terus berkembang pesat dan memberi sumbangan yang besar kepada
perkembangan ilmu dalam masyarakat barat. Contohnya dapat dilihat di Cordova, sebuah
akademi dengan perpustakaan telah didirikan dengan terdapat hampir 300,00 ribu buah
12
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
buku terdapat di dalamnya. Selain itu juga, pusat pengajian turut didirikan di Seville, Toledo
dan juga Muncia. Golongan Mozarab iaitu penganut agama kristian yang mahir bertutur
dalam bahasa Arab di Andalus, adalah satu golongan yang penting dalam penyebaran
tamadun Islam ke Eropah ( Mohd Nor Jusoh, 2011). Mereka juga adalah golongan yang
tekun menuntut ilmu dari pelbagai sumber seperti ulama dan institusi pendidikan Islam di
Andalusia.
Fredirick II dari empayar Roman pada tahun 1224 M telah menubuhkan Universiti
Naples bagi tujuan mengembangkan sains Muslim di eropah. Universiti ini telah
melaksanakan aktiviti penterjemahan dengan pesat dengan menterjemah ilmu daripada
bahasa Arab kepada bahasa Latin dan Ibrani. Frederick juga telah mendorong Michael Scott
berhijrah ke Toledo iaitu sebuah tempat terjemahan yang termasyur ketika itu pada tahun
1217M dan berjaya membuat terjemahan pandangan Ibnu Rush terhadap Aristotle. Aktiviti
yang sama telah dilakukan di universiti Montpellar di Perancis iaitu dengan menjadikan
Qanun Ibnu Sina sebagai sukatan pelajaran bagi matapelajaran perubatan. Manakala di
Bologna, Itali, Falsafah tokoh Islam iaitu Ibnu Rushd telah mendapat pengiktirafan dan
menjadi teks utama rujukan bersama buku Qanun Fi Al- Tib Ibn Sina ( Jalani Sidek, 1997).
Kesimpulannya, aktiviti penterjemahan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh ilmuan
tamadun Islam tidak hanya berakhir di dlaam tamadun mereka sahaja. Bahkan, segala ilmu
dan juga buah fikiran mereka dan juga segala ilmu yang telah diterjemahkan oleh mereka
telah banyak memberikan ilmu yang baharu kepada masyarakat di barat. Selain itu juga,
ilmu-ilmu yang dicedok daripada tamadun Islam ini juga telah memberikan kesan yang
positif terhadap perkembangan ilmu di tamadun Eropah.
13
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
4.0 Peranan Membina Budaya Ilmu dalam Kalangan Pendidik
4.1 Pendahuluan
Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi
warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa
hadapan. Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan
negara. Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada
pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang
bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan
mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988) . Namun begitu, selain mempunyai
tanggungjawab terhadap murid-murid, seorang guru yang berkredibiliti juga turut perlu
mempunyai peranan terhadap para pendidik yang lain. Antara peranan yang penting yang
perlu kita tonjolkan kepada para pendidik yang lain adalah peranan kita dalam
membudayakan ilmu dalam kalangan pendidik.
Rajah 4.1: Peranan Kita Membudayakan Ilmu dalam Kalangan Pendidik
Untuk membudayakan ilmu dalam kalangan pendidik, selaku pendidik juga, kita
seharusnya turut meguasai pelbagai ilmu terlebih dahulu. Hal ini kerana, di dalam arus
globalisasi yang lebih mencabar pada masa kini, tugas seorang guru bukan sahaja
mendidik, malah pelbagai lagi tugas yang mencabar perlu dilakukan. Sebagai penyampai
ilmu dan kemahiran, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang
14
Peranan Membudayakan
Ilmu Dalam Kalangan Pendidik
1. Kita Perlu Menguasai Pelbagai
Ilmu
2. Menyemai Budaya Ilmu dalam Diri Terlebih Dahulu
3. Sentiasa Menunjukkan Sikap dan Profesion Guru
yang Mantap
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
terkini. Ledakan ilmu yang berlaku hari ini begitu mencabar para guru. Jika guru tidak
mengambil peluang yang ada, iaitu dengan melengkapkan diri dengan perkembangan
terbaharu, pasti para guru akan ketinggalan zaman. Pelbagai peningkatan berlaku bukan
sahaja dari segi ilmu tetapi juga media untuk menimba ilmu. Perkembangan sains dan
teknologi menuntut para guru menguasai ilmu teknologi maklumat. Kemahiran
menggunakan komputer, mencari maklumat baru menerusi internet dan seumpamanya
adalah kemahiran yang wajib dikuasai oleh setiap orang guru. Guru juga berperanan
sebagai pemberi galakan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan di dalam hidup dan
menjadi kaunselor bila pelajar menghadapi masalah. Apabila masa untuk meninggalkan
alam persekolahan hampir tiba, guru memberikan pandangan dan pendapat kepada
pelajar mereka dalam membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai dengan pencapaian
dan potensi mereka. Oleh yang demikian, sekiranya kita ingin membudayakan ilmu dalam
kalangan pendidik, kita perlulah terlebih dahulu menguasai ilmu yang berlainan supaya
dapat menarik minat para pendidik yang lain untuk turut serta bersama kita membudayakan
ilmu.
Selain daripada itu, kita juga perlulah membina budaya ilmu dalam diri kita dahulu
sebelum membudayakannya kepada para pendidik yang lain. Antara budaya ilmu yang
penting perlu kita kuasai adalah budaya membaca. Menurut Abdul Rahim (2000),
Pengetahuan guru perlu dipertingkatkan supaya guru dapat memainkan peranan yang
benar-benar berkesan. Guru sentiasa menyarankan pelajar supaya membaca tetapi
pengetahuan guru sendiri terlalu cetek dan sukar untuk menilai tahap profesionalisme guru
itu sendiri. Selain daripada itu, dengan membudayakan amalan membaca di dalam diri
seorang guru juga, kita dapat meningkatkan karisma masing-masing melalui pengetahuan
dan keilmuannya yang telah berkembang pesat di samping turut mengangkat martabat
dirinya sebagai golongan intelek yang dihormati dalam kalangan masyarakat. Tambahan
kepada pentingnya amalan budaya membaca di dalam kalangan guru ini, sumber yang
dipetik daripada buku Wawasan dan Agenda Pendidikan karya Abd. Rahim Abd. Rashid
(2000), Jabatan Pendidikan Negeri Perak pernah mengeluarkan arahan memaksa guru
membaca 4 buah buku dalam tempoh sebulan. Arahan yang dikeluarkan sedikit sebanyak
telah dapat membudayakan amalan membaca dalam kalangan guru di negara ini. Seorang
guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang terkini dalam bidang pendidikan khususnya
kaedah mengajar, perancangan penggunaan sumber dan aktiviti murid dan pelbagai lagi.
Dengan membudayakan amalan membaca, kesemua pengetahuan terkini ini akan dapat
diperolehi dan seterusnya dapat membantu membantu dalam membina budaya ilmu dalam
kalangan pendidik.
15
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Peranan yang seterusnya adalah dengan sentiasa menunjukkan sikap dan profesion
perguruan yang mantap. Falsafah Pendidikan Guru yang bermatlamat menghasilkan warga
pendidik yang berkualiti dari segi professional, peribadi, social, dan amalan tingkah laku,
menguasai ilmu, kemahiran dan amalan-amalan nilai keguruan, serta berupaya mencapai
pendidikan untuk pengisian tuntutan wawasan pendidikan pada abad ke- 21 perlulah disahut
dengan positif oleh warga pendidik dengan melaksanakan pelbagai langkah yang telah
disediakan oleh kerajaan seperti penyediaan kurikulum yang pelbagai seperti Kurikulum
Standard Sekolah Rendah(KSSR). Menguasai amalan-amalan nilai keguruan seperti
mereka sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan
cara menilai semula amalan pengajaran masing-masing, mengikuti kursus-kursus
peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan
berkongsi pengalaman dengan rakan setugas yang lain.
16