Download - Akta dan Peraturan Elektrik
PERATURAN – PERATURAN ELEKTRIK BAHAGAN III
PENGENALAN:
Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahui kehendak Pepasangan perlu
dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten, Orang kompeten dan kekerapan lawatan
dan pemeriksaan, Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor,
Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan dan Kewajipan untuk memberitahu dan
membaiki kecacatan oleh orang kompeten.
LEARNING OBJECTIVES:
Pelatih-pelatih mesti boleh:-
Huraikan jenis-jenis Pepasangan perlu dilawati dan diperiksa oleh orang
kompeten
Kewajipan orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan
Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor
Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan dan Kewajipan untuk memberitahu
dan membaiki kecacatan oleh orang kompeten.
LEARNING OUTCOMES:
Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini
Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes
elektrik yang berlaku
SUB TOPIC:
10 PEMERIKSAAN TETAP OLEH ORANG KOMPETEN
SUB SUB TOPIC:
10.1 Peraturan 66:
Penerangan.
Pepasangan hendaklah dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten
66. Tanpa menjejaskan apa-apa pengecualian di bawah Akta dan tertakluk kepada
peraturan 67, sesuatu pepasangan hendaklah dilawati dan diperiksa oleh orang
kompeten yang disebut dalam peraturan 67.
Soalan
Tanpa menjejaskan apa-apa pengecualian di bawah Akta dan tertakluk kepada
peraturan 67, sesuatu pepasangan hendaklah ……………………… oleh orang
kompeten yang disebut dalam peraturan 67.
Jawapan
A. Diuji dan dilawati
B. Dilawati dan diperiksa
C. Diperiksa dan kompnun
D. Dikompaun dan diuji
SUB SUB TOPIC:
10.2 Peratuan 67
Orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan
67. (1) Orang kompeten yang dikehendaki untuk melawat dan memeriksa pepasangan
adalah seperti yang berikut:
(a) jika pepasangan itu dikendalikan pada voltan rendah—
(i) Jurutera Perkhidmatan Elektrik;
(ii) Jurutera Elektrik Kompeten; atau
(iii) Penyelia Elektrik; dan
(b) jika pepasangan itu dikendalikan pada voltan yang melebihi voltan rendah—
(i) Jurutera Perkhidmatan Elektrik; atau
(ii) Jurutera Elektrik Kompeten.
(2) Bilangan lawatan bagi maksud pemeriksaan oleh orang kompeten yang disebut
dalam subperaturan (1) hendaklah seperti yang berikut:
(a) bagi pepasangan yang tidak melebihi 600 volt dan menerima elektrik melalui
gear suis berkadar pada atau lebih daripada 100 ampere, bilangan minimum
lawatan bagi maksud pemeriksaan sebulan adalah satu lawatan;
(b) bagi pepasangan melebihi 600 volt tetapi tidak melebihi 11,000 volt, bilangan
minimum lawatan bagi maksud pemeriksaan sebulan adalah dua lawatan; dan
(c) bagi pepasangan melebihi 11,000 volt tetapi tidak melebihi 132,000 volt,
bilangan minimum lawatan sebulan adalah empat lawatan:
Dengan syarat bahawa di tempat hiburan awam kekerapan pemeriksaan bagi
pepasangan yang disebut dalam perenggan (a) adalah sekurang-sekurangnya dua
pemeriksaan sebulan:
Dengan syarat selanjutnya Suruhanjaya boleh menentukan -
(aa) demi kepentingan keselamatan awam bilangan pemeriksaan bagi
sesuatu pepasangan oleh orang kompeten hendaklah lebih daripada
bilangan yang ditetapkan dalam perenggan (a), (b) atau (c); atau
(bb) jika dia berpuas hati bahawa pepasangan itu adalah selamat dan
semunasabahnya terjarnin, bilangan pemeriksaan bagi pepasangan itu
oleh orang kompeten hendaklah kurang daripada yang dinyatakan dalam
perenggan (a), (b) atau (c).
Soalan
Sebuah premis menggunakan bekalan 415 volt dan gear suisnya 1200A, lawatan
pemeriksaan orang kompeten mesti dilakukan iaitu……………………………….
Jawapan
A. Sekali enam bulan
B. Sekali sebulan
C. Setiap hari
D. Bila perlu
SUB SUB TOPIC:
10.0.3 Peraturan 68
Penerangan
Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor.
68. (1) Setiap Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau Jurutera Elektrik Kompeten atau
Penyelia Elektrik yang dikehendaki untuk memeriksa sesuatu pepasangan di bawah
peraturan 67 hendaklah memeriksa pepasangan itu dan hendaklah merekod dan
menghantar semua dapatan, syor dan arahan kepada Suruhanjaya dan pemunya,
pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia
Elektrik hendaklah mengemukakan kepada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen
pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu laporan pemeriksaan
tentang dapatan, syor dan arahan mengenai pepasangan dalam masa dua minggu dari
pemeriksaan itu.
(3) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan hendaklah
menyimpan buku tentang semua rekod dan laporan yang dibuat di bawah subperaturan
(1) dan (2) dan buku itu hendaklah dibuka untuk pemeriksaan oleh Suruhanjaya pada
setiap masa.
(4) Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia
Elektrik hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu Perakuan Pemeriksaan
sebagaimana yang ditetapkan dalam Borang 1 Jadual Pertama dalam masa dua minggu
dari pemeriksaan pepasangan itu.
Soalan
Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik
hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu Perakuan Pemeriksaan
sebagaimana yang ditetapkan dalam borang I Jadual Pertama dalam masa dua minggu
dari pemeriksaan pepasangan itu.
Jawapan
A. Perakuan kekompetenan
B. Perakuan Pendaftaran
C. Perakuan Pemeriksaan
D. Perakuan Syarikat
SUB SUB TOPIC:
10.0.4 Peraturan 69
Penerangan
Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan
69. Suruhanjaya hendaklah menentukan jumlah bilangan lawatan dalam satu bulan
yang boleh dilaksanakan oleh mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera
Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik bagi maksud pemeriksaan mana-mana
pepasangan yang diperuntukkan dalam peraturan.
Soalan
…………….. hendaklah menentukan jumlah bilangan lawatan dalam satu bulan yang
boleh dilaksanakan oleh mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik
Kompeten atau Penyelia Elektrik bagi maksud pemeriksaan mana-mana pepasangan
yang diperuntukkan dalam peraturan 67.
Jawapan
A. Suruhanjaya
B. Pengerusi
C. Pengarah
D. Menteri
SUB SUB TOPIC:
10.0.5 Peraturan70
Penerangan
Kewajipan untuk memberitahu dan membaiki kecacatan.
70. Mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau
Penyelia Elektrik yang memeriksa sesuatu pepasangan yang disebut di bawah
subperaturan 67(2), dan mengetahui akan apa-apa kecacatan dalam pepasangan itu
atau mana-mana kelengkapan dalamnya yang kemungkinan menyebabkan bahaya
hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemunya, pengurusan atau pemegang
lesen pepasangan itu supaya membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, dan
membuat laporan segera kepada Suruhanjaya.
Soalan
Mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia
Elektrik yang memeriksa sesuatu pepasangan yang disebut di bawah subperaturan 67
(2), dan mengetahui akan apa-apa kecacatan dalam pepasangan itu atau mana-mana
kelengkapan dalamnya yang kemungkinan menyebabkan bahaya hendaklah dengan
serta-merta memberitahu pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan itu
supaya membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, dan membuat laporan segera
kepada ………….. .
Jawapan
A. Pihak berkuasa bekalan
B. Pihak pengurusan
C. Orang kompeten
D. Suruhanjaya
SUMMARY
Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:
Jenis-jenis Pepasangan perlu dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten,
Peraturan 66
Kewajipan orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan, Peraturan
67
Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor Peraturan 68
Kewajipan orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan, Peraturan
69
Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan dan Kewajipan untuk memberitahu
dan membaiki kecacatan oleh orang kompeten, Peraturan 70.
REFERENCES
1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn
Bhd)