akta dan peraturan elektrik

12
PERATURAN – PERATURAN ELEKTRIK BAHAGAN III PENGENALAN: Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahui kehendak Pepasangan perlu dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten, Orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan, Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor, Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan dan Kewajipan untuk memberitahu dan membaiki kecacatan oleh orang kompeten. LEARNING OBJECTIVES: Pelatih-pelatih mesti boleh:- Huraikan jenis-jenis Pepasangan perlu dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten Kewajipan orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan dan Kewajipan untuk memberitahu dan membaiki kecacatan oleh orang kompeten. LEARNING OUTCOMES: Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes elektrik yang berlaku

Upload: hanim-husaif

Post on 06-Aug-2015

434 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Nota 10

TRANSCRIPT

Page 1: Akta dan Peraturan Elektrik

PERATURAN – PERATURAN ELEKTRIK BAHAGAN III

PENGENALAN:

Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahui kehendak Pepasangan perlu

dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten, Orang kompeten dan kekerapan lawatan

dan pemeriksaan, Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor,

Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan dan Kewajipan untuk memberitahu dan

membaiki kecacatan oleh orang kompeten.

LEARNING OBJECTIVES:

Pelatih-pelatih mesti boleh:-

Huraikan jenis-jenis Pepasangan perlu dilawati dan diperiksa oleh orang

kompeten

Kewajipan orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan

Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor

Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan dan Kewajipan untuk memberitahu

dan membaiki kecacatan oleh orang kompeten.

LEARNING OUTCOMES:

Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini

Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes

elektrik yang berlaku

Page 2: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB TOPIC:

10 PEMERIKSAAN TETAP OLEH ORANG KOMPETEN

SUB SUB TOPIC:

10.1 Peraturan 66:

Penerangan.

Pepasangan hendaklah dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten

66. Tanpa menjejaskan apa-apa pengecualian di bawah Akta dan tertakluk kepada

peraturan 67, sesuatu pepasangan hendaklah dilawati dan diperiksa oleh orang

kompeten yang disebut dalam peraturan 67.

Soalan

Tanpa menjejaskan apa-apa pengecualian di bawah Akta dan tertakluk kepada

peraturan 67, sesuatu pepasangan hendaklah ……………………… oleh orang

kompeten yang disebut dalam peraturan 67.

Jawapan

A. Diuji dan dilawati

B. Dilawati dan diperiksa

C. Diperiksa dan kompnun

D. Dikompaun dan diuji

SUB SUB TOPIC:

Page 3: Akta dan Peraturan Elektrik

10.2 Peratuan 67

Orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan

67. (1) Orang kompeten yang dikehendaki untuk melawat dan memeriksa pepasangan

adalah seperti yang berikut:

(a) jika pepasangan itu dikendalikan pada voltan rendah—

(i) Jurutera Perkhidmatan Elektrik;

(ii) Jurutera Elektrik Kompeten; atau

(iii) Penyelia Elektrik; dan

(b) jika pepasangan itu dikendalikan pada voltan yang melebihi voltan rendah—

(i) Jurutera Perkhidmatan Elektrik; atau

(ii) Jurutera Elektrik Kompeten.

(2) Bilangan lawatan bagi maksud pemeriksaan oleh orang kompeten yang disebut

dalam subperaturan (1) hendaklah seperti yang berikut:

(a) bagi pepasangan yang tidak melebihi 600 volt dan menerima elektrik melalui

gear suis berkadar pada atau lebih daripada 100 ampere, bilangan minimum

lawatan bagi maksud pemeriksaan sebulan adalah satu lawatan;

(b) bagi pepasangan melebihi 600 volt tetapi tidak melebihi 11,000 volt, bilangan

minimum lawatan bagi maksud pemeriksaan sebulan adalah dua lawatan; dan

(c) bagi pepasangan melebihi 11,000 volt tetapi tidak melebihi 132,000 volt,

bilangan minimum lawatan sebulan adalah empat lawatan:

Dengan syarat bahawa di tempat hiburan awam kekerapan pemeriksaan bagi

pepasangan yang disebut dalam perenggan (a) adalah sekurang-sekurangnya dua

pemeriksaan sebulan:

Page 4: Akta dan Peraturan Elektrik

Dengan syarat selanjutnya Suruhanjaya boleh menentukan -

(aa) demi kepentingan keselamatan awam bilangan pemeriksaan bagi

sesuatu pepasangan oleh orang kompeten hendaklah lebih daripada

bilangan yang ditetapkan dalam perenggan (a), (b) atau (c); atau

(bb) jika dia berpuas hati bahawa pepasangan itu adalah selamat dan

semunasabahnya terjarnin, bilangan pemeriksaan bagi pepasangan itu

oleh orang kompeten hendaklah kurang daripada yang dinyatakan dalam

perenggan (a), (b) atau (c).

Soalan

Sebuah premis menggunakan bekalan 415 volt dan gear suisnya 1200A, lawatan

pemeriksaan orang kompeten mesti dilakukan iaitu……………………………….

Jawapan

A. Sekali enam bulan

B. Sekali sebulan

C. Setiap hari

D. Bila perlu

SUB SUB TOPIC:

Page 5: Akta dan Peraturan Elektrik

10.0.3 Peraturan 68

Penerangan

Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor.

68. (1) Setiap Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau Jurutera Elektrik Kompeten atau

Penyelia Elektrik yang dikehendaki untuk memeriksa sesuatu pepasangan di bawah

peraturan 67 hendaklah memeriksa pepasangan itu dan hendaklah merekod dan

menghantar semua dapatan, syor dan arahan kepada Suruhanjaya dan pemunya,

pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia

Elektrik hendaklah mengemukakan kepada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen

pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu laporan pemeriksaan

tentang dapatan, syor dan arahan mengenai pepasangan dalam masa dua minggu dari

pemeriksaan itu.

(3) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan hendaklah

menyimpan buku tentang semua rekod dan laporan yang dibuat di bawah subperaturan

(1) dan (2) dan buku itu hendaklah dibuka untuk pemeriksaan oleh Suruhanjaya pada

setiap masa.

(4) Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia

Elektrik hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu Perakuan Pemeriksaan

sebagaimana yang ditetapkan dalam Borang 1 Jadual Pertama dalam masa dua minggu

dari pemeriksaan pepasangan itu.

Soalan

Page 6: Akta dan Peraturan Elektrik

Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik

hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu Perakuan Pemeriksaan

sebagaimana yang ditetapkan dalam borang I Jadual Pertama dalam masa dua minggu

dari pemeriksaan pepasangan itu.

Jawapan

A. Perakuan kekompetenan

B. Perakuan Pendaftaran

C. Perakuan Pemeriksaan

D. Perakuan Syarikat

SUB SUB TOPIC:

Page 7: Akta dan Peraturan Elektrik

10.0.4 Peraturan 69

Penerangan

Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan

69. Suruhanjaya hendaklah menentukan jumlah bilangan lawatan dalam satu bulan

yang boleh dilaksanakan oleh mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera

Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik bagi maksud pemeriksaan mana-mana

pepasangan yang diperuntukkan dalam peraturan.

Soalan

Page 8: Akta dan Peraturan Elektrik

…………….. hendaklah menentukan jumlah bilangan lawatan dalam satu bulan yang

boleh dilaksanakan oleh mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik

Kompeten atau Penyelia Elektrik bagi maksud pemeriksaan mana-mana pepasangan

yang diperuntukkan dalam peraturan 67.

Jawapan

A. Suruhanjaya

B. Pengerusi

C. Pengarah

D. Menteri

SUB SUB TOPIC:

Page 9: Akta dan Peraturan Elektrik

10.0.5 Peraturan70

Penerangan

Kewajipan untuk memberitahu dan membaiki kecacatan.

70. Mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau

Penyelia Elektrik yang memeriksa sesuatu pepasangan yang disebut di bawah

subperaturan 67(2), dan mengetahui akan apa-apa kecacatan dalam pepasangan itu

atau mana-mana kelengkapan dalamnya yang kemungkinan menyebabkan bahaya

hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemunya, pengurusan atau pemegang

lesen pepasangan itu supaya membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, dan

membuat laporan segera kepada Suruhanjaya.

Soalan

Page 10: Akta dan Peraturan Elektrik

Mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia

Elektrik yang memeriksa sesuatu pepasangan yang disebut di bawah subperaturan 67

(2), dan mengetahui akan apa-apa kecacatan dalam pepasangan itu atau mana-mana

kelengkapan dalamnya yang kemungkinan menyebabkan bahaya hendaklah dengan

serta-merta memberitahu pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan itu

supaya membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, dan membuat laporan segera

kepada ………….. .

Jawapan

A. Pihak berkuasa bekalan

B. Pihak pengurusan

C. Orang kompeten

D. Suruhanjaya

SUMMARY

Page 11: Akta dan Peraturan Elektrik

Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:

Jenis-jenis Pepasangan perlu dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten,

Peraturan 66

Kewajipan orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan, Peraturan

67

Kewajipan Jurutera atau Penyelia untuk memeriksa dan melapor Peraturan 68

Kewajipan orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan, Peraturan

69

Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan dan Kewajipan untuk memberitahu

dan membaiki kecacatan oleh orang kompeten, Peraturan 70.

REFERENCES

1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn

Bhd)