Download - Ahmad @ Omar Hasan
221
AHMAD @ OMAR HASAN
BIODATA
Encik Ahmad @ Omar Hasan dilahirkan pada 25 Mei 1949 di Batu 3 ¼ Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah. Ahmad mula memegang jawatan sebagai Pembantu Makmal Muda di Pusat Penyelidikan Hutan, Kepong pada 1 Julai 1970 dan dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Penyelidik Hutan pada 24 April 1979. Melalui pertukaran syarat-syarat perkhidmatan dan penggredan semula skim perkhidmatan Ahmad telah diselaraskan ke Pembantu Penyelidik Sains pada 1 April 1983. Pada 1 Februari 1995 Ahmad sekali lagi dinaikkan pangkat daripada jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q8 (Tingkatan Biasa) kepada jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q7 (Tingkatan Kanan). Di samping itu Ahmad juga telah menanggung kerja Penolong Pegawai Penyelidik selama 14 tahun di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengurus di Stesen Penyelidikan FRIM, Mata Ayer, Perlis. Beliau telah bersara secara pilihan pada 1 Julai 1999. Alamat rumah Ahmad yang terkini ialah 354 Km 8, Jalan Sg. Petani, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah
Encik Ahmad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Kedah di akhir era FRI dan awal FRIM memiliki gaya bercakap seperti orang Inggeris bercakap bahasa Melayu. Kadangkala kawan-kawan kenalah bersabar dan berfi kir panjang terlebih dahulu tentang apa yang hendak disampaikan kepada kita. Itu yang membuatkan beliau mudah mesra dengan kenalannya.
Ketika mula melaporkan diri ke FRI Ahmad ditempatkan di Seksyen Sukatan Hutan (Mensurasi). Di sini Ahmad menumpukan kerja-kerja menyukat pokok untuk mengkaji tumbesaran pokok hutan. Selain itu Ahmad juga pernah bertugas di Seksyen Ladang dan Silvikultur Bukit.
222
Ahmad di pejabatnya pada tahun 1977 di Bahagian Silvikultur Hutan Bukit
Ahmad dan keluarga pada tahun 1992
223
Gambar tahun 1972 ketika Ahmad manjalankan kerja-kerja menyukat isi padu, tumbesaran dan ketinggian pokok di FRI
Che Mat Orang Seni
Ketika era 1970-an kemudahan ICT belum ada dan hiburan terhad. Justeru, Ahmad berserta kakitangan yang lain seperti Abd Jalil Hamid, Jaaffar Ahmad dan Azmi Hj Othman telah menubuhkan Badan Kebudayaan dan Kesenian bagi mengisi masa lapang. Rupa-rupanya melalui penubuhan itu didapati ramai kakitangan FRI yang berbakat dalam seni lakonan dan nyanyian. Che Mat Kedah telah menjadi pelakon utama dalam dalam pementasan drama FRI yang bertajuk ”Pertemuan di Ambang Maut”.
Che Mat Kedah sebagai pelakon utama dalam persembahan drama “ Pertemuan di Ambang Maut” pada tahun 1974
224
Ahli-ahli Badan Kesenian FRI menyertai Pertandingan Drama di Dewan Kampung Pandan, Selangor pada tahun 1976
Ahmad (berdiri no 1 dari kiri) bersama ahli-ahli Badan Kebudayaan dan Kesenian FRI pada tahun 1975
225
Kumpulan Boria Badan Kesenian FRI membuat persembahan.Datuk Ahmad Daud (Allahyarham) bertindak sebagai pengacara majlis
ANUGERAH
Ahmad menerima Anugerah Khidmat Cemerlang FRIM pada tahun 1986 dan 1999.
Menerima Anugerah Khidmat Cemerlang daripada Pengerusi
MFRDB Tan Sri Dato’ Murad
Menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP) dan Pingat Jubli Emas (PJE) daripada
DYMM Raja Negeri Perlis
226
Latihan/Kursus Luar Negara yang telah dihadiri:
Ahmad telah dihantar mengikuti Kursus Teknik Membaik Biak Pokok/Semaian di German Barat dari 17 Mei–15 Julai 1992.
Ahmad ketika mengikuti Kursus Teknik Membaik Biak Pokok di Jerman di bawah Program Malaysian German Forestry Research Project (GTZ)
Kenangan Ahmad bersama-sama kumpulan Penyelidik Bahagian Silvikultur Hutan Bukit dan Pengurusan Hutan Ibu Pejabat Perhutanan menjalankan kajian pokok selepas tebangan di Hutan Simpan Tekam, Pahang
227
Mengikuti perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor pada tahun 1977
AKTIVITI KEMASYARAKATAN
Ahmad menyatakan jika tidak turut serta dalam mana-mana aktiviti kemasyarakatan lebih-lebih lagi jika menghuni di kuarters FRI maka dengan sendirinya kita berasa janggal seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Justeru ketika di FRI Ahmad sedaya-upaya berusaha untuk turut serta dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan. Kepenatan tidak dirasa malah kepuasan dirasai berbaloi apabila bersama kawan-kawan menyertainya.
Kesatuan Sekerja 1973–1981
Ahmad telah dipilih menjadi Bendahari dalam Kesatuan Sekerja mewakili FRI sekitar tahun 1973 hingga 1981. Sesuatu yang menarik perhatian apabila berbicara tentang Kesatuan Sekerja sewaktu FRI di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan ialah ahli-ahli mempunyai ruang yang bebas dalam menyelesaikan masalah hal-ehwal pekerja ke peringkat Jabatan. Kesatuan Pekerja-pekerja Jabatan Perhutanan pada ketika itu merupakan gabungan dengan CUEPACS dan MTUC. Semasa mesyuarat agung pekerja-pekerja diberi peluang untuk mengutarakan isu-isu antara pekerja (kesatuan) dan majikan (FRI). Biasanya dengan cara demikian masalah utama pekerja dapat diketahui dan diselesaikan dengan baik.
228
Dengan kesungguhan dan kepimpinan yang proaktif dengan pendekatan menang-menang maka isu-isu berbangkit dapat diatasi dengan mudah.
Aktiviti Sukan
Di FRI/FRIM bersukan ialah suatu aktiviti yang menyeronokkan untuk kakitangan selain untuk menang dalam pertandingan. Apabila ada jemputan perlawanan masing-masing akan memberikan nama ke Bahagian Pentadbiran untuk turut serta dalam permainan yang diminati. Ahmad pernah bertanding dalam satu perlawanan badminton melawan Yong Fook Ong (juga telah bersara dan memang handal bermain badminton) dan Che Mat teruk dibelasah. Namun beliau tetap bermain atas semangat kesukanan.
Menggalas Tugas Besar di Perlis
Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer, Perlis sejak mula ditubuhkan diselia oleh Bahagian Hutan Ladang. Stesen ini diurus oleh Pengurus yang terdiri daripada Pembantu Penyelidik yang lazimnya sudah berkhidmat lama dan berpengalaman serta mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Che Mat Kedah mula memikul tugas sebagai Pengurus di SPF Mata Ayer, Perlis dari 1 Mei 1981–30 Jun 1999, satu jangka masa yang agak panjang—satu era yang boleh menampakkan impak yang jelas terhadap penyelidikan dan pembangunan di situ. Ketika Che Mat mengemudi SPF ini, bekalan air dan elektrik belum ada. Kuasa elektrik diperoleh melalui generator manakala bekalan air pula dibekalkan melalui tangki trailer yang dipamkan di Kaki Bukit. Hal sedemikian membuatkan Che Mat dan kakitangan stesen yang lain amat teruja namun berkat usaha dan kesabaran kemudahan-kemudahan asas ini akhirnya dapat disiapkan secara berperingkat-peringkat.
Pada 1 Oktober 1985 FRIM telah memohon kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Perlis supaya SPF Perlis dipindahkan pengurusannya daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)kepada FRIM. Permohonan tersebut diluluskan dan SPF Perlis telah menganggotai salah satu agensi dalam Jabatan Persekutuan. Hasilnya hubungan dengan negeri bertambah baik dan dikenali oleh pelbagai agensi dan jabatan di peringkat negeri Perlis.
Pada 26 Ogos 1994 satu perjanjian persefahaman (MoU) telah ditangani antara FRIM dan Kerajaan Negeri Perlis bagi tujuan mengurus dan mentadbir ladang jati di Perlis.
229
MoU ditandatangani oleh Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dato’ Dr Ab Hamid Pawanteh dan Ketua Pengarah FRIM (Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor)
Ahmad mengikuti lawatan kerja bersama-sama Exco Kerajaan Negeri Perlis (YB Tuan Hj Fadzil Mahmud) ke Ibu Pejabat Perhutanan, Jakarta,
Indonesia pada 1 Oktober 1990
230
Ahmad sedang memberi taklimat mengenai sejarah penanaman jati di Perlis kepada Pengerusi MFRDB Tan Sri Rama Iyer dan Pengarah
Perhutanan Negeri Perlis, En Kassim Osman serta rombongan pada 30 Mac 1997.
Tahun 1991, lawatan kerja oleh KP FRIMTan Sri Dr Salleh Mohd Nor ke SPF, Perlis
231
Mempromosi FRIM
Sambutan Hari Perhutanan Peringkat Negeri Perlis pada 10 Ogos 1993 anjuran bersama Jabatan Perhutanan dengan SPF, Perlis
Ahmad mengiringi YAB Tan Sri Shahidan Kassim (Menteri Besar Perlis ketika itu) ke sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Perlis di Taman Negeri Jalan Sg. Bt. Pahat, Perlis pada 22 November 1997
232
Khidmat nasihat penanaman jati telah diberikan bagi pembangunan tanaman jati di Lebuhraya Utara Selatan pada tahun 1993
Ahmad turut memberikan khidmat nasihat dalam penanaman merawan di Lebuh Raya Utara Selatan pada tahun 1993
233
Kemudahan asrama bagi penginapan pelawat juga diberi perhatian sewajarnya
Pembangunan identiti pejabat yang mengurus sebuah stesen penyelidikan sentiasa diberi perhatian
234
Gambar kenangan Ahmad dengan kakitangan SPF Mata Ayer, Perlis pada tahun 1985
Meraikan persaraan mantan Pengarah Perhutanan Negeri Perlis pada tahun 1994
235
Lawatan Ketua Kerani FRIM, Ibrahim Maarof dan Zulkifl i Shariff (Ketua Kerani Stor, FRIM) dan kakitangan Stor Pentadbiran FRIM ke SPF Mata
Ayer, Perlis pada Julai 1988
Mengiringi lawatan pengusaha tanaman jati ke ladang jati usahasama FRIM, Perlis di Jalan Kilang Tebu, Cuping, Perlis pada tahun 1997
236
SPF Mata Ayer, Perlis turut memberi bantuan dan khidmat nasihat di Upacara Menanam Pokok di Sekolah Menengah Kangar oleh DYMM Raja
Perempuan Perlis pada tahun 1997
Ahmad menghadiri Majlis Santapan Negeridi Istana Arau, Perlis bersama Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1996
237
Ahmad menguruskan lawatan kerja Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kaki Bukit, Perlis, YB Yoon Foo ke SPF Mata Ayer, Perlis pada
tahun 1998
Mengurus lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato Jamaluddin Hj Ahmad Damanhuri ke SPF Mata Ayer, Perlis, pada tahun 1996
238
PERSARAAN
Hari terakhir merakam waktu. Pemimpin pergi, pemimpin datang, namun SPL Mata Ayer terus maju hendaknya
Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Panel Hakim (Kategori Pejabat Kerajaan) Peringkat Negeri Perlis
Majlis perpisahan Ahmad pada Jun 1999
239
PESANAN KEPADA WARGA FRIM
Setiap tanggungjawab sebagai penjaga atau pengurus yang diamanahkan kepada seseorang hendaknya dilakukan dengan penuh dedikasi dan jujur. Setiap keputusan dan tindakan mestilah adil tanpa memilih kasih ibarat kata peribahasa Melayu, masuk sebelah, perahu karam sekerat (memilih-milih orang kerana kedudukan atau kekayaan).
Pesanan Abang Mad Kedah, Kalau mai Kedah, mai-mailah jumpa kami no…!
Ahmad dan isteri, Rahmah Aziz, beroleh ketenangan dengan tanaman roselle yang mereka usahakan kini
240
ULASAN KETUA PENGARAH
En Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Mad Kedah dilihat sebagai seorang tokoh masyarakat yang sangat tekun dan berhemah tinggi dalam menjalankan setiap tanggungjawab yang diberi. Sifat penyabar dan mudah didampingi menjadi pemangkin untuk beliau mempromosi peranan FRIM di negeri-negeri utara Semenanjung khususnya di Perlis. Encik Ahmad telah berjaya menonjolkan SPF Mata Ayer, Perlis sebagai sebuah pusat penyelidikan perladangan pokok jati yang unggul. Beliau telah banyak melaksanakan tugas dalam meletakkan asas pembangunan dalam pengurusan ladang jati bagi dijadikan sebagai landasan dalam mengangkat stesen bukan sahaja dari sudut penyelidikan ladang jati malah juga ke arah menjadikannya sebagai sebuah pusat ekopelancongan yang lebih dikenali ramai.
Secara ikhlas saya amat kagum dengan kemampuan En Ahmad dalam menjalankan tanggungjawab membangunkan sebuah stesen FRIM yang kini mulai mendapat perhatian ramai. Syabas dan tahniah kepada En Ahmad di atas jasa Tuan.
Jasa Tuan dikenang selalu.