Transcript
Page 1: Agen Penyebaran Biji Benih

Agen penyebaran biji benih (Sains Thn 5)

Tumbuhan memerlukan agen untuk menyebarkan biji benihnya. Biji benih perlu disebarkan untuk mengelakkan berlakunya persaingan di antara anak-anak pokok.Terdapat 4 agen penyebaran biji benih iaitu melalui haiwan/serangga, air, angin dan mekanisme letupan.

a) agen penyebaran - haiwan/seranggaBiji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu:-i. rasa yang sedapii. bau yang harumiii. biji benih yang kecil dan kerasiv. mempunyai warna yang menarikv. mempunyai cangkukContoh biji benih ialah rambutan, betik, durian, manggis, cili, kemuncup dan lain-lain lagi.

 

 

b)agen penyebaran - airCiri-ciri biji benih ialah:-i. mempunyai kulit yang kalis airii. boleh terapung di permukaan airiii. kulit berlilin

Page 2: Agen Penyebaran Biji Benih

iv. habitat tumbuhan berhampiran airv.bersabutvi. mempunyai rongga udaraContoh ialah buah pong-pong, kelapa, teratai

c) agen penyebaran - anginCiri-ciri biji benih ialah:-i. mempunyai kepak dan struktur seperti sayapii. ringan dan mudah diterbangkan oleh anginiii.berbuluContoh ialah biji buah meranti, angsana, lalang dan dendelion

Page 3: Agen Penyebaran Biji Benih

d)agen penyebaran - mekanisme letupanCiri-ciri biji benih:-i. mempunyai kulit luar yang akan kering dan boleh merekah apabila matangContoh ialah keembong, getah, bendi, saga, jering dan lain-lain lagi


Top Related