Transcript

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU Dari Sidang Pengara ngKembali ke muka utama

NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAMOleh : Jaafar Ibrahim

TANGGAL 23 Februari 2010, sekali lagi kita Hasrat menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-26 bagi Negara tahun 2010. Sesungguhnya seluruh lapisan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam selayaknya Haluan memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua kita dapat Menyus merayakan hari keramat itu dengan suasana Negara ur Brunei Darussalam yang penuh aman makmur, sejahtera Mukim dan bahagia. Kita juga amat bersyukur kerana kita semua dan dapat menikmati taraf hidup yang tinggi sekalipun di Kampun tengah-tengah pergolakan dunia yang mencabar. g Kita juga amat beruntung dan bertuah kerana dalam masa Cerpen 25 tahun mencapai kemerdekaan sejak 1 Januari 1984 kita telah mencapai beberapa kejayaan cemerlang yang Cetusan sekaligus telah berjaya melonjakkan bumi Brunei Minda Darussalam ke puncak kegemilangan yang terbilang. Melalui lanskap kestabilan politik, ekonomi yang kukuh Minda dan corak kepimpinan yang cemerlang telah Pembac membolehkan bangsa kita sejajar dengan masyarakat a antarabangsa dan negara kita terus dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara Remaja antarabangsa. Seruan Kini negara memasuki sambutan angka ke-26 yang akan Suci kita rayakan dalam tempoh kurang dari dua minggu. Walaupun disambut dalam kesederhanaan, semboyannya injauan tetap sahaja hebat dan ketara di sana sini dengan

kibaran megah bendera kebangsaan Negara Brunei Sastera Darussalam yang berwarna kuning, putih dan hitam di dan seluruh pelusuk tanahahir. Pendek kata persiapan untuk Budaya menyambut hari bersejarah itu terus sahaja rancak berjalan dalam meniti hari Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan yang bakal berlangsung pagi hari di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, ibu negara, venue yang menempa sejarah yang cukup manis yang menjadi saksi semboyan laungan Allahhu Akbar sebanyak tiga kali yang mengiringi kemunculan Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat di planet bumi. BUAH KEMERDEKAAN Sememangnya kemerdekaan sangatlah mahal harganya dan bukanlah murah. Sebab itu di kebanyakkan negara di dunia, mereka mencapainya dengan titisan darah dan nyawa airmata dan harta benda semata-mata mencapai buah kemerdekaan. Jadi melihat senario ini, dengan apakah kita mahu menilai kemerdekaan yang telah kita capai sejak lebi dua dekad itu ?. Tamsilannya, segunung intan pun masih terlalu murah untuk harga sebuah kemerdekaan. Memang terlalu sukar untuk meletakkan harganya yang sebenarnya. Begitulah tinggi dan hebatnya erti kemerdekaan. Apapun kita selayaknya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin negara terdahulu yang giat memperjuangkan nasib bangsa dan negara kita sehingga kini kita berdiri megah dan teguh menunjang dunia. Bagaimana pula negara kita mencapai kemerdekaan ?. Ini penting kita utarakan dan lontarkan sebagai mesejnya untuk memberikan gambaran jelas kepada generasi muda yang tidak berkesempatan hidup dalam zaman kemerdekaan sebagai bekalan hidup di kemudian hari nanti. Kalau diimbas detik-detik yang amat bersejarah 25 tahun lampau, kita selayaknya patut bersyukur kerana kemerdekaan yang kita gapai berjalan dengan lancar di atas landasan dan flatform yang telah kita pilih dan tentukan sendiri corak dan haluannya. Dalam Rencana Pengarang Pelita Brunei keluaran 20 Februari 1985 ada menyatakan bahawa dalam menyambut Hari Kebangsaan ini, kita semua hendaknya tidak melupakan azam dan harapan kita bersama sebagaimana yang terjandung dalam Pemasyhuran Kemerdekaan. Ada tiga perkara yang menjadi azam dan harapan kita. Ketiga-tiga elemen itu juga menjadi matlamat atau objektif dalam meneruskan ehiduopan bernegara dan berbangsa, dan selama 25 tahun kita mengecapi erti kemerdekaan itu, selama itu kita juga

telah membuktikan komitmen kita terhadap ketiga-tiga perkara yang amat penting itu. Pertama: Mengekalkan negara kita sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik dengan bersendikan ajaran-ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan dengan berasaskan keadilan, amanah dan kebebasan. Kedua: Menerusi negara yang sedemikian itu dan dengan petunjuk serta keredaan Allah jua kita akan sentiasa berusaha pada memperolehi ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagian rakyat. Ketiga: Memelihara perhubungan persahabatan di kalangan antarabangsa atas dasar saling menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan keutuhan wilayah bagi semua negara yang bebas dari campur tangan asing Berasaskan kejayaan itulah, rasanya kita mesti tanai, pikul dan perkukuh kemerdekaanya dengan rasa kecintaan yang sejati sambil disertai dengan keikhlasan berbangsa dan bernegara sesuai dengan tema tahun ini yang berbunyiNEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM. Biarlah kita tanai kemerdekaan ini bagai menatang minyak yang penuh setitik tidak rela tumpah ke bumi. Kita suburkan rasa cinta yang mendalam sambil sentiasa menanamkan sifat berwaspada. Kerana rangkaikata cinta membawa perasaan sayang dan waspada bererti kita akan sentiasa agresif jika diganggu gugat oleh oleh orang lain. Sambil itu kita siram dan berikan baja yang sesuai supaya dapat subur hidup mekar dan menghasilkan buah-buah kemerdekaan yang lazat dan berkualiti bagi kelangsungan generasi akan datang. Tema Hari Kebangsaan tahun ini lebih mengajak semua rakyat dan penduduk bagi sama-sama menunaikan tanggungjawab dan amanah agar negara ini akan sentiasa aman, sejahtera dan makmur serta kekal sebagai sebuah negara Melayu Islam beraja yang berdaulat dan demokratik. Rasa tanggungjawab itu hendaklah diperkukuhkan tanpa mengira umur, keturunan, pangkat, bangsa dan agama. Apa yang tersirat dalam tema lebih menekankan rasa kepunyaan rakyat dan penduduk negara ini di samping sebagai satu pengakuan bahawa negara ini adalah negara kita dan kita semua berhak untuk menjaga dan memeliharanya sampai bila-bila. Rasa kepunyaan terhadap negara merangkumi seluruh yang berhubungan dengan negara termasuklah pemimpinnya, kerajaannya,

perlembagaannya, undang-undangnya, warisan budayanya, khazanahnya dan falsafah.

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Melalui pengakuan bersama amatlah penting dan menjadi tanggungjawab kita semua sebagai rakyat negara ini untuk sentiasa mentaati raja, mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup, memelihara budaya warisan bangsa, memelihara dan mempertahankan kedaulatan, menghormati perlembagaan, mematuhi undang-undang, memelihara kestabilan politik, meningkatkan kemajuan ekonomi meningkatkan taraf sosial penduduk, menjaga maruah, menjaga imej, mengamalkan dan menghayati falsafah, menjaga keamanan dan kesejahteraan dan terakhir mengekalkan kesepaduan dan keharmonian. Kesemua 14 disiplin hendaklah kitani ingat dan jadikannya dalam budaya kehidupan kita agar nanti negara bangsa akan terus selamat, maju jaya dan gilanggemilang. KIta yakin dengan mengekalkan dan mengamalkannya dalam kehidupan harian kita akan menjadi bangsa yang hebat dan tersohor. Namun semenjak kita merdeka, bermacam-macam perubahan telah kita buat dan bermacam- macam tema telah kita cipta untuk memberangsangkan rakyat dan kerajaan bagi mencapai matlamat yang lebih baik lagi. Hal ini adalah baik untuk dijadikan tradisi, tetapi dalam pada itu tema-tema yang bunyi indah, bernas dan abstrak saja belumlah cukup dan memadai tanpa adanya rasa kebertanggungjawaban dan follow-up ke arah mencapai tujuan dan maksud mesej yang tersirat dalam tema-tema Hari Kebangsaan yang ditonjolkan. Bagaimanapun, perubahan - perubahan yang kita capai selama ini telah memberikan keyakinan yang kukuh bahawa kita sebenarnya berkeupayaan serta mampu melakukan dan mengadakan sesuatu yang lebih baik dan berharga.

Maka untuk itu, elok rasanya kita petik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-25 Tahun pada 23 Februari 2009 sebagai pedoman kita bagi melangkah jauh ke hadapan dalam kelangsungan kehidupan berbangsa dan bernegara. Antara titah penting baginda: Sudah suku abad kita merdeka, menandakan betapa pantasnya masa bergerak. Dalam masa panjang itu pelbagai kemajuan telah dicapai untuk menambahkan lagi kualiti hidup rakyat. Pembangunan di negara kita adalah merupakan satu proses panjang yang akan berjalan berterusan. Ia sudah lama bermula lebih dari 25 tahun sebelum merdeka. Ianya telah dan sedang berlangsung di bumi permai Darussalam, iaitu sebuah negara Melayu Islam Beraja, yang dengan izin Allah jua akan selamalamanya kekal berdaulat merdeka lagi demokratik. TERUS BERJAYA Dalam jangka masa 25 tahun mengecapi erti kemerdekaan dan kedaulatan, Negara Brunei Darussalam telah mencapai segala macam kemajuan dan pembangunan yang tidak dapat dihitung dengan jari dan dirantang satu persatu. Sungguh banyak pencapaian cemerlang negara yang kita capai. Terlalu banyak nikmat yang dikecap yang merapusi semua kehidupan pelbagai kontrak sosial yang cukup hebat dan meluas. Malah, kita telah berjaya menjalani liku-liku masa-masa yang penuh dengan duri dan cabaran, yang menandakan satu lagi kemampuan kita pada mengendalikan bahtera kemerdekaan itu dengan sebaik-baiknya. Kita bukan sahaja bermegah menjadi bangsa yang merdeka tetapi juga memahami, bahawa tujuan kemerdekaan itu ialah sebagai pendorong ke arah kehidupan yang lebih maju, bebas dan bermaruah. Kita diiktiraf oleh semua negara. Negara kita mampu menunaikan tanggungjawab antarabangsa. Kita sedia mempunyai kerajaan yang berkesan dan bertanggungjawab dalam erti kata berkemampuan mengurus negara, melindungi dan memimpin rakyat serta penduduk ke arah kesejahteraan yang dihasratkan sebagai bangsa yang merdeka. Dalam bidang pembangunan sahaja umpamanya kita telah banyak melakukan apa-apa yang perlu untuk kesejahteraan rakyat. Dari pembangunan fizikal membawa kepada pembangunan mental menerusi

pendidikan telah dapat diungkayahkan oleh kerajaan dengan jayanya. Lantas telah menghasilkan generasi berilmu pengetahuan dan berkemahiran. Pendek kata beberapa keperluan asasi seperti kemudahan kesihatan dan pelajaran, pembinaan rumah, jalan raya, janakuasa elektrik, sistem perhubungan dan pengembangan industri minyak dan gas, pertanian dan perikanan. Salah sesuatu yang teramat penting ialah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) yang telah bermula sejak tahun 1953 di dalam RKN Pertama membawa kepada RKN Kelapan sehingga tahun 2006. Dan kini Negara Brunei Darussalam telah memasuki Fasa Pertama RKN 2007 - 2012 sehingga membawa kepada 2035. Sesungguhnya RKN telah dirintis oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan Brunei Ke-28, yang telah menentukan hala tuju pembangunan negara. Sebagai 'Arkitek Brunei Moden', Al-Marhum telah meletakkan pembangunan negara melalui wawasan, pemikiran serta usaha gigih baginda yang telah membawa negara kita berkembang maju. Kini semua tampuk bentuk kemajuan dan pembangunan negara dihala-tujukan oleh pemimpin kita, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Ke-29 telah meletakkan dan membawa negara ke mercu kejayaan dan kegemilangan di pentas dunia antarabangsa. Pada keseluruhannya, melalui perancangan kerajaan dalam RKN telah berjaya memberikan kemakmuran dan kesejahteraan untuk rakyat serta penduduk negara ini. NILAI KEBRUNEIAN Memperincikan senario dunia masa kini yang tidak menentu dengan kelembapan ekonomi sejagat dan disertai dengan pola dunia yang sukar diramalkan, di samping hambatan-hambatan yang mencabar dari pelbagai penjuru yang pastinya menjejaskan kehidupan berbangsa dan bernegara maka elok rasanya kita menguatkan benteng generasi muda muda dengan nilainilai luhur yang berpaksikan kepada falsafah Melayu Islam Beraja agar negara dan bangsa akan terus selamat dari sebarang hambatan yang cukup menggoncang nilainilai murni yang kita amalkan selama ini. Ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa bertitah di Sambutan Perayaan Hari Keputeraan baginda ke-48 tahun bagi Daerah Temburong

pada 21 Julai 1994. Antara lain baginda bertitah: Nilai-nilai Brunei itu antara lain ialah taat kepada raja, bersopan santun, patuh kepada undang-undang dan peraturan khasnya peraturan syarak yang menentukan di mana batas dan sempadan dalam pergaulan dengan masyarakat, sambil mengawal tingkah laku dan perkataan, dalam makna mengawal kehormatan siapasiapa yang dihormati secara yang layak. Nilai-nilai Brunei juga ialah bersih hati, tidak riyak, tidak sombong dan mementingkan diri. Semua ini menjadi asas utama dalam kita membangunkan bangsa sejak berabad-abad lagi. Ke arah memberikan utap yang cukup ampuh bagi menangkis segala macam nilai-nilai kehidupan yang canggih yang bukan kebruneian, adalah tepat pada masanya, bagi seluruh generasi muda yang bakal menjadi pemimpin hari esok dan sandaran berharga negara didedahkan dengan nilai- nilai yang unggul, di samping dimantapkan dengan akidah dan pendidikan Islam yang sejati. Sebagai satu bangsa secara keseluruhannya, maka kita tidak pernah luput daripada pegangan serta sifat-sifat mulia. Cara hidup kita yang sangat membanggakan iaitu cara hidup kebruneian dengan unsur serta corak Melayu, Islam dan Beraja adalah sentiasa menjadi asas dan landasan bagi kita menikmati kehidupan yang penuh berkebajikan. Sehubungan dengan itu, maka dorongandorongan untuk kita kekal bersatu padu dan meningkatkan mutu perpaduan adalah sangat jelas. Dengan pegangan taat kepada Allah, setia kepada raja dan kerajaan maka menjadilah kita rakyat yang cintakan hidup rukum damai, hormat-menghormati, bersopan lagi beradab serta dengan adanya kerajaan yang tidak kendurkendur berkhidmat bagi kebajikan serta kesejahteraan segala isi di dalamnya. Sebenarnya, rakyat dan penduduk mustahak memahami bahawa masa depan kita yang lebih gemilang tidaklah semata- mata bergantung kepada pencapaian tahap kemakmuran yang tinggi, tetapi mesti turut dipupuk dan disuburkan ialah kesedaran bernegara, sopan santun dan perpaduan dan persefahaman yang lebih bermakna. Semua bentuk kejayaan akan menjadi lebih mudah dicapai andainya kita benar- benar patuh dan kuat berpegang kepada displin kerja yang tinggi dan rakyat serta penduduk pula akan sentiasa komited dengan tanggungjawab besar ini bagi mengangkat martabat Negara Brunei Darussalam yang kita cintai semua di persada dunia antarabangsa. Perlu diingat tidak ada yang

lebih bermakna dan bererti dari usaha mengekalkan kemakmuran dan keamanan. Oleh itu, bersempena kita merayakan Hari Kebangsaan, amatlah penting untuk kita mengambil langkah ke hadapan bagi memastikan supaya kemakmuran dan keamanan dapat dipelihara dengan berkesan. - Ketua Bahagian PELITA BRUNEI.

Mengekalkan jati diri bangsaOleh : Zabaidah Haji Salat

KINI Negara Brunei Darussalam sudah 26 tahun mencapai kemerdekaan. Dalam usia tersebut negara kita tidak terkecuali dari mengalami proses perubahan yang lebih tempat ketika ini disebut sebagai proses globalisasi, yang mana mahu atau tidak mahu negara kita mesti melaluinya. Pergolakan dunia ketika ini pasti semua orang tahu, bermacam-macam cabaran telah berlaku yang boleh menggugat kekuatan jati diri bangsa sesebuah negara, tidak terkecuali negara kita Negara Brunei Darussalam (NBD). Walau bagaimanapun tanggungjawab mengekalkan jati diri bangsa itu adalah perlu ditanai oleh semua pihak tidak terkecuali ibu bapa, guru, kerajaan, masyarakat dan lain-lain, agar dengan yang demikian, kita akan dapat mengekalkan ketahanan bangsa. Iaitu bangsa Melayu Brunei yang memang terkenal dengan keramahan dan kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. Kenapakah kita harus mengekalkan jati diri bangsa? Sebagai bangsa Melayu Brunei memang perlu kita memelihara dan mengekalkan jati diri agar kita tidak ditindas, atau tertinggal oleh bangsa-bangsa lain yang memang maju di dalam pelbagai bidang. Tidak dinafikan kemajuan dan kejayaan sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial telah banyak dicapai oleh negara ketika ini. Ianya adalah atas pimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menerajui bumi bertuah ini lebih 40 tahun, di samping keberkatan dan hidayah dari Allah Subhanahu Wata'ala. Walau apa pun cabaran yang mendatang negara kita yang kecil lagi harmoni dan sejahtera tetap teguh dengan

falsafahnya Melayu Islam Beraja (MIB), dan masih mengamalkan kehidupan tradisi, iaitu kehidupan beragama, kehidupan bermasyarakat dan hubungan sosial yang baik dan teguh, terutama antara pemimpin dan rakyat. Perkara ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Forum Demokrasi Bali tahun lepas yang antara lain menjelaskan: Kami masih mempunyai maruah tinggi dalam sejarah, tradisi dan cara kehidupan. Ia adalah warisan yang kami hargainya. Tetapi, seperti kami mewarisi sejarah kami sendiri, begitu juga anakanak dan cucu-cucu kami mewarisi sejarah mereka. Dan kami menyedari bahawa ini adalah tanggungjawab segera kami. Sejarah tetap sejarah. Di samping itu, dengan kekukuhan kita dalam berpegang teguh kepada ajaran agama Islam, dapat menangkis segala gejala-gejala yang boleh menggugat akidah kita. Walau bagaimanapun hamba Allah yang taat akan selalu mendapat kemenangan, sementara yang ingkar akan menerima padah pada akhirnya, begitu juga dengan jati diri bangsa kita, jika tidak kita kekalkan dan pelihara pasti bangsa kita akan tumpas atau musnah akibat dari proses globalisasi. Dari itu sebagai bangsa Melayu Brunei, kita perlu mengasuh diri kita berbuat yang benar dan menolak mungkar, di samping membina masyarakat di negara ini agar tidak leka dibuai arus pemodenan yang mengasyikkan. Kita mesti lebih berhati-hati memilih dan menggunakan elemen-elemen kemajuan, selaras dengan garis pandu yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Sangat penting bagi kita memilih cara yang betul agar menghasilkan kesan positif yang berpanjangan. Janganlah sekali-kali memilih cara yang kelihatannya betul, tetapi pada hakikatnya satu perkara yang batil yang akhirnya boleh mendatangkan kesan negatif yang sukar dipulihkan, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1426 Hijriah. BELIA BERPERANAN PELIHARA JATI DIRI Peranan bagi mengekalkan dan memelihara jati diri bangsa, bukan sahaja terletak kepada pemerintah sahaja, tetapi juga patut dipikul oleh para belia terutama belia Islam Melayu di negara ini. Iaitu dengan mempelajari ajaran-ajaran Islam dengan penuh kesedaran serta

mengamalkan suruhan-suruhan Allah, di samping menghindari perbuatan - perbuatan yang ditegah dan dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala.SEMANGAT patriotik perlu ada pada setiap lapisanrakyat dan penduduk di negara ini, sama ada orang dewasa, para belia ataupun kanak-kanak.

Cara yang betul bagi memelihara jati diri itu termasuklah tidak meninggalkan ibadat sembahyang yang difardukan dan sentiasa mengingati Allah serta menghiasi diri dengan akhlak yang mulia menurut ajaran-ajaran Islam. Para belia juga perlu menonjolkan keaktifan dan keupayaan belia dengan jiwa yang mantap dari segi iman dan bersedia menjadi global player, di samping memantapkan jiwa belia Islam Brunei dengan falsafah MIB. Melalui pendekatan belia terhadap agama Islam, insya- Allah jati diri bangsa akan dapat dikekalkan sebagaimana yang ajarannya terkandung dalam AlQur'an. DIKENALI DENGAN IMEJ HEBAT Bangsa Melayu Brunei telah dikenali dengan imej yang hebat. Dari itu kita tidak mahu menyaksikan masyarakat Melayu sebagai bangsa yang 'menang sorak, tetapi kampung tergadai'. Dari itu bangsa Melayu perlu cepat mengadaptasi atau menyesuaikan diri dengan perubahan. Bangsa Melayu tidak boleh lari dari apa yang terjadi di dalam dunia ketika ini, iaitu tidak boleh lari daripada perubahan kerana cepat atau perlahan, perubahan tetap terjadi, malah beribu tahun tercatat bahawa bangsa Melayu telah mengalami proses asimilasi yang berlaku tanpa dirancang. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman pernah menjelaskan bahawa bangsa Melayu yakin boleh mengembalikan kegemilangan politik, pemerintahan, budaya dan ekonomi yang pernah dimiliki di masa lampau, agar jati diri bangsa tetap ada dan terpelihara.

JATI DIRI BANGSA DI ERA GLOBALISASI

GAMBAR HIASAN ... Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberikan pengaruh yang kuat kepada kehidupan masa kini. Gambar atas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah MuizzaddinWaddaulah,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan meninjau pembelajaran ICT yang diajarkan di Sekolah Al-Falaah.

Di era globalisasi sekarang, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan satu kemestian dalam semua sektor kehidupan dan pelbagai lapisan masyarakat tidak terkecuali sektor awam dan swasta. Kemajuan ICT yang canggih telah memberikan pengaruhnya yang amat kuat kepada kehidupan semua lapisan masyarakat di dunia, hingga dikatakan tidak ada negara atau kawasan lain di dunia ini yang terlepas daripada desakan teknologi ini. Proses globalisasi ini juga dengan sendirinya telah memberikan impak kepada jati diri atau identiti bangsa dan negara. Sempadan fizikal dan geografi yang secara tradisionalnya menentukan identiti atau kedaulatan bangsa dan negara dengan mudah dapat dilintasi, ditembusi melalui ICT dengan ruang sibernya tanpa sempadan menembusi dinding-dinding rumah, pejabat dan sebagainya. Globalisasi juga telah banyak membawa perubahanperubahan dalam semua tahap pendidikan malah ia merupakan satu keperluan segera untuk latihan di mana para pelajar akan mendapatkan akses kepada dunia luar dengan melayari internet, di mana dunia seolah-olah berada di hujung jari setiap pelajar ketika ini. Namun demikian kecanggihan ICT ini juga telah menimbulkan satu cabaran bagi setiap guru dan ibu bapa untuk memantau pelajar atau anak-anak mereka dari

elemen-elemen positif dan negatif dari internet, di mana jika salah langkah mengakibatkan jati diri bangsa akan hilang. Di sini nampak kepada kita bahawa globalisasi telah membawa bersama-sama pelbagai bentuk budaya, sama ada yang positif mahupun negatif. Bagi menangkis segala bentuk negatif dalam kecanggihan ICT itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah di Majlis Sambutan Hari Guru Ke-14: Kita perlu meningkatkan kerja keras untuk menyekat gejala-gejala negatif sambil juga berusaha dengan bersungguh-sungguh menyuburkan nilai-nilai murni, selaras dengan falsafah negara, MIB. Beta melihat, globalisasi kadang-kadang menjelma dengan wajahnya yang indah, tetapi di masa yang sama juga, ia menjadi pemusnah kepada tamadun yang baik. Umpamanya sahaja dari segi pergaulan dan pakaian, ramai orang meniru perkara-perkara yang tidak senonoh, tetapi sebaliknya menolak apa-apa yang dianggap paling berkualiti dan terbaik. Ini semua dibuat atas nama kemodenan dan globalisasi, titah baginda. Globalisasi bukan tiket untuk membelakangi agama dan nilai-nilai murni yang sekian lama dihayati oleh bangsa Melayu Brunei khususnya dan umat Islam di negara ini amnya. Kerana globalisasi hanyalah wadah ke arah memperolehi sesuatu yang baru, tetapi tidak bermakna semua yang baru itu mesti membawa kepada kebaikan. Apa yang perlu ialah kita sebagai bangsa Melayu Brunei dan umat Islam di negara ini perlu berpegang teguh kepada identiti sendiri, di samping tidak menyempitkan atau menolak ruang ke arah kemajuan. Di sini sebagai bangsa Melayu kita harus menangani dan mengawal kemajuan dan kemunculan ICT, media baru seperti internet, facebook, twitter dan blog dengan bijaksana dengan tidak menjejaskan sensitiviti jati diri bangsa kita. MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK Semangat patriotik bukan sahaja perlu ditanamkan kepada generasi muda atau belia tetapi semua peringkat rakyat dan penduduk di negara ini, tidak terkecuali pemimpin-pemimpin negara, pemimpin-pemimpin masyarakat, termasuk penghulu-penghulu mukim dan

ketua-ketua kampung kerana merekalah yang akan menjadi contoh yang baik dalam menanamkan semangat patriotik dan akan jadi ikutan generasi muda untuk mempertahankan keharmonian dan kedaulatan negara. Walau bagaimanapun semangat patriotik amat perlu ditanamkan dari sejak kanak-kanak lagi, agar bila dewasa nanti mereka akan menjadi peneraju dan generasi penerus dalam membangun dan memajukan negara. Pengibaran bendera kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan NBD yang diseru kepada semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini setiap tahun menjelang sambutan Hari Kebangsaan sudah setentunya menimbulkan semangat kebangsaan dan patriotik serta perasaan cinta kepada negara. Selaku rakyat dan penduduk di negara ini yang bernaung di bumi NBD sudah setentunya mengibarkan bendera sama ada di bangunan-bangunan, tempat-tempat kediaman dan seumpamanya akan memberikan peluang kepada mereka menzahirkan komitmen, semangat patriotik, ketaatan kepada pemimpin dan negara ini. Program Belia Cinta Tanah Air yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan sejak empat tahun kebelakangan ini adalah satu contoh usaha untuk meningkatkan lagi semangat kenegaraan dan kekitaan di kalangan belia dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini. Semangat patriotik yang diperolehi para belia melalui program ini, akan dapat meningkatkan lagi jati diri bangsa di kalangan mereka, khususnya dalam mengekalkan keberkesanan hidup bermasyarakat, beragama dan bernegara. Pada waktu yang sama juga para belia dapat menyemarakkan semangat setia kawan, menggalakkan sikap suka bergotong-royong dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain, kerana cintakan negara amat dituntut oleh ajaran agama Islam. Secara umumnya belia Islam mesti taat kepada Allah, setia kepada raja dan cinta kepada negara agar jati diri bangsa akan terus kekal.

Kesejahteraan rakyat dipeduliOleh : Haji Ahat Haji Ismail

KEAMANAN dan kesejahteraan kehidupan rakyat sentiasa menjadi fokus utama dalam menjadikan rakyat dan penduduk negara ini terus menerus menikmati taraf kehidupan yang baik dan berkualiti. Ke arah mencapai hasrat tersebut, kerajaan melalui Rancangan Kemajuan Negara (RKN) 2007 - 2012 telah memperuntukkan satu pakej BND95 bilion yang membolehkan ekonomi negara berkembang, infrastruktur dibina dan pembangunan sosial dipertingkatkan. EKONOMI Melalui pakej RKN, kerajaan mengambil langkah untuk mempelbagaikan lagi ekonomi melalui BND1.1 bilion untuk kemajuan perindustrian dan perdagangan. Tumpuan juga diberikan untuk memudahkan lagi kegiatan-kegiatan perindustrian serta untuk melahirkan pengusaha-pengusaha tempatan yang dinamik lagi progresif.GAMBARHIASAN ... Rakyat yang tidak mempunyai tanah berpeluang memiliki melalui skim-skim rancanganrancangan perumahan yang telah dilaksanakan oleh KementerianPembangunan sejak beberapa tahun yang lalu.

Selain daripada itu, usaha-usaha juga telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan proses memulakan perniagaan yang lebih efisien serta setanding dengan standard di negara-negara lain. Melihat kepada perbelanjaan taraf hidup yang semakin meningkat dari masa kesemasa, kebajikan tenaga manusia dalam perkhidmatan kerajaan juga tidak di- pandang ringan terutama mereka yang berpendapatan rendah. SKIM PERSARAAN Justeru pada tahun lepas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam telah mengumumkan satu skim persaraan tambahan yang dikenali dengan Skim Persaraan Caruman Tambahan atau Supplemental Contributory Pension (SCP). Skim ini dihasratkan sebagai tambahan kepada Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang ada sekarang. Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika bertitah mengumumkan skim tersebut dalam titah perutusan bersempena Hari Keputeraan baginda ke-63 pada 14 Julai 2009 bertitah: Dengan skim ini, insya-Allah para pesara yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, akan menerima pendapatan tetap minimum bulanan (annuily) sesudah mereka mencapai umur persaraan kelak. Skim SCP ini juga dilengkapkan dengan perlindungan survivorship bagi menjamin tanggungan pesara sekiranya mereka meninggal dunia sebelum persaraan mandatori. Seperti Skim TAP, melalui Skim SCP ini juga meliputi untuk semua rakyat dan penduduk tetap yang bekerja di sektor awam dan swasta, malah juga dilaratkan kepada sektor informal. SPN21 Bidang pendidikan juga kini memasuki era baru apabila bermula pada tahun ini Kementerian Pendidikan telah melaksanakan satu sistem pendidikan iaitu Sistem Pendidikan Negara Abad Ke 21 (SPN21). Melalui SPN21, Kementerian Pendidikan komited untuk menyediakan system pendidikan yang mempersiapkan para belia negara ini dengan peranan-peranan masa depan sebagai warga yang berkebolehan, kreatif dan pemikir dengan menyediakan mereka pelbagai laluan ke arah pendidikan tinggi dan pekerjaan. SPN21 juga bertujuan untuk menjadikan pendidikan vokasional dan teknikal sebahagian daripada yang utama dalam sistem pendidikan di negara ini. Pendidikan teknikal yang telah dikenal pasti sebagai satu komponen yang sama penting dalam sistem pendidikan, telah mengguna pakai rangka kerja kelayakan tiga peringkat. Rangka kerja baru ini akan memastikan kelancaran perkembangan para pelajar dalam sektor pendidikan vokasional dan teknikal. 'EDUCATION FOR ALL'

Dalam pada itu kualiti keseluruhan pendidikan negara mencapai kedudukan sangat baik di arena antarabangsa apabila berjaya melaksanakan tanggungjawab memberikan Pendidikan Untuk semua atau Education For All (EFA). Menurut Global Monitoring Report tahun lalu yang dikeluarkan oleh United Education Scientitic and Cultural Organization (UNESCO), Negara Brunei Darussalam berada dalam kelompok negara-negara yang mencapai High EFA Development Index (EDI) dan berada di antara negara-negara ASEAN di tempat ke-36 daripada 129 negara di dunia. Mengulas kejayaan itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika bertitah sempena Hari Guru Ke-19 tahun lalu bertitah: Kejayaan kita dalam melaksanakan EFA di negara ini telah memastikan penduduk negara menjadi penduduk yang berpendidikan. Ini membawa negara berada di kelompok negara yang mempunyai Very High Human Development bersama-sama dengan negaranegara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. VISI DAN STRATEGI 2035 Dalam memastikan kesihatan rakyat dan penduduk terus terpelihara, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan visi 2035 dan strategi kesihatan melalui pelan komunikasi bagi memastikan warga kesihatan memahami peranan visi dan strategi kementerian berkenaan. Visi 2035 Bersama ke arah warga sihat itu memfokus lima tema strategi utama iaitu: Sistem penjagaan kesihatan komprehensif yang menekankan kecemerlangan perkhidmatan. Mengamalkan dan membudayakan cara hidup sihat. Kedayatahanan melalui penggunaan sumber yang optima. Inovasi dan kecemerlangan. Peraturan dasar yang efektif bagi memastikan perlindungan semua serta sistem peraturan dan pentadbiran yang telus dan proaktif.

Visi dan strategi tersebut meliputi perkhidmatan perkhidmatan kesihatan dalam konteks sistem penjagaan kesihatan. Ianya bukan saja sekadar merawat penyakit malah merangkumi aspek mempromosi kesihatan dengan menjaga kesihatan dari segi fizikal dan mental. KOMITED TERHADAP KESIHATAN Kementerian Kesihatan juga berperanan melindungi keselamatan produk pemakanan, ubat-ubatan, alam sekitar, di samping aspek pemulihan. Usaha-usaha ini memperlihatkan kerajaan amat komited sepenuhnya meningkatkan status kesihatan rakyat dan menganggap biaya kerajaan bagi penjagaan kesihatan sebagai salah satu pelaburan awam yang besar dalam pembangunan manusia. Berlandaskan sumber ekonomi yang mantap, perbelanjaan bagi menyediakan satu rangkaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi sangat diharapkan agar rakyat mempunai akses yang lebih saksama kepada penjagaan kesihatan. Namun begitu, kewujudan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes melitus, penyakit-penyakit kardiovaskular, penyakit-penyakit serebrovaskular, kanser dan sebagainya masih lagi tinggi. Menurut Kementerian Kesihatan penyakit kronik tidak berjangkit yang dinyatakan tersebut juga merupakan empat penyebab utama kematian di negara ini. GAYA HIDUP SIHAT Empat penyebab utama ini bukan hanya sukar diuruskan diuruskan malah tidak dapat diubati. Perkara ini diistilahkan sebagai 'penyakit gaya hidup' di mana kebanyakan penyakit-penyakit ini mungkin boleh dicegah atau dikurangkan melalui hasil perubatan tabiat seseorang atau persekitaran fizikal dan sosial demi menurunkan kadar kematian.

SISTEM Pendidikan Negara Abad ke 21 (SPN21) menyediakan sistem pendidikan yang mempersiapkan para belia sebagai warganegara yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi.

Justeru dalam meningkatkan kesedaran kesihatan ini Kementerian Kesihatan telah melaksanakan pelbagai program kesihatan bagi membekalkan mesyarakat dengan pengetahuan berkaitan sikap dan tabiat mereka dan membawa kepada amalan-amalan sihat. BERDAYA SAING Rentetan program, perancangan yang dilaksanakan memperlihatkan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa berusaha mengalinga taraf hidup rakyat terutama soal kebajikan, pendidikan dan kesihatan sebagaimana yang terkandung dalam qawasan 2035 iaitu memiliki rakyat yang berpendidikan, berjaya dan berkemahiran tinggi, kualiti kehidupan yang tinggi serta mempunyai sebuah eknomi yang dinamik dan berdaya saing. Keprihatinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini hendaklah disambut baik dengan rasa syukur serta memberikan kerjasama dan sokongan padu oleh setiap rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Brunei Darussalam.

Siap siaga hadapi cabaran globalOleh : Shari Akim

NEGARA Brunei Darussalam sentiasa siap siaga menghadapi cabaran-cabaran global semasa dan akan datang. Kebawah DuNegara mempersiapkan diri untuk terus

mampu berinteraksi dan bersaing dengan negara-negara serantau dan antarabangsa dalam segala bidang. Ini dilakukan dengan perancangan jangka masa panjang yang teliti dan terarah demi keamanan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan penduduk negara ini. Dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini interaksi dan persaingan di peringkat serantau dan antarabangsa dalam pelbagai bidang tidak dapat dielakkan, malah akan terus meningkat. Ini terutama dalam bidang-bidang utama seperti politik, ekonomi, modenisasi, sains, inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sebagainya. Semua itu akan menuntut kupayaan, daya saing dan daya tahan yang tinggi di kalangan rakyat dan penduduk negara ini. Hanya dengan rakyat dan penduduk yang berilmu berpengetahuan, berwibawa, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan kita akan menjadi negara bangsa yang maju dan cemerlang di dekaddekad yang akan datang. Usaha Kerajli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan rakyat dan negara ini lebih maju dan berjaya sentiasa diberikan keutamaan. Ini dilakukan melalui perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam. Perkara ini ditekankan dengan jelas dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Muli Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam buku Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam yang menyebutkan: Kerajaan beta bukan sahaja bertanggungjawab terhadap rakyat dan penduduk pada masa kini tetapi harus juga membantu mereka untuk memenuhi harapan terhadap generasi kita akan datang. Untuk tujuan ini, kerajaan beta mestilah peka terhadap aspirasi rakyat dan penduduk dan seterusnya menyediakan perencanaan yang jelas dan realistik bagi masa depan. Perencanaan ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh kepakaran dan profesionalisme. Baginda juga bertitah menekankan, Badan Perencana Kemajuan Jangka Panjang telah memikirkan jauh ke

hadapan dan mengenal pasti keperluan generasi akan datang yang sedang dilahirkan ketika ini pada awal abad ke 21. KESIAPSIAGAAN Komponen yang tidak kurang pentingnya dalam kesiapsiagaan menghadapi cabaran globalisasi ialah mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi yang dinikmati selama-lama ini. Perkara ini menjadi kunci utama untuk kita melangkah lebih jauh memperkasa bidang pendidikan, ekonomi, pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber tenaga manusia, sains dan teknologi dan sebagainya tanpa membelakangkan nilainilai murni ajaran Islam, budaya, tatasusila dan warisan bangsa. Wawasan Negara (Wawasan Brunei 2035) menekankan usaha menjadikan negara ini dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai: Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya diukur melalui piawaian tertinggi antarabangsa; Kualiti kehidupan yang tinggi di di kalangan 10 negara teratas dunia; dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan di antara 10 negara teratas dari segi pendapatan per kapita. Untuk memastikan tiga matlamat itu tercapai, lapan strategi juga dikenal pasti merangkumi: Strategi Pendidikan; Strategi ekonomi, Strategi keselamatan; Strategi pembangunan institusi; Strategi pembangunan perniagaan tempatan; Strategi pembangunan infrastruktur; Strategi jaminan sosial dan Strategi alam sekitar. POLITIK DAN SOSIAL Globalisasi sentiasa menghidangkan kita dengan senario politik serantau dan antarabangsa yang pelbagai dan sering berubah. Pengaruh negatif gejala sosial juga semakin berleluasa sesuai dengan istilah sudah memasuki rumah dan kamar tidur melalui media elektronik dan cetak. Untuk menjamin kestabilan negara, di bidang politik kita sentiasa mengamalkan dasar sederhana, bekerjasama dan

setia kawan baik di peringkat negara jiran, serantau dan antarabangsa. Kita mengamalkan sikap saling membantu, hormat - menghormati hak dan wilayah, agama dan budaya yang berbeza. Kita juga tidak mencampuri dasar dan hal ehwal dalaman negara lain yang semestinya negara luar juga tidak campur tangan mengenai hal ehwal dalaman negara ini.

GAMBAR HIASAN ... Dasar pendidikan berfokus kepada melahirkan tenaga kerja pakar dan berkemahiran.

Dalam menghadapi budaya dan gejala sosial pula kita berpegang kepada teras falsafah negara, Melayu Islam Beraja. Syiar Islam di negara ini setiasa diperkukuhkan melalui pendidikan agama Islam, dakwah dan seumpamanya. Kita berusaha mewujudkan Negara Zikir yang akan melahirkan rakyat yang kukuh iman dan akidahnya serta berakhlak mulia. Ini akan menjurus kepada negara, Baldatun, Thaiyyibatun Wa Rabbun Ghafuur. Kita juga akan terus mengekalkan nilai-nilai murni warisan bangsa yang relevan berteraskan budaya masyarakat Melayu Brunei. Budaya masyarakat Brunei yang bersopan santun, berbudi bahasa, tidak camah mata dan bersefahaman, rajin, kreatif dan bijaksana serta berperibadi tinggi itu akan menjadi benteng menghadapi ledakan budaya globalisasi. PENDIDIKAN Pendidikan dan kemahiran di pelbagai bidang penting untuk membangun negara maju dan menghadapi persaingan globalisasi. Strategi pendidikan negara akan mempersiapkan para belia menghadapi cabaran dalam dunia yang semakin kompetitif dan berteraskan ilmu

pengetahuan. Ini akan dicapai melalui penyediaan pendidikan awal kanak-kanak, menggunakan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran antarabangsa, mengadakan pendidikan bertaraf tinggi termasuk sekolah vokasional, menghasilkan pakar, profesional dan juruteknik, memperkukuh kompetensi dalam ICT, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, menggalakkan penyelidikan, perkembangan dan inovasi, menggunakan kaedah mengajar yang kos efektif melalui penggunaan teknologi dan memperbaiki pengurusan semua institusi pendidikan. Memandangkan betapa pesat dan pentingnya pembangunan sains dan teknologi serta inovasi maka usaha menyemai minat dan semangat di kalangan pelajar muda terhadap aliran sains dan teknikal juga diperkasakan. ICT Tumpuan juga diberikan kepada meningkatkan pembangunan keupayaan ICT termasuk infrastruktur dan sumber manusia dan seterusnya mengintegrasikan ICT sepenuhnya dalam perkhidmatan kerajaan dan proses perniagaan. ICT juga terus dikembang dan dibudayakan kepada semua lapisan masyarakat sejak di awal persekolahan lagi sebagai kesiapsiagaan menghadapi era ICT dan digital. Pada 12 Jun 2009, Forum Kepimpinan e-Kerajaan telah melancarkan Pelan Strategik e-Kerajaan bagi tahun 2009 -2014. Ini bertujuan untuk memantap dan mengemaskinikan lagi inisaiatif e-Kerajaan sejajar dengan keperluan dan perkembangan semasa. Untuk tempuh kehadapan, keutamaan akan diberikan kepada agenda menyediakan perkhidmatan perkhidmatan berfokus kepada masyarakat (CitizenCentric Services). Ini dihasratkan akan menjadi peneraju perubahan bukan sahaja kepada Pekhidmatan Awam tetapi juga semua rakyat dan penduduk di negara ini. Di samping itu Kerajaan Kebawah DYMM juga akan terus melaksanakan infrastruktur komunikasi yang berupaya dan selamat untuk mendukung inisiatif eKerajaan melalui projek Perkhidmatan Jalur Lebar e-

Kerajaan (EGBS) yang dihasratkan menghubungkan semua agensi kerajaan mnggunakan satu rangkaian. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Kerajaan memperuntukkan BND250 juta kepada Dana Pembangunan Sumber Manusia pada bulan Januari 2006. Ini bertujuan bagi melaksanakan pelbagai program yang berkaitan pembangunan sumber manusia (HRD) supaya dapat memenuhi keperluan ekonomi, politik dan pembangunan negara. Dana ini antaranya juga akan digunakan untuk melaksanakan: Program pembangunan tenaga kerja pakar dan profesional; Program biasiswa; Program khas bagi lepasan ijazah yang menganggur; Skim pembangunan kemahiran; Program bagi pembangunan kemahiran dan pengetahuan; dan Program bagi pembangunan keusahawanan. Bilangan sumber tenaga manusia dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan akitiviti yang terhad juga terus akan ditingkatkan. Ini dilakukan melalui pengembangan aktiviti R&D dan menggalakkan lebih ramai orang, institusi pendidikan dan sektor swasta terlibat dalam pelbagai bidang. INFRASTRUKTUR Kemajuan infrastruktur memainkan peranan penting dalam pembangunan negara selain untuk bersaing di peringkat global. Ke arah itu kerajaan akan sentiasa berusaha merancang dan melaksanakan prasarana fizikal yang moden, berkualiti dan berteknologi tinggi dalam pelbagai sektor. Ini meliputi kemudahan-kemudahan asas untuk keselesaan rakyat dan penduduk negara ini beraktiviti dan menjalani kehidupan seharian. Sesuai dengan keperluan interaksi serantau dan antarabangsa, negara juga akan meningkatkan sistem perhubungan udara, laut dan darat yang canggih, berkualiti dan berteknologi tinggi. Sistem komunikasi dan telekomunikasi termasuk ICT juga akan terus dipertingkatkan. Ini akan membolehkan pengurusan kerajaan dan swasta baik di dalam negara mahupun di peringkat serantau dan antarabangsa dapat dilaksanakan dengan mudah, cepat, efisien dan berkualiti. Prasarana canggih dan berteknologi tinggi akan dapat

meningkatkan kualiti pengurusan dan merangsang pertumbuhan di pelbagai bidang termasuk sektor ekonomi, kewangan, perdagangan, perkilangan dan seumpamanya. Ia juga akan merangsang usaha mengembangkan inovasi, sains dan teknologi, R&D dan menarik pelabur asing ke negara ini. ANJAKAN PARADGMA Kesediaan rakyat dan penduduk melakukan anjakan paradikma melalui keterbukaan menerima perubahan perubahan positif selaras perkembangan global adalah sangat di- perlukan dalam kesiapsiagaan menghadapi interaksi perkampungan sejagat. Ini akan dapat didorong melalui pendekatan-pendekatan dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan yang mapan serta interaksi serantau dan antarabangsa dalam pelbagai bidang. Kita sentiasa mengamalkan keterbukaan serta menerima modenisasi dan kemjuan selagi tidak bercenggah dengan falsafah MIB. Kesiapsiagaan kita menghadapi globalisasi terletak di bahu generasi belia sebagai aset negara yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan masa depan negara. Kita merasa positif dan optimis bahawa generasi muda kita akan dapat menanai dan memikul tanggungjawab untuk mencapai matalamat murni negara.

Menanai aspirasi negaraOleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor

MENJELANG 2035 iaitu tiga dekad akan datang atau kurang 30 tahun dari sekarang Negara Brunei Darussalam akan menjadi sebuah negara terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, mempunyai kualiti hidup yang tinggi serta mempunyai pendapatan per kapita yang teratas setara dengan sepuluh negara teratas dunia. Negara Brunei Darussalam telah menggubal tiga matlamat utama bagi Wawasan Brunei 2035 iaitu, memiliki rakyat yang berpendidikan, berjaya dan berkemahiran tinggi, kualiti kehidupan yang tinggi serta mempunyai sebuah ekonomi yang dinamik dan berdaya saing.

Inilah Wawasan Brunei menjelang 2035 yang telah digariskan dalam buku 'Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam' terbitan Badan Perencana Kemajuan Jangka Panjang Negara sebuah badan yang telah ditugaskan untuk memetakan strategi laluan ke arah mencapai wawasan tersebut. Perencanaan kemajuan jangka panjang Negara Brunei Darussalam telah digubal bagi tempoh 30 tahun akan datang (2007 2035). Perencanaan negara itu mengandungi Wawasan Negara, Rangka Strategi dan Dasar Bagi Pembangunan (OSPD) dan Rancangan Kemajuan Negara (RKN). Pada masa ini kedudukan negara di persada dunia belumlah begitu terserlah kecuali di rantau Tenggara Asia. Jikapun ianya dikenali hanyalah disebabkan imejnya sebagai sebuah negara yang kecil dan kaya dengan hasil minyak dan gas serta merupakan antara negara-negara ASEAN yang mempunyai per kapita yang tinggi. Berpandukan Wawasan Brunei 2035, imej sedemikian akan melalui perubahan dan peralihan dalam masa kurang 30 tahun ke hadapan. Negara bukan lagi akan dikenali sebagai sebuah negara kecil yang kaya dengan hasil minyak dan gas sahaja malahan akan dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai sumber manusia yang berilmu, mahir dan bertamadun tinggi. Untuk mencapai tiga matlamat utama terdapat lapan strategi yang digariskan bagi menyokong ke arah Wawasan Negara 2035. Strategi adalah dari segi pendidikan, ekonomi, sekuriti, pembangunan institusi, mengembangkan perusahaan tempatan, perkembangan infrastruktur, sekuriti sosial dan persekitaran. Setiap strategi ini mempunyai arah tuju dasarnya yang tersendiri. Umpamanya dari segi pendidikan kita mahu memastikan bahawa para belia diberi pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya di dunia yang semakin kompetitif dan berasaskan pengetahuan. Strategi ekonomi pula akan melahirkan pekerjaan pekerjaan yang baru dan memperluaskan peluang perniagaan di negara ini, sementara dari segi sekuriti akan menjaga kestabilan politik dan kedaulatan kita sebagai bangsa. Manakala dalam strategi pembangunan institusi pula, kita memerlukan orang awam dan sektor awam untuk sama-sama bersaing dan seiring bagi melaksanakan

rancangan-rancangan pembangunan negara. Satu lagi strategi persekitaran di mana kita hendaklah memastikan pemuliharaan persekitaran teratur bagi alam sekitar dan budaya habitat. Ekonomi negara hanya bergantung kepada industri minyak dan gas, justeru itu kita perlu mengembangkan lagi industri-industri yang lain di negara ini. Sektor-sektor yang bertanggungjawab telah pun memulakan usahausaha bagi mempelbagaikan lagi ekonomi negara ini dan antara contohnya ialah pembinaan Methanol Plant di Lumut, Perusahaan Pulau Muara Besar serta mempelbagaikan produk-produk halal dan yang lainlainnya. Sektor-sektor yang berkaitan itu memainkan peranan penting dengan cara pelaksanaan pelbagai langkah bukan sahaja dari segi pembangunan infrastruktur, tetapi juga dalam pelaburan asing ke dalam negara. BUDAYA KERJA Dalam budaya kerja, secara umum di Perkhidmatan Awam dewasa ini telah menempa banyak pencapaian pelbagai mekanisme, pembaharuan dan sistem telah diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi Perkhidmatan Awam ke tahap yang cemerlang. Berhubung dengan pengurusan modal insan di sektor awam, Jabatan Perdana Menteri bersama-sama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengungkayahkan sistem pengurusan tenaga manusia di sektor awam secara elektronik yang dikenali sebagai Government Employee Management System (GEMS). Dengan terlaksananya GEMS ini sepenuhnya nanti pada tahun depan maka warga Perkhidmatan Awam akan dapat membuat permohonan-permohonan dan mendapat maklum balas dengan segera, di samping menikmati komunikasi yang lebih berkesan pada bila-bila masa sama ada di dalam mahupun luar pejabat.

GAMBAR HIASAN ...Tanggungjawab mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara bukan sahaja terletak di tangan para pasukan beruniform, tetapi juga mesti dikalangan rakyat dan penduduk negara ini.

Terdahulu dari itu JPA memperkenalkan Tekad Pemedulian Orang Ramai ( TPOR) dan panduan bagi perkhidmatan kaunter yang mana telah mengurangkan proses bisnes bagi sesuatu perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai. Bahkan langkah-langkah ini merupakan asas bagi memastikan peningkatan penggunaan teknologi maklumat termasuk GEMS, akan benar-benar mempercepatkan proses bagi banyak jenis perkhidmatan dan pengurusan tenaga manusia di sektor awam. Inisiatif-inisiaif lain yang diperkenalkan ialah Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC). Latihan 100 jam bagi pegawai kerajaan, laporan tahunan, pensejajaran rancangan strategik, penubuhan jawatankuasa tenaga manusia dan yang terkini penubuhan unit audit tenaga manusia bagi mencapai objektif berhubung dengan saiz dan tenaga manusia yang optimal dalam Perkhidmatan Awam. Bagi meningkatkan kebajikan warga wanita dalam Perkhidmatan Awam, satu perubahan diperkenalkan meniadakan perkhidmatan sebulan ke sebulan bagi pegawai dan kakitangan wanita yang sudah berkahwin. Perubahan ini mencerminkan keprihatinan dan pengiktirafan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke atas sumbangan wanita yang signifikan kepada Perkhidmatan Awam. Dari segi modal insan, warga awam terus menikmati peluang untuk melanjutkan dan meninggikan tahap pendidikan masing-masing sama ada di dalam dan luar negeri. Kita seharusnya berbangga seperti penilaian pemantauan ekonomi oleh International Monetary Fund, yang saban tahun memuji negara ini berhubung dengan

pengurusan ekonomi yang bijak yang membolehkan negara berterusan dapat mencapai kedudukan 'makroekonomi' yang mantap seperti yang dipamerkan oleh nilai mata wang Brunei yang stabil, kadar inflasi yang rendah, kedudukan fiscal dan imbangan pembayaran yang mantap, di samping sektor perbankan yang mendukung pertumbuhan ekonomi. Kita juga berkeyakinan akan dapat mencapai semua sasaransasaran yang digariskan oleh United Nation Millennium Development Goals. Dalam hubungan wawasan 2035 mengambil kira perkara ini bahawa Perkhidmatan Awam bersama-sama sektor swasta, pihak akamedia, sektor bukan kerajaan dan segenap lapisan masyarakat hendaklah berganding bahu menggembleng pemikiran dan tenaga bagi memastikan hasrat negara akan terlaksana. CAPAI Ke arah mencapai Wawasan Negara 2035, kita perlu memaju dan melaksanakan satu strategi nasional bersepadu dan terselaras yang diharapkan dalam buku Perancanaan Kemajuan Negara Brunei Darussalam yang mengandungi elemen berikut seperti: Strategi Pendidikan akan mempersiapkan belia kita dalam dunia yang semakin kompetitif dan berteraskan ilmu pengetahuan. Strategi Ekonomi akan mewujudkan pekerajaan baru bagi rakyat dan memperluaskan peluang perusahaan dan perniagaan di negara ini melalui galakan pelaburan, asing dan domestik dalam industri hiliran dan economic clusters di luar industri minyak dan gas. Strategi Keselamatan yang akan memelihara kestabilan politik dan mempertahankan kedaulatan negara serta menghubungkan keupayaan pertahanan dan keupayaan diplomatik dan juga persediaan negara dalam menangani ancaman penyakit dan bencana alam. Strategi Pembangunan Institusi yang akan meningkatkan kualiti pentadbiran dan kepimpinan (governance) di sektor awam dan swasta, perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi, rangka perundangan dan peraturan yang moden dan pragmatik, prosedur kerajaan yang efisien dengan birokrasi yang minimum. Strategi Pembangunan Perniagaan Tempatan yang akan meningkatkan peluang bagi perusahaan kecil dan

sederhana (PKS) tempatan serta juga memudahkan rakyat Melayu Brunei untuk menjadi pemimpin dalam perniagaan dan industri menerusi kekuatan daya saing. Strategi Pembangunan Infrastuktur yang akan memastikan pelaburan berterusan oleh kerajaan dan menerusi perkongsian sektor awam - swasta (PublicPrivate Partnership), dalam pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dengan memberikan keutamaan kepada bidang pendidikan, kesihatan dan industri. Strategi Jaminan Sosial yang akan memastikan negara terus makmur, dan setiap warganegara akan sentiasa perhatian sewajarnya. Strategi Alam Sekitar yang akan memastikan pemuliharaan alam semula jadi dan suasana budaya kita yang sempurna. Ini akan mengekalkan taraf kesihatan dan keselamatan selaras dengan amalan antarabangsa yang terbaik. Kita percaya wawasan yang digubal dengan penuh bijaksana yang melibatkan semua lapisan rakyat dan penduduk negara sertai lengkap dengan keperluan teknikal, kewangan dan lain-lain keperluan strategik akan menjadi kenyataan dalam tempoh tiga dekad akan datang merupakan masa penukaran satu generasi ke satu generasi selanjutnya. Nescaya Wawasan Brunei 2035 akan menjadi satu warisan kepada rakyat negara ini apabila semuanya dapat dilaksanakan dengan sempurnanya nanti seperti yang dihasratkan oleh Kebawah DYMM. Untuk mencapai hasrat murni itu, semua pihak dalam negara ini perlulah bekerjasama, bergerak seiring dan mempunyai komitmen jitu bagi sama-sama menjayakan aspirasi itu dengan penuh kepakaran dan profesionalisme. Lapan strategi yang disenaraikan tadi perlu dimajukan oleh kerajaan, pihak swasta yang berkaitan dan akan dilaksanakan serta diselaraskan dengan baik sebagai satu strategi negara. Di samping kita memperakui perubahan, kita akan mempertahankan nilai teras yang telah menjadi asas bagi kestabilan, keharmonian sosial dan kemakmuran negara, Kita akan komted dan taat setia kepada Sultan dan Negara dan berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah, Mazhab Imam Syafie dan amalan tradisi berbaik-baik, belas kasihan dan keharmonian sosial dan akan lebih kukuh dengan adanya konsep Melayu Islam Beraja (MIB) yang berpegang

kepada nilai teras ini.

Memperkasa ekonomi agenda negaraOleh : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

SAMBUTAN 26 tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam menandakan satu lagi pencapaian dalam memperkasa ekonomi negara. Ketika mencapai kemerdekaan, negara masih bergantung sepenuhnya kepada minyak dan gas. Dengan mempunyai pendapatan per kapita sekitar USD31,000, Negara Brunei Darussalam menduduki tempat kedua dalam ASEAN dan negara ke34 dalam senarai pendapatan tertinggi di dunia. Masa terus berlalu dan seiring dengan itu kini ekonomi Negara Brunei Darussalam mempunyai asas kepelbagaian yang meluas bagi memastikan negara tidak hanya bergantung kepada sumber minyak dan gas serta pada masa yang sama membangunkan masyarakat usahawan di semua peringkat yang akan bersaing secara tempatan dan global serta memperkukuhkan peranan ekonomi sektor swasta menerusi eksport. Dalam Rancangan Kemajuan Negara (RKN) 2007-2012 kerajaan akan mempertingkatkan usahanya untuk mempelbagaikan ekonomi negara, disamping komited untuk memperkukuhkan sektor minyak dan gas dengan memajukan lagi industri dan perniagaan tempatan dalam sektor bukan minyak dan gas selain memajukan pembangunan beberapa rangkaian ekonomi yang telah dikenal pasti antaranya pembangunan industri dan perniagaan tempatan bagi meluaskan lagi peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) tempatan. SEKTOR PERTANIAN Dalam memperkasa ekonomi negara, Jabatan Pertanian misalnya telah merangka pelan strategik untuk jangka masa sederhana menjelang tahun 2013. Faktor yang paling utama diambil kira dalam perangkaan perancangan ini ialah faedah berbanding, keupayaan bersaing dan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. RKN 2007-2012 telah menyediakan BND9.5 bilion untuk melaksanakan projek-projek pembangunan. Melalui RKN, kerajaan mengambil langkah untuk mempelbagaikan lagi ekonomi negara. Sebanyak BND1.1

bilion disediakan untuk kemajuan perindustrian dan perdagangan. Tumpuan juga diberikan untuk memudahkan lagi kegiatan-kegiatan perindustrian serta untuk melahirkan pengusaha-pengusaha tempatan yang dinamik lagi progresif. Secara keseluruhannya, dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan (1999 - 2008) sektor pertanian telah mengalami perkembangan yang positif. Pengeluaran kasar sektor pertanian telah meningkat sebanyak kira-kira 99 peratus dengan nilai BND112.44 juta iaitu daripada BND113.02 juta pada tahun 1999 kepada BND225.44 juta pada tahun 2008. Setakat ini, terdapat kira-kira lebih 5,192 pengusaha yang bergiat aktif dalam perusahaan sektor pertanian yang merangkumi industri ternakan, industri tanaman dan industri pemprosesan makanan berasaskan pertanian (agrimakanan) dengan melibatkan kawasan sejumlah 8,252 hektar. Daripada jumlah ini, seramai 817 bergiat dalam industri ternakan (3,899 hektar), 4,268 dalam industri tanaman (4,353 hektar) dan 107 dalam industri pemprosesan agrimakanan. JENAMA BRUNEI HALAL Selain itu pembangunan Jenama Brunei Halal yang diusahakan oleh jabatan itu juga diharap berupaya menjana dan mendukung pencapaian sasaran jangka panjang pengeluaran pertanian dan agrimakanan pada tahun 2023. Jenama Brunei Halal merupakan projek utama (flagship) Kementerian Perindustrian dan SumberSumber Utama. Produk menggunakan Jenama Brunei Halal dijamin halal dan mempunyai kualiti yang tinggi. Projek ini akan mengenalkan Negara Brunei Darussalam ke pasaran antarabangsa, menarik pelaburan asing ke Negara Brunei Darussalam dan memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Perkara ini selaras dengan titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berangkat merasmikan Ekspo Produk Halal Antarabangsa 2009 (ihpexpo) berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, bahawa baginda penuh yakin dan percaya Negara Brunei Darussalam sebagai negara Islam mampu dan mempunyai kelebihan untuk menjadi salah sebuah negara penggerak utama terkemuka dalam pasaran Halal Global. Di antara objektif projek ini ialah menunaikan kewajipan Fardu Kifayah iaitu kewajipan untuk memudahkan umat

Islam mendapatkan produk-produk halal; mempelbagaikan ekonomi negara dan sebagai platform bagi memajukan produk tempatan. Dalam projek ini, Negara Brunei Darussalam bukan hanya mengiktiraf produk yang dihasilkan di negara ini, malah juga akan mengiktiraf halal bagi produk-produk daripada luar negara yang menepati kualiti yang telah ditetapkan dalam piawaian Jenama Brunei Halal. Melalui inisiatif ini Negara Brunei Darussalam akan meningkatkan pendapatan melalui royalty dan bayaran pendaftaran. Pembangunan Jenama Brunei Halal yang diusahakan oleh Jabatan Pertanian diharap berupaya mendukung pencapaian sasaran jangka masa sederhana pengeluaran produk proses tanaman dan ternakan, iaitu BND340 juta pada tahun 2013. Status pencapaian projek ini pada setakat ini termasuk pembentukan sebuah logo halal baru; membentuk dan menerbitkan Piawai Brunei Darussalam untuk Makanan Halal dan lima dokumen Garis Panduan bagi mendukung pelaksanaan projek Jenama Brunei Halal; dan melantik pakar-pakar perunding untuk melaksanakan programprogram bagi mereka logo halal, membina laman web dan penetapan registration dan royalty fees. Sementara itu, penempatan bagi pengeluar-pengeluar produk di bawah Jenama Brunei Halal ialah di Taman Agro Teknologi yang terletak di Kampung Tungku, Gadong iaitu kawasan seluas kira-kira 263 hektar. Negara Brunei Darussalam boleh maju dengan menarik pelaburan dalam sektor agrimakanan yang berkualiti tinggi, halal dan selamat untuk dimakan. Bahan-bahan mentah bolehlah diperolehi daripada negara-negara pengeluar produk primer seperti Republik Rakyat China, Viet Nam dan Thailand. Produk-produk yang dihasilkan daripada negara ini akan mempunyai nilai niche dengan menggunakan Jenama Brunei Halal. Produk proses agrimakanan BND52.53 juta pada tahun 2008 dijangka meningkat kepada BND340 juta pada tahun 2013, iaitu peningkatan sebanyak 547 peratus. Untuk mencapai sasaran ini, Jabatan Pertanian akan melaksanakan projek-projek di bawah RKN, yang akan menjurus kepada memberi bantuan dan dukungan kepada pengusaha agrimakanan tempatan dalam menghasilkan produk makanan yang bermutu tinggi, selamat dan terjamin halal serta kompetitif dengan produk antarabangsa.

SEKTOR BUKAN MINYAK DAN GAS Di samping itu pelbagai dasar inisiatif diambil dan dilaksanakan untuk membantu mencapai visi kerajaan untuk membangunkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan yang berkualiti serta berkekalan antaranya Loji Metanol Brunei (LMB). Loji tersebut dijangka akan menjadi projek mercu tanda generasi sekarang dan menjadi langkah pertama negara meneroka bidang petrokimia, di samping menjadi projek yang akan menggunakan gas asli negara untuk mengeluarkan produk baru. LMB akan menggunakan teknologi serta kepakaran canggih yang mampu menjadikannya sebagai projek perintis di rantau Asia Pasifik dan kejayaan projek itu nanti setentunya akan memberi kesan positif serta menjadi asas kepada kejayaan peringkat hiliran industri minyak dan gas negara. Pembinaan Syarikat Metanol Brunei di Taman Industri Sungai Liang, 75 peratus daripadanya dimiliki syarikat Jepun iaitu Mitsubishi Gas Chemical dengan 25 peratus dimiliki Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Konsortium Metanol merancang untuk melabur sejumlah USD350 juta di loji tersebut dan dijangka mempunyai pengeluaran sebanyak 2,500 tan metanol sehari dan menyediakan 130 peluang pekerjaan.

LOGI Metanol Brunei dijangka mempunyai pengeluaran sebanyak 2,500 tan metanol sehari dan menyediakan 130 peluang pekerjaan.

Begitu juga dengan Pelabuhan Muara Besar (PMB) adalah rakan kongsi awam dan swasta antara Kerajaan Brunei dan pelabur pelabuhan. Projek PMB yang akan dilaksanakan dijangka dapat mewujudkan kira-kira 4,000 pekerjaan tetap dan apabila beroperasi nanti pelabuhan ini akan menjadi salah sebuah pelabuhan yang penting di

rantau ini. Kedua-dua projek berkenaan dijangka berupaya mewujudkan 7,000 peluang pekerjaan baru dan membuka peluang perniagaan kepada PKS. Dengan keluasan pulau 955 hektar, PMB yang terletak bersebelahan Pelabuhan Muara akan dimajukan menjadi pelabuhan kontena air dalam yang akan memberikan perkhidmatan pertumbuhan bagi keperluan Negara Brunei Darussalam dan serantau. Pelan induk PMB merangkumi pembinaan Zon Pemprosesan Eksport Makanan Halal dan Kompleks Pembuatan Bagi Industriindustri Besar termasuk logam aluminium bagi penyiapan operasi pelabuhan. International Container Terminal Services Inc. (ICTSI) dari Republik Filipina dan Konsortium Surbana dari Republik Singapura telah dilantik atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui tender-tender antarabangsa yang ditawarkan oleh BEDB. ICTSI yang bertindak selaku operator pelabuhan PMB merupakan operator pelabuhan utama antarabangsa yang mengendali 16 pelabuhan di sebelas buah negara, manakala Konsortium Surbana telah mengurus kontrakkontrak infrastruktur besar di 90 bandar raya di 23 buah negara. SISTEM LESEN PERNIAGAAN SECARA ONLINE Bukan setakat itu sahaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui beberapa kementerian dan jabatan sedang berusaha gigih bagi memudahkan proses permohonan termasuk mengadakan sistem lesen perniagaan secara online. Mekanisme ini sebagai langkah berterusan kerajaan bagi meningkatkan lagi iklim perniagaan ke tahap yang lebih berdaya maju dan berdaya saing. Inisiatif berkenaan merupakan signal jelas betapa kerajaan serius dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini dan juga bagi meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur dengan jumlah yang ramai. Inilah motif sebenar kerajaan sebagai langkah memperbaiki kedudukan Negara Brunei Darussalam ke tahap yang lebih tinggi dalam memudahcarakan perniagaan. Dari itu bagi memperteguh ekonomi, kita perlu berusaha menarik lebih banyak pelabur melabur. Meningkatkan

FDI, menjalin hubungan usaha sama dengan gergasi syarikat dunia, memperluas perdagangan tanpa sempadan, membuka taburan industri-industri baru yang lebih viable dan berdaya saing. Amatlah bertepatan langkah kerajaan mengusahakan lesen perniagaan secara online yang dikira lebih mudah, cepat serta menjimatkan kos dan masa seperti misalnya negara jiran dalam ASEAN kini terus berlumba-lumba memasang pelbagai strategi bagi menarik para pelabur datang ke negara mereka, salah satunya ialah dengan memberikan kemudahan dalam pengeluaran lesen perniagaan. Mekanisme seumpama inilah amat penting kita teroka agar kita tidak jauh tertinggal oleh negaranegara lain dalam merencanakan kemajuan negara. Dengan komitmen berterusan dari semua warga Perkhidmatan Awam negara akan terus cemerlang terutama dalam memburu impian Wawasan Brunei 2035 yang kita idamkan. Setentunya kemasukan pelabur asing ke negara ini akan meningkatkan dan sekali gus akan memperkukuhkan lagi FDI di masa mendatang. PENUTUP Sesungguhnya kekuatan ekonomi merupakan tonggak kejayaan sesebuah negara dan menjadi teras keperkasaan agama. Malah kekuatan ekonomi jugalah yang mampu mengangkat martabat umat sekali gus membina bangsa yang berjiwa besar dan berdaya maju. Sebagai rakyat dan penduduk negara ini amatlah wajar kita melaksanakan sesuatu yang terbaik bagi meningkatkan ekonomi negara. Ekonomi yang kuat akan membolehkan kita membuka peluang-peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk diisi oleh anak-anak tempatan. Dalam waktu yang sama akan dapat mengurangkan pengangguran. Hambatan pengangguran ini kesannya boleh menggugat kestabilan sosial dan menjadi musuh negara yang paling rumit.

Memperkukuh integrity Perkhidmatan Awam(Oleh : Siti Muslihat Haji Salleh)

DALAM mengharungi usia kemerdekaan ke-26 tahun, rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam telah menikmati pelbagai perkembangan dan kemajuan hasil dari pelaksanaan warga Perkhidmatan Awam melalui

agensi- agensi kerajaan yang dipikulkan dengan amanah dan tanggungjawab masing- masing. Arus perubahan zaman menuntut kepada perkembangan sumber tenaga manusia yang lebih berkualiti untuk membawa bersama negara ini ke suatu era pencapaian cemerlang di segenap perkhidmatan atau sekurang-kurangnya berjalan seiring dengan perubahan tersebut sejajar dengan tuntutan semasa.

SEMUA pegawai dan kakitangan kerajaan dari seluruh kementerian dan jabatan- jabatan kerajaan perlu mengambil perhatian yang serius dalam menyokong usaha- usaha kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan yang cekap dan efisien dalam semua urusan.

Dalam hubungan ini semua pegawai dan kakitangan kerajaan dari seluruh kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam menyokong usaha- usaha kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan yang cekap dan efisien dalam semua urusan. Perkembangan dan perubahan semasa yang silih berganti turut merubah peranan dan fungsi Perkhidmatan Awam iaitu selain sebagai pemberi perkhidmatan ianya juga sebagai peneraju dan pemudah cara kepada pembangunan negara seiring dengan kemudahan prasarana dan peralatan sistem teknologi yang canggih. Selain itu ilmu dan sikap serta minda yang positif juga adalah merupakan sebahagian dari komponen penting dalam diri setiap Perkhidmatan Awam ke arah meningkatkan imej Perkhidmatan Awam yang efisien, di samping sentiasa bersikap adaptif kepada perkembangan semasa yang dapat memenuhi keperluan orang ramai atau

pelanggan. KEMAHIRAN Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sejak dulu lagi memberikan keutamaan yang tinggi terhadap pendidikan rakyat dan penduduk di negara ini dan ini jelas dengan adanya pendidikan yang diberikan secara percuma. Keutamaan pendidikan di negara ini tidak dapat disangsikan lagi yang mana sehingga kini ianya telah berjaya menghasilkan sebahagian besar tenaga kerja yang berkualiti. Kerajaan di sini jelas komited dan berpandangan jauh untuk memberikan pendidikan yang baik kepada setiap rakyat dan melengkapi mereka dengan keupayaan untuk memperbaiki kehidupan masing-masing demi melahirkan masyarakat yang berguna khususnya dalam Perkhidmatan Awam. Pendidikan merupakan sebagai prasyarat penting dalam kehidupan individu dan ianya menjadi bertambah penting khususnya dalam suasana kehidupan yang semakin pantas mengejar perubahan zaman yang semakin moden dan canggih. Bayangkan tanpa adanya pendidikan yang baik dan berkualiti akan pincanglah segala perkidmatan dan terbantutlah segala urusan. KUALITI PERKHIDMATAN AWAM Sebagai usaha untuk memperbaiki kualiti dan produktiviti Perkhidmatan Awam, Kerajaan Kebawah DYMM telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk memperbaiki kualiti dan produktiviti Perkhidmatan Awam dengan meningkatkan kecekapan, keupayaan dan keberkesanan jentera pentadbirannya. Melalui Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-8, beberapa program pembaharuan dilaksanakan ke arah mewujudkan budaya kecemerlangan dan memperbaiki lagi Perkhidmatan Awam termasuklah pensejajaran Pelan Strategik; peningkatan produktiviti dan kualiti; peningkatan perkhidmatan kepada orang ramai; pembaikan organisasi dan pembangunan sumber tenaga manusia.

Melalui Program Pensejajaran Pelan Strategik yang telah diperkenalkan pada tahun 2003, setiap kementerian dan jabatan dikehendaki menyediakan perancangan strategik organisasi masing-masing yang akan diselaraskan dengan visi dan aspirasi negara. Sementara itu dalam RKN 2007 - 2012, usaha-usaha ditumpukan bagi memastikan sistem pemerintahan yang baik, mengukuhkan keupayaan pelaksanaan program dan projek serta memastikan sistem maklumat yang lengkap, terkini dan reliable. INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM (IPA) Bagi mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, disiplin, motivasi dan kualiti warga Perkhidmatan Awam, latihan-latihan dalam pelbagai bidang diberikan melalui Institut Perkhidmatan Awam (IPA), salah sebuah institusi Penggerak Utama dan Agen Perubahan dalam bidang pengurusan. Selain itu IPA juga komited dalam menyusun dan memberikan program-program latihan yang berkualiti, berkesan dan relevan kepada semua agensi yang terlibat dalam pembangunan negara. Ke arah merealisasikan hasrat tersebut IPA membentuk satu strategi bagi mewujudkan lagi satu sistem latihan yang berkualiti sejajar dengan peranan dan tanggungjawab IPA "Ke arah mempertingkat Produktiviti dan Kualiti Produk dan Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam". Di waktu yang sama, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membawa bersama pelbagai perubahan dan cabaran yang berterusan yang turut merubah ekspektasi pelanggan dan orang ramai terhadap kaedahkaedah pelaksanaan yang berkualiti, cepat dan berkesan. Melihat arus perubahan dan kepesatan teknologi setentunya turut mencabar kewibawaan IPA untuk melahirkan idea- idea atau pendekatan-pendekatan baru yang lebih efisien, efektif dan produktif bagi mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berkualiti. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Sumber tenaga yang berkualiti merupakan suatu kepentingan dan ianya memerlukan latihan-latihan dalam pelbagai bidang khususnya dalam Perkhidmatan Awam.

Bagi mempertingkatkan lagi kualiti dan keberkesanan Perkhidmatan Awam para pegawai dan kakitangan kerajaan melalui IPA diberikan latihan- latihan yang bersesuaian, di samping mengembangkan keupayaan fizikal dan mental kakitangan dalam era pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (KBE). Sebagai usaha memperbaiki kualiti sumber manusia di sektor awam ini, secara purata 90 program latihan kemahiran yang berlainan telah dikendalikan setiap tahun yang melibatkan lebih 3,000 orang peserta terdiri dan para pegawai dan kakitangan kerajaan dan jumlah ini terus meningkat dari semasa ke semasa. Nilai-nilai positif dan progresif yang ditanamkan melalui kursus-kursus latihan itu diharap akan menghasilkan tenaga kerja tempatan yang cekap, berkemahiran, dedikasi dan kreatif. Ke arah ini semua pihak sama ada kerajaan, swasta dan individu perlu mempunyai kesediaan, usaha padu dan komitmen ke arah menyumbang kepada peningkatan taraf dan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk di negara ini. Dalam RKN 2007 - 2012, guna tenaga diberikan latihan semula yang lebih fleksibel dan mengambil kira keperluan kerja yang sentiasa berubahubah, di samping meneruskan program motivasi dalam memupuk etika dan budaya kerja yang positif. Antara inisiatif-inisiatif yang diambil ke arah memupuk budaya kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam termasuklah memperkenalkan Sistem Penilaian Prestasi yang diperkenalkan pada tahun 1987 dan dikemaskinikan pada tahun 1997 serta pelaksanaan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) dan Manual Prosedur Kerja (MPK). Pelaksanaan TPOR dan MPK ini bertujuan untuk memperkukuhkan integriti dan meningkatkan perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai. Bagaimanapun masih terdapat agensi kerajaan yang belum mempunyai MPK dan belum memenuhi kehendak TPOR secara keseluruhannya. MUHASABAH DIRI Tenaga Perkhidmatan Awam yang berkualiti sering dikaitkan dengan pelaksanaan latihan yang dijalankan oleh institut yang dipertanggungjawabkan dan sejauh mana latihan tersebut boleh membantu kepada

perkembangan sumber tenaga manusia. Bagaimanapun latihan yang diberikan semata-mata tanpa wujudnya sikap dan nilai-nilai positif dalam diri anggota Perkhidmatan Awam itu sendiri tidak akan memberikan kesan yang positif kepada perkhidmatan yang berkualiti. Dalam erti kata lain setinggi manapun ilmu yang diperolehi tidak akan dapat melahirkan sumber tenaga yang berkualiti tanpa adanya sikap komited, bertanggungjawab, dedikasi, berakhlak, beretika dan berwibawa. Demi keberkesanan Perkhidmatan Awam yang berkualiti, setiap warga Perkhidmatan Awam perlu menilai dan muhasabah diri sejauh mana mereka telah berjaya menyumbang kepada pembangunan negara dan bukan sebaliknya hanya menuding jari mencari kelemahan dan kesilapan yang lain. Tanggungjawab untuk melahirkan sumber tenaga yang berkualiti dan menjadi anggota Perkhidmatan Awam yang cemerlang adalah tanggungjawab setiap individu dan ianya bukan dipikulkan kepada agensi yang bertanggungjawab semata. Oleh yang demikian sempena dengan usia kemerdekaan negara yang mencapai kedewasaan marilah kita bersamasama mendukung tema utama Perancangan Strategik Jabatan Perdana Menteri selaku agensi pusat yang bertanggungjawab terhadap Perkhidmatan Awam iaitu 'Pemodenan Perkhidmatan Awam bagi Mendukung Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke-21'. Wawasan abad ke 21 itu adalah 'Untuk menjadikan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam yang sentiasa membangun dan berusaha dengan gayanya tersendiri menurut calak Islam dan persekitaran yang sihat dan selamat di bawah petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala'. "Menyentuh mengenai pembangunan negara yang mantap, ia adalah bergantung kepada jentera Perkhidmatan Awam yang dapat memenuhi keperluan dan harapan masyarakat. Lalu untuk itu kerajaan telah mewujudkan satu Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21. Setiap agensi kerajaan hendaklah memastikan diri masing-masing dapat mencapai wawasan tersebut. "Semua kementerian dan jabatan kerajaan dikehendaki mengenal pasti isu-isu yang mempunyai kepentingan

nasional bagi dibincang dan seterusnya diselaraskan bersama," demikian titah Kebawah DYMM sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-21 pada 22 Februari 2005 yang turut mengukuhkan kewujudan wawasan berkenaan.

Brunei mengamalkan konsep hormat-menghormati(Oleh : Norliah Md. Zain)

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sering mengadakan lawatan ke negara luar bagi mengeratkan hubungan kerjasama dua hala. Gambar menunjukkan baginda dan Presiden Persekutuan Russia, Tuan Yang Terutama Dmitry A. Medvedev bersalaman sempena lawatan baginda ke negara itu pada 15 Oktober 2009.

NEGARA Brunei Darussalam akan mencapai ulang tahun Hari Kebangsaannya yang ke 26 tahun pada 23 Februari ini. Sejak kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, negara kita sehingga kini telah berjaya menjalin hubungan diplomatik dengan 154 buah negara di dunia, hasil usaha pimpinan raja yang kita kasihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sebagai sebuah negara Kesultanan Melayu, sifat hormatmenghormati sememangnya tidak lari dalam masyarakatnya. Sifat hormat- menghormati turut ditanamkan dalam kita menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. Sikap kesederhanaan kita telah mampu meletakkan negara kita 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' di arena antarabangsa.

Selain itu Negara Brunei Darussalam juga telah menyertai keanggotaan berbagai organisasi serantau dan antarabangsa. Malah setiap tahun pemimpin kita akan menghadiri persidangan-persidangan antarabangsa yang meliputi Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN, Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Mesyuarat Asia - Eropah (ASEM), Mesyuarat Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Di mesyuarat itu, kita terus bersuara di pentas dunia dengan memberi kritikan membina dan pandangan. Sepanjang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) misalnya, negara kita telah dengan lantang menyuarakan pendirian yang termampu terhadap isu-isu antarabangsa yang berupa konflik politik di Timur Tengah, mahupun di benua Afrika dan Eropah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia pernah bertitah sempena Tahun Baru Masihi 2002 pada hari Isnin, 17 Syawal 1422 / 31 Disember 2001 yang berbunyi : "Pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa terus memainkan peranan masing-masing di mana negara kita juga tidak ketinggalan sama ada dalam persidangan-persidangan serantau mahupun antarabangsa." "Di antaranya ialah apabila negara kita menjadi Pengerusi Bersama Mesyuarat Peringkat Tertinggi Peningkatan Keupayaan APEC di Beijing sebelum Sidang Kemuncak APEC di Shanghai. Alhamdulillah, Negara Brunei Darussalam dengan limpah rahmat dan izin-Nya juga telah dapat mengendalikan Sidang Kemuncak formal ASEAN kali ke-7 dengan jayanya." SENTIASA BEKERJASAMA Hubungan akrab dan mesra di antara Bandar Seri Begawan dengan beberapa ibu kota negara-negara luar telah menampakkan kejayaan dengan termeterainya beberapa kerjasama yang dijalin dan berjalan baik ketika ini. Dalam makna yang lebih luas terutama dalam konteks serantau, negara kita mampu memperluaskan dan memperdalamkan kerjasama dua hala dan serantau dengan lebih kerap. Hubungan antarabangsa ini penting bagi sesebuah negeri sama ada di peringkat pemimpin atau rakyat.

HUBUNGAN MESRA DAN ERAT ... Dalam meningkatkan hubungan diplomatik, bukan sahaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengadakan lawatan ke luar negara tetapi pemimpin luar juga turut mengadakan lawatan ke negara ini. Gambar menunjukkan baginda bersama Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak ketika YAB mengadakan lawatan ke negara ini pada 29 April 2009.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mengadakan beberapa lawatan dan perundingan yang kerap ke negara-negara luar. Dengan lawatan itu, kita dapat membaharui persahabatan yang sedia akrab serta dapat pula memperkukuh dan menguatkan lagi hubungan mesra yang telah sedia ada di antara negara kita dengan negara luar bagi kepentingan pemimpin dan rakyat masing-masing. Sebagaimana titah Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena perayaan Hari Keputeraan baginda ke-55 tahun pada 23 Rabiulakhir 1422 / 15 Julai 2001 : "Kita juga akan meneruskan usaha-usaha bagi meningkatkan kerjasama dan dialog, sama ada dalam konteks hubungan dua hala atau antarabangsa. Perkara ini adalah mustahak dalam usaha untuk kita melaksanakan dasar luar yang dapat menjamin kesejahteraan serta masa depan negara." Usaha merapat dan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara luar, bukan saja dilakukan oleh baginda tetapi juga dilakukan oleh para menteri dan pegawaipegawai kanan kerajaan negara ini. Misalnya Pro gram Pertukaran Lawatan Negara Brunei Darussalam Republik Singapura. Siri lawatan tahunan yang bermula dalam tahun 1990 oleh Perdana Menteri Republik Singapura ketika itu, Tuan Yang Terutama Goh Chok Tong bertujuan untuk menggalakkan interaksi antara kedua-dua buah negara dalam suasana tidak rasmi.

Selain itu antara kerjasama yang telah berjaya dilakukan ialah Penggunaan Kad Perjalanan Kerap (FTC) bagi Negara Brunei Darussalam dan Malaysia dan Perjanjian Kesalingbolehtukaran Matawang antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang sudah mencapai lebih 40 tahun dan banyak lagi kerjasama negara kita dengan negara-negara luar sama ada di bidang ekonomi, pendidikan, pertahanan dan kebudayaan. Selain itu bagi kepentingan pembangunan negara, kita turut membukakan quota bagi pekerja luar untuk bekerja di negara ini yang setentunya untuk meningkatkan kerjasama dua hala. Antara negara itu ialah Indonesia, Filipina, Viet Nam, Malaysia, India, Bangladesh, Pakistan dan sebagainya. Cara ini nampaknya telah memberikan banyak manfaat kepada negara kita dan negara serantau. SENTIASA BERBAIK-BAIK DENGAN NEGARA DI DUNIA

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia ketika mengurniakan titah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) ketika kemasukan negara ke pertubuhan tersebut pada 1 Januari 1984.

Persahabatan erat yang berlandaskan hubungan berbaikbaik dengan negara luar sememangnya dapat melahirkan persefahaman dan kerjasama yang berterusan di masa mendatang. Dalam era perkembangan dunia masa kini yang didasari globalisasi, hubungan kerjasama yang mendalam amat mustahak dalam memperkukuhkan rangkaian kerjasama dua hala yang lebih luas ruang lingkupnya. Ini adalah penting bagi melahirkan kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan. HULUR BANTUAN Sebagai sebuah negara yang sentiasa membuat kebajikan, negara kita sentiasa menghulurkan bantuan yang termampu kepada negara-negara yang ditimpa musibah.

Misalnya kita telah menghulurkan bantuan kepada mangsa tsunami di Acheh dengan membina sebuah perkampungan di sana. Selain itu negara kita melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat sering kali membuka ta bung-tabung derma seperti Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina, Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Pakistan, Tabung Bantuan Mangsa Taufan Katrina, Tabung Bantuan Kemanusiaan Taufan Nargis Myanmar dan Gempa Bumi di China dan sebagainya. Ini menunjukkan dalam menghulurkan bantuan kita tidak mengira bangsa dan agama. Kita sememangnya tidak 'camah mata' kepada para mangsa yang ditimpa musibah. DASAR LUAR Negara kita mengamalkan dasar luar yang tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah negara luar dan sentiasa menghormati hak orang lain tanpa mengira apa jua ideologi. Kita sentiasa berusaha pada meningkat lagi dialog dan kerjasama di antara semua negara yang menjadi teras dasar luar negara yang kita pegang dan amalkan selama ini. Negara kita bukan mengamalkan dasar memperjudikan kepentingan-kepentingan nasional dan negara. "Inilah konsep dan pendirian negara kita yang juga merupakan sebahagian daripada konsep dan pendirian ASEAN, iaitu ingin mengamalkan sikap hormatmenghormati di dalam usaha mencapai matlamat bersama ke arah kestabilan serantau dan antarabangsa. "Dasar kita ialah 'Bersama-sama membina dunia yang adil lagi sejahtera," titah baginda di Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda ke-59 tahun pada 15 Julai 2005. SENTIASA BERSEDERHANA Sikap kesederhanaan dan peranan kita di arena antarabangsa dan global amatlah dihormati jiran tetangga serta negara-negara sahabat yang jauh mahupun dekat. Malah kita mendapat pengiktirafan, dihormati dan disegani oleh bangsa-bangsa lain. Kesemua senario inilah yang membuatkan orang luar mahu datang berurusan dengan kita, sambil terpegun melihat kesejahteraan yang dinikmati rakyatnya. Kita telah berjaya membuktikan kepada negara luar bahawa

walaupun negara kita kecil dalam peta dunia tetapi kita juga mampu bekerjasama dalam pelbagai bidang dengan pihak antarabangsa demi kepentingan bersama. Inilah 'Negaraku Brunei Darussalam' yang penuh dengan pelbagai keunikkan dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan Melayu Islam Beraja (MIB) yang tunggal di dunia.

Keamanan yang stabil membawa negara makmur(Oleh : Hezlinawati Haji Abd. Karim)

BEGITU tidak terasa masa yang berlalu, sedar tak sedar tinggal beberapa hari saja lagi Negara Brunei Darussalam akan menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan yang ke26. Ini bermakna 26 tahun sudah bumi tercinta ini mengecapi kemerdekaan, berdiri dengan sendirinya di bawah pimpinan raja yang amat dikasihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sepanjang di bawah pemerintahan baginda, negara ini termasuk seluruh penduduk dan rakyatnya hidup penuh keselesaan, aman, makmur dan stabil.

BANGGA ... Kemantapan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berjaya berperanan menjaga keamanan dan kemakmuran bumi Negara Brunei Darussalam.

Kita selaku penduduk di negara ini setentunya amat bersyukur dengan keamanan dan kestabilan yang dikecapi negara ketika ini, di mana kita terus menikmati pembangunan serta kemajuan negara ini hasil pelbagai usaha dan rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan baginda dari semasa ke semasa. Suasana ini membolehkan kita semua meneruskan kehidupan yang sejahtera dan bahagia.

Namun begitu tidak dinafikan keamanan dan kemakmuran yang Negara Brunei Darussalam kecapi ketika ini adalah atas rahmat Allah semata-mata. Kestabilan yang dinikmati oleh sesebuah negara bukanlah sesuatu yang dapat dijual beli. Sebagaimana titah baginda di Majlis Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-45 pada 31 Mei 2006 di mana baginda bertitah: "Ini adalah satu lagi bukti, bahawa keamanan itu bukanlah komoditi, ataupun sesuatu yang boleh dibina seperti kita membina bangunan. Tetapi ia wujud dan lahir tersendiri dengan izin Allah. Negara, apabila pemerintah dan rakyatnya mentaati Allah, maka insyaAllah akan tegaklah keamanan itu. "Jadi dapatlah dirumuskan di sini, bahawa keamanan dan kestabilan, tidak bersumber dari sesiapa, melainkan ia adalah terbit dari rahmat Allah semata-mata. Tanpa rahmat, adalah mustahil untuk memperolehi keamanan dan kestabilan." Selaku pemerintah yang adil lagi saksama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia memang mengambil berat akan keamanan negara ini. Ini jelas terbukti bilamana baginda ingin melihat bumi Brunei Darussalam ini terus kekal selamat dan aman seperti mana yang terkandung dalam titah baginda sempena Hari Keputeraan baginda yang ke60 tahun pada 15 Julai 2006. "Satu lagi aspirasi beta ialah, ingin melihat negara ini terus selamat dan aman. Keselamatan dan keamanan adalah nadi segala-galanya. "Oleh itu, semua lapisan rakyat dan penduduk perlulah bekerjasama dengan semua agensi keselamatan negara, dalam usaha kita mengekalkan keselamata dan keamanan itu," titah baginda. Dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara ini, beberapa buah agensi diberikan tugas dan tanggunjawab dalam menanai amanah yang diberikan. Ia bukanlah hanya tanggungjawab yang harus dipikul oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan ABDB sahaja. Peranan menjaga keamanan dan kemakmuran bumi yang kita cintai ini haruslah dipikul bersama-sama oleh segenap lapisan masyarakat dan pelbagai agensi lainnya. Buku Wawasan 2007 - 2012 antara lain menyatakan beberapa agensi yang berkaitan dalam menjaga keselamatan negara ini.

PENCEGAHAN Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) berperanan memberi amaran awal kepada kerajaan mengenai ancaman-ancaman yang akan dihadapi seperti kegiatan khianat, rasuah bermotifkan politik, keagamaan atau perkauman serta keganasan. Tindakan pencegahan telah diambil untuk mengelak atau mengurangkan ancaman tersebut.PROGRAM Perkembangan Pertahanan Kebangsaan menjadi instrumental dalam memastikan pertahanan yang kukuh.

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan pula berperanan mengawal perjalanan keluar masuk di semua pos kawalan di negara ini. Dalam Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-8, Pos Kawalan Putat di Daerah Brunei dan Muara telah mula beroperasi bagi menggantikan Pos Kawalan Dermaga, Bandar Seri Begawan. Sistem kawalan imigresen berkomputer yang menghubungkan kesemua pos kawalan juga telah diperkenalkan, di samping itu, Akta Trafficking and Smuggling of Persons Order 2004 telah dikuatkuasakan. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan mempunyai misi untuk melaksanakan dasar luar dengan berkesan, menyumbang ke arah meningkatkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara melalui diplomasi. Beberapa projek RKN di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan telah dilaksanakan dalam RKN Ke-8, termasuk pembinaan suruhanjaya tinggi dan kedutaan besar di luar negara. ISU DAN CABARAN Pelbagai isu dan cabaran terpaksa dihadapi oleh pihakpihak yang berwajib dalam mempertahana n kan keamanan negara ini. Bilangan jenayah yang meningkat memerlukan perhatian khusus. Usaha yang bersepadu untuk membanteras jenayah ini bukan saja oleh agensi berkenaan tetapi juga orang ramai. Ini termasuk memperkukuhkan keupayaan agensi terlibat dan

meningkatkan peranan Jawatankuasa Kejiranan Kampung. Keselamatan antarabangsa dan serantau yang kompleks dan tidak menentu di abad 21 perlu diambil kira dalam menyusun prog


Top Related