Transcript
Page 1: A143614 ctaisyah hhhc9201

LAPORAN AKHIR

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (HHHC9201)

NAMA:

SITI NORAISYAH BT MAHIDIN

A143614

Nama Aktiviti: ONE FOR ALL, ALL FOR ONE

Kod: PF/006/000-1213-059

Persatuan: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERUBATAN

Tempat: MERLIMAU, MELAKA.

Jawatan: TIMBALAN SETIAUSAHA

Page 2: A143614 ctaisyah hhhc9201

Perancangan

Mesyuarat untuk menentukan aktiviti program

Mesyuarat untuk mengetahui gerak kerja exco

Page 3: A143614 ctaisyah hhhc9201

Pelaksanaan

Lawatan ke Kilang Dodol

Di Sek. Agama (P) Khadijah

Page 4: A143614 ctaisyah hhhc9201

Menjadi Fasilitator bersama pelajar Tingkatan 1

Menjadi Fasilitator bersama pelajar Tingkatan 5

Page 5: A143614 ctaisyah hhhc9201

Berkongsi pengalaman dan tips belajar kepada pelajar Tingkatan 5

Page 6: A143614 ctaisyah hhhc9201

Laporan Akhir

1. KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

Saya ditugaskan untuk membantu Setiausaha untuk menulis minit mesyuarat dan menyediakan surat-surat yang berkenaan.

Saya juga bertugas untuk memantau gerak kerja Exco Multimedia.

Dalam program ini, skil komunikasi secara lisan, bukan lisan dan melalui teknologi adalah amat diperlukan bagi memastikan kelancaran program.

PEMBUKTIAN

Saya telah mematuhi arahan yang diberikan oleh pengarah untuk program yang bakal dilaksanakan.

Saya telah membantu Exco Multimedia sebagai pemantau dan memberi pertolongan dalam aspek teknikal dan juga nasihat berkenaan multimedia dengan menghubungi mereka secara talian telefon dan juga jaringan social seperti Facebook dan Whatsapp.

Saya telah menulis membantu Setiausaha untuk menulis minit mesyuarat dan juga beberapa surat sepert Surat Memohon Mengadakan Aktiviti kepada Fakulti Perubatan dan juga Surat Memohon Mengadakan Lawatan ke SMAAK, Melaka.

Saya dan rakan-rakan telah berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelajar-pelajar sekolah, guru-guru dan juga pihak-pihak lain yang terlibat dalam pelaksaan program ini.

Saya dan exco-exco lain telah menjalankan program kemasyarakatan bersama pelajar tingkatan 1 dan 5 Sek. Agama (P) Khadijah untuk menyemai sifat keprihatinan kepada masyarakat.

Saya dan ahli kumpulan telah pergi melawat ke kilang perusahaan dodol untuk menimba lebih banyak ilmu tentang budaya masyarakat setempat dan berpeluang berinteraksi dengan mereka.

Perbentangan Akhir

1 Kelebihan/kebaikan aktiviti

1) Memberi pengalaman baru kepada kami dengan menjadi fasilitator di SMAAK.

2) Merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain dan menjadi lebih mesra dan mudah bergaul dengan rakan-rakan satu jurusan.

3) Menerapkan kemahiran berorganisasi dalam diri supaya ilmu yang dipelajari dapat digunakan untuk melaksanakan program lain pada masa akan datang.

Page 7: A143614 ctaisyah hhhc9201

4) Memupuk kemahiran berkomunikasi dengan berhubung antara ahli jawatankuasa program dan juga masyarakat luar seperti Che Ad dan pelajar SMAAK.

3.2 Permasalahan yang timbul

1) Beberapa orang peserta tidak memaklumkan kepada MT tentang pembatalan penyertaan dan ini menimbulkan kesulitan pada saat akhir.

2) Bayaran yang dikenakan agak membebankan peserta disebabkan oleh kurang sumber pendapatan.

3) Terdapat beberapa perubahan aturcara pada saat akhir program/ ketika pelaksanaan program.

4) Exco multimedia kurang bersedia ketika pelaksanaan program di SMAAK kerana kurang pengalaman terutamanya dalam penyediaan montaj.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik antara setiap ahli jawatankuasa yang terlibat. Walaupun terdapat beberapa kesulitan yang tidak dijangka, semua itu dianggap sebagai sebahagian daripada pengalaman baru dalam menjalankan program ini. Program kali ini telah memberi banyak manfaat kepada banyak pihak, terutamanya bagi pihak ahli jawatankuasa sendiri selain pelajar SMAAK. Melalui program ini, ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada pelajar perubatan tahun 1 dapat mengasah kemahiran insaniah dalam diri masing-masing yang merupakan kemahiran asas yang penting dalam dunia perubatan. Kami juga dapat berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat, seperti pengetua sekolah, guru-guru dan para pelajar. Program ini juga melatih kami untuk peka terhadap permasalahan masyarakat. Seterusnya program ini telah melatih kami untuk mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan mampu berperanan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Sejurus itu, program ini boleh dikatakan sebagai suatu latihan untuk maju dalam kemahiran insaniah.


Top Related