laporan akhir hhhc9201

14
PEMBUKTIAN BAGI KURSUS HHHC9201: KEMAHIRAN KOMUNIKASI PENYELIA DR. SUHAILA BINTI ZAINUDIN NAMA FADHILAH BINTI MOHD SALLEH NOMBOR MATRIK A146379

Upload: mecdi03

Post on 16-Aug-2015

32 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan akhir hhhc9201

PEMBUKTIAN BAGI KURSUS HHHC9201: KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PENYELIA

DR. SUHAILA BINTI ZAINUDIN

NAMA

FADHILAH BINTI MOHD SALLEH

NOMBOR MATRIK

A146379

Page 2: Laporan akhir hhhc9201

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1 Pengenalan Program 3

2 Latar Belakang Program 3

3 Misi/visi/objektif Program 4

4 Tugasan Yang Dilakukan 4

5 Hasil Pembelajaran 5

6 Kesimpulan 6

7 Lampiran 7-13

Page 3: Laporan akhir hhhc9201

3

1. Pengenalan Program

1.1 Jawatan Dalam Program : AJK Protokol

1.2 Nama Program : Pertandingan Cabaran Pengaturcaraan 2015

1.3 Tempoh Program (Duration) : 23 mac 2015 – 24 may 2015

1.4 Tema Program:“A Small Program Start With A Line Of Code”

1.5 Anjuran : Kelab Cabaran Pengaturcaraan (PCC)

1.6 No Kelulusan : DN00339/2015

1.7 Penasihat Program : Dr.Bahari Bin Idrus

1.8 Ketua Pengarah : Muhammad Azlan Hanif Bin Abdullah

1.9 Tarikh : 23-24 May 2015

1.10 Tempat :Fakulti Teknologi & Sains Maklumat

2. Latar Belakang Program

Pertandingan Pengaturcaraan telah dianjurkan di peringkat

kebangsaan secara aktiviti tahunan di beberapa IPT sejak tahun 2007.

Antaranya adalah pertandingan ACM ICPC Programming Contest yang

dianjurkan oleh UIAM serta pertandingan PROMED yang dianjurkan oleh

UiTM. Beberapa universiti lain juga turut menganjurkan acara seumpama ini

setelah melihat sumbangan dalam membentuk pelajar yang cemerlang serta

terampil pengaturcaraan dan penyelesaian masalah yang tinggi.

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) melalui Kumpulan ATUR

juga melihat bahawa pertandingan seperti ini dapat membantu dalam proses

pembelajaran para pelajar dan membentuk sifat daya saing yang bermanfaat.

Tiga hasil pembelajaran yang diharap akan dicapai oleh pelajar dalam

menyertai dan mengendali Pertandingan Cabaran Pengaturcaraan adalah:

1. Mampu mengaplikasi teori dan pengetahuan akademik bagi

menyelesaikan masalah.

2. Mampu menunjukkan sifat daya saing yang kuat dan kompeten

dalam bidang pengaturcaraan yang kian berkembang kini.

3. Mampu mempamerkan etika dan integriti dalam melaksanakan

tugas dan tanggungjawab.

Page 4: Laporan akhir hhhc9201

4

Program ini dirancang di peringkat UKM khusus sebagai platform bagi

memberi persediaan serta memilih para pelajar terbaik untuk mewakili UKM

ke pertandingan pengaturcaraan di pertandingan peringkat kebangsaan yang

dianjurkan oleh IPT dan juga pertandingan peringkat serantau seperti ACM

ICPC Asia Regional Contest sepanjang tahun 2015 dan seterusnya.

3. Misi/visi/objektif Program

a. Memberi pendedahan kepada pengaturcaraan dalam menyelesaikan

masalah dunia sebenar.

b. Memberi pendedahan dan kemahiran pengaturcaraan setaraf peringkat

kebangsaan dan serantau.

c. Melatih kemahiran pengurusan strategi dan pengaturcaraan pelajar

untuk lebih berkompetensi dalam bidang-bidang tersendiri.

4. Tugasan Yang Dilakukan

4.1 Sebelum program

a. Menyediakan teks ucapan pengarah projek untuk majlis perasmian

penutup

b. Menyiapkan Dewan Multimedia untuk digunakan sebagai tempat majlis

perasmian penutup

c. Menyiapkan hadiah-hadiah untuk diberikan kepada pemenang

pertandingan.

4.2 Semasa program

Membantu menyediakan belon-belon yang akan digunakan sebagai

penanda soalan yang telah dijawab oleh peserta.

4.3 Selepas program

Membersih dan mengemas kembali tempat-tempat yang digunakan

semasa pertandingan iaitu Dewan Multimedia, Makmal Software

Engineering dan Makmal Pengajaran.

Page 5: Laporan akhir hhhc9201

5

5 Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran yang saya perolehi melalui program ini dan dapat

dikaitkan dengan kursus HHHC9401 adalah seperti berikut ;-

5.1 Sebagai Ajk protokol, saya telah ditugaskan untuk menyediakan draf

ucapan ketua pengarah program untuk majlis perasmian penutup.

Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui cara menggunakan

penghargaan semasa menyediakan teks ucapan. Disebabkan kurang

pengalaman, saya telah membuat rujukan melalui google untuk

mencari contoh-contoh ucapan semasa majlis perasmian.

5.2 Saya juga membantu ajk- ajk lain untuk membalut hadiah bagi

pemenang dan menyediakan belon untuk digunakan bagi menanda

bilangan soalan yang dijawab oleh peserta.Di sini wujudnya nilai

bekerjasama antara pasukan tanpa mengira tugas hakiki. Kami

bersama berganding bahu bagi memastikan program ini dapat berjalan

dengan lancar dan berjaya.

6. Kesimpulan

Melalui program ini , saya dapat belajar betapa pentingnya komunikasi

yang berkesan dalam menjayakan sesuatu tugas. Semasa menyediakan

belon untuk digunakan sebagai penanda jumlah soalan yang berjaya dijawab

oleh peserta, kami telah melakukan kesilapan kerana tidak memahami arahan

yang diberikan oleh ketua program.

Arahan yang diberikan secara lisan telah menyebabkan berlakunya

sedikit salah faham. Ini menyebabkan kami terpaksa menanda semula belon-

belon yang telah disiapkan. Sekiranya arahan itu diberikan secara bertulis,

kami mungkin lebih senang memahaminya kerana ia lebih jelas. Perkara ini

telah mengakibatkan belon-belon tersebut terlambat sedikit disiapkan dan

menimbulkan sedikit kekecohan. Walaubagaimanapun dengan kerjasama

semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan baik.

Page 6: Laporan akhir hhhc9201

6

7. Lampiran

7.1 Minit mesyuarat

Perkara: [Subject] Tarikh: 23/03/2015

Disediakan: Syafiqa Masa: 1300 pm – 1400 pm

Lokasi: Ruang Inovasi FTSM

Kehadiran: Semua Ahli PCC dan Puan Marini

Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC

Topik: Perjumpaan dimulakan oleh saudara Mohamad Azlan

Perbincangan: Agenda :

o Pembahagian tugas telah dilakukan. Nama yang berada di atas

dilantik secara automatik sebagai ketua.

o Penerangan setiap jawatan telah dilakukan oleh saudara

Mohamad Azlan

Kesimpulan: Setiap jawatan seharusnya difahami gerak kerja.

Topik: Perjumpaan dimulakan oleh Puan Marini

Perbincangan: Agenda :

o Adakan bengkel sebelum PCC untuk memberi pendedahan

kepada para peserta sebelum menyertai pertandingan.

o Adakan MOC sebelum pertandingan berlangsung

o Sila berjumpa dengan Dr Bahari selain Dr Norazean

o Setiap bengkel yang diadakan, berbeza pendekatan. Dapatkan

maklumat siapa yang akan mengajar pada hari bengkel tersebut.

Kesimpulan: Setiap jawatan seharusnya difahami gerak kerja.

Page 7: Laporan akhir hhhc9201

7

Perkara: [Subject] Tarikh: 06/04/2015

Disediakan: Syafiqa Masa: 1800 pm – 1700 pm

Lokasi: Makmal Kejuruteraan

Perisian

Kehadiran: Ahli PCC dan Dr Norazean

Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC

Topik: Perjumpaan dimulakan oleh saudara Muhammad Azlan

Perbincangan: Agenda :

o Bengkel PCC akan berlangsung selama 4 minggu iaitu bermula

7 April 2015 sehingga 12 Mei 2015 setiap hari Selasa bermula

jam 8 malam sehingga 10 malam.

o Bengkel akan berlangsung di Makmal Pengajaran 8 dan 9

o Mohon semua ahli PCC untuk memeriksa maklumat peribadi di

dalam page Facebook PCC untuk dimasukkan di dalam SPI.

o Berkemungkinan akan diadakan Family Day PCC. Ketua yang

dilantik ialah Fatimah Khairunisa.

o Pertandingan akan bermula pada 23 Mei 2015 sehingga 24 Mei

2015

Kesimpulan: Gerakan kerja seharusnya bermula daripada sekarang untuk memudahkan

kerja di kemudian hari.

Page 8: Laporan akhir hhhc9201

8

Perkara: [Subject] Tarikh: 29/04/2015

Disediakan: Syafiqa Masa: 1300 pm – 1400 pm

Lokasi: Makmal Kejuruteraan

Perisian

Kehadiran: Puan Azura, Ketua Jawatan PCC dan AJK Tertinggi PCC

Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC

Topik: Perjumpaan dimulakan oleh Puan Azura

Perbincangan: Agenda :

o Gerak kerja untuk mencari dana

o Mohon ketua pemasaran (Ahnanty) untuk berjumpa dengan

Puan Azura

o AJK Tertinggi menyediakan tugas secara terperinci kepada

setiap jawatan.

o Gerak kerja yang drastik mesti dimualakan dari sekarang.

o Dapatkan dana daripada mana-mana syarikat yang sanggup

menderma. Berikan sesuatu yang berharga kepada syarikat itu

untuk balasan.

o Publisiti seharusnya mula membuat hebahan kepada fakulti

yang ditarget. Contoh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan

Fakulti Sains dan Teknologi.

o Sediakan template sponsor dan serahkan kepada Puan Azura.

Kesimpulan: Gerakan kerja seharusnya bermula daripada sekarang untuk memudahkan

kerja di kemudian hari.

Page 9: Laporan akhir hhhc9201

9

Perkara: [Subject] Tarikh: 06/05/2015

Disediakan: Syafiqa Masa: 1300 pm – 1400 pm

Lokasi: Makmal Kejuruteraan

Perisian

Kehadiran: Majlis Tertinggi, Ketua Jawatan (Seperti di dalam lampiran)

Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC

Topik: Perjumpaan dimulakan oleh saudara Muhammad Azlan

Perbincangan: Agenda :

o Perbincangan bersama Ketua Pemasaran

Sertakan pakej penajaan bersama kertas kerja kepada

setiap syarikat yang ingin dimohon dana

Tetapan tarikh akhir pencarian dana adalah pada 11

Maei 2015

Mohon ketua pemasaran untuk sebarkan tugasan yang

sama rata kepada ahli yang lain.

Menurut Ketua Pemasaran (Ahnanty) sebuah syarikat

akan memaklumkan kembali tentang dana tersebut pada

hari Jumaat. 8 Mei 2015. Mohon Ahnanty follow up

syarikat tersebut. Sila update di dalam group Whatsapp.

Dapatkan akaun rasmi sekiranya pihak syarikat ingin

memberi wang tunai.

o Perbincangan bersama Ketua Publisiti

Mohon siapkan poster, banner dan hantarkan kepada Dr

Norazean & Dr Bahari

Sekiranya sudah approve iklankan poster tersebut di

papan iklan UKM.

Sila muatnaik poster dan banner di dalam group

Facebook dan tagging kepada mana-mana pensyarah

Page 10: Laporan akhir hhhc9201

10

o Perbincangan bersama Ketua Logistik

Dapatkan belon, batang (untuk gantungkan belon),

benang yang secukupnya, pam yang bersesuaian.

Dapatkan belon yang berwarna ceria. Elakkan pembelian

belon berwarna hitam.

Lihat semua kertas kerja yang telah dimuatnaik di dalam

group FB senarai barang yang diperlukan.

o Perbincangan bersama Ketua Urusetia

Pembukaan pendaftaran adalah sehingga 17 Mei 2015

Sila berjumpa dengan Dr Bahari untuk dapatkan access

ke dalam sistem pendaftaran tersebut untuk melihat

jumlah peserta yang telah berdaftar.

Penetapan di meja pendaftaran adalah seramai 2 orang,

di dalam makmal sepanjang pertandingan berlangsung

adalah seramai 3 orang

Kesimpulan: Gerakan kerja seharusnya bermula daripada sekarang untuk memudahkan

kerja di kemudian hari.

Page 11: Laporan akhir hhhc9201

11

7.2 Gambar/video

Penyediaan hadiah untuk pemenang pertandingan.

Menyiapkan dewan multimedia sebagai tempat perasmian penutup

Menyediakan belon sebagai penanda soalan yang telah dijawab oleh peserta.

Page 12: Laporan akhir hhhc9201

12

7.3 Surat Kelulusan

Page 13: Laporan akhir hhhc9201

13

7.4 Draf Ucapan Ketua Pengarah Projek

. Terima kasih saudari/ra pengacara majlis Yang Berbahagia Prof. Dr.Abdullah Bin Mohd Zain, Dekan Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat ,Universiti Kebangsaan Malaysia. Yang dihormati para pensyarah,Juri-juri, peserta-pesrta PCC'15, AJK -AJK program dan hadirin sekalian. Assalamualaikum W.T.B dan salam sejahtera Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana atas limpah dan kurnianya kita sekali lagi diberi kesempatan pada tahun ini untuk menjayakan program “Programming Computer Challenge” ini. Hadirin sekalian, Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Prof . Dr Abdullah Bin Mohd Zain , Dekan Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudi meluangkan masa beliau untuk bersama-sama kita bagi merasmikan majlis penutup “Programming Computer Challenge 2015” pada petang ini. Dikesempatan ini juga, saya mewakili kelab PCC mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak FTSM khususnya dan UKM amnya kerana memberi peluang kepada kami untuk menjalankan program ini. Tidak lupa juga kepada saudara Kinanda Nugraha yang sudi untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi menjayakan program ini walaupun beliau bukan lagi bergelar pelajar di FTSM. Hadirin yang dihormati, Sepertimana yang kita sedia maklum,tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi persediaan serta memilih para pelajar terbaik untuk mewakili UKM ke pertandingan pengaturcaraan di pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh IPT dan juga pertandingan peringkat serantau seperti ACM ICPC Asia Regional Contest untuk sepanjang tahun 2015 dan seterusnya. Diharapkan dengan adanya pertandingan ini, UKM mampu untuk melahirkan bakal pengaturcara yang berwibawa.Semoga PCComp’15 ini juga dapat menjadi platform kepada pelajar untuk melatih diri menjadi pengaturcara yang cemerlang. Semoga pengalaman yang didapati semasa menyertai pertandingan ini dapat digunakan di masa hadapan.

Page 14: Laporan akhir hhhc9201

14

Hadirin sekalian, Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih

yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Prof . Dr Abdullah Bin Mohd Zain ,

Dekan Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

kerana sudi meluangkan masa merasmikan majlis penutup Program “Programming

Computer Challenge 2015” pada petang ini.

Bagi pihak Programming Computer Club, saya amat menghargai setiap sokongan

dan kerjasama yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah, Peserta-peserta dan Ajk

program telah turut serta dan memberikan kerjasama yang utuh dalam memastikan

kelancaran program ini. Harapan saya agar program ini akan menjadi platform bagi

melahirkan pengaturcara yang berwibawa.

Sekian Terima Kasih.