Download - 4 _a_ Prosedur Kes Tatatertib Biasa_Am
-
1
PROSEDUR KES TATATERTIB BIASA
(AM)
CAWANGAN DASAR DAN PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN
BAHAGIAN PERKHIDMATAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
SKOP PERBINCANGAN
1. PENDAHULUAN
2. PROSEDUR TATATERTIB
BIASA
3. CARTA ALIRAN KERJA
4. PENUTUP
Terdapat 6 jenis prosedur dalam mengambil tindakan
iaitu:
- tatatertib biasa
- tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan
- prosiding jenayah telah dimulakan
- perintah tahanan, buang negeri dsb
- penamatan perkhidmatan demi
kepentingan awam
- surcaj
PENDAHULUAN
PROSES TINDAKAN
1. Laporan kes
2. Siasatan
3. Penyediaan kertas untuk pertimbangan Pengerusi
PBTT di bawah Peraturan 35(1)
4. Pengerusi PBTT di bawah Peraturan 35(1)
menentukan sama ada jenis pelanggaran tatatertib
itu adalah dari jenis yang patut dikenakan:-
(a) hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja
atau turun pangkat (P.36) atau
(b) hukuman buang kerja atau turun pangkat (P.37).
PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB BIASA
5. Penyediaan kertas untuk pertimbangan Pengerusi PBTT bagi menentukan wujud atau tidak wujud suatu kesalahan tatatertib (jika P.36) / kes prima facie (jika P.37)
6. Pengerusi PBTT menentukan wujud atau tidak wujud suatu kesalahan tatatertib (jika P.36) / kes prima facie (jika P.37)
7. Jika wujud suatu kesalahan / kes prima facie, surat pertuduhan dikeluarkan.
8. Representasi pegawai terhadap pertuduhan.
9. Ulasan Ketua Jabatan terhadap representasi pegawai jika perlu.
10. Penyediaan kertas untuk pertimbangan PBTT
11. Mesyuarat PBTT membuat keputusan sama ada pegawai bersalah atau tidak. Jika bersalah dikenakan hukuman.
12. Keputusan hukuman PBTT dikeluarkan.
13. Catat keputusan hukuman di dalam Rekod
Perkhidmatan pegawai.
-
2
Setiap kesalahan tatatertib hendaklah
dilaporkan kepada PBTT oleh Ketua
Jabatan secara bertulis.
Laporan juga boleh diterima :
- BPR
- BPA
- Mahkamah
- Dan lain-lain sumber
1. LAPORAN KETUA JABATAN
PERATURAN 3C
1. Menjadi tugas setiap pegawai menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai bagi apa-apa pelanggaran seberapa segera yang mungkin.
2. Pegawai yang gagal menjalankan pengawasan atau tidak mengambil tindakan ke atas pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
LAPORAN 1. Keterangan mengenai butir-butir peribadi dan perkhidmatan
pegawai yang dilaporkan.
2. Salinan kenyataan Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan disahkan.
3. Keterangan mengenai Pelanggaran yang dilakukan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tepat. Ia perlu mengandungi maklumat seperti berikut (jika perlu):
- Jenis kesalahan (Perbuatan salah laku)
- Tarikh
- Waktu
- Tempat
- Peraturan yang dilanggar
- Keterangan saksi - jika ada
- Dokumen lain - jika perlu
4. Lain-lain kenyataan yang difikirkan perlu seperti pegawai tersebut pernah dikenakan tindakan tatatertib dan sebagainya.
CONTOH: LAPORAN KETUA
BAHAGIAN/PENYELIA PEGAWAI / PEGAWAI
PELAPOR KEPADA KETUA JABATAN
Rujukan :
Tarikh :
(ALAMAT KETUA JABATAN) Tuan/Puan,
Per: LAPORAN MENGENAI TATAKELAKUAN (NAMA PEGAWAI, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS)
Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Encik (NYATAKAN NAMA
PEGAWAI, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN
JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) didapati
tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa
sebab yang munasabah pada (NYATAKAN
TARIKH). Pegawai berkenaan telah diarahkan
kembali bertugas dengan segera melalui surat
berdaftar akuan terima bil......... bertarikh ............
dan beliau telah menerima surat tersebut. Walau
bagaimanapun pegawai gagal mematuhi arahan
tersebut. (SILA SERTAKAN BUKTI-BUKTI LAIN
YANG BERKAITAN BAGI MENUNJUKKAN
PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS SEPERTI
KAD PERAKAM WAKTU DAN SEBAGAINYA).
Dengan ini pegawai telah melanggar Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan berkelakuan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.
3. Inilah laporan saya untuk pertimbangan tuan. Bersama-sama ini disertakan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemaskini.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(NAMA PENUH DAN JAWATAN
KETUA JABATAN/PEGAWAI
PELAPOR).
-
3
2. SIASATAN
Siasatan boleh dibuat diperingkat:
Ketua Jabatan Urus Setia PBTT Di mana-mana, jika difikirkan perlu
Jika Jawatankuasa Penyiasatan ditubuhkan oleh PBTT (yang ada kuasa Buang Kerja atau Turun Pangkat)- sub peraturan 37(5)
i) Anggota tidak kurang 2 orang yang lebih tinggi pangkat daripada pegawai yang disiasat
ii) Ketua jabatan pegawai tidak boleh menjadi anggota Jawatan Kuasa Penyiasatan
3. PENYEDIAAN KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 35(1)
Urus setia menyediakan kertas bagi membolehkan Pengerusi LTT menentukan sama ada jenis pelanggaran tatatertib yang dilaporkan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat.
CONTOH KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 35(1), PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
1. Tujuan
1.1 Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta Pengerusi Lembaga Tatatertib ................................ menimbangkan dan menentukan sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau dikenakan hukuman yang lebih ringan dari buang kerja atau turun pangkat
mengikut Peraturan 35(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, terhadap Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN GRED SERTA TEMPAT BERTUGAS) kerana berkelakuan melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
2. Maklumat Pegawai
Nama dan No. K/P :
Tarikh lahir/Umur :
Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan :
Jawatan sekarang :
Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang :
Tarikh disahkan dalam jawatan sekarang :
Taraf perkhidmatan pegawai :
Memilih KWSP/Pencen :
Jawatan semasa pelanggaran tatatertib dilakukan :
Gaji sekarang dan matagaji :
Tarikh pergerakan gaji :
3. LATAR BELAKANG KES
3.1 Satu laporan telah diterima daripada (KETUA JABATAN/ PEGAWAI PELAPOR) mengenai kelakuan Encik/ Cik seperti berikut:
3.1.1 (Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan/ Pegawai Pelapor).
3.1.2.
3.1.9.
Salinan Laporan Ketua Jabatan/ Pegawai Pelapor saperti di Lampiran..............
-
4
4. PERAKUAN
4.1 Pengerusi Lembaga Tatatertib .............. dengan ini diminta menentukan sama ada pelanggaran tatatertib Encik/Cik ... adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36 atau dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
4.2 Penentuan ini hendaklah dibuat dalam borang penentuan di Lampiran................
BORANG PENENTUAN OLEH PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 35(1), PERATURAN- PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
KEPUTUSAN Saya, sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib (NAMA PENUH LEMBAGA TATATERTIB TERSEBUT) memutuskan pelanggaran tatatertib oleh (NAMA PENUH, KAD PENGENALAN DAN JAWATAN PEGAWAI BERKENAAN) adalah dari jenis yang patut dikenakan
hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 36, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
hukuman buang kerja atau turun pangkat
mengikut Peraturan 37, Peraturan- Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tattatertib) 1993
Yang benar,
.............................
(NAMA PENUH)
Pengerusi,
Lembaga Tatatertib..........................
Tarikh:
4. PENGERUSI PIHAK BERKUASA
TATATERTIB MEMBUAT
KEPUTUSAN DI BAWAH PERATURAN
35 (1)
Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib,
sepertimana diperuntukkan di bawah Peraturan
35(1), menentukan sama ada jenis pelanggaran
tatatertib adalah dari jenis patut dikenakan:
(a) hukuman yang lebih ringan daripada buang
kerja atau turun pangkat (Peraturan 36);
atau
(b) hukuman buang kerja atau turun pangkat
(Peraturan 37).
AKIBAT PENENTUAN PENGERUSI PIHAK
BERKUASA TATATERTIB DI BAWAH
PERATURAN 35(1)
JENIS PIHAK BERKUASA HUKUMAN
PERATURAN 36
Tindakan tatatertib
bukan dengan
tujuan buang kerja
atau turun pangkat
(i) LTT Kumpulan
Pengurusan (No.1)
(ii) LTT Kumpulan
Pengurusan (No.2)
(iii) LTT Kumpulan
Sokongan (No.2)
PERATURAN 38
(a) AMARAN
(b) DENDA
(c) LUCUT HAK
EMOLUMEN
(d) TANGGUH
PERGERAKAN
GAJI
(e) TURUN GAJI
JENIS PIHAK BERKUASA HUKUMAN
PERATURAN 37
Tindakan tatatertib
dengan tujuan
buang kerja atau
turun pangkat
(i) SPA / SPP
(ii) LTT Kumpulan
Sokongan (No.1)
PERATURAN 38
(a) AMARAN
(b) DENDA
(c) LUCUTHAK
EMOLUMEN
(d) TANGGUH
PERGERAKAN GAJI
(e) TURUN GAJI
(f) TURUN PANGKAT
(g) BUANG KERJA
AKIBAT PENENTUAN PENGERUSI PIHAK
BERKUASA TATATERTIB DI BAWAH
PERATURAN 35(1)
-
5
5. PENYEDIAAN KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
PENGERUSI PBTT BAGI MENENTUKAN WUJUD
ATAU TIDAK KES PRIMA FACIE DAN
MENIMBANGKAN UNTUK MENGELUARKAN
SURAT PERTUDUHAN
Urus setia PBTT menyediakan kertas
tersebut.
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB
Penentuan Kes Prima Facie Ke Atas Encik (NAMA,
SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN
JABATAN TEMPAT BERTUGAS)
1. TUJUAN
1.1 Kertas ini dikemukakan kepada Pengerusi
Lembaga Tatatertib bagi menentukan sama ada wujud
kes prima facie bagi mengambil tindakan tatatertib ke
atas (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN
JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) kerana
melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
CONTOH KERTAS PENENTUAN KES PRIMA FACIE
2. MAKLUMAT PEGAWAI
Nama dan No Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir dan Umur :
Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan :
Jawatan sekarang :
Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang :
Tarikh disahkan dalam jawatan sekarang :
Taraf perkhidmatan pegawai :
Memilih KWSP/Pencen :
Jawatan semasa pelanggaran tatatertib dilakukan :
Gaji sekarang dan matagaji :
Tarikh pergerakan gaji :
Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai seperti di Lampiran.........................................
3.1 Satu laporan telah diterima daripada (NAMA
JAWATAN/ PEGAWAI PELAPOR) mengenai kelakuan
Encik/Cik . seperti berikut:
(Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan/ Pegawai
Pelapor).
3.1.1
3.1.2.
3.1.9.
Salinan Laporan Ketua Jabatan/ Pegawai Pelapor
saperti di Lampiran..............
3. LATAR BELAKANG KES
4.1 Pengerusi Lembaga Tatatertib pada
(NYATAKAN TARIKH) telah memutuskan
bahawa pelanggaran tatatertib oleh Encik/Cik
diambil dibawah Peraturan
(NYATAKAN PERATURAN 36 ATAU 37)
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993
5. ULASAN URUS SETIA
5.1 Urus setia setelah mengkaji fakta-fakta dan
keterangan-keterangan yang ada mengenai kes
ini berpendapat bahawa:
4. PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA
TATATERTIB
(Urus setia hendaklah memberi pandangan berdasarkan laporan dan dokumen yang ada serta kaitkan dengan Peraturan yang dilanggar bagi tiap kesalahan yang dilaporkan).
5.1.1
5.1.2.
5.1.9.
6. PERAKUAN
6.1 Pengerusi Lembaga Tatatertib dengan ini diminta menimbang dan membuat keputusan terhadap kes prima facie ke atas (NAMA PENUH PEGAWAI DAN JAWATAN).
Draf Surat Pertuduhan di LAMPIRAN .......... disertakan untuk panduan Lembaga Tatatertib.
-
6
6. PENGERUSI PBTT MENENTUKAN
WUJUD ATAU TIDAK KES PRIMA FACIE
DAN MENIMBANGKAN UNTUK
MENGELUARKAN SURAT PERTUDUHAN
Pengerusi PBTT hendaklah menentukan wujud
atau tidak kes prima facie. Sekiranya Pengerusi
PBTT memutuskan wujud kes prima facie maka
Pengerusi PBTT hendaklah menimbangkan untuk
mengeluarkan surat pertuduhan.
Saya sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan ........................
memutuskan wujud/tidak wujud kes prima facie ke atas Encik/Cik ....
kerana
(NYATAKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN DAN BUKTI). Perbuatan pegawai ini telah melanggar (NYATAKAN PERATURAN- PERATURAN LAIN YANG DILANGGAR) dan boleh diertikan sebagai .. (contoh: tatakelakuan) di bawah Peraturan 4( ) ( ), Peraturan-Peraturan yang sama .
CONTOH KEPUTUSAN PENGERUSI LEMBAGA
TATATERTIB MENENTUKAN KES PRIMA FACIE
Tandatangan
Nama Penuh:
Pengerusi Lembaga Tatatertib
di bawah Jadual ..
P.U.(A) 396, 1993
Tarikh:
7. SURAT PERTUDUHAN DIKELUARKAN
Pengerusi/Anggota bagi pihak Pengerusi
PBTT mengemukakan surat Pertuduhan
kepada pegawai yang dituduh melalui
Ketua Cawangan/ Bahagian/ Jabatan
untuk membuat representasi dalam
tempoh 21 hari
PRINSIP
RULE OF NATURAL JUSTICE
Mengikut prinsip Rule of Natural Justice (Undang- undang Keadilan Tabii),
misalnya pertuduhan tidak boleh dibuat
secara umum. Pertuduhan yang umum
boleh menyebabkan peluang yang
secukupnya tidak diberi kepada pegawai.
Ini mungkin boleh menyebabkan tindakan
tatatertib itu tidak sah dan boleh
dipertikaikan.
HUKUM UNDANG-UNDANG TABII (RULES OF
NATURAL JUSTICE)
HUKUM UNDANG-UNDANG TABII:
HAK UNTUK DIDENGAR (RIGHT TO BE
HEARD / AUDI ALTERAM PARTEM)
HUKUM MENCEGAH BERAT SEBELAH
(RULE AGAINST BIAS / NEMO JUDEX IN
CAUSA SUA)
1. Nama pegawai dan No.K.P.
2. Skim, Gred, gelaran jawatan dan tempat bertugas
3. Perbuatan salah laku:
(i) Jenis Kesalahan
(ii) Masa, tarikh dan tempat peristiwa jika berkaitan
4. Peraturan yang dilanggar.
CONTOH
Politik - Peraturan 21 (1) (f)
Keluar negara - SPA Bil.1/1984
tanpa kebenaran
5. Tatakelakuan yang berkaitan.
CONTOH
Tatakelakuan - Peraturan(4)2(i)
ELEMEN- ELEMEN PERTUDUHAN
-
7
1. Di alamatkan kepada pegawai melalui dan salinan kepada Ketua Jabatan 2. Tarikh surat pertuduhan 3. Tajuk surat pertuduhan dan nyatakan jenis tindakan; Peraturan 36 - Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan
buang kerja atau turun pangkat Peraturan 37 - Tindakan tatatertib dengan tujuan buang
kerja atau turun pangkat 4. Perenggan 1, nyatakan laporan telah diterima tentang salah laku
pegawai. 5. Perenggan 2, nyatakan secara jelas keputusan pengerusi PBTT di bawah
Peraturan 35 6. Nyatakan elemen pertuduhan dengan jelas dan tepat. 7. Nyatakan kalau bersalah - hukuman Peraturan 38 8. Peluang membela diri : 21 hari 9. Beritahu jika tidak jawab - Lembaga buat keputusan atas maklumat yang
sedia ada. 10. Nyatakan akuan penerimaan. 11. Tandatangan - Pengerusi - Ahli (b.p. Pengerusi) - Nyatakan PBTT yang berkenaan
ELEMEN- ELEMEN SURAT PERTUDUHAN
PERINGATAN !!!
JIKA SALAH SATU INI TIADA :-
* BOLEH MENCACATKAN SURAT
PERTUDUHAN
* BOLEH DIANGGAP TIDAK SAH
SULIT Rujukan :SULIT.XYZ/(007) Tarikh : Julai 2007
Encik XYZ, Bahagian Pentadbiran Jabatan ABC Kuala Lumpur
Melalui dan Salinan
Pengarah Jabatan ABC Tingkat 8, Bangunan Batu Jalan Sehala 56100 Kuala Lumpur
Tuan,
TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT
Bahawa satu laporan telah diterima oleh Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa tuan, Encik XYZ, Pembantu Tadbir, Gred N17, Semasa bertugas di Bahagian Pentadbiran,
Jabatan ABC, Kuala Lumpur telah berkelakuan yang melanggar
tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap
tuan
2. Lembaga Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat
yang diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan
tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah
Peraturan 37, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib)1993 atas pertuduhan- pertuduhan berikut:
PETUDUHAN PERTAMA
Bahawa tuan, Encik XYZ (No. K.P 3406584) Pembantu Tadbir,
Gred N17, semasa bertugas di Bahagian Pentadbiran, Jabatan ABC,
Kuala Lumpur, telah di dapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau
tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang
munasabah selama 4 hari pada tarikh berikut:
Tarikh Hari Tarikh Hari
. .. . ..
.. .. ...
Tuan dengan itu telah melanggar Peraturan 24, Peraturan- Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993. Perbuatan tuan itu
boleh diertikan sebagai berkelakuan tidak bertanggung jawab, iaitu
melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4 (2) (g), Peraturan-
peraturan yang sama berbunyi seperti berikut:
4(2) Seseorang pegawai tidak boleh-
(g) tidak bertanggung jawab.
PERTUDUHAN KEDUA
Bahawa tuan, Encik XYZ, (No. K.P 3406584 Pembantu Tadbir, Gred N17, semasa bertugas di Bahagian Pentadbiran, Jabatan ABC, Kuala Lumpur telah didapati datang lewat ke pejabat dan balik cepat dari pejabat pada tarikh berikut:
April 2007
Tarikh Hari W.Datang W.Balik
20.4.2007 Isnin 8.30 pg. 4.00 ptg.
21.4.2007 Selasa 9.00 pg. 4.00 ptg.
22.4.2007 Rabu 9.00 pg. 3.00 ptg.
27.4.2007 Khamis 8.45 pg. 3.00 ptg.
28.4.2007 Jumaat 8.15 pg. 3.00 ptg.
Walaupun nasihat dan surat-surat amaran dan peringatan telah diberikan kepada tuan melalui surat-surat bertarikh 21.4.2007 dan 27.4.2007 tetapi tuan masih
-
8
melakukan perbuatan yang sama. Oleh kerana itu tuan telah
melanggar waktu bekerja pejabat iaitu di bawah Perintah Am 1(b),
BabG Waktu Bekerja dan Lebih Masa, 1974.
Perbuatan tuan itu adalah diertikan sebagai tidak bertanggung
jawab dan ingkar perintah iaitu melanggar Peraturan
4(2) (g) dan (i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib)1993 yang berbunyi seperti berikut.
4(2) seseorang pegawai tidak boleh-
(g) tidak bertanggung jawab;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara
yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai
engkar perintah.
Jika tuan di dapati bersalah atas mana-mana pertuduhan di atas,
tuan boleh dihukum mengikut Peraturan 38, Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993.
3. Mengikut Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tuan adalah diminta membuat satu
representasi secara bertulis yang mengandungi alasan-alasan
yang tuan hendak gunakan untuk membebaskan diri tuan.
Representasi tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi
Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan (No.1) Jabatan
ABC, Kuala Lumpur melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh 21
hari daripada tarikh tuan menerima surat ini. Sekiranya tuan tidak
membuat representasi dalam tempoh masa yang ditetapkan itu,
tuan akan dianggap sebagai tidak hendak membela diri dan
perkara ini akan terus diputuskan oleh Lembaga Tatatertib bagi
Kumpulan Sokongan (No.1), Jabatan ABC, Kuala Lumpur
berdasarkan keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja.
4. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima yang disertakan dan kembalikan.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(NAMA PENUH)
Pengerusi, Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan (No1) Jabatan ABC, Kuala Lumpur.
SULIT ABC.KL.SULIT/87/(80)
Jun 2007 Encik RST, Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan Kementerian ABC Kuala Lumpur
Melalui dan Salinan
Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Kementerian ABC Kuala Lumpur
Bahawa satu laporan telah diterima oleh Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa tuan, Encik RST, Ketua Pembantu Tadbir, Gred N22, Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Kementerian ABC, Kuala Lumpur telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap tuan.
TINDAKAN TATATERTIB BUKAN DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT
Tuan,
2. Pihakberkuasa Tatatertib, setelah menimbangkan segala
maklumat yang diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan
tindakan tatatertib di bawah Peraturan 36, Peraturan- Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 atas pertuduhan-
pertuduhan berikut:
Pertuduhan Pertama
Bahawa tuan, Encik RST, (No. K.P. 490706-05-5244), Ketua
Pembantu Tadbir, Gred N22, semasa bertugas di Bahagian
Perkhidmatan dan Perjawatan, Kementerian ABC, Kuala Lumpur
dari 30 Mei 2007 hingga 5 Jun 2007 telah keluar negeri ke
Swistzerland, atas urusan persendirian tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Ketua Setiausaha Kementerian ABC. Perbuatan
tuan itu adalah bertentangan dengan Surat Pekeliling Am, Bil. 1
Tahun 1984 Jabatan Perdana Menteri
Pertuduhan Kedua
Bahawa tuan, Encik RST, (No. K.P. 490706-05-5244),
Ketua Pembantu Tadbir, Gred N22, semasa bertugas di
Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Kementerian
DEF, Kuala Lumpur dari 30 Mei 2007 hingga 5 Jun 2007
telah keluar negeri ke Swistzerland, atas urusan
persendirian tanpa cuti atau kebenaran Ketua Jabatan
terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah. Oleh
yang demikian tuan telah melanggar peraturan di bawah
Perintah Am 2(b), Perintah Am Bab C Cuti 1974.
Perbuatan tuan itu boleh di ertikan sebagai tidak
bertanggung jawab dan ingkar perintah iaitu melanggar
tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g) dan (i),
Peraturan-Peraturan yang sama, yang berbunyi seperti
berikut:
-
9
Perbuatan tuan itu boleh di ertikan sebagai ingkar
perintah iaitu melanggar Peraturan 4(2)(i), Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib)1993,
yang berbunyi seperti berikut:
4(2) Seseorang pegawai tidak boleh-
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan
apa-apa cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai engkar
perintah.
Jika tuan didapati bersalah atas mana-mana pertuduhan
di atas tuan boleh dihukum mengikut Peraturan 38,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib)1993
3. Mengikut Peraturan 36, Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tuan
adalah meminta membuat satu representasi secara
bertulis yang mengandungi alasan-alasan yang tuan
hendak gunakan untuk membebaskan diri tuan.
Representasi tersebut hendaklah dikemukakan kepada
Pengerusi Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan
(No.2), Kementerian
4(2) seseorang pegawai tidak boleh-
(g) tidak bertanggung jawab;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa- apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai engkar perintah.
ABC, melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh tuan menerima surat ini. Sekiranya tuan tidak membuat representasi tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan itu, tuan akan dianggap sebagai tidak hendak membela diri, dan perkara ini akan terus diputuskan oleh Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan (No.2), Kementerian ABC berdasarkan keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja.
4. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani akuan terima yang disertakan dan kembalikan.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(NAMA PENUH)
Pengerusi, Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan (No2) Kementerian ABC Kuala Lumpur
CONTOH SURAT AKUAN TERIMA
Pengerusi,
Lembaga Tatatertib.....................
Melalui:
(KETUA JABATAN/ ALAMAT PENUH)
.........................................
Tuan,
Tindakan Tatatertib
Saya (NAMA PENUH DAN NO. KAD PENGENALAN PEGAWAI) dengan ini mengesahkan bahawa saya telah menerima surat tuan Bil. .................. bertarikh .............. pada .................. .
Sekian
t.t.
(NAMA PENUH PEGAWAI)
Encik RST, Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan Kementerian ABC Kuala Lumpur
8. REPRESENTASI PEGAWAI KEPADA
PERTUDUHAN
Pegawai yang dituduh hendaklah memberi representasi kepada Pengerusi PBTT dalam tempoh masa yang ditetapkan (21 hari) melalui Ketua Jabatannya.
Pegawai perlu fokus dan menjawab isu yang dibangkitkan dalam pertuduhan.
Jika perlu, kemukakan keterangan, bukti bagi menyokong representasi yang diberi.
9. ULASAN KETUA JABATAN KE ATAS
REPRESENTASI PEGAWAI JIKA PERLU
Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan representasi pegawai atas pertuduhan kepada Pengerusi PBTT berserta dengan ulasannya, jika perlu.
Jika Ketua Jabatan hendak membuat ulasan, ulasan tersebut hendaklah memfokuskan kepada pertuduhan dan representasi yang diberikan pegawai.
Jika perlu, kemukakan keterangan, bukti bagi menyokong ulasan yang diberi.
Ulasan yang diberi hendaklah dikemukakan kepada PBTT dengan seberapa segera.
-
10
10. PENYEDIAAN KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
PBTT
Urus Setia PBTT setelah menerima representasi
daripada pegawai yang dituduh berserta ulasan
daripada Ketua Jabatan jika ada, hendaklah
menyediakan satu kertas untuk pertimbangan PBTT
bagi mendapatkan keputusan.
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA
TATATERTIB MEMBUAT KEPUTUSAN
Cadangan Untuk Mengambil Tindakan Tatatertib Ke
Atas Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN DAN
TEMPAT BERTUGAS)
1. TUJUAN
Kertas ini dikemukakan untuk pertimbangan
Lembaga Tatatertib atas cadangan untuk mengambil
tindakan ke atas Encik (NAMA, SKIM
PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN
TEMPAT BERTUGAS) kerana melanggar Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993.
2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI
Nama dan No Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir Dan Umur :
Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan :
Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang :
Tarikh disahkan dalam jawatan :
Jawatan sekarang :
Taraf jawatan :
Jawatan semasa pelanggaran tatatertib dilakukan :
Gaji sekarang dan matagaji :
Tarikh pergerakan gaji :
Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai seperti di Lampiran.........................................
3.1 Satu laporan telah diterima daripada (NAMA
PENUH KETUA JABATAN/ PEGAWAI PELAPOR)
mengenai kelakuan (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN,
GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS)
seperti berikut:
(Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan).
3.1.1
3.1.2.
3.1.9.
Salinan Laporan Ketua Jabatan saperti di
Lampiran..............
3. LATAR BELAKANG KES
4. SURAT PERTUDUHAN
4.1 Pengerusi Lembaga Tatatertib ...................
............... bersetuju wujudnya kes prima
facie ke atas pegawai tersebut. Berikutan
dengan itu surat pertuduhan bertarikh
........... telah dikeluarkan kepada pegawai
berkenaan.
Salinan surat pertuduhan saperti di
Lampiran..............
5. REPRESENTASI PEGAWAI
5.1 Pegawai dalam surat representasi kepada
pertuduhan memberi penjelasan seperti berikut:
5.1.1 (Ringkasan representasi pegawai).
5.1.2
5.1.9.
Salinan jawapan pegawai kepada pertuduhan saperti
di Lampiran..............
-
11
6. ULASAN KETUA CAWANGAN/ BAHAGIAN/
JABATAN KE ATAS REPRESENTASI
KEPADA PERTUDUHAN JIKA PERLU.
6.1 Ketua Unit/ Cawangan/ Bahagian/ Jabatan dalam
ulasannya menjelaskan bahawa:
6.1.1 (Ringkasan ulasan Ketua Unit/ Cawangan/
Bahagian/ Jabatan).
6.1.2
6.1.9.
Salinan ulasan Ketua Unit/ Cawangan/ Bahagian/ Jabatan
saperti di Lampiran..............
7. ULASAN URUS SETIA
7.1 Urus Setia, setelah meneliti representasi pegawai
dan lain-lain maklumat yang berkaitan berpendapat
bahawa:
7.1.1 (Urus Setia hendaklah memberi ulasan berdasarkan laporan, pertuduhan, representasi
pegawai, ulasan Ketua Jabatan sekiranya ada, dan
dokumen-dokumen lain. Urus Setia TIDAK BOLEH
mengesyorkan hukuman).
8. PERAKUAN
8.1 PBTT adalah dengan ini diminta membuat
keputusan.
11. MESYUARAT PBTT - KEPUTUSAN
PBTT akan bermesyuarat
dan memutuskan pegawai bersalah
atau tidak bersalah berdasarkan
pertuduhan dan representasi pegawai
serta memutuskan hukuman yang setimpal.
63
CONTOH MINIT MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB
PERKHIDMATAN AWAM KUMPULAN PENGURUSAN (NO 2)
MENGIKUT PERENGGAN 2(1)PU(A)396/1993
YANG KE 2/2007
Hadir
i) Pengerusi : i) Nama Pegawai
ii) Gelaran Jawatan
iii) Skim Perkhidmatan dan Gred
iv) Nama Jabatan/Bahagian
Hari : Khamis
Tarikh : 2.6.2007
Masa : 9.00 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 5
Ibu Pejabat, Jabatan ABC
Ahli : (a) i) Nama Pegawai
ii) Gelaran Jawatan
iii) Skim Perkhidmatan dan Gred
iv) Nama Jabatan/Bahagian
(b) i) Nama Pegawai
ii) Gelaran Jawatan
iii) Skim Perkhidmatan dan Gred
iv) Nama Jabatan/Bahagian
Turut hadir i) Nama Pegawai
(Setiausaha) ii) Gelaran Jawatan
iii) Skim Perkhidmatan dan Gred
iv) Nama Jabatan/Bahagian
(I) Kertas LTT Bil. 14/2006
Rujukan sulit (s) T.T
A. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Cadangan mengambil
tindakan Tatatertib ke atas
AAZ, Pen. Pengarah, Jabatan
ABC, Peg. Tadbir Dan
Diplomatik, Gred M41
----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
-
12
(I) Kertas LTT Bil. 10/2007
Rujukan sulit (s) T.T
B. PERKARA-PERKARA YANG DIPERTIMBANGKAN
Cadangan mengambil tindakan
Tatatertib ke atas En.XYZ ,
Pegawai Tadbir, Bahagian
Pentadbiran, Ibu Pejabat Abc
PTD Gred M41
1. Asas-asas keputusan LTT
1.1 (Nyatakan asas-asas LTT membuat keputusan
termasuk asas Lembaga mendapati pegawai
bersalah dan asas menjatuhkan hukuman
2. Hukuman
2.1 Berdasarkan alasan diatas Lembaga Tatatertib
membuat keputusan mengenakan hukuman (nyatakan
keputusan hukuman) mengikut peraturan 38, ( ) Peraturan
Pegawai Awam kelakuan dan Tatatertib 1993
(2) Kertas LTT Bil. 11/2007
Rujukan sulit (s) T.T
Cadangan mengambil
tindakan Tatatertib ke atas
En.RST ,Jurukur Bahan,
Bahagian Penyertaan Rakyat,
Ibu Pejabat ABC,Jurukur
Bahan Gred J41 1. Asas-asas keputusan LTT
1.1 asas bagaimana Lembaga mendapati pegawai
bersalah atau tidak.
1.2 asas hukuman jika pegawai didapati bersalah.
2. Hukuman.
2.1 Berdasarkan alasan diatas Lembaga Tatatertib
membuat keputusan mengenakan hukuman
(nyatakan keputusan hukuman) mengikut
peraturan 38, ( ) Peraturan Pegawai Awam `
kelakuan dan Tatatertib 1993
(2) Kertas LTT Bil. 12/2007
Rujukan sulit (s) T.T
Cadangan mengambil tindakan
Tatatertib ke atas Puan Som
Jurutera Bhg Perancangan dan
Pembangunan, Jabatan ABC,
Jurutera Gred J41.
1. Lembaga telah mengkaji kertas Bil. 12/2007 mengenai
cadangan mengambil tindakan tatatertib keatas puan
Som, Jurutera Bah. Perancangan dan Pembangunan
Jab. Jurutera Gred J41. Lembaga telah mengambil
maklum representasi yang dibuat oleh pegawai
melalui surat bertarikh 10.5.07 dan juga ulasan dari
ketua jabatan pegawai :-
(a) . (C) ...
(b) . (d) ..
2. Setelah menimbangkan reprensentasi pegawai,ulasan
ketua jabatan dan pertuduhan ke atas pegawai,
Lembaga Tatatertib memutuskan bahawa pegawai
didapati bersalah dan seterusnya mengenakan
hukuman AMARAN Di Bawah Peraturan 38(a) Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib)1993
C. HAL-HAL LAIN.
D. MESYUARAT AKAN DATANG.
t.t
(Nama Penuh)
Pengerusi
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
Kumpulan Pengurusan (No. 2)
Mengikut Perenggan 2.(1)
P.U.(A) 396/1993
t.t
(Nama Penuh)
Ahli.
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan
Awam
Kumpulan Pengurusan (No. 2)
Mengikut Perenggan 2.(1)
P.U.(A) 396/1993
t.t
(Nama Penuh)
Ahli.
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan
Awam
Kumpulan Pengurusan (No. 2)
Mengikut Perenggan 2.(1)
P.U.(A) 396/1993
12. PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN
PBTT
Keputusan PBTT hendaklah disampaikan kepada pegawai yang dituduh melalui Ketua Jabatan dengan menyatakan hak pegawai tersebut boleh membuat rayuan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan mengikut peraturan 14, P.U.(A) 396/1993
-
13
PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN
1. Hukuman tatatertib yang dikenakan -
sebutkan Peraturan 38( )
2. Hak pegawai membuat rayuan dalam
masa 14 hari dari tarikh penerimaan
surat keputusan mengikut Peraturan 14
dan Peraturan 15(1), P.U. (A) 396/1993
3. Sertakan surat akuan terima.
SURAT MEMBERITAHU KEPUTUSAN LEMBAGA
TATATERTIB KEPADA YANG KENA TUDUH
Nama Pegawai
(ALAMAT PENUH)
Melalui dan salinan
(NAMA PENUH KETUA UNIT/ CAWANGAN/ BAHAGIAN/ JABATAN DAN ALAMAT PENUH)
Tuan,
Tindakan Tatatertib
Lembaga Tatatertib didalam mesyuarat yang ke ........... pada........... setelah menimbangkan dengan teliti pertuduhan ke atas tuan dan jawapan yang diberi oleh tuan, memutuskan bahawa tuan bersalah dan dikenakan hukuman
(NYATAKAN HUKUMAN) mengikut Peraturan 38 ( ) , Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (P.U.(A)395/1993).
2. Mengikut Peraturan 14 dan Peraturan 15(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, (P.U.(A) 396/1993), tuan adalah dengan ini diberi peluang untuk membuat rayuan kepada lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan. Dengan ini, tuan diberi tempoh 14 hari seperti peruntukan di bawah Peraturan 15(1), Peraturan yang sama dari tarikh penerimaan surat keputusan Lembaga Tatatertib ini.
3. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima yang disertakan dan kembalikan.
t.t. (NAMA PENUH) b.p. Pengerusi Lembaga Tatatertib................. Kementerian/ Jabatan.............
13. CATAT KEPUTUSAN DI DALAM REKOD
PERKHIDMATAN PEGAWAI
Ketua Jabatan hendaklah memastikan keputusan hukuman dicatatkan dalam Rekod Perkhidmatan
Pegawai dengan menyatakan butir-butir
kesalahan dan hukuman yang telah dikenakan.
(di ruangan Lembaran Kelakuan).
Rekod hendaklah dibuat selepas PBTT membuat keputusan.
CARTA ALIRAN PROSEDUR
TINDAKAN TATATERTIB BIASA
TERIMA LAPORAN
KAJI LAPORAN
URUSETIA SEDIAKAN KERTAS
PENENTUAN PENGERUSI LTT
PENGERUSI BUAT KEPUTUSAN
KEPUTUSAN
TINDAKAN TATATERTIB
BUKAN DENGAN TUJUAN
BUANG KERJA / TURUN
PANGKAT
TINDAKAN TATATERTIB
DENGAN TUJUAN BUANG
KERJA /TURUN PANGKAT
PER.36 PER.37
URUSETIA SEDIAKAN KERTAS PRIMA FACIE
PENGERUSI. LTT MEMBUAT KEPUTUSAN KES PRIMA FACIE
KEPUTUSAN KES TUTUP
TIADA
KES
SURAT PERTUDUHAN DIKELUARKAN
JAWAPAN PEGAWAI
ULASAN KETUA JABATAN
URUSETIA SEDIA KERTAS LTT
BUAT KEPUTUSAN
TIADA JAWAPAN
PEGAWAI
ADA
KES
-
14
MESYURAT LTT MEMBUAT KEPUTUSAN
DAN MENGENAKAN HUKUMAN
KEPUTUSAN
LTT MENGENAKAN HUKUMAN SETIMPAL
BERITAHU KEPUTUSAN
HUKUMAN KEPADA PEGAWAI
KES
TUTUP
TIDAK
BERSALAH
BERSALAH
PENUTUP
Tindakan tatatertib yang dibuat secara teratur
mengikut prosedur yang telah ditetapkan dapat
memberi keadilan kepada pegawai yang
dituduh dimana hak membela diri diberi
kepadanya dan hanya fakta kes sahaja diambil
kira oleh PBTT dalam membuat pertimbangan
maka, dengan itu tindakan tatatertib dapat
dilaksanakan dengan adil dan dapat
dipertahankan dari segi undang-undang.