Majlis Hari Keluarga Pusat Pengajian Al-Syaafi
27 Nov 2016
PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN
UCAPAN
PEMBUKAAN
Selamat pagi dan salam sejahtera....
Bunga melati tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara
UCAPAN
PEMBUKAAN
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
limpah Kasih Nya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Hari
Keluarga Pusat Pengajian Al-Syaafii buat kali yang pertama.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan
dan puan-puan.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian
mengambil tempat duduk masing-masing.
UCAPAN
PROTOKOL
Yang berbahagia Ustaz Hj. Ahmad Suafi B. Hj Idris selaku
mudir Pondok Pengajian Al-Syaafi
Yang dihormati Pengerusi JawatanKuasa Pondok Pengajian Al-
Syaafi
Yang berusaha Timbalan Penegrusi JawatanKuasa Pondok
Pengajian Al-Syaafi
AJK-AJK Pondok Pengajian Al-Syaafi
Pelajar-pelajar Pondok Pengajian Al-Syaafi
Anak-anak yang dikasihi dan seterusnya muslimin dan
muslimat yang yang dihormati sekalian.
UCAPAN
ALU-ALUAN
PENGERUSI
MAJLIS
Untuk pengetahuan muslimin dan muslimat sekalian, Majlis Hari
Keluarga Pondok Pengajian Al-Syaafi ini merupakan salah satu
program yang dirancang dan dijalankan oleh Mudir kita
bersama Pondok Pengajian Al-Syaafi untuk pelajar-pelajar
Pondok Pengajian Al-Syaafi.Program ini adalah bertujuan untuk
mengeratkan hubungan pelajar-pelajar Pondok Pengajian Al-
Syaafi.
Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.
Dengan segala hormatnya,majlis menjemput Tn Hj Murad b.
Ghulam
memimpin bacaan doa .Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj Murad atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
UCAPAN ALU-
ALUAN OLEH
PENGERUSI
KGKT : PN HJH
Hadirin yang dihormati,
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau Yang dekat digamit
ROSSITA BT
HJ RAMLAN.
Seuntai salam sejambak kata Degup bicara, merisik rasa.
Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama
mendengar ucapan alu-aluan daripada Pengerusi
JawatanKuasa Pondok Pengajian Al-Syaafi Tn. Hj. Suhaimi b.
Hj. Salleh
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
SELESAI
UCAPAN
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pengerusi Jawatankuasa Pondok Pengajian Al-Syaafi Tn. Hj.
Suhaimi b. Hj. Salleh atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
UCAPAN
PENGETUA/
PENASIHAT
KGKT
Untuk meneruskan majlis kita pada hari yang indah ini,
dijemput Mudir Pondok Pengajian Al-Syaafi Ust Hj Ahmad Saufi
b. Hj Idris
untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
SELESAI
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Mudir Pondok Pengajian Al-Syaafi Ust Hj Ahmad Saufi b. Hj
Idris atas ucapan itu tadi.
MAKAN PAGI
Tn Hj Suhaimi dibawa ke Gunung Ledang,
Bagi Penawar hati yang ragu,
Bagi menghapus hati yang lara,
Pinggan mangkuk telah terhidang,
Marilah kita menjamu selera,
Dengan itu, majlis mempersilakan yang berbahagia muslimin
dan muslimat untuk menjamu sarapan pagi potluck....kaitan
ngan zuhairi.
CABUTAN
BERUAH
Untuk memeriahkan lagi majlis pada hari ini, acara diteruskan
dengan acara cabutan bertuah.
Dipersilakan Mudir Pondok Pengajian Al-Syaafi Ust Hj. Ahmad
Saufi bin Hj Idris diiringi oleh Pengerusi JawatanKuasa Pondok
Pengajian Al-Syaafi Tn. Hj. Suhaimi b. Hj. Salleh untuk
mengambil cabutan.
Terima kasih diucapkan kepada Mudir Pondok Pengajian Al-
Syaafi Ust Hj. Ahmad Saufi bin Hj Idris kerana sudi mengambil
cabutan
SUKANEKA Muslimin dan Muslimat sekalian, majlis diteruskan lagi dengan
acara sukaneka..untuk itu majlis dengan segala sukacitanya
menjemput Tn. Hj. Murad b. Ghulam bersama AJK Sukaneka
untuk mengendalikan acara sukaneka ni.
Majlis mempersilakan Tn Hj. Murad..
PENYAMPAIAN
HADIAH
SUKANEKA
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah sukaneka
kepada para pemenang.
Dipersilakan_________________ diiringi
______________________
naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah.
1) Nama acara:_____________________________
2) Nama pemenang:_________________________
Terima kasih kepada ___________________________ diatas
kesudian menyampaikan hadiah.
CABUTAN
BERTUAH
Untuk memeriahkan lagi majlis pada hari ini, acara diteruskan
dengan acara cabutan bertuah.
Kata orang tuah ayam nampak di kaki,
tuah orang siapa yang tahu…
Dipersilakan _______________________ naik ke pentas untuk
mengambil cabutan.
Terima kasih diucapkan kepada _________________________
BERSURAI Dengan berakhirnya acara cabutan bertuah itu tadi, maka
berakhirlah Hari Keluarga KGKT SMK Jenjarom 2009. Jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan dan menghadiri majlis ini.
Sebelum berpisah dengarkanlah dua rangkap pantun daripada
saya,
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia berjumpa kembali
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan kami ucapkan
Berhati-hati ketika memandu
Saya bagi pihak majlis memohon maaf atas segala kekurangan
sepanjang majlis berlangsung. Berjumpa kita lagi pada masa
akan datang. Terima kasih, salam....
Seterusnya, Majlis menjemput Pengerusi Jawatankuasa Pondok Pengajian Al-Syaafi Tn. Hj.
Suhaimi b. Hj. untuk mengiringi Pn.Pengetua naik ke atas pentas untuk menyampaikan
cenderahati kepada AJK KGKT 2009. Dipersilakan.
Sekarang dijemput
Seterusnya, Majlis menjemput Pengerusi Jawatankuasa Pondok Pengajian Al-Syaafi Tn. Hj.
Suhaimi b. Hj. untuk mengiringi Pn.Pengetua naik ke atas pentas untuk menyampaikan
cenderahati kepada AJK KGKT 2009. Dipersilakan.
Sekarang dijemput
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Pengetua di atas kesudian menyampaikan cenderahati