Transcript
Page 1: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

PENGENALAN

Pembuatan keputusan yang baik adalah kemahiran penting untuk kejayaan peribadi dan kerjaya dan ia juga penting khusus untuk kepimpinan yang berkesan. Kita diperlukan untuk membuat keputusan setiap hari dan jika kita boleh belajar untuk membuat keputusan yang dipertimbangkan dan tepat pada masanya, maka kita boleh membawa diri atau pasukan kita kepada kejayaan.

„Tiada yang lebih sukar, dan oleh itu lebih berharga daripada kebolehan untuk membuat keputusan‰ („Nothing is more difficult, and therefore more precious, than to be able to decide‰).

(Napoleon)

TTooppiikk

99

Pembuatan Keputusan

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan pembuatan keputusan; 2. Menyenaraikan jenis-jenis keputusan yang berbeza dan faktor-

faktor yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan; 3. Memperihalkan Empat Kuadran Teori Otak dan bagaimana ia

berkait dengan kebolehan kita untuk membuat keputusan; 4. Menjelaskan pusingan pembuatan keputusan yang berpandukan

bukti; dan 5. Menjelaskan pendekatan-pendekatan berbeza dalam pembuatan

keputusan.

Page 2: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 187

Namun, jika kita membuat keputusan-keputusan yang tidak baik, kita sudah pasti menghadapi risiko kegagalan. Topik ini memperkenalkan kita kepada proses pembuatan keputusan serta membantu kita mengembangkan pemahaman mendalam mengenai apa yang terlibat dalam pembuatan keputusan yang baik. Dengan menggabungkan teknik-teknik berkesan dan pengetahuan yang relevan, kita boleh menjadi pembuat keputusan yang berkesan. Anda juga akan diperkenalkan dengan konsep aliran keputusan, juga peranan risiko. Perbincangan kita akan diakhiri dengan Topik 10 yang akan memperkenalkan beberapa alat pembuatan keputusan.

APA ITU PEMBUATAN KEPUTUSAN?

Satu keputusan biasanya didefinisikan sebagai:

(a) Tindakan atau proses memutuskan; menentukan, mengenai satu soalan atau keraguan, dengan membuat pertimbangan; tindakan atau keperluan untuk menetapkant pemikiran (http://english.stackexchange.com)

(b) Sesuatu yang diputuskan, penyelesaian; pertimbangan, mengenai satu keputusan yang dinyatakan oleh mahkamah; skor akhir dalam mana-mana sukan atau pertandingan (http://dictionary.reference.com)

Anda mungkin lihat bahawa kesemua definisi ini berkongsi bersama pengakhiran peristiwa keputusan. Keputusan selalunya dibuat pada kemuncak perdebatan, peristiwa, pertandingan dan sebagainya. Dalam konteks ini, keputusan dibuat di akhir pusingan pembuatan keputusan. Jadi pembuatan keputusan boleh dianggap sebagai aktiviti pembuatan keputusan yang dihentikan apabila satu penyelesaian yang memuaskan hati ditemui. Pembuatan keputusan logik adalah sebahagian daripada semua profesion sains yang penting, iaitu pakar-pakar menggunakan pengetahuan mereka dalam bidang-bidang tertentu untuk membuat keputusan yang bermaklumat. Pembuatan keputusan perubatan, contohnya, sering melibatkan membuat diagnosis dan memilih satu rawatan yang bersesuaian. Dengan penerangan di atas, dua definisi piawai pembuatan keputusan boleh diterima seperti berikut:

9.1

Page 3: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

188

(a) Pembuatan keputusan adalah proses memilih apa hendak dilakukan dengan mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin timbul mengenai pilihan-pilihan yang berbeza.

(von Winterfeldt & Edwards, 1986; Beyth-Marom et al., 1991) Apabila kita membuat keputusan, kita membuat pilihan sendiri daripada

satu set alternatif. Untuk membuat penilaian yang bermaklumat, kita ingin mengenal pasti sebanyak mungkin alternatif ini dan mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin, dan kemudian memilih satu yang terbaik yang memenuhi matlamat, keinginan, gaya hidup, nilai dan sebagainya.

(b) Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan secukupnya ketidaktentuan dan keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk membolehkan pilihan munasabah dibuat daripada kesemua alternatif tersebut.

(Harris, R., 2009). Dalam definisi ini, fokusnya adalah terhadap membuat pilihan berasaskan

pengurangan-risiko yang berkait dengan ketidaktentuan. Ia bermaksud pengetahuan yang tidak lengkap mengenai isu-isu di sekeliling pilihan-pilihan yang ada, dan pertimbangan adalah berdasarkan kepada berapa banyak keraguan dan ketidaktentuan boleh dikurangkan.

JENIS-JENIS KEPUTUSAN

Keputusan-keputusan yang kita lakukan boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

(a) Keputusan-keputusan „sama ada‰ adalah asas: keputusan ya/tidak, sama ada/atau, dan bukan salah satu yang mesti dilakukan apabila kita berhadapan dengan pilihan di antara dua alternatif. Ini termasuklah keputusan-keputusan asas yang kita buat setiap hari seperti, „Patutkah saya pergi menonton wayang?‰ atau „Patutkan saya beli kereta?‰

(b) Keputusan-keputusan „yang mana satu‰ adalah keputusan yang melibatkan pilihan satu atau lebih daripada beberapa pilihan kemungkinan.

(c) Keputusan-keputusan „kontingen‰ adalah keputusan yang mana hasilnya bergantung kepada sesuatu keadaan dipenuhi atau sesuatu kriteria dipenuhi. Apa-apa keputusan ditangguhkan sehingga suatu masa adalah merupakan keputusan kontingen. Satu contoh yang baik adalah keputusan anda untuk membeli kereta jika anda mendapat kenaikan gaji, kenaikan pangkat atau bonus tahunan yang baik. Faktor-faktor

9.2

Page 4: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 189

penyumbang seperti masa, harga, pendapat rakan-rakan dan keluarga, boleh mempengaruhi hasil keputusan kontingen.

PEMBUATAN KEPUTUSAN ADALAH PROSES REKURSIF BERULANG-ALIK

Pembuatan keputusan adalah proses rekursif iaitu kita membuat keputusan-keputusan dengan bergerak ke belakang dan ke depan antara alternatif-alternatif yang kita ada yang ditentukan oleh kriteria tertentu. Ini bermaksud, selalunya kita kembali semula ke permulaan untuk mempertimbangkan semula sesuatu pilihan. Jadi, pembuatan keputusan bukan satu proses linear.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa proses pembuatan keputusan adalah sangat dipengaruhi oleh gaya kognitif seseorang. Kajian-kajian juga menunjukkan bukti mengenai perbezaan silang budaya dalam gaya pembuatan keputusan. Terdapat beberapa versi alternatif mengenai model-model gaya kognitif ini.

9.4

9.3

Anda adalah ketua eksekutif sebuah syarikat farmasi yang besar. Anda telah melabur RM100 juta wang syarikat dalam projek penyelidikan untuk mengembangkan vaksin anti-HIV. Apabila projek tersebut 90% siap, syarikat lain mula memasarkan jenis vaksin yang sama yang dibangunkan oleh syarikat anda. Di samping itu, vaksin daripada syarikat pesaing adalah lebih berkesan dan lebih murah daripada vaksin yang dibangunkan oleh syarikat anda. Anda mesti memutuskan tindakan seterusnya, sama ada untuk menyambung penyelidikan tersebut, mengalihkan dana kepada projek lain, memulakan kempen pengiklanan, dsb. Terangkan dalam kategori mana anda akan membuat keputusan: keputusan sama ada, keputusan yang mana satu atau keputusan kontingen.

AKTIVITI 9.1

Page 5: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

190

Bias juga mempengaruhi kebolehan kita untuk membuat keputusan. Bias-bias ini sentiasa menyumbang terhadap proses pembuatan keputusan kita dan sering mengherotkan proses pembuatan keputusan dan pertimbangan kita. Bias boleh membawa kepada persepsi palsu dan pertimbangan yang boleh melemahkan keberkesanan pembuatan keputusan yang baik. Ahli sains tingkah laku Isabel Briggs Myers menyebut beberapa sumber bias yang biasa dalam proses pembuatan keputusan kita:

(a) Pencarian bukti berpilih: Kecenderungan untuk mengumpulkan fakta-fakta yang menyokong kesimpulan tertentu.

(b) Penamatan awal pencarian bukti: Kecenderungan untuk menerima alternatif pertama.

(c) Kebekuan (Inertia): Ketidaksediaan untuk mengubah pola pemikiran.

(d) Bias menyokong-pilihan: Kecenderungan mengherotkan ingatan kita.

(e) Kebaharuan: Kecenderungan untuk mempercayai maklumat baharu.

(f) Bias pengulangan: Bias untuk mempercayai maklumat yang kita sering dengar.

(g) Pemikiran kumpulan: Kecenderungan untuk akur dengan pola yang dipegang oleh orang lain.

(h) Bias sumber kredibiliti: Kecenderungan untuk bias terhadap orang yang kita kenali.

Sekarang, mari kita lihat teori-teori pembuatan keputusan yang dipengaruhi oleh urusan kita dalam proses pemikiran kita:

(a) Kesan Kekaburan: Kita lebih memilih satu pilihan mengenai kebarangkalian yang disukai daripada yang tidak diketahui.

(b) Bias Titik Buta (Blind Spot): Kita tidak mengimbangi dengan cukup bias iaitu kita menganggap diri sebagai tidak bias berbanding orang lain.

(c) Model Kemungkinan Penghuraian (Elaboration Likelihood Model): Kita berfikir sama ada secara logik atau sedar atau kita membiarkan ciri-ciri luaran mempengaruhi keputusan kita.

(d) Model Pemujukan Heuristik-Sistematik: Kita menginterpretasi hujah-hujah sama ada secara impulsif atau logik.

(e) Tidak Menghiraukan Hiperbolik (Hyperbolic Discounting): Kita inginkan ganjaran segera, memilih faedah-faedah untuk masa kini atau jangka masa pendek berbanding masa depan.

Page 6: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 191

(f) Bias Maklumat: Mencari fakta-fakta walaupun ia tidak relevan apabila membuat keputusan.

(g) Teori Pemprosesan Maklumat: Pemujukan memerlukan perhatian dan perbandingan dengan pandangan-pandangan terdahulu; dan fokus terhadap stimuli luaran.

(h) Sumber kredibiliti: Siapa yang kita lebih percaya.

(i) Teori Pemikiran Tidak Sedar: Membiarkan pemikiran tidak sedar kita berfikir.

EMPAT KUADRAN OTAK DAN GAYA PEMIKIRAN BERBEZA

Beberapa ahli teori kognitif percaya bahawa otak manusia terbahagi kepada empat kuadran gaya pemikiran. Idea ini dikembangkan oleh Ned Herrmann dan dikenali sebagai Instrumen Otak Dominan Herrmann (Herrmann Brain Dominance Instrument; HBDI). Herrmann menggabungkan dua model fungsi otak untuk membentuk model otak manusia dengan dua struktur pasangan (empat kuadran), iaitu, dua belah bahagian sistem serebral dan dua belah bahagian sistem limbik (Rajah 9.1). Perhatikan bahawa empat kuadran dan juga gaya pemikiran yang berkait dengan setiap kuadran. Anda jenis pemikir bagaimana?

9.5

1. Proses memutuskan calon mana untuk diundi dalam pilihan raya tidak pernah bebas daripada bias. Pertimbangkan keputusan Pilihanraya Umum 2008. Bincangkan sumber-sumber yang mungkin mengenai bias pengundi dan bagaimana bias tersebut mempengaruhi keputusan pengundian.

2. Terdapat beberapa sumber bias yang lain. Teroka bias-bias ini di internet dan lihat mana yang relevan dengan anda secara kerap. Pada pendapat anda, mana antara bias ini mungkin membawa kesan paling buruk, dan mana yang anda fikir paling mempengaruhi proses pembuatan keputusan anda?

AKTIVITI 9.2

Page 7: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

192

Empat kuadran ini dicirikan sebagai: A: Analitikal/Logik (Atas Kiri) B: Organisasi (Bawah Kiri) C: Emosional/Interpersonal (Bawah Kanan) D: Konseptual/Imaginatif (Atas Kanan)

Rajah 9.1: Model Empat Kuadran Otak, juga dikenali sebagai Ned Herrmann Model Otak

Keseluruhan (Whole Brain Model) Disesuaikan daripada Model-model Otak: Teori-teori Organisasi Otak oleh Charles Cave

Page 8: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 193

Contoh-contoh berikut menggambarkan bagaimana individu yang didominasi oleh setiap kuadran membuat pembelian komputer:

(a) Individu yang menggunakan kuadran A analitikal akan berfikir: „Saya mahu komputer ini kerana dengan harga $2,000 saya akan dapat 3 GHz processor, 10/100 Ethernet, 4 GB RAM, 80 GB hard drive, 2 GB DDR2 memory, pemacu DVD boleh ditulis semula dan sistem operasi Vista.‰

(b) Individu yang mengguna kuadran B organisasi akan berfikir: „Saya mahu komputer ini kerana ia diundi mempunyai nilai terbaik oleh Laporan Pengguna; ia mempunyai tiga tahun jaminan dan ia mempunyai sokongan teknikal seumur hidup.‰

(c) Individu yang mengguna kuadran C emosional akan berfikir: „Saya mahukan komputer ini kerana saya sukakan warnanya. Saya juga ingin beli komputer ini kerana jurujualnya sangat baik dan berkata saya sentiasa boleh hubunginya jika saya mempunyai masalah.‰

(d) Individu yang mengguna kuadran D konseptual akan berfikir: „Saya ingin komputer ini kerana saya suka reka bentuknya yang baru dan kerana sistem bunyinya menyerupai bunyi holofonik yang bermaksud saya boleh bermeditasi dengan mendengar CD meditasi tanpa perlu menggunakan fon telinga.‰

HBDI telah terbukti berguna dalam budaya organisasi korporat, memupuk komunikasi antara individu dengan pilihan mental berbeza. Apabila perbezaan-perbezaan dalam kalangan pekerja bergabung, salah faham dapat dikurangkan dan kerja berkumpulan ditingkatkan. Satu sinergi akan muncul dan potensi penuh di tempat kerja dapat dicapai. Mempelajari kuadran mana yang dominan di otak adalah penting dalam proses pembuatan keputusan. Dengan memahami kekuatan dan kelemahan, anda dapat menjangka bias yang menghalang proses pembuatan keputusan anda. Contohnya, jika gaya pemikiran anda didominasi oleh kuadran D, anda lebih mungkin melihat gambaran keseluruhan tanpa memberi perhatian kepada perincian dan mungkin memerlukan nasihat daripada individu yang mempunyai gaya pemikiran kuadran A yang mungkin boleh melihat perincian sesuatu situasi untuk melengkapkan perspektif luas anda.

Katalah anda ingin membeli kereta. Senaraikan alasan-alasan anda memilih kereta tertentu, dan bukan kereta lain. Berdasarkan alasan-alasan untuk keputusan anda, kenal pasti jenis pemikiran anda mengikut model HBDI.

AKTIVITI 9.3

Page 9: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

194

PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kita membuat keputusan dalam kehidupan seharian dan kita sedar bahawa kebanyakan keputusan, terutama keputusan yang penting dibuat selepas kerahan mental yang banyak. Namun begitu, bahasa-bahasa kita penuh dengan luahan yang menunjukkan keputusan dibuat secara intuitif. Dalam bahasa Inggeris contohnya, anda sering mendengar individu mengatakan, „I have a gut feeling that....‰ atau „I can feel it in my heart that...‰ yang menunjukkan perasaan tahu sebenarnya datang dari bisikan hati. Walaupun kecenderungan untuk mengatribusi keputusan-keputusan kita kepada pelbagai organ dalaman, sebenarnya, secara sedar atau bawah sedar, kita menggunakan beberapa alat atau teknik mudah untuk membuat keputusan setiap hari. Ini termasuklah:

(a) Menganalisis kekuatan dan kelemahan alternatif;

(b) Mencabut lidi atau melambung duit syiling;

(c) Beralih kepada kepercayaan tahyul, ibadat atau bentuk keagamaan lain;

(d) Bergantung kepada tokoh berwibawa; dan

(e) Menerima pilihan paling mudah, paling cepat dan yang pertama. Walaupun mekanisme untuk membuat keputusan ini berkesan, ia tidak membenarkan kita membuat keputusan optimum. Malah dalam masa tertentu boleh membuatkan kita membuat keputusan yang buruk. Oleh itu, kita seharusnya menggunakan proses pembuatan keputusan yang betul dengan sebanyak mungkin.

9.6

Pertimbangkan keputusan anda untuk mengambil kursus yang sedang anda pelajari sekarang. Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan anda. Jika anda diberi peluang untuk melakukannya semula, tulis langkah-langkah yang anda akan ambil sekarang untuk mencapai keputusan kali ini. Lihat jika kedua-dua keputusan adalah sama.

AKTIVITI 9.4

Page 10: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 195

PUSINGAN PEMBUATAN KEPUTUSAN BERPANDUKAN BUKTI

Sebanyak mana kita cuba berfikir bahawa keputusan harian kita dibuat dengan baik, kita sering mencapai keputusan tanpa mengikut proses sepatutnya. Untuk membuat keputusan berkesan dan tepat, kita perlu mengikuti Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti. Pusingan ini merangkumi beberapa siri langkah yang perlu diikuti untuk menghasilkan keputusan yang tepat dan berkesan.

(a) Pencetus

(b) Meneroka

(c) Menyoal

(d) Mengumpul

(e) Menganalisis

(f) Menginterpretasi

(g) Intervensi

(h) Menilai

(i) Refleksi Langkah-langkah Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti boleh dikumpulkan dalam tiga tahap utama. Sekarang kita akan meneroka tahap-tahap ini secara ringkas dengan melihat langkah-langkah yang wujud dalam setiap tahap.

(a) Langkah permulaan tahap pertama proses:

(i) Pencetus: Pencetus adalah apa yang membawa kepada perhatian anda bahawa terdapat masalah atau bidang yang perlukan peningkatan. Ia merangkumi mana-mana data, pemerhatian atau laporan yang memulakan proses.

(ii) Meneroka: Ini adalah penerokaan apa-apa sahaja yang mencetus proses untuk menentukan pendekatan paling baik untuk pusingan seterusnya.

(iii) Menyoal: Ini adalah elemen paling penting. Ia bertindak menentukan apa keputusan perlu dilakukan dan apa yang anda harap untuk capai dan juga cadangkan beberapa potensi penyelesaian yang berpotensi.

9.7

Page 11: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

196

(b) Memperoleh maklumat tahap pertengahan proses:

(i) Mengumpul: Ini adalah proses mendapatkan semua data dan bukti yang akan anda gunakan dalam proses pembuatan keputusan.

(ii) Menganalisis: Ini adalah proses menganalisis data dan maklumat yang telah dikumpul untuk mencari trend dan untuk menjawab soalan-soalan yang telah anda kemukakan.

(iii) Menginterpretasi: Ini adalah mengumpulkan jawapan-jawapan daripada analisis di atas. Apa yang data anda beritahu? Apa kesimpulan yang boleh anda capai? Apa tindakan boleh anda cadang berdasarkan data yang telah anda kumpul? Pada tahap ini, adalah penting untuk meneliti secara kritikal maklumat yang ada untuk memastikan anda mencapai kesimpulan yang tepat dan boleh dipercayai.

(c) Mengubah dan menilai tahap akhir proses:

(i) Intervensi atau Implementasi: Tahap ini melibatkan implementasi keputusan anda atau permulaan tindakan. Tindakan anda mestilah berasaskan keputusan; ia mestilah sesuatu yang boleh dilakukan dan praktikal, diberikan sumber dan persekitarannya. Lebih penting, ia mestilah boleh diukur supaya anda boleh menilainya (lihat langkah seterusnya).

(ii) Menilai: Tahap ini membenarkan anda menilai bagaimana bagus keputusan yang anda telah lakukan dan sama ada pencetus awal telah dijawab.

(iii) Refleksi: Ini adalah tahap akhir proses and melibatkan penilaian kesilapan, pelajaran yang telah dipelajari dan penambahbaikan masa depan. Refleksi membenarkan peningkatan berterusan mana-mana proses untuk hasil lebih baik jika situasi sama dihadapi pada masa hadapan.

Proses ini boleh dilihat seperti pusingan yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2 dan 9.3. Perhatikan dalam Rajah 9.3, kotak pencetus dan langkah-langkah seterusnya merangkumi penerokaan dan pengumpulan data dan analisis seterusnya, membawa kepada intervensi dan kemuncak penilaian dan refleksi.

Page 12: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 197

Rajah 9.2: Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti

Page 13: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

198

Rajah 9.3: Satu contoh pusingan pembuatan keputusan berpandukan bukti sebenar yang

digunakan untuk menentukan bila dan bagaimana memperbaiki prosedur pengajaran untuk meningkatkan bilangan pelajar yang memperoleh gred yang dikehendaki

Page 14: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 199

SEMAK KENDIRI 6.3

Cari maklumat lanjut mengenai Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti di http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/evidence-driven-intro_e.php dan bincangkannya dengan rakan-rakan anda.

AKTIVITI 9.5

1. Bolehkah anda berikan dua definisi piawai pembuatan keputusan?

2. Terdapat beberapa jenis keputusan keputusan sama ada, keputusan yang mana satu dan keputusan kontingen. Bezakan di antara tiga jenis keputusan ini.

3. „Pembuatan keputusan adalah proses berbaik.‰ Apa yang anda faham dengan kenyataan ini?

4. Berikan beberapa contoh bias yang boleh mempengaruhi proses pembuatan keputusan.

5. Senaraikan empat kuadran otak dan jelaskan secara ringkas ciri-ciri pemikiran setiap kuadran. Gunakan contoh-contoh untuk membantu anda menunjukkannya. Jenis gaya pemikiran apakah yang anda miliki?

6. Bagaimana anda membuat keputusan dalam kehidupan seharian? Adakah keputusan harian anda umumnya berkesan atau adakah anda fikir terdapat ruang untuk peningkatan?

7. Apa dia Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti? Jelaskan secara ringkas langkah-langkah yang terlibat dalam pusingan ini. Buat satu contoh khayalan, mungkin daripada pengalaman hidup sebenar anda, di mana pusingan pembuatan keputusan berpandukan bukti telah digunakan untuk pembuatan keputusan berkesan.

SEMAK KENDIRI 9.1

Page 15: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

200

KESAN KUANTITI PADA PEMBUATAN KEPUTUSAN

Kita sering teringin untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat daripada yang diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan. Ini kadangkala boleh membawa kesan yang buruk. Jika kita mempunyai maklumat yang terlampau banyak, kita boleh berhadapan dengan beberapa masalah, iaitu:

(a) Penangguhan dalam proses pembuatan keputusan yang disebabkan masa yang diperuntukkan untuk mengumpulkan maklumat atau menganalisis maklumat yang terlalu banyak;

(b) Maklumat berlebihan, menghasilkan ketidakmampuan mengurus dan memproses maklumat, dan menyebabkan proses pembuatan keputusan tidak berkesan atau tidak tepat;

(c) Keletihan mental disebabkan terlalu banyak pilihan yang menghasilkan kerja yang buruk;

(d) Penggunaan maklumat berpilih disebabkan oleh ketidakmampuan mendekati „maklumat terlalu banyak‰ secara objektif; dan

(e) Keletihan keputusan atau kelumpuhan keputusan yang terhasil akibat terlalu banyak keputusan dan terlalu banyak pilihan, menyebabkan keputusan yang dibuat tergesa-gesa dan tidak baik.

Untuk membayangkan kesan-kesan maklumat yang terlalu banyak terhadap proses pembuatan keputusan, bayangkan anda terpaksa memilih pilihan makanan daripada satu set menu seperti berikut:

(a) Menu 1 mengandungi dua item, yang memberikan hanya nama item;

(b) Menu 2 mengandungi 10 item, yang memberikan hanya nama item;

(c) Menu 3 memberikan 10 item, yang mengandungi nama item dan bahan-bahannya; dan

(d) Menu 4 mengandungi 20 item, yang memberikan nama item, bahan-bahan, kiraan kalori, resipi, masa diambil untuk memasak, berat, warna, dsb.

Saya berpendapat kebanyakan kita akan mendapati Menu 1 paling mudah digunakan dan Menu 4 pastinya mustahil untuk digunakan? Adakah anda bersetuju?

9.8

Page 16: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 201

ALIRAN KEPUTUSAN

Adalah penting memahami bahawa keputusan bukanlah proses-proses mental terasing tetapi dilakukan dalam konteks keputusan lain. Setiap keputusan adalah berdasarkan beberapa keputusan terdahulu dan akan seterusnya membawa kepada beberapa keputusan lain. Interaksi antara keputusan ini dinamakan Aliran Keputusan. Jadi, boleh dikatakan bahawa setiap keputusan:

(a) Mengikut keputusan terdahulu;

(b) Membolehkan keputusan masa depan dibuat; dan

(c) Menidakkan keputusan lain. Faktor-faktor ini selalunya menghalang kita apabila membuat keputusan. Secara khusus, pengetahuan kita bahawa satu keputusan menidakkan keputusan lain boleh melumpuhkan kita secara mental dan boleh menjejaskan kebolehan kita untuk membuat pilihan yang tepat. Bayangkan jika anda suka kedua-dua kek cokelat dan ais krim cokelat dan tidak dapat memilih antara keduanya kerana anda terlalu malu untuk meminta kedua-duanya di hadapan rakan-rakan anda. Namun, adalah lebih penting bagi anda untuk membuat keputusan apa-apa keputusan kerana keputusan yang tidak dibuat mungkin menyebabkan pembuatan keputusan secara lalai atau keputusan dibuat untuk anda, yang selalunya lebih buruk daripada anda membuat keputusan yang salah.

KUALITI KEPUTUSAN

Kualiti keputusan adalah ukuran sama ada sesuatu keputusan yang dibuat adalah baik atau buruk. Adalah penting untuk mengambil ingatan bahawa keputusan yang baik boleh menghasilkan hasil buruk dan kualiti keputusan tidak berkait dengan hasil keputusan tetapi berkait dengan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keputusan. Kita mungkin, secara kebetulan, membuat keputusan yang menghasilkan hasil yang baik yang tidak dijangka, tetapi ini masih lagi satu keputusan buruk kerana kita tidak mengikut langkah-langkah pembuatan keputusan yang betul. Satu contoh yang baik diberikan di http://www.virtualsalt.com/crebook5.htm: Jika anda membaling damak kepada senarai saham dan membeli saham yang terkena damak, keputusan anda adalah keputusan yang buruk, walaupun nilai saham mungkin meningkat. Kualiti keputusan boleh dinilai dengan mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

(a) Adakah keputusan itu memenuhi dengan lebih baik dan berkesan objektif-objektif yang dinyatakan berbanding alternatif lain?

9.9

9.10

Page 17: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

202

(b) Adakah keputusan itu mengambil kira kesan-kesan sampingan, kelemahan atau pertimbangan etika?

(c) Adakah keputusan itu boleh diterima oleh orang-orang yang menerima kesannya?

Perkara ketiga adalah penting untuk dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan yang mempengaruhi ramai orang. Bagi sesuatu keputusan untuk diimplementasi, adalah penting bahawa orang yang mengimplementasinya adalah mereka yang menerima kesan, menerima keputusan pada tahap emosional dan intelektual. Satu keputusan yang sangat baik di atas kertas mungkin tidak praktikal atas beberapa alasan sosial. Atas sebab inilah kerajaan selalunya membuat keputusan yang nampak kurang sempurna apabila dilihat dari perspektif individu. Perlu diingat bahawa kerajaan perlu memuaskan hati jutaan rakyat dan apa yang nampak jelas dan mudah kepada anda mungkin tidak selalunya boleh diterima oleh semua.

RISIKO

Risiko adalah komponen penting dalam pembuatan keputusan kerana hasil keputusan melibatkan ketidaktentuan. Jangan cuba untuk mengelak risiko apabila membuat keputusan kerana jika anda melakukan demikian, anda mungkin mengenepikan pilihan-pilihan yang radikal dan bagus. Sebaliknya, cubalah untuk meminimumkan risiko sebanyak mungkin sambil terus membuat keputusan berdasarkan langkah-langkah betul dan logik. Umumnya, sebelum anda memasuki situasi bahaya, terdapat beberapa perkara untuk diambil kira mengenai pengambilan risiko:

(a) Putuskan sama ada risiko itu perlu atau diingini

(b) Letakkan risiko kepada sebab-sebab yang betul bila anda tenang dan dapat berfikir.

(c) Mempunyai matlamat.

(d) Tentukan kemungkinan kerugian dan juga keuntungan.

(e) Apabila mungkin, ambil satu risiko pada satu masa.

(f) Gunakan bayangan atau main peranan untuk bekerja melalui pelbagai kemungkinan.

(g) Gunakan perancangan.

(h) Bertindak dengan tegas.

(i) Jangan mengharap kejayaan sempurna.

9.11

Page 18: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 203

Untuk mengurangkan risiko, terdapat beberapa strategi pengurusan risiko untuk dipertimbangkan:

(a) Singkirkan kemungkinan terpencil dan tidak realistik.

(b) Sejauh mungkin, elakkan bencana/kegagalan.

(c) Kenal pasti kompromi.

(d) Maksimumkan nilai jangkaan.

Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan ketidaktentuan dan

keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk membenarkan pilihan munasabah dibuat daripadanya.

Terdapat tiga jenis keputusan asas keputusan sama ada, keputusan yang mana satu dan keputusan kontingen.

• Pembuatan keputusan adalah proses tidak linear, berkesinambungan.

• Bias sering mempengaruhi proses pembuatan keputusan kita. Sesetengah daripada sumber biasa bias dalam proses pembuatan keputusan termasuklah pencarian bukti berpilih, penamatan awal pencarian bukti, kebekuan (Inertia), kebaharuan dan bias pengulangan.

• Beberapa ahli teori kognitif percaya bahawa otak manusia dibahagi kepada empat kuadran gaya pemikiran - Analitikal/Logik (Atas Kiri); Organisasi (Bawah Kiri); Emosional/Interpersonal (Bawah Kanan); dan Konseptual/Imaginatif (Atas Kanan). Mempelajari kuadran mana yang

Kebanyakan orang ada insurans. Insurans adalah satu bentuk pemindahan risiko, iaitu pihak yang diinsuranskan memindahkan kerugian kontingen kepada pihak yang menginsuranskan untuk satu premium. Adakah dengan memiliki insurans mengurangkan risiko? Bagaimana apabila diinsuranskan untuk sesuatu risiko mempengaruhi pembuatan keputusan berkait dengan risiko tersebut? Bincangkan.

AKTIVITI 9.6

Page 19: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

204

dominan dalam otak anda adalah penting untuk proses pembuatan keputusan.

• Untuk membuat keputusan yang berkesan dan tepat, kita perlu mengikut Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti. Pusingan ini mempunyai langkah-langkah bersiri: pencetus; meneroka; menyoal; mengumpul; menganalisis; menginterpretasi; intervensi; menilai dan refleksi.

• Ramai pembuat keputusan cenderung mencari lebih banyak maklumat daripada yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Ini mengakibatkan penangguhan dalam pembuatan keputusan.

• Terdapat banyak keputusan di sekeliling sesuatu keputusan, banyak keputusan yang dibuat terlebih dahulu membawa kepada keputusan ini dan menjadikannya sesuatu yang boleh direalisasi dan terbatas. Banyak lagi keputusan akan terhasil daripadanya.

• Kualiti sesuatu keputusan tidak berkait dengan hasilnya: satu keputusan yang baik adalah keputusan logik yang berasaskan maklumat yang ada dan ia menggambarkan pilihan-pilihan pembuat keputusan.

• Semua keputusan melibatkan risiko. Risiko ini mesti dipertimbangkan dan diuruskan bila mana mungkin.

Aliran keputusan

Bias menyokong-pilihan

Bias pengulangan

Bias sumber boleh dipercayai

Instrumen Otak Dominan Herrmann

Kaku

Kebaharuan

Kualiti keputusan

Pembuatan keputusan

Pemikiran kumpulan

Risiko

Page 20: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN 205

1. Bagaimana anda mendefinisi pembuatan keputusan?

2. Terdapat tiga jenis keputusan asas keputusan sama ada, keputusan yang mana satu dan keputusan kontingen. Bolehkah anda membezakan ketiga-tiganya?

3. Pembuatan keputusan adalah proses tidak linear, berkesinambungan. Apa yang anda faham dengan kenyataan ini?

4. Bias sering mempengaruhi proses pembuatan keputusan kita. Bias ini selalu mengurangkan kebolehan kita untuk membuat keputusan yang tepat atau mempengaruhi keputusan kita ke arah yang tidak idel. Senaraikan dan jelaskan beberapa bentuk biasa bias-bias yang mempengaruhi kebolehan pembuatan keputusan kita.

5. Apakah empat kuadran otak dan apakah ciri-ciri pemikiran yang dimiliki oleh individu yang didominasi oleh setiap satu kuadran ini?

6. Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti dibentuk oleh langkah-langkah bersiri. Senarai dan terangkan dengan ringkas setiap satu langkah ini. Bolehkah anda gambarkan dengan satu contoh bagaimana pusingan pembuatan keputusan berpandukan bukti boleh digunakan untuk menghasilkan kesimpulan?

7. „Keputusan dibuat sebenarnya dalam konteks keputusan-keputusan lain.‰ Apa maksud kenyataan ini kepada anda?

8. Bagaimana anda mendefinisi satu keputusan yang baik?

9. Setiap keputusan melibatkan elemen risiko. Apa yang perlu diberi pertimbangan sebelum anda memasuki situasi bahaya?

Bellamy, L., Evans, D. L., Linder, D. E., McNeill, B. W. & Raupp, G. (1994). Team

training workbook. Arizona State University. Retrieved August 2008 dari http://www.eas.ase.edu/~asufc/teaminginfo.teamwkbk.pdf.

Beyth-Marom, R., Fsichoff, B., Jacobs-Quadrel, M. & Furby, L. (1991). Teaching

decision making to adolescents: A critical review. In J. Baron & R. V. Brown (Eds.), Teaching decision making to adolescents, (pp. 19-60). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Page 21: 20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan

TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

206

Butler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Retrieved August 2008, dari http://holistic-personal-development.com/2007/11/13/whole-brain-thinking/

Dudiy, S. (2005). Use a decision tree analysis to systematically arrive at your

smartest choice. Retrieved August 2008, dari http://www.time-management-guide.com/decision-tree.html.

Harris, R. (2009). Introduction to decision making. Retrieved December 2011, fari

http://www.virtualsalt.com/crebook5.htm. Infinite Innovations Ltd. (2006). Retrieved August 2008, dari

www.brainstorming.co.uk. MindTools.com. (2010). Decision making techniques. Retrieved August 2008, dari

http://www.mindtools.com/pages/main/newMN_TED.htm. Ministry of Education (New Zealand). (n. a.). The evidence-driven decision

making cycle. Retrieved August 2008, dari http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision-making-cycle_e.php

Swinton, L. (n. a.). Kurt LewinÊs force field analysis: Decision making made easy.

Retrieved August 2008, dari http://trans4mind.com/counterpoint/swinton4.html

Von Winterfeldt, D. & edwards, W. (1986). Decision analysis and behavioral

research. New York: Cambridge University Press. Changing Minds. (2011). Theories about decision making. Retrieved dari

http://changingminds.org/explanations/theories/a_decision.htm New Zealand Ministry of Education. (2010). The evidence-driven decision

making cycle. Retrieved December 2011, dari http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision-making-cycle_e.php

Wikipedia. (2010). Decision making. Retrieved August 2008, dari

http://en.wikipedia.org/wiki/Decision_making Butler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Retrieved December 2011, dari

http://holistic-personal-development.com/2007/11/13/whole-brain-thinking/


Top Related