Download - 09Bahan Bacaan Edit_1-10
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
1
TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL
Sinopsis
Menjelaskan pengenalan kepada PTV yang meliputi definisi dan ciri-ciri RBT, hubungan
RBT dengan PTV; keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan dan
Prinsip Pendidikan Teknikal.
Hasil Pembelajaran:
Di akhir pembelajaran tajuk ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan maksud terminologi teknikal, vokasional dan teknologi;
2. Membezakan antara pendidikan teknik, pendidikan vokasional dan
pendidikan teknologi;
3. Menjelaskan hubungan RBT dengan PTV;
4. Menjelaskan keperluan PTV dalam kurikulum kebangsaan;
Kerangka Konsep Tajuk 1
Pengenalan PTV
Definisi dan ciri-ciri RBT
Hubungan RBT dengan PTV
Keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan
Prinsip dan rasional Pendidikan Teknik
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
2
1.1 Definisi dan Ciri-ciri RBT
Tahukah anda apakah maksud teknikal, vokasional dan teknologi? Mari kita teliti
maksud terminologi di bawah;
Jom kita lihat asal perkataan teknik dulu
Perkataan teknik atau techic berasal dari perkataan Greek technikos yang bermaksud
untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi. Mari kita lihat maksud berikutnya;
Teknik bermaksud;
pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil industri atau
kaedah mencipta sesuatu hasil seni. (Dewan Bahasa, 1993)
Teknikal ialah..
pelaksanaan sesuatu kerja atau berkaitan dengan sesuatu bidang
pengetahuan yang tertentu. (Dewan Bahasa, 1993)
Perkataan vokasional (vocational) berasal dari perkataan Latin vocare yang bermaksud
to call. Jom kita lihat makna yang diberikan oleh Kamus Dewan dan Websters New
World Dictionary pula;
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
3
Vokasional ialah .
pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan
tertentu. (Websters New World Dictionary, 1991)
Vokasional bermaksud;
pekerjaan atau profesion yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus
pendidikan amali. (Kamus Dewan, 1993)
Jika kita lihat maksud bagi teknologi juga berasal daripada dua perkataan Greek iaitu
technes yang bermaksud prinsip atau kaedah yang digunakan untuk membuat
barangan dan logos yang bermaksud pengajian mengenai prinsip atau kaedah tersebut.
Sila lihat maksud di bawah.
Teknologi ialah .
pengajian berkaitan dengan teknikal yang digunakan untuk meneruskan
kehidupan. (Websters New World Dictionary, 1991)
Bagaimana pula dengan maksud Pendidikan Teknik dan Pendidikan
Vokasional? Istilah ini tidak asing kepada kita Cuba fikirkan sejenak
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
4
Perkembangan penggunaan istilah dalam PTV berubah mengikut perkembangan
semasa. Dunia yang sedang membangun memerlukan pelbagai jenis tenaga manusia,
dan institusi pendidikan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan berkenaan.
Rentetan itu maka wujudlah pelbagai jenis program pendidikan berkaitan dengan
teknikal dan vokasional berbeza maksudnya seperti berikut;
Pendidikan Ketukangan ialah
program latihan yang melibatkan pembentukan kemahiran dengan
pengajian teori yang paling minimum. Latihan lebih berbentuk ke arah
penyediaan untuk pekerjaan seperti tukang perabot, penurap bata dan
sebagainya.
Pendidikan Seni Perusahaan ialah
pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran teknikal berkaiatan dengan industri.
Pendidikan Teknik ialah
Pendidikan yang memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan
dengan matapelajaran Matematik dan Sains yang kukuh.
(Finch & Crunkilton, 1965)
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
5
Pendidikan Vokasional ialah . . .
Satu program pendidikan tersusun yang menyediakan pelajar untuk
sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah
sarjana muda.
(Finch & Crunkilton, 1965)
Manakala Pendidikan Teknologi ialah . . .
satu program pendidikan yang dibentuk khusus untuk mengajar
teknologimasa lalu, masa kini dan masa hadapan, di peringkat sekolah
rendah, sekolah menengah sehingga ke peringkat ijazah sebagai
persediaan untuk hidup dalam dunia yang sentiasa berubah.
(Finch & Crunkilton, 1965)
Renung sejenak!
Pernahkah anda mengikuti salah satu program Pendidikan Teknikal atau
Vokasional di atas? Pada pandangan anda apakah keistimewaan program
berkenaan?
1.2 Hubungan RBT dengan PTV
Reka bentuk didefinisikan sebagai susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan
sesuatu produk atau impak. Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan dalam usaha
manusia mencipta dan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk
menguruskan kehidupan.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
6
Jom kita teliti maksud reka bentuk dan teknologi ini.
Design and Technology prepares pupils to participate in tomorrows rapidly
changing technologies. They learn to think and intervene creatively to improve
quality of life. The subject calls for pupils to become creative and autonomous
problem solver, as individuals and members of a team. They must look for needs,
wants and opportunities and respond to them by developing a range of ideas and
making products and systems. They combine practical skills with an
understanding of aesthetics, social and environmental issues, function and
industrial practices. As they do so, they reflect on and evaluate present and past
design and technology, its uses and effect. Through design and technology, all
pupils can become discriminating and informed users of products, and become
innovators. ( DfEE/QCA, 1999: 90)
(DfEE/QCA, 1999: 90)
Design and technology is about inventing practical solutions to problems through
imaginative thinking. Learners use a range of tools, materials, skills and
techniques to explore, design and make products and systems that meet human
needs. Working in stimulating contexts they engage in a continuous course of
personal development, learning to use today's technologies so they can
participate in developing tomorrow's.
(www.qca.org.uk, 2008)
Apakah hubungan RBT dengan PTV? Istilah ini tidak asing kepada kita Cuba fikirkan
sejenakBincangkan perkembangan RBT di sekolah rendah.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
7
1.3 Keperluan PTV dalam Kurikulum di Peringkat Kebangsaan
Pada tahun 1971, Rupert Evans mencadangkan tiga objektif asas bagi Pendidikan
Vokasional iaitu memenuhi keperluan tenaga kerja, meningkatkan pilihan individu dan
memotivasikan pelbagai jenis pendidikan. Sehingga kini, objektif ini telah menjadi
dasar pembentukan objektif PTV. Apakah pandangan anda mengenai objektif yang
dibentuk oleh seorang guru? Adakah ia dapat dimanafaatkan oleh semua pelajarnya?
Cuba bayangkan jika Sistem Pendidikan Kebangsaan pada masa kini tidak
mengambilkira keperluan individu dan negara. Mari kita lihat pandangan dan cadangan
oleh pihak UNESCO dan ILO ini.
UNESCO and ILO Recommendations (2006), in terms of the needs and
aspirations of individuals, technical and vocational education should:
a. Permit the harmonious development of personality and character,
and foster spiritual and human values, the capacity for understanding,
judgement, critical thinking and self-expression;
b. Prepare the individual for lifelong learning by developing the
necessary mental tools, technical and entrepreneurial skills and
attitudes;
c. Develop capacities for decision-making and the qualities necessary
for active and intelligent participation, teamwork and leadership at
work and in the community as a whole;
d. Enable an individual to cope with the rapid advances in information
and communication technology.
Cuba kita lihat bagaimana evolusi pekerjaan berlaku? Pada mulanya, seorang ayah
atau ibu akan mewarisi kemahiran yang mereka miliki kepada anak-anaknya untuk
memenuhi keperluan survival keluarga.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
8
Apabila keluarga mula membesar menjadi masyarakat, keperluan tenaga manusia
akan difokuskan bagi memenuhi kehendak masyarakat setempat. Malaysia
memerlukan tenaga mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang.
Di sinilah bermulanya keperluan PTV untuk melahirkan tenaga manusia Negara. Maka
proses pengintegrasian Pendidikan Am dan pendidikan PTV dalam kurilukum perlu
dilaksanakan dengan berkesan jika faktor-faktor berikut diberi perhatian;
a. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang relevan;
b. Pelaksanaan program, guru dan pengajar mengutamakan kejayaan pelajar;
c. Matlamat dan tujuan pengintegrasian relevan dengan kehendak pelajar.
d. Persekitaran pembelajaran yang kondusif; dan
e. Kandungan mata pelajaran dapat dihubungkaitkan.
Sila hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan di bawah:
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa;
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
9
Menurut Isahak, (1992) menyatakan bahawa;
Tenaga manusia yang diperlukan dalam masyarakat industri
tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran
terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta
dapat membuat penyesuaian dengan cepat
(Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke 4, UPM )
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dasar PTV telah dibentuk bagi
memantapkan sistem PTV. Ia menjurus bagi melahirkan golongan pelajar
berorientasikan pengetahuan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga
manusia Negara. Jika kita lihat PTV mampu membangunkan diri individu untuk menjadi
seorang warganegara yang berkualiti, berakhlak dan bertanggungjawab. PTV perlu
bersaing dalam dunia pendidikan yang sedang berkembang pesat.
Jika kita teliti kewujudan sistem PTV ini mempunyai keunikannya tersendiri. Mari kita
lihat keupayaan PTV itu sendiri dalam bersaing dengan sistem pendidikan am. PTV
seharusnya berupaya;
a. Membuka peluang belajar kepada mereka yang berminat, layak dan boleh
mendapat manafaat daripadanya;
b. Member peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalam
pendidikan yang sama; ataupun bidang lain pendidikan am;
c. Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan
semasa bekerja;
d. Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan;
e. Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan,
melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan
kepimpinan;
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
10
f. Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yang
bersan ; dan
g. Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan.
Cuba teliti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pidato umum di atas,fikirkan
bagaimana keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan?
1.4 Prinsip dan Rasional Pendidikan Teknik
Prinsip terbentuk seiring dengan penwujudan PTV. Mengapakah prinsip
ini penting? Bolehkah anda fikirkan sejenak apakah kaitannya antara
prinsip dengan amalan dan tindakan dalam Pendidikan Teknik?
Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi jika tiada konsep asas dalam pembentukan
Pendidikan Teknik? Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan
landasan bagi pembentukan prinsip Pendidikan Teknik. Prinsip berkait rapat dengan
amalan dan tindakan. Prinsip merupakan panduan untuk tindakan dan memerlukan
sokongan kukuh daripada amalan.
Prinsip Pendidikan Teknik ialah sebagai generalisasi yang menyatakan
amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan
kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi.
(Miller, 1985)
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
11
Prinsip akan menggambarkan kejayaan amalan lepas iaitu sejak awal pembentukan
pendidikan teknik. Ia akan melalui perubahan masa dan keperluan, serta diubah
mengikut kesesuaiannya. Amalan bebas dan amalan baru yang berjaya akan dijadikan
asas kepada pembentukan prinsip baru atau kontemporari dalam Pendidikan Teknik.
Prinsip perlu mempunyai asas falsafah yang kukuh.
Pada tahun 1960-an, UNESCO telah menyarankan supaya Pendidikan Teknik dijadikan
sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu. Ia bukan
sekadar sebagai pemberi latihan kemahiran dan pengetahuan yang sempurna sebagai
persediaan untuk bekerja, tetapi juga untuk:
a. Memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan
tingkah laku;
b. Melengkapkan diri dengan kefahaman, kebolehan membuat pertimbangan,
penampilan diri yang wajar; dan
c. Dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah.
Malaysia telah membentuk matlamat Pendidikan Kebangsaan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara iaitu:-
a. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu;
b. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan
dan sejahtera;
c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara;
dan
d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Maklumat lanjut, sila baca buku ini..Miller, M.D. (1985). Principles and A
Philosophy For Vocational Education. Columbus, Ohio: NCRVE.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
12
Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih kefahaman iaitu
http://www.unevoc.de/convention/con-e.htm
Aktiviti 1
Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda
dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.
1. Definisi bagi elemen-elemen berikut:
a. Teknik
b. Teknikal
c. Vokasional
d. Reka bentuk dan teknologi
2. Huraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa proses pengintegrasian
pendidikan am dan pendidikan PTV dalam kurilukum.
3. Bagaimanakah kurikulum PTV itu dapat bersaing dengan sistem pendidikan am.
Bincangkan.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
13
TAJUK 2 EVOLUSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK
DAN VOKASIONAL
Sinopsis
Mengimbas kembali evolusi perkembangan PTV dari zaman pembelajaran secara
pondok zaman penjajahan sehinggalah era kemerdekaan dan akta-akta pendidikan
yang berkaitan dengan PTV.
Hasil Pembelajaran:
Diakhir pembelajaran tajuk ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan sejarah perkembangan PTV seawal pengajian pondok, zaman
penjajahan sehingga ke era kemerdekaan;
2. Menghuraikan akta-akta yang berkaitan dengan PTV;
3. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV;
4. Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT;
5. Menjelaskan falsafah Sekolah Ketukangan;
6. Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.
Kerangka Konsep Tajuk 2
Sejarah Perkembangan PTV
Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV
Evolusi Perkembangan
PTV
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
14
2.1 Sejarah Perkembangan PTV
Mari kita lihat sejarah perkembangan PTV secara global bermula daripada revolusi
perindustrian Perancis pada awal tahun 1800-an. Pada ketika itu, kajian dijalankan
untuk menghasilkan ciptaan baru untuk keperluan peperangan. Seterusnya ia
berkembang ke seluruh dunia daripada Negara-negara Eropah dan terus berkembang
ke Negara Timur yang dibawa oleh penjajah.
PTV kini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan
separa mahir untuk membangunkan negara dalam sektor perindustrian. PTV
berkembang pesat dalam menaikkan taraf pembangunan dansosial negara. Negara
maju seperti Perancis dan German mempunyai taraf kelayakan kemahiran yang paling
popular dan terlaris dalam pasaran kerja pada masa kini. Tanpa disedari ia telah
meningkatkan penawaran tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan telah
menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi), kelayakan
kemahiran perlu disediakan sehingga tahap tertinggi dalam sesuatu bidang pekerjaan.
Peringkat awal sebelum kedatangan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris sehingga
era awal kemerdekaan. Sebagaimana yang kita ketahui, PTV memainkan peranan
yang penting dalam pembangunan ekonomi negara khususnya dalam bidang industri
seperti pembinaan dan pengeluaran.
Sebelum kedatangan Inggeris, sistem pendidikan
Melayu hanya terhad kepada membaca al-Quran
dan pembelajaran agama di pondok-pondok.
Kurikulumnya sempit dan terhad kepada teks al-
Quran. Aktiviti pembelajaran hanya terhad kepada
mengenal abjad-abjad Arab, mengingat dan
menghafaz doa, selain mendalami prinsip-prinsip
Islam. Bahasa Melayu akan diajar setelah mereka
menguasai al-Quran.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
15
Sistem pendidikan Melayu berubah dengan kedatangan Inggeris pada pertengahan
kurun ke 19. Inggeris memperkenalkan sistem Pendidikan Vernakular Melayu, Cina
dan India oleh A.M. Skinner. Hasil rombakan dasar tersebut pada 1913, sebanyak 189
buah sekolah Vernakular Melayu tersebut telah didirikan di seluruh Tanah Melayu. Ia
terus berkembang sehinggalah pada tahun 1938 terdapat 1169 buah sekolah
Vernakular Melayu.
Pada 6 Februari 1816, Rev. R.S. Hutchings
telah membuka Penang Free School dengan
menawarkan mata pelajaran PTV. Manakala
pada tahun 1916, Sekolah Vokasional telah
ditubuhkan dan diikuti pada tahun 1918,
Sekolah Menengah Teknik ditubuhkan di Kuala
Lumpur. Selepas 100 tahun dijajah Inggeris,
hanya terdapat lima buah Sekolah Ketukangan
di Tanah Melayu. Pada tahun 1946, nama
sekolah tersebut telah ditukarkan kepada
Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School). Pada tahun 1969,
namanya telah bertukar sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Vokasional (SMV).
Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1941 hingga 1945, tidak terdapat sebarang
rekod rasmi yang mencatatkan mengenai perkembangan PTV. Akan tetapi tahukah
anda bahawa kursus-kursus bercorak teknik telah dimulakan dan diperkenalkan di
Sekolah-sekolah Teknik dan Sekolah-sekolah Ketukangan yang ada pada masa itu.
Seterusnya tahukah anda bilakah Maktab Perguruan Teknik ditubuhkan?
Apakah tujuan penubuhannya?
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
16
Setelah Tanah Melayu merdeka, para pemimpin terus berusaha menyusun satu
pendidikan kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum bagi membina
satu kebangsaan mencapai integrasi nasional. Pendidikan jika dilihat, ia menjadi satu
yang berkesan serta berupaya mencapai hasrat kerajaan. Hasrat ini bertambah kuat
dengan kemunculan Laporan Pendidikan 1956 yang dikenali sebagai Laporan Razak
1956. Laporan ini julung kali dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu
memperkenalkan satu pendidikan kebangsaan.
Pada era kemerdekaan, hasil Laporan Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran 1960 (Laporan Rahman Talib) mencadangkan pembinaan lapan buah
Sekolah Ketukangan Luar Bandar dengan nama Sekolah Lanjutan Kampung. Objektif
penubuhannya adalah seperti berikut:-
a. Menampung keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja separa mahir
dalam beberapa industri kecil yang pesat berkembang ketika itu.
b. Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran
teknik.
c. Memenuhi kehendak cadangan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman
Talib 1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (Comprehensive
Education System)
Pada tahun 1960-an, Sekolah Pelajaran Lanjutan diperkenalkan untuk menyediakan
tempat bagi pelajar yang gagal peperiksaan Malayan Secondary School Entrance
Examination. Sekolah Lanjutan dikatakan kurang kerana kekurangan kemudahan
kelengkapan bengkel. Rentetan dari itu maka pendidikan kita bertukar menjadi Sistem
Pelajaran Aneka Jurusan pada tahun 1965.
Pada Tahun 1965, kesemua 19 buah Sekolah Lanjutan Kampung telah dijadikan
Sekolah Menengah Rendah untuk melaksanakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan
yang menawarkan mata pelajaran Seni Perusahaan sebagai mata pelajaran pilihan.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
17
Tahukah anda bahawa Sekolah Lanjutan Kampung di Butterwoth, Alor Gajah
dan Pengkalan Chepa telah dijadikan SMV pada tahun 1966 1970? Sila layari
internet untuk mendapatkan lebih maklumat mengenainya.
Jika kita lihat, pendidikan aneka jurusan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu;
a. Semua pelajar diberi 9 tahun pendidikan di mana 6 tahun pendidikan sekolah
rendah dan 3 tahun pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam
kelas peralihan jika perlu.
b. Kenaikan darjah selepas 6 tahun pendidikan rendah secara automatik dan
diberi pendidikan lanjutan selama 3 tahun sebagai tingkatan peralihan,
tingkatan 1, 2 dan 3 tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan.
c. Dari tingkatan 1 hingga 3, pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan pra
vokasional di mana mereka perlu mengikuti satu mata pelajaran teras dan
satu mata pelajaran pravokasional, sama ada mata pelajaran Sains Pertanian
atau Pengajian Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar perempuan)
atau Seni Perusahaan (pelajar lelaki).
d. Selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar akan menduduki Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran sama
ada dalam pendidikan akademik, teknik atau vokasional berdasarkan
keputusan SRP.
Jika kita lihat pada tahun 1950-an dahulu, ekonomi negara mula beralih daripada
berasaskan pertanian kepada perindustrian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat dan objektif serta hasrat kerajaan boleh dicapai melalui kedua-dua
sektor pertanian dan perindustrian. Maka pada tahun 1960-an, terdapat banyak
perkembangan menarik di sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian. Ia
disokong dengan suasana politik yang stabil dan harmoni, bahan mentah amat banyak
dan sumber tenaga muda yang sedia ada, negara kita menjadi tempat yang selamat
untuk pelaburan.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
18
Sehubungan dengan itu kerajaan mengambil langkah positif untuk menekankan
pendidikan teknik dan vokasional di semua peringkat. Bertitik tolak dari situlah
wujudnya struktur latihan bercorak serampang tiga mata iaitu;
a. Institusi Vokasional melatih pekerja mahir dan separa mahir
b. Politeknik melatih juruteknik
c. Universiti melatih jurutera
Rentetan pelaksanaan Sistem Aneka Jurusan (1965) mulai tahun 1968, pendidikan
menengah rendah telah diubahsuai dengan memberi keutamaan kepada pelajar lulusan
SRP dapat meneruskan persekolahan ke Tingkatan Empat. Para pelajar ini diserap
masuk ke dua jenis aliran pendidikan mengikut kelayakan dan pilihan masing-masing
iaitu;
a. Pendidikan Am dan Teknikal
b. Pendidikan Vokasional
Permintaan bagi pendidikan ini semakin mencabar kerana kos pembinaan sesebuah
SMV sahaja menelan belanja antara 16 hingga 20 juta ringgit. Sedangkan pembinaan
sebuah politeknik di anggarkan berjumlah tiga atau empat kali ganda. Sudah pasti
pada jangka masa panjang, negara tidak sanggup melabur dalam dalam pendidikan ini
kalau masa depannya tidak cerah dan ia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada
negara atau masyarakat. Pendidikan bercorak teknik dan vokasional mampu
melahirkan sebuah masyarakat baru yang berilmu, berkemahiran serta berdaya maju
dan mencerminkan aspiasi Wawasan 2020.
Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Yahya Emat, (1996). Pendidikan
Teknik dan Vokasional Di Malaysia. Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.; 2-96.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
19
2.2 Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV
Tahukah anda, terdapat berapakah akta pendidikan yang berkaitan dengan
Pendidikan PTV dalam sistem pendidikan di Malaysia? Bagaimanakah kesan
akta pendidikan berkenaan kepada perkembangan sistem Pendidikan PTV
di Malaysia?
Mari kita bincangkan mengenai akta-akta pendidikan yang berkaitan dengan
PTV di bawah.
a. Jawatankuasa LEMON (1918)
Sekolah Teknik Treacher > Maktab Teknik > Institut Teknologi
Kebangsaan > UTM
b. Jawatankuasa WINSTEDT (1925)
Sekolah Ketukangan
o Tidak mendapat sambutan dan Sindrom Kolar Biru
Mari kita teliti lima jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan
selepas kemerdekaan, iaitu:
1. Laporan Barnes (1950)
a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan
dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:
i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai
bahasa pengantar.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
20
iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat
15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa
ibunda mereka.
iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa
lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:
i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang
digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan
Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana
sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan,
iaitu bahasa Melayu.
2. Laporan Fenn-Wu (1951)
a. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China)
dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
b. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak
masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan
menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
c. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas
kepada Ordinan Pelajaran (1952)
d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:
i. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan
tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa
kebangsaan juga diadakan.
ii. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
iii. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk
menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan
untuk pembangunan negara.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
21
3. Ordinan Pelajaran (1952)
a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk
mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952).
Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu
Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem
persekolahan kebangsaan.
c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi
kenyataan disebabkan masalah kewangan.
4. Penyata Razak (1956)
a. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein
menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa
perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai
Penyata Razak (1956).
b. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran 1957
c. Tujuan Penyata Razak adalah:-
i. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,
bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
ii. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India
sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
iii. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan
antara kaum dapat dikurangkan
iv. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk
melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan
progresif.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
22
v. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap
dan berkesan
vi. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih ,
lieral dan progresif
vii. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan
memperkembangkan sistem pendidikan
Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang
dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan
Razak:
A. Sekolah Rendah
a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris,
Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.
b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan
matapelajaran wajib.
c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris
diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15
orang atau lebih murid ingin belajar.
d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah
Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan
separuh masa 2 tahun.
B. Sekolah Menengah
a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu
sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas
(2 tahun) dan pra-U (2 tahun).
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
23
b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib.
c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang
sama.
d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan
memasuki sekolah menengah.
C. Sistem peperiksaan
a. Sekolah Menengah Rendah.
Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama)
dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi
memasuki sekolah menengah atas.
b. Sekolah Menengah Atas.
Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil
Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan
Cambridge Overseas Certificate.
c. Pra-U
Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil
Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.
5. LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi
mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi
mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai
oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan:
A. Bahasa kebangsaan
a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah
rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
24
c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah
menengah.
B. Kelas peralihan
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang
ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.
C. Kenaikan automatik
a. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan
sekolah menengah bantuan kerajaan.
b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik
iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira
bahasa pengantarnya.
D. Matapelajaran akhlak
a. Murid beragama Islam Pendidikan Islam.
b. Murid bukan beragama Islam Pendidikan Moral.
6. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1979)
a) Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk
memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu
masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat
dicapai.
b) Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
c) Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
25
i. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
utama;
ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah;
iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
iv. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
v. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan
bersepadu;
vi. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
vii. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas
kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar
bandar atau pendalaman;
viii. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada
kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun
1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan
individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
ix. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun
1978;
x. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan
sains gunaan;
xi. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
xii. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai
mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
26
peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain
seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
xiii. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti
pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri
Islam dan lain-lain.
Jika kita teliti, kita akan dapati bahawa di samping strategi ini, Dasar Pendidikan
Kebangsaan juga dilaksanakan dengan memperkembangkan tenaga pengajar yang
terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-
kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan
Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat
Dasar Pendidikan ini. Di antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional,
Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran
Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek
Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;
http://pmr.penerangan.gov.my
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
27
Aktiviti 2
Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda
dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.
Pengenalan
Mata pelajaran KHSR merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar
dalam Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam
bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini
dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan
sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.
Kurikulum ini masih menuju ke arah memperkembangkan potensi dan kebolehan murid
dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat
keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk
membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara
produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah.
Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak,
kreatif dan inventif.
Masalah
Apakah kesan pelaksanaan mata pelajaran KHSR dalam membantu murid
memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan
keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan
cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap serta budaya kerja yang baik?
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
28
Tugasan
Anda perlu kenalpasti bagaimanakah mata pelajaran KHSR ini boleh menyumbang
kepada perkembangan PTV di Malaysia? Anda perlu meneliti sukatan pelajaran KHSR
dan mengenalpasti elemen yang diperlukan bagi pelaksanaan mata pelajaran PTV di
peringkat menengah rendah ataupun menengah atas. Bincangkan perkaitan di
antaranya. Kumpulkan tugasan dalam folio dan kompilasikan softcopy dalam satu CD.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
29
TAJUK 3 FALSAFAH DAN DASAR PTV SERTA PERKAITANNYA
DENGAN RBT
Sinopsis
Memperkenalkan konsep dan asas falsafah PTV, dasar PTV dan perkaitannya dengan
RBT; Falsafah Sekolah Ketukangan dan Falsafah Pendidikan Vokasional.
Hasil Pembelajaran:
1. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV;
2. Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT;
3. Menjelaskan Falsafah Sekolah Ketukangan;
4. Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.
Kerangka Konsep Tajuk 3
Falsafah dan Dasar PTV serta
Perkaitannya Dengan RBT
Konsep dan Asas Falsafah PTV
Falsafah Sekolah Ketukangan
Dasar PTV dan perkaitannya
dengan RBT
Falsafah Pendidikan
Vokasional
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
30
3.1 Konsep dan Asas Falsafah PTV
Apakah yang akan terjadi apabila program KHSR tidak mempunyai konsep dan
asas falsafah PTV yang kukuh? Berikan pandangan anda.
Kita semua ketahui bahawa tanpa konsep dan falsafah yang kukuh akan menyebabkan
setiap program yang dirancang akan menjadi kabur, tiada matlamat yang jelas dan
sudah pasti pelaksanaannya akan terkeluar dari landasan yang sepatutnya.
Pembentukan program PTV kebanyakannya menggunakan prinsip sebagai konsep
asasnya.
3.1.1 Konsep Asas PTV
Falsafah, prinsip dan polisi adalah penting bagi PTV. Ketiga-tiga elemen tersebut harus
wujud dalam satu hubungan yang harmoni dan searah. Tidak wajar untuk dikatakan
bahawa prinsip adalah lebih penting daripada falsafah ataupun polisi walaupun sejarah
awal pembentukan program PTV memaparkan penggunaan prinsip sebagai konsep
asas.
Prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana orang
teknikal/vokasionaldikenal sebagai individu yang praktikal.Kita dikenali sebagai
pengamal (practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada daripada teori.
Falsafah pada ketika itu dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk
membentuk program sementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina
matlamat dan tujuan program.
Sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan peranan prinsip, falsafah dan polisi
dalam PTV. Pembentukan paradigma untuk PTV memerlukan falsafah yang koheren
dan selari dengan prinsip serta polisi.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
31
Konsep asas yang sama terus dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip yang baru.
Ada juga konsep asas yang diubah bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun
digugurkan sebagai teorem atau prinsip.
Ini adalah kerana sudah menjadi prinsip bidang teknikal/vokasional mengutamakan
amalan berbanding teori. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak
diperlukan bagi membentuk program. Sementara polisi menjadi asas bagi membina
matlamat dan tujuan program. Sejarah juga telah membuktikan bahawa prinsip,
falsafah dan polisi dalam PTV memainkan peranan yang penting bagi memastikan
kejayaan sesebuah program yang dirancang.
Falsafah boleh didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk
mensintesis dan menilai satu sistem nilai yang menjadi asas
membuat keputusan bagi membentuk masa hadapan PTV."
(Miller, 1985)
Istilah falsafah berasal dari perkataan Yunani,phileosophic. Phileo bermakna
mencintai dan sophic bermakna hikmah. Oleh itu falsafah bermaksud mencintai
hikmah. Hikmah pula mempunyai unsur-unsur nilai, pengetahuan, kematangan,
pandangan jauh dan basirah (insight). Peranan falsafah melihat manusia dan alam
sejagat secara bersepadu dan mewujudkan hubungan yang sempurna antaranya
melalui hikmah. Falsafah memberi arah manusia untuk memilih matlamat, tujuan dan
kaedah untuk mencapai matlamat tersebut. terdapat empat ciri-ciri berfikir seseorang
ahli falsafah iaitu:-
a) Berfikir dengan menggunakan pemikiran aras tinggi.
b) Berfikir secara sistematik.
c) Menyusun sesuatu skema konsep; dan
d) Berfikir secara menyeluruh.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
32
Pendidikan berupaya mengembangkan potensi manusia ke arah pendidikan yang
universal. pendidikan bertujuan menyediakan pelajar yang seimbang dari aspek
jasmania, emosi, rohani dan intelektual. maka terdapat tiga bidang falsafah iaitu;
a. Ontologi
teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan masa esa,
manusia dan alam.
b. Epistemologi
teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu,
pembahagian ilmu, dan peranan ilmu.
c. Aksiologi
teori nilai yang meliputi aspek nilai,sumber nilai, pembahagian nilai
dan peranan nilai.
3.1.2 Falsafah Pendidikan Vokasional
Pendidikan Vokasional boleh ditakrifkan dengan dua pengertian. Secara
umum Pendidikan Vokasional adalah sebarang pendidikan pada mana-mana peringkat
yang cuba menyediakan manusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu (spesifik) dalam
bidang-bidang tertentu.
Dalam takrifan yang luas ini, mereka yang melengkapkan diri dengan profesion-
profesion seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan kursus-kursus pengajian
tinggi yang lain boleh dikategorikan dalam pendidikan vokasional. Untuk kegunaan
harian, takrifan ini terlalu luas dan sememangnya yang muktahir.
Jelasnya pendidikan vokasional bererti sebarang bentuk pendidikan yang dirancang
khas dengan tujuan utama untuk menyediakan manusia dalam bidang pekerjaan sosial
yang berfaedah yang tidak memerlukan sekeping ijazah dan untuk membantu pekerja-
pekerja mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran mereka supaya dapat
meneruskan pekerjaan-pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan ijazah.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
33
3.2 Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT Malaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke 51 pada tahun 2008. Jika kita imbas
kembali era sebelum merdeka dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul
kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya
diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan
penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran ini maka lahir satu Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 yang termaktub
dalam Ordinan Pelajaran 1957.
Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam
Tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk
memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat
yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah
diterbitkan dalam tahun 1979.
Jika diteliti, objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam pendahuluan
AKTA PELAJARAN 1961 adalah seperti berikut:
Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan
dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...
Fikirkan bagaimanakah perkaitannya dengan RBT? Bincangkan.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
34
3.3 Falsafah Sekolah Ketukangan
Kita ketahui bahawa falsafah mewakili andaian dan spekulasi mengenai aktiviti manusia.
Jika dilihat secara terperinci, falsafah berfokuskan realiti, kebenaran dan nilai. Jika
diimbas kembali sejarah sistem pengajian Teknik dan Vokasional negara bermula
dengan penubuhan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk melatih juruteknik
Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya pada tahun 1906. Sejak tarikh itu,
Pendidikan Teknik dan Vokasional negara telah melalui beberapa fasa perubahan dan
perkembangan seiring dengan kemajuan teknologi pada masa tersebut. Pendidikan
Teknik dan Vokasional telah bermula seawal tahun 1926 dengan penubuhan Sekolah
Ketukangan yang pertama dan telah berkembangan seiring dengan kemajuan teknologi
bagi memenuhi keperluan sumber tenaga kerja dan meningkatkan status ekonomi
negara.
Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian
Pelajaran Malaysia telah ditubuh dan dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan
pendidikan Teknik dan Vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan
dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka
polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal
dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modenisasi negara.
Setelah meneliti penubuhan sekolah ketukangan, apakah falsafah sekolah
ketukangan? Fikirkan sejenak. Bincangkan bersama rakan anda.
3.4 Falsafah Pendidikan Vokasional
Kita sedar bahawa falsafah adalah penting terutamanya dalam Pendidikan Vokasional
kerana ia boleh dijadikan pegangan dan panduan untuk hala tuju, asas untuk
membentuk tujuan, matlamat dan objektif Pendidikan Vokasional. Di samping strategi
pelaksanaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat memperkembangkan
tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan
pertambahan kanak-kanak.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
35
Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang
meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan telah
ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan
ini. Di antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat
Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa
Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat
Perkembangan Kurikulum.
3.4.1 Kepentingan Falsafah dalam PTV
Falsafah mewakili andaian dan spekulasi yang dibuat mengenai aktiviti manusia dan
dunia. Secara spesifik, falsafah berfokus pada realiti, kebenaran dan nilai. Oleh itu
falsafah yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan merupakan pernyataan andaian
asas mengenai realiti, kebenaran dan nilai.
Maka untuk membentuk falsafah atau world view iaitu cara untuk melihat dunia, kita
mesti bersikap sebagai seorang ahli falsafah. Kita perlu bertanya soalan yang sesuai
berkaitan realiti, kebenaran dan nilai.
Falsafah adalah penting kepada setiap indvidu yang terlibat dengan PTV. Falsafah
menyediakan satu rangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang PTV.
Falsafah juga turut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam keputusan
mengenai perkembangan program, pemilihan aktiviti pembelajaran, kurikulum,
matlamat dan penggunaan sumber. Prinsip bukan falsafah dan tidak bersifat seperti
falsafah. Prinsip hanya menyediakan arah yang jelas untuk pembentukan falsafah.
Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis
dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa depan PTV
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
36
Implikasi aliran falsafah Progresivisme, Pragmatisme, Rekonstruktivisme dan
Eksistensialisme di dalam PTV boleh kita bincangkan bersama. Jika kita lihat,
Pragmatisme merupakan salah satu falsafah moden yang wujud dari aliran pemikiran
tradisional idealisme dan realisme. manakala Progresivisme dan Rekonstruktivisme
memperkembangkan ciri-ciri pendidikan Pragmatisme dalam aspek peranan kurikulum.
3.4.2 Implikasi Aliran Falsafah Pragmatisme dalam PTV
Perkataan Pragmatisme berasal dari perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksud
kerja di mana ia merupakan satu kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus
dilakukan oleh seseorang individu. Dari aspek falsafah, ia merupakan pembinaan
kehidupan manusia dan mencari keperluan. Jika kita kaitkan dengan pandangan ahli-
ahli Pragmatisme ini, mereka menganggap bahawa idea manusia mengenai alam
adalah neutral. Manusia haruslah menerima perubahan, maka cara dan matlamat
pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka. Pendidikan mempunyai matlamat untuk
memajukan manusia dan cara adalah bagaimana manusia melaksanakannya untuk
mencapai matlamat berkenaan. Realiti mestilah dicapai oleh manusia yang berinteraksi
dengan alam sekeliling.
Aliran ini amat sesuai dengan falsafah PTV kerana is bertujuan melahirkan para pelajar
yang dapat menguasai kemahiran hasil penjelmaan daripada pengetahuan yang telah
mereka pelajari. Jika kita lihat, dalam falsafah PTV memberi penekanan kepada
outcome tertentu. sebagai contohnya, pelajar mempelajari teori teknologi pembuatan.
Dalam konteks pragmatisme, setelah pelajar itu mempelajarinya, pelajar akan dapat
menyelesaikan masalah-masalah ataupun soalan-soalan yang diberikan oleh guru.
Seterusnya diharapkan pelajar dapat menghasilkan projek rekacipta. Antara teknik
penyelesaian masalah yang digunakan dalam PTV ialah teknik Problem Based
Learning (PBL), sumbangsaran, ujikasi dan lain-lain. Teknik ini dapat melahirkan
pelajar yang berkemahiran tinggi dan menguasai ilmu pengetahuan secara menyeluruh.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
37
Jika kita kaji secara keseluruhannya, terdapat empat elemen dalam PTV yang
mempunyai implikasi daripada falsafah pragmatisme ini iaitu:-
a) Guru
Guru merupakan ketua projek penyelidikan
Penyertaan secara menyeluruh dalam membina ilmu
Guru akan mengentengahnya masalah dan beberapa penyelesaian masalah
Menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah
b) Sekolah
Implikasinya sekolah akan dilengkapkan dengan prasarana untuk
membolehkan pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji.
c) Pelajar
Pelajar akan belajar perkara baru dan yang diminati sahaja.
Mereka akan belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran berkenaan
akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.
Hasil aplikasi falsafah ini dalam PTV, para pelajar akan mendapat
pendedahan bagaimana menyelesaikan masalah secara bijak dan teknik-
teknik penyelesaian masalah yang sesuai mengikut jenis masalahnya.
d) Kurikulum
Kurikulum turut menerima impak daripada falsafah pragmatisme dalam PTV
ini. sebagaimana yang kita maklum, pendidikan merupakan satu kehidupan.
Maka kurikulum perlu dikaitkan dengan masalah semasa yang perlu
diselesaikan oleh pelajar seterusnya masyarakat.
Maka tidak hairanlah jika pada masa kini terdapat pelbagai mata pelajaran
yang berkaitan dengana kehidupan sebenar pelajar.
Sebagai contohnya, mata pelajaran Makanan dan Pemakanan banyak
menerangkan cara pemakanan yang sihat serta keperluan kepada kehidupan
manusia.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
38
Kurikulum mestilah mengandungi pelbagai pengalaman, maka kurikulum
mestilah mengikuti perkembangan semasa bagi melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran semasa dalam PTV.
3.4.3 Implikasi Aliran Falsafah Progresivisme dalam PTV
Falsafah ini dibentuk oleh John Dewey pada abad ke 20 untuk tujuan pendidikan.
Falsafah ini mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman moden.
Fahaman ini berfokuskan kepada masyarakat masa kini. Progresivisme bertujuan
memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi
dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Alat ini merupakan kemahiran
penyelesaian masalah di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mengenalpasti,
menganalisa dan menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran seperti Matematik
Moden, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan dan lain-lain lagi.
Kurikulum di sekolah mahupun di institusi pendidikan telah dibangunkan berdasarkan
pengalaman sosial dan personal pelajar. Ahli progresivisme menyatakan bahawa
pendekatan induktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan bagi perkara yang
berkaitan dengan alam semulajadi. Guru tidak perlu memberi penerangan secara am
atau terperinci terhadap sesuatu subjek tetapi pelajar dapat membentuk
penerangannya sendiri. Ini jelas kita lihat apabila pelajar membentangkan hasil
tugasan mereka. Tugasan yang diberi itu merupakan tajuk-tajuk yang perlu di ajar oleh
guru di dalam kelas. Pendekatan induktif ini sangat sesuai dilaksanakan bagi
memastikan pelajar lebih memahami subjek tersebut. Secara tidak langsung, idea-idea
baru berkenaan subjek berkenaan boleh dikongsi bersama dengan rakan mereka.
Cuba kita perhatikan PTV, proses pendidikan tidak hanya berfokuskan kepada kepada
buku sahaja sebagai sumber maklumat tetapi teknologi maklumat turut menyumbang
kepadanya. Bagi PTV, pelbagai e-nota dan e-jurnal telah dapat pelajar capai menerusi
internet. Penilaian guru juga turut berubah corak di mana ia tidak lagi hanya
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
39
bergantung kepada penilaian sumatif atau formatif semata. Guru boleh menilai
penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang diberikan, penganjuran program oleh
pelajar, kuiz dan pelbagai lagi. Kebanyakan teknik-teknik ini telah digunapakai di
peringkat sekolah rendah lagi.
Golongan falsafah Progresivisme ini menyatakan bahawa kurikulum perlu merujuk
kepada keperluan dan perkembangan semasa. Rentetan itu kita dapati bahawa
kurikulum PTV wujud hasil dari falsafah ini di mana ia tidak terbatas kepada keperluan
masa lampau sahaja. Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin
ilmu dan kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan perkembangan jasmani,
emosil, rohani dan intelektual mereka. Guru berperanan sebagai fasiliatator atau
pemudahcara. Guru ini lebih sabar, fleksibel, kreatif, inovatif serta bijak. Sekolah
sepatutnya tidak mengajar sebarang prinsip tetap kepada pelajar tetapi sebaliknya
berperanan untuk menyediakan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan yang berubah.
3.4.4 Implikasi Aliran Falsafah Rekonstruktivisme dalam PTV
Ahli falsafah Rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi
pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van
Scottes, Kraft dan Haas, 1979). Falsafah ini memberi penekanan terhadap penwujudan
masyarakat demokratik dan berfikiran kritis. Guru memainkan peranan yang penting
dalam mendidik masyarakat supaya dapat menerima, mengaplikasikan dan berfikiran
demokrasi. Kesan daripada falsafah Rekonstruktivisme ini dalam falsafah PTV, guru
bukan sahaja bertindak sebagai penyampai pengetahuan malah bertanggungjawab
untuk menyampaikan dan mencadangkan kepada pelajarnya untuk membentuk
masyarakat demokrasi.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
40
Guru sebagai pemangkin kepada pelajarnya untuk berfikiran ke hadapan, mampu
menguruskan diri dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secara
berterusan. Guru digalakkan membina dan memupuk bakat yang ada pada diri mereka.
Ia berfokuskan ke arah pembelajaran yang aktif dalam penyelesaian masalah. Guru
juga merupakan agen perubahan dan pembaharuan sosial serta kebudayaan dalam
masyarakat. Implikasinya ia akan membentuk sebuah masyarakat berkemahiran yang
unggul.
Aliran Rekonstruktivisme memberi penekanan yang penting kepada institusi pendidikan
di semua peringkat iaitu bermula dari peringkat sekolah, politeknik, kolej komuniti, kolej
universiti, dan universiti. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang
berkemahiran tinggi secara sistematik dan terancang. Jika kita lihat dari aspek
sistematik, ia melibatkan kaedah, matlamat, outcome dalam menghadapi cabaran sains
dan teknologi secara global pada masa kini. Rentetan dari itu maka wujudlah pelbagai
institusi PTV seperti Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Universiti yang bersifat teknikal.
Penwujudan Institusi Kemahiran MARA, Pusat Giat MARA, Institut Latihan Petronas
(ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan lain-lain pusat latihan bertauliah di
Malaysia.
3.4.5 Implikasi Aliran Falsafah Eksistensialisme dalam PTV
Eksistensialisme bersifat terlalu individualistik dan bergantung kepada faktor-faktor
subjektif seperti intuisi, renungan kendiri, penghayatan emosi dan perasaan individu.
Falsafah ini berasaskan naturalisme bermazhabkan humanis berfokuskan kepada
kewujudan manusia berkaitan dengan individu bagi pembentukan diri sendiri. Individu
berkenaan akan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arah
hidupnya. Guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mestilah menghormati
kebebasan yang diberikan oleh guru.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
41
Falsafah Eksistensialisme ini telah menaik tarafkan PTV menjadi salah satu pendidikan
yang penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya memenuhi
keperluan tenaga kerja negara. Masyarakat yang menguasai pendidikan PTV ini akan
dapat membangunkan masyarakat ke arah yang lebih pembinaan negara bangsa yang
cemerlang. Ini dapat kita lihat dengan pembinaan Empangan Saad di Baghdad, secara
tidak langsung mampu menjana pembangunan ekonomi di negara tersebut.
Manakala jika kita lihat penerokaan angkasa lepas oleh angkasawan negara yang lalu
menjadi indikator kepada pembangunan pendidikan PTV dalam bidang kejuruteraan
telekomunikasi dunia. Kemajuan pengetahuan kejuruteraan telekomunikasi ini telah
melahirkan pelbagai rekabentuk dan teknologi telefon mudah alih yang turut
menyumbang kepada pembangunan perhubungan, ekonomi, sosial, politik dan
keselamatan kepada masyarakat. Ini jelas menunjukkan bahawa aliran falsafah
Eksistensialisme ini mampu membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.
Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek
Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai falsafah
pragmatisme, progresivisme, rekonsruktivisme dan eksistensialisme.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
42
Aktiviti 3
Sila tandakan pada pernyataan yang benar dan tandakan X pada
pernyataan yang salah pada ruangan yang disediakan di bawah. Anda
diberikan masa selama 10 minit untuk menjawab semua soalan yang
dikemukakan.
1. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan
bagi membentuk sesuatu program.
2. Seseorang ahli falsafah akan berfikir secara menyeluruh dan
sistematik dengan mengambilkira semua aspek yang melibatkan
fahaman mereka.
3. Pendidikan Vokasional akan menyediakan manusia untuk kerjaya-
kerjaya tertentu (spesifik) dalam bidang-bidang tertentu sahaja.
4. Falsafah PTV memberi penekanan kepada outcome tertentu
sahaja.
5. Aplikasi falsafah rekonstruktivisme dalam PTV akan menjadikan para
pelajar bijak menyelesaikan masalah dan boleh memilih dan
mengaplikasikan teknik-teknik penyelesaian masalah yang sesuai
mengikut jenis masalahnya
6. Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin ilmu
dan kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan
perkembangan jasmani, emosil, rohani dan intelektual mereka dalam
falsafah eksistensialisme
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
43
7. Guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mestilah
menghormati kebebasan yang diberikan oleh guru bagi ahli fahaman
eksistensialisme.
8. Guru boleh menilai penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang
diberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz dan pelbagai lagi
teknik mengikut fahaman ahli falsafah progresivisme.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
44
TAJUK 4 FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Sinopsis
Membincangkan mengenai fungsi PTV dari aspek peranan dan fungsi PTV dalam
konteks individu, sosial dan ekonomi; sorotan laporan kajian mengenai PTV dan
menilai keberkesanannya; kreativiti dalam penagajaran dan pembelajaran RBT; ciri-ciri
kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran; dan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam
RBT.
Hasil Pembelajaran:
1. Menerangkan peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan
ekonomi;
2. Mengenal pasti sorotan kajian mengenai PTV dan dapat menilai
keberkesanan kajian berkenaan;
3. Menjelaskan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT;
4. Mengenal pasti ciri-ciri kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan
5. Menjelaskan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBT
Kerangka konsep tajuk 4
FUNGSI PENDIDIKAN
TEKNIK DAN VOKASIONAL
Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi
Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT
Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV
dan Menilai Keberkesanannya
Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Aplikasi literasi, 3M, dan ICT dalam RBT
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
45
4.1 Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi
Tahukah anda peranan dan fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam
sistem pendidikan di negara kita?
Pendidikan berperanan membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap,
berketrampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif
dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memiliki
ciri-ciri seorang keusahawanan. Dalam konteks negara kita, pendidikan diharapkan
dapat melahirkan seorang insan berketrampilan seperti yang dicitrakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Peningkatan bilangan murid dalam aliran pendidikan teknik dan vokasional berlaku
disebabkan oleh kesedaran masyarakat, ibu bapa dan murid sendiri mengenai
kepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta
kepentingannya terhadap permintaan pasaran kerja yang ada kaitannya terhadap
keperluan untuk pembangunan ekonomi negara.
Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari
pelbagai punca, negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memiliki
pengetahuan sahaja, tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran, baik dari segi
teknikal dan juga dari segi soft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif
dan berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing dengan negara lain.
Peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks individu:
Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-nilai spiritual,
nilai-nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara harmoni;
Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui pembangunan alat-
alat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran keusahawanan dan teknikal;
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
46
Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja berpasukan
serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti; dan
Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi.
Manakala peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks sosial
dan ekonomi:
Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan ekonomi,
budaya, sosial dan pendemokrasian;
Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan
saintifik;
Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan pembangunan
alam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka;
Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang boleh
disesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi
yang meluas; dan
Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem pendidikan
dan antara sekolah ke dunia pekerjaan.
Maklumat lanjut, sila rujuk buku ini, Unesco and ILO Recommendation (2006).
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
47
4.2 Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya
Tahukan anda apakah kepentingan kajian mengenai PTV dan keberkesannya
dijalankan?
Sila fahami petikan di bawah.
A critical challenge that faces human society at the start of the twenty-first century is to
attain full employment and sustained economic growth in the global economy and social
inclusivity. The ILOs framework of decent work addresses both the quality and quantity of
employment and provides a basis for new education and training policies and strategies.
Human resources development, education and training contribute significantly to
promoting the interests of individuals, enterprises, economy and society. By making
individuals employable and informed citizens, human resources development and training
contribute to economic development and to achieving full employment and promoting
social inclusion. They also help individuals to gain access to decent work and good jobs,
and escape poverty and marginalization. Education and skills formation could lead to less
unemployment and to more equity in employment.
(UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53)
Seterusnya bincangkan beberapa kajian mengenai PTV dan keberkesanannya yang
telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Apakah perkaitannya dengan
pernyataan oleh UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53 di atas?
Maklumat lanjut, sila baca buku ini..Unesco and ILO Recommendation (2002).
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
48
Secara umumnya, PTV masih lagi di peringkat formatif. Sehubungan itu, program-
program di bawah PTV memperoleh kelebihan daripada penilaian semasa program
yang dijalankan. Jenis-jenis pengurusan, kualiti pelajar, kebolehsediaan, kecukupan,
dan penggunaan kemudahan, organisasi dan gaya pentadbiran, kaedah penilaian
prestasi, jenis program, jenis masalah program, program persediaan guru, masalah
permintaan dan penawaran, sumber manusia dan sebagainya merupakan pelbagai
pembolehubah yang menarik perhatian penyelidik dalam penilaian PTV. Kajian dan
penilaian yang dijalankan menjadi amat penting kepada perancang, pembuat dasar dan
pentadbir berkaitan PTV.
Isu-isu penyelidikan PTV yang dikaji oleh penyelidik-penyelidik adalah dari pelbagai
kerangka kerja berdasarkan pelbagai arah orientasi disiplin dalam pendidikan iaitu:
Falsafah Pendidikan
Sejarah Pendidikan
Pendidikan Perbandingan
Psikologi Pendidikan
Sosiologi Pendidikan
Ekonomi Pendidikan/Perancangan Pendidikan/Pengurusan Pendidikan
Pengajian Kurikulum
Pentadbiran dan Organisasi Sekolah
Pendidikan Tidak Formal
Penilaian
Kerangka kerja ini juga digunakan bagi mengklasifikasikan kajian yang telah dijalankan
dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Di Malaysia, kajian mengenai PTV dan
keberkesanannya membawa kepada perubahan beberapa dasar bagi mengukuhkan
lagi PTV. Antara perubahan dasar-dasar tersebut ialah
Penstrukturan 69 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada
Sekolah Menengah Teknik (SMT) secara berperingkat mulai sesi
persekolahan 1995/96.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
49
Pelan tindakan peningkatan pengeluaran tenaga manusia teknikal bagi
tempoh
1996 2020
Program latihan kemahiran dan pendidikan vokasional kepada pelajar-
pelajar yang berpencapaian rendah dan sederhana rendah.
4.3 Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT
Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran
teknologi dan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan
dengan menggunakan proses reka bentuk. Murid didedahkan kepada pengenalan
kreativiti serta melakukan kajian reka bentuk dan fungsi terhadap sesuatu produk. Murid
juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan
kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik dan
elektronik. Di samping itu, murid juga menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan
kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan
keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan.
Ringkasnya, terdapat peluang yang cukup bagi membangunkan kemahiran kreatif
murid melalui pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi
Pembelajaran secara sokongan (scaffold) diperlukan dalam pembelajaran reka bentuk
dan teknologi. Dalam mempertimbangkan kepentingan kreativiti, semua murid
mempunyai hak yang sama untuk menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh
terhadap peluang dalam bidang-bidang kreatif kurikulum. Namun, murid-murid tidak
bertindakbalas dengan cara yang sama terhadap kreativiti. Peluang untuk murid-murid
berkembang kreatif dalam bilik darjah bergantung kepada sokongan (Scaffold)
maksimum oleh guru-guru, rakan sebaya dan keluarga. Terdapat sedikit penyelidikan
dan kefahaman berkaitan sokongan (scaffold) dalam reka bentuk dan teknologi. Walau
bagaimanapun, scaffold telah didefinisikan dan dibincangkan secara umum oleh
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
50
Vygotsky (1978), Gardner (1995), Rogoff (1990), dan secara spesifik dalam konteks
bilik darjah oleh Fryer (1996) dan Beetlestone (1998).
Masalah reka bentuk dan teknologi boleh ditangani melalui dua pendekatan utama iaitu:
penyelesaian masalah melalui proses kognitif iaitu untuk pembelajaran dan
berfikir; dan
penyelesaian masalah secara kreatif.
Penyelesaian masalah melalui proses kognitif tersebut merupakan jenis pemikiran aras
tinggi. Manakala penyelesaian masalah secara kreatif merupakan manifestasi
personaliti dan penampilan bagi sosial dan motivasi seseorang murid.
Strategi bagi mencapai kemahiran berfikir dalam konteks reka bentuk dan teknologi
merangkumi:
Refleksi guru, pemodelan dan kemahiran berfikir;
Penyelesaian masalah
Pembelajaran koperatif; dan
Perbincangan kumpulan.
Secara ringkasnya, fasa-fasa tugasan bagi mengembangkan kemahiran berfikir pelajar
dalam konteks reka bentuk dan teknologi adalah sepertimana ditunjukkan dalam jadual
4.1
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
51
Jadual 4.1 Fasa-Fasa Dalam Tugasan Reka Bentuk dan Teknologi
Membangunkan Kemahiran Berfikir Di Kalangan Pelajar
Merangka
tugas
Menarik perhatian
murid
Melaksanakan taklimat ringkas bagi tugasan
membuat keputusan.
Menyatakan kepentingan tugasan
Menunjukkan bagaimana pengalaman sedia
ada dan tugasan praktikal berfokus dapat
membantu mereka.
Mengenalpasti peringkat-peringkat dalam
melaksanakan tugasan membuat keputusan.
Menentukan
tujuan
Memberikan
keyakinan
Menjelaskan
prosedur
Menjalankan
Tugasan
Mencabar
Meningkatkan
cabaran
(Sebahagian dan
bukannya semua)
Memberikan taklimat ringkas secara terbuka
atau tertutup. Menyediakan pelbagai
maklumat yang berbeza. Mengurangkan
arahan dan meminta murid menangani
kesukaran mereka sendiri. Menggunakan
tugasan tambahan.
Perbincangan
Mengimbas
kembali
Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk
dan pembuatan. Menggunakan produk yang
dihasilkan oleh murid bagi melihat
kelemahan dalam reka bentuk dan proses
pembuatan. Melihat alternatif-alternatif yang
ada. Menyediakan mereka bagi tugasan
membuat keputusan pada masa akan
datang.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
52
Maklumat lanjut, sila rujuk Owen-Jackson (2002) muka surat 230.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu menjadi andasan dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran "Reka Bentuk dan Teknologi". Daya
imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan. Antara contoh
kemahiran berfikir yang perlu diberi tumpuan ialah :
Membezakan bentuk-bentuk asas dalam pesekitaran
Menghubung kait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk
Menjana idea kreatif dan inovatif
Mentafsir lukisan kerja
Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan
projek
Membuat keputusan, memilih projek,alatan tangan dan bahan yang
diperlukan
Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.
Aktiviti refleksi boleh diaplikasikan pada peringkat perbincangan dan mengimbas
kembali dalam melaksanakan tugasan reka bentuk dan teknologi. Antara aktiviti yang
boleh dilaksanakan ialah:
menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan;
menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan
dalam reka bentuk dan proses pembuatan;
melihat alternatif-alternatif yang ada; dan
menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan
datang.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
53
Bincangkan fungsi RBT dari segi melatih murid dalam penyelesaian masalah
dan reka bentuk, pemikiran kreatif dan kritis, pemikiran aras tinggi,
pembelajaran scaffold dan aktiviti refleksi.
4.4 Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Perkembangan dan proses pembinaan kemahiran murid dalam pengajaran dan
pembelajaran reka bentuk dan teknologi boleh dilaksanakan melalui penyertaan dan
penghayatan secara aktif dalam satu proses yang berdaya cipta kreatif dan inventif.
Idea-idea baru boleh dibangunkan dan diubahsuai atau diperbaiki daripada sesuatu
bahan atau produk yang telah sedia ada. Dalam setiap proses ini murid juga mendapat
pengalaman dalam membuat keputusan, bertanggungjawab terhadap idea-idea yang
digunakan, serta bertanggungjawab terhadap kesan penggunaan idea tersebut untuk
kehidupan yang akan datang.
Pengetahuan dan kefahaman dalam reka bentuk dan teknologi boleh dilakukan melalui
kaedah pengajaran yang berkesan. Sehubungan itu, kaedah pengajaran yang berkesan
saling mempengaruhi pengetahuan dan pemahaman, bagaimana sesuatu kerja
merupakan satu pelengkap dan pertambahan kepada sesuatu yang lain, dan
bagaimana beberapa masalah boleh diselesaikan dengan bersubjekkan orientasi.
Banyak idea, pelbagai sumber, dan bahan diperlukan dalam penyelesaian hampir
semua masalah manusia. Murid dapat melihat perkaitan antara pengetahuan dan
kefahaman, banyak idea dan sumber diperlukan dalam menyelesaikan masalah.
Ia juga memberi kesedaran kepada murid tentang konteks sosial perilaku manusia.
Contohnya hampir semua manifestasi reka bentuk dan proses teknologi, menyatakan
dengan jelas bahawa membuat keputusan tidak boleh dijalankan dalam pengasingan.
Melalui sumber-sumber yang ada mereka cuba mencapai matlamat untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dan memberi kepuasan maksimum kepada keperluan
pelanggan-pelanggan dan seluruh masyarakat.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
54
Sikap dan kualiti peribadi murid boleh dipupuk melalui pendidikan reka bentuk dan
teknologi. Ini dapat dilakukan melalui penumpuan terhadap prestasi kemahiran, integriti
dan kejujuran dalam menjayakan sesuatu projek. Kerja mahir adalah penting jika
peralatan dibina bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan, dan
memastikan keselamatan pengguna-penggunanya. Contohnya seperti kerja bahan-
bahan konkrit yang memerlukan pengendalian yang jelas dan tepat serta kemahiran
yang tinggi. Paling utama, reka bentuk dan proses teknologi menyediakan satu alat
inkuiri di mana murid dapat merasai pengalaman sebenar sama seperti kehidupan
dewasa. Pengalaman berikut mungkin akan memberi satu kebolehgunaan umum yang
luas kepada murid dalam pemupukan sikap positif dan kualiti peribadi unggul bagi
menjalani kehidupan semasa dewasa.
Kurikulum Nasional Britain pula mendefinisikan Reka Bentuk dan Teknologi kepada
empat sasaran yang terdiri daripada mengenalpasti keperluan dan peluang, menjana
rekabentuk, merancang dan melaksanakan dan akhirnya menilai. Murid seharusnya
boleh mengenal pasti dan menyatakan dengan jelas tentang keperluan dan peluang
untuk mereka bentuk dan aktiviti teknologi melalui penyiasatan terhadap konteks rumah
tangga, sekolah, rekreasi, perniagaan dan industri. Kemudian melalui maklumat-
maklumat yang diperolehi murid akan menjana spesifikasi reka bentuk, meneroka idea
bagi menghasilkan cadangan reka bentuk dan membangunkan sehingga menjadi
kenyataan, sesuai dan boleh dilaksanakan.
Murid juga seharusnya mampu membuat artifak, sistem dan persekitaran, menyediakan
dan melakukan perancangan, mengenalpasti, mengurus, dan menggunakan sumber
yang sesuai termasuk pengetahuan dan proses. Akhirnya murid boleh membangunkan,
berkomunikasi dan bertindakbalas atas penilaian terhadap proses, keluaran, dan kesan
terhadap reka bentuk dan aktiviti teknologi dan sebagainya termasuk dari segi masa
dan budaya.
Nilai-nilai dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh membentuk personaliti
murid. Sehubungan itu, nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
55
perlu merentasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi.
Langkah ini akan dapat memupuk nilai murni dan sikap positif seperti berusaha
mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor
dan berhati-hati menggunakan sumber supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian
dan urusan hidup di kalangan murid.
Pembinaan kemahiran kolaboratif dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh
direalisasikan melalui projek kumpulan. Secara umumnya, murid memerhati dan meniru
apa saja perkara yang mempesonakan dalam dunia sosial mereka (Hope, 2004). Murid
membincangkan secara terbuka, memuji dan menyesuaikan idea orang lain untuk
digunakan dalam kerja mereka. Sehubungan itu, projek kumpulan dapat menyediakan
peluang secara spesifik bagi mengembangkan kemahiran kolaboratif. Selain itu, aktiviti
kolaborasi boleh dilakukan dengan cara menghubungkan reka bentuk dan teknologi
dengan bidang lain seperti sains dan matematik, ICT dan sebagainya (Sage, 2002).
Maklumat lanjut, sila baca buku ini.. Hope, G. (2004). Teaching Design and
Technology 3 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony
Rowe Ltd.
4.5 Aplikasi Literasi, 3M dan ICT dalam RBT
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan literasi ?
Definisi literasi ...
able to recognize when information is needed and have the ability to locate,
evaluate and use effectively the needed information (Ron, R., 1995)
LITERASI Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan.
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
56
Literasi, 3M, dan ICT memberikan impak yang besar kepada pembangunan pendidikan
di sekolah rendah. Terdapat usaha mengembangkan literasi, 3M dan ICT melalui reka
bentuk dan teknologi. Sebagai contoh, reka bentuk dan teknologi boleh digunakan bagi
mengembangkan kemahiran lisan dan mendengar. Penggunaan fiksyen, teks atau
cerita tentang reka bentuk dan teknologi dengan diikuti sesi latihan amali boleh
dilakukan bagi memperkembangkan literasi, 3M dan ICT.
Kerja-kerja literasi yang berfokus kepada perkataan, ayat yang berasaskan tema reka
bentuk dan teknologi dapat menyediakan murid kepada pembelajaran istilah dan
perkataan secara spesifik. Perkataan dalam permainan yang berfokuskan tema seperti
alat-alat dan kegunaannya, bahan dan sifat bahan, mekanisme dan jenis-jenis
pergerakan boleh digunakan. Manakala teks bukan fiksyen dengan isi kandungan reka
bentuk dan teknologi boleh digunakan dalam pelbagai cara. Teks boleh digunakan
untuk meneroka, memperkenal atau mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman
berkaitan kerja reka bentuk dan teknologi sedia ada atau bagi merancang untuk masa
depan.
ICT pula menyediakan peluang tambahan bagi memperkembangkan literasi, 3M dan
merapatkannya dengan reka bentuk dan teknologi. Sehubungan itu, ICT boleh
digunakan dalam reka bentuk dan teknologi sebagai bahan sumber, alat atau
komponen. Antara contoh-contoh peranan ICT ialah:
Sebagai sumber maklumat atau rangsangan bagi projek dan aktiviti (ini meliputi
internet, CD-ROM, dan pangkalan data berasaskan komputer);
Menjana dan membangunkan idea reka bentuk, menggunakan lukisan,
berasaskan perisian.;
Mengumpul, menyimpan, menganalisis dan mengesan maklumat menggunakan
pangkalan data atau lembaran kerja;
Berkomunikasi dengan menggunakan e-mail dan perisian penerbitan atas meja;
Memodel dan merangsang situasi menggunakan perisian khusus;
-
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
57
Merancang dan membuat jujukan peris