S/N z1XdYxqH4EqE5IFqrsJpVg**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
GUAMAN SIVIL NO: 23 CY -17 - 04/2017
DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK --- PLAINTIF
DAN
570
TONY PUA KIAM WEE
PENGHAKIMAN
DEFENDAN
[1] Plaintif memfailkan tindakan sivil terhadap Defendan kerana Defendan
dikatakan membuat dan menerbitkan kata-kata yang bersifat fitnah
terhadapnya yang dibuat di ruang legar Parlimen pada 6.4.2017. Pengataan
Defendan ini kemudiannya dimuat naik ke laman facebook milik Defendan.
[21 Di dalam pembelaannya Defendan menimbulkan pembelaan justifikasi
(justification), komen yang berpatutan (fair comment) dan keistimewaan
bersyarat ( qualified previlege ).
1
S/N z1XdYxqH4EqE5IFqrsJpVg**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[3] Melalui larnpiran 4, Plaintif membuat perrnohonan untuk injunksi
sementara terhadap Defendan, bagi mengha!ang Defendan dart mengu!angi
penerbitan kata-kata yang bersifat fitnah tersebut.
[4] Permohonan Plaintif telah dlsokong oleh affidavit-affidavit yang
membentangkan alasan-alasan permohonan dan justifikasi untuk
mendapatkan injunksi interim tersebut. Affidavit sokongan Plaintif diikrar
oleh Plaintif sendiri: Di dalarn affidavit tersebut Plaintif tegaskan Defendan
telah memfitnah Plaintif melalui kenyataannya dan telah menyebabkan
kerosakan reputasi kepada Plaintif dan apa yang terkandung di dalarn live
video laman facebook tersebut masih berterusan. Terdapat banyak komen
telah dibuat sebagai reaksi kepada rakarnan video tersebut.
[5] Plaintif juga menegaskan beliau telah memohon perintah melalui
tuntutan ini untuk Defendan berhenti dari terus menge!uarkan kata-kata yang
berunsur fitnah seumpamanya, menerbitkan permohonan maaf dan yang
paling penting Defendan mengeluarkan dan/atau rnenarik balik Live Video
tersebut dari laman facebook Defendan. P!aintif se[anjutnya menegaskan
Defendan tidak dapat menunjukkan kemungkinan dia akan berjaya di dalam
tuntutan ini dan oleh yang demikian injunksi sementara bagr menahan
Defendan dari meneruskan kata-kata fitnah tersebut perlu dlberikan.
2
- 571
S/N z1XdYxqH4EqE5IFqrsJpVg**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[6] Defendan juga memfailkan affidavit menentang permohonan ini dan
menegaskan mereka telah menimbu[kan pembelaan-pembelan yang boleh
dibuktikan.
[7] Semasa berhujah peguam Plaintif menegaskan prinsip pemberian
. perintah injunksl sernentara ini telah dijelaskan di dalarn kes Keet Gerald
Francis Noe! John v Mohd Noor@ Harun bin Abdullah & 2 Ors [1995] 1
CLJ 293 dan Av Asia Sdn. Bhd v. Measat Broadcast Network Systems
Sdn. Bhd [2014] 3 MLJ 61. Selanjutnya peguam P!aintif berhuiah walaupun
keputusan kes The New Straits Times Press {M) Bhd. v Alrasia Bhd
[1987] 1 MLJ 36 secara urnurnnya menegaskan injunksi interim tidak akan
diberikan di dalam kes-kes fitnah di mana pembelaan justifikasi ditirnbulkan,
narnun keputusan kes ini sebenarnya tidak sarna sekali rnenahan perintah
injunksi interim di daiam kes-kes fitnah. Hujah inl disandarkan kepada kes
Ngoi Thi am \'Voh v CTOS Adn. Bhd ·& Ors [2001] 4 MLJ 510.
[8] Peguam Defendan berhujah Mahkamah ini terikat dengan keputusan
kes The New Straits Times (supra) kerana Defendan te!ah menimbulkan
pembelaan justifikasi, komen yang adil dan perlindungan bersyarat. Peguam
Oefendan berhujah Plaintif tidak dapat menunjukkan apa yang dikatakan
oleh Defend an adalah tidak benar (untrue).
3
572
S/N z1XdYxqH4EqE5IFqrsJpVg**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[9] Saya telah meneliti perrnohonan ini Saya juga mernpertimbangkan
penghujahan peguam kedua-dua pihak. Selepas penelitian dan
pertimbangan tersebut saya mernbenarkan permohonan Plaintif di dalarn
larnpiran 4 tersebut berdasarkan alasan-alasan di bawah.
I1 O] Adalah menjadi prinsip undang-undang, injunksi sernentara di dalarn
kes-kes fitnah tidak akan diberikan jlka pernbelaan justifikasi atau
pembelaan komen berpatutan di atas perkara berkepentingan awam
ditirnbulkan oleh Defendan, kecuaii dapat dltuniukkar. bahawa penqataan
yang dlbuat oleh Defendan adaiah tidak benar (The Nevi Straits Times
Press (M) Bhd. v Airasia Bhd {supra)) dan jika Plaintif boleh menunjukkan
573
pengataan-pengataan Defendan sebenarnya oersrtat fltnah \.I 11: tidak
mempunyal asas untuk membuat konk!usi bahawa pengataan tersebut
benar, tidak terdapat pembelaan yang akan berjaya dan terdapat keteranqan
bahawa Defendan berniat untuk mengulangi mernbuat atau menerbitkan
pengataan tersebut (Ngoi Thiam Woh v CTOS Adn, Bhd & Ors (suprai)
I11] Pada tahap permohonan ini Mahkamah hanya bo!eh bergantung
kepada pliding yang difallkan dan penegasan-penegasan di dalarn affidavit
untuk memutuskan perkara tersebut. Saya perlu tegaskan dengan jelas
4
S/N z1XdYxqH4EqE5IFqrsJpVg**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
bahawa pada tahap inl saya hanya dapat bergantung kepada perkara-
perkara tersebut untuk memutuskan permohonan injunks: interim ini.
[12] Saya telah meneliti pliding di daiam kes ini dan affidavit-affidavit yang
difailkan. Defendan tidak menafikan mengeluarkan pengataan-pengataan
tersebut dan te!ah memuatnaik ke akaun facebook beliau. Pada tahao ini ' .
saya berpuashati bahawa pengataan-pengataan yang dibuat oleh Defendan
tersebut bersifat fitnah kerana secara innuendo (sinoiran) membayangkan
Plaintif bersarna-sama Barisan Nasional dan PAS telah membuat pakatan
jahat (collusion) bagi membo!ahkan PAS mernbuat pembentangan Rang
Undang-Undang 355 di Parlimen walaupun PAS mernpunyai jumlah kerusi
yang kurang di Parlimen berbanding dengan OAP yang tidak dibenarkan
rnengernukakan Rang Undang-Undang Persendirian yang mereka
cadangkan. Pengataan yang dibuat Defendan juga secara sindiran
mengatakan Plaintif telah mencuri wang dari 1 MOB. Berdasarkan penelitian
saya ke atas pengataan Defendan di da!am affidavit jawapan mereka saya _,,,---......,. Gd )dapati tidak ada asas untuk membuat konklusi bahawa pengataan tersebut .,.>,. I '"'<�/ .
mungkin benar.
[13] Selanjutnya saya juga menelitl pembelaan yang ditirnbulkan oleh
Oefendan di dalam penyata pembelaan mereka dan pengataan-pengataan
5
574
S/N z1XdYxqH4EqE5IFqrsJpVg**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
_,-,-·- .....
\,?fy
Defendan di dalam affidavit menentang permohonan ini. Saya dapati pada
tahap ini, berasaskan penegasan-penegasan di dalam affidavit, pembeiaan-
pembelaan yang ditimbulkan tidak mempunyai kemungkinan untuk berjaya.
Apa yang ditimoulkan di dalam pembelaan Defendan adalah persepsi
mereka tentang apa yang berlaku dan tidak ada keterangan yang jitu
dikemukakan melalui affidavit yang menunjukkan mereka akan berjaya di
dalam perncelaan yang ditimbulkan.
[14} Se!anjutnya saya pertimbangkan keadaan sarna ada kemunqkinan
Defendan akan mengulangi pengataan-pengataan yang bersifat fitnah
mereka terhadap Plaintif. Saya dapati terdapat keterangan rnenunjukkan
Defendan berniat untuk mengulangi rnembuat dan menerbitkan penqataan-
pengataan sedemikian. Terdapat keterangan yang menunjukkan Defendan
terlibat di dalam beberapa tuntutan fitnah yang dimulakan oleh Plaintif di
dalam beberapa kes sebelum dan selepas ini dan asas tuntutan fitnah
tersebut juga berdasarkan isu 1 MOB. Defendan juga te!ah diserahkan
dengan surat tuntutan yang mengandungi gesaan untuk Defendan untuk
memberi jarninan dia tidak akan mengu[angi pengataan-pengataan
sedernlkian tetapi Defendan tidak memberi sebarang jawapan kepada surat
tuntutan tersebut. Berasaskan keadaan-keadaan tersebut saya berpuashati
6
575
S/N z1XdYxqH4EqE5IFqrsJpVg**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Defendan sememangnya berniat untuk terus mengeluarkan kata-kata yang
bersifat fitnah terhadap Plaintif jika tidak ada injunksi diberlkan.
[15] lnjunksi sementara int dibenarkan semata-mata berasaskan pliding
dan penegasan-penegasan yang terdapat di dalam affidavit yang difailkan
setelah saya berpuashati injuksi sementara ini perlu diberikan bagi
mengelak kerosakan yang berlaku yang tidak bo[eh dipampas dengan wang.
Pertimbangan ini tidaklah bermaksud injunksi yang kekal patut diberikan.
lnjunksi sedemikian akan diputuskan berasaskan keterangan yang
dikemukakan melalui perbicaraan penuh.
Oleh itu permohonan Plaintif dibenarkan dengan kos perrnohonan ini
dijadikan kos di dalam kausa.
Bertarlkh: 13 Oktober 2017 ·
Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya,
Kuala Lumpur.
7
·575
I l i i ! ! ! I ! i
\ ! I
I i I I
\
I i I I l