dorongan persekitaran sosial dalam aktiviti · pdf fileberdaftar dengan kementerian belia dan...

Download DORONGAN PERSEKITARAN SOSIAL DALAM AKTIVITI · PDF fileberdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan sebagai sukarelawan sukan sea di ... membincangkan bahawa terdapat enam fungsi psikologi

If you can't read please download the document

Upload: phungminh

Post on 06-Feb-2018

261 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 1008

    DORONGAN PERSEKITARAN SOSIAL DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN DALAM KALANGAN

    SUKARELAWAN

    Norazrine binti Abdul Tahar @Ariffin, Abdul Razaq bin Ahmad & Mohd Mahzan bin Awang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    [email protected]

    ABSTRAK Dorongan sosial adalah berasaskan kepada Teori Bronfenbrenner yang menyatakan persekitaran sosial banyak mempengaruhi tingkahlaku individu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dorongan sosial dalam kajian ini memfokuskan kepada empat aspek utama iaitu dorongan keluarga, dorongan rakan sebaya, dorongan komuniti setempat dan dorongan komuniti sekolah. Ini kerana empat kumpulan tersebut adalah golongan yang meempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk tingkah laku seorang individu. Justeru itu, secara tidak langsung dorongan sosial ini juga mampu mempengaruhi seseorang individu untuk terlibat sama dalam aktiviti kesukarelawanan. Seramai 1400 orang belia yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan sebagai sukarelawan sukan sea di pilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek yang mempunyai min paling tinggi dalam faktor dorongan persekitaran sosial adalah dari aspek dorongan rakan sebaya dengan skor min 5.43 dan sisihan piawai 1.22 dan berada di tahap sederhana tinggi. Kajian juga menunjukkan faktor-faktor persekitaran sosial yang lain yang mendorong penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawan.

    ABSTRACT Social encouragement is based on Bronfenbrenner's Theory which states that the social environment affects many individual behaviors either directly or indirectly. Social encouragement in this study focuses on four key aspects of family motivation, peer-to-peer encouragement, local community encouragement and school community encouragement. This is because the four groups are those who have a strong influence in shaping the behavior of an individual. Hence, this indirect social drive is also able to influence an individual to be involved in voluntary activities. A total of 1400 youths registered with the Ministry of Youth and Sports as sports volunteers of the sea are selected as survey respondents. The findings show that the highest mean in the social environment is the aspect of the peerage motivation with the mean score of 5.43 and the standard deviation of 1.22 and at medium level. Studies also show other social environment factors that encourage youth involvement in volunteer activities.

    PENDAHULUAN We make a living by what we get, but we make a life by what we give, merupakan pepatah yang menekankan tentang kepentingan dalam memberi bantuan yang mana sebagai satu aspek penting dalam sifat manusia yang mampu memberi kesan kepada kehidupan seseorang (Gunderman, 2008). Pernyataan ini selari dengan konsep kesukarelawanan iaitu individu yang bergerak di bawah organisasi atau agensiuntuk membantu samada dari segi tenaga, masa, dan ilmu pengetahuan demi membantu dan membina kesejahteraan masyarakat bersama. Kajian tentang kesukarelawananan di Malaysia masih lagi sedikit kerana aktiviti kesukarelawananan dilakukan oleh masyarakat dalam skop yang tidak meluas seperti mana di negara-negara maju. Perkembangan terhadap aktiviti kesukarelawananan dilihat mula jelas di negara ini selepas tahun 2000 terutama menerusi aktiviti formal yang melibatkan bantuan kecemasan. Media massa turut melaporkan banyak aktiviti kesukarelawananan yang dilakukan oleh NGO tertentu dalam menghulurkan bantuan. Di Malaysia, terdapat beberapa badan pertubuhan atau agensi yang menawarkan khidmat sukarelawan antaranya seperti Mercy Malaysia, Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC), Muslim Volunteer Malaysia, Yayasan Basmi Kemiskinan, MYCorps dan banyak lagi.Sebagai contoh Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia Sukan secara rasminya telah menubuhkan Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) pada 5 Ogos 2015 di mana komuniti ini akan diterajui oleh Sahabat Majlis Belia Malaysia yang akan bertindak mengumpul sukarelawan dari pelbagai latar belakang profesionalisme untuk dijadikan model dan asas bagi merencana SOP kerja sukarela serta melaksanakan program-program sukarelawan dari pelbagai bentuk mengikut kemahiran yang ada (Majlis Belia Malaysia, 2015). Keperluan mempunyai sukarelawan dari pelbagai bidang ini adalah penting kerana pengalaman pengurusan bencana

  • 1009

    yang lalu memerlukan sukarelawan yang mempunyai kemahiran yang pelbagai, seperti sukarelawan yang membantu membetulkan rumah, sukarelawan yang mengajar atau memberi motivasi kepada anak-anak, sukarelawan yang membantu dalam menyediakan makan minum dan lain-lain. MERCY Malaysia juga merupakan antara organisasi sukarelawan yang bergerak secara aktif di negara ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi rakyat Malaysia untuk bersatu dan mengambil peranan dalam arena kemanusiaan antarabangsa. Misi di bawah naungan MERCY Malaysia terdiri daripada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dengan matlamat utama iaitu membantu orang lain, tanpa mengira bangsa, agama, budaya atau sempadan. MERCY Malaysia adalah sebuah organisasi yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan sehingga kini persatuan tersebut mempunyai lebih daripada 500 ahli dalam masyarakat negara Malaysia, dan kira-kira 5,000 sukarelawan berdaftar dalam pangkalan data (Mercy, 2016).

    Semangat kesukarelawananan, keterlibatan dalam aktiviti kemasyarakatan secara sukarela, perpaduan kaum, dan amalan saling bantu membantu adalah amat penting terutama dalam kalangan generasi muda bagi membina kualiti jati diri yang baik sebagai pelapis yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti. Namun, kajian yang dijalankan oleh Julinawati Suanda et. al (2012) mendapati penglibatan belia negara ini dalam aktiviti kesukarelawanan berada di tahap yang sederhana. Dorsch et al. (2002) berpendapat isu ini perlu diketengahkan dah semua pihak harus bekerjasama bagi mendedahkan dan mengalakkan penglibatan individu bagi perkara seperti ini. Pendedahan dan dorongan dari komuniti seperti keluarga, rakan, sekolah, komuniti masyarakat, kerajaan, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) memainkan peranan penting untuk membuka fikiran, mengasah minat serta kemahiran individu untuk bekerjasama dalam aktiviti murni sebegini.

    Negara-negara maju seperti England, Japan, dan Amerika Syarikat telah menitikberatkan aspek kesukarelawanan ini dalam negara mereka kerana ia jelas dapat membantu kerangka pembangunan sosial terutama dalam persekitaran hidup bermasyarakat. Sebagai contoh, di negara England penglibatan sukarelawan untuk menyertai program Sukan Olimpik 2012 telah mencatat rekod sebanyak 240,000 permohonan untuk terlibat sama dalam program tersebut walaupun tiada sebarang pulangan ganjaran dijanjikan. Namun, daripada 240,000 permohonan itu hanya 70,000 orang sukarelawan sahaja yang diterima oleh pihak pengurusan untuk terlibat sama dalam acara tersebut setelah sesi penapisan dibuat (The Independent Online, 2017). Manakala, di negara Jepun pula seramai 390,000 orang sukarelawan tidak mengira pangkat dan umur bersama-sama membantu dalam misi membaikpulih keadaan di Tokyo selepas bencana alam iaitu gempa bumi dan tsunami melanda bandar tersebut pada 11 Mac 2011 merekodkan kematian seramai 6,000 orang (Demetriou, 2011). Semangat masyarakat di negara-negara maju ini boleh dijadikan sebagai satu teladan untuk dicontohi terutama kepada rakyat negara termasuk golongan belia untuk sama-sama berganding bahu dalam menyumbang tenaga, masa, dan kemahiran untuk membantu mereka yang memerlukan bagi menjamin masa depan yang lebih harmoni dalam kehidupan bermasyarakat serta kemakmuran negara yang aman damai.

    Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tentang semangat kenegaraan, patriotisme dan isu-isu semasa berkaitan dengan aktiviti kesukarelawanan. Kajian ini juga turut memberi kesedaran tentang konsep-konsep negara-bangsa, kesepaduan, nilai murni dan universal serta menunjukkan cara menterjemah Rukun Negara dalam kehidupan harian. Konsep patriotik turut diperluaskan agar para sukarelawan dalam memahami dengan lebih jelas. Menerusi kajian ini, para sukarelawan akan turut dilatih untuk bertingkah laku patriotik serta menjadi warganegara yang baik bersesuaian dengan citra negara Malaysia. Antaranya adalah cara menghormati simbol kebesaran negara, berdisiplin, berusaha dan produktif, serta menyelaraskan tingkah laku dengan nilai murni yang bersifat universal. Berdasarkan pembacaan penyelidik mendapati kurangnya kajian berkaitan dengan bidang kesukarelawanan di Malaysia untuk dijadikan sumber rujukan berbanding negara-negara maju. Negara-negara seperti England, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun maju lebih banyak melakukan kajian bagi menghargai penglibatan sukarelawan mereka dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pembangunan dan keharmonian komuniti sejagat (The Independent Online, 2017; Demetriou, 2011). Justeru itu, kajian ini dilakukan agar dapat memberi kepentingan dan mesej kepada pelbagai pihak anataranya seperti golongan belia, komuniti masyarakat, kerajaan, agensi/persatuan/kelab kesukarelawanan, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tentang kepentingan penglibatan sukarelawan dalam membentuk amalan nilai patriosme. Di samping itu, diharapkan kajian ilmiah ini mampu menjadi rujukan kepada para pengkaji atau penyelidik lain dalam meneroka dan membawa lebih banyak pembaharuan ke arah yang lebih baik.

    OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif berikut:

    Mengenal pasti tahap dorongan persekitaran sosial dalam aktiviti kesukarelawan dalam kalangan sukarelawan.

  • 1010

    METODOLOGI KAJIAN Bahagian ini membincangkan aspek-aspek berikut.

    Rekabentuk Kajian Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan.Reka bentuk tinjauan dipilih kerana dalam kajian ini menggunakan soal selidik bagi mengumpulkan data. Menurut Mohd Majid (2000), so