doping pelumba basikal

5
‘Isu Doping’ – Penyalahgunaan dadah dalam sukan Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) telah menggantung Ahmad Fallanie Ali krn didapati positif doping ketika Jelajah Malaysia (JM) 2013 Jun lalu. Ujian air kencing secara rawak yang dijalankan kepada beberapa pelumba pada perlumbaan tersebut mendapat Ahmad Fallanie, yang mewakili pasukan Terengganu positif mengambil bahan terlarang. beliau dimaklumkan bhw hanya mengambil ubat batuk tetapi pihak PKBM telah menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Anti- Doping PKBM untuk mengetahui apa bahan yang diambil dan bila ia diambil. Walaupun belum ada sebarang bentuk hukuman dikenakan namun penggantungan terhadap pelumba tersebut sudahpun bermula sebaik sahaja ujian air kencingnya didapati positif mengandungi bahan terlarang dan dia tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana perlumbaan setakat ini. "Sebenarnya Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tidak mensyaratkan JM mengadakan ujian doping, tetapi hasil inisiatif kita PKBM bersama kerjasama Institut Sukan Negara (ISN), mereka melalukan ujian tersebut secara rawak untuk memastikan kejohanan berprestij ini bebas dari penggunaan bahan terlarang dan tanpa diduga ada pelumba menggunakannya. Saya mahu tegaskan bahawa PKBM amat tegas dengan perkara ini dan tidak akan ada sesiap yang terlepas jika menggunakan bahan larangan yang mampu mencemarkan imej sukan ini di mata dunia JM 2013. Sukan berbasikal negara pernah dikaitkan dengan masalah doping ialah pada 2009 melibatkan pelumba lebuh raya negara, Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi yang didapati positif menggunakan bahan terlarang anabolik steroid di Kejohanan Mini Olimpik dan digantung selama dua tahun. Kes pertama pula melibatkan seorang lagi pelumba, Razif Salleh pada 2006 selepas didapati mengambil steroid. "Siapa berani buat, dia berani tanggung, sekarang biar Jawatankuasa Anti-Doping melaksanakan tugas mereka, selepas semuanya sudah lengkap barulah PKBM akan melakukan tindakan terhadap pelumba tersebut dan sekurang-kurangnya hukuman minimum digantung selama dua tahun akan dikenakan terhadapnya," katanya. Ditanya adakah kes ini mencemarkan perlumbaan JM yang sudah memasuki edisi ke-50 tahun ini, Naim berkata, ia tidak akan menjejaskan perlumbaan tersebut sebaliknya, semua pihak perlu sedar bahawa

Upload: mimiey-manjer

Post on 16-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Isu sukan

TRANSCRIPT

Page 1: Doping Pelumba Basikal

‘Isu Doping’ – Penyalahgunaan dadah dalam sukan

Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) telah menggantung Ahmad Fallanie Ali krn didapati positif doping ketika Jelajah Malaysia (JM) 2013 Jun lalu. Ujian air kencing secara rawak yang dijalankan kepada beberapa pelumba pada perlumbaan tersebut mendapat Ahmad Fallanie, yang mewakili pasukan Terengganu positif mengambil bahan terlarang.

beliau dimaklumkan bhw hanya mengambil ubat batuk tetapi pihak PKBM telah menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Anti-Doping PKBM untuk mengetahui apa bahan yang diambil dan bila ia diambil. Walaupun belum ada sebarang bentuk hukuman dikenakan namun penggantungan terhadap pelumba tersebut sudahpun bermula sebaik sahaja ujian air kencingnya didapati positif mengandungi bahan terlarang dan dia tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana perlumbaan setakat ini."Sebenarnya Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tidak mensyaratkan JM mengadakan ujian doping, tetapi hasil inisiatif kita PKBM bersama kerjasama Institut Sukan Negara (ISN), mereka melalukan ujian tersebut secara rawak untuk memastikan kejohanan berprestij ini bebas dari penggunaan bahan terlarang dan tanpa diduga ada pelumba menggunakannya. Saya mahu tegaskan bahawa PKBM amat tegas dengan perkara ini dan tidak akan ada sesiap yang terlepas jika menggunakan bahan larangan yang mampu mencemarkan imej sukan ini di mata dunia JM 2013.Sukan berbasikal negara pernah dikaitkan dengan masalah doping ialah pada 2009 melibatkan pelumba lebuh raya negara, Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi yang didapati positif menggunakan bahan terlarang anabolik steroid di Kejohanan Mini Olimpik dan digantung selama dua tahun. Kes pertama pula melibatkan seorang lagi pelumba, Razif Salleh pada 2006 selepas didapati mengambil steroid.

"Siapa berani buat, dia berani tanggung, sekarang biar Jawatankuasa Anti-Doping melaksanakan tugas mereka, selepas semuanya sudah lengkap barulah PKBM akan melakukan tindakan terhadap pelumba tersebut dan sekurang-kurangnya hukuman minimum digantung selama dua tahun akan dikenakan terhadapnya," katanya.

Ditanya adakah kes ini mencemarkan perlumbaan JM yang sudah memasuki edisi ke-50 tahun ini, Naim berkata, ia tidak akan menjejaskan perlumbaan tersebut sebaliknya, semua pihak perlu sedar bahawa perlumbaan ini amat tegas dengan mana-mana penggunaan bahan terlarang.

"Kita sudah kenakan syarat yang ketat, sekurang-kurangnya ia menjaga nama baik Malaysia walaupun UCI tidak mensyaratkan JM perlu mengadakan ujian doping. Mana-mana perlumbaan perlu mengadakan ujian doping cuma kos untuk melaksanakannya agak tinggi tetapi ia baik untuk sukan berbasikal," katanya.

Beliau dalam kenyataannya menegaskan bahawa beliau tidak pernah menggunakan bahan terlarang tersebut. Namun, bagaimanakah perkara ini boleh terjadi? Isu doping bukan perkara yang luar biasa dalam dunia sukan. Isu ini telah lama berlaku dalam arena sukan di seluruh dunia. Tetapi, apakah sebenarnya yang mennyebabkan para atlet ini mengambil bahan terlarang tersebut? Apakah kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan bagaimanakah penyalahgunaan dadah dalam sukan boleh dibendung?

Page 2: Doping Pelumba Basikal

Perkataan ‘doping’ dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan dalam prestasi atlet. Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan kepada atlet yang menggunakannya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan. Kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan akan memudaratkan seseorang individu. Dalam arena sukan, banyak kes-kes yang telah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlet mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Sebagai contoh, dalam kes pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah didapati gagal ujian doping di mana ianya mengandungi Dexamethasone.

Punca-punca penyalahgunaan dadah oleh atlet

Punca-punca bagi penggunaan bahan-bahan meningkatkan prestasi adalah banyak dan pelbagai. Secara umumnya tidak ada motif tunggal untuk penyalahgunaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang. Antara sebab-sebab berlakunya doping ialah :

1. Meningkatkan prestasi dalam sukan Atlet menghadapi tekanan yang besar untuk mencapai kecemerlangan dalam pertandingan. Selain mendapat pengiktirafan dari segi pingat, mereka juga boleh mendapatkan wang sebagai ganjaran mereka memenangi sesuatu pertandingan. Walaupun mereka mengetahui bahawa latihan merupakan cara terbaik untuk meningkatkan prestasi mereka, namun sesetengah daripada mereka berpendapat bahawa sesetengah ubat-ubatan dan amalan-amalan lain boleh meningkatkan usaha mereka dan memberi mereka jalan pintas untuk meningkatan stamina.

2. Sebagai rawatan kecederaan atau kesakitanSeseorang atlet perlu berada dalam keadaan yang sihat supaya boleh bertanding dengan sempurna. Namun begitu, terdapat sesetengah atlet yang mengalami kecederaan ketika bertanding atau melakukan latihan. Untuk mengurangkan rasa sakit dengan kadar segera, mereka sanggup mengambil ubat-ubatan yang mengandungi bahan terlarang.

3. Pengambilan tanpa sedar oleh atletKadang-kala, bahan terlarang ini boleh diambil tanpa sedar oleh atlet itu sendiri. Sebagai contoh, seseorang atlet akan mengambil supplemen sebagai pemakanan tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan stamina. Namun begitu, terdapat supplemen yang tidak berdaftar yang mengandungi bahan terlarang. Apabila mereka mengambil supplemen tersebut, tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah mengambil bahan terlarang tersebut.

Page 3: Doping Pelumba Basikal

Kesan penyalahgunaan dadah oleh atlet

A) Kepada Atlet

Atlet akan dipandang serong oleh masyarakat kerana pada tanggapan mereka, atlet tersebut telah berjaya menempa nama dan prestasi yang cemerlang dalam sukan selama ini adalah kerana penggunaan dadah yang secara tidak langsung akan meningkatkan stamina dan persembahan mereka. Masyarakat akan berfikir bahawa segala kemenangan yang dicapai adalah secara tidak jujur. Ini akan menyebabkan masyarakat akan hilang keyakinan terhadap atlet tersebut. Prestasi dan kredibiliti atlet juga akan terjejas. Hal ini adalah kerana tekanan yang akan dihadapi oleh atlet itu sendiri apabila gagal ujian doping. Tekanan ini akan seterusnya menjejaskan prestasi mereka. Selain itu, seseorang atlet juga akan digantung daripada menyertai mana-mana pertandingan dan latihan untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan.

B) Kepada arena sukan dan negara

Isu doping akan menjatuhkan maruah sukan negara. Negara lain akan memandang serong terhadap negara kita. Hal ini adalah kerana mereka akan berpendapat bahawa atlet negara Malaysia adalah tidak jujur dan tidak layak untuk bertanding. Mereka juga akan mengesyaki tahap pengawalan pemakanan atlet tidak dikawal sepenuhya oleh pihak yang bertanggungjawab. Selain itu, negara juga akan mengalami kerugian kerana akan kehilangan atlet yang berpotensi. Apabila seseorang atlet gagal dalam ujian doping, mereka akan digantung daripada bertanding dalam mana-mana pertandingan untuk satu tempoh masa yang agak panjang. Ini menyebabkan negara kita gagal mendapatkan pengiktirafan. Masa yang agak lama juga diperlukan untuk membaikpulih keadaan.

Langkah-langkah membendung masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan atlet

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah ini adalah dengan memberikan pendidikan dan pengetahuan yang secukupnya kepada para pemain dan pelatih mereka mengenai bahan terlarang dalam sukan. Hal ini adalah kerana ramai atlet sukan yang masih lagi tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai bahan-bahan tersebut terutamanya apabila mereka mengambil supplemen-supplemen seperti ubat-ubatan tradisional. Pengetahuan mengenai cara mengenalpasti ubat-ubatan yang berdaftar juga perlu diberi penekanan. Selain itu, mereka juga perlu didedahkan dengan kesan-kesan yang akan berlaku dengan pengambilan bahan-bahan seperti ini.

Di samping itu, ujian doping juga perlu dilaksanakan dengan prosedur yang lebih ketat supaya tidak berlakunya penyelewengan ketika ujian dilakukan. Ujian doping perlu dilakukan ke atas setiap atlet secara rawak bukan sahaja ketika musim pertandingan, tetapi ketika di luar musim pertandingan. Dengan mengambil pendekatan ini, sudah pastinya atlet akan berasa tidak selamat dan akan berasa takut untuk menyalahgunakan dadah.

Page 4: Doping Pelumba Basikal

Langkah seterusnya ialah dengan melantik ahli farmasi yang berdaftar untuk mengawasi pengambilan ubat-ubatan oleh setiap atlet. Walaupun setiap atlet mempunya penasihat nutrisi ataupun ‘nutritional advisor’, yang berperanan mengawasi pemakanan atlet, mereka mungkin tidak mempunyai pengetahuan mengenai kandungan ubat-ubatan yang diambil oleh atlet tersebut. Ahli farmasi sebagai pakar dalam ubat-ubatan sememangnya adalah pilihan yang terbaik untuk memberi nasihat kepada atlet dalam pengambilan ubat-ubatan.

Hukuman yang lebih berat perlu diberikan kepada atlet yang didapati bersalah seperti dilarang daripada menyertai pertandingan untuk selamanya. Hukuman yang berat seperti ini akan menyebabkan para atlet berasa takut untuk menyalahgunakan dadah.