dokumen kpm.docx

14
DOKUMEN KPM 1- Surat Pekeliling Kewangan Bil 1 2013 2- Pindaan SPK RMT Bil 2013 3- Lampiran 2 4- Contoh Borang Perjanjian RMT 5- Borang Pemantauan RMT 6- Borang Data Murid RMT OBJEKTIF RMT Objektif Am - Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah ,terutama dari luar bandar dan daripada golongan berpendapatan rendah , secara imbuhan sementara waktu bagi memperbaiki kesihatan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Objektif khusus : A. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid berkenaan agar dapat membantu / mengatasi pelbagai masalah pertumbuhan badan / kekurangan tenaga. B. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung / tidak langsung. C. Untuk memupuk budaya sopan santun atau disiplin , timbang rasa dan amalan berkaitan dengan kebersihan diri / makanan dan alam sekitar. D. Untuk memperkasa Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program ini mendapat sambutan yang baik. E. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam kebajikan / usaha sekolah. KEHADIRAN PROGRAM RMT MENYEBABKAN KEHADIRAN MURID ADALAH LEBIH MEMUASKAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK JUGA LEBIH BAIK TERUTAMA DARIPADA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH. OLEH ITU RMT TELAH MEMBANTU MURID UNTUK KECEMERLANGAN KRITERIA KELAYAKAN MURID :

Upload: wanrosini-wanabdullah

Post on 16-Jan-2016

271 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN KPM.docx

DOKUMEN KPM

1- Surat Pekeliling Kewangan Bil 1 2013

2- Pindaan SPK RMT Bil 2013

3- Lampiran 2

4- Contoh Borang Perjanjian RMT

5- Borang Pemantauan RMT

6- Borang Data Murid RMT

OBJEKTIF RMT

 Objektif Am  - Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah

rendah ,terutama dari luar bandar dan daripada golongan berpendapatan rendah , secara

imbuhan sementara waktu bagi memperbaiki kesihatan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.

Objektif khusus :

A. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid

berkenaan agar dapat membantu / mengatasi pelbagai masalah pertumbuhan badan /

kekurangan tenaga.

B. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung / tidak langsung.

C. Untuk memupuk budaya sopan santun atau disiplin ,  timbang rasa dan amalan berkaitan

dengan kebersihan     diri / makanan dan alam sekitar.

D. Untuk memperkasa Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program ini

mendapat sambutan yang baik.

E. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat  dalam kebajikan / usaha

sekolah.

KEHADIRAN

PROGRAM RMT MENYEBABKAN KEHADIRAN MURID ADALAH LEBIH MEMUASKAN DAN

PENCAPAIAN AKADEMIK JUGA LEBIH BAIK TERUTAMA DARIPADA GOLONGAN

BERPENDAPATAN RENDAH.

OLEH ITU RMT TELAH MEMBANTU MURID UNTUK KECEMERLANGAN

KRITERIA KELAYAKAN MURID :

       A. WARGANEGARA MALAYSIA

       B.  MURID DARJAH 1 HINGGA 6 DI SK

             ATAU SBK

Page 2: DOKUMEN KPM.docx

       C. PENDAPATAN IBUBAPA/PENJAGA

            RM 430 SEBULAN ATAU PERKAPITA

            RM 100.

KADAR BAYARAN.

KADAR : RM 1.80 SEHARI PER MURID

BILANGAN HARI :  190 HARI SETAHUN.

KADAR INI MUNGKIN BERUBAH IKUT KEPERLUAN SEMASA…..

PERANAN SEKOLAH

        - MENYEDIAKAN MENU RMT (MINGGUAN)

        - MEMASTIKAN MENU DILAKSANAKAN

        - MEMASTIKAN KUALITI MENU MAKANAN

        - MEMUPUK BUDAYA SOPAN , DISIPLIN ,

          TIMBANG RASA DAN KEBERSIHAN

        - MENYEDIAKAN SENARAI KEHADIRAN

           MURID (HARIAN) SERTA LAPORAN

PERATURAN PENTADBIRAN.

1- DAFTAR NAMA MURID RMT PERLU DICATAT TIAP-TIAP HARI OLEH PIHAK SEKOLAH 

2- LAPORAN PEMANTAUAN AJK RMT   DISEDIAKAN SETIAP HARI 

3- PENGURUSAN KEWANGAN DAN STOK HARIAN / BULANAN / TAHUNAN HENDAKLAH DISELENGGARA OLEH PIHAK SEKOLAH 

4- GURU BESAR HENDAKLAH MEMBERI PERHATIAN KHAS TERHADAP PERKEMBANGAN PELAJARAN , KESIHATAN DAN LAIN-LAIN BERKAITAN MURID YANG MENERIMA RMT INI 

5- GURU BESAR HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU LAPORAN KEPADA PPD / JPN NEGERI MASING-MASING PADAYAYASAN TUANKU SYED PUTRA

LAPORAN PROGRAM KESIHATAN DI SEKOLAH

Page 3: DOKUMEN KPM.docx

KANDUNGAN                                                                          HALAMAN__________________________________________________________________

1.0              Laporan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)1.1              Pendahuluan                                                                                  1.2              Program Rancangan Makanan Tambahan(RMT)                           1.3              Carta Organisasi                                                                            1.4              Visi Dan Misi, Matlamat Dan Objektif                                         1.5              Pelaksanaan,Tindakan Dan Pemantauan yang Dijalankan            1.6              Kesan Program RMT Kepada Murid                                             1.7              Hal-hal Lain                                                                                                

2.0              Laporan Program Susu Sekolah (PSS)2.1              Program Susu Sekolah Sihat                                                          2.2              Carta Organisasi                                                                             2.3              Visi Dan Misi, Matlamat Dan Objektif                                         2.4              Pelaksanaan,Tindakan Dan Pemantauan yang Dijalankan            2.5              Kesan Program PSS Kepada Murid                                              2.6              Penutup                                                                                          

LAPORAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

1.0 PENDAHULUAN

Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) telah ditubuhkan dengan kerjasama kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Program ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah ke arah melahirkan murid-murid sekolah yang sihat dan dapat mengesan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Program PBSS ini juga diharapkan dapat melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah dan program ini diharapkan dapat meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) ini adalah satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Oleh itu PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti serta sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin menjadikan masyarakt yang seimbang dari segi jasmani,emosil,mental dan rohani. Program ini juga adalah untuk menjadikan sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti kearah negara berwawasan dan maju.

Page 4: DOKUMEN KPM.docx

1.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Program Rancangan Makanan Tambahan diadakan bertujuan untuk memberi makanan yang berkhasiat kepada murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. RMT adalah memperuntukan sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan makanan harian yang diperlukan. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk memberi faedah dan kesihatan kepada murid-murid yang terlibat.RMT yang dijalankan dibawah Rancangan Bersepadu Sekolah Sihat adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid terutama kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Murid-murid yang dipilih untuk menyertai program ini adalah murid-murid yang telah dikenalpasti berkelayakan seperti mestilah berstatus warganegara Malaysia dan daripadakeluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan per kapitaRM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah dibawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT )

      

PENYELARAS : TN.HAJI OMAR B AHMAD

SETIAUSAHA : PN.     NORMALINA BT MAT 

AJK : PN. NOR AZLINA  BT  MUHAMMAD

  : PN. FAZILAH BT

  : PN.SALWA BT OMAR 

  : PN. SAIDATUL MUNAWIR BT SAIDI N

  : EN.FADHLI

: PN.FARIDAH

 

PN. WAN ROSINI BT WAN ABDULLAH

Page 5: DOKUMEN KPM.docx

PANDUAN TUGAS

1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2     kali setahun.

2. Pemilihan dan mengenalpasti murid layak terima RMT dan menyenaraikan nama murid mengikut nombor.

3. Perbincangan dan membuat pemilihan menu yang sesuai

4. Menyediakan rekod tugasan guru dan rekod kehadiran murid.

5. Memastikan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan RMT.

6. Mengemaskini rekod , fail, surat-menyurat serta maklumat berkaitan.

7. Memantau perlaksanaan semasa pembahagian makanan dari segi kualiti dan kuantiti.

8. Melengkapkan dan menceriakan papan kenyataan di sudut RMT dengan maklumat-maklumat berkaitan.

9. Memberi taklimat dan peringatan kepada murid RMT dari semasa ke semasa.

10. Menerima stok pil multivitamin mencukupi dan mengagihkan kepada murid RMT mengikut jadual yang ditetapkan.

MATLAMATRMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahankepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golonganberpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaikikesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.OBJAKTIF

         Menyediakan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

         Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.         Menggalakkan penglibatan dan pernyataan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah

mengelolakan RMT.         Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta  amalan-amalan

yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.

          Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan.

Page 6: DOKUMEN KPM.docx

         Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

1.5.1        PELAKSANAAN,TINDAKAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKANRancangan Makanan Tambahan yang telah dilaksanakan di sekolah adalah satu usaha yang baik kearah mengurangkan masalah pelajar yang tidak mempunyai sumber makanan yang seimbang.Biasanya pihak RMT sekolah akan menyediakan menu makanan yang mampu menambahkan zat dan makanan seimbang kepada murid-murid yang terlibat.Pada peringkat awal pemilihan menu yang telah ditetapkan oleh kementerian iaitu sebanyak 20 menu  yang berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan mereka. Pengusaha kantin perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yangdigemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yangditentukan.

Contoh salah satu menu yang disediakanJADUAL MENU MAKANAN RMT

HARI MENU MAKANAN

ISNIN 1.      Bubur nasi

2.      Minuman – milo

3.      Buah – pisang

SELASA 1.      Mee goreng dengan sayur dan ayam

2.      Minuman – milo

3.      Buah – betik

RABU 1.      Roti- 2 keping + jem

2.      Minuman – milo

3.      Buah - tembikai

KHAMIS 1.      Nasi + ayam masak kicap + sayur

2.      Minuman – jus oren

3.      Buah - Epal

JUMAAT 1.      Nasi kuning + telur + sayur

2.      Minuman – milo

3.      Buah - Oren

Makanan yang dibekalkan mengandungi tenaga dan zat makanan(nutrient) dan komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan murid-murid.Zat-zat ini penting bagi perkembangan otak dan tumbesar kanak-kanak dalam usia yang tertentu.Karbohidrat ,lemak dan protein adalah zat yang membekalkan zat dan tenaga.

Page 7: DOKUMEN KPM.docx

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan RMT mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan untuk mencapai

kecemerlangan dan aktiviti kokurikulum.Pihak sekolah memainkan peranan dalam melaksankan program RMT untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat antara murid –murid

Pihak pengusaha RMT oleh sekolah hendaklah mematuhi semula syarat-syarat penyediaan makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan di pantau oleh ahli jawantankuasa RMT sekolah.Pemantauan yang dibuat adalah untuk memastikan kebersihan dalam proses penyedian dan pengendalian pemberian makanan,mementingkan kebersihan makan dan mengawasi segala peraturan kebersihan terutama semasa menyediakan dan menghidangkan makanan untuk mengelakkan keracunan makanan dan penyakit berjangkit.Antara kaedah yang digunakan untuk memantau keberkesanan RMT di sekolah adalah

         Melalui Rekod Rancangan Makanan Tambahan         Laporan bulanan         Rekod BML murid untuk memastikan berat badan murid bertambah

Pemakanan yang  berkhasiat dan seimbang merupakan aspek yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Murid sekolah rendah merupakan golongan yang berada di zaman kanak-kanak dan pemakanan yang betul semasa kanak-kanak boleh membentuk satu pola pemakanan yang sihat sepanjang hayat seseorang. Usaha mendidik pada peringkat awal berkenaan pemakanan yang sihatakan membantu kanak-kanak bijak membuat pemilihan makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya menghalang pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung atau pertambahan berat badan (Edge, 1976).            Para guru boleh membentuk pola pemakanan yang wajar dan melatih tabiat makan yang betul dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan memupuk adab makan yang betul hingga mampu mendorong murid menikmati hidangan dengan selesa dan menyeronokkan. Persekitaran fizikal ruang makan, kebersihan dan keceriaan ruang makan perlu dikekalkan agar tabiat makan yang sihat dapat diterap dalam diri murid. Contohnya, tabiat makan yang baik boleh dibentuk dengan mengamalkan adab makan yang betul. Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk adab makan murid, oleh itu, guru mesti makan bersama-sama murid dan berinteraksi dengan mereka sewaktu makan. Memandangkan masa yang ada amat bernilai maka peluang tersebut boleh digunakan oleh guru untuk memberi penerangan tentang makanan, adab dan tabiat makan.

1.6    Kesan RMT Terhadap Pendidikan Di Sekolah.Program  RMT yang dilaksanakan  telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.  Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan amalan pemakanan.Murid-murid akan didedahkan dengan kepentingan menjaga kebersihan makanan .Guru akan sentiasa mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit.

                            

Page 8: DOKUMEN KPM.docx

Selain itu,Program RMT yang dijalankan di sekolah telah memberi kesan yang positif terhadap berkembangan fizikal dan mental murid.Murid –murid mendapat nutrisi yang seimbang dalam pemakanan mereka dan dapat memberi satu gambaran bahawa pengambilan pemakanan yang seimbang yang konsisten dapat membantu daya tumpuan murid semasa di dalam kelas.Amalan pemakanan yang baik telah mempengaruhi daya penumpuan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana pemakan memberi kesan keatas fizikal dan mental murid.Murid dapat memberi tumpuan semasa didalam kelas dan tahap kefahaman mereka akan meningkat dan memberi kesan peningkatan prestasi mereka dalam pelajaran meraka.Program RMT juga mampu memberi kesedaran dan memupuk nilai-nilai murni dalam pemakanan mereka.Murid-murid akan didedahkan dan diajar  tentang cara-cara dan adab makan dengan baik.Murid akan diajar cara makan dengan baik iaitu bermula daripada membasuh tangan hinggalah keakhirnya.Hal ini akan mempu memberi kesan mental dan rohani dalam adab-adab pengambilan makanan murid.Murid akan sentiasa mengamalkan tatacara makan yang sopan.Murid akan didedahkan dengan cara-cara makan yang betul seperti membaca doa sebelum dan selepas makan,makan dengan tangan kanan,makan dengan beradab sopan dan sebagainya.1.7       HAL-HAL YANG BERKAITAN TENTANG PENAMBAHBAIKAN RMT DI SEKOLAH            Penambahbaikan dalam program RMT perlulah dipandang serius oleh pihak yang berkaitan.Antaranya ialah mempelbagaikan menu makanan setiap hari dan setiap semester akan tidak menimbulkan kebosanan murid untuk menikmati makanan yang sama pada setiap hari.Hal ini kerana akan mempengaruhi minat dan kandungan vitamin dalam makanan yang diambil oleh murid.Pihak sekolah juga perlu memberi ganjaran kepada murid yang sentiasa hadir mengambil makanan .Hal ini adalah untuk mengelakkan sikap murid yang bosan dan malu untuk mengambil makanan pada setiap hari.Guru-guru perlu sentiasa memberi motivasi kepada murid agar mereka mempunyai kesedaran tentang  peluang yang diperolehi oleh mereka dan tidak semua murid yang memperolehinya.Guru perlu sentiasa memberi kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang yang disediakan dalam program RMT dan murid perlu merebut peluang agar mereka tidak ketinggalan dalam mendapatkan menu sihat dan seimbang berbanding dengan murid-murid lain yang mengambil makanan yang belum tentu kandungan zat dan keseimbangan makanan yang betul.            Guru-guru  juga boleh memberi ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan. Hal ini akan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.Demontrasii mencuci  tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.            Guru-guru juga akan memberi penerangan tentang kepentingan pengambilan sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan

Page 9: DOKUMEN KPM.docx

kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.1.8       PENUTUP

Program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) ini memberikan peluang kepada murid-murid sekolah rendah untuk memperolehi sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yangdiperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Dengan program RMT ini juga mampu memberi kecergasan fizikal dan  minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan ditingkatkan dan dapat  melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosialdan intelek atau JERIS.Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan.

2.0  PROGRAM SUSU SEKOLAH

2.1 PENDAHULUANProgram Susu Sekolah (PSS) merupakan program yang dijalankan selaras dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan pemakanan  bagi memastikan  kanak-kanak sihat dari segi fizikal ,mentel dan kesihatan umum bertambah baik.Program susu sekolah ini juga merupakan satu program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.Skim ini melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

2.3   MATLAMAT PROGRAMMatlamat program minum susu sihat adalah bertujuan  mengekalkan tahap kesihatan murid dan seterusnya memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya mengambil keperluan susu untuk tumbesaran di peringkat kanak-kanakOBJEKTIF PROGRAMProgram ini adalah bertujuan untuk ;

a)      Memastikan murid-murid dapat menerima nutrisi yang secukupnya pada peringkat awal kanak-kanak.

b)      Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang cergas semasa berada di sekolah.

Page 10: DOKUMEN KPM.docx

c)      Membantu pertumbuhan dan tumbesaran murid sekolah agar dapat mencapai tahap tumbesaran yang optimum.

d)     Memberi peluang kepada murid-murid yang tidak mampu untuk membeli susu kotak di kedai merasai nikmat minum susu.

e)      Memberi pendedahan kepada murid berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan.2.5       PELAKSANAAN,TINDAKAN YANG DIJALANKAN            Tarikh              : 25 September 2014

Hari                 : KhamisMasa                : 10.30 pagi         : Program minum susu sihat  ini adalah merupakan program tahunan di mana semua murid

diberi minum susu oleh pihak sekolah. Pemberian susu ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap murid mendapat nutrisi yang mencukupi bagi melahirkan murid-murid yang cergas dan cerdas dari aspek jasmani dan emosi. Pengambilan susu yang kaya dengan nutrisi kalsium dapat membina pertumbuhan tulang dan tumbesaran tulang. Dengan itu, ia akan dapat meningkatkan saiz tinggi badan murid untuk mencapai tahap ketinggian yang optimum sebagai orang asia. Ini dapat mengelakkan murid mengalami masalah pertumbuhan tinggi mereka.

Seperti yang diketahui, saiz tubuh badan adalah sangat penting bagi membolehkan setiap murid menjadi aktif dalam sesuatu bidang sukan. Ini kerana, untuk menjadi atlet yang mampu pergi lebih jauh dalam bidang sukan memerlukan saiz fizikal seorang atlet iaitu tinggi dan berotot. Untuk mencapai matlamat tersebut, program susu ini dapat membantu murid untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Disamping itu, program susu ini dapat memberi murid kecergasan tubuh badan untuk mengikuti kelas dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Apabila murid menjadi cergas dan cerdas, ia dapat membantu murid dengan memudahkan lagi murid untuk faham dan melakukan aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah.

Justeru itu, program susu sekolah sangatlah dititik beratkan oleh pihak kementerian pendidikan Malaysia agar terus dilaksanakan di setiap sekolah di Malaysia. Hal ini disokong dengan penganjuran program minum susu sedunia di mana program ini dijalankan secara besar-besaran di setiap sekolah rendah di seluruh Malaysia. Program ini juga dijalankan secara serentak bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Melalui program minum susu ini, beberapa aktiviti yang berkaitan juga boleh diterapkan secara tidak langsung bagi memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah.

Program ini dijalankan selepas waktu rehat iaitu dalam lingkungan masa pukul 10.30 pagi. Program dimulakan dengan mengumpul semua murid daripada tahun 1 hingga tahun 6 di kantin sekolah. Setelah semua murid berkumpul di kantin, guru bertugas telah memberi sedikit taklimat berkenaan program yang dijalankan. Antara perkara yang diterangkan semasa memberi taklimat ialah menerangkan berkenaan program yang dijalankan dan seterusnya memberikan panduan kepada murid mengenai cara untuk menikmati susu tersebut. Panduan ini adalah bertujuan untuk memastikan murid mendapat susu yang selamat untuk di minum dan seterusnya dapat mengelakkan daripada mengalami keracunan makanan.

Selesai memberi taklimat kepada murid, guru yang bertugas dengan bantuan daripada beberapa guru lain dan juga pengawas sekolah mengagihkan susu kotak kepada setiap murid sekolah. Kemudian setelah murid mendapat susu yang diagihkan, guru yang bertugas menunjukkan langkah-langkah untuk menikmati susu sekolah tersebut. Murid-murid mengikuti

Page 11: DOKUMEN KPM.docx

langkah yang diberikan dan seterusnya menikmati susu kotak yang diberikan. Selepas selesai menikmati susu kotak yang diberikan, guru yang bertugas menyuruh murid membuang kotak kosong ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Secara tidak langsung murid dapat disemai dengan tingkah laku yang baik.

Selesai semua murid menikmati susu yang diberikan, guru yang bertugas mengarahkan semua murid untuk bergerak masuk ke kelas masing-masing dengan iringan daripada pengawas sekolah. Alhamdulillah, program minum susu yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan jayanya.

Akhir sekali, adalah diharapkan semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi dengan beberapa penambahbaikan yang lebih baik agar murid-murid mendapat maklumat mengenai program susu sekolah ini dengan lebih tepat dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka.