doktor cinta- pdf muzri

327
Dyadila 1 M AZLIANA duduk santai di bangku empuk milik Azlin. Rutin hariannya selepas mendapat segulung ijazah, ijazah ya bukan Hamzah ek, adalah duduk lepak menghabiskan masa yang memang untuk dibuang. Memang bukan cerita rekaan tapi kenyataan sampai sekarang lebih sepuluh temu duga tapi tiga yang lekat dan yang lekat tu tak kena langsung dengan jiwa. Kononnyalah. “Maz nak duduk sini ke? Tak nak ikut akak?” Azlin sudah sedia berdiri di depan pintu. “Malaslah, lagipun Kak Ani ada depan tu.” “Okey, akak tak lama dalam dua puluh minit aje,” janji Azlin. Emmm... iya ke dua puluh minit? Kalau dah jumpa buah hati dua puluh jam pun tak sedar.” Mazliana ketawa kuat. Doktor Azlin mencebik. Jelas sangat ketawa yang dibuat-buat, bukan dia tak tahu macam mana hubungan Mazliana dengan Johan. Bab 1

Upload: jue-mie

Post on 30-Jun-2015

1.225 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

1

MAZLIANA duduk santai di bangku empuk milik Azlin. Rutin hariannya selepas

mendapat segulung ijazah, ijazah ya bukan Hamzah ek, adalah duduk lepak menghabiskan masa yang memang untuk dibuang. Memang bukan cerita rekaan tapi kenyataan sampai sekarang lebih sepuluh temu duga tapi tiga yang lekat dan yang lekat tu tak kena langsung dengan jiwa. Kononnyalah.

“Maz nak duduk sini ke? Tak nak ikut akak?” Azlin sudah sedia berdiri di depan pintu.

“Malaslah, lagipun Kak Ani ada depan tu.”

“Okey, akak tak lama dalam dua puluh minit aje,” janji Azlin.

“Emmm... iya ke dua puluh minit? Kalau dah jumpa buah hati dua puluh jam pun tak sedar.” Mazliana ketawa kuat.

Doktor Azlin mencebik. Jelas sangat ketawa yang dibuat-buat, bukan dia tak tahu macam mana hubungan Mazliana dengan Johan.

Bab 1

Page 2: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

2

“Orang suruh cari kekasih tak nak, lepas tu jealous pulak.”

“Eiii... pleaselah ek nak cemburu-cemburu segala ni tak ada dalam kamus hidup Mazliana Haji Nordin tau!”

Doktor Azlin menjelir lidah ke arah adik kesayangannya. Dia keluar meninggalkan klinik. Dia sudah lewat. Muka monyok Johan terbayang di kotak fikiran. Bertambah laju kakinya melangkah.

BOSAN. Mazliana memandang sekeliling, apa yang ada di atas meja semuanya tidak menarik perhatian. Dia terpandang name tag yang terletak cantik di jubah putih kakaknya. Doktor Mazliana, ewah... sempat lagi berangan. Tanpa sedar jubah itu sudah tersarung di tubuhnya. Cantik!!! Eiii... boleh jadi doktor aku ni.

“Ya sakit apa? Boleh saya tolong? Okey, awak boleh ambil ubat di luar.” Mazliana berdialog sendiri. Satu lagi penyakit keturunannya iaitu kuat berangan. Makanlah pil atau herba atau akar kayu tujuh hutan sekali pun penyakit ni tak akan boleh sembuh.

Dia tersenyum, gerak geri Doktor Azlin dilakonkan. Dia kembali duduk di kerusi yang ditinggalkan tadi. Novel Suratan Kasih dibuka semula, minatnya pada bidang kesenian. Cakap saja apa yang ada kaitan dengan seni semuanya dia minat. Masih terdengar bebelan Haji Nordin dan Puan Maznah sampai ke hari ini. Tapi dia tahu walau setinggi mana pun marah mak dan ayah, di hati mereka tetap ada dia. Ewahhh... bak kata orang dalam hati ada taman.

“Doktor, doktor! Tolong kawan saya ni!” Tiba-tiba

Page 3: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

3

dua orang pemuda merempuh masuk ke dalam bilik. Habis terpelanting novelnya entah ke mana. Mazliana mengurut dada. Eiii... bagilah salam dulu kalau nak minta tolong pun. Eh... ada ke orang minta tolong bagi salam?

Dua orang lelaki berbadan tegap sudah berdiri di depannya, seorang sedang mengerang kesakitan. Mungkin sakit, laaa... dah nama pun dalam klinik takkan dia datang nak order teh O ais pulak. Eh? Nak buat apa ni???

“Ermmm... kenapa ni?” Mazliana bertanya bodoh. Dia menggaru kepalanya, melihat lelaki itu sedang mengerang kesakitan. Bukan perlahan tapi macam nak pecah gegendang telinga. Wajah garang lelaki itu memang menakutkan.

“Dia jatuh masa game tadi, tak boleh nak bangun.”

Hanya pemuda yang masih berjersi bola itu menjawab. Seorang lagi masih mengerang kesakitan. Mazliana panik, dia mendekati lelaki yang sudah duduk di kerusi roda. Sempat memandang sekilas wajah berkerut itu.

“Dekat mana sakit ni?” Mazliana cuba berlembut.

“Kakilah, tak akan kepala! Aduh!!!” Lelaki itu menjerit.

Amboi! Sakit pun kurang ajar lagi, bisik Mazliana perlahan.

“Apa doktor?” tanya lelaki itu. Wajahnya berkerut menahan sakit. Sakit sangat ke? Tak ada darah pun, hesy... ini mesti kes manjalah ni. Macam ayam, bertelur sebiji tapi sampai satu kampung dia nak inform.

“Hah! Tak ada, macam ni sebenarnya...” Mazliana cuba berterus terang. Tapi gagal.

“Aduhhh!!!”

Page 4: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

4

Lelaki yang duduk di kerusi roda menjerit kuat. Terangkat bahu Mazliana kerana terkejut, Mazliana menggigit bibir. Dia bertambah kalut.

Takkan dia nak cucuk punggung lelaki ini dengan ubat penenang kut? Hesy, mana boleh sakit kaki aje lagipun kecederaan tak serius sangat. Habis tu nak buat apa? Matanya sempat meninjau ke arah pintu, mana tahu kalau Kak Lin dah balik.

“Doktor, kenapa? Kaki dia ni patah ke???” Suara itu kedengaran bimbang.

Mazliana sekali lagi menggaru kepalanya,

“Hah??? Entah....” Cuba untuk menjelaskan keadaanya sebenar tapi usahanya sekali lagi gagal.

“Entah? Maksud doktor?” Zikri bertanya hairan. Doktor di hadapannya kelihatan pelik. Dari tadi dia hanya berdiri dan melihat keadaan Tengku Iskandar dari jauh.

“Eh, tak! Maksudnya, mana saya tahu, sebab saya tak periksa lagi.” Sekali lagi Mazliana mengutuk dirinya kerana menipu. Tapi jelingan pemuda di sebelahnya betul-betul membuatkan dia terperangkap.

“Doktor tengoklah cepat!” Sergahan pemuda yang mengerang sakit itu sekali lagi membuatkan jantungnya seakan mahu gugur. Eiii... suka menjerit betul mamat ni. Keturunan Tarzan ke apa? Sempat matanya meneliti wajah kesakitan di depannya, nasib baik hensem, bolehlah cover perangai buruk tu.

“Encik, boleh tak jangan memekik macam tu. Kalau encik beristighfar banyak-banyak tak adalah sakit sangat, kalau encik terus menjerit macam tu bukan encik yang mati nanti silap hari bulan saya yang kena serangan jantung!” marah Mazliana geram. Tengku Iskandar terkedu.

Page 5: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

5

Zikri pula tersenyum mendengar kata-kata doktor muda itu. Dalam hatinya mengekek gelak melihat wajah kelat Tengku Iskandar. Wajah garang Tengku Iskandar semakin hilang. Tak sangka pulak CEO MM Holding kena tengking hari ni.

“Sakitlah doktor!” Sekali lagi pemuda yang bernama Tengku Iskandar itu bersuara tapi tidak sekuat tadi.

“Sakit pun anugerah juga, saya tahulah encik sakit tapi janganlah menjerit macam perempuan.” Mazliana berkata selamba. Pantas dia tunduk melihat kaki lelaki itu yang sudah membengkak.

Ala sikit aje, menjerit macam nak mati, Mazliana bermonolog sendiri. Wajah lelaki itu dipandang sekali imbas. Dia tersenyum lagi, kali ini dia jumpa penyelesaian. Bijak betul Mazliana Haji Nordin, sejuk perut mak melahirkan.

Tengku Iskandar meneliti wajah yang tersembunyi di sebalik juntaian rambut yang menutup separuh dari wajahnya. Baju kurung putih berbunga merah berselindung di balik jubah putih yang tersarung di tubuh langsingnya. Cantik tapi mulut boleh tahan pedas. AZLIN. Sempat dia membaca tanda nama yang terlekat di jubah.

“Emmm... tak ada apa-apa kaki awak ni, cuma terseliuh sikit aje.”

“Sikit doktor kata? Tapi kenapa sakit sangat?” Suara lelaki itu tinggi mencakar langit. Mak ai... garangnya spesies harimau ke apa? Terasa macam nak tutup aje telinga.

“Eh... saya tahulah. Saya doktor ke awak doktor?” Giliran Mazliana mengaum. Kalau kau harimau, hah aku ni keturunan singa!

Tengku Iskandar menjeling tajam kepada Zikri yang tergelak kecil. Semua salah sahabatnya itu, sibuk ajak main

Page 6: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

6

bola. Padahal dia sendiri tahu yang Tengku Iskandar Tengku Mazlan ni tak akan pernah mengotorkan kakinya. Baginya permainan bola sepak adalah permainan yang kurang bijak. Satu bola berebut ramai-ramai. Teringat rayuan sahabatnya itu beberapa hari lalu.

“Is tolonglah aku... team aku tak cukup kaki ni.”

“Ohhh no, no.... Kau dah lama kenal aku, kan? Jawapan aku TIDAK.”

“Ala... aku tahu kau pandai main.”

“Zik, kenapalah kau nak main permainan bodoh tu, kalau kau nak sangat bola tu aku boleh belikan. Berapa orang team kau? Satu sorang aku bagi bola tak payah berebut.”

Rayuan Zikri masih terdengar-dengar di hujung telinga. Seribu alasan yang diberi beribu-ribu ayat memujuk keluar. Entah atas dasar apa dia menerima tawaran yang diberikan. Akhirnya inilah yang dia dapat, sakit satu badan. Namun hakikatnya memang permintaan sahabat merangkap saudaranya itu tak pernah diabaikan.

“Jadi macam mana doktor?” Suara Zikri, membawa kembali Tengku Iskandar ke dalam bilik klinik entah apa-apa ni. Matanya kembali kepada wanita yang masih tunduk membelek kakinya.

“Ini urut sikit ni okeylah,” cadang doktor muda sekali pakej senyuman manisnya.

“Urut???” Mata dua lelaki itu berpandangan. Ada sesuatu yang meragukan. Zikri menggaru kepalanya. Rasanya tadi dia ke klinik, bukan pusat urut. Aduh!!!

Mazliana tunduk melihat kaki lelaki itu. Dia mengaplikasikan kemahiran mengurut turun temurun arwah neneknya. Tengku Iskandar menjerit kecil setiap kali jari itu

Page 7: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

7

menyentuh kakinya. Zikri pula hanya menjadi pemerhati setia. Leka melihat doktor muda itu. Matanya jatuh ke wajah bersih milik Mazliana. Cantik. Dia memuji dalam diam. Tiba-tiba matanya beralih pada Tengku Iskandar, dia tersenyum rupanya Tengku Iskandar juga melakukan perkara yang sama.

“Okey.” Suara itu membuatkan mata Zikri dan Tengku Iskandar terarah pada wajah Mazliana.

“Awak boleh ambil ubat sejam dari sekarang,” sambung doktor muda yang memakai name tag Azlin itu memberi arahan.

“Kenapa sejam doktor? Lamanya?” Zikri bertanya pelik.

Mazliana memikir ayat yang sesuai. Matanya melilau mencari idea. Tu la menipu lagi, kan dah susah, bisik hatinya. Matanya kembali kepada dua lelaki yang asyik memandangnya. Dia tersenyum lagi.

“Sebab klinik saya dah kehabisan ubat, so lagi sejam awak datang balik. Okey awak berdua bolehlah keluar.” Satu senyuman kecil dilemparkan.

Sebaik sahaja bayang dua pemuda itu tidak kelihatan, Mazliana melepaskan keluhan berat. Dia memikir kembali pembohongan kecil yang dibuat. Hesy, kerja gila. Nasib baik terseliuh buatnya sakit jantung. Tak pasal-pasal! Pantas dia membuka jubah putih yang dipakai. Tak mahu akan ada salah faham lagi selepas ini. Mazliana melangkah keluar dari bilik menuju ke kaunter pendaftaran.

“Kak Ani, kenapa benarkan pesakit tu masuk?”

“Hah? Kenapa pulak?” Dahi wanita berusia awal tiga puluhan itu berkerut.

Page 8: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

8

“Kak Lin tak ada dalam bilik, Kak Ani tak nampak ke dia keluar tadi?”

“La... akak tak tahu pulak Doktor Lin tak ada, habis macam mana pula mamat hensem tu tak kata apa-apa pulak?”

Mazliana mencebik, mamat hensem ke? Hesy, tak ada maknanya hensem, gabra semacam. Tak tahu langsung erti kesabaran.

“He he he... sebab Maz yang jadi doktor.” Keningnya dijongket-jongketkan beberapa kali. Senyuman nakal muncul di wajah.

“Ya Allah budak ni, biar betul?”

“Betullah, Doktor Cinta.” Mazliana tergelak besar.

Kak Ani hanya mampu menggelengkan kepala. Dia lebih senang apabila bersama Mazliana berbanding Azlin. Azlin seorang yang tegas tapi adiknya seorang gadis yang periang dan sentiasa tersenyum. Kadangkala ada saja benda yang dia buat membuatkan orang ketawa.

“SEMUA kau punya pasal.” Tengku Iskandar memandang wajah selamba Zikri. BMW hitam bergerak perlahan meninggalkan klinik.

“Bukan aku yang buat kau jadi macam tu, biasalah dalam permainan bola sepak kalau tak jatuh bukan mainlah namanya, kan?” Wajah berkerut Tengku Iskandar dikerling sekilas di sebalik cermin mata hitam.

Bukan sehari dua dia kenal Tengku Iskandar Tengku Mazlan, tapi sejak kecil lagi. Sikap panas baran sahabatnya itu

Page 9: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

9

tak pernah surut. Lagi semakin bertambah dari berkurang ada la.

“Doktor tu satu, suka hati mulut dia aje nak bercakap.” Tengku Iskandar melihat kakinya. Sakitnya sudah berkurang. Cuma bengkaknya sudah kelihatan.

“Ala... aku tengok kau pun syok tadi kena urut dengan dia.”

“Kata aku. Kau pun apa kurangnya, mata macam nak terkeluar pandang muka dia.” Gelak mereka kedengaran. Masing-masing tidak lupa kenangan bersama doktor muda itu.

PERISTIWA di klinik masih terbayang-bayang. Mazliana menggaru kepalanya beberapa kali. Puas juga dia dimarahi Azlin. Tapi dia yakin marah Azlin kepadanya tidak akan lama. Dia cukup faham dengan perangai kakaknya itu.

“Hai... jauh anak mak ni mengelamun.” Puan Maznah duduk di sebelah anaknya.

“Emmm... tak jauh mana pun mak. Sekarang ni minyak mahal, tak boleh jauh-jauh sangat,” usik Mazliana.

“Hesy, macam tu pulak, main-main ek.” Pipi gebu anaknya dicubit perlahan.

“Kenapa muka kakak tu semacam aje mak tengok?” sambungnya lagi.

“Entahlah mak, gaduh dengan Si Johan tu kut,” jawab Mazliana mengelak.

Tangannya kembali menari di atas kanvas. Satu per satu warna dicalit. Cuba menyembunyikan masalah sebenar.

Page 10: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

10

Takkan nak bagi tahu sebab aku muka kakak masam semacam aje kut. Hesy, kantoi ar nanti.

“Amboi, sedapnya bahasa anak mak ni!” Puan Maznah menampar lembut bahu anak manjanya itu. Lukisan yang terlakar di depan matanya dipandang. Cantik! Memang anaknya itu sejak kecil lagi sudah berbakat.

“Anak mak lukis apa ni?”

“Emmm... perasaan.” Mazliana tersenyum dengan jawapan itu. Itulah tema hasilan terbarunya itu.

“Perasaan???” tanya Puan Maznah tidak faham.

“Emmm... lukisan yang menggambarkan perasaan kita manusia yang tak dapat diluahkan, tapi calitan warna ni boleh menerangkan segala-galanya.”

Berkerut dahinya mendengar penerangan jelas dari mulut anaknya itu.

“Tak fahamlah tu....” Mazliana bersuara lagi. Melihat wajah maknya menunjukkan wanita itu tidak memahami. Puan Maznah tersenyum, anaknya terlebih dahulu membaca apa yang bermain di mindanya.

“Manalah mak tahu, kalau cerita pasal ikan masak asam pedas mak fahamlah.” Ketawa mereka bersatu.

“Memandangkan mak memahami ikan masak asam pedas, apakah gerangannya jika tuan hamba memasaknya esok untuk hamba, kerna teringin benar rasanya tekak ini. Oh, sedapnya.” Terbayang ikan pari masak asam pedas.Perghhh... terangkat kalau mak mentua lalu pun buat tak nampak.

“Boleh saja tapi dengan satu syarat... tolong urutkan beta dulu, sakit-sakit badan beta ni. Terasa-rasa aje tangan ajaib anakanda beta ini urut,” usik Puan Maznah lagi.

Page 11: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

11

“Amboi... beta tuuu mak. Baiklah, patik menurut perintah tuanku.” Sekali lagi dia gelak besar.

Maknya adalah wanita teratas dalam hidupnya tak mungkin ada pengganti. Pantas tangannya memainkan peranan. Puan Maznah tersenyum menikmati urutan anaknya. Rasa syukurnya melimpah apabila melihat anak-anak yang semakin berjaya.

PAGI itu seperti biasa Mazliana akan menghabiskan masa di taman. Sudah menjadi kebiasaannya, dia cukup gemar berjoging. Oleh kerana hari minggu, kakaknya awal-awal lagi sudah angkat tangan tak nak ikut. Maknya pula sibuk dengan kenduri rumah Kak Senah Kepo, nak ajak ayah lagilah jangan harap.

Tapi macam biasa Mazliana Haji Nordin akan teruskan moto hidup, bukan beli kari tapi berdiri di atas kaki sendiri. Matanya memerhati keadaan sekeliling, mana tahu kut ada mamat-mamat hensem yang sesat nak join dia berjoging, he he he... ewah so gatal. Sempat discan ke kiri dan ke kanan. Sejak-sejak tak ada kerja ni dia suka cari kerja yang tak berapa berfaedah.

Peluh sudah menitis bermakna jogingnya kali ini berjaya walaupun hanya seorang diri. Larian diteruskan namun langkahnya terhenti apabila melihat seorang wanita yang sebaya maknya duduk di bangku rehat. Mukanya berkerut seperti menahan sakit.

“Mak cik kenapa ni?” tanya Mazliana prihatin.

Wajah wanita itu dipandang, gayanya nampak seperti baru lepas berjoging. Wah... main teka-teki pula, suka

Page 12: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

12

hati baca riak muka orang. Mazliana sudah duduk di sebelah wanita itu.

“Entahlah, ni pinggang mak cik ni tiba-tiba sakit.”

“Mak cik datang sorang aje ke ni?”

“Driver mak cik hantar tadi tapi dia balik sebab anak dia demam panas.”

Mazliana mengangguk perlahan. Fuh... ada driver tu! Ada driver tu maknanya kayalah. Lagi mau terkejut.

“Emmm... saya hantar mak cik baliklah kalau macam tu?”

“Eh, tak menyusahkan ke? Tak apalah, mak cik tunggu. Tadi anak mak cik kata dia akan datang ambil mak cik.”

“Hesy... panas ni mak cik, nak tunggu apa lagi. Mari saya hantarkan.”

“Iyalah,” jawab wanita itu bersetuju.

Mazliana tersenyum. Akhirnya dia berjaya memujuk wanita itu. Baiknya dia hari ni, nasib baiklah mak cik ni jumpa aku yang baik hati. Mazliana tersenyum memuji diri sendiri. Mazliana membantu langkah mak cik yang entah siapa namanya.

Sebaik sahaja mereka keluar dari taman, langkah diatur sedikit perlahan. Eh! Macam mana nak hantar mak cik ni? Dia mana ada kereta.

“Mak Cik sebenarnya...” Belum sempat dia ingin menjelaskan keadaan sebenar, sebuah BMW series warna hitam muncul betul-betul hampir nak merempuh mereka. Menjerit tayar kereta ala-ala KL drift.

“Hesy... gila ke bawa kereta macam ni?” marah Mazliana. Sia-sia kerajaan buang banyak duit semata-mata

Page 13: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

13

nak buat papan tanda kurangkan laju. Tapi langsung tak diguna pakai.

Seorang pemuda keluar dari kereta itu sambil menanggalkan cermin mata hitamnya, terus mendapatkan wanita di sebelahnya. Tangan wanita itu dicium perlahan. Mazliana memandang lama.

Macam pernahku lihat mamat ni tapi dekat mana ek? Pelakon ke? Hesy... tak mungkin! Pantas rambutnya ditarik ke depan menutup separuh wajah.

“Maaf Mak Engku, Zik lambat... kereta pula buat hal. Tu bawa kereta Is ni.” Nasib baik dia cepat, kalau tidak mesti kena bambu dengan Tengku Iskandar.

“Tak apa Zikri, lagi pun tak lambat mana pun.” Zikri tersenyum matanya beralih ke wanita yang berdiri tak jauh dari mereka.

“Kenapa Mak Engku ni?”

“Pinggang ni sakit sikit.”

Wajah lelaki itu berubah risau, tangannya terus memegang tangan wanita di sebelahnya mengambil alih tempatnya tadi. Mungkin anak dia. Tapi wajah lelaki itu mengundang resah di hatinya. Kantoilah macam mana boleh jumpa pula mamat ni.

“Eh, doktor buat apa dekat sini?”

La... mamat dekat klinik tu ke. Baru Mazliana dapat ingat jelas wajah itu. Matilah aku!!! bisiknya perlahan.

“Zikri kenal ke? Nasib baik dia ada tolong Mak Engku, kalau tidak... tak tahulah macam mana Mak Engku nak jalan.”

“Emmm... rasanya kenal. Dialah doktor...”

“Eh... dah lewat ni, saya balik dulu. Lagipun ada hal

Page 14: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

14

sikit nak buat.” Potong Mazliana apabila lelaki itu seperti mahu memperkenalkan dirinya kepada wanita itu.

Mazliana melangkah laju meninggalkan dua insan yang masih memandang ke arahnya. Jangan pandang belakang Mazliana, terus jalan kalau nak hidup lama.

Page 15: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

15

MAZLIANA membawa lukisan hasil tangannya ke klinik. Sengaja dia ingin

menghadiahkan satu lukisan untuk kakak kesayangannya. Bukan apa, sengaja nak ambil hati, maklumlah baru lepas kena marah. Salah dia juga yang buat lawak yang tak berapa nak lawak. Kes penyamarannya itu boleh disabitkan sebagai satu kesalahan jenayah. Itulah yang dibebelkan Kak Lin.

“Hai... apa mimpi bagia karya mahal Maz ni dekat akak?” Azlin berdiri sambil bersandar di tepi kaunter. Pagi ini kliniknya masih belum ada pesakit. Tahu sangat taktik adiknya.

“Ala... sengaja nak menghiasi klinik buruk Kak Lin ni.” Bulat mata Doktor Azlin mendengar kata-kata adiknya.

Mazliana menyangkut sendiri lukisan pemandangan senja itu di sudut tepi klinik yang memang kosong. Memang dah menjadi tugas tak rasminya menjaga keceriaan klinik milik kakaknya itu. Ewahhh! Hakikatnya itu sebenarnya satu umpan untuk memancing semula hati kakaknya.

Bab 2

Page 16: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

16

“Buat apa sebenarnya ni?”

“Lukisan sebenarnya boleh dijadikan terapi, tahu tak? Kalau pesakit-pesakit akak datang tak adalah asyik baca maklumat tentang diabetes, darah tinggi, jantung segala ni.” Jarinya menunjuk ke arah paparan yang melekat kemas di dinding klinik.

“Emmm... yalah tu, ke nak ambik hati akak?”

“Hesy... akak ni tak baik tahu tak buat tuduhan macam tu, tak baik untuk kesihatan. Ada fakta yang menyatakan bila dahi kita dikerutkan seperti yang akak buat tu proses penuaan akan lebih cepat. Itu sebab sekarang ni kalau akak jalan dengan mak mesti orang ingat mak tu adik Kak Lin tahu.”

“Amboi... sedap mulut tu mengata ek. Mari sini biar akak jahit sikit.”

Ketawa Mazliana kedengaran. Kak Ani turut sama tersenyum mendengar telatah Maz.

“Hah, cantik tak Kak Ani?” tanyanya sambil memeluk bahu wanita itu.

“Cantik... tak sangka Maz pandai melukis macam ni.”

“Dia ni bukan pandai melukis aje Kak Ani, pandai menari, pandai bercakap dan apa yang penting dia ni pandai berlakon, sampai jadi pandai menipu,” sindir Azlin. Sengaja mengusik adik kesayangannya.

“Ala... nak perli orang ar tu tapi disebabkan kepandaian yang melampau inilah Kak Ani, Doktor Azlin ni dapat Si Johan tu tau!” Giliran Azlin pula terkena.

Johan atau Doktor Johan adalah salah seorang pensyarahnya. Johan jatuh cinta pandang pertama apabila

Page 17: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

17

Azlin menghantar tugasan adiknya Mazliana. Tak pasal-pasal dia yang sangkut.

“Ek, akak tolong Maz tau!” ujar Azlin. Mazliana mencebik, alasan Azlin tak diterima.

“Emmm... yalah tu. Tolong sambil menyelam minum air. Orang suruh tolong hantarkan tugasan, dia boleh pula jual minyak dengan Si Johan tu, Kak Ani.” Kata-kata itu membuatkan lengannya menjadi mangsa cubitan. Sakit. Kak Ani ketawa kecil.

“Kan Maz ni Doktor Cinta, mestilah pakar dalam bab-bab macam ni, kan?” Kak Ani pula menyampuk. Sengaja mengusik anak manja kesayangan Haji Nordin itu.

“Pandai pun Kak Ani ni. Tak sia-sia Maz turunkan ilmu. Bagus, bagus.” Pujian Mazliana membuatkan Kak Ani tersipu-sipu malu.

Azlin mencebik. Sekali lagi lengan adiknya menjadi mangsa. Hesy, kalau adalah perang yang bersenjatakan cubitan dah confirm Kak Lin menang.

“Dahlah jom, kata nak keluar makan.”

“Ni yang sayang Kak Lin ni, tahu aje bila perut orang ni dah berbunyi. Jom Kak Ani. Doktor Azlin nak belanja!”

“Eh, tak apalah. Kak Ani tunggu klinik. Lagipun akak dah makan tadi.”

“Okeylah kalau macam tu Kak Ani, jangan sampai Kak Ani pun menyamar jadi doktor sudah.” Ucapan Azlin membuatkan Mazliana terkedu. Dia tahu kakaknya sengaja mengusiknya.

Kak Ani hanya ketawa perlahan. Azlin menjeling. Memang kalau ikutkan hatinya masih marah dengan

Page 18: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

18

Mazliana tapi selama manalah marah itu akan bertahan. Sejak kecil kalau mereka bergaduh pun mesti tak sampai sehari. Mazliana bukan saja adik malah teman dan kawan baiknya. Mazliana juga kadangkala menjadi kakaknya.

Mereka singgah di Restoran Melayu, makanan di sini memang pergghh! Sedap gila!!! Tambah-tambah gulai lemak masam manis, rugilah kalau siapa tak makan. Macam biasa mereka mengambil tempat yang sedikit jauh dari orang ramai. Itulah Azlin. Dia sukakan tempat yang privasi. Sedang asyik Mazliana melayan perasaan dia dapat menangkap bayangan Johan yang berjalan ke arah mereka.

Muncung ditarik ke depan, selera makan yang tadi membara padam tiba-tiba.

“Akak ajak dia sekali ke?” Suaranya kedengaran malas.

“Yup... lagipun akak memang dah janji dengan dia nak makan sekali.”

“Kenapa tak cakap awal-awal? Tak sukalah macam ni!”

Ucapan itu membuatkan Azlin tersenyum. Dia tahu adiknya itu tak pernah selesa dengan Johan. Semuanya disebabkan perang dingin yang dilancarkan Mazliana kepada bekas pensyarahnya itu.

“Kenapa pula? Apa yang Maz tak suka sangat dengan Abang Johan tu?”

“Hello girls.” Johan tersenyum memandang ke arah tunang dan bakal adik ipar kesayangannya itu. Wajah masam mencuka Mazliana sudah menjadi hiasan biasa wajah itu.

“Abang tak ada kelas ke?” Suara Azlin kedengaran memecah kesunyian antara adik dan tunangnya.

Page 19: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

19

“Emmm... tak ada cuma malam nanti pukul lapan.” Kata-kata itu begitu lembut di gegedang telinganya. Cis, depan kakak aku pijak semut pun tak mati. Kalau dalam kelas mahu nak terkeluar anak tekak menjerit. Atuk gajah pun boleh kena serangan jantung.

“Maz apa khabar?”

“Baik.” Ringkas jawapannya acuh tak acuh.

“Lama tak jumpa Maz, makin tembam abang tengok.”

Maz mencebik. Makin tembam dia kata aku? Kurang asam jawa! Kau ingat kau tu hensem sangat??? Kakak aku aje buta mata, buta hati, buta cinta, bebel Maz dalam hati.

Mazliana betul-betul tak selesa. Berdepan dengan bekas pensyarahnya itu ibarat dia menahan kentut. Senak perutnya. Doktor Johan Datuk Hashim, anak orang kaya yang banyak mencetuskan kemarahan di hatinya.

“Helo? Ha la ya ke? Okey, okey... aku datang sekarang.” Tiba-tiba Maz memecah kesunyian. Nokia 3310 nya didekatkan di telinga.

“Aik, tak dengar bunyi telefon pun?” tanya Azlin pelik.

“Silent mode. Okeylah, Maz ada hal. Sorry tak dapat join makan sekali. Kita makan dekat rumahlah ek.” Pantas Mazliana meninggalkan kedua-dua insan itu. Lagi lama dia dekat situ lagi panas sistem penjanaan otaknya.

“Sorry abang, tak sangka dia buat lagi,” ucap Azlin kesal. Johan hanya tersenyum.

“Marah betul dia dengan abang, kan?” Kenyataan itu membuatkan Azlin turut tersenyum.

Page 20: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

20

“Sebab dia marahkan abanglah kita dapat jumpa dan sampai sekarang ni bahagia, kan?” Kata-kata Azlin mencetuskan ketawa kecil Johan. Mazliana bekas pelajarnya yang banyak menimbulkan kontroversi sehinggakan semua pensyarah akan bercakap mengenainya.

Masih teringat kepetahan Mazliana mematahkan hujahnya ketika di dalam kelas. Masih terbayang bagaimana pelajarnya itu mempengaruhi dekan fakulti seni untuk menerima projek akhirnya selepas direject oleh Johan. Mungkin disebabkan banyak salah faham antara mereka yang membuatkan hubungan mereka jauh begini walaupun mereka bakal menjadi sebuah keluarga.

MAZLIANA menyumpah-nyumpah dalam hatinya, kenapalah hatinya panas bila bertentang mata dengan Si Johan tu, kalau boleh sekarang juga dia memaksa kakaknya memutuskan pertunangan dengan lelaki itu. Hesy, tak masuk dengan jiwa rock aku pensyarah macam tu.

Memanglah tak sampai kesalahan dosa besar yang Si Johan tu buat, tapi dia sendiri tak tahu kenapa akalnya tak boleh memproses perkataan maaf untuk lelaki itu. Hakikatnya dia bakal menjadi abang ipar aku.

Tiba-tiba matanya terpandang seorang yang seperti dikenali. Hah??? Bukan mamat dua orang tu ke? Kenapa pula ada scene pertembungan macam ni. Alamak! Sembunyi, sembunyi! Cepat selamatkan diri. Dia hilang di sebalik orang ramai yang lalu lalang. Cukup yakin mamat yang berdiri di tepi kereta itu memandang ke arahnya.

“Kau tengok apa tu Is?”

Page 21: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

21

“Entah, aku macam perasan seseorang tadi. Macam nak berjalan ke sini tapi tiba-tiba hilang,” ujar Tengku Iskandar.

“Siapa?” Mata Zikri turut mencari gerangan yang dimaksudkan. Terlalu ramai yang berdiri di tempat yang dimaksudkan oleh Tengku Iskandar, dia sendiri tak tahu yang mana satu.

“Dahlah kita dah lambat ni. Jom!” arah Tengku Iskandar, baginya masa itu lebih bernilai dari emas.

Mazliana menarik nafas lega. Hesy, dahlah hari tu sikit punya payah nak melarikan diri. Tak sangka pulak mak cik tu mak pemuda yang ditipunya. Kalau lambat bertindak mesti mati dia terjerat dengan penipuan tak disengaja itu. Macam mana kalau mamat tu tahu dia menipu? Matilah kau Mazliana, terbayang kehidupannya di dalam penjara. Fuh, malang betul! Takutnya, muka secantik dia terpaksa dikurung di penjara.

“Wei, apa hal termenung dekat sini?”

Hampir luruh jantungnya disergah begitu. Dia kembali ke alam nyata. Matanya tepat memandang seorang wanita yang tak berapa cukup wanitanya. Dengan jeans lusuh yang koyak bahagia lutut, rambut berwarna-warni. T-shirt yang dipakai juga berwarna hitam. Lama matanya meneliti cuba mengenalpasti siapakan gerangan minah rempit di depannya.

“Wei Maz, kau jangan buat muka tak ada perasaan, akulah Syamin a.k.a Mimi comel.” Ingatannya kembali berputur. Mimi comel? Mendengar gelaran itu secara automatik tekaknya loya.

“La... kau ke Mimi Al-Bosan.” Sebaris gelaran itu membuatkan mereka berpelukan dan ketawa. Lama juga dia

Page 22: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

22

tak jumpa dengan kawan baiknya itu. Rasanya hari konvokesyen adalah hari terakhir. Mereka terputus hubungan. Masing-masing bawa haluan sendiri. Mana mungkin dia lupakan Syamin teman sebantal dan sepinggannya.

“Kau buat apa dekat sini?” soal Syamin.

“Buat bodohlah.”

“Tak payah buat, dah terserlah pun.” Mereka ketawa. Trademark mereka sudah keluar.

Mazliana berjalan mengelilingi Syamin. Matanya meneliti dari atas ke bawah, keningnya terangkat melihat wajah yang pelik tapi benar. Syamin agak berbeza dari kebiasaan. Kalau tak silap Syamin sekarang setiausaha tapi...

“Lamanya tak jumpa kau tapi kenapa kau macam...”

“Aku baru balik dari latihan teater la. Ni watak terbaru aku.”

“Teater? Bestnya! Kau aktif lagi ke?” Satu-satunya tempat yang membuatkan mereka bertambah serasi. Mereka berkongsi minat yang sama, masing-masing teruja dalam bidang teater dan bidang kesenian.

“Eh mestilah. Aku mana boleh berpisah dengan dunia pementasan.” Syamin tersenyum bangga dengan kenyataannya.

“Kau macam mana? Apa kau buat sekarang?” tanya Mimi lagi. Dia lihat Mazliana masih macam dulu.

“Aku macam nilah. Tak buat apa, tanam anggur dekat depan rumah aku.” Mazliana tersenyum, mungkin belum ada kerja yang kena dengan jiwanya. Bayangkan sepuluh kali pergi temu duga. Dia dah cukup serik.

“Hai... best student macam kau tak ada kerja?” perli Syamin.

Page 23: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

23

“Amboi perli aku nampak? Kau kerja dekat mana sekarang?” Giliran Mazliana mengajukan soalan.

“Aku kerja dekat MM Holding, yang penting lari jauh dari ijazah yang aku ada. Setiausaha tu beb, jangan tak percaya.” Syamin menjelaskan kedudukannya.

“Baguslah tu dari tak kerja langsung. Jomlah kita minum-minum, makan-makan. Kau belanja.” Maz memeluk bahu sahabatnya itu.

“Amboi... aku pulak yang kena.”

“Yalah, aku bukan ada kerja pun.” Mazliana tayang muka kesiannya.

“Kau ni tak pernah berubah, pandai betul memanipulasi orang ek. Jomlah.” Mereka berjalan seiringan, masih banyak yang ingin dibualkan. Tambah-tambah tentang rahsia-rahsia yang masih menjadi rahsia.

Syamin Farhana Mohd Tahir. Jangan mudah tertipu dengan wajah naifnya, kawan dan teman merangkap sahabat Mazliana sejak kecil lagi. Mereka membesar di kampung yang sama. Terpisah bila Syamin berjaya melanjutkan pelajaran ke MRSM dan bertemu kembali di universiti. Muka aje selamba tapi result gempaq. Moto hidup dia, belajar biar lepak result biar gempaq. Merupakan anak Pak Tahir, jutawan kampung. Anak orang kaya sebenarnya sebab dekat kampung pun rumah dia ada orang gaji. Moral of the story, jangan hina orang kampung sebab orang kampung sekarang suka low profile.

Page 24: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

24

TENGKU MARIAM tersenyum melihat gelagat gambar anak-anaknya ketika kecil. Terasa baru

semalam Zikri masuk ke dalam keluarga mereka. Kini kedua-dua anaknya itu sudah dewasa. Sejak kecik tak pernah berenggang, di mana ada Tengku Iskandar di situ juga ada Zikri Alif.

Peristiwa tiga tahun dulu terkesan hingga kini, disebabkan perempuan tak guna itu, hati anaknya terluka. Tengku Iskandar banyak berubah, dia ada mendengar rungutan pekerja syarikat yang mengadu anaknya terlalu tegas di pejabat. Kalau dulu wajah itu selalu tersenyum tapi selepas kegagalan cinta pertamanya sikap Tengku Iskandar berubah.

Nasib baik ada Zikri, dia tahu Zikri bukan saja anak yang baik malah menjadi teman terbaik anaknya. Dari kecil semua isi hatinya akan diluahkan pada Zikri. Malah selalunya dia akan menggunakan Zikri untuk mengetahui kisah anak bujangnya itu. Satu lagi peristiwa yang membuatkan dia sesak nafas sekarang adalah bilalah anak-anaknya itu nak

Bab 3

Page 25: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

25

menamatkan zaman bujang. Bukan seorang dua gadis yang dikenalkan malah berpuluh tapi semua direject mentah-mentah.

“Ni dia yang kau nak,” Zikri meletakkan Nasi Goreng Pattaya Restoran Ambang di atas meja. Tengku Iskandar tersenyum manja. Zikri mencebik. Dia menarik kerusi di depan Tengku Iskandar dan duduk bersandar di situ.

“Ni yang aku sayang kau ni. Kaulah saudara aku dunia akhirat Zik.” Aroma nasi goreng pattaya kegemarannya itu dicium dengan rasa tak sabar.

Hakikat sebenarnya bukan mamanya tak boleh masakkan nasi goreng tersebut untuk dia malah lagi sedap, tapi sengaja dia mendera Zikri. Bukan senang nak buli sahabat merangkap abangnya tu.

“Banyaklah dunia akhirat. Kau tahu tak jauh gila restoran tu, banyak kerja terpaksa tangguh.” Suaranya sengaja dikuatkan biar semua orang dengar. Zikri memang aset penting MM Holding. Kalau bukan Zikri yang membantunya mungkin dia tak akan sempat untuk duduk diam macam sekarang.

“Ala... lagipun aku jadi macam ni pun sebab kau, kan.” Tengku Iskandar mengangkat kakinya yang pernah sakit itu.

“Amboi... bukan kaki kau tu dah dua minggu baik? Sengaja nak mengada-ada, kan?” Senyuman lebar Tengku Iskandar membuatkan dia mencebik.

Tengku Mariam menuruni tangga sambil tersenyum. Riuh rendah suara anaknya dan Zikri membuatkan hatinya tertarik untuk menyertai mereka. Dia suka bila Tengku Iskandar bersama Zikri, anaknya itu akan menjadi dirinya sendiri. Bukan lagi Tengku Iskandar pewaris

Page 26: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

26

MM Holding yang sentiasa tegas dan tak mungkin akan memberi senyuman kepada pekerjanya.

“Apa mama dengar bising-bising ni?”

“Ni Is buli Zik, Mak Engku.” Zikri mengadu sambil memeluk bahu wanita yang selama ini menjaganya dengan limpahan kasih sayang. Cuma sejak dia berkerja di MM Holding dia memilih tinggal di kondo hadiah dari Tengku Mazlan. Katanya lebih suka hidup berdikari. Seminggu juga Zikri mendengar bebelan Mak Engku.

“Hah? Iskandar!!!” Bulat matanya mendengar aduan anak angkat kesayangannya itu. Lengan anaknya dicubit perlahan. Kasih sayangnya antara Zikri dan Tengku Iskandar tak pernah berbeza.

“Mama dengarlah cakap budak ni bukan boleh pakai. Dia buli Is adalah, sampai patah-patah kaki orang tak fikir?” Suaranya tegas.

“Eh... pembetulan, bukan patah tapi terseliuh. Amboi... pandai-pandai buat fitnah ek. Lepas tu tokok tambah cerita.” Zikri masih bermanja dengan Tengku Mariam.

“Sama ajelah, ejaan aje lain.”

“Kalau kaki kau patah mesti sampai sekarang tak elok lagi tahu.” Masing-masing masih menegakkan hujah. Macam anjing dengan kucing aje tapi bila tak jumpa kang sibuk tanya. Tengku Mariam menggeleng perlahan.

“Hah... dah, dah! Jangan nak macam budak kecik, awak dua orang tu dah besar panjang.”

“Anak manja mama ni la.” Tengku Iskandar menunjuk ke arah Zikri.

Memang Zikri anak angkat kesayangan mamanya sampai kadangkala dia sendiri terasa hati tapi masa kecik

Page 27: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

27

dululah, sekarang ni tak mungkin. Zikri sendiri dah macam saudaranya.

Zikri tersenyum lalu mencapai sebungkus nasi goreng pattaya di depan Tengku Iskandar pantas tangannya menyuap nasi ke dalam mulutnya. Bulat mata Tengku Iskandar melihat gelagat Zikri. Tak sempat dia menyelamatkan nasinya.

“Wei Zik, tu nasi akulah!” jerit Tengku Iskandar kuat.

“Ada aku kisah?” Selamba mulutnya mengunyah nasi yang sudah penuh di dalam mulut. Langsung tidak mempedulikan wajah masam Tengku Iskandar.

Tengku Mariam hanya ketawa melihat telatah anak-anaknya. Hatinya terhibur, memang kehadiran Tengku Iskandar dan Zikri menceriakan hari-harinya. Dengan adanya kasih sayang anak dan suami, dia sudah menjadi wanita yang sempurna. Cuma kadangkala dia rasakan lebih bahagia jika ada anak perempuan dalam keluarganya.

Zikri Alif bersyukur melihat Tengku Iskandar yang semakin pulih. Dia sudah cuba sedaya upaya menarik Tengku Iskandar keluar dari rasa kecewa dan dunia derita akibat ditinggalkan wanita pujaannya. Tapi dia tahu Tengku Iskandar bukanlah seorang lelaki yang lemah cuma perubahan sikap Tengku Iskandar yang membuatkan dia kurang selesa.

Tengku Iskandar Tengku Mazlan yang sekarang agak berbeza. Tengku Iskandar sekarang lebih suka bergaul dengan perempuan, lebih senang menghabiskan duitnya kepada perempuan dan apa yang pasti lebih serius bila di pejabat. Hilang ramah mesranya dengan kakitangan syarikat.

Page 28: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

28

MAZLIANA duduk di tepi padang futsal. Melihat anak-anak muda bermain tanpa menghiraukan orang sekeliling. Kalaulah Kak Ida ada mesti dia ada kawan melepak. Mazliana berjalan sendirian entah ke mana dia sendiri tak tahu. Baru dua hari lepas dia menjual lukisannya, bangga kerana setiap lukisannya memuaskan hati pembeli.

Macam tu la caranya kalau agak-agak duit dah nak sempit, dia akan menjual lukisannya. Tapi untuk menjadi pelukis yang betul-betul menjual hasil tangannya belum lagi terniat di hati. Bukan malas tapi baginya seninya bukan untuk duit. Tapi seninya untuk masyarakat Ewahhh!!! Tiba-tiba pulak teringat akan kata-kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu.

“Hai... boleh berkenalan?” Pantas dia menoleh ke arah jalan. Kereta kancil hitam itu dipandang lama. Cuba mengecam pemandunya, yang masih tersengih dan tayang muka yang tak berapa nak hensem.

“Wei, kau ke mangkuk tingkat???” jerit Mazliana kepada Bobo atau nama dalam IC, Boharin.

“Aku dah hensem sangat ke sampai kau tak kenal aku?”

“Emmm... hensemlah sampai aku punya jantung terhenti bila nampak kau tadi,” ujar Mazliana sambil ketawa.

Boharin adalah teman sekuliahnya di Art and Design. Satu-satunya kawan lelaki yang sehingga kini tahan dengan perangainya selain arwah Najmi.

“Meh ar masuk pekena teh tarik ke roti canai ke,” ajak Bobo.

“Kau belanja,” ujar Mazliana sepatah.

Bobo tersengih dan mengangguk.

Page 29: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

29

“Kau ni Maz, dari dulu tak pernah berubah, memang kaki kikis. Aku belanja no, hal punya.”

Mazliana meloncat masuk ke dalam kereta Boharin. Nasib baik, kalau tak mesti dia terpaksa berebut bas untuk balik ke rumah. Satu lagi masalah Mazliana Haji Nordin ada lesen kereta yang disimpan dalam muzium, hanya saat terpaksa saja akan digunakannya.

Restoran Menanti menjadi pilihan Boharin. Mereka duduk di tempat yang jauh dari pelanggan yang ada. Mazliana tersenyum melihat menu utama hari ini, Laksa Johor. Kalau bab jalan-jalan cari makan serahkan saja pada dia. Tanya sajalah tempat makan mana yang sedap dekat KL. Mesti pejam mata dia boleh sampai. Sasarannya sebulan jelajah lebih enam kedai makan.

“Kau buat apa sekarang? Jangan kata buat bodoh okey,” tanya Bobo. Siap dengan jawapan yang sudah bermain di fikiran Mazliana. Macam tahu-tahu aje. Jawapan copy paste yang nak keluar.

“Ala tak buat apa pun. Aku macam biasalah, bebas.”

Boharin ketawa geli hati. ‘Bebas’ perkataan yang cukup sinonim bagi temannya itu sejak dulu lagi. Kalau tidak, takkan Mazliana digelar Burung Merpati di kalangan kawan-kawan lelakinya. Memang jinak tapi nak tangkap cukup payah. Contoh yang gagal siapa lagi kalau bukan dia sendiri.

“Hai... bilalah kau ni nak ditakluk ek... asyik bebas aje.”

“Ala, kau macam tak kenal aku, bukan senang tahu nak jadi Mazliana Haji Nordin ni.” Milo ais di depannya disedut perlahan. Aik, sedapnya air free. Hi hi hi....

“Kau pula buat apa? Dah kahwin?” Giliran Mazliana

Page 30: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

30

pula mengajukan soalan yang sama. Cuma tambah sedikit imbuhan perkataan bagi sedap.

“Aku kerja sendiri aje. Adalah masuk sikit-sikit. Isteri aku baru seorang, anak baru satu.”

“Hahh??? Fuyooo... powerlah kau, kahwin tak ajak aku pun ek.”

“Macam manalah aku nak ajak kau, lepas kita habis belajar aje kau hilang macam tu aje. Kalau aku jumpa kau mesti aku tak jadi kahwin,” katanya selamba. Terkenang saat cintanya ditolak oleh Mazliana. Tapi kini hatinya hanya milik isteri tercinta yang bernama Azinani.

Mazliana mengangguk faham. Seolah-olah apa yang keluar dari mulut Boharin langsung tak ada kaitan dengannya. Ala, bukan dia tak tahu kisah cinta Si Bobo ni, heboh satu kampus. Dia sentiasa mendoakan Bobo dan Nani akan bahagia hingga ke akhir hayat.

“Mesti... kau dah kahwin, kan?” duga Boharin lagi. Sengaja mengusik walaupun dia sendiri dah tahu jawapannya.

“Kahwin?” Mazliana ketawa lagi Bobo di depannya dipandang

“Aku ni siapalah yang nak, ganas, brutal semacam. Lelaki pun takut, tahu tak?” sambungnya lagi.

“Emmm... kau tu memilih sangat, aku yang hensem ni pun kau reject ni mesti nak cari anak raja tak pun kau nak tangkap Tan Sri ke Dato’ ek?” Tekaan melulu Bobo. Memang sangat tidak sayangkan mulut. Nasib baik tak jadi kisah kasutku di bibirmu. Tapi apa yang diucapkan Bobo langsung tak berbekas di hatinya.

“Hesy... kau ni, antara kita dah memang tak tertulis

Page 31: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

31

dalam buku jodoh pertemuan akan bersama. Tapi apa yang penting kau kahwin dulu sebelum aku.” Mazliana menutup cerita. Malas dia mengenang peristiwa lama.

Teh O ais gelas besar dihirup perlahan, sesekali dia memandang ke arah Mazliana yang masih sama cuma rambut Mazliana kini panjang hingga ke bahu dan diikat satu seperti ekor kuda. Dulu wajah itu lebih comel berambut pendek dan sekarang menjadi cantik bila berambut panjang.

“Sekarang kau masih melukis ke?” Sesi soal jawab masih belum berakhir.

“Lukisan dengan aku mana boleh dipisahkan. Kalau aku ni tak boleh melukis aku rasa boleh mati. Tahu tak?” Boharin tersenyum. Dia tahu itulah yang membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Minat mereka sama.

“Mesti banyak masuk kau ni. Relaks aje aku tengok,” tanya Bobo. Bukan dia tak tahu nilai hasil tangan Mazliana sudah menjadi tumpuan sejak mereka di universiti lagi.

“Emmm... adalah sikit-sikit. Sekarang ni orang kita dah mula hargai seni.”

“Betul... aku setuju.”

“Alamak, aku dah lambat ni! Aku dah janji dengan mak aku nak temankan dia shopping. Aduh... ni mesti balik ni aku kena basuh.”

“Jomlah, aku hantarkan kau.” Pelawa Bobo ikhlas.

“Ni yang aku sayangkan kau ni, macam tahu-tahu aku nak suruh kau hantarkan.” Ketawa Mazliana membuatkan Boharin tersenyum. Memang Mazliana tidak pernah berubah.

Page 32: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

32

PERLAHAN-LAHAN dia masuk ke dalam ruang tamu rumah, matanya melilau mencari bayang Puan Maznah. Dia melepaskan nafasnya perlahan. Macam manalah dia boleh lupa janjinya. Dia menyesal kerana terlalu sibuk dengan urusan sendiri. Maklumlah hari ni agak sibuk sukat jalan.

“Kalau orang yang mungkir janji adalah orang yang munafik.” Suara lembut dari belakang kedengaran dekat di telinga, Mazliana pejam mata. Aduh... menusuk ke jantung. Pantas tubuh Puan Maznah dipeluk erat.

“Sorry mak, Maz betul-betul terlupa.”

“Tu la anak, sampai lupakan mak yang melahirkan.” Hah, mak dah start drama.

“Okey, macam ni la. Malam ni Maz belanja makan dekat luar, okey?” Mazliana cuba memujuk hati ibu kesayangannya. Dalam masa yang sama dia sedar Haji Nordin yang muncul tiba-tiba dari dapur.

“Hah? Betul ni Mazliana Haji Nordin nak belanja makan? Macam pelik bunyinya.” Haji Nordin menyampuk dari belakang. Kelihatan dahi ayahnya berkerut. Soalan yang diajukan agak menyindir.

“Betullah... malam ni kita makan dekat luar, tempat terserah kepada panel hakim yang arif lagi bijaksana.”

“Okey kita ke Restoran Seri Melayu malam ni,” putus Puan Maznah. Keputusan nampaknya muktamad. Tiada talian hayat. Atau talian berbayar atau talian menggunakan prepaid. Mazliana menggaru kepalanya. Menyikat kembali rambut kusutnya dengan jari.

“Hah??? Seri Melayu? Mahal tu....” Berkira-kira dalam kepalanya bajet yang akan dikeluarkan. Ada duit ke ni?

“Aik? Merungut nampak?” Pantas Haji Nordin

Page 33: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

33

bersuara, sengaja ditahan tawanya apabila melihat wajah kerut anak kesayangannya itu.

Mazliana anak yang paling pandai berjimat, juga paling pandai mengambil kesempatan, nasib baik semua yang ada dalam hati anaknya itu dah cukup masak baginya. Sekilas perubahan wajah anak bongsunya itu dia dulu dapat merasakan. Walaupun dilihat anak gadisnya itu banyak kekurangan tapi Mazliana ada satu kelebihan iaitu suka menolong orang. Itu adalah sikap yang memang semula jadi ada sejak anaknya kecil lagi. Walaupun kadangkala membantu pada jalan yang salah.

“Emmm... okey beres, yang penting permaisuri hati ayah ni akan terpujuk hatinya. Patik rela melakukan apa sahaja, sekalipun patik terpaksa mengorbankan nyawa patik. Segalanya untukmu.” Mazliana mencium tangan maknya. Tubuh wanita itu dipeluk lagi.

“Apa merepek ni???” Perlahan pipi anaknya ditampar. Tak suka dia mendengar ayat yang keluar dari mulut Mazliana. Akhirnya dia tersenyum. Terpujuk dengan sikap manja anaknya itu.

Page 34: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

34

TANGAN melibas-libas tuala yang dipegang, menari mengikut rentak muzik. Lagu Mari Menari

Denganku nyanyian Zahid dan Sarah kuat kedengaran. Tangannya pantas menguatkan lagi volume komputer riba di atas meja. Sengaja dia berlonjak suka, cuba menghilangkan beban yang tersangkut di otaknya. Muzik bukan untuk keasyikan tapi boleh digunakan sebagai terapi.

“Ya Allah, anak dara apa ni? Nak tercabut telinga mak ni dengar bunyi bising ni Maz oi!!!” Puan Maznah memperlahankan lagu yang membingitkan telinga. Gelagat anak daranya dipandang geram.

“Ala mak, kenapa tutup lagu tu?”

“Nak cair tahi telinga mak ni dengar lagu entah apa-apa kau pasang tu. Tahu tak?” bebel Puan Maznah. Satu lagi perangai buruk anak daranya. Kalau dengar lagu mesti macam nak pecah.

“Mak, kalau cair nanti tak adalah mak mengalami sakit sebab tahi telinga tu keras. Hah, masa tu baru mak

Bab 4

Page 35: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

35

berterima kasih dengan anak mak ni,” ujar Mazliana dengan muka selambanya.

“Banyaklah terima kasih, cepat turun! Ayah panggil tu. Sarapan sekali.”

“Aikkk? Permata hati mak tu tak kerja ke hari ni?” Pelik Mazliana sambil menjeling jam di dindingnya sudah menunjukkan pukul sembilan pagi.

“Tak. Hari ni ayah cuti, katanya ada hal nak bincang dengan Maz.”

Mazliana menggaru kepalanya. Macam tak sedap hati aje aku dengar ni, mesti nak promote anak-anak kawan dia ni. Hesy... ayah ni pun satu, macam dah tak sabar nak bermenantu. Tunggulah Kak Lin dulu. Ni aku juga yang dia sibukkan.

Ayahnya seorang bekas guru. Walaupun sudah bersara tapi perkhidmatannya masih diperlukan di sebuah rumah anak-anak yatim. Macam biasalah kalau namanya anak pendidik dia mestilah dididik dengan peraturan yang kemas. Eh, kemas ke? Bukan ke dia yang selalu didenda masa dekat sekolah menengah dulu? Siapa yang pecahkan tingkap sekolah? Anak Cikgu Nordin. Siapa yang ponteng kelas? Anak Cikgu Nordin. Berbirat jugaklah tangan dirotan oleh ayah ketika itu.

“Hah! Menung apa lagi tu? Cepat!” Suara Puan Maznah bergema kembali.

“Baik mak, bagi lima minit nanti Maz turun.”

Tangga dituruni satu per satu. Sambil itu mulutnya tak henti-henti menyanyikan lagu Rindu. Entah kenapa sejak kecil itulah penyakitnya pantang duduk sorang pasti berpuluh lagu akan dihafal. Tapi kalau setakat menyanyi dalam bilik air bolehlah. Suara macam katak panggil hujan mana boleh buat

Page 36: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

36

album nanti menangis pulak Datuk Siti dengar aku nyanyi lagu dia.

“Hai... awal puteri ayah bangun hari ni?” Hah, dah kena sindir. Mazliana hanya tersenyum sambil menarik kerusi bertentangan dengan maknya.

“Emmm... tak adalah awal sangat ayah... biasanya pukul sebelas, ni kira okeylah pukul sembilan, kan mak?” kata Mazliana sambil mencapai kuih gelang di hadapannya. Dikunyah perlahan.

“Subuh ke tak ni?” Pertanyaan ayah membuatkan dahinya berkerut.

“Hai ayah, ini Mazliana Haji Nordin tau. Mana pernah tinggal solat. Lagipun kan solat tu tiang agama.”

“Memanglah solat tu tiang agama tapi tidur balik lepas subuh boleh tutup pintu rezeki, tahu tak?” bidas Haji Nordin. Mazliana tersenyum. Terkena lagi.

“Mak kata ada hal ayah nak bincang. Kenapa? Ayah nak kahwin lagi ke?”

Tersedak Puan Maznah saat ayat itu keluar dari mulut anaknya. Pantas lengan Mazliana dicubit kuat. Geram.

“Aduh! Sakitnya. Alamak, lupa pulak permaisuri ketam ada dekat sini.” Dia tersenyum melihat jelingan Puan Maznah. Macam mana mulut ni lancang kuning betul! kutuknya sendiri. Terdengar ketawa ayahnya masih belum reda.

“Amboi... ayah kalau cerita pasal nak buka cawangan baru senyum sampai ke telinga ek! Jangan nak lebih-lebih ek bos, tadi tu tersasul,” sambung Mazliana. Giliran Puan Maznah ketawa apabila melihat tawa suaminya terhenti tiba-tiba.

Page 37: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

37

“Sudah, jangan nak kenakan ayah. Malam ni Maz jangan pergi mana-mana. Ada orang nak datang dalam pukul sembilan.”

“Emmm... agak dah.” Mazliana bersuara malas.

“Apa yang dah agak?”

“Tak ada apalah ayah, dah agak yang hari ni akan hujan.”

Mazliana menghabiskan kuih yang baru separuh dimakan. Puan Maznah hanya memandang kelibat anaknya bangun dan berlalu dari meja makan. Macam ada yang tak kena!

“Lain macam aje bang?” tanya Puan Maznah kepada suaminya.

“Itulah yang abang hairan tu. Selalunya dah awal-awal lagi membangkang. Dia tak sihat ke?”

“Hesy... abang ni. Elok aje saya tengok budak tu?”

“Jangan dia buat pasal lagi sudah, macam sebelum ni. Malulah saya dengan Kamal nanti. Apa saya nak cakap dengan Imam nanti,” bisik Haji Nordin perlahan. Bimbang jika rancangannya didengari Mazliana.

Mazliana mundar-mandir di dalam biliknya. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Satu per satu langkah diatur seakan dia mengira silang karpet merah yang dipijak. Hesy... apa aku nak buat ni? Takkan nak berserah kut? Ke nak pura-pura ayu? Ke nak buat perkara yang memalukan? Teringat peristiwa bulan lepas. Menantu pilihan ayahnya anak Imam Mahadi. Si skema.

“Awak suka makan apa?”

“Nasi,” jawab Mazliana sepatah.

“Baguslah saya pun sama.”

Page 38: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

38

“Emmm... awak pandai baca al-Quran?” Mazliana menjeling. Soalan jenis apa tu? Skim akhirat kut.

“Bolehlah setakat untuk diri sendiri.” Hesy... mamat ni tak tahu ke aku ni bekas Qariah sekolah. Lagi mau tanya!!!

“Awak kerja apa?”

“Tak kerjalah, duduk rumah. Makan tidur lepas tu makan lagi sekali-sekala pergi tandas.”

“Saya suka dengar lagu nasyid, mesti awak pun suka, kan?” Si skema bertanya lagi membuatkan dia mencebik. Matanya dapat menangkap aksi mak dan ayahnya yang membisik antara satu sama lain.

“Emmm... taklah. Saya suka lagu rock Metalica, Wings, Jinbara. Lepas tu, lagu Mulan. Akulah makhluk tuhan yang tercipta yang paling seksi... ah ah.” Tiba-tiba Mazliana berlagu kuat siap dengan gaya. Kamal tersedak. Tersebur sedikit air dari mulutnya.

“Mazliana!!! Maaf Kamal... anak mak cik memang macam ni suka bergurau.”

“Emmm... tak apa mak cik.”

“Ehhh... Kamal tak makan ulam ke?” tanya Puan Maznah

“Emmm... saya tak berapa suka, mak cik.”

Mazliana mencebikkan mukanya. Macam nak muntah, orang kampung tak makan ulam memang mengada-ada!

“Ehhh... rugilah awak. Saya suka petai dengan jering ni, kena pulak makan dengan telur rebus. Fuhhh... kalau awak tercekik pun mesti saya buat bodoh aje. Lagi satu kalau awak makan benda-benda ni boleh hadamkan makanan.

Page 39: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

39

Kentut pun power giler bau dia, kan mak?” Mazliana ketawa kuat. Muka Kamal mulai kemerahan. Jelingan mak dan ayahnya tidak dipedulikan.

Pintunya diketuk perlahan. Dia tersedar kembali ke alam nyata. Perlahan dia bangun merapati pintu bilik. Wajah maknya menjenguk sebelum sempat dia membuka pintu.

“Maz! Tak siap lagi? Dah pukul berapa ni. Cepatlah!”

Eh... mak ni macam aku nak nikah pula malam ni. Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Mak dan ayah memang tak serik-serik memadankan dia dengan si skema tu.

Mazliana gelisah sendiri di dalam bilik. Kak Lin tak ada pula, gatal nak kursus masa ni juga kalau tidak ada juga orang nak selamatkan aku. Kepalanya ligat berfikir. Tiba-tiba dia tersenyum. Senyuman yang membawa seribu erti. Tingkap bilik yang terbuka luas dipandang.

DARI tadi dia tak berhenti ketawa. Tak dapat dibayangkan bagaimana rupa Si Kamal tu bila sedar dia dah lari. Nak sangat kenal dengan aku, hah ambik kau! Mesti lepas ni kau tak sanggup nak datang dah. Wajah Syamin yang berkerut seribu dipandang. Nasib baik Syamin sempat sampai tepat pada masanya, kalau tidak...

“Hah! Maknanya ni kau larilah?” jerit Syamin.

“Kalau ya pun terkejut, tak payahlah over sangat sampai macam tu,” ngomel Mazliana.

Syamin tersenyum. Wajah temannya dipandang.

“Patutlah kau kata soal hidup mati, sampai aku nak

Page 40: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

40

mekap pun tak sempat,” kata Syamin dengan muka yang tersengih. Kelakar agaknya.

“Ala setakat minum tepi jalan macam ni tak payah kau nak membazir mekap tu.”

“Eh... kau jangan tak tahu, kadang-kadang di tempat-tempat terbuka macam ni la jodoh kita sampai. Bukannya kita tahu.” Kata-kata Syamin membuatkan dia ketawa sendiri.

“Dahlah Mimi, jangan nak berangan.”

“Habis kau keluar ikut mana tadi?”

“Tingkap.” Pendek saja jawapan Mazliana tapi cukup membuatkan tawa Syamin kuat kedengaran.

”Wei, kontrol sikit gelak tu. Mamat sebelah tu asyik tengok aje, tak nampak?” tegur Mazliana lagi. Tawa Syamin terhenti tiba-tiba. Pantas dia berpaling ke arah yang dimaksudkan Maz.

“Hesy... kau ni kenapa tak bagi sign dari tadi? Malu aku!”

“Dia yang gelak tak ingat dunia, salahkan aku pula!” usik Maz. Suka dia melihat temannya yang kembali berlakon ayu. Dasar pelakon terbaik betullah.

“Tak ingat dunia tak apa tapi akhirat aku ingat sentiasa.” Syamin menyedut air fresh orange di hadapan. Cuba mengawal keterlanjurannya tadi. Beberapa mata yang melihat dihadiahkan dengan senyuman manis.

“Kalau duduk dengan kau mesti sifat keayuan aku ni hilang,” sambung Syamin lagi.

“Ala, keayuan kau tu memang plastik pun. Macam aku tak tahu. Macam manalah mak dan ayah aku sekarang ni? Mesti hijau muka si skema tu bila tahu aku lari.”

Page 41: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

41

Ketawanya meletus lagi membuatkan Syamin langsung terkedu.

“Kau ni dah jodoh datang ke rumah, kau lari. Kalau aku, Dataran Merdeka aku tadahkan. Sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang baik, Si Kamal tu cikgu lagi. Hesy, kalau dalam sepuluh tu seorang pun payah nak jumpa.”

“Tu kau, bukan aku. Kalau tak ada cinta, hidup kita ni tak ada makna, tau.”

“Amboi... kau bercakap macam pakar sangat dengan cinta, bukan ke kau sekarang ni lari dari cinta ke Cik Mazliana? Over tahu tak?”

“Bukan lari tapi masih mencari. Prinsip hidup aku senang aje, hidup biar lepak amalan biar gempaq, Mimi.” Tenang saja Mazliana bercakap. Ada saja yang ingin dibahasnya.

Syamin mencebik. Kalau bercakap dengan perempuan ni sampai subuh esok pun tak akan habis. Siapa tak kenal dengan Mazliana.

“Lepak, gempaq, silap-silap balik ni kena sepak dengan Haji Nordin baru padan dengan muka kau. Emmm... tapikan... kalau kau nak, aku boleh kenenkan kau dengan bos aku. Baik orangnya hensem pulak tu,” tambah Syamin lagi.

“Emmm... kalau kau nak jual bos kau tu, kau jual dekat orang lain aje. Aku tak nak,” ucap Mazliana sambil bangun untuk meninggalkan Syamin.

“Kau ni macam Puteri Gunung Ledang pulak.”

“Best juga kalau aku macam Puteri Gunung Ledang. Mesti satu hari nanti jadi lagenda. Mazliana Haji Nordin satu nama yang akan disebut-sebut oleh anak cucu kita nanti, kan?” Mazliana sempat memasang angan-angan.

Page 42: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

42

“Elehhhh... perasan!”

Mereka meninggalkan port lepak mereka. Lagipun kata orang tua-tua, tak baik anak dara lepak waktu macam ni. Tak elok orang pandang. Ewah... kat KL ni ada lagi ke falsafah macam tu dipakai?

“Tapikan Maz, aku hairan bin pelik juga, bukannya tak ada yang minat dekat kau, tapi kenapa kau susah sangat nak suka dekat insan yang bernama lelaki ni?” Soalan lagi dari Syamin, sambil enjin kereta dihidupkan.

“Entahlah Mimi. Mungkin hati aku ni belum terbuka lagi kut. Semalam aku jumpa Bobo, dah ada anak bini dah mamat tu.” Mazliana segera mengubah haluan cerita.

“Ya? Emmm... tu gara-gara frust dengan kau ar tu, kira jumpa ex-boy lah ni? ” Syamin ketawa lagi. Matanya masih menumpukan perhatian ke arah jalan raya.

“Cantik muka kau ex-boy... teman tapi mesralah.”

“Jangan ramai sangat teman tapi mesra, buatnya lepas ni berduyun datang payah pula kau nak pilih. Masa tu barulah kau sedar yang teman tapi mesra kau tu tak bawa untung pun.”

“Emmm... bagus juga cadangan kau tu, mesti ayah aku suka aku bawa sampai seratus orang menantu untuk dia, kan?”

“Gila!!!” gumam Syamin.

Ketawa Maz kedengaran.

“La... bukan kau punya cadangan ke? Kata aku gila pulak!” ujar Mazliana sambil ketawa.

“Malaslah aku cakap dengan anak Haji Nordin ni. Degil!!!” ngomel Syamin dengan muncungnya ditarik panjang.

Page 43: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

43

“Dah... jangan bercakap. Pandu cermat jiwa selamat. Kata orang lebih, dia tu dua kali lima aje.” Ujar Mazliana sambil tersenyum.

SUASANA teres dua tingkat itu masih sunyi. Hanya lampu kalimantang yang menerangi seisi rumah. Dia memberi isyarat selamat tinggal kepada Syamin. Perlahan kakinya melangkah seolah-olah dia meniti lantai papan yang akan berbunyi apabila dipijak. Tiba-tiba ruang tamu terang benderang.

“Emmm... nak ke mana tu?” Suara garau Haji Nordin.

Fuh! Ya Allah selamatkanlah hamba-Mu ini.

“Dah buat salah tak nak minta maaf?” Sekali lagi ayahnya bersuara. Wajah Puan Maznah di sebelah juga masam mencuka. Marah sangat ke?

“Ala... Maz bukan buat salah tapi menegakkan kebenaran.”

“Kebenaran apa?” Soalan ayahnya membuatkan dia terdiam.

Eh... kebenaran apa ek? Kebenaran dari dipaksa kahwin ke? Ek... bila pula ayah paksa aku kahwin?

“Dahlah bang, lagipun budak tu dah balik.”

Dah tiba masanya Puan Maznah turun padang. Selalunya memang mak akan menjadi orang tengah.

“Emmm... kesian ayah tengok budak Kamal tu tadi.” Haji Nordin tidak mempedulikan kata-kata isterinya. Mata masih lagi tepat memandang anak kesayangannya itu.

Page 44: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

44

“Kenapa? Ayah suruh dia makan ulam ke?” Melawaklah pulak.

“Banyaklah ulam Maz. Dia mana suka makan ulam, mana boleh nak paksa-paksa,” bidas Haji Nordin geram, ada saja jawapan dari anak daranya sorang itu.

Mazliana memandang maknya. Macam biasa Puan Maznah akan memberi isyarat mata kepada anaknya supaya jangan menjawab.

“Kalau ayah tak nak paksa dia makan ulam sebab dia tak suka, kenapa mesti ayah paksa Maz untuk terima sesuatu yang Maz juga tak suka?” bahas Mazliana perlahan.

Haji Nordin menyembunyikan senyumannya. Kalau bercakap dengan anak yang sorang ni mesti ada saja jawapan yang keluar. Degil! Macam aku juga, bisik Haji Nordin.

“Jadi Maz samakan Kamal macam ulam?”

“Kalau dia ulam dah lama Maz patah-patahkan dan cicah dengan sambal belacan kemudian makan,” kata Mazliana selamba.

Apabila mendengar sahaja kata anaknya itu membuatkan Puan Maznah ketawa kecil. Namun cepat disembunyikan tawa itu apabila menyedari jelingan suaminya.

“Ada saja jawapannya.”

“Anak Haji Nordin, kan.” Maz tersenyum. Senyuman di hujung bibir Haji Nordin semakin lebar.

“Pandai nak salahkan ayah pulak? Dah makan belum?”

“Dah, dengan Mimi tadi.”

“Ayah nak Maz minta maaf dengan Kamal. Walau

Page 45: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

45

suka atau tak, jangan buat orang macam tu. Tak baik.” Arah Haji Nordin. Dia tak mahu anaknya melukakan hati dan perasaan orang lain.

“Baik bos!”

Haji Nordin terus bangun meninggalkan anaknya. Mazliana hanya tersenyum. Dia tahu ayah tak akan memaksa cuma kadang-kadang mengikut perasaan sebab terpengaruh dengan radio bergerak dekat taman ni. Dia pun pelik entah apa penyakit orang taman ni yang sibuk jaga tepi kain orang.

“Anak dengan ayah sama aje.” Sempat Puan Maznah menarik lembut hidung mancung anaknya. Kemudian berlalu mengekori langkah suaminya. Mazliana tersenyum.

MAJALAH diselak satu per satu. Tiada yang menarik perhatiannya. Nak melukis pun mood tak ada hari ni. Dia memandang siling yang putih bersih. Macam ada sesuatu yang difikirkan, tapi apa? Hesy... nampak sangat aku ni tak boleh pakai, nak fikir apa pun tak tahu. Dari tadi dia hanya bersenang-lenang di atas katil. Jauh dia terbang entah ke mana.

“Hah! Menung apa tu?” Pintu terbuka luas.

“Kak Lin ni tak reti nak bagi salam ke masuk bilik orang? Kalau Maz ada lemah jantung dah lama gol, tahu tak?” katanya berpura-pura marah. Dia tahu kakaknya sudah memberi salam, sengaja tak disuruh masuk.

“Eh... akak dah bagi salam dua kali, tahu tak? Dia yang duk melayan perasaan.”

“Ek?”

Page 46: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

46

Azlin berbaring di sebelah adiknya. Dia suka masuk ke bilik adik bongsunya itu. Cantik. Pelbagai jenis lukisan membuatkan biliknya terasa tenang. Ditambah pula dinding dengan warna biru lembut. Damai.

“Akak dengar ada yang lari ikut tingkap?”

“Eleh... pura-pura tanya lagi. Ni mesti reporter dah hantar report lengkap dekat akak, kan?”

Siapa lagi kalau bukan mak kesayangan mereka. Apa sahaja tentang dirinya pasti akan dikongsikan dengan Azlin. Tak ada rahsia langsung.

“Tak baik tau cakap mak macam tu.”

“Hah... kan betul mak dah cerita,” balas Mazliana,

Azlin tersenyum. Bijak adiknya memerangkap.

“Kenapa adik akak buat macam tu?”

“Saja nak buat cerita novel kisah seorang perempuan cantik terjun tingkap sebab takut dikahwinkan,” beritahu Mazliana selamba. Azlin ketawa. Muka selamba Mazliana membuatkan dia geli hati.

“Kenapa ayah tu asyik nak carikan jodoh untuk Maz? Padahal Kak Lin dengan Kak Ida tak kahwin lagi. Nak suruh Maz langkah tangga ke?”

“Langkah bendul, lah.” Azlin membetulkan ayat adiknya. Suka hati aje nak guna perkataan.

“Sama ar tu.”

“Ala... ayahkan sayangkan adik akak ni. Mestilah dia nak yang terbaik untuk Maz. Kalau Maz teliti betul-betul, ayah tu macam tak adil. Dia lebihkan Maz, tengok Maz tak kerja pun ayah okey aje.”

“Ala... Maz ni bodoh sikit dari Kak Lin dengan Kak

Page 47: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

47

Ida.” Ada nada sayu di hujung kata-katanya. Bear besarnya dipeluk erat.

Memang sejak sekolah lagi kedua orang kakaknya akan membanggakan keluarga dengan keputusan yang cemerlang. Tapi dia? Bukannya tak pandai tapi dia memang tak berminat nak belajar. Kalau semua orang pandai siapa pula nak jadi orang tak pandai, kan? Eh... betul ke? Lantak ar....

“Siapa kata adik akak ni bodoh? Dalam adik-beradik kita, Maz yang paling berbakat. Keluarga kita bangga dengan adanya Maz. Tu tengok lukisan Maz tu ada harga walaupun Maz conteng aje,” puji Azlin.

Mazliana tersenyum. Kata-kata pujian itu membuatkan hatinya kembali mekar.

“Maz, akak nak tanya sikit boleh?”

“Sejak bila nak tanya minta kebenaran?” Mazliana memandang wajah kakak kesayangannya.

“Kalau diberi pilihan, lelaki macam mana Maz suka?”

“Wah! Soalan berani mati tu. Dah habis fikir ke tadi nak tanya soalan tu? Ke akak dah tak ada soalan lain nak tanya?” Sengaja dilontarkan sindiran itu ke arah Azlin. Riak wajahnya serius tiada senyuman menghiasi wajah itu. Berlakon la apa lagi. Melihat wajah serba salah kakaknya membuatkan dia tersenyum.

“Kalau diberi pilihan lelaki macam Johan tu mesti ditolak ke tepi dulu.”

“Kenapa pula? Apa kena mengena dengan Abang Johan pulak?” tanya Azlin tak berpuas hati dengan kata-kata adiknya.

Page 48: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

48

“Eh, suka hatilah! Pilihan Maz bukan Kak Lin yang punya.”

“Emmm... okey. Teruskan.” Azlin akur.

Mazliana diam dalam beberapa saat, sengaja membiarkan Kak Lin dalam penantian.

“Emmm... macam ayah kut.” Akhirnya keputusan tepat tak payah guna talian hayat.

“Hah??? Macam ayah? Ayah yang garang tu?” Sekali lagi dia menyoal adiknya. Biar betul?

Azlin membuat kenyataan berani mati. Hesy... buatnya dengar dek ayah tak ke kena sekeh kepala. Mazliana tersenyum. Senyuman adiknya dipandang dia kembali duduk di katil. Mazliana memeluk erat bear pink kesayangannya.

“Emmmm... dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni ayah adalah contoh terbaik yang Maz pernah jumpa. Kak Lin tengoklah cara ayah layan kita, terutamanya cara ayah sayang mak. Emmm... memang tokoh lelaki romantik. Cara ayah cakap dengan orang... first man in the world. Ayah buat kita respek dia, bukan takut. Hah, tu ar lelaki namanya bukan macam Abang Johan tu.”

“Ooo... patutlah ramai kena reject, kenapalah Maz tak suka sangat Abang Johan tu?”

“Entahlah... Doktor Johan tu macam trauma fobia dalam hidup Maz ni, tahu tak?” ujar Mazliana bersungguh. Azlin ketawa kuat mendengar kata-kata adiknya.

“Jadi Maz tak suka akak kahwin dengan dia?”

“Emmm... itu hak akak, lagipun yang penting akak bahagia.”

“Ni yang akak sayang adik akak ni. Mari peluk sikit.” Azlin memeluk erat tubuh adik kesayangannya. Mazliana

Page 49: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

49

menjerit rimas. Akhirnya kedengaran gelak tawa dua beradik itu.

Di sebalik pintu ada satu senyuman terukir. Perbualan anak-anaknya membuatkan hatinya terusik. Haji Nordin kembali dengan niatnya untuk minum air di dapur. Tapi senyuman masih mekar di bibir. Itulah kelemahannya dengan anak bongsunya itu. Ada saja yang menyejukkan rasa marahnya. Baru saja nak marah terus reda. Senyumnya saja dah membuatkan hati tuanya lega.

Page 50: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

50

“KAU simpan lagi gambar-gambar kita ni?” Syamin tersenyum meneliti satu

per satu kenangan mereka di UiTM. Sejak dari semester satu hinggalah di hari konvokesyen. Mazliana memang suka merakamkan memori mereka setiap detik.

“Seronokkan masa ni? Kalau aku diberi pilihan, hidup masa ni seronok sangat. Tak payah nak fikir masalah duit, masalah kerja,” ujar Syamin sambil tangannya membelek album.

Mereka saling tersenyum. Mereka berempat memang rapat. Kadangkala nama mereka sering disatukan dalam apa-apa tugas penting untuk majlis di kampus. Mazliana, Syamin, Boharin dan Najmi.

Tangan Syamin terhenti pada gambar mereka bertiga di taman universiti. Dia, Mazliana dan Najmi. Sama-sama bergaya dengan lukisan masing-masing. Najmi bersama potretnya. Dia bersama lanskap pemandangan dan Mazliana dengan lukisan Red Heartnya. Masa ini mereka bersama-

Bab 5

Page 51: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

51

sama dalam pertandingan amal. Hasil lukisan yang dijual akan didermakan kepada anak yatim. Red Heart Mazliana mendapat nilai jualan tertinggi.

“Kalau Najmi ada lagi mesti best, kan?” Suara itu berbisik perlahan. Senyuman Mazliana mati. Dia turun ke permaidani tempat Syamin duduk bersimpul bersama timbunan album dan lukisannya.

Matanya sekali lagi menatap gambar yang menarik minat Syamin tadi.

“Aku pun kadang-kadang rindu juga dekat dia. Kalau dia ada mesti aku ada geng nak kenakan kau.” Ketawanya perlahan di hujung sendu. Najmi antara teman yang paling memahaminya. Tak mungkin dia akan melupakan saat manis dan pahit yang dilalui bersama Najmi.

Syamin menjelir lidah. Memang kalau Najmi dan Mazliana bersatu hati dalam kejahatan mesti dia yang akan menjadi mangsa. Teringat rancangan jahat Mazliana dan Najmi yang menconteng mukanya ketika dia tertidur di dalam kelas. Punyalah malu bila dia keluar dari dewan kuliah semua orang ketawa sampai senak perut.

“Kau memang rapat dengan dia, kan.” Tangan Syamin bergerak kepada gambar Najmi dan Mazliana dalam senyuman yang begitu mekar.

Mazliana tersenyum lagi. Dia mengiakan kata-kata Mimi.

“Tak apalah Mimi, kita doakan dia berada dalam kalangan yang diredai, cuma ada satu hajat dia yang aku tak dapat nak buat lagi.” Syamin mengemaskan kembali album yang bertaburan di permaidani.

“Apa dia?”

Page 52: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

52

Mazliana kembali tersenyum, tubuhnya dihumban ke atas katil. Membetulkan tulang-tulang belakang yang semakin reput. Maklumlah dah tua. Soalan itu dibiarkan berlalu, biarlah hanya dia yang tahu.

“Cantiklah bilik kau ni. Suka aku lepak dekat sini.”

Mazliana mencebik. Ni pujian bermaknalah ni. Syamin sudah baring di sebelahnya. Mata masing-masing memandang tepat ke arah kipas di syiling yang berputar laju.

“Nak apa? Baik kau ikut highway, tak payah nak berbelit berputar.” Hesy... Mazliana ni suka merosakkan bahasa, suka bercakap ikut suka dia aje.

“Tadikan mak kau ada masak pengat pisang, aku dah lama teringin nak makan, macam tahu-tahu aje aku ni kempunan nak makan pengat pisang mak kau.” Syamin sudah tersengih.

“Emmm... aku agak dah. Mesti ada tujuan kebaikan kau ni.”

“Bukan apa, aku ni dah la lama tak balik kampung, jadi rumah kau ni dah lebih kurang macam rumah akulah juga. Mak kau mak aku ayah kau ayah aku, makanan kau pun jadi makanan aku la. ”

Mazliana membaling teddy bearnya, pantas disambut oleh Syamin.

“Jomlah, lagipun mak aku dah pesan sebelum dia keluar tadi, dia suruh kau makan puas-puas.”

“Hah... itulah sebenarnya yang cuba aku sampaikan dari tadi.” Bisik Syamin lagi.

Mereka ketawa lagi. Syamin tak pernah kekok bila berada di rumah itu. Layanan Mak cik Maznah masih sama macam dulu. Mesra dan sentiasa lembut.

Page 53: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

53

“SOFEA mana fail yang saya nak? Nak tunggu sampai kucing bertanduk baru nak bagi ke?” Suara itu meninggi kuat.

“Tapi bos, saya...”

“Apa lagi??? Saya tak nak dengar alasan... and one more thing saya tak nak dengar perkataan tidak atau tak keluar sebagai alasan!”

Sofea terkedu. Tidak sangka Tengku Iskandar akan meminta fail projek yang sudah lama terkubur.

“Hah!!! Tercegat apa lagi dekat situ??? Cepat!!!” sergah Tengku Iskandar lagi.

Wanita itu tersentak. Laju dia menuju ke tempatnya mencari apa yang diinginkan oleh bosnya.

Zikri menggeleng perlahan. Hari-hari ada saja angin ribut taufan. Ketegasan Tengku Iskandar kadang-kadang menimbulkan rasa takut dan bukannya rasa hormat di kalangan pekerjanya. Tengku Iskandar yang peramah menjadi tegas semacam. Tengku Iskandar yang setia menjadi seorang yang lebih suka bertukar-tukar pasangan wanitanya.

“Kenapa tu bos? Tak makan ubat ke tadi?” tanya Syamin perlahan. Di tangannya ada beberapa buah fail berkulit keras.

“Apa awak cakap?”

“Bukan apa bos, saya ni nak nasihat pun segan sebab dia bos saya, tapi kalau dah hari-hari muka berkerut lapan belas ribu macam tu, alamatnya tua sebelum usialah Tengku Iskandar tu.”

Zikri tersenyum.

“Awak segan atau awak takut nanti dengan awak-awak sekali kena sembur?” duga Zikri.

Tahu sangat apa yang bermain di fikiran wanita

Page 54: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

54

elegen itu. Salah seorang kakitangan MM Holding yang berkaliber.

Syamin tersenyum. Segera menutup mulutnya tanda tiada lagi ayat penegasan selepas ini. Mulut tak boleh lepas sangat nanti tak pasal-pasal makan pasir. Apa lagi kalau lawan bos? Kena buang kerjalah jawabnya.

“Syamin!!!” panggil Tengku Iskandar separuh menjerit. Dari tadi dia menekan interkom setiausahanya itu tapi tak siapa yang jawab. Rupanya duduk bersembang.

“Saya bos!” Syamin berlari anak mendapatkan bosnya. Pintu bilik ditolak laju.

“Apa kerja awak dekat sini?”

“Setiausaha kepada bos,” jawabnya antara dengar tak dengar.

“Jadi perlu ke saya ingatkan awak apa saja tugas awak sebelum ni?” Syamin kalut. Soalan cepumas. Dia mengangguk kemudian menggeleng laju.

“Kalau awak dah faham awak boleh buat tugas awak sekarang. Jangan nak buat kerja lain.”

“Emmm... bos, tadi Cik Marina, Juzila, Izzah, Sally dan beberapa orang lagi call. Mereka ajak bos keluar malam sabtu ni, lepas tu...”

“Minggu ni saya sibuk... just cancel semua date.”

“Tapi...”

“Just do what I say!!!” Jeritan Tengku Iskandar bergema di lubang telinga. Mak ai, boleh menangis anak telinganya hari-hari kena jerit macam ni.

Syamin hanya mengangguk persis buruk belatuk. Dia keluar dari bilik bosnya menuju ke mejanya. Dia hujung meja, Zikri sudah tersenyum. Kalau ikutkan perasaan

Page 55: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

55

memanglah best kerja di MM Holding dikelilingi dunia glamor setiap hari. Ada bos-bos yang hensem lagi menjadi kegilaan ramai tapi sengsara juga bila setiap kali bosnya Tengku Iskandar datang bulan. Kerjanya asyik nak mengamuk.

“Aik? Bukan awak nak nasihatkan bos ke tadi?” sindir Zikri. Dia suka mengusik pekerjanya itu. Syamin seorang yang ceria dan banyak cakap. Walaupun kadangkala cakap benda yang tak sepatutnya. Banyak auta dari fakta.

Syamin mencebik.

“Belum sempat saya nak nasihat, dia dah tengking saya bos,” ucap Syamin sayu mengundang ketawa besar.

“Kalau hari-hari macam ni boleh kurus anak kucing saya bos tengok saya menangis macam ni,” sambung Syamin lagi. Semakin galak Zikri ketawa. Tapi dia cukup kagum kerana Syamin adalah pekerja yang paling lama kekal menjadi setiausaha Tengku Iskandar. Kalau yang sebelum ni tak sampai sebulan dah cabut.

“Bukan hari-hari, kan dia mengamuk?” usik Zikri lagi.

“Encik Zikri Alif, memanglah tak hari-hari tapi bila dia dah buat, boleh kecut buah pinggang saya ni, tahu tak? Alamatnya belum sempat saya umur empat puluh dah mati sebab lemah jantung.”

Zikri masih dalam sisa tawanya. Syamin menjeling bosnya tu. Walaupun Zikri pengarah projek yang mempunyai kepentingan sama macam Tengku Iskandar tetapi bosnya yang sorang ni lebih mudah dibawa berbincang. Senang berunding dan tak ada angin taufan yang tiba-tiba.

“Sudahlah Syamin, awak buat kerja awak. Saya yakin dia tak akan marah kalau awak buat kerja perfect, kan?”

Page 56: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

56

Syamin mengangguk. Dalam hatinya dia saja yang tahu, ingat senang ke nak jadi sempurna. Mana ada orang dalam dunia ni sempurna.

Siapa yang tak kenal Tengku Iskandar Tengku Mazlan, bakal pewaris MM Holding. Sentiasa mengamalkan prinsip kurangkan manis dalam senyuman. Kenapa? Sebabnya jangan kata nak maniskan senyuman, nak tengok dia senyum pun bukan main payah.

Zikri Alif juga merupakan anak angkat Tengku Mazlan. Memiliki raut wajah yang tak kurang hebatnya tapi mempunyai penyakit keturunan Tengku Mazlan. Mungkin berjangkit sebab dah lama hidup dalam keluarga itu. Apa lagi kalau bukan penyakit gila kerja. Malah kadang-kadang sikap gila kerjanya lebih melampau dari pewaris MM Holding itu.

“Wei Syamin, kau menung apa tu?” tegur Sofea dari belakang.

Syamin mengurut dadanya. Terkejut. Nasib baik tak ada penyakit jantung. Kalau tak...!

Wajah Sofea dipandang dalam-dalam.

“Kau ni tak reti nak bagi salam ke? Hah??? Kenapa dari tadi terjerit-jerit?”

“Eh... marah pulak, aku tanya bos kita tu kenapa? Muka masam semacam aje.”

Syamin meletakkan fail yang dari tadi berada di tangannya ke atas meja. Dia duduk di kerusinya. Hari ni mood kurang baik. Pagi-pagi ayam dalam hutan baru nak makan dah telinga dia kena bebelan berbisa bosnya. Kali ni hidup dia diganggu pulak dengan pelakon opera cina. Mekap tebal seinci.

“Tak ada apalah. Kau ni suka sangat jaga tepi zip

Page 57: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

57

orang apahal? Baik kau pergi buat kerja kau tu lagipun aku tengok kau ni macam tak ada kerja aje.”

Sofea mencebik.

“La... memang aku tak ada kerja, nak buat macam mana,” bisiknya perlahan tanpa ragu. Lagipun kalau dia berjaya memikat hati salah seorang dari bosnya mesti hidupnya akan senang. Saat itu duit tak akan pernah menjadi masalah.

“Emmm... betul jugak kau cakap tu, tapi aku pelik juga sepatutnya bukan kau ke yang seharusnya sangat sibuk di antara orang yang sibuk dalam MM Holding?”

“Aku dah siapkan semualah.” Raut wajah Sofea berubah. Syamin memang sengaja.

“Kalau kau dah tak ada kerja, apa kata kau tolong aku siapkan fail Projek Taman Damai tu sebab bos dah tanya pasal tu,” bisik Syamin perlahan. Nadanya sengaja menakutkan wanita yang duduk santai di depannya.

“Eh... betul ke bos nak tengok?”

“Nampak gayanya macam tu la dan aku rasa alasan yang kau selalu buat pada Encik Zikri tu baik kau simpan aje sebab bos kita ni bukan boleh jangka tindakannya.” Sekali lagi Syamin sengaja menekan.

Syamin ketawa kecil melihat langkah laju Sofea meninggalkan mejanya. Hah, ambik kau kena tipu dengan aku! Boleh pulak kata tak ada kerja. Ingat MM Holding ni bapak dia punya ke?

Telefon di depannya tiba-tiba berbunyi.

“Helo, selamat pagi, MM Holding. Siapa di sana?”

“Min, tolong suruh Tengku Iskandar dan Encik Zikri masuk bilik saya.” Satu arahan keluar dari hujung

Page 58: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

58

talian. Eh siapa pulak ni, pagi-pagi nak bagi arahan. Suka hati dia aje... ingat ini syarikat dia ke? bebel Syamin lagi.

“Siapa ni?” tanyanya sedikit pelik

“Syamin, awak mimpi ke apa? Saya Tengku Mazlan.” Ucapan tegas itu membuatkan dia menikus. Terduduk di atas kerusi. Aduh, macam manalah dia boleh tak perasan itu panggilan dari dalam. Syamin terdiam seketika. Alamak... memang syarikat dia pun. Pantas dahinya diketuk dengan gagang telefon.

“Maaf Tengku, saya ingat tadi kekasih-kekasih bos tadi.”

“Tak apa tapi tolong pastikan yang telefon syarikat bukan untuk tujuan peribadi. Sampaikan dekat kekasih-kekasih bos awak tu.” Arah Tengku Mazlan.

Syamin mengangguk faham, ini bukan arahan pertama dan dah macam-macam yang keluar dari mulut Tengku Mazlan tapi arahan hanya tinggal arahan.

Dia sendiri ingin menyahut cabaran apabila menerima tawaran MM Holding sebagai setiausaha. Mesti kedengaran pelik tapi sebenarnya kalau bukan disebabkan pertolongan Pak cik Ramlan yang merupakan kawan baik ayahnya mesti dia tak diterima di MM Holding. Kira pakai kabel jugalah.

Bertugas di MM Holding membuatkan dia semakin faham dengan seisi penjuru syarikat tersebut. Dari keuntungan sehinggalah kerugian, dari pengawal hinggalah kepada CEO syarikat semua dalam poketnya.

Page 59: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

59

MAZLIANA tersenyum melihat dirinya di depan cermin. Lama juga tak kenakan Si Mimi ni.

Mesti dia terkejut beruk kali ni. Kalau tak terkejut beruk, dia mesti masuk hospital sebab serangan jantung.

Dia ketawa kuat. Kau cabar aku, kan. Kau tak tahu siapa Mazliana Nordin. Bercelarulah hidup kau hari ni. Selendang lusuh yang dipakai menutupi rambutnya. Dia tersenyum gigi warna hitam dan cermin mata besar membuatkan dia yakin kali ini lakonannya berjaya. Siaplah kau Mimi... senyumannya semakin melebar.

ZIKRI dan Tengku Iskandar melangkah masuk ke lobi MM Holding. Syarikat kebanggaan Tengku Mazlan. MM Holding dipilih sempena nama Tengku Mazlan dan Tengku Mariam. Tengku Iskandar kini dipertanggungjawabkan untuk menerajui MM Holding. Apa yang pasti di sebelah kirinya akan

Bab 6

Page 60: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

60

sentiasa ada Zikri yang akan bersama-samanya ketika jatuh bangun.

“Kau jangan lupa malam ni. Nanti bising pulak mama.”

“Emmm... tengoklah. Biasanya kalau malam minggu kau pun mesti lari, kan? So, jangan nak kenakan aku pulak.”

Tengku Iskandar tersenyum. Memang niat untuk mengenakan Zikri sudah terbit di hujung akalnya. Dia tersenyum sinis.

“Hah... tu dah keluar senyum ala-ala jahat. Kau jangan buat sesuatu yang boleh membuatkan aku memutarbelitkan fakta Is. Jangan sampai kau makan kasut aku ni.”

“Eh Zik... aku ni profesional, tahu tak?” Tengku Iskandar berwajah serius. Yang pasti malam minggu ni kau kena! bisik hatinya jahat.

“Banyaklah profesional kau tu.” Butang lif ditekan. Mereka beriringan masuk.

“Ya Allah!” Tengku Iskandar terkejut. Dia mengurut dadanya. Begitu juga Zikri.

“Fesyen datang dari mana pulak ni, Syamin?” tanya Zikri dalam sisa terkejutnya. Wajah serius Tengku Iskandar dipandang. Wajah kecut Syamin membuatkan dia terus ketawa. Lawak pulak bila terkenangkan Tengku Iskandar yang terkejut tahap beruk. Dia ketawa lagi. Mana taknya, jumpa pekerja sendiri macam nampak hantu.

“Selamat pagi bos!”

“Pagi,” jawab Tengku Iskandar serius.

Syamin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Page 61: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

61

Sebab terlalu lewat bersama Mazliana semalam membuatkan dia tidak sempat mencuci rambut yang diwarna dengan warna merah. Wajah kedua-dua bosnya dipandang. Aduh! Kantoi. Ketawa Encik Zikri membuatkan hatinya senang tapi wajah serius Tengku Iskandar membuatkan dia terus menunduk. Macam manalah boleh tertembung dengan bosnya ni?

“Fesyen apa ni Syamin?” tanya Zikri kembali. Cuba menahan rasa geli hatinya. Menakutkan. Tiba-tba ada perempuan berambut merah di dalam lif. Nyaris tak gugur jantung.

“Saya tak sempat nak cucilah, Encik Zikri.”

“Kalau nak jadi pelakon jangan datang kerja. Jadi aje pelakon.” Tengku Iskandar pula bersuara serius.

Bukan dia tak tahu aktiviti setiausahanya. Hesy... budak ni, tak cukup ke aku bagi gaji sampai macam ni sekali jadinya? Rambut merah Syamin dipandang. Macam gaya apa entah.

“Maaf Tengku Iskandar saya...” Belum sempat dia menghabiskan ayat. Pintu lif sudah terbuka luas. Tengku Iskandar keluar tanpa menunggu jawapan pekerjanya itu.

Syamin menunduk malu. Tulah cari pasal sangat. Sempat dia melihat Zikri yang mengangkat ibu jari tanda bagus padanya. Dia tersenyum. Memang dia sentiasa senang dengan Encik Zikri kerana bosnya yang sorang lagi tu lebih peramah. Tapi Tengku Iskandar pun baik juga. Siapa tak sayang bos oiii!!!

Page 62: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

62

JAM menunjukkan pukul satu. Lunch time!!! Janjinya malam ini dengan Mazliana bermain di minda. Dia suka perwatakan temannya itu yang tidak hipokrit. Kalau hitam katanya maka hitamlah dia. Kalau kuning alamat jadi kuninglah dia. Hal itulah yang membuatkan hubungan mereka sentiasa rapat. Minat yang sama dalam pementasan teater mengikat dia dan Mazliana. Cuma sejak kebelakangan ini dia dan Mazliana sibuk dengan hal masing-masing. Nasib baik tuhan pertemukan mereka.

“Hai... hensem Encik Zikri hari ni?”

Senyuman bertambah mekar. Wajah perempuan di depannya dipandang sekilas.

“Hari lain pun saya hensem juga.”

“Tapi hari ini lain macam sikit Encik Zikri. Tu... sebab tu.” Jarinya menunjuk ke arah kot hitam yang dipakai. Selama ini dia hanya melihat bosnya itu dengan kemeja dan memakai tali leher serabut. Tapi hari ini jelas menampakkan wajah kacak kegilaan ramai.

“Apa awak menungkan tu? Saya tengok macam tak ada dekat sini aje. Dah sampai mana?”

“Encik Zikri... bos marah ke?”

Zikri tersenyum. Itu rupanya yang dimenungkan.

“Macamlah baru sehari awak kerja dengan dia.”

“Tapi... macam biasalah bos.”

“Biasa tak biasa. Walau watak apa pun awak bawa dalam lakonan pentas awak tu jangan sampai awak bawa ke pejabat.” Teguran perlu diberikan kerana itu tanggungjawabnya. Apa pulalah kata pelanggan nanti tengok secretary pengurus besar macam tu. Hesy... rosak reputasi MM Holding. Syamin tersenyum lantas menggaru kepalanya. Dia tahu sekarang dia

Page 63: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

63

dalam pemerhatian. Walaupun Zikri baik orangnya tapi lelaki itu tegas dalam urusan kerja.

“Lain kali saya tak buat lagi bos.”

“Tak ada dah lain kali. Ini yang pertama dan yang terakhir rambut awak merah. Nasib baik saya dengan Tengku Iskandar tak ada masalah jantung, kalau tak dah lama padam.”

Syamin ketawa kecil. Zikri terus menghilangkan diri dalam bilik pengurus besar.

“Hoi Syamin, ada mak cik nak jumpa kau!” Jeritan Nisa membuatkan dia terkejut. Hesy... tak boleh nak layan feel sikit. Ada aja yang ganggu. Kacau betul.

“Siapa?” Syamin mengangkat keningnya tak puas hati. Aushhh... gaya gengster habis tapi habuk pun tak ada! Siapa pulak waktu-waktu rehat ni nak jumpa aku ni?

“Tu....” Nisa memanjangkan muncungnya mengarah ke arah ruang menunggu MM Holding.

Eh... minah ni main tunjuk dengan mulut pulak, kalau cantik tu tak apalah. Ini bibir merah merekah bak kereta wira bapak aku aje. Lagi mahu tunjuk.

Syamin melangkah perlahan merapati seseorang yang sedang membelakanginya. Siapa pula ni? Mak ke? Hesy... takkan orang tua tu datang tak bagi tahu. Dia berdiri rapat dengan wanita sebaya maknya yang bercermin mata besar. Puas dia mengamati wajah itu tapi gagal. Siapa pulak ni? Eh... senyum pulak kat aku.

“Ya? Mak cik cari siapa?”

“Syamin... Syamin tak kenal mama?” Berkerut seribu dahinya. Sudah... mama mana pulak ni?

“Eh... mak cik silap orang ni. Mak saya ada kat

Page 64: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

64

kampung. Lagipun sejak bila pulak saya ada mama?” soalnya cuak.

“Sampai hati mak Syamin tak cerita pasal mama.”

“Maksud mak cik?”

“Mama yang susukan Syamin dari kecik, sebesar semut. Bila dah jadi sebesar gajah ni, sampai hati Syamin lupakan mama.”

“Hah??? Susu? Biar betul mak cik??? Seingat sayalah, sepanjang saya kenal susu, semua susu botol, susu lembu.” Syamin bertambah pelik. Cuak juga dia tetiba ada manusia mengaku ibu susuannya. Mustahil. Siap samakan aku dengan semut dengan gajah. Sesuka hati aje.

“Sampai hati Syamin samakan mama dengan lembu.”

“Eh... bukan macam tu mak cik. Aduh... mak cik salah orang ni.”

“Kalau mak cik salah orang, tak mungkin mama salah orang sebab mama bawa ke mana saja gambar Syamin masa kecik. Hah, tengok ni comel aje macam mama dia.”

Wanita itu mula mengalirkan air mata. Hah... sudah! Drama air mata bermula. Ada beberapa pasang mata sedang menjadi pemerhati. Syamin masih berdiri di tempatnya tanpa berganjak. Suasana menjadi sepi sebentar. Hampir semua kakitangan di tingkat dua belas sudah keluar makan, nasib baik.

“Kenapa ni?” Satu suara muncul dari arah belakang. Semua memberi laluan. Alamak bos!!! Kantoi... wajah wanita tua itu selamba aje. Masih dengan air mata.

“Syamin???” Tengku Iskandar bertanya serius.

“Siapa ni?” Soalan bertalu-talu menimpa.

Page 65: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

65

“Emmm... saya...”

“Saya mama Syamin.” Wanita itu tersenyum ke arah lelaki itu. Hensem. Tapi muka masam mencuka. Eh? Macam pernah tengok la mamat ni. Mazliana menggigit bibirnya cuba mengingati sesuatu.

“Macam mak cik pernah tengok anak ni... tapi dekat mana ek?”

“Ooo... mungkin dalam majalah,” jawab Tengku Iskandar sopan.

Bagus. Hormat orang tua. Mazliana membetulkan tudungnya. Lakonannya hari ini memang berkesan. Wajah kantoi Syamin membuatkan dia rasa nak terguling-guling gelak. Kini tumpuannya pada lelaki serius di depannya.

“Mak cik buat apa dekat sini?” tanya Tengku Iskandar.

“Mak cik rindukan anak mak cik ni.”

“Syamin? Your mom?” Pertanyaan Tengku Iskandar mengejutkan Syamin. Dia mengangguk lepas tu menggeleng. Eh tidak! Aku keliru!!! jerit hatinya.

Mazliana meneliti wajah Tengku Iskandar sekali lagi. Tiba-tiba otaknya ligat memproses maklumat. Hah? Bukan mamat ni ke yang aku jumpa dekat klinik Kak Lin? Aduh... kantoi! Tiba-tiba matanya menangkap lagi satu wajah yang baru masuk ke ruang tersebut. Hah, sudah! Sah lagi sahih memang mamat dua orang ni. Sebelum apa-apa terjadi baik cabut dulu ni.

“Tak apalah nak... biarlah mak cik balik dulu lagipun mak cik banyak kerja lain.”

“Eh... kenapa tiba-tiba mak cik nak balik?”

“Siapa ni Is?” tanya Zikri.

Page 66: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

66

“Mak Syamin.”

“La... sihat mak cik?” Zikri menghulurkan tangannya. Tapi tidak disambut. Wanita itu hanya tersenyum. Mazliana gabra. Mana boleh bersentuhan lelaki perempuan bukan muhrim hukumnya haram.

“Tak apalah mak cik, kami nak keluar ni. Kami minta diri dulu,” minta Zikri sambil memandang ke arah Tengku Iskandar yang masih memandang wajah orang tua tu. Hesy... biar betul Si Iskandar ni, tak akan first love dengan mak Si Syamin ni pulak? Pantas tangan Tengku Iskandar dicuit. Membuatkan lelaki itu tersedar dah terus jalan meninggalkan dua beranak itu. Mazliana menghembuskan nafas lega. Selamat!

“Tak apalah mak cik balik dulu.” Dia yakin Mimi dapat menghidu lakonannya.

“Nanti dulu!” Langkahnya tiba-tiba terhenti. Suara Syamin dari tadi diam, kedengaran jelas.

“Mama tinggal dekat mana?”

“PJ eh... maksud mama Pulau Jinjang.”

“Pulau Jinjing? Dekat mana tu?” Syamin bertanya pelik. Dia tidak pernah dengar nama Pulau Jinjang. Hmmm....

“Sebelah Pulau Pinang bawah sikit dari Perlis jauhlah dari Perak,” jawab Mak cik Mazliana penuh yakin dan selamba.

Syamin tersenyum. Dia dah dapat menangkap mata itu kepunyaan siapa.

“Amboi! Jauh juga mama duduk. Macam manalah boleh hantar susu dekat saya masa kecik dulu, ek?”

Syamin merenung tajam ke arah pelakon terbaik

Page 67: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

67

itu. Sengaja mempamerkan riak marah, tangannya sudah dicekakkan di pinggangnya.

“Okey, mak cik balik dulu.”

”Mazliana Hj Nordin!!!” jeritnya mematikan langkah Mazliana. Dia berpaling dan tersenyum.

“Kurang asam jawa punya budak! Nak rasa agaknya macam mana tidur dalam tanah!!!” Marahnya. Ketawa kuat sudah kedengaran. Bahu Mazliana ditepuk kuat. Aduh sakit. Kasar betul ar minah ni. Boleh retak bahu aku. Maz menggosok perlahan bahunya.

Lakonannya dapat dikesan. Hesy, baru nak intro. Ni semua mamat dua ekor tu punya pasal. Kalau tak mesti segalanya berjalan lancar. Jantung aku ni pun satu juga yang berdegup kencang aje bila nampak mamat tu kenapa? Tu la bukan senang hidup dalam penipuan.

ZIKRI dan Tengku Iskandar berpandangan. Melihat kelibat wanita tua itu yang memandu laju kereta Gen 2 milik Syamin. Mereka kaku di tempat letak kereta.

“Hesy... biar betul mak cik tu, bawa kereta macam pelumba F1. Betul ke tu mak Si Syamin, Is?”

“Kau tanya aku, manalah aku tahu.”

“Yang kau ni apa hal dari tadi aku tengok kau tengok mak cik tu lain macam aje?” tanya Zikri tak puas hati. Tengku Iskandar masih memandang arah kereta yang sudah lenyap entah ke mana.

“Entahlah, aku rasa macam pernah tengoklah mak cik tu tapi aku tak boleh nak tangkap dekat mana.”

Page 68: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

68

“Ya ke?”

“Jangan-jangan kau jatuh cinta dengan mak cik tu tak?”

“Kau ni dah lama agaknya tak makan penampar, kan. Aku rasa nak bagi kau sekarang ni juga.” Tengku Iskandar bersuara geram.

“Eh... tak payahlah susah-susah aku dah makan nasi tadi. Kenyang lagi rasanya,” jawab Zikri selamba sambil tersengih. Bukan boleh dilayan sangat Tengku Iskandar ni. Kalau dibuatnya naik angin, dengan aku-aku sekali kena. Tapi tak mungkin sahabatnya itu akan menamparnya. Dia tahu siapa Tengku Iskandar.

“Hai... bos-bos saya ni takkan berdiri dekat sini aje kut?” sergah Syamin dari arah belakang. Dua mata lelaki itu terarah kepadanya.

“Panjang umur awak Syamin.”

“Kenapa?”

“Ni bos kita ni dah minat dekat mak awak tu.” Zikri ketawa kuat. Tengku Iskandar hanya memandangnya tajam. Ceh... mulut tak ada insurans betul!

“Hah??? Tengku Iskandar?”

“Awak dengarlah cakap Encik Zikri ni, bukan betul sangat otak dia ni.”

“Tapi kalau Tengku Iskandar nak jadi papa tiri saya boleh juga,” bisik Syamin. Tersembur ketawa Zikri yang ditahan dari tadi. Syamin hanya ketawa kecil. Tapi Tengku Iskandar buat muka blur.

“Itu bukan mak sayalah bos. Dia kawan saya dari kecik.”

“Hah??? Macam mana awak boleh berkawan baik

Page 69: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

69

dengan mak cik tu?” tanya Zikri tak puas hati. Pelik pun ada juga.

“Dia kawan sayalah bos-bos. Dia sebaya dengan saya. Dia tu pelakon terbaik masa kitorang belajar dulu,” terangnya kepada dua orang bos mudanya. Dia sering menggunakan panggian bos-bos jika berbual dengan Zikri dan Tengku Iskandar.

“Maksud awak, tadi tu dia berlakonlah?” tanya Tengku Iskandar geram. Syamin hanya mampu mengangguk suka. Tertipu juga bos-bosnya dengan lakonan berkesan Mazliana.

Tengku Iskandar dan Zikri berpandangan. Tiba-tiba ketawa Zikri kedengaran kuat. Kagum dia dengan lakonan kawan Syamin yang dia sendiri tak kenal. Tapi apa yang pasti dia juga tertipu. Patutlah masa aku nak salam dia tadi dia tolak. Dia kembali tersenyum.

“Sukanya kau?”

“Tak sangka kita pun dia berani tipu. Hebat perempuan ni.”

“Memang dia seorang yang hebat Encik Zikri.”

“Menipu awak kata hebat???” tanya Tengku Iskandar serius mematikan senyuman yang mekar di bibir Syamin. Hesy... bos ni dua puluh empat jam bad mood.

“Saya yang cabar dia bos, tak sangka pulak dia seberani itu datang ke pejabat macam tu. Cuak juga saya tadi. Nasib baik bos-bos selamatkan saya. Kalau tak mesti lagi teruk saya kena tadi.” Syamin tersenyum. Cuba menerangkan keadaan sebenar. Dari nada suara bosnya dia tahu Tengku Iskandar tidak marah.

“Tak apalah Syamin... lagipun dia datang waktu

Page 70: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

70

lunch time, so tak kisahlah.” Ujar Zikri menjadi penyelamat keadaan.

“Sudah, ini bukan waktu berborak tentang benda yang tak membawa faedah.” Tengku Iskandar melangkah meninggalkan Zikri dan Syamin. Dia tak berminat untuk terus mendengar cerita tentang ‘pelakon terbaik’ itu.

DARI tadi duduknya tak senang. Sekejap bangun sekejap duduk. Zikri yang dari tadi duduk santai hanya tersenyum melihat aksi sepupunya. Hasrat mamanya semalam betul-betul membuatkan dia lemas. Rimas. Entah apa yang dirancang mamanya selepas ini dia sendiri tak tahu. Terencat niatnya untuk mengenakan Zikri. Alih-alih dia yang terkena.

“Macam mana ni?” tanya Tengku Iskandar. Geram dia melihat senyum meleret temannya.

“Kau boleh duduk tak?”

“Kau nak suruh aku duduk? Kau tahu tak aku dah macam tak cukup nafas ni.”

“Haiii...Tengku Iskandar, kenapalah kau ni gabra sangat, mana dia Tengku Iskandar yang maco, berani dan gagah perkasa tu?”

“Banyaklah kau gagah perkasa. Aku dah tak boleh berfikir sekarang ni.”

“Tak payah fikir. Ala... Mak Engku baru suruh kau kahwin. Tapi macam gaya nak menunggu kematian aje aku tengok.”

“Kau ni cakap senanglah Zik, bukan kau yang kena kahwin. Aku ni ha yang kena kahwin. Lagi satu, kau ingat

Page 71: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

71

dalam dunia ni senang ke aku nak cari perempuan yang boleh memenuhi syarat-syarat mama aku tu? Kau sendiri pun tau.”

“So, kau terima ajelah pilihan dia tu, apa susah!” ujar Zikri senang. Tengku Iskandar menggigit bibirnya. Geram dia melihat wajah selamba Zikri.

“Kau ajalah yang kahwin dengan dia.”

“Eh... kenapa aku pula yang jadi mangsa?” kata Zikri sambil membuka majalah di depannya.

“Kau pun bukan orang lain, anak dia juga. Peliklah mama ni. Macam hidup zaman dahulu kala aje main kahwin paksa macam ni. Aku lari baru tahu!” ngomel Tengku Iskandar tidak puas hati.

Zikri mengekek menekan perutnya. Kelakar dia mendengar idea gila Tengku Iskandar.

“Ala... apa susah Is, kau tak payah lari. Kau pilih sajalah mana-mana girlfriend keliling pinggang kau tu buat isteri, kan senang.”

“Senang tu kata kau... tapi yang susahnya aku.”

“Emmm... macam ni. Mak Engku kalau boleh nak kau ada pilihan sendiri. So, kau kena cari calon isteri kau tu buat masa ni. Bila dah kenalkan nanti, kau buatlah sesuatu supaya Mak Engku tak suka calon isteri kau tu. Lepas tu mesti dia takkan paksa kau kahwin sebab kau masa tu konon-kononnya dah putus cinta.”

“Emmm... bagus juga cadangan kau ni tapi ni dah kes menipu mama ni Zik. Berdosa.”

“Masalahnya... kalau kau nak jadi anak yang soleh, kau ikut ajelah cadangan mama untuk kahwin dengan pilihan dia. Siapa tu? Anak Tan Sri Hamid? Hamud? Apa ke nama dia tah,” terang Zikri panjang lebar.

Page 72: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

72

“Tapi siapa calon isteri aku tu?” soalnya buntu.

“Laaa... takkan kau tak ada calon kut?” duga Zikri.

“Kau nikan Zik, kalau aku kata kau bodoh nanti kau marah. Kalau aku dah ada calon tak payahlah aku nak tipu mak aku macam idea pening kau ni,” ujar Tengku Iskandar. Zikri menggaru dagunya, seakan memikirkan sesuatu yang dia sendiri tak tahu. Dia olok-olok aje bagi cadangan tetapi tak sangka Tengku Iskandar ambil serius dengan apa yang dikatakannya. Biar betul! Sudah... masalah! Kalau Mak Engku tahu mampus aku kena.

“Ex-girl kau yang ramai-ramai tak ada?” tanya Zikri lagi.

“Tak boleh pakai semuanya.”

“Emmm... kawan-kawan perempuan kau?”

“Aku mana ada kawan perempuan.” Tengku Iskandar menjawab perlahan. Memang dia tak suka menjalinkan persahabatan dengan insan bergelar perempuan. Baginya perempuan susah untuk memahami perasaannya.

“Ha ar... aku lupa pula kau ni jenis Romeo Must Die.. Takkan tak ada satu pun perempuan yang terlintas kat kepala kau? Emmm... Syamin?”

“Hesy... dia tu sekutu mama. Mana boleh. Nanti tak pasal-pasal dia buat laporan lengkap hantar dekat mama.” Tengku Iskandar memuncungkan mulutnya. Zikri ketawa kecik.

“Mak Syamin.” Tiba-tiba wajah tua pagi tadi terlintas di mindanya.

“Apa?”

“Bukan orang macam tu ke yang kita nak cari?”

“Maksud kau?” Soal Tengku Iskandar. Zikri tersenyum.

Page 73: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

73

“MACAM MANA?” tanya Zikri. Inginkan kepastian. Wajah keruh Tengku

Iskandar sudah menjawab segala soalannya.

“Hai... awek sikit punya banyak berbaris tunggu kau, takkan seorang pun tak sangkut kut?”perli Zikri. Sengaja membakar hati sahabatnya.

“Masalahnya semua yang tersangkut dekat aku, semua spesies tak boleh bawa berunding.”

“Tina?”

“Dia mintak seratus lima puluh ribu.”

“Mak ai.. seratus lima puluh ribu? Dia ingat dia cantik macam Erra Fazira ke nak mintak banyak macam tu? Hesy... buang masa betul!”

Tengku Iskandar tersenyum pahit. Baru dia tahu selama ini dirinya dikelilingi wanita yang tiada bezanya dengan kaca. Tiada harga kalau pecah berderai. Nampak cantik tapi...

Bab 7

Page 74: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

74

“Yang lain?”

“Entahlah Zik, aku dah mati akal ni, mana boleh main redah macam tu aje, kes ni melibatkan mama, aku kalau boleh tak nak dia terluka.”

“Aku ada cadangan.” Dia membisikkan sesuatu pada Tengku Iskandar.

Dahinya berkerut-kerut memikirkan cadangan gila Zikri. Tengku Iskandar terdiam. Kejap dia duduk sekejap dia bangun. Kalau terus macam ni memang alamatnya sampai esok pun tak selesai. Wajah tua milik mak palsu Syamin terlayar di mindanya.

“Apa kau fikir lagi ni?”

“Kau biar betul Zik, nanti kalau mama tahu kerja kita ni, tak pasal-pasal masuk ICU.” Zikri ketawa kuat.

“Ala... takkanlah Mak Engku nak buat kau macam tu, kau tukan anak kesayangan dia,” ujar Zikri tenang sambil membelek majalah di tangannya.

Tengku Iskandar menggigit bibirnya. Geram. Matanya merenung tajam lagak Zikri yang selamba. Macam tak ada masalah. Aku macam nak pecah fikir masalah ni dia boleh pulak senang-lenang baca majalah entah apa-apa tu. Tengku Mariam tu bukan boleh dilawan cakapnya sesuka hati, silap hari bulan mengamuk. Siapa yang susah nak pujuk? Aku juga. Kalau nak harapkan Si Zikri ni menambahkan masalah lagi adalah. Kenapalah mama beria-ia sangat nak dia memilih calon isteri buat masa terdekat ni? Pelik. Kalau ikutkan umur memang ar dia dah wajib mendirikan rumah tangga tapi kalau nak ikutkan zaman sekarang masih banyak lagi masa, baru nak masuk tiga puluh tahun bulan tujuh ni. Muda lagi.

“Kenapa mama paksa aku? Kenapa kau, dia buat bodoh aje?” tanya Tengku Iskandar tak puas hati. Zikri

Page 75: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

75

tersenyum lagi. Macam la muka hensem sangat senyum macam tu, sindir Tengku Iskandar dalam hati.

“Kau kan dah wajib. Lagipun bukan muda lagi.”

“Amboi, cara kau cakap tu macamlah kau muda dari aku! Kau jangan nak buat hilang ingatan yang umur kau tu tua setahun dari aku, tahu tak?” Kini giliran Tengku Iskandar pula tersenyum sinis.

“Ooo... ya ke? Lupa pula. Maklumlah jiwa muda.”

“Muda konon....” Tengku Iskandar kembali ke mejanya. Kalau dilayan Zikri sampai esok pun kerjanya tak siap.

“Habis apa keputusan kau?”

“Entah aku pun tak tahu Zik, tapi cara terbaik sekarang ni aku ikut cadangan gila kaulah,” putus Tengku Iskandar.

“Cadangan gila konon tapi ikut juga,” perli Zikri sambil tersenyum.

“Tapi kau kena pastikan budak yang akan berlakon jadi calon isteri aku tu senonoh sikit. Jangan kau cari yang macam Syamin tu sudah.” Pesan Tengku Iskandar awal-awal. Kalau tidak, naya aje!

Zikri terdiam sempat matanya memandang ke arah pintu. Mana tahu kalau tiba-tiba Syamin muncul. Kemudian matanya kembali kepada Tengku Iskandar. Diam. Akhirnya kedengaran gelak ketawa kuat dari dua lelaki pujaan Malaya itu.

Page 76: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

76

TANGANNYA terhenti dari menulis sesuatu. Dia pantas berpaling ke arah pintu bilik Tengku Iskandar yang tertutup rapat. Apahal bos-bos aku tu gelak macam tak ingat dunia? Bahaya ni, mesti mengumpat. Tak pun cerita pasal benda bukan-bukan. Hesy.... Ya Allah selamatkanlah hati bos-bos aku. Dia mengangkat tangan mendoakan sesuatu.

“Apa awak doakan tu Syamin?”

Tiba-tiba wujud satu suara di depannya. Pen yang dipegangnya terpelanting entah ke mana.

“Opocot mak kamu berdoa untuk bos aku!!!” Syamin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Doa apa?” usik Zikri lagi.

“Doa untuk bos... eh bukan... doa kesyukuran. Eh bukan... doa cepat dapat jodoh bos-bos.” Syamin menggaru kepalanya lagi. Hah, dah datang penyakitnya. Zikri galak ketawa sehingga hampir menitis air matanya.

“Apa ni Encik Zikri.” Syamin bangun dengan perasaan tidak puas hati. Nasib baik bos, kalau orang lain dah lama aku sekeh kepala dia.

“Awak ni kelakarlah Syamin, saya baru sergah macam tu awak dah melatah macam tu sekali.”

“Penyakit keturunan, bos.”

“Apa awak doa tadi? Panjang aje saya tengok?”

“Tak ada apa- apa. Kawan saya kata dalam apa sahaja yang kita buat kita kena sentiasa berdoa untuk diberi perlindungan. Mana la tahu kut-kutlah ada yang mengumpat kita waktu ni, tak adalah kita cepat terasa.”

Zikri tersenyum. Alamak, dia dengar ke aku dengan Is mengumpat dia? Hah... ni Iskandarlah punya kerja. Wajah Syamin dipandang lagi. Dia selesa dengan Syamin walaupun

Page 77: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

77

otaknya gila-gila tapi boleh dibawa ke mana saja. Pandai sesuaikan diri dengan keadaan.

“Saya ada hal nak bincang dengan awak ni.”

“Hal apa Encik Zikri? Nak kahwin ke?” Syamin tersengih.

“Hesy... tu bab lain tapi ada bersangkutan jugalah. Tapi bukan saya tapi bos besar kita tu!” Muncungnya dihalakan ke arah bilik Tengku Iskandar yang tertutup rapat.

“Hah??? Tengku Iskandar nak kahwin?” tanya Syamin separuh menjerit.

Biar betul??? Tak pernah pulak dia melihat bosnya itu melayan mana-mana perempuan. Semuanya tahap kawan biasa aje. Kalau lebih pun tak sampai nak kahwin kut. Malah dengan dia sendiri hanya bercakap mengenai benda yang penting saja. Betul ke apa yang dia dengar ni?

“Hesy... awak ni Syamin, cuba rendahkan sikit volume suara tu. Nak bagi satu syarikat tahu ke?”

“Biar betul Encik Zikri ni? Jangan main-main benda macam ni. Siapa perempuan malang tu?” Bulat mata Zikri mendengar soalan yang lahir dari mulut pekerjanya.

“Opss sorry... siapa perempuan yang bertuah tu?” Syamin menyedari keterlanjurannya terus membuat pembetulan. Mulut tak ada insurans macam tulah.

“Awak pun kenal siapa dia dan hanya awak saja yang boleh tolong.”

“Siapa? Saya kenal ke?” tanya Syamin tak sabar bila nama dia dikaitkan. Tak akan bos minat dekat aku kut? Impossible....

Anggukan Zikri menambahkan lagi unsur saspens. Hesy... macam cerita Detective Conan pulak main saspens-

Page 78: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

78

saspens ni. Siapa yang dia kenal? Budak syarikat ni ke? Sempat dia bermonolog sendiri. Mengabaikan sekejap makhluk yang berdiri tegak di depannya.

“Siapa Encik Zikri, Milah? Kak Yam? Dewi? Atau jangan bagi jawapan Sofea perempuan gedik tu sudah.” Semua nama dah disenaraikan tapi Zikri masih tetap menggeleng kepala.

Syamin mulai bosan dan kemudian dia duduk kembali ke kerusi yang tadi ditinggalkannya.

“Habis siapa?” tanyanya separuh geram. Sengaja menyuarakan nada tidak puas hatinya.

“Entah, saya pun tak tahu nama dia tapi saya yakin awak tahu.”

“Hesy... apa ni Encik Zikri main-main pulak! Cuba cakap betul-betul siapakah gerangan yang dah mencuri hati batu keluli bos kita tu?”

“Mak awak.” Jawapannya ringkas dan cukup tenang tetapi kenyataan itu membuatkan Syamin berdiri tegak semula tanpa mampu menarik dan menghembus nafas.

“Hah??? Mak saya? Tengku Iskandar dengan Encik Zikri ni gila ke apa? Mak saya dekat kampung tu dah sebaya dengan Tengku Mariam. Lagipun saya tak rela nak biarkan Tengku jadi bapa tiri saya. Walaupun dia hensem tapi tak semestinya mak saya jadi pilihan. Saya tak boleh terima permintaan ni Encik Zikri, tolonglah!” Syamin bersuara keras. Sampai hati mak buat Mimi macam ni. Sejak bila mak kenal Tengku Iskandar ni? Tidakkkk!!!

“Apa awak merepek ni Syamin? Bukan mak awak yang dekat kampung tu la.”

“Habis tu?”

Page 79: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

79

“Mak awak yang datang ke pejabat hari tu. Pelakon terbaik tu.” Zikri cuba membantu Syamin mengimbas kembali peristiwa yang dimaksudkan.

“Hah... Mazliana,” ujar Syamin pendek.

“Mazliana ke nama dia? Emmm... sedap juga,” kata Zikri sambil tersenyum.

“Maksud Encik Zikri, Mazliana?” tanya Syamin. Dia masih bingung dengan permintaan bosnya itu.

“Yup... kawan awak yang datang menyamar jadi mak awak tu.” Zikri tersenyum lagi. Jelas wajah terkejut beruk Syamin.

“Bila mereka bercinta?” tanya Syamin lagi tidak puas hati.

“Lepas ni.” Dia memberi isyarat kepada Syamin supaya memperlahankan suara. Bimbang kalau ada mata-mata FBI Tengku Mariam yang terdengar.

Dia tahu Mak Engku banyak pasang spy di dalam syarikat untuk mengintip pergerakan dia dan Tengku Iskandar. Hati ibu itulah yang membuatkan dia sentiasa menyayangi Tengku Mariam lebih dari segalanya. Melebihi kasih seorang ibu yang tak pernah dikenalinya.

“Apa maksud Encik Zikri ni?” Syamin keliru. Suaranya separuh berbisik.

“Panjang ceritanya. Lepas ni awak masuk bilik saya. Saya akan ceritakan dari A to Z.”

Zikri meninggalkan Syamin dalam keadaan tertanya-tanya. Mazliana? Hesy... apa pulaklah plan bos kali ni. Tapi kenapa Mazliana? Mungkin Tengku Iskandar jatuh cinta pandang pertama kut. Eh... tapi tak mungkin. Bukan senang nak tackle hati Si Maz tu. Keras macam konkrit

Page 80: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

80

bangunan dua puluh empat tingkat. Bukan satu dua lelaki di kampus dulu yang kecewa dengan Mazliana, malah Doktor Amir lecturer Act and Designnya pun boleh tersangkut dengan temannya itu. Buktinya setiap kali waktu Doktor Amir pasti nama Mazliana akan meniti di bibirnya. Dalam satu masa boleh katakan sepuluh kali nama Mazliana naik. Tapi yang peliknya Mazliana buat muka tak bersalah bila tolak lamaran yang datang. Mazliana... Mazliana.

LANGKAHNYA nampak sumbang, memang sumbang pun. Walaupun pemegang tali pinggang hitam tapi tak bermakna dia akan melibas kepala orang sesuka hati tanpa belas kasihan. Dia memandang wajah sayu budak lelaki yang masih memegang beg sandangnya. Aku baru nak bersuka hati jalan-jalan cari makan, budak ni sesuka hati dia aje cilok beg aku dari belakang. Nasib baik tak makan tendangan penjurunya, kalau tak... mesti tidur hospital budak ni.

“Maafkan saya. Saya tak sengaja.”

“Mencuri kau kata tak sengaja? Ingat ini peraduan gores dan menang ke?” Eh, ada kaitan ke? Hentam sajalah labu.

“Saya orang susah kak, dah dua hari adik saya dekat rumah tak makan.”

“Siapa nama kau?” tanya Mazliana lagi. Ada sedikit keraguan dengan kata-kata budak lelaki di hadapannya itu. Tapi dari cara meragut yang tak berapa profesional itu, dia dapat meneka memang budak ni tak berpengalaman.

“Taufiq,” katanya takut-takut.

Page 81: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

81

“Mengikut pengiraan aku yang tak berapa pandai mengira ni, kau belum habis sekolah lagi, kan? Tak sekolah ke? Ponteng?” Hah, soalan bertubi-tubi. Budak lelaki di hadapannya hanya tunduk memandang lantai. Maklumlah taktik orang bersalah memang macam tu.

“Saya dah habis sekolah,” jawabnya perlahan. Matanya masih menunduk memandang ke arah jalan tar.

“Habis sekolah?” duganya lagi, sengaja provokasi digunakan.

“Saya tak sekolah kak, dah lama berhenti belajar.”

“Kenapa?” Persoalan dalam hatinya masih belum tamat.

“Mak tak mampu, lagi pun adik-adik lain nak sekolah.”

Mazliana terdiam. Tersentuh pulak hati kecilnya. Aduhhh... asal tiba-tiba touching pulak ni? Tiba-tiba masuk cerita sedih, macam nak menangis pulak rasanya. Taufiq di hadapannya itu diteliti dari atas ke bawah. Mata bundar di hadapannya itu semakin mengecil, mungkin takut dianalisis begitu sekali.

“Mazliana tersenyum. Dia menarik keluar telefon bimbit buruknya. Nokia 3310 tu... siapa pakai lagi? Ewah... bangga pulak! Mana ada insan zaman sekarang pakai telefon macam ni lagi. Paling-paling teruk pun yang ada MMS. Terasa diri serba kekurangan.

“Akak saya minta maaf. Tolong jangan panggil polis, saya mintak maaf saya sujud kaki akak!”

“Siapa kata akak nak call polis? Akak nak buat panggilan sekejap. Kau tunggu situ.” Nombor Syamin didail. Apa lagi macam biasa tolong coverkan line sebab lambat.

Page 82: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

82

Mazliana meraba poket seluarnya, lama dia terdiam tapi matanya masih memandang ke arah Taufiq. Anak muda yang dirasakan malang, kalau tak dibentuk dengan baik akan sesat entah ke mana. Dua keping not lima puluh ringgit dihulurkan. Taufiq terkejut. Wanita di depannya dipandang tidak percaya.

“Apa ni kak?”

“Laaa... duitlah.” Aduh... lagi mau tanya.

“Tapi kenapa kak?” tanya Taufiq bingung.

“Tak apalah. Kira akak bagi upah dekat kau sebab bagi akak senaman ringan hari ni. Bukan senang tahu tak akak nak lari sejauh ni tapi disebabkan kau terambil beg akak jadi terpaksalah buat senaman sikit.”

“Tapi...” Taufiq serba salah. Sekali lagi dia tunduk kesal. Sungguh dia tidak pernah mencuri sebelum ini tetapi kali ini dia terpaksa, adik-adiknya perlu makan. Mak dah dua hari demam.

“Anggap saja akak belanja Taufiq makan.” Kepingan wang kertas itu bertukar tangan. Akhirnya terselit juga senyuman di wajah muram Taufiq.

“Kali ni akak lepaskan. Tapi ingat, walau susah macam mana pun kita jangan rendahkan maruah kita dengan kerja yang salah. Jangan sampai akak nampak lagi Taufiq kena tangkap macam ni.” Itu satu nasihat, ugutan atau amaran dia sendiri tak pasti.

“Terima kasih kak....”

“Mazliana Haji Nordin... panggil Kak Maz,” ujar Mazliana memperkenalkan diri.

“Kak Maz memang baik. Taufiq minta maaf sebab curi beg akak,” ujar Taufiq kesal.

Page 83: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

83

“Emmm... tak apa. Lagipun bukan ada apa pun dalam beg tu. Buat penat aje kalau nak ragut pun.” Mazliana tersenyum. Memang beg sandangnya itu tiada barang yang berharga. Cuma ada kunci rumah dan sebuah buku yang berjudul Zikir Cinta. Paling mahal pun Nokia 3310 kesayangannya. Eh... mahal ke?

“Hebat akak lari tadi,” puji Taufiq lagi.

“Ah... baru kau tahu. Jangan menilai orang melalui luaran.” Sekali lagi kata-kata nasihat dikeluarkan. Macam ustazahlah pulak rasanya.

“Okeylah Taufiq, akak ada hal. Nanti kalau ada apa-apa, call akak,” sambung Mazliana sambil menarik tangan Taufiq dan menulis nombor telefonnya di tapak tangan Taufiq.

“Terima kasih kak.” Ada nada sayu di hujung kata-katanya. Sekali lagi Mazliana berpaling. Rasa simpatinya tumpah.

“Jangan buat lagi ek.” Dia terus meninggalkan Taufiq. Satu lagi peristiwa berlaku dalam skrip hidupnya hari ini. Mazliana tersenyum.

“MANANYA kawan awak ni Syamin?” Zikri sudah gelisah, panas hatinya terpaksa menunggu lama macam ni.

“Nantilah bos. Tadi dia call kata lambat sikit.”

“Ini bukan lambat sikit tapi lambat banyak. Awak yang minum satu gelas pun dah sampai tiga gelas jadinya dek menunggu dia yang tak muncul-muncul lagi ni,” ngomel Zikri.

Page 84: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

84

“Hai... Encik Zikri ni merungut nampak? Bukan Encik Zikri ke yang suruh tambah tadi?” perli Syamin.

“Saya suruh tambah sebab awak yang bising nak tambah.”

“Isy... kedekut punya bos,” bisik Syamin perlahan.

“Apa awak kata Syamin?”

“Eh... tak ada apa. Saya kata takut. Takut kalau Maz buat hal.” Dia melihat jam di tangannya. Mana pulak minah ni tadi kata pukul empat, ni dah pukul tujuh.

Mazliana melajukan langkahnya dari berjalan dan berlari-lari anak. Dari jauh dia dapat melihat wajah resah milik Mimi. Ni mesti kena marah sikit lagi, baik kau tadah telinga Maz. Jam di tangannya dilihat sekali lagi. Ala... bukan lewat sangat pun baru lambat tiga jam. Hah, tiga jam??? Mak ai... lama ya aku lepak dengan Taufiq tadi. Aik? Siapa pula mamat dekat Mimi tu? Takkan dia bawa pakwe sekali dalam acara lepak santai ni?

“Hoi!” jerit Mazliana.

“Hoi... mak kau kapal terbang jatuh... lari bos kapal terbang jatuh!” latah Si Syamin. Kepalanya digaru-garu tidak gatal.

Mazliana ketawa kuat. Sengaja dia mengusik ratu latah kampus, lama juga tak buat kerja jahat ni.

Memang sejak di kampus lagi Syamin terkenal dengan latahnya sampai satu ketika dia melatah dalam bilik kuliah ketika final exam. Semuanya gara-gara kerusi jatuh. Apa lagi satu kelas keras perut ketawa tak berhenti. Cuma sejak bertugas di MM Holding penyakitnya itu dapat dikawal.

“Kau ni nak makan kasut aku ke?” Sinis wajah Syamin membuatkan Mazliana tersenyum.

Page 85: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

85

Zikri dari tadi hanya mendiamkan diri. Wajah wanita di depannya dipandang lama. Doktor? Eh... diakan orangnya? Tapi dia ke doktor yang sama? Dia keliru. Wajah putih bersih itu dipandang lagi. Tapi dulu wajahnya nampak gelap sikit.

“Ehem... ehem.” Zikri berdehem. Syamin menepuk dahinya, macam mana dia boleh lupa Encik Zikri yang duduk di depannya.

“Eh... Encik Zikri kenalkan ini Mazliana Haji Nordin, dialah yang kita tunggu. Maz, ini bos aku Encik Zikri. Dia yang nak jumpa dengan kau.”

“Bos? Aku ingat kekasih gelap kau tadi.” Dia berpaling ke arah lelaki yang sedari tadi meneliti wajahnya. Hesy... mamat ni bilang jerawat aku ke apa?

Dahi Mazliana berkerut, hairan. Nak jumpa aku kenapa pulak? Senyuman yang tadinya mekar mati tiba-tiba. Eh? Ala.. mamat ni ke? Mazliana berpaling semula ke arah Syamin. Dia tahu rahsianya akan bocor sebentar lagi.

“Eh... bukan awak doktor yang...”

“Eh... bukan! Bukan! Encik salah orang kut.”

“Tak mungkin saya salah orang. Saya pasti awaklah orangnya.”

Senyuman Mazliana membuatkan dia bertambah yakin yang ada di depannya adalah orang yang sama mengurut kaki Tengku Iskandar dulu. Juga orang yang sama bersama Mak Engku. Tapi diakah orang yang sama menyamar jadi mak Syamin?

“Siapa sebenarnya awak?” Soalan cepumas pertama lahir dari mamat di depannya.

“Hai... apa ni Syamin? Aku duduk pun tak sempat

Page 86: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

86

lagi, bos kau dah terjah aku. Ingat aku artis ke nak terjah-terjah ni?” ujar Mazliana dengan nada yang agak sinis pada Syamin walaupun sebenarnya kata-kata itu ditujukan kepada Zikri.

Zikri serba salah. Merah padam mukanya ditegur sebegitu. Kemudian pantas dia menarik kerusi di sebelahnya mempelawa puteri entah datang dari mana untuk duduk. Wanita itu nampak santai dengan seluar jeans biru dan T-shirt saiz XL warna biru gelap lengan panjang. Baju abang dia ke? Mazliana duduk di sebelah Syamin. Sikap romantik Zikri sia-sia. Syamin hanya tersenyum melihat wajah kantoi bosnya.

“Saya Mazliana Haji Nordin.” Sekali lagi Maz memperkenalkan namanya.

“Zikri.”

“Bos aku ni ada sesuatu nak minta tolong dari kau.”

“Aik? Kesian betul bos. Saya ni bukannya kaya sangat sampai bos nak mintak tolong. Duit pun ada sepuluh hengget aje dalam poket,” terang Mazliana walaupun tidak diminta untuk diterangkan. Hesy... yang Si Mimi ni pun satu, ingat aku ni pusat kebajikan masyarakat ke nak mintak tolong segala ni? Nak kena budak ni!!!

“Saya nak tawarkan awak jadi pelakon.”

“Hah??? Pelakon watak apa?” tanya Mazliana tak sabar, dia membetulkan gaya duduknya. Terus menunjukkan minat.

“Heroin.”

“Hah??? Biar betul bos? Saya memang minat berlakon tapi tak pernah bermimpi pun nak terjun ke dunia glamor tu. Lagipun, saya ni manalah ada rupa nak harapkan

Page 87: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

87

bakat yang tak seberapa, setakat tipu Si Syamin ni bolehlah.”

“Tapi saya rasa awak berbakat.”

“Itu bos rasa, saya tak rasa apa-apa pun.” Ketawanya lagi.

Memang banyak berita kelakar dalam skrip hidup Mazliana hari ini. Lama Mazliana memandang wajah maco di hadapannya. Tiba-tiba dapat tawaran berlakon ni kenapa? Angin tak ada ribut jauh sekali tiba-tiba hujan. Sepanjang sejarah keturunan aku tak ada lagi yang jadi pelakon. Buatnya Haji Nordin tahu? Hesy... aku boleh kena kurung dekat setahun dalam bilik.

“Tak bolehlah bos. Lagipun kalaulah Haji Nordin tahu saya jadi pelakon boleh putus kepala. Dia bukan suka dunia artis ni. Terdedah sana terbuka sini,” jelas Mazliana panjang lebar. Gerun apabila terbayang wajah ayahnya.

Walaupun Haji Nordin seorang ayah yang terbaik daripada ayah-ayah terbaik dekat dunia ni. Tapi kalau kena mengamuk sekali terkantoi juga nanti. Tak boleh nak bela diri walaupun buat rayuan dekat mahkamah tinggi.

“Tapi dunia lakonan awak ni tak glamor pun, kita tak akan filemkan lakonan awak.”

Mazliana menggaru kepala sekali lagi, persis terasa kebodohan dengan kata-kata yang masuk ke telinganya. Hesy... ini lawak gila-gila ke versi ujang bos Si Syamin ni?

“Ini nak buat lawak tak kelakar ke? ” tanyanya yang jelas kebodohan. Dipandang wajah Syamin yang tersenyum sedangkan dari tadi asyik membisu.

“Kau berlakon dalam realiti sayang.”

“Maksudnya apa sebenarnya ni? Dunia realiti ala-ala Pilih Kasih dengan Akademi Fantasia?”

Page 88: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

88

“Ala-ala versi kita sendiri.”

“Ya Allah Mimi, mana kau dapat bos kau ni? Cakap berbelit-belit aku dah pening ni. Sikit lagi kalau aku pengsan, aku tahu kau yang jadi penyebabnya.” Mazliana menyalahkan Syamin.

“Apa pulak aku?” bidas Syamin tidak puas hati.

“Habis yang kau kenalkan aku dengan bos kau ni nak buat apa? Boleh mental aku dekat sini tahu tak? Aku belum lagi nak join kawan-kawan kau yang dekat Tanjung Rambutan tu.”

Ketawa Zikri kedengaran kuat mematikan kata-kata Mazliana. Eh... aku buat lawak ke dia suka sampai macam tu?

“Macam ni....”

Zikri menceritakan dari A to Z kepada Mazliana termasuklah kisah Tengku Iskandar yang merangkap bos kepada kawan baiknya. Permintaan ini juga merupakan satu keinginan dia sendiri untuk membantu seorang kawan. Hasrat Mak Engku juga diceritakan.

“Gila!!!”

Mazliana bangun dari duduknya. Rupanya itulah tawaran yang dimaksudkan. Suka-suki hati dia nak aku jadi calon isteri. Ingat aku ni apa? marah Mazliana dalam hati namun dia bijak mengawal perasaan. Untuk apa dia melatah, lagi pun itukan baru tawaran bukan paksaan pun. Boleh jawab ya atau tak. Ada talian hayat lagi. Cool Maz, cool.

“Kami akan bagi berapa saja awak nak, tapi berpatutanlah.”

“Tak nak!”

“Bolehlah Mazliana,” rayu Zikri

“Tak boleh!”

Page 89: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

89

“Bolehlah....”

“Eiii... bos ni gila ke apa? Ingat ini cerita kartun ke? Saya tak boleh buat.”

“Saya yakin awak boleh buat.”

“Saya tak yakin.”

“Awak boleh.”

“Tak boleh!!!” jerit Mazliana kuat. Meja di depannya ditepuk sekali sambil mata terpejam.

Tiba-tiba suasana sunyi. Tiada satu suara. Perlahan matanya dibuka semula. Semua mata memandang ke arahnya. Termasuklah mamak yang menebar roti canai. Eh... alamak tempat awam ni! Aduh... malu! Mana nak sorok muka ni? Dia tersenyum lalu duduk kembali di kerusinya.

Wajah mengharap Zikri dan Syamin dijeling dengan ekor mata.

“Aku bukan nak kenakan kau Maz tapi tak ada orang yang lebih layak selain kau.” Syamin cuba memujuk temannya. Kesian pula dia melihat bosnya yang terlampau mengharap itu.

“Kau ni kawan aku, kan.” Suaranya diperlahankan, bimbang kalau-kalau jadi perhatian seperti tadi.

“Tengku Iskandar tu baik orangnya. Lagipun bukan kau kena berlakon lama pun, cuma malam tu aje.”

Dua wajah di depannya dipandang lama. Hesy... ni yang aku lemah ni. Buat muka kesian pulak dua makhluk ni. Mazliana meneliti jam tangannya, konon-konon membiarkan waktu terus menjawab persoalan yang bermain di minda dua insan di depannya itu. Kalau nak difikirkan, tak adalah payah sangat watak itu nak dibawa. Lagipun malam tu aje. Hesy... kacang goreng aje tu.

Page 90: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

90

“Kau ingat muka kau cantik ke buat macam tu?”

Syamin tersenyum. Kalau ayat itu yang lahir dari mulut Mazliana, mesti ada harapan cerah.

“Cantiklah juga.”

“Okeylah aku setuju, itu pun bukan sebab duit tapi atas rasa kesian saya pada muka minah ni dan muka bos yang tak berapa hensem ni.”

Zikri tersenyum, tak hensem dia kata aku. Tapi tak apa, janji dia sudah mendapatkan pelakon terbaik untuk misi berat malam tu. Sekali lagi wajah itu dipandang, comel pula budak ni, bisik hati kecilnya.

“Terima kasih, saya tahu awak tak akan kecewakan saya,” ujar Zikri yakin. Mazliana mencebik, poyo aje ayat.

“Terima kasih bukan kenyang pun bos. Kalau kena milo ais dengan roti canai ni best juga.”

Syamin menggeleng, dia tahu niat temannya itu. Habislah bos aku lepas ni kena dengan Maz.

“Hah. Eh... orderlah, saya bayar.”

“Yalah, takkan saya pulak yang bayar.”

Zikri terkedu. Amboi... boleh tahan juga dia ni.

Syamin hanya tersenyum. Mazliana ni agak-agaklah. Zikri tersenyum. Satu masalah dah selesai, matanya menilai kembali wajah milik wanita di depannya. Macam dialah tapi.... Kenangan di klinik terimbau kembali. Dia ke?

Page 91: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

91

MAZLIANA mengelap peluh yang menitik di dahinya. Ini versi filem mana pulak aku kena jadi

tiang tepi Mall ni. Jam Gucci hitam hadiah Kak Lin dipandang lama. Nasib baik ada Kak Lin, kalau nak harapkan aku beli benda mahal macam ni, kirim salam aje la. Nampak sangat nak cari pasal budak dua orang ni. Janji Melayu betulah. Eh, kenapa pula janji Melayu? Ingat orang Melayu aje ke pandai mungkir janji? Jason anak Uncle Mick pun suka buat janji kosong ape. Salah betul fakta janji Melayu tu.

Ini kali kelapan belas nombor Mimi a.k.a dalang segala masalah didail. Semua masuk peti suara. Maaf panggilan anda tidak dapat dihubungi. Panas hati dah aku duduk terpacak dekat sini. Dari jauh kelihatan lambaian mesra satu Malaysia dari Syamin. Mazliana tersenyum sinis.

“Maaf Maz terlambat, kami ada meeting tergempar tadi. Lama tunggu?” Wajah Zikri tak bersalah.

Kura-kura dalam perahu, suka hati buat tak tahu. Nak rasa makan kasut aku? bisik hati Mazliana sempat lagi

Bab 8

Page 92: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

92

buat pantun tiga kerat. Dia melontarkan senyuman yang masam-masam manis.

“Eh... tak apa. Lepas ni korang pulak yang kena gempar,” bisiknya lagi.

“Awak marah ke Maz?”

“Eh... tak apa. Saya tak kisah bos,” jawabnya bersahaja. Syamin menggaru kepalanya. Tahu sangat lenggong bahasa temannya itu. Matilah! Jelingan Mazliana meramalkan sesuatu yang buruk akan terjadi.

Lagi nak tanya aku dah panas hati duduk dekat sini. Ingat cantik sangat ke muka aku duk tayang dekat depan orang ramai ni. Dahlah ada yang siap bagi duit syiling! Ingat aku ni mintak sedekah. Eiii... memang nak kena ajar budak dua orang ni. Kalau nak kenal siapa Mazliana Haji Nordin inilah masanya.

Nak rasa sangatkan lakonan ala-ala membalas dendam... one... role... action!!!

“Apa dosa Maz???” jerit Mazliana kuat tiba-tiba sambil meluru ke arah Zikri. Syamin dan Zikri terkejut mereka saling berpandangan.

Air mata mengalir deras, esakan mula terhasil. Dia terduduk di situ. Berkerut dahi Zikri matanya terus dihalakan ke wajah Syamin di sebelah. Apa dah jadi ni? Ada mata yang memandang. Ada juga yang berhenti melihat aksi spontan Mazliana. Orang ramai yang lalu di situ berhenti sambil memandang ke arah mereka bertiga.

“Sampai hati abang! Apa kurangnya Maz berbanding perempuan ni?” Hah... sudah! Dia dah mula dah. Wajah Syamin berona merah. Dia tahu niat sebenar Mazliana. Aduhhh. Matilah macam ni. Ada yang sudah berbisik-bisik.

Page 93: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

93

“Eh... kenapa ni Maz?” Zikri cuak. Semua mata memandang ke arahnya.

“Sebab perempuan ni cantik abang pilih dia? Sebab dia ada harta? Abang sanggup tinggalkan Maz dan anak dalam kandungan ni? Apa salah kami bang?” Merah muka Zikri. Malu. Perlahan tali lehernya diungkai. Butang atas kemejanya dibuka. Panas. Peluh mula menitis di dahi.

Mazliana masih berwajah sedih. Dalam hati, ha ha ha... padan muka nak main drama sangat dengan Mazliana Haji Nordin. Memang pelakon betullah kau ni Maz!

“Apa sebenarnya yang berlaku ni, dik?” tanya seorang perempuan sebaya ibunya. Mazliana tersenyum. Muncul dah pelakon tambahan. Tubuh wanita itu sengaja dipeluk menambahkan lagi keberkesanan lakonannya.

“Kak, apa salah saya sampai kawan baik saya sendiri bermadu kasih dengan suami yang saya sayang? Apa salah saya?”

Wanita itu memandang wajah Syamin dan Zikri dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan. Marah. Syamin tersenyum kelat. Sempat dia menangkap senyuman sinis Mazliana.

“Sabarlah dik jangan sedih. Mungkin adik bukan untuk lelaki macam ni. Jangan bazirkan air mata untuk perempuan perampas macam ni!” Hah... ambik kau sebijik. Dalam hatinya macam digeletek. Kelakar tengok muka Syamin dan Zikri dimarah pelakon tambahan. Bersemangat pulak mak cik ni.

“Okeylah mak cik, kami pergi dulu.”

Syamin menarik kuat tangan temannya. Gila betullah budak ni buat malu aku. Zikri mengejar langkah dua wanita itu dari belakang. Masih belum keluar dari lakonan

Page 94: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

94

palsu Mazliana. Masih terbayang wajah sedih Mazliana. Dia blur....

“Kau memang nak makan kasut saiz enam, kan?” Syamin mendengus. Marahlah konon. Geram dia mendengar ketawa kuat Mazliana.

“Marah ke?” tanya Mazliana sambil mengangkat sebelah keningnya.

“Taklah. Suka sangat!!!”

“Janji pukul berapa?” tanya Mazliana kembali.

Syamin terdiam. Alamak! Dia tersengih macam kerang busuk.

“Kau ingat kau cantik buat muka macam tu?” balas Maz geram. Dia mencubit pipi temannya kuat.

Sekali lagi Syamin tersengih. Zikri hanya berdiam diri. Tak sangka Mazliana seberani itu. Memang niatnya nak angin aje dengan perempuan ini tapi melihatkan ketawa ceria tiba-tiba Si Mazliana ni tadi, dia membatalkan niatnya.

“Sorrylah bos. Saya ni panas sikit kalau bab-bab tunggu menunggu ni, memang keturunan saya ni tak dilahirkan untuk menunggu.”

Zikri tersenyum.

“Ala... kita bukan sengaja, bakal calon suami kau yang tiba-tiba buat meeting.”

Terhenti gerakan tangan Mazliana. Hampir terkeluar air yang diminum. Calon suami? Hesy... tu hiperbola melampau tu. Kalau cikgu sastera aku tahu Si Syamin ni suka-suka guna perkataan mesti kena denda pusing padang bola. Bahasa kita budaya kita, kata cikgu akulah.

“Kami minta maaf kalau buat Maz tertunggu, saya

Page 95: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

95

tak sempat nak call tadi,” ucap Zikri dengan nada sedikit kesal.

“Itulah susahnya kalau kita semakin maju ni, teknologi secanggih mana pun tak berfaedah kalau tak digunakan.”

“Tapi gilalah kau Maz, gerun aku dengan mak cik tu tadi. Macam nak dicekiknya aku.”

“Yalah. Kau kan perampas suami orang.” Ketawanya kuat.

“Tak sangka awak seberani itu. Terkejut juga saya tadi tetiba awak melolong macam orang hilang pertimbangan.” Zikri menyampuk.

“Itulah yang dia dapat sebab suka sangat kawan dengan orang-orang dekat Tanjung Rambutan and Tampoi.” Giliran Mazliana pula kena. Syamin ketawa kecil.

“Kau ni macam tahu-tahu aku ni ramai bestfriend dari sana, kan? Termasuklah kau.”

“Betul-betul bak kata pepatah macam lembu dicucuk hidung,” celah Syamin.

“Betul sangatlah tu macam kau dicucuk hidung. Kalaulah Cikgu Salmah masa kita form five dengar kau punya peribahasa tu mesti dia menangis tiga hari tiga malam. Hesy... bahasa Melayu kau dapat apa, ek?”

Ketawa Zikri pecah tiba-tiba, memang Syamin ni bendul betullah. Suka hati mulut dia nak kata apa, janji dia faham walaupun orang sekeliling tak faham pun apa yang dia cakap.

“Sebenarnya bos secara tulus ikhlas lahir dari hati saya yang suci ni, saya tak berminat langsung dengan watak yang bos nak bagi tu. Tapi disebabkan paksaan anasir-anasir

Page 96: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

96

Si Mimi ni saya terpaksa. Tapi seperti kali keseratus satu saya cakap, segalanya hanya untuk malam itu saja.” Fuh... panjang lebar penerangan. Macam penerangan formula kimia yang aku tak pernah nak lulus. He he he....

“Tak apa Maz, saya faham. Saya berterima kasih sangat dengan bantuan awak.”

“So, apa yang perlu saya buat dengan watak tu?”

“Okey, semuanya bermula di sini....”

Bermulalah satu hikayat yang panjang lebar dari mulut Zikri. Matanya tepat memandang ke arah mata hitam bulat itu. Ada kejujuran di situ, wajah yang putih bersih kelihatan sentiasa berseri. Bibir merah melambangkan dia pengikut setia kempen Tak Nak Merokok.

Kalau dianalisis ikut teori sains memang Encik Zikri memiliki wajah yang lengkap pakej kekacakannya. Senyumannya saja dah boleh buat wanita terduduk. Nasib baik aku memang dah duduk. Mazliana terus mengukur wajah di depannya. Mengikut apa yang Syamin kata Encik Zikri ni mix blood gak, berdarah Cina. Emmm... patut ar hensem. Kan...? Kan...?

“Okey. Awak faham Mazliana?”

Mazliana masih memandang tepat wajah lelaki di hadapannya itu. Masih kaku.

“Mazliana?” panggil Zikri lagi apabila melihat mata itu masih tepat memandang ke arahnya.

“Hoi Maz!!!” Penampar Syamin hinggap di bahu temannya membuatkan Maz tersedar semula ke alam nyata. Aduh!

“Kau faham tak?” tanya Syamin lagi. Berangan pula minah ni. Tak cover langsung! Kalau ya pun nak berangan

Page 97: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

97

pilihlah tempat yang logik sikit. Ini tengah restoran yang bingit dengan suara orang ramai ni pun boleh dilayan berangan tu.

“Hah? Faham... faham.” Eh, apa yang aku faham? Dia menggaru kepala yang tak gatal. Memang mangkuk tingkatlah kau ni Mazliana! Sempat mengutuk dirinya sendiri.

“Ini semua tentang Tengku Iskandar. Saya harap ini dapat membantu awak mengenai perwatakannya dengan lebih rapat.” Fail hitam itu bertukar tangan. Dahi Mazliana berkerut. Air liur ditelan perlahan. Mak aiiikk tebalnya. Macam aku rajin aje nak baca tebal-tebal macam ni.

“Perlu ke saya baca semua ni?”

“Saya nak malam tu adalah malam yang sempurna, Jadi untuk elakkan awak tersasul maka awak kenalah baca.”

Juling mata Mazliana memandang wajah lelaki di depannya. Skemalah mamat ni.

“Kalau tebal macam ni saya kena baca, semua tentang luar dalam Encik Iskandar??? Hesy... malaslah! Syamin kau baca untuk aku.” Fail itu ditolak ke arah Syamin.

“Eh... apa pula aku?” Ditolak semula fail itu.

“Nanti kalau kau dah habis baca kau present dekat aku okey. Okeylah bos, saya gerak dululah. Ada hal sikit ni.” Mazliana bangun meninggalkan Syamin dan Zikri yang terpinga-pinga.

Mazliana hanya mengangkat tangannya tanpa berpaling ke belakang. Ada ke suruh aku membaca. Dia tak tahu ke yang aku ni spesies mamalia yang fobia dengan membaca, kena pula baca benda tebal bertambah pening pulak baca pasal diri seseorang. Hesy... apekehal?

Page 98: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

98

“Kan saya dah cakap tadi, Encik Zikri tak percaya.” Fail hitam tebal itu sudah dipegang.

“Ni siapa pula nak baca all about Tengku Iskandar ni?” tanya Syamin lagi.

“Siapa lagi, awaklah.” Zikri bangun. Not sepuluh ringgit diletak atas meja kemudian berlalu meninggalkan Syamin yang leka membelek fail biodata Tengku Iskandar.

“Hah... aku pulak yang kena. Encik Zikri, tunggu!” Syamin mengejar bosnya dari belakang.

MAZLIANA meletakkan kepala di riba Puan Maznah. Rambutnya diusap lembut. Inilah perkara paling best yang tidak dapat dilupakan.

“Anak mak ni dah besar rupanya.” Maz tersenyum mendengarnya.

“Tapikan Mak. Maz rasa macam tak nak jadi besar, kalau Maz kecik mesti hari-hari Maz dapat tidur atas riba mak, kan?”

“Dah besar macam ni pun boleh baring lagi atas riba. ” Kata-kata itu mengundang ketawa besar anak dan ibu itu.

“Sayang mak.”

“Mak pun sayang anak mak ni. Mak tak sabar nak tengok Maz duduk atas pelamin.”

“Emmm... jomlah kita pergi sekarang.”

“Ke mana?” tanya Puan Maznah bingung.

“La... kedai mak andamlah. Kan kata nak tengok

Page 99: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

99

Maz duduk atas pelamin.” Bulat mata Puan Maznah mendengar lawak anaknya. Mazliana sudah ketawa melihat muka kelat maknya.

“Main-main, ek.”

“Laaa... mak ni suka terbalik code tau. Sepatutnya Kak Lin dengan Kak ida dulu laaa, takkan Maz pula nak langkah bendul.”

“Bukan apa, anak sayang mak ni manja sangat. Kak Lin dan Kak Ida tak macam Maz nak dua puluh empat jam berkepit bawak ketiak mak. Kalau apa-apa jadi dengan mak dan ayah macam mana? Itulah sebab mak nak Maz ada seseorang untuk bergantung.”

“Mak jangan risau ek. Kalau jodoh Maz dah sampai, mak la orang pertama yang akan tahu. Mak ni, tengok kakilah! Maz dah besarlah, lagipun ingat baju ke nak gantung-gantung? Lagi satukan, mak punya ketiak wangi... tu sebab Maz suka.” Ketawanya kuat.

“Hesy... budak ni.”

“Amboi manja ya budak busuk ni?” Azlin keluar dari dapur bersama mug berisi milo di tangan. Kak Lin nampak cute dengan tocang dua dan klip berwarna pink menarik depan rambutnya.

“Cemburulah tu!”

“Tak ada masa!” Azlin duduk di sofa sebelah Puan Maznah. Mazliana tersenyum manja, bahagia dikelilingi orang-orang tersayang.

“Lin dengar tadi ada yang nak kahwin ek mak?”

“Emmm... tapi tu la dia Si Johan tu lambat bertindak. Slow betul la mamat tu... kata maklah,” sampuk Mazliana.

Page 100: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

100

Puan Maznah menampar lembut bahu anaknya. Pandai menambah cerita pulak.

“Amboi... mengumpat akak tadi, ek?”

“Bukan mengumpat, mengenang....”

Pantas peha adik bongsunya dicubit kuat. Mazliana menjerit. Mak aik, sakitnya peha aku. Boleh lumpuh sistem endoktrin macam ni.

“Sakitlah... akak ni doktor tapi main cubit-cubit orang pulak! Apa hal?”

“Tu ubat untuk orang yang sengaja cari penyakit.”

Kata-kata Azlin mati di situ apabila melihat Haji Nordin muncul di pintu dengan senyuman. Jelas kepenatan. Sudah pukul sembilan malam baru ayahnya balik? Hesy... sibuk sangat ni, kalah doktor. Haji Nordin memberi salam perlahan lalu disambut oleh tiga beranak yang setia menantinya di ruang tamu.

“Lambat abang balik hari ni?” Ah, baru aku nak tanya dah mak take over dulu.

“Ada perbincangan sikit dengan budak-budak ni tadi, ada yang tak faham dengan apa yang abang ajar.”

“Hesy... apa yang susah sangat diorang nak faham tu, ayah? Kan ada masa perundingan kenapa tak datang masa tu?” Mazliana tak puas hati. Haji Nordin ni kalau dengan pelajar dia baik sesangat.

Rungutan anaknya dibalas dengan senyuman. Malas nak bagi jawapan yang entah ke berapa ratus, dah memang itu tugas dia sebagai pendidik terpaksalah dia berkorban. Anak-anaknya susah nak faham.

“Itulah ayah suruh Maz jadi cikgu Maz tak nak. Kalau sekarang Maz mengajar, tentu Maz faham keadaan

Page 101: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

101

ayah,” usik Haji Nordin dengan nada yang lembut. Dia hanya tersenyum melihat memek muka Mazliana.

“Maz ni ayah... bukan tak nak jadi cikgu tapi kerja cikgu tu yang tak nak dengan Maz.” Ketawanya pecah. Kepala ayahnya sudah menggeleng.

Sejak aku baru merangkak-rangkak membaca ABC sejak itu juga cadangan ayah sentiasa terdengar sebelah telinga aku.

“Maz nanti dah besar jadi cikgu ye sayang.”

“Anak ayah ni nanti besar mesti bijak, boleh jadi seorang guru.”

Mazliana tersenyum. Hesy... kesian ayah aku dari dulu berangan-angan nak aku jadi seorang pendidik tapi malangnya dapat anak hampeh. Jangan kata pendidik, bau-bau mempelam nak jadi pendidik pun tak ada. Terus tersasar jauh.

“Abang nak minum?” tanya Puan Maznah tiba-tiba.

“Emmm... boleh juga tapi abang nak air kopi dari tangan anak manja awak ni. Maz buatkan ayah kopi.” Alahai... malasnya aku nak bangun. Tulah... dia terlalu pakar sangat buat kopi, kan dah ada permintaan.

“Akak, pergilah buat kopi untuk ayah,” bisiknya pada Azlin yang asyik menonton skrin TV di depannya. Entah cerita apa entah. Plastik betul.

“Ayah kan nak anak manja dia yang sorang ni buat. Tak reti-reti bangun?” Mazliana tersenyum apabila matanya bertembung dengan ayah dan mak. Mata tu dah bagi isyarat suruh dia bangun sebelum apa-apa terjadi.

Mazliana memang anak yang pada luarannya nampak degil tapi pada dasar dia adalah anak yang mudah

Page 102: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

102

dibawa berunding. Dalam banyak hal pendapat yang lahir dari mulut anak bongsunya itu sering diguna pakai. Haji Nordin sendiri mengakui sikap anaknya itu sangat disenangi oleh ramai orang termasuklah jiran tetangganya.

“Untuk mak sekali ya.” Hah... lagi satu order. Laris jualan hari ni. Kebiasaan keluarga Haji Nordin kalau dah seorang nak air, alamatnya kena buat untuk semualah. Siapa yang selalu jadi mangsa? Tak payah tanyalah, mesti aku!!!

“Baik bos!” Mazliana berlari ke dapur. Kopi mesti disiapkan dalam masa dua minit untuk mengelakkan sebarang rungutan atau perli-memerli di kalangan bos-bos tak terlatih.

JARUM JAM telah menunjukkan ke angka sebelas malam. Dia kini berada dalam kamar beradunya. Baru sekejap tadi dia mengirimkan e-mel skrip hidupnya hari ini kepada Kak Ida. Memang itu sajalah cara untuk mereka berhubung. Kalau selama ini Kak Idalah tempat dia bercerita segala masalah, kini dia lebih senang mengirimkan skrip harian untuk tatapan kakaknya. Setiap minggu skrip hidup Mazliana Haji Nordin akan diberi kritikan.

Selepas seharian berhempas pulas berkejar ke sana ke mari, ini adalah waktu privacy yang dinanti-nanti iaitu acara bersenang-lenang di atas katil. Mazliana memang seorang gadis aktif tapi punya satu kelemahan yang ramai orang tak tahu, iaitu sebelum tidur mesti kena nyanyi versi untuk diri sendiri secara solo.

Kalau masa kecil dulu Puan Maznah akan mendendangkan pelbagai lagu dari pelbagai genre muzik tapi

Page 103: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

103

kini dia terpaksa berdikari. Maksud berdikari adalah pasang lagu dan nyanyi sendiri untuk diri sendiri.

The Colour of My Love

I’ll paint my mood in shades of blue

Paint my soul to be with you

I’ll sketch your lips in shaded tones

Draw your mouth to my own

I’ll draw your arms around my waist

Then all doubt I shall erase

I’ll paint the rain that softly lands on

Your windblown hair

Bukan lagu versi lidah berbelit-belit saja yang singgah di bibir Mazliana tapi sampai satu tahap apabila datang angin dari timur yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lagu yang sering membuat dia tersenyum sendiri.

Lagu Tiga Kupang

Lagu tiga kupang

Saku penuh padi

Enam ekor burung

Masuk dalam kuali

Page 104: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

104

Bila sudah masak

Burung nyanyi saja

Tentu sedap makan

Beri pada raja

Raja dalam rumah

Buat kira-kira

Suri dalam dapur

Makan roti gula hey!

Dari lagu omputih sampailah habis lagu keluar dari bibir selagi mata tak pejam dengan sendiri, selagi itu jangan haraplah mata ni nak tidur. Tiba-tiba telefon berbunyi menandakan ada SMS yang masuk. Masuk SMS ini, dah seratus tiga SMS aku terima sepanjang tiga hari ini. Entah ingatan yang ke berapa aku sendiri tak tahu. Siapa lagi kalau bukan dari Syamin atau nama tak berapa popularnya Mimi. Layan mesej Syamin ni aku juga boleh sewel.

Jgn lpe temujanji dgn ‘calon suami’ ek.

Ala ko ni Mimi mng OVER kn... dh 100 x arr...bosannnn!

xpe mla2 bosan nti suke he3

ko jgn smpai aku kahwinkan ko dgn bos ko tu... bru knl ko Mazliana

Page 105: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

105

gurau senda di hari ry pun mrh... cm singa zoo taiping arr ko

klau aku singa ko arr dulu aku baham... k nite

k nite Puan Mazliana...sweet dream ek..he3

nite...C U

Nokia 3310 kesayangannya dicampak ke tepi katil. Bosan pulak aku minah ni. Masalah betul bila ikutkan rasa, inilah padahnya badan juga yang binasa. Disebabkan bakat yang tak seberapa mengenakan orang ni tak pasal-pasal aku terjerumus dalam masalah peribadi orang. Muka calon suami sendiri tak pernah tengok, harap nama aje Tengku Iskandar...sedap tapi boleh percaya ke dengar nama aje? Lembu Nek Wan dekat kampung dulu pun nama dia Micheal. Hesy... macam mana la rupa calon suami aku ni ek? Micheal dengan Tengku Iskandar mana lagi hensem? He he he....

Page 106: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

106

SUASANA bilik yang agak suram dipenuhi bau wangian Lavender, wangian kesukaannya sejak

dari bangku sekolah lagi. Sejak kecil lagi dia diajar untuk memastikan kebersihan. Walaupun dia satu-satunya anak tunggal Tengku Mazlan dan Tengku Mariam tapi dia sudah biasa melakukan semua kerja sendiri. Tapi sejak kedatangan Zikri dalam keluarganya dia rasa ada tempat bergantung sehinggakan kadangkala semuanya dilakukan oleh Zikri. Berlemaklah katakan.

Nasib baiklah mama tangguhkan makan malam perdana yang dirancang dengan anak Datuk mana entah. Sekurang-kurangnya ada masa lagilah dia mencari jalan keluar dalam kemelut paksaan mamanya sendiri. Rancangan gila Si Zikri juga berjalan lancar. Cuma dia belum berjumpa dengan bakal calon isterinya untuk satu malam tu.

“Hai anak mama, termenung jauh nampak?” Tengku Mariam tersenyum melangkah ke arah anak kesayangannya.

Bab 9

Page 107: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

107

“Bukan termenung tapi berfikir.”

“Fikir pasal apa? Pasal bakal menantu mama ke?”

“Mama ni... ke situ pulak dia.” Tengku Iskandar duduk di depan meja tulisnya.

“Mama berkenan betul dengan Natasha tu, cantik, baik, bahasa pun bagus. Hormat orang tua.”

Tengku Iskandar mencebik. Mula dah promosi hebat, tawaran beli satu dapat satu.

“Is dengar tak apa mama cakap ni?”

“Emmm... dengar,” jawabnya malas.

“Ala mama, Is muda lagilah. Masa depan Is masih jauh,” sambungnya kemudian.

“Muda? Is... kalau zaman mama dulu, sebaya Is ni dah ada anak lima, tahu tak?” Bulat mata Tengku Mariam memandangnya anak lelakinya. Degil macam papa dia.

Memang Tengku Iskandar lebih mirip wajah suaminya. Mata yang sama, bibir yang sama, hidung yang sama. Apa yang pasti Tengku Iskandar lebih ke arah wajah Melayu bukan sepertinya Melayu baba nyonya. Ibunya seorang wanita keturunan baba dan orang putih yang berkahwin dengan lelaki Melayu. Jadi tak hairanlah jika wajahnya lebih ke arah nyonya Melaka. Pertemuaan dengan Tengku Mazlan juga banyak mengajarnya kembali ke adat Melayu yang lama ditinggalkan. Sejak mengikut papanya berhijrah ke Indonesia dia lebih terdedah dengan adat yang bercampur.

“Hai.... mama ingat papa ke?”

“Tiga puluh tahun mama tak pernah berpisah dengan papa. Siapa kata tak ingat?” akui Tengku Mariam.

Tengku Iskandar tersenyum.

Page 108: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

108

“Papa pergi seminggu aje. Mama jangan la risau. Kalau tak esok, maybe lusa dia sampai la.” Wanita seperti mamalah yang dicari selama ini. Setia dan jujur dalam melimpahkan kasih sayang. Cuma suis mulut saja yang tak boleh nak off.

“Dahlah... mama nak masuk tidur. Jangan lupa makan malam nanti. Mama tak suka orang yang mungkir janji. Mungkir janji tu maknanya...”

“Orang munafik,” sambung Tengku Iskandar. Tengku Mariam tersenyum.

“Zikri jangan lupa ajak sekali, budak tu kalau tak ada hal mustahak susah sangat nak jumpa batang hidung dia,” rungut Tengku Mariam.

“Emmm... dia sibuk mama.”

“Sibuk dengan apa?”

“Cari calon isteri.” Kata-kata Tengku Iskandar terhenti. Aduh... terlepas pula.

“Calon isteri? Maksud Is?” tanya Tengku Mariam meminta kepastian.

“Hah??? Eh... tak adalah. Dia tengah nak mencari calon isteri untuk dialah mama.”

“Betul ke? Ya Allah... itulah yang mama doakan selama ni. Terbuka juga hati Zik tu.” Melihatkan mamanya yang tersenyum gembira membuatkan Tengku Iskandar tersenyum. Memang mama sayangkan Zikri. Tapi bukan calon isteri tu untuk aku ke? He he he....

“Dah, jangan tidur lewat sangat.”

“Okey mama. Nite. Sayang mama,” bisiknya perlahan sambil mencium dahi Tengku Mariam. Itulah rutinnya setiap malam. Kalau dulu dahinya dicium lembut

Page 109: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

109

oleh mamanya tapi kini giliran dia memberi kasih sayang kepada mamanya pula.

LANGKAHNYA semakin laju. Alamak, dah lambat ni! Kalau aku tahu macam ni tadi baik naik teksi. Ini semua driver bas punya pasal, bawa macam siput. Kalau lumba dengan kura-kura gerenti kalahnya. Boleh buat cerita teladan baru ‘kura kura dengan bas 67’. Nasib baik jugalah perut aku pagi ni tak meragam kalau tak mesti selamat dalam bas. Nokia 3310 dikeluarkan. Baru dia ingin mendail destinasi pilihan... debummm!!! Satu rempuhan kuat dari depan. Nokia 3310 kesayangannya terpelanting.Tidak!!!

“Hoi, tak nampak orang ke? Jalan pakai mata ke pakai telinga???” Aduhhh... mana sayang aku ni? Dia mencari-cari sesuatu. Apa lagi kalau bukan 3310nya.

“Pakai kaki,” jawab lelaki itu selamba.

“Awak yang jalan pakai mulut tu pasal apa?” sambungnya lagi.

Hahh??? Berdesing telinga. Macam nak jatuh segala kesabaran yang ada di dada. Kalau aku ada kuasa laser dah lama mulut mamat ni terbakar.

“Eh... saudara, encik, tuan, sesuka hati sedara aje terjah orang, bukan nak minta maaf!” marah Mazliana.

“Saya takkan minta maaf kalau bukan salah saya.”

Mamat tu blah macam tu aje tanpa ucapan selamat tinggal. Tanpa sedikit senyuman. Ehhh... pasal apa pulak nak senyum dengan aku? Mazliana mengutip Nokia 3310nya. Hah??? Sayang... tanpa perasaan bersalah dia tinggalkan

Page 110: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

110

tempat kejadian dengan sumpah seranah yang berbakul-bakul. Harap muka saja aje kelas A+, perangai E. Hampeh!

MM Holding berdiri megah di hadapannya. Menyesal pula dia menapak ke sini. Kalau lepak dekat rumah tadi, kan best. Hari ni ada tayangan Bujang Lapok. Hesy... rugi betul! Perlu ke ada pertemuan dengan calon suami dan calon isteri ni? Nama pun drama pendek takkan nak buat versi episod bersiri sampai suruh aku datang jumpa dia dekat sini. Memang mainan orang kaya macam ni kut? Jangan jadi sinetron sudah, sampai seratus episod tak habis. Gerenti penonton bosan.

Wajah tersengih Syamin menyambut kedatangannya. Mazliana mengisi bangku bertentangan dengan Syamin. Marahnya masih belum reda.

“Eh... awalnya kau sampai? Tak sabar nak jumpa calon suami ke?”

“Mimi, nanti kalau aku tertampar muka kau, aku minta maaf ek.” Syamin tersengih macam biasalah tayang muka ala-ala blurnya. Ada yang tak kena dengan nada suara kawan baiknya ni.

“Kenapa muka macam baru bercerai aje. Bukan kau baru nak dapat calon suami ke?” soal Syamin ingin tahu.

“Aku panas betullah. Ada sorang mamat ni tadi langgar aku sampai bersepai sayang aku ni cium jalan. Dia boleh blah macam tu aje, siap buat muka tak bersalah tu. Kalau ikutkan hati aku dah lama aku backhand mamat tu.”

“Baguslah... aku nak sangat jumpa mamat tu.”

“Kau nak buat lawak antarabangsa ke lawak dalam negara?” tanya Mazliana tak puas hati. Bukan dia tak tahu tahap cemburu Mimi dengan 3310nya. Dasar perempuan tak boleh bermadu... eh??? Ada kaitan ke???

Page 111: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

111

“Sepatutnya dari dulu lagi kau buang sayang kau tu, mana ada orang pakai lagi dah 3310 kau tu. Dah boleh letak dekat muzium, tahu tak? Habis tu okey tak?”

“Nasib baik okey....” Nokia 3310 ditayang ke kiri ke kanan. Syamin mencebik.

“Ala, kalau sayang kau tu kena langgar dengan lori sepuluh tayar pun okey lagi. Inikan pulak baru tercium jalan.”

“Hai... tu ayat versi menghina ke apa?” perli Mazliana kembali. Syamin ni suka buat hiperbola.

“Bukan hinaan tapi kenyataan, bilalah kau nak buang telefon kau tu dalam sungai? Aku tak sabar-sabar nak tunggu waktu tu.”

Hesy... laju sungguh mulut minah ni. Apalah dosa Nokia 3310 aku ni dekat dia.

“Kalau kau nak semua tu terjadi kau hanya sekadar bermimpi sayang,” ujar Mazliana geram.

Syamin tersengih-sengih mendengar kata-kata Mazliana. Tangannya menongkat dagu memandang wajah temannya. Satu-satunya sahabat yang suka cari pasal, memang betullah hobi dia suka jalan-jalan cari pasal. Sampai sekarang Mazliana tak ada kerja tetap. Semua tak kena dengan jiwa, kata dialah.

“Kau analisis aku ni semata-mata nak tayang gigi kau yang cantik tu ke?” perli Mazliana.

“Eh... lupa pula kau nak jumpa bos, kejap ek Maz,” kata Syamin sambil tersengih-sengih.

Mazliana menggelengkan kepalanya. Mimi... Mimi.Orang suruh makan nasi pergi makan semut buat apa. Kan dah dapat penyakit pelupa.

Page 112: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

112

“Bertuah kau lepas ni dapat bakal suami kaya, Tengku lagi tu,” tambah Syamin.

“Kau jangan sampai aku tarik balik persetujuan perjanjian aku tu,” ugut Mazliana.

“Okey... okey, aku gurau ajelah. Sejak bila pula Mazliana Haji Nordin sensitif ala-ala perempuan Melayu terakhir ni?”

“Kau ni kalau Si Erma Fatima tu dengar mesti dia saman kau. Cerita Perempuan Melayu Terakhir tu satu-satunya filem Melayu yang baik, tahu tak? Kesenian Melayu yang diketengahkan, kita kena berbangga,” leter Mazliana panjang lebar.

Aduhh... silap time pulak kutuk filem Melayu depan Mazliana.

“Ala... aku tahulah kau subjek Kritikan Seni dapat A++, janganlah marah.”

“Bukan marah tapi nasihat. Kalau bukan kita yang sokong filem kita, siapa lagi? Takkan nak suruh Bibik Sumanti kau! ”

Syamin tersenyum. Bibik Sumanti orang gaji dari Indonesia yang sudah lama berkhidmat untuk keluarganya. Baru beberapa kali bibik dan Mazliana berjumpa tapi mulut bibik tak habis-habis bertanyakan keadaan kawan baiknya itu.

“Hah... sebut pasal bibik, dia dah banyak kali tanya aku bila kau nak datang rumah lagi. Entah ayat apa kau baca dekat dia asyik nama kau aje dia sebut.”

“Ayat-ayat cinta. Bibik tu dah jadi geng aku. Kalau aku ada masa nanti aku lepak rumah kau. Mana bos kau?” tanya Mazliana selamba. Kalau dilayan Syamin sampai esok tak habis.

Page 113: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

113

“Ada dalam bilik Tengku Iskandar. Kau jumpa dia nanti hati-hati sikit. Dia tu keturunan harimau bintang, tiap-tiap pagi mengaum.”

“Ada aku kisah? Bagi tahu aku dah sampai.” Satu arahan, lagaknya macam baru dilantik jadi CEO MM Holding semalam.

“Amboi... arahan ke apa tu?”

“Akukan bakal calon isteri bos besar kesayangan kau tu, cepat-cepat!”

“Baik madam besar!” Syamin memberi tabik hormat. Gaya macam askar pencen. Mazliana ketawa perlahan. Sengal punya budak.

KAKINYA berhenti di depan pintu sebuah bilik yang agak jauh dari bilik-bilik yang ada di MM Holding. Emmm... biasa ar bos mestilah tempat istimewa sikit, memang dah tradisi orang dekat Malaysia ni kut asal bos aje mesti bilik ala-ala rumah gitu. Cantik. Mewahlah serba-serbi. Mungkin sofa ni buatan Itali yang harganya mencecah ribuan ringgit, bukan rupiah ek. Matanya terhenti pada lukisan seorang wanita cantik di atas kulit lembu, cantik. Unik. Tapi kenapa wajah wanita tu macam menangis? Dia terus meneliti makna di sebalik lukisan di depannya. Belum pernah dia melihat lakaran seunik ini, mesti karya ini boleh mencecah jutaan ringgit.

“Ehemmm... ehemmm....” Zikri berdehem beberapa kali.

“Eh bos, bila masuk? Jemputlah duduk buat macam bilik bos.” Laju ayat itu keluar dari bibir Mazliana.

Page 114: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

114

Ketawa Zikri pecah dengan gaya selamba Mazliana.

“Memang bilik saya pun.”

Mazliana menyelak juntaian rambut yang menutup matanya. Ditolak ke belakang telinga. Cuba menutup malu. Dia tersenyum lagi tapi senyuman itu tak lama. Mati. Darah merah dalam sistem salur darah seakan terhenti. Matanya digosok berkali-kali. Ya Allah betul ke apa aku lihat ni? Eh... ini ke mamat yang akan jadi calon suami aku ni? Bukan mamat ni ke yang redah aku pagi tadi? Hesy... ini betul-betul lawak antarabangsa versi tak berapa kelakar. Tetiba rasa aje macam sakit perut.

“Awak???” Mereka berkata serentak.

Berkerut dahi Tengku Iskandar. Sedari tadi matanya tak lepas memandang wajah di depannya. Perempuan ni jugalah yang melanggarnya pagi tadi. Nyaris dia terlambat untuk masuk ke bilik mesyuarat mendengar amarah dari mulut yang tak berhenti itu. Dia berjalan mengelilingi calon isteri di depannya. Memang penipu betul.

“Ini dia yang kau cerita tu?” Sinis pertanyaan Tengku Iskandar.

Mazliana tersentak. Ceh!!! Terasa terhina mendengar soalan dari calon suaminya. Dia berpura-pura menyelak majalah entah apa nama di depannya. Diorang ni kalau nak diagnosis aku pun biarlah aku tak ada dalam bilik ni. Sengal betul!

“Dialah calon yang paling layak.”

“Kau tak jumpa perempuan yang baik sikit ke untuk harga lima puluh ribu?” bisiknya perlahan tapi dia yakin wanita itu mendengarnya.

Sesuatu yang disengajakan. T-shirt hitam dan jeans

Page 115: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

115

hitam yang tersarung di tubuh kecil itu membuatkan dia meneliti sekali lagi. Hesy... macam tangkap muat aje perempuan ni. Ada sesuatu yang menarik ingatannya tapi apa ya???

Mazliana mencebik. Dia tetap berlagak tenang. Satu hinaan sepanjang keturunan aku. Ingat aku ni jahat ke? Kalau setakat kena gantung sekolah tu pernahlah tapi belum lagilah tahap membunuh. Tapi macam akan ada aje yang kena bunuh dengan niat sikit lagi. Wajah Zikri jelas serba salah.

“Alaaa... kau jangan banyak ragam, aku dah dapat ni dah cukup bagus dah,” bisik Zikri geram.

“Aku tengok lain macam aje?”

“Apa lagi ni Is... kau jangan sampai aku batalkan segala plan kita ni.”

“Masalahnya Zik, budak tu boleh ke...? Kau tengoklah jeans yang dia pakai dengan baju saiz sama macam kau. Mama boleh terima ke?”

“Ala... nanti kita make overlah dia,” kata Zikri tegas.

Wajah Mazliana dipandang lagi. Buta apa Si Iskandar ni, sikit punya comel budak Maz ni. Cuma... perangai aje sikit kureng... dia tersenyum.

Mazliana menggigit bibirnya. Hesy... panas hati aku dengar ayat mamat dua ekor ni. Ada pulak yang makan bubur sepanjang hayat kang!!!

“Helo... bos kalau nak mengata pun belakang-belakang ar. Ni mengata depan, dah lama hidup ke?” Matanya masih tak beralih dari majalah yang dipegang. Memang nak cari nahas! bisik hatinya.

Zikri tersenyum sumbing. Dia menampar perlahan

Page 116: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

116

bahu Tengku Iskandar. Tengku Iskandar mencebik. Ugutan gaya gengster yang langsung tak menakutkan.

“Mazliana, saya kenalkan ini Tengku Iskandar, Is ini Mazliana Haji Nordin.” Mereka hanya bertukar pandang. Maz tetap menayangkan muka selambanya. Perlu ke aku salam? Hesy... mak aku kata bukan muhrim tak boleh salam. So, buat bodoh....

“So... inilah calon suami saya itu?” tanya Mazliana.

Zikri hanya mengangguk perlahan.

“Saya rasa Encik Zikri dah terangkan tugas awak yang sebenar. So, saya harap awak jalankan tugas dengan baik supaya berbaloi dengan bayaran yang awak terima,” kata Tengku Iskandar dengan angkuhnya.

Mazliana tak terus menjawab. Dia hanya mengangkat keningnya, tak puas hati. Poyonya mamat ni!!! Kalau aku tahu dulu masa kaki kau sakit aku urut sampai terpusing segala sendi baru padan muka. Dahlah rempuh aku tadi tak minta maaf langsung. Memang gagal subjek tatasusila betul.

“Lagi satu, nanti malam tu tolong jangan makan benda dalam mulut awak tu,” arah Tengku Iskandar. Serius. Tiada langsung segaris senyuman.

Kunyahannya terhenti. Mazliana memandang sekali imbas wajah di depannya. Eh... belum apa-apa lagi nak mengajar aku nampak. Gula-gua getah atau nama omputihnya chewing gum tetap dikunyah, tanda dia tak kisah pun dengan arahan itu.

“Apa faedahnya makan getah macam tu?” Soalan pertama lahir dari mulut bos besar tanpa mempersilakan tetamu duduk. Memang tak sopan. Dia ni mesti nak balas dendam dekat aku sebab kes pagi tadi. Sengaja!

Page 117: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

117

Mazliana tetap diam menahan perasaan. Kalau ikutkan hati muda dah lama dia angkat kaki keluar. Tapi mengenangkan perjanjian dah ditandatangani, dia berserah. Satu per satu kritikan tak membina dari bos besar ditelan mentah-mentah. Kedengaran ketawa kecil dari Encik Zikri yang duduk di sofa sambil relaks santai.

“Kalau betul pun nak scan pakailah antivirus yang power sikit bos. Kalau setakat pakai mata bulat tu susah sikit nak detect perangai saya ni.”

“Maksud awak?” tanya Tengku Iskandar tak puas hati.

“Sepajang hidup saya nilah, kalau tak silap saya dah dua orang masuk hospital sebab terlepas cakap.”

“Kenapa pula masuk hospital?” tanya Zikri bersungguh. Menarik pula cerita Mazliana di telinganya.

“Sebab saya pun tak sengaja terlepas penampar,” jawab Mazliana bersahaja.

Tengku Iskandar tersenyum sinis. Berani ke? tanyanya dalam hati. Zikri tersenyum.

Terbayang aksi Mazliana menampar muka Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Fuhhh... mesti front page Metro esok. Pecah tradisi kemacoan Tengku Iskandar kalau macam tu. Pewaris MM Holding ditampar di syarikatnya sendiri. Oh... sesuatu yang sangat memalukan.

Tengku Iskandar menjeling sekali lagi ke wajah milik wanita di depannya. Boleh tahan juga melawannya. Mazliana berjalan menuju ke arah Zikri. Dia duduk di sofa yang tak jauh dari lelaki itu. Senyuman Zikri dibalas dengan jelingan tajam, secara automatik mematikan senyuman manis Zikri.

Page 118: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

118

“Ada saya suruh awak duduk?” tanya Tengku Iskandar tegas.

“Ada saya kisah bos besar suruh saya duduk ke tak? Yang penting saya dah lenguh berdiri. Bos besar nak apa jumpa saya?”

“Don’t call me bos besar, just Tengku Iskandar.” Satu amaran kad kuning dikeluarkan. Mazliana buat tak dengar.

“Macam ni sajalah bos besar, saya ada banyak hal ni. Kalau ada apa-apa nanti kita bincang kemudian. Lagipun saya dah maklumkan segalanya pada bos ni.” Matanya terarah kepada Zikri yang dari tadi hanya menjadi pemerhati bebas. Dia bangun dari sofa ingin melangkah keluar, tetapi langkahnya terhenti, dia berpaling kembali mendapatkan Tengku Iskandar yang sedang berdiri memandangnya.

“Ini untuk bos besar, baik untuk sistem pernafasan supaya tak berbau busuk bila cakap dengan orang ramai. Lagi satu, baik untuk senaman mulut nanti kalau banyak bercakap tak adalah rahang tercabut ke, jatuh ke,” ujar Mazliana kemudian hilang di balik pintu.

Zikri sudah ketawa kuat, tak tertahan rasanya melihat wajah kelat Tengku Iskandar disindir face to face. Gula-gula getah di atas meja Tengku Iskandar dipandang. Sempat juga Mazliana menyindir Tengku Iskandar.

“Budak dari planet mana kau bawa ni Zik?” tanya Tengku Iskandar geram. Dia kata mulut aku busuk?

“Kau tu main terjah sesuka hati siapa suruh? Kan dah dapat sebijik. Nasib baik tak dapat buku lima.” Senyum Zikri bersambung lagi.

Tengku Iskandar memegang kepalanya, banyak benda berat yang terpaksa difikirkan. Dia anak yang tak

Page 119: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

119

pernah ingkar kata kedua ibu bapanya tapi bila urusan masa depan ini dipersoalkan, dia jadi serba salah.

“Boleh ke budak tu? Kau tahukan mama aku.”

“Sebab aku kenal mama kaulah dia yang aku pilih. Kau jangan risau, aku akan bereskan.”

Tengku Iskandar tahu apa yang dimaksudkan Zikri. Memang kadangkala mamanya lebih mendengar nasihat Zikri. Apa ilmu yang mamat ni pakai dia pun tak tahu.

MAZLIANA menapak ke meja Syamin yang sedang asyik bermain mouse di tangan. Matanya tekun memandang skrin di depannya. Konon-konon kerjalah tu. Meja Syamin diketuk perlahan dengan tangan. Pantas temannya berpaling.

“Aik, sekejapnya?” tanya Syamin.

“Bos kau tu mamalia spesies apa ek?”

“Kenapa?” tanya Syamin pelik. Melihat muka asam keping Mazliana dia tahu ada yang tak kena.

“Dia suka telan minyak urut ke? Angin satu badan? Macam bagus!”

“Apa yang dia buat dekat kau?” tanya Syamin risau.

“Ada ke dia pertikaikan aku ni boleh ke tak? Memang pantang datuk nenek aku kalau orang jeling tak puas hati macam tu. Nasib baik MM Holding ni papa dia punya. Kalau Haji Nordin punya dah lama aku suruh dia balik kampung tanam jagung!”

“Amboi... marah nampak?”

“Cik Syamin, bos besar kau tu la mamat yang

Page 120: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

120

rempuh aku pagi tadi. Lepas tu buat muka tak bersalah,” marah Mazliana. Ketawa Syamin meledak juga akhirnya.

“Patutlah kau hangin sangat, macam ada jodoh aje kau dengan dia ek.”

“Banyaklah kau jodoh, gado-gado adalah. Okeylah, aku nak balik dulu. Lagipun panas dekat sini,” ujar Mazliana.

“Nak balik dah? Lepaklah dulu.” Syamin cuba memujuk.

“Lepak... lepak... pergi Setapaklah kawan!”

Mazliana terus meninggalkan Syamin. Kalau lagi lama dia dekat situ alamat boleh terbakar MM Holding ni. Siapa juga yang susah kalau tak mereka dah keluarga mereka. Belum pun selangkah kakinya keluar dari lobi tingkat dua belas MM Holding kedengaran ada suara yang memanggil namanya.

“Suara sumbang siapa pulak tu?” Pantas dia berpaling ke belakang. Zikri sudah termengah-mengah di belakangnya.

“Emmm... nasib baik awak tak balik lagi,” ujar Zikri lega.

“Kenapa bos? Kena kejar hantu ke puteri bunian?” Pertanyaan Mazliana dijawab dengan senyuman meleret. Mak aiii... senyuman pembunuh betul kalau hari-hari senyum dekat aku macam tu, boleh tergugat iman.

“Jom, saya hantar awak balik,” pelawa Zikri.

“Kenapa pula bos kena hantar saya balik?”

“Arahan bos besar, dia tak nak bakal isteri dia jalan kaki,” jawab Zikri bersahaja. Mazliana mencebik.

“Saya jadi calon isteri dia sehari saja bos. Sampaikan saja terima kasih saya dekat bos besar tu. Lagipun selama ni

Page 121: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

121

saya jalan kaki juga. Tak ada pulak apa-apa,” kata Mazliana kemudian terus berjalan keluar. Tapi Zikri tetap mengekorinya dari belakang.

“Itu selama ni, tapi sekarang saya kena hantar awak balik.”

Selepas sepuluh minit bersidang di tepi jalan akhirnya dapat juga persetujuan untuk naik kereta mewah milik Zikri. Mewahlah walaupun Gen 2 macam Syamin, mewah bagi orang yang tak ada kereta macam dia. Yalah, kalau fikir-fikir balik daripada menapak turun bas naik LRT baik naik kereta. Bak kata orang dahulu, rezeki jangan ditolak maut jangan dicari. Padahal ajal, maut, rezeki semua terletak pada empunya skrip dunia. Dia yang maha mengetahui.

“Lapar.” Satu perkataan keluar dari mulutnya secara tak sengaja.

“Kenapa, awak lapar ke Mazliana?” Zikri memandang sekilas ke arah wanita yang duduk di sebelahnya.

“Nampak gayanya perut ni dah berbunyi juga.”

“Okeylah. Kita makan dulu lepas tu saya hantar awak balik. Awak nak makan dekat mana?”

Dia diam sejenak memikirkan persoalan yang sebentar tadi lahir dari mulut Encik Zikri. Jari telunjuknya dimainkan ke bibir seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat.

“Macam nilah bos, jalan dulu. Depan tu ada gerai, bos berhenti dekat situ,” arah Mazliana sambil tangannya menunjukkan ke arah jalan yang dimaksudkan.

Tidak sampai sepuluh minit mereka sampai di tempat yang dimaksudkan. Zikri menarik tali lehernya lalu dicampak ke dalam kereta. Terasa agak formal apabila dia

Page 122: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

122

mengenakan tali leher di tempat macam ni. Mazliana terus melulu masuk ke dalam gerai kecil itu. Zikri hanya mengekorinya dari belakang. Jual apa dekat gerai sekecil ini? Ingatkan restoran besar mana yang dicadangkan Mazliana rupanya gerai tepi jalan.

“Awak memang suka makan benda ni ke?”

“Emmm... suka tapi tak selalu. Seminggu sekali kalau tak sibuk.” Burger daging special dihulurkan kepada Zikri.

“Sedap ke?” Wajah Zikri sedikit ragu-ragu.

“Bos tak pernah makan ke?”

“Pernah tapi dekat McDonalds. Itu pun masa belajar dulu.” Mazliana menganggukkan kepala.

“Kalau macam tu bolehlah makan, sedap tahu! Rugilah siapa yang tak makan.”

Kemudian burger di tangannya digigit, matanya terpejam kononnya menikmati keenakan burger di tangannya.

“Kenapa bos tengok saya? Kenapa tak makan?” sambung Mazliana apabila Zikri hanya melihat dia makan.

Zikri hanya tersenyum, lalu memasukkan burger di tangan ke dalam mulut. Sengaja melarikan matanya dari terus menikam mata hitam Mazliana.

“Mestilah kita kena makan dengan perasaan, barulah perut ni kenyang,” ujar Mazliana.

Zikri membetulkan bungkusan burger di tangannya. Memang dia bukan dari anak orang berada tapi sejak bersama dengan keluarga Tengku Mazlan dia diberi layanan yang sama seperti Tengku Iskandar. Dia bersyukur kerana bertemu Tengku Iskandar sekeluarga.

Page 123: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

123

“Awak jangan ambil hati kata-kata Tengku Iskandar tu. Dia memang macam tu tapi hati dia baik.”

“Baik??? Saya dah lama hidup dengan manusia bos. Saya tahu sangat bos besar tu spesies yang macam mana. Lagipun saya tak kisah. Kalau tak kerana janji, dah lama saya blah tadi.”

“Dia insan yang mengajar saya erti kasih sayang. Dia juga satu-satunya teman yang sanggup berkongsi apa saja dengan saya.”

“Baguslah tapi pandangan mata saya jelas melihat perangainya yang sebenar,” tegas Mazliana.

“Mungkin awak belum kenal dia lagi, orang kata tak kenal maka tak cinta.”

“Manalah pulak kaitannya kenal maka tak cinta ni....”

“Awak kerja apa sebenarnya Maz?” tanya Zikri lagi.

“Kenapa?”

“Saya pasti awak bukan seorang doktor,” duga Zikri lagi. Mazliana menelan air liurnya perlahan. Kantoi.

“Kenapa, saya tak ada kriteria seorang doktor ke?”

“Emmm... bukan, tapi hati saya yakin awak bukan doktor, kan?” tanya Zikri lembut.

Anggukan Maz menjawab segala persoalan di mindanya.

“Jadi betullah awak orang yang sama mengurut kaki Iskandar dulu?”

Dari jauh dia dapat melihat kelibat Taufiq yang melambai-lambai ke arahnya. Yes... peluang nak larikan diri. Bungkusan burger yang sudah licin dimasukkan ke dalam

Page 124: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

124

tong sampah. Mestilah kena sambut kempen kerajaan jangan buang sampai merata-rata.

“Eh, Taufiq!” Sengaja dikuatkan panggilan itu.

“Siapa?” Zikri turut melihat pemuda yang melambai ke arahnya.

“Itu tunang saya,” jawabnya selamba.

“Tunang???” Terlopong mulutnya.

“Mudanya tunang awak. Betul ke dia?“

“Muda tak bermaksud dia tak boleh bersama saya. Cinta tiada ukuran umur bos. Okeylah bos, saya gerak dulu. Burger tu kira saya belanjalah ek. Kalau nak bungkuskan untuk bos besar pun boleh juga. Biar dia tahu orang miskin pun boleh makan sedap.”

Mazliana mendapatkan Taufiq yang tersenyum manis kepadanya. Zikri hanya memerhatikan gelagat mereka persis pasangan kekasih. Laju langkahnya masuk ke dalam kereta. Ada perkara yang perlu disiasat. Iaitu segalanya tentang Mazliana Haji Nordin.

Page 125: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

125

MACAM MANALAH mamat dua orang tu boleh muncul lagi dalam hidupnya? Zikri dan

Tengku Iskandar. Emmm... betullah mamat dua ekor tu yang lantik aku jadi doktor terkejut. Patutlah aku macam pernah tengok bos dengan bos besar tu. Kalau aku tahu nak jumpa lagi, dah lama aku cucuk bontot dia dengan ubat tidur. Biar tidur selama-lamanya. He he he... hesy... tak baik betul. Dosa, dosa.

“Kak, okey ke buat kerja tu?” tanya Taufiq. Mazliana tersedar.

“Ala... tengok sikulah adik oiii....” Dia mengelap peluh yang menitis di dahinya. Fuhhh... panas juga duduk depan ni. Daging burger yang sudah masak dibalikkan sekali lagi. Satu senyuman menawan dihadiahkan kepada seorang brother yang berbaju hitam. Bungkusan burger siap dihulurkan.

Hensem juga brother ni dari tadi duk tengok aku. Hesy... ni yang keayuan aku kembali memuncak ni. Control

Bab 10

Page 126: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

126

Maz... sabar, tenangkan jiwa. Eh... asal pula mamat ni tak pergi lagi?

“Emmm... kenapa abang tengok saya macam tu? Tahulah saya cantik. Jangan la tengok macam tu. Berdosa.” Mamat tu tersenyum. Aduhhh... senyumlah pulak. Mazliana tersenyum malu.

“Awak memang cantik tapi lagi cantik kalau awak bagi saya baki bayar burger tadi.” Senyumannya mati. Wajahnya kembali serius.

“Eh... saya memang nak bagi dekat abang, kejap ek. Cari duit tukar.” Aduhhhh... haiiii malu siott! Kalau ada tingkap ni aku dah terjun.

Tiga ringgit tiga puluh sen bertukar tangan. Dia dapat melihat senyuman menyindir dari brother tu. Hesy... baik jangan pandang dah Maz. Tunduk... tunduk buat kerja. Dia berpura-pura membalikkan daging yang belum masak pun. Sengaja menyibukkan diri.

“Jangan bakar tangan ek....” Aduihhh... pesanan ringkas itu membuatkan jantungku berhenti. Brother tu blah macam tu aje tanpa sempat dia mengucapkan terima kasih kerana dimalukan sedemikian rupa.

“Kenapa kak?”

“Hah??? Tak ada... abang tu minta nombor telefon,” tipunya lagi. Taufiq terus membungkus pesanan burger yang diterima.

“Selalunya siapa yang tolong Taufiq?” Cepat dia mengalihkan tajuk cerita. Cuba melupakan peristiwa memalukan tadi.

“Kadang-kadang adik datang tolong. Itu pun kalau diorang tak sekolahlah.” Mazliana mengangguk faham.

Page 127: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

127

Tangannya ligat membungkus burger yang dipesan pelanggan.

“Siapa dengan akak semalam?”

“Ooo... tu bos kawan Kak Maz. Kira sekarang ni merangkap bos akak jugalah.” Wajah Zikri terlayar di ruang mata.

“Kak Maz dah dapat kerjalah?” Senyuman kelat ditayangkan. Kerja ke? Emmm...

“Lebih kurang macam tulah.”

“Baguslah nanti boleh belanja Fiq, kan Kak Maz?”

“Sekarang pun kalau nak belanja boleh sangat, tapi bayar sendirilah. Tak pun akak buat burger untuk kau, nak?” Ketawanya kedengaran.

Sejak peristiwa lumba lari berganti-ganti dengan Taufiq, mereka menjadi rapat. Taufiq sudah menjadi salah seorang ahli kelab melepaknya. Sejak gerai kecil ini dibuka, Mazliana banyak menghabiskan masanya di depan kuali burger. Lagipun kalau duduk situ dapat makan burger hari-hari. He he he... yang penting free.

“Mak dah sihat?” tanya Maz lagi. Mata pemuda itu kembali redup.

“Macam tu la kak. Demam sekejap okey sekejap tak. Sekarang ni bolehlah bangun juga tapi sikit-sikit.”

“Kenapa tak bawa pergi klinik?”

“Emmm... mak tak nak. Dia kata jangan bazirkan duit.”

“Tak apa, nanti akak datang rumah pujuk mak. Nanti akak ajak Kak Lin sekali tengokkan mak Fiq tu.”

“Emmm... mak kata jangan susahkan akak. Lagipun modal untuk buka gerai ni pun dah susahkan Kak Maz. Itu

Page 128: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

128

belum lagi kira hutang ayah. ” Ada sendu di akhir kata-kata itu.

“Hai... mulalah tu nak buat lakonan air mata. Kak Maz tolong ikhlas dari hati bukan dari kaki. Apa yang Fiq kena buat, masak dan burger jual. Mana tahu satu hari nanti Fiq akan buka restoran burger macam McD, KFC, Pizza Hut. Masa tu Kak Maz akan berbangga dengan FIQGER.” Eh... restoran ke? Bukan francais? Eh... sama ar tu. Sepupu sepapat dia juga.

“FIQGER??? Apa tu kak?”

“La... lagi mahu tanya. Tu la, lain kali upgrade sikit memori tu, FIQGER adalah Taufiq dan burger.” Ketawanya meletus sendiri. Sedap juga nama ciptaannya tu.

Taufiq turut ikut ketawa, memang kalau dilayan kakaknya yang sorang ni, boleh putus urat saraf sebab ketawa memanjang. Taufiq menghulurkan baki duit kepada pelanggan yang sedari tadi menunggu. Boleh pulak dia bersembang sakan dengan Kak Maz. Patutlah muka budak tu dah hijau. Lambat sangat.

“Mak cik, burger satu!” Satu suara sumbang kedengaran. Mazliana mengangkat kepalanya. Agak dah....

“Weiii Bobo, hidup lagi kau?” Boharin tersenyum. Dah sudah dapat mengagak ayat yang lahir dari bibir wanita di depannya itu.

Mazliana macam biasa dengan jeans dan T-shirtnya. Cuma apa yang berbeza malam ini dia memakai topi berwarna merah, itu pun masa form five punya. Kalau jual dekat barang bundle gerenti tak ada siapa beli tapi comel pulak. Bobo tersenyum.

“Aku ingat pakwe manalah yang jual burger, rupanya bekas makwe aku rupanya,” usik Boharin senang.

Page 129: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

129

“Wei... mulut kau memang ala-ala mesin rumput, kan? Bila pulak aku bekas makwe kau? Nak rasa pipimu di bibir kuali burger?”

Taufiq ketawa melihat gelagat Abang Boharin yang buat-buat takut. Dia mengenali Abang Bobo melalui Kak Maz. Sejak itu Abang Bobo menjadi pelanggan tetapnya. Walaupun gerainya masih baru dan ada banyak kekurangan tapi dia sudah lebih yakin. Dari dia terpaksa mencuri lebih baik dia berniaga burger.

“Kalau sebab kau Maz, aku rela kena masak macam burger hari-hari.”

“Banyaklah kau... ni datang sini nak apa?” tanya Mazliana lagi.

“Aku cadang nak beli One Drop Perfumes, ada?” Hambik kau, jenama minyak wangi.

“Ada juga yang kena simbah dengan minyak panas ni kang!” Mazliana menjeling geram. Buat aksi raja lawak pula dekat sini.

“Kau ni tanyalah soalan ilmiah sikit. Dah tentu-tentulah aku datang nak beli burger, takkan nak beli tayar kereta, kut?”

Bummm!!! Bagai sebiji batu besar menimpa kepala, aduhhh pedih. Tak sanggup dimalukan sebegini rupa. Memang nak kenalah Si Bobo ni. Taufiq di sebelah sudah tersengih-sengih. Adakah hari ini hari dimalukan sedunia? Hati Mazliana menjerit.

“Fiq, kalau nak ketawa tu jangan ar tahan-tahan, nanti kena penyakit batu karang pulak!” sindir Mazliana. Senyuman Taufiq terus melebar. Dia kembali menyiapkan pesanan burger yang bersusun di depannya.

Page 130: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

130

“Nak berapa?” tanya Maz kepada Bobo di depannya.

“Bagi daging dua. Lagipun aku dengan Noni aje ada dekat rumah.”

“Anak kau mana?”

“Aku hantar rumah mak mentua aku.” Bobo sudah duduk di bangku plastik tak jauh dari Mazliana.

“Kenapa???”

“Alaaa... kau ni macam tak faham-faham pula, sajalah aku nak honeymoon. Takkan nak cerita dengan kau kut? Lagipun kau bukan cukup umur lagi kalau cerita pasal alam perkahwinan ni,” usik Boharin lagi.

“Kau ingat aku nak dengar sangat cerita alam perkahwinan kau tu? Eiii... memang kau ni sudip keluli tahu tak?”

“Hah??? Apa Maz??? Sudip keluli kau panggil aku?”

Ketawa mereka bersatu. Memang dia dah lama melupakan kisah silam mereka berdua. Kini mereka adalah kawan yang akan sentiasa bergurau senda. Lagipun kata orang hubungan kekasih boleh berpisah, hubungan suami isteri boleh bercerai tapi bila hubungan kawan sukar nak cari satu ayat untuk memutuskannya. So, moral of the story berkawan biar seribu berkasih pada yang satu. Ewah....

“Apa mimpi kau tolong jual burger pulak ni?” tanya Boharin lagi.

“Dah ini rezeki aku, nak buat macam mana? Lagipun anak dekat rumah kena juga bagi makan,” jawab Mazliana selamba.

“Anak kucing.” Boharin menyambut kata-kata Mazliana.

“Pandai... pertama kali aku dengar kau menjawab

Page 131: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

131

dengan bijak.” Burger yang siap dibungkus bertukar tangan. Not sepuluh ringgit dihulurkan kepada Mazliana.

“Wei... berapa ringgit satu burger ni?” Baki lima ringgit yang dihulurkan Mazliana dipandang lama.

“Dua ringgit lima puluh sen aje,” jawab Mazliana selamba.

“Mak aiii mahalnya!!!”

“Harga sebenar seringgit tujuh puluh sen tapi kira kawan-kawan aku tak berkira sangat dengan kau,” ujar Mazliana lagi, ketawanya sudah kedengaran.

“Asal pulak dengan kawan-kawan jadi mahal?”

“Sebab aku buat dengan penuh kasih sayang. Kira lapan puluh sen tu untuk servislah,” jawab Mazliana lagi.

“Macam tu pulak?” tanya Boharin lagi. Bukan dia berkira sangat dengan harga burger tapi sengaja menimbulkan masalah.

“Dah, jangan banyak bunyi, pergi balik! Nanti tertunggu-tunggu pula Si Noni tu,” ujar Mazliana dengan nada seperti menghalau.

“Yalah... halau customer pulak.” Maz ketawa kecil.

Boharin meninggalkan gerai selepas memberi salam. Sempat juga dia memberi kata nasihat kepada Taufiq.

Tak sangka Boharin akan memilih Noni. Kalau dulu semasa di kampus Nonilah wanita terakhir yang akan menjadi pilihannya. Semuanya disebabkan salah faham.

Teringat peristiwa Noni yang jatuh tergolek di tangga pusat pelajar. Semuanya gara-gara terlanggarkan tubuh besar Bobo. Apa lagi sebakullah sumpah seranah disembur dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sejak itu Nani menjadi senarai akhir pilihannya. Tapi kalau dah

Page 132: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

132

namanya jodoh dalam kuali bertemu juga. Tak gitu? He he he....

“Emmm... Abang Bobo tu kelakar, kan Kak Maz?”

“Tu la, kalau dia masuk Raja Lawak mesti jadi juaralah.”

“Emmm... betul tu Fiq setuju!”

“Nampaknya laris juga burger kita hari ni, ek Fiq?” Mazliana bersuara lagi.

“Emmm... sebab ada akaklah. Kalau akak datang hari-hari, mesti boleh buka FIQGER cepat.”

Ketawa mereka bersatu.

“Masa tu Fiq kena bayar akak lebihlah sebab jadi duta burger,” katanya dalam tawa yang masih bersisa.

“Beres....”

Mereka mengemas semua peralatan memasak. Walaupun orang kata anak bongsu tu manja dan jarang buat kerja tapi aku spesies anak bongsu yang kena buat kerja. Bukan sebab rajin tapi keadaan memaksa aku melakukan semua kerja rumah. Maklumlah dah aku aje yang selalu melepak dalam rumah. Siapa lagi yang buat sepah kalau bukan Mazliana. Siapa lagi yang kena kemas balik kalau bukan Mazliana.

“Fiq lapar tak?”

“Akak lapar ke? Fiq masakkan akak burger special nak?”

“Hesy... mana boleh hari-hari makan burger nanti badan jadi macam belon. Jom kita pekena mi kari Restoran Melayu”

“Tapi...” Ada riak kerisauan di wajah muda itu.

Page 133: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

133

“Ala... semua unsur berbentuk kewangan akak bayar, jangan risau.” Terlakar senyuman di wajah itu. Taufiq tersenyum.

“AKAK selalu makan dekat sini?”

“Hesy... tak adalah selalu. Kalau selalu boleh botak kepala.” Mazliana melihat menu yang tertera di depannya. Dekat sini harga boleh tahan. Kalau tak ada duit alamat kena basuh pingganlah.

“Apa lagi Fiq? Orderlah apa yang Fiq rasa nak makan,” kata Mazliana mempelawa.

“Dulu arwah ayah selalu bawa Fiq datang sini. Mak suka sangat mi udang dekat sini.”

Mazliana terdiam. Dia tersenyum memandang wajah suram anak muda itu. Memang besar tanggungjawab yang terpaksa dipegang pemuda ini. Taufiq terpaksa bersusah payah selepas ayahnya meninggal dalam kemalangan. Semua aset yang ada terpaksa dijual semuanya disebabkan beban hutang. Betullah kata ayah, kalau kita kaya jangan kaya dengan hutang nanti kelak akan memakan diri sendiri. Buktinya apa yang berlaku kepada keluarga Taufiq.

“Nanti balik, Fiq tapau mi udang untuk mak ek, bawa untuk adik-adik sekali.”

“Betul ke kak?” tanya Taufiq sekali lagi.

Mazliana mengangguk perlahan. Sengaja ingin mengembalikan semangat dalam dirinya. Mereka makan dengan penuh berselera. Ada beberapa mata yang memandang, mana taknya dua orang manusia makan tak

Page 134: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

134

ingat dunia. Tanpa sedar ada mata yang melihat mereka dari jauh.

“Hahhh... tu mamat mana pulak dengan pelakon kau tu Zik?” tanya Tengku Iskandar geram. Macam tu nak jadi calon Isteri aku?

“Emmm... itu budak yang aku nampak semalam.”

“Siapa dia?” Tengku Iskandar menarik gelas Milo aisnya lalu disedut perlahan.

“Kata Maz tunang dia,” jawab Zikri perlahan.

Bersembur keluar air yang diminum. Tengku Iskandar menepuk dadanya beberapa kali. Tersedak mendengar ayat yang lahir dari mulut Zikri.

“Wei Is, kau okey tak? Kau minum tak baca doa ke?”

“Banyaklah kau punya doa! Eh... kau jangan buat gila Zik main dengan tunang orang ni! Kau dah lama hidup ke?” Tengku Iskandar tak senang duduk. Dia memandang geram Zikri di depannya yang tersengih.

“Ala... bukan nak jadi isteri betul pun, lakonan semata-mata tak ada kaitan antara yang hidup dengan yang mati. Lagipun kau tengoklah tu, budak lagi.” Matanya diarahkan pada wajah lelaki yang berada di depan Mazliana.

“Kau jangan cari pasal, perempuan sekarang bukan kira tua ke muda. Semua diorang sapu.”

“Ala... kau jangan risau, aku dah siasat semua tentang dia. Esok juga aku hantarkan report penuh pada kau. Itu mungkin kawan dia,” kata Zikri lagi.

“Aku tak nak rancangan kita gagal Zik. Nanti kalau aku susah, kau aku bawa sekali,” ugut Tengku Iskandar. Zikri tersenyum.

Page 135: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

135

“Kau ni memang tak boleh tengok aku senang, kan? Akukan mastermind semua ni. So, jangan risaulah tapi kau tak rasa berdosa ke tipu Mak Engku macam ni?” katanya perlahan.

“Terasa juga... eh bukan kau ke mastermind? Dosa kau tanggunglah!” Tengku Iskandar ketawa lagi.

“Ooo... kau punya hal, dosa aku tanggung. Siapa cikgu kau?”

“Macam mana kau boleh terfikir dia?” tanya Tengku Iskandar kembali. Teringat amarah yang disembur ke mukanya ketika dia terlanggar wanita itu. Memang pada mulanya dia nak minta maaf, tapi terus hilang apabila mendengar ayat-ayat laser Mazliana.

“Ingat tak masa kaki kau terseliuh dulu?”

Tengku Iskandar mengangguk.

“Dialah Doktor Cinta yang duk urut kaki kau tu.”

“Hah???” Sekali lagi dipandang wajah yang duduk agak jauh dari tempat mereka itu. Matanya digosok berkali-kali.

“Dia ke?”

“Aku yakin dia, sebab kali kedua aku jumpa dia masa ambil Mak Engku dekat tasik. Masa tu dia tengah berbual dengan mama kau.”

“Jadi mama aku kenal dia?” tanya Tengku Iskandar lagi.

“Entah, aku pun tak pasti. Tapi apa yang pasti aku yakin dia orang yang sama.” Zikri menggosok dagunya. Persis penyelesaian kes dalam cerita Detective Conan.

“Jadi dialah orangnya. Patutlah mulut laju semacam.” Perlahan Tengku Iskandar membuat kesimpulan.

Page 136: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

136

Tapi kenapa ketika itu iris Mazliana terasa lembut. Mungkin masa tu rambutnya dibiar melepasi bahu.

“Sakitlah doktor!!!”

“Sakit pun anugerah juga. Saya tahulah awak sakit tapi janganlah mengerang. Macam perempuan. ”

“Emmm... tak ada apa-apa kaki awak ni, cuma terseliuh sikit aje.”

“Sikit doktor kata? Kenapa sakit sangat???”

“Eh... saya tahulah. Saya doktor ke awak doktor?”

Tengku Iskandar tersenyum. Ingatannya di klinik masih segar. Mazliana Haji Nordin.

“Jadi dia doktor?” tanya Tengku Iskandar ingin kepastian.

“Aku dah siasat, klinik kita pergi tu kakak dia yang punya.”

“Jadi hari tu?” tanya Tengku Iskandar sedikit bingung.

“Sendiri mahu ingatlah. Diakan pelakon terbaik,” bisik Zikri sambil menjongket-jongketkan keningnya.

Tengku Iskandar menggeleng sekali lagi. Ceh... tertipu lagi! Hebat juga perempuan ni.

“Esok kau suruh dia datang pejabat. Ada perkara aku nak bincang,” arah Tengku Iskandar.

“Baik bos besar.” Ujar Zikri mengusik. Bulat mata Tengku Iskandar mendengar panggilan Zikri.

Zikri ketawa. Akhirnya dia tersenyum. Kelakar juga budak tu. Teringat Mazliana ingin tetap memanggilnya bos besar. Bos besar. Perkataan itu meniti lagi di bibirnya. Dia tersenyum.

Page 137: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

137

TUALA yang membungkus rambutnya ditarik dan dicampak ke atas katil. Segar rasanya dapat mandi, rasa macam kambing gurun pula tak mandi dari petang tadi. Macam biasa, lewat malam ni orang tua pesan jangan mandi nanti dapat penyakit. Tapi nanti kalau tak mandi kena pula penyakit lain.

Sedari tadi Nokia 3310nya tidak mengeluarkan apa-apa sound. Tak ada orang nak call ke hari ni? Senyap aje sayang aku dalam beg. Pantas tangannya menarik keluar telefon bimbitnya dari dalam beg.

“Mak ai... patutlah tak berbunyi kau ek, rupanya bateri habis. Kesiannya sayang aku ni. Inilah dia, kalau ada kes kecemasan dah tak dapat nak hubungi, nampak sangat teknologi ni ada juga kelemahannya,” bebel Mazliana sendiri. Butang on ditekan lama. Mengaktifkan kembali Nokia 3310 miliknya.

Apabila aktif sahaja telefon kesayangannya itu, tiga mesej diterima;

Mesej pertama.

Maz... akak g langkawi ada seminar. Plz... esok amik baju akak dekat Abg Johan.

Mesej kedua.

sok pkl 3 kat McD k... akak dah g tau Abg Johan.

Mesej ketiga.

Page 138: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

138

jgn lupe..love u!

Hesy... nilah dia namanya kes menyusahkan orang. Kak Lin dah tahu aku ni anti-Johan tu lagi mahu suruh jumpa. Memang drama betullah kakak aku ni. Mesej dibalas.

katakan TAK NAK pada Johan.

Kemudian ditekannya butang send. Dia ketawa kuat, mesti Kak Lin mengamuk balik nanti. He he he.... Dia terus kembali ke atas katil sambil memeluk komputer riba di dada, lalu suis ON ditekan. Terus tangannya menari-nari membuka e-mel. Dia tersenyum. E-mel yang ditunggu-tunggu sudah tersedia di kotak inboxnya. Satu mesej unread diklik.

To my sweet sis...

Amboi... hebat bangat ya adiknya Mazlinda ni. Kalau ayah dengan mak tahu alamat kirim salamlah Maz. Akak kat sini sihat tapi sibuk sikit melayan perangai omputih ni, pening! Kalau Maz nak tahu, biji mata ni dah nak terkeluar membaca buku. About your calon suami, hati-hati tau. Jangan terlajak cinta sudah. Siapa yang susah nanti? Mereka dan keluarga mereka. He he he... tapi kalau betul pun apa salahnya ya. Oh... thanks for your wonderful flower. Lukisan Maz tu akak dah gantung depan pintu. Semua puji termasuk omputih. Kalau nk jual leh akak lelong. Hi hi

Page 139: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

139

hi.... Okey sis, kita cerita lain kali ek. Sorry lately akak busy. Apa-apa pun jangan lupa send your skrip hidup. Muahhh!!!

From :

[email protected]

Mazliana tersenyum, memang Kak Ida sentiasa memahami kehendak hatinya. Dia tergolek-golek di atas katil. Gembira membaca balasan e-mel daripada Kak Ida. Lap-top Acer 3640 yang berusia lima tahun itu ditutup. Nasib baiklah kau elok lagi, kalau tidak mesti aku tak ada kawan malam-malam macam ni. Bosan pula malam ni nak balas mesej Kak Ida. Dia sibuk sekarang ni. Malas nak jadi jin pergi mengganggu orang menuntut ilmu, berdosa. Apa nak buat ni ek?

Tretttt... trettttt... tereetttt.... Hah, itulah ringtone yang seharian tidak didengarinya. Siapa pula yang call tengah malam buta ni? Janganlah Kak Lin. Mati ar aku kalau dapat dengar dia berceramah. Boleh kalah Doktor Fadhilah Kamsah. Eh... nombor siapa pulak ni?

“Helo... assalamualaikum.” Suara yang serba keayuan, mana tahu kut pakwe sesat. Kedengaran suara garau itu menjawab perlahan salamnya. Fuh... maco aje bunyi suara.

“Marliana, saya ni,” kata suara itu.

“Saya ni??? Saya tu siapa?” Mazliana bertanya pelik.

“Encik Zikri.”

“Hah???” Badannya dipusing laju tiga ratus enam puluh darjah.

Page 140: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

140

Debbuukkmmm!!! Bunyi nangka busuk jatuh. Aduh, sakitnya! Patah tulang punggung aku. Mazliana menggosok bahunya. Sakit.

“Helo... helooo... Maz kenapa? Helo?”

“Helooo....” Suaranya kembali di talian. Berkerut dahinya menahan sakit. Dia kembali memanjat katil. Nasib baik telefon aku tak ada 3G, kalau tidak mahu aku simpan muka dalam laci seminggu. Aduh... sakitnya!

“Kenapa dengan awak Maz?” tanya Zikri di hujung talian.

“Hah? Tak ada apa. Saya halau kucing.”

“Rumah awak ada kucing ke?”

“Bukan kucing aje, beruang pun banyak.” Dipandang bear yang berderet di atas katilnya. Dicapai satu dan dibawa ke pelukannya.

“Kenapa bos call saya malam-malam buta ni?” tanya Mazliana lagi.

“Kenapa awak tengah tidur ke?” tanya Zikri kembali tanpa menjawab pertanyaan Mazliana tadi.

“Taklah, saya tengan cuci tingkap KLCC. Ada apa malam-malam... eh pagi buta ni call saya, bos?” Dikerling jam dinding yang sudah menunjukkan ke angka dua pagi. Pening apa Encik Zikri ni call aku waktu ni.

Kemudian masing-masing senyam tidak bersuara selama beberapa minit.

“Bos? Ooo... bos!” panggil Mazliana kuat. Hilang keayuan suaranya tadi.

“Ni... saya nak esok awak ke MM Holding,” beritahu Zikri kemudian.

Page 141: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

141

“Buat apa?”

“Datang dulu nanti saya beritahu.” Ini satu arahan. Payahnya kalau hidup suka mengarah orang ni.

“Okey.” Itu saja jawapan yang lahir dari mulutnya. Lalu talian dimatikan.

Boleh pulak dia call aku semata-mata nak suruh datang esok. Tak tahu aku sampai tertonggeng dari katil sebab dia. Hesy... sengal betul Encik Zikri ni!

Kertas lukisan di tepinya dicapai. Pensel di tangannya menari-nari. Tiba-tiba dapat ilham malam ni mungkin kejutan sebab jatuh katil. Ibu jarinya digosok perlahan menebarkan warna pensel yang hitam. Masa berlalu menginjak detik demi detik. Mazliana terus tenggelam dalam dunianya sendiri.

Page 142: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

142

DUA INSAN berlari-larian sambil berpegangan tangan, tersenyum menatap wajah yang sangat

kacak. Tersenyum, tersengih, main cak-cak di sebalik pokok. Ala-ala macam cerita Kuch-Kuch Hota Hai versi pakai seluar jeans. Bergolek di atas rumput yang menghijau. Dunia terasa indah.

Sohe maahi re... maahi maahi re...

Maahi maahi re... maahi maahi re...

Maahi maahi re... Maahi maahi re...

Aaja mahi mere... aaja mahi mere

Aaja mahi mere... aa

Aaja mahi mere... aaja mahi mere

Aaja mahi mere... aa

Aa dhoop maloon main... tere haathon mein

Aa sajda karoon main... tere haathon mein

Bab 11

Page 143: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

143

Ho subah ki mehendi... chalak rahi hai

Aaja..Aaja mahiya... aaja mahiya

Aaja..Aaja mahiya... ho... aaja mahiya

Aaja mahi mere... aaja mahi mere

Gedebukkkkk!!!

“Aduh!!!” jerit Mazliana kuat. Sekali lagi adegan terjun katil. Kali ni bukan macam nangka busuk tapi lebih dahsyat. Nangka made in India mari, sudah jatuh tergolek.

“Hah... aduh... gila apa? Mimpi aku ni boleh pulak masuk lagu hindustan ni. Bila pulak aku layan hindustan? Aduhhh... sakitnya! Apa ke malangnya cerita ni asyik jatuh katil aje. Penulis tak ada adegan lain ke? Mesti tak ada idea,” rungutnya sendiri.

Dia bangun membetulkan kedudukan pinggang yang dah tak berapa betul. Kalau dua kali lagi aku jatuh katil alamat arwah terus. Lepas ni nekad aku tidur bawah katil. Aduh... sekali lagi dia menggosok belakangnya. Bos besar??? Macam mana pula dia boleh tembus masuk dalam mimpi aku ni? Maknanya aku main lari-lari dekat pokok dengan bos besar??? Eiii... ngerinya mimpi!!!

“HAI... anak dara baru nak bangun. Kenapa ni?” Puan Maznah menjenguk di muka pintu. Mazliana hanya mampu tersenyum.

“Jatuh katillah mak.”

“Jatuh katil?” Puan Maznah menggeleng sambil

Page 144: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

144

mengutip bantal yang sudah bersepah di lantai. Memang versi anak King Kong tidur.

“Ni subuh tak, tadi?” sambung Puan Maznah, tangannya ligat mengemas pensel warna yang bersepah di tepi katil.

“ABC la mak.”

“ABC???” Berkerut dahi si ibu. Jawapan tak ada makna. Maknanya tak fahamlah tu.

“ABC tu Allah Bagi Cuti la mak,” jelas Mazliana. Faham sangat dengan kerutan di dahi maknya. Dia ketawa.

“Hari ni tak keluar ke?”

“Emmm... ada hal pukul sepuluh,” balas Mazliana malas. Teringat janjinya dengan bos pagi ni. Sejak menandatangani perjanjian, secara rasminya dua jejaka itu menjadi bosnya. Walaupun pahit tapi kenyataan itu terpaksa ditelan. Lagipun dapat duit.

“Pukul sepuluh???”

“Iye mak kesayangan hamba.” Pipi Puan Maznah dicium perlahan, tubuh itu dipeluk, sayangnya dia pada wanita ini, tak boleh nak diterangkan dengan kata-kata.

“Mazliana Haji Nordin....”

“Ya Puan Maznah isterinya Haji Nordin.” Mazliana berbaring di riba ibunya.

“Sekarang ni dah pukul sepuluh empat puluh lima pagi....” Dengan selamba Puan Maznah menayangkan jam loceng Sincan yang ditarik dari atas.

“Hah??? Ala... kenapa mak tak bagi tahu semalam? Aduh... lambat dah ni. Matilah!”

Dia terus meloncat dari katil ke bilik air. Mandi ala

Page 145: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

145

kadar aje la. Lagipun kena sokong kempen kerajaan jimatkan air. Puan Maznah menggeleng sekali lagi. Dia keluar meninggalkan bilik anak daranya itu.

“Eh... Maz tak nak sarapan dulu?” tanya Puan Maznah sebaik saja kelibat anak daranya melintas laju.

“Emmm... dah lambat ni mak.” Dia kelihatan tergesa-gesa. Nasib baik rambut lurusnya persis iklan shampu, guna jari pun boleh. Tak payah fikir nak sikat-sikat. Redah aje. Ditarik getah ikat belacan yang sedia ada di tangan dan rambut ditocang satu macam ekor kuda.

“Hai... lupa something nampak?” perli Puan Maznah sambil tersenyum melihat langkah anaknya terhenti.

Mazliana berpaling memandang wajah ibu tersayang. Aisehman! Mesti lupa something yang wajib. Hesy... macam mana ni? Nasib baik mak ingatkan. Dia melangkah laju mendapatkan Puan Maznah semula. Satu ciuman nipis melekap di dahi dan pipi.

“Sayang mak....” bisik Mazliana. Sekali lagi membuatkan Puan Maznah tersenyum. Itulah bezanya Mazliana dengan kakak-kakaknya, anak gadisnya itu terlalu mudah mempamerkan kasih sayang. Setiap kali mahu keluar rumah mesti tangan dan dahinya dikucup terlebih dahulu.

“Jalan diri elok-elok. Jangan nak langgar orang pulak.” Sempat lagi Puan Maznah berpesan.

DIA berjalan perlahan. Lelahnya belum lagi habis lagi tapi sudah terpacul wajah Encik Zikri di muka pintu masuk MM Holding tingkat dua belas. Dah la tinggi nak mampus! Aku

Page 146: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

146

juga kena panjat tangga! Eh bukan... naik lif. Kalau kena naik tangga dah tentu-tentu aku tak naik.

“Kenapa lambat?” tanya lelaki tu. Tak sempat bagi salam.

“Sebab tak cepat, so lambatlah.” Zikri tersenyum mendengar jawapan Mazliana.

“Dah cepat. Dia dah lama tunggu.” Tahu sangat dia yang dimaksudkan, siapa lagi kalau bukan calon suami aku.

Wajahnya ditundukkan dari memandang renungan tajam lelaki di depannya. Macam biasalah buat muka bersalah. Memang salah pun... tiada senyuman di wajah lelaki di depannya. Garang semacam aje. Ingat aku takut ke?

“Janji pukul berapa?”

“Sepuluh pagi,” jawab Mazliana pendek.

“Sekarang?” tanya Iskandar lagi .

“Sebelas empat puluh lima pagi bos besar. Bos besar tak ada jam ke?”

“Saya tak suka orang yang tak menepati masa,” ujar Tengku Iskandar serius.

“Tahu... saya pun tak suka.”

“Habis?” sergah Tengku Iskandar kepada calon isterinya.

“Tak habis lagi bos besar, cerita baru nak mula. Belum pun masuk klimaks.” Mazliana berdiri tegak . Dari tadi bos besar itu kelihatan sibuk dengan fail di depannya.

“Awak memang suka menjawab, ek?” kata Tengku Iskandar sinis.

“Kalau saya tak jawab nanti bos besar cakap sorang-sorang pulak... tak pasal-pasal dapat cop Tanjung Rambutan,”

Page 147: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

147

ucapnya selamba. Mazliana duduk di kerusi bertentangan dengan Tengku Iskandar.

“Ada saya suruh awak duduk?”

“Seumur hidup saya ni bos besar, tak pernah lagi orang suruh saya duduk baru saya duduk. Selalunya saya duduk dulu baru dia suruh duduk.” Mazliana tersengih. Hah... pening kau kena ayat pusing fening aku. Jelas muka tak puas hati bos besarku. Nasib kaulah Tengku Iskandar.

“Awak jangan buat lawak bodoh dekat sini!” marah Tengku Iskandar. Panas hatinya apabila terpaksa menunggu.

“Bila pulak aku buat lawak? Kalau buat lawak masuk raja lawaklah,” katanya sendiri. Cukup perlahan.

“Apa awak cakap Mazliana?”

“Hah??? Tak ada apa-apa. Bos besar nak jumpa saya buat apa? Nak belanja makan ke?” tanyanya lagi. Saja nak tukar topik.

“Kenapa awak lambat?” soalan dijawab soalan. Penyakit betul.

“Lewat bangun bos besar.”

“Lewat bangun??? Alasan darjah berapa awak bagi ni?”

Mazliana menggaru kepala, la... betul apa aku bangun lewat. Takkan nak cerita aku bangun lambat sebab mimpi ngeri. Berlari-lari tepi pokok, aku sebagai heroin dan dia sebagai hero. Hesy... dil to pagal hai!

“Kenapa awak diam???” sergah Tengku Iskandar. Marahnya masih belum reda.

“Mak kau menari atas pokok!!!” Mazliana menekup mulutnya dengan tangan. Hah... sudah berjangkit dari Syamin.

Page 148: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

148

“Apa???” Tengku Iskandar memandang tepat ke wajah yang kelihatan kusut di depannya.

“Dil to pagal hai bos... eh!!! Bos besar ni janganlah main sergah macam tu... ingat nyawa saya ada jual dekat Mid Valley ke?” ujar Mazliana sedikit keras.

Senyum di bibir disembunyikan. Lawak juga budak ni. Marahnya beransur surut. Tengku Iskandar sekali lagi berdehem.

“Awak baca ni.” Fail merah itu ditolak ke arahnya.

Hesy......dahinya berkerut memandang fail yang ditolak dekat dengannya. Dari keturunan manalah bos-bos aku ni? Sikit-sikit kena baca, sikit-sikit kena baca! Bosan betul! Tahulah belajar tinggi, dah terlebih pandai tak payahlah buat kempen Jadikan Membaca Amalan Kita dekat aku. Malas!

“Apa awak merepek seorang diri ni?”

“Hah? Mana ada! Bos besar tak nampak ke saya tengah baca ni?”

“Awak baca apa?” tanya Tengku Iskandar tidak puas hati.

“La... isi dalam fail ni la.” Mazliana tayang muka tak puas hati. Mereka dipisahkan dengan meja buatan Itali yang unik. Di atas mejanya hanya ada sebuah komputer riba dan beberapa frame gambar yang mengadap bos besar.

“Awak sekolah dekat mana baca terbalik macam tu?” tegur Tengku Iskandar. Fail yang terbalik dipandang. Ehhh... haa sudah... terbaliklah pulak!!! Cepat-cepat fail itu dibetulkan.

“Saya biasanya memang baca terbalik pun bos besar,” jelasnya sambil tersengih. Hakikatnya nak tutup malu

Page 149: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

149

aje. Dia membaca apa yang tertera di dalam fail itu. Macam budak sekolah disuruh baca. So? Kena baca la!

( Dua Puluh Lima Syarat ‘Calon Isteri’ )

“Apa ni bos besar?”

“Tak akan awak tak pandai baca?” sindir Tengku Iskandar. Mazliana menggigit bibirnya geram. Kalau ikutkan hati dah lama aku buka bunga silat dekat mamat ni. Sengaja nak sakitkan hati nurani aku. Teringat mimpinya pagi tadi. Dia tersenyum.

“Syarat? Macam masuk Akademi Fantasia pulak.” Mazliana bersuara setelah lama mendiamkan diri.

“Itu adalah syarat yang awak kena ikut sebelum saya putuskan awak bukan calon isteri di depan mama dan papa saya.”

“Kenapa dua puluh lima? Letaklah seratus ke seribu ke biar juling mata aku baca,” bisik Mazliana sendiri.

“Apa awak cakap?” Hesy... telinga lintah juga bos besar ni.

“Eh... tak ada apa-apa ar bos besar, tapi bukan ke perjanjian kita sehari aje?”

“Ya, tapi sebelum dan selepas masalah saya selesai, saya nak nama awak bersih.”

“Bos besar ni ingat nama saya ni tong sampah ke? Memang selama ni nama saya bersih,” ujar Mazliana tak puas hati.

“Itu apa yang awak rasa tapi bukan apa yang orang lain tengok,” balas Tengku Iskandar.

Page 150: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

150

“Eh... apa kaitan orang lain tengok dalam cerita ni?”

“Banyak kaitan. Saya pewaris MM Holding. Cerita saya diburu wartawan. All about Tengku Iskandar Tengku Mazlan akan diperkatakan.”

“Apa kaitan saya dengan Tengku Iskandar Tengku Mazlan?”

“Sebab awak calon isteri saya untuk sehari,” jawab Tengku Iskandar tanpa jemu. Mazliana mencebik.

“Awak juga akan dikaitkan dengan saya selepas ni. Jadi awak kena ikut perancangan.”

“Baik bos besar!” Nasib baik aku dah amik duit pendahuluan buat pelaburan gerai burger Taufiq. Kalau tak dah lama aku blah dari sini. Dia bangun, niatnya untuk keluar, malas berlama di situ.

“Eh... nak ke mana tu?”

“Keluarlah.”

“Saya tak suruh awak keluar, duduk depan saya, baca.”

Langkahnya terhenti. Baca depan dia? Apa kes. Kenapa macam diktator pula mamat ni?

“Saya baca dekat luar ajelah bos besar.”

“No... just do what I say,” arah Tengku Iskandar tegas. Mazliana akur. Perlahan dia duduk semula. Dia kembali membaca isi kandungan dalam fail itu.

Kalau aku ketawa nanti dikatakan kurang ajar, kalau aku senyum kang dia kata aku sindir dia pulak. Kalau aku buat tak tahu nanti dituduh mengabaikan tanggungjawab pulak. Tapi aku memang tak boleh terima lawak sekelakar ini dalam hidup aku. Akhirnya ketawa yang dari tadi ditahan

Page 151: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

151

terlepas juga. Syarat yang terlakar di atas kertas putih itu dibaca. Hesy... dah macam segmen cari jodoh, kena baca kriteria-kriteria pilihan.

“Kenapa awak ketawa?” tanya Tengku Iskandar pelik. Wajahnya cukup serius.

“Bos, apa kaitan semua ni dalam cerita kita ni?” Mazliana masih ketawa.

“Kait atau tak kait saya tak mahu dengar apa yang patut awak buat. Ikut sahaja apa yang ada dalam tu,” kata Tengku Iskandar serius.

“Syarat kelima belas saya tak boleh keluar dengan lelaki tanpa izin bos besar?” tanya Mazliana meminta penjelasan.

“Yup... tak boleh sama sekali,” jawab lelaki itu yang masih tekun dengan kerjanya.

“Kalau ayah saya?” Satu lagi soalan tak berapa ilmiah ditujukan kepada Tengku Iskandar. Dia menggigit bibir. Dia tahu Maz sengaja mengenakannya.

“Kalau ayah awak bolehlah. Jangan la jadi bendul!” balas Tengku Iskandar sedikit geram.

“Hah... lain kali tulislah selain daripada dalam kurungan mereka yang terlibat. Barulah betul.” Mazliana mengambil pen yang ada di depannya lalu menambah apa yang diucapkan.

“Apa awak buat tu?”

“Bos besar, kalau perjanjian kita ni dibawa ke mahkamah tinggi, pihak pendakwa atau pembela dari kedua-dua pihak akan mempertikaikan syarat kontrak kita ni. Lagipun manalah tahu kalau saya berniat nak saman bos besar,” tutur Mazliana panjang lebar.

Page 152: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

152

Tengku Iskandar memandang tepat ke arahnya. Matanya membulat selagi boleh. Eiii... semacam aje mamat ni marah.

“Awak ada niat nak saman saya?” duga Tengku Iskandar. Wanita di depannya terasa kecil.

“Saya kata kalau, kalau tu bermaksud sama ada ya atau tidak,” jelasnya sambil menelan air liur. Gerun juga tengok muka bos besar kalau naik angin. Walaupun hensem tapi mak ai... garang tak bertempat.

“Bos besar, syarat kesembilan. Saya mesti pandai memilih kawan mestilah seorang manusia.” Ketawa Mazliana pecah lagi. Hampir nak keluar air matanya. Tak lulus bahasa Melayu ke apa bos aku ni?

“Apa yang awak suka sangat?” Sekali lagi dia menggigit bibir. Tercabar apabila syaratnya ditertawakan.

“Memanglah selama ni saya berkawan dengan manusia. Bila pulak saya kawan dengan orang hutan,” katanya dengan tawa yang masih bersisa. Sengaja dia mempertikaikan sesuatu yang jelas. Bukan dia tak tahu maksud ayat tu.

“Maksudnya awak kena bijak memilih kawan. Jangan berkawan dengan perompak ke pencuri,” jelas Tengku Iskandar serius mematikan ketawa Mazliana.

Dia kembali tunduk meneliti syarat di depannya. Muka tak ada perasaan.

“Syarat kedua puluh. Saya kena berpakaian sopan. Hai bos besar, bila masa pula saya pakai pakaian yang mencolok mata?” tanya Mazliana tak puas hati.

“Emmm... awak tengok sendirilah dekat cermin besar dekat luar tu. Getah rambut awak tu orang dah buat

Page 153: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

153

bungkus belacan, tahu tak? Mencolok mata takpe tapi jangan menyakitkan mata,” sindir Tengku Iskandar. Kali ini lelaki itu tersenyum sinis.

“Tapi...”

“Okey, kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar dekat sana pintu.” Ceh... siap tunjuk pintu lagi. Aku tak habis cakap lagi.

“Saya tahulah tu pintu. Lagipun bukan saya nak jadi cicak woman pulak keluar ikut suka hati, panjat ikut dinding.” Ketawa Mazliana pecah walaupun lawaknya tak berapa menjadi di depan Tengku Iskandar tapi dia punya motif mengenakan bos besarnya itu.

“INI semua tak adil!!!” katanya sambil menghentak kuat meja Syamin.

“Ooo... mak kau tak mandi pagi! Eh... aku tak mandi semalam!” Syamin melatah. Dia mengurut dadanya perlahan.

“Apa ni main ketuk-ketuk? Ingat ni mahkamah ke nak adil tak adil?” sambung Syamin lagi tak puas hati.

“Kalau boleh bawa ke mahkamah, kau adalah orang pertama yang akan dihukum mati mandatori, tahu tak?”

“Eh... atas kesalahan apa pula?”

“Atas kesalahan mencabul hak kedamaian dan kebebasan aku,” tegas Mazliana.

“Amboi... sejak bila pula ada undang-undang macam tu sampai hukuman bunuh pula tu? Nampak sangat tak layak jadi lawyer.”

Page 154: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

154

“Hah... kau jangan nak loyar buruk dengan aku, kang tak pasal-pasal ada yang makan sup ikan bilis sebulan. Nak?” Mazliana kembali duduk di kerusinya. Sejak keluar dari bilik bos besar tadi hangin dalam badannya bergelora kuat.

Fail merah di tangannya diberikan kepada Syamin yang tekun membaca. Dia ni mesti dah kena virus bos dia. Maklumlah anak buah. Tapi memang sejak pertama kali mengenali Syamin temannya itu memang hantu novel. Cakap aje nama penulis mana, novel apa, semua dia tahu. Jadi memang secocok macam pinang dibelah dualah dia kerja dekat tempat ni. Penyokong Membaca Budaya Kita.

“Mak ai biar betul bos ni, macam nak jadikan kau isteri betul dia aje ni?”

“Mulut kau jangan terlajak perahu ek. Kalau ikutkan aku, dah lama aku sekeh-sekeh kepala bos kau tu. Kalau tak sebabkan kau kerja dekat sini dah lama aku...”

“Dah lama awak nak buat apa Mazliana?” celah satu suara dari belakang.

Gerakan tangannya kaku. Terasa nafasnya terhenti. Perlahan dia berpaling. Tengku Iskandar di belakangnya dengan Encik Zikri yang tersengih-sengih. Alamak, macam mana pulak dia ada dekat sini? Erk... memang la dia ada dekat sini dah syarikat dia. Dia menggaru kepalanya macam tetiba aje ada kutu. Gatal semacam.

“Apa awak nak cakap tadi?” tanya lelaki itu sekali lagi. Jelas dia mendengar setiap butiran wanita itu tapi sengaja lagi ditanya.

“Saya nak cakap dah lama saya ada dekat sini. Moleklah kiranya saya beransur pulang, lagipun masih banyak urusan yang belum diselesaikan,” bohong Mazliana. Dia berpaling terus berjalan laju menuju ke pintu keluar.

Page 155: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

155

“Tunggu!!!”

“Ada apa lagi bos besar??” Mata lelaki itu sekali lagi memandangnya dari atas ke bawah.

“Fesyen ke?” tanyanya tiba-tiba.

Mata berhenti di kakinya. Alamak kasut sebelah lain... aduh! Malu makkk!!! Wajah putihnya berona merah.

Zikri dan Syamin turut memandang ke arah yang sama. Belum pun sempat menarik nafas bertenang, telinganya terdengar ketawa kuat mengekek dari tempat Syamin dan Zikri. Bos besar hanya tersenyum sinis. Memang sengaja nak malukan aku. Nanti, ada ubi ada batas!!!

“Ni fesyen terbaru la. Bos besar mana tahu. Lagipun sekarang ni apa yang pelik itu adalah seni.” Dia cuba menegakkan benang yang dah memang basah.

“Kalau ya fesyen, takkan sampai kasut sebelah lain. Siapa punya kasutlah awak sapu ni?” tanya Tengku Iskandar seakan memerli.

“Emmm... tak perasanlah tadi. Main redah aje. Nasib baik pakai kasut kalau tak, lagi masalah,” jelas Mazliana. Walaupun penjelasannya nampak sia-sia.

Tengku Iskandar mengeluarkan sesuatu dalam poket seluarnya. Kad berwarna emas diletakkan di tapak tangannya. Mazliana pelik. Apa benda pulak ni? Takkan kad pokemon kut???

“Awak boleh guna kad ni hari ni di bawah pemantauan Encik Zikri,” arahnya sambil memandang ke arah Zikri dan lelaki itu mengangguk perlahan. Mengerti akan tugasnya selepas ini.

“Apa ni???” Mazliana bertanya sebaik saja bayang bos besar hilang.

Page 156: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

156

“Kau ni nama aje belajar tinggi, tu kad kreditlah.” Jawapan tulus ikhlas dari Syamin.

“Kau ni memang ala-ala mangkuk tingkat, kan? Aku tahulah ini kad kredit tapi apa kaitannya dengan cerita ni?” Jawabnya geram. Banyak bunyi pula Si Syamin a.k.a Mimi ni. Hesy!

“Dah, jangan banyak soal. Jom kita pergi sekarang.” Syamin dan Zikri berjalan laju meninggalkan Mazliana yang terpinga-pinga. Pergi mana???

KALAU ditanya pada mana-mana perempuan pasti inilah tempat yang paling disukai. Kalau setiap hari datang menghabiskan masa dekat sini pun tak apa. Tapi bagi insan bernama Mazliana Haji Nordin, aduhhh... tempat macam inilah yang buat dia lemas. Bukan tak suka tapi bukan diri dia kalau berjam-jam berjalan ke sana ke mari semata-mata nak mencari sepasang kasut atau baju. Tapi ni dah namanya kes terpaksa.

Mulut Encik Zikri senget ke kiri dan ke kanan, kepala Syamin menggeleng perlahan. Satu keluhan berat kedengaran keluar dari mulut Mazliana. Dah masuk sejam dah cuba sepuluh pasang baju. Dari tadi masuk keluar bilik persalinan.

“Wei... ini dah kes melampau. Ingat aku ni model pasar malam ke nak cuba semua baju? Ingat ni skim Touch and Go ke? Senang-senang aje?” rungutnya lagi dengan mulutnya yang sudah memuncung.

Sudah hampir sepuluh kali dia mencuba baju-baju di butik Rozy, naik berbulu mata pelayan tu tengok muka

Page 157: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

157

seringgit lima puluh sen aku. Hesy... buat malu orang kampung aje.

“Masalahnya tak sesuailah.” Syamin memberi pandangan.

“Emmm... itulah. Saya pun rasa macam tu.” Mereka masih meneliti penampilan Mazliana yang mengenakan blaus labuh bersama kain satin putih. Nampak terlalu over.

“Eh... ingat ini segmen masakan ke nak main rasa-rasa? Jangan sampai aku buat benda bukan-bukan dekat sini. Ada jugak yang malu seumur hidup kang,” ugut Mazliana. Wajah Syamin keruh. Zikri sudah tersengih-sengih.

“Ala... sabarlah. Lagipun baru sepuluh pasang awak cuba.”

“Bos, jangan sampai bos pula yang kena pakai baju ni, nak?” Blaus di tangannya dihulurkan kepada Zikri.

“Eh... apa pulak saya!”

“Mana tahu kalau bos boleh berlakon jadi calon isteri bos besar tu,” perli Mazliana lagi.

Syamin ketawa. Kelakar melihat muka Zikri yang dikenakan Mazliana. Merah muka bos aku. Sekali tengok dari jauh macam sepadan pulak Maz ni dengan Encik Zikri tapi kalau dengan Tengku Iskandar pun macam cute aje. Mazliana kemudian masuk semula ke dalam bilik persalinan. Kalau dibiarkan, alamat bermaharajalela la mamat dengan minah ni. Dia kembali dengan uniform asalnya tadi, jeans dan T-shirt lusuh. Dia berjalan laju meninggalkan dua orang yang tergesa-gesa mengejarnya dari belakang.

“Apa kata kita cuba tengok dekat butik depan tu?” cadang Zikri. Langkahnya masih laju mengikut pantasnya langkah Mazliana.

Page 158: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

158

“Apa kata kita balik aje, kaki saya ni dah nak tercabut. Kalau bos nak, pergilah dengan Syamin.”

“Apa pulak aku, yang nak beli barang bukan aku tapi kau!” ujar Syamin sedikit tidak puas hati dengan kata-kata Mazliana.

“Siapa pulak kata aku nak beli?” Mazliana berhenti tiba-tiba. Break kakinya pegun di situ.

“Eh... bukan kau yang nak beli tapi kau kena beli!” Syamin cepat-cepat membetulkan ayatnya.

Zikri melihat jam di pergelangan tangannya. Lama juga mereka menghabiskan masa di sini. Susah juga nak bawa perempuan ni shopping. Selama ni, dia hanya menemani Mak Engku ke butik tapi tak pernah pulak ambil masa selama macam ini.

“Okeylah. Macam ni, awak berdua carilah apa yang sepatutnya. Saya ada meeting pukul empat ni.”

“Hah... kalau macam tu, lebih baik bos pergi dulu,” kata Mazliana sambil tersenyum.

“Halau saya nampak?” perli Zikri sambil mengangkat keningnya.

“Bukan halau tapi mempersilakan,” sindir Mazliana.

“Syamin, awak pastikan segalanya berjalan lancar ek,” pesan Zikri lagi.

“Beres bos!” tabiknya hormat.

Mazliana mencebik. Panjang muncungnya ke depan. Nampak sangat suka kipas bos. Patutlah Si Syamin ni jadi pekerja contoh. Silap tema betullah.

“Bos bawa kereta elok-elok ek,” ujar Syamin lembut.

Page 159: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

159

Amboi... siap buat pesanan ringkas lagi. Syamin melemparkan senyuman ke arah Encik Zikri. Zikri melangkah pantas bimbang kalau dia tak sempat sampai ke MM Holding.

“Hah... dahlah. Bayang bos kau dah hilang pun, amboi senang hati kau kenakan aku,” ujar Mazliana geram. Syamin hanya tersengih memperlihatkan giginya.

“Bertuahlah kau Maz. Apa lagi, jomlah kita shopping. Kad kredit dah ada tu!” jerit Syamin separuh riang.

“Amboi... terus hilang keayuan dan kesopanan kau, kan? Dah tak payah dah nak bazir duit. Setakat nak pakai baju untuk malam tu, baju aku banyak,” kata Mazliana kemudian meneruskan langkahnya.

“Ala... bazir duit bos aje. Tak apa, bukan duit kita,” ujar Syamin senang.

“Hah... banyaklah kau. Nanti kau seronok, aku yang dapat nama! Aku balik tidur lagi baik!”

“Tak nak beli apa-apalah ni?” duga Syamin. Dia kenal siapa Mazliana. Tak mungkin temannya itu boleh duduk lama di shopping mall. Lainlah kalau dalam galeri seni. Mesti sampai malam pun tak apa.

“Tak payah. Balik aku kata!” ujar Mazliana seraya menarik tangan temannya itu.

Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia memandang tepat ke arah pasangan yang tersenyum mesra tidak jauh dari tempatnya berdiri. Eh... macam kenal mamat tu, tapi siapa pulak dekat sebelah dia tu? Eh... siap main cubit-cubit lagi. Hesy... melampau betul!

“Apa kau tengok tu Maz?” Syamin turut mengalihkan pandangan ke arah yang sama.

“Eh... itu bukan Doktor Johan ke? Eh? Siapa pulak

Page 160: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

160

perempuan cantik sebelah dia tu?” sambung Syamin lagi. Suara Syamin itu membuatkan dia tersedar.

“Kurang ajar punya jantan! Kau nak main-mainkan kakak aku ek!” Marah Mazliana perlahan.

Page 161: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

161

SEKALI LAGI penampilan terakhirnya dilayarkan di cermin. Mak oi... macam lawak aje aku

pakai baju kurung. Sopan semacam. Tapi bukan aku memang sopan ke? Tettt... kononnyalah. Syamin tersenyum sedari tadi. Kalau boleh senyum tiga ratus enam puluh darjah, mesti dah senyum membulat. Maklumlah hasil dari jari-jemarinya yang tak berapa nak berseni tu berjaya mengubah penampilan Mazliana malam ini. Kalau bos tengok mesti juling biji mata dia.

“Mimi, kau rasa aku patut bagi tahu Kak Lin ke pasal hari tu?”

“Emmm... kau rasa?” Syamin meneruskan solekan di mata Mazliana. Pertama kali dia dibenarkan mencalitkan warna di iris temannya itu. Dia cukup berhati-hati. Niatnya hanya satu, nak buat Mazliana jadi meletop hari ini.

“Aku rasa Si Johan tu memang tak ikhlaslah dengan kakak aku,” teka Maz lagi. Matanya masih pejam.

“Tapi aku tengok Doktor Johan tu macam serius

Bab 12

Page 162: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

162

sayang dengan Kak Lin, tapi siapa ek perempuan tu?” Terbayang wajah perempuan manis di sisi bekas pensyarahnya itu. Cantik. Gaya pun nampak macam bukan calang-calang orang.

“Sayang? Emmm... lama-lama melayang. Aku akan siasat sampai lubang cacing. Kalau betullah mamat tu ada niat nak main-mainkan hati kakak aku, memang dia sengaja tempah batu nisan dia sendiri!”

“Amboi... berani semacam aje aku dengar? Kau nak buat apa?”

“Aku akan pastikan dia makan bubur seumur hidup!” ujar Mazliana serius.

“Kalau kita tersalah sangka macam mana?” tanya Syamin lagi.

“Kalau salah? Kaulah makan bubur seumur hidup!” Ketawa Mazliana lagi.

“Eh... apa kau buat dekat muka aku ni Mimi? Kau jangan buat aku jadi pelakon opera Cina dah. Nanti tak pasal-pasal heart attack pulak calon mentua aku,” sambung Mazliana lagi. Kemudian ketawa mereka bersatu.

“Aku tahulah,” jawab Syamin yakin.

“Lama lagi ke? Sakitlah tengkuk aku!” ngomel Mazliana dengan mulutnya dimuncungkan.

“Maz, baik kau diam sebelum aku cucuk mata kau dengan lip gloss ni,” gertak Syamin dengan matanya sengaja dibulatkan.

“Amboi... kau ingat aku jin mata buta? Senang-senang aje nak cucuk mata orang!” kata Mazliana tidak puas hati. Syamin ketawa lagi. Memang sepanjang dia berkawan dengan Maz tak pernah sekali pun dia lupa cara nak ketawa.

Page 163: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

163

Wajah Mazliana didongakkan semula. Kalau dah memang tak boleh duduk diam memang payahlah. Berkali-kali dia tersalah caturan. Nasih baik tak tercucuk mata. Kalau tak, buta mata temannya tercucuk maskara Maybelline.

“Mana kau dapat semua ni Mimi?” Mazliana membelek alat mekap penuh sebakul.

“Ala... aku pinjam kat Cikgu Siti, cikgu teater aku.”

“Emmm... agak dah, nampak sangat barang pinjam. Kau pun bukan banyak pun barang macam ni.” Mimi tersenyum mendengar rungutan Mazliana.

“Habis, dah aku suruh kau beli, kau pulak kata jimatlah, jangan bazir duit la, duit oranglah. Seribu satu alasan kau bagi,” jawab Syamin panjang lebar.

“Yalah, nak buat apa kita bazirkan duit bos kau tu. Karang kalau dia muflis, kau juga yang tak ada kerja.”

“Cik Mazliana Haji Nordin, kalau kau nak tahu aset Tengku Mazlan tu tujuh keturunan pun tak habis tahu tak? Setakat beli lipstik ni tak bagi kesan sikit pun,” ujar Syamin terang. Mazliana hanya mencebik.

“Ada aku kisah? Eh, bos jemput aku naik apa?”

“Kenapa?” Soalan yang dijawab dengan soalan. Memang hobi tak rasmi Syamin a.k.a Mimi.

“Kalaulah dia muncul dengan Saleen S7 Twin Turbo... mesti best!” Mazliana tersenyum sendiri. Memasang angan-angan.

“Saleen S7 Twin Turbo? Apa tu?” soal Syamin sambil tayang muka blur.

“Satu lagi model terpantas keluaran Amerika dikenali sebagai Saleen S7 Twin-Turbo yang dicipta hasil gabungan teknologi dan kepakaran daripada Saleen, Hidden

Page 164: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

164

Creek Industries, Phil Frank Design dan Ray Mallock Ltd. Model ini menggunakan enjin Aluminium OHV lapan silinder (V8) yang menghamburkan 550 hp. Pada tahun dua ribu lima, S7 diganti model S7 Twin Turbo berharga USD585,296.00 yang diperkuatkan dengan kuasa turbo dari Garret Turbocharger sekali gus meningkatkan kuasanya ke 750 hp, membolehkan ia memecut sehingga empat ratus dua km/h! Bayangkan kalau Mazliana Haji Nordin bawa kereta ni. Fuh! Mantap!!!”

Ternganga Syamin. Biar betul minah ni??? Penerangan mengalahkan buat esei penulisan masa SPM. Mantap, tepat dan padu. Rambut Mazliana ditarik dari belakang.

“Sakitlah! Apa ni Mimi?” ujar Mazliana tidak puas hati. Kepalanya digosok perlahan dengan tangan.

“Kau ingat kau anak raja ke nak dijemput pakai kereta macam tu? Lagipun kau tu nak pergi rumah bakal mentua kau aje, bukan nak masuk race car. Tadi ayat macam bukan mata duitan aje, alih-alih nak kena jemput dengan kereta bukan-bukan tu,” tempelak Syamin.

“Ala... manalah tahu kalau bos kau ada kereta tu. Kau juga cakap hobi dia suka kumpul kereta, kan? Bukan aku nak pun, tapi kalau dapat naik okey juga. Bolehlah cerita dekat anak cucu bila dah tua nanti.” Mazliana kemudian bangun dari kerusi dan terus meloncat ke atas katil. Meregangkan tulang belakangnya.

“Banyaklah kau! Wei, habislah mekap kau tu!” tegur Syamin.

“Bukan aku yang suruh, kau yang over, kan!” Mazliana sengaja memeluk bantal peluk milik Syamin. Sedapnya kalau dapat tidur. Nasib baik mak percaya aku

Page 165: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

165

bermalam dekat rumah Syamin. Tak pasal-pasal aje dapat dosa menipu.

Mak maafkan Maz, bukan niat Maz nak menipu. Tapi keadaan memaksa. Balik nanti kena cium mak sepuluh kali ni, kira basuh dosa. Wajah tak puas hati Syamin dipandang.

“Eh... kau rasa aku kena pakai macam ni ke?” tanya Mazliana bingung.

“Mesti. Inilah dia Mazliana Haji Nordin yang sebenar. Kau tu cantik sebenarnya tapi satu aje masalah kau ni, selekeh.” Wajah ayu milik Mazliana dipandang. Dia tersenyum puas.

“Amboi... sedapnya kau mengata aku. Kalau nak buat kritikan menyakitkan hati kecil aku ni, buatlah off record cerita dekat belakang. Ini live, siaran terus menerus pulak tu. Kalau mak aku dengar mesti dia kecik hati, tahu tak?”

“Sebab aku ni kawan kaulah aku beritahu live,” jelas Syamin.

“Eleh... selekeh-selekeh pun, muka ni juga jadi pilihan bos kau tu, kan?” Mazliana membanggakan diri. Biasalah, siapa lagi nak tekan lif kalau dah masuk, diri sendirilah tekan.

Ini kali kedua dia melihat wajah ayu milik temannya itu. Kali pertama semasa hari konvokesyen mereka. Kali kedua adalah pada jam dan saat ini. Sikap sempoi Maz membuatkan dia tidak langsung mementingkan penampilan. Teringat peristiwa Maz yang masuk ke bilik kuliah dengan memakai sweater dan seluar track hitam. Gayanya itu disambut dengan gelak tawa seisi kelas. Tapi dia hanya tayang muka selamba aje.

Page 166: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

166

“Ala... kau macam tak biasa pulak. Aku kan sempoi.”

“Sempoi kau tu dah tahap perlukan bantuan kecemasan. Tahu tak?”

“Kenapa pulak?” soal Mazliana tidak puas hati.

“Sebab kau ni kalau nak dibandingkan dengan mak cik mereng depan kampus dulu, dia lagi lawa. Kau tahu tak?” terang Syamin bersungguh.

Ketawa Mazliana pecah. Wajah mak cik mereng berbaju kebaya merah ketat dan kain batik belah terlayar di mindanya. Ketawanya pecah lagi.

“Kau ketawa kenapa?” tanya Syamin. Pelik.

“Mak cik mereng... oittt jalan kalah ratu cantik, body mak ai... ala-ala pelakon Bollywood. Sekali suara jantan! Kah kah kah!!!” Ketawanya pecah lagi. Kali ini dia menekan perutnya.

Syamin turut tertawa. Siapa tak kenal mak cik mereng, mak nyah yang paling popular. Meletop mak! Tiba-tiba bunyi hon dari luar mengejutkan mereka. Syamin menjenguk dari tingkap. Kelihatan kereta BMW milik bosnya sudah tersadai di bibir pagar. Encik Zikri keluar dari pintu sebelah pemandu.

“Hah... tu bos kita dah sampai.”

“Bos kau aje okey.”

“Ala... kan kau dah kerja dengan dia sekarang.”

“Tak ada maknanya, aku ni part time aje. So, itu bos kau,” tegas Mazliana. Dia menarik sedikit baju kurung ungu lembut yang dipakai, lalu duduk di birai katil.

“Eh... boleh pulak kau duduk balik. Cepatlah, bos dah tunggu tu. Nanti lambat pula!” desak Syamin. Pening

Page 167: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

167

juga dia kalau Maz mogok tak nak keluar, silap hari bulan kena buang kerja macam ni.

“Hidup kita ni biar lepak tapi hasil dia gempak,” bisik Mimi di telinganya. Mazliana mencebik.

“Banyaklah kau punya lepak, kang kena sepak baru kau tahu!”

Zikri berdiri tegak di sebelah kereta macam tengah nyanyi lagu Negaraku pulak. Matanya tertancap pada wajah ayu di hadapannya. Cantik! bisik hati kecilnya. Lama dia terdiam memuji tanpa suara. Zikri merapati dua wanita yang sudah melepasi pagar itu. Mazliana nampak manis dengan baju kurung ungu lembut, rambutnya dibiarkan lepas ditiup angin malam. Ringkas tapi menawan.

“Cantik Mazliana malam ni,” puji Zikri perlahan. Syamin di belakang hanya tersenyum kambing. Mekar senyumannya apabila temannya mendapat pujian. Bukan senang bos nak puji orang. Bahu Maz dicuit sambil keningnya diangkat beberapa kali.

“Ala... kalau kambing Nek Wan saya dulu pakai macam ni pun nampak cantik. Pokok pangkal hati mahu bersih,” tambah Mazliana.

Senyuman Syamin mati mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Mazliana. Terkedu seribu bahasa. Ada ke disamakan dengan kambing. Penat aku mekap dia, kambing Nek Wan juga yang dapat nama. Pantas satu cubitan hinggap di lengan Mazliana.

“Aduh... sakitlah. Apa???”

“Kau ni mulut tu cuba kawal sikit. Cuba sehari ni kau jadi perempuan Melayu terakhir, tak boleh?” marah Syamin.

Page 168: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

168

“Mimi, kalau aku jadi perempuan Melayu terakhir tak adalah kau dekat sini,” usik Mazliana dengan tawanya.

Bunyi Nokia E63 membuatkan dua mata wanita itu tertumpu kepadanya. Zikri menjawab panggilan tanpa sempat meneruskan kata.

“Emmm... kami on the way ni, lagi sepuluh minit kami sampai. Jangan takut, aku akan pastikan semua beres.” Kedengaran suara itu tenggelam timbul. Siapa lagi yang call kalau bukan big boss!

“Marilah, kita pergi sekarang. Lagipun dah lewat ni.” Sengaja ditunjukkan jam di tangannya. Pintu kereta dibuka memberi ruang untuk Mazliana masuk. Alamak! Rasa macam Cinderella pula malam ni. Hesy... dah Mazliana, jangan nak berangan! Semua ni lakonan semata-mata, tiada kaitan dengan orang yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

TENGKU MARIAM melihat jam di tangannya. Baju kurung jenis sutera Korea yang dipakainya diperbetulkan agar nampak kemas. Sekali lagi matanya diarah ke pagar besar. Gembira bukan main malam ni. Tak sabar rasanya nak menemukan anaknya dengan bakal menantu pilihan hati. Kalaulah mereka jadi, mesti aku cepat dapat cucu.

“Kenapa awak ni Cik Yam, dari tadi tak duduk diam.” Suara Tengku Mazlan dari belakang membuatkan dia terkejut. Tangannya mengurut beberapa kali dadanya, cuba meredakan rasa.

“Anak kesayangan awaklah ni... entah mana dia pergi. Sikit lagi Datin dan Datuk dah nak sampai dengan

Page 169: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

169

Natasha, tapi bayang Si Is ni pun tak nampak lagi. Macam mana ni abang?” ngomel Tengku Mariam risau.

“Kan dia dah janji nak balik. Jangan risaulah. Mesti dia balik sekejap lagi. Lagipun bukan ke anak kesayangan awak Si Zikri tu ikut sekali tadi? Lagipun bukannya anak awak tu tak pernah jumpa Si Tasha tu. Selalu sangat tengok, entah-entah dah jemu,” terang Tengku Mazlan pada isteri kesayangannya itu.

Senyuman kelihatan di wajah kerut isterinya. Itulah sifat Tengku Mariam yang menarik hatinya. Sekali pandang terus terpikat. Teringat saat ingin dijodohkan oleh keluarga. Dialah yang menentang habis-habisan tapi apabila menatap pilihan ibunya itu, hatinya terus cair. Rasa cinta yang tak pernah wujud tiba-tiba datang. Mereka bahagia dan bertambah bahagia apabila dikurniakan Tengku Iskandar dan Zikri.

“Apa yang awak termenung tu Bang Lan?” Itulah nama manja mereka, Cik Yam dan Bang Lan. Sejak dulu nama itulah yang memekarkan lagi kasih sayang Tengku Mazlan dan Tengku Mariam.

“Emmm... teringat masa kita muda-muda dulu. Kalau saya tahu awaklah cinta saya, tak payah saya buat mogok tiga hari masa papa nak satukan kita dulu.”

“Emmm... konon tak suka jodoh keluarga, tapi last-last tengok siapa yang angau Bang Lan oi!”

“Itulah sebab saya sambar awak masa tu juga, sebab I love you.” Berkerut dahi Tengku Mariam, buang tabiat ke orang tua ni? Umur dan banyak nak ber ‘lap-lap’ lagi. Tapi akhirnya dia tersenyum.

“Abang rasa Is terpikat tak dengan Tasha?”

“Emmm... tak boleh nak ramal perangai anak

Page 170: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

170

teruna awak tu. Semakin hari semakin pelik,” jawab Tengku Mazlan perlahan.

“Itulah yang buat saya risau tu bang. Semenjak Si Julia tu tinggalkan dia, saya tengok dia macam dah tak ada hati dengan perempuan. Saya risaulah bang.” Tengku Mariam meluahkan kerisauannya terhadap anak terunanya itu.

“Hesy... awak ni. Kita dah bagi dia didikan yang cukup. Dia dah besar.” Tengku Mazlan cuba menutup kebimbangan isterinya. Walaupun hakikatnya dia sendiri risau dengan keadaan anak tunggalnya tu.

Bukan sedikit kekecewaan Tengku Iskandar apabila ditinggalkan begitu saja oleh seorang gadis yang sangat dicintainya. Bukan dia tak nampak betapa menderita hati anak tunggalnya walaupun Tengku Iskandar sentiasa tersenyum. Sampai sekarang berita tentang Julia masih hambar. Julia Hana, model terkenal yang menjaring cinta dengan anaknya sejak dari universiti lagi tapi akhirnya hilang tanpa khabar berita. Lenyap macam tu saja.

“Bang, Datuk dengan Datin dah sampai tu.”

Tengku Mazlan tersedar apabila mendengar suara isterinya. Kereta mewah yang menjalar masuk ke halaman rumah disambut dengan senyuman mesra.

“La... dah sampai dah orang yang kita tunggu.”

“Mestilah kita sampai, kan kita dah buat janji.” Ketawa Datin Jamilah dan Tengku Mariam bersatu. Ketika itu Tasha hanya tersenyum malu.

Tengku Mazlan memandang sekilas ke arah bakal menantu pilihan isterinya. Macam ni nak jadi menantu aku? Pakai baju tak cukup kain, tak cukup benang? Ya Allah, kau selamatkanlah anakku dari percaturan ini. Tengku Mazlan berdoa dalam diam.

Page 171: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

171

KERETA BMW 5 series black memecut laju. Encik Zikri mempamerkan tahap kecekapan pemanduan ala-ala pemandu taraf lima bintang. Mak ai... boleh tercabut rambut palsu! Kalau Michael Schumacher dengan Fernando Alonso tengok mesti diorang menangis dua hari.

“Bos, kalau ya pun dah lewat agak-agaklah bawa kereta tu. Ingat nyawa saya ada jual dekat bengkel Ah Hong Jalan TAR ke?” tegur Mazliana selamba. Zikri tersenyum. Sama aje bos-bos ni memang tak pandai nak hargai nyawa orang. Eh... nyawa aku.

“Kalau ada jual dekat situ senanglah,” jawabnya perlahan.

“Awak dah bersedia dengan tugasan awak malam ni? Pastikan rahsia kita selamat,” sambungnya lagi.

“Rasanya selamat, tapi kalau bos bawa kereta macam ni takut kita dua-dua yang selamat. Kalau tak orang ziarah dekat ICU, mereka ziarah kita dekat tanah perkuburan Islam,” perli Mazliana.

Ketawa Zikri meledak keluar. Dia memperlahankan pemanduannya. Memang betul laju juga macam mana boleh tak sedar. Bahaya betul. Jelas terlihat hembusan nafas lega dari wajah Mazliana. Entah kenapa dia senang dengan Mazliana. Sikap Mazliana membuatkan dia betul-betul selesa.

“Jauh lagi ke rumah Tengku Iskandar ni?”

“Dah nak sampai dah. Awak bolehlah kalau nak betulkan apa yang tak betul.” Mazliana menjeling tajam. Sesuka hati dia nak perli aku. Ingat ini siaran tak berbayar ke nak betul-betulkan channel. Melampau.

“Tengku Mariam dengan Tengku Mazlan tu okey ke?” tanya Mazliana ada nada gementar di situ.

Page 172: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

172

“Kenapa, awak takut?” duga Zikri.

“Emmm... saya takut nanti mereka yang takut tengok saya.”

“Tak mungkin mereka akan takut tengok bakal menantu secantik ini,” puji Zikri lagi.

“Bos ni kenapa dari tadi puji melambung-lambung ni? Saya tak makan pujilah bos, saya makan nasi.”

Aku bukan boleh kena puji ni, kalau salah puji kang ada pula yang kena keji. Masa tu nak menangis air mata darah sekali pun tak berguna lagi. Terasa jauh pula perjalanan ni. Tiba-tiba signal sebelah kiri dinyalakan tanda nak belok ke kiri.

“Eh... nak ke mana pulak ni?” tanya Mazliana.

“Tu....” Muncung Zikri panjang ke depan mengarah ke arah Gen 2 hitam. Kelihatan Tengku Iskandar sedang berdiri resah di tepi kereta. Kali ini lelaki itu nampak santai dengan T-shirt putih dan jeans hitam. Rambutnya disisir rapi ke belakang. Cahaya lampu jalan membuatkan dia dapat menganalisis penampilan lelaki di depannya.

“MANA dia budak kelibut tu?” Tengku Iskandar meninjau-ninjau ke arah kereta.

“Kelibut?” tanya Zikri pelik.

“Kelam campur kabut sama dengan kelibut,” jelas Tengku Iskandar. Zikri ketawa perlahan, tapi ketawanya mati apabila melihat jelingan Mazliana. Tengku Iskandar masih mencari-cari.

“Kenalkan, saya Mazliana Haji Nordin,” bisiknya

Page 173: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

173

perlahan tapi cukup untuk memberitahu kewujudannya di situ.

Tengku Iskandar memandang sekilas ke arah wanita ayu di sebelah Zikri. Diam. Meneliti sedalam-dalamnya wajah di depannya. Hah??? Dia cuba menahan ketawanya tapi akhirnya ketawa itu kedengaran kuat. Zikri hairan, Mazliana bertambah pelik. Apa kena bos besar ni tertelan gigi palsu ke? Atau kena tegur dengan ‘sesuatu’? Eiii... tiba-tiba bulu romanya tegak berdiri.

“Macam mana kau make over budak ni sampai aku pun tak kenal? Bagus betullah. Tak sangka mekap boleh jadikan awak macam Miss World.”

Bulat mata Mazliana mendengar ulasan bos besar. Gurauan kutub selatan mana pulak ni. Memang menguji tahap kesabaran. Kalau ada senapang patah dah lama aku tembak lubang hidung mamat ni.

Wah! Hebat betul gaya bos kau ni berbicara, Syamin. Berbudi bahasa kau kata bos kau ni. Eiii... hampeh!!! Rupa ada tapi perangai reject. Mulut bau longkang. Mazliana menarik nafasnya perlahan-lahan. Cuba memadam kemarahan yang membara di hatinya.

“Saya ingat tiang manalah terpacak tepi jalan ni, rupanya bos besar. Bos buat apa sampai jadi tiang lampu tepi jalan macam ni?” Mazliana bersuara.

Zikri tersenyum. Mula dah....

“Zik, kau bawa teruslah kereta aku tu. Aku bawa kereta kau.”

Zikri mengangguk faham, kemudian terus berjalan mendekati BMW milik Tengku Iskandar yang dipandunya tadi.

Page 174: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

174

“Eh... awak nak ke mana tu?” tanya Tengku Iskandar apabila melihat Mazliana mengekori belakang Zikri.

“Laaa... pergi mana lagi, kata nak ke rumah bos besar. Takkan nak main sorok-sorok pulak dekat tepi jalan ni!”

“Habis tu awak nak ke mana?”

“Ikut Encik Zikrilah,” jawab Mazliana senang.

“Hah... awak calon isteri siapa? Saya ke dia?” tanya Tengku Iskandar dengan nada menyindir.

“Bos besar,” jawabnya perlahan

“So... tunggu apa lagi?” Satu arahan kedengaran. Mazliana terdiam. Dah macam bola ping pong pulak aku rasa. Ke sana ke mari.

Dalam kereta, masing-masing melayan perasaan. Sepi. Mazliana mencipta dialog yang bakal dilakonkan sebentar nanti. Tengku Iskandar pula masih menumpu ke arah jalan. Tak sampai sepuluh minit mereka sampai di sebuah mahligai yang tersergam indah. Pintu pagar emas itu terbuka sendiri apabila Tengku Iskandar membunyikan hon. Mata Mazliana menangkap kilauan cahaya yang menyimbah mahligai di hadapan matanya itu. Mak ai... ni rumah ke istana???

“Cik Mazliana Haji Nordin, kalau kau nak tahu aset Tengku Mazlan tu tujuh keturunan pun tak habis, tahu tak? Setakat beli lipstik ni tak bagi kesan sikit pun.” Kata-kata Syamin terdengar kembali. Memang betullah bapak punya kaya.

Mereka berjalan beriringan. Encik Zikri di belakang sedang asyik dengan panggilan telefon tetapi tetap mengekori langkah dia dan bos besar. Dari situ mereka berjalan melepasi

Page 175: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

175

satu taman yang sangat cantik, siap dengan kolam air pancut. Seni ukiran pada bangku rehat di dalam taman cukup menarik perhatiannya. Cantik! Matanya masih mengagumi keindahan yang ada di sekeliling.

“Dah, mari kita masuk!” Tangannya menarik tangan Mazliana laju. Tindakan spontan Tengku Iskandar itu membuatkan dia terkejut. Secara automatik darah naik ke muka. Macam baru lepas kena renjatan elektrik.

“Saya dah lama hidup dekat atas bumi ni bos besar. Saya tahu jalan sendiri.” Pantas ditarik kasar tangannya.

“Tapi wahai calon isteriku, awak kena buat lakonan yang real hari ni, bukan lakonan tipu daya semata-mata!” Pap!!! Tersentap lagi. Memang mulut tak habis belajar ni.

“Lagi satu, saya tak nak dengar awak panggil saya bos besar,” pesan Tengku Iskandar lagi. Tegas aje nada suaranya.

“Habis tu nak panggil apa?”

“Apa-apa aje... abang, sayang, but not big boss.” Erk! Abang??? Mazliana mencebik. Abang pergi Subanglah. Nak berabang-abang pulak. Eiii... geli tekak aku!

Zikri sudah pun melangkah masuk ke dalam mahligai itu meninggalkan mereka berdua yang sedari tadi masih tak habis berbincang.

“Kan saya kata jangan makan getah tu.”

“Ala... bukan tak boleh buang, saya dah biasalah. Sekali-sekala kena juga buat senaman mulut.” Mazliana membela dirinya.

“Pakai baju kurung cantik dah, tapi kenapa mesti nak kunyah benda tu?” Sekali lagi Tengku Iskandar tak puas hati.

Page 176: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

176

“Apa kaitan?” soal Mazliana juga mulai tidak puas hati. Suka hati la nak makan apa pun!

“Buang!” Kali ini suara bos besar lebih tegas.

Dari tadi Encik Zikri sudah mendesaknya agar membuang gula-gula getah yang dikunyah tapi jelas arahan itu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam mahligai mewah itu. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Alamak kenapa gabra semacam aje ni???

“Bos besar, agak-agak Tengku Mariam tu garang tak?”

Tengku Iskandar tersenyum dengan pertanyaan Mazliana.

“Don’t call me bos besar,” bisik Tengku Iskandar tegas.

“Ops... tersasul. Sorry!”

“Awak jangan takut. Mama saya adalah wanita terbaik yang pernah awak jumpa,” bisiknya lagi.

“Terbaik konon tapi anak dia menipu juga!” balas Mazliana selamba.

“Apa dia?” Bulat mata Tengku Iskandar. Kepala wanita di sebelahnya disekeh perlahan.

“Apa ni bos besar? Sakitlah!” Hesy... dia ni main sekeh-sekeh kepala pulak. Ingat kepala tak bayar zakat ke?

“Tu baru sikit.” Tengku Iskandar tersenyum sinis.

“Jangan nak panggil bos besar lagi dekat dalam nanti. Kalau saya dengar saya jentik mulut awak tu!” sambung Tengku Iskandar lagi. Sepantas kilat Mazliana menutup mulutnya. Hesy... ugutan ni!

Page 177: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

177

“Bos, mulut ni aset tahu tak? Ni mulut cari makan. Kalau apa-apa terjadi siapa nak tanggung saya? Bos?” Mazliana mengomel lagi.

“Dah, jangan banyak bunyi boleh tak? Come!”

Tengku Iskandar menghulurkan tangannya tapi tidak disambut. Mazliana meluru ke depan meninggalkan bos besar dengan gaya price charmingnya. Salah oranglah bos! Nak romantik-romantik ni bukan jiwa Mazliana Haji Nordin. Tengku Iskandar menggeleng perlahan. Hesy... spesies apalah yang kau bawa ni Zikri???

“Macam mana kalau dia halau saya?” soal Mazliana tidak puas hati.

“Awak kata Mazliana Haji Nordin tak akan kalah pada dugaan tapi... ni la orang kata cakap aje lebih tapi habuk pun tak ada!” duga Tengku Iskandar sinis.

“Amboi... bos besar ni jangan terlajak perahu ek....” Sekali lagi kepalanya disekeh.

“Aduhhh!!! Apa ni bos? Sakitlah! Kalau rosak sel kulit kepala saya macam mana? Biol empat puluh hari, tahu tak?”

“Dah kalau mulut awak tu nak merepek tak tentu pasal, saya suruh awak balik kang, nak?” ujar Tengku Iskandar sedikit mengugut.

“Hah? Balik? Betul???” Mazliana mengangkat keningnya.

“Emmm... dah, cepat jalan!” Tengku Iskandar meneruskan langkahnya. Malas nak layan mak cik sorang ni!

Page 178: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

178

“HAI Abang Is... lama Tasha tunggu. Habis dah cair mekap tau....” Tiba-tiba kedatangan mereka diserang oleh seorang girl yang sangat gedik. Dia melentok di hujung bahu Tengku Iskandar. Wajah Mazliana berkerut. Siapa pulak ni? Dipandang wajah serius Tengku Iskandar jelas tak berminat dengan kedatangan gedik girl itu.

“Siapa suruh tunggu?” tingkah Tengku Iskandar. Mazliana menahan senyum melihat wajah kelat wanita di sebelah bos besarnya.

“Mama dan papa pun ada sekali. Tasha ada hadiah untuk abang, emmm... cuba teka... tekalah!” Eiii... lintahnya budak ni. Nak aje aku bagi tazkirah dekat sini. Mazliana tak jemu memandang ke arah wanita seksi yang memakai skirt hitam dan jaket berwarna coklat. Pakaiannya mencolok mata. Tubuhnya terlentuk ke kiri ke kanan... memang macam lintah.

Tengku Iskandar membuka bungkusan di tangannya. Bukan sekali dia menerima hadiah dari wanita itu, dah berpuluh kali. Sebanyak itu juga hadiah yang sama dipulangkan. Bulat mata Mazliana apabila melihat hadiah yang dibuka oleh Tengku Iskandar. Jam tangan emas dipandang tak berkelip. Mak aiii cantiknya! Boleh silau mata aku.

“Emmm... terima kasih Tasha, tapi abang dah ada banyak benda ni.” Mazliana cuba mempamerkan senyuman plastik apabila mata hitam wanita itu menikam wajahnya.

“Abang ingat tak masa dekat Milan dulu kita ada beli satu bear besar. Tasha masih simpan lagi tau! Bila tidur aje mesti Tasha peluk. Macam peluk abang.” Mazliana ketawa kecil. Ketawanya mati apabila Tengku Iskandar menjeling tajam. Marah pulak. Bukan salah aku.

Page 179: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

179

“Abang, siapa pula ni?” tanya Tasha ingin tahu.

Tasha memandang wajah di sebelah Tengku Iskandar dengan pandangan yang meluat. Jelas matanya bagai nak terkeluar apabila bos besar memperkenalkan aku sebagai kekasih hati merangkap calon isteri. Terbangun semua yang duduk di sofa buatan luar negara itu. Tengku Mariam memandang Tengku Mazlan. Mereka saling berpandangan hanya mata yang memberi isyarat. Wajah Datin Jamilah sudah kelat.

“Ini Mazliana Haji Nordin, bakal isteri Is,” ujar Tengku Iskandar memperkenalkan Mazliana kepada semua yang berada di situ. Zikri menyimpan senyum apabila melihat wajah terkejut Mak Engku dan Pak Engku. Kelakar. Kalau tidak fikirkan dia sebahagian dari cerita, dah lama dia gelak terguling-guling.

“Isteri???” tanya Tengku Mariam sekali lagi. Tengku Mariam tiba-tiba rebah. Tubuhnya sempat disambut oleh Tengku Mazlan.

“Mama!!!”

“Mak Engku!!!”

Zikri dan Tengku Iskandar berlari serentak mendapatkan tubuh wanita itu. Mazliana cuak. Terpaku di situ tanpa bergerak walau satu inci pun. Nafasnya seakan terhenti. Hai... hodoh sangat ke wajah aku sampai calon mentua tengok pun pengsan??? Nak buat apa ni? Panggil polis? Bomba??? Arghhh!!!

Page 180: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

180

TAUFIQ memasukkan sisa makanan ke dalam tong sampah. Semua pinggan di singki sudah

habis dicuci. Tiba-tiba terasa sakit di dadanya, berdenyut perlahan. Dia duduk di kerusi sambil menggosok perlahan dadanya dengan tangan. Cuba menarik nafas perlahan. Kenapa pulak ni... sekali lagi dia menarik nafas dan menghembus perlahan.

“Kenapa along? Along sakit?”

“Eh mak. Kenapa bangun? Kan mak tak sihat.”

“Tak apa. Badan ni dah sihat sikit, along dah makan?”

“Emmm... dah mak. Lagipun hari ni tak ramai sangat orang. Hujan.”

“Tak apalah, mungkin rezeki kita tak ada hari ni,” ujar Mak Kiah. Dia tersenyum memandang wajah sayu anak sulungnya. Berat beban anak ini terpaksa menanggung keluarga walaupun sepatutnya dia bergembira dengan masa mudanya.

Bab 13

Page 181: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

181

“Along... mak minta maaf,” ucap Mak Kiah perlahan dalam selang batuknya.

“Kenapa pulak mak nak minta maaf dengan along?”

“Sebab mak, along hidup tak macam kawan-kawan lain. Kalau along sekolah mesti along dah berjaya,” ujar Mak Kiah sebak.

“Mak... along tak pernah minta lebih, mak. Cukuplah kalau mak sentiasa tersenyum setiap kali along pandang mak. Lagipun mak dah lahirkan along, itu dah cukup bagi along.” Ada nada sendu di hujung kata-kata itu.

“Along tak kisah keadaan kita sekarang?” tanya Mak Kiah.

“Along tak pernah kisah sebab along ada mak.”

Tubuh wanita itu didakap. Tak pernah dia malu sebagai lelaki untuk melahirkan rasa kasih terhadap seorang ibu yang melahirkan dan membesarkannya.

Bukan dia tak ada cita-cita, bukan dia tak ada impian untuk berdiri sama dengan kawan-kawannya yang lain tapi mak dan adik-adik adalah segalanya. Walaupun ayah pergi tanpa meninggalkan apa-apa tapi semangat ayah tetap ada dalam hati along. Along akan jaga mak dan adik-adik, ayah jangan risau.

“Mak bangga dapat anak macam along. Kalau ayah ada mesti dia pun rasa apa yang mak rasa.” Mak Kiah menyapu air mata yang menitis.

“Along sanggup buat apa saja untuk mak dan adik-adik.”

Mak Kiah mengangguk perlahan. Tersenyum.

“Dahlah, along pergi tidur. Esok kena buka gerai lagi.” Tangan si ibu mengusap lembut rambut anaknya itu.

Page 182: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

182

“Mak tidur dulu ek. Emmm... pasal yuran sekolah angah dengan acik mak jangan risau, along dah sediakan,” ucapnya perlahan. Mak Kiah mengangguk lagi.

“Along jangan kerja kuat sangat,” pesan Mak Kiah. Dia meninggalkan bilik anak sulungnya. Taufiq kemudian mengeluarkan dairi merahnya.

Taufiq mencatat jumlah keuntungan hari ini, dia tersenyum. Beberapa duit syiling dikutip dan dimasukan ke dalam tabung. Separuh lagi disimpan dalam kotak untuk modal. Walaupun tak banyak tapi kini dia berjaya membawa dirinya dan keluarga keluar dari kehidupan kais pagi makan pagi. Taufiq tersenyum sendiri teringat kata-kata Kak Maz.

“Kais pagi makan burger kais petang makan burger, hah... mari-mari Kak Jenap, Kak Senah beli burger! Rasa sekali nak datang berkali-kali. Burger pengikat kasih keluarga, mari beli Burger FIQGER!”

“Boleh ke buat promosi macam tu kak?”

“Hesy... mana pulak tak boleh. Kita kalau nak maju berniaga kena pandai cakap, tengok macam mulut akak ni. Mulut rezeki ni.”

Kata-kata itu lekat di mindanya. Bijak juga Kak Maz. Walaupun nampak ganas tapi Kak Maz adalah pembakar semangat untuk dia berjuang dalam hidup. Kak Mazliana juga yang menyelamatkan dia dari tersimpang jauh disebabkan kesempitan hidup.

“ Ambik ni.” Bungkusan coklat bertukar tangan.

“Apa ni kak?”

“Kau ni suka tanya benda yang dah nampak, kan? Duitlah, takkan ais krim Malaysia dua puluh sen, kut!”

“Nak buat apa?”

Page 183: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

183

“La... kata nak buka gerai... lebih tu bayar hutang ayah. Ni akak tolong mulakan modal, yang lain Fiq urus sendirilah,” jelas Mazliana perlahan. Sampul bertukar tangan.

“Banyak sangat ni kak.”

“Lebih buat simpanan untuk adik-adik dengan mak. Lagi satu beli T-shirt baru. Akak tengok setiap kali jumpa, kau pakai T-shirt ni. Kalau Mr. Bean tengok mesti dia ambik kau berlakon.”

“Kenapa pula?”

“Jimatlah... tak payah cari sponsor baju.” Ketawa mereka bersatu.

Taufiq tersenyum lagi. T-shirt yang tersarung di badannya disentuh. Memang T-shirt yang sama.

“Kak Maz... Kak Maz....” Ucap Taufiq perlahan sambil menggelengkan kepala. Nama itu bermain di bibirnya.

“AHAKKK... AHAKKK....” Mazliana menepuk-nepuk dadanya. Aduh... tersedak pulak. Siapa pulak punya kerja sebut nama aku masa macam ni. Tak tahu ke aku tengah dalam nyawa di hujung tanduk ni. Lagi mau bikin susah.

“Kenapa?” tanya Mak Engku, semua mata beralih kepadanya.

“Bibik, bawakan air!” Sekali lagi suara Mak Engku memecah sunyi suasana.

“Eh... tak apa mak cik... mama... eh... Tengku, saya okey.” Mazliana menggaru kepalanya. Sempat dia menangkap senyuman yang terukir di wajah Zikri. Kurang asam bos, gelakkan aku pulak. Dah ar jantung ni trauma semacam.

Page 184: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

184

Tiba-tiba dia pulak yang pengsan kang. Siapa nak jawab? Hah, terbitlah tajuk cerita hari pengsan sedunia.

Jelingan minah lintah menusuk ke muka. Mak aiii... aku rasa kalau ada pisau mesti dah lama dia tikam aku empat puluh lima kali tanpa rasa ehsan. Muka dah bertukar warna, bukan hijau lagi dah, mungkin kelabu-kelabu anak itik. Eh... ada ke warna kelabu anak itik? Haish!!!

Datin Jamilah berpeluk tubuh. Persis Hang Jebat nak memulakan langkah.

“Apa pula kali ni Engku Yam?” Kasar sedikit bunyinya. Mazliana mengurut perlahan dadanya. Fuh! Macam halilintar!

Datuk Mardan bangun dari duduknya. Wajahnya berkerut.

“Sabarlah... cuba bincang elok-elok,” bisik Datuk Mardan dari belakang, takut-takut memegang bahu isterinya. Risau pula kalau-kalau Tengku Mariam pengsan lagi dengan sergahan isterinya. Maklumlah suara Datin Jamilah ni kalau marah frekuansinya boleh pekak dua puluh tiga saat kalau dengar.

“Awak diam!!! Awak bukan tahu apa-apa!” sergah Datin Jamilah. Datuk Mardan menikus. Hah... ni spesies takut bini ar punya cerita. Cerita bertambah menarik. Mazliana hanya jadi pemerhati bebas.

“Hai... apa ni Engku Yam? Awak sengaja nak malukan kita ke??? Dahlah abang, mari kita balik. Jangan nak buat muka tak malu duduk di sini lama-lama!” ajak Datin Jamilah sinis.

“Bukan macam tu Datin, kita sendiri tak tahu apa yang berlaku ni!” pujuk Tengku Mariam. Dahlah pengsan, lepas tu kena sembur pulak.

Page 185: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

185

“Sudahlah. Jom kita balik Tasha!” Datin Jamilah menarik tangan anaknya.

“Tapi mama... kita belum habis lagi,” rengek Tasha dengan gaya gediknya itu.

“Tak habis apanya! Dah tamat!!!” jerit Datin Jamilah. Mazliana tersenyum. Macam dramalah pulak.

“Tapi Tasha lagi cantik dari perempuan ni... mesti Abang Is kena guna-guna dengan perempuan ni!” ujar Tasha kuat.

Jari telunjuk minah lintah ini mengena tepat ke muka comel aku. Hesy... ni dah main tunjuk-tunjuk muka ni dah lebih ni, ada yang nak kena ni. Mazliana menggigit bibir, menahan geram. Dekat gila jari minah gedik ni dengan muka aku, nasib baik tak masuk dalam lubang hidung. Tak ke batal puasa. He he he....

“Hah... sudah, jangan nak malukan mama! Jom kita balik!” bentak Datin Jamilah lagi.

Menonong Datuk Mardan dan Datin Jamilah meninggalkan Teratak Kasih tanpa penjelasan. Datin Mariam mendengus geram. Sakit hatinya, Tengku Iskandar hanya mendiamkan diri sama begitu juga suaminya Tengku Mazlan yang duduk meneliti majalah Usahawan di sofa. Memang anak bapak betul.

“Tengku Iskandar Tengku Mazlan!!!” Suara Tengku Mariam memecah kesunyian yang tercipta sedari tadi.

Peluh memercik membasahi dahi. Rasa macam dalam bilik tahanan yang sedang disoal siasat sebab mencuri telur ayam dua biji. Kesalahan tak besar mana tapi macam nak dijatuhkan hukuman mati mandatori. Memang kisah benar lagi betul, bakal mama mertua aku pengsan bila tengok bakal menantu. Hai... nasib kaulah Tengku Mariam. Kalau

Page 186: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

186

masuk dalam majalah Gosip ni gerenti jualan penghabisan stok.

Si bos besar boleh relaks aje macam tak buat salah. Dari tadi bakal mama mentua aku tak berhenti mengeluh. Ada rasa kesian pada wajah itu. Tak patut betul anak dia buat macam tu.

“Maafkan saya Tengku, saya tak ada niat nak buat Tengku sakit hati. Kalau kedatangan saya membuatkan hati ibu sebaik Tengku terguris, saya rasa saya tak sepatutnya ada di sini.” Hah... dah start dialog Cinta Antara Benua. Tapi sebenarnya ikhlas dari hati bukan cubaan.

“Mama... please....” Akhirnya bersuara juga mangkuk ni. Mazliana menjeling tajam ke arah bos besar yang masih lagi buat muka tak ada perasaan. Eh... tapi muka dia mana pernah ada perasaan pun. Muka ala-ala ais kutub utara.

Tengku Mariam tak senang duduk dari tadi, kejap dia ke kiri sekejap ke kanan. Malu bukan kepalang. Sakit hatinya apabila teringat kata-kata pedas Datin Jamilah yang masuk ke rongga telinganya tadi. Semuanya disebabkan oleh kejutan anak teruna Tengku Mazlan ni. Betul-betul menyusahkan!

“Sudahlah Yam.” Suara Datuk Mazlan.

Macolah gaya Datuk Mazlan. Mazliana teruja lalu tersenyum di dalam hati. Bapak sikit punya maco yang anak pulak hancur!!! Hesy... salah kromosom kut bos besar ni.

“Bertenang abang kata? Malu kita bang dengan keluarga Datin tu,” bisik Tengku Mariam perlahan.

“Nak malu apanya? Bukan tak pakai seluar pun,” ujar Tengku Mazlan lagi. Mazliana ketawa mendengar kata-kata Tengku Mazlan. Boleh pulak orang tua ni buat lawak.

Page 187: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

187

Tapi tawanya tak lama apabila hanya dia seorang yang ketawa dan yang lain beku aje. Dari satu sudut, Zikri menghantar isyarat supaya dia diam.

“Kejutan apa ni Is?” Tengku Mariam sudah kembali ke alam nyata. Nasib baik pengsan dalam beberapa saat, kalau beberapa tahun tak ke jadi kes bunuh tanpa niat? Semua mata beralih ke arah bos besar.

“Mama kan nak jumpa pilihan Is. Dialah wanita yang selama ini Is cari.”

“Kenapa selama ni Is tak cakap apa-apa dengan mama?” tanya Tengku Mariam tidak puas hati.

“Mak Engku, sebenarnya dah lama Is nak bawa Maz balik tapi belum tiba waktu yang sesuai.” Giliran bos pula menambahkan perisa dalam penipuan. Eiii... berdosa betul! Dari tadi Mazliana hanya diam sambil tunduk memandang permaidani yang tebalnya hampir dua inci. Emmm... mesti harga pun tebal. Sempat lagi dia menilai.

“Jadi Zik dah lamalah tahu yang Is dah ada pilihan? Kenapa tak bagi tahu Mak Engku?” Ada nada kecewa di situ. Tengku Mariam kembali duduk di sisi suaminya.

“Emmm... biarlah Yam... yang penting anak kita tu bahagia,” pujuk Tengku Mazlan perlahan. Diusap-usapnya bahu isterinya lembut.

Mazliana bersetuju dalam hati. Melihat perangai Tengku Mariam mengingatkannya pada Haji Nordin. Siapa lagi kalau bukan ayahanda kesayangan. Memang perangai copy and paste sebijik sama.

Tengku Mariam bangun semula. Dia melangkah perlahan ke arah Mazliana yang seakan ketakutan. Mungkin salah dia kerana menakutkan wanita itu. Cantik! bisik hatinya dalam diam.

Page 188: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

188

“Saya macam pernah tengok awak ni tapi dekat mana ek?” Dia cuba mengingatkan sesuatu.

“Dialah doktor yang Mak Engku jumpa masa dekat tasik, masa joging dulu... ingat tak?” Zikri cuba mengembalikan ingatan Mak Engku. Dia pasti wanita itu akan terlayar di minda Mak Engku. Berbakul pujian diberikan oleh Mak Engku kepada Mazliana walaupun pertama kali berjumpa.

Sekali lagi wajahnya discan. Mazliana hanya berdiam diri. Sengal betul bos ni, yang pergi tambah lagi dosa penipuan tu buat apa? Yang ada ni pun belum tentu terampun. Lagi satu, dah tentu-tentu tahu aku ni bukan doktor. Yang pergi menipu lagi tu buat apa? Eiii... plastik betullah mamat ni!!!

“Yes... that girl! Tapi kenapa nampak lain?” Tengku Mariam kelihatan gembira. Tengku Iskandar ternganga. Ha sudah... mood mamanya bertukar tiba-tiba.

“Berapa lama dah Maz kenal Is?” tanya Tengku Mariam lagi. Entah kenapa hatinya seolah-olah berbisik riang. Terhalau semua marahnya apabila terkenang peristiwa di tepi tasik.

“Empat hari....”

“Hah???”

“Eh... maaf Tengku, dah empat tahun,” jawabnya pantas. Aduh... tersasullah pulak.

“What??? Empat tahun tapi Is tak pernah beritahu mama?” tanya Tengku Mariam tidak puas hati.

“Macam ni Mak Engku, Iskandar dah kenal Maz lama dulu tapi baru dua bulan ni mereka jadi rapat.” Zikri cuba menyelamatkan keadaan. Maklumlah yang reka skrip

Page 189: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

189

cerita dia. Dia yang memandai bagi idea bodoh ni pada Tengku Iskandar.

“Jadi Zik pun dah lama kenal Maz?” soal Tengku Mariam lagi.

“Emmm... lebih kuranglah Mak Engku,” jawab Zikri acuh tak acuh.

“Jadi tak salahlah kalau cadangan Mak Engku nikan Zikri Alif?” duga Tengku Mariam lagi.

“Hah???” Matanya laju memandang ke arah Tengku Iskandar dan Mazliana.

“Cadangan apa mama?” tanya Tengku Iskandar laju.

Tengku Mariam tersenyum. Mazliana menelan air liurnya perlahan, senyuman ala-ala membawa berita tak sedap didengar aje ni. Dia mula tak senang duduk. Kalau tadi hatinya sudah tenang kini kembali berdegup aktif.

“Kahwin!!!” ujar Tengku Mariam girang. Semua mata tepat memandang ke arah Tengku Mariam. Tengku Mazlan hanya tersenyum.

“So, macam mana?” sambung Tengku Mariam lagi.

Tengku Mazlan tersenyum lagi apabila melihat gaya isterinya langsung tidak berubah. Nasib kaulah Tengku Iskandar, nak main sangat dengan kejutan. Sekali mama kau buat kejutan baru. Terkejut beruk kau!

“Macam mana apa mama?” Tengku Iskandar mula bosan. Kenapa mamanya tak pernah nak faham. Ini masa depan dia.

“Is... mama tak pandai nak ulang untuk yang ke seratus kali.”

Hah... ambik kau kena sebijik. Mazliana memandang wajah cuak bos besar. Tak apa Mazliana Haji Nordin, kau wait

Page 190: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

190

and see dulu apa yang berlaku. Kalau rasa boleh izin laluan baru kau masuk.

Zikri mati akal. Dari tadi dia cuba menarik keluar Tengku Iskandar dari masalah tapi apa yang berlaku nampaknya masalah lagi besar. Dia memandang pelik wajah Mazliana yang tenang. Bulat matanya apabila melihat senyuman meleret Mazliana. Eh... biar betul? Minah ni suka pulak dia? Ke memang dia nakkan perkahwinan ni?

Tengku Mariam menjeling suaminya dan sempat melontarkan isyarat mata. Tengku Mazlan tersenyum. Tahu sangat taktik isterinya itu. Dia bangun dari duduknya menuju ke arah Mazliana. Gadis itu nampak sopan, kalau nak dibandingkan dengan Tasha memang jauh sangat.

“Maz... mari kita makan. Lagipun mesti Maz lapar, kan?” ajak Tengku Mariam senang. Mazliana tersenyum. Memang betul bagai dikata, orang mengantuk disorongkan bantal.

“Emmm... lapar juga, dari tadi duk nyanyi lagu Ghazal untuk Rabiah,” jawab Mazliana selamba. Tengku Mariam dan Tengku Mazlan tersenyum. Mereka menuju ke meja makan.

“Mazliana berapa orang adik-beradik?” tanya Tengku Mazlan.

“Emmm... tiga orang Tengku,” jawab Mazliana sopan.

“Panggil Mak Engku dengan Ayah Engku aje,” ujar Tengku Mazlan senang.

“Mak ayah ada lagi?” soal Tengku Mariam pula.

“Emmm... ada,” jawab Mazliana pendek.

“Ayah kerja apa?” tanya Tengku Mariam lagi.

“Emmm... ayah cikgu, mak full time suri rumah,”

Page 191: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

191

jawab Mazliana. Dia memandang deretan lauk yang memenuhi meja. Mak aiii... nak makan yang mana satu ni?

“Kenapa Maz? Tak makan ke lauk macam ni?” tanya Tengku Mariam apabila melihat muka pelik Mazliana.

“Hesy... tak adalah Mak Engku, banyak sangat tak tahu mana nak pilih,” sangkal Mazliana cepat-cepat. Tengku Iskandar mencebik. Zikri hanya tersenyum pahit. Manis pula mulut budak ni.

“Abang tahu tak, Maz ni pandai mengurut, sampai sekarang terasa lagi bekas tangan dia.” Amboi... puji melambung pulak mama ni. Hah... kembanglah budak kelibut ni sikit lagi.

“Hesy... mana ada Mak Engku ni. Setakat urut biasa tu bolehlah,” ujar Mazliana berbasi-basa.

“Maz ambiklah lauk tu, jangan malu-malu,” pelawa Tengku Mazlan lembut.

“Hah... yalah awak, makanlah. Kenapa nak malu sebelum ni tak malu pun. Hah... ni sambal belacan. Awak sukakan?” Tengku Iskandar memasukkan lima sudu sambal belacan ke dalam pinggan Mazliana. Bulat matanya. Hai... macam tak puas hati aje bos besar ni. Nak bunuh aku ke?

“Is kenapa banyak sangat? Nanti pedas!” soal Tengku Mariam bimbang.

“Eh tak apa mama... dia memang suka sangat sambal belacan.” Tengku Iskandar berkata geram. Tapi senyuman plastiknya masih terpamer di wajahnya.

Mereka menikmati makan malam, kedengaran suara Tengku Mariam dan Tengku Mazlan berselang-seli dengan gelak dan pujian Mazliana. Dari tadi tak berhenti mulut Mazliana bercerita. Ada saja yang diceritakan.

Page 192: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

192

Mazliana dapat menangkap mimik muka bos besarnya. Dia tersenyum sinis. Zikri mengangkat udang galah masuk ke dalam pinggannya. Tiba-tiba dia rasa berselera sekali. Belum pun nasi masuk ke dalam mulut, kakinya disepak dari arah bertentangan. Siapa lagi kalau bukan Tengku Iskandar.

“Kalau macam tu... bolehlah kita jumpa keluarga Maz, bincang apa yang patut.”

Datuk Mazlan mengangguk perlahan mendengar cadangan isterinya. Zikri terperanjat. Sekali lagi kakinya menjadi mangsa sepakan Tengku Iskandar.

“Tapi diorang tak boleh kahwin Mak Engku,” jerit Zikri tiba-tiba. Tindakan refleks selepas disepak.

“Kenapa pula Zik?” tanya Tengku Mazlan pelik.

“Maz sebenarnya sakit,” ujar Zikri tiba-tiba. Dari mana tah datangnya idea bodoh tu.

“Sakit???” tanya Tengku Mariam. Mazliana memandang tepat ke arah Zikri. Bila pulak aku sakit?

“Sakit apa?” tanya Tengku Mariam lagi. Kali ini meminta jawapan dari Mazliana sendiri. Mazliana mengangkat kening ke arah Zikri. Nak jawab apa?

“Emmm... sakit... sakit... hah, dia ada buasir Mak Engku!”

Terkeluar sedikir air dari mulut Tengku Iskandar. Dia tersedak. Mazliana? Mukanya blur, tak ada apa-apa respons. Buasir???

“Buasir tukan boleh dirawat. Hesy... Zik ni buat lawak pula masa makan macam ni.” Tengku Mazlan tertawa.

“Tak apa Maz, Mak Engku tak kisah. Itu kita fikir kemudian.” Bisik wanita itu perlahan sambil tersenyum.

Page 193: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

193

“Hah???” Mazliana hilang punca, akhirnya dia sekadar tersenyum. Cicak kobeng punya bos! Ada ke dia kata aku kena buasir? Tak ada ke penyakit lain yang sedap didengar? Buasir ek... nanti kau. Kita tengok siapa yang kena buasir nanti!

Zikri dan Tengku Iskandar berpandangan. Tengku Iskandar mengangkat kening tanda tidak puas hati. Ilmu apa perempuan ni pakai sampai siap pegang-pegang tangan dengan mama. Mesra jangan dicakaplah, macam dah kenal sepuluh tahun. Tengku Iskandar memberi isyarat mata agar Zikri mengikutnya.

SUASANA MALAM diterangi cahaya bulan. Taman mini milik Tengku Mariam terang disimbahi lampu neon yang pelbagai bentuk. Ilham rekaan yang betul-betul dikagumi sesiapa yang singgah ke Teratak Kasih.

“Apa cerita ni Zik? Kau jangan nak buat aksi Wakenabeb dekat sini,” kata Tengku Iskandar bingung.

“Masalahnya sekarang, aku pun tak tahu siapa yang terkena. Tak sangka pula Maz boleh tawan hati Mak Engku macam ni aje,” kata Zikri sambil memetik jarinya.

“Habis tu apa motifnya mama aku pengsan tadi?” soal Tengku Iskandar lagi. Dia bertambah bingung.

“Nak sedapkan cerita kut,” balas Zikri sambil duduk di bangku kayu. Matanya melihat ikan yang berenang-renang di dalam kolam. Mati jugak akalnya nak memproses masalah yang bakal mendatang ni. Kalau silap hari bulan dia pulak yang kena nanti.

Page 194: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

194

“Habis tu macam mana ni?” Sekali lagi Tengku Iskandar mengutarakan soalan tanpa jawapan.

“Susah-susah kau kahwin ajelah, habis cerita!” usul Zikri senang.

“Kau nak merasa bermalam dekat tanah perkuburan ke? Kau nak aku kahwin dengan budak kelibut tu?” kata Tengku Iskandar dengan nada mengugut.

“Okay what?” Zikri tertawa kecil, sengaja menduga hati sahabat baiknya itu.

“Kau ajelah ambik dia.”

“Eh... apa aku pulak?” ujar Zikri dalam tawanya.

“Padanlah dia dengan kau kelibut dengan Mat Poyo!” ujar Tengku Iskandar geram.

“Hesy... kau ni dua tiga menjak ni aku tengok macam lain aje?” Zikri meneliti Tengku Iskandar beberapa saat.

“Apa yang lain?”

“Kau bukan Tengku Iskandar yang dulu. Kalau dulu tak ada perasaan, tapi sekarang siap boleh buat lawak antarabangsa lagi. Ni mesti sebab jangkit penyakit budak kelibut kau tu, kan?”

“Jangan merepek and jangan nak tukar topik. Aku tak pernah nak bergurau dengan masa depan aku,” kata Iskandar tidak puas hati.

“Okay fine. Janganlah marah sangat, relakslah... cerita belum habis lagi. Tapi aku tengok Maz tu macam suka pula dengan cadangan Mak Engku tu.”

“Emmm... itu lagi satu aku pelik dari mula sampai akhir, senyum aje memanjang.”

Page 195: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

195

Sekali lagi Zikri ketawa.

“Entah-entah memang ini rancangan dia dari awal, tak?” teka Tengku Iskandar lagi. Zikri terdiam. Cuba memproses kata-kata Tengku Iskandar.

“Maksud kau?” soal Zikri tidak faham.

“Zik, semua orang sanggup buat apa saja sebab duit, dan kau tahukan berapa kita bayar dia buat kerja ni.” Tengku Iskandar meluahkan apa yang bermain di fikirannya. Tengku Iskandar duduk bertentangan dengan Zikri, menyesal pun ada sebab terlibat dalam rancangan tak berilmiah ni. Kalau betul perempuan kelibut tu ada rancangan sendiri memang dia sengaja nak cari pasal dengan Tengku Iskandar Tengku Mazlan.

“Kau buat apa tu Zik?”

“La... tengah berfikirlah ni,” ujar Zikri sambil menekan-nekan telefon bimbitnya. Dia sendiri tak tahu apa yang difikirkan.

“Fikir apa?” Satu suara datang dari belakang. Mazliana tersenyum manis. Dia merapati kedua-dua bosnya yang kelihatan resah.

“Ada masalah ke?” tanya Maz lagi seperti tiada apa yang berlaku.

Kedua-dua lelaki itu merenungnya dengan satu pandangan yang sukar dimengertikan. Hah sudah... dah macam aku pulak yang bersalah. Mazliana mengisi tempat menghadap kedua-dua lelaki pujaan Malaya itu. Kononnyalah.

“Kenapa tadi awak macam suka aje?” tanya Tengku Iskandar geram.

“Suka? Bila?”

“Mazliana, yang awak senyum memanjang dekat

Page 196: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

196

dalam tadi tu bukan suka ke?” ulang Tengku Iskandar lagi. Dia geram dengan sikap Mazliana yang kelihatan bersahaja itu.

Tawa Mazliana pecah. Dari tadi memang itulah yang nak dilakukan. Ketawa. Terasa lawak pula apa yang berlaku malam ni. Macam dalam kartun Ujang.

“Aduh... sakitlah!”

“Yang ketawa macam pontianak tu buat apa? Nak bagi satu rumah dengar?” Wajah Tengku Iskandar merah menahan marah. Mazliana mencebik, perlahan dia menggosok kepalanya. Apalah suka main kepala, pantang datuk nenek aku orang main kepala ni.

“Dah bos suruh saya senyum aje, tak ingat? Tugas awak malam tu senyum dan ya kan apa saja yang saya cakap,” ajuk Mazliana. Arahan itu bermain di minda Tengku Iskandar. Ada ke dia cakap macam tu? Zikri memandang wajah Tengku Iskandar tak puas hati.

“Habis awak setuju dengan cadangan mama saya tu? Awak jangan ingat saya terdesak sangat sampai kena kahwin dengan awak, Mazliana!” marah Tengku Iskandar.

Zikri menyiku lengan Tengku Iskandar, memberi isyarat agar merendahkan suaranya. Hesy... sejak bila pulak Iskandar pandai cakap main lepas ni?

“Bos besar, bila pulak saya nak kahwin dengan bos besar? Ingat saya terdesak ke nak kahwin dengan bos?” jerit Mazliana dengan matanya tajam memandang Tengku Iskandar.

“Tapi awak membuatkan mama dan papa saya fikir yang bukan-bukan!”

“Apa pulak salah saya? Takkan saya nak cakap yang

Page 197: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

197

bos besar upah saya untuk berlakon sebab tak nak kahwin dengan minah lintah tu?”

“Syyy!!! Hesy... tak boleh ke cakap volume rendah? Nak bagi tahu Mak Engku dengan Pak Engku ke?” Zikri mengingatkan Tengku Iskandar.

“Apa tutup-tutup mulut? Dah la saya macam nak mati makan sambal belacan! Tahu tak saya tak boleh makan sambal belacan? Ni lagi satu, bila pulak saya ada buasir??? Kalau nak dapat dosa free pun buatlah sesuatu yang tak sakitkan hati orang lain, tak boleh?” Mazliana bangun. Panas hati betul layan mamat dua ekor ni.

“Janganlah terasa Maz, saya tak terfikir langsung penyakit lain tadi,” ujar Zikri kesal.

“Apa terasa-terasa? Ingat ini hari Selasa ke nak terasa-terasa?” balas Mazliana geram tapi dia duduk kembali.

“Habis macam mana ni?” Zikri bertanya perlahan. Dia bingung.

“Lu pikirlah sendiri!” ucap Tengku Iskandar dan Mazliana serentak. Pinjam ayat Nabil Raja Lawak.

Mazliana meninggalkan dua lelaki itu. Kalau lama lagi dekat situ boleh betul-betul kena buasir. Lagi layan lagi boleh hilang pertimbangan. Zikri dan Tengku Iskandar saling berpandangan. Tengku Iskandar melepaskan keluhan berat.

“Kau dengar dia panggil Tasha apa?” tanya Zikri meminta kepastian.

“Apa?” tanya Tengku Iskandar tidak tahu.

“Minah lintah....” Tengku Iskandar dapat menangkap ayat itu tadi, cuma dia tak pasti. Mereka saling berpandangan dan akhirnya tersenyum.

“Gila....” Tengku Iskandar tersenyum lagi.

Page 198: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

198

FUHHH!!! Mazliana melepaskan lelahnya. Memang payah hidup dalam kesesakan hutan konkrit

ni. Kena redah lautan kereta baru sampai tempat yang dituju. Kalau aku Superman bolehlah juga terbang. Mesti tak tersangkut atas jalan. Eh? Boleh ke kau jadi Superman Maz? Jadi Doraemon bolehlah. He he he... jam di tangan menunjukkan dia lewat setengah jam. Satu senyuman jahat muncul, ala... tak kisah, bukan tiga jam pun. Biar mengembang sistem pernafasan dia tunggu aku. Padan muka! Bila lagi nak kenakan orang.

“Hah! Awak lambat kenapa???” Satu tengkingan kuat di dalam dewan kuliah. Bergema sound telinga.

“Saya terlewat bangun Doktor Johan.”

“Awak terlewat bangun atau awak sengaja nak tunjukkan yang awak boleh langgar peraturan? Saya dah pesan dari kuliah pertama, saya tak suka orang yang mencuri masa!!!” Mata yang besar bertambah besar.

“Tapi saya tak curi Doktor Johan. Cuma terlewat

Bab 14

Page 199: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

199

sikit aje. Masa pun satu, tak tunggu saya pulak hari ni.” Satu kelas bergema dengan gelak tawa. Lelaki itu menjeling geram.

“Awak keluar sekarang! Saya tak suka orang yang nak masa tunggu dia!!!” halau Doktor Johan.

“Tapi...”

“Keluar!!!” jerit lelaki itu lagi.

Pon! Pon! Bunyi hon kereta mengejutkan Mazliana. Hesy... kenangan pahit tu pulak yang tetiba teringat pasal apa? Dia menggigit bibir, kenangan yang menyebabkan Doktor Johan termasuk dalam senarai Afundi keluar dalam hidupnya.

Depan mata tersergam besar lambang KFC, tiba-tiba perutnya berbunyi. Ceh... macam tahu-tahu perut ni. Eh... tapi tak boleh, kena control. Dia bakal berdepan dengan musuh. Jangan mudah terperdaya dengan lambaian Cheesy Wedges, ayam spicy. Mengucap Maz, memang Si Johan ni sengaja nak psiko aku. Kau kena pertahankan prinsip. Jangan goyah, hidup mesti terus berjuang. Ewah... macam kekanda di medan perang la pulak.

Sebaik saja kakinya melangkah terus terlayar di biji mata lambaian mesra Doktor Johan. Eleh... nak buat baik dengan akulah tu. Ingat aku cair ke dengan senyuman plastik kau tu? Jangan harap. Entah apa mimpi di siang hari, paksa aku keluar siap umpan dengan KFC lagi. Eleh... ada aku kisah dengan KFC? Keeeruttt... keeruuttt... dia memegang perutnya. Alamak! Eh... perut, kau jangan nak buat malu ek berbunyi kuat-kuat depan mamat tu. Jangan bikin malu orang kampung. Dia meneruskan langkah. Malas. Muka jangan cakaplah... tapi comel lagi. He he he....

“Hah! Nak apa???”

Page 200: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

200

“Amboi... macam nak bergaduh aje dengan abang?” ujar Johan. Terkejut dia dengan sergahan Mazliana yang kuat itu.

“Abang??? Hidung berlubanglah nak berabang-abang!” Ada hati dan perasaan nak suruh aku panggil dia abang? Mazliana tetap duduk walaupun hatinya berat. Lelaki itu masih ketawa, walaupun entah part mana yang dikelakarkan. Tak tahu ke ini drama serius.

“Abang ada benda nak cakap dengan Maz.”

“Eiii... Doktor Johan belum lagi jadi suami kakak saya, jadi tak payah nak berabang-abanglah, geli buah pinggang saya dengar, tau?” Lelaki itu tersenyum lagi, konon-konon sabarlah tu.

Johan bangun, mungkin lebih baik makan dulu sebelum berterus terang.

“Nak pesan apa?” Sekali lagi tanya soalan tak logik.

“Emm... roti canai satu dengan teh tarik,” jawab Mazliana ringkas.

“Hah??? Mana ada benda macam tu adik sayang oi, dekat sini ayam goreng adalah,” ujar Johan sedikit terkejut.

“Habis, lagi mahu ambik order buat apa?” Johan sekali lagi menggeleng, terkena lagi dia. Benci betul Mazliana padanya. Salah dia juga memandang rendah dengan gaya dan perangai tak berapa betul bekas pelajarnya itu.

Perlahan Johan melangkah ke kaunter. Mulutnya terkumat-kamit, Mazliana tersenyum. Tu mesti kes tak puas hati dengan aku. Macam manalah Kak Lin boleh terpikat dengan mamat menyusahkan ni. Skema tahap buat surat cinta pun pakai pembaris, inilah dia.

Sejak peristiwa dihalau tanpa penjelasan di dalam

Page 201: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

201

bilik kuliah, dia melancarkan perang dingin terhadap pensyarah muda itu. Kalau dia tahu Kak Lin akan jatuh hati gara-gara hantarkan tugasannya, mesti dari awal lagi dia pergi hantar sendiri. Biarlah demam teruk macam mana pun. Itulah, tak ada masalah cari masalah. Tengok? Hah... tengok! Boleh pulak Kak Lin terjatuh cintan, sungguh tak kena tempat!

Johan kembali dengan hidangan KFC, Mazliana buat muka flat tingkat Damansara.

“Kenapa Maz marah sangat dekat saya?” Setelah beberapa minit berlalu, satu soalan terkeluar dari mulut lelaki itu.

“Bila pulak saya marah? Eiii... tak mainlah nak marah-marah orang ni, bukan dapat apa pun,” jawab Mazliana sinis.

“Jadi kenapa Mazliana macam bermasalah dengan saya?” tanya Johan tidak puas hati.

“Saya tak pernah bermasalah dengan doktor, tapi saya nak ingatkan doktor supaya jangan nak main-mainkan kakak saya. Kalau itu yang bermain dalam hati Doktor Johan, saya tak teragak-agak nak buat perkara yang boleh memalukan doktor sendiri!” kata Mazliana memberi amaran. Huyooo... berani giler! Kalau Syamin dengar ni mesti dia menangis air mata darah.

Lelaki itu masih tersenyum.

“Sebab saya nak buat sesuatu dekat kakak awaklah saya nak jumpa awak,” ucap Johan dengan nada yang masih tenang.

“Boleh tak... tak payah ikut jalan jauh, penat aje kerajaan buat lebuh raya sikit punya dekat street to the point ajelah. Apa masalah Doktor Johan nak jumpa saya ni?”

Page 202: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

202

Ada ke patut, nak cakap dengan aku nak ikut gaya Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang. Skema betullah.

“Saya nak awak...”

“Hah? Gila ke???” Mazliana bangun dari duduknya. Semua mata di situ melihat aksi spontan Mazliana.

“Apa masalah kau ni???” tengking Mazliana. Hah... hilang dah pangkat Doktor Johan. Penat belajar tinggi-tinggi.

“Itulah masalah awak ni Mazliana. Saya belum habis cakap awak dah naik angin,” ujar Johan kesal. Keluhan berat kedengaran.

“Suka hati akulah nak naik angin ke nak buang angin ke? Kau peduli apa???” marah Mazliana lagi. Semua sistem salur darah macam nak pecah. Doktor Johan ketawa lagi. Hesy... mamat ni Bipolar Disorder ke apa? Ingat aku buat lawak sarkas ke? Tak nampak ke aku nak bertukar hijau ni?

Johan menggeleng perlahan. Dia tersenyum apabila melihat wajah manis yang tersenyum padanya. Wanita itu baru melepasi pintu masuk. Mazliana mencebik. Patutlah muka berubah jadi manusia balik, rupanya awek dia dah datang. Dasar gajah jantan!!! Marahnya masih belum reda. Azlin tersenyum manis lalu duduk di sebelah Johan.

“Eh Maz... nak ke mana ni?” soal Azlin terpinga-pinga.

“Baliklah, panas duduk dalam ni!” jawab Mazliana geram. Azlin tersenyum lagi, tahu sangat masalah sebenar adik kesayangannya tu.

“Panas apanya? Ingat kita makan tepi jalan ke?” soal Azlin lagi.

Page 203: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

203

“Makan tepi jalan lagi senang, tahu tak?” Mazliana mencebik. Dua orang di hadapannya itu dilihat dengan ekor mata.

“Senang apanya?” Azlin melawan kata.

Emmm... macam biasalah, nak menang depan buah hati kesayangannya tu. Mazliana menjeling ke arah Doktor Johan yang kelihatan tenang. Dasar mamat gigi jarang!

“Senang nak buang angin!” balas Mazliana. Tersembur ketawa Johan yang ditahan sejak tadi. Memang sejak dia memilih Azlin mendiami hatinya, dia tak pernah ambil hati dengan perangai Mazliana walaupun kadangkala nampak melampau.

“Sebenarnya Abang Johan ada sesuatu nak cakap dengan Maz.” Kali ini Azlin bersuara terlebih dahulu.

“Cakap... cakap... macam ikan siakap aje...apa halnya?”

“Amboi... garangnya adik awak ni sayang.” Johan sengaja menambah kemarahan Mazliana yang juga bekas pelajarnya yang sentiasa bermasalah tapi juga pemegang title pelajar terbaik.

“Garang tak garanglah, kalau nak rasa kasut selipar saiz enam melekat dekat muka try ar!” Kali ini dia tidak lagi mengawal bahasa. Tatabahasa ke koma ke titik ke semua dia langgar.

Johan tersenyum. Dia menoleh ke arah Azlin lalu mencapai tangan wanita kesayangannya itu. Biarpun di depan adik kesayangan intan payungnya. Biarlah Mazliana yang menjadi saksi cinta mereka. Mazliana mencebik. Ala... nak main drama cinta pula depan mata aku. Ingat aku tempah tiket nak duduk depan ni tengok adegan cinta diorang ke? Hesy....

Page 204: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

204

“Wei... ni apa pegang-pegang ni? Tak ada ikatan tahu tak berdosa?” Pantas tangan Azlin dilepaskan. Mazliana berwajah serius dalam hati bersorak suka, padan muka. Muka Johan berona merah. Azlin menampar lembut tangan adiknya, dia malu sendiri ditegur tanpa peribahasa dengan adiknya sendiri. Tapi memang betul apa yang dikatakan Mazliana. Azlin tersenyum lagi melihat wajah bersalah Johan.

Mazliana bosan. Kalau lama lagi boleh gugur bulu mata tengok adegan cinta kakaknya.

“Kalau nak main pandang-padang jeling-jeling baik orang baliklah.” Dia bangun sambil mencapai beg sandang.

“Nantilah Maz....” Serentak kedua-duanya berpaling.

Mazliana menggigit bibir menahan geram. Hesy... ada juga yang makan penampar dalam KFC ni kang. Nasib baik Tok Wan dah pesan dengan aku, silat jangan disalahgunakan, kalau disalahgunakan akan memakan diri sendiri. Belum sempat dia nak membuka mulutnya seorang gadis cantik muncul di sebelah Johan. Johan tersenyum, begitu juga kakaknya.

“Eh... hah akak inilah perempuan yang Maz nampak berkepit dengan mamat ni! Maz dah cakap, dia ni spesies yang curang ni, spesies gigi jarang akak tak nak dengar!!! Hesy... ni siap bawa depan mata ni nak buat cerita di sana menanti di sini menunggu ke??? Ak...”

“Maz, stop!” Mulutnya ditutup rapat dengan tangan Azlin. Johan dan perempuan di sebelahnya itu ketawa kecil.

“Apa Kak Lin ni?” tanya Mazliana tidak puas hati apabila diperlakukan begitu.

“Ini Liyana. Nur Liyana, adik Abang Johan. Bila pula Maz nampak Abang Johan berkepit dengan Liana? Tak bagi tahu akak pun?” Hah sudah! Adiklah pulak. Nama dah la

Page 205: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

205

ala-ala kadar macam nama dia. Liana VS Mazliana. Macam pakat-pakat pulak eh penulis skrip ni. Ai... malu ni! Malu!!! Okey... relaks Maz... buat muka tak bersalah, buat muka biasa kontrol ayu. Cari idea, idea!!!

“Aduh!!!”

“Kenapa Maz?” Azlin memegang tangan adiknya. Bimbang melihat kerutan di dahi Mazliana.

Mazliana memegang kuat perutnya. Tubuh ditundukkan sedikit.

“Aduh... sakit perutlah kak. Maz balik dulu ek. Nice to meet you. Emmm... siapa tadi Luna.. eh... Lana Clark Superman tu ek? Okey, bincang lain kali ek.” Macam dia pernah tengok Liyana ni tapi tak pasti dekat mana. Mindanya cuba memproses ingatan tapi gagal.

Mereka saling berpandangan. Johan menggeleng sambil tersenyum. Hai bakal adik ipar aku ni....

“Abang sempat cakap tak?” tanya Azlin.

“Baru intro dia dah mengamuk,” ujar Johan. Azlin tersenyum. Cuba mentafsir jawapan Johan.

“Pelik adik akak tu, kan?” sampuk Liana. Benci yang sudah lama terpendam terbit semula. Tak sangka dunia ni begitu kecik.

“Pelik tapi itulah satu-satunya adik kesayangan akak.” Balas Azlin sambil menghantar langkah laju Mazliana yang tak menoleh lagi. Liana mencebik.

MAZLIANA melangkah laju. Hesy... memalukan diri sendiri aje kalau lama-lama dekat sini. Panggilan Azlin tidak lagi

Page 206: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

206

masuk dalam telinganya. Apa yang penting? Kerjasama! Eh... bukan, larikan diri lagi penting! Hesy... kalau boleh aku simpan muka ni, dah lama aku simpan masuk dalam poket seluar, bebelnya sendiri. Mazliana membetulkan ikatan rambutnya. Dah haru-biru sejak tadi. Tiba-tiba dia merempuh seseorang. Aduh!!!

“Alamak, sorry kak!” Air Pepsi sudah selamat melakarkan corak di baju wanita itu.

“Eh... jalan tak pakai mata ke?” sergah seorang lagi wanita yang berdiri di sebelah wanita yang jadi mangsa langgar tak sempat nak lari.

“Eh, tak apa... okey aje. Cuma air aje tumpah sikit.” Orang lain yang kena langgar orang lain pulak yang marah.

“Tak apalah adik... sikit aje,” ucap wanita itu kepada Mazliana.

Mazliana hanya tersengih menampakkan gigi putih sebarisnya. Memang sikit aje.

“Tapi baju you ni mahal, Hana!” bising perempuan bergincu merah menyala itu. Mak ai... macam ni merah kalau lembu nampak ni confirm dia cium dah.

“Tak apa Giji... tak ada apalah.”

Buat muka bersalah cepat Mazliana! Aduh... cantik pulak kakak ni, dia memuji dalam diam. Lama matanya meneliti penampilan elegan wanita yang sedang juga memandang ke arahnya.

“Maaflah kak, saya tak nampak tadi. Saya Mazliana.” Alamak... kenapa tiba-tiba jadi ramah tamah macam Mak Timah ni?

“Eh... tak apa, sikit aje. Nama akak Julia Hana. Ini kawan akak, Kak Giji,” balasnya lembut.

Page 207: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

207

Mazliana tersenyum tanda pengenalan, tapi senyumannya mati apabila tiba pada Si Gigi.

“Itulah, lain kali jalan pakai mata!” sergah minah over di sebelah wanita cantik itu.

Eh ehhh... akak sorang ni over betul, yang kena langgar tak apa-apa yang dia pulak yang lebih-lebih! Inilah dia orang kata tak cukup dengan sudu dengan senduk nak ambil kuah. Terlebih sudah!!!

“Maaflah Kak Gigi, saya jalan pakai kaki selalunya, hari ni mungkin kaki saya ni tak berapa pandai berjalan. Tapi akak ni cantiklah. Pujian ikhlas ni, bukan bodek.” Hah... ambik kau, kan dah kena dengan mulut Mazliana Haji Nordin! Kak Hana tersenyum.

“Kurang ajar punya budak, Giji okay not Gigi!” Bebel Giji.

Nama glamor ar tu, nama kad pengenalan Nor Aziah. Mazliana melangkah keluar merentasi lautan manusia. Waktu makan memang la penuh. Julia Hana tersenyum mengingatkan panggilan Giji.

Mazliana mengutuk diri sendiri, tak pasal-pasal malu kau Mazliana. Padan dengan muka kau main terjah tak tentu pasal! Siapa yang menanggung malu sepanjang hayat sekarang ni? Kau juga! Hesy... malu dengan Si Johan tu tak habis lagi dah kes langgar tak sengaja pula sekali lagi kena sergah. Apalah nasib hari ni. Ni mesti ada yang mengumpat aku ni, dia masih terus membebel sambil kakinya tetap mengatur langkah. Ke mana? Dia sendiri tak tahu.

Page 208: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

208

PINTU kereta ditutup, mulutnya masih tak berhenti membebel.

“Kurang ajar betul budak tadi. Kalau I jumpa dia lagi, siaplah!” marah Giji.

Julia Hana tersenyum. Kotak KFC diletak di atas ribanya.

“Kan dia dah minta maaf. Lagipun salah I juga dah nampak dia tapi nak jalan juga. Nasib baik tak apa-apa.” Kelakar juga bila teringat aksi kemalangan tak sengaja tadi.

“Apa yang you nak sangat makan benda ni? Masa dekat UK dulu tak pulak you nak makan KFC segala ni?” bebel Giji. Bukan dia tak tahu apa yang bermain dalam fikiran teman merangkap bosnya tu.

Lama kotak merah putih itu dipandang.

“Dulu Is selalu bawa I makan dekat sini, dia suka sangat ayam goreng.” Senyuman tawar muncul di bibir.

“Itu dia yang suka and you tak makan. Tahu tak benda-benda macam ni berlemak, nanti body lari duit pun lari, tahu tak?” bebel Giji lagi.

“Ala Giji... aku makan hari ni aje. Esok-esok dietlah balik, okey?” pujuk Julia Hana lembut.

Memang sudah lama dia nak ke tempat itu tapi kesibukan menghalangnya. Kalau dulu dia terlalu suka bila ada yang datang memuji kecantikan tapi kini kecantikan itu juga yang membawa dia jauh dari rasa bahagia. Kalau dulu dia bebas ke mana saja tapi sekarang semuanya terbatas. Alasan? Popular? Peminat? Dia bosan.

Giji melepaskan keluhan kecil. Dia menampar mulutnya yang terlalu laju, tak sempat nak break langsung.

“Kenapa?” tanyanya perlahan.

Page 209: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

209

“Aku teringin nak ke pantailah Giji,” pintanya perlahan.

“Aduh... Hana, kita tak ada guardlah sekarang. Apa kata esok-esok aje, ek? Kau nak lepas dari KFC tadi pun susah. Inikan nak pergi tempat public macam tu,” terang Giji bersungut.

“Emmm... tapi aku teringin sangat nak pergi Giji, please....” Dia cuba sekali lagi merayu.

“Okay... okay but just dari dalam kereta, okey?” Dia mengangguk laju.

“Sayang kau Gigi....” Ketawanya pecah lagi.

“Hah... ikutlah budak tak betul tu!” Marah Giji. Mereka menyusur perlahan. Kalau bukan sebab keinginan Hana dah lama mereka akan keluar dengan pemandu. Ini tak pasal-pasal dia yang kena bawa kereta. Dahlah KL ni panas. Bebelnya dalam hati.

TENGKU ISKANDAR memicit perlahan dahinya. Walaupun tak sakit tapi terasa ada beban yang sedang difikirkan. Dah dua hari dia cuba menghubungi Mazliana tapi gagal. Manalah perginya budak kelibut ni. Dia berjalan menuju ke set sofa. Dia duduk bersandar. Cuba merehatkan otak yang serabut. Matanya membelek majalah terbaharu yang diletak oleh Syamin. Memang Syamin seorang pekerja yang bagus, cuma perangainya kadang-kadang tak berapa nak normal.

Satu per satu majalah dibelek. Tiba-tiba matanya terhenti pada iris yang selama ini menjadi tatapannya.

Page 210: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

210

JULIA HANA KECANTIKAN ASIA.

Apa yang tertulis di cover majalah meniti di bibirnya. Dia mengeluh perlahan. Salahkah dia menilai Julia?

“Wei... jauh dah tu. Nak ke mana?” Zikri menepuk bahunya perlahan. Sempat juga Si Iskandar ni berangan.

“Eh... bila kau masuk? Tak reti nak ketuk pintu?” sindir Tengku Iskandar.

“Macam nak pecah pintu tu aku ketuk. Kau kenapa?” Matanya menangkap wajah model antarabangsa yang menjadi bualan kini.

“Dekat sini rupanya dia,” ujar Zikri lagi. Matanya melirik ke arah wajah yang memenuhi cover depan yang tersenyum indah. Siapa lagi kalau bukan wanita yang pernah membuatkan temannya itu tiga suku selama dua bulan. Penat juga Mak Engku dan Ayah Engku mengubat perasaan Si Iskandar.

Majalah Big Model ditarik dari tangan Tengku Iskandar. Emmm... memang dia cantik tapi banyak kekurangan. Kenapalah Is tak pernah nampak cacatnya perempuan bernama Julia Hana ni, bisik hati Zikri.

Majalah itu dicampak kembali ke atas meja.

“Kan betul apa aku cakap selama ni.” Matanya menatap wajah Tengku Iskandar yang buat-buat macam membaca majalah.

“Sudahlah Zik, aku malas nak dengar lagi benda-benda remeh macam ni.”

“Kau rindukan dia?” tanya Zikri serius.

“Untuk apa?”

Page 211: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

211

“Untuk jawapan pada soalan aku yang selama ini tak pernah kau jawab.” Terdengar keluhan dari Tengku Iskandar. Rindukah dia? Ada lagi ke rasa rindu dalam hatinya?

Zikri mengangkat keningnya. Sebijik macam Ziana Zain tapi versi lelakilah.

“Kau nak dia balik?” Soalan tertutup. Hanya jawapan ya atau tidak.

“Soalan apa ni Zik? Dahlah...” jawab Tengku Iskandar sekadar mengelak untuk menjawab soalan-soalan cepumas Zikri itu.

“Kalau kau nak dia, macam ni aje boleh dapat.” Zikri memetik jarinya. Sengaja menduga hati Tengku Iskandar.

Betul kata Mak Engku, Is seorang yang terlalu memendam rasa. Dia sendiri kadang-kadang susah nak faham hati dan perasaan sebenar temannya dari kecil itu. Walaupun hakikatnya jatuh bangun mereka bersama. Tapi kalau bab hati dan perasaan ni mesti dapat gred F. Itu pun selepas gagal beberapa kali juga.

Tengku Iskandar diam. Dia sendiri belum pasti dengan apa yang bermain di fikirannya. Sekarang apa yang penting adalah MM Holding. Segala yang lain ditolak tepi.

“Aku tak nak dengar dah,” putus Tengku Iskandar.

“Tapi yang ni kau kena dengar...” sambung Zikri pula. Dia tersenyum, menayangkan gigi yang putih bersih. Pakai kayu sugi tu....

Tengku Iskandar berpaling malas.

“Apa?” soal Tengku Iskandar pendek. Senyuman Zikri mengundang sesuatu yang tak baik.

“Mak Engku dah sibuk nak buat majlis pertunangan

Page 212: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

212

kau dengan Mazliana. Semalam dia ajak aku pergi beli cincin.”

“Hah??? Kenapa kau tak cakap semalam?” ujar Tengku Iskandar terperanjat.

“Ala... mana sempat, semalam aku sibuk.” Alasan yang tak berapa nak diterima dek akal. Apa la punya alasan.

“Habis tu macam mana sekarang ni?”

“Macam mana apa pulak? Selamat bertunang sahabatku.” Senyuman meleret Zikri sengaja dipamerkan.

Tengku Iskandar serius. Tiada tanda-tanda dia akan tersenyum dengan berita yang dibawa Zikri.

“Ini semua kau punya pasal, kau tahukan prinsip aku? Masalahnya ke mana perginya pelakon kau tu? Dah lesap macam tu aje!” marah Tengku Iskandar.

“Aku dah cuba call dia tapi tak dapat. Mungkin Syamin tahu dia dekat mana. Lagipun Mak Engku nak jumpa dia nak suruh teman carikan cincin,” ucap Zikri tenang. Untuk mengatasi masalah Tengku Iskandar yang dah panas meluap-luap, jadi dia kena cool... sejuk macam ais.

Tengku Iskandar bangun dari duduknya. Terus ke meja lalu interkom ditekan, Syamin dipanggil. Ada nada marah di hujung suaranya. Zikri menggeleng perlahan. Faham dah apa maksud intonasi temannya tu. Sikit lagi meletup la gunung berapi. Dalam masa yang sama dia cuba menghubungi Mazliana. Tapi tetap orang yang sama menjawab ‘maaf nombor yang anda hubungi sedang sibuk, terima kasih’.

“Ada apa Tengku?” tanya Syamin sebaik sahaja tiba di dalam bilik bosnya itu.

“Mana pergi kawan awak?”

Page 213: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

213

“Kawan siapa?” tanya Syamin kembali. Tak faham dan tak dapat nak tangkap.

“Siapa lagi... Mazlianalah!” dengus Tengku Iskandar.

“Hah??? Emmm... saya tak pastilah pulak. Dia pun dah dua hari tak call saya,” jawab Syamin teragak-agak. Dia terkejut disergah begitu.

“Saya nak awak cari dia sekarang juga, suruh dia jumpa saya pagi esok! Jangan dah dapat duit nak lesap macam tu aje. Ingatkan dia pasal kontrak yang dia tandatangan tu, faham???” Tersentap sedikit bahu Syamin. Mak aiii... marah aje bunyinya bos aku ni. Apalah yang Si Maz dah buat dekat dia.

“Baik bos!” Syamin mengangguk laju.

“Lagi satu saya nak awak pastikan dia sentiasa on telefon. Jangan setiap kali nak call, saya terpaksa bercakap dengan mesin. Faham?”

“Faham bos!”

“Dah, keluar!” Kali ini volumenya kembali normal.

Belum sempat bernafas, sepantas kilat Syamin sudah menutup pintu. Di sebalik pintu dia mengurut perlahan dadanya. Hesy... mengamuk pulak bos ni kenapa? Boleh kena serangan jantung bertubi-tubi macam ni. Eiii... Mazliana Haji Nordin!!!

MAZLIANA mengeluh kuat. Pantas telefon 3310nya diletak di atas meja. Taufiq angkat kening? Dia tersenyum lalu membalasnya dengan tindakan yang sama. Ewah! Main

Page 214: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

214

angkat-angkat kening macam Ziana Zain pula. Padahal tak sampai sedepa pun jauhnya.

“Kenapa tak jawab kak?” tanya Taufiq sedikit pelik dengan tingkah Mazliana.

“Biarlah, kalau dia penat karang dia diamlah.” Sekali lagi Mazliana menjenguk skrin bercalar balar 3310nya. Dah boleh masuk muzium sayang aku ni.

Entah yang ke berapa puluh kali deringan telefon membingitkan anak telinga akhirnya dia mengambil tindakan drastik untuk menjawab. Kesian pula dia dengan si pemanggil, siapa lagi kalau bukan Si Mimi kucing parsi.

“Helo... rumah mayat Kota Bharu, siapa bercakap?” Suara Mazliana perlahan.

“Hah... banyaklah kau rumah mayat, sikit lagi kau jadi mayat. Ke mana kau menghilang? Kau tahu dah berapa kali aku call? Kalau telefon ni boleh bercakap , mesti dia kata penat, tahu tak?” ngomel Syamin di hujung talian.

“Tahu....” Mazliana menjauhkan sedikit jarak telefon dari telinga. Kalau tak buat macam tu alamatnya boleh mengalami cacat pendengaran seumur hidup. Volume maksimum 3310 aku pun kalah.

“Dah, datang rumah aku sekarang! Ada masalah sikit,” putus Syamin.

“Ala... kau ni ada masalah aje cari aku, carilah orang lain. Itulah, orang suruh kahwin tak nak... lepas tu ada masalah cari aku. Kalau kau ada suami mesti tak susahkan aku!” bebel Mazliana.

“Dah habis cakap? Aku bagi kau masa dalam tiga puluh minit, kalau kau tak sampai juga putus kawan!”

Talian dimatikan. Mak aiii... mamalia berdarah

Page 215: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

215

sejuk pulak minah ni, siap main putus-putus kawan. Ingat aku budak tadika ke nak main ugut macam tu. Tapi kalau betul macam mana? Hesy... masak juga kepala aku fikirkan nanti.

“Fiq, akak gerak dulu ek. Nanti kalau ada masa yang sengaja akak nak buang, akak lepak dekat sini, ek.” Ujar Mazliana meminta diri.

“Okey... beres bos!” Mazliana meninggalkan gerai burger. Semakin laris jualan burger Taufiq. Dalam diam dia memuji kesungguhan anak muda itu. Bersemangat waja macam akak dia ni jugak. Eh? Akak dia semangat kereta Waja bolehlah!

MAZLIANA duduk sambil membelek Majalah Mempelam. Dia tersenyum melihat aksi artis-artis Malaysia. Cantik juga artis Malaysia. Siapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik hati tiada memikat. Lirik lagu itu terlintas di kepalanya.

“Mazliana Haji Nordin, saya bercakap dengan awak ni!!!” jerit Syamin. Dia menarik keras majalah yang ditatap Mazliana sedari tadi. Penat dia berceloteh macam-macam, boleh pulak minah ni senyum-senyum pula.

“Apa masalahnya?” soal Mazliana bersahaja.

“Eh... kau tahu tak bos cari kau?”

“Tahu,” jawab Mazliana pendek.

“Habis?” tanya Syamin tidak puas hati.

Mazliana bangun menuju ke arah balkoni bilik Syamin.

“Tak habis lagi,” balas Mazliana selamba. Syamin

Page 216: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

216

bengang. Kalau ada senduk dekat tangan ni memang dah kena layang sekali dekat kepala minah ni. Biar biol empat puluh empat hari.

Mazliana masih pegun di kerusi empuk Syamin. Sedaplah kalau dapat tidur ni, mesti hidup bahagia sampai syurga macam lagu Faizal Tahir. Eh? Ya ke? Entah... tak minat sangat Faizal Tahir tapi kalau dapat pakwe macam muka dia, okey juga.

“Maz, kau dengar tak apa aku cakap ni?” jerit Syamin. Layan perasaan pulak minah kelibut ni. Teringat gelaran Mazliana. Sedap juga. Pandai bos bagi.

“Ala... kau ni dengan bos kau sama aje, kan? Mulut tak boleh nak berehat. Cuba kau jangan sesakkan otak kau tu, kesian otak kau tu. Dia pun nak rehat juga.”

Syamin mencebik. Dia duduk di sebelah Mazliana sambil melepaskan satu keluhan berat.

“Kau tak tengok macam mana dia tengking aku tadi. Nasib baik tak terkencing, tahu tak?” Mazliana tersenyum nipis. Majalah di depannya sekali lagi dicapai,tak habis baca lagi tadi. Konon-konon minatlah. Minat kemende, majalah fesyen bukan senarai top ten aku.

Bunyi telefon bergema satu bilik. Mak aiii... volume berapa kasi bubuh ni? Boleh pekak telinga dengar! Syamin berlari mendapatkan beg tangannya di hujung katil.

“Alamak bos! Bos... boslah!!!” Dia meloncat dari katil.

Mazliana ketawa kuat. Bukan sebab panggilan bos tapi aksi Syamin yang mengalahkan tarian kuda kepang. Sejak bila entah berlatih.

“Kalau ya pun bos yang call... angkat ajelah, yang

Page 217: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

217

kau menari-nari tu buat apa?” ujar Mazliana dalam sisa tawanya. Pelik. Minah ni bila gabra jadi tak tentu arah betul.

“Mazliana ada dekat sini bos. Ya, dia ada dengan saya sekarang.” Pantas telefon itu dihulurkan kepadanya. Eiii... mangkuklah budak ni. Sejak bila jadi insan berterus terang tahap tak ada dosa langsung ni? Saja nak kenakan aku!

“Mazliana, awak dekat mana?” Soalan pertama kedengaran di hujung talian.

“Emmm... saya ada lagi dekat Malaysia, baru nak kemas-kemas barang nak balik India jumpa Datuk Shah Rukh Khan.” Hah kan dah kena! Dah tahu-tahu aku dekat rumah Syamin yang pergi buat soalan terbuka tu buat apa?

“Encik Zikri nak apa?” tanya Mazliana kembali.

“Awak tahu tak bos besar awak tu dah mengamuk macam nak kena histeria saya tengok ni?”

“Apa masalahnya ni? Bila bos besar mengamuk semua cari saya ni kenapa? Ingat saya kaunter pendaftaran wad sakit jiwa ke? Kalau dia dah teruk sangat bawa pergi Tanjung Rambutan.”

“Tapi...” balas suara di hujung talian.

“Hah tapi naik kereta api, saya nak pergi tandas ni. Sejak kena buasir ni payah sangat nak masuk tandas. Okey tatatititutu!” Talian dimatikan. Dia ketawa kuat.

Syamin ternganga luas. Macam nak cabut kepala lutut dia dengar jawapan tulus ikhlas Mazliana. Dia menepuk perlahan dahinya. Aduh... adakah dia bermimpi di siang hari sekarang ni? Mazliana Haji Nordin!!!

Zikri memandang telefon di tangannya. Perlahan dia menggeleng. Kalau Tengku Iskandar dengar ni mesti dia tak boleh terima kenyataan. He he he...

Page 218: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

218

Mazliana menarik ikatan rambutnya. Dibiarkan lepas. Syamin masih lagi beku di tempat kejadian.

“Kau cakap dengan siapa tadi?” tanya Syamin teragak-agak.

“Siapa lagi bos kesayangan kaulah, Encik Zikri. Dia kan mana boleh kalau bos besar tu susah hati sikit.” Mazliana menarik bantal berbentuk love dalam pelukan. Bersantai atas katil, betul-betulkan pinggang.

“Habis tu macam mana?” Syamin masih tak bergerak.

“Yang kau keras dekat situ kenapa? Jangan nak jadi pelakon terlampau okey!” Syamin tersenyum.

“Gilalah kau Maz cakap dengan bos macam tu. Nasib baik Encik Zikri, kalau Tengku Iskandar? Eiii... tak tercapai dek akal!” Syamin turut sama baring, bersantai di atas katilnya.

“Apa bos kata tadi?”tanya Syamin lagi ingin tahu.

“Tak ada apa. Dia nak bagi tahu bos besar kau tu dah sakit jiwa. So... aku dengan rasa rendah dirinya memberi saranan jujur supaya daftarkan aje dekat Tanjung Rambutan.” Ketawa mereka pecah.

Telefon Mazliana menjerit kuat tiba-tiba. Ketawa mereka terhenti.

Mazliana pantas bangun dan terjun dari katil.

“Eh... mana beg aku eh? Sayang aku menjerit tu! Mana, cari cepat!” Syamin turut sama mencari beg sandang Mazliana entah ke mana.

“Tu la, atas meja!” ujar Syamin sambil menunjuk ke arah meja. Kemudian dia kembali duduk di atas katil. Mazliana tersenyum lalu berlari mendapatkan sayangnya

Page 219: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

219

yang masih menjerit. Siapa pulak call waktu-waktu macam ni? Mesti Kak Lin ni. Nak marah akulah tu!

“Mazliana Haji Nordin!” Huhhh!! Siapa ni? Siap nama penuh ni, hormat dan penuh dengan protokol.

“Siapa ni? Nak apa?”

“Saya Tengku Iskandar!” Mazliana diam. Ala... satu penyesalan mengangkat telefon. Penyesalan yang bertimpa-timpa.

“Hah, kenapa bos besar cari saya sampai pelusuk dunia ni? Satu Malaysia tahu bos besar cari saya. Kenapa tak buat iklan dalam TV3 aje? Mesti saya popular nanti.” Dia ketawa kecil. Hakikatnya nak tutup rasa takut juga sebenarnya.

“Saya tak ada masa nak dengar awak membebel. Minggu depan awak siap sedia, kita bertunang!” Hampir terjatuh telefon 3310nya. Bukan tu saja, kalau boleh nampak, jantung dia pun sekarang jatuh sekali.

“Mama saya akan datang hari Selasa malam. Semua Zikri akan uruskan. Awak cuma perlu setuju. Okey, kalau ada apa-apa awak boleh tanya Zikri.” Sambung bos besar lagi.

“Tapi...” Tut... tut... tut.... Suara Tengku Iskandar hilang. Dia tergamam. Tunang??? Blur... hari bermasalah sedunia ke hari ni?

Page 220: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

220

DIA berjalan ke kiri kembali ke kanan kemudian ke kiri balik. “Ini memang dah tahap

melampau, memang melampau!” Tangan digenggam. Jari dipatahkan satu per satu. Kalau boleh terjun tingkat lapan puluh lapan KLCC ni dah lama dia terjun. Eh, mana bolehlah, gilo ko apo? Dah tak ada iman?

Mazliana menarik getah ikat belacan di tangannya, rambut diikat tinggi ala-ala ahli sumo nak beradu tenaga. Lengan T-Shirt hitamnya ditarik hingga ke siku. Dari tadi dia tak senang menunggu bos besar dan bos yang kononnya sedang bermesyuarat. Hai... ni jalan aku redah kang, aku juga yang malu.

“Apa bos kau buat lama-lama dekat dalam bilik tu Mimi?”

“Entah, makan pulut kuning kut.” Mulutnya disengetkan ke kanan. Sendaloka hari raya pula minah ni. Kang aku tertampar dua belas kali tanpa henti berselang lima saat baru tahu.

Bab 15

Page 221: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

221

“Kau jangan sampai aku cencang halus mulut tu buat goreng berempah, nak?” Syamin pantas menutup mulutnya dengan tangan. Alamak Mazliana Haji Nordin marah!!!

“Kenapa kau cari dia?” Soalan lazim dari Syamin. Pen di tangan diletak ke tepi.

“Saja aku nak jumpa bakal suami aku, tak boleh?” Mazliana duduk kembali di kerusi. Gelisah. Macam ayam nak bertelur.

“Amin... aku pun dapatlah makan nasi minyak.” Memang kawan kurang asam garam betul Syamin ni. Tak nampak ke muka aku tengah serabut ni, lagi nak bikin panas.

“Cakaplah. Kenapa kau nak jumpa Tengku Iskandar ni?” Syamin tak putus asa. Dia buat muka minta belas ehsan. Hesy... jangan harap aku nak cakap pada internet bergerak ni. Kalau aku buka cerita bos besar lamar aku jadi tunang dia, boleh bertabur gigi dia dekat atas meja ni kang. Baik ambil langkah berdiam diri jauhi bahaya.

“Ada masalah sikit. Dia nak minta tolong aku. Full stop! Titik! Noktah! Sebarang soalan lagi tidak dilayan, harap maaf!” Jawapan menyahut seruan mencegah lebih baik dari mengubati. Syamin mencebik geram.

Dia kembali duduk di depan Syamin yang asyik dari tadi menganalisis muka cantiknya. Bukan dia tak tahu mata kawannya itu tak lepas dari memberi isyarat supaya dia bertenang. Masalahnya sekarang... perasaan, emosi, hati, jiwa hah... apa lagi yang ada dalam badan ni dah tak tenang. Rasa macam nak meletup.

Nasib baik aku bukan keturunan Tun Teja. Kalau tidak, dah lama aku lipat bos besar tu jadi kecik macam kotak mancis. Suka hati jiwa raga dia aje angkat aku jadi tunang

Page 222: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

222

tanpa minta persetujuan pun. Dia ingat Mazliana Haji Nordin ni apa, ikan kembung sekilo tujuh ringgit dekat pasar tani ke? Memang nak kena sumbat dengan sambal belacan mamat berdua ni!

“Eh... Maz buat apa dekat sini? Nak jumpa Is ek?” Suara Tengku Mazlan kedengaran ceria. Senyum sampai ke telinga orang tua ni. Oh! My calon bapak mentua.

“Emmm... nampak gayanya macam tu la Ayah Engku, nak jumpa Ayah Engku nanti takut ada yang marah pulak.” Ewahhh... bersenda guraulah pulak, plastik sampah betul kau Mazliana!

“Maz sihat?”

“Sihat, Ayah Engku macam mana?”

“Sihat, nanti kalau senang datanglah rumah. Mak Engku asyik tanya pasal Maz aje. Dah penat Si Iskandar menjawab,” ramah Tengku Mazlan.

Baiknya bakal bapak mentua aku ni. Kenapalah anak dia tak mewarisi genetik baik ni, mesti ada something tak kena ni. Cacat kut bos besar ni. He he he... memang hubungan dia dengan keluarga Tengku Iskandar rapat sejak peristiwa rancangan malam pertemuan tu. Selalu jugalah Mak Engku telefon dan selalu jugalah dia menipu. Eiii... tambah dosa aku aje bos besar ni.

Mazliana membalas dengan senyuman seolah-olah bahagia akan menjelma. Macam berada dekat taman bungalah kononnya. Tapi senyumannya mati apabila melihat lelaki berkemeja biru dan bertali leher rona yang sama keluar dari bilik. Hah... mangkuk inilah yang dia cari. Satu isyarat mengancam keselamatan sedunia dituju khas. Lelaki itu masih asyik dengan perbincangan dengan mamat mana entah.

Page 223: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

223

Pintu bilik dirempuh tanpa bagi salam. Ditutup kasar. Dilihat Zikri turut sama di situ sedikit terkejut. Lama wajah Mazliana dipandang. Macam marah.

“Apa cerita ni bos besar? Jangan kata bos dah tukar jawatan jadi pengurus Raja Lawak pulak!!!” marah Mazliana sebaik saja Tengku Iskandar duduk di tempatnya. Biasalah bos.

Zikri berdiri di depan Mazliana, jari telunjuk diletakkan ke bibir.

“Syyy... Maz janganlah cakap kuat sangat,” tegur Zikri lembut. Mazliana menjelir lidah.

“Suara saya sejak lahir memang macam ni. Apa pulak dosa saya sampai saya kena jadi tunang bos besar ni?” ujar Mazliana geram.

Tengku Iskandar masih lagi tenang duduk di kerusi empuknya. Dia tersenyum. Mengamuk juga minah ni. Ingatkan suka jadi tunang orang kaya.

“Kan awak suka, bertunang dengan seorang putera yang kaya raya, bukan itu ke impian awak selama ini?” perli Tengku Iskandar bersahaja.

Mazliana mengetap bibir. Eh... ada juga yang makan selipar terbang ni.

“Bila masa pula itu impian saya?” nafi Mazliana cuak. Mana pula dia tahu ni? Siapa yang bocor rahsia? Syamin? Ayah? Kak Lin? Hesy!!!

“Memanglah! Saya nak putera yang kaya-raya tapi putera tu bukannya bos besar yang besar kepala!” ujar Mazliana tiba-tiba. Bulat mata Tengku Iskandar mendengar kata-kata luhur dari mulut Mazliana.

“Baik bertunang dengan Pak Mat hujung simpang

Page 224: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

224

yang jual pisang goreng. Hari-hari boleh makan pisang goreng.” Sempat dia berbisik perlahan. Zikri tersenyum mendengar kata-kata Mazliana.

“Awak dah sain kontrak Mazliana.” Perlahan Tengku Iskandar berkata sambil menarik keluar fail merah dari laci.

“Apa pulak kaitan kontrak dalam cerita kita ni? Jangan nak buat cerita cinta kontraklah pulak dekat sini bos besar oiii! Orang dah biasa sangat buat cerita macam tu, penonton dah bosan!”

Tengku Iskandar menggeleng perlahan, memang sesuai nama kelibut itu dengan Mazliana. Mulut tak boleh nak diam.

“Awak tengok syarat kesembilan belas.”

Fail merah bertukar tangan. Mazliana mencebik namun matanya tetap membaca isi fail.

19- Sebarang keputusan adalah bergantung kepada Tengku Iskandar, dan keputusan adalah dibuat tanpa rundingan kedua belah pihak.

Laju matanya dilarikan ke arah Tengku Iskandar yang mengangkat kening ke arahnya.

“Bila masa pulak ada syarat macam ni? Ini dah kes penipuan bersiri. Saya diberi tugas hanya untuk malam itu saja, itu pun untuk menutup mata Mak Engku. Tapi ini bila pulak buat filem the movie ni ada sambungan episod???” Dia bertanya geram.

Matanya tajam merenung ke arah Tengku Iskandar yang tenang di kerusi sambil bersandar selesa. Kurang prinsip

Page 225: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

225

perlembagaan betul bos besar ni. Ni kalau tanya rukun negara mesti tak lepas.

“Saya tak setuju!!! Ingat bertunang ni macam main pondok-pondok masa kecik-kecik ke? Ini soal masa depan saya, saya tak nak kahwin dengan bos besar, faham tak???” jeritnya lagi sambil melepaskan fail merah ke meja. Bergema satu MM Holding. Itulah kau Maz, dulu tak nak baca betul-betul, main redah aje! Sekarang siapa dah buta kayu? Kau juga....

Tengku Iskandar tersenyum.

“Siapa pula kata nak kahwin dengan awak?” Mazliana terkedu, perlahan air liur ditelan terasa pahit. Mukanya kemerahan, kenyataan yang memalukan.

“Bos besar ni sejak bila pulak pandai buat lawak antarabangsa ni? Habis tu semalam tu bos besar mimpilah?” marahnya masih belum reda.

“Saya cuma nak ambil awak jadi tunang saya, bukan isteri,” jelasnya tanpa ada rasa bersalah telah memalukan seorang wanita yang baik hati macam aku. Eh? Bukan baiklah tapi kategori yang boleh diterima lagi buat calon menantu.

Matanya tepat memandang wajah selamba milik Tengku Iskandar. Memanglah spesies mamalia berdarah putih. Jantung aku macam nak meletup dengan cadangan mamat ni, boleh pulak dia tayang muka tak ada perasaan.

“Bos besar ni kenapa? Ingat saya sayur dekat pasar dua ringgit seikat ke? Suka-suka nak buat keputusan sendiri!” Hah, kan dah keluar suara hati aku. Ni belum suara kepala siku, mesti duduk hospital seminggu makan bubur nasi.

Tengku Iskandar bangun, langkahnya diatur menuju ke arah wanita yang bakal menjadi tunangnya sikit masa lagi. Memang dia dah bersedia dengan serangan

Page 226: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

226

Mazliana dan memang itulah jangkaannya sebaik saja dia memberitahu niatnya semalam. Zikri hanya bertindak sebagai pemerhati.

Kini jarak mereka hanya sedepa, rapat, mata Tengku Iskandar kekal menikam tajam wajah wanita yang bertocang tinggi di depannya. Memang setiap kali mereka berjumpa itulah gaya familiar yang dibawa Mazliana. Entah ke mana perginya wajah ayu ketika makan malam dulu dia pun tak tahu. Hakikatnya inilah sebenarnya Mazliana Haji Nordin.

“Saya tak setuju!” jerit Mazliana lagi.

“Ada saya kisah?” Bulat mata Mazliana mendengar jawapan pendek tanpa tanda baca Tengku Iskandar.

“Masalahnya yang nak dijadikan mangsa sekarang, saya! Tak kiralah bos besar kisah ke tak, saya tetap tak setuju walau apa sekali pun yang berlaku!” putusnya. Kalau Tengku Iskandar Tengku Mazlan ni biskut dah lama kena telan.

“Senang saja, kalau awak tak nak macam yang kita dah janjikan, awak akan bayar tiga kali ganda bayaran yang telah saya berikan.” Ugut Tengku Iskandar. Dia tersenyum.

Wajah Mazliana berkerut. Hah??? Tiga kali ganda? Mana nak cari duit??? Masalah Mazliana....

DARI pintu dapur dia meneliti siapa yang menyertai rombongan malam ini. Kalau ikutkan hati, dia dah lari ikut tingkap tapi sebabkan taktik tu dah dijalankan sebanyak dua kali jadi secara rasminya tingkap semua ditutup dan dikunci rapat dengan mangga oleh empunya rumah Haji Nordin.

“Emmm... bolehlah kita buat sekali dengan majlis

Page 227: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

227

Azlin nanti,” bisik Puan Maznah. Bisik ke? Kalau bisik volume mesti cover line. Ini satu taman boleh dengar macam nak buat pengumuman raya.

“Patutlah selama ni kita carikan dia buat tak peduli buat tak layan, rupanya dalam diam dah ada pilihan.” Giliran Haji Nordin pula masuk forum.

“Samalah dengan anak kita Si Iskandar ni. Macam-macam alasan, rupanya dia dah jumpa bidadari Haji Nordin.” Ketawa mereka bersatu lagi.

Mazliana mencebik, wajah Zikri yang tersenyum manis menyakitkan hati. Memang mangkuk! Kalau tak fikirkan dia dilahirkan dalam keluarga yang cukup didikan, dah lama dia halau rombongan merisik terkejut itu. Sekali lagi wajah mak dan ayahnya dipandang. Bahagianya.

“Maaflah Tengku, saya tak tahu yang anak dara saya ni berkawan dengan anak Tengku. Tapi kami ni orang biasa kalau nak bandingkan dengan Tengku jauh sangat,” ucap Haji Nordin merendah diri. Dia sedar darjat mereka tidak sama.

Terusik hati Mazliana mendengar kata-kata ayahnya. Tetiba rasa macam nak nangislah pulak. Ala Haji Nordin ni, kenapa masuk slot tangkap leleh pulak.

“Tapi anak dara saya ni banyak kekurangannya. Kalau nak masak tu masak air bolehlah.” Hah??? Ketawa mereka bersatu. Mazliana mencebik. Hesy... ini kes memalukan diri sendiri ni. Apalah ayah ni!

“Tak apalah Haji, mata kita ni sejuk bila tengok Mazliana tu. Tak tahulah kenapa. Tiba-tiba kita rasa sayang dekat anak Tuan Haji ni,” balas Mak Engku. Mazliana terkedu. Dia tunduk memandang lantai dapur. Baiknya Mak Engku.

“Tak apa mak cik, saya pilih Mazliana bukan untuk dia jadi chef dekat rumah,” sampuk Tengku Iskandar. Hampir

Page 228: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

228

mengalir air mata darah dengar ayat bos besar. Kalau ada Yusof Haslam ni mesti dah boleh jadi pengganti Awie dalam filem.

“Maz, mana air tak sampai lagi ni???” Kedengaran suara Puan Maznah kuat dari ruang tamu.

Di dapur Mazliana dapat menangkap gelak tawa mereka yang hangat berbincang, apa lagi kalau bukan mengata aku. Kedengaran sesekali maknya tersasul memanggil panggilan Tengku walaupun sudah beberapa kali Tengku Mariam menegur, ‘panggil Cik Yam dengan Cik Lan, baru mesra’. Kononnyalah mesra, aku dekat dapur ni dah tak boleh nak terima kenyataan.

Maz menggaru kepalanya. Rambut yang kusut dilurut dengan tangan.

“Memang nak cari pasal mamat ni!” Dia menggigit bibir. Lantas senyuman mekar tiba-tiba. Cili padi merah menyala di dalam peti ais dicapai. Sasaran dikenalpasti Tengku Iskandar dan Zikri Alif.

Mazliana tersenyum sambil membawa air dan kuih-muih yang sudah disiapkan sejak petang tadi.

“Jemputlah minum Mak Engku, Ayah Engku,” pelawa Mazliana lembut. Sengaja muka dimaniskan.

Zikri tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya ke arah Tengku Iskandar yang kemudian membuat muka blur. Mazliana menyimpan ketawa. Senyum ek, lepas ni jangan harap. Wajah tak boleh nak terima kenyataan bos besarnya pula dipandang. Mata mereka bertembung. Sempat jelingan maut dihadiahkan tanda protes. Dia tersenyum sinis.

Mereka menikmati hidangan yang dihidang. Sempat Tengku Mariam melurut rambutnya perlahan. Mazliana tersenyum. Senyuman ikhlas untuk Mak Engku dan Ayah

Page 229: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

229

Engku, senyuman plastik ditujukan kepada Zikri dan Tengku Iskandar.

Senyuman manis Zikri mati, wajahnya kemerahan. Tengku Iskandar mengangkat kening. Zikri beralih pandang ke arah Mazliana. Lidahnya terasa terbakar. Pedas!!! Air apa ni? Tapi soalan itu hanya dimainkan dengan bahasa isyarat. Dia tahu Mazliana tersenyum. Kini giliran Tengku Iskandar, dengan gaya maco dan menawan ala-ala model bos besar mengangkat gelas, Zikri dan Mazliana menanti dengan sabar.

“Pedas!!!” jerit Tengku Iskandar kuat tapi tak keluar suara. Mazliana sempat mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Padan muka. Tengku Iskandar dan Zikri berpandangan.

“Kenapa Iskandar? Tak sedap ke air tu?” tanya Puan Maznah lembut.

“Eh tak adalah sedap sangat,” perli Tengku Iskandar. Dia seboleh-boleh menahan rasa.

“Kenapa muka merah ni Is? Zik?” tegur Tengku Mariam.

“Tak ada apalah Mak Engku, panas kut?”

“Panas???” Tengku Mazlan menggeleng perlahan. Macam-macam budak ni. Mazliana menahan ketawa. Hai... lepas ni boleh buasirlah kau Zikri and you too bos besar!

MAJLIS PERTUNANGAN berjalan serba sederhana. Tapi berita pertunangannya menjadi perbualan. Mana taknya, masuk berita CNN versi Taman Indah. Anak Haji Nordin bertunang dengan anak Tengku. Boleh jatuh semua gigi palsu Mak Senah, Mak Jenap wartawan hiburan sensasi. Dari

Page 230: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

230

seminggu sebelum bertunang dah tercanang satu taman nama dia. Apa yang pasti AKU TERPAKSA!!!

Hah... menjeritlah sampai Benua Afrika pun tak akan ada yang dengar dah masa ni. Apalah nak jadi kau ni Mazliana Haji Nordin. Dia melihat sekali lagi wajahnya di cermin. Baju dah memang cantik tahap diva, malangnya muka memang ala-ala tak boleh terima kenyataan.

“Wei... apa tengok cermin lama-lama tu? Dah cantik dah!” tegur Syamin.

Wajah Syamin yang menjenguk masuk dipandang sekilas. Hah... datang jugak mangkuk ni, memang nak kena.

“Aduhhh! Sakitlah!!!” Balingan bantal berbentuk hati tepat kena dekat muka. Hah, ambik kau!

“Kau memang nak kena bunuh dengan aku, kan? Relaks aje kau kan, sebab kau tahu aku tak akan jadi pembunuh dengan niat. Kau boleh senyum lagi waktu ni, kan?” Apa jenis punya kawan memang mamalia berdarah sejuk betul. Boleh pulak buat muka tak bersalah.

Syamin berlagak tenang duduk di birai katil yang terhias cantik. Dia sendiri terkejut dengan cadangan bosnya. Kalau bukan sebab penerangan panjang lebar Encik Zikri dah lama kena lipat bosnya itu sebab buat kawan baik dia macam tu. Sekali lagi senyuman iklan gigi terlayar di wajahnya.

“Kau dah terima, kan?”

“Kalau ikutkan aku dah rasa bersalah sangat sebab tak pasal-pasal aku terpaksa menipu mak dan ayah aku. Kau tengoklah macam mana tersenyum lebarnya Haji Nordin dengan Puan Maznah dekat luar tu.” Intonasi suaranya sudah berbeza dari tadi.

Syamin menggosok bahu temannya lembut. Cantik

Page 231: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

231

Mazliana hari ni. Sekali lagi pujian terluah di dalam hatinya.

“Ala... kau jangan nak lebih-lebihlah. Aku tahu apa rancangan bos besar dengan kau, pandailah kau berlakon dengan aku konon-konon jadi mangsa, kan?” Perlahan bahu Mazliana ditampar.

Mazliana tersengih macam kerang busuk. La... dah tahu ke? Hesy... macam ada skandal aje bos besar dengan Syamin, ni tak ada rahsia langsung.

“Aku memang terpaksalah. Kau ingat boleh ke aku terima mamat muka skema pilihan keluarga aku tu? Seram bulu roma aku. Sekurang-kurangnya lamaran Tengku Iskandar ni boleh jugalah tutup mulut mak dengan ayah aku.”

Syamin tersenyum.

“Hahh... aku dah agak dah kalau tidak, tak akan kau senang-senang nak terima, kan? Lepas ni mesti kuciwa jiwa si mamat skema tu.” Ketawa mereka bersatu. Terbayang wajah Kamal.

“Hesy... tak baik betullah kau ni, tapi aku rasa bersalah pulak tipu Mak Engku dengan Ayah Engku, memang nasiblah dapat anak macam bos kau tu, mental betul!”

“Ala... mental-mental pun akan jadi tunang kau juga!”

“Tunang, dalam kurungan terpaksa okey.” Mazliana memperbetulkan kata-kata Syamin.

“Yalah tu....” Syamin mencebik namun dalam hatinya terdetik juga kalaulah semua ini betul-betul membawa Maz ke pelamin, seronok juga.

“Hah... kau jangan nak berangan tahap melebih ek. Muka kau tu dah memperlihatkan angan-angan negatif yang

Page 232: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

232

tak boleh diterima kamus hidup aku!” kata Mazliana seperti dapat membaca isi hati sahabat baiknya itu.

“Hesy... kau ni tahu aje apa aku fikir. Eh Maz, kau pakai ilmu apa ek sampai Tengku Iskandar Tengku Mazlan boleh terima syarat kau tu?” tanya Syamin ingin tahu.

“Ilmu alam.” Ketawa kuat Mazliana kedengaran. Pantas mulutnya ditutup tapi sisa tawanya tak dapat disembunyikan.

“Aku ngantuklah, lambat lagi ke?” rungutnya. Memang mata dah tak boleh nak buka ni. Macam dah ada bintang buat bulatan dekat atas kepala.

“Eh... kau jangan buat gila, sikit lagi sampailah rombongan. Mana ada masa nak tidur lagi, dah cantik-cantik macam ni nak tidur pulak!” tegur Syamin. Hesy... ada-ada saja Maz ni!

“Emmm... yalah. Eh Mimi, kau buat apa dekat sini? Pergilah tolong dekat dapur tu!”

“Mak kau suruh aku temankan kau. Mungkin dia takut kut kau terjun tingkap lagi.” Ketawa Syamin bergema. Sempat juga berniat nak mengenakan aku!

“Dah... tak payah nak teman-teman. Aku bukan budak tiga tahun. Kau keluarlah nanti kalau dah sampai rombongan baru kau masuk. Lagipun aku nak bertenang ni,” halau Mazliana. Tak tenteram jiwalah jawabnya kalau minah rambut kena racun lalang ni ada dalam bilik. Sejak bila pulak rambut Si Mimi ni perang, dia pun tak tahu. Dah jadi hamba fesyen kawan aku ni.

“Hoi, kau halau aku ek?” ujar Syamin dengan muncung dah ditarik panjang sedepa.

“Bukan halau, cuma jemput keluar aje. Eh, bila

Page 233: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

233

pula rambut kau bertukar warna ni?” Soalan itu terluah juga.

“Eh... cantik tak? Aku tukar demi untuk majlis pertunangan kau, tahu tak?” ucap Syamin ikhlas.

“Emmm... cantiklah, sama macam rumput baru lepas kena racun dekat kebun Tok Wan aku.” Perli Mazliana suka hati dia aje. Senyuman Syamin mati. Mazliana ketawa kuat. Sempat dia menyambut bantal yang dibaling Syamin, nasib baik tak kena muka. Ketawanya bersambung lagi walaupun bayang Syamin sudah menghilang di balik pintu. Aduh... lambatnya!

“HESY... buat malu betullah budak ni!” Kedengaran suara Puan Maznah menerjah masuk ke dalam telinga. Dia menarik bantal rapat ke sisi.

“Maz, bangunlah. Maz!!!” Sedikit kuat panggilan itu sambil menampar bahunya. Hesy... siapa pulak yang duk mengganggu ketenteraman awam ni? Tak nampak ke aku tengah tidur???

“Mazliana Haji Nordin!!!” Satu jeritan dekat di telinga membuatkan dia meloncat bangun. Duduk tegak, kaku matanya memandang orang di sekeliling. Wajah Mak Engku yang tersenyum dipandang.

“Eh... buat apa ramai-ramai dalam bilik ni? Ada kenduri ke?” ucapnya dalam mamai. Otaknya mula kembali beroperasi secara normal. Alamak!!!

Ketawa Haji Nordin masih bergema di ruang tamu, Mazliana mencebik. Tak pasal-pasal jadi perbualan hangat pulak kisah hidupnya hari ni. Nasib baik Kak Ida tak jadi

Page 234: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

234

balik, kalau ada alamatnya lagilah jadi mangsa keadaan aku hari ni. Kak Lin pun ketawa tak agak-agak petang tadi. Menjadi-jadi kuatnya.

“Bertuah betul anak awak ni tahu tak Haji Nordin! Mana tidaknya, dia sedap peluk bantal lagi, nasib baik tak keluar air liur basi!” usik Puan Maznah. Malu juga dia tadi tapi melihat aksi tenang Tengku Mariam yang tersenyum melihat perangai anak manjanya membuatkan dia turut tersenyum.

“Orang ngantuklah ayah, dahlah lambat sangat nak berpantun berkerat-kerat buat apa?” luahnya tak puas hati. Dia menjeling tajam Azlin yang tak habis lagi ketawa. Hai... ada juga yang kena sumbat dengan majalah ni.

“Nasib baik adik sayang akak ni tidur. Kalau buatnya terjun tingkap, tak ke hijau muka mak nanti,” usik Azlin lagi. Bukan senang nak kenakan anak manja Haji Nordin ni.

“Nasib baik adik sayang akak ni terjun tingkap dari Maz tercall Doktor Johan cakap dekat dia yang akak tak jadi kahwin dengan dia, nak???”gertak Mazliana pula. Tawa Azlin mati. Dia mencebik.

“Apa kaitan dengan Abang Johan pulak?” ngomel Azlin tidak senang.

“Hah... tahu takut! Gelaklah lagi kalau nak rasa lawak tak berapa serius Mazliana Haji Nordin,” ucapnya serius. Azlin menjelir lidah.

“Hah... dah, jangan nak macam anjing dengan kucing pulak! Dua-dua nak jadi bini orang dah, cuba jangan nak berperangai macam budak-budak,” tegur Puan Maznah pada anak-anak daranya itu.

Haji Nordin tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Anak-anaknya dah besar, mereka akan bersuami

Page 235: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

235

dan akan meninggalkan rumah. Mungkin dia akan kehilangan keriuhan keluarga ini sikit masa lagi. Ada kesayuan terselit di sudut hatinya.

“Ayah... Lin nanti dah besar nak jadi doktor, nanti boleh selamatkan orang sakit.”

“Ida nak belajar rajin-rajin, Ida pun nak jadi doktor macam Kak Lin.”

“Bagus anak ayah. Nak jadi doktor kena belajar rajin-rajin, hah anak ayah yang comel ni nak jadi apa?”

“Emmm... adik tak nak jadi doktor. Adik takut darah. Eiii... nanti cucuk orang, orang mati. Takut, kan ayah?”

“Habis Maz nak jadi apa?” tanya si ayah.

“Adik nak jadi puteri kahwin dengan anak raja!” Ketawa mereka bersatu.

Haji Nordin tersenyum. Impiannya nak anak-anaknya bahagia pun sudah tercapai. Senang hatinya. Mazliana sudah ada tempat untuk mengadu kalaulah ditakdirkan dia pergi, segalanya diterima dengan hati terbuka. Dia tahu anaknya akan bahagia.

“Hai... ayah ni senyum sorang-sorang ni kenapa?” Tanya Mazliana dan Azlin serentak sambil memeluk bahu kiri dan kanan Haji Nordin.

“Ayah senyum bila anak ayah semua tersenyum.” Ringkas jawapannya tapi cukup membuatkan mereka di situ turut tersenyum. Ayah memang lelaki terbaik dalam hati Maz. Bisik Mazliana dalam hati sambil mencium pipi ayahnya.

Page 236: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

236

ZIKRI meneliti album yang berada di atas meja. Album berbentuk hati berwarna merah.

“Cantik... comel aje!” Mak Engku memuji bakal menantunya.

“Hai... puji melambung nampak Mak Engku?” usik Zikri.

Tengku Iskandar mencebik di sebalik majalah yang dibaca. Dia tak berminat untuk meneliti album yang ditengok oleh mamanya. Dari tadi tengok benda yang sama.

“Mama rasa tak salah Is pilih dia. Mama tengok budaknya baik betul. Mama suka cara dia layan Puan Maznah dengan Haji Nordin.”

“Kalau macam tu, boleh terus satukan ajelah Mak Engku.” Majalah yang dibaca terbang tepat melekat di dada Zikri. Dia ketawa. Tahu Tengku Iskandar marah dengannya.

“Emmm... betul juga kata Zikri tu, buat apa kita tunggu sampai dua tahun, duit bukan masalah. Mama pun tak faham kenapa agaknya Mazliana minta sampai dua tahun.”

“Dia banyak lagi benda nak buat mama. Cita-cita dia tak tercapai lagi,” terang Tengku Iskandar. Padahal dia yang mengugut Mazliana supaya mengutarakan cadangan itu. Kalau ikutkan mamanya, esok pun boleh majlis berlangsung.

Zikri tersenyum, menipu lagi Si Iskandar ni.

“Zikri pulak macam mana?”

“Dia nak suruh mama tolong carikan.” Tengku Iskandar pulak yang menjawab. Tengku Mariam tersenyum. Zikri cuak. Bulat matanya memandang ke arah Tengku Iskandar. Ces... mentang-mentang kau dah lepas, nak kenakan aku pulak ek.

Page 237: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

237

“Nak Mak Engku carikan ke Zik?” tanya wanita itu dengan senyuman melebar. Mungkin dah terbayang calon-calon yang menjadi pilihan.

“Eh... tak apalah Mak Engku. Zik rasa belum masanya lagi. Biarlah Iskandar lepas dulu,” ujar Zikri mengelak.

“Apa pulak? Kalau nak buat sekali pun tak ada masalahnya,” ujar Tengku Mariam senang.

Zikri tersenyum sambil menggaru kepalanya, cuba mencari alasan yang terbaik. Wajah selamba Tengku Iskandar dipandang. Tengku Iskandar tersenyum, tahu pun kau kalut. Dulu masa aku kena tak pulak tersenyum kambing macam tu.

“Mama... Zik tu dah ada calon. Cuma tunggu masa dan ketika yang sesuai untuk kenalkan kat mama.” Tengku Iskandar berkata perlahan.

Tengku Mariam tersenyum. Wajah kedua anak terunanya dipandang.

“Mama tak kisah bila pun. Bawa aje. Janji anak mama dua orang ni bahagia. Mama akan sentiasa sokong siapa pun pilihan Zikri atau Iskandar.”

Mereka sama-sama tersenyum. Tengku Iskandar cuba memproses ayat mamanya. Macam mana perasaan mama kalau dia tahu yang semua ini adalah lakonan semata-mata?

Page 238: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

238

KETAWA Bobo masih belum menunjukkan tanda merah untuk berhenti. Memang ada

yang nak makan kasut saiz lima ni. Dah alang-alang berita memalukan memang patut rasanya kalau buat anak orang sakit perut sebab makan kasut ni. Dia menjeling geram.

Mazliana menggigit bibir.

“Kau nak ketawa lima hari lima malam ke?” Satu amaran tak puas hati dilepaskan. Tapi malangnya ketawa mamat di depannya bertambah kuat. Jelingan maut dilontarkan.

Boharin menutup mulutnya. Jelingan maut Mazliana menandakan supaya dia berhenti. Bukan takut tapi hormat dengan perasaan temannya itu. Boharin menggaru hujung dagunya. Macam mana dia boleh jatuh sayang dengan perempuan di depannya ini dulu?

“Dahlah tak ajak aku, nak gelak sikit pun marah. Apa punya kawan entah!” rajuk Bobo.

Mazliana mencebik.

Bab 16

Page 239: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

239

“Kau kalau nak merajuk pergi masuk dalam peti sejuk. Tak ada masanya aku nak layan rajuk majuk kau tu!” Suara Mazliana kedengaran. Ada lagi sisa marahnya. Sempat tangannya mengelap meja di depan Bobo.

“Okeylah, sorry jangan marah ek. Patutlah kau reject aku, mentang-mentang rupanya nak tunggu anak Tengku datang meminang rupanya,” usik Bobo sambil tersenyum.

Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja apa yang dikatakan oleh Boharin. Ala... tunang koboi, buat apa nak beritahu satu dunia. Bukannya dia artis terkenal pun.

“Hah... itulah. Aku pun tak sampai hati nak berterus terang dengan kau dulu, tapi demi nak jaga hati kau, aku terpaksalah cari alasan yang lebih logik.” Ketawa Boharin kedengaran lagi. Dia tahu Mazliana sengaja mengusiknya. Memang kebal betul minah ni.

Bobo tersenyum, tak sabar rasanya dia ingin berjumpa dengan lelaki yang berjaya membuka hati Mazliana. Wanita yang pernah singgah di hatinya dulu.

“Tapi sejak bila kau bercinta dengan Tengku Iskandar tu ek? Tak cerita dekat aku, pun?”

“Kau pernah tak dengar cinta itu datang dalam sesaat?”

Anggukan Boharin membuatkan Mazliana tersenyum. Dia turut melakukan perkara yang sama, macam reallah pulak cerita ni.

“Macam tulah cinta aku dengan dia. Cinta sesaat... bukan rokok SAAT yang kau selalu hisap masa tak ada duit masa dekat kampus dulu. Itu saat mengira tarikh kematian.”

Page 240: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

240

“Hesy... kau ni. Aku kan dah lama berhenti menjadi perokok. Aku sekarang presiden Kelab Katakan Tak Nak Pada Rokok, tau?” terang Boharin panjang lebar.

“Cerita pasal rokok ni, aku ada dengar Profesor Anim nak buat satu teater amal. Cerita pasal penyesalan akibat menjadi perokok tegar. Aku dan try test tengok dia punya skrip, mantap jugalah. Kau tak nak join ke?” Mazliana sengaja mengubah topik. Kalau cerita pasal diri dia sampai esok pun tak habis.

“Eh, macam menarik aje aku dengar, kau?”

“Aku? Aku kena tengok keadaan dulu. Kau tahulah kakak aku dengan Si Johan ala-ala mangkuk tingkat tu dah nak kahwin. Jadi aku kenalah join club mak aku siapkan apa yang patut, kesian pulak karang mak dengan ayah sayang aku tu buat semua benda.”

Boharin tersenyum. Pandangannya bertemu dengan wajah Taufiq yang sedang sibuk melayan pelanggan.

“Hesy... kau ni tak baiklah label bakal abang ipar macam tu. Lagipun nanti dia jadi keluarga kau juga.”

“Sebab itulah aku pun menyibukkan diri ni dalam urusan segala plan nikah kahwin ni. Kalau tak, dah lama aku pergi bercuti. Tahu tak?”

“Tak apalah. Nanti ada apa-apa yang nak aku tolong, kau just roger-roger aje ek.” Pesan Bobo lagi.

“Emmm... mesti. Roger and out!” Mereka sama-sama berbalas senyuman.

Page 241: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

241

HARI ni secara rasmi dan termaktubnya dalam perlembagaan kisah hidup Mazliana Haji Nordin genap seminggu atau dalam bahasa mudah kiranya tujuh hari dia menjadi tunangan orang. Tunangan orang yang ala-ala orang utan di Zoo Taiping. Selama tujuh hari tujuh jam tujuh saat ini tak pernah sekali pun bos besar menghubunginya. Tapi jangan bimbang, episod Mazliana Haji Nordin menyusahkan hidup Tengku Iskandar Tengku Mazlan baru bermula. Huk... huk... huk....

“Okey, kalau awak setuju ikut cakap saya, saya akan ikut syarat awak.”

“Apa saja syarat bos besar sanggup???”

Yes, persetujuan tak rasmi Tengku Iskandar Tengku Mazlan.

Senyum mekar di bibir. Syarat yang ni dia paling suka. Siapa lagi yang sanggup ikut idea gila Tengku Iskandar kalau bukan dia. Tapi kira permainan ni tak ada yang kalahlah sebab dia tak tahu syarat Mazliana Haji Nordin yang ngeri lagi menakutkan. He he he.... Kau ingat kau pandai sangat ek? Kau tak tahu aku ni ratu buli balik.

Seribu kerutan di dahi lelaki itu tak berjaya menutup kekacakan dan kemacoannya. Pandangan mata Tengku Iskandar sedikit pun tak mencabar.

“Awak bagi tiga sebab kenapa saya kena ikut cakap awak?” tanya Tengku Iskandar mematikan senyuman Mazliana.

“La... kenapa bos besar tak minta tiga puluh sebab? Ini tiga sebab aje. Sebab pertama bos besar dah janji nak ikut cakap saya. Kedua, perjanjian terbaharu kita tak akan hilang ingatan kut. Ketiga, saya nikan tunang bos besar.” Sengaja ditekankan perkataan tunang itu. Biar jelas lagi nyata.

“Jadi awak nak ambil kesempatan la ni? Awak

Page 242: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

242

sengajakan buat syarat macam tu?” ujar Tengku Iskandar tidak puas hati.

“Bukan ambil kesempatanlah bos besar, ni cuma saya nak ambil peluang yang ada depan mata,” kata Mazliana bersahaja. Tengku Iskandar membulatkan matanya.

Ek eleh mamat ni, memang pelakon melampau. Macamlah aku mintak separuh harta dia nak bulat-bulat mata dengan aku macam tu. Kalau aku ubah syarat suruh dia wariskan semua harta dia dekat aku baru tertanggal semua gigi. Menangis air mata darahlah kau sampai tua. Nasib baik ini bukan cerita pembunuhan, kalau tak mesti ada adegan bos besar yang hensem ni kena bunuh dengan tunang dia.

“Saya sibuk sekarang, apa kata awak ajak Syamin atau Zikri sajalah.”

“Ada saya kisah? Orang yang mungkir janji adalah sama dengan orang munafik. Ustaz saya dulu cakap kita jangan pandai membuat janji kalau kita tak boleh tepati.”

“Ustaz awak tak cakap ke memaksa orang itu juga satu perbuatan keji?” balas Tengku Iskandar.

Mazliana menggaru kepala.

“Emmm... mungkin ustaz saya tak sempat nak cakap masa tu, sebab dia kena balik Negeri Sembilan. Isteri keempat dia nak bersalin.” Mazliana ketawa kuat. Tengku Iskandar mencebik. Loyar buruk pulak minah kelibut ni.

Tengku Iskandar gigit bibir. Geram. Tiba-tiba Mazliana di depannya terasa macam semut api. Mazliana tersenyum manis. Matanya dikenyit lagi. Sengaja membakar kemarahan bos besar. Padan muka! Nak sangat kenakan aku, kan? Sekarang kau akan kenal siapa Mazliana Haji Nordin yang sebonarnya. Kata orang nogori sembilan. Eh, kenapa asyik orang negeri aje ni?

Page 243: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

243

“Saya tak ada masalah nak ke tempat entah apa-apa tu.”

“Okey.” Telefon di depan Tengku Iskandar dicapai sambil matanya masih memandang wajah bos besar merangkap tunangnya sekarang.

Dahi Tengku Iskandar berkerut pelik melihat Mazliana yang mengangkat telefon bimbitnya di atas meja.

“Nak call siapa pulak tu?” tanyanya lagi.

“Siapa lagi, Mak Engkulah. Nak hantar laporan anak dia ni sia-siakan pengorbanan tunang yang sanggup bersusah payah menapak ke sini.”

“Mazliana Haji Nordin!!!”

Buah cempedak di luar pagar,

Masak sebiji di atas peti,

Ini Mazliana jangan dicabar,

Kan bos besar juga yang susah hati.

Mazliana tersenyum. Pendekatannya berjaya. Bukan pendekatan tapi lebih kepada ugutan.

Wajah di depannya diteliti sekali lagi antara percaya atau tak. Hati memang tak percaya tapi akal ni macam menidakkan apa yang hati cakap. So, siapa yang betul? Akal ke hati? Orang kata ikut hati nanti mati ikut rasa binasa, maknanya kita kena ikut sukalah! He he he....

Kerutan di dahi Tengku Iskandar jelas kelihatan.

“Cepatlah!” jerit Mazliana.

“Kenapa kena naik benda ni?” Tidak lepas dia memandang kenderaan di depannya. Apa lagilah yang nak si

Page 244: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

244

kelibut ni buat, tak habis-habis menyusahkan. Keturunan Mak Bawang Merah ke apa dia ni? bisik Tengku Iskandar sambil melihat keadaan sekeliling. Mana tahu kalau-kalau ada mata yang memandang.

“Sebab kalau naik kereta mewah bos besar tu nanti ada saja yang duk pin pon pin pon!”

“Tapi takkan sampai kena naik besi buruk ni?” katanya geram. Tengku Iskandar menggigit bibirnya.

“Besi buruk? Amboi... sesedap rasa bos besar berbahasa ek? Langsung tak jaga tatabahasa. Nak dapat besi buruk ni pun bukan senang, tahu tak? Saya kena menapak tiga buah rumah mintak tolong Pak Jali pinjamkan, tau?” Mazliana tak puas hati. Memang payah jadi orang kaya ni.

“Tak apa, saya call Zikri suruh dia hantarkan kereta dia.”

“Eh... eh... tak payah. Kita naik ni aje.” Mulut Mazliana muncung menunjuk arah. Dahi Tengku Iskandar berkerut.

“Saya tak nak.”

“Kenapa pulak bos besar tak nak? Malu?” duga Mazliana lagi.

“Bukan!!!” nafi Tengku Iskandar lagi. Walaupun hakikatnya itu adalah jawapan yang memenuhi peratusan. Tapi ada sebab lain....

“Habis tu?”

“Nyatakan sebab apa kita kena pergi naik besi buruk ni?” Tengku Iskandar melonggarkan tali lehernya. Terasa sedikit lemas dengan permintaan gila tunangnya itu.

“Hesy... tak baik bos besar kata macam tu. Tok Wan saya cakap jangan hina harta orang sebab nanti harta sendiri

Page 245: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

245

tak kekal, tu BMW, Ferrari dan lain-lain seangkatan milik bos besar tu lama-lama nanti jadi besi buruk juga.” Hah... kan dah dapat sindiran ikhlas dari Mazliana.

“Mazliana, awak jangan nak buat lawak. Semua kereta saya tu jaminan seratus tahun,” ujar Tengku Iskandar takut-takut.

Eleh... bangga tahap tak sedar diri dah bos besar ni, mesti tidur tak baca doa. Inilah manusia yang ingat dunia tak ingat akhirat.

“Hah... baguslah. Kereta memanglah jaminan seratus tahun, tapi nyawa bos ada cop Sirim ke jaminan sampai seratus tahun?” Bulat mata Tengku Iskandar. Memang mulut tak ada insurans!!!

“Cakap dengan awak ni tak pernahnya menang,” rungut Tengku Iskandar perlahan. Mazliana tersenyum. Tu ayat menyerah kalah aje bunyinya.

“Saya cuma ingatkan bos besar selaku tunang dalam kurungan, bukan soal menang atau kalah. Tak salah kalau kita naik besi buruk ni sebab kalau kita naik kereta mewah bos besar tu nanti ada yang bentang permaidani merah pulak. Tak naklah publisiti murahan.” Keningnya diangkat tinggi. Tengku Iskandar hanya mampu menggeleng perlahan.

“Suka hati awaklah,” ujar Tengku Iskandar malas.

Sekali lagi senyuman kemenangan terlakar di wajah Mazliana. Dia menghulurkan helmet kepada bos besarnya. Nasib baik sempat sembur dengan minyak wangi helmet ni, kalau tak alamatnya bau longkanglah. Hesy... Pak Mat ni naik motor bukan pernah pakai helmet. Saman dah lima belas kali tapi tak pernah nak insaf.

“Siapa punya besi buruk ni awak curi?”

Page 246: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

246

Bulat mata Mazliana, hai bos besar ni buat ayat menghina pulak. Ingat muka cantik macam ni muka pencuri ke?

“Ini motor jiran sayalah bos. Tak mainlah curi-curi, buat apa tambah dosa yang ada.” Kurang ajar betul, sekali kena hentak dengan helmet ni kang tak ke terkeluar biji mata.

“Bos besar, boleh ke ni?” tanya Mazliana meminta kepastian.

“Kenapa, awak tak percaya saya?” Ada getar di hujung suaranya.

Ketawa Mazliana pecah tiba-tiba. Kalaulah boleh rakam aksi ni mesti boleh menang awardlah bos besar aku ni. Pakai kemeja sikit punya kemas rambut tersisir rapi sekali duduk atas Honda kapcai. Ketawa Mazliana bergema kuat.

“Kenapa awak gelak?”

“Bos besar pernah bawa motor ke tak?” tanyanya kurang yakin. Melihat Tengku Iskandar yang terkial-kial nak menghidupkan enjin motor.

“Tak pernah,” jawab Tengku Iskandar selamba. Mazliana ternganga. Tak pernah tu maknanya? Eh, tak ada maknanya!

“Hah... jadi untuk mengelakkan masalah berat berlaku, baik bos duduk belakang. Saya bawa!” ujar Mazliana memberi cadangan.

“Awak jangan nak buat kerja gila. Mana pernah perempuan bawa lelaki, awak jangan nak malukan saya!” Emmm... ego juga mamat ni. Tak tahu tu, buatlah cara tak tahu. Lagi mahu berlagak pandai! Aku penampar secara tak sengaja juga mamat ni kang.

Page 247: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

247

“Bos besar, kita sekarang bukan duduk zaman batu, sekarang ni perempuan dah jadi pemandu kapal terbang, tahu tak?”

“Tapi...”

“Tapi, tapi, tapi. Dah, tepi! Sebelum saya call Mak Engku, baik bos besar naik!” Gertak Mazliana baran. Fuhhh... ada kena telan ni karang!

Hari ni satu sejarah dalam hidup Tengku Iskandar menjadi pembonceng motosikal yang merbahaya. Bukan sebab dia yang tak pernah naik motor tapi sebab yang membawanya adalah penunggang yang berhemah. Bawaan yang mengalahkan perlumbaan di litar Sepang. Mazliana tersenyum di sebalik topi keledar yang dipakai menutup muka. Baru kau kenal Mazliana juara tiga kali berturut-turut race game.

“AWAK ni ada lesen ke tak?” marah Tengku Iskandar sebaik mereka sampai. Dia mengurut dadanya perlahan. Terasa nyawa di hujung tanduk. Bukan hujung lagi dah nak hampir jatuh ke tanah.

“Seronok tak bos besar?” ucapnya sambil tersenyum panjang. Bukan dia tak tahu ini first time bos besar naik motor. Fuhhh... kalau tak sebab kepalanya diketuk beberapa kali dari belakang mesti dah berdesing.

“Apa perasaan bos besar pertama kali naik motor?”

“Siapa kata saya tak pernah naik motor? Saya...” Belum sempat ayatnya habis Mazliana sudah ketawa terkekek-kekek.

Page 248: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

248

“Kenapa?”

“Untuk pengetahuan bos besar, orang mana ada pakai helmet terbalik macam ni... nampak sangat tak pernah guna.” Penerangan Mazliana itu membuatkan Tengku Iskandar menahan geram. Mukanya kemerahan melihat Mazliana yang masih dalam suhu ketawa tak ingat dunia.

“Saya akan pastikan awak takkan bawa besi buruk ni lagi.”

“Kenapa pulak?” Pertanyaan Mazliana tidak dihiraukan. Tengku Iskandar terus mencampak helmet putih yang dipakainya. Lalu meninggalkan parking motosikal itu. Mazliana mencebik. Poyo betul mamat ni, hampeh! Takut ar tu.

TENGKU ISKANDAR mencebik. Malas. Dia duduk di tengah-tengah galeri seni yang penuh dengan bahan ukiran kesenian. Dari tadi dia terpaksa mengikut langkah si budak kelibut. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Kalau boleh kakinya bercakap, dah lama bagi amaran berhenti sebelum tercabut. Macam mana dia boleh sampai ke tempat macam ni, dia pun tak tahu.

“Bos besar! Apa lagi yang duduk dekat situ, marilah sini tengok!”

Wajah Tengku Iskandar berona merah. Dia menggigit bibirnya geram.

“Boleh tak awak jangan banyak cakap. Just do what you want,” katanya sambil memandang tepat ke arah Mazliana.

Page 249: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

249

Wanita itu tersenyum. Mengangkat jari telunjuknya ke bibir.

“Alamak, gunung berapi nak meletup. Baik selamatkan diri!” Mazliana menjarakkan diri dari Tengku Iskandar.

Lebih baik dia menghayati sendiri hasil lukisan di depan matanya. Kalau ajak bos besar pun bukan dia tahu benda-benda macam ni. Dia tu buta kayu, buta logam, hati konkrit mana tahu menilai seni ni. Satu per satu calitan warna yang terlakar di kanvas putih itu menarik perhatiannya. Pandai pelukis memainkan tone warna. Gayanya macam betul-betul hidup.

“Berminat?” Seorang lelaki menegurnya dari belakang. Eh... macam kenal suara mamat ni, macam biasa dengar. Mazliana berpaling. Tersenyum. Mak aiii... hensemlah pulak. Anak sapo pulak ni.

Mazliana menilai sekilas lelaki di sebelahnya.

“Hensem.” Pantas dia menutup mulut. Aduh... terlepas ar pulak. Lelaki itu tersenyum.

“Hensem?” Kening lebat itu terangkat sedikit. Kononnya buat-buat tak fahamlah maksud keterlanjuran kata-kata aku tadi.

“What do you mean by hensem?” tanyanya lagi.

Mazliana menggaru kepalanya. Hah... sudah, mamat ni spesis perasan juga. Hensem mestilah kau, takkan aku pulak yang hensem. Mazliana melihat sekelilingnya cuba mencari idea yang mungkin boleh menyelamatkan diri dari malu seumur hidup.

Matanya jatuh pada lukisan potret di depannya. Dia tersenyum.

Page 250: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

250

“Lukisan ni hensem, walaupun ilusi pelukis tapi saya rasa boleh jatuh cinta dengannya walaupun sekadar lukisan.” Hah... ambik kau! Jawapan macam jawab exam. Skema habis!

“Oh, I see.” Pendek aje jawabnya. Lelaki itu turut sama meneliti potret yang dimaksudkan.

“Memang betul apa awak cakap Mazliana Haji Nordin.”

Mazliana terpaku. Eh? Kalau tak salah pendengaran dia panggil nama aku. Nama aku Mazliana Haji Nordin, tak ada orang lain dah.

“Macam mana awak kenal saya?” soal Mazliana pelik.

Sekali lagi lelaki misteri itu tersenyum

“Saya kenal awak melalui lukisan awak yang telah membuatkan banyak hati yang tertaut.” Lelaki itu berbisik macam ada yang mendengar perbualan mereka. Padahal hanya mereka berdua di situ.

“Lukisan?”

“Saya salah seorang peminat Red Heart,” akuinya tanpa malu. Mazliana tersenyum. Red Heart hasil tangannya sejak di kampus lagi. Red Heart yang membawa dia berjaya di peringkat antarabangsa. Wah... hebat juga aku ek. Tapi dululah.

“Di mana Red Heart sekarang?”

“Entah... saya pun tak tahu. Apa yang saya tahu masa majlis amal tu ada seseorang dah membelinya dan sampai sekarang Red Heart dah hilang macam tu aje, mungkin dia buang dalam tong sampah kut.”

“Saya rasa tak mungkin,” ujar lelaki itu yakin.

Page 251: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

251

“Itu awak rasa....” Mazliana meneliti lagi lukisan di depannya. Memang dia cuba mencari lukisannya itu tapi sampai sekarang gagal. Mana entah. Silap hari bulan dah masuk tong sampah.

“Kalau ada sekarang mesti harga mencecah puluhan ribu, kan? Tak rasa rugi?” duga lelaki itu. Mazliana tersenyum bangga. Bukan senang nak kena puji ni. Kembang sekejap hidung aku.

“Emmm... bagi saya Red Heart bukan untuk dijual beli semata-mata. Saya harap siapa pun yang menjadi pemilik akan tahu hargainya.” Tiba-tiba dia jadi rindu dengan hasil tangannya itu. Kalaulah bukan disebabkan cadangan kawan-kawan sekuliahnya, mesti lukisan itu masih tersimpan cantik dalam biliknya. Sengal betullah kau Mazliana, bisiknya sendiri.

“Saya dah agak pelukisnya juga secantik Red Heart.” Sekali lagi lelaki itu memuji. Hai... ni macam segmen mari puji memuji. Kalau dari tadi duk puji memuji ni bila nak habis? Ke ayat nak mengorat aku ni? Hah... okey juga, macam sepadang aje. Bak pinang dibelah lima belas.

“Hadi Ridzwan.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan.

“Mazliana Haji Nordin.” Tangan itu tidak disambut membuatkan Hadi tersenyum faham akan maksud lirikan mata wanita di depannya. Tak boleh salam sayang... bukan muhrim. Ewah... sayanglah pulak!

“Hadi Ridzwan??? Maksud awak Hadi Ridzwan yang... yang...” Tiba-tiba pulak gagap Mazliana ni. Mana taknya, jumpa pelukis terkenal tanah air.

“Bukan awak tinggal di luar negara?” sambung Mazliana lagi.

Page 252: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

252

“Emmm... saya dah tiga bulan balik Malaysia,” jawab Hadi Ridzwan bersahaja.

“Alamak, tiba-tiba jadi macam gabra jumpa awak? Tak sangka awak akan ke sini.” Mak aiii... kalau Syamin tahu ni mesti dia menyesal seumur hidup sebab tak ikut aku tadi. He he he....

“Tapi saya berbangga dapat jumpa Mazliana.” Sekali lagi kata-kata itu membuai perasaannya. Senyuman yang terlakar di bibir Mazliana terasa bagai ada yang tak kena.

“Okeylah. Saya kena cari kawan saya tadi. Nanti takut dia kena awet pulak untuk dijadikan pameran dekat sini,” seloroh Mazliana sambil tersengih.

“Nice to meet you.” Mazliana tersenyum sambil matanya mencari satu wajah yang dari tadi menghilang entah ke mana. Dia cuba mencari di celah-celah pelancong yang datang. Tak jumpa... hai mana mamat ni?

Tengku Iskandar melihat senyuman manis Mazliana bersama seorang lelaki yang tak dikenali. Mereka kelihatan mesra. Dia pantas mengalihkan pandangan apabila melihat Mazliana yang sudah berjalan menghampirinya. Sengaja ditayangkan wajah tak puas hati. Dia tahu wanita itu dari tadi mencarinya.

“La... hidup lagi bos besar ni. Ingatkan dah jadi patung kat dalam cermin tu.”

“Dah habis?” tanya Tengku Iskandar selamba.

“Dah,” jawab Mazliana pendek.

“Jom balik!” Laju langkah lelaki itu meninggalkan ruang galeri. Mazliana sempat menghadiahkan senyuman pada Hadi yang masih mengawasi langkahnya, kemudian laju mengejar langkah Tengku Iskandar a.k.a tunangnya.

Page 253: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

253

“Bos besar janganlah laju sangat.” Langkah Tengku Iskandar bertambah laju. Dia sengaja mendera Mazliana yang mengejarnya.

“Aduhhhh!!!”

Mazliana menggosok kakinya. Entah macam mana anak tangga terakhir mengakibatkan dia jatuh terduduk. Langkahnya sumbang apabila merempuh seseorang yang entah mana datangnya. Mungkin dari langit. Terasa kakinya baru dirempuh lori. Sakit siot!!!

“Ya Allah... maafkan saya, saya tak sengaja!” Suara wanita yang melanggarnya.

La... perempuan ni lagi!!! bisik hati Mazliana.

“Tengku Iskandar???”

“Hana?”

Dua mata saling bertentangan. Pegun. Mazliana terdiam melihat apa yang berlaku di depannya. Kakinya yang tadinya terasa sakit, hilang sakitnya tiba-tiba. Belum pun sempat Mazliana membuka mulut, tangannya ditarik kuat.

“Iskandar! Iskandar!!!”

Mazliana berpaling dalam langkah laju. Tangannya masih ditarik oleh Tengku Iskandar yang laju ke depan tanpa menoleh ke belakang. Hah... sudah dramalah pulak dua orang ni, bisik hatinya.

“Bos besar, dia panggil bos tu.”

“Dah... diam! Balik!!!” Jeritan Tengku Iskandar membuatkan Mazliana mengunci mulut. Langkah Tengku Iskandar dituruti juga walaupun terasa denyutan di kakinya. Aduh sakittt!!!

Page 254: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

254

PIPINYA masih lagi basah dek kerana air mata yang tak henti menitis. Satu kotak tisu sudah

membukit di tepi sofa mahal mamanya. Datin Jamilah hanya mampu menggelengkan kepala. Walaupun hati ibunya juga terluka dengan berita kemeriahan upacara pertunangan Tengku Iskandar tapi dia masih mampu mengawal diri. Amukan anaknya masih belum reda.

“Sabarlah sayang, mungkin dia bukan jodoh Tasha,” pujuk Datin Jamilah lembut.

“Uhuk... uhuk... tapi Tasha sayangkan Abang Is.” Hembusan mukus kedengaran lagi. Dari tadi habis semua barang yang ada di bilik terbang melayang. Bukan setakat bedak, sikat, bantal malah cadar dengan tilam pun menjadi mangsa.

“Mama tahu sayang sedih tapi bukan ini caranya nak selesaikan masalah. Kalau menangis air mata darah sekali pun Iskandar dah pun bertunang.” Penjelasan itu disambut dengan deraian air mata lagi.

Bab 17

Page 255: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

255

Rambut anaknya diusap lembut. Tasha anak yang dimanjakan sejak kecil lagi. Apa saja yang terniat di hati pasti akan ada bila esoknya datang. Tak pernah dalam sekali hidupnya dia gagal memenuhi permintaan anak tunggalnya itu. Tapi kali ini dia bukan saja gagal tapi telah menghancurkan hati Tasha. Ini semua salah keluarga Tengku yang tak guna tu. Puas dicanang semasa meeting persatuan yang dia akan berbesan dengan Tengku Mariam, tapi akhirnya menggigit jari.

Teringat perancangan awalnya bersama Tengku Mariam yang berjalan lancar tanpa ada bantahan. Tapi entah dari mana wujudnya perempuan yang menjadi batu penghalang itu, dia sendiri tak tahu. Malu sungguh mukanya apabila Tengku Iskandar sendiri memperkenalkan buah hatinya di depan semua orang. Malah lebih kecewa lagi dia gagal mengawal perasaannya bila berdepan dengan Tengku Mariam.

“Tasha benci perempuan tu! Kalau Tasha dapat, siaplah dia!!!” Amarah keras keluar dari mulut anak gadisnya. Dalam sisa tangis dia sempat memaki hamun tunangan Tengku Iskandar itu.

“Sabar sayang. Bukan semua benda kita kena selesaikan dengan kekerasan. Apa pun Tasha sabar dulu. Mama tahulah apa yang mama nak buat.” Pujuk Datin Jamilah tak mahu anaknya terus-terusan menyeksa diri.

MAJALAH JUITA dan F&N perisa anggur masih dipegang. Mazliana melangkah masuk ke dalam lif. Sejak jadi tunang secara rasmi bos besar, dia menjadi sebahagian dari MM

Page 256: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

256

Holding. Dia mendapat jawatan penting dalam MM Holding iaitu PT bahagian pentadbiran. Apa itu PT? PT adalah ‘Penganggur Terhormat’ yang diberi mandat untuk keluar masuk MM Holding sesuka hati. He he he... sekaranglah, kalau dulu tak berani jugak.

“Selamat pagi Cik Wanis,” tegur Mazliana.

Wanis tersenyum. Dia sendiri tak tahu apa jawatan Wanis dalam syarikat ini. Tapi apa yang pasti, dia senang dengan wanita yang ramah tamah itu. Tak payah nak korek apa-apa dah tersebar semua cerita pasal setiap insan dalam syarikat ni. Betullah kata Syamin, Wanis ni ratu gosip.

“Eh... Cik Maz, lama dah sampai?” sapa Wanis ramah.

“Lama jugalah, adalah dua tahun,” usik Mazliana. Punya lama aku terpacak kat sini lagi mau tanya. Wanis ketawa kecil, coverlah tu!

“Cik Maz nak tahu, ada cerita panas hari ni!” bisik Wanis perlahan. Hah... dia mula dah. Mazliana tersenyum sinis sambil menggaru kepalanya. Memang tak ada kerja lainlah minah sorang ni.

“Tak apalah Cik Wanis, saya ada hal sikit... nak cepat. Cik Wanis kumpul dulu gosip tu banyak-banyak, nanti kita cerita, okey?” Wanis mengangguk dan ketawa besar. Ibu jarinya diangkat tanda setuju dengan cadangan Mazliana. Senyumnya semakin melebar. Kalau tak ada orang macam ni tak best jugak.

Sebagai seorang yang tak pernah melukakan hati orang, Mazliana lebih suka mengambil inisiatif layannn.... Teringat trademark Fafau dalam Melodi. Selagi kita mampu menggembirakan hati orang lain selagi itu kita akan bahagia. Eh, ya ke??? Hipokrito tu namanya. Hipokrito kira macam

Page 257: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

257

abang angkat hipokrit jugaklah. Cuma dia lebih kepada untuk orang baik-baik macam aku. Ahaks!

Dari jauh matanya dapat melihat kelibat seorang lelaki yang agak maco tapi...

“Kenapa muka macam asam keping aje ni bos?” Pertanyaan Mazliana hanya dijawab dengan senyuman. Wajah Zikri masih nampak kusut, macam mati binilah pulak.

“Projek I-line first gagal, mereka dah ada pembekal. Nampaknya MM Holding kena tundalah kerjasama dengan mereka tu.” Walaupun entah apa yang keluar dari mulut Zikri satu haram pun tak faham tapi Mazliana tetap berlagak bijak, kepala mengangguk konon-konon faham. Cover cunlah dalam bahasa senang faham... takkan nak cakap tak faham.

“Baru gagal sekali muka dah macam tertelan tayar kereta api. Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya, kan? Bos ni... hidup mesti diteruskan.” Sedikit motivasi petang diberikan. Tapi macam tak berkesan sebab ayat copy paste, semua orang cakap senanglah.

“Mana awak belajar kereta api ada tayar?”

“Eh... tak ada ke?” Mazliana tersengih. Nampak sangat tak prihatin kemajuan negara.

Otaknya masih ligat berfikir. Wajah Zikri di sebelahnya masih berona yang sama. Teringat kata-kata Wanis tentang ketidakprihatinan lelaki itu terhadap kegembiraannya sendiri. Fuhhh! Ayat melangkau laras tinggi. Membimbangkan kemungkinan lelaki kesepian di depannya ini membuat sesuatu yang tak masuk akal. Maka otaknya ligat berfikir kaedah menyelesaikan masalah. Mana tahu buatnya bos Syamin ni potong telinga sendiri ke, siapa yang susah???

“Awak ni suka buat benda ikut suka awak. Kalau la

Page 258: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

258

kaki awak patah tadi macam mana?” bebel Zikri tiba-tiba aje.

“Masalahnya saya dah cuba bagi tahu tapi bos besar nampak aje perempuan tu, dia terus buat larian seratus meter. Mana sempat nak cakap,” ujar Mazliana sambil mencebik.

“Tengok kaki awak ni, bengkak dah.”

“Ala sikit aje. Auchhhh, sakitlah!!!”

“Awak ni dari menjerit macam tu baik berselawat ke apa. Sekejap lagi kita jumpa doktor. Saya tak pandai nak urut kaki orang macam awak.” Pap! Aduhhh... macam jatuh ditimpa tangga, sempat juga bos memerlinya.

Mazliana tersenyum, tiba-tiba kenangannya bersama bos besar terlintas di layar ingatan. Entah kenapa bila teringatkan peristiwa itu dia tersenyum sendiri. Tapi kenapa bos besar lari bila nampak awek secantik tu? Takkan dia setia sangat dengan aku kut? Ketawa Mazliana pecah tiba-tiba. Atau dia dengan Encik Zikri ada ehem... ehem.... Eiii... biar betul???

“Apa awak termenung tu Mazliana, ketawa sorang-sorang?” Mazliana tersedar, tersenyum memandang Zikri yang menggeleng perlahan. Sedar kini dia berada bersama bos yang sedang kuciwa.

“Apa yang bos paling tak suka buat?” Pertanyaan spontan Mazliana membuatkan dia memproses agak lambat pertanyaan Mazliana.

“What?”

“Aduh... hah, inilah orang kita selalu sangat cakap omputih sampai soalan bahasa Melayu pun tak boleh nak jawab. Apa benda yang paling bos tak suka buat?” Sekali lagi soalan siaran ulangan.

Page 259: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

259

Zikri mencebik. Laju betul mulut tunang Is ni.

“Emmm... sesuatu yang membuang masa macam bersembang dengan awak ni,” jawabnya ringkas. Mazliana gigit bibir, geram. Hesy... buat lawak bodoh pulak bos ni. Sepak kang patah gigi.

“Bosan. Saya tak suka membuang masa tak tentu pasal. Contohnya orang memancing hanya untuk mendapatkan seekor ikan, tapi kadangkala terpaksa duduk berjam-jam semata-mata sebab seekor ikan.” Jawapan yang tak berapa bernas yang dilafazkan Zikri membuatkan tekak Mazliana loya tiba-tiba. Nak muntah. Dasar tak ada kesedaran sivik betul. Ini mesti jangkit dengan bos besar.

“Kalau macam tu jom ikut saya!” ajak Mazliana tiba-tiba.

“Nak ke mana?” soal Zikri ingin tahu.

“Ikut tanpa sebarang bantahan boleh tak? Ikut ajelah!” ujar Mazliana tegas. Terkebil-kebil Zikri mengikut langkah laju Mazliana. Mazliana berlagak serius.

Apa lagilah yang nak dibuat Si Mazliana ni.

“Tapi Maz, saya ada kerja ni. Lagipun ini waktu kerja.” Zikri cuba mengelak. Langkah Mazliana terhenti tiba-tiba, eh nasib baik tak accident. Zikri mengundur selangkah ke belakang apabila terasa dia terlalu dekat dengan Mazliana.

“Sekarang ni dah pukul empat lima puluh petang, lagi sepuluh minit pukul lima petang. So, kita jalan slow version. Sampai dekat kereta tepat pukul lima.” Cadang Mazliana membuatkan Zikri tersenyum melebar. Sempat dia menarik keluar Nokia 3310 untuk menghantar mesej kepada Taufiq. Apa lagi... bantuan! Bantuan!!! Over! Over!!!

Page 260: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

260

TENGKU ISKANDAR mengetuk perlahan pintu bilik Zikri. Namun tidak kedengaran suara. Pintu terus ditolak. Tiada siapa, kosong. Aik? Mana pulak Si Zik ni? Dia meneliti jam di tangan. Takkan dah balik?

“Tengku cari Encik Zikri ke?”

“Ya, dia ke mana Sofea?” Pertanyaan serius Tengku Iskandar membuatkan pekerjanya itu sedikit kecut.

“Tadi saya nampak Encik Zikri keluar dengan Cik Mazliana.” Teragak-agak Sofea memberi jawapan. Bimbang jika jawapan itu akan membuatkan bosnya itu mengamuk.

“Ke mana mereka?” tanya Tengku Iskandar lagi tidak puas hati.

“Saya tak pasti Tengku, tapi apa yang pasti mereka pergi berdua. Encik Zikri pun nampak macam ada masalah aje tadi, langsung tak senyum,” tambah Sofea lagi sempat dia mereka cerita. Padahal apa yang dia nampak hanyalah sisi belakang dua insan itu sahaja.

“Emmm... tak apalah kalau macam tu.” Dia terus berlalu meninggalkan Sofea yang masih tersenyum sendiri. Memasang angan-angan kalau-kalau boleh mendampingi lelaki yang kelihatan sempurna di mata semua perempuan itu. Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Takkan ada yang akan berfikir dua kali jika lelaki ini yang datang bertamu di hati.

Berita pertunangan Tengku Iskandar bukan saja memeranjatkan semua staf tapi juga membuatkan ramai pekerja perempuan MM Holding hilang semangat untuk berusaha memenangi hati peneraju MM Holding itu. Putus harapan dan putus perasaan.

“Weiii Sofea!!! Kau tengok apa tu?”

“Hesy... Kak Wanis ni, terkejut saya!”

Page 261: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

261

“Kau tak payah nak duk menenang bos kita tu. Dia dah ada yang punya.”

“Ala... orang dah kahwin pun boleh bercerai, inikan pulak baru bertunang.” Ringkas jawapan Sofea membuatkan Wanis menggeleng geram.

Macam-macam jenis gila manusia ni. Tapi apa yang pasti dia senang dengan tunang bosnya itu, dan dia sentiasa berdoa kebahagian Tengku Iskandar dengan Mazliana.

“Ek eh budak ni! Jangan mimpi di siang harilah Sofea. Nanti kau gigit jari. Bawa-bawalah tengok cermin.” Sempat dia memerli. Padan muka! Berlagak diva!

Sofea mencebik lalu meninggalkan Wanis yang masih memandangnya.

MAZLIANA tersenyum sambil melambai tangan ke arah Taufiq yang baru saja berlalu dengan moto Honda EX5 birunya. Buat masa ini adiknya itu sentiasa bersama saat susah dan senang. Memang tak sia-sia Tuhan menemukan mereka.

“Rapat awak dengan dia?”

“Lebih rapat dari saudara.” Ikhlas jawapannya dari lubuk hati yang paling dalam.

Kelibat Taufiq hilang dari pandangan. Entah apa hubungan Mazliana dengan pemuda itu dia sendiri tak tahu. Apa yang pasti pemuda itu seringkali bersama dengan tunangan Iskandar ni.

“Nak buat apa dekat sini?” Akhirnya dia bertanya.

“Hai... takkan nak bermandi-manda pulak? Ni tak nampak saya bawa apa ni?” Batang pancing dihulurkan ke

Page 262: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

262

arah Zikri. Lalu disambut malas. Apa lagi pulak ni??? Adoiii!!!

“Ehhh... bila masa pulak saya nak memancing ni?” tanya Zikri keliru.

“Masa inilah, apa guna jam mahal tu kalau masa pun duk tanya orang?” perli Mazliana.

“Mana ada orang memancing pakai kemeja dengan tali leher,” ucap Zikri tak puas hati. Dia malu bila ada mata yang melihat dan memandang ke arahnya. Mazliana menyimpan senyum. Kalau nak ikutkan memang nak ketawa terguling-guling, tapi sengaja wajah serius dicorakkan.

“Ada saya kisah? Dah, duduk!”

Zikri berdengus geram, tapi akhirnya dia akur juga. Kemudian dia melontar mata kail ke dalam air tasik.

“Apa benda yang boleh membuatkan bos rasa damai? Selain hubungan kita dengan-Nya?” soal Mazliana setelah beberapa minit berada dalam mood senyap.

“Hah???”

Aduhhh... lagi sekali tak faham bahasa Melayu. Riak wajah Mazliana membuatkan Zikri tersenyum. Dia tahu apa yang akan lahir dari mulut wanita itu.

“Tiga benda. Emmm... dapat projek besar, prestasi syarikat meningkat, berjaya tingkatkan mutu kerja,” ujarnya bangga.

Mazliana mencebik, hamba kerja betul mamat ni. Patut muka kusut aje.

“Kenapa?” tanya Zikri kembali apabila melihat wajah tak puas hati Mazliana.

“Dapat projek besar boleh damai ke? Bosannya,” kata Mazliana mencebik.

Page 263: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

263

“Awak pulak?” tanya Zikri seakan menduga. Matanya masih menikmati pemandangan tasik yang cantik. Dia terasa da..? Damai?

“Emmm... saya banyak benda boleh buat saya rasa tenang dan damai. Duduk atas riba mak pun boleh buat saya rasa nak tersenyum.”

“Emmm... seronokkan ada mak?” Ada nada sendu dalam suara Zikri. Pantas Mazliana beralih topik. Gatal betul mulut dia ni.

“Tiga benda yang saya rasa mendamaikan hati. Pertama laut. Kedua bulan dan bintang dan yang ketiga awan,” ucapnya dengan penuh yakin lagi bersungguh-sungguh, tiada keraguan.

Kening Zikri terangkat. Awan? Laut?

“Kenapa?” soal Zikri kurang faham.

Matanya jatuh kepada senyuman manis yang menghiasi wajah mulus wanita di sebelahnya. Dia tahu Mazliana ada kelebihan. Kalau tidak takkan hati sekeras Tengku Iskandar pun mampu ditundukkan. Tak sangka bila mendengar cerita Tengku Iskandar ke galeri naik motor??? Tak mungkin akan terjadi dalam kamus hidup temannya itu. Tapi Mazliana seakan mengubah sejarah dan mungkin akan mencipta sejarah.

“Cuba bos tengok awan tu....” Mereka mendongak memandang ke arah awan yang membiru, dihiasi awan putih yang persis kepulan asap.

“Kalau kita berada di laut, kita akan dapat lihat pertemuan langit dan bumi. Bila tengok laut, bos akan nampak tiada perbezaan antara langit dengan bumi kerana akhirnya bersatu juga dekat tengah-tengah garisan.”

Page 264: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

264

Zikri menganalisis wajah yang masih mendongak ke langit. Hebat kata-kata wanita ini, patutlah Mak Engku pun boleh terpikat.

“Jadi pepatah bagai langit dengan bumi tu tak boleh pakailah?” duga Zikri lagi. Mazliana tersenyum.

“Emmm... bagai langit dengan bumi memang berbeza, tapi pertemuannya samalah macam pipit dengan enggang. Memang pipit tak boleh terbang dengan enggang tapi hakikatnya dua-dua terbang di udara dan kadang-kadang terbang di tempat yang sama, jadi tak ada bezanyalah. Tapi peribahasa tu perlambangan yang dibuat orang dulu membawa pada sindiran yang berlapik, jadi boleh diterimalah.”

“Susah jugak bercakap dengan orang seni ni,” ujar Zikri senang. Dia tersenyum.

“Semua kita adalah orang seni bos. Bos pakai baju pun nak ikut warna yang sama. Baju biru tali leher mesti sesuai dengan baju, kan? Itu semua seni.” Sekali lagi Zikri tersenyum. Tiba-tiba dia terasa masalah yang terbeban di kepalanya beransur pergi bersama angin yang bertiup lalu.

“Kaki awak dah okey?” tanya Zikri pula.

“Hmmm...okey la. Kenapa? Bos besar ada cerita apa-apa eh?” soal Mazliana selepas menjawab pertanyaan Zikri.

Ketawa Zikri menampar telinga. Teringat ketawa sakan dia dan Tengku Iskandar apabila peristiwa yang menimpa Mazliana menjadi perbualan mereka. Mazliana menjeling geram.

“Tapi kenapa bos besar lari bila nampak perempuan tu?” Pertanyaan Mazliana meredakan ketawa Zikri. Dia tersenyum.

Page 265: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

265

“Mungkin lebih baik jika soalan itu awak tujukan kepada Iskandar. Saya tak ada jawapan untuk itu,” jawab Zikri bijak. Dia juga tiada jawapan yang terbaik untuk diberikan.

“Elehhh... kalau saya jatuh tergolek pun bos besar cerita, tak mungkin bos tak tahu pasal perempuan tu. Mustahil!” duga Mazliana serkap jarang.

Zikri hanya diam. Soalan Mazliana dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Tiga puluh minit berlalu, Zikri sudah melonggarkan tali lehernya. Butang baju yang menutup lehernya dibuka. Wajah tenang Mazliana di sebelah dipandang lama.

“Ada ikan ke tak ni?” tanya Zikri mulai bosan.

“Mana ada ikan dalam tasik ni, inikan tasik buatan,” ujar Mazliana selamba sambil bangun dari duduknya. Bulat mata Zikri. Ayat Mazliana betul-betul membuatkan mukanya berubah merah.

“Habis tu kita buat apa dekat sini?”

“Buat bodoh....” Mazliana tersenyum.

“Mazliana!!!” jerit Zikri menahan geram. Kurang asam punyai budak!!!

“Jomlah balik, dah nak maghrib ni,” bisik Mazliana perlahan. Dia ketawa kecil. Terkena juga bosnya tu.

Sebaik sahaja meninggalkan rumah Mazliana, Gen 2 hitamnya bergerak perlahan menyusuri kesibukan jalan raya yang sesak. Dia tersenyum sendiri terkenangkan peristiwa dia dengan Mazliana tadi. Kenapalah dia bodoh sangat sampai tak terfikir yang dia memancing di tempat yang langsung tak ada ikan. Patutlah banyak mata yang memandang ke arah mereka, rupanya memang mereka melakukan sesuatu yang tak masuk dek akal langsung.

Page 266: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

266

“HAI dari manalah anak kesayangan Haji Nordin ni?” Teguran Azlin membuatkan Mazliana tersenyum manja.

“Pergi mancing.” Ringkas jawapan Mazliana membuatkan semua mata di situ memandang tepat ke arahnya. Kenapa, tak percaya??? He he he....

“Sejak bila pulak anak ayah ni suka memancing?”

“Haah... bukan ke itu benda yang paling Maz tak suka?”

Mazliana tersenyum manis. Wajah Puan Maznah dicium lembut. Saja buat Kak Lin cemburu. Cebikan wajah ayahnya membuatkan dia mengambil tempat di sebelah Haji Nordin. Tangannya melingkari lengan ayahnya lalu bersandar mesra.

“Sebab ayah kesayangan hamba ni suka memancing, jadi anakanda nak belajar bagaimana rasa meminati hobi yang sama,” ujar Mazliana mengusik.

“Emmm... yalah tu, ke pergi dengan buah hati kesayangan tuan hamba?” Haji Nordin mencuit hidung anaknya. Mazliana tersenyum. Siapa buah hati sayangnya? Bos besar? Eiii... jangan haraplah bos besar nak temankan dia pergi memancing. Lama juga dia tak bertemu tunangnya tu. Rindulah pulak... ewah!!!

“Iskandar apa khabar? Lama juga dia tak datang sini,” tanya Puan Maznah pula.

“Maz bukan pergi dengan dialah mak,” ujar Mazliana manja.

“Habis dengan siapa pulak? Naik apa? Ke mana Maz pergi dah senja baru balik?” Sekali lagi soalan bertubi-tubi dari Puan Maznah. Huiii... tak ada stop langsung.

“Encik Zikri,” jawab Mazliana malas. Mesti ada

Page 267: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

267

soalan berkait. Lepas ni baik cepat ambik langkah pencegahan. Dia pantas bangun menuju ke tangga.

“Nak mandi dululah... dah bau kambing.”

Azlin yang baru nak membuka mulut terus tersenyum. Nak larikan dirilah tu. Macam la orang tak tahu.

LANGKAHNYA terpaku di situ. Punyalah besar dan luasnya Malaysia ni macam mana boleh jumpa dekat sini juga minah lintah ni. Dia cuba berlagak tenang. Teringat semburan amarah sekali dengan air liur memercik-mercik dari Tasha. Aduhhh... malang betul petang ni!

“Eh... Cik Tasha, kebetulan pulak!”

“Bukan kebetulan tapi I memang nak cari you!” Kegedikan gaya lintah sedikit hilang. Mungkin ada lagi sisa marah dan sakit hatinya. Maklumlah tak pasal-pasal dia dituduh perampas kebahagiaan wanita di depannya sekarang.

Air liur ditelan perlahan. Kalau ikutkan pada gaya bahasa badan yang dilontarkan oleh minah lintah ni macam ada lagi yang tak kena ni. Mazliana masih mengambil langkah berjaga-jaga, manalah tahu kalau tiba-tiba kena siram dengan asid macam drama dalam televisyen. Fuhhhh... tak ke kes cacat seumur hidup nanti.

“You dengar tak apa I cakap ni???” jerit Tasha dari jarak dekat. Berdesing telinga memecahkan sisa-sisa syak yang berkembang di otak sebelah kanannya.

“Hah??? Dengar... eh, tak dengar!”

“Dengar ke tak???”

“Secara tak ikhlasnya dengar tapi kalau secara jujur

Page 268: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

268

dan ikhlas lahir dari hati suci bersih saya ni tak berapa nak dengar, boleh Cik Tasha ulang siaran?” ujar Mazliana selamba. Tasha mencebik benci.

Amboi... tayang pulak muka sombong lagi bongkah kayu depan aku. Hesy... kang ada juga anak orang yang makan penampar ni kang. Mazliana cuba melontarkan senyuman paksa. Pantang datuk nenek dia bermasam muka dengan orang lain nanti, cepat pulak jadi warga emas. Siapa yang susah??? Aku... juga.

“I nak you ingat, jangan nak pandai-pandai rapat dengan Iskandar!!! Dia milik I dan akan selamanya jadi milik I! I tak akan biarkan you sesuka hati rampas dia dari I!!!” Amaran daripada si minah lintah. Ala... ayat copy paste aje. Dah berapa kali nak cakap entah.

“You dengar tak apa I cakap ni???” ulang Tasha tidak puas hati. Mazliana melangkah setapak ke belakang. Kalau dekat sangat ni boleh pekak telinga.

“Emmm... saya rasa dah dekat sepuluh kali Cik Tasha ulang benda ni dekat telinga saya. Bukan saja dengar, dah naik hafal pun, tapi itulah saya pun nak buatlah balik siaran tertunda mungkin Cik Tasha terlepaslahkan. Saya sekarang dah menjadi tunang Tengku Iskandar dan saya tak ada masalah pun sebenarnya kalau nak tinggalkan dia. Cuma yang menjadi masalahnya dia yang tak boleh tinggalkan saya, macam mana?” Bulat mata Tasha mendengar apa yang lahir dari mulut Mazliana.

“Awak memang kurang ajar!!!” Sekali lagi Tasha menjerit tapi kali ini dengan tangannya sekali diangkat.

“Auchhh... sakit!!!” Tasha cuba menarik tangannya yang terkunci di dalam genggaman kuat Mazliana.

“Saya guna bahasa elok. Jangan paksa saya

Page 269: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

269

tinggikan penggunaan bahasa kepada tahap kurang ajar yang Cik Tasha cakap tu. Saya rasa mak ayah saya cukup mendidik saya dari kecik sampai besar, jadi Cik Tasha bukanlah orang yang layak untuk menidakkan ajaran mak dan ayah saya!” Tubuh itu ditolak ke depan. Tasha menggosok pergelangan tangan yang terasa sengal. Cengkaman kuat Mazliana tadi meninggalkan bekas.

Tasha berundur ke belakang. Dia tahu Mazliana bukan perempuan biasa. Satu-satu air matanya sendiri melahirkan suara esakan kecil.

Aduhhh... menangislah pulak. Aku baru buka langkah sikit dah keluar air mata. Ni yang lemah sikit. Kepalanya digaru perlahan. Alahai... berdramalah pulak perempuan lintah ni.

Satu per satu tisu dari kotak dikeluarkan. Dihulurkan kepada Tasha yang masih menghembuskan air hidungnya. Hesy... kalau aku lelaki, dah reject seribu kali tanpa pertimbangan. Wajah Tasha kelihatan sangat sedih.

“Dahlah tu, ramai orang tengoklah, malu!” pujuk Mazliana.

Mazliana hanya mampu tersenyum apabila ada mata yang memandang ke arah mereka. Mana taknya, tengah jalan orang ramai ni. Aduh... mana nak simpan muka ni? Kalau ada kuasa hilangkan diri dah lama aku hilang. Mazliana mengeluh lemah, cuba mencari jalan keluar.

“Sampai hati Abang Is buat macam ni,” ucap Tasha dalam esakan.

Hai... tadi macam garang semacam, ni dah jiwanglah pulak minah lintah ni. Masak macam ni!

“Masalahnya Si Iskandar tu ada hati ke?” Ops... terlepas cakap. Pantas mulutnya ditutup rapat.

Page 270: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

270

“Apa dia?” Tasha tak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Mazliana.

“Eh... tak ada apa. Emmm... kalau nak nangis, nangislah. Saya temankan lagi sepuluh minit.”

Tiba-tiba ringtone volume lima Nokia 3310nya memecah sunyi.

“Opocot kau bunyi keluar... eh seluar kau berbunyi tak angkat eh... diangkat ehhh... berbunyi lagi!” latah Tasha perlahan. Mazliana ketawa kuat. Melatah rupanya minah ni. Ketawanya bersambung di dalam hati.

“Hello... yes?” jawabnya malas. Sakit hati juga bila tunangnya itu tak datang, janji nak belanja aku tengok wayang... penipu betullah bos besar ni. Alasan sibuk? Bukan ke itu alasan tak berapa bijak???

“Hospital??? La... okey, okey. Saya datang sekarang!”

“Siapa masuk hospital???” tanya Tasha dalam esak sedihnya.

“Cik Tasha bawa kereta ke datang sini?” Anggukan Tasha melegakan hati. Mana nak cari teksi waktu ni.

“Jom kita pergi hospital!” sambung Mazliana lagi mengajak.

“Tapi siapa yang masuk hospital?” tanya Tasha lagi masih tak puas hati.

“Tengku Iskandar!”

“Hah??? Oh My God! Cepat!” Belum sempat habis ayat, Tasha sudah meluru laju meninggalkan Mazliana. Haiii... laju ya...?

Page 271: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

271

KELUARGA Haji Nordin sibuk dengan persiapan-persiapan terakhir majlis antara Doktor

Johan dan Doktor Azlin. Terdengar di telinga pujian melambung jiran-jiran tentang tuah Haji Nordin dan Puan Maznah.

“Bertuahnya badan kau Nah. Seorang dapat Tengku seorang lagi dapat doktor. Ya Allah... kalau aku la, bahagianya!” Kedengaran suara volume empat puluh lima Mak Jenab. Macam biasalah wartawan tak diiktiraf sijilnya. Persis gelang sampai kat lengan. Hai mami jarum alahai mami jarum, menyampai cerita cepat dari berita. Stop! Dah tu. Hesy... sempat nyanyi pulak orang tengah sibuk ni.

Mazliana membantu menyiapkan persiapan di bilik pengantin yang bertemakan warna emas. Eiii... pleaselah warna emas. Ini yang keseratus satu kali dia membantah warna pilihan pengantin tu. Jawapan Kak Lin senang aje, ada aku kisah???

“Kak Lin ni buta warna ke apa? Warna emas tak

Bab 18

Page 272: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

272

cantik langsung. Cuba fikir warna ke arah kesejahteraan sikit. Ni nampak sangat kebendaan,” bebel Mazliana. Azlin hanya tersenyum mendengar omelan adik kesayangannya itu.

“Warna banyak makna konon, kalau nak makna sangat pilih aje warna hitam. Hah... hitam itukan menawan,” perli Mazliana lagi. Azlin tahu Mazliana tak puas hati apabila cadangannya untuk menggunakan warna putih dan merah hati ditolak mentah-mentah tanpa rayuan.

“Ala... kalau kamu nak, nanti kamu kahwin nanti kamu buat sendiri. Nak warna-warni pun mak long tak kisah.”

Aduh!!! Kan dah kena! Alamak, macam mana dia ni ada dekat tempat kejadian ni. Hajah Kamariah merupakan kakak sulung dan satu-satunya adik-beradik yang mak ada. Dua beradik aje. Mengenangkan ayah aku anak tunggal jadi Hajah Kamariah dan suami tercinta iaitu Haji Hussin adalah satu-satunya pak long dan mak long yang aku ada.

“Eh... mak long bila sampai?” Ewah.... tukar topik, pura-pura sopan.

“Tahun lepas…”

Gulppp yes!!! Terkena lagi. Mak long memang suka tengok cite Mr. Bean. Itu sebab kadang-kadang dia suka bergurau. Kononnyalah.

Puan Maznah masih tersenyum lebar. Melihat gambar kenangan anak gadisnya yang manis bergaya di majis pertunangan mereka. Kedatangan Haji Hussin dan Hajah Kamariah satu-satunya keluarga yang sanggup datang dari jauh membuatkan dia terharu.

“Tak sangkakan kak long...” Puan Maznah memecah sunyi.

Page 273: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

273

“Apa yang penting budak-budak ni bahagia Nah. Lagipun kalau nak ikutkan aku berkenan sangat dengan menantu-menantu kau tu. Sedap hati ni tengok.”

“Senang hati saya kak long, nak pergi nanti pun tak adalah hati ni tak senang sebab dah ada orang yang tolong tengok-tengokkan anak bertuah tu.” Sempat Puan Maznah mencuit bahu Mazliana yang berbaring di riba mak longnya. Manja, macam budak umur tiga tahun.

“Emmm... bertuah betul anak kesayangan mak long ni, mak mentua pun baik hati.”

Mazliana tersenyum manis, dia masih baring manja di ribaan mak long kesayangannya. Tengku Mariam yang duduk di sisi maknya juga tersenyum.

“Maaflah engku, anak dara ni memang manja dengan saya. Kalau saya ada, macam kucing siam asyik nak melekat aje,” jelas Hajah Kamariah. Tak mahu wanita itu salah sangka.

“Tak apalah Hajah. Dia nak bermanja,” ujar Tengku Mariam sambil tersenyum.

“Tak apalah mak long. Kalau mak long nak tahu, Mak Engku ni adalah salah seorang daripada ibu-ibu yang tersenarai sebagai ibu penyayang. Tahu tak? Kata omputihnya... a good mother,” puji Mazliana. Bukan bodek tapi ikhlas dari hati.

Memang sejak kecil lagi Mazliana rapat dengan mak long dan pak longnya, tambah-tambah lagi Haji Hussin dan Hajah Kamariah memang tidak dikurniakan anak. Jadi Mazliana la menjadi tempat mereka mencurahkan kasih sayang. Puan Maznah hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya.

“Hesy budak ni, mestilah mak tu risau. Macamlah

Page 274: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

274

mak long tak kenal siapa Maz tu. Semua yang ada dalam kepala kamu tu ada dalam poket mak long, tahu tak?” Mazliana tak jadi melangkah, dia kembali berpaling.

“Hah??? Kalau ada dalam poket mak long, nak tengok! Nak tengok!” Mazliana meluru kembali ke arah Hajah Kamariah. Tubuh tua itu dipeluk erat. Dia berpura-pura ingin melihat sesuatu pada mak longnya.

Puan Maznah tersenyum mendengar latah kak longnya, ketawa Mazliana kedengaran riang mengusik mak longnya.

“Hesy... budak ni bilalah nak berubah, suka sangat mengusik,” rungut Hajah Kamariah lagi.

“Apa yang buat Maz jatuh hati dengan Tengku Iskandar yang hensem tu?” Mazliana terkedu dengan soalan cepumas mak longnya. Hah... inilah soalan yang sepatutnya difikirkan jawapannya sejak dulu.

“Hah??? Itu mak long kena tanya dialah sebab bukan Maz yang jatuh cinta pada dia dulu tapi dia yang terpikat dengan anak kesayangan mak long ni,” jawab Mazliana senang.

Ewah... banggalah pulak. Sejak bila pulak bos besar jatuh cinta dengan dia entah. Perasanlah pulak! Kalaulah Tengku Iskandar dengar pengakuan berani mati aku ni, alamat mesti dia terus duduk dalam bilik tak keluar-keluar sebab tak sanggup nak terima kenyataan. Terlakar senyuman nakal di wajahnya. Hesy... jangan merepeklah. Si Julia Hana tu nak campak mana? Tengku Mariam hanya tersenyum mendengar jawapan dari mulut gadis itu. Memang dia akui dia senang berada dalam keluarga serba sederhana itu.

“Maaflah Kak Engku, budak ni kalau bercakap bukan tengok orang kiri kanan.” Segan pulak rasanya dia

Page 275: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

275

dengan Tengku Mariam yang hanya tersenyum dengan telatah anak gadisnya itu. Manja sangat!!!

“Tak apalah, sebab dia macam nilah saya pun dah terpaut sayang,” akui Tengku Mariam jujur. Dari pagi tadi dia duduk membantu apa yang patut. Dalam diam juga dia semakin terpikat dengan telatah bakal menantunya itu.

“Ni yang sayang Mak Engku ni. Muahhh!!!” Satu flying kiss dari jauh dilayangkan ke arah bakal mentuanya. Gila laaa… kalau cerita sebenar terbongkar mesti Mak Engku kecewa.

“Hesy... budak ni ada ke pulak buat macam tu. Bertuah punya budak!” Hajah Kamariah mencubit kuat pipi anak buah kesayangannya. Membiarkan Mazliana menjerit sakit.

Mereka yang ada di situ ketawa sama melihat gelagat dua beranak itu. Azlin yang sibuk ke hulu ke hilir berhenti seketika untuk turut serta dalam keriuhan di ruang tamu itu. Memang kalau tak ada Mazliana alamat sunyilah rumah.

Mak Engku merapati Mazliana yang sedang mencucuk bunga di pasu.

“Maz, Si Iskandar dengan Zikri ni mana tak sampai-sampai?” tanya Tengku Mariam perlahan. Semalam dia sudah mengingatkan anaknya tentang majlis ini. Tak mungkin Zikri juga lupa.

“Alaa... Mak Engku jangan bimbanglah. Tadi dia call Maz dia kata malam-malam sikit dia datang.”

“Malam apanya, esok dah nak makan besar. Nak kena Si Iskandar ni. Budak Zikri ni pun sorang lagi entah ke mana-mana perginya!”

Page 276: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

276

“Mak Engku, Zikri kan ke Bandung. Mak Engku lupalah tu,” ujar Mazliana mengingatkan.

Tengku Mariam menepuk dahinya. Macam manalah dia boleh terlupa yang Zikri dan suaminya ke Bandung dua hari lepas. Penat dia membebel sendiri memarahi Zikri dalam hati tadi. Tak pasal-pasal anak yang tak bersalah menjadi mangsa.

“Habis Si Iskandar ni pulak ke mana?” Sekali lagi dia bertanya geram.

Mazliana hanya tersenyum. Perlu ke dia bagi maklumat di mana bos besarnya berada? Mungkin sekarang ni bos besar masih lagi di hospital menemani kekasih hatinya yang sedang sakit. Sesak juga nafasnya bila soalan demi persoalan menerjah masuk ke hatinya. Baik dia diam!

“Mak Engku jangan risaulah, nanti dia datanglah tu. Mungkin sekarang ni dia sibuk. Tak apa, nanti Maz call ingatkan dia balik.” Melihat wanita itu mengangguk. Dia melepaskan nafas lega.

“Eh... mana pak long dengan ayah ni tak balik-balik lagi?” bisik Mazliana apabila Puan Maznah melintas di hadapannya.

“Kenapa?”

“Adalah... ni hal orang laki, mak mana boleh tahu.” Ketawa Mazliana bertambah kuat. Saja nak kenakan mak.

Dia menjerit kesakitan apabila Puan Maznah melayangkan satu cubitan berbisa di lengannya. Mak oiii... berbekas tu. Sakit giler!

Mazliana tersenyum mendengar perbualan rancak Puan Maznah, Hajah Kamariah dan Tengku Mariam bersama jiran tetangga yang memenuhi ruang dapur. Wajah mak

Page 277: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

277

tambah berseri apabila mak long menceritakan pengalamannya semasa mengerjakan haji. Jelas mak tak sabar menunggu gilirannya. Sesekali Mazliana mencelah apabila namanya dikaitkan.

Puan Maznah dan Haji Nordin akan mengerjakan haji tahun ni. Bagi Haji Nordin ini adalah pengalaman keduanya tapi bagi Puan Maznah peluang inilah yang paling ditunggu-tunggu. Kalau dulu hanya suaminya yang berpeluang tapi sekarang sampailah gilirannya menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Mesti bosan bila mak dengan ayah tak ada,” ngomel Mazliana.

“Itulah mak long suruh ikut balik kampung tak nak,” bebel mak longnya.

“Ala... bukan tak nak, tapi banyak benda Maz kena buat dekat sini.”

“Emmm... yalah tu. Mak rasa kerja anak mak ni menyukat jalan dekat Kuala Lumpur la.” Puan Maznah mengusik anaknya lagi.

“Nanti tak takut ke tinggal dekat rumah sorang-sorang?” tanya mak longnya. Saja nak buat drama seram ar tu.

“Kak Engku ni dah sibuk suruh dia tinggal dengan mereka. Pening juga kepala bila fikir cara Kak Engku layan anak manja saya ni. Tapi tak rasa terkilanlah kalau saya dah tak ada nanti ada jugaklah mentua yang sayangkan dia.” Mazliana pantas bangun. Wajah Puan Maznah dipandang tak puas hati.

“Kenapa mak cakap macam tu? Tak sukalah macam ni.” Kedengaran ketawa kecil keluar dari mulut mak long dan Tengku Mariam. Walaupun bukan dia yang buat lawak.

Page 278: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

278

Memang kali ini wajahnya serius. Dia paling pantang kalau buka cerita pergi tak kembali ni.

“Tak apalah Cik Nah, kita akan jaga anak manja awak ni sebaik mungkin awak janganlah risau. Lagipun kalau nak ikutkan memang sikit lagi dia kena duduk dengan kita pun, kan?” usik Tengku Mariam. Mazliana tiba-tiba terasa malu. Hesy... alamak merah ar pulak muka.

“Elehhh... malu tapi mahu!” Sempat Azlin mengusik adiknya. Sekali lagi ruang dapur riuh dengan gelak tawa.

Keriuhan suara mak longnya kedengaran di ruang dapur. Bunyinya seakan mengarahkan sesuatu. Memang tak menjadi masalah bagi mak long untuk mengendalikan majlis mengenangkan mak long adalah Pengerusi Majlis Gotong-Royong Kampung Lumut. Memang bestlah mak long!

Mazliana meninggalkan hiasan sirih junjung yang dibuat apabila mendengar jeritan Azlin dari bilik. Jelas memekakkan anak telinga orang yang berada di situ. Apalah masalah pengantin terjerit-jerit ni. Hesy... buat malu orang kampung aje.

“Nak apa terjerit-jerit macam Tarzan ni? Awak tu nak jadi raja sehari cuba control ayu sikit!” Sound direct Mazliana kepada kakak kesayangannya.

Walaupun ada rasa sedih sebab Mazlinda adik keduanya masih tak boleh balik meraikan bersama disebabkan tanggungjawab beratnya sebagai pelajar tapi keriuhan Mazliana mengubat segalanya.

“Tengok ni siapa?” Skrin komputer riba milik Azlin dipandang.

Dilihat Mazlinda melambai-lambaikan tangannya dan mengangkat tanda peace, bajet muka comel. Webcam

Page 279: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

279

dibesarkan menjadi full skrin. Menjelajah dunia tanpa sempadan sekejap.

“Seronoknya... nak balik!!!” jerit suara yang dirindui itu. Wajah di dalam kotak skrin lap-top milik Azlin cukup mengubat rasa rindu. Lamanya Kak Ida tak balik.

“Itulah, siapa suruh belajar jauh-jauh, kan dah kantoi tak boleh balik?” Ada nada sendu di hujung kata-kata Mazliana. Hah... rindunya dia pada kakaknya yang sorang ni.

“Kak Lin dah pakai inai?” tanya Mazlinda, suara itu kedengaran sayup-sayup, mungkin kerana jarak atau keadaan line internet yang mengganggu.

Azlin mengangkat kedua-dua belah tangannya, jari-jemarinya dilayarkan di depan skrin. Mereka ketawa lagi. Jari orang cacat dah berinai, usik Mazliana sejak semalam. Sejak kecil lagi Azlin selalu mempertikaikan jarinya yang sedikit berisi. Sejak itu Mazliana akan mengusiknya, budak cacat.

“Budak sorang tu tak berinai ke kak?” Suara di dalam skrin kedengaran lagi.

“Emmm... bertuahlah kalau Si Maz ni nak berinai. Dekat pun tak nak Ida. Kalau Ida ada mesti Ida yang first gatal-gatal nak berinai, kan?”

Mazliana mencebik. Hah... ni nak mula kenakan akulah tu. Mentang-mentang dapat bertentang mata secara online, nak kecoh pulak.

“Mestilah!” jerit Kak Ida. Senyumnya jelas kelihatan sampai ke telinga.

“Kak Lin sorry sebab tak dapat balik. Sedih rasa hati ni bila Kak Lin nak kahwin, Ida tak ada. Sorry... mesti banyak kerja nak buat, kan?” ucap Mazlinda dengan nada yang sayu.

Terkilan tidak dapat bersama di hari bahagia kakak

Page 280: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

280

kesayangannya. Hahh… sudah nak masuk part sedih la ni. Ni yang malas nak ikut sekali join kumpulah tangkap jiwang ni. Mazliana dapat melihat air mata Kak Linnya sudah menitis.

“Hesy... dah ar, ini kan nak sambut hari bahagia. Jangan nak sedih-sedih, nanti hilang pulak seri pengantin tu.” Ewahhh... sejak bila aku tahu pasal seri menyeri ni entah.

“Emmm... betul kata budak sorang tu Kak Lin. Tiba-tiba aje mak cik tu bagi nasihat yang bernas,” usik Kak Ida di hujung talian.

Mazliana menjelir lidah. Sengaja menayangkan muka tak boleh blahnya.

“Okay my sis, hadiah Ida dah pos. Hope u like it, okay. Selamat pengantin baharu dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Nanti Ida balik dah ada baby tau!” Pesan Mazlinda panjang lebar.

Mazliana ketawa kuat. Pesanan ikhlas yang melampau. Siap ada baby lagi tu. Jelas kelihatan wajah Kak Lin berona merah. Mazliana ketawa dalam hati. Kelakar pulak bila tengok muka Kak Linnya.

WALAUPUN secara luarannya aku membantah habis-habisan perkahwinan Jolin, hah tak faham??? Jolin adalah Johan dan Azlin atau dalam kad raja seharinya JO & LIN. Namun bantahan aku tu tak adalah sampai ke hati. Aku atas nama Mazliana Haji Nordin adalah orang yang paling gembira. Senyuman manis berseri Kak Lin sepanjang menghitung hari bahagianya cukup untuk buat hati ini sejuk.

Page 281: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

281

“Hai!” Johan duduk di kerusi kosong yang bertentangan dengan Mazliana, senyuman terlakar di wajah berseri lelaki tu. Maklumlah bakal pengantin baru.

“Eh… sejak bila pulak pengantin lelaki boleh lepak rumah pengantin perempuan sesuka hati ni?” tanya Mazliana selamba. Bukan ke orang tua kata tak manis. Hesy... budak-budak sekarang bukan boleh dengar kata orang tua. He he he... macamlah aku dengar sangat.

“Terima kasih,” ucap Johan dalam senyuman. Berkerut dahi Mazliana mendengar ucapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Keningnya diangkat tinggi. Tayang muka blur.

“Terima kasih sebab apa pulak?” soal Mazliana pelik. Tiba-tiba aje.

“Semuanya. Terima kasih sebab terima abang dan terima kasih sebab sudi menjadi adik ipar abang.” Lembut suara itu masuk ke telinganya.

Mazliana bangun dari kerusi. Matanya masih tepat memandang ke arah lelaki yang baru lapan jam diterima sebagai bakal menjadi abang iparnya. Itu pun selepas menjalani tapisan tujuh peringkat. Nasib baik lulus. Ucapan terima kasih yang diucapkan tadi berjaya diproses.

“Ala... no hal ar. Sekarang ni apa yang penting kebahagian Kak Lin. Kalau dia pilih Doktor Johan, maknanya ada sesuatu yang istimewa yang ada dalam diri Doktor Johan.” Johan tersenyum. Dia dapat merasakan penerimaan adik iparnya itu.

“Tapi ingat, kalau ada sesuatu yang buat kakak kesayangan saya tu menangis disebabkan Doktor Johan, jangan salahkan saya kalau muka hensem Doktor Johan tu termasuk dalam longkang,” sambung Mazliana lagi. Serius.

Page 282: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

282

Johan ketawa kecil, walaupun dia tahu kata-kata Mazliana itu membawa mesej yang mendalam.

“Boleh tapi dengan satu syarat,” pinta Johan perlahan.

Pulak!!! Macam bos besarlah pulak nak main syarat segala.

“Apa pulak syaratnya?” tanya Mazliana tak puas hati.

“Maz kena tinggalkan panggilan Doktor Johan tu.”

“Nak tinggalkan dekat mana pulak?” tanya Mazliana sengaja buat-buat tak faham.

“Mana-manalah. Maz gantikan dengan Abang Johan,” ujar Johan lagi. Mazliana ternganga. Abang??? Tiba-tiba tekaknya loya, nak muntah!!!

“Emmm... bolehlah, tapi lepas tiga puluh tahun laaa....” Mazliana menjelir lidah, lalu meninggalkan Johan yang masih dalam sisa tawanya. Apa yang kelakar dia sendiri tak tahu.

SENYUMAN tak lekang dari bibir manis itu. Mazliana tersenyum bila melihat pipi kakak kesayangannya dicium manja oleh Puan Maznah dan Haji Nordin. Tiba-tiba saja paru-parunya terasa sayu. Sedihlah pulak!!! Hesy... cover Maz, takkan dah besar nak nangis kut!

“Apa yang Maz bualkan dengan Abang Johan tadi?” tanya Azlin. Eleh... risau aku cakap bukan-bukanlah tu.

“Tak ada apa. Maz cuma bagi tip sikit dengan Si Johan tu macam mana nak berdepan dengan perempuan

Page 283: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

283

yang ada tali pinggang hitam seni gayung ni pada malam pertama,” usik Mazliana.

Bulat mata Azlin mendengar ayat adiknya. Mukanya merah menahan malu. Gila punya adik. Ada pulak cakap macam tu. Hesy... buat malu aje. Mak long yang dari tadi menjadi pendengar hanya ketawa kecil. Sempat dia layangkan penampar Jepun di bahu Mazliana. Aduh pedih! Apahalnya sejak dua menjak ni asyik makan penampar aje ni? Ahhh!

“Cuba cakap elok-elok dengan kakak tu.” Mazliana mencebik mendengar nasihat mak longnya. Eleh... macam dia tak tahu yang mak long pun join sekaki kalau bab mengusik kakaknya tu. Boleh pulak buat ayat cover line.

Mak long adalah tulang belakang majlis. Kalau tak, mesti Puan Maznah tak menang tangan. Mana nak uruskan rumah lagi, nak uruskan kenduri lagi. Walaupun kenduri yang dirancang sederhana tapi dapat dirasakan kemeriahan yang bakal berlaku esok. Mesti best punyalah!

Tiba-tiba Nokia 3310nya berdering kuat.

“Nak ke mana tu?” tanya mak longnya yang sedari tadi duduk berhampiran dengannya.

“Hospital,” balasnya pendek.

“Siapa Maz? Siapa pulak yang masuk hospital?” tanya Puan Maznah dilanda kebimbangan.

“Emmm... kawan Maz mak. Nak pergi tengok kejap.”

“Nak pergi dengan siapa tu? Suruh pak long hantar,” cadang mak longnya.

Tetapi cadangan itu ditolak mentah-mentah. Hesy... kalau buatnya pak long tengok bos besar dekat hospital tak ke kes bertambah panjang.

Page 284: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

284

“Tak apalah mak long, Maz pergi dengan adik Maz aje.” Hajah Kamariah tersenyum. Fahamlah dia siapa yang dimaksudkan. Puan Maznah hanya menggeleng perlahan melihat Mazliana yang sudah hilang bersama Taufiq.

“Budak ni... suka risaukan hati orang.” Puan Maznah berbisik perlahan.

“Dia anak yang baik.” Sambut Hajah Kamariah. Tengku Mariam hanya tersenyum mengiakan kata-kata yang baru didengar tadi.

PINTU WAD D412 ditolak perlahan. Kali ni dah masuk tiga kali dia menjadi pengunjung di sini, sempat jugalah melihat-lihat kawasan hospital yang cantik ni. Maklumlah bukan hospital kerajaan yang selalu pergi tu, tapi hospital yang ada taraf bintang-bintang. Taraf bintang-bintang???

Selepas salam diberi dia menolak lembut pintu, bukan sebab dia dah jadi perempuan melayu terakhir tapi tak nak pulak nanti kalau ada pulak pintu hospital yang tercabut. Siapa yang susah? Dia juga. Mana nak cari duit nak bayar?

“Macam mana keadaan Kak Hana? Okey?” tanyanya perlahan tak nak mengejutkan Tengku Iskandar yang sudah terlena di sofa yang terletak di hujung tepi bilik. Mesej lelaki itu mengingatkan dia agar membawa bubur ayam McD untuk kekasih hati. Awek dia yang nak makan aku pulak yang kena belikan. Ada ke patut???

“Okey. Ala... lagipun akak bukan sakit apa. Cuma stres aje.” Senyuman manis wajah wanita itu tak pernah lekang dari bibirnya. Tapi senyuman itu seakan tak ikhlas.

Page 285: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

285

Wajah Tengku Iskandar yang masih lena dijeling seketika. Emmm... sayang betul bos besar dengan Kak Hana ni sampai sanggup tidur dalam keadaan tak sempurna macam tu.

“Mungkin dia penatlah tu, sampai tertidur dekat situ,” bahasa Julia Hana lembut. Aduh... lemah semua sendi aku dengar. Kalaulah Mazliana Haji Nordin cakap ala lenggok bahasa macam tu, alamatnya kena buat kenduri tujuh hari tujuh malamlah Haji Nordin.

Emmm... alamak bos besar tidur, macam mana nak ingatkan dia pasal esok ni? Kalau esok dia lupa majlis Kak Lin, alamat kena belasahlah dengan Mak Engku. Mazliana cuba memikir cara. Kalau nak bagi SMS macam tak berkesan. Ini dah masuk dua belas kali dia bagi SMS tapi satu balasan pun tak diterima.

“Nak akak kejutkan dia?” tanya Julia Hana.

“Eh tak apalah kak, biarlah dia tidur. Ini bubur yang akak nak. Lepas tu tolong bagi pesanan ni dekat bos besar ek.” Mazliana mencapai pen dan sehelai kertas di hujung meja. Kertas pesanan itu ditinggalkan kepada Julia Hana.

Dia tak pasti sama ada statusnya sebagai tunang bos besar sudah dimaklumkan kepada Julia Hana atau belum. Tapi macam belum sebab macam tak ada apa-apa aje minah ni nampak aku. Hah... lantaklah!

MAJLIS berjalan lancar, dari pagi senyuman mekar di wajah manis Azlin dan Johan. Malah orang paling gembira adalah kedua ibu bapanya. Sepanjang hari senyuman berona si wajah. Dia tersenyum bahagia.

Page 286: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

286

Taufiq dan adik-adiknya juga rajin membantu. Tak apa, lepas ni kena mintak Kak Lin habuan sikit untuk mereka. Tak kurang juga Syamin yang dari tadi duk usung pinggan mangkuk ke sana ke sini. Pura-pura sibuk ar tu. Pelakon betul. Boharin sekeluarga juga ada datang tadi tapi sekejap saja sebab ada lagi kenduri. Maklumlah makan free, Bobo bukan boleh makan free ni. Perut pun dan besar macam Blue Hyppo.

Cuma yang dari tadi tak nampak batang hidung dan lubang hidung tunangnya siapa lagi kalau bukan Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Penat juga dia kena menjawab bila ada jiran yang duk sibuk bertanya. Mangkuk betullah bos besar ni!

Pinggan berisi nasi minyak dah beberapa jenis lauk diletakkan di depan Tengku Iskandar. Mazliana sedikit terkilan dengan sikap sambil lewa bos besarnya. Entah kenapa kehadiran bos besarnya sejak pagi tadi ditunggu. Jam menunjukkan pukul lima petang, semua tetamu dah balik pengantin pun dah salin baju.

“Hai Maz, takkan tunang tak datang tolong kut?”

“Maz... mananya kau punya tunang? Takkan tak nampak muka?”

“Hai Maz... ada masalah la tu. Budak baru nak menetas macam tulah!”

Huh... macam nak menanahlah telinga ni dengar macam-macam kata orang. Itu belum kira bebelan Mak Engku lagi. Macam-macam dia suruh call, MMS, SMS dan segala jenislah. Tapi maklumlah, 3310 kesayangan aku manalah ada nak 3G, nak MMS segala tu.

“Emmm... makanlah, bukan untuk tontonan semata-mata.”

Page 287: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

287

Baru sekarang nampak muka. Baik tak payah datang, marah hatinya.

“Mama mana?” tanya Tengku Iskandar sambil matanya melilau mencari seseorang.

“Ada dekat dalam tu. Lepas ni bos besar kena tadah telingalah. Saya dah nak dekat dua jam dengar dia membebel.” Tengku Iskandar hanya mengangguk. Nasi minyak di depannya membuka selera dah dua hari makannya tak tentu semuanya disebabkan rasa risau yang menguasai diri.

“Tak apa, kalau dia marah pun sekejap aje, lepas tu okey balik,” ujar Tengku Iskandar yakin. Mazliana mencebik. Macam tak bersalah pulak mamat ni. Tak ada perasaan betul.

“Okeylah bos besar makanlah ek. Kalau nak apa-apa mintalah dekat siapa-siapa yang ada dekat sini ya.” Mazliana merajuk? Eiii... betul ke ni? Eh, biar betul? Aku ke ni? Tapi kenapa pulak aku nak merajuk? Hah... sudah!

“Marah nampak? Sorry, saya lambat. Lagipun hari ni Hana keluar hospital,” jelas Tengku Iskandar sambil meneruskan suapannya.

Ada aku kisah? jawab Mazliana dalam hati. Dia hanya tersenyum, malas nak panjangkan cerita. Kalau nak cerita sampai lusa pun belum tentu habis. Baik tunggu dan lihat ambil langkah berdiam diri.

“Tak kisahlah bos, apa yang penting bos besar datang meraikan majlis,” ucapnya lagi. Setelah diperkenankan oleh hati dan mindanya memproses lancar, jadi kesalahan Tengku Iskandar dimaafkan. Lagipun memang mamat ni makan semut berpuluh-puluh ekor sehari, itu yang jadi pelupa.

“Awak tak marah?” tanya Tengku Iskandar.

Page 288: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

288

“Hesy... bukan majlis saya, yang patut marah pun sepatutnya Mak Engku. Tadi nak dekat berpuluh kali jugalah dia tanya pasal bos besar,” ujar Mazliana panjang lebar. Dia cuba mengawal amarahnya.

Tengku Iskandar hanya mengangguk sambil melajukan suapannya. Nampak macam mangsa gempa bumi pula bos besar ni makan. Dah berapa hari tak makan agaknya mamat ni.

“Lapar sangat ke bos besar?”

“Emmm... bolehlah,” jawab Tengku Iskandar sambil ketawa kecil. Hesy... terus tak jadi nak marah mamat ni. Apalah ilmu dia pakai.

“Maz, nak cakap sesuatu boleh?” ujar Tengku Iskandar meminta izin.

“Perlu ke minta izin?” soal Mazliana. Tengku Iskandar menggeleng. Mazliana membetulkan baju kurung yang sudah kedut seribu.

“Hah, apa dia?” tanya Mazliana lagi lepas lama mereka terdiam.

“Cantik awak hari ni,” puji Tengku Iskandar ikhlas.

Mazliana tersenyum. Mangkuk punya bos besar, saja nak buat jantung aku tak stabil. Mazliana berlalu meninggalkan Tengku Iskandar apabila melihat wajah garang Tengku Mariam yang sudah berjalan menghala ke arah mereka.

“Maz nak ke mana tu? Tolonglah saya!” Pinta Tengku Iskandar. Dia dapat mengagak yang mama akan menyerangnya.

“Sendiri makan pengat sendiri mahu ingatlah!” Mazliana tersenyum sinis.

Page 289: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

289

TASHA menanggalkan cermin mata hitam jenama Gucci, hadiah daripada papa semasa

mereka bercuti di Paris. Eh... kena cerita juga ke? Tak payahlah. Seorang lelaki botak dan seorang lelaki berbangsa India tersenyum di depannya. Sampul coklat yang berada di tangannya dibuka. Sekeping gambar dikeluarkan dan dihulurkan kepada dua lelaki itu.

“I nak korang siasat apa hubungan mereka ni,” arah Tasha perlahan. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan cuba mengawal kawasan yang agak sunyi itu. Risau juga dia kalau ada mata yang memandang.

Bob ketawa perlahan. Dia melihat dengan teliti gambar yang sudah berada di tangan. Seorang lelaki sedang tersenyum dan di sebelahnya seorang perempuan cantik.

“Itu saja? Atau bos nak suruh kami habiskan saja mereka ni?”

“Eh... sekarang ni siapa yang bagi korang duit? Buat dulu apa yang I suruh jangan sampai I pulak yang

Bab 19

Page 290: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

290

habiskan korang, faham???” sergah Tasha garang. Bengap punya penjahat. Nama aje gengster tapi bertindak suka ikut kepala lutut.

“Jadi gambar perempuan yang bos bagi dulu?” Pertanyaan itu membuatkan Tasha menjeling. Perempuan mana pulak?

“Hah??? Yang mana?” tanya Tasha kembali. Dia pernah bagi gambar siapa pulak ni.

Bob menggaru kepalanya yang botak. Alamak, entah apa masalahnya dia dapat bos yang pelupa macam ni.

“Ala... yang budak perempuan comel tu.” Si botak tersenyum lebar. Tasha teringatkan gambar Mazliana yang diserahkan dulu.

“Emmm... yang tu biar aku uruskan. Korang buat apa yang aku suruh dulu.”

“Baik bos, tapi kalau gerak tak dapat nak minum-minum air ni susah juga bos.” Giliran Raju pula bersuara sambil menggosok tangannya. Tasha tahu apa yang dimaksudkan oleh orang upahannya itu.

“Tak payah minum air. Berhenti dekat mana-mana masjid minum aje air paip!” Kalau pasal duit aje, laju. Tapi kerja tak pernah yang jadi. Tahunya nak menghabiskan duit aku aje!

“Alamak bos, jangan buat lawak macam ni!”

“Siapa buat lawak? Cuba korang kira dah berapa ribu duit I habis, tapi satu kerja korang pun tak selesai! Yang korang tahu mintak duit. Sekarang ni I nak korang ubah sikit prinsip kerja tu. Kerja biar kerana Allah jangan sebab duit semata-mata!” perintah Tasha sambil meninggikan sikit suaranya. Hesy... payah betul kalau berurusan dengan orang

Page 291: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

291

tak ada ijazah ni. Susah, tak faham bahasa. Bob dan Raju saling berpandangan. Seakan tak percaya apa yang keluar dari mulut bosnya. Alamak bos ni dah insaf ke apa?

“Sikit pun tak ada ke bos?” pujuk Bob lagi dan Raju pulak tayang muka dua puluh sen. Susah juga nak buat kerja kalau poket kosong. Semalam pun dalam poketnya hanya ada dua ringgit lima puluh sen.

“Sebelum I tanam korang berdua dekat sini baik blah sekarang! Buat kerja dulu. Siap kerja baru ada duit!” ugut Tasha.

Bob dan Raju mengangguk hampa. Tanah perkuburan Islam di sebelah mereka jelas kelihatan. Hesy... bos ni agak-agaklah nak buat pertemuan pun. Dari buat dekat kubur baik jumpa dekat masjid, lagi afdal.

“Okeylah bos. Kami pergi dulu.”

Tasha melepaskan keluhan berat. Rasa geramnya masih belum habis bila melihat kelibat Tengku Iskandar dan Julia Hana begitu mesra keluar dari pekarangan hospital. Kalau ikutkan hati elok dilanggar aje minah perampas tu. Sakit konon. Kurang ajar!!!

Memang sejak dulu lagi Julia Hana adalah wanita yang paling dibenci. Si Iskandar tu pun satu, bodoh sangat, senang-senang saja terima balik perempuan yang dah buat dia merana. Sekelip mata dia boleh lupakan kekecewaan selama ni. Memang buta betul Abang Is ni.

Tasha memandang sekeliling. Tanah perkuburan Islam! Tiba-tiba terasa bulu romanya berdiri. Air liur ditelan perlahan. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta dan keluar dari kawasan itu. Eh... macam manalah dia boleh terfikir nak jumpa di tempat macam ni.

Page 292: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

292

KUNCI kereta dibaling ke atas meja. Terasa kepalanya sudah sesak memikirkan hal Abang Is yang tak pernah memandang ke arahnya. Minda kata tak nak tapi dari tadi hati duk kata fikir, fikir! Hesy... stres!!!

“Sayang dari mana ni?”

Datin Jamilah melihat wajah anaknya yang agak kusut. Soalan mamanya dibiarkan berlalu. Langkah laju diatur tanpa mempedulikan mama dan papa yang sedang menikmati hidangan di taman.

“Emmm... tengoklah anak abang tu, muka masam mencuka. Sejak Si Iskandar tu bertunang, sejak itu juga dia asyik nak naik angin. Habis semua barang jadi mangsa.”

“Emmm... mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi,” perli Datuk Mardan. Memang perangai anaknya tu saling tak tumpang macam isterinya Datin Jamilah. Kalau dia, semua betul. Kalau orang lain, silap sikit dah mengamuk.

“Abang perli saya?”

“Saya ada janji ni. Nanti malam, saya balik lewat sikit ada urusan dengan Tengku Mazlan.”

Datuk Mardan malas nak bertikam lidah dengan isterinya. Kalau lama dia mendengar bebelan Datin Jamilah lagi besarlah perang yang akan meletus nanti. Sejak semalam mulut isterinya itu tak berhenti bercakap. Kalau berhenti pun sebab matanya dah tertutup.

“Abang nak buat apa jumpa Tengku tu lagi. Dia kan dah malukan keluarga kita. Abang ni tak ada perasaan ke?” ujar Datin Jamilah geram.

“Yang bermasalah adalah Natasha dengan Iskandar, bukan saya dengan Mazlan. Kami dah lama berkawan, dia dah macam abang saya. Takkan sebab anak manja awak tu saya

Page 293: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

293

nak putuskan hubungan pulak?” kata Datuk Mardan panjang lebar.

“Masalahnya abang...” Datin Jamilah sudah bangun dari duduknya. Memang tak boleh diajar betul orang tua ni.

“Masalahnya awak tu... sebagai mama dia, awak kena nasihat anak awak tu. Jangan sampai anak awak tu nanti hanyut disebabkan sikap sendiri. Dah, saya nak pergi ni.” Datuk Mardan terus meninggalkan isterinya.

Datin Jamilah masih terkedu, tak pernah Datuk Mardan membahasnya sebegitu. Sebelum ni semua apa yang keluar dari mulutnya adalah keputusan tapi semenjak dua menjak ni suaminya dah banyak berubah. Kadangkala pandangan mata suaminya membuatkan dia takut untuk meninggikan suara.

KETAWA dua sahabat kedengaran lagi. Dari tadi pukulannya mengenai lubang. Kayu golf diletakkan kembali ke tempatnya. Tengku Mazlan tersenyum. Permainan Datuk Mardan kali ini betul-betul mengkagumkan.

“Terdiam terus dia. Aku baru naikkan suara sikit terus ternganga mulut tak boleh tutup,” cerita Datuk Mardan. Ketawanya bertambah kuat.

“Kadang-kadang kita sebagai ketua ni kena bijak. Bukan nak suruh mereka takut dengan kita, cukuplah sekadar hormat kedudukan kita sebagai suami.”

“Selama ni aku diam. Aku tengok apa yang dia nak buat kalau dia buat salah aku diamkan tapi kali ni bila dah libatkan anak aku tu. Hesy... tak boleh nak diam dah,” rungut

Page 294: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

294

Datuk Mardan. Memang Tengku Mazlan merupakan tempat dia mengadu masalah. Tempat dia meluahkan perasaan.

“Aku bangga kau dah berjaya atasi kelemahan kau Tapi aku pun nak minta maaf juga bagi pihak anak aku tu. Tak pernah aku sangka yang Is tu dah ada pilihan hati. Tup... tup... nak bertunang,” ujar Tengku Mazlan menyuarakan kekesalannya.

“Ala... dahlah tu Lan. Aku tak kisah tentang tu. Lagipun cinta mana boleh nak paksa. Aku pun berkenan juga tengok bakal menantu kau tu. Sopan santun, bahasa pun tinggi, apa yang penting pandai hormat orang tua. Bukan macam Si Tasha tu, kalau tak kena gaya aku ni pun dia buat tak nampak,” kata Datuk Mardan lagi. Tengku Mazlan tersenyum mendengar pujian kepada anaknya itu.

“Apa pun, dia anak kau. Masih belum terlambat untuk kau bentuk dia. Memanglah orang kata melentur buluh biar dari rebungnya Tapi zaman sekarang ni buluh pun kita dah boleh nak bentukkan nak jadi apa ikut suka kita, malah boleh mencecah ribuan ringgit.” Ketawa mereka bersatu.

Perkenalan melalui perniagaan membuat hubungan keluarga mereka bertambah rapat walaupun mereka memang ada darah persaudaraan. Sebab itu Datuk Mardan tak pernah kisah tentang masalah-masalah remeh yang melanda keluarga mereka baru-baru ini. Itu semua hanya dianggap sebagai satu ujian.

“Bila besan kau nak bertolak ke Mekah?”

“Katanya lusa, aku pun tak sabar nak ikut jejak langkah dia. Haji Nordin tu banyak dah buka mata aku ni,” akui Tengku Mazlan.

“Memanglah amalan kita sekarang kita rasa cukup

Page 295: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

295

tapi bila aku tengok dia, aku rasa amalan aku tak pernah cukup,” sambung Tengku Mazlan lagi. Datuk Mardan hanya ketawa dan mengangguk perlahan. Memang dia juga kagum pada lelaki bernama Haji Nordin itu.

“Mungkin ada hikmahnya Allah anugerahkan Mazliana dalam keluarga kau.” Tambah Datuk Mardan.

“Jomlah kita pergi basahkan tekak ni.”

LAUNGAN azan bergema. Suara Imam Saad membuatkan hadirin tunduk menginsafi kebesaran-Nya. Perlahan pandangan matanya dialihkan ke arah Kak Lin yang sudah menitiskan air mata. Kemudian ke arah Puan Maznah dan Haji Nordin. Johan masih tenang dengan pemanduannya. Suasana dalam kereta agak sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Mazliana masih tekun memandang ke arah bangunan yang menghiasi sepanjang perjalanan.

“Hai... ada orang tu dah jadi bisu pulak ke maknya?” Haji Nordin memecah sunyi. Memandang ke arah cermin belakang, memandang tepat ke arah anak bongsunya.

“Kenapa sayang ayah diam aje ni?” Sekali lagi Haji Nordin membuka mulut. Kali ini soalan terus diajukan kepada Mazliana.

Azlin menyentuh lembut bahu adiknya. Tahu sangat apa yang bermain dalam hati adik kesayangannya itu. Kelihatan Puan Maznah dan Mazliana berubah sikap sebaik sahaja masuk ke dalam kereta tadi.

“Tengku kata dia tunggu dekat KLIA. Dia nak juga hantar kita.” Suara Haji Nordin lagi. Ingin melenyapkan rasa

Page 296: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

296

berat hati yang bermain di hati anak dan isteri kesayangannya.

“Baik sungguh keluarga Tengku tu, kan bang? Saya rasa berbesar hati sangat bila dia nak Mazliana tinggal dengan dia,” ucap Puan Maznah lembut dan perlahan.

“Bertuahlah adik akak ni dapat mentua baik hati macam tu.” Giliran Azlin cuba menarik perhatian adiknya.

Mazliana masih diam. Masih memandang ke arah yang sama. Langsung tidak berminat dengan apa yang dibincangkan. Sejak kecil inilah kali pertama mak dan ayah akan meninggalkannya. Biasanya kalau mak tak ada ayah ada. Kalau ayah tak ada mak akan ada di sisinya.

Lindacun: Kenapa ni??? Lain macam aje?

Lianarock: Sedihlah....

Lindacun: Sedih kenapa?

Lianarock: Sedih mak dengan ayah nak tinggalkan Maz. Hati tak sedaplah. Tak tau knp.

Lindacun: Look... my sis, mak ayah kita tu nak kerjakan rukun islam kelima tau. So as a good and sweet girl... Maz kenalah faham. Kan adik akak ni dah besar. Janganlah bagi mak dan ayah berat hati pulak nak tinggalkan Maz.

Page 297: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

297

Teringat perbualan dengan Mazlinda semalam di ruangan chatting. Lewat malam dia mengganggu kakak kesayangannya itu semata-mata nak meluahkan perasaan. Bukan dia tak sanggup berpisah tapi entah kenapa hatinya terasa berat.

“JIKA doamu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangi dirimu. Jika doamu lambat dimakbulkan, tandanya Allah ingin mengujimu. Jika doamu tidak dimakbulkan, Allah merancang yang terbaik untukmu.”

Kata-kata tok gurunya, Haji Nordin kembali berbisik di telinga. Hesy… mak ayah... Maz rindu ni. Kalendar di sebelah katilnya ditenung lama. Satu lagi nombor dipangkah. Parah betullah jadi anak manja ni. Tak boleh nak berjauhan sekejap, mesti rasa macam nak nangis. Huk huk huk… teringat kenangan dia dan mak di katil ini.

“Maz....” Tangan mengusap lembut rambut lurus milik anak kesayangannya.

“Emmm...” sahutnya dalam mata yang terpejam. Kepalanya masih di riba Puan Maznah.

“Mak gembira sangat. Maz tahu kenapa?”

“Kenapa?” Dia tetap bertanya walaupun dia tahu apa yang bermain dalam hati Puan Maznah. Sengaja menguji tekaannya.

“Mak suka ayah tak ada dekat rumah ek?” usiknya lagi.

“Hesy... bertuah punya anak, ada ke cakap macam tu!”

Page 298: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

298

Satu tamparan lembut hinggap di pipi gebunya. Mazliana tersenyum. Sengaja menduga ibunya.

“Habis tu sebab apa?”

“Sebab satu doa mak dah termakbul.” Dahinya berkerut, tak dapat menangkap makna di sebalik kata-kata kiasan ibunya itu.

“Mak doa apa? Nak cepat kaya ek?” usik Mazliana. Tapi kali ini tidak menerima apa-apa respons dari Puan Maznah. Mazliana meletakkan jarinya di bibir sebagai tanda dia akan duduk diam. Mulut memang kena kunci dengan mempelam. Mempelam kunci mangga tu ek, bukan buah mempelam, gerentilah mulut dia tertutup.

“Mak sentiasa doakan anak mak yang sorang ni bahagia sampai ke akhir hayat.” Mazliana membalas senyuman Puan Maznah, pipi maknya dicium lembut.

Baru tiga hari mak dan ayah pergi mengerjakan haji, tapi rasa macam dah sebulan lamanya. Nasib baiklah Syamin nak temankan dia di rumah, ada jugalah dia teman nak buat lawak tak berapa cerdik. Kalau tak, siapa nak gelak kalau dia terfikir nak buat lawak? Hah... mesti bosan tahap dewa nanti.

Semalam Kak Lin tidur dekat rumah semata-mata nak menemaninya. Tapi Kak Lin bukan macam dulu lagi. Dia dah ada keluarga, tanggungjawab dia pada keluarganya lebih penting. Hari ni dia tinggal seorang diri di rumah. Jam baru mencecah pukul lapan malam. Nokia 3310nya dicapai.

Wei Mimi... jom lepak kat gerai. Bosanlah duk sorang dekat rumah!

Page 299: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

299

Mesej dihantar.

Okey beres. Sikit lagi aku ambik kau.

Mazliana tersenyum. Dia bingkas bangun dari katil. Yes! Ada juga benda nak hilang bosan.

“Jadi ke kau tinggal dekat rumah mak mentua kau tu?” Syamin duduk di sebelah Mazliana yang asyik memintal rambutnya. Hari ni gerai Taufiq ramai pengunjung. Tapi hari ni malas nak tolong sebab niat tadi datang nak tolong tengok aje.

“Hesy... kau ni bila pulak dia jadi mak mentua aku. Entahlah, nak kata tak nak pun susah, nak kata boleh pun susah juga. Aku masak dah dengan perangai bos besar tu. Dia bukan selesa sangat kalau aku tinggal dengan dia.”

“Habis bukan ke mak kau juga yang bagi persetujuan? Dia kata kau juga yang setuju. Lagipun aku tengok Tengku Mariam tu macam semangat semacam aje. Apa kau pakai sampai dia sayang sangat dengan kau ni?”

“Entahlah Mimi, aku pun serabut otak nak fikir. Tengoklah nanti macam mana. Kalau susah-susah sangat aku tinggal dekat sana dalam dua tiga hari lepas tu aku lepak rumah kau. Bijak tak?” jawab Mazliana senang.

Syamin mencebik. Emmm... itu bukan idea tu. Itu dah macam keputusan.

“Aku tak kisah. Kau memang selalu buat rumah aku macam rumah kau, tapi yang penat sikit tu sebab bakal mentua kau tu orang satu dalam seribu, tahu tak? Baik punya manusia. Aku pulak yang serba salah nanti!” ngomel Syamin.

Page 300: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

300

Mazliana menggaru kepalanya. Memang itulah yang membuatkan dia pening. Mak Engku dan Ayah Engku terlalu baik untuk dia tipu. Sekarang ni pun dia mula rasa bersalah dengan layanan Mak Engku. Wanita itu bukan memandangnya sebagai bakal menantu tapi dah macam anak sendiri. Aduh... masalah problem betullah!

DUA BELAS misscall... Entah nombor siapa entah. Tak nampak ke jam sekarang dah pukul berapa tengah malam dah nak masuk pagi tak ada akal fikiran betul, bebel Mazliana dalam mamai. Pantang betul kalau lenanya terganggu.

“Kenapa tak bawa pergi klinik?” tanya Mazliana tak puas hati. Ingat aku doktor ke? Kalau Kak Lin dia tahu la nak buat apa. Terkejut juga bila Tengku Iskandar dah terpacak depan rumahnya pukul dua belas malam. Rupanya mamat ni tadi yang main call-call.

“Macamlah Maz tak kenal mama tu. Dia bukan nak pergi hospital ataupun klinik,” jelas Tengku Iskandar.

“Tengku Mazlan tak ada ke?” tanyanya lagi. Tak manis kalau dia masuk ke rumah orang tanpa kebenaran. Lagipun dia dengan Tengku Iskandar aje ni. Hesy... biar betul. Kang tak pasal-pasal kahwin free. Siapa nak jawab? Tak tenteram mak aku kat Mekah.

“Papa ada dekat Johor, sidang perniagaan dekat sana. Jangan risau, Zikri ada dekat dalam tu.”

Eh... macam tau-tau aje bos besar ni apa aku fikir. Mazliana tidak bertanya lagi. Kakinya terus menuju ke bilik Tengku Mariam. Memang bukan kerja dia tapi... hmmm. Janji dia ikhlas nak membantu.

Page 301: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

301

“Mak Engku,” panggilnya perlahan. Tangannya hinggap di dahi wanita itu. Panasnya!

“Maz datang? Maaflah Mak Engku tak sihat.” Tengku Mariam cuba bangun. Tapi Mazliana lebih dahulu bertindak.

“Eh... nak ke mana pulak ni? Dah... Mak Engku rehat jangan gerak-gerak. Mak Engku dah makan?” tanya Mazliana prihatin.

“Tak ada selera,” jawabnya pendek.

“Mana boleh macam tu, kena makan. Nanti Maz masakkan bubur nasi untuk Mak Engku ek.” Mazliana meminta meletakkan tuala kecil yang dibasahkan di atas dahi Mak Engku. Selalunya kalau deman mak akan buat macam tu.

“Macam mana?” Zikri dan Tengku Iskandar bertanya serentak setelah setengah jam membiarkan Mazliana menguruskan segala-galanya.

Jari telunjuk diletakkan di bibir. Isyarat agar mereka tidak bising. Mazliana serius. Tiada senyuman di wajah wanita itu. Mak Engku sudah terlena di atas katil. Habis juga sepinggan bubur nasi. Doktor Yunus pun baru saja balik. Sengallah bos ni, dah tahu keluarganya ada doktor peribadi kenapa tak telefon. Nak aku juga bagi celik akal.

Zikri dan Tengku Iskandar mengikut langkah Mazliana. Macam kanak-kanak umur lima tahun nak minta coklat. Hah... ni mesti ada yang tak kena ni. Jam menunjukkan pukul dua pagi. Mazliana terkejut melihat jam. Mak ai dah lewat ni!

“Kalau tak ada apa-apa saya balik dululah,” ujar Mazliana meminta diri.

Page 302: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

302

Tengku Iskandar dan Zikri berpandangan. Zikri menghantar isyarat mata. Tengku Iskandar masih enggan mengalah. Walaupun hakikatnya perut dia pun dua kali lima berdondang sayang. Tengku Iskandar menghantar isyarat kembali pada Zikri.

“Maz....” Satu panggilan lembut datang dari arah belakang. Hah... apa lagi nak mamat dua ekor ni? Ni adalah yang tak kena ni.

“Nak apa???” Sengaja dia meninggikan suaranya selepas pintu bilik Mak Engku ditutup rapat.

“Lapar....” Sekali lagi kedua mereka berkata serentak. Hai... ni kes dah buat dialog awal ni. Boleh pulak sama ayat.

“Pergilah makan dekat luar. Apa masalahnya?” Dia berlalu meninggalkan muka seposen Tengku Iskandar dan Zikri.

Mereka masih mengekori Mazliana.

“Nak apa lagi ni?” Dia mula rimas. Hai... ada juga yang makan bunga gayung malam ni. Mata yang tadi mengantuk tiba-tiba segar.

Muka macam bangunan tak siap dua mamat di depannya mengundang rasa kesian.

“Nak makan apa?” Hah... tulah Mazliana Haji Nordin. Tak boleh orang merayu sikit mesti cair.

“Nasi goreng.” Emmm... ni dah memang sah pakat buat ayat ni. Mazliana meneka sendiri. Berani mamat and mamat ni buat pakatan nak kenakan aku. Ingat aku apa? Orang gaji?

Mazliana membuka peti sejuk. Mak ai... besarnya tiga kali ganda dari peti sejuk Puan Maznah merangkap mak

Page 303: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

303

kesayangannya. Satu per satu ruang dalam peti sejuk diteliti laju. Tangannya mencapai beberapa barang yang dirasakan perlu untuk masak nasi goreng. Hatinya masih tertanya-tanya perlu ke dia buat semua ni? Ni bukan kerja dia. Bila pulak dia jadi orang gaji tak berbayar dekat sini? Tapi tak apa kut tolong orang yang memerlukan. Mak kata dapat pahala. Ewah! Sejak bilalah Mazliana dengar cakap mak ni?

“Nasi goreng special siap!” jerit Mazliana dari arah dapur. Ada nada sindiran di hujung ayatnya.

“Sedapnya bau,” puji Tengku Iskandar. Mazliana mencebik.

“Kalau tak ada apa-apa lagi saya nak balik. Lagipun dah lewat ni.”

“Saya hantar awak,” ucap mereka serentak. Eh.. Zikri dan Tengku Iskandar saling berpandangan. Macam mana boleh sama ni?

“Tak apalah. Biar Zikri hantar awak, tapi lepas kami makan ya,” arah Tengku Iskandar.

“Emmm okey. Saya tunggu dekat sofa depanlah. Makan baca doa dulu.” Sempat dia berpesan. Maklumlah selalunya bila manusia yang taksub dengan kelaparan ni kadangkala terlupa nak baca doa.

Mazliana mencapai majalah fesyen yang ada di atas meja. Dia sempat menjeling jam besar yang terlekat di dinding sebelah kirinya. Lama juga bos ni makan, makan ke bilang nasi tu ada berapa? Rasa ngantuk dah mula beraja. Terasa mata macam dah tak boleh nak buka. Dia melentokkan kepalanya di bahu sofa. Diam... akhirnya terlelap.

“Bawa kereta aku ajelah.”

Tengku Iskandar memberi kunci kereta kepada

Page 304: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

304

Zikri. Keretanya memang sudah terdampar di hujung pagar. Dalam keadaan cemas tadi tak sempat nak masukkan semula ke garaj.

“Maz....” Panggilan itu mati. Dua pasang mata memandang ke arah wanita yang sudah lena di atas sofa.

“Dia dah tidur.” Zikri tersenyum. Tengku Iskandar menggeleng perlahan.

“Macam mana ni?” soal Zikri lagi.

“Tak apalah Zik. Biarlah dia tidur dekat situ. Nanti aku ambilkan selimut.” Putus Tengku Iskandar sempat dia menjeling ke arah wajah yang sudah asyik dalam lena. Dia tersenyum.

“MAK ENGKU dah sihat?” tanya Mazliana ramah.

“Alhamdulilah. Terima kasih sebab Maz sudi jaga Mak Engku. ”

“Hesy... small the hal la. Ini hari Mak Engku, mana tahu esok lusa hari Maz pulak. Tengku Iskandar dengan Zikri mana?”

“Pagi-pagi lagi dah pergi pejabat. Lagipun Mak Engku yang suruh pergi tadi sebab badan ni pun dah rasa sihat sikit. Kesian Maz tertidur atas sofa semalam.”

“Tak apa Mak Engku. Saya ni kalau dah ngantuk, atas lantai pun boleh lena.” Alamak... tidur atas sofa??? Malunya, macam mana boleh tertidur kat rumah orang ni. Dah ar dalam keadaan tak sempurna. Macam mana gaya aku tidur tadi ek? Kalau bos besar dengan bos pergi pejabat tadi maknanya mesti mereka nampak aku... aduh... malu!!!

Page 305: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

305

“Kenapa Mak Engku tak kejutkan Maz subuh tadi?”

“Is kata tak payah kejut. Dia kata Maz ABC (Allah bagi cuti).” Mazliana menggaru kepalanya. Hesy... macam mana pulak dia tahu aku ABC? Sengal punya bos besar! Malu semalu malunya ni!

“Sikit lagi Kak Lin ambik, Maz balik dulu ek. Mak Engku mandi-mandi, gosok gigi, minum kopi lepas tu Maz datang balik,” sambung Mazliana lagi. Hakikat sebenar nak larikan diri.

“Maz tak payah nak susah-susahkan kakak, tinggal saja dekat sini. Lagipun Mak Engku dah bagi tahu mak sebelum dia pergi.”

“Bukan macam tu Mak Engku. Nanti apa pulak orang cakap. Tak manis pulak rasanya.” Ewah... alasan tinggal alasan. Tu alasan zaman enam puluhan bolehlah.

“Maz bukan tinggal dengan Iskandar berdua saja, Mak Engku dengan Ayah Engku kan ada tinggal dekat sini dua puluh empat jam. Lagipun kadang-kadang bosan juga sebab Mak Engku selalu tinggal sorang aje dalam rumah ni.” Hah... ayat tu yang paling tak boleh nak terima ni. Ni kes nak pujuk akulah ni.

“Emmm... biar Maz fikir dulu ek Mak Engku.”

“Mak Engku harap Maz takkan kata tidak.” Dia tersenyum membalas senyuman yang terlakar di wajah mengharap Mak Engku.

Kalau sekarang ni versi cerita Cinderella mesti dia dianggap bertuah macam sebab dapat tinggal di istana mewah. Tapi sekarang ni dia terasa macam berada dalam landasan cerita Beauty And The Beast. Dia terpaksa jadi Beast yang menumpang tuah Beauty buat sementara. Apa nak buat ni Mazliana Haji Nordin???

Page 306: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

306

DUA hari ni hari serba tak kena bagi Mazliana. Walaupun kemewahan di Mahligai Teratak

Kasih membawa dia hilang sekejap dalam dunia kehidupan mewah tapi semua itu tidak lekat di hatinya. Semakin hari semakin dia terasa satu beban menghimpit di kepalanya. Terasa macam ada sesuatu yang tersumbat di aliran pernafasan dan nadinya. Kebaikan Mak Engku dan Ayah Engku membuatkan dia rasa bersalah. Perasaan dia???

“Dah ar tu. Sampai bila nak buat muka macam katak panggil hujan ni?” Bulat mata Mazliana mendengar simpulan tak berbahasa bos besarnya. Simbah dengan air kolam ni baru ada akal.

“Bos besar tak faham. Sedih tahu tak tinggal sorang-sorang ni. Dahlah Kak Lin ikut suami kesayangan dia tu bercuti. Mak dengan ayah pun tak ada. Saya sekarang tinggal sebatang kera tahu tak?” adu Mazliana bersungguh-sungguh.

Sebatang kera? Tengku Iskandar ketawa kuat.

Bab 20

Page 307: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

307

Hesy... ada saja perkataan baru yang terkeluar dari mulut minah kelibut ni. Tak habis-habis.

“Banyaklah awak sebatang kera. Tak kira kera ke monyet ke big foot ke, awak sekarang dah tinggal dalam rumah saya, keluarga saya dah jadi keluarga awak juga,” ucap Tengku Iskandar ikhlas. Memang sejak Mazliana tinggal di rumahnya hidup terasa bagai terisi. Kalau dulu dia memang teringinkan seorang adik perempuan. Tapi siapa Mazliana di hatinya? Adik atau...?

“Atau awak boleh anggap saya ni abang awak, panggil saya along ke,” ujar Tengku Iskandar dengan cadangan yang kononnya bernas itu.

Gulpp!!!

Along??? Hesy... nampak sangat mamat ni dah terputus wayar. Sejak bila pulak aku nak jadi adik dia? Sesuka hati dia letak status aku dekat mana. Dia tak tahu ke jantung aku sekarang ni tak tentu arah bila jumpa dia? Macam mana dia nak tahu kalau tak bagi tahu? Macam mana nak bagi tahu kalau aku malu??? Arghhh!!!

Pejam celik, pejam celik, tarik nafas dalam berjuta kali rupanya dah hampir seminggu Mazliana menjadi tetamu di mahligai indah milik Tengku Mazlan. Oh my bakal mentua sentiasa meletakkannya di carta pertama, layanan mengalahkan puteri raja. Kalau nak makan nama dia yang akan disebut dulu sebelum bos besar. Apa lagi panas hatilah mamat tu. He he he....

“Mama, kenapa pulak Is kena temankan dia?” tanya Tengku Iskandar tidak puas hati.

“Kan Maz dah lama tak keluar. Jadi Is bawalah dia keluar, kesian mama tengok dia bosan asyik duduk rumah aje,” jawab Tengku Mariam lembut.

Page 308: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

308

Apa yang pasti sama ada suka atau tidak, Tengku Iskandar sudah menjadi salah seorang PA (pembantu angkat) aku. Kadang-kadang kesian juga tengok muka tak rela dia mengikut arahan Tengku Mariam, tapi apa boleh buat dah memang nasib badan dia bukan badan aku. Ahak ahak ahak!!! Tiba-tiba muncul ketawa jahat.

“Inilah namanya golf tahu? Pernah main?” tanya bos besar. Zikri di sebelah hanya tersengih-sengih. Dari tadi lagak Tengku Iskandar macam seorang cikgu sekolah rendah.

Mazliana mencebik. Ingat dia tak pergi sekolah tadika ke? Macamlah dia tak tahu itu golf.

“Golf ni satu permainan yang menguji ketajaman akal macam mana kita nak masukkan bola pada jarak yang agak jauh dan golf adalah permainan yang dikaitkan dengan golongan elite.” Emmm... banggalah konon.

Mazliana hanya memandang Zikri dan Tengku Iskandar yang bersorak gembira. Entah apa yang best dia pun tak tahu. Apa entah faedahnya main setakat nak kejar satu lubang. Nak uji ketajaman fikiran konon. Boleh jalanlah.... Tak tajam langsung. Matanya menangkap batu-batu yang sederhana besar di hujung padang. Tujuh biji batu dikutip.

“Buat apa tu?” tanya Zikri.

“Pernah main batu seremban?” Soalan Mazliana kembali. Sengaja menduga bosnya yang nampak jelas ketidakpandaiannya. He he he....

“Seremban Negeri Sembilan?” Hah... sudah! Apa ke bengapnye pulak mamat ni Seremban Negeri Sembilan pulak.

“Batu seremban? Bos tak pernah main, kan?” tanya Mazliana yakin. Gelengkan kepala Zikri membuatkan dia tersenyum lagi. Agak dah!!!

Page 309: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

309

Mazliana duduk bersila di tepi kereta buggy. Dia menunjukkan skil permainan yang tak ada tandingannya kepada Zikri. Sesekali Zikri bersuara kagum. Hebatnya! Cara Mazliana melontar dan menyambut batu serta menangkap batu membuatkan dia semakin tertarik. Dari belakang Tengku Iskandar turut menjadi pemerhati.

Batu diserakkan. Satu batu diambil kemudian dibaling ke atas dan tangannya pantas menangkap batu yang masih di bawah. Perbuatan itu diulang sehingga habis. Zikri tersenyum dia pernah baca tentang permainan itu tapi tak pernah terfikir pulak nak main.

“Wah, hebatnya!!!” Mazliana tersenyum bangga mendengar pujian Zikri. Ala... small the pieces.

“Apa benda tu?” tanya suara garau dari belakang. Wajah Tengku Iskandar menjelma di ruang mata.

“Seremban… permainan tradisional. Ingat tak kita pernah belajar masa subjek Sejarah dulu?” Zikri mengulangi kata-kata Mazliana tadi.

“Stupid game!” Bulat mata Mazliana mendengar kata-kata bos besar. Stupid game dia kata??? Hah... tengok lepas ni siapa yang stupid!

“Cuba try testlah. Kalau bos besar dah biasa main permainan berkelas tinggi macam golf ni, apa kata cuba test ketajaman minda bos besar yang dah memang tajam tu dekat sini?” cabar Mazliana. Tujuh biji batu bertukar tangan.

“Isy… don’t do a stupid thing dekat sini. Jomlah balik! Lagipun mama tinggal sorang.” Batu di tangan dicampak ke tepi. Dia terus menuju ke kereta.

“Dia takut kalah,” bisik Zikri perlahan ke telinga Mazliana. Mazliana tersenyum. Faham sangat perangai bos besar tu.

Page 310: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

310

LAYANAN baik Tengku Mariam membuatkan dia selesa berada di tengah-tengah kemewahan yang selama ini tak pernah pun masuk dalam mimpinya. Tapi sekarang ni macam mimpi di siang hari. Mazliana meletakkan pinggan yang berisi bihun goreng ke atas meja. Dia baru saja selesai membasuh pinggan yang ada di dalam singki.

“Kenapa sunyi aje pagi ni ek, Mak Engku?”

“Emmm... hari minggu macam ni, Ayah Engku sibuk dengan golf dialah, Iskandar tidur lagi agaknya, lepas subuh tadi dia kata nak sambung tidur. Penat agaknya.” Jawapan lengkap Tengku Mariam, membuatkan dia mengangguk.

“Mak Engku punya plan hari ni apa?” tanya Mazliana lagi.

“Emmm... pagi ni nak rehat dulu dekat rumah tapi petang sikit lagi kita pergi shopping. Okey?” Cadangan ke keputusan tu? Mazliana tersenyum.

Menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar membawa dia ke satu lagi keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Kalau dulu memang sangkanya orang kaya banyak harta mesti berlagak, bangga dengan harta yang mereka ada tapi hakikatnya, antara berjuta rakyat Malaysia yang kaya-raya, dia telah berjumpa dengan keluarga yang membersihkan sangkaan buruk otaknya itu.

Mazliana tersedar apabila tangannya ditarik lembut.

“Marilah makan dengan Mak Engku. Macam sedap aje bihun yang Maz masak ni.” Hesy... kene puji lagi.

“Mak Engku ni belum rasa lagi dah puji. Kena rasa dulu baru boleh bagi kritikan.” Bihun goreng disenduk masuk ke dalam pinggan dan diletakkan di depan Mak Engku.

Page 311: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

311

Perbualan rancak mereka terganggu apabila mendengar bunyi tapak kaki yang melangkah laju turun dari tangga. Tengku Iskandar nampak santai dengan seluar pendek paras lutut dan T-shirt putih. Matanya meneliti penampilan ringkas lelaki itu yang nampak biasa, tapi cukup membuatkannya kelihatan seperti lelaki baik. Rambut yang berserakan tanpa jel menandakan mamat ni masih belum mandi. Haish... busuk punya orang! Anak sapolah ni.

“Belum mandi lagi Is?” Tengku Iskandar tersedar. Dia menggeleng perlahan.

“Belum mama. Nak basuh kereta, tak payah mandi dulu,” jelasnya lagi. Dia terus mencapai fresh apple juice lalu dimasukkan ke dalam gelas. Dia sengaja mengambil tempat di sebelah Mazliana untuk mengaburi mata mamanya.

“Sayang, pagi ni buat apa?” Mata Mazliana memandang tepat ke arah Tengku Iskandar. Eh... soalan spesies apa nak bersayang mayang ni? Eiii... tiba-tiba meremang bulu tengkuk.

“Buat bodoh,” jawab Mazliana ringkas. Tengku Iskandar tersedak. Memercik sedikit air keluar dari mulut. Hesy... tak pandai berlakon langsunglah minah kelibut ni. Tengku Mariam dan Mazliana ketawa kecil. Mazliana berdehem. Hah... padan muka, tu baru sikit. Tuhan nak tunjuk. Ketawanya masih bersisa.

“Kenapa? Bos besar ada nak buat apa-apa kerja ke?” tanya Mazliana kembali.

Tiba-tiba terpacul kata-kata itu, cepat dia menutup mulutnya.

“Bos besar?” Mak Engku bersoal hairan. Alamak tersilap! Jelas mata Tengku Iskandar memberi amaran pertama kepadanya.

Page 312: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

312

“Panggilan manja mama....” Sempat Tengku Iskandar cover line. Fuh... selamat!

“Amboi... kalau nak letak panggilan manja pun panggillah abang ke, sayang ke kan sedap telinga dengar.” Hampir nak terkeluar bihun goreng yang dimakan tadi. Nasib baik dah masuk ke dalam perut. Abang? Tak boleh blah aje abang. Teringat pertemuan pertama dulu. Panggilan itu tak pernah meniti di bibirnya.

Tengku Iskandar menjeling. Sempat memberi isyarat mengancam nyawa kepada Mazliana. Mazliana pura-pura menyuap bihun goreng masuk ke dalam mulut, konon-konon dia tak melakukan kesalahan.

“Is ada apa-apa rancangan ke dengan Maz? Mama ingat nak pergi shopping dengan dia hari ni,” tanya Tengku Mariam menutup isu tadi. Pertanyaan iu seolah-olah meminta kebenaran dari anak kesayangannya itu.

“Tak ada plan apa-apa pulak mama, tapi pagi ni Maz dah janji nak tolong saya basuh kereta.”

Hah??? Mazliana menjeling. Bila masa pulak aku buat janji?

“Kalau dah cinta ke lautan api pun sanggup direnangi, kan sayang?”

Huh, banyaklah sayang! Macam mana sayang pun apa kes sanggup ke lautan api? Tak ada maknanya nak bunuh diri sebab sayang. Dia memandang tajam ke arah bos besar yang menyuap perlahan bihun goreng ke dalam mulut.

“Emmm okey... pagi ni Maz dengan Is, tapi petang nanti Maz nak temankan mama shopping.”

“Okey, nanti petang kita pergi shopping sama.” Tengku Iskandar memberi persetujuan.

Page 313: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

313

Sekali lagi Mazliana menelan air liur yang terasa pahit. Apa kes pulak anak-beranak ni main cop-cop aku. Ingat aku patung Barbie ke sesuka hati nak bagi main lepas sorang-sorang. Langsung tak menghormati hak asasi kebebasan aku sebagai manusia. Haishhh.…

“Bolehkan Maz?” tanya Tengku Mariam kemudian.

“Kalau untuk Mak Engku, bila-bila pun boleh,” ucapnya menutup kesal di hati sebab ikut cadangan mak tinggal di rumah besar ni.

“Kenapa?” Pertanyaan Tengku Iskandar membuatkan dia hampir tercekik. Sempat dia mencapai gelas yang berisi fresh orange di depannya.

“Mazliana, awak minum air saya!” ujar Tengku Iskandar lagi dengan nada yang tegas. Mazliana hanya menjelir lidah.

“Ada saya kisah?” Sempat kata-kata itu dibisikkan. Senyuman masih dilontarkan kepada Tengku Mariam yang sesekali memandang ke arahnya dan turut menumpang senyum.

“Dah abis makan?” tanya Tengku Iskandar. Mazliana mengangguk. Pinggannya sudah licin.

Jomlah!” Sekali lagi lelaki itu bersuara.

“Ke mana?” tanya Mazliana pelik.

“La... kan dah janji nak cuci kereta tadi sayang.” Sengaja dikuatkan panggilan ‘sayang’ itu kerana dia tahu Mazliana tak suka dengan panggilan itu. Biar lakonannya nampak real di pandangan mata mama.

Kereta Volvo S80 milik Tengku Iskandar bermandi air buih. Mazliana menjenguk wajah bos besarnya yang masih khusyuk membasuh keretanya yang entah koleksi ke berapa.

Page 314: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

314

Bapak punya kaya. Hobi mengumpul kereta, memang tak boleh buat sekutu betul bos besar ni. Macam langit dengan bumi. Kalau setakat kumpul setem tu tak adalah hairan bin ajaib sangat, ini masya-Allah.

“Bila pulak termasuk dalam syarat perjanjian saya kena basuh kereta bos besar ni?” tanya Mazliana tidak puas hati.

“Memandangkan saya dah bayar awak, jadi kira ini salah satu kerja amal awaklah,” jawab Tengku Iskandar senang.

Mazliana tersentap. Eleh... ingat banyak sangat ke duit dia? Tak ada maknanya!

“Bos besar ni ada berapa ketul kereta sebenarnya?” tanya Mazliana lagi.

Tangan Tengku Iskandar terhenti. Dia bangun lalu memandang Mazliana yang masih menggosok cermin kereta.

“Ketul? Penjodoh bilangan apa awak guna tu?”

Mazliana tersenyum. Dia kembali menggosok cermin yang masih dipenuhi buih sabun. Emmm... logiknya perbualan dia dengan bos besar mesti formal tahap berprotokol. Kena guna tatabahasa yang betul. Mamat skema betul.

“Eh... awak tolong cuci kereta ke berangan?” Tengku Iskandar merenjis air ke arah Mazliana yang sedang melayan perasaan.

“Hesy... kalau ya pun bos besar nak bercakap janganlah dengan air sekali, basahlah!”

Tengku Iskandar tersenyum. Memang dia sengaja menepis kuat air sabun yang berkumpul di bumbung kereta. Keadaan mereka yang bertentangan, Mazliana di sebelah kiri

Page 315: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

315

dan dia di sebelah kanan memudahkan dia melancarkan serangan.

“Bestkan bos besar jadi anak orang kaya.” Hah... dah sah sangat budak ni berangan.

“Hesy... awak ni, kan saya kata jangan panggil saya bos besar dekat rumah saya,” tegur Tengku Iskandar tidak puas hati.

“Ala... tadi kata panggilan manja. Ala, Mak Engku pun tak kisah la. Bos besar nak kisah apa hal?” ajuk Mazliana. Tengku Iskandar menggeleng perlahan. Degil betul!

“Berapa harga kereta tu bos?” Ferrari merah yang megah di sebelahnya dipandang. Mata Tengku Iskandar terarah sama pada arah yang dimaksudkan Mazliana.

“Tak mahal, dalam lima ratus ribu macam tu la....”

Mazliana terdiam, ternganga mulutnya mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Tengku Iskandar. Mak aiii... tak mahal? Ayat memang tak boleh diterima akal. Setengah juta??? Tak sanggup dia nak hitung jumlah semua.

“Kenapa?” tanya Tengku Iskandar pelik. Riak terkejut Mazliana membuatkan dia tersenyum.

“Dari bos besar kumpul kereta, baiklah bos cari hobi yang berfaedah sikit. Tak rasa membazir duit ke buat hobi macam ni?” bebel Mazliana dengan muka yang sedikit berkerut. Rasa macam nak tercabut semua sendi bila dengar harga kereta. Itu baru sebiji. Ni, yang berbiji-biji ni... hah, tak sampai hati aku nak kira. Biarlah rahsia!

“Dari saya buat koleksi perempuan, baik saya buat koleksi kereta. Betul tak?”

Mazliana tersengih. Kemudian dia terus menggosok kereta milik bos besar. Ditiup beberapa kali untuk

Page 316: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

316

menghilangkan habuk. Mak ai... ni gaji setahun pun belum tentu boleh beli tayar, inikan pulak kereta, bisik hatinya. Tengku Iskandar tersenyum lagi melihat gelagat Mazliana.

“Emmm....” Mazliana menggaru perlahan dagunya. Sengaja melontarkan pandangan menggoda kepada Tengku Iskandar.

“Kenapa?” Kali ini suara Tengku Iskandar kembali serius.

“Hensem juga kalau bos besar senyum macam tu, comel aje. Baiklah bos besar selalu senyum sebab orang kata awek muda,” ucap Mazliana dalam sisa tawanya. Senyuman Tengku Iskandar mati.

“Dah, buat kerja!” ujar Tengku Iskandar sedikit tegas.

Tengku Iskandar terus berlagak garang. Sekali-sekala mengusik budak kelibut ni seronok juga, bisik hatinya. Belum pernah dalam sejarah hidupnya berkasar dengan perempuan malah sebelum ini dia kurang mengambil tahu mengenai perempuan kecuali mamanya. Tapi selepas kehilangan Julia Hana dia menerima saja mana-mana perempuan yang ingin menjalinkan persahabatan. Baginya hidup lebih bermakna tanpa perempuan.

“Bos besar, kenapa tak ada air ni?” Getah paip dihulurkan kepada Tengku Iskandar. Dia berlalu menuju ke pili.

“La... tadikan ada, macam mana pulak boleh tak ada?” Getah paip bertukar tangan. Mazliana tersenyum sambil berdiri di sebelah pili paip dekat dengan taman. Getah di tangannya diteliti, mungkin ada yang tersumbat.

“Hoi!!!” Tengku Iskandar melompat ke belakang. Air melimpah keluar dari getah paip yang dipegang dekat

Page 317: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

317

dengan mukanya. T-shirt yang tersarung di badannya habis lencun. Bibir digigit geram. Ketawa kuat Mazliana mengundang lagi rasa geram di hatinya. Berani betul budak ni main-mainkan bosnya.

“Mazliana!!!” Baldi yang berisi air sabun diangkat. Dia melangkah laju mendapatkan Mazliana yang masih lagi dengan tawanya. Mazliana pantas mengatur langkah seribu apabila melihat langkah Tengku Iskandar yang semakin dekat. Mereka berkejaran mengelilingi kereta.

“Okey, sorry... saya mengaku kalah.” Mazliana menggelengkan kepala apabila melihat getah paip yang sudah berada di tangan Tengku Iskandar. Mata Tengku Iskandar memberi isyarat niat membalas dendam.

“Awak ingat awak boleh lari???” Kata Tengku Iskandar geram.

Gelak tawa dari garaj kereta menarik minat Tengku Mariam. Bulat matanya apabila melihat keadaan baju Mazliana yang hampir separuh basah. Manakala anak terunanya sudah bermandi air sabun. Mereka kelihatan bahagia. Ketawa riang Mazliana dan Tengku Iskandar menarik senyuman mekar di hatinya.

LEPAS satu kedai ke satu kedai, setiap pintu masuk sudah dijelajah. Mazliana kagum melihat kekuatan kaki Tengku Mariam yang boleh bertahan berjam-jam duk tawaf satu mall.

Habib Jewel tersergam indah di hadapannya. Mazliana menelan air liur perlahan. Mak aiii cantiknya! Tapi bukan sebab cantik buat dia terpegun tapi kesemuanya harga

Page 318: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

318

mencecah empat angka. Aduh... ni kena jual kebun pak long baru boleh beli.

Tengku Mariam asyik menilik gelang tangan special edition di tangannya. Dilihat Tengku Iskandar hanya mengangguk apabila ditanya mamanya. Nampak sangat bosan tahap babun tercekik. Matanya terhenti pada sebentuk cincin emas putih yang bertakhtakan berlian. Fuhhh... cantik sesangat! Leka dia mengamati reka bentuk barang perhiasan wanita yang boleh membuatkan mata hitamnya terbalik.

“Maz nak yang mana? Ambillah, Mak Engku belanja.” Bulat mata Mazliana mendengar tawaran tulus ikhlas sebentar tadi.

Tengku Iskandar mencebik. Dasar mata duitan betul, pantang buat tawaran terus terbuka mata. Senyuman Mazliana mati apabila menangkap senyuman sinis bos besarnya. Hanya orang buta saja yang tak boleh menilai erti senyuman itu. Dia tahu apa pandangan bos besar padanya. Mata duitan, mata emasan, mata kebendaan semua mata ar bagi dekat aku.

“Tak apalah Mak Engku, Maz tak suka sangat pakai barang kemas ni.” Ingat aku hairan sangat duit dia apa. Sengal punya bos besar. Ikutkan hati tak berapa bersih ni dah lama aku kikis duit mama kau ni, tahu tak?

“Kenapa?” tanya Tengku Mariam. Pelik. Mana ada perempuan yang tak tergoda dengan barang-barang macam ni kalau dah depan mata.

Sebab aku ni sedang berlakon aje, penipu besar, pengarahnya anak kaulah! Nyaris tak terkeluar kata-kata yang terlahir di hatinya. Dia sekadar tersenyum. Dia belum punya jawapan untuk soalan cepumas Tengku Mariam itu.

“Nak cari apa lagi ni mama?” tanya Tengku Iskandar

Page 319: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

319

mengubah topik. Cuba menyelamatkan keadaan, kalau dibiarkan alamat sampai esok ada saja soalan yang keluar dari mulut mamanya.

Satu keluhan berat dilepaskan. Bosan. Inilah padahnya sebab gatal sangat nak ikut. Tapi dia perlu mengawasi langkah Mazliana, mana tahu kalau-kalau tunangnya itu terlepas cakap. Mesti pun dalam satu sudut sebenarnya Mazliana sememangnya seorang pelakon yang perfect.

Kalau tidak, takkan hati mamanya boleh terpaut dalam masa yang singkat.

“Itulah mama dah cakap, tak payah ikut tapi gatal juga nak ikut,” bebel Tengku Mariam pada Tengku Iskandar.

Mazliana tersenyum melihat wajah kelat bos besarnya ditegur Mak Engku. Dia meneliti deretan kedai yang menjual barangan perhiasan rumah. Bukan kedai dua ringgit yang selalu dikunjungi.

“Ala... kalau ada orang lelaki, tak adalah bahaya berjalan tempat macam ni,” ujar Tengku Iskandar dengan nada berlagaknya.

Mazliana mencebik. Kata-kata bos besarnya ibarat merendahkan kemampuan wanita.

“Sekarang ni perempuan dah boleh berdikari tanpa lelaki, kan Mak Engku?” ujar Mazliana sengaja memancing persetujuan dari Tengku Mariam. Dia sengaja nak mengenakan bos besarnya. Satu kelemahan yang dikenal pasti, bos besarnya itu akan menikus tatkala bersama dengan mamanya. Kalau di pejabat dia macam raja yang memerintah tanpa bantahan tapi sekarang dia tak lebih macam seekor kucing parsi yang manja. Mazliana tergelak kecil.

“Kenapa?” tanya Tengku Iskandar geram mendengar

Page 320: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

320

ketawa Mazliana. Namun soalan itu tinggal sepi tiada jawapan.

“Maz nak beli apa-apa?” Giliran Tengku Mariam mengutarakan soalan. Aduh... soalan yang pedih bagi seorang penganggur macam aku. Manalah aku ada duit nak beli barang dekat tempat mahal macam ni.

“Emmm... tak ada apalah Mak Engku. Maz boleh temankan Mak Engku aje,” jawab Mazliana senang. Tengku Mariam hanya tersenyum.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam sebuah kafe. Agak ramai pengunjung mall yang singgah dia situ. Mak Engku beria-ia untuk singgah ke situ mungkin dah terlalu dahaga.

“Minum apa?” tanya Tengku Iskandar kepada Mazliana selepas mengambil pesanan mamanya.

“Apa-apa ajelah,” jawab Mazliana ringkas. Manalah tahu nak minum apa, tempat tak pernah aku masuk. Saja nak malukan oranglah bos besar ni.

“Mana ada air apa-apa ajelah.” Aik? Loyar buruk pulak bos besar ni. Tengku Mariam tertawa kecil.

“Air apa yang ada dekat sini?” tanya Mazliana malas.

“Semua air ada dekat sini, just tell me now.” Tengku Iskandar dapat menangkap muncung panjang Mazliana yang mencebik ke arahnya.

“Air terjun ada?” tanya Mazliana dengan nada memerli.

Pecah lagi ketawa Tengku Mariam mendengar pertanyaan bakal menantunya. Sepanjang hari ada saja telatah Mazliana yang mencuit hatinya. Ditambah pula perbezaan Tengku Iskandar yang mula pandai mengusik dan

Page 321: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

321

mengacau tunangnya itu. Sebagai mama, dia terasa sangat bahagia.

Tengku Iskandar berwajah serius tiada reaksi untuk membalas kata-kata Mazliana. Pandangan matanya beralih kepada Tengku Mariam yang nampaknya sudah menutup mulut menahan tawa. Kelakar sangatlah tu. Kena juga budak ni kejap lagi.

“Sama dengan Mak Engku, lah,” sambung Mazliana pantas apabila melihat bos besarnya mula nak membuka mulut. Kang tak pasal-pasal kena ceramah.

Tengku Mariam membelek paper bag yang berisi baju dan beberapa barang yang dibeli tadi. Dilihat Mazliana terlalu asyik memandang ke arah satu tempat. Matanya turut meluru ke arah yang menarik minat bakal menantunya itu.

“Kenapa Maz?” soal Tengku Mariam ingin tahu.

“Kesian.” Kelihatan seorang kanak-kanak yang kurang upaya duduk di atas kerusi roda sambil ditolak ibunya masuk ke dalam kafe. Matanya masih tidak berganjak. Tiba-tiba teringatkan mak.

“Tak semua orang bernasib baik,” jelas Tengku Mariam perlahan. Matanya kembali menatap wajah ayu di depannya. Mazliana hanya mengenakan jeans hitam dan baju T-shirt putih yang tercalit warna-warni di sana sini baju. Nampak santai.

Tengku Iskandar sampai di meja dengan membawa tiga gelas besar air oren yang dipesan. Disebabkan malas untuk menunggu lama dia mengambil keputusan untuk membeli air yang sama. Senang, mudah dan pantas. Dia mengambil kembali tempat duduk yang ditinggalkan tadi.

“Tengok apa?” tanya Tengku Iskandar pelik.

Page 322: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

322

“Tak ada apa,” balas Mazliana perlahan sambil menyambut air yang dihulurkan Tengku Iskandar kepadanya.

Tak sampai lima minit air dalam cawan besar Mazliana tinggal separuh. Tengku Mariam menggeleng perlahan. Tadi kata tak haus, tak adalah dahaga sangat. Saja tak nak mengaku. Anak bertuah betul.

“Eh... ini apa?” Model kereta F1 sebesar tapak tangan diangkat. Comel.

“Free give. Ini yang last, tahu tak?” Tengku Iskandar berkata bangga. Maklumlah siapa lagi yang bertuah kalau bukan dia.

“Cantiklah. Nak boleh?”

“Eh... mana boleh. It’s mine okay.” Pantas model kereta itu ditarik dari tangan Mazliana.

“Isy budak ni, benda permainan macam tu pun nak bergaduh ke?” rungut Tengku Mariam. Lama dia hanya bertindak sebagai pemerhati. Akhirnya dia bersuara.

“Is, bagi aje la Maz benda tu. Lagipun Is kan banyak benda macam tu,” arah Tengku Mariam kepada anak terunanya itu.

Mazliana tersenyum mendengar arahan Tengku Mariam. Dia tahu bos besarnya itu akan kalah dengan arahan mamanya. Yes, berjaya!

Tengku Iskandar masih menunjukkan protesnya. Lagi satu perangai bos besarnya yang berjaya discan. Manja sangat. Sedari kafe hingga ke tempat letak kereta bos besarnya menunjukkan muka ala-ala lima puluh sen. Bajet orang nak pujuk, tak de pehalnya... yang penting model kereta! Sengaja digosok perlahan dengan tangan. Jelingan bos besarnya dibalas dengan senyuman.

Page 323: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Dyadila

323

Langkah Mazliana terhenti pada kereta Proton Saga biru yang terletak di sebelah BMW 5 series Tengku Iskandar. Bukan nak buat perbandingan kereta luar dan dalam negara tapi suara tangisan yang kuat dari arah pintu kereta menarik perhatiannya. Dia melangkah merapati kereta itu.

“Kenapa?” tanya Mazliana. Dia kenal perempuan itu. Macam pernahku lihat tapi di mana ek? Hah... perempuan yang tolak kerusi roda tadi dan yang menangis pasti...

“Eh... tak ada apalah, ni anak saya ni meragam sikit.” Pandangan dialih ke arah kanak-kanak yang masih teresak-esak menangis. Dia masih duduk di kerusi roda sementara pintu kereta di sebelah penumpang sudah pun terbuka.

“Kenapa adik nangis?”

Tangisannya masih lagi kuat langsung tak ada tanda-tanda nak berhenti. Eiii... payah jugalah si ibu memujuk.

“Dia nak apa?” tanya Mazliana. Tak faham dengan apa yang diperkatakan. Suaranya jelas tapi kata-kata yang dikeluarkan agak kabur. Mungkin hanya ibunya saja yang faham.

“Tadi kami pergi ke kafe atas tu. Adik saya cakap ada free give, model F1. Itu yang dia nak sangat. Tapi tak ada rezeki kut, dah habis,” jelas si ibu juga hampa. Mazliana tersenyum. La... ingatkan tadi nak apalah. Susah jugalah nak jaga anak kurang upaya ni.

“La... dah jangan nangis. Ni akak bagi jeng... jeng... jeng!” Kereta F1 berada di ribaan. Kanak-kanak itu melonjak suka. Menarik sama senyuman manis Mazliana.

Tengku Mariam tersenyum melihat bakal menantunya mencium dahi kanak-kanak sindrom down itu.

Page 324: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Doktor Cinta

324

Sempat dia menjeling wajah Tengku Iskandar yang jelas turut sama menjadi penonton setia aksi tunangnya.

“Bos besar... bos besar!” panggilnya kuat.

“Kenapa?” tanya Tengku Iskandar separuh marah.

“Tak nak balik ke?” Melihat Mazliana sudah masuk ke dalam kereta membuatkan dia malu sendiri. Aduh... macam mana boleh berangan ni?

“Kenapa bagi dekat dia?” Soal Tengku Iskandar tidak puas hati.

Mazliana sekadar menjawab dengan senyuman yang manis. Kemudian wajahnya kembali memandang jalan. Soalan itu dia sendiri tak ada jawapannya.

Kenapa sepanjang hari kehidupan yang dilalui bersama wanita bernama Mazliana ini berbeza di hatinya. Sejak Mazliana tinggal dengannya dia seolah-olah mendapat sesuatu barang yang sudah lama hilang. Kenapa dia rasa gembira? Tapi betul ke disebabkan Mazliana atau kasih yang kembali mekar bersama Julia? Ya, Julia Hana. Nama itu yang membuatkan hidupnya semakin ceria.

Page 325: Doktor Cinta- PDF MUZRI

No. ISBN:- 978-967-5067-67-9

Jumlah muka surat: 832

Harga Runcit:- Semenanjung M’sia: RM26, Sabah/Sarawak: RM29

Harga Ahli KKN:- Semenanjung M’sia: RM22, Sabah/Sarawak: RM25

Sinopsis:-

Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik , porak peranda….

Mazliana : Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Page 326: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif : Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana : Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over : Eiii… tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?

COPYRIGHTING TEXT

Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda.

Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata….

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan DOKTOR CINTA di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.

Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-

Page 327: Doktor Cinta- PDF MUZRI

Kaki Novel Enterprise

No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,

D’Wangsa, Wangsa Maju,

53000 Kuala Lumpur.

No. Telefon:- 03-4149 0096

No. Faks:- 03-4149 1196