menyampaikan semula · web viewbab 51 kritikan terhadap saqifa muhammad ibn ishaq, penulis...

321
Menyampaikan Semula Sejarah Islam dan Ummah Muslim BAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar berkata: "Dan bahawa, mereka (Ansar) cuba untuk memotong kami dari asal kami dan merampas kuasa dari kami. Apabila dia (seorang Ansar) telah selesai (berucap), saya hendak mula bercakap, kerana saya telah menyediakan ucapan yang amat menyenangkan dalam minda saya. Ketika saya hendak menyatakan di hadapan mereka, Abu Bakar cuba melembutkan beberapa kekasarannya; dia telah berkata, “Berlembut Umar.’ Dan saya tidak suka membuat dia marah dan membiarkan dia berucap. Dia seorang yang mempunyai lebih pengetahuan dan kemuliaan dari saya, demi Allah, dia tidak meninggalkan satu pun perkataan yang saya telah fikirkan dan dia telah menyebutnya dengan caranya tersendiri lebih baik dari yang boleh saya ucapkan." Dia (Abu Bakar) berkata: ‘Segala kebaikan yang kamu sebutkan mengenai diri kamu (Ansar) adalah benar. Tetapi Arab hanya menerima pemerintah dari kaum Quraish, mereka adalah Arab yang terbaik di dalam darah keturunan dan negeri. Saya tawarkan kepada kamu seorang dari yang dua ini: terimalah mana yang kamu suka.' Setelah mengatakan itu dia memegang tangan saya dan Abu Ubayda b. al-Jarrah's..." Muhammad, Rasul Allah, belum lama wafat, ketika Abu Bakar menghidupkan semula keangkuhan di waktu jahiliah dengan mengatakan di hadapan Ansar bahawa Quraish, kaum di mana dia sendiri tergolong di dalamnya, adalah lebih “baik” atau “terulung” dari mereka (Ansar) "di dalam darah keturunan dan juga negeri!" Bagaimana Abu Bakar tahu mengenai “kecemerlangan” Quraish? Qur’an dan pembawanya, Muhammad, tidak pernah mengatakan bahawa kaum Quraish lebih mulia dari yang lain atau ada mempunyai kecemerlangan. Sesungguhnya, Quraish lah yang paling degil dari semua penyembah berhala di seluruh Arab. Mereka memeluk patung tuhan mereka, dan berperang menentang Muhammad dan Islam, dengan kemarahan yang amat sangat untuk selama 20 tahun. Sebaliknya Ansar, menerima Islam secara spontan dan sukarela. Mereka masuk Islam secara ke seluruhan dan tanpa bantahan. "Kecemerlangan" Quraish yang Abu Bakar dibesar-besarkan di Saqifa, di hadapan Ansar, adalah sesuatu kebanggaan di masa jahiliah yang Abu Bakar telah hidupkan semula untuk memperkuatkan tuntutannya kepada khalifah. Hanya beberapa hari sahaja dahulu Umar telah menahan pen dan dakwat dari Muhammad apabila baginda berada di ranjang kematian, dan 262

Upload: duongkhuong

Post on 03-Feb-2018

289 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 51

Kritikan Terhadap Saqifa

Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God):

Umar berkata: "Dan bahawa, mereka (Ansar) cuba untuk memotong kami dari asal kami dan merampas kuasa dari kami. Apabila dia (seorang Ansar) telah selesai (berucap), saya hendak mula bercakap, kerana saya telah menyediakan ucapan yang amat menyenangkan dalam minda saya. Ketika saya hendak menyatakan di hadapan mereka, Abu Bakar cuba melembutkan beberapa kekasarannya; dia telah berkata, “Berlembut Umar.’ Dan saya tidak suka membuat dia marah dan membiarkan dia berucap. Dia seorang yang mempunyai lebih pengetahuan dan kemuliaan dari saya, demi Allah, dia tidak meninggalkan satu pun perkataan yang saya telah fikirkan dan dia telah menyebutnya dengan caranya tersendiri lebih baik dari yang boleh saya ucapkan."

Dia (Abu Bakar) berkata: ‘Segala kebaikan yang kamu sebutkan mengenai diri kamu (Ansar) adalah benar. Tetapi Arab hanya menerima pemerintah dari kaum Quraish, mereka adalah Arab yang terbaik di dalam darah keturunan dan negeri. Saya tawarkan kepada kamu seorang dari yang dua ini: terimalah mana yang kamu suka.' Setelah mengatakan itu dia memegang tangan saya dan Abu Ubayda b. al-Jarrah's..."

Muhammad, Rasul Allah, belum lama wafat, ketika Abu Bakar menghidupkan semula keangkuhan di waktu jahiliah dengan mengatakan di hadapan Ansar bahawa Quraish, kaum di mana dia sendiri tergolong di dalamnya, adalah lebih “baik” atau “terulung” dari mereka (Ansar) "di dalam darah keturunan dan juga negeri!"

Bagaimana Abu Bakar tahu mengenai “kecemerlangan” Quraish? Qur’an dan pembawanya, Muhammad, tidak pernah mengatakan bahawa kaum Quraish lebih mulia dari yang lain atau ada mempunyai kecemerlangan. Sesungguhnya, Quraish lah yang paling degil dari semua penyembah berhala di seluruh Arab. Mereka memeluk patung tuhan mereka, dan berperang menentang Muhammad dan Islam, dengan kemarahan yang amat sangat untuk selama 20 tahun. Sebaliknya Ansar, menerima Islam secara spontan dan sukarela. Mereka masuk Islam secara ke seluruhan dan tanpa bantahan.

"Kecemerlangan" Quraish yang Abu Bakar dibesar-besarkan di Saqifa, di hadapan Ansar, adalah sesuatu kebanggaan di masa jahiliah yang Abu Bakar telah hidupkan semula untuk memperkuatkan tuntutannya kepada khalifah.

Hanya beberapa hari sahaja dahulu Umar telah menahan pen dan dakwat dari Muhammad apabila baginda berada di ranjang kematian, dan berhasrat untuk menuliskan wasiatnya. Wasiat, kata Umar, tidak perlu kerana “kitab Allah telah cukup untuk kami”

Tetapi di Saqifa, dia dan Abu Bakar telah terlupa kepada kitab Allah, yang menurut dari kitab itu kecemerlangan tidak dinilai dari darah keturunan dan negeri tetapi oleh ketaqwaan. Di dalam buku itu; inilah yang kita baca:

Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kamu di dalam pandangan Allah adalah yang paling kuat taqwanya. (Surah 49; ayat 13)

Di dalam pandangan Allah mereka yang mulia mempunyai karektor yang baik, takut kepada Allah dan cinta kepada Allah. Tetapi satu perkara yang Abu Bakar tidak sebutkan di Saqifa, adalah kitab Allah. Sebelum masuk ke Saqifa, mereka

262

Page 2: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

telah lupa jenazah baginda Rasul yang menunggu untuk dikebumikan; dan setelah memasuki Saqifa, mereka terlupa Kitab Allah, mereka telah terlupa kepada keduanya dengan secara tidak langsung; ini amat meragukan!

Dr. Muhammad Hamidullah: Qur’an telah menolak semua keutamaan mengenai bahasa, warna kulit dan yang lainnya dari kejadian alam, dan hanya mengakui keutamaan individu berasaskan ketaqwaan. (Introduction to Islam, Kuwait, 1977)

Abu Bakar mengatakan kecemerlangan Quraish pada dasar darah dan negara, adalah tanda yang pertama penyerapan jahiliah di dalam Islam!

Sir John Glubb: Pada kejadian berikutan dari matinya Rasul Islam.

Pemandangan yang liar dan ganas masih belum berakhir apabila seorang bergegas kepada Abu Bakar untuk memberitahunya bahawa penduduk Madinah telah berkumpul didewan tumpangan Bani Saida, mencadangkan untuk memilih Saad ibn Ubada, shaikh kaum Khazraj, sebagai pengganti Rasul. Muhammad belum sejam wafat, pergelutan untuk berkuasa telah mengancam perpecahan Islam kepada kumpulan-kumpulan yang bertentangan. Abu Bakar yang sederhana dan pendiam dan Umar ibn al-Khattab yang pemarah telah bergegas untuk menemui cabaran yang baru ini. Mereka telah diikuti oleh Abu Ubaida yang lembut dan bijak, seorang yang awal memeluk Islam, yang kita akan dengar lebih banyak lagi kemudian.

Sepuluh tahun dahulu, Penolong telah mempersilakan Rasul yang telah diusir kaumnya ke dalam rumah mereka dan telah memberikan baginda perlindungan, tetapi Muhammad lama kelamaan telah menjadi terkenal dan berkuasa, dan dikelilingi semula oleh kerabatnya dari kaum Quraish. Penolong dari Madinah, yang menjadi pelindung kepada Muslim, mendapati diri mereka di tempat kedua di dalam kota mereka sendiri. Kritikan telah disenyapkan di masa Rasul, tetapi belum pun lama baginda wafat kaum Aus dan Khazraj telah memutuskan untuk mengenepikan Quraish. "Biarlah mereka mempunyai ketua mereka sendiri," penduduk Madinah menjerit. "dan kami mempunyai ketua kami sendiri." Sekali lagi Abu Bakar, seorang tua yang berusia 60 tahun dengan sedikit bongkok dan lemah lembut, telah berdepan dengan pandangan yang hampir mencetuskan pemberontakan. Dia menghadapinya dengan tabah. "Hai penduduk Madinah," dia berkata, "segala kebaikan yang kamu telah katakan, adalah benar. Tetapi Arab tidak akan menerima Ketua melainkan dari Quraish."

"Tidak! Tidak ! Itu tidak benar! Satu ketua dari kami dan satu ketua dari kamu." Dewan penuh dengan jeritan, isu itu tergantung dalam kekaburan, perasaan pemberontakan makin meningkat.

"Tidak boleh begitu," jawab Abu Bakar tegas. "Kami adalah Arab yang paling terhormat. Ini saya tawarkan kamu pilihan dari dua orang ini, pilihlah yang mana satu kamu berikan bai’ah," dan dia menunjukkan kepada dua orang sahabatnya, Umar dan Abu Ubaida, keduanya Quraishi. (The Great Arab Conquests, 1967)

Sir John Glubb telah merujuk kepada pandangan yang “ganas dan liar berikutan dari wafatnya Rasul. Benar terdapatnya kelam kabut dan kebinggungan. Tetapi kebanyakan dengan sengaja diadakan kerana perlu. Sebaik sahaja Abu Bakar sampai, dia telah meyakinkan semua bahawa Rasul telah wafat, dan segala kekeliruan telah berakhir. Kekeliruan telah diadakan selama yang perlu dan kini tidak diperlukan lagi.

Ansar sedang memerhatikan semua kejadian ini. Kini mereka faham, keengganan Muhajirin untuk bersama tentera Usama ke Syria; keengganan mereka memberikan pen dan dakwat kepada Rasul apabila baginda berada di ranjang

263

Page 3: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kematian dan berhasrat untuk menuliskan wasiat, dan sekarang penafian terhadap kematian baginda, semuanya sebahagian dari strategi yang besar untuk mengeluarkan kedudukan khalifah dari rumah Rasul. Mereka juga yakin bahawa Muhajirin yang menentang Rasul ketika hidupnya, tidak akan membiarkan Ali mendapatkan kedudukan itu. Dari itu mereka memutuskan untuk melantik ketua mereka sendiri.

Tetapi Ansar telah terpedaya oleh Muhajirin. Ansar tidak mempunyai sistem yang baik untuk berkerja kepada mereka, tetapi Muhajirin ada. Orang yang memberitahu Abu Bakar dan Umar apa yang Ansar sedang lakukan, adalah dirinya sendiri dari kaum Aus di Madinah. Seperti yang telah ditunjukkan, dia mengkhianati Khazraj.

Yang sebenarnya perisik telah menemui Umar dan memberitahunya mengenai perhimpunan Ansar di Saqifa. Abu Bakar ada di dalam bilik Rasul. Umar memanggil dia keluar. Setelah keluar keduanya bergegas menuju ke Saqifa. Mereka juga membawa Abu Ubaida bersama. Mereka menubuhkan "troika" pemilih raja.

Ansar di Saqifa bukan berkonspirasi menentang Abu Bakar atau Umar atau sesiapa sahaja. Mereka sedang membincangkan perkara yang akan memberi kesan kepada Islam dan Muslim. Dengan ketibaan "troika" ini diperhimpunan mereka, telah memeranjatkan Khazraj tetapi menyenangkan Aus. Aus berhasrat untuk merosakkan rancangan musuh mereka, Khazraj dengan pertolongan "troika."

Sir John Glubb berkata bahawa Abu Bakar dan Umar "bergegas dengan cepat untuk menghadapi cabaran baru." Mengapa hanya Abu Bakar dan Umar sahaja yang pergi untuk menghadapi cabaran baru yang mengancam bukan mereka sahaja tetapi seluruh ummat Muslim? Siapa yang memberikan mereka kuasa untuk menghadapi cabaran ini?" Lagi pun, pada ketika itu, mereka sama sahaja seperti ahli masyarakat lainnya. Dan mengapa mereka tidak membawa sesiapa yang lain, yang dipercayai selain dari Abu Ubaida, seolah mereka di dalam satu misi rahsia?

Ahli sejarah itu menambah lagi bahawa orang Madinah mendapati diri mereka di dalam kedudukan yang kedua di dalam kota sendiri. Itu adalah benar tetapi tidak berlaku semasa hidupnya Rasul. Baginda telah melayani Ansar seperti mereka adalah raja, dan mereka mempunyai tempat pertama di dalam hati baginda. Tetapi sejurus setelah baginda wafat, semuanya telah bertukar untuk mereka, dan mereka tidak lagi ketua di dalam rumah mereka sendiri.

Muhammad Husayn Haykal: "Berapa banyakah lagi tekanan yang perlu ditanggungi oleh Muhammad sedangkan pada masa yang sama, baginda terpaksa berdepan dengan perkara seperti menggerakkan tentera Usama, dan ancaman terhadap nasib al-Ansar dan juga ummat Arab yang baru di satukan oleh agama Islam?" (The Life of Mohammed)

Ini adalah bahagian terpenting dari persoalan yang mempunyai bahasa tersembunyi. Telah terdapat bayangan akan adanya ancaman. Kedua-dua mereka, Rasul dan sahabatnya Ansar dapat merasakan adanya ancaman yang bergantungan seumpama awan hitam di atas kepala mereka. Tetapi siapakah yang mampu mengancam Ansar dan atas sebab apa?

Di dalam konteks peristiwa, adalah jelas dapat dilihat bahawa manusia yang boleh mengancam Ansar adalah tetamu mereka dari Makkah, Muhajirin. Tidak ada siapa selain dari Muhajirin, di dalam seluruh jajahan Arab yang mempunyai kedudukan yang boleh mengancam keselamatan Ansar.

264

Page 4: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Aus dan Khazraj memang saling cemburu dan mencurigai sesama sendiri. Maka mereka telah terdedah untuk dipergunakan [eksploit] oleh musuh. Ketua mereka sedar akan adanya kelemahan diperingkat susunan, dan mereka di kedudukan mempertahankan diri di Saqifa. Apabila seorang dari ketua mereka mengatakan kepada Muhajirin: "Kita hendaklah memilih dua ketua, satu dari kami dan satu dari kamu," ini telah nyata bahawa mereka telah berkata dari kedudukan yang lemah, bukan sepakat. Hanya dengan menyarankan pemerintahan bersama, Ansar telah menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak musuh.

Clausewitz menulis bahawa sebuah negara boleh dikalahkan oleh kesan dari perbalahan dalaman. Sebuah parti juga boleh dikalahkan dengan kesan yang sama. Inilah sebenarnya kesan perpecahan dalaman yang telah mengalahkan Ansar. Ansar telah mengambil langkah salah yang membawa maut. Saad ibn Ubada telah menasihatkan mereka bahawa mereka hanya mendedahkan kelemahan mereka kepada pihak musuh, tetapi kerosakan telah berlaku dan tidak dapat diulang semula terutama sekali Aus telah percaya bahawa Muhajirin lebih saksama kepada mereka dari Saad ibn Ubada dari puak Khazraj.

Di dalam perdebatan yang hangat dan pahit di Saqifa, Abu Bakar memberitahu Ansar, di antara lain, bahawa Arab tidak menerima ketua yang bukan dari Quraish. Tetapi lebih tepat jika dia katakan bahawa ketua yang bukan dari Quraish tidak boleh diterima oleh dirinya, Umar dan kepada sebahagian dari Muhajirin lainnya. Lebih-lebih lagi,bagaimana dia tahu bahawa Arab tidak akan menerima ketua dari yang bukan Arab? Adakah suku kaum Arab telah menghantar delegasi kepadanya dan mengatakan bahawa mereka tidak akan menerima Ansar sebagai ketua? Abu Bakar sebenarnya telah menyamakan semua Arab dengan sebilangan kecil Muhajirin yang ingin merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.

John Alden William: Permulaan khalifah, Imami adalah persoalan yang amat merunsingkan di dalam sejarah Islam. Parti majoriti, Sunni, telah meninggalkan dokumen yang menunjukkan khalifah terjadi dengan mengejut, dan sebagai respon [tidak balas] setelah wafatnya Rasul pada tahun 632 M. Selagi Rasul hidup, baginda adalah pemimpin yang sempurna, mudah ditemui, berperikemanusiaan, seperti seorang bapa, wira dan juga hakim, dan selalunya “benar” untuk ummatnya. Kini dengan tidak diduga baginda telah wafat. Berhadapan dengan kehilangan baginda, dan dengan tiada pengganti, ummat mula berpecah kepada suku-suku kaum. Dengan tindakan pantas, Abu Bakar dan Umar, berjayanya mereka mendapatkan salah seorang dari mereka diterima oleh semua sebagai ketua. Versi kejadian ini yang khusus dari Umar, apabila dia menjadi ketua, adalah seperti berikut:

"Saya akan mengatakan kepada kamu sesuatu yang Allah berkehendak bahawa saya harus menyatakannya. Mereka yang faham dan menelitinya, biarlah dia bawa bersamanya kemana sahaja dia pergi. Saya telah mendengar bahawa seseorang telah berkata, ‘Jika Umar mati, saya akan lantik si fulan,’ iaitu Ali. Janganlah sesiapa tertipu dengan dirinya sendiri dengan mengatakan bahawa penerimaan Abu Bakar adalah sesuatu yang tidak diduga yang kemudiannya telah diperbetulkan. Tetapi begitulah yang terjadi dan diterima pakai, tetapi Allah telah menjauhkan kejahatan darinya. Tidak terdapat di antara kamu, di mana manusia akan menyerahkan ketaatan dirinya seperti yang mereka telah lakukan kepada Abu Bakar. Sesiapa yang menerima seseorang sebagai ketua tanpa berunding dengan Muslim, penerimaan yang sedemikian adalah tidak sah untuk kedua-dua mereka…. [keduanya] dalam bahaya akan dibunuh. Apa yang berlaku adalah apabila Allah mengambil Rasulnya, Ansar menentang kami dan menghimpunkan ketua mereka di dalam dewan [saqifa] Bani Saida; dan Ali dan Zubayr dan sahabat mereka menarik diri dari kami [untuk menyediakan jenazah baginda untuk dikebumikan] sedang Muhajirin berkumpul bersama Abu Bakar.

265

Page 5: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

‘Saya memberitahu Abu Bakar bahawa kita harus pergi kepada saudara kita Ansar di dewan Bani Saida. Di tengah-tengah mereka, ketua mereka Sa’ad ibn Ubada yang sedang sakit. Jurucakap mereka sedang meneruskan ucapan: Kita adalah penolong Allah dan juga tentera Islam. Kamu wahai Muhajirin, adalah keluarga kami dan sekumpulan kamu datang kemari untuk menginap.

Dan bahawa mereka hendak memotong kami dari asal keturunan kami [di dalam kaum Rasul] dan merampas kuasa dari kami. Saya hendak bercakap, tetapi Abu Bakar berkata, berlembut Umar. Saya tidak suka menjadikan dia marah; maka membiarkan dia berucap dengan caranya yang lembut. Ini lebih baik dari yang saya dapat lakukan. Dia berkata, ‘semua kebaikan yang kamu katakan adalah benar. Tetapi Arab hanya akan menerima pemerintah dari kaum Quraish, mereka adalah Arab yang terbaik dari darah keturunan dan negara.

Saya berikan kamu dua orang ini: terimalah yang mana kamu suka. Dengan mengatakan demikian dia mengambil tangan saya dan juga Abu Ubayda ibn al-Jarrah yang telah datang bersama kami.'" (Themes of Islamic Civilization, 1971)

Dengan tindakan yang pantas, kata Dr. Williams, Abu Bakar dan Umar, berjaya menjadikan seorang dari mereka diterima sebagai pemerintah. Sebenarnya dengan tindakan yang pantas, Abu Bakar dan Umar berjaya menjadikan diri mereka berdua diterima sebagai pemerintah. Tindakan pantas mereka juga telah memastikan bahawa Ali (dan juga Ansar) telah dijauhkan dari lingkungan pemerintah. Dalam Saqifa, kuasa dan pemerintahan berpindah ke tangan mereka, dan di situlah ianya akan kekal. Walaupun setelah mereka mati, pemerintah yang akan datang adalah orang yang mereka telah bentuk sendiri. Ini adalah pukulan utama dari strategi mereka yang cemerlang. “Tindakan pantas” telah menghasilkan ganjaran yang amat lumayan kepada mereka!

Ucapan Abu Bakar di Saqifa sungguh halus dan lembut. Itu juga menjadi rahsia kejayaannya. Walaupun dia juga seorang calon untuk khalifah dan juga ahli menentang Ansar, dia telah mengenalkan dirinya sebagai yang tidak berminat, tidak berpihak, parti yang ketiga. Jika dia masuk ke Saqifa sebagai calon, atau jurucakap untuk Muhajirin, penentangan Ansar akan lebih keras. Tetapi dia berkata kepada mereka: “Saya tawarkan kepada kamu dua orang ini, Umar dan Abu Ubaida. Terimalah seorang dari mereka sebagai ketua kamu."

Abu Bakar memuji Ansar dan mengakui khidmat mereka kepada Islam, tetapi yang lebih utama, dengan menunjukkan bahawa dia tidak berminat dan tidak berhasrat untuk kedudukan itu, telah berjaya melemahkan Ansar. Mengenai Muhajirin, dia berkata bahawa merekalah yang pertama menerima Islam, dan mereka dari kaum Rasul. Pasti Ansar tidak boleh menafikan ini. Dia lalu memperkukuhkan kes Muhajirin dengan menyebutkan hadith Rasul yang mana baginda telah katakan: “Ketua hendaklah dari Quraish."

Sebagai balasan pada mengiktiraf dia sebagai amir, Abu Bakar tawarkan untuk melantik Ansar sebagai wazir. Tawaran ini hanya sekadar penyedap hati untuk Ansar. Mereka tidak pernah menjadi wazir atau penasihat atau apa juga di dalam kerajaan Saqifa.

Di dalam menyebutkan semula peristiwa Saqifa, Umar menekankan bahawa Ansar cuba "untuk memotong kita dari asal kita."

Apakah “asal’ kita yang Ansar cuba untuk memotong Umar darinya, dan dengan cara apa? Kenyataannya tidak jelas. Tetapi di dalam kejadian sebenar, tidakkah Umar yang memotong Ansar dari asal mereka?

Dari masa ke semasa, kelihatan seperti Umar mengidap penyakit hilang ingatan. Terdapat adakalanya dia terlupa perintah Tuhan di dalam Al-Qur’an al-Majid,

266

Page 6: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

sebagaimana dia sendiri mengaku; dan terdapat juga ketika dia terlupa pengistiharan dan juga kenyataan Rasul Allah. Dari itu dia telah terlupa pada dua peristiwa semasa hidup Rasul, satu berkaitan dengan Sumpah Setia Kedua di Aqaba (622 M), dan yang satu lagi berkaitan dengan Peperangan Hunayn (630 M), dan keduanya berkaitan dengan Ansar.

Di Sumpah Setia Kedua di Aqaba, Abul Haithum dari Yathrib (kemudian digelar Madinah), bertanya kepada Muhammad Mustafa soalan yang berikut: "Wahai Pesuruh Allah! Apa akan terjadi apabila Islam menjadi kuat; adakah kamu akan meninggalkan Yathrib dan kembali ke Makkah, dan menjadikannya ibu negeri kamu?"

"Tidak," adalah jawapan yang jelas dan tegas dari Pesuruh Allah kepada Abul Haithum dan sahabat-sahabatnya. "Dari hari ini, darah kamu adalah darah saya. Saya tidak akan mengabaikan kamu, serta kamu dan saya tidak boleh dipisahkan," baginda meyakinkan mereka.

Masanya telah tiba apabila Islam menjadi kuat dan berdikari, Muhammad Mustafa ingat akan janjinya kepada Ansar. Baginda menjadikan Madinah, kota mereka ibu negeri Islam. Muhammad tidak pernah mengatakan kepada Muhajirin bahawa darah baginda adalah darah mereka atau darah mereka adalah darah baginda. Dari itu, Umar yang memotong Ansar dari asal mereka, dan bukan yang sebaliknya. Peristiwa kedua berlaku sejurus selepas Peperangan Hunayn. Rasul mengarahkan Ansar untuk berkumpul di dalam khemah di Jirana, dan apabila mereka telah lakukan, baginda berucap kepada mereka seperti berikut:

"...Saya tidak akan meninggalkan kamu. Jika seluruh manusia berjalan ke satu arah, dan orang Madinah berjalan diarah yang lain, sesungguhnya saya akan bersama orang-orang Madinah. Allah rahmatilah mereka, redhalah kepada mereka, anak-anak mereka, dan anak-anak kepada anak-anak mereka selamanya."

Muhammad, Pesuruh Allah, memberitahu Ansar bahawa baginda akan memilih jalan mereka [Ansar] jika seluruh dunia memilih jalan yang lain. Di dalam menentang Ansar dan menewaskan mereka, kita dapat melihat ke arah mana Muhajirin telah pergi. Muhammad dan Ansar telah memilih satu arah yang mereka hendak pergi; tetapi di Saqifa, Muhajirin telah memilih laluan yang bertentangan untuk diri mereka!

Umar juga menekankan mengenai "kuasa" yang mana dia berkata bahawa Ansar cuba “merampas dari kita.” Kenyataan ini juga kurang jelas. “Kuasa” apa yang Umar perkatakan? Dan bagaimana pun “kuasa” apa yang dia ada? Siapa yang berikan kepadanya kuasa yang Ansar cuba untuk merampas darinya? Dan mengapa dia pergi ke Saqifa? Tidakkah dia pergi ke sana untuk merampas kuasa dari Ansar?

Perjumpaan di dalam pondok di Saqifa hanya mempunyai satu perkara di dalam “agenda” iaitu “kuasa” Abu Bakar dan Umar yang berjaya merampas kuasa itu. Setelah kuasa berada di tangan mereka, maka Umar mampu mengkritik dan menuduh Ansar sebagai cuba untuk memotong “asal” dan merampas “kuasa” dari kita.

Seperti yang dikata dahulu, apabila Rasul wafat, Abu Bakar tidak ada di masjid. Dia berada di Sunh, jauh dipinggir Madinah. Ketiadaan dia telah menjadikan Umar separuh gila. Dia mengeluarkan pedangnya dan mengancam untuk membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasul telah wafat. Kegilaan ini telah disebabkan oleh takutnya dia jika Muslim di masjid memberikan bai’ah kepada Ali ibn Abi Talib, dan menerimanya sebagai ketua mereka. Tetapi dia tidak

267

Page 7: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mengetahui bilakan Abu Bakar akan datang, dia berpaling kepada Abu Ubaida, dan berkata kepadanya:

"Hai Abu Ubaida! Keluarkan tangan kamu dan saya akan memberikan bai’ah saya kepada kamu supaya kamu boleh menjadi amir bagi semua Muslim. Saya telah mendengar Rasul Allah berkata bahawa kamu adalah al-amin [yang dipercayai] dari ummat ini."

Tetapi Abu Ubaida enggan menerima bai’ah Umar, dan menentangnya dengan berkata: "Bagaimana hai Umar, boleh kamu menawarkan kedudukan khalifah kepada saya sedangkan manusia seperti Abu Bakar ada bersama kita? Telahkah kamu lupa bahawa dia adalah yang “ikhlas” dan yang kedua dari dua; apabila keduanya berada di dalam gua?'"

Jawapan Abu Ubaida menjadikan Umar terdiam. Dia mungkin menjadi histeria semula, mengancam untuk membunuh sesiapa yang berkata Rasul telah wafat, dan kekal begitu sehingga Abu Bakar sampai. Apabila Abu Bakar sampai Umar serta merta sembuh dari gilanya "histerianya."

Sejurus kemudian, ketiga-tiga mereka "troika" Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaida, merempuh masuk ke Saqifa. Di sana Abu Bakar mempelawa Ansar untuk memberikan bai’ahnya kepada Abu Ubaida (atau Umar). Dalam masa kurang dari setengah jam, Abu Ubaida ibn al-Jarrah, penggali kubur di Madinah, telah menerima tawaran mahkota jajahan Arab sebanyak dua kali, pertama dari Umar dan kemudian dari Abu Bakar. Dia mestinya seorang yang terulung untuk mendapat tawaran bukannya dari seorang malah dari dua orang pelantik raja! [king-makers]

Sebenarnya, selain dari fakta bahawa dia adalah yang awal memeluk Islam, Abu Ubaida tidak mempunyai apa-apa lain yang hendak diketengahkan. Mengenai dirinya seorang ahli sejarah British, Sir William Muir, menulis di dalam bukunya Life of Mohammed: "Tidak terdapat apa-apa kecemerlangan dari Abu Ubaida untuk membolehkannya menjadi sebagai calon khalifah. Dia telah dinamakan oleh Abu Bakar sebagai seorang lagi calon Coreishite yang hadir di sana."

Sir William Muir betul di dalam menunjukkan, tidak ada apa yang cemerlang di dalam diri Abu Ubaida untuk menjadi calon khalifah. Tetapi apakah kecemerlangan yang ada pada Umar untuk membolehkan dia dicalonkan sebagai khalifah? Bila dan di mana dia telah menunjukkan kecemerlangan khidmatnya kepada Islam, sama ada di peperangan atau di dalam jemaah perundingan?

Di sini ahli sejarah tersebut menunjukkan terperanjatnya bagaimana Abu Bakar boleh menawarkan kedudukan khalifah kepada Abu Ubaida, seorang yang tidak mempunyai sebarang kecemerlangan. Tetapi dia mungkin tidak sedar bahawa di dalam situasi yang sedang diselidik ini, perkara kecemerlangan tidak punya kaitan sama sekali. Pelantik raja boleh menawarkan kedudukan khalifah kepada sesiapa sahaja dari kalangan Muhajirin asalkan dia bukan Ali ibn Abi Talib atau sesiapa dari ahli Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah!

Sir William Muir berkata bahawa Abu Bakar menamakan Abu Ubaida kerana dia seorang lagi Coreishite yang hadir. Sekali lagi dia betul. Bagaimana pun, kita hendaklah kekalkan di dalam fikiran kita bahawa Abu Bakar dan Umar sedang terlibat di dalam tugas yang paling penting iaitu melantik ketua di dalam Kerajaan Langit di Bumi. Kita harus bertanya [dalam tugas yang begitu penting] bolehkah mereka begitu cuai seperti apa yang telah berlaku [menawarkan kepada Abu Ubaida]. Dan apakah yang akan terjadi jika sebaliknya bukan Abu Ubaida yang ada di sana, seorang Quraishi lain, Abu Sufyan yang hadir? Adakah Abu Bakar akan menawarkan kedudukan khalifah kepadanya? Besar kemungkin itu yang akan dilakukan. Lagi pun, Abu Sufyan bukan sahaja ahli dari kaum Quraish tetapi

268

Page 8: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dia adalah seorang ketua, yang mana Abu Ubaida dan tidak juga Umar dari kalangan yang setaraf dengannya [Abu Sufyan].

Umar dan Abu Bakar berkeliling menawarkan kedudukan tertinggi Arab kepada sesiapa yang “mampu”. Tetapi adakah kedudukan ini harta persendirian mereka yang mana mereka boleh berikan kepada siapa yang mereka suka? Jika itulah kiranya, siapa pula yang memberikan kepada mereka? Lagipun ini bukan pusaka kepunyaan mereka. Jika bukan milik mereka, apa hak mereka untuk memberikan kepada seseorang? Mereka berkeliling menawarkan sesuatu yang bukan milik mereka. Jika mereka tidak mendapatkannya dengan cara yang dibenarkan, dengan cara yang diredhai Allah, maka mereka telah memiliki sesuatu yang dengan jelas telah dirampas.

Pertandingan untuk ketua, selepas wafatnya Muhammad, telah dibuka kepada ahli dari kaum Quraish, dan tidak kepada Muslim lainnya. Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaida, "troika" telah membuatkan perundangan untuk pertandingan itu, dan undang-undang itu tegas. Bani Hashim juga suku kaum Quraish, dan mereka juga hendaklah dikeluarkan dari pertandingan itu. Tetapi bagaimana? Ini menjadi masalah bagi "troika." Mereka kini dapat menyelesaikan masalah itu dengan kemampuan [licik] yang diperlukan untuk hidup di padang pasir Mereka mengatakan bahawa Bani Hashim telah mengeluarkan Rasul untuk Arab, satu penghormatan untuk mereka, dan mereka perlu merasa cukup dengannya; sebagai pengganti, bukanlah untuk kepentingan ummat jika Bani Hashim juga yang mengeluarkannya. Dari kaum yang mana, ini terpulang kepada "troika" untuk memutuskan. Ahli dari kaum "troika" sendiri yang akan mendahuluinya.

Dari itu, apa yang menjadi bukti paling berharga kepada Quraish, iaitu Muhammad, Rasul Allah adalah ahlinya, kini terbalik menjadi yang memutuskan untuk Bani Hashim. Mereka ditolak dari mengambil bahagian di dalam pertandingan untuk khalifah kerana Muhammad dari mereka!

Umar telah membuat pusingan 180-darjah di Saqifa. Sebelum pergi ke Saqifa, dia meramalkan bahawa jika keluarga yang mengeluarkan Rasul, juga mengeluarkan penggantinya, "Arab" akan memberontak menentangnya. Tetapi apabila dia menentang Ansar di Saqifa, dia meramalkan bahawa "Arab" tidak akan menerima ketua orang yang bukan dari kaum Rasul itu sendiri. Dia dan Abu Bakar menuntut kedudukan atas dasar bahawa mereka berdua adalah dari kaum yang sama seperti Muhammad sedangkan Ansar tidak.

Maulana Abul Ala Maududi dari Pakistan telah memberikan sanjungan yang tinggi kepada Quraish. Dia berkata bahawa ahli kaum Quraish adalah orang yang berkebolehan dan berkemampuan, dan mereka telah menghasilkan semua pemimpin Muslim. Untuk menjadikan kenyataannya lebih meyakinkan dia menyebutkan kecemerlangan mereka dari kata-kata yang diucapkan oleh Rasul dan Ali ibn Abi Talib.

Tetapi berkemungkinan juga Ansar boleh mengeluarkan pemimpin yang sehebat, mungkin lebih baik dari Quraish. Tetapi "troika" telah menghalang mereka di Saqifa, dan ummat Muslim tidak dapat menikmati kebolehan mereka sebagai ketua. Kesahihan kenyataan yang memuji Quraish, di mana Maududi telah katakan dari Ali, terdedah kepada persoalan. Ali pasti tidak dapat memberikan apa-apa sanjungan kepada Quraish. Beliau belum pun 14 tahun apabila pertama kalinya Quraish cuba menghalang Muhammad. Ali yang telah menyahut cabaran itu. Pedang beliau sentiasa menitikkan darah jahiliah mereka. Beliau dan mereka sentiasa di dalam situasi pertentangan di sepanjang hayat mereka.

Syi’ah Muslim menentang prinsip pemilihan ketua pada asas andaian atau lebih senior. Menurut mereka pertimbangan yang mengawal pemilihan ketua bukan

269

Page 9: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

tertentu dalam golongan Quraish atau umur; tetapi karektor, kemuliaan, kebolehan dan pengalaman. Karektor yang utama. Bagaimana cara ketua Muslim boleh menyesuaikan dirinya dalam kehidupan, bukan sekadar pada peranan itu dan ini, bukan untuk seketika, tetapi menghayati sepenuhnya?

Pemilihan seorang ketua perlukan penyiasatan yang rapi, mencapai di luar bidang etika. Lagipun ketua bagi Muslim bukan sekadar pertandingan moral sahaja. Khalifah mestilah seorang yang bukan sahaja mempunyai moral yang tinggi dan mulia tetapi juga mempunyai kebolehan yang cemerlang dan pengalaman yang luas. Dalam lain perkataan pemilihan yang terbaik, terbaik dalam segala pengertian; kehormatan yang tertinggi dengan kebolehan yang telah terbukti, bukan sekali tetapi berulang kali, inilah caranya. Dan pastinya dia adalah seorang yang paling bertaqwa.

Badan pemilih, jika ada badan yang sedemikian, mempunyai tanggungjawab untuk menyelidik dengan teliti semua sifat dan latar belakang seseorang yang akan menjadi calon untuk kedudukan yang tertinggi di dalam Islam. Mereka hendaklah mempertimbangkan kebolehannya, penilaiannya, kebebasan dari sebarang ikatan dan dari sudut pandangan filosofi [pengetahuan] sama ada dia adalah orangnya yang boleh mereka lantik sebagai khalifah.

Seperti yang kita telah lihat, karektor dan kebolehan calon untuk khalifah tidak dibincangkan di Saqifa. Ianya adalah isu yang tidak berkaitan. Bahasa yang dipancarkan oleh Muhajirin dan juga Ansar adalah satu persoalan iaitu haruskan ketua bagi Muslim dari Muhajirin atau Ansar?

Ansar menerima kekalahan di Saqifa apabila berdepan dengan musuh mereka yang canggih, Muhajirin, bahawa khalifah bagi ummat Muslim adalah “hak” ekslusif Quraish kerana Muhammad sendiri adalah Quraishi!

270

Page 10: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 52

Saqifa dan Logiknya Daripada Sejarah

Di dalam pendahuluan buku ini, saya telah cuba mengambil perhatian pembaca terhadap kecenderungan dan persediaan kebanyakan dari ahli sejarah Orientalis, untuk menerima, nilai zahir dari banyak kenyataan-kenyataan dusta dan tuntutan-tuntutan palsu yang telah disebarkan terdahulu oleh ahli sejarah yang dibayar oleh kerajaan Damascus dan Baghdad, keduanya adalah pewaris kerajaan Saqifa. Sebagai contoh terdapat ijmak di antara mereka bahawa Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, tidak melantik penggantinya dan tidak juga memberitahu Muslim bagaimana caranya mereka hendak melantik ketua kerajaan yang ditubuhkan oleh baginda; dan baginda wafat dengan meninggalkan segala-galanya di atas kebijaksanaan mereka sendiri.

Sebahagian dari contoh penerimaan para Orientalis, tanpa menyelidik terhadap kenyataan tersebut, telah diberikan dalam bab 45. Berikut adalah satu lagi contoh: "Muhammad wafat di Madinah pada June 8, 632 M., tanpa meninggalkan arahan untuk kerajaan ummat Muslim yang akan datang..."

Kenyataan ini terdapat di dalam atikel bertajuk Khalifah, pada ms 643, jilid 4, edisi 14 (1973) dari Encyclopedia Britannia. Ini adalah satu dari propaganda yang diciptakan; tetapi penyebar pengetahuan yang terbesar seperti Encyclopedia Britannia telah menerima baris-baris kenyataan itu. Ini adalah pemalsuan terbesar terhadap sejarah Islam dan telah memecah-belahkannya, tetapi anehnya perkara ini tidak pernah dipertikaikan untuk berkurun-kurun lamanya.

Para Orientalis mungkin tidak akan mencabar kepalsuan yang telah wujud untuk sedemikian lama, tetapi mereka sepatutnya telah menimbulkan beberapa persoalan asas mengenainya. Persoalan yang berkaitan dengan kepercayaan Islam dan filosofi politik Muhammad, Rasul Allah, seperti yang disenaraikan di bawah ini. Kesemuanya terletak di atas persoalan bahawa Muhammad TIDAK (diulangi lagi TIDAK) melantik penggantinya dan tidak juga memberikan arahan mengenainya kepada para sahabat; untuk kerajaan ummat Muslim yang akan datang. Maka apabila baginda wafat, ummat baginda mendapati diri mereka di dalam kebinggungan.

1. Adakah Muhammad, Pesuruh Allah, yang telah menubuhkan Kerajaan Madinah, menganggap dirinya layak untuk melantik penggantinya atau tidak?

2. Apakah yang mungkin menjadi sebab atau sebab-sebab, secara hipothesis di atas kegagalan Muhammad untuk melantik Penggantinya sendiri?

3. Oleh kerana Muhammad tidak melantik penggantinya, adakah baginda memberi ummat Muslim tugas untuk melantik atau memilih ketua mereka sendiri?

271

Page 11: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

4. Oleh kerana ummat Muslim tidak mempunyai petunjuk pada cara-cara memilih ketua, adakah para sahabat Muhammad, dengan persetujuan semua [ijmak], dan sebelum melantik seorang ketua [atau selepas melantiknya] telah menyediakan satu set perundangan atau garis panduan di mana mereka perlu patuhi [kemudiannya]?

5. Apakah atitiut dan kelakuan para sahabat utama Muhammad terhadap pemimpin ummat Muslim selepas wafatnya baginda?

6. Apakah yang menjadi amalan Muhammad dalam kaitan pemilihan dan perlantikan pegawai?

7. Apakah keputusan Quran pada amalan Muhammad?

8. Apakah sebenarnya yang Muhammad lakukan mengenai penggantiannya?

9. Apakah yang sebenarnya berlaku selepas wafatnya Muhammad?

10. Apakah pentingnya persoalan penggantian di dalam sejarah secara umum?

Percubaan telah dibuat untuk menjawab soalan-soalan ini seperti berikut:

Soalan 1 : Adakah Muhammad, Pesuruh Allah, yang telah menubuhkan Kerajaan Madinah, menganggap dirinya layak untuk melantik penggantinya atau tidak?

Jawapan : Tiada siapa yang boleh menyarankan, jauh sekali sebagai seorang Muslim untuk mengatakan bahawa Muhammad tidak layak melantik penggantinya sendiri. Seorang Muslim tidak boleh membayangkan bahawa Rasul kurang keupayaan untuk memilih pengganti untuk dirinya.

Arab amat terkenal dengan keangkuhan, jahil, perusuh dan keturunan yang tidak punya undang-undang. Muhammad memperkenalkan perundangan Tuhan kepada mereka, dan memastikan supaya mereka menghormati dan mamatuhi undang-undang tersebut. Baginda menubuhkan organisasi politik yang dipanggil Negeri atau Kerajaan Madinah. Di dalam negeri tersebut, kuasa baginda tidak terbatas. Baginda memilih sendiri segala pegawai-pegawai pentadbirannya, awam dan juga tentera. Baginda boleh melantik dan menggugurkan seseorang pegawai kehendak baginda dengan tanpa memberikan sebarang alasan kepada sesiapa untuk melakukannya.

Corak pentadbiran Muhammad adalah serata [konsisten]. Sebenarnya tindakan baginda begitu selaras sehingga mudah untuk diramal [diduga]. Semua Muslim tahu bahawa baginda akan memilih dan melantik orang-orang yang berkemampuan untuk jawatan-jawatan yang penting, dan mereka juga tahu bahawa baginda akan melakukan semua itu tanpa berunding. Baginda juga tidak pernah memberikan kuasa kepada mana-mana sahabat untuk melantik pegawai. Muhammad, Rasul Allah, sahaja yang layak untuk memilih dan melantik penggantinya, dan tiada siapa yang boleh melakukan itu untuk baginda.

Soalan 2: Apakah yang mungkin menjadi sebab atau sebab-sebab, secara hipothesis di atas kegagalan Muhammad untuk melantik Penggantinya sendiri?

Jawapan: Jika Muhammad wafat dengan tidak menamakan pewaris dan penggantinya, baginda terdedah pada tuduhan, telah mengabaikan tanggungjawab sendiri. Sesiapa yang mengatakan baginda tidak menamakan penggantinya, telah menyarankan bahawa baginda melayarkan perahu Islamnya yang kecil lagi rapuh di dalam lautan yang bergelora, tanpa kompas, tanpa kemudi, tidak mempunyai sauh dan tidak mempunyai nahoda [kapten], dan melepaskan sepenuhnya kepada nasib terhadap tiupan angin dan pukulan

272

Page 12: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

ombak. Dengan itu, samalah seperti dikatakan baginda tidak mengambil berat kepada kepentingan utama ummat, dan baginda tidak mempedulikan kebajikan generasi Muslim yang akan datang. “Pengabaian” yang sedemikian dari pihak baginda, mempunyai tiga sebab kemungkinan, iaitu,

(a) Semua Muslim telah menjadi bijak, pandai, takut kepada Tuhan, cinta kepada Tuhan, dan setiap mereka telah mempunyai pengetahuan yang sempurna pada penghuraian Qur’an. Juga setiap individu adalah sama, dalam semua perkara kepada setiap individu yang lain. Maka mustahil untuk syaitan dapat menggoda atau menyesatkan mereka. Dari itu, Muhammad boleh meninggalkan tugas memilih penggantinya kepada nasib semata-mata. Baginda bolehlah merasa senang dengan memikirkan bahawa sesiapa sahaja yang dijadikan ketua ummat dengan berlalunya masa dan peristiwa adalah orang yang betul; maka kerajaan Madinah dan masyarakat yang beriman, keduanya boleh diamanahkan kepada penjagaan sesiapa sahaja.

Tetapi itu bukan dan tidak boleh jadi kesnya. Adalah mustahil untuk dua individu mempunyai kebolehan yang sama, karektor dan juga keperibadian. Muhammad tahu bahawa semua Arab yang telah menerima Islam, tidak semestinya Muslim yang ikhlas. Di antara mereka terdapat jumlah yang besar “hipokrit” atau “Muslim yang terendah” Kehadiran mereka di Madinah telah diperkatakan oleh Qur’an sendiri. Mereka menyatakan Islam secara zahir, tetapi hati mereka tetap jahiliah. Mereka adalah musuh Muhammad, Islam dan juga Negara yang ditubuhkan oleh baginda. Mereka mewakili ‘kumpulan kelima’. Jahiliah di Madinah, bersedia untuk merebut peluang pertama yang ada untuk menghancurkan Islam. Jika Muhammad telah meninggalkan negara yang baru ini tanpa ketua, baginda sebenarnya telah meletakkannya ke dalam tangan perosak Ideologi ini, senjata yang dikehendaki oleh mereka, yang dengannya dapatlah mereka menghancurkan Islam.

Muhammad telah mengetahui semua ini, dan baginda wafat, bukan secara mengejut, tetapi setelah sakit yang lama. Maka baginda mempunyai masa untuk melaksanakan urusan negara yang penting; yang paling penting adalah pemilihan dan menamakan pengganti baginda. Satu perkara yang baginda tidak boleh tinggalkan, iaitu meninggalkan kerajaan baginda, Kerajaan Langit di Bumi, kepada penjagaan mereka-mereka yang suka kepada kebendaan dan mereka-mereka yang tidak dikenali atau pengembara yang besar cakapnya.

(b) Muhammad tidak menyintai Islam. Dia telah digerakkan oleh kehendak peribadi. Dia hendak membawa semenanjung Arab di bawah pemerintahannya, dan Islam adalah cara, yang melaluinya dia telah berjaya melakukan semua itu. Tetapi apabila cita-citanya telah tercapai, dia sudah tidak mempedulikannya lagi, jika setelah dia mati, kerajaan yang telah ditubuhkan, masih bersatu atau berkecai. Dia tidak peduli, selepas dia mati, Arab tinggal taat kepada Islam atau mereka berbalik kepada penyembahan berhala dan juga jahiliah.

Apa yang boleh dikatakan; amat mustahil untuk membayangkan bahawa Muhammad tidak menyintai Islam? Di Makkah baginda menanggung seksaan, kelaparan, dahaga, terasing, dihina dan diusir, semuanya hanya untuk Islam. Apabila di Madinah, baginda telah diminta untuk membuat pengorbanan yang lebih besar lagi untuk Islam. Dua orang bapa saudaranya, tiga orang sepupu, dua anak angkat dan satu abang angkat dan ramai sahabat baginda telah terbunuh di dalam mempertahankan Islam. Dan kemudiannya, baginda menjadi pemerintah Madinah, tetapi tidak ada yang berubah di dalam bentuk kehidupannya. Ramai ahli dalam masyarakat yang baru ini miskin, dan baginda memberi mereka makan. Baginda berikan mereka makanan sehingga kerap-kali anak-anak baginda kelaparan. Ini berlaku tahun demi tahun. Baginda melakukan semua ini dan pengorbanan yang tidak terkira, hanya untuk menjadikan Islam kuat dan boleh berdikari.

273

Page 13: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Di Makkah, Quraish telah menawarkan Muhammad kuasa, kekayaan dan kecantikan jika baginda meninggalkan misi baginda sebagai Rasul Islam. Tetapi baginda telah menolak mereka semua. Dengan menolak mereka, baginda telah menolak “kemahuan cita-cita” Mungkin tidak pernah terfikir oleh baginda bahawa terdapat perkara yang sedemikian rupa, seperti “idaman”. Tunggak utama kerja baginda untuk Islam, itulah cinta baginda kepadanya. Cinta ini telah kekal dari mula hingga ke akhir. Baginda mempunyai satu cita-cita dalam kehidupan ini, dan itu adalah untuk melihat Islam kekal. Cita-cita baginda telah tercapai oleh kerana kita tahu Islam kekal.

Muhammad tidak melantik penggantinya kerana baginda takut pada penentangan. Muhammad adalah seorang manusia yang terasing pada pengertian takut. Baginda mencabar jahiliah pada ketika baginda hanya seorang diri di dalam dunia ini, dan bahawa seluruh dunia memandang kepada baginda dengan permusuhan Jahiliah telah menggunakan segala kuasanya untuk mengalahkan baginda tetapi gagal. Baginda memecahkan mereka. Hanya dengan semangat yang tabah, baginda telah menakluki seluruh dunia. Dalam dua dari lima peperangan yang besar, di mana Muslim telah dikalahkan, dan mereka lari dari medan peperangan. Tetapi baginda berdiri teguh dan tidak melarikan diri, dan sebenarnya baginda telah menjadi tempat berkumpul semula bagi mereka-mereka yang lari. Kehadiran baginda telah memulihkkan semangat Muslim; dan mereka kembali berjuang.

Selepas peperangan Hunayn, seluruh jajahan Arab di bawah kaki Muhammad, dan tidak ada kaum atau gabungan suku kaum yang dapat mencabar kuasa baginda. Kuasa baginda di dalam semenanjung adalah yang terulung. Persoalan bahawa baginda takut terhadap penentangan seseorang, dari itu tidak seharusnya timbul.

Soalan 3 : Oleh kerana Muhammad tidak melantik penggantinya, adakah baginda menyuruh ummat Muslim dengan tugas melantik atau memilih ketua mereka sendiri?

Jawapan : Perlantikan ketua eksekutif bagi ummat yang beriman adalah perkara yang amat penting. Muhammad tahu akan pentingnya. Tetapi untuk sesuatu sebab yang tidak diketahui, baginda menahan diri dari melantiknya. Maka satu-satunya sebab mengapa baginda tidak menlantiknya, mungkin baginda telah menyerahkan tugas ini kepada ummat.

Tetapi tidak juga Abu Bakar dan Umar, dan tidak juga ahli sejarah kini, pernah mengatakan yang sedemikian. Mereka tidak pernah mengatakan, sebagai contoh, bahawa Muhammad Mustafa berkata:

"Wahai Muslim! Saya tidak mahu melantik pengganti saya," atau "Saya tidak boleh melantik pangganti saya," atau "Saya kurang kemampuan untuk melantik pengganti saya. Oleh kerana saya kurang kemampuan, maka saya menyerahkan kepada kamu dengan tanggungjawab ini. Apabila saya mati, kamu lantik atau pilihlah ketua untuk diri kamu."

Tiada siapa yang pernah mengatakan kenyataan yang sedemikian datang dari Muhammad Mustafa. Muhammad Mustafa tidak pernah memberikan kepada para sahabatnya kuasa untuk melantik pegawai rendah jauh sekali ketua kerajaan Islam yang akan datang!

Soalan 4 : Oleh kerana ummat Muslim tidak mempunyai petunjuk pada cara-cara memilih ketua, adakah para sahabat Muhammad, dengan persetujuan semua [ijmak], dan sebelum melantik seorang ketua [atau selepas melantiknya] telah

274

Page 14: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menyediakan satu set perundangan atau garis panduan yang mana mereka perlu patuhi [kemudiannya]?

Jawapan: Para sahabat Muhammad, tidak menyediakan pada bila-bila masa, set perundangan untuk memandu mereka di dalam memilih seorang pemimpin. Dalam perkara ini mereka mengikuti perundangan dari kepintaran mereka sendiri. Pertama mereka melantik seorang ketua, dan kemudian baru mereka sediakan “perundangan” atau “prinsip” pada perlantikan tersebut. Muslim telah “melantik” empat khalifah yang pertama, “khalifah yang benar [khalifahtul-rashidin]” Perlantikan setiap dari mereka telah membawa kepada penemuan empat “perundangan yang baru” atau “prinsip yang baru” Empat “prinsip” ini telah di sepadankan dan di sesuaikan serta di masukkan ke dalam perundangan pemikiran politik Muslim.

Tetapi sejurus kemudian khalifah baru mula berkuasa di Syria. Kemunculannya telah membawa kepada penemuan “prinsip” yang terkini, dikenali sebagai “Kuatlah yang Benar” “Prinsip” ini telah menamatkan empat “prinsip” yang pertama terdahulu. Dari masa itu, khalifah adalah menjadi harga calon yang boleh menggunakan kuasa kezaliman, yang lebih zalim dari penentangnya. “Prinsip” ini telah diterima secara ke seluruhannya di antara semua Muslim di sepanjang sejarahnya hingga kini.

Soalan 5 : Apakah atitiut dan kelakuan para sahabat utama Muhammad terhadap pemimpin ummat Muslim selepas wafatnya baginda?

Jawapan: Sunni Muslim berkata bahawa Abu Bakar dan Umar adalah sahabat utama Muhammad Mustafa. Mereka berdua; sahabat utama Muhammad Mustafa, yang merampas kerajaan Madinah diketika Ali dan semua ahli Bani Hashim sedang sibuk dengan urusan jenazah baginda.

Sebaik sahaja Rasul wafat, sahabatnya yang utama berkumpul di pondok Saqifa untuk menuntut kedudukan ketua bagi ummat. Soal kedudukan ini pada pendapat mereka, adalah amat penting sehingga tidak membolehkan mereka berhenti walaupun sejenak untuk menguruskan pengkebumian jenazah ketua yang telah banyak berjasa untuk mereka. Pergelutan untuk berebut kuasa meletus sejurus sahaja wafatnya Rasul. Zamakhshari, seorang ulama dan ahli sejarah Sunni yang sangat berpengaruh, menulis dalam perkara ini:

"Ini adalah ijmak semua sahabat bahawa selepas wafatnya Rasul, mereka hendaklah bersegera melantik penggantinya. Mereka percaya bahawa itu lebih penting dari menghadiri perkebumian ketua mereka. Kepentingan inilah yang telah mengerakkan Abu Bakar dan Umar untuk berucap kepada Muslim. Abu Bakar berkata: ‘Wahai manusia, dengarlah cakap saya. Mereka dari kalangan kamu yang menyembah Muhammad, biarlah mereka mengetahui bahawa dia telah mati; tetapi mereka yang menyembah Tuhan, biarlah mereka mengetahui bahawa Dia adalah hidup, dan tidak akan mati. Oleh kerana Muhammad kini telah mati, kamu sekarang hendaklah memilih seseorang yang akan menjadi ketua kamu yang akan datang.' Mereka berkata: ‘Benar kamu, kami perlu ada ketua yang baru.' Kami Sunni dan Mu'tazil, percaya bahawa ummat Muslim pada bila-bila masa mesti mempunyai ketua. Logik yang bernas menyatakan itu. Rasul Allah telah mengadakan undang-undang, dan telah mengeluarkan perintah mengenai mempertahanankan Islam, mempertahankan Madinah dan mempertahankan Arab. Selepas dia mati, mestilah ada seseorang untuk menguatkuasakan perundangan dia, dan untuk menjalankan perintahnya."

Dari kenyataan yang di atas, jelas bahawa sahabat Rasul sedar betapa pentingnya ummat ini mempunyai ketua. Mereka tahu bahawa jika tiada siapa yang menguat kuasakan perundangan yang telah disampaikan oleh Rasul Allah, ummatnya akan jatuh ke dalam kesesatan.

275

Page 15: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Situasi ini mempunyai rahsianya tersendiri. Para sahabat yakin bahawa amatlah penting untuk ummat Muslim mempunyai ketua eksekutif, tetapi terdapat seorang yang tidak yakin betapa pentingnya perkara ini, dan orang itu ialah Muhammad! Lagi pun jika dia yakin pasti dia telah berikan ummatnya ketua eksekutif. Hanya dia seorang sahaja yang tidak pernah terlintas bahawa perlunya ada seseorang untuk menguatkuasakan perundangan yang dia sendiri telah sampaikan. [dan para sahabat yang selalu menegur [Umar] tidak pernah mengingatkan baginda.]

Para sahabat utama, tidak menghadiri upaca pengebumian jenazah baginda. Bagi mereka yang lebih penting dari menghadiri pengebumian baginda adalah mencari ketua yang baru. Masalah ini lebih komplek tetapi akhirnya mereka dapat menyelesaikan juga dengan melantik seorang dari mereka, iaitu Abu Bakar sebagai ketua yang baru bagi semua Muslim.

Dua tahun kemudian, Abu Bakar terbaring di ranjang kematian. Dia melantik Umar sebagai penggantinya dan ketua bagi semua Muslim. Ketika melantik Umar sebagai penggantinya, dia bukan sahaja tahu bahawa dia telah melakukan tugasnya yang paling penting, tetapi dia juga sedar bahawa jika dia tidak melakukannya, dia terpaksa menjawab kepada Tuhan mengapa dia gagal melakukannya.

"Asma, isteri Abu Bakar, berkata bahawa apabila suaminya berada di atas ranjang kematian, Talha datang berjumpa dengannya, dan berkata: ‘Hai Abu Bakar! Kamu telah menjadikan Umar amir kepada semua Muslim, dan kamu tahu benar bahawa dia seorang yang pembengis, sedang ketika kamu masih lagi seorang khalifah. Tetapi sekarang dia mempunyai kebebasan sepenuhnya, saya tidak tahu bagaimana dia akan menindas ummat Muslim. Tidak lama lagi kamu akan mati, dan kamu akan mendapati diri kamu di hadapan Tuhan. Pada ketika itu kamu terpaksa menjawab kepadaNya di atas segala tindakan kamu. Adakah kamu bersedia untuk menjawabnya?' Abu Bakar duduk di katil dan berkata: ‘Hai Talha! Adakah kamu cuba untuk menakutkan saya? Sekarang dengarkan bahawa apabila saya bertemu dengan Tuhan, saya akan mengatakan bahawa saya telah melantik manusia yang terbaik sebagai amir untuk ummat Muslim.'"

Abu Bakar menambah bahawa pada pengetahuannya dari pengalaman yang begitu lama dengan Umar, dia telah yakin bahawa tiada siapa di dalam ummat Muslim yang dapat memikul beban khalifah sebaik yang Umar dapat lakukan, dari itu dia amat yakin bahawa jawapannya akan memuaskan Tuhan.

Abu Bakar tahu bahawa dia akan disoal dan akan memberikan jawapan di dalam mahkamah Tuhan kerana melantik Umar sebagai pemerintah ummat Muslim. Dia amat yakin bahawa dia tidak dapat memilih manusia yang lebih baik dari Umar sebagai penggantinya. Dan kebimbangan Talha terhadap jawapan Abu Bakar kepada Tuhan, hanya menunjukkan bahawa dia telah menjalankan tugasnya, “untuk beramal makruf dan menegah yang mungkar."

Ini satu sindiran lagi! Semua para sahabat adalah penyembah berhala sebelum Muhammad, Pesuruh Allah yang dirahmati, yang kemudian bertukar kepada Islam. Sekarang sebagai Muslim yang taat, mereka sedar bahawa mereka terpaksa menjawab kepada Tuhan terhadap tugas mereka melantik pengganti. Betapa aneh, dan peliknya terdapat seorang yang kelihatannya seperti tidak tahu bahawa, suatu hari dia juga akan diadili di mahkamah tribunal Tuhan, dan akan ditanya mengenai tugasnya pada melantik penggantinya. Dia adalah Muhammad, Pesuruh Allah sendiri! Muslim percaya bahawa Abu Bakar telah bersedia untuk mempertahankan tindakannya di dalam melantik penggantinya, dengan jawapan yang dia [Abu Bakar] tahu akan memuaskan Tuhan. Tidakkah mereka juga percaya bahawa Muhammad, Rasul mereka, telah sedia untuk mempertahankan

276

Page 16: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kegagalannya untuk melantik penggantinya sendiri, dengan jawapan yang Tuhan akan mendapatinya memuaskan juga?

Selepas kematian Abu Bakar, penggantinya, Umar bin al-Khattab, telah memerintah sebagai khalifah untuk selama 10 tahun. Semasa tahun terakhir dari hidupnya, dia kerap dilihat sedang berfikir dengan amat mendalam. Apabila ditanya oleh sahabatnya apakah yang difikirkan, dia berkata: "Saya tidak tahu apa yang hendak saya lakukan dengan ummat Muhammad ini, dan bagaimana untuk melantik seorang amir yang akan memimpin mereka selepas saya mati."

Umar jelas kelihatan telah memikirkan bahawa melantik seorang pengganti adalah perkara yang amat penting kerana dia telah menghabiskan banyak waktu memikirkannya.

Kegelisahan Umar mengenai kepimpinan ummat selepas dia mati telah dikongsi oleh Aisyah, balu baginda Rasul. Tabari, seorang penulis sejarah, menyatakan yang berikut pada kaitan ini: "Apabila Umar diambang kematian, dia menghantar anaknya kepada Aisyah untuk meminta kebenaran supaya dapat ditanamkan berhampiran dengan Rasul dan Abu Bakar. Aisyah berkata: ‘Dipersilakan dengan senang hati,' dan dia menambah: ‘Berikan salam saya kepada bapa kamu, dan beritahu kepada dia bahawa janganlah tinggalkan Muslim tanpa seorang ketua jika tidak, akan adalah kekacauan selepas dia mati.'"

Aisyah sedang menunjukkan keprihatinan dia terhadap kebajikan Muslim sebagaimana sewajarnya. Apabila Umar diambang maut, Aisyah memperingatkan dia supaya jangan meninggalkan Muslim tanpa ketua, jika tidak, dia memberikan amaran, kekacauan akan mengikuti selepas kematiannya. Sungguh menakjubkan Aisyah tidak pernah menasihati suaminya sendiri untuk melantik ketua untuk Muslim, dan dia tidak memberikan amaran kepada baginda bahawa kekacauan akan berlaku setelah baginda wafat jika ummat ditinggalkan tanpa ketua.

Tetapi Aisyah, anak perempuan Abu Bakar, mempunyai alasan yang bagus untuk bersikap “berhati-hati” dengan suaminya, dan untuk tidak menimbulkan perkara ini pada bila-bila masa sekalipun, supaya dapat dibincangkan bersama dengan baginda, mengenai perkara perlantikan penggantinya.

Soalan 6 : Apakah yang menjadi amalan Muhammad dalam kaitan pemilihan dan perlantikan pegawai?

Jawapan: Di dalam masa 10 tahun yang terakhir dari hidup baginda, Muhammad menubuhkan lebih dari 80 ekspedisi. Baginda menghantarnya keluar, kebanyakan daripadanya di bawah pemerintahan pegawai-pegawai yang tertentu; yang lainnya baginda pimpin sendiri.

Setiap kali Muhammad menghantar keluar ekspedisi, baginda melantik seorang dari sahabatnya sebagai kapten. Baginda memerintahkan tentera bawahan supaya mentaatinya, dan baginda jadikan kapten bertangguggjawab kepada dirinya. Apabila ekspedisi pulang ke Madinah, kapten akan melaporkan segalanya kepada baginda. Tidak pernah terjadi bahawa baginda menyuruh ahli ekspedisi atau pasukan peninjau memilih atau melantik kapten mereka sendiri.

Di dalam peristiwa di mana Muhammad sendiri mengetuai ekspedisi keluar dari Madinah, baginda akan melantik gabenor untuk kota tersebut, dan menjadikan dia bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan semasa ketiadaan baginda. Baginda tidak pernah memberitahu penduduk Madinah bahawa semasa ketiadaan baginda, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memilih atau melantik gabenor untuk diri mereka sendiri.

277

Page 17: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Dalam tahun 630 M. apabila Muhammad menawan Makkah, dan menjadikannya satu negeri yang baru, baginda melantik seorang pentadbir untuk kota itu, dan baginda lakukan tanpa berunding dengan penduduk Makkah atau pun sahabat baginda.

Montgomery Watt: Kuasa autokrat Muhammad [sepenuhnya] di dalam dua atau tiga tahun yang akhir dari hidupnya telah digambarkan dengan perlantikannya terhadap wakil-wakil untuk bertindak bagi pihak diri baginda di dalam berbagai bidang, dan sebenarnya di dalam semua perkara di dalam perlantikan pentadbiran. Semenjak mula lagi Muhammad yang melantik sahabat-sahabat untuk melakukan berbagai fungsi di mana baginda bertanggungjawab padanya. Begitulah, baginda telah melantik ketua ekspedisi di mana baginda tidak hadir. Perlantikan yang kerap berlaku dari semenjak mula; adalah naib di Madinah apabila Muhammad tidak ada di kota tersebut. (Mohammed at Madinah, 1966)

Maxime Rodinson: Rasul sama ada melantik ketua atau memerintahnya sendiri. Baginda kelihatan seperti mempunyai kebolehan untuk memimpin tentera dan juga kebolehan di dalam strategi politik. Baginda memberikan sebahagian dari tugas baginda kepada individu tertentu yang bertindak sebagai wakil baginda. Apabila, sebagai contoh, baginda meninggalkan Madinah, baginda akan meninggalkan wakil baginda di belakang (Mohammed translated by Anne Carter, 1971)

Begitulah polisi dan amalan Muhammad, Pesuruh Allah, di dalam memilih dan melantik pegawainya, dan tidak pernah menyimpang darinya di setiap masa.

Soalan 7 : Apakah keputusan Quran pada amalan Muhammad?

Jawapan: Menurut al-Qur’an, tindakan Muhammad adalah tindakan Allah sendiri. Pembaca Muslim dipelawa supaya merujuk pada pengertian ayat yang berikut:

Apabila kamu melempar [segengam debu], itu bukanlah perbuatan kamu, tetapi Allah. (Surah 8; ayat 17)

Sesungguhnya orang-orang yang berbai’ah kepada engkau, sebenarnya mereka bai’ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka. Barang siapa yang melanggar, maka bahawa melanggarnya adalah di atas dirinya sendiri, dan sesiapa yang menyempurnakan bai’ahnya dengan Tuhan, maka Allah akan memberikan ganjaran yang besar kepadanya. (Surah 48; ayat 10)

Semua Muslim percaya bahawa apa sahaja yang Muhammad katakan atau lakukan adalah diilhamkan dari langit. Dalam lain perkataan, baginda adalah alat yang melaluinya perintah dari langit dilaksanakan.

Seperti yang telah diketahui dahulu, Muhammad, Rasul Allah, tidak berkongsi kuasa untuk melantik gabenor bagi kota atau pemerintah tentera untuk ekspedisi dengan sesiapa. Hanya baginda sahaja yang melakukannya dari mula hingga akhir. Yang terlebih penting dari melantik gabenor atau pemerintah tentera, adalah pemilihan dan perlantikan penggantinya sendiri, dan juga ketua ummat Muslim yang akan datang. Tidak ada sebab untuk baginda mengubah polisi dan amalan baginda, dan meninggalkan ummat tidak mempunyai ketua. Tingkah laku baginda selaras, dan berikut adalah kenyataan al-Qur’an mengenainya: “Tidak ada perubahan yang kamu dapati di dalam sunnah Allah [perlaksanaan]: Tidak ada pertukaran dengan cara Allah. (Surah 35; ayat 43)

(Begitulah) amalan (diperintahkan) oleh Allah pada masa lalu: Tidak ada perubahan yang kamu dapati di dalam amalan yang telah diperintahkan Allah (Surah 48; ayat 23)

278

Page 18: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tidak terdapat perubahan di dalam amalan Rasul Allah. Baginda tidak mengabaikan ummat Muslim supaya mereka seperti biri-biri tidak mempunyai gembala. Baginda telah memilih sepupunya, Ali ibn Abi Talib, untuk menjadi ketua Muslim yang akan datang. Baginda memperkenalkan Ali kepada ummatnya sebagai ketua di masa jemputan makan Dhu'l-'Ashira, sejurus selepas pengistiharannya secara umum terhadap misi baginda sebagai Rasul Pesuruh Allah yang Terakhir di dunia ini.

Soalan 8 : Apakah yang sebenarnya Muhammad telah lakukan menggenai penggantinya?

Jawapan : Muhammad telah menubuhkan sebuah negara baru, Negara Islam. Dengan menubuhkan sebuah negara Islam, tujuan baginda adalah menubuhkan sebuah Negara Langit di Bumi. Ini baginda lakukan dengan sokongan dan bantuan dari sepupunya, Ali ibn Abi Talib. Baginda memilih Ali dari di antara semua sahabatnya, untuk mengganti baginda, sebagai ketua negara Islam, dan juga pemimpin semua Muslim.

Untuk melantik Ali sebagai penggantinya, Muhammad tidak menunggu sehingga baginda sebenarnya telah dapat menubuhkan sebuah negara Islam, dan telah memperkuatkan sebagai negara Langit di bumi. Baginda mengistiharkan Ali supaya menjadi penggantinya pada masa negara tersebut belum pun wujud. Baginda mengistiharkan Ali sebagai penggantinya pada masa yang sama apabila baginda mengistiharkan Allah telah menghantar baginda sebagai RasulNya yang terakhir kepada manusia.

Muhammad melantik Ali ibn Abi Talib sebagai penggantinya di jamuan makan Dhu'l-'Ashira di Makkah, apabila Ali baru berusia 13 tahun; dan baginda menghabiskan sepanjang hayatnya membentuk beliau untuk tanggungjawab yang besar ini yang menanti beliau.

Dua puluh tahun kemudian, di dataran yang luas berhampiran Ghadir, Muhammad menyudahkan segala kerja-kerjanya, dan menjemput ummat diperhimpunan terbesar, untuk mempertemukan dengan ketua mereka yang akan datang. Dengan melakukan itu, baginda telah melaksanakan perintah dari langit yang terkandung di dalam ayat 70 dari surah ke lima al-Qur’an, dan baginda telah melaksanakan tanggungjawab kepada ummat. Ummat baginda mempunyai hak untuk mengetahui siapakah yang akan memimpin mereka selepas baginda wafat.

Muhammad Mustafa tidak melantik Ali sebagai pengganti hanya untuk menerangkan atau menghuraikan perundangan Islam. Baginda melantik Ali sebagai penggantinya untuk melaksana dan menguatkuasakan undang-undang tersebut. Dalam lain perkataan, baginda melantik Ali untuk mentadbir kerajaan Islam.

Jika ada undang-undang, maka mesti ada yang akan menguatkuaskannya, di dalam kota Madinah, dan di mana juga. Tindakan meluluskan undang-undang tidak bererti apa-apa. Dengan sendirinya undang-undang itu tidak boleh menentukan keselamatan, kebajikan dan kebahagiaan seseorang. Setelah undang-undang diperkenalkan, maka adalah perlu juga untuk mengadakan kuasa eksekutif untuk menguatkuasakannya. Jika undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan maka itu tidaklah lebih dari sekeping kertas. Jika kerajaan kekurangan kuasa eksekutif, ini tidak boleh di panggil sebagai sebuah kerajaan. Dari itu apabila Islam menguatkuasakan undang-undang, ianya juga membentuk kuasa eksekutif.

Pada masa Muhammad, Rasul Allah, undang-undang bukan sahaja disampaikan dan diperjelaskan, ianya juga dilaksanakan dan dikuatkuasakan. Baginda melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang.

279

Page 19: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad melantik Ali untuk melaksanakan undang-undang Islam, dan untuk menguatkuasakan perundangan Allah seperti yang diwahyukan kepada baginda di dalam al-Qur’an. Baginda melantik Ali untuk menjalankan kuasa eksekutif kepada semua Muslim, selepas baginda wafat.

Soalan 9 : Apa sebenarnya berlaku selepas wafatnya Muhammad Mustafa?

Jawapan : Selepas wafatnya Muhammad Mustafa, yang dirahmati, Ansar, berkumpul disebuah pondok Saqifa untuk melantik seorang ketua. Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaida, tiga Muhajirin pergi ke tempat perjumpaan mereka. Mereka memberitahu Ansar, oleh kerana Muhammad tidak menamakan penggantinya, mereka terpaksalah melantik seseorang untuk memenuhi kedudukan tersebut. Mereka berkata, tindakan mereka bukan sahaja betul tetapi amat perlu untuk menyelamatkan ummat dari kekacauan dan huru hara.

Ketiga Muhajirin terlibat di dalam perbahasan yang hangat dengan Ansar di Saqifa. Tajuk perdebatan adalah: ‘Haruskah pengganti Muhammad dan pemerintah Muslim seorang Muhajirin (Makkah) atau Ansar (Madinah).' Pemidato berapi-rapi membincangkan tajuk-tajuk yang telah basi.

Walaupun terdapat perkara penting lain yang mempunyai kaitan dengan perkara yang dibincangkan, seperti kehendak Allah dan pesuruhNya, kelayakkan yang diperlukan oleh calon untuk jawatan kosong yang ada, dan kepentingan Islam dan ummat Muslim, ini tidak diperbincangkan. Isu ini tidak ada di dalam agenda perjumpaan di Saqifa. Pemidato tidak terkeluar dari tajuk mereka yang telah basi. Akhirnya dengan kebolehan, kesabaran dan kecekapan, ketiga Muhajirin dapat selesaikan masalah, atau lebih baik dari itu “perubahan” penyelesaian kepadanya.

Francesco Gabrieli: Di dalam konsol yang bergelora di dalam ibu pejabat Bani Saidah di Madinah, Umar, dikatakan dengan secara mengejut, menamakan Abu Bakar sebagai khalifah atau pengganti kepada Pesuruh Allah. Sama seperti banyak kejadian dan institiusi lainnya, khalifah telah dilahirkan dari “perubahan”. (The Arabs – A Compact History, 1963)

Khalifah atau kepimpinan ummat Muslim adalah instituisi yang amat penting dalam Islam. Yang sebenarnya, kehadiran Islam secara fizikal bergantung kepada khalifah atau pemimpin kepada ummat. Maka amat menakjubkan bahawa ia telah ditinggalkan kepada “perubahan!” Dari itu tidaklah memeranjatkan bahawa dunia Muslim telah berulang kali dibanjiri darah di atas persoalan penggantian dan kepimpinan. Peperangan dan perang saudara, pemberontakan, pergaduhan, kerosakkan dan kekacauan menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila ummat memilih perubahan di Saqifa, dari memilih yang telah dibentukkan oleh langit dan yang diilhamkan dan disampaikan oleh Muhammad Mustafa, untuk penggantian secara teratur dan aman perpindahan kuasa dari dirinya kepada pengganti baginda.

Penganjur Saqifa berkata bahawa tindakan Umar telah digerakkan oleh kemahuannya untuk menghalang kepimpinan terhadap ummat dari berterusan menjadi monopoli satu keluarga, terutama keluarga Muhammad Mustafa. Mereka mengatakan, monopoli kuasa yang sedemikian akan membawa ‘bencana” untuk Islam. Hujah yang berbelit-belit dari ahli sejarah Sunni telah menjadi perkara biasa seperti gema korus penyanyi Greek di dalam dom. Tetapi tidak ada siapa di antara mereka yang dapat menperjelaskan bagaimana [bencana itu boleh terjadi jika ahlul al-bayt, ahli keluarga Muhammad berterusan memerintah.].

280

Page 20: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Jika selepas wafatnya Muhammad, kepimpinan Muslim telah menjadi "monopoli" satu keluarga, adakah Arab telah bersumpah untuk meninggalkan Islam dan kembali menjadi penyembah berhala? Atau, adakah Parsi dan/atau Rom akan menyerang dan menakluki Arab dan membunuh semua Muslim?

Di dalam pendapat Abu Bakar dan Umar, terdapat satu cara untuk “menyelamatkan” ummat Muhammad dari “bencana”, dan itu adalah dengan mengugut keluarga baginda, dan dengan merampas kerajaan baginda untuk diri mereka!

Umar amat bimbang bahawa khalifah tidak harus menjadi kepunyaan satu keluarga, dan bahawa ia harus berputar di antara Muslim supaya setiap budak lelaki Arab mempunyai peluang untuk menjadi khalifah. Bahkan visi dan pandangan Umar telah ditolak, khalifah telah menjadi harta warisan dalam masa 16 tahun dari tarikh kematiannya. Tetapi bukan warisan di dalam keluarga Muhammad tetapi di dalam keluarga musuh ketat baginda, musyirik Makkah anak-anak Abu Sufyan dan Hinda. Maka pandangan Umar tidak dapat bertahan lebih dari 16 tahun, melainkan jika itulah tujuan maksud asalnya bahawa khalifah seharusnya menjadi warisan di dalam rumah Abu Sufyan. Jika itulah tujuannya, maka kepujian baginya di atas pandangannya yang amat tajam.

Abu Bakar dan Umar berjaya mendapatkan sesuatu yang ajaib, yang tidak difikirkan di Saqifa.

Mengulas dari pergolakkan berikutan dari wafatnya Muhammad, dan memberikan sebab mengapa sepupunya, Ali, telah diugut dari kedudukan khalifah, Sir John Glubb menulis:

Arab tidak pernah bersedia memberikan penghormatan kepada kebesaran, pangkat atau keutamaan keturunan atau gelaran. (The Great Arab Conquests, 1963)

Analisis oleh ahli sejarah ini, mengenai karektor Arab, berbeza dari bukti sejarah sebenar. Seljukes, Mamlukes dan Turk Ottoman telah memerintah Arab untuk berabad-abad lamanya. Arab tunduk dan patuh kepada mereka seperti kambing biri-biri. Sebenarnya mereka menerima alasan [nasib, aksiom] bahawa Turk adalah pemerintah, dan mereka hendaklah patuh. Tiada siapa dapat mengatakan berapa lama lagi Turk akan terus memerintah dan menguasai tanah Arab jika British dan Perancis tidak mengakhirkannya.

Di dalam penyerahan mereka sepenuhnya kepada Turk, Arab telah memberikan penghormatan kepada kebesaran, pangkat atau keutamaan keturunan atau gelaran." Untuk berkurun lamanya Turk memerintah negara Arab dengan kuku besi, dan tiada siapa pernah mendengar bisikan bantahan dari Arab.

Sebenarnya Arab tidak ada bezanya dari manusia lain termasuk juga British, bangsa ahli sejarah tersebut. Jika bangsa lain memberikan penghormatan kepada kebesaran, pangkat atau keutamaan keturunan atau gelaran, Arab juga memberi tabik hormat kepadanya. Adalah tidak jelas mengapa Sir John Glubb beria-ia benar hendak menjadikan ramai orang-orang Arab “lembu-lembu yang suci”!

Penulis yang sama menambah: "Pewarisan tidak pernah diterima oleh Arab sebagai asas yang kukuh untuk penggantian. Di dalam pemilihan seorang ketua biasa, calon yang sesuai dari keluarga yang memerintah biasanya akan dipilih. Di dalam perlantikan khalifah, pilihan yang paling wajar, dan itu telah dijadikan teori di dalam kes empat khalifah pertama, adalah ketua Muslim yang paling sesuai. Di dalam amalan, terdapat kesusahan di dalam pemilihan calon yang terbaik, dan bermulanya perang saudara biasanya terjadi di dalam penggunaan sistem beralihnya kuasa kepada anak yang sulung di dalam dinasti Muslim yang

281

Page 21: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kemudian. Bagaimana pun Arab tidak pernah menggunakan prinsip penggantian secara automatik kepada anak yang tua." (The Great Arab Conquests, 1963)

Ahli sejarah ini sekali lagi dilihat telah kekurangan bukti. Apabila dia mengatakan bahawa pewarisan tidak pernah diterima oleh Arab sebagai asas untuk penggantian, dia sepatutnya memberikan penjelasan yang lebih khusus, Arab yang dimaksudkan adalah Arab di masa generasi Rasul dan bukan Arab yang datang kemudiannya. Dalam masa 30 tahun selepas wafatnya Rasul, Arab yang sama telah sujud ditapak kaki khalifah Syria, dan mereka mengakui pewarisan adalah asas yang kukuh untuk penggantian, dengan tidak mengelipkan mata langsung. Bukan sahaja mereka mengakui Yazid anak kepada Muawiyah sebagai khalifah yang sah, tetapi untuk selama 600 tahun kemudian iaitu sehingga terhapusnya kedudukan khalifah itu sendiri dalam tahun 1258, mereka tidak pernah mempersoalkan mengenai hak anak khalifah menggantikan bapanya.

Geoffrey Lewis: Dengan khalifah kelima, Mu'awiyah yang kuat (661 M. – 680 M.), kedudukan khalifah telah menjadi pewarisan. Dinasti Umayyah telah digantikan oleh Abbasid dalam tahun 750 M. (Turkey, 1965)

Dr. Hamid-ud-Din: "Dari masa Muawiyah, kedudukan khalifah menjadi hak pewarisan Bani Umayyah. Setiap khalifah melantik anaknya atau saudaranya sebagai pengganti dan Muslim dengan lemah akur kepada dia sebagai khalifah mereka dan tidak bertanyakan sebarang soalan." (History of Islam, 1971, ms 364, diterbitkan oleh Ltd., Karachi dan Lahore, Pakistan). Arab yang tidak menerima pewarisan sebagai asas penggantian adalah sahabat Muhammad sendiri. Alasan mereka untuk tidak menerima pewarisan sebagai asas penggantian adalah pragmatik [praktikal]. Jika mereka telah mengakui pewarisan sebagai asas untuk penggantian, maka tidak ada cara untuk mereka menjadi khalifah.

Di dalam teori kerajaan Syi’ah, pewarisan tidak dianggap sebagai asas bagi penggantian. Menurut teori Syi’ah, hak untuk menamakan penggantinya adalah kepunyaan ekslusif Muhammad Mustafa, dan bukan para sahabatnya; dan baginda menamakan Ali. Baginda tidak menamakan Ali kerana kekariban, tetapi kerana diperintahkan oleh Allah kepada baginda untuk melakukannya.

Apabila Arab menolak pencalonan Muhammad Mustafa bahawa Ali ibn Abi Talib sebagai penggantinya, mereka sebenarnya tidak menegakkan “prinsip”. Penolakkan mereka hanya sekadar untuk merampas kuasa dan pemerintahan keluar dari rumah Muhammad. Apabila “prinsip” ini telah menghasilkan kehendak mereka, mereka, orang-orang Arab adalah yang pertama untuk membuangnya.

Laura Veccia Vaglieri: "Ke arah penghujung pemerintahan Muawiyah, dia telah menggunakan segala kemahiran diplomatiknya, dan berhasil untuk menyakinkan para pembesarnya di seluruh jajahan untuk mengakui anaknya Yazid sebagai pengganti khalifah, meninggalkan perundangan bahawa bai’ah hendaklah diberian semasa penggantian. Dengan cara ini dia mendapat kompromi. Secara teori kehendak pemilih perlu dihormati, oleh kerana mereka boleh menolak pewaris yang dilantik khalifah, yang sedang memerintah [sesungguhnya, hanya empat atau lima pembesar yang menolak permintaan Muawiyah] maka dalam keadaan sebenar sistem ini telah menghapuskan sistem pemilihan, yang telah menjadi punca kepada banyak kekacauan di masa yang lalu, dan memperkenalkan sistem pewarisan. Pembaharuan Muawiyah telah diikuti oleh semua khalifah selepas dia, dan telah membolehkan Umayyah untuk mengekalkan kuasa selama 90 tahun, dan Abbasid selama lima abad." (Cambridge History of Islam, 1970)

Muawiyah membuang “prinsip” pemilihan yang bagaimana pun tidak lebih dari satu penipuan.

282

Page 22: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Dan dari semua penipuan dan pemalsuan bagi “pemilihan” atau “penamaan” atau “pengundian” ketua untuk Muslim, hanya terdapat satu “prinsip” yang terus dilaksanakan. Prinsip Itu adalah menjauhkan keluarga Muhammad Mustafa, Rasul yang dirahmati, dari kuasa dan pemerintahan. Saqifa sebenarnya adalah satu-satunya pergerakan yang bersatu dan bersepadu para sahabat utama dan penyokong mereka untuk mengenepikan Bani Hashim dari kerajaan Islam. Jika ada penyelarasan terhadap perbuatan dari ketiga-tiga khalifah atau dari majoriti para sahabat atau Umayyah dan Abbasid, itu adalah di dalam melaksanakan “prinsip” ini [menjauhkan keluarga Rasul]. Pada titik ini terdapat ijmak dari mereka semua. Ini adalah satu koordinasi [kesefahaman] perencanaan mereka semua yang terbesar. Walaupun sehingga ke dinasti yang menyusul kemudian dari Umayyah dan Abbasid, isyarat dari Saqifa masih kuat, jelas dan tidak dapat disalah ertikan. Mereka begitu taat, hampir kepada fanatik, mengikuti jejak langkah polisi yang telah difomulakan di pondok Saqifa. Tunggak utama polisi itu adalah menjauhkan Ali ibn Abi Talib, sepupu Muhammad, dan Bani Hashim, suku kaum Muhammad dari kedudukan khalifah.

Soalan 10: Apakah pentingnya persoalan penggantian di dalam sejarah secara umum?

Jawapan: Persoalan mengenai pengganti atau perpindahan kuasa dari satu pemegang kepada pemegang yang lain, telah menjadi satu masalah yang paling komplek dan selalu bergolak di dalam sejarah manusia. Di dalam banyak kes, masalah ini telah diselesaikan dalam pergelutan yang tiada mempunyai batasan perundangan; dan kuasa adalah hadiah bagi mereka yang paling kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Fakta yang mengatakan sesuatu negara itu mempunyai kerajaan yang berperlembagaan, tidak dapat memberikan kepastian yang negara itu bebas dari pergelutan kuasa. Pergelutan di antara Stalin dan Trotsky selepas kematian Lenin dalam tahun 1924, dan kehancuran Beria selepas kematian Stalin dalam tahun 1953, adalah dua dari banyaknya contoh dari sejarah masa kini.

Di dalam banyak peristiwa sejarah, persoalan penggantian telah mencetuskan perang saudara, di mana ramai lelaki dan wanita telah menjadi korban. Ramai dari kita mungkin cuba mendabik dada dan berkata bahawa kita telah meninggalkan kezaliman masa lalu yang telah meragut ribuan nyawa manusia, sebelum persoalan siapakah yang akan menjadi pemerintah telah diselesaikan. Tetapi tidak ada sebabnya untuk kita merasa bangga. Pergelutan kuasa boleh meletus di mana sahaja dan pada bila-bila masa di masa akan datang, sama seperti yang berlaku di masa dahulu. Pergelutan selama ini dipermukaannya mungkin nampak tenang, tetapi fakta yang sebenarnya, telah hampir menggelegak apabila ketua negara mati.

Geoffrey Blainey: "Di dalam mencari sebab terhadap kebanyakan dari peperangan di dalam kurun ke lapan belas, satu jawapan yang jelas telah di dapati. Kematian seorang raja kerap menjadi permulaan perang. Perkaitannya telah dimasukkan ke dalam nama yang paling popular, diberikan kepada empat perang yang penting. Terdapatnya perang terhadap Penggantian Raja Sepanyol, Penggantian Raja Polish, dan Penggantian Raja Austria, dan kemudian diikuti oleh Penggantian Raja Bavaria. Nama-nama ini telah menunjukkan bahawa persoalan siapakah yang akan menjadi pengganti kepada kedudukan tertinggi yang telah dikosongkan adalah penyebab utama bagi peperangan.

Ini bukanlah empat sahaja peperangan bagi penggantian yang meletus dari sebab kematian pemerintahnya. Dalam tahun 1700 pemerintah Saxony [Britain], Denmark dan Russia berperang menentang Sweden yang mana pemerintahnya yang masih kanak-kanak, Charles XII, baru sahaja dimahkotakan. Dalam tahun 1741, tentera Sweden menyerang Russia yang mana Tsarnya [Pemerintah Russia] baru berusia satu tahun. Dalam tahun 1786 dengan kematian Frederick yang

283

Page 23: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

agung telah menyediakan laluan untuk peperangan kempen Austro-Russia menentang Turkey dalam tahun berikutnya. Dan bulan Mac, tahun 1792 dengan kematian Emperor Leopold II di Vienna adalah satu dari peristiwa yang menyebabkan Perancis mengistiharkan perang terhadap Austria pada bulan yang berikutnya.

Di dalam kesemua peperangan di dalam abad ke 18, semuanya telah dipengaruhi oleh kematian pemimpinnya, dan peperangan tersebut terjumlah di dalam peperangan yang terbesar di dalam sejarah abad tersebut. Dan peperangan-peperangan ini yang menantikan saat kematian pemimpinnya tidak berakhir begitu sahaja selepas tahun 1800. Dua peperangan di antara Prussia dan Denmark bermula dengan kematian Raja Denmark, Perang saudara Amerika bermula dengan kematian presidennya dalam tahun 1861, perang dunia pertama bermula dengan pembunuhan terhadap pengganti raja Austria." (The Causes of War, 1973)

Pergelutan kuasa adalah suatu gambaran yang kekal terhadap sejarah manusia. Di masa lampau, dalam banyak peristiwa, kematian seorang raja telah memberikan isyarat akan adanya pemberontakan di dalam negeri. Jika dia memerintah negeri dengan keras, kematiannya bererti peluang untuk menyerang kerajaan pusat, dan cuba mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan bagi daerah. Dalam peristiwa yang lain, kematian raja mempelawa jiran yang bercita-cita tinggi untuk menyerang negeri tersebut dengan harapan bahawa pemerintah yang baru, tidak ada banyak pengalaman, dan tidak dapat memberikan rintangan yang berkesan, dan mereka boleh menawan beberapa wailayah untuk diri mereka.

Sejarah dinasti Muslim telah dibanjiri oleh darah rakyat muslim. Di masa lalu apabila seorang raja atau sultan mati, anak-anak dan saudara-saudaranya akan cuba memenggal kepala satu sama lain. Adakalanya kanak-kanak dan bayi tidak terkecuali dari pembunuhan, jika dia mempunyai pertalian terus kepada kedudukan, maka besar kemungkinan dia akan membuat huru hara kemudian. Setelah matinya pemerintah, maka terjadilah peperangan atau perang saudara, dan pemberontakan di dalam daerah-daerah adalah sesuatu yang biasa, normal.

Ramai ahli sejarah moden yang telah mempelajari teori dan amalan politik Islam telah cuba mengaitkan kesan dan sebab-sebab terhadap persengketaan dan peperangan di antara sesama Muslim berpunca dari “kegagalan” Muhammad Mustafa melantik penggantinya sendiri. Tetapi telah terdapat perlindungan atau bayangan kecurigaan terhadap kerja mereka bahawa bagindalah yang “bertanggung jawab” terhadap kejadian tersebut. Tetapi bayangan terhadap mereka yang lain dari baginda tidaklah begitu terdedah atau mencurigakan.

Edward Jurji: Keadaan peperangan yang berlaku di antara Rasul dengan kaumnya, telah ditamatkan dengan kemenangan sepenuhnya tentera Islam dengan masuknya Muhammad ke dalam kota kelahirannya untuk menghapuskan berhala dan sembahan terhadapnya. Walaupun tugasnya sebagai Rasul kekal, Muhammad mula meningkatkan di dalam penggunaan pedang sebagai pemimpin tentera dan ketua kepada sebuah negara yang agresif., dan juga peranannya di dalam sejarah. Apabila kematiannya berlaku pada Jun 8, 632 M., dia meninggalkan kepada pengikutnya warisan politik-agama yang telah membebani dan menyulitkan ummat berabad-abad lamanya dengan tugas untuk mencari seorang khalifah yang diterima untuk mengisi kekosongan kedudukan yang tertinggi di dalam Islam. Penggantian khalifah adalah satu isu, disebabkan dari terusnya membisu Rasul dalam perkara ini mengenai siapa yang akan menggantikannya, telah menjadi punca bagi semua kejahatan, bencana utama di dalam Islam, asas bagi perpecahan dan persengketaan, warisan kedukaan darah dan air mata. (The Great Religions of the Modern World, 1953)

284

Page 24: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Menurut dari ahli sejarah ini, dengan “berterusan membisu” Rasul mengenai perkara ini, siapa yang harus mengganti baginda, yang telah menjadi “punca bagi semua kejahatan, bencana utama di dalam Islam, asas bagi perpecahan dan persengketaan, warisan kedukaan darah dan air mata."

Adakah ini “warisan” yang Muhammad tinggalkan untuk ummatnya? Jika ahli sejarah moden masih percaya metos dari Saqifa bahawa Muhammad tidak melantik penggantinya sendiri, maka mereka terpaksalah bersetuju dengan keputusan dari ahli sejarah ini. Tetapi jika mereka setuju dengan keputusannya, mereka terpaksa menolak apa yang Al-Qur’an al-Majid sebutkan bahawa Muhammad adalah "rahmat bagi seluruh dunia."

Sir John Glubb: Rasul mati tanpa meninggalkan sebarang arahan mengenai pengganti. Sejurus sahaja setelah diketahui baginda telah mati penduduk Madinah telah berkumpul untuk melantik ketua mereka sendiri. Tuntutan yang bertentangan terhadap kedudukan khalifah telah menimbulkan peperangan saudara yang tiada berkesudahan di antara Muslim, yang mana mungkin dapat dielakkan jika Muhammad telah meletakkan undang-undang terhadap penggantiannya. (A Short History of the Arab Peoples, 1969)

Jika Muslim moden, setelah membaca keputusan ini, masih berkeras mengatakan bahawa Rasul mereka tidak melantik penggantinya, maka mereka terpaksa memutuskan bahawa semua peperangan yang berlaku di dalam sejarah mereka adalah “hadiah” kepada mereka oleh Rasul, yang diri baginda adalah dipenuhi dengan rahmat. Adakah peperangan, terutama perang saudara, suatu bencana atau rahmat? Jika ianya adalah bencana, dan tidak ada bencana yang lebih menyedihkan dimuka bumi ini selain dari peperangan, adakah mereka percaya bahawa ini berpunca dari Rasul mereka yang membawakan kepada mereka Islam, Aman? Sebenarnya, satu dari tujuan Muhammad, sebagai Pesuruh Allah, adalah untuk membasmikan peperangan, dan untuk mengadakan keamanan yang sebenar di dunia ini. Peperangan pastinya satu bencana yang tidak diingini, dan keamanan adalah suatu rahmat yang terbesar dari tuhan. Baginda adalah Rasul bagi keamanan. Sesungguhnya pergerakan yang dilancarkan oleh baginda sendiri dipanggil keamanan atau Islam. Jika Muslim percaya bahawa Muhammad adalah penyebab bagi peperangan dan pertumpahan darah, maka terkeluarlah dia sebagai seorang Muslim.

Sekarang pilihan terhadap Muslim adalah mudah: sama ada dia percaya bahawa Muhammad TIDAK [diulangi TIDAK] melantik penggantinya sendiri, atau dia percaya bahawa baginda telah melantiknya. Jika dia percaya bahawa Muhammad tidak, maka ini bererti bahawa baginda telah membawa segala kedukaan dan tragedi yang telah lalu dan yang akan datang ke atas ummat Muslim. Kepercayaan yang sedemikian adalah sebenarnya tuduhan yang tidak diucapkan oleh para Muslim, terhadap Muhammad yang telah “mengabaikan” tugasnya. Tetapi dia hendaklah bertanyakan dirinya sendiri, jika dia menuduh Rasul yang akhir dan teragung dari Para Rasul Allah, bolehkah dia masih kekal sebagai Muslim.

Jika Muslim moden percaya bahawa Muhammad telah melantik penggantinya, maka dia terpaksa memutuskan bahawa perjumpaan di Saqifa adalah “penentangan” kerana telah diadakan bersalahan dengan arahan Allah dan RasulNya. Segala kejahatan dan peperangan di dalam Islam, pergolakkan dan perpecahan, dan warisan kedukaan darah dan air mata, telah berasal dari Saqifa.

Islam telah memberikan kebebasan untuk memilih kepada semua Muslim. Di satu pihak terdapat keputusan yang diberikan oleh Muhammad dan di satu pihak yang lain keputusan yang diberikan oleh ahli dari perjumpaan Saqifa. Mereka boleh pilih yang mana mereka suka.

285

Page 25: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad, Pesuruh Allah dan juga pengulas Qur’an, adalah manusia yang paling bijaksana. Bukan sahaja baginda mempunyai pengetahuan sejarah, pengetahuan maju dan mundurnya sesuatu bangsa, dan juga baginda mempunyai pengetahuan dan pemahaman terhadap naluri manusia. Corak sejarah semuanya amat jelas kepada baginda. Kerana baginda telah dianugerahi dengan pengetahuan sedemikian, baginda tidak meninggalkan perkara penggantian kepada nasib semata-mata. Baginda telah mula melaksanakan program membentuk semula masyarakat manusia, dan baginda telah menubuhkan Kerajaan Langit di Dunia. Dan baginda juga tahu bahawa baginda tidak akan hidup selamanya..

Muhammad tahu bahawa dirinya akan mati tetapi misinya akan terus hidup. Misinya memerlukan kepada penyambungan. Penyambungan amatlah penting untuk kejayaan misi baginda, dan tidak ada apa yang boleh menggangunya, tidak juga dengan kematiannya sendiri. Untuk memberikan penyambungan terhadap misinya, baginda telah memilih Ali untuk itu, walaupun masih muda dari segi umur, tetapi mempunyai karektor dan kelayakkan sebagai pemimpin di dalam Islam. Muhammad telah mengistiharkannya di masa jamuan Dhu'l-'Ashira bahawa Ali adalah wazirnya, timbalan dan penggantinya. Tetapi baginda juga telah meneliti sepanjang hayatnya terhadap diri Ali, terhadap karektor dan kebolehannya, dan mendapati diri beliau tidak ada tandingnya.

Ali adalah unik. Beliau adalah karektor yang utama dalam Islam!

Walau pun jika tidak terdapat bukti sejarah bahawa Muhammad telah melantik penggantinya sendiri, tetapi kita masih boleh membuat beberapa penganalisaan dari penyusunan dan tingkah laku baginda. Baginda seorang yang amat teliti, saksama dan bersopan santun di dalam kehidupan peribadi dan juga umum. Bijak, berpandangan jauh dan mempunyai rancangan yang teliti, itu adalah hasil kerja baginda. Tuduhan bahawa baginda tidak memberitahu ummatnya siapa yang akan memimpin mereka di masa perang dan juga aman, dan siapa yang akan memimpin agama mereka di dalam kehidupan seharian mereka, adalah jelas bukan dari karektor baginda.

Muhammad adalah guru kepada Muslim. Baginda mengajar mereka segala yang baginda tahu. Mengenai pengetahuan Islam baginda tidak menahan apa-apa dari mereka, semuanya baginda telah ajarkan. Untuk mengatakan baginda menahan maklumat yang terpenting untuk ummat iaitu nama orang yang akan mengemudi bahtera Islam, selepas wafatnya baginda, telah menyalahi segala perundangan akal yang waras dan alasan.

Perlu diingatkan bahawa ketika Muhammad Mustafa berada Makkah, warga Makkah, membawa wang tunai dan barangan berharga untuk disimpankan oleh baginda, sebelum dan selepas baginda menyebarkan Islam kerana mereka amat percaya kepada baginda. Benar dan amanahnya baginda tidak boleh dipersoalkan.

Dalam tahun 622 M. Muhammad Mustafa berhijrah dari Makkah ke Madinah. Sebelum meninggalkan Makkah, baginda menjadikan Ali bertanggungjawab untuk memulangkan semua barangan yang disimpan baginda kepada tuan punya barangan tersebut [jahiliah], tuan punya yang sama, yang hauskan darah dan hendak membunuh baginda kerana menyebarkan Islam. Tetapi amanah adalah sesuatu yang suci, perlu dihormati oleh setiap insan, terutama Rasul Allah!

"Amanah boleh dikatakan sebagai dinyatakan atau membenarkan. Amanah yang dinyatakan adalah umpama harta yang diamanahkan atau tugas yang diarahkan oleh seseorang kepada seseorang lain yang dipercayainya, untuk dilaksanakan sama ada di ketika itu atau pada waktu yang ditentukan, seperti kematian.

286

Page 26: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Amanah yang membenarkan timbul dari kuasa atau kedudukan atau peluang sebagai contoh raja yang memerintah negaranya atas amanah dari tuhan atau rakyatnya." (A. Yusuf Ali, Penterjemah dan pengulas Al-Qur’an al-Majid).

Selepas Muhammad meninggalkan Makkah, Ali kembalikan semua simpanannya kepada tuan yang empunya.

Tetapi bagi diri Muhammad, tidak ada “amanah” yang lebih besar dari Islam. Tuhan memerintahkan ke atas dirinya untuk menyampaikan amanah ini kepada semua manusia. Dari itu sebelum kematiannya, baginda terpaksa menjadikan seseorang bertanggungjawab di atas “amanah” ini”

Muhammad, Rasul Islam, menjadikan Ali bertanggungjawab di atas segala “amanah”, dan juga politiknya, Kerajaan Madinah.

Jaminan keselamatan yang terbaik kepada negara yang Muhammad telah tubuhkan, adalah dengan memberitahu Muslim siapakah ketua mereka selepas baginda wafat. Keselamatan bagi setiap negeri di dunia, sesungguhnya sesebuah negara akan mengalami kehancuran jika pemimpinnya gagal untuk memberitahu rakyatnya siapakah yang bakal mengganti dirinya sebagai ketua eksekutif.

Tidak ada Muslim yang dapat membayangkan bahawa Muhammad, Rasul Allah, akan mengatakan atau melakukan sesuatu yang bertentang dengan kepentingan Islam. Dan tidak ada Muslim juga yang dapat membayangkan bahawa Muhammad akan mengatakan atau melakukan sesuatu yang tidak logik [tidak diterima oleh akal].

Anggapan bahawa Muhammad tidak melantik penggantinya sendiri, dan tidak memperkenalkan beliau kepada ummat Muslim, telah tidak disokong oleh fakta mahupun logik. Fakta dan logik menyebelahi baginda Rasul, ini sesuatu yang tidak boleh dinafikan dan terus kekal abadi selamanya. Keputusan dari pondok Saqifa, dan logik sejarahnya langsung tidak boleh terima dan amat jauh terpesong.

BAB 53

Saad ibn Ubada, Calon Ansar untuk Khalifah

SAAD IBN UBADA adalah pemimpin suku kaum KHAZRAJ Madinah. Khazraj dan Aus, adalah dua suku kaum Ansar yang telah terkenal dengan khidmat mereka kepada Islam. Khidmat mereka telah diperakui oleh Abu Bakar apabila dia berdebat dengan mereka di Saqifa.

Di dalam peperangan Islam, Ansar adalah di barisan hadapan. Mereka telah memerangi kekuatan bersekutu dari para jahiliah Arab. Abu Qatada, seorang Ansar, telah mengatakan yang benar, bahawa tidak ada suku kaum yang telah melahirkan syuhada yang teramai untuk Islam dari Ansar. Ansarlah yang paling banyak terkorban di dalam mempertahankan Islam dari suku kaum lainnya.

Terdapat ketika di masa Islam tidak punya tempat “bertapak” Tidak ada suku kaum Arab yang menawarkan tempat perlindungan dan kebajikan kepada Islam dan Rasulnya melainkan Ansar. Mereka mempelawa Muhammad untuk menjadi tetamu mereka, dan kemudian menjadikan baginda raja dikota mereka, Yathrib (Madinah). Itu adalah kota Ansar yang telah memenangi kehormatan dan kejayaan sebagai buaian dan juga ibu negara Islam. Di dalam kota ini Muhammad, Rasul Allah, membina “pembangunan” yang pertama dan yang terakhir di Negara Langit di Bumi.

287

Page 27: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Dalam tahun 623 M. (2 Hijrah), Muhammad memandu ekspedisi ke Waddan, dan baginda melantik Saad ibn Ubada sebagai gabenor Madinah semasa ketiadaan baginda. Dari itu Saad, adalah gabenor pertama Madinah.

Di dalam peperangan Uhud, Rasul Allah memberikan panji-panji Khazraj kepada Saad. Di dalam peperangan yang sama, Muslim telah dikalahkan. Dengan pengecualian 14 sahabat, semua yang lain telah melarikan diri dari medan peperangan. Saad adalah seorang dari 14 wira yang telah menentang musuh dan mempertahankan Rasul Allah.

Di dalam ekspedisi Mustaliq dan di dalam pengepungan Madinah (peperangan Khandaq), Saad membawa panji-panji Ansar.

Dalam tahun 6 Hijrah Rasul keluar di dalam satu dari kempennya, dan baginda melantik Saad gabenor Madinah ketika ketiadaan baginda.

Ansar mempunyai dua ketua, Saad ibn Ubada dan Saad ibn Mua'dh. Saad ibn Mua'dh mati dari luka-luka yang beliau terima di dalam peperangan Khandaq. Selepas kematian beliau, Saad ibn Ubada adalah satu-satunya ketua bagi Ansar.

Di Saqifa, Ansar memberitahu Saad bahawa beliau adalah orang yang paling layak untuk menjadi khalifah, dan mereka mengistiharkan sokongan mereka untuk pencalonan beliau.

Saad amat terkenal dengan murah hatinya. Adakalanya beliau meraikan tetamu seramai 80 orang. Sesiapa sahaja, kawan dan orang asing boleh mengharapkan kebajikan daripada beliau.

Saad enggan memberikan bai’ah kepada Abu Bakar. Tiga tahun kemudian beliau meninggalkan Madinah, pergi ke Syria dan hidup di sana. Ketika beliau berada di Syria, beliau telah dipanah oleh seseorang yang tidak dikenali, dan telah meninggal di dalam keadaan yang misteri.

Saad ibn Ubada adalah calon Ansar yang pertama dan terakhir bagi jawatan khalifah. Beliau tidak menjadi khalifah. Di Saqifa pintu khalifah telah ditutup rapat di hadapan muka Ansar untuk selamanya.

288

Page 28: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 54

Abu Bakar Khalifah Pertama Muslim

ABU BAKAR adalah anak lelaki ABU QAHAFA, mencari sara hidup dengan berdagang di Makkah. Dia menerima Islam selepas Khadijah, Ali ibn Abi Talib, and Zayd bin Haritha.

Telah dikatakan bahawa Abu Bakar banyak memberi sokong harta benda kepada Muhammad dari yang lain. Di Makkah dia telah membebaskan banyak hamba tetapi tidak terdapat bukti bahawa dia ada memberikan apa-apa pertolongan kepada Muhammad. Yang pastinya Muhammad tidak memerlukan sebarang pertolongan dari Abu Bakar atau sesiapa sahaja; tetapi pada suatu ketika di Makkah, kaumnya Bani Hashim, di dalam keadaan buangan, terasing selama tiga tahun dan di dalam kesusahan yang amat sangat. Tidak terdapat bukti bahawa Abu Bakar membuat sebarang percubaan atau berusaha untuk meringankan penderitaan kaum yang ditindas itu, tetapi terdapat bukti bahawa beberapa orang musyirik telah membawa barang-barang keperluan untuk Bani Hashim, dan mereka lakukan itu dengan mengadaikan nyawa mereka sendiri.

Apabila Muhammad telah bersedia untuk berhijrah ke Yathrib, Abu Bakar telah menawarkan kepada baginda seekor unta. Tetapi Muhammad enggan menunggang unta tersebut sebelum harganya dibayar. Baginda membayar harga unta tersebut, kemudian barulah baginda menunggangnya.

289

Page 29: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Abu Bakar bersama dengan Muhammad di dalam perjalanan, dan bersama juga dengan baginda di dalam gua.

Anak perempuan Abu Bakar, Aisyah, telah dikahwinkan kepada Muhammad, dan dia adalah di antara para isteri nabi di Madinah.

Dr. Montgomery Watt menulis di dalam artikel mengenai Abu Bakar di dalam Encyclopedia Britannia, jilid I, ms 54 (1973), seperti berikut:

"Sebelum berhijrah (Hijrah Muhammad dari Makkah ke Madinah, 622 M.), dia (Abu Bakar) dengan jelas telah ditunjukkan sebagai yang kedua ke Muhammad dengan perkahwinan baginda kepada anak perempuannya 'Aisyah dan dirinya, Abu Bakar, bersama Muhammad di dalam perjalanan ke Madinah."

Menurut dari artikel ini, itu adalah kelayakan yang penting untuk Abu Bakar menjadi orang yang “kedua” kepada Muhammad, iaitu (1) anak perempuannya berkahwin dengan Muhammad, dan (2) dia bersama dengan Muhammad dari Makkah ke Madinah!

Adakah ketua negara dan pemimpin ummat dipilih dengan kelayakan yang begini? Jika itu kelayakannya, maka Abu Bakar mempunyai tidak kurang dari 16 calon yang layak bertanding untuk jawatan tersebut. 16 lelaki lain, yang anak perempuan mereka telah dikahwini oleh Muhammad pada masa-masa yang akan datang; seorang dari mereka adalah Abu Sufyan sendiri, dan dua darinya adalah Yahudi.

Hujah kedua dari artikel ini sama sahaja longgarnya dari yang pertama. Menurut dari hujah itu, Abu Bakar menjadi ketua negara Madinah kerana pernah berjalan dengan Rasul dari satu kota kekota yang lain, logik secara sains ilmiah ini yang digunakkan, sungguh amat menakjubkan…."

Di Makkah, Rasul telah menjadikan Abu Bakar "saudara" kepada Umar bin al-Khattab; di Madinah, baginda menjadikan dia "saudara" kepada Kharja bin Zayd.

Di pengepungan Khybar, Abu Bakar telah diberikan panji-panji, dan dia memimpin tentera untuk menawan kubu tersebut tetapi gagal.

Di dalam kempen Dhat es-Salasil, Muhammad Mustafa menghantar Abu Bakar bersama 200 parajurit di bawah pemerintahan Abu Ubaida bin al-Jarrah untuk memberikan bantuan kepada pasukan Amr bin Aas. Amr kemudian menjadi pemimpin utama kepada kedua-dua pasukan. Dari itu Abu Bakar, telah berkhidmat kepada dua ketua di dalam satu kempen, pertama kepada Abu Ubaida dan kemudian Amr bin Aas.

Terdapat banyak peperangan dan kempen di dalam Islam tetapi tidak terdapat bukti bahawa Abu Bakar telah menampakkan dirinya sebagai wira di dalam mana-mana peperangan.

Di dalam kempen ke Syria Rasul meletakkan Abu Bakar di bawah perintah Usama bin Zayd bin Haritha.

Rasul tidak pernah melantik Abu Bakar kepada satu kedudukan atau bertanggung jawab di jabatan awam mahupun tentera. Satu ketika baginda menghantarnya ke Makkah sebagai ketua satu kumpulan jemaah haji untuk melakukan ibadah haji tahun tersebut. Tetapi setelah Abu Bakar berlepas, Rasul menghantar Ali ibn Abi Talib untuk membacakan di Makkah surah kesembilan dari Al-Qur’an al-Majid (Surah Bara'ah atau at-Taubah), ayat yang baru diwahyukan dari langit. Abu Bakar tidak dibenarkan untuk menyampaikannya. Ali yang menyampaikannya.

290

Page 30: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kecemerlangannya yang satu lagi adalah Abu Bakar mengimami solat jamaah sejurus sebelum wafatnya Rasul.

Montgomery Watt: Dari tahun 622 M. kepada 632 M. dia (Abu Bakar) adalah ketua penasihat Muhammad, tetapi tidak mempunyai sebarang fungsi awam melainkan dia melakukan ibadah haji ke makkah dalam tahun 631 M, dan mengimami solat jamaah di Madinah semasa di saat akhir penyakit Rasul. (Encyclopedia Britannia, Vol. I, page 54, 1973)

Sebahagian penulis telah mengatakan bahawa Abu Bakar tergolong di dalam keluarga Islam yang pertama. Mungkin penulis bermaksud bahawa semua ahli keluarganya menerima Islam sebelum semua ahli keluarga yang lain menerimanya. Tetapi jika anak dan bapa adalah ahli sebuah keluarga, maka kenyataan ini adalah palsu. Anak lelaki Abu Bakar, Abdur Rahman, berperang menentang Rasul Islam di dalam peperangan Badr. Telah dikatakan apabila dia mencabar Muslim, Abu Bakar sendiri hendak menyahut cabaran anaknya di dalam pertarungan satu lawan satu tetapi telah dihalang oleh Rasul.

Bapa Abu Bakar, Abu Qahafa, hidup di Makkah. Dia tidak menerima Islam sehingga Makkah menyerah kepada Rasul dalam tahun 630 M. Telah dikatakan bahawa Abu Bakar sendiri telah membawa bapanya kehadapan Rasul, dan barulah ketika itu dia menerima Islam.

Semua ahli keluarga yang menerima Islam sebelum semua ahli dari keluarga lain, adalah keluarga Yasir. Yasir, isterinya, dan anaknya Ammar, ketiga-tiga mereka menerima Islam serentak, dan di antara yang terawal memeluk Islam.

Apabila Muhammad Mustafa, rasul Allah wafat, Abu Bakar (dan Umar) tidak menghadiri pengkebumian jenazah baginda. Pertama sekali yang mereka lakukan adalah pergi ke pondok di Saqifa, kemudian ke Masjid untuk mendapat dan mengira undi mereka. Dalam pada itu Muhammad telah dikebumikan.

Apabila Abu Bakar mengambil alih pemerintahan, dia tidak membenarkan Muslim waktu untuk berkabung di atas pemergian Rasul mereka. Tidak terdapat pengkebumian negara untuk Muhammad Mustafa, rasul Allah yang terakhir dan tergung di dunia, dan tidak ada juga waktu untuk berkabung di atas pemergian baginda. Seolah-olah perkara kematian dan pengkebumian baginda adalah suatu perkara yang tidak penting langsung bagi para sahabat baginda yang ternama.

291

Page 31: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 55

Peristiwa Penting di masa Khalifah Abu Bakar

Perang Saudara Pertama Di dalam Islam.

Sejurus sahaja berita wafatnya Muhammad Mustafa tersebar keluar dari batasan Madinah, Rasul palsu timbul dikebanyakan tempat di dalam negara. Yang lebih terkenal di antara mereka adalah Musailama di Yamama; Tulaiha Asadi di Nejd; Laqait bin Malik di Oman; dan Aswad Ansi di Yaman. Sebahagian dari mereka mahukan kerajaan Madinah berkongsi kuasa dengan mereka, dan sebahagian yang lain mahu “autonomi” di dalam daerah mereka. Abu Bakar menghantar tentera menentang dan menghancurkan mereka.

Ekspedisi Usama

Seperti yang ternyata dahulu, Rasul telah menubuhkan dari ranjang kematian, pasukan tentera yang baru untuk menyerang Syria. Baginda telah melantik Usama, pemuda berusia 18 tahun sebagai Jeneral Tentera pasukan ini, dan baginda meletakkan semua para sahabat di bawah pemerintahannya. Perintah baginda kepada tentera ini supaya bersegera meninggalkan Madinah. Tetapi para sahabat tidak mahu meninggalkan Madinah, dan mereka tidak lakukan, sehinggalah baginda wafat.

292

Page 32: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tetapi selepas wafatnya Rasul, dan apabila Abu Bakar telah memperkukuhkan kuasa kedudukannya, dia telah menunjukkan betapa bersemangatnya untuk menghantar tentera Usama ke Syria. Dia berkata, satu perkara yang dia tidak dapat lakukan ialah membatalkan perintah bekas ketuanya.

Abu Bakar berjalan bersama tentera Usama untuk beberapa jarak, sekadar untuk mendapatkan sedikit “penghormatan” buat dirinya. Apabila telah merasa cukup kemuliaan yang dia perolehi, dia kembali ke Madinah. Dia juga meminta kebenaran Jeneral untuk mengizinkan Umar supaya tinggal bersamanya di Madinah kerana dia memerlukan nasihat Umar di dalam mentadbirkan kerajaan.

Usama mengizinkan kedua-dua permintaannya maka Abu Bakar berserta Umar kembali ke Madinah.

Akhirnya Usama meninggalkan Madinah dan berbaris menuju ke Utara di hadapan pasukan tenteranya tanpa Abu Bakar dan Umar bersama. Tetapi tenteranya telah kehilangan matlamat asal tujuan. Dia sekarang mungkin tidak tahu apa yang perlu dilakukan, dan kemudian akhirnya pulang ke Madinah setelah hilang selama dua bulan.

Sir John Glubb: Dalam bulan September 632 M., selepas dua bulan berpergian, Usama kembali ke Madinah dengan harta rampasan, Unta dan kambing. Walaupun hanya sedikit mengenai operasinya yang telah sampai kepada pengetahuan kami; ianya kelihatan seperti dia menyerang suku kaum badwi dari dia menyerang tentera Byzantine. (The Great Arab Conquests, 1963)

Usama bin Zayd bin Haritha, pilihan Muhammad, dan Jeneral ekspedisi ke Syria, sejurus dari itu telah hilang ditelan sejarah; terlalu sedikit yang didengar mengenainya setelah beliau kembali dari kempen tersebut. Dia mungkin telah mengambil bahagian di dalam kempen-kempen Abu Bakar dan Umar dengan peranan yang kecil sahaja..

Malik ibn Nuweira dan pembunuhan beramai-ramai terhadap kaumnya

Ibn Khalikan, seorang ahli sejarah berkata bahawa Malik ibn Nuweira adalah orang yang berkedudukan tinggi di dalam jajahan Arab. Beliau seorang perwira berkuda yang terbilang, seorang penyair terkenal dan sahabat Muhammad Mustafa.

Ibn Hajar Asqalani berkata di dalam biografi para sahabat bahawa apabila Malik menerima Islam, Rasul Allah melantik beliau sebagai pegawai kewangan untuk suku kaum Bani Yerbo. Beliau memungut zakat dari kaumnya dan menghantarnya ke Madinah. Tetapi apabila beliau mendengar berita wafatnya Rasul, beliau berhenti dari memunggut zakat, dan berkata kepada kaumnya bahawa, sebelum membuat sebarang pembayaran kepada Madinah, dia mahu mengetahui bagaimana kerajaan baru di kota Madinah bertukar rupa.

Malik tidak membayar zakat kepada kerajaan baru Madinah, dan Abu Bakar menghantar tentera di bawah pemerintahan Khalid bin al-Walid untuk menunjukkan kekuasaannya, dan memungut zakat yang asal.

Khalid telah bertemu dengan Malik sejenak, dan beliau tahu bahawa dirinya akan dibunuh. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa khalid telah jatuh cinta kepada isteri Malik, dan ini menyebabkan Khalid mengarahkan pembunuhan terhadapnya. Malik berpaling kepada isterinya dan berkata: “Kamulah yang membawa kematian kepada saya.” Tetapi Khalid telah menafikannya dan

293

Page 33: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

berkata: “Tidak, kamu telah murtad, dan kekafiran telah menyebabkan kematian kamu.” Walaupun Malik membantah bahawa beliau masih seorang Muslim, Khalid tidak menghiraukan, maka Malik telah dibunuh.

Abu Qatada Ansari adalah seorang sahabat Rasul. Dia datang bersama Khalid dari Madinah. Beliau terlalu amat terperanjat di atas pembunuhan Malik oleh Khalid, sehingga beliau bersegera pulang ke Madinah, dan memberitahu Abu Bakar bahawa beliau tidak mahu berkhidmat di bawah seorang komander yang telah membunuh seorang Muslim.

Setelah membunuh Malik ibn Nuweira, Khalid "mengahwini" janda beliau. Di Madinah, Umar merasakan itu adalah satu skandal yang besar sehingga dia meminta supaya Abu Bakar serta merta melucutkan jawatan Khalid. Dia berkata bahawa Khalid hendaklah dihadapkan ke pengadilan di atas dua tuduhan, membunuh dan zina. Menurut dari perundangan Islam, Khalid hendaklah direjam dengan batu sehingga mati. Tetapi Abu Bakar mempertahankan Khalid, dan berkata bahawa dia telah membuat “kesilapan di dalam penilaian.”

Kaum Bani Yerbo telah menahan dari membayar zakat tetapi selain dari itu mereka adalah Muslim di dalam setiap pengertian dan juga amalan. Abu Qatada sendiri mengaku bahawa beliau mendengar Adhan di dalam perkampungan Malik, dan melihat suku kaum tersebut mengerjakan solat berjamaah. Namun begitu, Khalid telah memerintahkan pembunuhan beramai-ramai terhadap mereka.

Tabari menulis di dalam buku sejarahnya bahawa apabila Khalid dan tenteranya memasuki kawasan Bani Yerbo, mereka berkata kepada suku kaum tersebut: “Kami adalah Muslim.” Mereka berkata: “Kami juga Muslim.” Orang Khalid bertanya: “Jika kamu Muslim, mengapa kamu bersenjata? Tidak ada peperangan di antara kita. Letakkan senjata kamu supaya kita boleh sama-sama menunaikan solat."

Suku kaum tersebut meletakkan senjata. Tetapi sepantas itu juga tentera Khalid menawan dan terus mengikat mereka, dan membiarkan mereka kesejukan dimalan hari. Pada keesokkan hari, mereka dijatuhkan hukuman mati. Khalid kemudian menggeledah rumah-rumah mereka, menangkap anak-anak dan isteri, dan membawa mereka sebagai tawanan perang ke Madinah.

Sir John Glubb: "Abu Bakar menghantar Khalid b. Walid ke Nejd dengan 4000 tentera. Ramai warga dari kaum Bani Temeem, bersegera untuk bertemu dengan Khalid tetapi kaum Bani Yerboa dari puak, di bawah pemerintahan, Malik ibn Nuweira, menahan diri. Malik adalah ketua yang mempunyai beberapa keutamaan, seorang wira yang terkenal, bermurah hati dan juga penyair terkenal. Keberanian, kebajikan dan penyair adalah kualiti yang disanjung oleh orang Arab. Mungkin disebabkan kerana tidak mahu menundukkan dirinya kepada Khalid, dia mengarahkan kaumnya supaya berselerak dan beliau sendiri bergerak ke padang pasir bersama keluarganya. Abu Bakar telah mengarahkan bahawa ujian hendaklah diberikan kepada pemberontak yang disyaki dengan menyuruh mereka mengucapkan dua kalimah syahadah dan mereka hendaklah menyahut seruan azan. Bagaimana pun Khalid lebih mengutamakan cara yang lebih agresif, dengan menghantar kumpulan berkuda untuk mengumpulkan semula semua pelarian dan merampas harta mereka. Satu dari kumpulan yang ditawan adalah Malik ibn Nuweira serta keluarganya, dan dibawa kepada Khalid, walaupun mereka mengatakan bahawa mereka adalah Muslim. Orang-orang Madinah yang bersama tentera telah protes terhadap tindakan Khalid yang zalim tetapi tidak berfaedah. Orang tawanan telah dikawal di sepanjang malam, Malik ibn Nuweira dan pengikutnya telah dibunuh dengan kejam. Dalam masa 24 jam Khalid telah mengahwini Isteri orang yang dibunuhnya.

294

Page 34: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Malik ibn Nuweira telah dibunuh ketika masih mengaku beliau adalah di kalangan yang beriman. Sesungguhnya perkahwinan Khalid kepada Laila yang jelita telah menimbulkan kecurigaan bahawa Malik telah dibunuh dengan tujuan untuk membuatkan diri Laila boleh dimiliki oleh yang menang.

Orang-orang Madinah, yang telah menentang tindakan kezaliman Khalid, menjadi marah dengan kematian Malik. Seorang yang bernama Abu Qatada, sahabat rapat Rasul, bergegas ke Madinah untuk membuat aduan kepada Abu Bakar, yang telah memanggil Khalid untuk menjawab segala tuduhan. Umar b. Khattab menekan khalifah supaya menggugurkan Khalid dari pemerintahan tentera. Sekembalinya Khalid ke Madinah, dia mengatakan bahawa dia tidak mengarahkan pembunuhan terhadap Malik, tetapi arahannya telah disalah mengertikan oleh tenteranya. Abu Bakar yang pintar, apa sahaja yang difikirkan mengenai moral Khalid, sedar akan tindakan dan apa yang dilakukannya telah berkata: “Saya tidak akan menyarungkan semula pedang yang Allah telah keluarkan untuk berkhidmat kepada Islam. Penjelasan Khalid telah diterima." (The Great Arab Conquests, 1963, p. 112)

Suku kaum Bani Yerbo mengistiharkan Allah adalah Esa, dan Muhammad adalah PesuruhNya, dan mereka tidak meninggalkan mengerjakan solat. Mereka juga menerima kanun menunaikan zakat, dan mereka telah membayarnya kepada Rasul. Tetapi mereka menangguhkan untuk membayar zakat kepada kerajaan Abu Bakar, di mana dia telah menuduh mereka sebagai murtad, dan mengistiharkan perang kepadanya.

Mengikuti jejak langkah ketua mereka, ahli sejarah Sunni, telah mengatakan juga bahawa semua suku kaum tersebut yang menahan wang zakat dari kerajaan Saqifa adalah ‘kafir’ Adakah mereka benar-benar kafir?

Ahli perundangan Muslim telah menjelaskan “kafir” sebagai terkeluar dari Islam. Tetapi gagal mengerjakan solat atau berpuasa dibulan Ramadan atau mengerjakan haji ke Makkah atau membayar zakat, tidak terkeluar dari Islam. Seseorang yang tidak mengerjakan yang wajib yang ditetapkan oleh Islam tetapi masih mengaku dirinya Muslim, tidak boleh dikatakan kafir. Jika seseorang menjadi kafir kerana tertinggal solat atau puasa atau tidak membayar zakat, maka ramailah Muslim di dalam setiap generasi yang telah menjadi kafir. Tetapi ini, tidak.

Tidak ada ayat di dalam Qur’an menyuruh Kerajaan Muslim supaya membunuh Muslim yang tidak membayar zakat. Tidak ada hadith dari Rasul Islam yang mengatakan bahawa hukuman kerana enggan membayar zakat adalah mati.

Tidak boleh membunuh Muslim kerana gagal membayar zakat, Rasul sebenarnya pernah memberikan pengecualian dari membayar zakat, setidak-tidaknya di dalam satu kes. Begitulah yang dituliskan oleh ahli sejarah moden, Dr. Muhammad Hamidullah, yang telah menulis di dalam bukunya, Introduction to Islam, (Kuwait, 1977):

"... perwakilan dari Ta'if datang ke Madinah untuk menyatakan Islam mereka. Tetapi mereka meminta dikecualikan dari solat, zakat dan perkhidmatan tentera…. Rasul bersetuju bahawa mereka dikecualikan dari membayar zakat dan berkhidmat di dalam tentera… Tindakan Rasul ini telah menunjukkan bahawa kelonggaran boleh diberikan kepada mereka yang baru menerima Islam..."

Ini adalah satu contoh yang baru. Rasul telah memberikan pengecualian kepada penduduk Ta’if dari membayar zakat. Tetapi Abu Bakar tidak mengikuti contoh dari perbuatan Rasul, dia memutuskan untuk membuat contoh dirinya sendiri; semua lelaki dari suku kaum Malik ibn Nuweira hendaklah dibunuh, dan wanita dan kanak-kanak adalah tawanan perang.

295

Page 35: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Selain dari Qur’an dan Hadith, Sunni Muslim juga mengikuti perintah “ijmak." Sesungguhnya ijmak di dalam perundangan Sunni adalah satu prinsip yang amat penting sehingga perlu dipegang sama seperti yang ma’sum. Terdapat ijmak dari ramai para sahabat termasuk Umar sendiri menentang keputusan Abu Bakar untuk berperang dengan Muslim yang tidak membayar zakat. Tetapi Abu Bakar membatalkan ijmak mereka dan berkata bahawa jika sesuatu kaum menahan zakat walaupun satu tali yang digunakan untuk mengikat anak lembu, dia akan memerangi mereka. Perintah Abu Bakar telah dikategorikan: Bunuh semua mereka yang tidak membayar zakat.

Tentera Abu Bakar telah menjalankan perintahnya. Mereka membunuh suku kaum Muslim itu dengan kezaliman yang tidak terucap, dan tindakan keganasan yang keterlaluan kerana mereka itu hanya menahan pembayaran zakat.

Apa yang dikatakan "perang terhadap yang kafir" telah dijalankan di dalam pemerintahan khalifah Abu Bakar, adalah sebenarnya perang saudara, yang pertama di dalam Islam. Perang ini adalah di antara Muslim dengan Muslim, penyebab peperangan ini adalah beberapa suku kaum yang enggan membayar zakat kepada kerajaan Abu Bakar.

Abu Bakar memulakan pemerintahannya dengan perang saudara tetapi dia mengatakan perang terhadap kafir. Apabila perang saudara diberikan nama memerangi yang kafir, ini telah menjadi yang “dihormati” dan “suci” dan semua Muslim bertanggung jawab untuk mengambil bahagian di dalamnya.

Di dalam kesungguhan mereka untuk mempertahankan Khalid, ramai Muslim secara melulu mengatakan bahawa, setelah wafatnya Rasul, Malik dan kaumnya telah menjadi murtad, dan hukuman di dalam Islam untuk murtad adalah mati. Jika alasan mereka untuk mempertahankan Khalid adalah dia seorang sahabat Rasul, maka Malik juga adalah seorang sahabat kepada Rasul; maka itu bukanlah alasan mereka untuk melindungi Khalid. Mesti ada alasan atau sebab-sebab yang lain. Sebenarnya mereka membela Khalid kerana dia adalah alat kepada polisi kerajaan Saqifa. Malik telah melanggar undang-undang kerajaan Saqifa, apabila dia menahan zakat kepada mereka. Selain dari itu Malik dan kaumnya mengamalkan Islam yang sebenar. Tetapi dengan “ketulusan’ ini, mereka telah membayar hukuman yang amat mengerikan, terhapus keturunan mereka sehingga keakar umbi! Walaupun terdapat banyak bukti terhadap kesalahan Khalid, Abu Bakar terpaksa membelanya, sebagai seorang ketua yang amat berterima kasih, Abu Bakar telah membebaskan Khalid dari segala tuduhan, dan mengenepikannya sebagai kesilapan kecil dari “kesilapan penafsiran” Sebagai ganjaran tehadap cepatnya Khalid menyelesaikan punca baru bagi pergolakkan dalaman, Abu Bakar menganugerahkan kepadanya sebagai “pedang Allah”, dan satu tahun kemudian, apabila kesemua semenanjung di bawah kekuasaannya, Abu Bakar melantik Khalid sebagai pemerintah tertinggi tenteranya di Syria.

Kesalahan seperti zina dan pembunuhan beramai-ramai tidak sahaja diketepikan sebagai kesalahan kecil dari “kesilapan penafsiran” tetapi sebenarnya, boleh juga menerima anugerahkan jika pengarangnya bersedia untuk memberikan sokongan, tanpa sebarang penyelidikan kepada kerajaan Saqifa.

"Kesilapan Penafsiran" adalah bentuk penjelasan yang telah terbukti begitu berjaya kepada kebanyakan Muslim. Ini membolehkan mereka berfikir secara lebih terbuka kepada setiap jenayah, dan membela setiap penjenayah yang melakukannya. Di dalam tahun-tahun yang akan datang, mereka telah adakan penutup ke atas sebahagian dari tindakan dan amalan yang begitu zalim dan kejam di dalam sejarah Islam dengan penjelasan bahawa itu hanya sekadar “kesilapan penafsiran.”

296

Page 36: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Di sini seseorang dapat melihat sebuah kes yang menarik di dalam penggunaan hukuman “dua-cara [double-standard]” Di dalam pemerintah khalifah Abu Bakar, semua Muslim yang menahan bayaran zakat, telah “dikafirkan” olehnya dan juga ahli sejarah Sunni, dan telah dihukum mati. Tetapi di masa pemerintahan khalifah Ali ibn Abi Talib, semua mereka yang bangun menentang pemimpin yang dilantik secara sah, dan telah menyebabkan ribuan Muslim mati, telah dibebaskan dan dimaafkan kerana mereka telah melakukan “kesilapan penafsiran” dan mereka telah “bertaubat”

"Kesilapan penafsiran" adalah pelindung yang begitu besar harganya! Seperti yang dinyatakan di atas, Abu Bakar memulakan pemerintahannya dengan perang saudara. Tetapi dia dapat melindunginya sebagai perang terhadap mereka yang murtad, dan dengan tindakan yang keras, berjaya menghancurkan segala penentangan terhadap dirinya.

Kejayaan Abu Bakar yang Lainnya.

Rasul Allah telah melantik Ziad bin Labid sebagai gabenor Hadrmaut dan Kinda. Apabila dia meninggal, seorang bernama Ash'ath bin Qays bangun menentang kerajaan Madinah yang kini diketuai oleh Abu Bakar. Abu Bakar menghantar Jeneralnya, Ikrima bin Abu Jahal, untuk memulihkan semula penguasaannya di Selatan Arab. Ikrima mengalahkan Ash'ath, menawannya dan menghantar dia ke Madinah sebagai tawanan. Ash'ath minta diampunkan. Abu Bakar bukan sahaja mengampunkan dia malah berikan saudara perempuannya untuk dikahwini.

Di Bahrain, suku kaum Bani Bakar dan Bani Abdul-Qays telah enggan membayar zakat. Hukuman tegas di kenakan ke atas mereka, dan mereka dipaksa untuk membaya rzakat.

Kempen ini telah disebutkan di dalam sejarah seperti yang diketahui umum sebagai peperangan "Ridda".

Abu Bakar menghabiskan setahun penuh di dalam memerangi Ahl-er-Ridda dan Rasul yang palsu. Pada penghujung tahun itu semuanya telah dapat ditundukkan, dan penguasaan Abu Bakar telah terbentuk. Bagaimana pun setelah berjaya menyelesaikan kempen-kempen tersebut, dia tidak mahu tenteranya berdiam diri dengan tidak melakukan sesuatu, dia menghantar tenteranya untuk menyerang negara-negara jiran seperti Syria dan Farsi. John Alden Williams: "Apabila Abu Bakar telah selesai dengan kes mereka yang murtad, dia nampak betapa perlunya untuk menghantar tenteranya menyerang Syria. Dengan alasan ini dia menulis kepada penduduk Makkah, al-Taif, al-Yaman, dan semua Arab di Nejd dan al-Hijaz; memanggil mereka kepada peperangan suci dan meninggikan semangat mereka pada melakukannya; dan termasuk juga bahagian terhadap rampasan perang dari Greek (Byzantin). Dengan patuh, manusia, termasuk mereka yang digerakkan oleh tamak, dan begitu juga mereka yang mencari keredhaan Tuhan, berkumpul di al-Madinah. Telah dilaporkan di atas penyampaian al-Waqidi bahawa Abu Bakar melantik Amr (ibn al-Aas) ke Palestin; Shurahbil (ibn Hasana) dan Yazid (ibn Abu Sofyan) ke Damascus." (Themes of Islamic Civilization, 1971)

Kempen menentang Syria dan Parsi telah dimulakan oleh Abu Bakar tetapi dia mati sebelum dapat menyelesaikannya. Ini telah dijayakan oleh penggantinya, Umar bin al-Khattab.

Rampasan oleh Abu Bakar terhadap Ladang Fadak

Fadak adalah satu dari ladang yang didapati oleh Rasul Islam selepas penaklukan Khybar dalam tahun 7 H. Oleh kerana tentera baginda tidak perlu berperang

297

Page 37: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

untuk mendapatkannya, Fadak telah menyerah kepada baginda dengan sukarela, ini dianggap sebagai harta Allah dan RasulNya.

Seperti yang dinyatakan dahulu, Rasul Allah telah menjadikan Fadak sebagai hadiah kepada anak perempuan baginda, sebagai membalas jasa pengorbanan dari ibunya, Khadijah, yang dilakukan untuk Islam.

Apabila Abu Bakar mengambil alih pemerintahan kerajaan Muslim, satu dari tindakannya yang pertama adalah mengambil Fadak dengan paksaan. Dia melucutkan jawatan pengurus ladang Fatimah Zahra dari ladang tersebut, dan juga merampas semua harta yang bapanya, Rasul Allah, berikan kepadanya di Madinah.

Apabila Fatimah Zahra protes [membantah] terhadap rampasan ini, Abu Bakar menjawab dengan mengadakan “hadith” dari bapanya. Dia berkata bahawa dia mendengar Rasul Allah berkata bahawa para Rasul tidak mempunyai pewaris, dan harta, kekayaan atau kebendaan yang dimiliki semasa hidup, adalah hak bukan kepada anak-anak mereka tetapi kepada ummat.

Fatimah berkata bahawa Fadak bukanlah pusaka bapanya, tetapi adalah hadiah. Beliau mengatakan Fadak adalah harta persendirian Rasul Allah, dan sebagai harta persendirian baginda telah menghadiahkannya kepada beliau.

Abu Bakar bertanya jika beliau mempunyai sebarang bukti.

Ini betul-betul fantastik. Hanya empat tahun telah berlalu dari tertawannya Khybar. Abu Bakar bukan sahaja hadir semasa kepungan terhadapnya tetapi sebagai pembawa panji-panji telah juga gagal di dalam percubaan untuk menawannya. Dia telah melihat sendiri apa yang telah dilakukan oleh Rasul terhadap Fadak. Sekarang empat tahun kemudian, dia sedang berlagak seperti dia tidak tahu apa-apa mengenainya. Menurut dari Bukhari, pengumpul hadith, dialog yang berikut ini yang berlaku di antara peguamcara dan peguambela.

Fatimah: Wahai Abu Bakar, jika bapa kamu mati, siapa yang akan menjadi pewarisnya?

Abu Bakar: Saya, anaknya. Fatimah: Siapakah pewaris bapa saya?

Abu Bakar: Kamu, anak perempuannya.

Fatimah: Jika saya pewarisnya, maka mengapa kamu merampas Fadak?

Abu Bakar: Saya telah mendengar Rasul Allah berkata: "Kami adalah para Rasul, dan kami tidak punya pewaris untuk mewarisi harta kami. Apa juga harta yang kami ada, adalah milik ummat apabila kami mati."

Fatimah: Tetapi bapa saya berikan Fadak kepada saya sebagai hadiah ketika hidupnya, dan itu telah menjadi milik saya dalam beberapa tahun ini.

Abu Bakar: Adakah kamu mempunyai saksi?

Fatimah: Ali dan Umm Ayman adalah saksi saya.

Abu Bakar: Kenyataan seorang lelaki dan seorang wanita tidak mencukupi. Mesti terdapat dua lelaki atau seorang lelaki dua wanita. Oleh kerana tidak ada saksi maka kes ini telah tamat.

298

Page 38: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Telinga yang mendengar hujah Fatimah tidak bersedia untuk mendengar sebarang sebab mahupun alasan. Saksi tidak memberikan sebarang perbezaan kepada mereka yang telah bertekad untuk tidak percaya. Pihak yang menuduh mempunyai hujah yang muktamad, di pihak mereka ada ‘Kuasa Kekerasan!’. Inilah satu hujah yang mempunyai kuasa untuk melenyapkan segala hujah yang lain, dan itu yang digunapakai.

Untuk menyokong tindakannya merampas Fadak, Abu Bakar menyebutkan "tradisi" dari Rasul Allah. Tetapi yang peliknya dia seorang sahaja yang mendengar hadith tersebut. Dan bertambah pelik lagi bahawa Muhammad tidak memberitahu ahli keluarganya sendiri bahawa mereka tidak boleh mewarisi harta peninggalan baginda selepas baginda wafat kerana baginda adalah Rasul Allah; tetapi sebaliknya baginda telah keluar dan membisikkan ke telinga seorang asing [Abu Bakar]. Abu Bakar seorang sahaja di dalam ummat Muhammad, yang menyampaikan hadith ini dan telah menunjukkannya bertentangan dengan Al-Qur’an al-Majid. Keputusan perintah dari Qur’an adalah seperti berikut:

“…dari peninggalan oleh ibubapa dan karib terdekat, terdapat bahagian untuk lelaki dan bahagian untuk wanita, sama ada harta itu kecil atau besar, bahagian yang telah diperuntukkan. (surah 4; ayat 7)

“.. untuk bahagian setiap orang, Kami telah lantik bahagian-bahagian dan pewaris-pewaris kepada harta peninggalan dari ibubapa dan karib kerabat. Kepada mereka juga dari tangan kanan kamu yang telah bersumpah, hendaklah diberikan bahagian mereka. Kerana sesungguhnya Allah menjadi saksi segala sesuatu. (surah 4; ayat 33)

Menurut dari ayat ini, Allah telah berikan kepada anak-anak hak untuk mewarisi harta yang ditinggalkan oleh bapa mereka. Adakah mana-mana ayat yang lain; menafikan hak ini kepada anak-anak Rasul Allah, terutama kepada anak perempuan baginda?

Walaupun jika kita katakan bahawa "tradisi" yang disebutkan oleh Abu Bakar bukan suatu pendustaan, dan keturunan Rasul tidak boleh mewarisi harta bapa mereka, maka undang-undang ini juga khusus kepada semua keturunan Rasul, dan bukan sahaja kepada anak perempuan Muhammad. Tetapi menurut Qur’an, Rasul yang telah lalu mempunyai pewaris, dan pewaris mereka berhak mewarisi harta peninggalan Rasul, bapa mereka.

Dan Sulaiman adalah pewaris Daud. (surah 27; ayat 16) Nota pengulas terhadap ayat ini

Sulaiman bukan sahaja mewrisi kerajaan bapanya tetapi juga kedudukan Rasul, suatu kedudukan yang tidak semestinya turun dari bapa kepada anak. A. Yusuf Ali) Bagaimanapun, tidaklah perlu untuk Fatimah Zahra membawa saksi. Fadak telah menjadi miliknya. Fadak sebagai milik Fatimah adalah di atas pengistiharan atau hak istimewa Muhammad Mustafa sebagai Rasul Allah dan juga pemerintah bagi semua Muslim, dan tidak boleh dicabar. Tugas untuk membuktikan bahawa Fadak bukan milik Fatimah secara sah, adalah di pihak Abu Bakar untuk membuktikannya!!

Titik yang penting di sini adalah kehakiman hendaklah dipisahkan dari eksekutif, dan eksekutif tidak boleh mencampuri pihak kehakiman. Tetapi di dalam kes Fadak, Abu Bakar adalah di pihak yang menuduh, dan dia sendiri adalah hakim dan juga juri, dan keputusannya telah pasti menyalahi pihak yang membela sama seperti yang berlaku di mahkamah kangaroo atau diawang-awangan.

299

Page 39: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Rampasan terhadap Fadak adalah satu tindakan yang disengajakan. Sejurus selepas Fadak, Abu Bakar telah menghadapi banyak masalah penghakiman yang rumit. Untuk menyelesaikannya, dia membuat dua contoh yang penting. Satu dengan melantik seorang sahabat yang telah terkenal arif dan saksama. Jika dia telah berlaku adil, dia pasti telah merujuk kes Fadak kepada seorang dari hakim yang boleh dilantiknya sebelum mengambil tindakan merampas ladang Fadak.

Contoh kedua dengan berunding kepada para sahabat. Jika Abu Bakar menemui masalah yang rumit, dia akan duduk dimasjid, panggil para sahabat utama, dan meletakkan masalah tersebut di hadapan mereka. Setelah berbincang, mereka akan menyelesaikan masalah tersebut. Jika Abu Bakar telah berlaku adil, dia sepatutnya telah kemukakan masalah Fadak kepada rundingan para sahabat, dan meminta mereka berikan keputusan yang seadilnya. Tetapi dia tidak melakukan semua ini.

"Tradisi" yang Abu Bakar sebutkan sebagai “sebab” untuk merampas Fadak, adalah sebenarnya perundangan yang diada-adakan khusus untuk menyelesaikan situasi yang mengancam kedudukannya. Itulah “prinsip” yang digunakan, pertama kali dan juga yang akhir. Apabila krisis telah berlalu, ianya tidak pernah digunakannya lagi.

Di dalam penentangan Fatimah dengan kerajaan Saqifa, di atas rampasan terhadap Fadak, Fatimah tidak boleh mengharapkan keadilan darinya. Kematian bapanya adalah satu tamparan yang hebat kepada diri beliau dan pilu yang tidak terkata. Tetapi sebahagian para sahabat tidak memikirkan bahawa itu telah cukup untuk diri beliau, lalu mereka tambahkan lagi dengan “rampasan” ini. Di ketika beliau berduka di atas kematian bapanya, Abu Bakar menggugurkan pengurus beliau dari Fadak dan melantik pengurusnya [Abu Bakar] untuk mengambil alih urusan Fadak pula.

Setelah lama pemilik dan perampas Fadak meninggal dunia, Umar bin Abdul Aziz, seorang khailfa Umayyah, telah pulangkan Fadak kepada pewarisnya yang sah keturunan Fatimah Zahra. Beliau seorang yang wara’ dan takut kepada Allah, dan sedar terhadap rampasan Fadak adalah sesuatu yang terang menyalahi perundangan.

Tindakan kerajaan Saqifa merampas Fadak tidak ada kaitan dengan perundangan atau salah penafsirannya. Pemimpin-pemimpinnya telah digerakkan oleh satu tujuan iaitu, untuk menafikan anak-anak dari keluarga Muhammad Mustafa punca untuk mendapatkan nafkah. Sedekah adalah haram bagi mereka, dan mereka tidak boleh menerimanya. Harta yang baginda berikan kepada mereka telah dirampas, dan hak mereka pada pewarisan telah dinafikan.

Ali menjauhkan diri dari kehidupan awam

Selepas semua pemberontakan, Ali menghabiskan kebanyakkan masanya di rumah dengan tugas mengumpulkan ayat-ayat Qur’an, dan menyusunnya di dalam susunan secara diwahyukan. Dengan ini beliau telah menunjukkan bahawa tugas beliau adalah untuk berkhidmat kepada Islam walau dalam apa keadaan sekali pun. Beliau kerap menyebutkan, di hadapan sahabatnya, hadith Rasul bahawa ahli rumah baginda dan Qur’an adalah warisan baginda kepada ummat Muslim, dan keduanya tidak boleh dipisahkan.

Tidak ada siapa di kalangan para sahabat yang lebih berkelayakkan dari Ali di dalam menggumpul ayat-ayat Qur’an. Beliau adalah seorang dari beberapa sahabat yang telah menghafal al-Qur’an. Malangnya, Umar bin al-Khattab telah menghabiskan masa 14 tahun cuba menghafal surah yang kedua (Al-Baqarah), tetapi gagal.

300

Page 40: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Mengumpulkan semua ayat-ayat Qur’an yang bercerai-berai di dalam susunan ayat itu diwahyukan, adalah tugas yang boleh dilakukan oleh seorang yang telah diajari khas oleh Muhammad Mustafa sendiri. Orang itu adalah Ali. Beliau telah menghabiskan banyak masa dengan baginda dari yang lainnya. Dia boleh dikatakan membesar bersama al-Qur’an. Beliau sendiri pernah berkata, bahawa tidak ada ayat di dalam al-Qur’an yang mana beliau tidak tahu bila ia diwahyukan, di mana diwahyukan, dan mengapa diwahyukan. Beliau mempunyai pengetahuan bila, tempat dan peristiwa bagi setiap ayat yang diwahyukan dari Qur’an.

Ali telah menyelesaikan tugas yang dilaksanakan sendiri. Tetapi malang bagi Islam, parti yang berkuasa, sejajar dengan polisi mereka, tidak memberikan pengiktirafan terhadap kerja-kerja ini. Tidak ada yang lebih menyenangkan mereka dari menolak khidmat Ali kepada Islam. Dari itu mereka telah tidak menerima pengumpulan ayat-ayat al-Qur’an dari Ali.

Di dalam hari-hari sejurus selepas wafatnya Rasul, ramai manusia datang berjumpa Ali, dan sebahagian dari mereka memujuk beliau untuk merampas dengan kekuatan tentera apa yang telah menjadi haknya. Di antara manusia-manusia ini hanya terdapat sebilangan kecil dari sahabatnya yang ikhlas, yang terbesarnya adalah golongan oportunis [yang mengambil kesempatan]. Kesemua mereka memberikan sokongan kepadanya. Yang oportunis memberikan sokongan atas sebab tertentu. Mereka berharap untuk mendapat keuntungan dari perpecahan yang berlaku di kalangan Muslim.

Sejurus setelah wafatnya Rasul, bapa saudaranya, Abbas ibn Abdul Muttalib, pergi bertemu Ali dan berkata: "Keluarkan tangan kamu dan saya akan berikan bai’ah kepada kamu. Perbuatan saya ini mempunyai kesan yang mendalam kepada Muslim. Mereka akan berkata bahawa bapa saudara Rasul telah memberikan bai’ah kepada Ali; dari itu kita juga harus memberikan bai’ah kepadanya."

Ya, Abbas, adalah di antara para sahabat yang ikhlas dan di dalam kumpulan lain Abu Sufyan, ketua Bani Umayyah, musuh ketat Muhammad selamanya, dan juga simbol bagi penentangan jahiliah dan juga kebencian kepada Islam. Di dalam kejadian selepas wafatnya Rasul, dia mengambil kesempatan ini untuk memecahkan Islam. Dia datang bertemu dengan Ali dan berkata: “Adalah melampau untuk melihat seorang dari suku kaum yang rendah dari Quraish merampas hak kamu, dan memiliki kerajaan kepunyaan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan adalah untuk mengambilnya semula dari mereka, memadai dengan memberikan isyarat kepada saya, dan saya akan penuhkan jalan-jalan di Madinah dengan tentera berkuda dan tentera berjalan kaki, yang sedia untuk mati di atas perintah kamu."

Manusia mana yang dapat menolak tawaran ini? Dan apa yang Ali akan rugi sekarang? Apa yang boleh hilang telah pun hilang. Tetapi siapakah di dalam ummat Muslim yang paling cinta kepada Islam selain dari beliau? Beliau tidak pernah membiarkan nafsu dan dorongan membuat dirinya bertindak yang boleh merosakkan dan mengancurkan kepentingan Islam dan juga Muslim. Islam masih lagi lemah dan mudah dihancurkan oleh kuasa yang berada di luar Madinah, tetapi di dalam diri Ali, ia mempunyai pelindung yang tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

Jika Ali "penilai yang terunggul di dalam Islam," beliau juga penilai terbaik terhadap manusia. Jawapan beliau kepada Abu Sufyan, berupa persoalan yang melambangkan perwatakan. "Semenjak bilakan kamu menghajatkan sesuatu yang baik untuk Islam?" tanya Ali. Itu adalah suatu soalan sindiran, dan dengannya beliau telah menolak tawaran Abu Sufyan dengan hasrat yang setimpal dengan kehendaknya, dan menumpaskannya.

301

Page 41: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Dengan jawapan ini Ali sekali lagi menunjukkan bahawa beliau sahaja pemelihara Islam yang sebenar. Di dalam keadaan tertekan seperti ini, beliau mengenepikan kepentingan dan cita-cita beliau, demi untuk menyelamatkan Islam dari kehancuran dan ditenggelamkan.

Ini adalah masa yang paling kritikal di dalam usia Islam yang masih muda. Pemberontakan terhadap kerajaan Abu Bakar telah mula di kebanyakkan jajahan. Jika Ali menerima tawaran bapa saudaranya, Abbas ibn Abdul Muttalib, dan Abu Sufyan, beliau mungkin berjaya di dalam merampas kerajaan Madinah. Tetapi kejayaan beliau hanya dengan hancurnya Islam. Pemberontakan di Madinah pusat bagi negara dan masyarakat Muslim pada ketika ini akan membawa kepada berakhirnya agama Islam serta merta.

Ali telah lulus ujian ini sebagaimana beliau telah lulus ujian lainnya di dalam hidup beliau. Ali tidak tunduk kepada kemahuan.

Masyarakat Cincinnati, yang ditubuhkan pada penghujung Revolusi Amerika oleh pegawai yang berkhidmat dengan Washington, yang telah lama mengekalkan hubungan dengan keturunan Pegawai Perancis yang berkhidmatan untuk Amerika mempunyai motto mereka tersendiri, terjemahannya adalah: "Dia korbankan segalanya untuk menyelamatkan bangsa."

Mungkin lebih sesuai jika motto itu dipadankan dengan Ali ibn Abi Talib yang akan berbunyi:

"Dia korbankan segalanya untuk menyelamatkan Islam."

Meninggalnya Fatimah Zahra

Ali terpaksa menahan dua kejutan dalam satu hari, pertama wafatnya seorang sahabat dan juga pemelihara, Muhammad, Rasul Allah. Wafatnya Rasul telah menamatkan kebahagian dan kebajikan terhadap keluarga beliau di dalam dunia ini. Yang kedua rampasan terhadap haknya sebagai pengganti baginda. Para sahabat telah mengeluarkan kedudukan khalifah dari rumah beliau, dan menjadikan milik mereka..

Ali baru hendak pulih dari kejutan ini apabila kejutan ketiga datang, kejutan yang sama besar bencananya seperti yang dua itu. Lebih kurang tujuh puluh atau sembilan puluh lima hari selepas wafatnya Rasul, anak perempuan kesayangan baginda, isteri Ali, Fatimah Zahra menyusul pula. Ali teramat sedih dengan pemergiannya. Fatimah Zahra telah dikebumikan di waktu malam, seperti yang beliau sendiri minta. Hanya ahli keluarga yang mengetahui di mana beliau dikebumikan. Penduduk Madinah tidak tahu di mana beliau dikebumikan. Selepas wafat bapanya, Fatimah Zahra tidak mahu apa-apa selain dari bersama dengan bapanya di syurga. Kematian beliau telah dipercepatkan dengan beberapa kejadian malang yang datang menimpa beliau berturut-turut seperti ombak. Kebanyakan dari para sahabat bapanya tidak hadir pada pengebumian baginda; di pengebumian beliau mereka semua [para sahabat] dengan sengaja diketepikan. Beliau bertemu dengan bapanya di syurga, dan beliau mendapati kegembiraannya semula, dari semenjak wafatnya bapa beliau, sekali lagi.

Ali ketika itu berusia 32 tahun apabila Rasul Allah dan anak perempuan baginda meninggal dunia. Tetapi selepas pemergian mereka, masa yang tinggal untuk Ali adalah waktu-waktu yang muram di dalam khidmatnya kepada Allah dan juga kepada Islam. Walaupun terdapat perbezaan dan perselisihan dengan pemerintah pada ketika itu, beliau tidak pernah mengamalkan polisi menentang. Beliau sentiasa sedia membantu Muslim. Setiap yang dilakukan dan diperkatakan adalah untuk kepentingan dan menguatkan Islam. Ali terus sahaja menunjukkan bahawa cinta dan bencinya, persahabatan dan permusuhannya adalah semata-mata

302

Page 42: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kerana Allah juga. Cinta dan benci beliau hanya kerana Allah. Beliau mencintai mereka yang mencintai Allah dan benci mereka yang menentang Allah.

Polisi Abu Bakar

Abu Bakar dan Umar tahu bahawa Arab dikuasai oleh dua kecintaan: cinta untuk merampas dan pendendam. Mereka dengan bijak telah menggunakan kedua-dua pengaruh ini dengan amat berkesan. Mereka berikan Arab rasa untuk merampas harta dengan mengistiharkan sebahagian Muslim yang menahan zakat kepada kerajaan mereka sebagai murtad. Apabila mereka dikatakan murtad; maka menjadi halal untuk membunuh dan merampas harta mereka dan menjadikan anak-anak dan wanita mereka tawanan.

Tetapi rampasan secara ini dalam bentuk yang kecil dan perkara dalaman. Maka untuk menyelesaikan masalah jangka panjang mereka, Abu Bakar dan Umar, mengambil tindakan yang lebih berani. Mereka tidak mengizinkan wira-wira terhadap orang-orang yang murtad kembali ke Madinah, bahkan mereka mengarahkan untuk terus berarak menuju keperbatasan Syria dan Parsi, dan menyerang negara tersebut serentak. Keputusan ini adalah satu tindakan politik yang bijak seperti yang akan digambarkan kelak.

Noldeke: Ini adalah satu polisi yang bagus, untuk menukarkan suku kaum liar dan ganas, yang telah ditundukkan kepada satu matlamat yang lain, di mana mereka, apabila telah dapat memuaskan kehendak mereka kepada rampasan perang yang banyak, akan terus mengekalkan perasaan mahu terus berperang dan memperkuatkan ikatan diri mereka kepada agama yang baru. (Dari petikan dari Eastern History)

Noldeke akan menjadi lebih tepat jika dia menukarkan kenyataannya kepada “memperkuatkan ikatan diri mereka kepada kerajaan yang baru dari Saqifa” bukannya “agama yang baru” Keimanan tidak dapat diperkuatkan dengan membunuh orang lain atau merampas harta mereka. Tetapi suku kaum ini pasti telah memperkuatkan ikatan mereka kepada kerajaan Saqifa yang telah memberikan kepada mereka peluang untuk “memuaskan kehendak mereka kepada rampasan perang yang banyak."

Geoffrey Blainey: Professor Quincy Wright, yang telah selesaikan di Chicago dalam tahun 1942 satu penyelidikan yang mendalam mengenai peperangan, dia merumuskan bahawa yang selalu menjadi penyebab kepada peperangan antara bangsa yang besar adalah sikap agresif, “untuk melibatkan diri di dalam peperangan orang asing demi untuk mengalihkan pandangan dari kecacatan dalaman negeri sendiri." Hujah Wright lebih memberi erti di dalam edisi kini dari Encyclopedia Britannia, yang mana dia menulis artikel penyebab kepada peperangan: dia meragui sama ada diktator sepenuhnya boleh ujud tanpa mengancam atau menyerang negara asing sebagai kibas korban [scapegoat.] (The Causes of War, New York, 1973)

Sir Basil H. Liddell Hart: Diktator memulakan perang kepada sebuah negara lain sebagai satu cara untuk mengalihkan pandangan dari keadaan dalaman dan membiarkan ketidakpuasan meletup di luar. (Why Don't We Learn From History? 1971)

Apabila tentera Muslim menyerang perkhemahan diperbatasan empayar Rom dan Parsi, ketidakpuasan mereka telah meletup di luar.

Professor James M. Buchanan: "Kita hendaklah berhati-hati terhadap bayangan Orwell ‘1984,' apabila musuh luaran telah diadakan, sama ada benar atau bayangan, untuk tujuan mengekalkan sokongan moral terhadap perkara

303

Page 43: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dalaman bagi kerajaan yang ada." (disebutkan oleh Leonard Silk di dalam New York Times, October 24, 1986)

Ahli sejarah Pakistan, Dr. Hamid-ud-Din, berkata bahawa Abu Bakar mempunyai sebab yang kuat untuk menyerang Parsi dan Rom. Di dalam buku sejarahnya, dia menulis:

Arab bersatu di bawah panji-panji Islam, dan Parsi menganggap mereka sebagai bahaya yang berterusan. Suku kaum Arab yang Kristian dari Iraq kerap memberi rangsangan kepada Parsi supaya menentang Arab Muslim (Iraq dikala itu adalah sebahagian dari jajahan Parsi). Tetapi Parsi tidak dapat memberikan perhatian kepada Arab kerana mereka sedang menghadapi perang saudara. Bagaimana pun Abu Bakar yakin jika keamanan kembali kepada Parsi, maka mereka akan menyerang Arab. Dari itu dia selalu berhati-hati, dan tidak pernah melupakan prinsip “keselamatan dahulu” Pergelutan telah bermula di antara penduduk Iraq dengan kaum Muslim dari Wael. Mathanna bin al-Harith, ketua kaum Wael, pergi ke Madinah dan meminta kebenaran dari Abu Bakar untuk menyerang Iraq. Khalid bin al-Walid baru sahaja bebas dari kempen menentang yang murtad di kawasan tengah jajahan Arab di mana dengan jaya telah dihapuskan. Abu Bakar melantik dia ketua nombor dua di bawah Mathanna. (History of Islam by Hamid-ud-Din, Ph.D. [Harvard University], Lahore, Pakistan, 1971)

Nampaknya Abu Bakar mempunyai sebab yang sama penting untuk menyerang Roman. Dr. Hamid-ud-Din menambah seterusnya di dalam buku sejarah:

Sama seperti Parsi, Roman juga takut terhadap kerajaan Arab yang baru bersatu. Mereka menganggapnya sebagai satu ancaman kepada diri mereka. Maka selalu terdapat bahaya, bahawa mereka akan di serang di Madinah. Abu Bakar tidak pernah lupa akan ancaman ini. Dari itu dia menghantar seorang pegawai, Khalid bin Said, sebagai ketua pasukan peninjau dan mengawasi sempadan Roman. Kemudian kelihatan seperti Khalid ini telah “dirangsang” supaya menyerang Roman.

Jeneral Abu Bakar telah “mengamankan” tanah Arab semula, zakat telah dipungut dari kaum yang tidak membayarnya dahulu, dan apabila tidak ada apa-apa untuk dilakukan lagi, mereka membuat percubaan pertama memasuki sempadan Parsi dan Byzantine (Roman). Kejayaan kecil-kecilan telah membawa kepada kejayan besar-besaran. Emas dan perak, wanita dan abdi mula mengalir ke Madinah. Muhajirin dan Ansar telah lupa perdebatan mereka yang benar dan yang salah. Mereka juga telah lupa peraaan cemburu dan curiga. Kempen di Parsi dan Syria telah memperkuatkan kerajaan Saqifa di Madinah.

Tujuan Peperangan bagi Abu Bakar dan Umar

1. Untuk melenyapkan kritikan terhadap kerajaan Saqifa, dan untuk menamatkan segala bentuk persoalan.

2. Untuk meyakinkan Muslim bahawa polisi kerajaan Saqifa adalah yang diilhamkan dari kecintaan kepada agama yang sebenar.

3. Untuk memberikan kepada Arab peluang untuk memuaskan kehendak mereka dengan harta rampasan perang. Teorinya adalah apabila Arab telah merasakan keseronokan menakluk dan merampas, mereka tidak punya masa untuk memikirkan masalah moral, etika atau pun filosofi agama. Kepentingan peribadi mereka adalah yang paling mereka utamakan dari yang lainnya.

304

Page 44: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

4. Untuk mempastikan keselamatan kerajaan Saqifa dengan semua cara. Pemimpin mereka mengambarkan di dalam pergelutan peperangan dan penaklukan, Arab akhirnya akan terlupa kepada keluarga Rasul mereka, dan inilah kejayaan yang mereka hajatkan.

5. Untuk memberi peluang kepada musuh keluarga Muhammad untuk naik ke tahap yang lebih tinggi supaya mereka dapat memperkukuhkan struktur kuasa Saqifa.

Walaupun Ali tidak pernah mencabar Abu Bakar dan Umar, mereka lihat kehadirannya sebagai satu “ancaman” terhadap keselamatan mereka. Untuk menjadikan diri mereka selamat, mereka percaya, bahawa mereka memerlukan tapak pemerintahan yang baru. Ini mereka dengan senang hati mendapatinya di dalam keluarga Abu Sufyan dan keluarga Umayyah lain di Makkah, dan mereka [Abu Bakar dan Umar] telah mengadakan pakatan bersama mereka.

Sir John Glubb: Tiga tunggak pemimpin tentera Abu Bakar di dalam kempen Syria adalah Amr bin Aas, Shurahbil bin Hasana, dan Yazid bin Abu Sufyan (bapanya, Abu Sufyan, wira peperangan di Uhud, dan penentang Muhammad yang paling lama, telah dipindahkan dengan diberi jawatan gabenor di Yaman.(The Great Arab Conquests. 1963)

Kerajaan Saqifa melantik Abu Sufyan sebagai gabenornya di Yaman, dan anaknya yang tua, Yazid, Jeneralnya di dalam kempen ke Syria. Muawiyah adik Yazid, telah dilantik sebagai pegawai, dan dia bersama ke Syria.

Kecemerlangan yang baru telah diadakan khusus untuk yang hampir lenyap Bani Umayyah, dan jika dahulu mereka telah terhalang di masa pemerintahan Muhammad Mustafa, kini mereka tiba-tiba muncul kemercu yang tertinggi semasa pemerintahan Abu Bakar.

Abu Bakar dan Umar, keduanya telah menunjukkan sanjungan mereka yang kuat terhadap Umayyah di sepanjang pemerintahan. Mereka mungkin melakukan ini untuk memastikan penguasaan parti dan penyatuan mereka. Abu Bakar telah disenangi oleh Abu Sufyan dan anak-anaknya. M. Shibli, seorang ahli sejarah, telah merakamkan peristiwa yang berikut di dalam Life of the Prophet:

Dalam penglihatan Muhammad, kaya dan miskin, ketua dan hamba, putih dan hitam adalah sama. Salman, Suhaib dan Bilal, semuanya pernah menjadi hamba pada satu ketika tetapi pada pandangan baginda, mereka tidak ada hinanya jika dibandingkan dengan ketua Quraish.

Satu hari Salman dan Bilal hendak pergi ke suatu tempat apabila mereka bertemu dengan Abu Sufyan dan Abu Bakar. Salman atau Bilal (seorang dari keduanya) telah berkata: "Mengapa mata pedang tidak dapat menemui tengkuk musuh Allah lagi?"

Abu Bakar amat terkejut mendengar ucapan ini dan berkata: "Berani betul kamu menggunakan bahasa yang sedemikian terhadap yang teragung dari Quraish?" Dia terus pergi bertemu dengan Rasul dan mengadukan kepada baginda mengenai apa yang dia telah dengar. Tetapi Rasul telah berkata: "Saya harap kamu tidak membuat Salman dan Bilal marah. Jika kamu telah membuat mereka marah, maka kamu telah membuat Allah marah."

Abu Bakar kembali semula kepada Salman dan Bilal, serta bertanya kepada mereka: "Adakah kamu marah kepada saya?" Mereka berkata: "Tidak. Semoga Allah mengampunkan kamu." (Life of the Prophet, Vol. II, Azamgarh, India, 1974)

305

Page 45: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Dr. Hamid-ud-Din: Apabila Muhammad wafat, Abu Bakar menjadi khalifah. Abu Bakar sedar akan tingginya status Bani Umayyah, dan dia ingat akan kehormatan dan kecemerlangan mereka. Dia melantik Yazid, anak lelaki Abu Sufyan, Jeneral tenteranya. Pada ketika ini, Umayyah telah melakukankan kebajikan yang besar kepada Islam sehingga manusia telah lupa permusuhan mereka yang lalu kepada Islam. Apabila Damascus telah ditawan, Umar bin al-Khattab (yang telah mengantikan Abu Bakar sebagai khalifah) melantik Yazid bin Abu Sufyan gabenornya. Apabila Yazid mati, Umar melantik Muawiyah (adik Yazid), sebagai gabenor Damascus yang baru. (History of Islam, Lahore, Pakistan, 1971)

Di dalam sanjungan mereka ini, ahli sejarah telah menonjolkan nota yang berbentuk subjektif. Apakah kebajikan terbesar yang Umayyah sumbangkan "demi untuk Islam" semasa pemerintahan khalifah Abu Bakar atau pun Umar? Umayyah telah melakukan kebajikan yang besar iaitu mereka telah menakluki jajahan baru, tetapi ini kemudiannya terbukti adalah untuk kepentingan mereka bukannya untuk Islam. Dan siapakah manusia yang telah melupakan permusuhan Umayyah kepada Islam? Manusia yang pertama untuk melupakan permusuhan Umayyah kepada Islam adalah tidak lain dari Abu Bakar dan Umar sendiri!

Bersekutunya Abu Bakar dan Umar dengan keluarga Abu Sufyan dan Bani Umayyah menentang keluarga Muhammad dan Bani Hashim adalah kekal dan tidak dapat dipecahkan.

Sebagai pewaris agama dan “alat” kepada polisi Abu Bakar dan Umar, Umayyah telah berkhidmat dalam tempoh perantisan [latihan] selama pemerintahan mereka, dan akhirnya kini telah bersedia untuk menuntut dan menerima ganjaran mereka. Ganjaran mereka adalah kerajaan Saqifa itu sendiri!

Inilah cerita kebangkitan Umayyah untuk berkuasa semula. Adalah dengan cara ini, perkataan dari ahli sejarah Gibbon, "penguasa berhala telah menjadi pemerintah tertinggi di dalam empayar dan agama Muhammad," satu dari sentuhan sindiran sejarah.

Penyakit dan kematian Abu Bakar

Dalam tahun 13 H. (634 M.) Abu Bakar jatuh sakit, dan apabila dia merasakan bahawa dia akan mati, dia terfikir untuk melantik penggantinya sendiri.

Abu Bakar memanggil setiausahanya, Uthman bin Affan, untuk menulis wasiatnya. Apabila Uthman tiba, dia duduk dikatil, dan mula menyampaikan kepadanya seperti berikut:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Saya, Abu Bakar, pengganti Rasul Allah..."

Abu Bakar sampai sejauh ini dia telah mula tidak sedarkan diri dan hilang ingatan. Apabila dia masih tidak sedarkan diri, Uthman setiausahanya telah menambahkan perkataan: "melantik Umar sebagai penganti saya dan juga pemerintah kamu."

Apabila Abu Bakar sedar dari pengsannya, dia menyuruh Uthman membaca apa yang telah dicatatkan:

"Saya, Abu Bakar, pengganti Rasul Allah, melantik Umar sebagai pengganti saya dan juga pemerintah kamu."

Apabila Abu Bakar mendengarnya, dia amat gembira dengan Uthman. Dia memberikan Uthman rahmatnya, dan kemudian meneruskan menyampaikan wasiatnya yang lain. (Tabari – History, Vol. 4, page 52)

306

Page 46: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Uthman tidak tahu sama ada Abu Bakar akan sedar kembali atau tidak untuk menyempurnakan menyebut wasiatnya. Dari pihak dirinya, Uthman telah pun memalsukan dokumen tersebut, dan dia bersama yang lain akan menegakkannya kepada ummat – ummat Muhammad, sebagai wasiat Abu Bakar dan kenyataannya! Walaupun Abu Bakar mengalamai penyakit tidak sedarkan diri, banyak kali apabila dia sedang menyampaikan wasiatnya, Umar tidak membantah dengan lantang bahawa Abu Bakar telah berkata yang bukan-bukan. Ini adalah Umar yang sama, yang telah enggan membenarkan Rasul Allah untuk menyampaikan wasiatnya, walaupun baginda tidak pernah pengsan, dan tidak pernah tidak sedarkan diri pada bila-bila masa sekalipun.

Umar mengambil wasiat Abu Bakar ke dalam tangannya, dan pergi berkeliling menyuruh manusia supaya taat pada apa yang khalifah Rasul telah tuliskan di dalamnya.

Pemilihan Abu Bakar dan Demokrasi

Ramai ahli sejarah mengatakan bahawa pemilihan Abu Bakar adalah secara prinsip demokrasi. Tetapi kenyataan itu tidak dapat ditegakkan atas dasar yang berikut:

1. Apabila Muhammad Mustafa wafat, kebanyakan Arab telah menerima Islam. Menurut dari prinsip demokrasi, kesemua mereka seharusnya mengambil bahagian di dalam pemilihan ketua mereka. Tetapi jika itu tidak mungkin dilaksanakan, maka ketua bagi tiap-tiap suku hendaklah dirundingkan di dalam perkara itu. Tetapi jika itu juga tidak mungkin dilaksanakan, maka pengganti bagi rasul hendaklah dipilih di dalam masjid Rasul, di dalam perhimpunan kebanyakan Muhajirin dan juga Ansar yang berada di Madinah. Ini sudah pastinya boleh dilaksanakan.

Tetapi tidak satu dari cara ini telah digunakan. Apa yang sebenarnya berlaku adalah sebahagian ahli dari dua kaum Ansar iaitu Aus dan Khazraj, berkumpul di Saqifa untuk melantik ketua mereka. Pengintip Abu Bakar dan Umar memberitahu mereka mengenai perhimpunan Ansar ini, dan mereka bergegas ke sana. Di dalam perjalanan mereka membawa Abu Ubaida ibn al-Jarrah bersama mereka.

Abu Bakar dan Umar telah disanjung sebagai pengasas demokrasi terulung. Jika mereka sebenarnya begitu, mereka telah menyuruh Ansar membubarkan perjumpaaan mereka di Saqifa, dan kemudian berhimpun semula Di masjid Rasul untuk memilih Ketua di dalam kehadiran semua Muhajirin dan juga semua Ansar. Tetapi mereka tidak lakukan ini.

2. Abu Bakar dan Umar, di dalam ucapan mereka di Saqifa, mengakui khidmat Ansar kepada Islam, tetapi telah menambah: "Kerajaan yang kamu berazam untuk merampas, telah ditubuhkan oleh Muhammad. Sekarang dia telah mati, ianya hendaklah dipulangkan kepada pewarisnya, dan bukannya kamu. Kami adalah pewarisnya. Kami adalah Quraish sama seperti dia."

Di dalam demokrasi, asas perundangan adalah bahawa calon untuk jawatan tersebut hendaklah dipilih di atas kekuatan kebolehan peribadinya. Dia hendaklah layak dari segi kebolehannya, pengalamannya dan kejujurannya dsb. Dia tidak boleh mengatakan dia merebut jawatan itu kerana dia mempunyai pertalian dengan ketua negara. Bahkan Abu Bakar memberitahu Ansar bahawa dia mempunyai tuntutan yang lebih kepada ketua negara dari Ansar kerana dia mempunyai pertalian dengan Rasul dan mereka tiada.

307

Page 47: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

3. Di dalam perkara melantik Umar sebagai penggantinya, Abu Bakar tidak melalui cara-cara peraturan pada pemilihan. Dia terus melaksanakan dan memutuskan bahawa Umar sebagai khalifah seterusnya.

Sunni Muslim mengatakan bahawa Muhammad, Rasul Allah, tidak melantik penggantinya, dan meninggalkan pemilihan itu kepada ummatnya. Tetapi Abu Bakar telah melantik penggantinya sendiri, dan dengan melakukan itu, dia telah menyimpang dari apa yang dilakukan oleh Rasul. Jika itu adalah hadith Rasul, untuk tidak melantik penggantinya, maka Abu Bakar telah menentangnya dengan melantik penggantinya sendiri. Dia juga pada masa yang sama telah menentang tradisi demokrasi.

Abu Bakar tidak berseorangan di dalam menolak demokrasi dan amalannya. Orang yang bertanggungjawab di atas pemilihannya iaitu., Umar bin al-Khattab, sendiri menolaknya juga. Dia memberikan amaran kepada Muslim supaya jangan cuba mencari ketua melalui pemilihan lagi, dan berkata bahawa Allah telah menyelamatkan mereka dari kesan bencana dari cara mencari ketua dengan cara begitu seperti di dalam kes Abu Bakar.

Abu Bakar mati dalam bulan August 634 M., dan telah ditanam di sebelah perkuburan Rasul Islam.

BAB 56

Demokrasi dan Muslim

Kebanyakan MUSLIM moden percaya dan mengatakan bahawa kerajaan dalam Islam adalah dalam bentuk demokrasi. Kerajaan yang ditadbir oleh Muslim mungkin dalam bentuk demokratik tetapi bukan kerajaan Islam.

Sehingga ke akhir peperangan dunia I, Muslim hidup di mana sahaja di bawah pemerintahan raja dan sultan. Mereka mengelarkan raja dan sultan mereka Zillullah (bayangan tuhan), dan mereka merasa gembira untuk hidup di bawah

308

Page 48: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

“bayangan” itu (seumpama tuhan mempunyai bayang-bayang), walaupun raja dan sultan tersebut adalah zalim, autokratik, pemerintah berkuku besi. Mereka menggunakan kuasa mereka sepenuhnya terhadap rakyat, dan boleh membunuh sesiapa sahaja yang tidak mereka senangi.

Selepas perang dunia I, kuasa raja dan sultan mula menghilang. Di dalam pertukaran kefahaman di dalam abad ke dua puluh, raja dan sultan telah menjadi “usang” dan Muslim telah membuat satu penemuan bahawa demokrasi adalah Islam. Mereka mula nyanyikan lagu sanjungan kepada demokrasi, dan kebanyakan dari mereka telah “bertukar” kepadanya. “Pertukaran” mereka kepada demokrasi bererti bahawa selama empat belas abad pertama dari sejarahnya, Islam “tidak demokratik” dan dalam lingkungan tahun selepas 1919 barulah ia bertukar kepada demokratik

Muslim yang mengatakan bahawa demokrasi adalah Islam, telah mengatakan bahawa selepas wafatnya Rasul Allah, para sahabat baginda telah membentuk al-Khilafat er-Rashida, dan itu adalah contoh kerajaan demokratik yang terbaik.

Al-Khilafat er-Rashida hanya bertahan selama 30 tahun. Selepas 30 tahun tersebut, demokrasi Islam telah digantikan dengan pemerintahan beraja. Sistem kerajaan yang dipanggil “demokrasi Islam” tidak wujud lagi. “Demokrasi Islam” terbukti satu komoditi yang mudah lenyap. Yang sebenarnya ia hanya bertahan kurang dari 30 tahun, tidak sampai satu generasi!

“Demokrasi Islam” telah mati tanpa dituntut, tidak ditangisi dan tidak dilaungkan. Siapa yang membunuhnya? Jahiliah? Penyembah berhala? Musyirik? Magian? Yahudi? Kristian? Tidak!! Muslim sendiri yang membunuhnya. Dan siapakah Muslim itu yang telah membunuh “Demokrasi Islam”? Mereka bukanlah Muslim dari generasi baru. Mereka semua tergolong dari generasi Muhammad Mustafa sendiri, dan kesemuanya adalah “para sahabat."

Jika program Islam menerima penubuhan demokrasi sebagai bentuk yang terbaik bagi kerajaan Muslim, dari itu apakah kedudukan mereka yang telah merosakkan dan menghancurkannya ketika ianya masih diperingkat bayi lagi? Demokrasi Islam telah ditubuhkan oleh para sahabat Rasul tetapi mereka yang menghancurkannya adalah para sahabat Rasul juga. Sedang satu kumpulan sahabat, yang diketuai oleh Abu Bakar dan Umar, telah menubuhkan Institiusi Demokrasi Islam [seperti yang dikatakan oleh Sunni Muslim], kumpulan sahabat yang lain, diketuai oleh Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amr bin Aas, telah menghancurkannya. Kumpulan ketiga para sahabat, diketuai oleh Abdullah bin Umar bin al-Khattab dan Abu Hurayra, telah menyaksikan pergelutan di antara Demokrasi Islam dengan penggali kuburnya [penghapusnya]. Mereka adalah pemerhati yang mendiamkan diri terhadap kematian bagi demokrasi Islam. Apabila tidak terdapat keraguan lagi bahawa Muawiyah telah “berjaya”, mereka yang realis dan pragmatik ini, telah mengistiharkan diri mereka bersama dengan yang menang, dengan Muawiyah pemusnah demokrasi Islam!

Faris Glubb: Kerajaan Islam telah menjadi lemah di kebanyakan tempat di dunia Islam dengan berkuasanya Mu'awiyah dalam tahun 40 H. Mu'awiyah telah menghancurkan Kerajaan langit yang telah ditubuhkan oleh Rasul dan digantikan dengan kerajaan dunia. Dia menggantikan khalifah yang adil lagi demokratik dengan sistem beraja yang zalim... (Rencana pendek "The Islamic Ideal of Ethical Government," diterbitkan di dalam Muslim News International, London, March 1963)

Abu Bakar, Umar, Muawiyah, Amr bin Aas, Abdullah bin Umar bin al-Khattab, dan Abu Hurayra, semuanya adalah para sahabat Rasul Islam. Abu Bakar dan Umar menubuhkan demokrasi Islam; Muawiyah dan Amr bin Aas menghancurkannya. Adakah ini bererti bahawa keduanya, pembina dan pemusnah, kedua-dua

309

Page 49: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kumpulan ini adalah benar, demokrasi dan sistem beraja, kedua-duanya adalah cara Islam?

Kita boleh menangguhkan keputusan kita buat seketika di dalam demokrasi Islam, tetapi ahli perundangan Sunni dan ulama’ mereka sekarang, tidak bersedia untuk menghulurkan penerimaan mereka kepada sistem beraja sebagai “cara Islam”. Menurut mereka tidak ada pengertian seperti “sistem beraja Islam”. Mereka sebulat suara mengatakan “sistem beraja” bukan cara Islam

G. H. Jansen: Keadaan politik di dalam negara Islam atau perundangannya menjadi kepentingan utama. Apabila terlibat di dalam tugas untuk membentuk perlembagaan baru Pakistan yang seiring dengan ajaran dan sejarah Islam,' (Presiden) Ayub Khan meminta pakar-pakarnya mengkaji sejarah Islam dan perlembagaan negara Islam yang lain. Dengan jelas dua perkara timbul dari kajian ini: Tidak ada tempat untuk raja di dalam Islam, dan penggantian tidak boleh berasaskan dari keturunan. Masyarakat secara ke seluruhannya mempunyai hak untuk memilih dan menggantikan ketua. [Ini bererti semua kedudukan raja Muslim apa juga sebabnya kepada agama, adalah bukan cara Islam]. Atas dua dasar ini, terdapat persefahaman di antara ahli pembaruan politik, tetapi di dalam aspek Islam yang lain masih terdapat banyak perbezaan. (Militant Islam, New York)

Ikhwan al-Muslimin (persaudaraan Muslim) di Mesir, telah menyatakan semua regim tentera (diktator) juga bukan cara Islam.

G. H. Jansen: Persaudaraan Muslim menekankan bahawa kerajaan yang dibentuk dengan paksaan tidak boleh diterima, perundingan adalah wajib menurut dari Sura 42 ayat 35 dari al-Quran. Dari itu regim tentera yang ditubuhkan dengan menggulingkan kerajaan bukanlah cara Islam. (Militant Islam, New York)

Dari itu ijmak dari ulama’ Sunni Pakistan dan juru cakap persaudaraan Muslim Sunni dari Mesir, bahawa sistem beraja dan regim tentera keduanya “bukan Islam.” Tetapi ini adalah ijmak terkini. Ulama dan fiqh Sunni di masa silam tidak menerima pandangan ini. Ijmak mereka bertentangan langsung. Mereka menegakkan kuasa kekuatan, seperti yang dinyatakan dahulu.

Dan bukankah istilah “bukan Islam” sama seperti “jahiliah” ? Jika benar, dan menurut dari ulama Pakistan, sistem beraja adalah institiusi jahiliah, maka apakah keputusan mereka terhadap sistem beraja mereka sekarang. Bolehkah raja yang mentadbir pertubuhan yang bukan Islam, akan terus kekal sebagai Muslim sebenar? Dan apakah keputusan mereka terhadap orang yang pertama merampas kedudukan khalifah di dalam pemberontakan, dan kemudian menukarkannya kepada sistem beraja iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan? Dia selalu bermegah bahawa dia adalah raja Arab yang pertama.

Pandangan dari ulama Sunni Pakistan dan pandangan persaudaraan Muslim Mesir pada karektor sistem beraja dan regim tentera telah dikongsi oleh Muhammad Asad, ulama Sunni moden Eropah. Dia menulis di dalam bukunya, State and Government in Islam (1980):

"...marilah kita mempunyai fikiran yang lapang sekurang-kurangnya mengenai satu perkara: iaitu tidak pernah wujud negara Islam yang sebenar selepas era Rasul dan juga ketika khalifah Madinah yang diketuai oleh pengganti Rasul sejurus selepas wafatnya baginda, khalifah yang benar, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali."

310

Page 50: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Menurut dari penilaian terdahulu, negara Islam tidak lagi Islam sebaik sahaja Muawiyah merampasnya.

Tetapi Muawiyah telah melampauinya, bukan sahaja menukar khalifah yang benar kepada yang bukan Islam iaitu sistem beraja jahiliah. Dia menurunkan sistem beraja ini sebagai warisannya kepada ummat Muslim. Dari itu ummat Muslim telah diperintah untuk berabad-abad lamanya oleh raja dan ditunggangi oleh mereka sehingga ke hari ini di dalam tahun 1990, di dalam negeri seperti Arab Saudi, Jordan, dan Morocco.

Dan bahkan, Muawiyah yang sama ini juga, bagi Sunni Muslim, adalah "seorang sahabat dan penulis wahyu " untuk Rasul, dan oh ya, "semoga Allah merestuinya " (untuk menukarkan sistem khalifah Islam kepada sistem beraja jahiliah).

Ini mungkin satu yang menarik untuk ulama Sunni fikirkan dan lihat sendiri di dalam kesimpulan logik mereka, dan meneliti semula pertentangan terhadap ijmak mereka sendiri. Jika mereka mampu, maka amat menarik untuk melihat bagaimana mereka berikan jawapannya.

Ramai Muslim yang melihat kebelakang merindukan kepada 29 tahun di waktu pemerintahan al-Khulafa-er-Rashidun sebagai era keemasan Islam. Sebenarnya tidaklah begitu keemasan seperti yang digambarkan, atau paling tidaknya keemasan hanya bagi mereka yang dapat mengumpulkan emas dengan banyak maka tahun keemasan adalah untuk mereka ini.

Hanya terdapat empat al-Khulafa-er-Rashidun. Tiga dari mereka menemui ajal yang ngeri, dua di dalam peperangan saudara. Satu dari mereka iaitu Abu Bakar, tidak dibunuh, telah mati secara biasa, menjadi khalifah selama 2 tahun.

G. H. Jansen: Satu lagi punca untuk contoh perundangan Islam adalah tradisi Khalifah-al-Rashidun, empat pemimpin pertama yang menggantikan Muhammad. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, dan pemerintahan mereka berempat berakhir dari 632 M. hingga 661 M. Dalam jangka masa yang singkat, 29 tahun yang sangat di idamkan ini, telah dipandang melalui kekaburan masa sebagai “waktu keemasan Islam” Mengapa ia dikatakan begitu, ini adalah sesuatu yang boleh diperbahaskan dari keterangan peristiwa yang terjadi; dari empat khalifah, dua darinya telah dibunuh, dan seorang telah dipotong-potong oleh musuh di dalam rumahnya sedang dia membaca Quran. Segala perpecahan yang melanda Islam dan juga dunia Arab sehingga kini telah dilahirkan di masa “waktu keemasan” tersebut. Sudah pastinya ini adalah era keagungan, iaitu waktu apabila Muslim Arab menakluki jajahan yang besar dari Tripolitania di Barat sehinggalah keperbatasan India di Timur. Maka ‘tradisi’ dari keempat pemerintah agung yang bernasib malang ini, segala yang di katakan dan juga yang di amalkan telah dijumlahkan ke dalam perundangan Islam yang makin membesar. (Militant Islam, New York)

Dua ahli sejarah moden Pakistan, Professor Sayed Abdul Qadir dan Professor Muhammad Shuja-ud-Din, telah menyebutkan Abul Kalam Azad di dalam History of Islam (Lahore, Pakistan) di dalam bab bertajuk "Pengertian Khalifah " seperti berikut:

"Seharusnya terdapat kerajaan untuk memberi petunjuk, kebajikan dan kebahagiaan untuk manusia dan yang akan menyelamatkan dunia ini dari kezaliman, kekejaman, penindasan dan eksploitasi, dan yang akan mengadakan keamanan dan keselamatan untuk semua, supaya menjadi mudah untuk menyebarkan perundangan Tuhan di dunia ini, dengan itu akan menguatkannya menjadi syurga."

311

Page 51: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Terdapat kerajaan yang sedemikian, yang ditubuhkan oleh Muhammad, Rasul Allah di Madinah yang telah menukarkan dunia ini kepada syurga dengan memperkenalkan perundangan Tuhan kepadanya. Tetapi tugasnya telah terganggu dengan wafatnya baginda. Selepas wafatnya baginda, orang baru mengambil alih kerajaan. Tetapi tujuan, polisi dan program mereka tidak sama dengan baginda, dari itu mereka telah menukarkan karektor kerajaannya.

Kerajaan Muhammad adalah Kerajaan Langit di Bumi, tetapi setelah baginda wafat, telah menjadi kerajaan “Aristotel”

BAB 57

Umar bin al-Khattab, Khalifah Kedua Muslim

Di masa jahiliah, Umar menyara hidupnya sebagai seorang broker. Shibli, penulis biografinya berkata semasa remajanya dia mengembala unta.

312

Page 52: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Sebelum menerima Islam, Umar adalah seorang dari musuh kejam Muhammad, Rasul Allah.

Apabila Muhammad mengistiharkan misinya, ramai manusia mengakui baginda sebagai Pesuruh Allah. Umar mengakui baginda sebagai pesuruh Allah selepas enam tahun.

Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa Umar seorang yang amat digeruni, dan apabila dia menerima Islam, penyembah berhala telah tertekan dengan perasaan takut terhadap nyawa mereka. Tetapi ini hanyalah cerita rekaan yang telah tersebar meluas, di mana kebenarannya adalah bertentangan dengan fakta sebenar yang amat memalukan. Apabila Umar menerima Islam, penyembah berhala masih kekal di tempat mereka [menyeksa para Muslim], dan tiada yang berubah dari keganasan mereka; malah Muhammad sebenarnya telah terpaksa meninggalkan kediamannya, dan mencari perlindungan di dalam lembah yang sepi. Baginda terpaksa menghabiskan masa selama tiga tahun di dalam lembah tersebut, dan di dalam tahun-tahun pengasingan itu, hidup baginda telah terdedah kepada bahaya, penderitaan dan ancaman maut; setiap hari dan malam; di sepanjang tahun pembuangan tersebut. Di dalam masa waktu tersebut, iaitu lebih dari 1,000 hari, Umar sama seperti Muslim lain di Makkah, adalah pemerhati yang membisu terhadap penderitaan dan kesengsaraan yang dideritai oleh ketua mereka. Umar tidak pernah membuat sebarang percubaan atau usaha untuk menamatkan penderitaan tersebut dari Rasul.

Muhammad Mustafa mengeratkan persaudaraan di antara Muslim; di kota Makkah dan juga di kota Madinah, baginda menjadikan Umar saudara kepada Abu Bakar, dan di Madinah baginda menjadikan dia saudara kepada Utban bin Malik. Untuk saudaranya sendiri, Muhammad memilih Ali ibn Abi Talib di dalam kedua-dua kota. Dalam tahun 3 H., anak perempuan Umar, Hafsa, telah dikahwinkan kepada Rasul. Umar adalah seorang dari tentera yang lari di dalam peperangan Uhud (Baladhuri). Dia sendiri kemudiannya berkata: "Apabila Muslim telah dikalahkan di dalam peperangan Uhud, saya lari ke arah pergunungan." (Suyuti di dalam buku al-Durr al-Manthur).

Di pengepungan Khybar, Umar telah membuat percubaan untuk menawan kota tersebut tetapi gagal.

Umar seorang dari yang lari di peperangan Hunayn. Abu Qatada, seorang sahabat Rasul berkata: "Di dalam Hunayn apabila Muslim sedang melarikan diri, saya juga lari, dan saya melihat Umar lari bersama dengan yang lain..." (Bukhari and Kitabul-Maghazi).

Dalam tahun 8 H. Rasul menghantar Umar sebagai perajurit bersama ramai yang lain untuk melaporkan diri kepada Amr bin Aas, pegawai pemerintahnya, di dalam kempen Dhat es-Salasil.

Dalam tahun 11 H. Rasul Allah menubuhkan ekspedisi ke Syria dan baginda melantik Usama bin Zayd bin Haritha sebagai Jeneralnya. Baginda memerintahkan Umar supaya berkhidmat sebagai perajurit di dalam ekspedisi itu.

Walaupun Umar menghabiskan masa selama 18 tahun bersama Muhammad Mustafa, Rasul Allah, namun baginda tidak pernah melantik dia kepada mana-mana jawatan penting, tentera ataupun awam.

Apabila Rasul Allah berada di ranjang kematian, baginda meminta sahabat bawakan pen, kertas dan dakwat supaya baginda dapat menyampaikan

313

Page 53: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

wasiatnya tetapi Umar menentang baginda. Dia tidak membenarkan Rasul menyampaikan wasiat dan kenyataannya.

Umar tidak hadir pada pengebumian Rasul Islam. Dia sedang bertelagah dengan Ansar di dalam pondok di Saqifa apabila jenazah Rasul dikebumikan.

Umar adalah orang yang menjadikan Abu Bakar khalifah. Semasa Abu Bakar menjadi khalifah, Umar adalah ketua penasihatnya.

Bani Umayyah adalah penegak tradisional bagi penyembahan berhala dan musuh kejam Muhammad dan kaum baginda, Bani Hashim. Muhammad telah pecahkan kuasa mereka tetapi Umar telah menghidupkannya kembali. Polisi utama Umar, sebagai ketua kerajaan saqifa, adalah menghidupkan semula Umayyah. Dia menyerahkan Syria kepada mereka sebagai “tapak”, dan dia jadikan mereka keluarga pertama yang utama di dalam empayar tersebut.

Pelajar sejarah moden mungkin dapati tuntutan yang dibuat oleh pihak sebahagian sahabat Rasul mungkin keterlaluan dan memeranjatkan. Pelajar akan nampak pertentangan di dalam imiginasi yang popular dengan fakta sejarah sebenar. Tetapi jika dia hendak membuat penilaian sebenar terhadap peranan yang dimainkan sahabat di masa Rasul, tidak ada cara yang lebih baik dari melakukan penyelidikan, dari mereka yang terhenti dan berpatah balik semula dan merasa senang terhadap yang diketahui dan gaya bahasa cerita yang memuji. Mereka hendaklah menumpukan segala perhatian kepada fakta dan hanya fakta sebenar sahaja.

Peristiwa Utama ketika Khalifah Umar

Apabila Umar mengambil kuasa sebagai khalifah, tentera Muslim sedang berperang menentang Parsi di Iraq dan Roman di Syria. Tentera di Syria di bawah pemerintahan Khalid bin al-Walid, Jeneral kesayangan Abu Bakar. Tindakan pertama Umar sebagai khalifah adalah memecat Khalid dari segala kedudukan, dan melantik Abu Ubaida bin al-Jarrah sebagai pegawai tertinggi tentera Muslim di Syria.

Shibli berkata bahawa Umar telah menyimpan perasaan dendam yang sangat lama terhadap Khalid di atas tindakan melampaunya. Umar memecat Khalid disebabkan oleh tabiat melampaunya, tetapi dendam peribadi juga ada memainkan peranan. Dia cemburu di atas kemashuran Khalid. Jika Umar marah kepada tabiat Khalid yang malampaui batasan, pasti dia telah mendakwa Khalid secara terbuka, dan memerintahkan siasatan penuh terhadap jenayah yang Khalid telah lakukan; membunuh Malik ibn Nuweira dan mengahwini isteri beliau. Jika Khalid di dapati bersalah, maka Umar perlulah menjatuhkan hukuman kepada Khalid menurut perundangan Islam. Tetapi tidak ada tuduhan dan penyiasatan dilakukan. Secara ringkas Khalid telah dilucutkan jawatan dan dia mati dalam kemiskinan dan keseorangan di tahun 21 H.

Pemerintahan Umar terkenal dengan penaklukkan yang banyak. Jeneralnya menakluk Iraq, Iran, Azerbaijan, Kirman, Seistan, Khurasan, Syria, Jordan, Palestin dan Mesir, dan telah menjadikan satu empayar Muslim. Kesemuanya adalah penaklukan yang kekal. Roman kehilangan Syria, Palestin dan Mesir untuk selamanya; dan di Parsi, Empayar Sassani tidak wujud lagi.

Di antara peristiwa lain di masa khalifah Umar, ialah wabak penyakit merebak di Syria, dan kebuluran di Hijaz dalam tahun yang sama 18 H, kebuluran dan wabak penyakit sahaja telah membunuh lebih dari 25 000 manusia (Suyuti dan Abul Fida).

Pentadbiran dan Polisi Awam dan Tentera

314

Page 54: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Oleh kerana empayar telah membesar di semua arah, Umar terpaksa menubuhkan satu sistem pentadbiran. Tetapi Arab tidak mempunyai pengalaman di dalam pentadbiran negara. Dari itu Umar telah mengekalkan rangka pentadbiran di daerah Parsi dan Roman. Kakitangan Parsi dan Roman terus menjalankan tugas mereka seharian seperti dahulu.

Umar mendapati banyak tempat kediaman tentera di Iraq, Syria dan Mesir. Oleh kerana dia mahukan Arab terus menjadi kelas pejuang dan pemerintah, dia tidak mengizinkan tentera membeli tanah dan bermastautin atau menjadi peladang di tanah jajahan mereka.

Untuk menilai hasil tanah, Umar sekali lagi terpaksa mengekalkan sistem Parsi dan Roman. Tetapi di Iraq, Umar dapati perlu untuk mengukur tanah kepunyaan Arab dan menilai zakat ke atas mereka. Arab tidak tahu untuk menilai hasil tanah. Bagaimanapun terdapat satu pengecualian, iaitu Uthman bin Hunaif dari Madinah. Dia seorang yang mempunyai kebolehan yang luar biasa sebagai seorang pakar hasil. Walaupun telah menjadi polisi Umar untuk tidak melantik warga Madinah [Ansar] kejawatan penting, dalam kes tertentu ini, dia tidak punya pilihan dan dia melantik Uthman bin Hunaif sebagai Pesuruhjaya Pembanguan Tanah di Iraq. Qadi Yusuf berkata bahawa Uthman bin Hunaif adalah penguasa zakat di seluruh jajahan Arab, penilai hasil dan juga tuntutan terhadap tanah (Kitabul-Kharaj dan Siyar-ul-Ansar).

Dalam masa kurang dari satu tahun, Uthman bin Hunaif telah menyelesaikan tugas mengambil ukuran semua daerah yang baru, dan membuat penilaian untuk pungutan hasil tanah. Dari itu beliau adalah Pesuruhanjaya Kewangan Pertama di Iraq, dan secara tidak langsung di antara sebilangan kecil Ansar yang dapat menjawat jawatan yang penting di dalam pemerintahan khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman bin Affan.

Apabila Syria, Jordan dan Palestin telah ditawan, Umar melantik Yazid bin Abu Sufyan gabenor Syria; Shurahbil bin Hasana gabenor Jordan, dan Amr bin Aas gabenor Palestin. Abu Ubaida bin al-Jarrah telah dilantik gabenor kota Damascus. Apabila Amr bin Aas menawan Mesir, Umar menjadikan dia gabenor di sana.

Yazid bin Abu Sufyan, gabenor Syria, mati dalam wabak penyakit yang melanda dalam tahun 18 H. Apabila Umar mendengar berita kematiannya, dia pergi berjumpa Abu Sufyan untuk mengucapkan takziah. Tetapi Abu Sufyan menahan Umar dari mengucapkan takziahnya dengan bertanya, "Siapa yang akan kamu lantik sebagai gabenor Syria sebagai pengganti terhadap anak saya, Yazid?” Umar berkata: “Sudah tentu adiknya Muawiyah." Abu Sufyan serta merta telah melupakan kedukaan terhadap kematian anaknya, dan bergembira di atas perlantikan Muawiyah anaknya yang kedua sebagai gabenor. Umar melantik Muawiyah sebagai gabenor Syria. Apabila Abu Ubaida mati, Umar meletakkan Damascus juga di bawah pemerintahan Muawiyah. Dia menetapkan gajinya pada 60,000 emas setahun (Isti'ab, Volume I).

Setelah melucutkan jawatan Khalid bin al-Walid sebagai pemerintah tertinggi tentera di Syria, Umar telah melantik dia untuk seketika sebagai gabenor daerah Kinnisirin tetapi melucutkan jawatannya sekali lagi kerana dituduh “melampau”

Saad bin Abi Waqqas, wira dalam peperangan Qadsiyya, perang menentang Parsi, adalah gabenor Umar di Iraq. Dia juga telah dilucutkan jawatan dalam tahun 21 H. Amr bin Aas adalah gabenor Umar di Mesir. Umar tidak melucutkan jawatannya tetapi telah mengurangkan kuasanya dengan melantik Abdullah bin Saad bin Abi Sarah sebagai “pemerhati” di atas perkara belanjawannya.

315

Page 55: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Umar adalah seorang ketua yang cerewet kepada semua jeneral dan gabenornya. Dia cepat mendengar segala aduan terhadap mereka, dan lebih cepat lagi untuk dia melucutkan jawatan mereka, dengan satu pengecualian, Muawiyah! Dia selamanya berpuas hati dengan anak-anak Abu Sufyan dan kepada kaum Bani Umayyah.

Muawiyah, anak lelaki Abu Sufyan dan Hinda, gabenor Syria, tinggal di Damascus dalam penuh kegemilangan, dikelilingi dengan kemewahan. Iaitu cara hidup yang Umar tidak senangi pada gabenor-gabenor yang lain. Tetapi Muawiyah, untuk dirinya, adalah "special [khas]," dan perundangan yang dikenakan kepada yang lain, tidak kepada diri Muawiyah.

Tabari telah merakamkan peristiwa yang berikut di dalam jilid VI buku sejarahnya. Umar berada di Damascus dan Muawiyah datang bertemu dengannya setiap hari pagi dan petang, dengan berpakaian kesultanan, tunggangan yang pilihan berserta pengiring. Apabila Umar membuat komen dengan sindiran terhadap kemewahan Muawiyah, dia katakan bahawa Syria dipenuhi dengan pengintip Roman, dan amatlah perlu untuk menunjukkan kepada mereka bertapa besarnya Islam. Kemewahannya hanyalah sekadar lambang terhadap kebesaran itu, kebesaran Islam.

Tetapi Umar masih ragu dengan berkata: "Ini adalah perangkap yang dibuat oleh mereka yang licik dan dengki."

Muawiyah menjawab: "Baiklah saya akan lakukan apa yang kamu perintahkan, Ya Amirul mukminin."

Umar berkata: "Jika saya adakan bangkangan terhadap sesuatu, kamu mengelirukan dan membingungkan aku dengan perkataan. Saya tidak tahu apa yang hendak saya lakukan."

Di sini Umar dilihat sebagai tidak boleh berbuat apa-apa terhadap orang bawahannya. Dia boleh menghalang Muawiyah dari segalanya. Tetapi yang sebenarnya dia hendak menyenangkan hati Abu Sufyan dan anak-anaknya. Apabila telah diletakkan mereka sebagai ketua di satu kedudukan, mereka akan mengukuhkan kedudukannya, dan kemudian menjadi mustahil untuk melucutkan mereka dari kedudukan itu. Dengan cara inilah kehidupan sekular, penindasan, imperialis, dan mengekploitasi ekonomi cara Umayyah telah dikenakan semula terhadap Muslim. Penyemaian pertumbuhan Umayyah inilah yang berterusan di dalam penyuburan polisi Saqifa.

Sebahagian Imbasan dari Penaklukkan Arab

Jeneral Umar telah menawan Parsi, Syria dan Mesir. Penggantinya di dalam dinasti Umayyah telah menambah lagi sehingga ke Selatan Perancis di Barat, dan diperbatasan barat China dan lembah Indus di Timur. Penuntut sejarah akan merasa kagum betapa cepat dan luasnya penaklukkan Arab dalam abad ketujuh/kelapan. Mereka berjaya dalam semua ini, di masa kurang dari 100 tahun, sungguh menakjubkan dalam sejarah dunia.

Beberapa abad kemudian, pencarian terhadap persoalan dan jawapan masih berterusan: Bagaimana Arab dapat menakluk sedemikian banyak dengan begitu pantas? Banyak sebab telah diberikan oleh ahli sejarah di atas kejayaan persenjataan Arab, di antaranya: perang saudara dan sistem beraja Parsi; peperangan di antara Parsi dan Rom selama 26 tahun, yang telah melumpuhkan kedua empayar, kehilangan semangat untuk berperang, ketidakpuasan warganegara Roman di Syria dan Mesir yang telah menyambut Arab sebagai pembawa kebebasan, dan terhapusnya Rom dari mendapat sokongan tempatan; penggantungan keduanya, Parsi dan Rom kepada tentera upahan dan tentera

316

Page 56: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kerahan yang tidak bermoral; tuduhan atas dasar agama dan adat keturunan dan kepercayaan oleh keduanya Parsi dan Rom; dan tanggungan cukai yang berat oleh berbagai bangsa yang diperintah oleh Parsi dan Rom, dan orang awam yang miskin di dalam empayar yang perlu ditanggung. Parsi dan Rom juga tewas di dalam peperangan disebabkan oleh barangan berat yang perlu mereka bawa, ini mengurangkan kebolehan bergerak mereka. Arab sebaliknya pantas bergerak. Mereka boleh menyerang tempat yang mereka sasarkan, dan kemudian kembali ke padang pasir dengan unta mereka yang pantas, di mana pasukan berkuda musuh tidak dapat masuk, dan mereka tidak punya bantuan sokongan.

Di dalam kempen mereka, bilangan Arab jauh lebih kecil dari musuh mereka tetapi ini bukanlah suatu kekurangan bagi mereka. Terdapat banyak contoh dalam sejarah; pasukan sukarela yang kecil dapat mengalahkan pasukan tentera yang besar.

Tetapi Muslim sendiri, menolak kebanyakan dari sebab yang diberikan, di atas kejayaan mereka. Menurut dari kebanyakan Muslim, rahsia bagi kejayaan tentera mereka adalah di dalam ketaqwaan dan kuat beragama. Tenaga pengerak di belakang kejayaan Arab dalam abad ketujuh, mereka kata datang dari Islam, dan setiap Arab yang telah meninggalkan semenanjung untuk berjuang adalah mujahid, wira suci Islam yang berperang untuk kebesaran Tuhan.

Kenyataan ini hanya sebahagian kecilnya sahaja yang benar. Tidak diragukan terdapat Muslim yang berhasrat hendak menyebarkan cahaya Islam di seluruh dunia tetapi terdapat juga mereka yang lain, dan mereka inilah yang majoriti, yang berjuang untuk ganjaran harta di mana kemenangan telah menjanjikan kepada mereka. Selera untuk berkuasa dan kekayaan telah subur di dalam diri mereka.

Joel Carmichael: Ganjaran besar yang dijanjikan oleh kemenangan telah membawa keluar Badwi dari semenanjung yang penuh dengan kelaparan dan tamak, dari akibat biasa, keadaan terhimpit kepada tiada kesudahannya peluang untuk mendapatkan kekayaan dari masyarakat yang mereka takluk. Maka tidaklah boleh dinafikan akan adanya manusia “yang membunuh untuk akhirat” tetapi ramainya suku kaum yang pasti telah “membunuh untuk kepentingan dunia.”

Aspek ke duniaan yang lain yang diajari oleh Muhammad telah dilupakan semuanya semasa penaklukan oleh banyaknya harta rampasan yang boleh dimiliki: dari itu pembesar Quraish, yang dianggap begitu wara’, seorang dari yang sepuluh, di mana Muhammad telah berikan jaminan dengan kata-katanya sendiri semasa hayat baginda bahawa dia akan memasuki syurga, kerana cintanya kepada Islam, telah meninggalkan hartanah yang bernilai di antara 35 dan 52 juta dirham; di Madinah sahaja dia memiliki sebelas buah rumah, begitu juga di tempat lain seperti Basra, Kufa, Fustat dan Alexandria. Seorang lagi dari sepuluh orang yang telah dijanjikan oleh Muhammad syurga mempunyai harta berjumlah 30 juta dirham; pada saat kematiannya, orang suruhannya mempunyai wang tunai lebih dari 2 juta dirham.

Apabila proses ini telah dilihat dari perpektifnya yang sebenar, maka jelaslah betapa sempitnya pemahaman secara lama terhadap perluasan jajahan Arab sebagai gerakan ketaqwaan yang dibangkitkan oleh kecintaan terhadap agama Muhammad.

...tidak ada keraguan bahawa perkara terakhir yang Muslim Arab fikirkan adalah menukarkan agama seseorang. Terutama ketaqwaan yang telah menjadi tanda petunjuk untuk ummat Islam yang akan datang, sekurang-kurangnya yang pasti diketika itu adalah perkataan ketaqwaan adalah sesuatu yang terlalu asing bagi orang-orang Arab yang menjajah ketika itu.

317

Page 57: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Telah ditunjukkan, kuasa penggerak yang di belakang penjajahan Muslim Arab bukanlah agama, tetapi dorongan yang telah tertanam sedemikian lama dengan keadaan sekitar di semenanjung Arab. Manusia seperti Khalid dan Amr (bin Aas), sebagai contoh, pasti bukan seorang yang wara’ dan bertaqwa, kepentingan mereka semata-mata kepuasan.

Perpindahan pihak aristokrat [pembesar] Makkah ke pihak Muslim adalah dengan jelas telah mengambarkan betapa cepatnya suntikan elemen sekular telah meresap ke dalam ummat Muslim, walaupun cuba digubal pada dasar-dasar agama, tetapi sebenarnya itu semua adalah kepentingan politik. (The Shaping of the Arabs, New York, 1967)

Benar, faktor agama yang mengerakkan Muslim keluar dari bumi Arab, tetapi apabila telah keluar, agama tidak memainkan peranannya lagi di dalam penjajahan yang berikutnya. Peranan agama hanya untuk mempercepatkan kebangkitan Arab. Jika agama dan ketaqwaan adalah penyebab kejayaan Muslim di dalam kempen mereka; maka bagaimana seseorang boleh memberikan penjelasan kejayaan sesuatu bangsa yang bukan Muslim? Sebahagian dari bangsa tersebut adalah musuh kepada Islam, namun mereka pada satu ketika, telah menjajah bumi yang lebih luas dari yang di jajahi oleh muslim.

Kejayaan Arab menakjubkan, dengan besarnya jajahan mereka, tetapi tidaklah unik.

Hampir seribu tahun sebelum kebangkitan Islam, Alexander yang perkasa, orang muda Macedonia, telah menakluki, dalam masa 10 tahun, semua bumi dari semenanjung Balkan sehinggalah keperbatasan China, dan dari Libya ke Punjab di India. Dia seorang musyirik. Kemana sahaja dia pergi, dia menyembah tuhan penduduk di situ. Dia menyembah Zeus di Greece, Ammon-Re di Libya; Marduk di Babylon; dan Ahura di Persepolis. Penaklukannya tidak digerakkan oleh mana-mana agama. Sebenarnya agama tidak mengambarkan di mana-mana penjajahannya. Jika dia tidak mati dalam usia 32 tahun, dia mungkin telah menakluki bumi yang lain lagi.

Selepas Greek kuno, Roman adalah penjajah dan pentadbir yang terbilang. Mereka telah membina empayar yang besar dan kuat di dalam sejarah, dan satu-satunya yang bertahan lebih lama dari empayar-empayar yang terdahulu dan juga kini. Sama seperti Greek yang sebelum mereka, mereka adalah penyembah berhala, walaupun kemudiannya empayar Roman di kawasan Timur telah bertukar menjadi kristian di dalam permulan abad ke Lima M.

Di dalam abad ketiga belas, Mongol, dipimpin oleh Genghiz Khan, menggegarkan seluruh dunia. Mereka adalah musuh Islam yang paling bahaya yang pernah ditemui. Ke seluruh Asia di bawah tapak kakinya, dan dia hampir menghapuskan Islam di dalam semua benua tersebut. Penaklukan mereka lebih pantas dan lebih besar dari yang dilakukan oleh Arab. Dalam masa 50 tahun, mereka telah menakluki seluruh negeri China, seluruh Russia, seluruh Tengah dan Barat Asia, dan telah memasuki Eropah sehingga ke Hungary. Sedang Muslim di dalam kejayaan penaklukannya, telah tewas ketika memasuki Barat, dan di Constantinople di Timur, tetapi Mongol terus berjaya di mana sahaja. Mereka berundur dari Eropah Tengah hanya disebabkan kematian Khan mereka yang agung di satu kawasan yang jauh bernama Karakorum.

Mongol tidak mempunyai agama sama sekali. Apakah yang menyebabkan mereka memulakan peperangan untuk menakluki dunia? Pasti bukan kecintaan yang kuat terhadap agama.

Di dalam abad ke 16, Castilian Conquistadores meletakkan Spain di dalam baris hadapan terhadap bangsa di dunia. Sebilangan kecil dari mereka meninggalkan

318

Page 58: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

pantai Spain, dan menaluki kesemua dunia baru. Mereka meletakkan dua benua di bawah tapak kaki raja Spain. Benar mereka telah digerakkan oleh cinta akan agama, walaupun mereka bukan dari manusia yang bertaqwa, tetapi cinta kepada Catholic. Kecintaan mereka tidak ada kena mengena dengan Islam atau anti Islam. Sebelum mereka menjumpai dan menawan Amerika, mereka telah mengalahkan Muslim Granada dalam tahun 1492, dan mengeluarkan mereka dari Spain, dan telah menghapuskan segala peninggalan kebudayaan Islam dari semenanjung Iberian.

Dalam kurun 17, giliran Belanda muncul menjadi bangsa gemilang. Cerita mereka dalam era tersebut seperti hikayat penuh dengan kegemilangan keperwiraan. Di dalam negeri, mereka telah terikat dengan pergelutan maut dengan dua musuh, Spain dan Laut Utara, dan mereka dapat mengalahkan keduanya. Mereka keluarkan Spain dari Belanda dan mereka dapat tundukkan hempasan Laut Utara yang ganas.

Setelah menawan kedua musuh, Belanda melihat keluar kepada dunia baru yang perlu ditakluki. Peperangan dengan Spain dan Laut utara telah memberikan mereka anjakan kepada kemenangan dan kejayaan yang seterusnya, kini telah membawa mereka mengelilingi dunia. Dengan tenaga yang baru, Belanda menunggang dunia, menakluki dan menyatukan serta membangunkannya.

Belanda bukan sahaja ahli pelayaran yang baik, malah mereka juga pedagang dan penjajah. Mereka membina industri di India, dan telah menjajah Amerika Utara dan Selatan. Jajahan mereka di Afrika selatan menjadi satu dari penempatan yang paling berjaya di dalam sejarah penjajahan di seluruh dunia.

Belanda pembina empayar juga, 12 000 batu jauh dari negara asal, mereka menakluki Hindia Timur, empayar yang terkaya di zaman Imperialis, dan mereka memerintahnya selama 350 tahun.

Dan bahkan di zaman kegemilangan mereka dalam abad ke 17, jumlah mereka kecil sahaja. Walaupun jumlah kecil tetapi kualiti mereka tinggi. Mereka tidak membenarkan jumlah mereka yang kecil menjadi penghalang terhadap apa yang mereka hajati, ini membuktikan bahawa tidak ada kaitan jumlah yang besar dengan pencapaian.

Ini adalah suatu kejayaan yang amat membanggakan bagi sebuah bangsa yang kecil seperti Belanda. Mereka juga membuktikan tidak ada kaitan di antara agama dengan pencapaiannya. Berabad-abad lamanya sebelum kebangkitan dalam kejayaan ini, Belanda ada sebuah negara Kristian; tetapi hanya di dalam abad ke 17 mereka mula bangkit dan berjaya.

Dalam abad ke 19, British membentuk empayar untuk diri mereka, di mana matahari tidak akan terbenam darinya. Di Amerika Utara mereka memerintah bahagian utara benua itu, di Afrika empayar mereka bermula dari Alexandria di Utara hingga ke Cape Town di Selatan; dan di Selatan Asia, mereka takluk dari Kabul sampailah ke Rangoon. Mereka jajah Australia dan New Zealand. Mereka menubuhkan Pax Britannia dikesemua kawasan yang besar ini, satu perempat dunia.

Dalam abad ke 18 apabila British mula membina empayarnya, mereka hanya memiliki 35 000 tentera, dan 7 500 darinya sibuk mententeramkan Ireland.

Ketika Tentera laut dirajanya mengawasi empayar yang besar, pedagang laut mereka menubuhkan satu lagi empayar. Ini adalah empayar perdagangan. Empayar perdagangan inilah yang menguasai negeri-negeri yang di luar batasan kuasa politik mereka.

319

Page 59: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pada satu ketika apabila kuasa British berada dikemuncaknya, tidak ada satu bangsa di dunia yang dapat mencabarnya di darat mahupun dilaut.

Seiring dengan itu mereka juga menyebarkan kebudayaan dan bahasa mereka ke seluruh dunia, supaya kebanyakan dari negara di dunia boleh bertutur dan memahami bahasa mereka.

British berjaya melakukan ini semua bukan kerana cinta mereka kepada agama. Mereka menjajah kerana Britain, dan untuk menubuhkan empayar British, tidak ada kaitan langsung dengan agama.

Secara ringkas negara Imperialis ini, Britain, Perancis dan Belanda telah memerintah negara di bawah jajahan mereka dengan kuku besi selama dua abad. Dengan berakhirnya kedua perang dunia, empayar mereka juga turut hancur. Dari kehancuran empayar mereka ini, bangkit pula bangsa-bangsa yang baru. Satu dari bangsa ini adalah negara Zionis, Israel.

Dalam bulan May 14, 1948, British mengeluarkan mandat kepada Palestin, dan penduduk Yahudi telah mengistiharkan lahirnya negara Israel. Pada berikutan harinya (May 15) lima negara Arab menyerang Israel dengan niat hendak menolaknya ke dalam laut. Tetapi mereka tidak dapat melakukan, malah Israel mengalahkan mereka semua, dan mereka berundur ke tempat persembunyikan mereka sendiri.

Semenjak itu terdapat beberapa peperangan di antara Arab dan Israel. Satu dalam tahun 1956 dan satu lagi dalam tahun 1967. Di dalam kedua-dua peperangan itu, Israel telah mengalahkan Arab, dan menawan lebih banyak kawasan untuk diri mereka termasuk Jerusalem lama [Baitul Maqdis].

Dalam bulan August 1969, sebahagian dari Masjid-al-Aqsa di Jerusalem terbakar. Kebakaran itu disengajakan. Semua Muslim, Arab dan bukan Arab, semuanya marah di atas perbuatan ini. Kejutan dari peristiwa ini telah sampai ke seluruh penjuru dunia Islam, beza di antara keduanya adalah 10 000 batu dari Indonesia di Timur hingga ke Mauritania di Barat. Ummat Muslim mengadakan perjumpaan di Rabat (Morocco) untuk mempertimbangkan satu tindakan untuk merampas balik Jerusalem dari Israel. Tetapi apa yang mereka lakukan adalah meluluskan resolusi menolak Israel. Israel yang biadap terus mencabar dan tidak mempedulikan Muslim yang ramai, tetapi Muslim tidak berani hendak menyahut cabaran Israel.

Dalam bulan Oktober 1973, Mesir menyerang Israel pada hari Yom Kippur apabila yahudi sedang sibuk sembahyang. Yahudi diserang secara mengejut, tetapi mereka sedar kembali dan mula menyerang balas. Mereka menyerang sehingga ke padang pasir Sinai, menyeberangi Suez, dan menubuhkan pasukan penyerang di bahagian barat terusan, 60 batu dari Cairo, dan mengepung ke seluruh Briged Ketiga Tentera Mesir!

Atas tekanan dari Amerika kepada Israel maka telah terselamat ke semua tentera Mesir tersebut. Tetapi anehnya Mesir mengatakan mereka berjaya di dalam penentangan mereka terhadap tentera yahudi. Perang dan berjaya kata kerajaan Mesir, dan ini telah mengembalikan maruah mereka semula walaupun sebenarnya Bangsa-bangsa bersatu dan Amerika yang telah menyelamatkan mereka dari bencana.

Dalam bulan Jun 1982 Israel memasuki Lebanon, dan mengusir keluar gerila Palestinian di sana, sedang semua negara Arab lainnya memerhatikan sahaja dengan rasa kecewa, gergasi, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa.

320

Page 60: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Di dalam semua peperangan ini satu perkara yang ada pada Arab iaitu kuasa ekonomi. Mereka mempunyainya lebih dari mana-mana negara di dunia ketiga. Sumber manusia mereka melebihi Israel 50:1. Namun tidak pernah terjadi di mana-mana sejarah, mereka menghadapi kombinasi kekayaan tetapi lemah tidak bertenaga, harta yang banyak tetapi mempunyai moral yang kosong, apa yang mereka dapat hanya penghinaan dari Israel. Boleh dikatakan juga bahawa sebahagian dari negara Arab menikmati kemerdekaan mereka atas belas ikhsan Israel.

Maka jelaslah sekarang bahawa agama, apa juga namanya, jahiliah, penyembah berhala, kristian atau Islam tidak mempunyai apa-apa kaitan terhadap penaklukan tentera dari mana-mana bangsa.

Ini adalah satu fenomena di dalam sejarah dunia iaitu pada satu-satu masa, terdapat mana-mana satu bangsa yang terulung, ketenteraan, politik, dan di dalam banyak kes intelek mereka juga. Pada masa itu atau di era itu mereka tidak dapat dikalahkan dan mereka telah menjadi kebal.

Seratus tahun dari 632 M. hingga 732 M. adalah abad untuk Arab. Mereka yang terulung, mereka telah berjaya, mereka tidak dapat dikalahkan dan mereka juga kebal, di dalam abad itu. Islam menyatukan mereka dan memberikan tunjuk arah, tujuan dan kuasa bertindak. Tanpa Islam, masa depan mereka adalah sama, kosong sama seperti dahulu. Tetapi tidak terdapat kaitannya di antara penaklukan mereka di satu pihak, dengan agama serta taqwa di pihak yang lain.

Hari-hari Terakhir Umar bin al-Khattab

Seorang dari sahabat Umar, bernama Mughira bin Shaaba. Umar telah melantik dia sebagai gabenor, pertama di Basra, dan kemudia di Kufa.

Seorang dari hamba Mughira telah tidak berpuas hati dengan tuannya [Mughira]. Dia meminta Umar menjadi pendamai di antara mereka, dan apabila Umar menolak, dia menyerang Umar dan melukakan dia sehingga membawa maut.

Tabib telah dipanggil. Dia memberikan Umar ubat untuk diminum, tetapi semuanya keluar dari liang luka yang besar pada perutnya. Apabila tabib melihat ini, dia memberitahu Umar, tidak ada harapan untuk sembuh dari luka tersebut, dan menasihatkan dia supaya membuat wasiat kerana dia tidak punya banyak masa untuk hidup.

Dengan pantas berita telah tersebar bahawa khalifah telah dilukakan dengan parah, dan berita ini telah membawa kegelisahan di dalam kota.

Ramai para sahabat menziarahi Umar untuk bertanyakan kesihatannya. Sebahagian dari mereka menyarankan dia menamakan seseorang sebagai penggantinya. Umar berkata:

"Jika saya menamakan seseorang sebagai pengganti saya, tidak ada salahnya dengan melakukan itu kerana Abu Bakar menamakan saya sebagai penggantinya, dan dia terlebih baik dari saya. Tetapi jika saya tidak menamakan sesiapa sebagai pengganti saya, tidak ada salahnya dengan melakukan itu juga kerana Rasul tidak menamakan penggantinya, dan dia adalah yang terlebih baik dari kami berdua (Abu Bakar and Umar)."

Aisyah juga mengingatkan Umar supaya melantik seseorang sebagai khalifah sebelum kematiannya jika tidak, kekacauan dan huru-hara mungkin merebak di seluruh kawasan."

321

Page 61: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Umar meminta pembawa berita kepada Aisyah supaya mengatakan kepadanya seperti berikut:

"Saya telah mempertimbangkan perkara ini, dan saya telah membuat keputusan untuk melantik enam orang sebagai ahli pemilih, dan memberikan mereka tugas untuk melantik seorang dari mereka sebagai khalifah. Keenam mereka adalah: Ali, Uthman, Abdur Rahman bin Auf; Talha, Zubayr dan Saad bin Abi Waqqas. Rasul amat gembira dengan kesemua mereka apabila baginda wafat, dan setiap mereka layak untuk menjadi khalifah ummat Muslim."

Umar kemudian memanggil kesemua enam ahli lembaga pemilih ke rumahnya, untuk menerangkan kepada mereka apa yang perlu mereka lakukan. Apabila mereka tiba dia berkata kepada mereka seperti berikut:

"Wahai kumpulan Muhajirin! Sesungguhnya Rasul Allah telah wafat, dan baginda amat senang dengan kamu semua. Dari itu saya telah membuat keputusan untuk menjadikan pemilihan khalifah perkara perundingan di antara kamu, supaya kamu dapat memilih seorang dari kamu sebagai khalifah. Jika lima dari kamu setuju kepada seorang, dan terdapat seorang yang menentang yang lima, bunuhlah dia. Jika empat di satu pihak dan dua di pihak yang lain, bunuh yang dua. Jika tiga di satu pihak dan tiga di pihak yang lain, maka Abdur Rahman ibn Auf mempunyai undian penentu, dan khalifah akan dipilih dari pihaknya. Dalam perkara ini, bunuhlah tiga orang di pihak penentang. Kamu bolehlah, jika kamu berhajat, mempelawa sebahagian dari ketua Ansar sebagai pemerhati, tetapi khalifah mestilah seorang dari kamu Muhajirin, dan tidak dari mereka. Mereka tidak punya perkongsian di dalam khalifah. Dan pemilihan kamu terhadap khalifah yang baru hendaklah dibuat dalam masa tiga hari." (Tabari, History)

Umar mengarahkan anak lelakinya, Abdullah, supaya menghadiri mensyuarat lembaga pemilihan yang baru, walaupun bukan sebagai seorang calon untuk khalifah, dan Umar berkata kepadanya:

"Jika ahli lembaga ini tidak bersetuju sesama sendiri, kamu sokonglah pihak majoriti. Jika sama dengan tiga orang setiap pihak, maka kamu sokonglah pihak Abdur Rahman bin Auf."

Sir John Glubb: Umar telah berikan maksima tiga hari untuk mendapatkan keputusan mereka. Pada penghujung waktu tersebut mereka hendaklah melantik sebulat suara seorang khalifah. Di dalam kejadian, jika keputusan tidak sebulat suara, calon majoriti diambil kira, dan ahli dari pihak minoriti hendaklah dibunuh." (The Great Arab Conquests, 1967)

Apabila Umar telah berpuas hati bahawa dia telah melaksanakan tugasnya di dalam perkara penggantian, dia bertanya kepada sebahagian dari mereka yang ada di sekelilingnya, siapakah di antara enam calon itu yang mereka suka melihat menjadi khalifah yang baru. Seorang dari mereka menyebutkan nama Zubayr. Umar berkata: "Hendakkah kamu menjadikan khalifah seorang, yang menjadi orang mukmin apabila gembira dan orang yang kafir apabila marah?" Seorang lagi menyebutkan nama Talha. Umar berkata: "Hendakkah kamu menjadikan khalifah, seorang yang telah mengadaikan pemberian Rasul Allah kepada orang yahudi?" Yang ketiga menamakan Ali. Umar berkata: "Jika kamu menjadikan dia khalifah, dia tidak akan membenarkan kamu menyimpang dari kebenaran tetapi saya tahu bahawa kamu tidak akan melantiknya."

Walid bin Aqaba, yang mempunyai kaitan dengan Uthman, juga hadir di perjumpaan itu. Apabila dia mendengar komen Umar mengenai para calon, dia berkata: "Saya tahu siapa akan menjadi khalifah yang baru." Umar yang sedang berbaring, duduk di ranjangnya dan bertanya, “Siapa?” Walid berkata : "Uthman."

322

Page 62: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Umar perintahkan Abu Talha Ansari untuk memimpin Muslim di dalam solat semasa pemilihan dijalankan, dan untuk memerhatikan ahli lembaga pemilih semasa mereka membuat pemilihan. Umar juga memberinya 50 orang yang bersenjata untuk membolehkan dia mejalankan tugasnya. Orang ini bertugas sebagai pembunuh, jika diperlukan (Tarikh Kamil).

Pada keesokkan hari, Umar memanggil semua ahli lembaga pemilihan sekali lagi, dan apabila mereka sampai, dia berkata: "Setiap kamu mahu menjadi khalifah selepas saya?" Semuanya diam. Umar mengulangi soalannya di mana Zubayr berkata: "Dan apa salahnya? Kamu menjadi khalifah dan berjaya mentadbirnya. Mengapa kami tidak boleh? " Umar kemudian bertanya: "Perlukah saya memberitahu kamu sesuatu mengenai setiap dari kamu?" Zubayr menjawab: "Teruskan, katakanlah kepada kami." Umar mengulas mengenai mereka seperti berikut:

"Saad bin Abi Waqqas seorang pemanah yang baik tetapi dia sombong dan kedudukan khalifah di luar jangkauan dia. Talha biadap, tamak dan bongkak. Abdur Rahman terlalu banyak mendapat kesenangan dan kemewahan, jika dia menjadi khalifah isterinya akan mentadbir kerajaan. Zubayr seorang yang beriman apabila sedang bergembira tetapi seorang kafir apabila marah. Ali yang layak menjadi pemerintah ummat Muslim di dalam semua aspek tetapi dia terlalu bercita-cita."

Umar kemudian berpaling kepada Uthman, dan berkata: "Ambillah dari saya. Ianya seakan saya melihat dengan mata saya sendiri bahawa Quraish telah meletakkan kalung khalifah di leher kamu, dan kamu telah meninggikan Bani Umayyah dan Bani Abi Muayt (keluarga Uthman) ke atas Ummat Muslim, dan memberikan mereka semua harta ummat. Kemudian serigala Arab akan datang membunuh kamu. Demi Tuhan jika mereka [Quraish] lakukan, kamu pasti akan lakukan juga, dan jika kamu lakukan, mereka [serigala Arab] pasti akan melakukannya juga." (Jika Quraish menjadikan Uthman khalifah mereka, dia akan memberikan semua kuasa dan pemerintahannya kepada Bani Umayyah; dan apabila dia melakukan ini, Arab akan datang membunuhnya)

Umar memberitahu ahli lembaga pemilihan bahawa Rasul Allah amat senang dengan mereka apabila baginda meninggalkan dunia ini. Tetapi adakah Rasul merasa senang hati dengan mereka yang enam ini sahaja? Adakah Rasul tidak senang hati dengan Muhajirin dan Ansar selebihnya? Jika tidak, mengapa Umar mengenepikan mereka semua dari lembaga pemilihan? Dia tidak membenarkan Muhajirin dan Ansar yang lain untuk menyatakan pendapat mereka, jauh sekali untuk memilih pemerintah mereka sendiri.

Walaupun Umar memilih enam Quraish sebagai pemilih, kerana dia mengatakan bahawa Rasul merasa senang dengan mereka, tetapi dia sendiri tidak mendapati sesuatu yang baik dalam diri mereka semua. Dia mendapati di dalam diri mereka sombong, biadap, tamak, bongkak, dikuasai oleh isteri, panas baran, tidak jujur dan bercita-cita.

Jika pada pemilihan Abu Bakar, prinsip yang diterima adalah hak ummat Muslim memilih atau mengundi pemimpin mereka, maka bagaimana para sahabat Rasul yang utama dan Aisyah, janda baginda Rasul meminta Umar supaya melantik penggantinya sendiri? Tidakkah mereka tahu bahawa pemimpin hendaklah dipilih oleh ummat? Tetapi Umar, seharusnya menolak atau membenarkan hak ummat ini, sebaliknya dia telah berkata bahawa jika dia melantik seseorang sebagai khalifah, dia telah mencontohi perbuatan Abu Bakar; dan jika dia tidak lakukan, maka dia telah mencontohi perbuatan Rasul sendiri. Bagaimanapun sebagai amalan, dia tidak mengikuti Abu Bakar mahupun Rasul. Dia menamakan enam orang sebagai lembaga ahli pemilih, dan menjadikan mereka bertanggungjawab

323

Page 63: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

untuk melantik khalifah dari di antara mereka, dengan tidak menhiraukan apa juga pendapat dan kehendak ummat Muslim.

Benar Umar tidak menamakan sesiapa sebagai penggantinya tetapi lembaga pemilihnya yang menamakan, sesungguhnya sesuatu yang licik telah terancang juga. Dengan ini perlembagaannya telah menjaminkan seseorang dari pilihan Umar juga yang berjaya. Arahannya yang pertama adalah orang yang mendapat undi terbanyak akan menjadi khalifah. Tidak ada cara bagi Ali untuk mendapatkan undi majoriti. Abdur Rahman bin Auf adalah suami kepada adik tiri Uthman. (Wanita ini adalah anak perempuan ibu Uthman dengan suaminya yang nombor dua). Saad bin Abi Waqqas adalah sepupu kepada Abdur Rahman, dan di bawah pengaruhnya. "Perpaduan kaum" atau "Taat kepada kaum" adalah semangat yang tebal di kalangan Arab. Talha dari kaum Abu Bakar, dan telah berkahwin dengan seorang dari anak perempuannya [kakak Aisyah]. Dari itu tidak dapat difikirkan ada di antara mereka yang akan mengundi Ali. Dari itu Ali bolehlah menolak empat undi walaupun sebelum bermulanya pengundian. Apa yang boleh beliau lakukan adalah mengharap untuk mendapat undi Zubayr. Walau bagaimanapun, Abdur Rahman bin Auf telah dilantik sebagai “pelantik-raja [king-maker], mempunyai undian muktamad. Sebagai orang yang dipercayai Umar, telah pasti bahawa dia akan memberikan undi dan sokongannya kepada pilihan Umar, dan juga abang kepada isterinya sendiri, Uthman.

Sekarang yang manoriti ada dua pilihan, bersetuju dengan pilihan “pelantik-raja” dan mengakui Uthman sebagai khalifah atau menerima hukuman mati itu sendiri!

Hudhaifa, seorang sahabat, melaporkan bahawa sebelum berlakunya percubaan untuk membunuh beliau, beberapa sahabat telah bertanya kepada Umar siapa yang akan menggantikannya, dan dia memberitahu mereka, Uthman. (Kanz-ul-Ummatl and Tarikh-Ahmedi).

Pengarang buku Riyadh-un-Nadhra menulis perkara yang sama seperti berikut:

"Di dalam musim haji seseorang bertanya kepada Umar siapakah yang akan menjadi khalifah Muslim selepas dirinya, dan dia menjawab, Uthman bin Affan."

Tidak ada apa yang Umar hajatkan selain dari melantik Uthman sebagai penggantinya, untuk sebab-sebab yang diketahui oleh dirinya sendiri, dia tidak hendak melakukannya secara terbuka. Pada masa yang sama, dia tidak membenarkan Muslim untuk menggunakan kebebasan mereka di dalam perkara pemilihan khalifah. Jika membiarkan kepada kebebasan Muslim mungkin mereka tidak akan melantik pilihan dirinya, dan dia mengetahui perkara ini. Cara yang baru ini, dengan cara yang begitu canggih akan mempastikan perlantikan Uthman sebagai khalifah.

Umar telah mengumpulkan Lembaga Pemilihan hanya untuk menghancurkan mereka!

Mungkin terlebih baik untuk ummat jika Umar telah melantik Uthman dengan cara terbuka sebagai penggantinya, dari berselindung dibalik lembaga pemilih untuk sebab ini. Perlantikan terus dan terbuka mungkin boleh mengelakkan dari peperangan saudara dalam Islam. Ahli lembaga, pilihan Umar telah terbukti menjadi penyebab pada peperangan Basra, Siffin dan Nehrwan. Dia berjaya mencapai tujuannya tetapi dengan hancurnya perpaduan Islam di masa mendatang.

Abdullah ibn Abbas ibn Abdul-Muttalib adalah sepupu kepada Muhammad Mustafa dan Ali ibn Abi Talib. Apabila beliau mendengar Umar telah memberikan kuasa yang khusus kepada Abdur Rahman bin Auf di dalam panel pemillih, dia berkata kepada Ali:

324

Page 64: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

"Khalifah telah hilang dari kita sekali lagi. Orang ini (Umar) mahukan Uthman menjadi khalifah yang baru. Saya tahu mereka akan mengeluarkan khalifah dari rumah Muhammad."

Ali membuat komen yang berikut:

"Saya bersetuju dengan apa yang kamu katakan. Saya tidak mengharapkan apa-apa dalam perkara ini. Bagaimana pun saya akan hadiri perjumpaan ini, dan Muslim dapat melihat dengan mata mereka sendiri pertentangan di antara kata-kata Umar dengan amalannya. Dengan meletakkan nama saya di dalam lembaga pemilihan, dia telah sekurang-kurangnya mengiktiraf hak saya untuk menjadi khalifah, sedangkan di masa lalu, dia berkeliling di merata tempat melaungkan bahawa kerasulan dan khalifah tidak boleh di satukan di dalam satu rumah."

Bagaimana Abdullah ibn Abbas boleh tahu bahawa Umar mahukan Uthman menjadi khalifah? Seperti yang dinyatakan terdahulu, adalah jelas dari perlembagaan lembaga pemilihan itu sendiri. Dengan sekali pandang kepada rujukan arahannya telah mencukupi untuk seseorang menentukan keputusannya dari pra syarat tersebut. Rujukan kepada arahan, dengan jelas dan tidak dinafikan telah menyatakan bahawa hadiah itu adalah milih Uthman dan kaum Bani Umayyah. Dari itu selepas perlantikan oleh Umar terhadap lembaga pemilih, jika Ali masih lagi punya minat untuk kedudukan itu, tinggal hanya sekadar impian sahaja, sebagaimana beliau sendiri telah katakan sendiri, penglibatannya di dalam perjumpaan tersebut tidak dapat membuahkan apa-apa selain dari menunjukkan pertentangan kata-kata Umar di dalamnya.

Kini adalah era demokrasi. Manusia memilih pemimpin mereka. Pengundian dijalankan dari yang terendah sehingga yang paling tinggi dari kehidupan manusia; dari pengerusi jawatankuasa sekolah sehinggalah kepada ketua negara dan kerajaan termasuklah dari semua yang melata dari warga negara. Tetapi tidak pernah berlaku, bahawa calon yang bertanding untuk kedudukan tersebut dan kalah dalam pengundian, telah dihukum mati. Calon yang kalah menjadi ketua pembangkang, dan dengan adanya pembangkang yang sihat adalah perlu bagi demokrasi itu sendiri. Jika pembangkang dihapuskan, itu bukanlah lagi demokrasi, dan negara menjadi diktator.

Umar telah mengarahkan pembunuhan terhadap minoriti dari lembaga pemilih, ini tidak ada taranya di dalam sejarah manusia. Dia mengarahkan pembunuhan terhadap semua sahabat Muhammad Mustafa, yang dilantiknya sendiri menjadi calon untuk kedudukan khalifah, dan mendapat undi yang kurang dari penentangnya, walaupun dia tahu itu adalah hak mereka untuk memberi atau menahan undi mereka. Dalam lain perkataan adalah menjadi kesalahan untuk mendapat undi yang kurang dari penentang dan hukumnya adalah mati! Ini adalah keputusan dari seorang yang dahulunya mengatakan bahawa “Kitab Allah mencukupi untuk kita." Adakah dia benar-benar percaya dengan apa yang dia katakan? Adakah dia membaca Kitab Allah itu? Adakah dia dapat arahan dari bahagian Kitab itu yang mengarahnya untuk membunuh calon untuk kedudukan tertentu kerana dia mendapat undi minoriti dari penentangnya?

Di sini hendaklah juga diperjelaskan bahawa tidak ada dari keenam Muhajirin itu yang telah meminta kepada Umar untuk menjadi ahli lembaga jawatankuasa. Tidakkah memilih mereka adalah pilihan Umar sendiri. Dia kemudian mengarahkan mereka melakukan tugas memilih khalifah dengan syarat bahawa jika sesiapa yang menentang majoriti akan kehilangan nyawanya.

Umar telah menggunakan kuasa penuhnya dengan mengenepikan hak Muslim.

325

Page 65: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Untuk berabad lamanya, Sunni Muslim telah melaungkan apa yang mereka kata "keadilan Umar." Adakah arahannya untuk membunuh ahli atau ahli dari lembaga pemilih yang mendapat undian minoriti satu sampel dari “keadilan” tersebut? Inilah dia sampel keadilan yang mereka tegakkan kepada ummat di dunia ini?

Umar mati pada hari sabtu terakhir bulan Zil-Hajj dalam tahun 23 H. (644 M.), dan dia telah di kebumikan di sebelah Rasul dan Abu Bakar.

Ahli Komitti Lembaga Pemilihan

Umar, di ranjang kematiannya telah melantik enam Muhajirin sebagai ahli panel yang akan memilih di antara mereka seorang khalifah kepada Ummat Muslim. Mereka adalah Ali ibn Abi Talib, Uthman, Talha, Zubayr, Abdur Rahman bin Auf dan Saad bin Abi Waqqas. Selain Ali, ahli yang lain semuanya adalah kapitalis atau lebih sesuai kapitalis-baru. Apabila mereka datang dari Makkah, mereka tidak punyai wang dan tempat tinggal tetapi dalam masa 12 tahun iaitu dari wafatnya Muhammad Mustafa dalam tahun 632 M. sehingga matinya Umar dalam tahun 644 M., setiap seorang mereka, melainkan Ali, telah menjadi kaya seperti maharaja. Di antara dua tarikh ini mereka telah mendapat kumpulkan harta yang banyak, dan telah menjadi di antara orang yang terkaya di zaman itu.

Ali tidak layak untuk menjadi ahli "club" ekslusif ini, tetapi Umar telah menerimanya juga. Selain daripada fakta bahawa Ali mencari sara hidup sebagai seorang petani sedangkan lima yang lain hidup dari hasil ladang dan hartanah mereka, terdapat satu lagi perbezaan yang besar di antara Ali dengan mereka, di dalam karektor, keperibadian, perwatakan, atitiut, filosofi terhadap kehidupan semuanya di antara bumi dengan langit di antara mereka.

Telah diperkatakan dari rangkap yang mashur oleh Keats: “Kecantikan itu kebenaran dan benar itu kecantikan,” boleh diubah kepada “Kuasa ekonomi menguasai kuasa politik dan kuasa politik menguasai kuasa ekonomi," Kuasa ekonomi dan kuasa politik saling berganding. Karl Marx berkata: "Apabila kelas sosial mempunyai kuasa ekonomi, ianya juga mempunyai kuasa politik dan kuasa sosial." Dan George Wald, professor Biologi di Universiti Harvard, berkata di dalam ucapannya di Tokyo dalam tahun 1974: "Kekayaan peribadi dan kuasa politik peribadi saling bergandingan."

Tidak dipertikaikan bahawa kuasa ekonomi adalah papan lonjak untuk kuasa politik. Telah terdapat corak yang sama selaras di sepanjang sejarah. President Ibrahim Lincoln telah mengistilahkan demokrasi sebagai kerajaan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

Di dalam pemilihan presiden Amerika dalam tahun 1984 apabila President Ronald Reagan telah dilantik semula, orang Russia berkata:

"Kerajaan Amerika Syarikat adalah dari jutawan, oleh jutawan dan untuk jutawan." Kesemua ahli lembaga pemilih Umar adalah jutawan, melainkan Ali ibn Abi Talib! Berikut adalah potrait yang ditinggalkan oleh ahli sejarah terhadap ahli Jawatankuasa Lembaga Pemilihan yang dilantik Umar:

D. S. Margoliouth: Uthman, anak lelaki Affan, enam tahun lebih muda dari Rasul, seorang saudagar kain, dia juga menjalankan perniagaan sebagai peminjam wang, mendahulukan wang untuk sesuatu perusahaan yang mana dia menikmati setengah dari keuntungannya (Ibn Sa'd, iii, 111), dan dalam perkara kewangan telah menunjukkan kepintarannya (Wakidi W. 231). Saudara perempuannya juga seorang peniaga, berkahwin dengan tukang gunting (Isabah, i. 714). Dia bukannya seorang wira, seperti mana yang sejarah telah buktikan,

326

Page 66: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

tidak mendaftar diri dalam peperangan, telah melarikan diri dari peperangan yang satu lagi dan akhirnya terbunuh seperti seorang paderi, ketika sedang membaca Quran."

Ibn Sa'd berkata di dalam bukunya Tabqaat mengenai Uthman: "Apabila dia mati, dia telah meninggalkan 35 juta dirham, 150,000 dinar, 3000 unta, dan juga kuda yang banyak. Dia telah mendirikan sebuah istana untuk dirinya di Madinah dari marmar dan kayu jati. Dia mempunyai 1 000 orang hamba." (Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)

E. A. Belyaev: Di masa remajanya, sebelum bangkitnya Islam, Uthman telah menjadi kaya raya dengan faedah dari pinjaman wang. Kebolehan Uthman di dalam menghakmilikan dan juga perniagaannya telah berkembang pesat ketika dia menjadi khalifah. Dia dirikan rumahnya dari batu dengan pintunya dari kayu yang mahal dan memiliki hartanah yang banyak dalam kota Madinah, termasuk perladangan dan juga punca air. Dia mempunyai pendapatan yang besar dari ladang buah-buahannya di Wadi-ul-Qura, Hunain dan di tempat-tempat lain, dinilaikan pada 100,000 dinar, selain dari gembalaan kuda dan unta diladang tersebut. Di hari Uthman mati harta peribadinya di dapati berjumlah 150,000 dinar dan sejuta dirham.

Menggandakan kekayaannya dari perbendaharaan Muslim, Uthman juga memberikan kebebasan kepada sebahagian dari sahabat Muhammad untuk menggunakannya, di dalam percubaan untuk memperbolehkan amalannya yang salah, dengan bersama mereka yang veteran dan yang berpengaruh di dalam Islam pada mengumpulkan harta. Para sahabat ini menyanjung khalifah Uthman terhadap kemurahan hati dan kebajikannya, semuanya untuk kepentingan diri sendiri.

Zubayr ibn al-Awwam, sebagai contoh, seorang yang ternama di antara mereka, mempunyai rumah-rumah di Kufa, Basra, Fustat dan Alexandria. Harta dia dianggarkan 50,000 dinar, sebagai tambahan kepada 1000 kuda dan 1000 orang hamba.

Seorang lagi sahabat Talha ibn Ubaidullah, membina sebuah rumah yang besar di Kufa dan mempunyai ladang di Iraq yang mengeluarkan hasil 1000 dinar sehari; dia juga mempunyai rumah yang didirikan daripada batu dan kayu yang mahal di Madinah.

Abd-ar-Rahman ibn Auf, juga seorang sahabat yang terkenal, mempunyai tempat kediaman yang besar; kandang kudanya mempunyai 100 ekor kuda dan ladangnya mempunyai 1000 unta dan 10000 kambing, dan satu perempat warisan yang ditinggalkan setelah dia mati berjumlah 84000 dinar.

Begitulah kekayaan telah tersebar di kalangan para sahabat Rasul dan juga keluarga Uthman. (Arabs, Islam and the Arab Caliphate in the Early Middle Ages, New York, 1969)

Bernard Lewis: Sa'd ibn Abi Waqqas membina sebuah rumah di Al-Aqiq. Dia membina rumahnya tinggi dan luas, dan mempunyai anjung dibahagian atasnya. Sa'id ibn al-Musayyib berkata bahawa apabila Zayd ibn Thabit mati, dia meninggalkan ketulan emas dan perak yang telah dipecahkan dengan kapak, sebagai tambahan kepada hartanah dan ladang yang bernilai 100 000 dinar. (Islam in History, New York, 1973)

Dr. Taha Husain dari Mesir menulis di dalam bukunya, al-Fitna-tul-Kubra (The Great Upheaval), diterbitkan oleh Dar-ul-Ma'arif, Cairo, 1959, ms. 47:

327

Page 67: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

"Apabila Uthman menjadi khalifah, dia tidak melepaskan larangan yang dibuat oleh Umar kepada para sahabat, untuk pergi ke tempat lain, tetapi dia juga memberikan kepada mereka hadiah kekayaan dari perbendaharaan awam. Dia berikan kepada Zubayr 600,000 dirham dalam satu hari, dan dia memberikan kepada Talha 100,000 dirham dalam satu hari untuk membolehkan mereka membeli tanah, harta dan hamba di dalam negeri lain."

Abdur Rahman bin Auf adalah dari lingkungan dalaman sahabat Uthman. Mengenai dirinya Sir William Muir menulis: "Abd al-Rahman, ditahun kebelakangan ini, mula membelanja dengan mewah di dalam pelbagai makan yang banyak dan terbaik, ini akan membuat seseorang menangis apabila melihat mejanya yang penuh dengan makanan dan terus memikirkan betapa Rasul terpaksa mengikat perut." (The Life of Mohammed, London 1877)

Kecintaan Abdur Rahman terhadap ketuanya, Muhammad, begitu mendalam. Para isteri dan gundeknya telah menyediakan berbagai makanan sehingga penuh meja untuk dirinya. Apabila duduk hendak makan, dia akan terkenang masa silam bersama Rasul Allah. Dia benar-benar merasa kehilangan baginda dan kehilangan zaman tersebut, maka mengalirlah air matanya; dan kemudian dia akan makan makanan tersebut sehingga kenyang.

Sir William Muir merumuskan pendapatnya mengenai para sahabat Rasul seperti berikut:

"Di dalam mengejar cita-cita para sahabat, pengikut yang pertama kepada Muhammad, telah memaparkan beberapa perkara yang amat jelas tergambar terhadap menjiwai Islam seperti, yang pertama ramainya isteri-isteri dan gundek mereka dan kemudahan untuk mereka bercerai, dan kemudian kekayaan yang mereka telah kumpulkan, perbezaan yang jelas dengan keadaan pada permulaannya kristian." (The Life of Mohammed, London, 1877)

Sir William Muir telah tidak berlaku adil, pertama dengan merangkumkan semua para sahabat sekali, sedangkan mereka terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama adalah di pihak mereka yang majoriti, kumpulan inilah yang dengan jelas telah dihuraikan oleh buku sejarah Sir Willian Muir, tetapi terdapat juga kumpulan yang lain walaupun bilangan mereka kecil, kategori inilah yang telah diabaikan oleh pengarang.

Keduanya, Sir William Muir telah mengaitkan kecintaan nafsu ke duniaan para sahabat tersebut kepada kejiwaan Islam, ini ketidakadilan yang lebih besar lagi. Ketamakan para sahabat atau ketamakan kebanyakan dari para sahabat Rasul sebenarnya telah mengambarkan yang bertentangan dengan kejiwaan Islam. Tamak kepada harta dunia adalah bukan dari Islam. Qur'an telah menolak mereka yang mengumpulkan emas dan perak.

Jika sesiapa hendak melihat jiwa Islam yang sebenar, dia akan dapati bukan dari kebanyakan para sahabat Rasul yang kaya raya dikota Madinah, tetapi di dalam kehidupan, karektor dan amalan para sahabat Rasul Allah yang sebenar seperti Ali ibn Abi Talib, Salman al-Farsi, Abu Dharr al-Ghiffari, Ammar ibn Yasir, Uwais Qarni dan Bilal. Para orientalis ini akan pasti merubah pendapat mereka terhadap jiwa Islam, jika mereka mengkaji dan meliti cara hidup dan amalan para sahabat yang ikhlas ini.

Hendaklah diperjelaskan di sini bahawa semua ahli lembaga pemilih adalah dari Makkah. Tidak ada orang Madinah di antara mereka. Umar dengan sengaja telah mengeluarkan mereka. Apabila dia sedang menjelaskan kepada ahli jawatankuasa apa yang perlu mereka lakukan, dia berkata kepada mereka sebagai "Wahai kumpulan Muhajirin." Dia memberitahu mereka bahawa khalifah hendaklah seorang dari mereka, dan bahawa orang Madinah tidak mempunyai

328

Page 68: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bahagian di dalam khalifah. Sebahagian sahabat menekan supaya Umar melantik penggantinya sendiri. Dia telah menyebutkan beberapa nama orang yang telah mati, dan dia berkata bahawa jika ada di antaranya yang hidup pasti dia akan melantik orang itu sebagai penggantinya. Dr. Taha Husain: "Rasul Islam telah wafat, bukannya beberapa hari tetapi beberapa jam apabila Islam telah berdepan dengan krisisnya pertama, di dalam perkara penggantian. Ansar telah berkata kepada Muhajirin: ‘Satu ketua dari kami dan satu ketua dari kamu.' Tetapi Abu Bakar tidak bersetuju dengan cadangan itu dan dia menyebutkan tradisi dari Rasul: ‘Pemerintah hendaklah dari Quraish.' Kemudian dia berkata kepada Ansar: ‘Kami adalah pemerintah dan kamu adalah menteri kami.' Ansar telah menerima susunan ini (dengan pengecualian Saad ibn Ubada).

Beginilah ‘aristokrasi' Islam telah dilahirkan. Hak untuk memerintah terletak pada suku kaum Muhammad. Segala penguasaan adalah di dalam gengaman Quraish. Ansar adalah penasihat. Setiap Muslim mempunyai hak untuk memberikan nasihat. Quraish yang memerintah dan Muslim lainnya hanya memberi nasihat bukannya memerintah.

Apabila Umar akan mati, dia telah ditanyakan mengenai penggantinya, dan dia berkata: ‘Jika Abu Ubaida bin al-Jarrah masih hidup, saya akan melantiknya menjadi khalifah. Jika Khalid bin al-Walid masih hidup, saya akan melantiknya sebagai amir bagi Muslim. Dan jika Salim, hamba Abu Hudhaifa yang dimerdekakan, masih hidup kini, pasti saya akan namakannya sebagai pemerintah kamu.' Salim adalah seorang hamba yang datang dari Istakhar di Persia. Dia telah dibebaskan, dan menjadi seorang ‘mawali' (orang suruhan) Abu Hudhaifa. Dia amat terkenal dengan ketaqwaannya. Ramai Muslim yang merujuk kepadanya mengenai agama walaupun di masa hidupnya Rasul. Adakalanya dia memimpin Muslim di dalam solat. Dia telah terbunuh di dalam peperangan Ridda semasa khalifah Abu Bakar. Dia seorang yang wara’ dan takut kepada Tuhan." (al-Fitna-tul-Kubra {The Great Upheaval}, diterbitkan oleh Dar-ul-Ma'arif, Cairo, 1959).

Amat malang bagi ummat Islam bahawa Salim telah mati jika tidak Umar telah melantik dia sebagai pengganti khalifah, dan dia mungkin menjadi khalifah yang bagus. Walaubagaimanapun, Umar telah membatalkan "tradisi" Rasul yang telah disampaikan oleh Abu Bakar yang disebutkan di hadapan Ansar di Saqifa, menurut hadith itu tiada siapa melainkan Quraish sahaja yang boleh menjadi pemerintah. Di sini Umar seorang ulama teragung bagi Sunni, telah bersedia dan senang hati untuk melantik Salim sebagai khalifah baru Muslim, dirinya [Salim]:

(a) yang bukan Quraishi (b) yang bukan Arab (c) yang bukan manusia merdeka, seorang yang telah dibebaskan oleh Arab, dan di bawah perlindungannya.

Umar "telah membuktikan" ketika di ranjang kematian bahawa "tradisi" mengenai "pertalian Quraish" yang mana dituntut oleh Muhajirin sebagai yang terulung dari Ansar di Saqifa adalah dusta, dan dia juga "membuktikan" bahawa untuk menjadi khalifah Muslim, tidak perlulah dari Bani Quraish.

Umar boleh mempertimbangkan bekas hamba yang tidak terkenal, selain dari kuatnya bertaqwa, kepada kedudukan yang tertinggi di dalam Islam, tetapi tidak boleh mempertimbangkan Ansar untuk kedudukan itu, walaupun mereka telah membuktikan kebolehan mereka di dalam peperangan dan juga di masa aman. Ansar bagi dirinya tidak layak untuk mengisi kekosongan yang terendah sekali. Di dalam bukunya, Al-Faruq, M. Shibli, ahli sejarah India, telah menyenaraikan nama-nama pegawai tentera dan juga awam ketika khalifah Umar. Hanya dengan pengecualian seorang (Uthman bin Hunaif), ke seluruhan senarai telah dipenuhi

329

Page 69: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

oleh nama-nama mereka yang terkenal benci kepada Ali, Bani Hashim, dan juga kepada Ansar.

Orang Ansar inilah juga di satu ketika telah berikan perlindungan kepada Umar di dalam kota mereka. Mereka telah memberinya makanan, pakaian dan tempat perlindungan ketika dia tidak mempunyai apa-apa. Kini dia telah membayar mereka dengan ini!

Atitiut Umar terhadap Ansar adalah perbezaan dengan atitiut Muhammad, Rasul Allah kepada mereka. Baginda mencintai mereka. Baginda melantik ramai dari mereka sebagai gabenor Madinah, dan menjadikan mereka pemerintah tentera di dalam beberapa ekspedisi. Pada satu peristiwa baginda berkata bahawa baginda akan berada bersama Ansar dari manusia lainnya. Baginda juga menganggap mereka [Ansar] berkelayakan untuk memerintah Muhajirin.

Montgomery Watt: Kenyataan Muhammad mengenai Sa'd bin Mu'adh apabila dia hendak mengadili kes Bani Qurayza, "Berdirilah bersama ketua kamu (Sayyid)," boleh diambil untuk mengatakan pandangan bahawa Ansar adalah layak untuk memerintah Quraish, dan cerita itu telah diputar belitkan ke berbagai cara untuk menghapuskan implikasinya. (Mohammed at Madinah, Oxford, 1966)

Rasul Allah menggelar Sa'd ketua bagi Quraish. Sa'd telah pasti berkelayakan untuk memerintah, dan mengapa tidak? Lagi pun apakah kelayakan yang ada pada Quraish yang tidak ada pada Ansar? Tidak ada apa-apa. Tetapi Ansar telah kehilangan kemampuan untuk memerintah Quraish sebaik sahaja Muhammad, ketua mereka wafat. Semasa khalifah Abu Bakar dan Umar, inilah masanya penolakan terhadap Ansar untuk menjawat apa-apa kedudukan di dalam kerajaan.

Laura Veccia Vaglieri: Ketika dia terbaring akan mati, Umar begitu mengambil berat mengenai penggantian dan dia melantik enam orang ahli jawatankuasa, semuanya Quraish, di mana tanggungjawabnya untuk melantik seorang dari mereka khalifah. Penduduk Madinah tidak lagi punya bahagian di dalam pemilihan kepada ketua negara. (Cambridge History of Islam, Cambridge, 1970)

Penduduk Madinah tidak boleh lagi mengambil bahagian di dalam pemilihan ketua negara, janganlah hendak disebut diri mereka menjadi ketua negara, kini mereka tidak punya bahagian di dalam apa-apa juga. Mereka mungkin telah memberi sedikit nasihat kepada Abu Bakar dan Umar. Di Saqifa, Abu Bakar dan Umar telah memberitahu mereka bahawa mereka akan berunding dengan Ansar di dalam semua perkara.

Hanya sedikit, itu pun jika ada, yang akan mencabar interpretasi umum terhadap fakta yang jelas ini bahawa satu-satunya faktor yang paling utama dan tidak boleh diketepikan langsung di dalam tahun hijrah yang pertama adalah sokongan Ansar, dan kini menjadi faktor yang tidak dipedulikan dalam tahun ke 11 Hijrah.

Ucapan Cassandra oleh Hubab ibn al-Mandhir di dalam perdebatan di Saqifa terbukti nyata. Dia telah menyatakan kekhuatirannya bahawa anak-anak Ansar akan mengemis untuk makanan di pintu-pintu Muhajirin, dan tidak akan dapat apa-apa dari mereka. Malahan bencana yang lebih buruk akan menimpa mereka di masa pemerintahan Yazid bin Muawiyah.

Ansar berperang di dalam semua kempen Abu Bakar dan Umar tetapi sebagai tentera biasa tidak pernah sebagai pemimpin. Kekayaan baru yang melimpah ke Madinah selepas tertawannya Parsi dan jajahan Roman, juga telah melepasi mereka dengan pengecualian bilangan yang sedikit, yang telah menyokong kerajaan Saqifa. Di antaranya adalah pengintip dari Aus, yang telah membocorkan tindakan Khazraj kepada Umar dan Abu Bakar. Yang lainnya adalah Muhammad

330

Page 70: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bin Maslama, Bashir bin Saad, dan Zayd bin Thabit. Mereka telah menunjukkan kesungguhan ketika memberikan bai’ah kepada Abu Bakar di Saqifa.

Zayd bin Thabit begitu fanatik kepada Uthman, dan atas sebab ini dia telah diberikan hadiah yang banyak dari perbendaharaan awam. Dia adalah dari keluarga yang miskin tetapi semasa pemerintahan Uthman telah menjadi di antara orang yang paling kaya di Madinah.

Dua pegawai perbendaharaan awam di Madinah dan di Kufa telah dilantik oleh Abu Bakar, telah membalingkan kunci perbendaharaan di bawah kawalan mereka kepada Uthman, sebagai protes terhada[p penyalahgunaan harta perbendaharaan awam oleh dirinya dan juga gabenornya. Uthman berikan kedua-dua kunci kepada Zayd bin Thabit.

Zayd bin Thabit adalah pengerusi jawatankuasa yang dilantik Uthman untuk mengumpulkan ayat-ayat Qur’an, dan menerbitkannya di dalam satu jilid.

Zayd bin Thabit adalah seorang dari sebilangan kecil Ansar yang berkongsi kekayaan ketika pemerintahan Umar dan Uthman. Dia juga seorang dari sebilangan kecil Ansar yang tidak mengambil bahagian di dalam kempen Ali di Basra, Siffin dan Nehrwan. Kebanyakan Ansar berperang di pihak Ali menentang musuhnya di dalam peperangan ini.

Rumusan yang berikut boleh dibuat dari penyusunan Umar untuk mencari khalifah:

1. Tidak perlu bagi khalifah Muslim dari Bani Quraish. Walaupun hamba yang dibebaskan, boleh menjadi khalifah mereka. Hadith bahawa ketua hendaklah dari Bani Quraish, telah diadakan dan dikatakan dari Rasul pada peristiwa dan tujuan tertentu; itu telah berjaya digunakan di Saqifa, dan telah menewaskan Ansar.

2. Khalifah yang memerintah boleh menghadkan hak dan kuasa untuk memilih khalifah yang baru kepada lima atau enam orang tanpa merujuk kepada ummat Muslim. Ummat boleh sahaja diketepikan.

3. Di dalam jawatankuasa pemilihan, jika seseorang membantah dengan pihak majoriti, hukumnya adalah mati, walaupun jika dia seorang dari sahabat Rasul Allah; walaupun jika dia berperang di peperangan Badr, dan walaupun dia seorang dari yang memberikan bai’ah di bawah pokok. Tidak ada apa yang boleh menyelamatkannya.

4. Muslim ummat boleh ditinggalkan tanpa ketua untuk tiga hari. Tidaklah perlu untuk melantik khalifah yang baru sejurus sahaja khalifah yang memerintah mati. Khalifah telah dipilih sejurus sahaja wafatnya baginda, tetapi sebelum dikebumikan Muhammad Mustafa, dengan alasan bahawa ummat Muslim tidak boleh ditinggalkan tidak mempunyai ketua walaupun seketika. Umar telah menunjukkan contoh yang baru iaitu kelonggaran di dalam melaksanakan “prinsip” politik

5. Segala kelemahan yang Umar dapati dari karektor ahli lembaga pemilih, seperti tamak, pemarah, sombong, bongkak, mimihak kepada keluarga sendiri dan bercita-cita dsb bukanlah kelayakan bagi khalifah. Tetapi bagi Umar orang yang begini masih boleh menjadi khalifah kepada Muslim. Khalifah tidak semestinya orang yang mempunyai karektor yang terpuji.

Penilaian Muawiyah terhadap Lembaga Pemilihan Umar

Ibn Abd Rabbeh menulis di dalam bukunya yeng terkenal, Iqd-ul-Farid (The Unique Necklace), jilid II, ms 203, bahawa beberapa tahun setelah Muawiyah

331

Page 71: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

memperkukuhkan kedudukannya sebagai khalifah Muslim, satu hari dia bertanya kepada seorang dari pengiringnya soalan yang berikut ini:

Muawiyah: Kamu seorang yang bijak, pandai dan berpengetahuan. Saya hendak tahu pendapat kamu, yang sebenarnya, apakah yang menyebabkan peperangan saudara di antara Muslim.

Pengiring: Pembunuhan terhadap Uthman. Muawiyah: Tidak.

Pengiring: Naiknya Ali kepada kedudukan khalifah.

Muawiyah: Tidak

Pengiring: Dari itu saya meminta Amirul mukminin untuk memperjelaskan kepada saya perkara yang berkaitan ini.

Muawiyah: Biarlah saya beritahu kepada kamu, punca peperangan saudara Muslim yang sebenarnya. Segala pertentangan dan perang saudara Muslim berpunca dari lembaga pemilihan yang Umar lantik untuk memilih khalifah.

Benar Muawiyah. Benih perang saudara telah ditanamkan apabila Umar melantik lembaga pemilih. Selain dari satu calon untuk khalifah, dia jadikan enam calon. Jika keputusannya untuk melantik pengganti adalah secara terang seperti Abu Bakar, mungkin Islam dapat diselamatkan dari perpecahan perang saudara ketika ianya masih muda lagi. Muslim yang berperang dan saling membunuh di dalam perang saudara ini bukan dari generasi yang akan datang malah dari generasi Rasul sendiri. [Generasi islam yang terbaik ed.]

Perang saudara telah tercetus di dalam Islam ketika idealisma itu masih baru lagi. Tetapi sistem perlantikan yang digubal oleh Umar telah menyebabkan konfrantasi, dan telah terus memecahkan Islam. Polisi dia tidak menghasilkan apa-apa, dan cara dia memberikan Muslim ketua adalah satu bencana malapetaka yang terbesar di dalam sejarah Islam.

Umar dan Muhammad Mustafa, Rasul Allah

Umar telah menerima Islam pada penghujung tahun ke 6 pengistiharan misi baginda. Tujuh tahun kemudian dia berhijrah bersama Muslim lain ke Madinah. Di Madinah Muhajirin memulakan penghidupan baru.

Di Madinah, terdapat ketika apabila Umar terpaksa mengingatkan Muhammad bahawa di dalam dirinya (Umar), baginda (Muhammad) terpaksa berurus dengan seorang yang mempunyai semangat keberanian yang tinggi. Jika dia tidak bersetuju dengan baginda Rasul, dia tidak teragak-agak menyatakan tidak puas hatinya. Dari itu, di kalangan semua para sahabat hanya dia sahaja yang mempunyai keberanian untuk menunjukkan penentangan dan biadapnya kepada Rasul, di Hudaybiyya apabila Muhammad menandatangani perjanjian kedamaian dengan Quraish.

Terdapat peristiwa yang lain apabila Umar mendapati tugasnya yang tidak menyenangkan ini untuk memperbetulkan kesalahan Muhammad, Rasul Allah. Berikut adalah sebahagian peristiwa yang mana Umar mengkritik tindakan Muhammad, Pesuruh Allah.

Apabila Abdullah bin Ubayy mati, Rasul menghadiri upacara kematiannya, dan berdoa kepada Tuhan untuk mengampunkannya dan mencurahkan rahmat ke

332

Page 72: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

atas ruhnya. Umar cuba menghalang Rasul dari melakukan itu semua dengan menunjukkan bahawa Ibn Ubayy adalah seorang Munafiq (hipokrit).

Adalah benar bahawa Abdullah bin Ubayy seorang yang munafik. Tetapi kemunafikkannya bukan lagi satu rahsia dari sesiapa penduduk Madinah. Semua orang tahu dia seorang munafik. Pada petang sebelum peperangan Uhud, dia telah menarik balik kontigennya seramai 300 tentera dari peperangan dengan alasan bahawa Muslim tidak menerima pelan peperangannya.

Di dalam peperangan itu, Muslim telah dikalahkan. Tetapi mereka dikalahkan bukan kerana penarikan diri Ibn Ubayy tetapi kerana perasaan tamak dan tidak berdisiplin mereka. Penarikan tentera Ibn Ubayy tidak memberi kesan terhadap keputusan peperangan itu sama sekali.

Oleh kerana Ibn Ubayy memainkan peranan yang penting dalam krisis, Muslim telah sentiasa berjaga-jaga kepada apa yang dia mungkin lakukan. Dia tidak dapat memerangkap Muslim lagi. Dia telah dikenali sebagai munafik secara terang-terangan.

Jauh lebih merbahaya kepada Islam adalah munafik yang tersembunyi dari penglihatan orang Muslim. Yang beriman menganggap mereka Muslim yang ikhlas dan mempercayai mereka. Kepercayaan Muslim kepada mereka telah menjadikan masyarakat Muslim dan negara Madinah lebih terdedah kepada sabotaj dari dalaman. Al-Qur’an al-Majid adalah saksi terhadap kehadiran mereka di Madinah dengan jumlah yang banyak, dan hipokrit ini, telah diperingatkan kepada Muslim berulang kali. Mereka inilah, hipokrit yang tersembunyi dan bukan Abdullah ibn Ubayy dan penyokongnya, yang menjadi punca utama bahaya terhadap keselamatan Islam.

Anak lelaki Abdullah ibn Ubayy adalah yang beriman. Dia bersedia membunuh bapanya, tetapi Muhammad pembawa keamanan tidak mengizinkannya. Dan apabila Ibn Ubayy mati, baginda (Muhammad) mengampunkan semua kesalahannya, kebanyakannya telah diketahui baginda disebabkan dari kekecewaan peribadi. Sebelum tibanya Rasul ke Madinah dari Makkah, dia (Ibn Ubayy) telah berhasrat untuk menjadi raja di Madinah.

Untuk mengampun dan memaafkan adalah karektor Muhammad yang mulia. Terdahulu baginda telah menunjukkan kemaafannya terhadap musyirik Makkah, apabila baginda menawan kota tersebut, dan memberikan pengampunan kepada mereka semua. Dari itu, ini semua adalah di dalam karektor baginda; untuk melakukan upacara pengkebumian terhadap Ibn Ubayy, untuk melihat bahawa dia diberikan pengkebumian yang sempurna, untuk mendoakan ruhnya dan mengucapkan takziah kepada anaknya, dengan menolak bantahan dari Umar.

Dalam penghujung 630 M., Muhammad, Rasul Allah, telah kehilangan, anaknya, Ibrahim, dari isterinya Maria, kristian Mesir, apabila dia berusia 11 bulan [sebahagian mengatakan 16 bulan]. Muhammad amat sayang kepadanya. Baginda merasa amat berdukacita di atas pemergiannya, dan tidak dapat menahan air matanya. Umar bertindak sendiri dengan mengingatkan baginda Rasul, betapa tidak wajarnya untuk mengalirkan air mata di atas kematian anaknya.

Jika Umar benar di dalam perbuatannya menghalang Rasul Allah dari mengucapkan takziah kepada keluarga Abdullah ibn Ubayy yang sedang berduka, dan mendoakan rahmat Allah ke atas ruhnya, atau Umar juga benar di dalam menghalang baginda Rasul meratapi pemergian anaknya, dari itu bolehlah kita katakan bahawa Islam adalah agama yang tidak berperikemanusiaan; yang telah menafikan Muslim haknya untuk memaafkan musuh, dan menghalang mereka dari menunjukkan perasaan kemasyarakatan seperti simpati dan turut berduka.

333

Page 73: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tetapi itu bukannya dari Islam. Islam bukannya tidak bertimbang rasa. Yang sebenarnya Islamlah yang paling berperikemanusiaan dari semua agama, dan menyuruh penganutnya bermaaf-maafan, berkasih sayang, bermurah hati, bertimbang rasa kepada yang lain dan memerintahkan mereka jangan berdendam. Dendam adalah perasaan jahiliah bukan Islam. Islam juga mengarah Muslim dalam ayat yang berikut di dalam Al-Qur’an al-Majid, untuk membalas kejahatan dengan kebaikan: Dan padamkan kejahatan dengan kebaikan. (Surah 13; ayat 22) Tolak kejahatan dengan apa yang terbaik. (Surah 23: ayat 96)

Tidak mungkin kebaikan itu sama dengan kejahatan. Tolak kejahatan dengan apa yang lebih baik: maka di antara mereka dan kamu yang mempunyai kebencian, menjadi sahabat yang karib. (Surah 41: ayat 34)

Muhammad Mustafa, pengulas Al-Qur’an al-Majid, menunjukkan cara untuk mengamalkan perintah dari langit pada kematian Abdullah ibn Ubayy.

Di dalam musim panas tahun 632 M., Muhammad, Rasul Allah, terbaring di ranjang kematian di dalam rumahnya di Madinah. Hajat baginda terakhir adalah untuk mematuhi perintah dari kitab Allah, menuliskan wasiat dan kenyataannya. Tetapi Umar tidak bersetuju dengan idea ini. Pendapatnya, menulis wasiat bukanlah perkara yang baik untuk dilakukan oleh Rasul Islam. Di Hudaybiyya, Umar telah menentang Rasul, tetapi telah gagal di dalam penentangannya; kali ini dia telah bertekad untuk tidak mahu gagal lagi. Dia menentang Rasul yang sedang hampir wafat, dan kali ini dia berjaya besar di dalam penentangannya. Wasiat yang Rasul hendak tuliskan tidak pernah terlaksana.

Jika Umar benar di dalam percubaan menghalang kebebasan amalan yang dilakukan oleh Muhammad, Rasul Allah, maka itu bererti bahawa Muhammad telah bersalah. Jika Muhammad telah salah maka ini bererti bahawa Al-Qur’an al-Majid juga salah, kerana Qur’an telah mengatakan bahawa:

Tidak dia (Muhammad) mengatakan (sesuatu) dari kehendaknya [sendiri]. Itu tidak lain dari wahyu yang diturunkan kepadanya. (Surah 53; ayat 3 dan 4)

Jika Umar benar, maka Muhammad dan Qur’an salah. Inilah sahaja rumusan yang mana hujah tersebut boleh diputuskan. Kini terpulanglah kepada muslim untuk membuat keputusan jika logik ini menjadi sesuatu yang munasabah dan boleh diterima mereka.

Apabila Muhammad Mustafa wafat dalam tahun 632 M., penggantinya Abu Bakar dan Umar tidak membuang masa terus merampas ladang Fadak dari anak perempuan baginda. Umar seorang yang sangat prihatin, dan mungkin dia telah digerakkan oleh keberanian moralnya untuk “membetulkan” tindakan Muhammad yang “salah” memberikan Ladang Fadak kepada anak perempuannya dalam tahun 628 M.

Umar mempunyai segala maksud dan tujuan ketika melantik dirinya sebagai “penyunting” terhadap perkataan dan amalan Muhammad ketika baginda masih hidup lagi. Maka jika dia menentang arahan Muhammad selepas baginda wafat iaitu arahan terhadap penggantian baginda dan juga ladang Fadak, tidak ada apa yang aneh mengenainya. Jika dia mempunyai sebarang keraguan di dalam perkara ini, segalanya telah terhapus sebaik sahaja baginda Rasul wafat.

Muhammad, Rasul Allah telah menyatakan hajatnya ketika di ranjang kematian untuk menulis wasiatnya seperti dinyatakan dahulu, Umar telah memperkecilkan baginda dengan melaungkan bahawa Kitab Allah telah mencukupi bagi ummat Muslim, dan tidak diperlukan sebarang penulisan dari baginda.

334

Page 74: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Umar, sesungguhnya percaya dengan apa yang dia katakan iaitu wasiat atau apa sahaja penulisan dari Rasul adalah melampau oleh kerana Qur’an mempunyai segala jawapan kepada semua soalan. Dan jika masih ada lagi keraguan di dalam fikiran sesiapa, dia telah menghapuskannya ketika dia menjadi khalifah.

Muhammad terus hidup di dalam hati para sahabat. Setelah wafatnya baginda, mereka berhasrat untuk menuliskan segala ingatan terhadap hidup baginda. Ingatan ini ada dua jenis, perkataan dan amalan baginda. Kedua ini menjadi sunnah baginda. Apa sahaja yang baginda katakan telah disebutkan semula oleh sahabat dan dipanggil hadith atau tradisi.

Tetapi Umar tidak mahu para sahabat mengekalkan sebarang ingatan terhadap perkataan dan amalan Rasul. Dia mempunyai banyak bantahan terhadap penggunaannya, kepada ummat Muslim. Dari itu dia telah menghalang para sahabat untuk menyebutkan kata-kata Rasul di dalam ucapan mereka atau pun penulisan. Dalam lain perkataan, dia telah mengharamkan hadith Rasul.

Berikut adalah kenyataan dari dua ahli sejarah Sunni moden terhadap pengharaman Umar kepada Hadith:

Muhammad Husayn Haykal: Umar ibn al-Khattab suatu ketika cuba menangani masalah penulisan hadith. Para sahabat Rasul yang dia berunding dengannya, telah memberikan galakan, tetapi dia masih belum pasti sama ada untuk meneruskannya. Satu hari, digerakkan oleh ilham dari Tuhan, dia telah membuat keputusan dan mengistiharkan: "Saya mahu semua tradisi Rasul dituliskan, tetapi saya takut Kitab Allah akan diserapi olehnya. Dari itu saya tidak mengizinkan ini untuk terjadi." Maka dia telah merubah fikirannya, dan mengarahkan Muslim di seluruh jajahan: "Sesiapa yang mempunyai dokumen mengandungi tradisi Rasul, hendaklah dimusnahkan." Hadith, telah disampaikan secara lisan dan tidak dikumpulkan dan dituliskan sehinggalah era al-Mamun. (The Life of Mohammed, Cairo, 1935)

Dr. Mohammad Hamidullah: Abu-Dhahabi melaporkan: Khalifah Abu-Bakar menyusun satu kerja yang mana terdapat 500 tradisi Rasul, dan menyerahkan kepada anak perempuannya 'Aishah. Pada keesokan hari, dia mengambil semula dari anaknya dan memusnahkan, dengan berkata: "Saya menulis apa yang saya faham; besar kemungkinan terdapat perkara tertentu yang tidak sama dengan apa yang diucapkan oleh Rasul."

Pada diri Umar, kita dapati dari penyampaian Ma'mar ibn Rashid, bahawa semasa dia menjadi khalifah, Umar pernah berunding dengan para sahabat Rasul dalam perkara menyalin dan menyimpan Hadith. Semua mereka bersetuju idea tersebut. Malah Umar masih ragu-ragu dan berdoa kepada Tuhan selama sebulan untuk diberikan petunjuk. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membatalkan kerja-kerja tersebut dan berkata: "Orang terdahulu telah mengabaikan Kitab Tuhan dan menumpukan kepada tingkah laku Rasul; saya tidak mahu mengadakan keraguan di antara Kitab Tuhan dan hadith Rasul." (Introduction to Islam, Kuwait, pp. 34-35, 1977)

Seorang dari para sahabat di mana Sunni Muslim menganggap sebagai penyampai hadith yang terkemuka adalah Abu Hurayra. Dia sentiasa sedia untuk menyebutkan hadith. Tidak pernah ada ketika di mana ingatan mengenai Rasul tidak datang kepada dirinya atau sesuatu yang dia mendengarnya dari Rasul atau sesuatu yang dia lihat dari Rasul. Satu ketika Umar bertanya kepada Abu Huraira: "Hai Abu Hurayra! Katakan kepada saya. Adakah Rasul Allah tidak mempunyai apa-apa tugas selain dari membisikkan hadith ke telinga kamu?"

Umar kemudian mengarahkan Abu Hurayra supaya tidak menyampaikan hadith.

335

Page 75: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Abu Hurayra adalah seorang yang peramah dan mudah mesra. Apabila Umar menyuruh dia diam, dia patuh. Tetapi dia seorang yang sabar, dan menunggu masa bilakah dia boleh bertutur semula. Peluangnya tiba dengan kematian Umar, dan dia kembali dengan segala dendam terhadap perniagaan hadith. Hari ini buku hadith yang disusun oleh pengumpul Sunni telah dipenuhi dengan hadith yang disampaikan oleh Abu Huraira.

Mungkin menarik juga untuk disampaikan keputusan Umar untuk mengharamkan hadith Rasul. Adakah dia yakin pengharaman itu boleh berkekalan sehingga selepas kekhalifahannya? Tidak ada cara untuk mengetahui jawapan kepada soalan ini. Tetapi dia tentu tidak bermaksud pengharaman ini tertakluk pada masa dia sahaja, pasti dia bermaksud untuk kekal. Jika begitu adakah dia mengharamkan Muslim dari menerima terhadap penjelasan dan contoh dari Rasul mereka selamanya?

Muhammad Husayn Haykal berkata di dalam rangkap yang disebutkan di atas dari bukunya bahawa Umar “telah digerakkan oleh ilham dari Tuhan” untuk mengharamkan hadith Rasul Allah. Ini bermakna arahan Umar untuk mengharamkan hadith adalah terdapat di dalam “ilham” yang mana dia juga seorang penerima wahyu, dan dia tidak teragak-agak melaksanakannya. Di dalam melaksanakan apa yang telah diilhamkan, dia telah menentang ijmak semua sahabat. Ijmak juga adalah suatu yang penting di dalam perundangan Sunni Muslim. Tetapi masih juga betul dan diterima walaupun telah menolak ijmak tersebut. Lagi pun ijmak manusia tidak boleh melebihi dari arahan yang diilhamkan dari Tuhan kepada Umar.

Tetapi arahan Umar untuk mengharamkan hadith telah meninggalkan satu persoalan penting yang tidak berjawab iaitu adakah mungkin untuk memahami dan mengamalkan Islam semua sekali, dan untuk mentaati perintah Allah yang terdapat di dalam Al-Qur’an al-Majid, tanpa pengetahuan dan pemahaman kepada khutbah, kenyataan, ucapan, arahan, larangan, contoh, misal dan penghuraian dari Muhammad Mustafa? Adakah, sebagai contoh, para sahabat boleh memahami hanya dengan sekadar membaca al-Qur’an, bagaimana untuk mengerjakan solat yang lima waktu jika Muhammad sendiri tidak mengajarkan kepada mereka? Atau tahukah mereka berapa banyakkah zakat perlu dibayar, bila untuk bayar dan kepada siapa perlu dibayar jika mereka tidak melihat rasul sendiri membayarnya?Tanpa hadith, Muslim tidak mungkin dapat memahami ideologi Islam dan tidak juga dapat memahami amalannya. Dalam perkara berkaitan ini, penterjemah dan pengulas Qur’an diketika ini, seorang ulama berasal dari Austria, Muhammad Asad, menulis di dalam bukunya, Islam At The Crossroads, seperti berikut:

Sunnah Nabi Muhammad adalah yang kedua kepada Qur’an, punca kedua kepada perundangan Islam mengenai sosial dan tingkah laku peribadi. Sesungguhnya kita perlulah menerima Sunnah sebagai satu-satunya penjelasan terhadap pengajaran Qur’an dan hanya itulah caranya untuk menggelakkan perpecahan mengenai penghuraian dan penggunaannya di dalam amalan. Banyak ayat Qur’an yang mempunyai pengertian kiasan di dalamnya dan boleh difahamkan dengan berbagai cara; melainkan jika terdapat satu sistem yang tertentu di dalam penafsiran penghuraiannya. Lebih-lebih lagi terdapat banyak perkara yang begitu penting, tidak diterangkan dengan amat jelas oleh Qur’an. Apa yang telah disampaikan oleh Qur’an yang suci, pasti semuanya serata, tetapi untuk memetik atitiut amalan darinya, yang kita perlu guna pakai, di dalam setiap kes, bukanlah suatu perkara yang mudah. Selagi kita mempercayai bahawa kata-kata itu adalah perkataan Tuhan, sempurna dalam bentuk dan tujuan, maka hanya satu rumusan yang boleh diterima iaitu ianya tidak pernah bertujuan untuk digunakan secara tersendiri dan terasing, ianya sebagai salah satu petunjuk terhadap peribadi Rasul, yang sendirinya adalah satu sistem tersendiri [sunnah]. (ms. 117-118)

336

Page 76: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kata-kata Rasul dan perbuatannya adalah penghuraian dan aplikasi secara khusus terhadap prinsip arahan kitab Tuhan. Kitab ini telah berulangkali menekankan kepada semua Muslim supaya patuh dan taat kepada baginda, seperti di dalam ayat-ayat yang berikut:

Katakan: Jika kamu cintakan Allah, ikutlah aku: Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan kamu; kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah 3; Ayat 31) Allah akan memberikan kurniaan yang besar kepada yang beriman apabila Dia menghantar seorang Rasul kepada mereka dari kalangan mereka, dan membacakan ayat-ayat dan tanda-tanda Allah, membersihkan mereka, dan mengajar mereka akan kitab dan hikmah, sedang mereka dahulunya di dalam kesesatan yang nyata. (Surah 3: ayat 64)

Demikianlah batas-batas yang ditentukan oleh Allah: sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya, akan dimasukkan ke dalam syurga dengan sungai mengalir di bawahnya, untuk tinggal kekal di dalamnya dan itu adalah kemenangan yang besar. (Surah 4: ayat 13)

Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, dan orang-orang yang diberikan kuasa di antara kamu. Jika kamu berbeza dalam apa sahaja di antara kamu, rujuklah kepada Allah dan RasulNya... (Surah 4: ayat 59) Kami kirimkan Rasul untuk ditaati, begitulah yang dikehendaki oleh Allah. (Surah 4: ayat 64)

Tidak, demi Tuhanmu, mereka tiada juga beriman, sehingga mereka menjadikan kamu hakim di dalam semua pertikaian di antara mereka, dan tidak ada penentangan di dalam hati mereka terhadap keputusan kamu, tetapi menerimanya dengan sepenuh hati. (Surah 4: ayat 65)

Siapa yang taat kepada Rasul, taat kepada Allah. (Surah 4: ayat 80)

Taatlah kepada Allah dan RasulNya jika kamu beriman. (Surah 8: ayat 1)

Jika sesiapa taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut kepada Allah dan beriman, dialah akan menang [akhirnya]. (Surah 24: ayat 52)

Sesungguhnya pada diri Rasul Allah ada contoh yang baik untuk dicontohi oleh setiap orang yang mengharapkan kepada Allah dari hari akhirat, dan yang selalu mengingati Allah. (Surah 33: ayat 21)

Wahai kamu yang beriman! Taat kepada Allah, dan taat kepada Rasul, dan janganlah rosakkan amalan kamu. (Surah 47: ayat 33)

Apa-apa yang diberikan Rasul kepada kamu, ambillah, dan tolaklah dari diri kamu apa-apa yang baginda tegah, dan takutlah kepada Allah. (Surah 59: ayat 7)

Dari ayat yang di atas, adalah jelas bahawa pengharaman Umar kepada hadith adalah bertentangan dengan arahan Allah di dalam Al-Qur’an al-Majid. Quran sebagai kata-kata Tuhan, dan hadith adalah kata Pesuruhnya yang terakhir, telah membentuk satu liputan yang sempurna, setiap satunya mempermudahkan, memperjelaskan dan menerangkan yang lain. Ulama’ Sunni mungkin tidak mahu meletakkan diri mereka di dalam keadaan tidak menentu bersama Umar tetapi mereka juga sedar tidak ada cara untuk mereka mengenepikan hadith, dan masih menggelarkan diri mereka Muslim, dan pengharaman terhadap hadith tidak boleh ada di dalam Islam. Dari itu mereka cuba bersembunyi disebalik isu ini. “biarlah hadith Rasul kita bebas dari pengharaman,” dengan persetujuan ijmak semua, walaupun jika pembaharuan yang sedemikian begitu pahit bagi sebahagian

337

Page 77: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mereka, dan mereka membuat keputusan untuk mengumpul, dan menyimpan untuk diri mereka dan untuk mereka yang kemudian rekod terhadap kata-kata dan amalan Muhammad Mustafa, petunjuk mereka dan ketua di dunia ini dan juga di akhirat

BAB 58

Uthman, Khalifah Ketiga Muslim

Sejurus sebelum kematiannya, Umar memanggil Abu Talha Ansari, dan berkata kepadanya:

"Tuhan telah memuliakan Islam melalui kamu (Ansar), dan sekarang kamu ambil 50 orang bersenjata untuk memerhatikan ahli lembaga pemilihan, dan jangan biarkan mereka beredar tanpa memilih seorang khalifah, mereka mesti lakukan dalam masa tiga hari."

Para pemilih memulakan rundingan di dalam rumah Miswar bin Makhrama, anak saudara Abdur Rahman bin Auf. Abu Talha Ansari melaksanakan pengawasannya selama tiga hari. Amr bin Aas dan Mughira bin Shaaba, berada di pintu rumah Miswar, bersemangat untuk mengambil bahagian di dalam proses kerja kemasyarakatan tetapi kumpulan Abu Talha tidak membenarkan mereka masuk.

Disebabkan “kuasa khas” yang diberikan Umar kepadanya, Abdur Rahman bin Auf menganggap dirinya, orang yang paling berkuasa di antara semua ahli lembaga pemilih. Setelah merumuskan keadaan, dia berpendapat bahawa tidak ada siapa dari calon yang lima itu, bersedia untuk menarik diri dari pertandingan, dan setiap seorang hendak menekankan tuntutan mereka. Dari itu dia telah menyediakan strateginya sendiri, dan kemudian memberitahu jawatankuasa bahawa dia akan menggugurkan namanya dari pencalonan, jika mereka membenarkan dia bertindak sebagai pengerusi dan penyelaras perundingan.

Ahli yang lain setuju tetapi Ali keberatan untuk memberi Abdur Rahman kuasa tambahan. Apabila yang lainnya mendesak beliau juga terpaksa turut bersetuju, beliau berkata kepadanya:

"Saya akan mengakui kamu sebagai pengerusi lembaga pemilih jika kamu memberikan sumpah bahawa kamu tidak akan menjadi hamba kepada nafsu, dan bahawa keputusan kamu hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya."

Abdur Rahman terus sahaja memberikan sumpahnya, maka dia menjadi pengerusi lembaga pemilih. Dengan menarik diri dari pencalonan, dia telah mendapat lebihan kuasa dari calon-calon lain, dan menjadikan dirinya sebagai “pelantik-raja, [king-maker]."

Abdur Rahman mengadakan beberapa siri pertemuan dengan calon-calon, di dalam percubaan untuk mencari penyelesaian yang memuaskan, tetapi usahanya tidak memberikan sebarang hasil. Perbincangan calon-calon yang lain juga berakhir dengan kebuntuan.

Pada hari yang ketiga dan terakhir, Abdur Rahman bertemu dengan setiap orang dari ahli jawatankuasa di dalam rumahnya. Di dalam pertemuan persendirian ini, dia bertanya kepada setiap calon siapakah yang mereka suka untuk menjadi khalifah jika dia sendiri tidak dipilih. Jawapannya adalah Uthman atau Ali. Ini

338

Page 78: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bererti bahawa pilihan telah dikecilkan kepada dua orang, satu daripadanya akan menjadi khalifah tetapi yang mana satu?

Petang itu, Abdur Rahman, pelantik-raja, memanggil sahabat lamanya, Amr bin Aas, menerangkan kepadanya situasi kedudukan dan menambah: "Saya menjadi amat binggung dalam perkara ini sehingga saya tidak dapat berehat selama tiga hari. Hari ini adalah hari terakhir, dan saya masih belum menemui jawapan kepada masalah ini. Apa yang menggangu, adalah ketakutan saya jika Ali menjadi khalifah. Dan sebelum Umar mati, saya telah difahamkan dari telatah dan atitiutnya bahawa dia juga dihantui dengan ketakutan yang sama."

Amr bin Aas lebih pandai dan licik dari Abdur Rahman. Dia berkata: "Saya tahu jalan yang akan mengalahkan Ali." Dia kemudian menerangkan cara-caranya kepada Abdur Rahman. Dia amat mengalukan idea yang baik ini dan merasa gembira serta yakin bahawa dia dapat menghindarkan Ali dari menjadi khalifah.

Pada keesokan paginya, Muslim telah berkumpul di masjid Nabi. Ini adalah hari yang bersejarah di dalam hidup mereka apabila mereka mengetahui siapakah ketua mereka yang akan datang. Begitu juga pelantik-raja dan ahli lembaga pemilih telah juga hadir dan mengambil tempat mereka. Setelah berhenti sejenak, pelantik-raja bangun. Dia membuat kenyataan mengapa adanya pertemuan hari itu, menyatakan betapa pentingnya, dan meminta semua Muslim untuk patuh kepada keputusan lembaga pemilih yang Umar lantik.

Suasana tegang, dan setiap orang menumpukan perhatian, dan bersedia untuk apa juga pada bila-bila masa. Abdur Rahman bin Auf, pelantik-raja, berpaling kepada Ali, memegang tangannya, dan bertanya kepada beliau soalan yang berikut:

"Jika kami serahkan kepada kamu kerajaan Muslim, dan menjadikan kamu penguasa di atas urusan mereka, adakah kamu berjanji untuk bertindak menurut Kitab Allah, Sunnah RasulNya dan mencontohi Abu Bakar dan Umar?" (Syarat untuk bertindak menurut contoh Abu Bakar dan Umar bukan disyaratkan oleh Umar sendiri. Itu adalah langkah yang Amr bin Aas telah sarankan kepada Abdur Rahman bin Auf. Dia tahu bahawa Ali tidak akan menerima syarat itu.)

Jawapan Ali kepada pelantik-raja seperti berikut:

"Saya akan bertindak mengikuti Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Tetapi mengikut contoh Abu Bakar dan Umar, saya mempunyai penilaian saya sendiri, dan saya akan menggunakannya."

Ali tahu apa yang akan terjadi kemudiannya.

Pelantik-raja membiarkan tangannya jatuh. Dia kemudian berpaling kepada Uthman, dan mengulangi soalan yang sama kepadanya. Uthman terus sahaja bersetuju. Maka pelantik-raja menjadi orang pertama untuk memberikan bai’ah. Dia mengucapkan tahniah kepada Uthman khalifah yang baru, dan memberikan isyarat kepada yang lain untuk memberikan bai’ah mereka.

Khalifah telah dipilih. Khalifah baru Muslim adalah Uthman bin Affan.

Ali telah melepaskan kedudukan khalifah dari tangannya tetapi beliau tidak berkompromi dengan prinsip. Beliau tidak menganggap Abu Bakar dan Umar sebagai pengganti Muhammad yang sah, dan beliau menolak untuk mencontohi mereka dalam apa-apa perkara.

R. V. C. Bodley: Keenam ahli yang dilantik Umar bertemu sejurus pengebumian selesai. Kedudukan khalifah pada mulanya ditawarkan kepada Ali dengan syarat

339

Page 79: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bahawa beliau mentadbir menurut Qur’an, tradisi Muhammad, dan perundangan yang diadakan oleh Abu Bakar dan Umar. Ali menerima dua syarat yang pertama dan menolak yang ketiga. Maka tawaran itu ditarik semula dan Uthman dihadapkan dengan syarat yang sama. Dia yang kurang jujur daripada Ali, telah menerima semuanya tanpa berfikir panjang." (The Messenger – the Life of Mohammed, New York, 1946)

Abdur Rahman bin Auf tahu bahawa tiada siapa dari para sahabat yang mempunyai pengetahuan yang lebih mengenai Kitab Tuhan atau yang lebih rapat dengan Rasul dari Ali. Tetapi apabila dia menyebut Qur’an dan Sunnah Rasul, di dalam tawarannya kepada kedudukan khalifah kepada calon, dia hanya bermain “sandiwara” Penegasannya bahawa Ali hendaklah bertindak seperti arahan Qur’an dan mengikuti Sunnah Muhammad, adalah satu tektik dari filosofinya; lebih pada berpura-pura dari asas sebenar. Kepentingan dia yang sebenar adalah pengakuan Ali untuk mencontohi Abu Bakar dan Umar, kedua mereka yang telah menjadikan dirinya dan juga yang lain kaya raya dan berkuasa.

Kapitalis adalah “sembahan musyirik yang paling keji” di masa jahiliah, dan satu dari banyaknya sembahan lain yang disembah Quraish di Makkah, telah diberikan pengebumian oleh Muhammad Mustafa, Rasul Allah. Tetapi selepas wafatnya baginda Rasul, berhala kapitalis telah dihidupkan semula, dan diletakkan semula di tempatnya di Madinah. Sistem kapitalis dengan pantas berakar umbi di dalam masyarakat Muslim, dan telah merasap dengan amat dalam, sehingga mustahil untuk mencabutnya semula. Selepas wafatnya Muhammad Mustafa, sistem kapitalis tumbuh segar dan bertambah kuat.

Semua ahli panel yang dilantik oleh Umar untuk memilih khalifah adalah ahli kapitalis melainkan Ali. Mereka tahu jika Ali mengambil alih kerajaan, beliau akan memberikan pukulan maut kepada sistem kapitalis, memaksa ahli kapitalis memuntahkan segala yang mereka telah telan, dan menghidupkan semua cara hidup masyarakat Islam yang suci lagi sederhana, sama seperti di era Muhammad Mustafa, Rasul Allah. Pelantik-raja dan orang-orang kaya baru tidak berhasrat untuk kembali kemasa silam yang serba kekurangan dan menafikan kehendak diri. Tetapi jika dikatakan bahawa Umar tidak berhasrat untuk menjadikan Uthman penggantinya, dan dia tidak mempunyai pilihan utama di antara para calon khalifah yang dilantiknya, dan tidak juga terdapat sebarang pakatan di antara Abdur Rahman, pelantik-raja dengan Amr bin Aas, Ali masih juga tidak boleh menjadi khalifah. Satu perkara yang jelas, semua ahli jawatankuasa dan juga aristokrat Arab yang baru, amat takut melihat orang yang tegas dan benar seperti Ali memegang kuasa pemerintahan. Mereka juga tahu bahawa Ali tidak pernah bertolak ansur dengan dirinya di dalam perkara prinsip, adakah beliau akan bertolak ansur dengan mereka; dan pasti beliau akan memaksa semua ummat untuk hidup di dalam mematuhi apa yang diarahkan oleh Qur’an. Tetapi cara dan amalan Uthman, sebaliknya begitu selaras dan lumrah di mana mereka boleh bergantung di atas kesederhanaan tindakan khalifah. Kesederhanaan inilah yang akan menjamin bahawa dia tidak akan menggangu kepentingan dan keistimewaan para pemilih. Memelihara kepentingan mereka yang lebih diutamakan dari memelihara kepentingan Islam.

Kemuliaan calon untuk kedudukan yang tertinggi di dalam Islam tidak di pertimbangkan oleh pelantik-raja. Yang sebenarnya, kepentingan Islam atau kemuliaan calon adalah perkara yang tidak penting dari pandangan mereka. Keputusannya telah dipengaruhi bukan untuk kepentingan Islam tetapi oleh kepentingan pada mengekalkan taraf kedudukan. Pergelutan di dalam jawatankuasa pemilih, adalah di antara sistem kapitalis dan sosio-ekonomi Islam. Ali telah lakukan apa yang terdaya olehnya untuk mempertahankan cara Islam tetapi pihak lawan terlalu kuat menentang beliau.

340

Page 80: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kejayaan Uthman dipilih menjadi khalifah adalah kemenangan kapitalis. Umat telah mengadakan cara “shura” jawatankuasa pemilih, dan dia memberi kuasa kepada Abdur Rahman bin Auf dengan tugas melaksanakannya. Abdur Rahman sebagai pengerusi jawatankuasa, menjadikan syarat-keutamaan bahawa calon untuk khalifah hendaklah patuh bukan sahaja kepada Kitab Tuhan dan mengikuti sunnah pesuruhNya, tetapi juga mengikuti perundangan Abu Bakar dan Umar. Dari itu dia telah meletakkan amalan Abu Bakar dan Umar pada taraf yang sama dengan Kitab Allah dan sunnah RasulNya.

Ali enggan untuk menyamakan amalan Abu Bakar dan Umar dengan Kitab Allah dan sunnah RasulNya. Dia enggan mengikuti manusia yang tidak ma’sum, yang telah menjadi ketua politik di masa beliau, dengan penuh kesedaran bahawa penolakan itu akan menghampakannya untuk memenagi kedudukan khalifah. Beliau menolak jawatan tersebut kerana harga yang diminta dari beliau adalah berkompromi dengan kebenaran dan keadilan. Beliau menyatakan secara terbuka contoh Abu Bakar dan Umar tidak dapat diterima oleh beliau. Jika contoh mereka tidak diterima oleh beliau maka khalifah mereka juga tidak diterima oleh Ali. Ini adalah bukti yang terang dan nyata bahawa beliau tidak memberikan bai’ah kepada mereka. Tetapi jika Sunni masih mahu mengatakan bahawa Abu Bakar dan Umar dapat bai’ah dari Ali, maka mereka telah mendapatkan bai’ah beliau dari hujung pedang.

Ali boleh menyatakan sama seperti yang Uthman lakukan, bahawa beliau menerima syarat pelantik-raja, dan setelah mendapat kuasa beliau boleh mengenepikannya, sama seperti yang Uthman lakukan. Ramai ahli politik menganggap berkata dusta dan berbelit-belit adalah amalan biasa di dalam permainan politik. Tetapi itu bukan untuk Ali. Bagi beliau matlamat tidak boleh membetulkan cara yang digunakan. Bagi dirinya cara mendapatkan juga hendaklah adil dan dihormati dan saksama sebagaimana matlamat itu sendiri.

Bantahan Ali

Ali berkata kepada pelantik-raja: "ini bukanlah kali pertama kamu mengenepikan warisan dari anak-anak Muhammad, Rasul Allah, akan hak mereka melalui tipu muslihat. Untuk ini kamu akan menjawab di hadapan Tuhan. Buat diri saya, adalah lebih baik untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah. Hanya Dia sahaja yang adil, saksama dan pengasih."

Pelantik-raja cuba untuk memperjelaskan peranannya, sama seperti yang dilakukan oleh Abu Ubaida bin al-Jarrah selepas pemilihan Abu Bakar di Saqifa, tetapi tidak lama kemudian dia mengutuk dirinya di atas penipuan dan pendustaannya di dalam semua perkara; di mana masa depan Islam bergantung kepadanya.

Abdur Rahman bin Auf, suami kepada adik perempuan Uthman, hidup lama dan dapat melihat hasil dari tugasnya sebagai pelantik-raja. Dia melihat kecurangan memanjangkan tangannya seperti sotong di atas empayar Muslim, dan dia amat “terkejut” dengan banyaknya nepotism dan tidak mampu memerintah khalifah yang dipilihnya, sehingga dia mengistiharkan bahawa dia tidak akan berkata-kata dengan khalifah Uthman [kerana tiada apa yang boleh dia lakukan lagi]. Kemudian apabila dia di ranjang kematian, Uthman datang untuk bertemu dengannya, tetapi dia tidak menjawab salam Uthman dan memalingkan mukanya ke dinding. Dia mati dalam keadaan yang sedemikian, dengan tidak berkata-kata kepada Uthman. Dr. Taha Husain dari Mesir berkata di dalam bukunya, al-Fitna-tul-Kubra (the Great Upheaval) bahawa Abdur Rahman bin Auf mati dengan penuh rasa malu dan berdukacita dengan apa yang dia telah lakukan sebagai pengerusi lembaga pemilihan yang ditubuhkan oleh Umar.

341

Page 81: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Bantahan Ammar ibn Yasir

Ammar ibn Yasir, seorang sahabat yang dikasihi Muhammad Mustafa, membantah kepada Abdur Rahman dan kroninya dengan berkata:

"Kamu telah merampas hak keluarga Rasul, bukan sekali tetapi berulang kali, dan kamu telah melantik manusia yang tidak layak untuk kedudukan itu."

Tahniah Abu Sufyan kepada Uthman

Apabila Uthman menjadi khalifah, kegembiraan Bani Umayyah tidak ada batasnya. Mereka mengetahui kehidupan untuk mereka adalah manis madu semenjak itu, dan begitulah yang terjadi. Ketua mereka Abu Sufyan, sekarang berusia 90 tahun dan buta, datang mengucapkan tahniah kepada khalifah yang baru, dan memberinya nasihat yang berikut: "Untuk sekian lama, dan kini khalifah telah datang kepada kita. Sekarang tendanglah seperti bola, dan gunakannya untuk memperkuatkan Bani Umayyah. Kuasa baru yang ada di tangan kamu, adalah segalanya. Inilah yang nyata. Tidak ada lain yang lebih benar dan penting. Syurga dan neraka adalah khayalan."

“Nasihat” Abu Sufyan kepada Uthman adalah bayangan Islam yang dianuti oleh Bani Umayyah, dan begitulah berterusan kekal tidak berubah sepanjang abad di dalam penguasaan politik mereka, melainkan dalam masa tiga tahun setengah semasa pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz (R).

Pemilihan Uthman sebagai khalifah, sekali lagi telah menunjukkan kebenaran kata-kata “di mana ada wang di situ terdapat kuasa.”

(Charles E. Hurwitz adalah seorang penjenayah korporat yang membeli syarikat Amerika dan kemudian menggunakan aset syarikat itu untuk membayar hutang ambil alihnya. Dia menguasai empayar kewangan yang bernilai dalam anggaran $8.5 billion dalam tahun 1990. Dia suatu ketika mengeringkan wang $60 juta dari tabung pencen pekerja syarikat kain. Untuk menghapuskan semangat pekerja, dia mengingatkan mereka terhadap “fakta kehidupan” Dia berkata: “Ada satu cerita mengenai Perundangan Emas. Siapa yang memiliki emas dia menguasai perundangan [memerintah]”

Kaitan di antara kuasa ekonomi dan kuasa politik terlalu jelas untuk memerlukan keterangan lanjut atau penekanan. Umar memilih manusia-manusia yang terkaya di seluruh Arab untuk menjadi lembaga pemilih khalifah. Melainkan Ali, di mana dia [Umar] telah menunjukkan kebencian dan permusuhannya terhadap keluarga dan suku kaum Muhammad Mustafa dengan begitu jelas.

Umar hidup dalam kegelisahan, khuatir jika Ali menjadi khalifah ummat Muslim. Suatu ketika, telah sampai kepadanya berita bahawa seseorang telah berkata jika Umar mati, dia akan menerima Ali sebagai khalifah. Ini sangat mencemaskan Umar, dan segera dia memberi amaran supaya Muslim jangan melakukan itu.

John Alden Williams: (Umar berkata) "Apa yang hendak saya katakan kepada kamu adalah sesuatu yang Tuhan hendak saya katakan. Sesiapa yang faham dan mematuhinya, biarlah dia bawa bersama dengannya ke mana sahaja dia pergi. Saya telah dengar bahawa seseorang telah berkata, ‘Jika Umar mati, dia akan menyokong si fulan dan si fulan' (iaitu Ali - Editor)." (Themes of Islamic Civilization, ms. 61, 1971)

Sejurus sebelum kematiannya, Umar memanggil Abdur Rahman bin Auf ke biliknya untuk perjumpaan persendirian. Tidak diketahui apa yang dibincangkan,

342

Page 82: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kerana Umar dikatakan telah meminta sumpah dari Abdur Rahman supaya perkara itu dirahsiakan, dan itulah yang dilakukan olehnya.

President Nixon telah disuruh supaya meletak jawatan sebagai presiden berikutan dari penyiasatan Watergate di Washington D.C., Senator James L. Buckley (Republican) dari New York, berkata pada March 19, 1974: "Karektor dari satu-satu regim selalunya membayangkan karektor ketuanya; pembantu ketua dan agen-agen telah melakukan apa yang mereka fikir dan percaya bahawa ketua, mahukan mereka lakukan."

Pembantu Umar dan agen-agennya telah lakukan apa yang mereka “rasa” dan percaya bahawa Umar mahu mereka lakukan. Beberapa tahun sebelum ini, Uthman bin Affan telah mengisi jawatan sebagai setiausaha peribadi Abu Bakar. Dia sedang menulis wasiat dan kenyataan Abu Bakar, apabila dia berada di ranjang kematian. Abu Bakar baru sahaja memulakan ucapan, dan Uthman baru menulis perkataan, "Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani. Saya Abu Bakar, pengganti Muhammad, Rasul Allah.. ..." dia (Abu Bakar) telah pengsan. Tetapi sebelum dia sedar semula, Uthman sendiri telah menambah perkataan: "... melantik Umar sebagai pengganti saya dan pemerintah kamu," dan dengan itu telah selesaikan ayat tersebut.

Uthman dapat "rasakan" dan tahu dengan tepat apa yang Abu Bakar mahu dia lakukan. Dia terus lakukan. Tindakannya telah mendapat pujian dari Abu Bakar apabila dia sedar dari pengsan.

Abdur Rahman bin Auf dapat "rasakan" dan tahu apa yang Umar mahu dia lakukan, dan dia melakukannya. Setelah diberikan kefahaman, dia dapat membaca segala isyarat yang terkandung di dalam polisi Umar!

Uthman bin Affan, Khalifah Ketiga Muslim, 644 M.-656 M.

Uthman bin Affan adalah dari kaum Umayyah. Dia dikatakan menerima Islam dari usaha Abu Bakar, dan di antara mereka yang mula-mula bertukar kepada Islam. Dia adalah seorang dari hartawan Makkah.

Uthman tidak mengambil bahagian di dalam peperangan Badr, dan tinggal di Madinah.

Uthman hadir di peperangan Uhud tetapi lari untuk menyelamatkan diri apabila Muslim telah dikalahkan. Sebahagian yang melarikan diri, pulang ke Madinah tetapi Uthman tidak. Shaikh Muhammad al-Khidhri Buck dari Mesir menulis di dalam bukunya, Noor al-Yaqeen fi Seeret Sayyed al-Mursaleen (Cairo, p.138, 1953) bahawa Uthman amat pemalu dan perasaan malu inilah yang menghalang dia dari memasuki Madinah.

Ketika perbincangan di Hudaybiyya, Rasul menghantar Uthman sebagai pembawa berita kepada Quraish di Makkah. Sebab Rasul menghantarnya, kerana Umar tidak mahu pergi, dan menyarankan dia sebagai yang lebih sesuai, kerana Umar tahu bahawa Uthman adalah kesayangan Abu Sufyan, maka tentu tidak dilakukan apa-apa kepadanya. Pemilihannya tidak ada kaitan langsung dengan layaknya dia untuk tugas tersebut.

Uthman telah dikatakan mengambil bahagian yang terpenting di dalam menyediakan ekspedisi Tabuk. Di Madinah, dia dikatakan telah membeli sebuah perigi dan dihadiahkan kepada komuniti.

Semasa khalifahnya, dia telah mengumpulkan ayat-ayat Qur’an, dan menerbitkan sebagai versi rasmi pengkhabaran Tuhan kepada seluruh manusia. Terdapat juga salinan yang lain, tetapi dia merampas dan membakarnya.

343

Page 83: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Mereka yang terdahulu dari Uthman di dalam kerajaan Saqifa adalah Abu Bakar dan Umar. Walaupun Abu Bakar dan Umar tidak mencapai sebarang kedudukan semasa hidup Rasul, tetapi selepas baginda wafat mereka telah membuktikan bahawa mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa. Sebaliknya Uthman hanya manusia yang sederhana, sebelum dan setelah dilantik sebagai khalifah. Selain dari memberikan sumbangan untuk usaha kemasyarakatan, dia tidak pernah menunjukkan sebarang kebolehan yang lebih dari manusia biasa.

Uthman telah berusia 72 tahun apabila dia menjadi khalifah. Tetapi dalam kes ini tua bukannya penghalang. Sebenarnya itu adalah tuah bagi dirinya. Para pemilih telah merungut di bawah disiplin yang keras semasa Umar, dia telah menyekat banyak kebebasan mereka. Kini dia telah mati, mereka tidak berniat untuk kembali ke masa yang tertekan itu, mereka hendak menikmati kebebasan. Maka mereka memilih orang tua dan yang lemah sebagai khalifah, di mana genggamannya terhadap kerajaan, mereka tahu selalunya lemah.

Perlantikan Uthman sebagai khalifah, adalah tindak balas dari tekanan yang kuat ketika Umar.

Uthman menyampaikan 146 tradisi dari rasul Islam.

Perkahwinan Uthman

Pada suatu ketika terdapat tiga wanita tinggal di rumah Khadijah. Nama mereka adalah Zainab, Ruqayya dan Umm Kulthum. Zainab, yang tertua, telah berkahwin dengan Abul-'As ibn ar-Rabi' dari Makkah. Orang ini berperang dengan Rasul di peperangan Badr, dan telah ditawan oleh Muslim. Untuk membayar kebebasannya, isteri dia menghantar kepada Rasul rantai yang suatu ketika dahulu adalah kepunyaan Khadijah, dan beliau telah menghadiahkan kalung itu kepadanya sebagai hadiah perkahwinan. Abul-'As telah dibebaskan; dia pulang ke Makkah, dan menghantar Zainab ke Madinah seperti yang dijanjikan. Bagaimana pun Zainab, meninggal sejurus sahaja dia sampai di Madinah. Kemudian, Abul-'As juga pergi ke Madinah, menerima Islam dan hidup bersama Muslim.

Dua wanita lagi, Ruqayya dan Umm Kulthum, telah berkahwin kepada Utba dan Utaiba, anak lelaki Abu Lahab dan Umm Jamil. Umm Jamil adalah adik perempuan Abu Sufyan, ketua suku kaum Bani Umayyah. Maka Abu Sufyan, adalah bapa saudara sebelah ibu kepada Utba dan Utaiba.

Tidak diketahui dengan pasti siapakah ketiga-tiga wanita ini. Kebanyakan ahli sejarah Sunni mengatakan bahawa mereka adalah anak-anak perempuan Muhammad dan Khadijah. Menurut dari ahli sejarah yang lain, mereka adalah anak Khadijah dari perkahwinan yang terdahulu.

Syi’ah Muslim tidak bersetuju. Mereka mengatakan bahawa Zainab, Ruqayya dan Umm Kulthum bukanlah anak perempuan Muhammad dan Khadijah; yang sebenarnya mereka bukan juga anak perempuan dari perkahwinannya yang terdahulu; mereka adalah anak saudara khadijah yang telah janda. Saudara Khadijah itu telah meninggal dunia, dan setelah kematian saudaranya Khadijah membawa anak-anak perempuan itu ke rumahnya dan membesarkan mereka seperti anaknya sendiri. Menurut dari Syi’ah Muslim, Muhammad dan Khadijah mempunyai tiga orang anak dan bukannya enam. Dua yang pertama adalah Qasim dan Tayyeb atau Tahir adalah lelaki, dan keduanya meninggal ketika masih bayi lagi. Anak mereka yang ketiga seorang wanita, Fatimah Zahra. Dia adalah satu-satunya anak baginda yang tidak mati ketika bayi.

344

Page 84: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Wanita-wanita tersebut, Zainab, Ruqayya dan Umm Kulthum tidak mungkin anak-anak perempuan Rasul Islam. Jika benar, baginda tentu tidak benarkan mereka berkahwin dengan musyirik, suami ketiga-tiga mereka. Memang benar mereka berkahwin sebelum Islam lagi. Tetapi baginda tidak pernah melanggar perintah dari Qur’an pada bila-bila masa sekalipun, sebelum atau selepas baginda dilantik sebagai Pesuruh Allah. Dan Qur’an amat jelas larangannya terhadap perkahwinan wanita Islam dengan yang musyirik. Kenyataan perkahwinan wanita Muslim dengan yang musyirik terdapat di dalam ayat Qur’an yang berikut: Jangan kahwinkan (anak perempuan kamu) kepada musyirik. (Surah 2; ayat 221) Mereka (wanita beriman) adalah haram (isteri) untuk musyirik, tidak juga [lelaki musyirik] halal untuk mereka. (Surah 60; ayat 10)

Terdapat ayat-ayat lain di dalam Qur’an yang tidak merujuk secara khusus kepada perkahwinan, telah membuatnya mustahil untuk Muslim memberikan anak atau anak-anak perempuan untuk dikahwini oleh musyirik. Sebahagiannya adalah:

...Kutukan Allah kepada mereka yang tidak beriman. (Surah 2; ayat 89)

...Allah adalah musuh kepada mereka yang menolak iman. (Surah 2, ayat 98)

Wahai kamu yang beriman! Sesungguhnya jahiliah adalah kotor. (Surah 9:ayat 28)

Bolehkah seorang Muslim, katakanlah bahawa imannya paling rendah atau paling sedikit, percaya bahawa Muhammad, Pembawa dan Pengulas Qur’an, akan memberikan anak perempuan baginda kepada orang yang Allah telah kutuk; dan juga musuhNya; dan yang kotor?

Kepada yang beriman, ayat Qur’an yang dinyatakan di atas, adalah bukti jelas dan tidak dipertikaikan bahawa Zainab, Ruqayya dan Umm Kulthum, kesemuanya pada satu ketika telah berkahwin kepada tiga musyirik di Makkah, bukanlah anak perempuan Muhammad Mustafa dan Khadijah.

Perlu diperhatikan bahawa Rasul, yang amat sayang kepada kanak-kanak, tidak pernah menyebutkan apa-apa mengenai Zainab, Ruqayya dan Umm Kulthum. Ibu bapa memberikan cinta yang sama kepada anak-anak mereka, dan tidak membuat sebarang perbezaan di antara mereka. Tetapi baginda telah menganugerahkan ketinggian, kemuliaan hanya kepada anak perempuannya, Fatimah Zahra. Dilihat pada tradisi, baginda seperti tidak tahu akan adanya tiga wanita lain yang bernama Zainab, Ruqayya dan Umm Kulthum.

Ruqayya dan Umm Kulthum masih hidup bersama suami mereka apabila wahyu yang baru surah 111 Qur’an turun dari langit. Dalam surah ini Abu Lahab dan isterinya, Umm Jamil, mertua Ruqayya dan Umm Kulthum, telah dikutuk di atas kedegilan mereka.

Wahyu yang baru ini telah menimbulkan kemarahan pasangan tua ini, dan mereka mengarahkan anak lelaki mereka supaya menceraikan isteri mereka, dan menghantar mereka pulang ke rumah Khadijah. Tidak berapa lama kemudian, Ruqayya telah berkahwin kepada Uthman bin Affan. Dia mati dalam tahun 624 M. Selepas dia mati, saudaranya, Umm Kulthum, kemudian berkahwin dengan Uthman. Dia juga mati beberapa tahun kemudian.

Tahun-tahun di Makkah, selepas pengistiharan Islam, dan dalam tahun permulaan di Madinah telah dipenuhi dengan bencana dan penderitaan untuk Muhammad.

345

Page 85: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Setiap hari membawa cabaran baru untuk baginda. Baginda meletakkan dirinya dalam bahaya sebaik sahaja kaki baginda melangkah keluar dari rumah. Dah bahkan, Ruqayya dan Umm Kulthum tidak pernah disebut sebagai memberikan sebarang perkhidmatan kepada bapanya. Sebaliknya Fatimah Zahra memberi pertolongan kepada bapanya dalam banyak peristiwa kecemasan, di Makkah dan di Madinah. Ruqayya dan Umm Kulthum keduanya jauh lebih tua dari Fatimah, dan mereka sepatutnya telah mengembira dan menyenangkan bapa mereka, setiap kali ditindas oleh musyirik di Makkah atau luka di dalam peperangan di Madinah, tetapi mereka tidak pernah lakukan.

Ahli sejarah Sunni telah menganugerahkan kepada Uthman gelaran ketinggian Dhun-Nurayn yang bererti "Pemilik dua cahaya," kerana dia berkahwin, menurut mereka, kepada dua anak perempuan Rasul, satu penghormatan yang tidak dimiliki oleh Abu Bakar dan Umar!

Uthman menjadi pemilik dua cahaya selepas mengahwini Ruqayya dan Umm Kulthum. Kedua wanita ini pernah berkahwin dengan dua musyirik iaitu, Utba dan Utaiba, anak lelaki Abu Lahab, sebelum mereka berkahwin dengan Uthman. Dari itu, setiap seorang dari anak lelaki Abu Lahab hendaklah dipanggil Dhun-Nur, pemilik satu cahaya. Setiap seorang dari mereka, Utba dan Utaiba, adalah pemilik satu cahaya yang kemudiannya diberikan kepada Uthman, maka menjadikan dia pemilik dua cahaya. Lagi pun cahaya itu adalah yang sama, hanya pemiliknya sahaja yang bertukar!

Peristiwa Penting Semasa Khalifah Uthman

Dalam tahun 645 M., terdapat pemberontakan di daerah Azerbaijan dan Armenia, dan mereka dapat ditumpaskan.

Dalam tahun 647 M., Muawiyah bin Abu Sufyan, gabenor Uthman di Syria, menyerang Asia Kecil dan menawan Ammuria.

Dalam tahun 648 M., Abdullah bin Saad bin Abi Sarh, gabenor Uthman di Mesir, menawan Tripoli di Libya.

Kedua mereka Muawiyah dan Abdullah bin Saad bin Abi Sarh membina angkatan laut dan mencabar kuasa tentera laut Byzantine di Timur Mediterranean.

Dalam tahun 649 M., tentera Laut Muawiyah menawan Cyprus. Dalam tahun 651 M., jeneral Uthman menawan Herat di Afghanistan.

Dalam tahun 652 M., salinan rasmi Al-Qur’an al-Majid yang pertama telah diterbitkan di Madinah, dan salinannya telah diedarkan ke seluruh jajahan.

Dalam tahun 652-54 M., Abdullah bin Aamir, gabenor Uthman di Basra, menghantar jeneralnya, Abdur Rahman bin Samra, ke Timur, di mana dia menawan Balkh di Khurasan, dan Kabul dan Ghazni di Afghanistan. Penaklukan yang baru ini telah menjadikan empayar Muslim rapat dengan benua kecil Indo-Pakistan.

Sistem Pilih Kasih dan Mementingkan Keluarga di dalam Pemerintahan Khalifah Uthman

Uthman amat menyintai ahli dari keluarganya, Bani Umayyah, sehingga ke tahap di mana dia telah dikuasai oleh cinta tersebut. Umayyah adalah musuh kejam Islam, dan mereka telah memerangi Rasul Islam lebih dari dua dekad. Kini Uthman menjadikan mereka ketua kepada empayar Muslim. Dia sendiri menjadi boneka mereka, dan mereka memegang teraju kerajaan dengan tangan mereka

346

Page 86: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

sendiri. Pemerintah sebenar empayar Muslim, di masa khalifah Uthman adalah Marwan [anak menantu Uthman] dan Hakam bin Abul-Aas (bapa saudara Uthman dan bapa kepada Marwan).

Uthman membuka pintu perbendaharaan awam kepada kerabatnya. Dia memberi mereka hadiah yang banyak, ladang yang besar dan kedudukan jawatan yang tinggi. Seolah-olah itu tidak cukup untuk mereka, dia melarang warga Madinah memberi makan ternakan mereka unta dan lembu di padang ragut keliling kota. Padang ragut ini telah dijadikan harta awam oleh Rasul Allah, tetapi di atas perintah Uthman yang baru, hanya binatang ternakan kepunyaan dia sendiri atau Bani Umayyah yang boleh makan di sana. Rasul memberitahu Muslim bahawa tanah kawasan itu telah disalir oleh air hujan, maka itu adalah harta seluruh ummat; dan dari itu binatang ternakan mereka bolehlah makan di sana. Baginda juga memberitahu mereka bahawa tanah tersebut tidak boleh digunakan oleh sesiapa untuk tujuan persendirian, seperti yang telah dilakukan di masa jahiliah.

Al-Qur’an al-Majid telah menyatakan cerita mengenai Nabi Saleh di dalam Surah Tujuh (Al-'Araf – Yang Tinggi). Menurut cerita ini, pembesar dan yang berkuasa pada masa Nabi Saleh telah menghalang yang lemah dan tiada mempunyai kuasa, serta ternakan mereka dari menggunakan tali air yang ada. Hanya dengan pertolongan Nabi Saleh mereka dapat mengambil air dari tali air tersebut. Seperti tali air, padang ragut juga adalah satu pemberian Tuhan yang percuma kepada makhlukNya, tetapi mereka yang bongkak telah menafikannya dari manusia yang lemah. Apa yang telah dilakukan di masa Nabi Saleh, oleh yang kaya dan berkuasa dari kaum Thamud, kini dilakukan di Madinah oleh mereka yang kaya dan berkuasa di dalam kota, Umayyah. Mereka membentuk kumpulan yang baru, memegang segala kuasa pemerintahan.

Kerajaan Madinah telah menjadi jalinan ikatan para pengarah dari sepupu, menantu, dan juga kerabat Uthman yang lain. Muslim yang lain tidak ada bahagian di dalamnya. Pengarah utamanya terdiri dari:

Hakam bin Abul Aas

Hakam adalah bapa saudara Uthman. Di Makkah, dia adalah seorang dari jiran Muhammad, dan seorang yang selalu menganiaya baginda. Dia mempersenda-guraukan Kata-kata Allah, dan menghina RasulNya.

Dalam tahun 630 M. Rasul menawan Makkah di mana Hakam, anaknya Marwan dan ramai yang lain “menerima” Islam. Tetapi Hakam dan anaknya tidak dapat menghilangkan kebenciannya terhadap Islam dan Rasulnya. Jika mereka boleh merosakkan Islam, mereka akan lakukan. Akhirnya, Rasul mengusir mereka dari Madinah. Apabila baginda wafat, dan Abu Bakar menjadi khalifah, Uthman meminta darinya untuk membenarkan bapa saudara dan anak menantunya kembali ke Madinah tetapi dia menolak. Kemudian Uthman menjadi khalifah, dan dia pasti tidak membuang masa untuk membawa mereka kembali ke Madinah, dan memberikan kehormatan yang tinggi kepada mereka. Yaqubi, seorang ahli sejarah berkata bahawa apabila Hakam memasuki Madinah, dia memakai pakaian yang kotor dan koyak sama seperti peminta sedekah, tetapi apabila dia meninggalkan istana Uthman, dia berpakaian sutera yang mahal dengan segala perhiasan.

Uthman melantik Hakam sebagai pemungut zakat dari kaum Bani Qaza'a. Baladhuri, seorang ahli sejarah berkata bahawa Hakam memungut 300,000 dirham dan apabila dia membawanya kepada khalifah, Uthman telah memulangkan semuanya kepada Hakam untuk dia membelanjakan.

Yaqubi telah menyebutkan dari Abdur Rahman ibn Yasir di dalam buku sejarahnya seperti berikut:

347

Page 87: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tugas seorang pegawai adalah untuk memungut zakat dari pedagang-pedagang di pasar Madinah. Suatu petang saya melihat khalifah Uthman, datang kepadanya dan menyuruh dia membayar semua wang yang dia kumpulkan pada hari itu kepada Hakam. Itu adalah amalan Uthman untuk memberikan hadiah dari perbendaharaan awam kepada ahli keluarganya. Pemungut zakat cuba berhelah kepada Uthman dengan berkata dia akan berikan apabila dia telah selesai memungut segala zakat yang perlu dibayar. Uthman terus berkata kepadanya: "Kamu adalah bendahari saya, lakukanlah apa yang saya arahkan.” Pemungut zakat menjawab, dia bukannya bendahari Uthman mahupun keluarganya, tetapi bekerja untuk Muslim. Pada keesokan harinya, pemungut zakat itu pergi ke Masjid dan berucap kepada jemaah: "Wahai Muslim! Uthman berkata bahawa saya adalah bendaharinya. Sebenarnya saya bukan. Saya adalah bendahari untuk Muslim. Saya tidak mahu menjadi bendaharinya." Dia kemudian membalingkan kunci perbendaharaan kepada Uthman, dan berjalan keluar. Uthman mengambil kunci itu dan memberinya kepada Zayd bin Thabit.

Marwan bin al-Hakam

Marwan adalah anak Hakam dan menantu Uthman. Dia telah berkahwin kepada anak perempuan Uthman, Umm Aban.

Marwan adalah “perdana menteri” Uthman. Dia memberikan sebagai hadiah dari perbendaharaan awam kepada sesiapa sahaja, dan dia memberikan kedudukan kekuasaan di dalam kerajaan kepada orang yang disukainya. Dia juga memiliki cop mohor khalifah, dan menggunakannya sesuka hati, Uthman berada di dalam gengamannya, dan bertindak dari nasihatnya secara membuta tuli.

Setelah kempen di Afrika berjaya, seorang dari jeneral Uthman telah menghantar harta rampasan ke Madinah. Ini dianggarkan sebanyak setengah juta keping emas. Uthman serahkan semuanya kepada Marwan.

Baladhuri, seorang ahli sejarah telah menyebutkan dari Abdullah bin Zubayr seperti berikut:

"Dalam tahun 27 Hijrah, Uthman menghantar kami ke barisan hadapan di Afrika. Saudara angkatnya, Abdullah bin Saad bin Abi Sarh, adalah jeneral tentera. Dia menawan banyak harta rampasan, mengambil empat perlima untuk tentera, dan menghantar seperlima kepada Uthman di Madinah. Uthman berikan semuanya kepada Marwan."

Pada peristiwa yang lain, Uthman berikan anak menantunya empat juta dirham dari perbendaharaan awam. Dia juga berikan Fadak kepadanya sebagai hadiah. Marwan telah menampakkan dirinya sebagai seorang yang paling curang di dalam masa khalifah Uthman, dan menunjukkan pemikirannya yang keji di dalam memeras ugut.

Harith bin al-Hakam

Harith, adik Marwan, telah berkahwin dengan seorang lagi anak perempuan Uthman. Dia menerima hadiah 300,000 dirham dari perbendaharaan awam. Baladhuri berkata suatu ketika beberapa ekor unta telah diberikan kepada khalifah sebagai zakat, dan dia berikan kepada Harith.

Abdullah bin Khalid

Abdullah bin Khalid adalah seorang lagi anak menantu Uthman. Apabila dia menyerahkan anak perempuannya, dia memerintahkan Abdullah bin Aamir,

348

Page 88: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

gabenornya di Basra, untuk membayar Abdullah bin Khalid 600,000 dirham dari perbendaharaan awam.

Walid bin Aqaba

Walid adalah anak Aqaba bin Abi Mu'ait. Aqaba adalah suami pertama atau kedua kepada ibu Uthman. Di Makkah, dia juga jiran kepada Muhammad, dan seperti Umm Jamil, dia juga mengumpulkan sampah sarap dan membuangnya di pintu rumah baginda Rasul. Dia berperang dengan baginda di Badr, tertangkap, atas arahan baginda telah dibunuh.

Walid dan saudara-saudaranya, saudara susuan Uthman menerima Islam apabila Makkah ditawan.

Dalam satu peristiwa, Rasul menghantar Walid kepada kaum Bani Mustalaq untuk memungut zakat. Dia meninggalkan Madinah tetapi sejurus kemudian telah kembali dengan berita untuk Rasul bahawa Bani Mustalaq telah meninggalkan Islam, dan enggan membayar zakat.

Rasul terperanjat mendengar berita ini. Tetapi sebelum baginda dapat menyiasat perkara ini, ketua Bani Mustalaq sendiri telah tiba di Madinah untuk membayar zakat. Mereka berikan keyakinan kepada Rasul bahawa mereka adalah Muslim yang ikhlas. Walid tidak pernah datang menemui mereka.

Selepas peristiwa ini ayat yang berikut telah diwahyukan kepada Pesuruh Allah:

Wahai kamu yang beriman! Jika seorang fasiq datang kepada kamu dengan apa-apa berita, pastikanlah kebenarannya, ditakuti kamu melukai manusia tanpa kamu sedari, dan kemudian kamu menyesal dari apa yang kamu telah lakukan. (Surah 49; ayat 6)

Kitab Allah yang mengatakan Walid seorang fasiq, dan dengan nama itulah dia dikenali dari hari itu.

Umar bin al-Khattab telah memberitahu Uthman bahawa jika dia menjadi khalifah, dia seharusnya melantik Saad bin Abi Waqqas sebagai gabenor Kufa. Uthman menjadi khalifah, dan dia melantik Saad gabenor Kufa seperti yang Umar hajati. Tetapi dalam masa setahun, Uthman melucutkan Saad dan melantik Walid sebagai penggantinya gabenor yang baru.

Sebaik sahaja Walid mendapati dirinya berkuasa di daerah yang kaya raya, dia menjadi seorang pemabuk dengan kuasa dan arak. Dia seorang kaki botol. Dia dalam keadaan mabuk walaupun apabila memimpin Muslim di dalam solat. Suatu pagi dia masuk ke masjid dalam keadaan mabuk. Dia mengimami solat, dan kemudian muntah. Laporan mengenainya yang selalu mabuk amatlah jelas sehingga Uthman tidak dapat untuk mengabaikannya, Uthman terpaksa memanggilnya kembali ke Madinah dan melantik Said bin Aas sebagai gabenor Kufa yang baru.

Said bin Aas

Bapa Said adalah musuh ketat Rasul Allah, dan telah terbunuh di dalam peperangan Badr. Setelah dia terbunuh Uthman mengambil anaknya sebagai anak angkat. Dalam tahun 30 Hijrah Uthman melucutkan jawatan Walid dan melantik Said gabenor Kufa yang baru. Dia juga memberikan Said hadiah 100,000 dirham dari perbendaharaan awam.

Sama seperti ahli dari suku kaumnya yang lain, Said juga menganggap perbendaharaan awam sebagai hartanya sendiri, dan membelanjanya sesuka

349

Page 89: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

hati. Jika ada sesiapa membantah, dia akan menggunakan kuasa “polisnya” Dia boleh memukul atau mengarahkan rumah seseorang itu di bakar.

Gabenor telah merampas segala harta di dalam daerah yang dikuasai mereka. Mereka seolah-olah mendapat restu dari khalifah. Tidak dapat dielakkan pertentangan telah mula hendak mendidih. Uthman telah diberitahu satu hari ledakkan akan berlaku. Cemas dengan bertambahnya rasa tidak puas hati dan bantahan dari rakyat, dia memanggil semua gabenornya untuk bermesyuarat. Mereka datang, dia berikan sedikit nasihat, dan mereka bersurai.. Said bin Aas juga ada bersama. Tetapi setelah bermesyuarat, apabila dia kembali ke Kufa, warga kota tersebut telah menahannya di Qadsiyya, dan memberitahunya bahawa dia tidak boleh memasuki Kufa. Tidak boleh masuk ke Kufa, dia pulang semula ke Madinah. Di tempatnya, Uthman melantik Abu Musa al-Ashari sebagai gabenor yang baru.

Abdullah bin Saad bin Abi Sarh

Abdullah adalah saudara angkat Uthman. Bapanya, Saad bin Abi Sarh, adalah seorang munafiqin di Madinah.

Abdullah, pada suatu ketika adalah seorang jurutulis Rasul. Apabila Rasul membacakan mana-mana ayat Qur’an, dia mengubahnya dengan menukarkan tanda atau huruf atau perkataan. Tidak lama kemudian Rasul mengetahui perkara ini dan mengusirnya keluar dari Madinah. Dia meninggalkan Islam dan pergi ke Makkah dan mula menyebarkan cerita bahawa Muhammad sendiri mencipta ayat-ayat Qur’an, dan mengatakan bahawa itu adalah wahyu dari langit.

Apabila Makkah di tawan, Rasul mengarahkan Abdullah dihukum mati sebagai seorang murtad walaupun jika dia berada di dalam Kaabah. Tetapi Uthman telah melindungi Abdullah bin Saad di dalam rumahnya sendiri. Kemudian apabila keadaan bertukar menjadi tenang, Uthman membawanya kehadapan Rasul dan mengatakan bahawa dia meminta ampun dan berhasrat untuk memberikan bai’ahnya. Tetapi Rasul tidak menghulurkan tangannya, dan terus berdiam diri untuk waktu yang lama. Uthman mendesak baginda untuk mengampunkan Abdullah. Akhirnya, baginda mengampunkannya. Sejurus selepas Uthman dan Abdullah berlalu dari situ, baginda berpaling kepada mereka yang ada di sekelilingnya, dan berkata: "Saya telah berdiam diri untuk sekian lama, berharap supaya seorang dari kamu dapat membunuh dia." Baladhuri menulis di dalam bukunya, Ansab-ul-Ashraf (p. 358): "Rasul berkata: ‘Tidak adakah seorang dari kamu yang dapat membunuh anjing itu sebelum dia dapat pengampunan?'

Umar bin al-Khattab menjawab: ‘Wahai Rasul Allah, jika kamu memberikan isyarat kepada kami, kami pasti telah membunuhnya.' Rasul berkata: ‘Saya tidak boleh memberikan isyarat kepada kamu. Melakukan itu tidak layaklah dari diri saya.'"

Apabila Uthman menjadi khalifah, dia melantik Abdullah sebagai gabenor Mesir. Dengan perlantikannya keadaan penindasan dan eksploitasi bermula di Mesir. Keamanan di Mesir bertukar menjadi bencana, kebahagiaan bertukar menjadi kedukaan. Setiap penduduk bangun menentang gabenor yang baru. Dia juga telah bertentangan dengan Muhammad ibn Hudhaifa. Bapa Muhammad, Hudhaifa, adalah di antara yang mula-mula bertukar kepada Islam. Dia mati di dalam peperangan Yarmok. Dengan kematiannya, Uthman memelihara Muhammad, anaknya yang kecil dan membesarkannya. Apabila Muhammad telah dewasa dia meminta izin untuk pergi berperang. Uthman membenarkannya untuk bersama Abdullah bin Saad ke Mesir sebagai seorang penasihatnya.

Muhammad bin Hudhaifa adalah seorang yang bertaqwa serta takut kepada Allah, dan menghabiskan banyak masanya di dalam beribadat. Apabila kemaksiatan dan

350

Page 90: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kecurangan telah mula timbul di dalam pentadbiran, dia menasihati Abdullah, dan menyuruhnya mengembalikan kerajaan yang baik. Tetapi Abdullah tidak mempedulikan kepada nasihat yang ikhlas. Bagaimana pun Muhammad terus menasihatinya. Abdullah sama seperti Marwan, mempunyai karektor yang ganjil, suka melakukan perkara yang ditegah.

Akhirnya, Muhammad kecewa dari segala usaha. Dari penasihat yang bersimpati kini dia bertukar kepada pengkritik yang tegas, pertama kepada Abdullah bin Saad, dan kemudiannya kepada diri Uthman sendiri kerana melantik sebagai gabenor Mesir seorang yang murtad di mana pembunuhannya telah diperintahkan sendiri oleh Rasul Allah.

Penduduk Mesir kasih dan sayang kepada Muhammad ibn Hudhaifa di atas kebenaran dan keberaniannya di dalam mengkritik kesalahan gabenor, dan mereka berkumpul di sekelilingnya. Abdullah menulis kepada Uthman bahawa orang muda yang dia [Uthman] telah besarkan, sedang menyebarkan hasutan menentang kerajaan, dan jika tiada apa yang dilakukan untuk memberhentikan tindakan dia, perkara akan menjadi bertambah buruk.

Uthman tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Terfikir olehnya bahawa mungkin emas dan perak boleh melenyapkan protes dari Muhammad. Maka Uthman menghantar kepada Muhammad 30,000 dirham dan banyak lagi hadiah yang berharga. Malang untuk Uthman tindakannya kali ini memakan tuan. Muhammad membawa semua wang dan hadiah ke masjid dan melambakkannya di sana, di hadapan Muslim dan berkata:

"Wahai Muslim! Lihatlah apa yang Uthman hendak lakukan? Dia cuba hendak membeli agama saya. Dia telah menghantarkan semua barangan ini untuk merasuah saya." (Tarikh Kamil: Kamil ibn Atheer, Vol.3, p.135)

Uthman menulis banyak surat untuk melembutkan Muhammad, dan mengingatkan dia bahawa dia masih terhutang budi dengannya. Tetapi Muhammad tidak mengendahkan surat-surat itu, dan penentangan terhadap Abdullah bin Saad terus memuncak.

Ketua Muslim Mesir adakan mesyuarat, di mana mereka memutuskan untuk menghantar delegasi ke Madinah untuk meminta Uthman melucutkan jawatan Abdullah bin Saad.

Setelah berlepas delegasi Mesir, kedudukan Abdullah bertambah goncang. Takut berlakunya pemberontakan, dia juga meninggalkan Mesir menuju Madinah, untuk mempertahankan dirinya di dalam mahkamah di Madinah. Semasa peninggalannya Muhammad ibn Hudhaifa mengambil alih pemerintahan kerajaan.

Apabila Abdullah sampai di Elath, dia dengar istana Uthman telah dikepong dan khalifah terkepong di dalamnya. Dia mendapati dirinya tidak selamat untuk pergi ke Madinah, dan dia membuat keputusan untuk pulang ke Mesir. Tetapi di perbatasan, dia telah diberitahu bahawa Muhammad ibn Hudhaifa telah memberi arahan untuk menahannya, dan tidak mengizinkan dia masuk ke Mesir. Dari itu dia pergi ke Palestin menunggu keputusan dari peristiwa yang berlaku di Madinah. Dalam masa itu Uthman telah dibunuh di Madinah, dan apabila Abdullah mendengar berita ini, dia meninggalkan Palestin, dan pergi ke Damascus untuk tinggal di bawah perlindungan Muawiyah.

Gabenor Baru bagi Daerah-daerah

Kufa: Semasa tahun pertama Uthman menjadi khalifah, Saad bin Abi Waqqas adalah gabenor Kufa. Kemudian Uthman melucutkan jawatannya, dan melantik saudara tirinya, Walid bin Aqaba, sebagai gabenor Kufa yang baru.

351

Page 91: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Basra: Umar telah melantik Abu Musa al-Ashari sebagai gabenor Basra. Uthman melucutkan jawatannya, dan melantik sepupunya, Abdullah bin Aamir, sebagai gabenor yang baru.

Syria: Umar telah melantik Muawiyah bin Abu Sufyan sebagai gabenor Syria. Uthman mengekalkan dia sebagai gabenor wilayah tersebut.

Mesir: Amr bin Aas telah menawan Mesir, dan Umar telah melantik dia sebagai gabenornya. Uthman melucutkan jawatannya, dan di tempat itu dia melantik saudara angkatnya, Abdullah bin Saad bin Abi Sarh. Orang ini seorang yang murtad dan Rasul telah memerintahkan pembunuhan terhadap dirinya tetapi telah membatalkan hukuman tersebut apabila Uthman merayu untuk dirinya. Maka Uthman, pertama telah menyelamatkan nyawa seorang yang telah murtad, dan kedua melantik dia sebagai gabenor kepada ummat Muslim. Ahli Sejarah Moden dan Pemerintahan Khalifah Uthman

Berikut adalah laporan dari ahli sejarah moden di dalam kecurangan, rasuah, nepotism dan penyalahgunaan kuasa semasa pemerintahan khalifah Uthman, khalifah Muslim ketiga.

E. A. Belyaev: Penyelewengan yang terang terhadap harta dari perbendaharaan awam Muslim, telah mendapat tentangan yang hebat dari beberapa sahabat Rasul yang mengatakan semua harta yang diterima adalah hak Muslim dan hendaklah dibahagikan samarata di antara mereka. Penentang yang paling lantang menyuarakan terhadap penyelewengan ini adalah Abu-Dharr al-Ghiffari. Diketika kemenangan, sahabat “lama” ini, menurut dari tradisi, Muhammad telah menjadikan beliau sebagai contoh kepada muslim, telah pergi ke Syria di mana beliau secara terbuka mencela wakil pemerintah dan ketua tentera yang mengambil dan mengumpulkan harta dan hadiah, dari pendapatnya adalah “harta milik Allah” maka menjadi kepunyaan kaum Muslim (ms. 143).

Muawiyah meminta khalifah Uthman untuk menghapuskan pembuat angkara ini, yang kian popular di kalangan rakyat di Syria. Uthman memanggil semula Abu-Dharr untuk tinggal di Madinah, tetapi apabila beliau tahu khalifah telah memberikan hadiah yang lumayan dari perbendaharaan awam kepada anak menantunya, Marwan ibn al-Hakam, dan memberikan 300,000 dirham dari punca yang sama kepada menantunya yang seorang lagi, Harith ibn al-Hakam, dan 100,000 dirham kepada Zaid ibn Thabit, beliau mula mengkritik khalifah dengan tajam, menjanjikan mereka berempat, dengan membacakan ayat qur’an darinya, balasan terhadap mereka adalah api neraka.

Meneruskan kritikannya, Abu Dharr yang tidak boleh dipujuk atau dirasuah menyatakan bahawa orang kaya menambahkan kekayaan mereka dengan merampas dari yang miskin. Khalifah mengarahkan pembuat kacau ini dibuang di padang pasir yang tidak berpenghuni, di sanalah beliau meninggal dunia dalam keadaan yang amat daif, meninggalkan balu yang tidak mempunyai apa-apa untuk menguruskan pengebumian jenazahnya.

Semasa pemerintahan Uthman, kerabatnya, ahli aristokrat Makkah yang memiliki perusahaan hamba, merampas jawatan-jawatan kerajaan dan tanah perladangan di dalam negara yang telah ditakluki. Tradisi sejarah meletakkan peranan inilah yang membawa kematian khalifah, khusus kepada anak menantunya, Marwan, yang mengambil faedah dari bapa mertuanya di dalam segala tindak tanduknya, dan rakus dari kerabatnya. Kerabat khalifah, ahli Bani Umayyah, telah dilantik oleh Uthman sebagai wakil pemerintah dan ketua tentera, maka tanah-tanah jajahan tersebut dianggap sebagai hak mereka; hak masyarakat Muslim.

352

Page 92: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Rampasan milik tanah, bersama dengan harta rampasan perang, ugutan dan kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah ini, telah menimbulkan ketidakpuasan rakyat, tekanan ini lebih kuat datangnya dari para sahabat Umar, yang telah dilucutkan jawatan dari kedudukan mereka yang lumayan dan berpengaruh. Keresahan mereka telah dikongsi oleh suku kaum Arab terutama di Iraq, di mana kepentingan kebendaan mereka telah menurun kerana wakil pemerintah yang Uthman lantik telah menyelewengkan harta perbendaharaan awam.

Khalifah Uthman sendiri telah menunjukkan contoh pada penyelewengan terhadap harta kerajaan untuk kepentingan keluarganya sendiri; apabila anak perempuannya berkahwin kepada Abdullah ibn Khalid, sebagai contoh, Uthman berikan kepada mereka 600,000 dirham dari bait-ul-mal Basra, sedang apabila Abdullah ibn Sarh menghantar 3000 qanatir emas dari Ifriqiya, Uthman perintahkan emas ini hendaklah diberikan kepada keluarga al-Hakam (ms. 144). (Arabs, Islam & the Arab Caliphate in the Early Middle Ages, New York, 1969)

Sir John Glubb: Dalam tahun 646 M. Uthman melantik saudara tirinya, Walid ibn Uqba, sebagai gabenor Kufa. Bapanya, Uqba, telah ditawan sebagai tahan di Badr, berperang di pihak Quraish dan telah dijatuhkan hukuman mati oleh Rasul sendiri. Semasa ratapannya, "Siapakah yang akan memelihara anak-anak saya yang kecil?" Muhammad telah menjawab dengan dingin, "api neraka." Gabenor Kufa yang baru adalah seorang dari kanak-kanak itu yang mana Rasul Allah sendiri telah tentukan tempatnya di dalam api neraka. Walid juga mempunyai reputasi sebagai pemabuk. Kritikan terhadap perlantikan Uthman makin bertambah besar. Saudara angkatnya, Ibn Abi Sarh, telah dijadikan gabenor Mesir, walaupun Rasul telah menjatuhkan hukuman mati terhadap murtadnya dia... (ms. 290-291)

Di dalam teori Islam, sebuah negara itu bukanlah milik sesebuah organisasi tetapi [sekurang-kurangnya di dalam teori] sesuatu yang dipilih oleh Tuhan. Dari itu tidak ada alasan untuk membolehkan seseorang mengutamakan kepentingan kebendaan kepada keluarganya sendiri dari berkhidmat kepada Tuhan.

Kezaliman yang terang dari kebanyakan dari calon-calon Uthman, dan sebenarnya mereka atau bapa-bapa mereka adalah penentang Muhammad yang kuat, telah menyakiti ramai Muslim yang ikhlas di Makkah dan Madinah. Para sahabat masih ramai, tidak perlulah untuk menyebutkan mereka-mereka yang berperang di Badr dan Uhud, atau yang telah berbai’ah di bawah pokok dengan tangan Rasul Allah di Hudaybiyya. Kesemua mereka kini melihat kerajaan Islam diperintah oleh musuh-musuh Rasul, yang menikmati ganjaran dunia mereka, yang mana sebenarnya adalah milik mereka yang benar-benar beriman. (ms. 297).

Satu contoh apa yang dirasakan oleh seorang Muslim sebenar mengenai era Uthman telah diberikan di dalam kes Abu Dharr. Beliau adalah di antara yang mula bertukar kepada Islam dan menjalani hidupnya dengan penuh ketaqwaan. Beliau pada mulanya di Damascus dan kemudian di Madinah, mula menyebarkan khutbah menolak kecurangan di ketika itu. Di Syria, di Iraq dan bahkan di Madinah, para sahabat terkemuka hidup di istana marmar, dikelilingi oleh hamba dan gundik, berpakaian mewah dan mempunyai makan yang banyak. Tidak ada keraguan bahawa Abu Dharr memang benar di dalam tuduhannya bahawa semua kekayaan dan kemewahan ini telah merosakkan kemuliaan Arab. Tetapi pemerintah menuduh bahawa kata-katanya telah menghasut rakyat supaya memberontak, dan Uthman perintahkan supaya beliau dibuang ke kawasan yang tiada penghuni di kawasan tengah jajahan Arab. Di sana dua tahun kemudian, beliau telah meninggal dunia di dalam kedaifan, dan tinggallah kenangan kepada beliau sebagai seorang wali. (The Great Arab Conquests, London, 1963)

Uthman dengan Para Sahabat Muhammad, Pesuruh Allah

353

Page 93: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Jika Uthman tidak dapat memberikan cinta yang secukupnya kepada musuh-musuh Muhammad Mustafa dan Islam seperti Hakam, Marwan, Walid dan Abdullah bin Saad bin Abi Sarh, dia juga tidak dapat menunjukkan kebencian yang sepenuhnya kepada mereka yang benar-benar beriman, pencinta Allah dan sahabat Muhammad yang ikhlas seperti Abu Dharr al-Ghiffari, Ammar ibn Yasir dan Abdullah ibn Mas’ud. Cerita mengenai mereka akan memperjelaskan maksud ini.

Abu Dharr al-Ghiffari

Telah dilaporkan kepada Uthman bahawa Abu Dharr al-Ghiffari telah berkata kepada Muslim di dalam Masjid seperti berikut:

"Saya adalah Abu Dharr al-Ghiffari, sahabat Muhammad, Pesuruh Allah yang terakhir. Allah telah meninggikan Adam, Nuh dan anak-anak Ibrahim dan Imran di atas semua makhluk yang lain. Muhammad telah mewarisi, warisan semua para Rasul ini. Telah terkumpul di dalam diri baginda semua kualiti, sifat dan pencapaian para Rasul tersebut. Dan pengganti Muhammad adalah Ali ibn Abi Talib. Wahai kaum Muslim, yang kini dalam kebingungan, jika setelah wafatnya Rasul, kamu telah meletakkan beliau [Ali] di hadapan mereka semua, seperti mana Allah telah meletakkan beliau di hadapan yang lain, dan jika kamu telah meletakkan manusia-manusia itu di belakang, yang mana Allah telah meletakkan mereka di belakang, dan jika kamu telah membiarkan kuasa dan pemerintahan pada puncanya, iaitu di dalam rumah Rasul kamu, maka kamu telah menerima rahmat dari Allah. Tidak terdapat mereka yang miskin dan mengharap. Tidak juga terdapat dua manusia bertentangan di dalam penghuraian pengkhabaran Allah, dan setiap orang telah melaksanakan tugas mereka terhadapNya, dan juga kepada ummat, seperti yang telah dilakukan di masa Rasul sendiri. Kamu pasti telah menemui petunjuk dan cahaya dari puncanya yang asli iaitu di dalam rumah Rasul kamu sendiri. Tetapi kamu telah memboleh pemerintahan dan kuasa dari rumah Rasul kamu dirampas, dan kini kamu bayarlah dari kesalahan kamu."

Penyampai berita juga memberitahu Uthman bahawa Abu Dharr sedang menarik perhatian Muslim terhadap penyelewengan dia (Uthman) dari amalan Rasul dan juga dari amalan Abu Bakar dan Umar.

Uthman mengarahkan Abu Dharr supaya meninggalkan Madinah, pergi ke Syria dan tinggal di sana.

Di Syria, Muawiyah telah memperkukuhkan kedudukannya, dan dia telah menghidupkan cara hidup sekular bukannya cara Islam. Abu Dharr menyaksikan banyak kesalahan dan amalan yang bukan Islam di dalam istana Syria. Dia melihat emas dan perak dari daerah keliling telah dibawa ke Damascus untuk dinikmati oleh orang kenamaan sedang ramai Muslim lain yang kebuluran. Muawiyah kemudian mendapat tahu bahawa Abu Dharr tidak dapat ditindas di Damascus sama seperti dia berada di Madinah. Abu Dharr membacakan ayat-ayat Qur’an di mana mereka yang mengumpulkan harta telah ditolak oleh Allah. Dia amat tajam dan berani di dalam kritikannya dan mengatakan yang benar, tidak takut kepada apa yang akan terjadi terhadap dirinya. Muawiyah telah mendirikan istana untuk dirinya. Abu Dharr telah berkata kepadanya:

"Jika kamu bina mahligai ini dari harta kepunyaan Muslim, maka kamu bersalah kerana telah mengkhianati kepercayaan Muslim; dan jika kamu bina dari kekayaan kamu sendiri, maka kamu telah bersalah kerana berlebihan dan boros."

Abu Dharr memberitahu Muawiyah dan pembesar Syria bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka bersama dengan emas dan perak yang mereka kumpulkan.

354

Page 94: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Akhirnya kesabaran Muawiyah sampai ke titik akhir, dan dia menulis kepada Uthman:

"Saya khuatir bahawa Abu Dharr akan menghasut manusia supaya memberontak. Jika kamu tidak mahu pemberontakan di dalam negeri maka bawalah beliau ke Madinah semula dengan segera."

Uthman bersetuju. Muawiyah naikkan Abu Dharr di belakang unta tanpa howdah, dan dia mengarahkan pemandu unta untuk berjalan tanpa henti ke Madinah. Abu Dharr sampai di Madinah separuh mati dengan luka-luka, keletihan dan terdedah kepada cuaca.

Walaupun dalam keadaan begini, Abu Dharr tidak boleh menerima kepalsuan, kezaliman, eksploitasi dan keengganan mematuhi perintah Tuhan. Kecintaan kepada kebenaran dan keadilan telah membakar hatinya seperti api. Jika terdapat kes penyalahgunaan kuasa sampai keperhatiannya, dia mendedahkannya dan menuduh orang yang melakukan dikhalayak ramai. Akhirnya Uthman tidak boleh menerima tekanan ini lagi. Dia memanggil Abu Dharr ke istananya dan pertukaran kata-kata berikut berlaku di antara mereka:

Uthman: Saya akan mengusir kamu dari Madinah. Abu Dharr: Adakah kamu akan menghalau saya dari kota Rasul?

Uthman: Ya.

Abu Dharr: Adakah kamu akan menghantar saya ke Kufa?

Uthman: Tidak

Abu Dharr: Adakah kamu akan menghantar saya ke Basra?

Uthman: Tidak

Abu Dharr: Kemanakah kamu hendak menghantar saya?

Uthman: Di manakah tempat kamu paling benci?

Abu Dharr: Rabza. Uthman: Di sanalah saya akan menghantar kamu.

Uthman melaksanakan kata-katanya, dan mengusir Abu Dharr al-Ghiffari ke Rabza. Dia juga mengeluarkan arahan bahawa tiada siapa yang boleh berkata-kata atau berjalan dengan beliau. Tetapi Ali datang berjumpa dengan beliau, berkata-kata dan berjalan dengan beliau. Bersama dengan Ali adalah anak- anaknya, anak-anak Aqil ibn Abi Talib, dan sepupunya, Abdullah ibn Jafar.

Satu pemandangan yang menyedihkan. Ali akan berpisah dengan sahabat akrabnya, dan juga sahabat yang dicintai oleh Muhammad Mustafa. Hati Ali penuh dengan kedukaan tetapi beliau cuba mententeramkan sahabatnya dengan kata-kata yang berikut:

"Wahai Abu Dharr, kamu marah dengan manusia ini kerana mereka telah menyeleweng dari arah yang Allah telah tunjukkan. Dari itu Allah sahaja yang akan membalasnya. Mereka takut kepada kamu kerana mereka fikir kamu akan menghalang mereka dari emas dan perak mereka. Tetapi jika kamu juga sama seperti mereka, mereka pasti akan menjadi sahabat kamu."

355

Page 95: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kemudian Husain, cucu Muhammad Mustafa yang kecil, memalingkan matanya yang berair kepada yang dicintai oleh Datuknya, kini akan diusir keluar, lalu berkata:

"Wahai bapa saudaraku, Allah akan menukarkan sesuatu walaupun dalam keadaan begini. Musuh kamu telah “menyelamatkan” kepentingan dunia mereka daripada kamu tetapi kamu telah menyelamatkan akhirat kamu daripada mereka. Apa yang mereka telah selamatkan adalah sesuatu yang sia-sia, tetapi apa yang kamu telah selamatkan adalah sesuatu yang akan kekal untuk selamanya."

Ali dan pengikutnya sepi berjalan dengan Abu Dharr, dan apabila masa untuk berpisah tiba, Abu Dharr berkata: "Wahai Ahlul-Bayt [ahli rumah] Muhammad! Semoga Allah merahmati kamu. Setiap kali saya melihat kamu, ingatan sampai kepada saya mengenai sahabat saya yang tercinta, Muhammad, Rasul dan juga Kecintaan Allah."

Abu Dharr, isteri dan hambanya telah diusir ke Rabza di padang pasir, dan tidak lama kemudian, beliau meninggal dunia di sana. Isteri dan hambanya menutup wajah beliau, menghadap ke Kaabah, dan duduk dipinggir jalan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Akhirnya mereka lihat beberapa orang penunggang datang dari arah Iraq. Penunggang itu adalah Abdullah ibn Mas’ud, seorang sahabat lama Muhammad, dan beberapa pengembara yang lain. Mereka hendak pergi ke Madinah. Apabila mereka melihat balu Abu Dharr mereka berhenti dan bertanya siapakan dia dan apa yang dia lakukan di tempat yang sunyi itu.

Hamba Abu Dharr memperkenalkan diri mereka, dan memberitahu jenazah Abu Dharr terlantar belum dikebumikan, kerana tanah di situ berbatu dan mereka tidak terdaya untuk menggali kuburan untuk beliau.

Abdullah ibn Mas’ud menangis dan berduka di atas kematian sahabatnya dan juga sahabat Rasul Allah.

Abdullah ibn Mas’ud dan sahabatnya menggali kubur, menyediakan jenazah dengan ringkas, mengerjakan solat jenazah untuknya dan kemudian kebumikan beliau.

Muhammad ibn Ishaq: Burayda b. Sufyan al-Aslami dari Muhammad b. Kaabah al-Qurazi dari Abdullah b. Mas’ud telah memberitahu saya bahawa apabila Uthman mengusir Abu Dharr ke Rabza, dan waktu ajalnya tiba, tidak ada siapa bersama dengannya melainkan isteri dan hambanya. Dia mengarahkan mereka untuk memandikannya dan kemudian mengkafankannya, dan letakkan jenazahnya dipermukaan jalan, dan memberitahu kafilah yang pertama melalui situ, siapa dirinya, dan minta pertolongan mereka untuk mengebumikan jenazahnya. Apabila beliau meninggal, mereka lakukan seperti yang beliau arahkan. Abdullah b. Mas’ud tiba bersama dengan beberapa orang dari Iraq untuk haji apabila mereka melihat jenazah dipertengahan jalan. Hamba Abu Dharr bangun dan berkata, "Ini adalah Abu Dharr, sahabat Rasul. Tolonglah kami untuk mengebumikan beliau." Abdullah b. Mas’ud terus menangis, dan berkata: "Benar Rasul Allah, kamu berjalan sendirian, dan kamu mati sendirian dan kamu juga akan dibangkitkan sendirian." Kemudian Abdullah dan sahabatnya turun dari unta mereka dan kebumikan beliau, dan dia menceritakan kepada mereka apa yang Rasul Allah katakan di dalam perjalanan ke Tabuk. (The Life of Mohammed)

Dr. Taha Husain: "Abu Dharr adalah di antara yang awal bertukar kepada Islam, dan beliau adalah yang dicintai dan disanjung oleh Rasul sendiri. Rasul pernah berkata: "Langit biru tidak pernah menutupi di atas seseorang yang lebih benar dari Abu Dharr."

356

Page 96: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Abu Dharr mengetahui bahawa Uthman memberikan wang yang banyak kepada Marwan bin al-Hakam; dan dia memberikan kepada saudaranya, Harith bin al-Hakam 300,000 dirham; dan dia memberikan kepada Zayd bin Thabit Ansari 100,000 dirham. Abu Dharr mengkritik semua ini, dan beliau memberitahu pengumpul harta ini bahawa mereka akan di bakar di dalam api neraka. Beliau membacakan ayat-ayat Qur’an: ‘Sampaikan pengkhabaran bahawa azab kepada mereka yang mengumpulkan emas dan perak dan tidak membelanjakan kekayaan mereka untuk Allah’ (9:34).

Marwan bin al-Hakam memberitahu Uthman apa yang dibacakan oleh Abu Dharr. Uthman menghantar hambanya kepada Abu Dharr dan melarangnya membaca ayat Qur’an tersebut. Abu Dharr berkata: "Adakah Uthman melarang saya membaca Kitab Allah, dan melupakan arahanNya? Jika saya perlu memilih di antara keredhaan Allah dan keredhaan Uthman, saya pasti memilih keredhaan Allah."

Abu Dharr bertegas dengan kritikannya terhadap pengumpul harta, dan beliau menyeru kepada Muslim supaya jangan boros." (al- Fitna-tul-Kubra {The Great Upheaval}, diterbitkan di Cairo pada 1959 ms.163)

Abu Dharr bergelut menentang ajaran memperniagakan politik. Di dalam Islam, suaranya yang mula-mula lantang menentang penyelewengan agama dan penguasaan politik sepenuhnya, dan mengeksploitasi ekonomi, dan suaranya juga adalah yang pertama lantang mempertahankan Muslim yang tertekan "under-dog." Suaranya boleh dihentikan tetapi prisipnya tidak boleh dilenyapkan. Dia memperjuangkan prinsip Al-Qur’an al-Majid. Sebarang percuban untuk melenyapkan perjuangannya adalah percubaan untuk melenyapkan Al-Qur’an al-Majid itu sendiri.

Suara Abu Dharr adalah suara kesedaran Islam itu sendiri, dan landasannya adalah hak kemanusiaan. Semoga Allah merahmati beliau selamanya. Ammar ibn Yasir

Ammar ibn Yassir juga seorang yang awal bertukar kepada Islam. Seperti yang telah diketahui dahulu, ibu dan bapanya telah diseksa sehingga mati oleh musyirik di Makkah. Mereka adalah yang pertama dan kedua syuhada dalam Islam, dan ini adalah keutamaan yang tiada siapa di dalam semua Islam dapat berkongsi dengan beliau. Serperti Abu Dharr al-Ghiffari, Ammar juga di antara beberapa manusia yang disenangi oleh Muhammad, Rasul Allah, yang suatu ketika telah berkata: "Ammar telah dipenuhi dengan iman"

Sama seperti Abu Dharr al-Ghiffari dan beberapa orang yang lain, Ammar juga amat tidak disenangi oleh broker ekonomi dan penguasa politik di masanya, dan pertembungan di antara beliau dengan mereka tidak dapat dielakkan.

Dr. Taha Husain: "Ammar berhijrah pertama kali ke Abyssinia, dan kemudian ke Madinah. Beliau adalah Muslim pertama yang mendirikan masjid. Beliau mendirikannya di Makkah, dan bersolat di dalamnya. Dan beliau bersama yang lain mendirikan masjid Nabi di Madinah. Sedang Muslim lain mengangkat satu batu pada satu ketika beliau mengangkat dua. Beliau juga bersama yang lain mengali parit keliling Madinah. Beliau ditutupi debu. Rasul Allah sendiri membuangkan debu di kepala dan muka beliau.

Apabila Ammar mendengar berita kematian Abu Dharr al-Ghiffari, beliau berduka untuknya. Uthman mentafsirkan kedukaan beliau untuk Abu Dharr sebagai penentangan beliau kepada dirinya [Uthman]. Dia amat marah dan mengarahkannya supaya meninggalkan Madinah, dan pergi ke Rabza (di dalam pengusiran). Apabila Ammar bersedia untuk meninggalkan Madinah, Bani

357

Page 97: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Makhzum yang mempunyai kaitan dengan beliau menjadi marah. Ali juga turut merasa tidak senang hati. Ali pergi bertemu Uthman, menentangnya kerana mengusir Abu Dharr, dan memberitahunya supaya jangan melakukan perkara yang sama kepada Ammar. Uthman berkata kepada Ali: "Kamu tidak ada bezanya dengan Ammar, dan kamu juga layak untuk diusir dari Madinah." Ali menjawab: "Teruskan dan sila lakukan." Kemudian Muhajirin yang lain campur tangan dan memberitahu Uthman bahawa dia tidak boleh mengusir setiap orang yang tidak disukainya.

Pada suatu peristiwa, Uthman telah mengambil barang perhiasan dari perbendaharaan untuk keluarganya. Di antara mereka yang menimbulkan bantahan terhadap perbuatannya adalah, Ammar ibn Yasir. Uthman telah tidak dapat mengawal dirinya dengan kemarahannya. “Betapa beraninya kamu mempersoalkan perbuatan saya,” jeritnya. Dia kemudian memerintahkan hambanya supaya menangkap Ammar. Dengan keadaan dipegang, Uthman memukulnya dengan ganas sehingga pengsan. Dia telah dibawa keluar dari masjid dalam keadaan demikian ke rumah Umm Salma, balu Rasul Allah. Ammar tidak sedarkan diri sepanjang hari. Apabila beliau sedar, beliau bangun terus pergi mengambil wudu, dan mengerjakan solat dan berkata: “Syukur kepada Allah, ini bukanlah kali pertama saya diseksa kerana berkata benar." (kali pertama Ammar diseksa adalah ketika menegakkan kebenaran Islam, dia ketika itu di Makkah. Diketika itu Abu Jahal yang menyeksa beliau).

Diperistiwa yang lain, sebahagian sahabat Rasul Allah menuliskan surat nasihat kepada Uthman, dan mereka meminta Ammar untuk menyampaikan surat itu kepada Uthman, dia sekali lagi hilang kesabarannya. Sekali lagi Uthman menyuruhkan hambanya memukul Ammar. Mereka menjatuhkan Ammar lalu Uthman menendang kemaluannya dan memukul beliau sehingga pengsan." (al- Fitna-tul-Kubra {The Great Upheaval}, diterbitkan di Cairo pada 1959)

Abdullah ibn Mas’ud

Abdullah ibn Mas’ud adalah seorang sahabat utama Rasul. Seperti yang dinyatakan dahulu, beliau adalah orang pertama membaca Qur’an di Kaabah di hadapan ketua-ketua Quraish, dan telah dipukul oleh mereka kerana melakukannya. Beliau adalah di antara orang yang banyak ilmunya di Madinah. Beliau banyak menghabiskan masanya bersama Rasul Allah, dan lebih memahami dari sahabat yang lain akan semua amalan dan tauladan dari baginda. Atas sebab ini Umar telah meminta beliau untuk selalu bersama dengannya di setiap masa. Terdapat banyak peristiwa di mana Umar tidak tahu bagaimana Rasul telah menyelesaikan masalah atau membuat keputusan di dalam sesuatu perkara. Dalam keadaan begini, dia bertanya kepada Abdullah ibn Mas’ud, dan bertindak di atas nasihat beliau. Kemudiannya Umar telah melantik beliau bendahari Kufa.

Dr. Taha Husain: Abdullah ibn Mas’ud adalah bendahari Kufa apabila Saad bin Abi Waqqas gabenornya. Uthman melucutkan jawatan Saad, dan menjadikan Walid bin Aqaba gabenor yang baru. Walid mengambil pinjaman dari perbendaharaan. Apabila waktu yang dijanjikan telah berlalu, pinjaman itu tidak dikembalikan, Ibn Mas’ud meminta dia membayarnya. Walid memberitahu Uthman mengenainya. Uthman menulis kepada Ibn Mas’ud: "Kamu adalah bendahari saya. Janganlah meminta wang pinjaman dari Walid." Ibn Mas’ud benci perbuatan ini. Dia buang kunci perbendaharaan dan tinggal di rumah.

Semenjak dari itu, Abdullah ibn Mas’ud menjadi pengkritik terhadap polisi politik dan kewangan Uthman. Walid menulis kepada Uthman mengenai beliau, lalu Uthman meminta Walid menghantar Ibn Mas’ud ke Madinah.

Ibn Mas’ud tiba di Madinah, dan masuk ke dalam masjid. Apabila beliau masuk ke masjid, Uthman sedang memberikan khutbah. Apabila Uthman melihat Ibn Mas’ud

358

Page 98: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

masuk ke masjid, dia berkata: "Binatang yang hina lagi busuk sedang datang kepada kamu." Ibn Mas’ud berkata: "Bukan begitu. Saya adalah sahabat dan rakan Rasul Allah. Saya berperang di Badr, saya adalah sahabat di bawah pokok." Aisyah juga mendengar dari biliknya apa yang Uthman telah kata, dan dia berkata dengan kuat: "Beginikah bahasa yang kamu gunakan untuk sahabat Rasul Allah?"

Uthman mengarahkan Abdullah ibn Mas’ud supaya keluar dari masjid Nabi. Hamba-hamba Uthman membawanya beliau keluar dari masjid dan menghempasnya kebumi, mematahkan tulang rusuknya.

Ali bangun untuk menegur Uthman, dan berkata: "Kamu telah menyakiti sahabat Rasul Allah hanya dari laporan Walid. Kamu tahu bahawa Walid adalah seorang pendusta." Beliau kemudian membawa Ibn Mas’ud pulang ke rumahnya.

Tetapi Uthman tidak puas hati dengan apa yang dia telah lakukan. Setelah mematahkan tulang rusuknya, dia hentikan membayar pencen beliau, dan melarang beliau dari meninggalkan Madinah. Ibn Mas’ud berhajat hendak pergi ke Syria dan mengambil bahagian di dalam kempen tetapi Uthman telah mengulangi apa yang dia dengar dari kata-kata Marwan: "Dia telah mengadakan cukup kekacauan di Kufa; jangan biarkan dia melakukan yang sama di Syria." (ms. 160) (al- Fitna-tul-Kubra {The Great Upheaval}, diterbitkan di Cairo pada 1959)

Seperti yang telah dinyatakan dahulu, Abdullah ibn Mas’ud telah membuat pengumpulan ayat-ayat Qur’annya sendiri, dan dia telah menyusunnya dalam tertib ayat itu diturunkan. Tetapi Uthman telah melantik orang kesayangannya, Zayd bin Thabit, untuk mengumpulkan dan menyusun ayat-ayat Qur’an. Uthman tidak “mengiktiraf” koleksi Ibn Mas’ud, dan memerintahkan beliau supaya menyerahkan salinannya. Abdullah ibn Mas’ud enggan melakukan, maka hamba-hamba Uthman memecah masuk ke rumah beliau, dan merampas salinan Qur’an darinya. Salinan itu kemudiannya di bakar atas perintah Uthman.

Uthman menggunakan kuasa pemerintah di dalam menangani orang seperti Abu Dharr al-Ghiffari, Ammar ibn Yasir dan Abdullah ibn Mas’ud kerana mereka tidak mahu bertolak ansur dengan prinsip mereka. Kesemua ketiga-tiga mereka terpaksa membayar penalti [hukuman] kerana keengganan mereka, tetapi dengan besar hati mereka membayarnya.

Uthman juga bertelagah dan bertikai dengan beberapa orang yang tidak mementingkan perkara prinsip. Di antaranya adalah Abdur Rahman bin Auf dan Amr bin Aas. Kedua mereka mempunyai kaitan terhadap perlantikannya kepada kedudukan khalifah.

Uthman and Pelanti-raja

Uthman sepatutnya berterima kasih kepada kedua manusia ini yang telah melantiknya sebagai khalifah Muslim. Tetapi jika Uthman berterima kasih kepada mereka, dia telah tidak menunjukkannya. Dia telah berikan tamparan yang memeranjatkan kepada seorang, dan menjadikan seorang lagi musuhnya yang paling ketat.

Abdur Rahman bin Auf

Apabila Muslim telah kehilangan semua harapan yang Uthman akan membetulkan cara hidupnya, mereka berpaling dengan penuh kekecewaan kepada Abdur Rahman bin Auf; memberitahunya bahawa tidak ada yang betul lagi di dalam Dar-ul-Islam, segala yang salah telah di lakukan di dalamnya, dan tanggungjawab terhadap keadaan begini adalah sepenuhnya dari dia [Abdur Rahman] oleh kerana dia yang menjadikan Uthman khalifah.

359

Page 99: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Abdur Rahman mengakui bahawa apa yang dia telah lakukan adalah salah dan dia menambah:

"Saya tidak pernah terfikir tabiat yang begitu buruk dari Uthman. Dia telah mengecewakan saya. Dan kini biarlah Tuhan menjadi saksi bahawa saya tidak akan berkata-kata dengan dia lagi."

Penolakan Abdur Rahman untuk tidak berkata-kata dengan Uthman tidak dapat memulihkan bencana yang telah terjadi dan tidak juga dapat merubahkan sesuatu perkara untuk seseorang. Tetapi dia mengekalkan “prinsipnya” dan tidak berkata-kata dengan Uthman untuk menunjukkan kepada dia bagaimana dia benci terhadap perbuatan Uthman.

Amr bin Aas

Amr bin Aas telah menawan Mesir atas daya usahanya. Setelah penaklukan, dia telah dilantik sebagai gabenor oleh Umar. Sejurus sebelum Umar mati, dia telah menghantar Abdullah bin Saad bin Abi Sarh, saudara angkat Uthman, ke Egypt, untuk berkongsi tanggungjawab belanjawan bersama dengan Amr bin Aas. Apabila Umar mati dan Uthman menjadi khalifah, Abdullah bin Saad menulis surat kepada Uthman bahawa Amr bin Aas telah menggunakan perbendaharaan awam. Uthman serta merta melucutkan jawatan Amr, dan menjadikan Abdullah gabenor yang baru dan ketua pasukan tentera di Egypt.

Setelah dipecat dari kedudukannya, emperor Byzantine menghantar tentera laut ke Egypt di mana dia berjaya menawan Alexandria dalam tahun 646 M. Abdullah bin Saad tidak dapat mempertahankan wilayahnya, dan Uthman terpaksa melantik semula Amr sebagai gabenor dan ketua tentera. Amr mengalahkan tentera Byzantine, dan menawan semula Alexandria. Tetapi sebaik sahaja Mesir telah aman dari tentera Byzantine, Uthman sekali lagi melucutkan jawatan Amr, dan memberikan semua kuasa di Mesir kepada saudara angkatnya semula.

Mesir adalah cinta pertama Amr bin Aas. Cita-cita terbesar di dalam hidup ini adalah untuk memerintah Egypt. Telah dinafikan sekarang, bukan sahaja hasil dari penat lelahnya tetapi juga pengiktirafan terhadap perkhidmatannya, dia kini kembali ke Madinah, sebagai seorang yang begitu pahit, benci dan amat kecewa. Oleh kerana di Madinah dia tidak punya apa yang hendak dilakukan, dia menyibukkan diri dengan menyebar dan berkomplot terhadap orang yang menjadikan dia kecewa, Uthman. Apabila Uthman telah dibunuh oleh pemberontak, Amr dengan terbuka menyombongkan diri dengan berkata:

"Saya adalah Abu Abdullah. Apabila saya telah memutuskan untuk melakukan sesuatu, tidak ada apa yang dapat menahan saya."

Sir John Glubb: "Amr ibn al-Aas, telah dua kali menawan Mesir, tetapi dengan cepat juga telah disingkirkan oleh Uthman di dalam mengutamakan saudara angkatnya, begitu sibuk menyebarkan ketidakpuasanya di Madinah." (The Great Arab Conquests, ms.299, 1963)

"Amr ibn al-Aas, penakluk Mesir, telah hidup di Madinah semenjak disingkirkan oleh Uthman, dan telah menjadi di antara pengkritik yang paling tajam kepada khalifah yang tua." (The Great Arab Conquests, ms.324, 1963)

Amr bin Aas telah bertembung dengan Uthman banyak kali di dalam masjid Nabi dan juga di dalam istananya. Di dalam satu petembungan itu, Amr meminta Uthman menyatakan taubatnya secara terbuka terhadap tindakannya yang diragui di dalam pengurusan urusan kerajaan.

360

Page 100: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Sir John Glubb: "Amr ibn al-Aas, apabila ditanyakan pendapatnya oleh Uthman telah menjawab dengan kasar, ‘Kamu telah meletakkan ke seluruh ummat di bawah pemerintahan Bani Umayyah. Kamu telah menyeleweng dan begitu juga ummat. Putuskanlah sama ada bertukar menjadi adil atau lepaskan jawatan kamu." (The Great Arab Conquests, ms.300, 1967)

Amr bin Aas menolak Uthman dan mengutuknya dengan terbuka, dan tidak ditinggalkan juga bapanya. Anehnya tidak terlintas pada diri Uthman untuk menggunakan kuasa yang ada padanya seperti yang dia lakukan kepada Abu Dharr al-Ghiffari, Ammar ibn Yasir dan Abdullah ibn Mas’ud. Dia telah banyak kali bertentangan dengan Amr bin Aas, dan dia tidak pernah mengancam untuk mengusirnya ke Rabza, dan dia tidak pernah menyuruh hamba-hambanya menghumban Amr keluar dari masjid atau istananya dan mematahkan tulang rusuknya. Mungkin Uthman fikir, orang yang bijak seperti dia, bahawa pertikaman lidah yang Amr tujukan kepadanya tidak menyakitklan tubuh badannya sama sekali, dari itu tidak perlulah untuk dia membalas tindakan Amr itu. Lebih-lebih lagi mereka hanya berbeza dari lingkungan ahli “kelab” ekslusif sahaja, di mana mereka berdua adalah ahlinya. Tetapi Abu Dharr al-Ghiffari, Ammar ibn Yasir dan Abdullah ibn Mas’ud, bukan ahli kelab tersebut. Dari itu perundangan yang dikenakan ke atas mereka tidaklah sama seperti yang dikenakan kepada ahli seperti Amr bin Aas.

Sebab-sebab Pembunuhan Terhadap Uthman

Uthman menjadi khalifah selama dua belas tahun. Ikatan kuasa yang diwarisi dari Umar, berjalan lancar selama enam tahun pertama. Terdapat keamanan untuk dirinya dan juga Muslim. Tetapi di dalam enam tahun terakhir, kebencian mula timbul terhadap dirinya, dan kebencian ini terus membesar sehingga sampai ke puncaknya dalam tahun 656 M. apabila pemberontak yang marah dan tidak terkawal, membunuhnya di dalam istananya sendiri di Madinah.

Manusia mempunyai sebab yang sahih di atas penentangan mereka. Mereka tahu banyaknya emas dan perak masuk ke dalam perbendaharaan dari jajahan sekeliling tetapi mereka tidak nampak satu pun darinya. Semuanya hilang ke dalam simpanan persendirian dari ahli yang memerintah. Ahli pemerintah terdiri dari Bani Umayyah, suku kaum Uthman. Umayyah, di bawah pemerintahan Uthman, mendapat pengaruh dan kuasa yang tidak dapat dibayangkan. Muslim benci terhadap kesombongan mereka, perasaan menunjuk-nunjuk, dan keangkuhan yang mereka tunjukkan terhadap kuasa dan kekayaan yang mereka miliki.

Uthman telah menyingkirkan segala gabenor dan pemerintah yang dilantik oleh Abu Bakar dan Umar, dan pada kedudukan mereka dia melantik orang yang mempunyai kelayakan yang dia adalah dari Umayyah. Manusia di dalam daerah menderita ditapak kaki gabenor dan pemerintah yang baru. Mabuk dengan kuasa, mereka telah memerintah dengan sekehandak hati mereka. Mereka menganggap diri mereka tidak tercapai oleh perundangan. Keutamaan Umayyah lebih diutamakan dari kepentingan ummat, dan hak mereka telah mengalahkan hak Muslim. Ummat kini mengenal mereka sebagai parasit yang mengambil kesempatan dan yang telah merampas kerajaan Madinah. Dari itu daerah-daerah ini telah dipenuhi perasaan penentangan dan pemberontakan.

Orang yang pertama memberikan perlindungan kepada Umayyah adalah Abu Bakar dan Umar. Kedua mereka yang telah membukakan seolah penutup botol, yang kini terlihat oleh ummat bahawa tidak ada cara untuk memasukkan jin itu semula ke dalamnya. Uthman juga telah mengubah imbangan persamaan politik dengan menjauhkan kumpulan kuda tua seperti Abdur Rahman bin Auf dan Amr bin Aas. Dia telah menimbulkan kemarahan Bani Ghiffar dan sekutunya dengan mengusir Abu Dharr ke Rabza, di mana beliau telah meninggal dunia di sana. Dia

361

Page 101: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

juga menimbulkan kemarahan Bani Makhzoom dan sekutunya dengan memukul secara zalim Ammar ibn Yasir, dan dia menjadikan Bani Hudhail dan Bani Zuhra musuhnya dengan menyuruh hambnya memukul Abdullah ibn Mas’ud.

Uthman masih selamat selagi dia mengusir atau memukul sahabat Rasul Allah seperti Abu Dharr al-Ghiffari, Ammar ibn Yasir dan Abdullah ibn Mas’ud. Mereka bukan dari suku kaum yang kuat dan Uthman tidak merasa takut terhadap mereka. Tetapi kemudiannya dia menyingkir Amr bin Aas, gabenor Mesir. Dengan melakukan ini, dia telah menuliskan sendiri bencana untuk dirinya. Amr bin Aas telah memecahkan sarang tabuan untuk Uthman. Dia kelihatan sibuk mencari musuh yang baru. Rekruit baru yang masuk ke dalam kem musuhnya adalah Aisyah, balu Rasul. Semasa pemerintahan bapanya dan juga Umar dia telah dilayani seperti pemaisuri. Tetapi Uthman tidak menunjukkan layanan yang sama seperti mereka. Malah dia telah kurangkan pencen Aisyah, dan ini telah menimbulkan kemarahannya. Aisyah telah mengelar Uthman Na'athal (yahudi Madinah), dan secara terbuka menghasut manusia menentang dia dengan berkata: "Na'athal ini telah kembali kepada jahiliah. Bunuhlah dia. Semoga Allah membunuhnya."

R.V.C. Bodley: Uthman bukanlah seorang yang terkenal semasa Muhammad masih hidup. Hari ini dia telah menunjukkan, dia tidak punya apa-apa kualiti dari mereka yang sebelumnya. Dia mudah dipengaruhi dan tidak teragak-agak menggantikan ketua tentera dan gabenor dengan orang kesayangannya, tidak kira walaupun mereka tidak berkelayakkan. Dia juga membuat kesalahan dengan menyakiti Aisyah.

Perkara itu adalah kecil, tetapi itu telah menimbulkan kemarahan yang besar dan telah mengeluarkan segala perasaan dendam yang ada pada diri Aisyah: Othman hanya mengurangkan pencennya sama seperti balu-balu yang lain!

Aishah selalu rasa bahawa dirinya yang paling dikasihi oleh Muhammad. Semasa pemerintahan bapanya dan Umar, dia telah dipandang sama seperti ketika suaminya masih hidup. Tetapi apabila dua orang yang menyanjungnya telah mati, dia tahu bahawa dia memerlukan segala kebijaksanaan untuk mengekalkan kedudukannya. Maka apabila, Othman mula membuat sedikit serangan terhadapnya, Aisha membuat keputusan bahawa dia tidak layak menjadi pengganti suaminya. Apabila dia telah bertekad demikian, apa yang tinggal hanya mencari cara yang terbaik utuk menghapuskan musuhnya. Alasan atau sebab yang digunakan tidak punya kaitan dengan situasi sebenar. Apabila dia mahukan sesuatu dilakukan, ianya akan dilakukan, tidak kira apa juga etikanya. Dalam perkara ini Uthman telah memberi Aisha segala bantuan yang diperlukannya. (The Messenger – the Life of Mohammed, New York, 1946)

Madinah, dahulunya adalah simbol ketaqwaan dan keimanan, kini telah berubah. Kota Nabi telah menjadi, selepas wafatnya baginda, menjadi simbol segala kejahatan yang telah dibawa balik bersama dengan penjajahan terhadap negara asing dan kapitalisme yang tidak dibendong. Janganlah dianggap bahawa Muslim Madinah menerima segala perubahan dan penyelewengan dari ajaran Islam. Bukan begitu. Tetapi mereka tidak punya kuasa untuk menentang penyalah gunaan kuasa di dalam kerajaan. Mereka membantah tetapi bantahan mereka sampai ketelinga yang pekak. Suara-suara Abu Dharr al-Ghiffari, Ammar ibn Yasir dan Abdullah ibn Mas’ud yang lantang menyatakan bantahan terhadap materialisme yang mengancam akan menelan Islam, telah dilenyapkan dengan kuasa kezaliman. Mendapati diri mereka dijalan yang buntu, para sahabat yang berada di Madinah, pada tahun 654 mula menulis surat kepada Muslim yang berada di dalam daerah, meminta mereka menghantar perwakilan kepada khalifah terhadap jenayah yang telah dilakukan oleh Marwan dan gabenor daerah, dan meminta khalifah menyingkirkan mereka.

362

Page 102: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muslim di dalam daerah juga menjadi mangsa terhadap kekejaman dan penindasan, dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kini mereka memutuskan, setelah bertukar-tukar surat dengan para sahabat, untuk menghantar delegasi ke Madinah, menyatakan rungutan mereka kepada khalifah, dan untuk memintanya menyelesaikan masalah. Uthman tahu mengenai surat yang dihantarkan para sahabat kepada daerah-daerah. Sepatutnya Uthman cuba menyelesaikan masalah tersebut tetapi tindakan yang diambil sebaliknya telah memburukkan lagi keadaan. Tabari, seorang ahli sejarah berkata bahawa Uthman telah menulis surat kepada Muawiyah gabenornya di Syria seperti berikut:

"Warga Madinah telah murtad, mereka telah melanggar bai’ah mereka kepada saya. Mereka sekarang telah mendurhaka. Dari itu, kamu hendaklah dengan segera menghantar kepada saya wira-wira Syria yang gagah berani, dengan tunggangan yang pantas." (History, Volume III)

Tetapi Muawiyah tidak berniat untuk patuh kepada perintah Uthman. Tabari berkata lagi:

"Apabila Muawiyah menerima surat Othman, dia mengambil keputusan untuk melihat situasi itu dahulu, dan dia memilih untuk tidak menentang para sahabat Rasul dengan cara terbuka kerana dia tahu bahawa mereka semua bersatu menentang Othman."

Muawiyah sedang melihat situasi bagaimana dia hendak memainkan peranannya. Dia bukan orangnya yang boleh diubah untuk bertindak atas perasaan moral [terhutang budi], untuk menentang para sahabat Rasul. Muawiyah punya kemampuan dan kekuatan tetapi dia tidak mahu menolong Uthman.

Abul Fida, seorang ahli sejarah berkata bahawa dalam tahun 656 delegasi 700 orang datang ke Madinah dari Mesir, dan delegasi yang sama datang dari Kufa dan Basra. Mereka datang untuk mencari penyelesaian terhadap penyelewengan pemerintahan bereukratik dan penyalah gunaan perbendaharaan awam di Madinah dan di kawasan daerah. Jika Uthman sanggup bertemu dan mendengarkan rintihan mereka, dia jika dia memberikan jaminahn bahawa dia merasa simpati dengan penderitaan yang ditanggung, maka mereka akan merasa puas dan kembali semula ke tempat asal mereka. Tetapi malangnya Uthman tidak lakukan itu semua.

Delegasi Mesir yang berkhemah diperbatasan Madinah, menghantar perwakilan bersama sepucuk surat kepada Uthman, meminta kebenaran untuk bertemu dengannya. Di dalam surat mereka meminta Uthman untuk menlucutkan saudara angkatnya, Abdullah bin Saad bin Abi Sarh, dari kedudukan sebagai gabenor Mesir, dan memulihkan pentadbirannya. Uthman sepatutnya memikirkan permintaan mereka, tetapi sebaliknya Uthman mengarahkan hambanya supaya menghumban keluar perwakilan tersebut.

Orang-orang Mesir masuk ke dalam kota, dan memberitahu penduduknya apa yang telah dilakukan oleh Uthman. Delegasi dari Kufa dan Basra telah berada di Madinah, dan mereka mengatakan sokongan mereka kepada delegasi Mesir. Ketiga-tiga delegasi kini mendirikan khemah berhampiran dengan istana khalifah. Pada hari Jumaat berikutnya, Uthman memimpin solat jamaah, dan dia membaca khutbah. Berdiri di atas mimbar, dan berucap kepada delegasi Mesir dan Iraq, dia berkata:

"Rasul Allah telah meramalkan bahawa pembawa berita palsu satu hari akan datang ke kota dan menggangu ketenteamannya. Dia mengutuk mereka semua, dan sekarang kamu dapat melihat apa yang mereka lakukan."

363

Page 103: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Jamaah mendengarkan segala yang Uthman ucapkan, dan mula terdapat kegelisahan di dalam masjid dari ucapannya. Seorang telah membaling batu kepada Uthman dan mengenainya dimuka, dia terjatuh dari mimbar dan dibawa keluar keistananya.

Selepas peristiwa ini Uthman telah dikepong di dalam istananya. Tetapi dia masih boleh pergi ke masjid dan mengimami solat. Beberapa hari kemudian warga Mesir dan Iraq menghalangnya dari memasuki masjid sehingga dia mahu mendengar kepada apa yang mereka hendak katakan, dan mereka melantik Ghafiqi, seorang ahli dari delegasi Mesir untuk menjadi Imam solat.

Di dalam keadaan tersepit ini, Uthman meminta pertolongan Ali supaya melepaskan kepungan terhadap dirinya. Ali berkata kepada Uthman:

"Rungutan mereka benar dan tuntutan mereka munasabah. Mereka tidak akan pergi dengan hanya saya yang menyuruhnya. Mereka akan pergi jika kamu berikan sumpah kamu untuk menerima tuntutan mereka."

Uthman berkata: "Saya berikan kamu kuasa untuk berbincang dengan mereka. Apa sahaja syarat yang kamu setuju dengan mereka, saya akan menerimanya." Ali bertemu dengan ketua delegasi Mesir dan berbincang dengan mereka. Mereka bersetuju untuk pulang ke Mesir jika Uthman memanggil pulang saudara angkatnya, Abdullah bin Saad, dan melantik Muhammad ibn Abu Bakar sebagai gabenor yang baru menggantikan tempatnya. Ali memberitahu Uthman apa yang dia perlu lakukan jika dia mahu delegasi Mesir meninggalkan Madinah.

Uthman bersetuju untuk melantik Muhammad ibn Abu Bakar sebagai gabenor baru Mesir. Ini telah memberikan kepuasan kepada delegasi Mesir. Muhammad ibn Abu Bakar meninggalkan Madinah untuk mengambil alih tugasnya yang baru, dan ramai delegasi Mesir perrgi bersama dengannya. Uthman sekali lagi boleh masuk ke Masjid dan memimpin Muslim bersolat. Peristiwa ini kelihatan seperti telah selesai..

Tetapi malangnya tidak. Uthman merubah kesombongannya, Marwan, telah menggunakannya seperti bangkai bernyawa. Apabila dia mendengar bahawa orang-orang Mesir telah meninggalkan Madinah dengan seorang gabenor dari pilihan mereka, dia memberi Uthman nasihat seperti berikut:

"Sebahagian dari orang Mesir telah meninggalkan Madinah, tetapi mereka yang datang dari daerah lain, masih ada di sini. Contoh dari orang Mesir akan memberi kepada mereka semangat juga untuk mengemukakan permintaan yang yang bukan-bukan. Untuk menghalang ini daripada berlaku, kamu hendaklah berucap di dalam masjid dengan mengatakan ‘Orang-orang Mesir telah mendengar khabar-khabar angin di dalam negeri mereka. Apabila mereka sampai di Madinah, mereka dapati apa yang mereka dengar adalah palsu. Mereka kini telah berpuas hati dan mereka telah kembali ke tempat mereka. Sekarang kamu juga harus kembali ke tempat kamu.'"

Uthman tidak mahu mengatakan pembohongan yang nyata itu, tetapi Marwan mempunyai kuasa untuk membuatnya melakukan apa sahaja. Dengan keberatan, dia akhirnya bersetuju. Dia mengimami solat dan kemudiannya memberikan syarahan dengan berkata:

"Wahai Muslim! Orang-orang Mesir telah mendengar laporan yang palsu mengenai khalifah mereka, dan mereka datang ke Madinah untuk memastikannya. Di sini mereka lihat apa yang mereka dengan semuanya adalah palsu. Maka mereka telah berpuas hati, dan kembali ke Mesir. Sekarang kamu juga perlu kembali ke tempat kamu masing-masing." (Tabari, History, Volume III)

364

Page 104: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Belumpun sempat perkataan terakhir keluar dari mulutnya apabila penentangan mula berlaku di dalam masjid. Setiap orang menjerit kepada dia: "Uthman, bertaubatlah! Uthman bertaubatlah! Kamu telah berdusta. Takutlah kepada Allah. Kamu telah berdusta di dalam rumah Allah, dan di atas mimbar RasulNya."

Uthman menjadi panik, dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan, dia terpaksa bertaubat. Dia meminta ampun kepada Allah di atas kesalahannya, dan pulang keistananya.

Ali amat terkejut dan tidak percaya di atas tindakan Uthman, di atas keterlaluannya menyatakan pendustaan di dalam masjid Nabi. Bagaimana pun beliau pergi berjumpa dia sekali lagi, dan bertanyakan mengapa dia melakukan begitu. Uthman meminta beliau menyelesaikan masalah itu bagi pihaknya dengan Muslim sekali lagi.

Ali memberitahu dia bahawa, jika dia benar-benar ikhlas, dia masih boleh memenangi keyakinan dan penghormatan dari Muslim jika dia mengaku akan kesalahannya, dan dia benar-benar ikhlas meminta maaf kepada mereka. Beliau juga mengingatkan dia, jika tidak, maka orang asing yang ada di kota akan mengepung istananya, dan jika itu yang mereka lakukan maka beliau tidak dapat lagi memujuk mereka. Uthman, di dalam keadaan terpaksa, meyakinkan Ali bahawa itulah yang dihajatinya dan akan melakukan seperti yang dinasihatkan oleh beliau. Ali dengan itu telah meyakinkan penduduk Iraq, Mesir dan Muslim yang lainnya bahawa khalifah telah menerima kehendak mereka, dan beliau juga mengingatkan mereka bahawa mereka juga punya tanggung jawab seperti menunjukkan penghormatan, patuh dan berikan sokongan kepada khalifah.

Pada keesokkan harinya Uthman pergi ke masjid, mengaku kesalahannya dan meminta ampun kepada Tuhan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya, dan berjanji akan mengambil tindakan segera terhadap permintaan Muslim untuk menunjukkan ada perubahan di dalam kerajaannya.

Para pendengar begitu sedih di atas keinsafan dan janji dari khalifah mereka, ramai di antara mereka yang mengalirkan air mata sebagai tanda telah “berubahnya hati”. Seolah-olah air mata itu telah membersihkan segala yang dendam, kebencian dan kepahitan yang telah terjadi sebelum ini bagi mereka yang terlibat. Melalui usaha Ali perdamaian kelihatan seperti telah tercapai, dan ianya suatu keajaiban. Tetapi keajaiban ini hanya untuk seketika sahaja.

Uthman meninggalkan masjid dengan banyak pendapat-pendapat baru untuk ketaqwaan. Tetapi apabila dia memasuki istananya, dia mendapati Marwan, ketua penasihat perancang polisinya, sedang menunggu untuk memberikan nasihatnya yang baru. Tetapi sebelum dia sempat berkata apa-apa, isteri Uthman, Naila, yang ada di situ menahannya, dan tikaman lidah yang berikutnya telah berlaku:

Naila: Demi Tuhan, tutuplah mulut kamu, setelah segala bencana yang telah kamu lakukan. Jika tidak, pasti kamu akan mendatangkan kehancuran kepada orang tua ini [Uthman]. Kamu dengan keangkuhan kamu telah menolak dia kejurang kamatiannya.

Marwan: Siapakah kamu untuk masuk campur dalam urusan ini? Sudahkah kamu lupa bahawa kamu adalah anak perempuan seorang lelaki yang tidak tahu bagaimana mengambil wudu’ untuk solat?

Naila: Kamu pendusta yang amat jahat. Sebelum menyebutkan bapa saya, kamu hendaklah ingat bahawa kamu dan bapa kamu adalah yang dikutuk oleh Allah

365

Page 105: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dan RasulNya. Jika saya tidak menahan diri disebabkan oleh orang tua ini [Uthman], saya pasti telah memberikan pengajaran kepada kamu.

Naila kemudian berpaling kepada suaminya dan berkata:

"Jangan dengar kepada orang yang jahat yang rosak akhlak ini. Siapakah dirinya? Siapakah yang memberinya bersuara? Jika kamu mahukan keselamatan, maka bertindaklah dengan nasihat Ali. Tidakkah kamu lihat bertapa mulia dan berpengaruhnya beliau di antara Muslim?"

Ini adalah satu-satu nasihat yang amat berguna Uthman pernah terima dari ahli keluarganya sendiri tetapi dia tidak menerimanya. Kemudian Naila beredar dari situ. Sebaik sahaja dia hilang dari pandangan, Marwan berkata kepada Uthman: "Kamu telah melakukan kesalahan yang besar di dalam masjid dengan mengaku segala kesalahan kamu, dan bertaubat di hadapan umum. Dengan mengaku membuat kesalahan telah membawa kumpulan itu dari masjid kehadapan istana kamu. Mereka ada di sini kerana telah melihat kelemahan kamu. Jika kamu telah bertegas, mereka pasti tidak berani datang kemari. Hanya satu cara untuk menangani mereka, iaitu dengan menunjukkan kepada mereka kuasa dan pemerintahan kamu, adalah tegas."

Sekumpulan Muslim sebenarnya telah berkumpul di pintu istana khalifah. Tetapi itu adalah perhimpunan yang aman. Ramai Muslim dari kota dan dari luar telah berkumpul untuk mendengar kenyataan penting mengenai perubahan polisi di dalam pentadbiran kerajaan. Uthman sepetutnya telah keluar untuk menyambut mereka. Tetapi sebaliknya, dia mengizinkan Marwan untuk bertemu mereka, dan menyatakan ketegasan pemerintahannya.

Ide Marwan mengenai ketegasan adalah dengan menggunakan kekerasan, bahasa yang mengancam dan menyakitkan. Dengan kuasa baru yang Uthman berikan, dia keluar, dan berhadapan dengan orang ramai yang aman dan tenteram serta berkata: "Mengapa kamu berkumpul di sini? Apakah niat kamu? Adakah kamu datang untuk menyerang kami, atau merompak dan merampas harta kami? Jika itu tujuan kamu, maka dengarkan ini dengan berhati-hati. Kamu tidak akan berjaya. Kamu tidak boleh merampas kuasa dari tangan kami. Kami tidak boleh digertak oleh kamu atau sesiapa sahaja. Sekarang nyahlah dari sini. Semoga Allah mengutuk kamu."

Kali ini Uthman dan Marwan telah pergi ketitik yang tidak boleh kembali lagi!

Muslim menjadi amat terkejut terhadap biadapnya anak menantu Uthman. Tetapi mereka tidak mahu membuang masa dengannya. Malah mereka terus bertemu dengan Ali, dan menyatakan perkataaen yang diucapkan oleh Marwan."

Ali amat kecewa mendengar cerita itu. Adakah apa-apa yang masih boleh dilakukan untuk menyelamatkan keadaan ini? Dia memikirkan persoalan ini, beliau pergi berjumpa dengan Uthman dan berkata kepadanya: "Adakah ini kebajikan yang engkau berikan kepada saudara Muslim? Jika kamu tidak punya lagi kebajikan terhadap mereka, kamu sekurang-kurangnya takutlah kepada kemurkaan Allah. Di dalam kecenderungan kamu untuk menyelamatkan yang murtad dan pendusta, kamu telah hilang ketakutan kepada Allah juga, dan sekarang kamu telah boleh berkata dusta di dalam masjid, dan kamu boleh melanggar sumpah dengan tidak mengelipkan mata. Kamu telah membiarkan Marwan membimbing kamu kemana sahaja yang dia suka. Ingat dia akan membawa kamu kejurang kezaliman, itu pun jika dia belum membawa kamu ke sana, dan kamu tidak dapat membebaskan diri daripadanya. Sekarang saya tidak akan lagi cuba menyelesaikan masalah kamu dengan Muslim. Saya tidak mahu tahu urusan kamu. Ini adalah lawatan saya yang terakhir. Kamu lakukanlah apa yang kamu suka. Tetapi jika kamu memerlukan saya, maka yang pertama kamu

366

Page 106: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

perlu lakukan adalah melucutkan Marwan. Saya akan melepaskan diri saya daripada kamu selagi Marwan berdiri di antara kamu dengan saya."

Ali meninggalkan istana Uthman untuk tidak kembali lagi. Apabila Naila, isteri Uthman, melihat beliau pergi, dia menjadi amat resah. Peristiwa yang berlaku telah membuktikan dia mempunyai penilaian yang lebih baik dari kebanyakan mereka yang mengelilingi Uthman. Walaupun nasihatnya tidak diterima, dia masih juga cuba menyelamatkan apa juga yang boleh dengan mengatakan kepada suaminya:

"Berapa kali telah saya katakan supaya mengusir Marwan. Dia adalah kutukan dileher kamu. Kamu tahu bahawa dia adalah manusia yang tidak punya perasan dan reputasi. Keadaan sekarang amat merbahaya dan sedang menjadi lebih buruk. Kamu telah kehilangan kepercayaan setelah kamu mengkhianati Muslim. Sekarang jika terdapat sesiapa yang boleh menyelamatkan keadaan, orang itu adalah Ali. Jika dia tidak membantu kamu maka kamu dalam kerugian."

Disedarkan dengan kejadian yang berlaku di sekelilingnya, Uthman tahu apa yang diucapkan oleh isterinya adalah benar. Maka dia menghantar utusan meminta Ali datang menemuinya. Tetapi Ali menolak, maka Uthman membuat keputusan untuk bertemu dengan Ali. Untuk tidak dilihat oleh sesiapa dia pergi di waktu malam.

Di hadapan Ali, khalifah yang tua itu telah mencurahkan segala cerita dan ketidak mampuannya, dan meminta maaf dari kebanyakan kesalahannya, dan memberikan jaminahn kepada beliau, bahawa di masa hadapan dia tidak akan melakukan kesalahan yang sedemikian lagi, jika beliau sanggup menjadi orang tengah di antara dirinya dengan Muslim. Bagaimanapun Ali berkata:

"Kamu telah berdiri di atas mimbar Rasul Allah, dan membuat kenyataan palsu. Kamu telah berjanji kepada Muslim akan bertindak adil, dan kemudian kamu melanggarnya. Sekarang semua telah melihat bagaimana kamu menghormati sumpah kamu. Jika Muslim mahu melihat dan berkata-kata dengan kamu, Marwan akan menyakiti dan mengutuk mereka. Bagaimana kamu hendak saya mempercayai kamu sekarang, setelah apa yang kamu tunjukkan sebelum ini. Caranya ada dan pilihan terpulang kepada kamu. Lucutkan Marwan. Jika kamu tidak boleh lakukan itu, maka janganlah harapkan apa-apa dari saya. Dengan Marwan disamping kamu sebagai ketua penasihat, tidak ada apa yang dapat saya lakukan untuk kamu."

Uthman terlalu cinta kepada anak menantunya. Maka syarat Ali tidak dapat diterima, dan dia pulang. (Ali tidak meminta Uthman supaya mengusir Marwan dari Madinah seperti yang Rasul Allah lakukan; beliau hanya meminta dia supaya jangan dipengaruhi oleh Marwan.)

Sedang Marwan bertelagah dengan Muslim di Madinah, Uthman telah menulis surat kepada semua gabenornya meminta mereka menghantar pasukan tentera ke Madinah supaya dia dapat mendisiplinkan pemberontak. Harapannya adalah Muawiyah, dan kepadanya dia menghantar banyak surat, menggesanya supaya menghantar pasukan tentera ke Madinah atau menghantar mereka dengan ketua tentera yang dipercayai. Tetapi tidak seorangpun dari mereka, Muawiyah ataupun gabenor-gabenor yang lain bertindak di atas isyarat kecemasan ini.

Satu hari seorang melihat Uthman di luar istananya, dan berkata: "Saya harap saya dapat menyeret kamu dan orang-orang di sekeliling kamu ke dalam debu." Uthman berkata bahawa mereka-mereka yang berada di sekelilingnya adalah para sahabat rasul. Dia mengatakan bahawa para sahabat itu tidak lain dari Hakam, Marwan, Walid bin Aqaba, Said bin Aas, Abdullah bin Saad bin Abi Sarh,

367

Page 107: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dan kumpulan mereka lainnya. Uthman kemudian berkata: "Apabila tentera sampai, saya akan mengajari kamu."

Tetapi pasukan tentera tidak pernah datang. Muawiyah meramalkan, dan merancang jika kekacauan berlaku di Madinah, dia akan menggunakan kesempatan itu, dan jika boleh akan cuba mendapatkan kedudukan khalifah itu untuk dirinya sendiri.

Apabila kejadian ini sedang berlaku di Madinah, berita buruk datang dari Utara. Muhammad ibn Abu Bakar, gabenor yang dilantik untuk Mesir, telah sampai di Elath di Laut Merah yang diberi nama Teluk Aqaba, dan tidak lama lagi akan memasuki Mesir. Dia sedang berkhemah di Elath apabila ahli dari kumpulannya melihat penunggang unta sendirian yang datang dari arah Madinah. Mereka menahan dia untuk disoal, dan mendapati dia cuba mengelak untuk menjawab, lalu mereka mengeledah barangannya. Setelah mencari sedemikian lama pada dirinya dan juga barangan, akhirnya mereka menemui sepucuk surat yang disembunyikan di dalam tiub timah, dibahagian bawah barangannya. Surat itu ditujukan kepada Abdullah bin Saad bin Abi Sarh, gabenor Mesir, dan mempunyai cop mohor khalifah. Mereka membawa surat dan pembawanya kepada Muhammad. Beliau kemudian memecahkan penutupnya dan terperanjat terhadap isi kandungannya yang seperti berikut:

"Apabila Muhammad ibn Abu Bakar dan ahli kumpulannya tiba di Mesir, tangkap mereka dan bunuh kesemuanya dan kamu teruskan tugas kamu sebagai gabenor Mesir."

(Seperti yang diketahui terdahulu, Abdullah ibn Saad ibn Abi Sarh tidak ada di Mesir pada ketika itu, dia berada di Palestin.)

Pada mulanya Muhammad tidak dapat mempercayai matanya. Bagaimana Uthman boleh mengarahkan gabenornya supaya membunuh diri dia dan pengikutnya? Beliau mengulangi membaca surat tersebut sehingga maksud surat itu benar-benar difahaminya.

Muhammad membuat keputusan untuk kembali semula ke Madinah, beliau pergi ke masjid Nabi, dan menunjukkan surat itu kepada para sahabat untuk mereka membuat pertimbangan. Sebilangan mereka dan juga kumpulan Muhammad pergi berjumpa Uthman, untuk menunjukkan surat itu kepadanya, dan dialog yang berikut adalah di antara mereka:

Para sahabat: Adakah kamu yang menulis surat ini? Uthman: TidakPara sahabat: Cop mohor siapa disurat ini? Uthman: Saya. Para sahabat: Tulisan siapa ini? Uthman: Setiausaha saya. Para sahabat: Hamba siapa yang membawa surat ini? Uthman: SayaPara sahabat: Siapa yang menghantarnya ke Mesir? Uthman: Saya tidak tahu.

Para sahabat: Cop mohor disurat ini milik kamu; tulisannya adalah dari setiausaha kamu; hamba kamu yang membawanya ke Mesir. Jika kamu tidak tahu ini semua, maka samalah seperti kamu sendiri yang mengarahkannya; dan untuk kepentingan ummat Muslim adalah lebih baik kamu turun dari kedudukan khalifah. Biarlah orang lain yang lebih layak dan sesuai untuk menjalankan tugas ini mengambil alih kerajaan Muslim.

368

Page 108: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Uthman: Khalifah adalah pakaian yang Tuhan berikan kepada saya, dan saya tidak dapat menanggalkannya di atas apa sebab sekalipun. Apa yang boleh saya lakukan adalah bertaubat.'

Para sahabat: Taubat kamu tidak boleh memperdayakan kami lagi. Kamu telah bertaubat banyak kali. Dari itu berundurlah kamu supaya orang lain yang lebih layak dari kamu boleh menjadi khalifah. Kamu katakan kamu tidak tahu siapa yang menghantar surat ini. Jika kamu berkata benar maka tiada yang lain dari anak menantu kamu, dia juga adalah setiausaha kamu. Dia menulis dan menghantarnya. Dia adalah penjenayah yang sebenar, bersedia untuk mengambil banyak nyawa Muslim yang tidak berdoasa. Sekarang jika kamu ikhlas, serahkan dia kepada kami supaya kita dapat menyiasat dan mengadakan pengadilan. Uthman: Saya tidak boleh menyerahkan Marwan kepada kamu.

Para sahabat: Maka kami sekarang faham bahawa kamu adalah sekutu di dalam jenayahnya, dan kamu juga mahukan Muslim yang tidak berdosa supaya dibunuh apabila mereka tiba di Mesir hanya kerana Marwan tidak suka kepada mereka.

Para sahabat kemudian pergi ke Masjid untuk melaporkan kepada orang Iraq dan Mesir hasil dari pertemuan mereka dengan khalifah. Maka mereka telah mengepung istana Uthman. Delegasi dari Kufa dan Basra juga mendirikan khemah mereka dikeliling istana khalifah, dan mengistiharkan bahawa dia adalah tawanan mereka sehingga dia menyerahkan Marwan untuk diadili.

Semasa pengepongan tersebut air di dalam istana telah kehabisan. Uthman merayu kepada para sahabat supaya menghantar air, tetapi mereka tidak mempedulikan. Akhir sekali dia mengahantar berita kepada Ali, dan beliau menghantar air dengan dikawal oleh pengawal yang bersenjata. Pengawal tersebut terpaksa berlawan untuk sampai keistana dan memberi kepada mereka cecair yang menyelamatkan nyawa. Uthman masih mengharap seorang dari gabenornya akan menghantarkan tentera terutama Muawiyah, supaya dapat dia menghancurkan pemberontak tersebut. Pada masa yang sama pemberontak sedang memperketatkan ikatan dilehernya.

Pembunuhan Uthman

Banyak peristiwa yang kecil berlaku semasa pengepongan istana Uthman. Terdapat ketika di mana dia melihat sendiri beberapa sahabat terkemuka Rasul bersama pengepong, dan menyuruh mereka meneruskan tekanan terhadap pengepongan tersebut.

Satu hari seorang sahabat Rasul yang bernama Ibn Ayyadh, datang untuk menyelesaikan masalah di antara yang mengepung dan mereka yang terkepong, supaya keamanan kembali ke Madinah. Dia datang kepintu istana dan memanggil Uthman dengan namanya. Uthman melihat dari tingkap di atas, dan menjawab panggilan itu. Ibn Ayyadh meminta dia meletakkan jawatan dan mengakhirkan kekacauan yang terdapat di dalam kota, serta menyelamatkan pertumpahan darah di antara Muslim. Belum sempat dia menghabiskan perkataannya, seorang dari kumpulan Uthman telah membunuhnya dengan panah.

Jeritan marah datang dari mereka yang mengepung. Mereka meminta Uthman memberikan pembunuh tersebut kepada mereka tetapi Uthman menjawab:

"Saya tidak boleh berikan penyokong dan pelindong saya kepada kamu, supaya dia dibunuh? Tidak."

Jawapan Uthman seperti percikan api kepada bahan letupan. Mereka mengasak untuk masuk ke dalam istana dan menangkap pembunuh Ibn Ayyadh. Marwan, Said bin Aas, Mughira bin Khins, dan askar upahan Uthman cuba mempertahan

369

Page 109: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

istana dari dalam, dan mengusir mereka yang mengepung. Mereka kemudian menyerang pintu yang lain, tetapi di setiap pintu mempunyai pengawal.

Apabila pergelutan di pintu pagar istana Uthman berterusan, seorang Ansar, bernama Amr bin Hazm, memanggil pengepong ke rumahnya yang seiring dengan rumah Uthman. Mereka masuk ke rumahnya; naik ketingkat atas, dan dari sana masuk ke rumah Uthman dengan pedang terhunus. Berlaku sedikit pertempuran dengan tentera upahan, di mana sebahagian dari mereka telah terbunuh tetapi semua ahli Bani Umayyah – Marwan, Said bin Aas dan Mughira bin Khins – berjaya menyelamatkan diri melalui pintu rahsia. Marwan dikatakan telah terluka tetapi sembuh kemudiannya. Di dalam kelam kabut, seseorang telah membunuh Uthman. Isterinya, Naila, yang dikatakan telah mengangkat tangannya untuk mempertahankan Uthman dari hayunan pedang telah terpotomg beberapa jarinya di dalam percubaan tersebut.

Uthman telah dibunuh di dalam istananya, setelah ditinggalkan oleh Umayyah. Dua belas tahun setelah perlantikannya atau pemilihannya sebagai khalifah, pemerintahannya hancur, dirinya tercemar, janjinya tidak pernah ditunaikan.

Uthman berusia 84 tahun ketika dia mati. Dia telah menghancurkan rumah yang telah didirikan dengan susuh payah oleh Abu Bakar, Umar dan Abdur Rahman bin Auf. Dia telah gagal untuk menunjukkan kualiti seorang pemimpin, berkebolehan dan berpandangan, ini perlu ada pada seorang khalifah. Dia telah hilang daya ingatan dan telah tidak berpedoman.

Uthman menjadi tawanan di dalam istananya selama 49 hari. Dia meminta Muawiyah datang ke Madinah dan menyelamatkan nyawanya. Tetapi Muawiyah mempunyai satu "jawapan" di atas permintaannya – berdiam diri! Menilai dari diamnya Muawiyah, telah menunjukkan bahawa dia tidak mengambil berat tentang keselamatan Uthman. Dan yang amat memeranjatkan lagi, bahawa ramai dari penyokong Uthman telah mengkritik Ali kerana tidak “menyelamatkan” nyawa Uthman, walaupun beliau tidak punya cara untuk melakukan itu; tetapi mereka telah melepaskan Muawiyah yang tidak melakukan apa-apa untuk Uthman, walaupun dia mempunyai segalanya untuk menyelamatkan Uthman. Pasukan tenteranya yang kecil sahaja, pasti telah cukup untuk melenyapkan segala pemberontak, tetapi dia tidak melakukan apa-apa!

Amr bin Aas seorang dari sahabat Rasul. Uthman telah melucutkan jawatan nya dua kali sebagai gabenor Mesir. Dia tidak pernah memaafkan Uthman di atas pelucutan itu; dia sedang membalas dendam kepadanya. Besar kemungkinan dia yang merancangkan pembunuhan terhadap Uthman, dan dia tidak merahsiakan niatnya. Tetapi dia amat bijak dan licik, serta dapat menyelamatkankan diri tuduhan dan pembuktian sejarah.

Dua orang penghasut yang lain [terhadap pembunuhan Uthman] adalah Talha dan Zubayr. Mereka meniupkan api kemarahan orang awam kepada Uthman, sama seperti yang dilakukan oleh Amr bin Aas. Kedua mereka percaya, sama seperti Amr bin Aas dan Muawiyah, bahawa mereka tidak rugi apa-apa di dalam pemberontakan tersebut, dan mempunyai manfaat dari segalanya. Kesemua mereka mempunyai kaitan terhadap pembunuhan Uthman sama ada jelas atau berselindung atau tidak melakukan apa-apa.

Semasa Uthman dibunuh, Madinah penuh dengan lelaki dan wanita yang berkaliber. Di antara mereka balu-balu Rasul, melainkan Aisyah yang berada di Makkah; Saad bin Abi Waqqas, Abdullah bin Umar bin al-Khattab; Muhajirin dan Ansar; veteran dari peperangan Badr dan Uhud; dan ramai lagi para sahabat yang telah memberikan bai’ah di bawah pokok di Hudaybiyya. Kesemua mereka, tiada siapa di antaranya yang menunjukkan perasaan untuk menyelamatkan nyawa khalifah, melainkan Ali

370

Page 110: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali telah melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Uthman, tetapi tiada siapa yang boleh menyelamatkan orang yang telah bertekad untuk menghancurkan dirinya sendiri. Marwan telah mengecewakan segala usaha Ali untuk memperbetulkan salah laku khalifah, dan telah mengagalkan segala usahanya untuk menyatukan khalifah dengan Muslim. Marwan berdiri umpama tembuk pemisah di antara mereka. Uthman tidak mempedulikan ancaman dan nasihat dari isterinya sendiri, Naila, tidak juga peringatan dari Ali, tetapi terus juga bermain dengan api. Pada dirinya Marwan sajalah yang dapat memberikan inspirasi dan juga yang paling dipercayai.

Di antara penyokongnya Uthman boleh harapkan dua orang sahaja – Marwan dan Said bin Aas – kedua mereka adalah yang dikutuk oleh Rasul Allah. Ulama dan ahli agama Sunni amat menekan pada pentingnya ijmak. Di sini terdapat ijmak dari para sahabat di dalam menahan dari memberikan pertolongan kepada Uthman, dan menentang dia. Mereka [para sahabat] menahan sokongan darinya dan menentang dia hampir kesemuanya. Mereka meninggalkan dia untuk dibunuh, dalam perkataan Umar, oleh “serigala-serigala Arab” Siapakah yang benar dan siapakah yang salah? Ini adalah soalan untuk ahli agama dan ulama Sunni untuk menjawabnya.

Kejadian Selepas Pembunuhan Uthman

Apabila Ali menaikki kedudukan khalifah, beliau mendapati penduduk Madinah terbahagi kepada dua kumpulan. Satu dari kumpulan ini melaungkan pembalasan terhadap pembunuhan Uthman. Kumpulan satu lagi mengekalkan bahawa Uthman telah membayar kesalahan dari kelakuannya, dan persoalan terhadap pembalasan untuk darahnya tidak timbul. Apa juga yang Ali lakukan, tidak dapat dielakkan satu dari kumpulan ini akan bangun menentang pemerintahannya.

Kerajaan yang baru dan masih bergoyang serta Ali sedang berusaha untuk memperkukuhkannya, apabila satu dari kumpulan itu mendesak beliau untuk menghukum pembunuh Uthman. Beliau berkata kepada mereka: "Saya sedar akan perlunya untuk menghukum mereka yang membunuh Uthman. Tetapi adakah kita mempunyai kuasa untuk melakukannya. Mereka boleh menyuruh kita tetapi kita tidak boleh menyuruh mereka. Jika mereka berhasrat mereka boleh menjatuhkan kita. Bolehkan kamu menyarankan, apa sahaja yang boleh kita lakukan atau menundukkan mereka?"

Madinah, pada masa itu di dalam gengaman kumpulan yang menentang Uthman – pemberontak. Merekalah yang memerintah Madinah dan tiada siapa yang berani mencabar mereka. Jika Ali memutuskan untuk menghukum mereka sudah pasti mereka akan menentangnya dengan senjata. Mereka sedar akan kekuatan mereka dan lemahnya kerajaan Madinah. Jika kumpulan pertama iaitu yang mencari pembalasan, dapat merasakan kelemahan di dalam di dalam pasukan pemberontak, pasti mereka telah mencabarnya semasa pengepongan istana Uthman. Tetapi mereka tidak lakukan. Semasa terjadinya pengepongan ketua mereka dari kumpulan pertama telah sembunyikan diri. Tetapi sejurus sahaja Ali dilantik sebagai khalifah, mereka keluar, dan meminta tindakan dari Ali supaya menangkap pemberontak yang membunuh Uthman.

Ketua dari pasukan pertama memutuskan untuk mencabar Ali. Itu adalah pendapat Aisyah, seorang dari ketuanya, yang kini berada di Makkah, bahawa mereka harus menyerang Madinah kerana penbunuh atau pembunuh-pembunuh Uthman semuanya di sana. Tetapi Talha dan Zubayr, dua orang lagi ketua kumpulan itu, yang telah memberitahu Ali bahawa mereka pergi ke Makkah untuk mengerjakan Umrahh, tidak bersetuju dengan Aisyah, dan berkata: "Wahai umm mukminin! Lupakan Madinah. Tentera kita tidak dapat mengalahkan pemberontak

371

Page 111: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

yang berada di sana. Dari itu kita hendaklah pergi ke Basra." (Tabari, History, Vol. III)

Aisyah, Talha dan Zubayr, adalah ketua kumpulan pertama, mereka mempunyai pasukan tentera, mempunyai senjata dan harta, dan kini mereka tidak mahu menyerang Madinah kerana mereka tidak punya kekuatan untuk mengalahkan pemberontak. Jika mereka tidak boleh mengalahkan pemberontak sedang mereka mempunyai pasukan tentera, bagaimana Ali yang tidak punya apa-apa hendak melawan dengan mereka?

Jika Aisyah, Talha dan Zubayr ikhlas hendakkan pembelaan, mereka hendaklah menyerang Madinah dari menyimpang ratusan batu melintasi padang pasir ke Basra. Tetapi mereka lihat pemberontak terlalu ramai untuk dihukum. Warga Madinah, Mesir, Kufa dan Basra semuanya terlibat di dalam pembunuhan Uthman secara terang atau berselindung. Terdapat para sahabat yang menulis surat kepada ketua pemberontak, dan mempelawa mereka ke Madinah, dan terdapat Muhajirin dan Ansar yang memberikan sokongan moral. Tanpa sokongan mereka para pemberontak tentu tidak berani untuk membunuh khalifah di dalam rumahnya sendiri.

Terdapat dua cara untuk menghukum pembunuh Uthman. Satu dengan cara membunuh semua mereka yang mengambil bahagian, secara terang atau sembunyi, tidak kira siapa diri mereka – Muhajirin, Ansar, Mesir ataupun Iraq. Ini adalah mustahil. Tetapi jika boleh dilakukan, kerajaan tidak boleh membunuh ribuan manusia sebagai balasan terhadap pembunuhan seorang manusia.

Cara yang satu lagi dengan menyiasat pembunuhan, menangkap mereka yang sebenar, bawa mereka kepengadilan; dan jika terbukti mereka yang bersalah, maka hukumlah mereka. Ali lebih dari bersedia untuk menjalankan cara ini, tetapi yang pertama sekali beliau terpaksa memulihkan kembali keadaan negara yang baru sahaja dilanda kekacauan selama berbulan lamanya.

Pembunuhan Uthman bukanlah dari hasil provokasi yang mengejut. Perundingan yang penjang telah mendahului jenayah yang dilakukan. Uthman telah dibunuh setelah gagalnya semua perundingan. Delegasi telah datang menemuinya dari kota yang jauh, dan memberitahu dia tabiat melampau gabenornya. Uthman menjanjikan penyelesaian terhadap masalah tersebut tetapi dia mungkir kemudiannya.

Apabila delegasi mengingatkan akan janji-janjinya untuk menggantikan gabenor tersebut, dia berkata:

"Kamu menyarankan bahawa saya melucutkan gabenor saya yang kamu tidak suka, dan saya melantik seorang gabenor yang kamu pilih untuk mentadbir kerajaan. Jika saya melaksanakan segala kehendak kamu, saya menjadi yang tidak berkuasa, dan kamu yang berkuasa di dalam mentadbir kerajaan dan bukannya saya." (Tarikh Kamil - Ibn Atheer, Vol. III, p. 86)

Para delegasi telah menjadi marah dengan jawapan Uthman dan mereka berkata:

"Kamu tidak punya kebolehan untuk membetulkan yang salah di dalam kerajaan kamu, dari itu kamu hendaklah turun dari kedudukan khalifah. Jika tidak kami akan mengambil langkah yang drastik."

Uthman berkata: "Adakah kamu mengancam untuk membunuh saya? Jika begitu, apakah jenayah yang saya telah lakukan untuk saya dijatuhkan hukum bunuh? Dalam Islam, hukuman mati adalah pada kesalahan seperti:

(a) membunuh orang yang tidak bersalah;

372

Page 112: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

(b) murtad; (c) merogol wanita yang suci.

Saya tidak melakukan mana-mana kesalahan ini. Atas tuduhan apa yang kamu hendak membunuh saya?" Para delegasi menjawab seperti berikut:

"Bagi mereka yang menyebarkan fitnah dimuka bumi, atau merampas hak orang lain, hukuman yang tertulis di dalam kitab Tuhan adalah mati. Kamu dengan secara suka rela telah menyalah gunakan kuasa kerajaan. Kamu mengusir dari Madinah sahabat Rasul yang dihormati, dan pesuruh kamu telah memukul sahabat Rasul Allah yang lain. Kamu telah meninggikan pemabuk dan yang murtad ke atas Ummat sebagai pemerintah mereka. Kamu dan gabenor kamu telah menyeksa dan menindas Muslim dan merampas hak mereka. Kamu telah melakukan semua ini dan banyak lagi. Walaupun begitu jika kamu turun secara sukarela kami tidak apa bertindak kepada kamu, dan membiarkan kamu di dalam aman."

Tetapi Uthman tidak mahu turun dari kedudukannya, dia berkata bahawa pakaian khalifah telah diberikan Tuhan kepadanya, maka dia tidak mahu menanggalkannya.

Tuhan pasti boleh memberikan pakaian khalifah kepada sesiapa sahaja yang dihajatiNya. Tetapi pakaian khalifah yang dipakai oleh Uthman telah diberikan oleh Abdur Rahman bin Auf!

Dialog ini telah menjelaskan bahawa manusia telah mengambil langkah terakhir, apabila segala yang lain telah gagal. Mereka telah yakin bahawa pembunuhan terhadap Uthman adalah sesuatu tindakan yang benar. Perbuatan mereka telah diperkukuhakan dari mereka-mereka yang terkenal seperti Aisyah, Talha, Zubayr dan Amr bin Aas, setiap mereka telah mengatakan hukuman mati untuk Uthman, secara terang dan juga sindiran.

Uthman and "Abdullah bin Saba"

Khilafat Uthman telah menunggangi Muslim dan kerajaan yang tempang, dan membolot segala ekonomi. Pembahagian pentadbiran sosial dan awam yang tidak bijaksana, dan telah mendapat penentangan ummat. Pembahagian kuasa inilah yang akhirnya telah menyebabkan kematian khalifah sendiri.

Ramai ahli sejarah Sunni mendapti susuh untuk mengakui bahawa Uthman telah membawa kemusnahan kepada dirinya sendiri. Mereka cuba untuk memperjelaskan atau cuba membolehkan penerimaan, bagaimana boleh terjadinya begitu di dalam pemerintahan Uthman. Tetapi bagaimana? Kegairahan mereka untuk memperjelaskan semua ini telah membawa mereka kepada mencipta apa yang digelar "Abdullah bin Saba."

Mengadakan Abdullah bin Saba "telah menyelesaikan" banyak masalah ahli sejarah Sunni. Dia telah membolehkan mereka untuk mengalihkan kesalahan. Menurut dari orang yang menciptanya, Abdullah bin Saba, adalah seorang Yahudi, dari Yaman yang telah menerima Islam, berhijrah ke Madinah, dan kemudian mula menyebarkan ajaran agama yang palsu dan menyeleweng, serta menyebarkan kebencian terhadap Uthman. Dia kemudian mengaku bertanggung jawab di atas segala kemalangan dan kedukaan yang berlaku dan akhirnya terhadap kematian Uthman itu sendiri!

Dengan ini Abdullah bin Saba, telah menjadi orang yang paling berkuasa di dalm Dar-ul-Islam. Dialah orangnya yang telah menjatuhkan khalifah dari kedudukannya, dan menjadikan ke seluruh kerajaan Islam porak peranda.

373

Page 113: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Apa yang Abdullah bin Saba telah lakukan adalah pendurhakaan. Tidakkah mudah untuk Marwan menangkap dan membunuhnya kerana pendurhakaan itu, jika dia berada di Madinah? Atau tidakkah mudah bagi gabenor-gabenor wilayah untuk menangkap dan membunuhnya, jika dia ada diwilayah tersebut? Tidak, ini semua tidak berlaku, untuk sesuatu sebab yang misteri, dia bebas dari satu pekan ke satu pekan, dari satu daerah ke satu daerah menaburkan fitnah terhadap khalifah, dan tidak ada seorang pun yang dapat menyentuhnya. Dia kelihatan seperti hidup di alam ghaib!

Tidakkah aneh, Uthman dapat menghalau seorang sahabat Rasul yang berkedudukan tinggi seperti Abu Dharr al-Ghiffari ke Rabza (Abu Dharr meninggal di Rabza); dia boleh memukul Ammar ibn Yasir sehingga pengsan, dan dia boleh mematahkan tulang rusuk Abdullah ibn Mas’ud, kedua mereka adalah sahabat Rasul Allah yang utama; tetapi dia boleh membiarkan Amr bin Aas dan "Abdullah bin Saba" untuk menghasut Muslim supaya menentang dirinya dengan cacian yang tajam dan kasar.

Apabila Uthman telah dibunuh, "Abdullah bin Saba" telah mendapati segala tugasnya telah selesai, dan dia pergi "menyembunyikan diri." Tetapi beberapa bulan kemudian dia “muncul” semula, pada petang sebelum peperangan Basra (Peperangan Unta). Penciptanya mengatakan, dialah yang menyebabkan peperangan yang tidak disenangi ini. Bagaimanapun semasa peperangan, atau sejurus setelah peperangan, dia “menghilang” lagi. Dan kali ini dia ghaib untuk selamanya. Amat menakjubkan dia boleh menghilang dengan tidak meninggalkan sebarang kesan. Cara dia menghilang sangatlah sempurana seolah-olah dia tidak pernah “wujud”

Sebenarnya, “keperluan” yang memerlukan untuk mengadakan Abdullah bin Saba, sudah tidak diperlukan lagi, maka dia telah dilenyapkan. Tetapi hingga ke zaman ini, dia akan timbul sesakali apabila ahli sejarah Sunni cuba untuk menerangkan fakta yang sebanar terjadi di era itu.

Dr. Taha Husain, ahli sejarah moden Mesir, telah memperbesarkan misteri Abdullah bin Saba di dalam bukunya, al-Fitna-tul-Kubra. Dia telah menunjukkan bahawa Tabari adalah ahli sejarah pertama yang menulis mengenai Abdullah bin Saba. Tabari telah mendengarnya dari Umar bin Saif. Abdullah bin Saba telah dilahirkan di dalam fikiran Umar bin Saif. Tetapi di dalam punca-punca sejarah sebelum Tabari, Abdullah bin Saba tidak pernah disebutkan di mana-manapun. Ini amat pelik kerana karektor yang begitu “penting” seperti Abdullah bin Saba yang telah menghancurkan masyarakat Muslim di masa pemerintahan Uthman, telah tidak mendapat perhatian dari ahli sejarah sebelum Tabari.

Dr. Taha Husain menimbulkan lagi persoalan bahawa jika kita katakan bahawa terdapat Abdullah bin Saba menyebarkan ajaran yang palsu dan menyeleweng, adakah dia yang telah “menyuruh” Uthman supaya melantik karektor seperti Marwan sebagai perdana menterinya? Muhajirin dan Ansar benci terhadap perlantik Marwan oleh kerana pada pandangan mereka dia tidak lebih dari seorang yang berpenyakit kusta. Dan adakah Uthman bertindak di atas nasihat dan petunjuk dari Abdullah bin Saba apabila dia memecat gabenor-gabenor dari wilayah-wilayah yang dilantik oleh Umar bin al-Khattab, dan melantik saudaranya sebagai pengganti? Kerana ini adalah satu dari sebab utama berlakunya perasaan tidak puas hati di daerah-daerah tersebut. Cerita Abdullah bin Saba adalah satu percuban untuk membuat pembersihan secara dari dalaman. Tetapi ianya tidak cukup bersih!

Di sebelah pihak, mereka yang mengadakan alasan untuk Uthman telah mencipta satu karektor misteri seperti Abdullah bin Saba untuk melindungi Uthman dari

374

Page 114: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

semua tindakannya yang salah, dan di sebelah pihak yang lain mereka cuba menafikan fakta sejarah yang sebenar. Di dalam banyak penulisan dari ahli sejarah terdahulu, yang telah mucul semula sekarang, mereka telah memberikan alasan untuk Uthman dengan menafikan bahawa dia telah menggugurkan gabenor-gabenor yang dilantik oleh Abu Bakar atau Umar, atau tidak terdapat sesuatu yang tercela daripada apa yang telah dilakukannya, atau dia tidak melakukan sesuatu kesalahan.

Ini semua adalah dari akibat hak istimewa dan tindakan yang telah dilakukan oleh Uthman, jika mereka hendak terus hidup di dalam kepalsuan dan pembohongan atau penipuan terhadap diri sendiri, teruskanlah. Tetapi kebenaran yang pahit dan tidak menyenangkan, tidak akan hilang hanya disebab mereka tidak suka kepadanya. Inilah yang telah dituliskan oleh ahli sejarah moden Mesir Dr. Taha Husain di dalam bukunya mengenai perkara tersebut, al-Fitna-tul-Kubra (The Great Upheaval):

"Kita tidak harus mengikuti mereka yang menafikan kebenaran laporan yang sampai kepada kita mengenai permusuhan dan pertentangan para sahabat Muhammad, Pesuruh Tuhan, dan kekacauan yang turut berlaku. Jika kita lakukan itu, kita sebenarnya telah menafikan segala asas sejarah Islam, semenjak dari Rasul menyatakan pengistiharan misi baginda. Mereka yang menyampaikan perkara pertentangan para sahabat dan pemberontakan yang berlaku pada waktu mereka, adalah orang yang sama yang menyampaikan pergelutan, kempen, kemenangan dan juga sira atau riwayat hidup Rasul dan juga kulafa (Abu Bakar and Umar). Dalam perkara ini kita tidak bebas untuk mengambil dan memilih. Kita tidak boleh mengambil apa yang kita suka dan menolak apa yang sebaliknya. Kita tidak boleh mengatakan sebahagian laporan benar dan sebahagiannya palsu.

"Satu perkara yang tidak dapat diragukan adalah bahawa Muslim telah berpecah di dalam perkara Uthman, dan perpecahan mereka berkesudahan dengan kematiannya, dan mereka tidak pernah bersatu semula selepas itu.

"Tetapi perpecahan dan pertentangan itu mempunyai sebab-sebabnya. Ya, benar Muslim yang membunuh Uthman tetapi mereka tidak melakukan dengan tanpa sebab atau alasan." (al- Fitna-tul-Kubra {The Great Upheaval}, diterbitkan di Cairo pada 1959)

375

Page 115: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 59

Ali ibn Abi Talib, Khalifah Ke Empat Muslim

ALI adalah dari suku kaum BANI HASHIM, kaum yang terkemuka di semua jajahan Arab; dan di dalam Bani Hashim, beliau adalah dari keluarga yang ternama, keluarga Abdul Muttalib. Abdul Muttalib mempunyai 10 anak lelaki. Dua darinya adalah Abdullah, bapa kepada Muhammad Mustafa, dan Abu Talib, bapa kepada Ali. Abdullah dan Abu Talib adalah anak dari ibu yang sama, sedangkan saudaranya yang lain dilahirkan dari ibu lain dari bapa mereka.

Ibu Ali, Fatimah, juga dari suku kaum Hashim. Dia adalah anak perempuan Asad anak lelaki Hashim. Asad dan Abdul Muttalib bersaudara. Dia adalah sepupu Abdullah dan Abu Talib.

Ibu Ali, Fatimah bint Asad, adalah wanita yang kedua menerima Islam di dalam semua jajahan Arab, yang pertama adalah Khadijah.

Fatimah bint Asad adalah ibu angkat kepada Muhammad Mustafa, Rasul Allah. Dia membesarkan baginda seperti anaknya sendiri, bahkan telah mencintai baginda lebih dari anaknya sendiri, dan baginda memangilnya ibu.

Bapa Ali, Abu Talib, adalah pelindung Islam, penyelamat dan penjaga Muhammad. Dia berterusan menyokong Islam dan Muhammad, dan tidak gentar menghadapi penentangan dan ancaman dari pihak jahiliah.

Di Makkah dan di Madinah, Muhammad Mustafa mengistiharkan Ali sebagai saudaranya di dunia dan juga di akhirat.

Ali adalah wira peperangan Badr. Dia sendiri telah membunuh setengah dari jumlah semua musyirik yang terbunuh di peperangan tersebut.

376

Page 116: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad Mustafa, Rasul Allah, berikan anak perempuannya yang seorang, Fatimah Zahra, menjadi isteri kepada Ali. Allah telah merahmati perkahwinan itu dengan anak-anak. Anak-anak ini adalah hamba Allah yang taat dan setia. Kebahagian hidup mereka adalah berbakti kepada Tuhan.

Di dalam peperangan Uhud, kebanyakan Muslim lari dari medan pertempuran. Seorang yang tidak lari adalah Ali. Beliau telah menyelamatkan nyawa tuannya pada hari itu.

Ketika Madinah dikepung, Ali telah membunuh Amr bin Abd Wudd, dan dengan itu telah menyelamatkan Madinah dari dihancurkan, dan warganya dibunuh.

Ali menawan Khybar. Dengan tertawannya Khybar, Islam telah menjadi negara yang mempunyai jajahan. Sebelum Khybar ditawan, Islam hanya sebuah kota di dalam lingkungan tembuk Madinah.

Ali adalah setiausaha yang telah menuliskan Perjanjian Hudaybiyya.

Apabila Makkah diserahkan kepada Rasul, Ali naik ke atas bahu Baginda dan memecahkan semua patung berhala yang ada di dalam Kaabah. Beliau dan tuannya, Muhammad, telah mensucikan Rumah Allah untuk selamanya dengan menghapuskan segala saki baki musyirik darinya. Dengan ini Ali adalah sekutu Muhammad, Rasul Allah, dari mula lagi, bersama membina rangka bentuk Kerajaan Langit di Bumi.

Di dalam peperangan Hunayn, Muslim lari sekali lagi. Ali meletakkan dirinya di antara Rasul dan wira-wira musyirik yang mahu membunuh baginda. Ali bertarung dengan mereka sehingga Muslim berkumpul semula.

Dalam Oktober 630 M. (9 H.) Rasul mengetuai ekspedisi ke Tabuk, dan baginda telah melantik Ali sebagai wakilnya di Madinah.

Di antara semua para sahabat Rasul, Ali yang paling berpengetahuan. Dia memahami ilmu Qur’an sepenuhnya dan juga terhadap penghuraiannya. Dia adalah hakim yang terbaik, dan paling fasih berbahasa Arab.

Sejurus sebelum baginda wafat, Rasul telah menubuh dan melengkapkan ekspedisi ke Syria, baginda telah melantik Usama bin Zayd bin Haritha, sebagai pemerintahnya. Dengan pengecualian Ali, baginda telah memerintahkan semua Muhajirin supaya berkhidmat di bawah Usama. Ali dikehendaki tinggal bersama baginda di Madinah.

Di dalam mempertahankan Islam, keluarga Ali yang banyak berkorban untuknya. Ubaidullah ibn al-Harith telah terbunuh di peperangan Badr, syuhada pertama dalam Islam yang gugur di medan perang, adalah sepupunya. Mas'ab ibn Umayr dan Hamza telah terbunuh di peperangan Uhud, kedua mereka adalah bapa saudaranya. Jafar Tayyar telah terbunuh di peperangan Mu’tah adalah saudara tuanya.

Apabila Muhammad Mustafa wafat, Ali menguruskan jenazah dan kebumikan baginda. Beliau tahu apa yang dilakukan oleh para sahabat lainnya, ketika beliau sibuk dengan tugas yang penting ini, dan beliau tidak mengalihkan tumpuan dari tugas tersebut. Tugas lebih diutamakan dari kepentingan sendiri, prinsip didahulukan dari politik, inilah cara hidupnya.

Edward Gibbon: "Kelahiran [keutamaan kaumnya], sekutu [bersama Muhammad], karektor Ali [keperibadian beliau], telah meninggikan beliau lebih dari semua warga Arab, [ini] mungkin telah membolehkan beliau menuntut

377

Page 117: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kedudukan tertinggi yang telah dikosongkan di Tanah Arab. Anak Abu Talib ini, dengan sendirinya adalah ketua keluarga Hashim, dan putera pewaris atau penjaga rumah ibadat di Makkah. Cahaya kerasulan telah padam; tetapi suami Fatimah mungkin boleh mengharapkan warisan dan rahmat dari bapa mertuanya; Arab adakalanya dapat bersabar dengan adanya wanita; dan kedua cucu Rasul yang selalu duduk di pangku baginda, telah diperlihatkan [dipertontonkan] dari atas mimbar baginda sebagai tanda harapan bagi mereka yang sebaya dengannya, dan juga sebagai ketua remaja di syurga. Yang terutama dari mereka yang benar-benar beriman mungkin berhasrat untuk berbaris di hadapan mereka di dunia ini dan juga di akhirat. Tetapi tiada siapa yang dapat melebihi atau setanding dengan Ali. [Di dalam diri] Beliau telah dicantumkan kebolehan penyair, wira dan yang bertaqwa: kebijaksanaan beliau terus hidup di dalam simpanan koleksi kata-kata agama dan juga moral; dan di dalam setiap penentangan, peperangan lidah mahupun bersenjata, musuh telah ditumpaskan dengan kefasihan berbahasa dan juga kehebatan hayunan pedangnya. Dari saat pertama baginda Rasul mengistiharkan misinya, hingga ke saat akhir baginda dikebumikan, Rasul tidak pernah diabaikan oleh sahabatnya yang ikhlas ini, baginda dengan gembira telah menggelar beliau sebagai saudaranya, wazirnya, dan juga Harun yang patuh kepada Musa yang kedua. Anak Abu Talib kemudiannya telah dipersalahkan kerana cuai, tidak memperkukuhkan kepentingannya dengan mengatakan secara serius haknya, supaya dapat melenyapkan segala perebutan dan mempastikan bahawa penggantian beliau adalah dengan kehendak dari Tuhan. Tetapi baginda tidak menyangka dan telah dapat meyakinkan beliau terhadap cemburu dan hasad di dalam empayar, dan mungkin juga takut kepada penentang yang mungkin akan mengantungkan resolusi [keputusan] Muhammad; kerana katil si sakit telah dikepung oleh mereka yang pintar, Aisyah, anak perempuan Abu Bakar dan musuh kepada Ali.

Tuntutan kepada pewarisan dan mulianya jiwa Ali merupakan satu serangan kepada aristokrasi ketua kaum, yang berhasrat untuk mengadakan dan mengembalikan semula kedudukan pemerintahan dengan cara pemilihan yang bebas; kerana Quraiysh mustahil boleh berdamai dengan Bani Hashim yang berbangga dengan darah keturunan mereka yang mulia." (The Decline and Fall of the Roman Empire)

Kenyataan yang disebutkan di atas adalah benar secara umum tetapi beberapa perkara penting di dalamnya perlu pengesahan.

Gibbon telah salah di dalam menyatakan bahawa Ali tidak memperkukuhkan kepentingannya dengan mengatakan secara serius haknya. Malah Rasul telah membuat pengistiharan yang sedemikian bukan sekali, tetapi banyak kali, seperti yang telah dikatakan dahulu.

Ahli sejarah ini juga telah mengatakan Rasul takut terhadap penentangan. Rasul tidak pernah takut kepada sesiapa. Baginda telah dapat menundukkan musuh dan penentang yang lebih hebat dari ini.

Gibbon juga mengatakan mengenai “pemilihan yang bebas.” Aristokrat dari suku-suku kaum berhasrat untuk mengadakan dan memulihkan semula kedudukan pemerintahan untuk diri sendiri, bukan dengan cara pemilihan yang bebas. Perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah adalah dengan satu cara “gubahan baru” dan Umar adalah “pelantik-raja” di dalam kes ini. Abu Bakar di saat-saat kematiannya, dia melantik Umar sebagai pengganti dengan arahannya. Dengan melakukan ini dia telah menolak cara pemilihan bebas. Umar pula sebelum mati telah menubuhkan panel enam pemilih, dan menghadkan pilihan khalifah kepada mereka ini sahaja. Tiada siapa di luar panel ini yang boleh dipilih sebagai khalifah.

378

Page 118: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pemilihan yang satu-satunya bebas adalah perlantikan Ali ibn Abi Talib. Beliau telah dipilih secara bebas di dalam pemilihan yang pertama dan terakhir, yang pernah terjadi di dalam sejarah Islam. Akhir sekali, Gibbon berkata bahawa Quraiysh mustahil boleh berdamai dengan Bani Hashim yang berbangga dengan darah keturunan mereka yang mulia. Ya dia benar. Tetapi Quraiysh yang sama ini, yang tidak boleh berbaik dengan Bani Hashim, begitu bersemangat untuk berbaik dengan mereka yang berbangga dengan darah keturunan mereka yang hina dari keturunan penyembah berhala dan pengamal riba di Makkah. Di dalam keghairahan untuk bersekutu dengan mereka ini, Quraiysh yang telah merampas kedudukan tertinggi Islam, kini menganugerahkan kedudukan itu kepada mereka [keturunan penyembah berhala].

Pemulihan Kerajaan langit di Bumi – (Khalifah Ali ibn Abi Talib)

Setelah Uthman dibunuh, ketakutan dan panik menguasai para sahabat Rasul. Ahli dari jawatankuasa pemilihan yang dilantik oleh Umar telah hilang menyembunyikan diri. Kesudahan Uthman telah menjadikan hati mereka menjadi takut. Seluruh negara sedang bergolak dengan kekacauan, dan tidak ada siapa, betapa berani dan bercita-cita tinggi sekalipun, yang sanggup menghulurkan lehernya untuk dicerut dengan menerima tanggungjawab untuk mentadbir kerajaan. Ini adalah tanggungjawab yang penuh bahaya dan bencana.

Tetapi sesuatu perlu dilakukan. Bahtera Islam tidak boleh dibiarkan dipukul badai berterusan, maka tangan yang kuat perlu dicari untuk meletakkannya semula dihaluan yang betul.

Penyelewengan pentadbiran selama dua belas tahun telah mengejutkan semula Muslim dari lena dan kecuaian mereka yang begitu lama. Sekarang mereka sedar bahawa kepimpinan ummat perlu diletakkan di dalam tangan orang yang mengutamakan kepentingan masyarakat lebih dari keluarganya. Dari itu, sebaik sahaja Uthman mati, semua mata tertumpu kepada Ali. Para sahabat tidak dapat memikirkan sesiapa yang mempunyai kebolehan dan ketabahan untuk menghapuskan kecurangan yang ada di dalam kerajaan dan memberikan pengawasan di dalam daerah jajahan, serta mengembalikan semula keamanan dan kestabilan di dalam Dar-ul-Islam yang telah hancur oleh konflik ekonomi dan sosial dan telah dihimpit oleh bencana yang silih berganti.

Semua Muhajirin dan Ansar yang terkemuka telah berkumpul di masjid Nabi, dan bersetuju di dalam perhimpunan itu untuk meminta Ali mengambil tugas kerajaan, dan mengemudi bahtera Islam ke tempat yang selamat. Sekumpulan delegasi telah pergi berjumpa Ali, dan meminta beliau menerima tanggungjawab tersebut.

Tabari berkata di dalam buku sejarahnya bahawa Muhajirin dan Ansar hampir menyerbu Ali. Mereka berkata bahawa ummat tidak mempunyai ketua, kerajaan tidak mempunyai pemimpin, dan bahawa beliau sahaja yang paling layak untuk mengisikan kekosongan ini, bukan sahaja disebabkan ikatan beliau dengan Muhammad Mustafa, Rasul Allah, tetapi disebabkan juga kualiti peribadi dan khidmat beliau kepada Islam.

Inilah kali pertama semenjak wafatnya Rasul Allah, telah terlintas di setiap mereka akan adanya perkara seperti “kelayakan” untuk menjadi khalifah. Di masa lalu, masalah kelayakan telah diketepikan pada setiap kali pemimpin baru hendak dilantik. Umar menjadikan Abu Bakar khalifah kerana dia adalah seorang sahabat yang tertua. Abu Bakar membalas jasa Umar dengan memilih dia sebagai penggantinya. Uthman telah dipilih sebagai khalifah kerana dia kaya dan lemah.

379

Page 119: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali, bagaimanapun telah menolak tawaran para sahabat, dan berkata bahawa beliau lebih suka untuk menjadi penasihat dari menjadi khalifah. Tetapi para sahabat tidak menerima penolakan Ali dan berkata:

"Tidak ada sesiapa yang telah banyak berkhidmat untuk Islam, dan tidak ada yang begitu rapat dengan Muhammad melainkan kamu. Kami menganggap kamu yang paling layak dari semua manusia untuk menjadi khalifah kami." (Tarikh Kamil, Vol. III, p. 98, Ibn Athir)

Ali tetap juga menolak, dan para sahabat terus mendesak, dan berkata:

"Kami bermohon kepada kamu dengan nama Allah untuk menerima kedudukan khalifah. Tidakkah kamu lihat keadaan ummat? Tidakkah kamu lihat bencana timbul di mana-mana di dalam daerah Islam? Siapa yang akan mengawasinya jika bukan kamu?" (Tarikh Kamil, Vol. III, p. 99, Ibn Athir)

Tetapi Ali jelas dingin kepada pendapat untuk menerima kedudukan khalifah. Kedinginan ini timbul dari kesan tindakan kesedaran yang lama dan panjang..

Di masa yang lalu, pada satu peristiwa, “bercita-cita” telah menjauhkan Ali dari kedudukan khalifah. Umar telah mengatakan bahawa dia akan melantik Ali sebagai pemerintah Muslim jika beliau bukan seorang yang bercita-cita tinggi. Umar berkata seolah-olah bercita-cita tinggi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Ulasannya seumpama mahu mengatakan bahawa dirinya dan mereka yang lain, yang telah menjadi khalifah tidak pernah bercita-cita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Mungkin kedudukan khalifah telah dipaksa kepada mereka, dan mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa menerima beban tanggung jawab tersebut! Oleh kerana Umar dan Abu Bakar tidak mempunyai cita-cita, maka kedua mereka, dan juga Abu Ubaida ibn al-Jarrah, kesemuanya pasti telah diseret dan dipaksa supaya pergi ke pondok di Saqifa!

Penerimaan Ali terhadap pemintaan para sahabat untuk menjadi khalifah akan mengatakan bahawa beliau akhirnya telah mengucapkan selamat tinggal kepada cita-cita. Di masa lalu beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk mendapatkan perhatian umum terhadap keutamaan akan haknya; dan keadilan terhadap kesnya. Beliau percaya itu adalah hak pewarisannya untuk menjadi pengganti Rasul Allah yang pertama. Hak ini bukanlah sesuatu yang orang lain boleh berikan kepada beliau, walaupun mereka boleh merampasnya dari beliau, dan itulah yang mereka lakukan.

Polisi kerajaan Saqifa yang utama, seperti yang dinyatakan dahulu, adalah untuk menjauhkan Ali dan Bani Hashim dari kedudukan khalifah. Kedua mereka yang pertama telah berjaya melakukannya. Yang ketiga bagaimanapun telah terbunuh di dalam keadaan porak-peranda, dan dia tidak punya masa untuk melantik penggantinya. Tetapi jika dia hidup pasti, dan tidak dapat diragukan, dia akan melantik anak menantunya, Marwan, atau sepupunya, Muawiyah, sebagai pengganti.

Ali di masa lalu telah diketepikan sebanyak tiga kali berturut-turut. Tetapi sekarang, setelah kematian Uthman, Muslim merasakan bahawa diri mereka benar-benar bebas untuk pertama kalinya memilih khalifah, dan pilihan mereka untuk kedudukan itu adalah Ali. Kejadian peristiwa dan peristiwa ini akhirnya telah membawa kedudukan khalifah ke dalam tangannya.

Tetapi semuanya terperanjat, kerana Ali tidak menunjukkan sebarang minat untuk mendudukinya. Mengapa?

380

Page 120: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Sebenarnya, keinginan Ali untuk menjadi khalifah bukan digerakkan oleh cita-cita seperti mana yang Umar katakan, walaupun tidak ada salahnya untuk bercita-cita menjadi khalifah. Ali mahu menjadi khalifah kerana beliau tahu, hanya beliau sahaja yang mempunyai kebolehan untuk menggemudi bahtera Islam di dalam haluan yang sama seperti yang dilakukan oleh Rasul Allah. Beliau tahu manusia lain tidak mempunyai kemampuan ini.

Institiusi khalifah adalah warisan Muhammad, Rasul Allah, maka ianya adalah satu simbol terhadap penguasaan jiwa dan moral Islam kepada seluruh dunia, sebaliknya selama suku abad telah menjadi simbol materialism dan imperialism. Perubahan cara hidup Muslim telah berubah dengan jelas. Sepatutnya telah mencontohi cara hidup Muhammad yang mulia dan suci, tetapi kebanyakan mereka telah berubah kepada cara yang asing dan cara jahiliah. Apa yang mengerakkan mereka kini, bukannya kebaikan dari Islam, tetapi nafsu untuk menjadi kaya dan berkuasa dengan segala cara. Kemuliaan kesederhanaan dan persamaan di masa Muhammad telah dibuang jauh. Kualiti cara hidup ummat kini telah menurun.

Ali lebih mengetahui semua ini dari yang lainnya. Beliau telah lama meletakkan jarinya ke nadi ummat, serta memerhatikan perkembangan atau kemunduran mereka di dalam semua arah.

Ali juga tahu bahawa kedudukan khalifah bukan lagi sesuatu yang seseorang boleh mengambil “ros dan durinya.” Rosnya sudah tiada, apa yang tinggal hanyalah duri. Menerima kedudukah khalifah sekarang bererti menyarung mahkota duri.

Dalam tahun 656 M. khalifah adalah warisan kedudukan bencana dan malapetaka.

Ali gambarkan jika beliau menerima kedudukan khalifah, terdapat dua pilihan terbuka untuk dirinya, dan terpaksa memilih satu daripadanya. Pilihan pertama adalah meneruskan kejadian yang sedia ada; merelakan keruntuhan moral umum; membiarkan kecurangan [rasuah] dan kerakusan gabenor di daerah-daerah, memberikan pihak birokrasi kebebasan untuk menindas dan mengeksploitasi ummat, dan menerima amalan jahiliah yang melanggar prinsip Islam oleh aristokrat baru. Tetapi pilihan ini amat bertentangan dengan Islam dan amat dibenci oleh beliau.

Pilihan kedua untuk Ali, adalah untuk menerima cabaran dari seluruh dunia, yang mana tidak dapat dielakkan akan bersatu menentang beliau, dan berperang dengan mereka walau apapun yang akan terjadi, selagi mereka tidak mematuhi perintah Allah. Jika beliau lakukan ini bererti beliau telah mencontohi sahabat dan tuannya yang terdahulu, Muhammad, Rasul Allah. Baginda juga telah mencabar seluruh dunia, dan berperang menentang mereka walau apapun yang terjadi, apabila baginda pertama kalinya mengistiharkan misi baginda. Ali tahu bahawa jika beliau menerima kedudukan khalifah, aristokrasi Arab yang baru akan menentang beliau, dan pemerintahannya akan bermula dengan peperangan saudara. Perang saudara bukanlah sesuatu yang baik untuk dirinya, tetapi apakah pilihan yang ada pada beliau?

Pilihan yang ada di hadapan Ali bukanlah di antara memenangi perang saudara, jika terjadinya peperangan tersebut, atau tidak berperang langsung; ianya adalah di antara yang benar dan salah; di antara yang jujur dan penipuan; di antara patuh kepada prinsip dan mengejar kerjaya politik. Beliau ingin membina semula struktur kemasyarakatan Islam atau memulihkan semula struktur Islam, sama seperti di masa Rasul Allah, tetapi beliau sedar, beliau tidak dapat melakukannya ketika berada di dalam gengaman Quraish yang berazam kuat untuk menentangnya.

381

Page 121: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali telah mempertimbangkan semua ini, dan tidak mahu memulakan perlantikannya kepada khalifah dengan perang saudara telah menolak permintaan para sahabat untuk menjadi khalifah ummat Muslim.

Pengarang buku “Kitab-ul-Imama” adalah Siyassa, yang telah berikan peristiwa itu seperti berikut:

Apabila delegasi Muhajirin dan Ansar datang bertemu Ali dan meminta beliau supaya menerima kedudukan khalifah, beliau menolak. Delegasi kembali ke masjid dan menyampaikan kegagalan mereka kepada para sahabat yang berada di sana. Tetapi para sahabat telah berkata, "Apabila berita pembunuhan terhadap Uthman sampai kejajahan lain dari empayar, tiada siapa yang akan bertanya sama ada khalifah baru telah dilantik atau belum, dan kekacauan yang kini berada di sekitar Madinah akan merebak di seluruh kawasan. Hanya terdapat satu cara sahaja untuk memberhentikan kekacauan dari merebak, iaitu dengan menyuruh Ali menjadi khalifah. Pergilah semula kepadanya, dan gesa beliau supaya menerima pemerintahan kerajaan, dan jangan kembali sehingga beliau setuju untuk melakukannya. Dengan cara ini, berita kematian Uthman dan Ali naik sebagai khalifah akan tersebar serentak di segala pelusuk Dar-ul-Islam, dan keadaan akan tinggal terkawal."

Delegasi kembali semula bertemu Ali, kali ini ahlinya tidak lagi bertindak seperti biasa. Mereka berkata bahawa ummat Muslim di dalam kesusahan, dan jika beliau tidak menyelesaikannya, beliau bertanggungjawab kepada Tuhan dan RasulNya. Adakah beliau akan meninggalkan ummat Muhammad ketika mereka berada di dalam kesusahan, mereka bertanya. Pujukan mereka berjaya kali ini. Tetapi dengan kesedaran terhadap penentangan yang hebat dari Quraish terhadap dirinya, Ali masih teragak-agak untuk menerimanya. Maka dia berikan penerimaan tersebut dengan syaratnya sendiri, dan beliau berkata kepada delegasi:

"Saya mempunyai pengetahuan yang sempurna mengenai Kitab Allah, dan amalan serta contoh dari RasulNya. Di dalam memerintah ummat, saya akan meletakkan arahan dan larangannya terdahulu dari segala-galanya. Saya tidak akan menunjukkan tolak ansur dalam perkara ini. Saya akan mengambil alih pemerintahan kerajaan hanya jika syarat ini diterima oleh kamu semua. Itulah syaratnya, jika Muslim bersedia untuk memberikan bai’ah kepada saya, maka suruh mereka berkumpul di masjid Nabi." Para delegasi telah bersedia untuk menerima apa juga syarat, dan terus sahaja menerima dan bersetuju dengan syarat Ali. (Kitab-ul-Imama oleh - Siyassa)

Setelah matinya Umar, orang kepercayaannya, Abdur Rahman bin Auf, telah menawarkan kedudukan khalifah kepada Ali dengan syarat beliau bersumpah untuk menurut polisi dan perundangan Abu Bakar dan Umar. Ali enggan memberikan sumpahnya, dan menolak tawaran yang dibuat oleh Abdur Rahman bin Auf. Sekarang kedudukan yang sama telah ditawarkan kepada beliau sekali lagi, tetapi dengan tiada syarat. Sebenarnya beliau yang meletakkan syarat untuk menerima tawaran yang ditawarkan oleh ummat Muslim.

Ali memberitahu para sahabat bahawa beliau tidak akan menurut keputusan mereka sebaliknya mereka hendaklah menurut keputusan beliau jika mereka masih mahukan beliau memerintah kerajaan. Dan beliau menambah mereka, Muslim hendaklah memberikan ketaatan mereka kepada beliau di dalam keamanan dan juga di waktu peperangan. Mereka bersetuju. Persetujuan mereka adalah kejayaan prinsip. Ummat Muslim akhirnya mengalah kepada prinsip Ali!

Ummat Muhammad, Rasul Allah pembawa rahmat, di dalam mencari perlindungan dan keselamatan telah melantik Ali ibn Abi Talib untuk menamatkan

382

Page 122: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kekacauan dan pemberontakan di dalam Dar-ul-Islam [Rumah Islam]. Tabari, seorang ahli sejarah, mengatakan bahawa Ali telah dilantik pada hari Khamis. Warga Madinah amat gembira di dalam kejayaan mereka melantik beliau, dan mereka berkata akan melaksanakan solat jumaat esoknya dengan khalifah yang baru.

"Mengapa bukan yang terbaik?" adalah soalan di dalam fikiran Muslim ummat apabila mereka melantik Ali sebagai khalifah Islam. Apabila ianya bebas untuk memilih, sudah pasti mereka akan memilih yang terbaik. Dan juga apabila ummat Muslim menyuruh supaya Ali mengisikan kekosongan yang tertinggi di dalam Islam, dengan secara tidak sedar mereka telah menolak segala hak keistimewaan yang telah mula menguasai Dar-ul-Islam.

Pada hari Jumaat, 18hb Dhil-Hajj, 35 H. (Jun 17, 656 M.), Ali ibn Abi Talib memasuki masjid Nabi di Madinah, dan berjalan ke mimbar melepasi kaum Muslim. Para hadirin duduk dengan perasaan lega dengan keriangan nampak di wajah mereka. Dapat dirasakan seperti penyatuan semula jiwa kaum Muslim.

Ali memegang busar panah di tangan beliau, dan bersandar di mimbar, dan Muslim mula memberikan bai’ah mereka kepadanya. Di antara beliau dengan mereka, terdapat satu “perjanjian yang telah diterima” dan tidak ada yang rahsia mengenainya. Kebanyakan Muhajirin dan Ansar yang berada di Madinah telah berikan bai’ah mereka kepada beliau.

Ibn Hajar Makki menulis di dalam bukunya yang terkenal al-Sawa'iq al-Muhriqah: "Veteran Badr berkata kepada Ali:’Tidak ada siapa yang lebih layak untuk kedudukan khalifah dari kamu. Keluarkan tangan kamu supaya saya dapat berikan bai’ah saya kepada kamu.' Dan mereka berikan bai’ah mereka."

Inilah kali pertama dan terakhir di dalam sejarah Islam, bahawa seorang pemerintah tidak dipaksa ke atas Muslim. Mereka memilih pemerintah mereka sendiri, dan pilihan mereka adalah serentak. Tiada paksaan, atau ancaman untuk menggunakan kekerasan, tiada tekanan atau rasuah, atau bermulut manis telah digunakan di dalam pemilihan beliau. Tidak ada percubaan untuk memegang kuasa. Setiap orang bebas untuk memberi atau menahan bai’ahnya. Ali sendiri menerima bai’ah secara bersahaja, telah hilang di bawa masa kepada ingatan ketika bersama tuannya, Muhammad, apabila baginda menerima bai’ah dari Quraish sejurus selepas tertawannya Makkah dalam tahun 630 M.

Edward Gibbon: Kekacauan selama lima hari telah berakhir dengan perlantikan Ali; penolakan beliau boleh menyebabkan pembunuhan beramai-ramai. Di dalam keadaan yang menyakitkan ini, beliau, ketua kebanggaan Bani Hashim; mengistiharkan bahawa beliau lebih suka menjadi penasihat dari memerintah; ini telah menafikan salah pengertian orang asing; dan membuktikan keperluan secara rasmi, jika tidak secara sukarela perlantikan beliau sebagai ketua kepada ummat.(The Decline and Fall of the Roman Empire)

Talha dan Zubayr adalah sahabat Rasul yang pertama untuk memberikan bai’ah kepada khalifah yang baru. Muhajirin dan Ansar kemudiannya. Mereka telah diikuti oleh orang awam. Yang pertama dari bukan kalangan sahabat yang memberikan bai’ah kepada Ali adalah Malik ibn Ashter, seorang pemain pedang yang terkenal di seluruh Arab.

Hudhaifa ibn al-Yamani seorang dari sahabat Muhammad yang terkemuka. Beliau tinggal di Kufa dan terbaring di tempat tidur oleh penyakitnya. Apabila beliau mendengar berita perlantikan Ali, beliau meminta untuk dibawa ke masjid Kufa. Apabila Muslim telah berkumpul untuk melakukan solat, beliau naik ke mimbar dan membaca khutbah. Beliau bersyukur kepada Allah di atas rahmatnya, dan

383

Page 123: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mendoakan kesejahteraan kepada RasulNya Muhammad dan kepada keluarganya, dan berkata:

"Wahai Muslim! Saya telah menerima berita bahawa di Madinah, Ali ibn Abi Talib telah dilantik sebagai pengganti Rasul Allah. Saya menyeru kepada kamu semua supaya memberikan bai’ah kepada beliau kerana beliau bersama yang benar dan kebenaran bersama beliau, dan beliau yang kedua kepada Rasul itu sendiri, beliaulah yang terbaik dari segala makhluk yang dijadikan."

Kemudian Hudhaifa secara simbolik meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri dan berkata: "Wahai Tuhan! Jadilah saksi bahawa saya telah memberikan bai’ah kepada Ali, khalifah saya yang baru. Terimalah kesyukuranku bahawa Kamu telah berikan aku masa untuk melihat beliau menjadi pemerintah ke atas semua ummat Muhammad RasulMu."

Hudhaifa telah dibawa kembali ke rumahnya, dan beberapa hari kemudian beliau meninggal dunia. Beliau adalah seorang sahabat yang amat dipercayai oleh Muhammad Mustafa.

Ansar, secara umum, telah menunjukkan semangat yang besar di dalam membawa Ali kepada kedudukan khalifah tetapi di antara mereka terdapat beberapa orang yang menahan bai’ah mereka kepada Ali. Mereka adalah:

Zayd bin Thabit Hassan bin Thabit Kaab bin Malik Abu Said Khudri Muhammad bin Maslama Nu'man bin Bashir Rafa' bin Khudaij Maslama bin Mukhalid Kaab bin 'Arja

Di antara penduduk Makkah [Muhajirin], sahabat yang berikut tidak memberikan bai’ah kepada Ali:

Abdullah bin Umar bin al-Khattab Saad bin Abi Waqqas Mughira bin Shaaba Abdullah bin Salam Qadama bin Ma'azoon Suhaib bin Sinan Wahban bin Saifi Usama bin Zayd bin Haritha

Apabila Ali diberitahu mengenai mereka yang tidak memberikan bai’ah kepadanya, beliau berkata bahawa ketaatan adalah sesuatu yang tidak dapat diperolehi dengan paksaan. Untuk ianya bermakna, beliau berkata, bai’ah perlulah diberikan dengan rela hati. Kemudian dikatakan bahawa manusia ini telah keluar dari Madinah. Ali tidak berbuat apa-apa untuk menahan mereka. Beliau berkata, di bawah pemerintahannya semua orang bebas untuk bermastautin atau meninggalkan Madinah, dan beliau tidak akan memaksa sesiapa supaya tinggal atau pergi. Penentang politik beliau semuanya telah meninggalkan Madinah, untuk pergi ke Syria atau Makkah.

(Beberapa bulan kemudian, peperangan Basra atau peperangan Unta berlaku. Abdullah bin Umar bin al-Khattab dan Saad bin Abi Waqqas mengistiharkan diri mereka berkecuali di dalam peperangan itu. Mereka telah berkecuali di dalam isu yang benar dan yang salah, walaupun mereka tahu siapa yang benar dan siapa

384

Page 124: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

yang salah. Sebahagian yang lain juga mengatakan bahawa mereka “tidak berpihak” tetapi “tidak berpihak”nya mereka dengan condong kepada musuh Ali).

Yaqubi, seorang ahli sejarah, berkata bahawa selepas perlantikan, Sa'sa'a ibn Sauhan 'Abidi, seorang sahabat berkata kepada Ali: "Demi Allah kamu telah membawa kehormatan dan kegemilangan kepada kedudukan khalifah. Khalifah tidak membawa kehormatan dan kegemilangan kepada kamu. Kamu telah meninggikan martabatnya dengan penerimaan kamu, tetapi ia tidak meninggikan martabat kamu. Kamu tidak memerlukannya tetapi ia memerlukan kamu."

Seorang lagi ahli sejarah, Khatib Baghdadi, telah menyebutkan dari Imam Ahmad bin Hanbal sebagai berkata:

"Khalifah bukanlah sesuatu yang berharga untuk Ali, beliaulah yang memberikan berhargaan untuk khalifah."

Imam Ahmad bin Hanbal telah meletakkan segala kebenaran di dalam satu kerongsong. Sesungguhnya Ali yang memberikan berhargaan dan kegemilangan untuk kedudukan khalifah.

Muezzin telah menyerukan adhan untuk solat Jumaat. Ali, khalifah yang baru telah mengimami solat jamaah. Selepas solat, beliau memberikan ucapan pertamanya sebagai khalifah. Beliau mulakan dengan memuji Allah dan bersyukur terhadap RahmatNya yang tidak terhingga dan Maha Pengasihnya; satu darinya adalah, Dia telah mengembalikan hak kepada yang empunya. Beliau mendoakan kesejahteraan kepada Muhammad Mustafa, dan ke atas ahli keluarganya, dan kemudian berkata:

"Wahai Muslim! Kamu telah berikan bai’ah kepada saya, dan saya tahu kamu tidak melakukan itu tanpa berfikir dahulu. Malah, matlamat kamu dan matlamat saya, yang menanti di hadapan kita, tidak semestinya sama. Saya mahu menjadikan kamu manusia yang taat dan berkhidmat untuk Allah; teta[pi ramai di antara kamu yang berharap supaya saya dapat berikan mereka kekayaan atau kedudukan tinggi di dalam kerajaan. Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. "Ingatlah bahawa terdapat dua arah di dalam kehidupan ini; yang benar dan yang salah. Sebahagian dari kamu akan mengikuti arah yang benar dan yang lainnya arah yang salah. Kamu bebas untuk memilih. Tetapi jika kamu lihat majoriti telah memilih jalan yang salah, janganlah merasa kecewa atau terperanjat olehnya. Begitulah yang lumrah dan biasa terjadi, kerana dunia ini telah dipenuhi dengan paradok [mereka yang bertentangan]. Tetapi keadilan dan kebenaran akan berjaya akhirnya walaupun pada masa itu kelihatan seperti mereka di pihak yang kalah.

"Sesungguhnya, apabila Allah mengirimkan Muhammad sebagai Rasulnya ke dunia ini, tidak ada satu jiwa pun di seluruh Arab yang mengetahui apa-apa mengenai petunjuk dan kejujuran. Baginda telah memandu bangsa Arab keluar dari jurang kemaksiatan yang dalam sehingga mereka melihat cahaya petunjuk, dan menjumpai jalan untuk keselamatan di akhirat. Saya berada disisi baginda dari mula misinya sehinggalah akhir, dan saya telah berperang dengan penentang-penentang Allah di sepanjang hidup saya. Saya tidak pernah merasa letih dari pergelutan itu dan tidak juga rasa kecewa dari penentangan dari pemimpin dan penegak sistem jahiliah, bagaimana hebat sekalipun mereka.

"Wahai Muslim! Saya menyeru kepada kamu untuk membantu saya di dalam program penyusunan semula ini. Allah adalah saksi bagi kenyataan saya, bahawa objektif saya yang utama adalah untuk mengembalikan keadilan di dalam Dar-ul-Islam, seperti mana yang Dia hajati supaya saya melakukannya. Saya tidak akan berhenti sehingga segala kezaliman telah saya musnahkan. Dengarkan ini dengan

385

Page 125: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

penuh berhati-hati: Saya tidak akan melanggar batasan Kitab Allah untuk apapun juga. Saya tidak memihak kepada sesiapapun juga, dan apa juga taraf kedudukannya. Pada pandangan saya kamu semuanya adalah sama. Saya akan menguatkuasakan perundangan Allah seperti yang telah termaktub di dalam kitabNya, dan saya hanya akan lakukan dengan mengikuti contoh dari RasulNya, Muhammad yang diberkati.

"Misi saya hari ini sama seperti misi di masa Pesuruh Allah, Muhammad; semoga Allah merahmati baginda dan keluarga baginda, dan itu adalah untuk mendirikan atau menubuhkan kembali Kerajaan Allah di muka Bumi ini."

Di dalam kenyataan ini, Ali menerangkan polisi kerajaanya. Beliau menjelaskan tujuan matlamatnya, dan menerangkan bagaimana untuk merealisasikan tujuannya. Beliau menumpukan pada pembersihan di kedudukan yang tinggi di dalam Islam, dan menerangkan garis panduan filosofi politiknya.

Manusia yang mempunyai fikiran, dapat membayangkan kerajaan Ali jauh berbeza dari kerajaan yang yang terdahulu, bukan sahaja dari segi cara, kenyataan dan penekanan, tetapi juga dalam bentuk karektor, perlaksanaan dan filosofi. Mereka dapat merasakan perbezaan yang amat ketara di antara keduanya. Mereka tahu beliau akan mengawasi setiap perkara yang telah terhakis dari segi moral persendirian mahupun awam. Maka perlantikan beliau sebagai khalifah tidak disenangi oleh penjaga sistem sosial yang telah dan terbiasa dengan menggunakan keutamaan dan kuasa kekerasan serta kemewahan.

Yang anehnya, seakan sejarah berulang kembali. Di Makkah, Muhammad Mustafa telah ditentang oleh penjaga sistem sosial yang dikuasai oleh keutamaan, kekerasan dan eksploitasi. Apabila baginda cuba mengubah sistem itu, penjaganya mencabar baginda. Cabaran itu telah membawa kepada peperangan bersenjata. Sekarang Ali cuba mengubah sistem yang sama, dan percubaan beliau untuk mengubahnya, akan berakhir juga dengan konflik bersenjata dengan penjaganya.

Di satu pihak lagi, perlantikan Ali sebagai khalifah telah disambut baik oleh segolongan manusia yang lain, kumpulan manusia yang miskin, susah, kurang upaya, yang lemah, dan mereka yang hidup di dalam ketakutan. Ahli kumpulan ini tahu, bahawa Ali akan membebaskan mereka dari ketakutan dan kemiskinan. Mereka juga tahu jika diberikan peluang, Ali akan merubah semula semua bentuk masyarakat Islam. Nada, cara dan semangat dari ucapan beliau telah menyalakan cahaya harapan baru di dalam hati mereka, dan mereka kini dapat membayangkan bahawa beliau akan mengembalikan warisan politik Muhammad, Rasul Allah, di dalam kerajaannya.

Keadaan Ummat Ketika Ali Dilantik Sebagai Khalifah

Apabila Ali mengambil alih pemerintahan kerajaan, beliau telah menghadapai keadaan yang amat mencemaskan. Seluruh negeri di dalam kegoncangan, dan musuh beliau terdapat di mana-mana sahaja. Dua ahli sejarah Pakistan, Professor Sayed Abdul Qadir dan Professor Muhammad Shuja-ud-Din, telah merumuskan keadaan di Dar-ul-Islam dalam tahun 656 M. sebagai berikut:

Muslim tidak lagi bersatu. Mereka terbahagi kepada banyak kumpulan. Kebanyakan Muslim meletakkan kepentingan mereka mendahului kepentingan ummat.

Penaklukan yang baru telah memberikan Muslim harta yang banyak dari dua empayar terkaya di dunia, Parsi dan Rom. Semua orang mahukan bahagian mereka dari kekayaan ini, dan cuba mengambil sebanyak mungkin. Di dalam

386

Page 126: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kecintaan mereka kepada harta, kebanyakan Muslim telah membelakangkan kemuliaan Islam seolah ianya tidak bersesuaian.

Walaupun Talha dan Zubayr, dua orang dari para sahabat Rasul yang paling berpengaruh, adalah manusia pertama untuk memberikan bai’ah kepada Ali, mereka jugalah yang pertama untuk melanggarnya. Dengan melanggar bai’ah, mereka telah membawa ummat kepada perang saudara.

Muawiyah adalah gabenor Uthman di Syria. Pemberontakan Talha dan Zubayr menentang penguasa yang sah di Madinah, telah memberikan semangat kepadanya untuk menentang Ali juga. Ali mempelawa dia supaya memberikan bai’ah, tetapi dia menolak, sebaliknya dia meminta Ali supaya bertindak terhadap pembunuh Uthman. Muawiyah tidak punya minat terhadap Uthman, tetapi amat berminat untuk memberikan bermacam kesusahan kepada kerajaan Ali. Dia berharap supaya Ali menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang memberontak menentang Uthman. Dengan itu mereka akan bangun menentang beliau, penentangan ini akan membawa kepada peperangan saudara di Madinah. Berlakunya peperangan saudara di Madinah mungkin boleh membuatnya merampas kedudukan khalifah.

Tetapi Ali tidak masuk ke dalam perangkapnya, dan berkata kepada Muawiyah: "Pertama sekali kamu hendaklah berikan bai’ah kamu, dan kemudian izinkan saya memulihkan keamanan semula di dalam empayar. Apabila semuanya telah stabil, maka barulah kita semua boleh membawa pembunuh Uthman ke mahkamah untuk diadili." Tetapi sebenarnya Muawiyah tidak berniat untuk memberikan bai’ahnya kepada Ali, maka dia terus menekan isu pengadilan terhadap pembunuh Uthman.

Mengulas jawapan Muawiyah kepada Ali, kedua professor berkata:

"Dalam pendapat kami Ali yang benar. Kepentingan perseorangan, walau bagaimana penting sekalipun, tidak boleh dikorbankan di atas kepentingan ummat. Apa juga trajedi yang telah menimpa seseorang yang ternama, perpaduan negara perlu dilindungi dengan segala yang ada. Kepentingan ummat kekal yang terpenting, dan tidak boleh dikorbankan demi kepentingan individu. Untuk mempastikan keselamatan dan berterusannya kepimpinan Islam adalah tanggung jawab yang utama sebagai ketua ummat Muslim. Jika Ali telah bertindak seperti yang Muawiyah sarankan, peperangan akan meletus di setiap daerah di dalam empayar. Tetapi musuh Ali tidak berkongsi pandangannya dengan Ali mengenai keamanan, dan atitiut mereka ini telah membawa Muslim kepada perang saudara. Jika Talha, Zubayr dan Muawiyah mempunyai sedikit keikhlasan, mereka pasti telah mengenepikan kepentingan mereka untuk kepentingan Islam dan telah menyelamatkan Muslim dari berperang sesama sendiri." (History of Islam, Bab I)

Penghuraian di atas adalah pamandangan politik sebenar di dalam Rumah Islam apabila Ali mengambil alih pemerintahan kerajaan. Ramai ahli sejarah lainnya telah juga menganalisa kejadian yang berlaku sebelum perang saudara Muslim bermula. Mereka cuba mencari sebab-sebabnya tetapi kebanyakan mereka, kelihatan seperti telah terlepas isu yang penting, atau jika tidak pun mereka cuba melindunginya.

Runtuhnya rumah Saqifa pasti akan diikuti oleh bencana. Tetapi perkara penting yang ahli sejarah tidak bersedia untuk menerima adalah taring-taring naga yang telah tumbuh semasa pemerintahan Ali, semuanya telah disemai oleh pemeintah yang mendahului beliau [Ali]. Pemberontakan yang berlaku semasa pemerintahan Ali, semua mempunyai akar mereka di masa yang lalu. Sir John Glubb, ahli sejarah moden, menulis mengenai khalifah Umar bin Abdul Aziz seperti berikut:

387

Page 127: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

"Pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, ternyata bebas dari hasutan dan pergelutan umum, malah boleh diperkatakan bahawa di waktu pemerintahannya benih pemberontakan telah disemai dan yang akan membawa kehancuran kepada dinastinya. Ini tidak memeranjatkan bahkan begitulah norma perkembangan politik. Kerana kerap terjadi bahawa sesebuah negeri akan kekal aman di sepanjang pemerintahan autokratik yang keras dan kejam, tetapi hasutan akan mula merebak apabila sahaja kerajaan yang lebih adil mula hendak ditubuhkan. Maka kemuliaan karektor khalifah Umar bin Abdul Aziz telah memulakan pergerakan yang akan membawa kepada kehancuran keluarganya." (The Empire of the Arabs, ms. 175, 1963)

Sir John Glubb telah membuat rumusan yang benar dan salah dari pendapatnya yang di atas. Dia benar pada menyatakan bahawa “kerap terjadi bahawa sesebuah negeri akan kekal senyap di sepanjang pemerintahan autokratik yang keras dan kejam, tetapi hasutan akan mula merebak apabila sahaja kerajaan yang lebih adil mula hendak ditubuhkan." Empayar Arab senyap di sepanjang era pemerintahan kerajaan autokrat Saqifa, tetapi hasutan mula tersebar apabila kerajaan yang adil dan saksama mula hendak ditubuhkan.

Tetapi kami tidak boleh bersetuju dengan ahli sejarah ini yang mengatakan bahawa di masa Umar ibn Abdul Aziz "benih telah disemai terhadap pemberontakan yang akan memusnahkan ke seluruh dinastinya." Benih yang sedemikian tidak disemai semasa Umar bin Abdul Aziz tetapi telah disemai oleh mereka yang terdahulu dan juga penggantinya.

Kami juga tidak setuju dengan kenyataan ahli sejarah bahawa “kemuliaan karektor khalifah Umar bin Abdul Aziz telah memulakan pergerakan yang akan membawa kepada kehancuran keluarganya." Kebenaran adalah yang sebaliknya. Besar kemungkinan bahawa ketaqwaan dan kebaikan Umar bin Abdul Aziz telah memanjangkan masa pemerintahan Umayyah, jika tidak kerana dia, mungkin mereka telah lenyap lebih awal lagi.

Umar bin Abdul Aziz tidak sesuai di dalam acuan Umayyah. Dia seorang yang takut kepada Allah dan bertaqwa, sedangkan mereka tidak mempunyai Tuhan maka mereka tidak boleh hidup bersama. Mereka membunuhnya dengan racun. Dr. Hamid-ud-Din: Tidak terdapat kempen yang besar, tidak ada negeri baru yang ditawan di masa pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz. Tetapi era masa khalifahnya amat penting di dalam sejarah Islam kerana pembaharuan yang dibawanya. Dia memulihkan semula demokrasi Islam yang sebenar dan tradisi Khulfa-i-Rashida. Dari masa Muawiyah, kedudukan khalifah telah menjadi kerajaan persendirian untuk khalifah. Segala kejahatan dari autokratik dan kezaliman pemerintah telah menular ke dalam khalifah. Manusia telah kehilangan kebebasan mereka. Bayt-ul-Mal (perbendaharaan awam) telah menjadi kantung persendirian pemerintah. Tidak ada harta yang dibelanjakan untuk mengurangkan penderitaan orang miskin, semua telah dibelanjakan untuk kemewahan dan kesenangan kumpulan pemerintah. Umar bin Abdul Aziz cuba untuk menamatkan amalan ini. Perkara pertama yang dia lakukan adalah, merampas semula ladang-ladang yang besar yang telah dirampas oleh pembesar Umayyah untuk diri mereka sendiri.

Banyak cara yang curang dan salah telah digunakan untuk menambahkan harta ke dalam perbendaharaan negeri. Sebagai contoh, Dhimmis (orang yang bukan Muslim hidup di bawah perlindungan Negara Muslim), yang telah menerima Islam, dipaksa membayar jizya. Menurut dari perundangan Qur’an, hanya warga yang bukan Muslim dari negara Muslim perlu membayar jizya. Umar bin Abdul Aziz menghantar perintah kepada semua gabenor di dalam wilayah bahawa jika Dhimmi menerima Islam, jizya tidak boleh diambil darinya. Dia telah menamatkan

388

Page 128: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

amalan ini, dan ratusan ribu Dhimmi menjadi Muslim selepas dilaksanakan perintah ini.

Muawiyah telah memulakan adat mengutuk Ali dikhalayak ramai. Dia sendiri, gabenornya dan di dalam urusan negara telah menggunakan bahasa yang kesat dan melampau di atas mimbar di dalam masjid untuk mengutuk Ali. Selepas Muawiyah, penggantinya telah meneruskan amalan ini. Tetapi Umar bin Abdul Aziz telah memberhentikannya. Dia memerintahkan gabenornya untuk membaca ayat-ayat Qur’an di atas mimbar dari mengutuk Ali.

Pembaharuan ini tidak diterima oleh warisan Umayyah, dan khalifah yang cinta kepada keadilan dan saksama tidaklah begitu terkenal dengan mereka. Pembesar Umayyah percaya jika dia memerintah lebih lama lagi, mereka akan kehilangan kuasa dan pendapatan. Maka mereka adakan konpirasi, dan meletakkan racun di dalam makanannya. Dia mati dari kesan racun dalam bulan Rajab tahun 101 H. (720 M.). (History of Islam, diterbitkan oleh Ferozsons Ltd., Karachi dan Lahore, Pakistan, ms. 324, 331, 332, 333, 1971).

Tidak dapat dielakkan manusia seperti Umar bin Abdul Aziz akan menjadi syuhada. Dia adalah seorang dari syuhada Islam. Semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas ruhnya.

Ali menghadapi cabaran yang sangat besar. Tetapi beliau tidak takut kepada mereka. Dengan hati yang bersih dan fikiran yang tertumpu untuk kehendak Allah, beliau mulakan kerja memulihkan semula keamanan dan perundangan Allah di dalam Rumah Islam. Bai’ah kepada beliau belum pun selesai, pemberontakan telah mula terjadi di sekelilingnya. Jika beliau menangani yang ini yang lain pula akan muncul. Maka dalam beberapa tahun pemerintahan, beliau telah menghabiskan banyak masa di dalam menangani pemberontakan ini. Sebahagian ahli sejarah mengkritik dengan mengatakan bahawa pemberontakan disebabkan oleh beliau yang kurang berhati-hati.

Pemberontakan yang berlaku semasa pemerintahan beliau bukan disebabkan kurang berhati-hati. Seperti yang dinyatakan di atas, ianya telah lama berakar umbi. Siapa sahaja akan menghadapi masalah yang sama, dan besar kemungkinan tidak dapat menanganinya.

Dalam keadaan begini, Ali terus menguruskan pentadbiran kerajaan, dan pada masa yang sama cuba mengawal pemberontakan seperti yang ditugaskan. Beliau telah mengalahkan satu pemberontakan di Basra dan mungkin dapat mengalahkan satu lagi di Siffin, jika mereka tidak menggunakan tipu helah. Walaupun dalam keadaan bergelora beliau telah melaksanakan pembaruan kepada ekonomi dan juga sosial. Walaupun sebab-sebab pemberontakan telah ada sebelum Ali menjadi khalifah, tetapi sebahagian darinya telah tambah membesar seperti yang berikut ini, dengan itu dapat lebih memahami kejadian yang akan berlaku kemudiannya.

1. Polisi Ali adalah dari Qur’an. Beliau tidak akan bertolak ansur dengan prinsip Islam hanya untuk memegang kuasa dan pemerintahan. Jika beliau bertukar kepada polisi politik yang ada, mungkin beliau akan berjaya, tetapi beliau telah menukarkan sistem Islam kepada sistem "Aristotel."

Ahmad Hasan Zayyat dari Mesir, berkata di dalam bukunya, Adab al-Araby (ms. 174): "Ali tidak memberi kelonggaran di dalam perkara agama, dan beramanah di dalam perkara dunia. Kemuliaan yang ada di dalam karektor Ali telah digunakan oleh Muawiyah untuk kepentingan dirinya."

389

Page 129: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

2. Ali tidak cuba untuk mengembirakan mereka yang kaya dan berkuasa dengan mengenepikan yang miskin dan lemah. Beliau meletakkan kepentingan yang miskin dan lemah di hadapan kepentingan aristokrat Arab Mereka benci tindakan ini, dan telah menunjukkan kepada Ali kebencian mereka.

Apabila membahagikan harta perbendaharaan awam, Ali tidak membezakan di antara yang tinggi dan rendah, kaya dan miskin, Arab dan bukan Arab. Pada pandangannya, mereka adalah sama. Pembesar Arab membantah layanan sedemikian tetapi Ali mengabaikannya. Bantahan mereka telah meletus di dalam peperangan saudara.

3. Sebaik sahaja mengambil alih kerajaan, beliau memecat semua pegawai dan gabenor yang dilantik oleh Uthman. Tetapi ramai dari mereka tidak mahu melepaskan kedudukan mereka.

Pemecatan Gabenor Uthman

Apabila Ali mengambil alih kerajaan, gabenor dan pemungut zakat Uthman sedang mengeledah harta daerah dengan tidak merasa takut akan disoal oleh kerajaan pusat. Tidakkan Ali yang pertama adalah mengeluarkan arahan mengenai pemecatan mereka.

Mughira bin Shaaba adalah seorang dari sahabat Rasul. Umar telah melantiknya sebagai gabenor Kufa tetapi Uthman telah melucutkan jawatannya. Dia tidak memberikan bai’ahnya kepada Ali, tetapi dia menasihatkan beliau dari bertindak radikal terhadap perubahan polisi dan juga kakitangan. Dia berkata bahawa gabenor yang dilantik oleh Uthman tidak mengiktiraf kuasa beliau sebagai khalifah, dari itu beliau tidak boleh melucutkan mereka dari jawatan yang disandang. Dia memberi amaran kepada Ali jika beliau memecat mereka sebelum memperkuatkan kedudukan, mereka akan memberontak menentangnya.

Sepupu Ali, Abdullah ibn Abbas, juga memberikan nasihat kepadanya, dengan perkara yang sama seperti Mughira. Berhati-hati, katanya adalah untuk berwaspada pada ketika ini.

Tetapi nasihat sedemikian tidak diterima oleh Ali. Beliau yakin akan dipertanggungjawapkan kepada Tuhan di atas segala yang dilakukannya, maka beliau tidak boleh membiarkan manusia yang curang memerintah Muslim. Sesungguhnya beliau juga bertanggungjawap di atas segala perbuatan gabenor yang dilantiknya. Dari itu beliau meletakkan segala keyakinannya kepada Tuhan, kerana beliau tahu apa yang beliau lakukan adalah yang benar dan enggan menarik balik perintahnya.

Colonel Osborne: Ali telah dinasihatkan oleh ramai penasihatnya supaya menangguhkan pemecatan terhadap gabenor yang curang, yang telah dilantik sebelum itu, sehinggalah kedudukan beliau menjadi kukuh dari ancaman semua musuh. Lambang bagi Islam, wira yang tidak pernah merasa takut dengan tidak ragu-ragu telah menolak untuk bersama memikul dosa bersekutu di dalam noda atau bertolak ansur dengan kecurangan. Atitiut yang mulia dan tidak berkompromi ini telah menyebabkan beliau kehilangan kerajaan dan juga nyawa beliau; itulah Ali. Beliau tidak pernah menilai sesuatu melebihi keadilan dan kebenaran.

Sebahagian manusia menyarankan supaya Ali tidak mengusir gabenor Uthman, dan beliau tidak menggangu mereka supaya mencabarnya. Tetapi pendapat sedemikian datang dari mereka yang jahil. Gabenor Uthman akan menentang Ali, walau apapun yang beliau lakukan. Mereka semenjak mula lagi adalah musuh-musuh beliau.

390

Page 130: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Berikut adalah sebahagian dari sebab mengapa Ali melucutkan jawatan gabenor Uthman:

1. Tujuan Ali untuk mengembalikan kerajaan Muhammad Mustafa, dan menguatkuasakan sistem Islam. Untuk melakukan ini beliau perlu “mensucikan” kerajaan yang beliau warisi, dengan mengusirkan darinya kumpulan Umayyah yang liar. Dan menggantikan kedudukan tersebut dengan manusia-manusia yang bertaqwa, yang yakin mereka akan bertanggungjawab kepada Tuhan terhadap segala yang mereka lakukan.

2. Muslim telah meminta Uthman untuk melucutkan gabenornya yang curang dan bongkak, dan menggantikannya dengan yang bertaqwa. Tetapi Uthman telah memekakkan telinga terhadap permintaan mereka, kemudian mereka mangambil langkah yang lain untuk memaksakan pertukaran gabenor tersebut. Jika Ali mengekalkan perkara ini, mereka akan menggulingkan kerajaan Ali sebagaimana mereka menggulingkan kerajaan sebelumnya.

3. Jika Ali tidak melucutkan jawatan gabenor Uthman, beliau pasti akan mendedahkan diri beliau kepada tuduhan “bersalah kerana bersekutu”

4. Muawiyah tidak berpuas hati dengan memerintah Syria sahaja; dia berhasrat untuk memerintah ke seluruh empayar Muslim sebagai khalifahnya. Apabila dia melihat Uthman telah membuat ramai musuh untuk dirinya, dia cuba untuk menggunakan kesempatan di atas peristiwa ini. Dia menyarankan kepada Uthman supaya meninggalkan Madinah dan datang ke Syria, di mana dia boleh menjamin keselamatnya, jika dikotanya sendiri, Muawiyah memberi amaran dia mungkin akan dibunuh. Muawiyah mempunyai alasan yang baik untuk membawa Uthman ke Damascus. Apabila di Damascus, Uthman akan menjadi "patung khalifah." Muawiyah akan mendapatkan semua kuasa darinya, dan Uthman menjadi khalifah atas dasar nama sahaja, sehinggalah dia mati. Tetapi Uthman tidak pergi ke Syria, dan rancangan Muawiyah gagal. Tetapi apabila Uthman telah terbunuh, Muawiyah melancarkan kempen menentang Ali, memcari pembalasan terhadap darahnya. Ali tidak punya banyak pilihan dalam perkara selain dari menolaknya.

5. Uthman telah melantik gabenor bukan kerana mereka mempunyai kebolehan atau kerana cinta untuk berkhidmat kepada Muslim. Dia melantik mereka kerana mempunyai tali persaudaraan dengannya. Ali menganggap perlantikan yang sedemikian telah menyalahi hak bagi mereka yang berkelayakan dengan kebolehan, taqwa, dan khidmat kepada Islam, untuk memerintah Muslim. Maka beliau telah memecat mereka.

6. Uthman telah melantik ahli dari keluarganya sendiri sebagai gabenor di daerah. Gabenor Uthman mempunyai tenaga manusia dan peralatan yang perlu untuk peperangan. Uthman telah dikepung di dalam istananya selama 49 hari. Dia telah menghantar banyak surat rayuan kepada gabenornya supaya datang dan menyelamatkan dia, tetapi mereka tidak datang, dan Uthman dibunuh. Jika gabenor ini boleh meninggalkan orang yang telah memberikan manfaat kepadanya dengan begitu mudah, bagaimana Ali boleh bergantung kepada ketaatan mereka jika berada di dalam keadaan kesusahan? Dari itu beliau mengambil keputusan untuk tidak bergantung kepada mereka.

Abu Tufail Kinani, seorang penduduk Madinah, telah pergi ke Damascus untuk berjumpa Muawiyah. Apabila mereka bertemu, dialog berikutnya berlaku di antara mereka:

Muawiyah: Di manakah kamu ketika Uthman dibunuh? Kinani: Saya berada di Madinah.

391

Page 131: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muawiyah: Adakah kamu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan dia dari musuhnya?

Kinani: Tidak

Muawiyah: Mengapa tidak? Kamu tahu itu adalah tugas kamu untuk melakukan sedaya upaya untuk menyelamatkannya.

Kinani: Saya kira begitulah. Tetapi apa yang menghalang kamu dari mencuba untuk menyelamatkan nyawa dia, telah juga menghalang saya dari melakukan begitu.

Gabenor yang Baru

Dalam bulan Muharram tahun 36 H., Ali melantik gabenor yang berikut:

1. Qays ibn Saad Ansari, Gabenor Mesir.

Qays dapat memasuki Mesir tanpa sebarang penentangan dan mengambil alih kerajaan. Di Mesir, dia mendapati Muslim terbahagi kepada tiga kumpulan. Satu terdiri dari penyokongnya; yang kedua penentangnya iaitu penyokong Uthman; dan kumpulan ketiga ketaatan mereka tidak menentu lagi. Qays membuat keputusan untuk tidak menggangu kedua kumpulan itu, tetapi memberikan sepenuh perhatian kepada pentadbiran negeri.

Qays, dalam bentuk fizikal, seorang yang tampan. Orangnya tinggi, tegas dan sasa, serta terkenal dengan berpengetahuan, bertaqwaan dan fasih berbicara. Dia juga seorang yang berpandangan jauh dan tajam fikiran, dan lebih dari setanding kepada manusia seperti Muawiyah, Amr bin Aas dan Mughira bin Shaaba di dalam ketajaman fikiran dan kebijaksanaan. Tetapi seperti ketuanya, Ali, dia juga tidak percaya bahawa untuk mencapai matlamat telah memperbolehkan segala cara. Filosofinya untuk kehidupan tertakluk kepada prinsip, bahawa semua polisi politik hendaklah beretikakan dari Qur’an.

2. Uthman bin Hunaif, Gabenor Basra.

Uthman dapat masuk ke Basra dan mengambil alih kerajaan. Dia juga mendapati Muslim di Basra terbahagi kepada tiga kumpulan seperti Qays dapati di Mesir, dan dia juga menggunakan polisi yang sama seperti Qays di Mesir.

Uthman bin Hunaif adalah dari keluarga Ansar yang terkenal. Dia seorang sahabat Rasul. Semasa khalifah Umar, dia adalah Penguasa Kewangan di Iraq.

3. Ammara bin Shihab Ansari, Gabenor Kufa yang tidak Rasmi.

Ammara meninggalkan Madinah untuk mengambil tugas di Kufa. Tetapi apabila sampai di Zabala, satu perhentian di dalam perjalanan menuju ke Iraq, dia bertemu dengan seorang bernama Talha bin Khuwaylid Asadi, yang datang dari Kufa. Dia menasihatkan Ammara supaya pulang ke Madinah, atau katanya dia akan dibunuh di Kufa. Maka, Ammara tidak pergi ke Kufa dan pulang ke Madinah.

4. Sahl bin Hunaif Ansari, Gabenor Syria yang tidak Rasmi

Sahl meninggalkan Madinah. Sebelum dia sampai keperbatasan Syria, dia bertemu dengan pasukan tentera berkuda. Mereka tanya siapakah dia dan ke mana hendak pergi. Dia memberitahu mereka bahawa dia adalah gabenor baru Syria. Mereka berkata bahawa mereka adalah orang Syria, dan tidak mengakui sesiapa sebagai pemerintah melainkan Muawiyah. Mereka menambah bahawa

392

Page 132: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

jika dia meneruskan perjalanan, dia akan dibunuh. Maka, Sahl tidak memasuki Syria dan pulang ke Madinah.

Sahl adalah saudara kepada Uthman bin Hunaif. Dia juga sahabat Rasul yang telah berperang di semua peperangan, dan telah menunjukkan keberaniannya di dalam peperangan tersebut.

5. Ubaidullah ibn Abbas, Gabenor Yaman.

Ubaidullah adalah sepupu Muhammad dan Ali. Dia memasuki Yaman tanpa sebarang penentangan dan mengambil alih kerajaan. Yayla bin Umayyah, gabenor Uthman di Yaman, telah pergi sebelum dia sampai, dan bawa bersamanya perbendaharaan negeri.

6. Qathm ibn Abbas, gabenor – Makkah yang tidak rasmi.

Qathm adalah adik kepada Ubaidullah. Dia dikatakan mempunyai rupa paras yang sama seperti Rasul. Dia masih berada di Madinah apabila Makkah menjadi pusat penentangan terhadap Ali. Maka dia terpaksa menunggu sehingga keadaan kembali pulih di Makkah. Selepas matinya Ali, dia meninggalkan tanah Arab, dan pergi ke Samarkand di Asia Tengah, dan mati di sana.

Beberapa bulan setelah dilantik sebagai khalifah, Ali terpaksa meninggalkan Madinah menuju ke Basra untuk menyahut cabaran pemberontak, dan beliau melantik Sahl bin Hunaif Ansari sebagai gabenor ibu negara Islam ketika ketiadaan beliau.

Selepas peperangan Basra, Ali melantik Abdullah ibn Abbas sebagai gabenor baru kota tersebut. Abdullah adalah “murid” di bawah bimbingan Ali, dan telah terkenal dengan pengetahuannya. Dia adalah di antara yang awal penguasa ilmu sains penghuraian Qur’an. Dia meninggal dunia di Ta’if ketika berusia 70 tahun

BAB 60

Peristiwa Sebelum Peperangan

Seperti yang diketahui, gabenor Ali tidak dapat memasuki Syria dan Kufa sebab adanya penentangan dari gabenor Uthman. Tetapi bukan Syria dan Kufa sahaja yang menjadi tempat pusat hasutan. Kekacauan untuk menentang Ali juga timbul di Madinah, dan mengancam keselamatan negara itu sendiri. Maka Ali terpaksa menangguhkan tindakan terhadap masalah hasutan yang timbul di kawasan jajahan untuk sementara waktu.

Seperti yang dinyatakan dahulu, apabila Ali dilantik menjadi khalifah, dua orang yang paling berkuasa di Madinah iaitu Talha dan Zubayr, adalah orang yang

393

Page 133: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

pertama memberikan bai’ah kepada beliau. Kedua mereka, sama seperti yang lain, telah menjadi kaya di masa pemerintahan tiga khalifah sebelum Ali. Mereka terus bertambah kaya, dan sekarang dengan Ali menjadi khalifah, mereka berhasrat untuk menjadi gabenor di kawasan yang kaya seperti Basra dan Kufa. Apabila mereka berikan bai’ah, secara tersembunyi mereka menaruh harapan supaya Ali melantik mereka menjadi gabenor. Tetapi Ali memilih orang lain sebagai gabenor, dan beliau tidak menawarkan apa-apa jawatan kepada mereka. Ini telah mengecewakan mereka. Walaupun mereka kecewa, tetapi mereka tidak berdiam diri dan berduka di atas kekecewaan tersebut, sebaliknya sebagai orang yang pragmatik, mereka membuat keputusan untuk bertindak sendiri.

Talha dan Zubayr membuat rancangan untuk menjatuhkan Ali. Mereka bertemu beliau dan memberitahunya bahawa mereka hendak pergi ke Makkah menunaikan Umrah. Sejurus tibanya di Makkah mereka telah membatalkan bai’ah kepada Ali, dengan mengistiharkan bahawa mereka berikan bai’ah dengan perasaan teragak-agak. Pada ketika ini Aisyah, anak perempuan Abu Bakar, seorang dari balu Rasul, juga berada di Makkah. Dia telah menunaikan haji tetapi tidak pulang ke Madinah; apabila dia mendengar bahawa Ali telah menjadi khalifah, dia terus menyatakan bahawa dia akan menuntut pembalasan terhadap pembunuhan Uthman. Talha dan Zubayr pergi berjumpa Aisyah di rumahnya di Makkah. Mereka menceritakan kepadanya peristiwa yang berlaku di Madinah. Apa yang Aisyah dengar dari mereka, telah memperkuatkan lagi azamnya untuk menjadi pembela Uthman. Di dalam diri Talha dan Zubayr, Aisyah telah mendapat penyokong yang setia di dalam pertubuhannya. Ini menjadikan pertubuhannya mempunyai tiga ketua; Aisyah, Talha dan Zubayr, bersatu menentang Ali, pengganti Muhammad Mustafa, pemimpin Muslim yang sah. Penggerak bagi ketiga-tiga ketua ini adalah kebencian mereka kepada Ali.

Pengenalan ringkas terhadap setiap ketua diberikan di bawah ini untuk membolehkan pembaca memahami kaitan kejadian yang membawa kepada perang saudara yang kedua di dalam Islam.

Talha bin Ubaidullah

Bapa Talha, Ubaidullah dan bapa Abu Bakar, Abu Qahafa, adalah bersaudara. Ibu Talha adalah anak perempuan Hadhrami, dan bapa Talha, Ubaidullah, adalah suaminya yang kedua. Dalam jangka waktu yang singkat, dia juga pernah menjadi Isteri Abu Sufyan, bapa Muawiyah tetapi Abu Sufyan telah menceraikannya.

Talha telah berkahwin kepada Umm Kulthum, anak perempuan Abu Bakar, dan ini menjadikan dia abang ipar Aisyah. Apabila Abu Bakar melantik Umar sebagai penggantinya, Talha membantah dengan keras, dan cuba mengambil perhatian Abu Bakar terhadap betapa bebasnya tindakan Umar, khalifah yang bakal dilantik. Kemudian apabila Umar sendiri akan mati, dia telah menjadikan Talha ahli di dalam lembaga pemilih.

Talha telah melanggar bai’ahnya kepada Ali, kerana beliau tidak melantiknya sebagai gabenor Basra. Talha mungkin juga mempunyai sebab yang sama ketika penentangannya kepada Uthman dahulu, dia juga tidak melantiknya sebagai gabenor. Baladhuri, ahli sejarah Arab, berkata di dalam bukunya, Ansab-ul-Ashraf, vol. I, p. 113: "Di antara para sahabat Rasul Allah, terdapat sebilangan kecil dari mereka yang telah mencela Uthman sebegitu hina sama seperti yang Talha lakukan."

Apabila istana Uthman telah dikepung, Talha tidak membenarkan hamba Uthman untuk mengambil air. Pada waktu malam dia memanah ke arah istana dan Uthman tahu mengenainya. Tabari, seorang ahli sejarah, berkata di dalam bukunya, History, vol. III, ms. 411: "Uthman selalu berdoa: ’Wahai Tuhan! Selamatkanlah saya dari angkara yang Talha akan lakukan kepada saya. Dia telah

394

Page 134: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

membakar semangat rakyat supaya menentang saya, dan dia juga penyebab rumah saya dikepung."

Kebencian Talha kepada Uthman amat besar. Dia tidak dapat menahan kemarahannya walaupun setelah Uthman mati. Dia memerintahkan supaya merejam orang yang mengusung jenazah Uthman. Uthman juga tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam; dia terpaksa dikebumikan di tanah perkuburan Yahudi.

Zubayr bin Awwam

Ibu Zubayr adalah Safiya, anak perempuan Abdul Muttalib bin Hashim. Maka ibunya adalah emak saudara Muhammad dan Ali.

Zubayr juga telah berkahwin dengan seorang dari anak perempuan Abu Bakar, dan ini menjadikan dia abang ipar kepada Aisyah. Seperti Talha, dia juga membantah kepada bapa mertuanya terhadap perlantikan Umar sebagai khalifah. Dan apabila Umar hendak mati dia juga menjadikan Zubayr ahli lembaga pemilih.

Ibn Saad berkata di dalam bukunya Tabqaat bahawa Zubayr amat kaya sama seperti Talha.

Zubayr bersekutu dengan Talha di dalam mengumpulkan emas dan bercita-cita untuk mendapatkan kuasa politik. Dia telah berhasrat bahawa Ali akan melayaninya sama seperti yang dilakukan oleh Uthman terhadap saudara-maranya iaitu menjadikan mereka gabenor. Lagi pun Ali adalah sepupunya.

Tetapi Ali tidak melayani sepupunya, Zubayr, seperti Uthman melayani saudara-saudaranya. Apabila tidak ada lagi keraguan di dalam fikiran Zubayr bahawa Ali tidak akan melantik dirinya sebagai gabenor, dia telah melanggar bai’ahnya, dan bangun memberontak menentang Ali.

Zubayr bersekutu dengan Talha di dalam kebencian mereka terhadap Uthman, dan kerap menyuruh pemberontak membunuhnya.

Ibn Qutayba, seorang ahli sejarah Arab, berkata bahawa beberapa hari setelah Ali dilantik menjadi khalifah, Talha and Zubayr datang bertemu dengan beliau, dan dialog yang berikut berlaku di antara mereka:

T & Z: Tahukah kamu mengapa kami berikan bai’ah kepada kamu?

Ali: Kamu berikan bai’ah atas sebab yang sama seperti Muslim yang lain, untuk patuh kepada saya.

T & Z: Tidak. Kami berikan bai’ah dengan harapan bahawa kamu akan membalas jasa kami dengan memberikan kami bahagian di dalam kerajaan. Lebih-lebih lagi, hanya dengan sokongan kami kamu menjadi khalifah.

Ali: Saya mungkin akan berunding dengan kamu mengenai urusan kerajaan, tetapi tidak terdapat perkara seperti “bahagian” untuk kamu di dalam kerajaan.

Talha dan Zubayr amat terkejut dengan penolakan Ali untuk berkongsi kuasa dengan mereka, dan berikut adalah komen mereka terhadap keputusan dari perjumpaan dengan beliau:

Talha: Di Madinah, terdapat tiga ahli lembaga pemilih. Dari ketiga-tiga mereka, Saad bin Abi Waqqas telah tidak memberikan bai’ahnya kepada Ali tetapi Zubayr dan saya telah berikan bai’ah kami. Kedua kami telah membolehkan beliau untuk

395

Page 135: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menjadi khalifah tetapi dengan pantas beliau telah melupakan apa yang kami telah lakukan untuk dirinya.

Zubayr: Kami telah mengadakan senarai bagi semua kesalahan Uthman, dan kami cela dia, kesemuanya untuk Ali. Semasa pergelutan terjadi, Ali tinggal di rumah. Kemudian dengan pertolongan kami beliau menjadi khalifah. Tetapi sebaik sahaja beliau menjadi khalifah, segala khidmat kami telah dilupakan, dan memberikan segala hadiah jawatan kepada orang lain.

Maksud komen ini telah dibawa kepada pengetahuan Ali. Beliau memanggil Abdullah ibn Abbas, dan meminta nasihatnya dalam perkara ini. Ibn Qutayba menulis di dalam bukunya Kitab-ul-Imama wa-Siyassa, bahawa Abdullah ibn Abbas berkata:

"Pada pendapat saya kamu hendaklah melantik Talha sebagai gobenor Basra, dan Zubayr gobenor Kufa. Ini akan memuaskan dan menutup mulut mereka."

Ali berhenti sejenak untuk memikirkan nasihat sepupunya dan kemudian berkata:

"Tidak, saya tidak fikir saya boleh bersetuju dengan kamu dalam perkara ini. Saya amat kenal dengan mereka dua. Jika saya jadikan mereka gabenor, maka kezaliman, penindasan, dan eksploitasi terus berlaku di Basra dan Kufa, dan jeritan dari mereka yang tertindas akan dilenyapkan sekali lagi. Jika saya lantik orang seperti Talha dan Zubayr sebagai gabenor, maka saya terpaksa mengekalkan Muawiyah juga sebagai gabenor Syria."

Ibn Qutayba menulis selanjutnya: "Amr bin Aas, Talha dan Zubayr adalah yang pertama untuk mengkritik Uthman. Mereka juga yang pertama secara terbuka menghasut manusia supaya membunuh Uthman. Talha dan Zubayr adalah yang pertama untuk memberikan bai’ah kepada Ali, dan mereka berdua juga yang pertama untuk menlanggar bai’ah."

Semenjak Umar telah melantik mereka menjadi ahli lembaga pemilih, Talha dan Zubayr telah bercita-cita untuk menjadi khalifah. Tetapi Abdur Rahman bin Auf telah menjadikan Uthman khalifah dan bukannya mereka.

Peluang kedua untuk menjadi khalifah datang sejurus selepas matinya Uthman. Tetapi kali ini mereka dapat rasakan bahawa Muslim tidak mahu kepada mereka. Mereka sedar bahawa apa sahaja yang mereka lakukan, Muslim tidak akan menerima mereka. Setiap orang di Madinah telah melihat dengan mata mereka sendiri tindakan mereka terhadap Uthman semasa kepungan di atas istananya.

Talha dan Zubayr juga tahu bahawa bukan Ali yang berhajat sangat untuk naik ke atas tetapi Muslim yang berhasrat sangat untuk meletak Ali ke tempat itu. Pemilihan Ali sebagai khalifah adalah serentak, dan apa sahaja penentangan yang ada, semuanya datang dari diri beliau sendiri. Talha dan Zubayr juga tahu jika mereka menahan bai’ah mereka kepada Ali, ini hanya akan lebih mendedahkan [keburukan] diri mereka. Untuk mengelakkan ini dari berlaku mereka telah berikan bai’ah mereka kepada Ali.

Mendapati kedudukan khalifah telah tidak tercapai lagi, Talha dan Zubayr mengalih pandangan kepada Basra dan Kufa sebagai hadiah sagu hati untuk diri mereka. Mereka berharap bahawa Ali tidak akan mengabaikan status kedudukan mereka di dalam ummat, dan juga sebagai ahli lembaga pemilih. Mereka juga menganggap bahawa Ali tidak akan lupa martabat dan pengaruh mereka dengan penduduk Basra dan Kufa. Tetapi Ali tidak tertarik dengan status dan martabat mereka, dan beliau tidak berikan Basra dan Kufa kepada mereka. Talha dan Zubayr sedar bahawa Madinah terbukti batu loncatan yang tidak cukup kuat untuk cita-cita mereka. Maka mereka membuat keputusan untuk pergi ke

396

Page 136: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Makkah, dan mencuba nasib mereka di sana. Ali tidak membuat sebarang percubaan untuk menahan mereka. Talha dan Zubayr meninggalkan Madinah dengan perasaan dendam di hati mereka.

Jika Ali telah melantik Talha dan Zubayr sebagai gabenor Basra dan Kufa, mereka berdua akan memperkukuhkan kedudukan di tempat mereka masing-masing, dan kemudian melanggar bai’ah kepada kerajaan pusat. Di ketika itu Ummat akan dapati diri mereka diperintah oleh pemerintah yang berasingan dan saling bermusuhan di antara mereka - Talha di Basra; Zubayr di Kufa; Muawiyah di Syria; dan Ali di Hijaz. Apabila berlakunya perang saudara, sesuatu yang tidak dapat dielakkan di antara mereka, Negara Islam akan hancur kepada berpuak-puak untuk menjadikan semula “kerajaan” dari suku-suku kaum Arab, sama seperti di masa jahiliah.

Dari pandangan dan kebijaksanaan Ali, trajedi ini telah dapat diselamatkan dari berlaku di dalam Dar-ul-Islam.

Ini adalah fakta yang telah diketahui umum bahawa keputusan dan polisi kerajaan, dalam banyak perkara telah dibentuk oleh tekanan dari kumpulan tertentu yang berkepentingan. Talha dan Zubayr, serta penyokong mereka telah membentuk kumpulan ini. Mereka telah menggunakan tekanan, tetapi apabila mereka bertemu dengan rintangan, mereka akan memulakan peperangan.

Aisyah binti Abu Bakar

Aisyah adalah anak perempuan Abu Bakar, khalifah pertama Muslim. Dia dilahirkan empat tahun selepas Rasul mengistiharkan misi baginda, dan apabila dia berusia sembilan tahun, dia telah dikahwinkan kepada baginda. Dia adalah isteri Rasul yang ketiga. Oleh kerana dia tidak mempunyai anak, dia telah memelihara anak saudaranya Abdullah bin Zubayr sebagai anak angkatnya. Dari peristiwa ini dia digelar Umm Abdullah, ibu Abdullah.

Aisyah hadir di dalam peperangan Uhud. Bukhari berkata dari penyampaian Anas bahawa dia melihat Aisyah dan Umm Salim membawa air di dalam bekas kulit, dan memberinya kepada askar yang luka untuk minum. Aisyah amat benci kepada Ali. Dia membenci Ali, sehinggakan dia tidak dapat menyebutkan nama beliau. Bukhari telah merakamkan peristiwa yang berikut: "Aisyah berkata apabila keadaan Rasul Allah bertambah tenat, baginda meminta izin dari para isterinya yang lain untuk menghabiskan masanya di rumah saya kerana baginda menghendaki saya mengurusnya. Hari itu baginda berada di rumah Maymuna. Oleh kerana baginda tersangat lemah, baginda telah dipapah oleh dua orang lelaki yang membawa baginda dari rumah Maymuna ke rumah saya. Seorang dari lelaki itu adalah Abdullah ibn Abbas."

Cerita Aisyah ini telah disampaikan kepada Abdullah ibn Abbas, dan beliau berkata bahawa lelaki yang seorang lagi itu adalah Ali yang telah membantu Rasul dari rumah Maymuna ke rumah Aisyah.

Ahli sejarah telah cuba mencari sebab mengapa Aisyah bencikan Ali. Satu dari sebabnya mungkin peristiwa ifk, iaitu "pembohongan." Peristiwa ini berlaku dalam tahun keenam Hijrah. Apabila tentera Madinah pulang dari ekspedisi Bani Mustaliq, Aisyah yang bersama Rasul telah tertinggal di belakang. Dia kemudian sampai bersama dengan pemandu unta. Peristiwa ini telah menjadi buah mulut orang, dan telah menyakitkan hati Rasul. Baginda dikatakan telah berunding dengan Usama bin Zayd bin Haritha dan Ali ibn Abi Talib di dalam perkara ini. Usama dikatakan telah memberitahu Rasul bahawa Aisyah pasti tidak bersalah tetapi Ali telah dilaporkan sebagai berkata kepada baginda bahawa tidak perlu untuk baginda menanggung tekanan perasaan seperti ini kerana baginda boleh mengahwini ramai wanita yang lain.

397

Page 137: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Aisyah juga mengatakan bahawa Ali telah memukul orang suruhan wanitanya di dalam percubaan untuk mendapatkan perkara yang “sebenar”

Rasul menjadi serba salah, tidak tahu apa yang sebenar telah berlaku, akhirnya wahyu dari langit sampai yang membersihkan Aisyah dari segala tuduhan. Dia tidak bersalah dan peristiwa yang tidak menyenangkan ini telah berakhir.

Walaupun peristiwa ini berakhir dengan kegembiraan untuk Aisyah, dia tidak pernah memaafkan Ali atas nasihatnya itu, beliau telah dituduh memberikan nasihat kepada suaminya, iaitu memberitahunya bahawa, baginda boleh miliki wanita pada bila-bila masa, dan baginda tidak perlu bersusah hati mengenai peristiwa itu.

Jika katakanlah bahawa Ali memberikan nasihat yang sedemikian kepada Rasul, maka dia tidak melakukan sesuatu yang lebih dari membacakan ayat kelima Surah 66 dari Qur’an (Surah Tahreem) yang dibaca seperti berikut: “Jika Nabi menceraikan kamu semua, bahawa Tuhan akan memberinya sebagai ganti isteri-isteri yang lebih baik dari kamu…... Menurut dari ayat Qur’an ini, terdapat wanita yang lebih baik dari isteri-isteri Nabi, dan Tuhan boleh berikan kepadanya.

Cerita mengenai Ali memukul orang suruhan wanita Aisyah, ini tidak sepadan dengan karektor Ali. Beliau seorang wira yang amat berani, dan bahkan di dalam medan peperangan, beliau tidak pernah menghayunkan pedangnya dahulu kepada musuh. Beliau menyuruh musuhnya memulakan dahulu. Apabila musuh telah mulakan pukulan maka Ali merasa bebas untuk mempertahankan dirinya. Tidak terfikir di akal bahawa beliau akan memukul wanita yang tidak berdaya. Apabila tentera mula bergerak keluar, dan Aisyah telah tertinggal di belakang, sendirian, dan orang suruhan wanitanya tidak bersama. Bagaimana suruhan wanita itu tahu apa yang berlaku kepada puannya? Walaupun jika seseorang mengancam untuk membunuhnya, dia masih tidak tahu apa-apa yang berlaku.

Sir William Muir, ahli sejarah British, telah menunjukkan bahawa penyampai cerita tersebut adalah Aisyah sendiri, dan ini telah menjadikan kenyataannya amat diragukan."

Sebenarnya Aisyah tidak memerlukan peristiwa ifk untuk membenci Ali. Kebenciannya kepada Ali telah bermula lebih awal lagi, sebelum peristiwa ini. Dia amat cemburu kepada Khadijah, anak perempuan beliau dan anak kepada anak perempuan beliau. Muhammad selalu mendukung anak kepada anak perempuan khadijah sepanjang masa, dan Aisyah mungkin telah berfikir bahawa jika dia mempunyai anak, baginda tentu telah mencintai mereka seperti cintanya kepada anak perempuan dan cucu khadijah, tetapi dia tidak punya anak seorang pun. Untuk merasa cemburu kepada anak perempuan dan cucu Khadijah mungkin adalah sesuatu yang lumrah dan biasa untuk Aisyah. Tetapi adalah di luar batasan dan kebiasaan terutama pada para isteri Rasul Allah, untuk menjadikan cemburunya tidak terkawal dan dirinya dikuasai sepenuhnya oleh cemburu.

Aisyah sendiri kerap berkata bahawa walaupun dia tidak pernah melihat Khadijah, dia amat cemburu kepadanya dari para isteri baginda yang lain. Satu sebab untuk cemburunya adalah, suaminya Rasul Allah selalu teringat kepada Khadijah dengan cinta yang tulus. Pada satu peristiwa baginda sedang memuji dan menyanjung Khadijah apabila Aisyah hilang kesabarannya, dan membentak: "Mengapa kamu berkata mengenai wanita tua itu selalu? Tidakkah Tuhan telah memberikan kepada kamu isteri yang lebih baik dari dia?"

"Tidak!" jawab Rasul. "Tuhan tidak pernah berikan kepada saya isteri yang lebih baik dari Khadijah. Dia mempercayai saya apabila yang lain menentang saya. Dia

398

Page 138: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

menyokong saya apabila tiada siapa yang menyokong saya. Dia adalah yang pertama untuk menerima Islam apabila yang lain semuanya adalah musyirik. Dan Tuhan merahmati saya dengan anak melalui dia, dan melalui dia sahaja." (Bukhari and Siyar-us-Sahabiyyat)

Tetapi Aisyah tetap tidak dapat mengurangkan atau menyembunyikan kebenciannya terhadap Khadijah, anak perempuan beliau dan cucu beliau. Bahkan kematian Khadijah dan Fatimah tidak dapat memujuk dia untuk melupakan kebenciannya yang lama. Dia benci kepada Ali dan juga cucu Khadijah.

Tidak dapat dielakkan bahawa Aisyah akan bergelut dengan Uthman. Suatu ketika Uthman telah menggunakan bahasa yang kesat dan keji, dari atas mimbar untuk Abdullah bin Mas’ud, seorang sahabat Rasul Allah, dan dia telah bangun untuk mempertahankan beliau. Terdapat pada peristiwa yang lain di mana dia cuba merobek reputasi Uthman. Pintu biliknya terbuka ke dalam masjid, dari masa kesemasa dia akan meletakkan dilantainya sepasang kasut dan baju kepunyaan Rasul, kemudian mengeluarkan kepalanya, dan berkata kepada Uthman apabila dia berada di mimbar, dengan berkata: "Sebelum barangan ini yang dimiliki oleh Rasul kamu, boleh mengumpul debu di atasnya, kamu telah menukarkan perundangannya, tradisinya, dan amalannya dan kamu telah merosakkan agamannya."

Aisyah dapat merasakan bahawa Uthman telah "mengabaikan" dia. Kemudian Uthman mengurangkan bahagiannya. Ini membuat dia bertambah marah. Ini dan banyak lagi yang telah menjadikan dia musuh yang ketat kepada Uthman. Abbas Mahmud Al-Akkad dari Mesir menulis di dalam bukunya, Abqarriyet al-Imam Ali (Cairo, 1970), bahawa Aisyah telah berikan nama "Na'thal" kepada Uthman. Na'thal adalah seorang tua yahudi di Madinah. Telah dikatakan bahawa janggut Uthman sama seperti janggutnya [orang yahudi itu]. Aisyah, di dalam keadaan marah, secara terbuka telah menghasut manusia menentang Uthman, dan berkata: "Bunuhlah Na'thal ini. Dia telah menjadi kafir." Umar Farookh menulis pada ms 190 dari bukunya, “The History of the Arabic Thought Till the Days of Ibn Khaldoon”, diterbitkan dalam tahun 1983, oleh Dar-ul-‘Ilm lil-Malaeen, Beirut, Lebanon: "Telah disampaikan bahawa Aisyah pernah berkata: ‘Bunuhlah Na’thal ini(Uthman bin Affan); dia telah menjadi murtad.’"

Pengepungan terhadap istana Uthman telah bermula apabila Aisyah meninggalkan Madinah untuk pergi ke Makkah menunaikan ibadah Hajj. Marwan memintanya supaya berada di Madinah tetapi dia tidak mempedulikan, dan terus meninggalkan kota. Ketika ketiadaannya di Madinah, Uthman telah dibunuh.

Di Makkah, Aisyah begitu ghairah hendak mendengar berita apa yang berlaku di Madinah. Selepas Hajj, dia berkemas untuk pulang ke Madinah. Sebelum meninggalkan Makkah, dia telah diberitahu ada seorang yang bernama Akhdhar, baru tiba dari Madinah. Dia memanggil orang itu dan bertanya berita apa yang terjadi di Madinah, Dia berkata: "Uthman telah membunuh pemberontak dan telah dapat mengawal keadaan kota semula."

Aisyah amat terkejut mendengar laporan ini dan dia berkata: "Adakah Uthman telah membunuh mereka semua yang datang ke Madinah hanya untuk membantah terhadap kezaliman, dan untuk meminta keadilan? Demi Allah, Kami tidak merasa senang dengan perkara ini." (Tabari, History, Vol. III, ms. 468)

Tetapi pada keesokan hari, seorang lagi pengembara tiba dari Madinah, dan dia memberitahu Aisyah bahawa pemberontak telah membunuh Uthman, dan bahawa Akhdhar telah memberinya berita yang salah. Aisyah berkata: "Semoga Allah menjauhkan rahmatnya dari Uthman. Apa sahaja yang telah berlaku, Uthman telah membawa untuk dirinya sendiri. Allah tidak menyeksa sesiapa."

399

Page 139: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Apabila berita kematian Uthman telah disahkan, Aisyah membuat keputusan untuk meninggalkan Makkah segera. Kehadirannya di Madinah, dia percaya, amatlah diperlukan sebelum adanya pemilihan khalifah yang baru. Dia telah meninggalkan Makkah tetapi belum pun jauh dia pergi dia bertemu dengan pengembara yang ketiga seorang yang bernama Ubaid bin Abi Salma, yang datang dari Madinah. Dia bertanya apa yang telah berlaku di Madinah sebelum dia meninggalkannya. Dia berkata: "Uthman telah dibunuh, dan penduduk Madinah telah berikan bai’ah kepada Ali ibn Abi Talib."

Perlantikan Ali sebagai khalifah bukanlah jenis berita yang Aisyah sedia untuk mendengarnya. Tetapi dengan harapan bahawa dia telah tersalah dengar laporan itu dia bertanya semula: "Adakah kamu katakan bahawa penduduk Madinah telah berikan bai’ah kepada Ali?" Ubaid menjawab: "Ya, mereka telah berikan. Dan siapakah lagi yang ada di sana, di mana mereka boleh berikan bai’ah mereka?"

Aisyah mengeluh: "Oh saya harap, bumi ini telah terbelaah dua, dan langit jatuh menimpa bumi jika Ali telah menjadi khalifah. Sekarang saya tidak boleh pergi ke Madinah. Saya harus kembali ke Makkah." (Kamil, History, Vol. III, p. 105)

Aisyah memerintahkan supaya untanya dipandu semula ke Makkah, dan berkata: "Uthman telah terbunuh sedang dia tidak bersalah. Demi Tuhan saya akan mencari pembalasan untuk darahnya."

Ucapan Aisyah memeranjatkan Ubaid bin Abi Salma, dan dia bertanya: "Hai Umm mukminin! Adakah kamu mencari balasan untuk pembunuhan Uthman? Tetapi tidakkah dia orangnya yang kamu panggil ‘Na'thal,' dan tidakkah kamu wanitanya yang menghasut Muslim supaya membunuh dia, kerana kamu kata dia telah menjadi murtad?"

Aisyah menjawab: "Ya, benar saya yang memanggil Uthman dengan nama itu, dan manusia lain juga memanggilnya dengan nama yang sama. Ya, benar dia juga telah menyimpang, dan dia perlu diperbetulkan. Tetapi apa yang saya katakan sekarang adalah lebih benar dari apa yang saya katakan dahulu, dan apa yang saya katakan sekarang adalah bahawa Uthman telah bertaubat sebelum dia mati. Maka apabila dia dibunuh, dia tidak bersalah, dan saya akan mencari pembalasan terhadap darahnya."

Bagaimana Aisyah tahu bahawa Uthman telah bertaubat? Dikala dia meninggalkan Madinah, Uthman tidak bertaubat lagi. Bahkan selepas dia menunaikan Haji, dan telah bersedia untuk pulang ke Madinah, Uthman tidak bertaubat lagi, jika tidak, pasti dia telah menunjukkan kepuasannya terhadap pembunuhan Uthman. Tetapi apabila dia mendengar berita bahawa Ali telah menjadi khalifah, serta merta dia mendapat tahu bahawa Uthman telah bertaubat, dan tidak bersalah. Dia mengistiharkan bahawa dia akan membela Uthman, dan dia akan melancarkan kempen untuk mendapatkan pembalasan untuk darah Uthman.

Di ketika itu Marwan yang telah meninggalkan Madinah apabila Ali dilantik menjadi khalifah, juga tiba di Makkah. Dia pergi berjumpa Aisyah, dan berikan kepadanya gambaran bagaimana Uthman dibunuh, yang mana telah dikatakan menyentuh jiwanya, dan telah hampir membuatnya mengalirkan air mata.

Aisyah melancarkan kempen serampang dua mata; Dia terpaksa membuktikan (1) “kebenaran” Uthman dan (2) “kesalahan” Ali.

Pengembara telah membawa berita mengenai kempen Aisyah ke Madinah. Talha dan Zubayr amat gembira mendengar berita ini. Mereka melihat cahaya harapan baru untuk diri mereka di dalam kempen Aisyah. Mereka menulis surat, dan

400

Page 140: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

berikan sokongan mereka kepadanya, menyanjung dia di atas usahanya, dan memberi dia semangat supaya meningkatkan lagi propagandanya menentang Ali. Tidak lama lagi mereka akan datang ke Makkah untuk mengerjakan Umrah.

Aisyah, di bawah petunjuk Marwan, mula mengumpulkan penyokong. Orang pertama yang menyahut panggilan dia adalah Abdullah bin Aamir al-Hadhrami, gabenor Uthman di Makkah. Bersama dirinya dia membawa Said bin Aas, Walid bin Aqaba dan Umayyah lainnya yang berada di Makkah, ke kem Aisyah. Dalam pada itu, Talha dan Zubayr juga tiba dari Madinah, dan bersekutu dengan Aisyah dan Marwan, sekutu untuk menentang Ali ibn Abi Talib. Sekarang semua mereka yang di belakang tabir, penganjur pembunuhan Uthman telah berada di Makkah. Oleh kerana mereka mempunyai tujuan di dalam matlamat yang sama maka penyatuan mereka amatlah mudah.

Tujuan tersembunyi [dalih] sekutu ini adalah mencari pembalasan terhadap darah Uthman, dan sekutu ini bersetuju tidak ada cara yang lebih baik untuk melakukannya selain dari mendapatkan kedudukan khalifah itu sendiri. Tetapi di belakang tabir untuk mendapatkan pembalasan, terdapat juga keghairahan untuk berkuasa, ketakutan terhadap manusia [seseorang], dan cemburu serta dendam kesumat seorang wanita.

BAB 61

Peperangan Basra (Peperangan Unta)

Perang Saudara Kedua Dalam Islam

Muslim telah berperang di dalam peperangan saudara yang pertama, semasa khalifah Abu Bakar, khalifah pertama Muslim. Masih di dalam generasi yang sama, mereka kini menghadapi peperangan saudara yang kedua. Perang saudara yang pertama, disebabkan kerajaan menentang beberapa warganya yang tidak bersetuju; perang saudara kedua disebabkan, beberapa warganya yang tidak bersetuju menentang kerajaan.

401

Page 141: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Professors Sayed Abdul Qadir dan Muhammad Shuja-ud-Din, menulis di dalam buku mereka History of Islam, Bab I (Lahore, Pakistan): "Aisyah sedang pulang ke Madinah dari Makkah selepas Hajj, apabila dia mendengar berita pembunuhan terhadap Uthman, dan Ali telah dilantik menjadi khalifah, dia membuat keputusan untuk tidak kembali ke Madinah, dan kembali semula ke Makkah. Talha dan Zubayr juga tiba di Makkah. Gabenor Uthman di Makkah adalah Abdullah bin Aamir Hadhrami. Marwan dan ahli Bani Umayyah yang lain tinggal sebagai tetamu di rumahnya. Mereka telah mengadakah mesyuarat dan mengambil keputusan untuk mencari pembalasan untuk darah Uthman. Mereka telah menubuhkan sepasukan tentera di Makkah, seramai 3 000 orang wira, dan memutuskan setelah berbincang untuk bergerak menuju Basra. Mereka menawan Basra, rampas perbendaraannya, dan membunuh 600 Muslim yang disyaki menentang mereka, dan menyebarkan ketakutan di dalam kota tersebut."

Mencari pembalasan untuk darah Uthman hanyalah alasan untuk berperang. Ini adalah topeng, yang bukan sahaja untuk menutupi cita-cita ketua pemberontak tetapi juga terhadap jenayah yang mereka telah lakukan. Tidak ada cara untuk mereka melindungi niat, cita-cita dan matlamat serta kaitan mereka di dalam pembunuhan Uthman, selain dari mengatakan bahawa mereka adalah penyokongnya. Satu perkara yang telah jelas kepada setiap orang adalah; jika Ali dapat mengukuhkan kerajaannya, satu dari perkara utama yang akan beliau lakukan ialah, penyiasatan terhadap pembunuhan Uthman, dan tidak dapat dielakkan, jejak langkah penjenayah ini akan membawa dan menunjukkan kepada mereka ketua pemberontak itu sendiri. Peranan yang mereka mainkan semasa pengepungan istana Uthman, tidak dapat dilindungi dari orang ramai. Saksi semuanya berada di Madinah dan mereka boleh memberikan keterangan bersumpah terhadap apa yang mereka saksikan. Untuk keselamatan ketua pemberontak, hanya terdapat satu cara, iaitu bertindak dahulu sebelum Ali, yang menegakkan keadilan dengan sempurna; dengan memulakan laungan terhadap pembalasan sebelum Ali dapat menyediakan penyusunan untuk memulakan perundangan dengan rapi dan teratur. Inilah yang mereka telah lakukan. Sebahagian dari mereka telah mengaku bahawa apa yang mereka lakukan sekarang adalah untuk menebus kesalahan yang mereka telah lakukan, iaitu “mencuci darah dengan darah.” Mereka telah membunuh seorang khalifah sekarang mereka akan membunuh seorang khalifah lagi. Inilah satu-satunya cara untuk mendapatkan “keselamatan” terhadap diri mereka

Tidak ada siapa yang tahu atas hak apa Aisyah, Talha dan Zubayr mencari pembalasan untuk darah Uthman. Mereka tidak mempunyai pertalian saudara dengan Uthman. Setiap seorang dari mereka tergolong di dalam suku kaum yang berlainan. Waris Uthman yang terdekat adalah balunya, Naila, anak lelaki dan anak perempuannya, dan mereka tidak menuntut pembalasan dari sesiapa. Kini setelah Uthman dibunuh, barulah mereka melantik dirinya [Uthman] sebagai ketua, dan manusia ini bersungguh-sungguh untuk melindunginya!

Aisyah tidak boleh melihat Ali sebagai khalifah. Kebenciannya kepada Ali telah melimpah ruah. Jika orang lain dari Ali telah menjadi khalifah, dia mungkin tidak melakukan pengembara yang keji ini di mana puluhan ribu Muslim telah terbunuh. Sedangkan penyebab utama di dalam kes ini adalah kebenciannya yang tidak berkesudahan terhadap Ali, kini dia juga telah menjumpai penyebab kedua untuk dia meneruskan kempen menjatuhkan Ali dengan lebih berazam lagi. Jika dia berjaya menjatuhkan Ali dari pusat kekuasaan, dia akan melantik anak saudaranya, iaitu anak angkatnya, Abdullah bin Zubayr, sebagai khalifah yang baru.

Tiga Gabenor Uthman yang telah dilucutkan jawatan oleh Ali adalah Abdullah bin Aamir Hadhrami di Makkah; Ya'la bin Umayyah di Yaman; dan Abdullah bin Aamir bin Kurayz di Basra. Setelah mereka diberhentikan, yang pertama terus tinggal di Makkah, dan yang dua lagi datang ke Makkah. Mereka bawa bersama mereka

402

Page 142: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

perbendaharaan awam. Beberapa orang warga Makkah juga telah membuat sumbangan yang besar kepada tabung pemberontak. Dengan cara ini, pemberontak telah mendapat kewangan yang cukup untuk memulakan peperangan.

Ketua pemberontak telah mengadakan perjumpaan di rumah Abdullah bin Aamir Hadhrami, bekas gabenor Makkah, untuk memutuskan tindakan mereka. Serangan terhadap Madinah, dan bergerak menuju Syria, telah diperbincangkan tetapi didapati sukar untuk dipraktikkan atas beberapa sebab. Akhirnya, Abdullah bin Aamir bin Kurayz, bekas gabenor Basra, menyarankan supaya mereka pergi ke Basra. Saranan ini dipersetujui oleh semua. Talha dengan senang hati menerimanya, dan berkata ramai keluarga dari kaumnya ada di Basra, dan mereka boleh mendapat sokongan dari kaumnya di Basra.

Ketua pemberontak kemudian merancang strategi mereka: pertama mereka akan menawan Basra; dengan Basra sebagai markas, mereka akan menawan Kufa, di sana Zubayr mempunyai ramai penyokong. Dengan Basra dan Kufa di dalam tangan mereka, maka mudahlah untuk mereka memencilkan Ali di Hijaz; serang wilayahnya; kalahkan beliau; dan rampas khalifah darinya.

Tujuan para pemberontak yang jelas adalah untuk membunuh manusia yang telah membunuh Uthman. Manusia yang membunuh Uthman, semuanya masih ada di Madinah, tetapi orang-orang yang melantik dirinya sebagai pembela Uthman hendak menuju ke Basra, 800 batu ke timur, di Iraq!

Talha dan Zubayr meminta Abdullah bin Umar bin al-Khattab supaya turut bersama mereka ke Basra tetapi dia menolak.

Aisyah menggesa Hafsa bint Umar bin al-Khattab dan balu Rasul yang lain, yang masih berada di Makkah selepas Hajj, untuk pergi bersama dia ke Basra, dan mengambil bahagian di dalam peperangan menentang khalifah. Kesemua mereka menolak melainkan Hafsa. Dia bersedia untuk pergi bersama Aisyah tetapi saudaranya, Abdullah bin Umar, melarang dia dari melakukan itu.

Umm Salma adalah seorang dari balu Rasul Allah. Aisyah menghantar surat kepada beliau di Madinah mempelawa beliau untuk menyertai kempennya. Jawapan Umm Salma kepada Aisyah seperti berikut:

"Wahai Aisyah! Kamu telah lupa bahawa Rasul Allah telah memerintahkan kamu supaya tinggal di rumah dan jangan melampaui batasan terhadap apa yang diperintahkan oleh agama kita? Jihad para wanita adalah menahan diri. Mata mereka janganlah terlalu berani, dan suara mereka janganlah lantang. Adakah pendapat kamu, jika Rasul Allah mendapati diri kamu berlumba menunggang unta di padang pasir, adakah baginda akan merasa amat senang hati? Jika saya tidak lagi taat kepada suami saya, maka saya tidak sanggup untuk berdepan dengannya, dari itu takutlah kepada Allah selalu. Adalah untuk kepentingan kamu juga supaya tinggal di rumah, dan tidak pergi mengembara."

Aisyah telah mengatakan bahawa dia pergi untuk misi keamanan. Jika begitulah sebenarnya, maka misi keamanan Aisyah adalah yang paling aneh dari semua misi keamanan yang lainnya. Dia telah pergi ke Basra bersama 3000 pejuang, lengkap bersenjata untuk berperang, dan semuanya dahagakan darah Muslim yang tidak berdosa!

Akhirnya segala persiapan telah lengkap, dan tentera Aisyah, Talha dan Zubayr, bergerak keluar dari Makkah, dengan segala kegemilangan, menuju ke destinasi - Basra.

403

Page 143: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ketika tentera Makkah bergerak menuju ke Timur, seorang telah menimbulkan persoalan, siapakah yang akan menjadi khalifah jika Ali dapat dikalahkan. Anak Talha berkata bapanya akan menjadi khalifah tetapi anak Zubayr menentangnya dengan berkata bapanya yang akan menjadi khalifah.

Perdebatan hangat telah berlaku yang boleh membawa kepada pergaduhan di antara kedua anak muda ini, apabila Aisyah sampai ke tempat mereka. Dia meleraikan mereka dan penyokong masing-masing; serta menolak soalan itu sebagai belum masanya lagi.

Walaupun Aisyah telah melenyapkan soalan, siapakah ketua untuk sementara waktu, tetapi dia telah memerintahkan anak saudaranya, Abdullah bin Zubayr, supaya memimpin tentera di dalam solat. Perundangan ini mempunyai pengertian khusus di dalam kontek sesuatu masa. Pada suatu peristiwa, semasa baginda Rasul sakit, bapa Aisyah, Abu Bakar, telah dikatakan memimpin sebahagian Muslim di dalam solat. Fakta bahawa dia telah memimpin Muslim di dalam solat telah digunakan sejurus selepas baginda wafat sebagai hujah untuk dirinya dan juga sebagai kelayakan untuk menjadi khalifah.

Aisyah sayang kepada anak saudaranya, Abdullah bin Zubayr, lebih dari ibunya sendiri, dan dia telah berazam untuk menjadikannya khalifah yang akan datang. Di atas ketegasannya, Zubayr sendiri terpaksa berdiri di belakang anaknya ketika melaksanakan solat. Seperti yang dilihat Aisyah, dari contoh bapanya, tidak ada siapa di dalam pasukan tentera pemberontak yang boleh mendakwa bahawa dia mempunyai “kelayakan” yang sama seperti anak saudaranya, oleh kerana dia sahaja yang memimpin tentera di dalam solat.

Persoalan ketua juga telah menghantui Said bin Aas. Dia bawakan perkara ini kepada Talha dan Zubayr dan dialog berikut berlaku di antara mereka:

Said: Jika kamu menang peperangan dengan Ali, siapa yang akan menjadi khalifah seterusnya?

Talha: Sesiapa yang dipilih oleh Muslim akan menjadi khalifah.

Said: Apabila kamu meninggalkan Makkah, kamu mengistiharkan bahawa tujuan kamu berperang dengan Ali adalah untuk mendapatkan pembalasan untuk darah Uthman. Jika tujuan kamu masih tidak berubah, maka kamu hendaklah menjadi seorang dari anaknya [Uthman] khalifah yang baru, dan kedua-dua mereka ada bersama kita di dalam tentera ini.

Talha: Adakah kamu fikir bahawa kita akan mengabaikan Muhajirin yang lebih usianya dan memberikan laluan kepada anak muda yang mentah sebagai khalifah? Tidak mungkin.

Said kini mengerti bahawa kata-kata mencari pembalasan untuk darah Uthman hanyalah suatu helah, tujuan “ketiga pemerintah” ini adalah merampas kuasa untuk diri mereka.

Seorang pelawat yang terkenal datang ke kem pemberontak, dia adalah Mughira bin Shaaba. Dia berkata kepada Aisyah dan Marwan, serta menasihati mereka untuk melupakan rancangan menyerang Basra. Dia berkata kepada Marwan: ".…. jika kamu pergi ke Basra untuk mencari pembunuh Uthman, maka kamu haruslah tahu bahawa pembunuh tersebut ada di sini, di dalam kem kamu dan bukannya di Basra. Mereka adalah jeneral tentera kamu. Mereka telah membunuh Uthman kerana setiap dari mereka berhasrat untuk menjadi khalifah. Tetapi mereka gagal, dan setelah mereka gagal, mereka mencipta cerita rekaan ini untuk mencari pembalasan."

404

Page 144: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tetapi Aisyah dan Marwan tidak mempunyai hasrat untuk meninggalkan rancangan mereka hendak berperang. Mereka tidak menerima nasihat Mughira, maka dia bersama Said bin Aas, Abdullah bin Khalid, dan beberapa orang yang lain telah memisahkan diri dari tentera pemberontak dan pergi ke Ta'if.

Tentera pemberontak meneruskan perjalanan menuju ke Basra, tetapi satu peristiwa yang aneh telah memberhentikan pergerakkannya seketika. Ketika tunggangan Aisyah melepasi suatu telaga di dalam satu kampung di tengah perjalanan, beberapa ekor anjing pariah mengelilingi dia dan menyalak dengan galaknya. Aisyah menjengok keluar dari atas tunggangannya, dan bertanya kepada anak Talha jika dia mengetahui nama kampung yang mereka sedang lalui. Anak Talha berkata bahawa mereka sedang melalui sebuah kampung yang bernama Hawab.

Apabila Aisyah mendengar nama Hawab, dia telah menjadi tidak tentu arah. Dia mengarahkan pemandu unta supaya membuat unta yang ditungganginya duduk, dan berkata bahawa dia hendak pulang ke Madinah serta merta dan tidak mahu meneruskan perjalanan ke Basra.

Pertukaran arah tujuan yang mendadak oleh Aisyah, telah memeranjatkan anak lelaki Talha, dan bertanya mengapa dia tidak boleh pergi ke Basra. Dia berkata bahawa dia telah teringat akan ramalan Rasul Allah, dan dia memberitahu anak Talha dengan perkataan yang berikut:

"Rasul Allah sedang bersama isteri-isterinya suatu hari, dan baginda telah berkata kepada mereka: ‘Akan datang satu hari di mana anjing-anjing Hawab akan menyalak kepada seorang daripada kamu, dan itulah harinya apabila dia berada di dalam kesesatan yang nyata.' Baginda kemudian berpaling kepada saya, dan berkata: ‘Berwaspadalah wahai Humayra! Janganlah kamu yang menjadi isteri itu.' Dan sekarang saya boleh dengar dan lihat bahawa anjing Hawab telah menyalak kepada saya. Maka sayalah di dalam kesesatan yang nyata."

Tetapi anak Talha tidak percaya dan berkata: "Hai Umm Mukminin! Janganlah hiraukan kepada salakan anjing itu. Kita mempunyai perkara yang lebih penting untuk dilakukan. Marilah kita teruskan perjalanan, yang telah memanggil kita supaya menuju ke Timur."

Tetapi Aisyah kelihatan bertegas untuk pulang Madinah. Cemas dengan kecekalan Aisyah untuk pulang ke Madinah, anak Talha memanggil Abdullah bin Zubayr, berharap supaya dia dapat memujuk Aisyah untuk tidak meninggalkan tentera pemberontak.

Abdullah bin Zubayr tiba, dia juga mendengar cerita dari Aisyah. Tetapi dia terpaksa menahan Aisyah dengan apa cara sekalipun. Jika Aisyah meninggalkan tentera pemberontak, segala usaha ketua pemberontak untuk merampas kuasa akan rosak di situ juga. Lebih-lebih lagi mereka kini sudah tidak punya tempat lain untuk dituju. Maka dia memberitahu emak saudaranya bahawa, kampung di mana anjing-anjing telah menyalak kepadanya, dan telah menjadikan dia hilang pertimbangan, bukanlah Hawab; tetapi sebuah perkampungan yang terpencil. Bagaimana pun Aisyah masih tidak berpuas hati, dan tidak mahu pergi ke Basra.

Abdullah bin Zubayr sekarang terpaksa mengambil langkah-langkah yang cemas untuk meyakinkan emak saudaranya bahawa pergi ke Basra bukanlah satu tindakan yang sesat, dan menyalaknya anjing tidak sepatutnya menimbulkan ketakutan kepada dirinya. Abdullah bin Zubayr kemudian bersumpah bahawa pasukan tentera telah jauh meninggalkan Hawab di belakang. Dia juga mengumpulkan 50 orang Arab padang pasir, membawa mereka kepada Aisyah, dan kesemua mereka bersumpah bahawa Hawab sebenarnya telah jauh tertinggal di belakang dari mana dia [Aisyah] berada.

405

Page 145: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ahli sejarah Arab berkata bahawa “kenyataan” yang Abdullah bin Zubayr bentangkan kepada Aisyah, adalah sumpahan palsu yang pertama di dalam Islam.

Tabari, dekan kepada ahli sejarah Arab, juga telah merakamkan peristiwa ini. Dia menambah bahawa melalui usaha anak angkatnya, Abdullah bin Zubayr, dan 50 saksinya, Aisyah akhirnya yakin bahawa anjing yang menyalak kepadanya bukanlan anjing dari Hawab, tetapi dari kampung yang lain. Dia telah melupakan peristiwa itu sebagai perkara kecil yang menganggu perjalanan. Jiwanya telah “ditakluki” dan dia telah bersedia untuk menunggang menuju Basra.

Pada ketika ini, Ali sedang sibuk menangani keadaan semasa. Dari semua musuhnya, beliau tahu bahawa Muawiyah, gabenor Syria yang paling bahaya, dan beliau rasa Muawiyah perlu diberikan perhatian pertama. Tetapi kemudian beliau mendengar bahawa Talha dan Zubayr, yang pada mulanya meninggalkan Madinah pergi ke Makkah “untuk mengerjakan Umrah” telah melanggar bai’ah kepada dirinya, dan kini, mereka dan Aisyah, yang berada di Makkah, telah menaikkan panji-panji pemberontakan menentang beliau. Disampaikan kepada beliau juga bahawa ketiga-tiga ketua ini sedang bergerak dengan pasukan tentera yang lengkap menuju kota Basra di Iraq dengan niat untuk menawannya.

Aisyah tidak pernah merahsiakan kebenciannya kepada Ali, tetapi beliau tidak pernah terfikir bahawa Aisyah akan pergi sejauh itu, sehingga melancarkan peperangan kepada beliau. Bersekutunya Talha, Zubayr dan Muawiyah memang ada kemungkinannya, tetapi bersekutunya Talha, Zubayr dan Aisyah tidak pernah terlintas difikiran Ali. Tetapi inilah yang terjadi, Aisyah yang memberikan ancaman secara terus kepada keselamatan negara Islam bukannya Muawiyah.

Ali terpaksa menangguhkan segala urusan lainnya, dan cuba menanggani cabaran dari Aisyah, Talha dan Zubayr. Beliau menyesali pengistiharan perang mereka yang tidak wajar dan bukan pada waktunya, dan cuba mencari usaha untuk memujuk mereka dari menyebabkan pertumpahan darah Muslim yang pasti tidak dapat dielakkan jika pemberontakan berlaku. Beliau menghantar surat kepada Aisyah dan maksud isinya adalah seperti berikut:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Kamu telah meninggalkan rumah kamu, ini bertentangan terus dengan perintah Allah dan RasulNya, dan sekarang kamu menyemai benih perang saudara di antara Muslim. Cubalah berhenti sejenak dan fikirkan perkara ini: Apakah kaitannya dengan kamu mengenai tentera dan peperangan? Adakah menjadi tugas kamu untuk berperang? Dan berperang dengan siapa? Menentang Muslim? Tempat kamu adalah di dalam rumah. Allah telah mengarahkan kamu supaya tinggal di dalam rumah. Maka takutlah kepada Allah, dan janganlah engkar kepadaNya, dan kembalilah ke Madinah." Aisyah telah menerima surat Ali tetapi rayuan beliau tidak mempunyai kesan kepadanya, dan dia tidak menjawabnya.

Ali hantar surat yang sama kepada Talha dan Zubayr dan mereka juga tidak menjawabnya..

Ali sedar bahawa ketua pemberontak telah berhasrat untuk menumpahkan darah Muslim. Dengan niat untuk menegah mereka dari melakukan itu, beliau membuat keputusan untuk memintas mereka. Tetapi beliau hanya boleh memintas mereka dengan tentera beliau sendiri, dan itu beliau tidak mempunyainya!

Khalifah yang baru perlu menubuhkan pasukan tentera jika beliau mahu menghalang tentera pemberontak dari sampai dan menawan Basra. Beliau pergi ke masjid, memberitahu Muslim rancangan pasukan pemberontak, menerangkan

406

Page 146: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kepada mereka perlunya ada pasukan tentera untuk menghadapai cabaran mereka dan beliau menyeru mereka suka tampil kehadapan sebagai tentera sukarela.

Ali amat terkejut di atas sambutan [respon] yang beliau terima dari rayuannya. Tiada siapa yang bersedia untuk berperang menentang pemberontak. Beliau mengulangi rayuannya tetapi sambutannya masih juga sama.

Selepas setiap solat, Ali merayu kepada jamaah supaya bangun dan mempertahankan kerajaan yang telah dilantik secara sah. Beliau mengingatkan mereka bahawa, beliau telah sanggup mengambil alih kerajaan hanya setelah mereka bertegas mahukan beliau. Beliau juga mengingatkan mereka bahawa beliau telah sanggup menerima kdudukan khalifah di atas sumpah mereka yang akan patuh kepadanya, di dalam keamanan dan di dalam peperangan. Muslim kini seolah-olah telah lupa bai’ah mereka. Ali merasakan dirinya sudah tidak bermaya.

Selepas beberapa hari, seorang telah bangun di dalam masjid dan memberitahu Ali dia akan patuh kepadanya. Beberapa orang yang lain kemudian mengikuti jejaknya. Kemudian Ali dapat mengumpulkan satu pasukan tentera yang kecil berjumlah 700 sukarelawan yang bersedia patuh kepada beliau.

Sir John Glubb: Sebaik sahaja Ali mendengar bahawa Zubayr, Talha dan Aisha telah meninggalkan Makkah, beliau memutuskan untuk menjejaki mereka, tetapi mendapati sukar untuk menubuhkan pasukan tentera untuk tujuan itu. Tiga bulan sebelum ini, para sahabat dan warga Madinah telah merayu supaya beliau menjadi khalifah. Sekarang hanya sedikit yang akan menyokong beliau walaupun kelihatan bahawa Zubayr dan Talha yang curang telah mendapat 3000 orang dari Makkah dan suku kaum dari sekitarnya di dalam pasukan tentera mereka.

Dalam bulan October 656, empat bulan selepas pembunuhan Uthman, Ali keluar menjejaki Zubayr dan Talha. Bersama beliau 700 orang tentera. Terlalu lemah untuk terus menjejaki pemberontak, beliau lalu berkhemah di satu tempat yang berair di padang pasir di Nejed. (The Great Arab Conquests, ms. 318, 1967)

Sebelum meninggalkan Madinah, Ali berjumpa dengan Umm Salma, seorang dari balu Muhammad, Rasul Allah, dan mengucapkan kepada dia selamat tinggal. Umm Salma berkata kepada beliau:

"Dengan nama Allah, saya menyerahkan kamu ke dalam perlindunganNya. Dengan kekuasaan dan KebesaranNya, kamu sahaja yang bersama kebenaran, dan semua musuh kamu adalah di dalam kesesatan. Jika Allah tidak perintahkan isteri para Rasul supaya tinggal di rumah, saya pasti akan bersama kamu di dalam kempen ini." (Abul Fida)

Umm Salma mempunyai seorang anak dari perkahwinannya yang pertama. Dia serahkan anaknya kepada Ali dan berkata: "Dia adalah anak saya seorang sahaja. Hanya dialah yang saya miliki di dalam dunia ini. Saya serahkan dia kepada kamu. Jika perlu dia akan mengorbankan nyawanya untuk kamu."

Ali telah tergerak hatinya dengan tindakan Umm Salma. Ali mengucapkan terima kasih dan dengan berat hati meninggalkannya, tidak tahu sama ada beliau dapat pulang semula Madinah. Anak Umm Salma mengiringgi beliau ke Iraq.

Ali melantik Sahl ibn Hunaif Ansari sebagai gabenor Madinah ketika ketiadaan beliau, dan beliau menghantar Qathm ibn Abbas ke Makkah untuk mengambil alih kuasa kota tersebut sebagai gabenornya.

Perkara yang terakhir Ali lakukan di Madinah adalah menziarahi makam Muhammad Mustafa, dan Fatimah Zahra, Bapa dan anak perempuannya.

407

Page 147: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad adalah petunjuknya, yang telah banyak menolong dan juga seorang sahabat dan Fatimah adalah isterinya. Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada keduanya dengan hati yang penuh kepiluan dan berlinangnya air mata.

Setibanya beliau di Iraq, Ali dan pasukan tenteranya yang kecil berkhemah di satu tempat bernama Dhi-Qaar. Abdullah ibn Abbas, sepupunya, menyampaikan berita mengenai ketibaan seorang sahabat baru ke dalam kem mereka, seperti berikut: "Kami berada di Dhi-Qaar, pada suatu tengah hari kami melihat seorang datang menuju ke kem kami. Dia amat tua dan lemah. Barangannya hanya sebuah beg kecil berisi bekalan makanan dan kulit kambing yang berisi air. Dia masuk ke kem kami dan meminta izin bertemu dengan Ali. Apabila dia dibawa bertemu dengan Ali, dia memperkenalkan diri sebagai Oways Qarni dari Yaman. Sebaik sahaja kami mendengar namanya, kami tahu bahawa dia adalah sahabat ketua kami, Muhammad, Rasul Allah. Dia meminta Ali menghulurkan tangannya, lalu disambutnya. Dia kemudian memberikan bai’ahnya kepada beliau."

Ali menyambut sahabat dan juga yang disayangi oleh ketuanya Muhammad, seperti mana yang dilakukan oleh tuannya sendiri, jika baginda ada bersama.

Uways telah diterima di dalam pasukan tentera Madinah.

Bagi diri Ali, ketibaan Uways Qarni ke dalam kemnya adalah satu petanda yang amat baik, di dalam keadaan suasana yang begitu getir dan penuh bahaya hasutan, khianat, durhaka dan pemberontakan yang telah menguasai Dar-ul-Islam. Untuk seketika, beliau telah melupai waktunya yang sekarang, dan telah hilang di dalam waktu yang silam, di masa ketuanya, Muhammad. Itu adalah hari-hari yang paling bahagia untuknya, waktu yang benar-benar sempurna. Bagaimana dia berhasrat untuk kembali kepada waktu itu, sebagai orang kanan Muhammad, beliau telah mempertahankan Islam dan ummatnya dari musyirik. Sekarang ini amat memeranjatkan beliau, ummat itu [yang beliau telah pertahankan] telah mencabar penguasaan diri beliau sendiri, dan dahagakan darah beliau. Beliau telah dikejutkan dari impian beliau yang indah di masa lampau dengan keadaan sekarang yang buruk lagi berpecah.

Usaha Ali yang pertama untuk mengelakkan peperangan, yang dibuatnya dari Madinah, telah gagal, tetapi beliau bersungguh-sungguh untuk menjauhkan perang saudara di antara Muslim. Maka apabila tenteranya telah berkhemah, Ali melancarkan perang keamanan, dengan membuat beberapa anjuran rundingan kepada ketua pemberontak supaya datang dan berunding syarat-syarat keamanan daripada mengambil penyelesaian melalui senjata. Beliau menghantar beberapa para sahabat Rasul yang terkenal untuk memujuk Aisyah, Talha dan Zubayr supaya berdamai tetapi gagal..

Edward Gibbon: Setelah sekian lama berdoa dan bertafakur telah tidak menghilangkan semangat keperwiraan Ali; tetapi di dalam usia yang dewasa, setelah mempunyai banyak pengalaman mengenai manusia, beliau tetap sama seperti beliau masih remaja dahulu, terburu-buru dan tidak berhemat. Pada hari pertama beliau mengambil alih jawatan, beliau tidak memperkukuhkan kedudukannya, sama ada memberikan hadiah atau menghukum; Bai’ah Talha dan Zubayr, dua ketua Arab yang berpengaruh ini amat meragukan. Mereka melepaskan diri dari Madinah ke Makkah, dan dari sana ke Basra; menegakkan panji-panji pemberontak, dan merampas kerajaan Iraq, atau Syria yang mereka anggap sebagai balasan hadiah terhadap khidmat mereka. Topeng patriotik telah digunakan sebagai pelindung kepada kecurangan yang amat jelas; dan kini musuh-musuh Uthman, mungkin juga para pembunuhnya telah meminta pembalasan dan pembelaan. Mereka diiringi di dalam pergerakan mereka oleh Aisyah, balu Rasul Allah, yang telah menghabiskan sepanjang usianya di dalam kebencian yang amat sangat terhadap suami dan keturunan Fatimah. (The Decline and Fall of the Roman Empire)

408

Page 148: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tidak memperkukuhkan kedudukannya, sama ada memberikan hadiah atau menghukum; Bai’ah Talha dan Zubeir amat meragukan, Ali bukannya terburu-buru dan tidak berhemat, seperti yang dikatakan oleh Gibbon. Ali tahu bahawa Talha dan Zubayr mempunyai perasaan khianat di dalam hati mereka. Memberikan hadiah kepada mereka adalah merupakan rasuah, dan Ali bukan orangnya untuk memberikan rasuah kepada sesiapa dan untuk apa juga.

Di Madinah, Abdullah ibn Abbas telah menasihatkan Ali supaya melantik Talha dan Zubayr gabenor Basra dan Kufa. Menilai dari karektor dan kelakuan mereka, melantik Talha dan Zubayr sebagai gabenor, adalah suatu kesilapan yang besar di pihak Ali. Jika beliau telah melakukan itu, beliau terpaksa berperang bukan dengan satu Muawiyah tetapi dengan tiga Muawiyah!

Untuk menghukum, sekali lagi Ali bukanlah orangnya yang menangkap seseorang terhadap jenayah yang dirancangkan tetapi belum dilaksanakan. Apabila Talha dan Zubayr datang berjumpa beliau, meminta izin untuk pergi ke Makkah melakukan Umrah, beliau mengizinkan mereka pergi tetapi telah memberitahu bahawa maksud mereka bukannya untuk melakukan Umrah.

Seperti dinyatakan di atas, Ali dapat mengumpulkan tidak lebih dari 700 orang di Madinah. Ini adalah satu pasukan yang kecil, beliau tidak dapat menyambut cabaran pemberontak dengan pasukan yang kecil ini. Maka dia telah menghantar Muhammad ibn Jaafar dan Muhammad ibn Abu Bakar ke Kufa untuk membawa pasukan tambahan dari sana. Gabenor Kufa pada masa ini adalah Abu Musa al-Ashari, dan dia menentang mereka. Apabila tentera tambahan lambat tiba, pertama sekali, Ali hantar Abdullah ibn Abbas dan Malik ibn Ashtir, dan kemudian Imam Hasan dan Ammar ibn Yasir ke Kufa, untuk menubuhkan tentera tambahan.

Imam Hasan mengenepikan penentangan Abu Musa, terus pergi ke masjid Kufa dan berucap kepada warga Kufa, di mana beliau mengingatkan tanggungjawab mereka kepada Tuhan dan RasulNya.

Ketibaan Hasan, kesayangan Muhammad di Kufa, telah menyentuh jiwa warganya. Ucapan beliau belum pun selesai apabila manusia telah melaungkan: kami patuh kepada kamu; dan berkhidmat untuk kamu.

Pada masa yang sama, Malik ibn Ashtir memasuki istana gabenor. Dia mengusir keluar hamba-hamba Abu Musa dan mengambil alih bangunan tersebut. Abu Musa melarikan diri dari Kufa di waktu malam, dan berselindung dengan Muawiyah di Damascus.

Imam Hasan, Ammar Yasir, Abdullah ibn Abbas dan Malik ibn Ashtir kembali ke Dhi-Qaar dengan 12,000 wira dari Kufa bersama mereka.

Gabenor Ali di Basra adalah Uthman ibn Hunaif Ansari, sahabat Rasul , orang yang sama Umar telah lantik sebagai Kommisioner Kewangan di Iraq. Apabila dia mengetahui bahawa tentera Aisyah, Talha dan Zubayr berada di persekitaran Basra, dia menghantar seorang dari sahabat Ali, Abul Aswad ad-Du'ali untuk menemui dan mengetahui sebabnya mengapa mereka datang ke situ. Abul Aswad berjumpa dengan Aisyah, dan perbualan berikut berlaku di antara mereka.

Abul Aswad: Wahai Umm Mukminin, apakah tujuan kamu datang ke Basra dengan pasukan tentera?

Aisyah: Saya datang untuk menuntut pembelaan terhadap pembunuhan Uthman yang telah dibunuh di dalam rumahnya sendiri, walaupun dia tidak melakukan sebarang dosa.

409

Page 149: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Abul Aswad: Mereka yang membunuh Uthman, tidak ada di Basra. Aisyah: Ya saya tahu. Tetapi untuk mendapatkan pembalasan, saya memerlukan kerjasama dan sokongan penduduk Basra.

Abul Aswad: Saya harap kamu tidak lupa bahawa Rasul Allah telah memerintahkan kamu supaya tinggal di rumah. Walau bagaimanapun bukanlah urusan kamu untuk mencampuri di dalam urusan politik dan peperangan. Amatlah tidak wajar terhadap balu Rasul untuk meninggalkan rumah, dan berperang menentang Muslim.

Aisyah: Adakah mana-mana Muslim yang berani menentang aku?

Aisyah percaya bahawa jika dia pergi ke medan peperangan sebagai ketua tentera, tentera tuan rumah, setelah melihat dia [Aisyah] menentang mereka, sama ada berpihak kepada tenteranya atau meninggalkan medan pertempuran, dan meninggalkan ketua mereka.

Abul Aswad kemudian pergi berjumpa Talha dan Zubayr, dan bertanya apakah niat mereka datang ke Basra di dalam susunan peperangan.

T & Z: Kami mahukan pembalasan dari Ali di atas pembunuhan Uthman.

Abul Aswad: Ali tidak membunuh Uthman dan tidak juga mempunyai kaitan terhadap pembunuhan ini, kamu mengetahui semua ini.

T & Z: Jika dia tidak melakukan, maka mengapa dia melindungi mereka?

Abul Aswad: Adakah ini bererti bahawa kamu telah melanggar bai’ah kamu kepada Ali?

T & Z: Bai’ah itu telah diambil dari kami dengan mata pedang. Dari itu ianya tidak sah.

Abul Aswad dapat melihat bahawa ketua pemberontak telah dipengaruhi peperangan, dan menasihati mereka selanjutnya adalah sia-sia. Maka dia pulang ke Basra, dan menyampaikan kepada Uthman ibn Hunaif apa yang Aisyah, Talha dan Zubayr telah katakan.

Ketua pemberontak tidak merahsiakan niat mereka, tetapi Uthman ibn Hunaif tidak mempunyai tentera yang kuat, dan tahu dia tidak mampu untuk melindungi kota dari serangan mereka. Dari itu mereka bertemu di pintu kota, dan memulakan perbincangan dengan tentera pemberontak. Kedua pihak bersetuju bahawa, sebelum Ali tiba, pemberontak tidak akan melakukan apa-apa untuk menggangu susunan yang sedia ada, dan Uthman ibn Hunaif akan terus bertindak sebagai gabenor Basra. Tidak sampai dua hari apabila ketua pemberontak melanggar perjanjian. Tentera mereka menyerang kota di waktu malam, dan apabila mereka berada di dalam kota, mereka bertindak berleluasa, melakukan apa sahaja. Mereka telah membunuh 600 orang di dalam kota termasuk 40 orang di dalam masjid Basra.

Talha dan Zubayr memecah masuk ke dalam rumah gabenor dan membunuh sesiapa yang cuba mempertahankan beliau. Mereka hendak membunuh beliau, tetapi Uthman bin Hunaif berkata jika mereka membunuhnya, Sahl ibn Hunaif, saudaranya gabenor Madinah akan membunuh semua kerabat mereka yang tinggal di kota itu sebagai balasan. Maka mereka terpaksa menahan diri dari hasrat untuk membunuh sahabat Muhammad ini. Tetapi mereka telah memukul dan mencabut semua rambut dari kepalanya, bulu kening dan janggutnya juga. Dia diusir keluar dari Basra. Dia bagaimanapun dapat sampai ke kem ketuanya, Ali dan berjumpa dengan beliau dalam keadaan lebih mati dari hidup.!

410

Page 150: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Talha dan Zubayr telah mengahantar Uthman ibn Hunaif dalam keadaan yang amat menyedihkan kepada Ali. Beliau hampir tidak mengenalinya. Ali cuba menyenangkan hati sahabat Muhammad Mustafa dengan air mata beliau.

Tentera pemberontak kini telah menawan Basra. Mereka berjaya mencapai matlamat mereka yang pertama. Ketua pemberontak telah mengusir segala penyokong Uthman ibn Hunaif dari kota jika mereka tidak membunuhnya.

Ali tidak mempunyai pilihan sekarang tetapi memerintahkan tenteranya bergerak menuju Basra. Berhenti di Zawiya, di Utara Basra, beliau mengahantar surat sekali lagi kepada ketua pemberontak menyarankan supaya kedua pihak menyelesaikan pertentangan mereka melalui rundingan dari berperang dan saling membunuh di antara mereka.

Ketua pemberontak tiada niat untuk menerima surat Ali. Tidak juga untuk meninggalkan sebarang kesangsian di dalam fikiran mereka bahawa polisi untuk berdamai sudah tidak ada lagi, mereka memutuskan untuk bertemu dengan beliau di tanah lapang di luar kota.

Sir John Glubb: Ketika tentera khalifah menghampiri Basra, tentera pemberontak berbaris keluar untuk bertemu mereka, dipimpin oleh Zubayr dan Talha. Tidak semua Basra bersama mereka. Bani Bakar, Kaum yang suatu ketika dipimpin oleh yang terkenal Muthanna, bersekutu dengan tentera Ali. Bani Tamim memutuskan untuk tidak berpihak. Tentera Ali kini lebih kuat. Di masa jahiliah wanita di dalam tempat duduk di belakang unta, kerap bersama kaum mereka ke medan perang untuk memberikan semangat kepada wira mereka. Aisha, "Umm Mukminin," bersama pasukan pemberontak di dalam tempat duduk di belakang unta." (The Great Arab Conquests, ms. 320, 1967)

Apabila kedua pasukan bertemu, Ali keluar dari barisannya dan menyeru kepada Talha dan Zubayr supaya keluar bertemu dengannya. Dr. Taha Husain dari Mesir berkata bahawa kedua jeneral keluar lengkap di dalam pakaian perang mereka, hanya bahagian mata mereka sahaja yang dapat dilihat. Apabila Aisyah melihat mereka pergi, dia menjadi cemas, apakah yang mungkin akan berlaku kepada mereka jika mereka bertemu dengan Ali di dalam peperangan. Tetapi Aisyah diberitahu bahawa Ali tidak bersenjata, dan tidak memakai sebarang perisai, dan ini telah meyakinkan Aisyah. Ali bertanya kepada mereka mengapa mereka telah melanggar bai’ah, yang mereka telah berikan secara sukarela, dan mengapa mereka hendak berperang dengannya.

Sebagai jawapan, Talha dan Zubayr memulangkan balik tuduhan bahawa beliau telah melindungi pembunuh Uthman, dan bahawa mereka sedang mencari pembelaan terhadap pembunuhan Uthman. Ali memberitahu mereka bahawa mereka telah tahu bahawa beliau tidak punya kaitan terhadap pembunuhan Uthman ataupun pembunuhnya. Beliau kemudian menambah: "Oleh kerana kamu tidak mahu mendengar kepada alasan, saya sarankan kita cuba gunakan cara yang lain untuk menyelesaikan perkara ini. Kamu ingat bahawa ketua kita, Muhammad, Rasul Allah yang dirahmati, telah mengadakan Mubahila (perjumpaan agama) dengan kristian Najran. Marilah kita contohi baginda, dan mengadakan Mubahila, dan berdoa seperti berikut:

"Wahai Tuhan bagi segala kejadian! Saya mencari keampunanMu. Kamu Maha mengetahui apa yang saya rasai atau fikir atau lakukan. Tidak ada apa yang terlindung dari pandangan kamu. Jika saya telah mengambil bahagian secara nyata atau tersembunyi, di dalam pembunuhan Uthman, atau saya telah melindung mereka yang telah membunuh Uthman, atau saya secara tersembunyi telah merasa senang apabila dia dibunuh, tunjukkanlah kemurkaan kamu kepada saya. Tetapi jika saya tidak bersalah dari segala tuduhan atau tidak punya kaitan

411

Page 151: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

di dalam pembunuhan Uthman, dari itu tunjukkanlah kemurkaan Kamu kepada mereka semua yang menuduh saya bersekutu di dalam jenayah menentang Uthman."

Talha dan Zubayr tidak menerima pelawaan Ali untuk mengadakan Mubahila, dan secara terbuka mengistiharkan: "Kami tidak menganggap kamu berhak pada kedudukan khalifah, dan kami juga tidaklah mempunyai kelayakan atau lebih rendah dari kamu untuk menjadi khalifah." (Tabari, History, vol. III, ms. 519).

Satu perkara yang Talha dan Zubayr telah lakukan adalah melenyapkan kepura-puraan mencari pembalasan terhadap pembunuhan Uthman; mereka memerangi Ali supaya mereka boleh menjadi khalifah.

Satu lagi percubaan untuk mendapatkan perdamaian telah gagal tetapi Ali tidak mahu melihat Muslim membunuh Muslim. Maka beliau memanggil Zubayr yang juga sepupunya, kepada perjumpaan perseorangan, dan mengingatkan dia pada hari-hari ketika mereka masih remaja dan sekutu di dalam peperangan menentang musuh agama di bawah panji-panji Rasul Allah. Beliau bertanya Zubayr, tidakkah itu hari-hari yang bahagia, dan kini kamu, Zubayr, sepupu saya, berhasrat untuk menentang saya; bagaimana ini semua boleh terjadi; bagaimana Zubayr boleh memerangi saya, sepupunya sendiri?

Ali juga mengingatkan Zubayr ramalan Rasul. "Ingatkah kamu pada peristiwa," beliau bertanya Zubayr, "apabila Rasul Allah memberitahu kamu, di dalam kehadiran saya, bahawa suatu hari kamu akan menentang saya, dan kamu telah sesat di dalam melakukannya?" "Oh ya," jawab Zubayr, "Saya ingat apa yang Rasul telah katakan. Tetapi dahulu saya telah lupa ramalan baginda, dan sekarang saya tidak akan memerangi kamu." Ingatan juga telah sampai kepada Zubayr mengenai ramalan Rasul Allah yang telah berkata bahawa sahabatnya yang dikasihi, Ammar ibn Yasir, akan terbunuh oleh kumpulan orang jahat. Sekarang Zubayr sedar bahawa Ammar berada di dalam tentera Ali.

Zubayr memusingkan kudanya dan kembali semula ke barisannya, di mukanya terbayang pergelutan jiwa dan tekanan batinnya. Sebagai jawapan terhadap pertanyaan Aisyah dan anaknya yang bercita-cita tinggi serta suka berperang, dia berkata bahawa Ali telah mengingatkan dia kepada ramalan Rasul Allah, dan sedar bahawa dia di dalam kesesatan, dan memberikan jaminan bahawa dia tidak akan memerangi Ali. Anaknya berkata bahawa sebab yang sebenar dia menarik diri dari peperangan bukanlah ramalan Rasul tetapi takut kepada Ali.

Zubayr menerima celaan ini. Dia berkata bahawa dia telah bersumpah tidak akan memerangi Ali, dan menambah bahawa pilihan di hadapannya adalah jelas: sama ada mendapat malu dengan orang-orang Arab kerana berpaling dari peperangan sebagai penakut, atau menyediakan dirinya untuk kutukan selamanya, dan dia berpendapat bahawa mendapat malu sebagai pengecut kurang kejahatannya dari dua kejahatan tersebut. Zubayr meninggalkan medan pertempuran dengan niat akan pulang ke Madinah. Dia telah berjalan beberapa batu apabila dia sedar bahawa dia diekori oleh seseorang. Orang itu adalah penduduk Basra bernama Amr bin Jermuz. Walaupun dia mengesyaki sesuatu, namun dia meneruskan perjalanan sehingga dia sampai ke suatu kampung. Di sana dia membersihkan diri, hendak mengerjakan solat dan berehat. Tetapi perjalanannya tamat di sini. Apabila dia sedang solat, Amr bin Jermuz menyerang dan membunuhnya.

Zubayr telah terkeluar dari persamaan [equation] tetapi Talha dan Aisyah telah bertekad untuk berperang walaupun tanpanya. Ali, bagaimanapun masih keberatan untuk berperang, dan memutuskan untuk membuat satu lagi percubaan untuk mendapatkan perdamaian. Beliau menghantar seorang muda Muslim ibn Abdullah yang telah terkenal dengan taqwanya, dengan satu salinan

412

Page 152: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Qur’an, untuk merayu kepada musuh supaya menyerahkan pertelingkahan mereka kepada penghakiman Allah, dan mengekalkan keamanan dengan nama kesucian darah Muslim.

Berdiri di hadapan musuh dengan jarak yang dekat, Muslim ibn Abdullah membuka Qur’an dan berkata: "Saya akan bacakan ayat di dalam Qur’an supaya kamu akan tahu apakah perintah dan laranganNya." Bagaimanapun kata-katanya telah terganggu oleh pemanah pihak musuh yang memanah salinan Qur’an yang sedang dibacanya. Sedang dia cuba melindungi salinan Qur’an, seorang dari hamba Aisyah datang kepadanya dan menyerang serta membunuhnya.

Mayat Muslim ibn Abdullah telah dibawa kepada Ali, dan diletakkan di bumi. Ali sedang bersedih di atas kematiannya apabila satu lagi mayat, seorang dari wiranya telah dipanah dan dibunuh oleh tentera Basra dibawa di hadapannya. Beliau cuba untuk mencabut anak panah dari mayat tersebut apabila banyak lagi mayat tenteranya dipenuhi anak panah dibawa di hadapannya, dengan jelas boleh dilihat oleh kedua-dua pasukan. Pasukan pemberontak sedang berlatih memanah kepada tentera Ali.

Tabari berkata di dalam bukunya History, (vol. III, ms. 522) bahawa apabila Ali melihat mayat-mayat ini di hadapannya, beliau berkata: "Sekarang telah halal untuk memerangi mereka."

Kemudian Ali mengangkat tangannya ke langit dan berdoa:

"Wahai Tuhan! Kamu yang menjadi saksi bahawa saya telah melakukan segalanya untuk mengekalkan keamanan di antara Muslim. Sekarang tidak ada pilihan untuk saya dari mengizinkan tentera saya mempertahankan diri mereka dari serangan yang tidak diminta. Kami adalah hamba Kamu. Anugerahkanlah kami kemuliaan dan keampunan Kamu. Berilah kepada kami kemenangan di atas musuh kami tetapi jika Kamu meredhai kemenangan untuk musuh kami, maka berilah kami mahkota syahid."

Ali menamatkan doanya, dan kemudian berpaling kepada tenteranya, berucap kepada mereka sebelum memberikan isyarat untuk bertempur:

"Wahai Muslim! Janganlah menjadi yang mula-mula untuk menghayunkan pedang kepada lawanmu; biarlah lawanmu yang memulakan dahulu. Apabila dia telah melakukan maka kamu berhak mempertahankan diri. Jika Tuhan berikan kamu kejayaan ke atas musuh, maka ingatlah bahawa mereka juga adalah Muslim. Dari itu jangan bunuh yang luka di antara mereka. Jika mereka lari dari medan pertempuran, janganlah kejar mereka, dan biarkan mereka menyelamatkan diri. Jika kamu menawan tawanan, janganlah membunuh mereka. Janganlah menyeksa mayat, dan janganlah mengambil baju besi atau senjata mereka atau barang berharga yang kamu boleh dapati pada mayat tersebut. Jangan mengeledah khemah mereka, dan jangan menggangu wanita mereka, walaupun jika mereka menggunakan bahasa yang keji lagi hina kepada kamu atau ketua kamu, janganlah kamu lupa pada bila-bila masa akan adanya Allah di dalam kehidupan kamu. Kamu di dalam pandanganNya pada setiap ketika."

Kedua pasukan saling menyerang. Pasukan pemberontak telah kehilangan Zubayr, seorang dari jeneralnya. Jeneral yang seorang lagi, Talha, telah ditakdirkan akan menemui ajalnya sama seperti Zubayr. Abul Fida, seorang ahli sejarah, berkata bahawa Marwan meminta hambanya supaya melindungi dirinya agar tidak dilihat. Apabila hamba itu melindunginya, dia menujukan anak panahnya kepada Talha, dan berkata kepada hambanya: "Saya melihat orang ini (Talha) ketika Uthman dikepung di dalam rumahnya, dia menghasut dan menggesa orang ramai memasuki rumah Uthman dan membunuhnya. Tetapi hari ini dia mahukan pembalasan terhadap darahnya. Sungguh menyetuh jiwa! Dia

413

Page 153: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

benar-benar menyintai Uthman. Sekarang saya akan berikan hadiah untuk cintanya itu. Dia berhak pada hadiah itu. Cinta sedemikian tidak wajar jika tidak diberikan hadiah."

Marwan melepaskan anak panahnya. Anak panah mengenai peha Talha, dan membawa maut pada dirinya, dia terincang-incut sehingga mati di barisan belakang tenteranya.

Ibn Saad: Di dalam peperangan unta, Talha di atas kudanya di sebelah Aisyah apabila Marwan memanah dia dan melukai kakinya. Kemudian Marwan berkata: "Demi Allah, sekarang saya tidak perlu mencari orang yang membunuh Uthman." (Tabaqat, vol. III, ms. 223)

Hakim: Ibrahim ibn Muhammad ibn Talha berkata bahawa Marwan bin al-Hakam membunuh datuknya (Talha) dengan anak panah di dalam peperangan unta. (Mustadrak)

Sir John Glubb: Zubayr adalah sepupu Rasul. Ibunya adalah saudara bapa Muhammad. Zubayr dan Ali telah saling mengenali dan berkerja sama sepanjang hidup mereka. Apabila mereka bertemu di barisan hadapan dua tentera yang bertentangan, Ali bertanya kepada Zubayr jika dia ingat peristiwa itu dan ini apabila mereka masih muda, dan apabila mereka dipenuhi oleh rasa cinta dan kasih sayang kepada Muhammad; bagaimana Rasul Allah telah berkata ini dan Ali atau Zubayr telah berkata itu. Betapa bahagiakah dikala itu. Zubayr telah tersentuh hatinya dan bersumpah bahawa dia tidak akan menentang Ali dengan kekerasan. Ali mempunyai reputasi sebagai seorang pemujuk.

Apabila peperangan bermula, Zubayr, di dalam mematuhi janjinya, keluar dari medan peperangan. Berlalu di lembah padang pasir, jauh sedikit dari medan pertempuran, dia telah dibunuh oleh seseorang. Maka gugur dan matilah seorang dari wira Islam yang terkemuka. Sedang, Talha telah dilukai oleh anak panah dan telah dibawa pulang ke Basra di mana dia akhirnya mati. (The Great Arab Conquests, ms. 320, 1967) Zubayr dan Talha pergi di atas perjuangan yang amat diragukan. Dilihat seperti mereka sedar akan perjuangan yang mereka memperjuangkan bukanlah sesuatu dari diri mereka dan bukan juga yang saksama. Kedua mereka adalah dari wira-wira yang utama di masa permulaan Islam tetapi di dalam peperangan Basra, keperwiraan mereka telah berlalu pergi. Mereka tidak menunjukkan sebarang keperwiraan, dan mereka mati seperti biri-biri. Penjelasan untuk ini adalah moral mereka telah tiada, dan mereka telah dikalahkan sebelum peperangan bermula. Untuk diri mereka itu adalah kekalahan moral.

Sebenarnya, Talha dan Zubayr telah memasuki jalan yang buntu. Pada suatu ketika mereka bersungguh-sungguh untuk menghapuskan Uthman. Mereka telah memilih jalan ini dan mereka telah tewas. Selepas kematian Uthman, untuk tinggal di Madinah sebenarnya akan membahayakan diri mereka. Mereka tidak menjumpai jalan keluar melainkan dengan melaungkan mencari pembelaan untuk darah Uthman. Penangkapan terhadap pembunuh Uthman adalah tanggungjawab penguasa yang dilantik secara sah, dan yang telah mengistiharkan akan menyelidiki kes tersebut. Tetapi inilah yang ditakuti oleh Talha dan Zubayr. Mereka tidak mahu sebarang penyiasatan. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan leher mereka dengan mengadakan kekacauan di dalam negara, dan mengekalkan keadaan itu. Dalam percubaan ini mereka telah berjaya. Mereka berjaya dalam erti kata bahawa mereka tidak membenarkan Ali menyiasat pembunuhan terhadap Uthman, dan sebaliknya mereka membuat beliau menangani pemberontakan mereka.

Amat memeranjatkan bahawa Talha dan Zubayr, yang awal bertukar kepada Islam dan juga sahabat Rasul, dengan mudah sekali melanggar bai’ah mereka.

414

Page 154: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Jika mereka benar-benar yakin bahawa Ali terlibat di dalam pembunuhan Uthman, mereka tentu telah mengatakan yang sedemikian di Masjid Nabi di dalam perhimpunan semua Muhajirin dan Ansar, dari memberikan bai’ah kepada beliau. Tetapi mereka tidak lakukan, sebaliknya mereka berikan bai’ah. Selagi mereka mempunyai harapan bahawa Ali akan melantik mereka sebagai gabenor, mereka berdiam diri. Tetapi sebaik sahaja mereka telah kehilangan segala harapan, mereka melanggar bai’ah dan bangun memberontak. Pemberontakanlah satu-satunya cara untuk menghalang Ali dari menyiasat pembunuhan terhadap Uthman.

Jika Talha dan Zubayr benar-benar ikhlas di dalam mencari pembelaan untuk pembunuhan Uthman, terdapat satu cara mereka perlu lakukan. Mereka boleh memberitahu Ali tempoh untuk beliau menyiasat kes Uthman, dan beliau perlu menangkap penjenayah itu sebelum tempoh itu berakhir. Tetapi mereka tidak memberikan tempoh waktu, sebaliknya bangun memberontak, dengan alasan mencari pembelaan terhadap pembunuhan Uthman.

Sebahagian ahli sejarah berkata bahawa Ali bersedih di atas kematian Zubayr dan Talha. Jika itu yang berlaku, hanya kenangan yang datang mengenai kegemilangan mereka pada permulaannya dan kekejian mengakhiri kedua wira permulaan Islam ini. Talha dan Zubayr membayar harga yang tinggi untuk cita-cita mereka yang tidak berprinsip, dan seperti kata-kata dari ahli sejarah Arab moden, “tercekik dari kekecewaan mereka sendiri.”

Dengan Talha dan Zubayr telah terhapus, unta yang Aisyah tunggangi menjadi tempat berhimpun tentera Basra. Tentera Aisyah berjuang bermati-matian, dan mereka jadikan diri mereka benting manusia mengelilingi untanya. Seorang wira memegang tali kendali unta di dalam tangannya. Kapten Ali yang terkenal, Malik ibn Ashtir, memotong tangan itu di sikunya. Dengan pantas satu lagi tangan memegang tali kendali unta tersebut. Malik memotong jangannya juga, yang ketiga sampai, dan dia juga kehilangan tangannya. Ini berterusan sehingga terdapat banyak longgokan tangan di hadapan unta.

Di sekeliling unta Aisyah, mereka berperang bermati-matian. Aisyah, duduk di atas tempak duduk unta memberi semangat kepada wiranya supaya mempertahankan dia, dan supaya menyerang musuh yang telah membunuh khalifah yang tidak berdosa, Uthman. Setiap kali mereka mendengar suaranya, mereka seolah diberikan semangat tambahan. Mereka memberikan hayunan maut kepada para musuh bukan sahaja mempertahankan Umm Mukminin tetapi juga pembelaan kepada matinya Uthman.

Malik masih meneruskan permainannya memotong tangan mereka-mereka yang memegang tali kendali unta Aisyah. Akhirnya dia ternampak Abdullah bin Zubayr, pemakan-api bagi tentera Makkah, dan juga kesayangan Aisyah, menghayunkan pedangnya. Dia adalah pengerak utama peperangan Basra yang mana ribuan Muslim telah mati. Jika tidaklah kerana hasutannya, peperangan Basra tidak akan berlaku.

Malik telah melupakan unta Aisyah, dan menyerbu dengan gagahnya kepada Abdullah bin Zubayr, menjatuhkannya ke tanah. Ketika Malik menujukan mata pedangnya ke leher Abdullah, jeritan pedih datang dari Aisyah yang menyangkakan bahawa Malik telah membunuh Abdullah [anak saudaranya]. Di dalam keadaan panik dia menjerit: Hai selamatkan Abdullah atau Malik akan membunuhnya."

Tetapi siapakah yang ada di dalam pasukan pemberontak yang dapat menyelamatkan anak saudara Aisyah dari Malik? Sesiapa yang datang hampir untuk menyelamatkannya dia sendiri yang akan mati. Terdapat seorang sahaja yang dapat menyelamatkan Abdullah, dan orang itu adalah Malik sendiri. Apabila

415

Page 155: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dia mendengar jeritan cemas Aisyah, dia berkata kepada Abdullah: "Tergerak di hati saya untuk melalui pedang ini ke leher kamu, tetapi saya berikan nyawa kamu kerana hubungan kamu dengan Rasul Allah."

Malik menyelamatkan nyawa Abdullah bin Zubayr lebih pada menghina dari kasihan. Abdullah bangun dari debu tanah, kegoncangan sedikit kerana dia hampir sahaja maut, dengan segera menjauhkan diri dari pedang Malik, dengan bertekad tidak akan terperangkap dengannya lagi.

Malik kembali ke tempat memotong tangan. Tetapi mereka tidak takut dengan kehilangan tangan mereka kepada beliau. Aisyah sedang memberi semangat kepada mereka dengan terus menjerit: "Semoga kamu dirahmati, anak-anakku! Kegemilangan untuk kamu yang mempertahankan ibu kamu dengan beraninya."

Akhirnya Malik menjadi penat dengan memotong tangan manusia, dan dia memutuskan untuk menamatkan permaian ini yang telah bertahan sekian lama. Dia meletakkan kaki di atas badan mereka yang telah mati, menghalakan hayunan pedangnya ke arah unta Aisyah lalu membunuh unta itu.

Unta jatuh dengan darah menyemburkan darah di sekelilingnya, hawdah Aisyah jatuh ke bumi. Tetapi dia tidak luka. Ali dengan segera menghantar adik Aisyah, Muhammad ibn Abu Bakar, dan Ammar ibn Yasir, untuk meletakkan howdah itu ke bumi, dan memberitahunya supaya mengiringi kakaknya ke rumah seorang balu ternama di Basra.

Unta Aisyah adalah lambang bagi tentera Basra untuk berjuang. Apabila ianya terbunuh, lambang itu telah tiada. Maka dengan itu tentera Basra tidak ada apa-apa yang hendak diperjuangkan, dan mula berpecah. Setiap orang mula melarikan diri di semua arah. Di dalam melarikan diri mereka telah lupa kepada Aisyah yang untuknya mereka telah bermati-matian sebelum ini. Akhirnya tidak ada apa yang tinggal di medan pertempuran melainkan yang mati dan luka. Oleh kerana Ali telah melarang tenteranya mengejar mereka yang lari, kebanyakan dari pemberontak dapat menyelamatkan diri, dan berakhirlah peperangan.

Ali mengulangi lagi arahan yang beliau telah keluarkan sebelum peperangan bahawa mayat si mati jangan dirompak atau dipotong-potong, kem musuh jangan diselongkar; dan tentera yang ditawan jangan dibunuh. Dia mengekalkan bahawa tenteranya hendaklah menunjukkan contoh kebajikan yang mulia, menahan diri, kemuliaan dan ketegasan sebagai nilai asas tulennya angkatan ketenteraan Islam.

Sir John Glubb: Peperangan unta telah berlaku dalam bulan Desember 656 M. Sebaik sahaja musuh melarikan diri, Ali memberi perintah bahawa jangan ada yang mengejar dan pembunuhan hendaklah diberhentikan serta merta. Apabila Ali memasuki Basra, beliau berusaha menyatukan semua parti. Tentera yang tewas telah di layani dengan baik. Ali menyeru supaya segala yang telah berlalu hendaklah dilupakan, kerana beliau lembut dan pemurah, mungkin juga yang mengambil mudah dan berhasrat untuk menyatukan semula semuanya dari mengambil pembalasan dari pihak musuhnya." (The Great Arab Conquests, ms. 322, 1963) Ali amat pemurah dan beliau mahu menyatukan semula empayarnya dan juga ummat ketuanya, Muhammad; tetapi beliau bukanlah yang mengambil mudah seperti yang Sir John Glubb bayangkan. Sebab mengapa dia tidak menghukum pemberontak adalah kebenciannya terhadap pertumpahan darah secara amnya dan terutama darah di antara Muslim khasnya.

Beliau juga menahan diri dari menghancurkan kota pemberontak atas sebab yang sama iaitu kepercayaannya terhadap kemuliaan darah Muslim. Malangnya tidak

416

Page 156: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

ada siapa di zamannya yang mempunyai perasaan yang sama seperti beliau. Mereka tidak bosan menumpahkan darah Muslim malah membanjirkannya. Aisyah meminta Ali untuk menyelamatkan anak saudaranya dan juga anak angkatnya, Abdullah bin Zubayr, dan bermohon kepadanya supaya mengampunkan dia. Ali berkata: "Ampunkan Abdullah bin Zubayr sahaja? Ini adalah ampunan untuk semua."

Ali membebaskan bukan sahaja Abdullah bin Zubayr tetapi juga musuh ketatnya seperti Marwan bin al-Hakam, Walid bin Aqaba, Abdullah bin Aamir, dan semua Umayyah yang lain.

Tidak ada di dalam semua sejarah dunia di mana penakluk melayani musuh yang telah ditewaskan sebaik seperti Ali, dahulu ataupun sekarang. Di dalam memberikan keampunan kepada pemberontak sekali lagi Ali mencontohi sahabat dan juga ketuanya, Muhammad, Rasul Allah yang dirahmati, yang juga telah mengampunkan musyirik Makkah, di antara mereka musuh ketat baginda, apabila baginda menakluki kota tersebut. Ali berjalan di atas jejak langkah Muhammad, dan beliau hidup mencontohi cara hidup Rasul Allah yang suci.

Beberapa hari kemudian, Aisyah telah bersedia untuk memulakan perjalanan. Atas permintaannya Ali menghantar Aisyah Makkah. Saudaranya, Muhammad, pergi bersamanya. Di Makkah dia mengerjakan Umrah dan kemudian dia kembali ke Madinah.

Aisyah mempunyai reputasi sebagai yang berpengetahuan tinggi di dalam perkara agama, dan juga seorang penyampai hadith Nabi. Mungkinkah Aisyah yang begitu tinggi pengetahuan, tidak tahu bahawa dia tidak mempunyai hak mencari pembalasan terhadap darah Uthman? Mencari pembalasan adalah hak parti yang terluka, dan mengenakan hukuman kepada yang bersalah adalah tugas kerajaan. Aisyah tidak mempunyai tali persaudaraan kepada Uthman dan bukan juga wakil bagi kerajaan Muslim. Namun dia telah mencabar kerajaan Islam yang sah atas nama pembelaan, dan membawa ramai Muslim ke kancah peperangan. Tergodanya dia untuk berperang telah menjadikan ramai kanak-kanak yatim dan wanita menjadi janda.

Seorang wanita, bernama Umm Aufa al-Abdiyya, telah bertanya kepada Aisyah: "Hai Umm Mukminin, apakah pendapat kamu mengenai seorang ibu yang membunuh anaknya?” Aisyah berkata bahawa wanita itu akan dibalingkan ke dalam neraka. Umm Aufa bertanya lagi: "Apa akan terjadi kepada wanita yang telah membunuh lebih dari 20,000 anaknya pada satu masa dan di satu tempat?” Aisyah sedar akan sindirannya, lalu menjerit kepada Umm Aufa suruh dia pergi. (Iqd-ul-Farid, vol. III, ms. 108).

Beberapa ahli keluarga Aisyah sendiri, berhasrat dia tidak pernah memimpin tentera dan berperang. Pada satu peristiwa dia menghantar pembawa berita kepada anak saudaranya, Ibn Abil-Atiq, memintanya menghantarkan keldai supaya Aisyah dapat menungganginya. Apabila anak saudaranya terima berita itu, dia berkata kepada pembawa berita: "Beritahu Umm Mukminin bahawa demi Tuhan, kami belum habis mencuci kesan darah dari peperangan unta lagi. Adakah dia hendak memulakan peperangan keldai pula?” (Baladhuri dalam Ansab al-Ashraf, vol. I, ms 431) Kenyataan Ibn Abil Atiq telah dikatakan secara gurauan. Tetapi di dalam tahun 669 M, telah tiba harinya di mana Aisyah menunggang keldai di dalam satu kempen lagi. Apabila keranda Imam Hasan di bawa kepermakaman datuknya, Muhammad Mustafa, untuk dikebumikan, Marwan bin al-Hakam dan ahli lain dari Bani Ummatya ada di situ dalam pakaian perang. Mereka hendak menghalang Bani Hashim dari mengkebumikan Imam Hasan di sebelah datuknya. Umayyah tidak sendirian; Aisyah, Umm Mukminin datang bersama mereka menunggang keldai!

417

Page 157: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Aisyah mungkin telah kalah peperangan di Basra tetapi dia menang peperangan di Madinah. Hasan tidak boleh dikebumikan bersama dengan datuknya kerana penentangan dari Aisyah dan Umayyah, dan beliau telah dikebumikan di perkuburan Jannat-ul-Baqi.

Tidak ada cara untuk menghuraikan peranan yang dimainkan oleh Aisyah, Talha dan Zubayr selepas kematian Uthman. Fakta sebenar bahawa mereka adalah pesonaliti terkemuka di dalam sejarah Muslim tidak akan mengubah kesan peranan yang mereka telah mainkan. Sesuatu kesalahan tidak menjadi kurang kejinya jika yang melakukan adalah orang ternama. Kesalahan tetap menjadi satu kesalahan walau siapapun yang melakukannya.

Isteri para Nabi terutamanya diharapkan bersikap mulia di dalam segala yang diperkatakan dan juga yang dilakukan. Kerana mereka adalah model untuk ummat mencontohi. Sifat kekurangan boleh diterima dari para isteri orang awam tetapi bukan para isteri Nabi. Berkata mengenai mereka, Qur’an berkata:

“Hai perempuan-perempuan Nabi! Barang siapa dari kamu bersalah dengan kejahatan yang jelas, seksaannya akan digandakan kepadanya, dan itu adalah mudah bagi Allah. (Surah 33; ayat 30)

Sebahagian ahli sejarah telah cuba melunakkan kejadian ini untuk generasi akan datang; dengan mengatakan perbuatan “Para Sahabat kumpulan unta” hanya satu perkara yang kecil “kesilapan penafsiran.” Puluhan ribu yang mati di dalam peperangan Basra, dengan tidak bersebab selain dari satu perkara yang kecil dari kesilapan penafsiran di pihak para sahabat kumpulan unta!"

Rujukan telah dibuat, di dalam bab terdahulu, terhadap karektor yang misteri dan mitos "Abdullah bin Saba," yang menurut dari ahli sejarah Sunni, penyebab utama di dalam pembunuhan Uthman. Ahli sejarah yang sama mendapati, perlu untuk memperjelaskan kejadian yang aneh dan tidak menyenangkan dengan menyebutkan manusia misteri ini sekali lagi.

Menurut dari ahli sejarah ini, Abdullah bin Saba dan pengikutnya, melihat keamanan sebagai musuh. Mereka yakin jika kehendak Ali untuk perdamaian berjaya, mereka akan menjadi mangsanya yang pertama. Dari itu jaminan untuk keselamatan mereka adalah perang saudara di antara Muslim.

Dengan sebab inilah, kata ahli sejarah Sunni, maka Abdullah bin Saba dan partinya menyerang kedua pihak tentera di waktu malam serentak. Di dalam gelap malam tiada siapa yang dapat melihat dan mengenali siapakah penyebab bermulanya peperangan yang sebenar, dan setiap pihak yakin bahawa pihak yang lain telah memulakan peperangan tersebut.

Abdullah bin Saba telah dicipta khas untuk membersihkan laluan yang tidak menyenangkan ini di dalam sejarah. Satu ciptaan yang baik tetapi malangnya bagi mereka yang hendak membersihkan sejarah; dan mereka yang mencarikan kemaafan bagi “Para Sahabat Kumpulan Unta," Abdullah bin Saba tidak dapat menjawab segala soalan mengenai tindakan mereka. Sebagai contoh, adakah Abdullah bin Saba yang telah melanggar perjanjian perdamaian dengan Uthman ibn Hunaif, dan siapakan yang menyerang Basra di waktu malam, menaklukinya dan merampas perbendaharaannya, dan membunuh lebih dari 600 Muslim di dalam kota itu? Dan adakah Abdullah ibn Saba yang mengancam untuk membunuh Uthman ibn Hunaif, menyeksa beliau, mengusirnya keluar dari rumah, dan menghalaunya dari Basra?

Dan bagaimana pula, apabila Ali menghantar Abdullah ibn Muslim dengan salinan Qur’an untuk mengingatkan para pemberontak bahawa mereka akan menerima

418

Page 158: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kutukkan Allah jika mereka memilih peperangan dan menolak perdamaian, mereka memanah salinan Qur’an, dan membunuh Abdullah ibn Muslim, pembawa salinan Qur’an itu? Adakah Abdullah bin Saba yang membunuh beliau?

Dan siapakah yang berlatih memanah kepada tentera Ali? Para pemanah dari pihak pemberontak telah membunuh lebih dari 20 orang muda dari tentera Ali sebelum beliau membenarkan mereka berperang. Adakah tindakan pemanah pihak pemberontak yang telah membunuh tentera Ali tidak diketahui oleh Aisyah, Talha dan Zubayr? Jika mereka tidak mengetahui, adakah ketiga-tiga ketua ini lakukan sesuatu untuk menyekat askar mereka?

Aisyah telah hidup lama setelah peperangan Basra tetapi dia tidak pernah merujuk kepada Abdullah bin Saba dan peranannya sebagai orang yang mempercepatkan peperangan tersebut. Dia kerap berkata bahawa dia berharap dia telah mati lama sebelum peperangan yang mengorbankan ribuan nyawa Muslim berlaku. Jika Abdullah bin Saba adalah satu karektor di dalam sejarah, pasti Aisyah telah mengutuknya, kerana menjadi penyebab terhadap peperangan Basra. Abdullah bin Saba telah diadakan lama selepas peperangan Basra dan setelah matinya Aisyah.

Jika Abdullah bin Saba satu karektor di dalam sejarah, dia pastinya menjadi tumpuan bagi sesuatu peristiwa dan menjadi bahan cerita diketika itu. Dia telah memainkan peranan yang amat bersejarah di dalam permulaan sejarah Islam. Tidakkah dia hadir di dalam peperangan Siffin dan Nihrwan? Tidakkah dia juga yang memulakan kedua-dua peperangan itu juga, setelah dia berjaya di Basra? Dan tidakkah Muawiyah dan Kharjis juga menjadi mangsa hasutannya? Apakah yang telah terjadi kepada karektor yang begitu penting, begitu durjana di dalam sejarah Muslim?

Abdullah bin Saba adalah suatu karektor ciptaan. Dia telah direkacipta oleh penyanjung yang berpihak kepada orang ternama tertentu dipermulaan sejarah Muslim. Tujuan mereka untuk meyelamatkan reputasi dan juga jika boleh melindungi identiti orang tertentu ini. Mereka inilah yang sebenarnya bertanggungjawap terhadap pembunuhan Uthman, khalifah ketiga, dan kemudiannya penyebab tercetusnya perang saudara kedua di dalam Islam, Perang Basra atau Perang Unta. Mereka harap reputasi mereka yang berkenaan akan terselamat dari penilaian sejarah jika mereka boleh meletakkan kesalahan ini kepada Abdullah bin Saba.

Abdullah bin Saba, kelihatan seperti manusia yang paling penting di dalam sejarah Muslim. Pertama dia berjaya mengheret, ketua yang “enggan pergi“ seperti Aisyah, dan jeneral yang mencintai keamanan seperti Talha, Zubayr, Abdullah bin Zubayr, dan Marwan, bersama dengan semua tenteranya, sepanjang jalan merentasi padang pasir yang luas ke Basra. Kemudian memperdayakan mereka supaya menyerang tentera Ali. Muslim bukan saja sedia untuk mematuhinya malah rela mati untuknya, dan begitulah yang terjadi di peperangan Basra. Dia pasti berkarisma tinggi, dan disanjung di atas kuasanya yang menakjubkan.

Selain dari berkarisma tinggi, berkebolehan dan berkemampuan, Abdullah bin Saba juga seorang yang pemalu. Ini dibuktikan dengan fakta bahawa dia alergi kepada publisiti. Sejurus setelah peperangan Basra dia telah menghilangkan diri dan tidak pernah timbul lagi. Dia mungkin telah mati. Bidan yang menyambut dia ketika lahir, mungkin juga hadir pada kematiannya, dan pendapat mereka bahawa tugasnya telah selesai, dan kini mereka telah kebumikannya, untuk tidak disebutkan lagi.

Peperangan Basra atau Peperangan Unta adalah satu dari trajedi yang besar di dalam sejarah Islam. Ia telah berikan pukulan maut kepada perpaduan ummat

419

Page 159: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muslim, dan tidak pernah pulih dari kejutan penyakit ini. Ramai ahli sejarah Muslim menceritakan kes Peperangan Basra, tetapi apabila melakukannya, mereka cuba melunakkan beberapa isu penting, dan cuba mengelirukan pembaca. Sebab mengapa mereka melakukannya adalah, ketua pemberontak di dalam peperangan Basra adalah para sahabat Rasul, maka mereka hendaklah dibebaskan dari segala kesalahan atau jenayah. Lagi pun status mereka yang khas membolehkan mereka mendapat layanan yang sedemikian.

Tetapi kepatuhan ahli sejarah hendaklah kepada fakta yang sebenar, dan bukan kepada orang tertentu, walaupun jika mereka adalah sahabat Rasul. Tugas ahli sejarah adalah menyatakan fakta. Dia boleh menilai fakta, menghuraikannya, mengadakan penyelarasan, bergantung terhadap fakta yang ada, tetapi dia tidak boleh mengubahnya. Biarlah pembaca menilainya sendiri terhadap kemuliaan para sahabat Rasul dari rekod-rekod mereka, selain dari ahli sejarah itu sendiri cuba menyembunyikan sesuatu. Kegagalan ahli sejarah untuk melakukan ini bererti dia melindungi kebenaran dan samalah seperti menyebarkan kepalsuan!

Jika tidak berlaku peperangan Basra, maka peperangan Siffin dan Nehrwan juga tidak akan berlaku. Benih perpecahan di dalam Islam telah disemai dan ianya tumbuh di dalam peperangan Basra. Jika Aisyah, Talha dan Zubayr tidak mencabar penguasa Muslim yang sah, pintu perpecahan di dalam Islam tidak pernah terbuka.

Ketua pemberontak adalah agen yang bebas. Pilihan mereka telah ditentukan oleh cita-cita, kebencian, kesalahan diri dan cemburu mereka sendiri. Bukan prinsip yang mengerakkan mereka, tetapi tamak, kepentingan diri dan nafsu ingin berkuasa sebagai pengerak. Keangkuhan mereka bukan saja menghancurkan Muslim tetapi juga diri mereka sendiri.

Adakah ahli sejarah Muslim berhenti sejenak untuk membayangkan apa yang mungkin terjadi jika ketiga-tiga ketua Basra ini menang di dalam peperangan menentang Ali? Dua perkara pasti akan berlaku jika mereka menang iaitu [1] dengan perasaan dendam dan benci, maka akan berlakulah di dalam tahun 656 M. di Basra; apa yang telah dilakukan oleh Yazid anak Muawiyah di dalam tahun 680 M. in Karbala, i.e., mereka akan membunuh beramai-ramai semua ahli keluarga Muhammad Mustafa, Rasul Allah dan (2) selepas kemenangan mereka di atas Ali; mereka akan menentang Muawiyah bin Abu Sufyan, gabenor Syria, di dalam penyusunan semula tentera.

Di dalam susunan yang baru, Aisyah, Talha dan Zubayr berada di satu pihak dan Muawiyah dan Amr bin Aas, di pihak yang lain. Muslim akan terbahagi kepada dua kumpulan yang bermusuhan, di dalam pergelutan yang berlaku berikutnya, kedua pihak akan hancur.

Para pembaca harus sedar bahawa kedua-dua pihak ini sama taranya, tidak seperti Ali yang lemah, disebabkan oleh perasaan kemanusiaan, dan lebih-lebih lagi kebencian beliau terhadap pertumpahan darah. Maka peperangan di antara kedua-dua pihak ini akan menjadi satu peperangan yang tidak mempunyai belas kasihan dan penuh dengan kejam dan lebih-lebih lagi terhadap kesucian darah Muslim itu sendiri. Dengan peperangan; ini akan meninggalkan ruang kosong untuk tentera musuh Islam masuk dan menghapuskan cahaya Islam sama sekali!

Para ketua ini dengan sengaja telah mengadakan peperangan yang akan merebak menjadi bencana dan malapetaka kepada ummat Muslim. Dengan kebolehan, pandangan, sifat kemanusiaan serta sebagai negarawan yang ulung Ali telah menyelamatkan ummat Muhammad, dari bencana yang mungkin terjadi ini. Semoga Allah merahmati beliau serta semua Ahlul-Bayt Muhammad.

420

Page 160: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Telah juga dikata oleh sebahagian ahli sejarah bahawa “Para Sahabat Kumpulan Unta” telah menyesali apa yang mereka telah lakukan, dan mereka dengan ikhlas telah bertaubat, maka mereka telah bersih dari semua kesalahan. Memang besar kemungkin bahawa para sahabat telah bertaubat. Tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa mereka telah bertaubat. Ali telah menawarkan pengampunan kepada mereka, bukan sekali malah banyak kali, dan mereka semua telah menolaknya.

Jika para sahabat kumpulan unta telah bertaubat, maka hanya Allah sahaja yang akan menerima taubat mereka. Tuhan akan menerima taubat mereka jika mereka ikhlas. Tetapi penerimaan Allah terhadap taubat mereka hanya boleh diketahui oleh semua di hari pengadilan sahaja. Tugas ahli sejarah, seperti dinyatakan dahulu, menyatakan yang benar dari longgokan yang palsu, yang telah disembunyikan, kemudian menyatakannya segala yang benar dengan jelas dan nyata. Dia boleh menghurai fakta tetapi bukan sembunyikan, atau mengadakan yang baru atau mengubahnya; kerana takut akan mencemarkan wajah orang yang disayangi di dalam sejarah Islam.

Selepas peperangan Ali mengerjakan solat jenazah untuk kedua-dua tentera, dan memerintahkan orangnya kebumikan semua mayat yang ada di medan peperangan. Arahannya kepada mereka adalah untuk menunjukkan tanda hormat kepada Muslim yang mati sama kawan ataupun musuh. Setelah dikebumikan semua jenazah, barulah beliau dapat berikan perhatiannya kepada perkara yang lain.

Ali Memasuki Basra

Ahli sejarah, Mas’udi, "kebanggaan orang Arab," telah meringkaskan di dalam bukunya, “The Golden Meadows”, berikut ini gambaran tentera Ali apabila memasuki Basra. Ini juga membayang organisasi tentera beliau, yang mempunyai tempat untuk Ansar di dalamnya.

Warga terkenal Basra memberitahu saya apabila dia mendengar bahawa tentera yang menang sedang menghampiri pintu kota , dia telah memanjat tempat yang tinggi untuk melihat, dan inilah yang dilihatnya:

Terdapat banyak wajah tentera berkuda dan tentera berjalan kaki di dalam pasukan Madinah, walaupun ianya pasukan kecil. Berbaris di hadapan adalah tentera berkuda, yang mula-mula memasuki Basra, diketuai oleh seorang penunggang kuda yang tua. Padang bergantung disisinya. Dia membawa panji-panji pasukannya. Saya bertanya kepada orang yang ada dikeliling saya, dan mereka katakan beliau adalah Abu Ayub Ansari, seorang sahabat dan tuan rumah di Madinah, kepada Muhammad Mustafa, Rasul Allah. Pasukannya mengandungi 1000 orang tentera berkuda terdiri dari wira Ansar.

Di belakang mereka, penunggang yang lain pula. Dia memakai serban berwarna kuning cair dan berpakaian putih. Dia membawa busar dibahu kanan, dan panji-panji pasukan di tangan kiri. Dia juga menunggang di hadapan 1000 orang tentera berkuda, dan mereka juga pasukan Ansar. Saya diberitahu bahawa beliau adalah, Khuzaima ibn Thabit Ansari.

Pegawai yang ketiga menunggang kuda coklat kemerahan. Dia memakai serban putih, membawa pedang dan busar panah, dan memimpin pasukan 1000 tentera berkuda. Beliau adalah Abu Qatada ibn Rabi'i Ansari.

Pegawai keempat menunggang kuda yang cantik berwarna putih. Pakaiannya berwarna putih dan serbannya hitam. Dia kelihatan seperti orang yang penuh kehormatan dan kecemerlangan. Dia sudah tua tetapi mempunyai asas ketenteraan. Beliau membaca Qur’an ketika bergerak memasuki pintu kota.

421

Page 161: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pedang tergantung disisinya. Di belakang beliau 1000 orang tentera berkuda tetapi kebanyakan mereka sudah berumur dan membawa tombak di tangan mereka. Apabila saya bertanya siapakan dia, saya diberitahu beliau adalah Ammar ibn Yasir, sahabat dan yang dicintai oleh Muhammad Mustafa dan Ali ibn Abi Talib. Menunggang di belakangnya adalah Muhajirin dan Ansar, kebanyakan mereka adalah veteren Badr.

Mata saya kemudian terlihat kepada seorang yang tampan. Dia menunggang kuda berwarna kelabu. Pakaiannya berwarna putih dan serbannya hitam. Dia adalah Abdullah ibn Abbas, sepupu Muhammad Mustafa dan Ali ibn Abi Talib. Bersama beliau adalah kerabat dan anak saudaranya.

Sehingga kini, kebanyakan dari tentera berkuda telah memasuki Basra, dan kelihatan kepada saya dua pasukan terakhir sedang menghampiri pintu kota. Akhirnya pasukan pertama sampai. Di hadapannya seorang penunggang yang sasa. Dia berpakaian perang yang lengkap, raut wajahnyanya boleh menggentarkan hati mereka yang memandangnya. Dia membawa panji-panji hitam di tangan kanan, dan tombak di tangan kiri. Dia adalah pembawa panji-panji pasukan atau pegawai tertinggi tentera. Tekaan saya tepat dia adalah Malik ibn Ashtir, pegawai pemerintah tertinggi tentera Madinah, dan pemain pedang yang terhandal Arab pernah lahirkan. Tidak ada siapa yang berdepan dengannya telah terselamat. Dia memimpin 4000 wira, berkuda dan berjalan kaki.

Orang yang terakhir untuk melepasi pemandangan saya adalah seorang penunggang yang bersinar seperti matahari. Di sebelah kiri dan kanannya terdapat dua orang muda setiap mereka bersinar seperti bulan penuh. Ketiga-tiganya berpakaian serba hitam. Kuda yang mereka tunggangi juga berwarna hitam. Seorang lagi orang muda membawa tombak menunggang di hadapan mereka. Orang yang di tengah, saya diberitahu adalah jeneral tentera ini, Ali ibn Abi Talib. Dua orang muda dikiri dan kanan beliau adalah anaknya, Hasan and Husain, cahaya mata Muhammad, Rasul Allah. Orang muda yang menunggang di hadapan mereka, juga anaknya, Muhammad ibn Hanafiyyah. Di belakang mereka, terdapat beberapa pasukan bersenjata yang lain. Mereka mewakili bahagian belakang tentera. Di antara mereka anak-anak lelaki Jaafar Tayyar, anak-anak Aqil ibn Abi Talib, dan orang-orang muda dari Bani Hashim. Mereka adalah tentera berkuda yang terakhir memasuki Basra.

Ali turun dari kudanya di pintu masjid Basra. Beliau masuk ke masjid, dan bersolat di dalamnya, dan beliau bersyukur kepada Allah di atas rahmat dan kemenangan yang Allah telah berikan.

Warga Basra telah berkumpul di perkarangan masjid menunggu ketibaan Ali. Akhirnya beliau keluar dari masjid dan berucap kepada mereka. Beliau menegur tindakan mereka yang jahil semasa kempen dan berkata kepada mereka: "Kamu adalah pengikut binatang. Apabila ia mengeluarkan bunyi kamu mematuhinya, apabila ia terbunuh kamu semua lari dan berpecah."

Kemudian Ali mengambil bai’ah dari warga Basra. Beliau menasihati mereka supaya taat kepada Allah dan RasulNya di sepanjang masa, dan janganlah lagi bertindak dungu [bodoh].

Dari masjid, Ali pergi ke perbendaharaan. Perbendaharaan telah digeledah. Beliau memerintahkan segala harta yang dicuri hendaklah dipulangkan semula keperbendaharaan dengan segera. Apabila beliau datang kali kedua ke perbendaharaan kemudian, beliau dapati longgokan emas dan perak. Beliau melihat kepada longgokan ini dan berkata: "Godalah mereka yang lain." Beliau kemudian mengarahkan bendahari supaya mengagihkan kepada tentera. Bendahari telah mengagihkan semuanya, dan tidak ada apa yang tinggal di dalam perbendaharaan.

422

Page 162: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Atas beberapa sebab yang misteri, Ali dan Ansar saling berganding semenjak mula lagi. Dan atas sebab yang sama misterinya, Ansar tidak pernah sesuai dengan Quraish. Terdapat sedikit, itupun jika ada persamaan di antara Quraish dengan Ansar. Apabila Ali menjadikan khalifah, barulah Ansar dapat memainkan peranan yang bermakna di dalam kerajaan Muslim untuk pertama kali semenjak wafatnya sahabat mereka Muhammad. Ali melantik mereka kepada kedudukan yang tertinggi di dalam empayar, sebagai Jeneral tentera dan juga gabenor wilayah. Di kedua-dua kedudukan ini Ansar telah membuktikan kebolehan dan kemuliaan diri mereka.

Ali memperbetulkan karektor “di daerah” terhadap khalifah dengan pentadbiran “tidak menjadikannya milik Quraish” apabila beliau memulihkan hak Ansar kepada mereka. Di dalam kerajaan beliau, seseorang tidak perlu dari Quraish untuk menjawat jawatan yang tinggi. Sesiapa sahaja, sama ada dia Quraish atau tidak boleh naik sampai kedudukan yang tinggi semasa pemerintahan khalifah Ali, jika dia boleh menunjukkan dua “kelayakan” – karektor yang baik dan kebolehan

BAB 62

423

Page 163: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pertukaran Ibu Negara dari Madinah ke Kufa

Dalam bulan RAJAB tahun 36 H. (JANUARY 657 M.) Ali membuat keputusan untuk memindahkan ibupejabat kerajaannya dari Madinah di Hijaz ke Kufa di Iraq. Apabila keamanan telah dipulihkan di Basra, beliau melantik Abdullah ibn Abbas sebagai gabenornya yang baru, dan kemudian menuju ke Kufa yang akan menjadi ibu negeri baru Islam.

Pada bulan Rajab 12hb tahun 36 H., Ali tiba di pintu kota Kufa. Orang-orang kenamaan kota tersebut keluar untuk menyambut dan mengucapkan tahniah kepada beliau di atas kejayaannya. Setelah masuk ke kota, Ali pergi ke Masjid Kufa, mendirikan solat, untuk mensyukuri kejayaan yang Allah telah berikan, dan kemudian berucap, di mana beliau berterima kasih kepada penduduk Kufa di atas sokongan mereka, dan memuji di atas keperwiraan yang mereka tunjukkan di dalam peperangan Basra.

Pembesar Kufa meminta Ali supaya tinggal di istana gabenor, tetapi beliau menolak. Sebaliknya beliau memilih sebuah rumah yang sederhana untuk tinggal di dalamnya.

Ahli sejarah cuba mencari sebab mengapa Ali menukar ibu negeri dari Madinah ke Kufa. Professor Sayed Abdul Qadir dan Muhammad Shuja-ud-Din, menulis di dalam buku mereka, The History of Islam, (diterbitkan di Lahore, Pakistan):

Tujuh bulan setelah mengambil alih kerajaan, Ali menjadikan Kufa ibu negerinya yang baru. Berikut adalah sebahagian dari sebab yang menyebabkan perubahan ini:

1. Peperangan Basra atau Peperangan Unta telah diperjuangkan dan dimenangi dengan bantuan warga Kufa. Ali menjadikan Kufa ibu negerinya, adalah sebagai tanda terima kasih beliau terhadap khidmat mereka.

2. Ali berhasrat untuk menyelamatkan Madinah dari kekacauan pergelutan, seperti yang telah berlaku dan berakhir dengan pembunuhan Uthman. Beliau tidak mahu Madinah menjadi tempat pergelutan politik pada bila-bila masa sekalipun, dan beliau mahu menyelamatkan kota Rasul dari kehancuran atau perpecahan yang akan membawa kepada peperangan di masa akan datang.

3. Kufa mempunyai kedudukan di tengah-tengah empayar Muslim. Kemudahan pentadbiran terhadap kawasan yang besar memerlukan kepada pertukaran ini.

4. Lebih mudah untuk Ali mengawasi pergerakan Muawiyah dari Kufa." (The History of Islam)

Kh. Muhammad Latif Ansari dari Pakistan, ahli sejarah masa kini, telah menunjukkan di dalam bukunya, History of Islam, bahawa, Abu Jahal dan Abu Sufyan bertanggungjawab terhadap penghijrahan Muhammad dari Makkah ke Madinah, begitulah dengan anaknya Muawiyah, bertanggungjawab terhadap penghijrahan Ali dari Madinah ke Kufa. Beliau berkata bahawa perangan saudara telah bermula, tetapi tempat berlakunya peperangan hendaklah jauh dari kota Madinah. Maka Ali menukar ibu negerinya, atas sebab strategi, dan ini telah menyokong kata-katanya bahawa pemberontakan Muawiyah, gabenor Syria, yang menyebabkan Ali berhijrah dari Hijaz ke Iraq.

Sebenarnya, terdapat sebab-sebab yang pragmatik [berkesan] dan idealistik [berpandangan jauh] mengapa Ali menukar ibu negerinya. Sebahagian darinya adalah seperti berikut:

424

Page 164: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

(1). Apabila Ali menjadi khalifah, kota-kota penting di dalam empayar Muslim adalah Damascus di Syria, Makkah dan Madinah di Hijaz, Basra dan Kufa di Iraq.

Damascus dikuasai oleh Muawiyah, maka itu adalah pusat penentangan kepada Ali. Dari empat kota yang lain, Makkah adalah kota pertama berada di dalam tangan ketua-ketua musuh, Aisyah, Talha dan Zubayr. Di Makkah mereka menubuhkan pasukan tentera sukarela seramai 3000 orang. Mereka meninggalkan Makkah dengan tentera ini menuju ke Basra, dan menawan kota tersebut. Kebanyakan penduduk Makkah yang tidak bersama tentera ke Basra telah berikan harta sebagai sokongan. Maka Ali menolak Makkah.

Rekod Madinah sama seperti Makkah. Apabila Uthman telah dibunuh, Madinah berada di dalam tangan pemberontak. Muhajirin dan Ansar sedar bahawa tiada siapa di dalam Dar-ul-Islam yang dapat menyelamatkan kota dari digeledah, penduduknya dibunuh beramai-ramai, dan kerajaan Muslim di hancurkan, melainkan Ali. Maka mereka merayu kepada beliau supaya mengambil alih kerajaan.

Ali memberitahu Muhajirin dan Ansar bahawa beliau akan menerima tawaran itu jika mereka berikan ketaatan untuk mematuhi perintahnya di masa aman dan juga di masa peperangan. Mereka berikan sumpah mereka, dan Ali menerima tawaran tersebut.

Tetapi hanya beberapa hari telah berlalu, apabila pemberontakan mula muncul di Makkah, menentang kuasa khalifah yang baru; Ali pergi ke masjid, memanggil Muhajirin dan Ansar supaya bangun mempertahankan kerajaan pusat. Jawapan mereka hanya berdiam diri. Ali mengingatkan sumpah yang mereka telah diberikan untuk mentaatinya, namun mereka terus berdiam. Segala rayuan beliau telah sampai ke telinga yang pekak.

Hanya setelah beberapa minggu merayu dan berusaha bersungguh-sungguh, Ali dapat menyenaraikan 700 sukarelawan dari Madinah. Hanya ini yang Madinah dapat berikan kepada Ali. Beliau meninggalkan Madinah dengan sukarelawan ini, untuk tidak kembali lagi.

Basra, kota keempat, telah menerima Ali sebagai pemimpin, dan beliau telah melantik Uthman ibn Hunaif Ansari gabenornya yang baru. Tetapi sebelum Ali sampai di Iraq, Aisyah, Talha dan Zubayr telah menawan Basra. Uthman ibn Hunaif hampir sahaja mati ketika dapat membawa dirinya keluar dari kota itu.

Sekarang pilihan Ali, tinggal satu kota sahaja, Kufa. Ali menghantar Imam Hasan dan Ammar ibn Yasir ke Kufa untuk menubuhkan pasukan tambahan untuk beliau. Kufa menghantar 12000 wira ke Basra, dan wira-wira inilah yang berjuang di dalam peperangan Unta, dan mengalahkan Aisyah, Talha dan Zubayr.

Makkah, Madinah dan Basra telah membuat Ali tidak ragu-ragu lagi mengenai apa yang mereka boleh lakukan di dalam keadaan kecemasan. Sebaliknya warga Kufa telah menghantar pasukan tambahan kepada beliau diketika kedudukan beliau sangat genting. Ali dapat melihat dengan jelas, jika berlaku peperangan dengan Muawiyah, beliau hanya boleh bergantung kepada tentera Kufa. Maka dari logik peristiwa yang berlaku, telah mempengaruhi Ali untuk membuat keputusan menjadikan Kufa ibu negeri empayarnya.

Warga Madinah, seolah-olah tidak berminat terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Apabila Ali mengistiharkan bahawa beliau akan memindahkan ibu pejabat kerajaan ke Kufa. Tiada siapa di antara mereka yang membantah keputusan ini, malah mereka tidak memberikan sebarang reaksi terhadap

425

Page 165: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

pertukaran yang bersejarah ini, seumpama mereka tidak mengambil peduli sama ada kota mereka ibu negeri Islam atau tidak!

(2). Madinah adalah tempat permulaan kebudayaan dan ketemadunan Islam. Corak kehidupan Islam yang terbaik hanya boleh dilihat di Madinah. Peperangan dan penaklukan negara asing telah membawa ramai manusia dari berbagai kebudayaan ke dalam kehidupan Islam. Jika Madinah kekal menjadi pusat politik dan pentadbiran empayar Muslim, dan juga menjadi pusat agama dan kerohanian, maka manusia asing dengan kebudayaan mereka yang berlatar belakang bukan Islam, akan datang dan hidup di dalamnya. Mereka akan bawa bersama berbagai ragam kebudayaan, adat resam, tradisi dan amalan beragama. Dengan ini, mereka akan menyerapkan atau setidak-tidaknya mencampuradukkan kebudayaan mereka dengan cara Islam. Bagaimanapun kesucian Islam akan terdedah kepada pengaruh asing di setiap waktu.

Joel Carmichael: Islam bertembung dengan entiti [kewujudan] besar intelek kristian dan dipenuhi juga cara pemikiran Greek dan Roman. Pemikiran kristian, termasuklah kesemua corak pemikiran Hellenistik dan juga idea-idea yang ada di Parsi dan di Timur Lama. Maka terdapatlah berbagai tradisi dan pendapat, yang kebanyakannya telah diterima oleh kristian, kini dipindahkan secara ke seluruhan kepada alam pemikiran baru Islam. (The Shaping of the Arabs, New York, ms.194, 1967)

Tetapi Ali telah mengalihkan pusat politik Islam jauh dari Madinah, dan ini telah menyelamatkan cara kehidupan Islam yang baru. Beliau telah menyelamatkan Makkah dan Madinah dari penyerapan kebudayaan Kristian, Yahudi, Greek, Roman dan juga Magian. Beliau mengekalkan ciri-ciri kedua kota itu sama seperti di masa Muhammad, Rasul Allah, itu sendiri.

(3). Di dalam kebanyakan kes, ibu negeri sesuatu bangsa, juga bertukar menjadi ibu negeri maksiat, jenayah dan segala yang mungkar. Babylon, Rome Lama dan Byzantium, ibu negeri empayar terulung, adalah juga tempat maksiat di masa itu. Lelaki dan wanita dari bangsa yang memerintah datang kekota-kota tersebut dengan membawa gundik-gundik mereka. Dengan perkembangan pembangunan yang tidak terkawal, limpahan manusia yang ramai, segala-galanya mudah diperolehi dan dilakukan di dalam pusat-pusat ini telah membiakkan segala jenis kekejian, kejahatan dan kemaksiatan. Banyak ibu negeri di zaman moden ini yang tiada bezanya dengan Babylon dan Rome Lama.

Madinah adalah tempat pertama Qur’an diajarkan, dan juga mengandungi makam Muhammad, Pesuruh Allah di dalamnya. Muhammad adalah penterjemah terakhir pengkhabaran Allah kepada manusia, dan tugas baginda mengajak manusia hidup sederhana, bersih dan di hormati. Islam pembina karektor yang sempurna, dan tiada contoh yang terbaik terhadap kesederhanaan dan kejujuran selain dari diri pembawanya. Jika Madinah telah bertukar menjadi seperti kota-kota yang lain, maka pelawaan Islam kepada manusia tidak lebih dari satu jenaka sahaja. Ali telah menyelamatkan kesucian Madinah, dan tindakan pertama program misi Islam beliau adalah mengasingkan pusat agama dari pusat politik empayar.

Pandangan Ali sama seperti pandangan para Nabi. Beliau menyelamatkan Madinah dari berubah menjadi seperti Damascus atau Baghdad atau Cordova. Kemajuan persenjataan moden di Syria, telah mengekalkan dan menguatkan empayar yang terus membesar ini. Kekayaan dari bangsa yang ditakluki mencurah masuk ke Damascus (dan kemudian ke Baghdad dan kekota-kota lain). Dengan kekayaan, beriringanlah kemewahan dan juga cita-cita kelas pemerintah untuk menyimpan dan menyanjung “barangan kesenian” Penyanyi dan penari dari Parsi dan Roman bertali arus datang ke pusat metropolitan empayar Arab. Para pembaca yang berhajat untuk melihat bahan bacaan mengenai puncak kegemilangan empayar Umayyah dan Abbasiah, boleh mendapatinya di dalam

426

Page 166: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

banyak buku, di antaranya dua puluh jilid dari Kitab al-Aghani (Buku-buku lagu) oleh Abul-Faraj Isfahani, atau di dalam buku yang lain berjudul “The Ring of the Dove” oleh Imam ibn Hazm dari Spain, kedua buku ini adalah bayangan masa tersebut.

A. J. Arberry: Kekayaan empayar bertambah, perdagangan mereka bertambah luas; kekayaan semuanya terlonggok di dalam tangan sebilangan mereka sahaja, yang hidup penuh kemewahan. Istana besar dipenuhi dengan perhiasan, gedung dan rumah-rumah besar telah memenuhi kota Baghdad dan kota-kota daerah seperti, Bokhara, Samarkand, Balkh, Shiraz, Damascus, Aleppo, Jerusalem, Cairo, Tripoli, Tunis, Fez, Palermo, Cordova. Bangunan dan pakaian aristokrat telah dipertontonkan dengan gemilangnya, seperti yang terlihat di dalam kehidupan mereka di Andalusia ketika Norman menakluk England. Di dalam buku “The Ring of the Dove”, kisah maksiat yang berlaku di dalam istana yang ditulis oleh, Ibn Hazm, tetapi di sini tidak perlulah diperpanjangkan lagi. Arak telah diharamkan kepada mereka yang beragama di dalam kitab Tuhan dengan jelasnya, tetapi pemerintah Islam berkecimpung penuh dengannya, bersama para pegawai mereka yang saling berlumba di dalam memberikan sanjungan kepada anak perempuan anggur ini. (Aspects of Islamic Civilization, ms. 15, 1967)

Janganlah fikirkan bahawa, hanya kota-kota yang jauh sahaja seperti Cordova dan Baghdad telah dicemari oleh maksiat, kemewahan dan kekayaan. Makkah dan Madinah sendiri tidak bebas dan tidak terlepas dari godaan ini semua.

Ella Marmura: Syair yang bertemakan cinta berahi terdapat dalam dua bentuk. Satu berbentuk keriangan, gembira-ria; ini khusus di kota, tersebar luas di dalam kota Makkah dan Madinah. Kota yang kaya-raya, tetapi tidak punya kuasa politik. Ramai dari aristokrat Muslim yang muda, tersisih dari jawatan tinggi kerajaan, kini menghabiskan harta mereka mencari kesenangan ini. Beberapa sekolah untuk nyanyian syair telah didirikan dan lagu ini telah diiringi oleh muzik. Pengetua sekolah ini adalah 'Umar ibn Abi Rabiah (d. 720), seorang aristokrat Makkah. Bentuk kedua adalah ghazal yang berkembang di kalangan Bedouin, menunjukkan dalam cinta berahi dan melukiskan semua penderitaan dan kekecewaan di dalam trajik bercinta. ("Arabic Literature: a Living Heritage," diterbitkan di dalam buku, Introduction to Islamic Civilization, disunting oleh R. M. Savory, New York, 1976)

Philip K. Hitti: Penyerahan Makkah bererti penerimaannya kepada Islam. Lepas satu, satu, Quraish kini berpindah ke ibukota yang baru (Madinah) untuk berkongsi kenaikkan taraf bersama agama dan kerjaya yang baru. Kedudukan tertinggi dalam kerajaan dan tentera terbuka kepada mereka. Ramai Quraishi mengambil bahagian di dalam kempen, terutama di dalam era Umar ibn al-Khattab, yang berkesudahan dengan penaklukan Syria, Parsi dan Mesir. Kemudian sebahagian mereka menjadi gabenor di dalam daerah yang baru ditakluki. Kehidupan di Makkah kini mempunyai dua haluan yang berlainan, satu sentiasa berpesta dan yang satu lagi bertaqwa.

Di dalam era penaklukan, harta rampasan, hadiah dan cukai mencurah masuk dengan banyak ke dalam kota; ia menjadi punca baru pendapatan. Ini lebih dari perdagangan kafilah. Perkerjaan haji masih diteruskan malah telah bertambah. Suatu ketika dahulu Makkah adalah pusat perdagangan kini telah menjadi pusat hiburan. Pembesar dan orang kaya telah membawa gundik-gundik, penari, penyanyi lelaki dan wanita bersama mereka, di dalam konsep baru apa yang dikatakan kesenangan hidup. Mereka hidup seperti orang-orang kenamaan di dalam rumah-rumah besar yang belum pernah dilihat sebelum ini di Makkah. (ms. 21-22).

Pada masa yang sama, kehidupan di Madinah, sama seperti di Makkah, sedang membangun di dalam jalan yang salah, jalan ke duniaan. Lagipun arus emas yang

427

Page 167: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mengalir dari daerah jajahan sampai dahulu ke Madinah. Jumlah yang membanjiri perbendaharaan melimpah ruah. Di dalam perlumbaan dengan saudara mereka yang di selatan di dalam mencari-keseronokan, keutamaan Madinah dengan kedudukannya yang tinggi, mempunyai simpanan air yang lebih, dan mempunyai tanah subur yang banyak. Pegawai kerajaan dan tentera yang telah bersara membawa bersama mereka hamba dan gundik, penyanyi, penari, dan ahli muzik lelaki dan wanita, dan telah mengadakan suasana yang belum pernah sebelum ini dilihat di kota suci Madinah. (ms. 55) (Capital Cities of Arab Islam, 1973)

Inilah Madinah walaupun statusnya telah diturunkan, menjadi kota daerah. Tetapi jika ianya kekal sebagai ibu kota negara bagi empayar Muslim, tidak diragui lagi kedudukannya lebih buruk, samalah seperti kota kosmopolitan yang lain. (4). Al-Qur’an al-Majid, Kitab Allah, telah diwahyukan dalam bahasa Arab yang sempurna. Makkah dan Madinah adalah tempat bahasa Arab Qur’an. Manusia yang bertutur bahasa asing dan hidup dikota jajahannya, telah merosakkan bahasa tempatan. Jika Madinah telah kekal menjadi ibu kota pemerintah, bahasa Arab Qur’an, tidak akan terlepas dari dicemari oleh bahasa asing yang banyak. Sains bahasa Arab Qur’an dan penghuraiannya tidak terdapat dalam susunan yang teratur ketika di abad pertama hijrah. Maka amat perlu dan penting pemahaman perkataan Arab Qur’an oleh mereka yang ada di zaman itu akan bahasa pertuturan Arab Makkah dan Madinah yang asli sama seperti di zaman Rasul supaya perkataan Arabnya masih dapat mengekalkan pengertiannya yang asal.

Semua bahasa yang hidup berubah, dan perkataan mengubahkan pengertiannya. Begitu juga dengan organism yang hidup, mereka juga menerima penyerapan dari yang asing. Contoh yang terbaik adalah “bahasa pasar” enggeris moden. Bahasa Arab Qur’an juga mungkin telah menjadi bahasa pasar, jika nasibnya tidak diselamatkan oleh Ali, yang telah mengubahkan haluan lalulintas orang asing jauh dari Madinah. Maka beliau adalah penyelamat yang pertama kepada sains bahasa Arab Qur’an.

(5). Pemerintah Umayyah di Damascus hidup mencontohi pemerintah Byzantine dan Parsi. Mereka telah dikelilingi oleh peralatan kemewahan dan pilihan di mana yang berkuasa sahaja boleh memilikinya. Kehidupan sederhana dan saksama di dalam Islam telah hilang di Syria, jika ianya pernah ada di sana dahulu. Bagaimana pun Ali cuba membentang gambaran kehidupan Islam yang sebenarnya kepada dunia. Beliau berhasrat untuk menunjukkan gambaran kehidupan Islam yang sama seperti ditunjukkan oleh Muhammad Mustafa; pertama kalinya ditunjukkan kepada Arab di Makkah dan Madinah. Tetapi itu adalah satu gambaran yang tidak pernah dilihat di Syria dan jiran-jirannya. Sesungguhnya, di dalam beberapa tahun yang akan datang, pemerintah mereka akan menunjukkan bukannya gambaran kehidupan Islam tetapi kehidupan menentang Islam.

John Alden Williams: Semua raja Parsi, dari Ardashir anak lelaki Papak sehingga Yazdagird, telah memisahkan diri mereka dengan pembesar istana dengan tirai.

Saya pernah bertanya kepada seorang pemuzik istana yang terkenal Ishaq ibn Ibrahim al-Mawsili, Adakah khalifah Umawi menunjukkan diri mereka kepada para pegawai istana dan penyanyi mereka? Dia menjawab, ‘Muawiyah dan Marwan I, Abd al-Malik, Walid I, Sulayman, Hisham dan Marwan II, telah dipisahkan dari para pegawai istana dengan tirai, supaya tiada siapa dari pegawainya yang melihat apa yang khalifah lakukan, jika dia telah keasyikan oleh muzik, seperti menggoyangkan bahu, atau menari, atau membuangkan semua pakaiannya, maka tiada siapa yang melihat melainkan hamba peribadinya. Bagi khalifah Umawi yang lainnya, mereka tidak merasa malu untuk menari atau membuangkan semua pakaiannya, dan menunjukkan dirinya yang tidak berpakaian kepada para pegawai dan penyanyinya. Namun mereka semua tidak

428

Page 168: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

dapat mengalahkan Yazid ibn Abd al-Malik dan Walid ibn Yazid, mereka langsung tidak mempunyai perasaan malu, serta menggunakan bahasa lucah di hadapan semua yang ada, dan sesuka hati menanggalkan pakaiannya.' (ms. 81). (Life at the Caliph's Court:' from the Book of the Crown (Kitab al-Taj), Cairo, 1914, ms.5. Anonymous: di antara 847-861 M." – Themes of Islamic Civilization, Berkeley, 1971)

Apabila Ali menjadikan Kufa ibu negerinya, sahabat dan musuh melihat dengan mata mereka sendiri, pemulihan Islam Muhammad, Pesuruh Allah. Mereka melihat pemerintah Muslim berkerja dengan tangannya di ladang dan kebun, memberi makan anak isterinya dari gaji yang dihasilkan dengan tenaganya. Mereka melihat hidupnya dengan roti barli yang kasar tetapi setiap orang di bawah pemerintahannya cukup makan. Mereka melihat walaupun pakaian beliau bertampal namun pakaian orang bawahannya elok kemas. Mereka juga lihat beliau tidak punya istana dari marmar, tetapi tinggal di dalam rumah dari lumpur, dan tidak ada pengawal di pintu masuk rumahnya, dan beliau boleh ditemui oleh sesiapa sahaja, dan pada bila-bila masa, malam ataupun siang.

(6). Untuk kepentingan keselamatan Makkah dan Madinah, Ali berhasrat untuk menjadikannya secara politik kota yang tidak penting, supaya tidak menarik perhatian. Negara Langit di Bumi yang ditubuhkan oleh Muhammad Mustafa telah hilang dengan wafatnya baginda dari menjadi ‘syurga’ dan telah bertukar menjadi seperti kerajaan Greek atau Parsi. Di dalam keadaan yang berlainan, maruah dan kesucian karektor dua kota ini, Makkah dan Madinah selalu dalam bahaya. Demi untuk kepentingan masa hadapan kota-kota ini, Ali telah menjauhkannya dari pengaruh politik. Anak beliau, Husain, mempunyai perasaan yang sama di dalam menjaga kesucian kota Datuknya. Dia juga apabila melihat ribut taufan bencana telah berkumpul, bersegera meninggalkan Madinah dan Makkah, memberikan cukup masa untuk memalingkan perhatian kerajaan jauh dari kota tersebut.

Selepas penyembelihan di Karbala dalam tahun 680 M, kini kedua kota suci Islam, Madinah dan Makkah menjadi perhatian Yazid, anak Muawiyah. Dia menghantar jeneralnya, Muslim bin Aqaba, ke Madinah dengan tentera Syria yang telah membunuh beramai-ramai 10,000 warga Madinah yang tidak berdosa. Yang mati termasuk ramai para sahabat Rasul. Madinah telah menjadi tempat askar Syria mencari kepuasan. Masjid nabi bertukar menjadi kandang kuda tentera Syria. Sebahagian kecil yang tidak dibunuh telah memberikan bai’ah kepada Yazid. Muslim bin Aqaba memberitahu mereka bahawa Yazid adalah tuan kepada nyawa mereka, dan boleh menjualnya sebagai hamba jika dia kehendaki.

Alfred Guillaume: Di antara masa penulisan Sira dan penyuntingan buku itu sendiri; telah berlaku dua trajedi; Karbala, apabila Husayn dan pengikutnya telah dibunuh dalam tahun 61 H., dan pengeledahan Madinah dalam tahun 63 H. apabila 10,000 Ansar termasuk tidak kurang dari 80 para sahabat nabi telah dibunuh. (The Life of Mohammed, ms xxvii, 1967)

Muslim bin Aqaba meninggalkan Madinah dalam keadaan hancur dan kemudian bergerak menuju Makkah. Tetapi dia mati sebelum sampai ke detinasinya, dan pemerintahan tenteranya berpindah kepada seorang lagi pegawai Yazid yang bernama Ibn Namir.

Di Makkah, Abdullah bin Zubayr telah mengistiharkan dirinya sebagai khalifah. Ibn Namir menhujani kota dengan batu dari kawasan bukit di sekeliling Kaabah dan membakarnya. Tetapi dia belum sempat menawan kota Makkah, Yazid mati di Damascus. Maka, ibn Namir membatalkan kepungan dan kembali ke Syria.

Tetapi apa yang diterima oleh kota Makkah dan Abdullah bin Zubayr adalah penangguhan hukuman mati. Apabila Abdul Malik bin Marwan menjadi khalifah, Makkah sekali lagi menjadi gelangan peperangan. Jeneralnya, Hajjaj bin Yusuf,

429

Page 169: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mengepung Makkah, menghujaninya dengan batu, merosakkan sebahagian Kaabah. Abdullah bin Zubayr bertahan selama tujuh bulan. Dia dibunuh di dalam kawasan Kaabah, dan kota menyerah kepada penakluknya.

Philip K. Hitti: Dalam tahun 683 M. tentera Syria telah dihantar oleh Yazid untuk menentang Abdullah ibn al-Zubayr, yang menuntut kedudukan khalifah. Pemberontak berlindung diri di dalam tanah haram tetapi telah diserang dan Kaabah telah terbakar. Batu hitam telah pecah menjadi tiga keping. Ketika itu rumah Allah boleh dikatakan di dalam perkataan ahli sejarah yang terkenal, al-Tabari, "kelihatan seperti terkoyaknya dada wanita yang sedang bersedih." (Capital Cities of Islam, 1973)

Ali memilih untuk menyelamatkan Madinah dan Makkah dengan menukar ibu negara, supaya bencana tidak terjadi di dalamnya. Tetapi siapakah lagi di dalam semua ummat Muslim, yang mempunyai pandangan yang sama seperti beliau dan keturunannya, di dalam menjaga kesucian dan keselamatan kedua kota ini? Apabila Husain ibn Ali dapat merasakan bahaya yang akan menimpa, beliau bersama keluarganya keluar dari kota tersebut menuju ke Iraq, di mana beliau tahu akan bertemu dengan kematian. Tetapi Abdullah bin Zubayr tidak teragak-agak membawa kehancuran kepada kota ini, dan terjadinya pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduknya.

Dunia Muslim perlu mengakui, penghargaan mereka terhadap Ali, pandangannya yang jauh dan kemanusiaannya. Beliau telah menyelamatkan buaian Islam semasa hidupnya, dan mengambil langkah untuk keselamatannya setelah beliau mati. Tidak ada cara lain yang dapat beliau lakukan untuk menyelamatkan Hijaz dari mengalami penyelewengan, bencana dan kejutan yang disebabkan oleh politik dan peperangan, melainkan dengan memindahkan ibu negara dari Madinah ke Kufa.

Apabila Ali menukar ibu negeri empayar, Muawiyah fikir, bahawa dia telah menangkap Ali akhirnya, ketika melakukan sesuatu yang boleh dipersoalkan, dan menulis kepadanya, bahawa beliau telah “meninggalkan” kota Nabi, suatu tindakan yang amat keji dan tidak boleh diterima.

Hanya empat tahun kemudian, Muawiyah sendiri menjadi pemerintah sepenuhnya kepada empayar Muslim, dan ketika itu tiada siapa yang boleh mempersoalkan tindakannya. Jika dia mempunyai kecintaan yang penuh kepada kota Nabi seperti yang ditunjukkannya di dalam surat kepada Ali, dia boleh menjadikan Madinah ibu negeri empayarnya. Tetapi dia tidak

430

Page 170: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 63

Pemulihan Semula Umayyah

Bani Umayyah adalah satu dari suku kaum Quraish di Makkah. Seperti yang dinyatakan dahulu, mereka adalah musuh tradisi Bani Hashim, satu lagi suku kaum Quraish. Apabila Muhammad, ahli dari suku Bani Hashim mengistiharkan diri baginda sebagai Rasul Allah, dan menyeru Arab supaya meninggalkan sembahan mereka, dan beriman kepada Tuhan yang Esa, Umayyah menentang, dan berperang dengan baginda selama dua puluh tahun.

Tetapi mereka tewas. Pergelutan mereka yang pahit dan lama menentang Muhammad serta Islam berakhir dengan mereka mendapat malu dalam tahun 630 M. apabila Makkah ditawan. Mereka terpaksa mengaku kalah dan “menerima” Islam.

Kemenangan Islam, bagaimanapun, telah menyemarakan api kebencian yang baru di hati Bani Umayyah terhadap penjaganya, Muhammad dan Ali, seperti yang diketahui di dalam bab terdahulu. Mereka begitu pintar menyembunyikan kebencian terhadap Muhammad tetapi dengan jelas menunjukkan kebencian mereka kepada Ali, yang telah menghancurkan, bukan sahaja lambang sembahan agama Umayyah tetapi juga telah memberikan pukulan maut kepada keutamaan kedudukan mereka. Ya mereka telah menerima kejatuhan tetapi belum terkeluar dari permaianan. Selama tiga puluh tahun mereka telah membilang waktu sehingga 661 M., apabila mereka akhirnya, mampu merampas semula hadiah yang lama mereka idamkan, khalifah ummat Muslim. Bani Umayyah adalah kaum yang paling keras menentang Islam dari semua musuh Islam yang lain. Kejayaan mereka mendapatkan kedudukan khalifah ummat Muslim, telah memeranjatkan ramai ahli sejarah. Berikut adalah pandangan dari sebahagian mereka terhadap paradok [yang susah diterima akal] di dalam sejarah Muslim.

Edward Gibbon: Penentang Muhammad telah merampas warisan anak-anak baginda; dan mereka, penegak sembahan berhala telah menjadi ketua kepada agama dan empayar baginda. Penentangan Abu Sufyan adalah yang paling keras dan kejam; petukarannya kepada Islam penuh keengganan dan teragak-agak; kepercayaan baginya adalah untuk keperluan dan berkepentingan; dia berkhidmat, berjuang, mungkin juga beriman; dan segala dosa di masa jahiliah telah dihapuskan oleh kemuliaan yang baru di terima oleh keluarga Umayyah. Muawiyah, anak Abu Sophian, dan Hinda yang zalim, telah dimuliakan semasa masih remaja lagi kepada kedudukan atau jawatan sebagai setiausaha Rasul; orang kepercayaan Umar yang telah mengamanahkan kerajaan Syria kepadanya; dan dia telah mentadbir wilayah itu lebih dari empat puluh tahun, sama ada sebagai penolong pegawai atau pemerintah tertinggi. Tugas suci mencari pembelaan terhadap pembunuhan Uthman adalah pengerak dan pelindung cita-citanya. (The Decline and Fall of the Roman Empire)

E. A. Freeman: Khalifah hendaklah diberikan kepada mereka yang benar-benar berkelayakan dari kalangan yang beriman, mungkin warisan dari keluarga Rasul sendiri; tetapi Muhammad tidak pernah dapat membayangkan bahawa khalifah akan menjadi warisan keturunan musuh tradisi baginda. (History of the Saracens)

R. A. Nicholson: Apabila aristokrat Makkah menerima Islam, mereka hanya sekadar tunduk kepada apa yang tidak boleh dielakkan. Mereka kini mempunyai peluang untuk membalas dendam. Uthman b. Affan, pengganti Umar sebagai khalifah, adalah dari keluarga terkemuka Makkah, Umayyah atau keturunan Umayyah, yang selalu memainkan peranan besar dalam menentang Muhammad, walaupun Uthman sendiri adalah dari golongan pertama pengikut Rasul. Dia

431

Page 171: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

seorang yang bertaqwa, orang tua yang baik, telah menjadi alat yang mudah bagi kerabatnya yang bercita-cita tinggi. Dengan khalifah Uthman, mudahlah mereka mencapai segala kedudukan tinggi serta jawatan terpenting dan hidup dari hasil negara, sehingga tindakan mereka melanggar larangan agama dan menimbulkan persoalan, adakah bertukarnya mereka kepada Islam datangnya dari kesedaran dihati atau lainnya. Terjadinya kejadian-kejadian yang lain telah menambahkan lagi kegelisahan awam. Berkembangnya kemewahan dengan pesat dan bertambahnya maksiat di dalam kota suci dan kota-kota lainnya telah menyakitkan pandangan Muslim yang benar-benar beriman. Aristokrat Islam yang sebenar, diketuai oleh Ali, Talha dan Zubayr, berusha menentang pemuka-pemuka yang mengancam mereka dengan kehancuran. Telah tiba masanya untuk tentera yang benar melancarkan pemberontakan menentang keangkuhan dan lobanya Umayyah. Pemberontakan berlaku, dan akhirnya khalifah yang tua, setelah bertahan selama tujuh minggu telah dibunuh di dalam rumahnya sendiri. (A Literary History of the Arabs, ms. 190, 1969)

Nicholson telah salah mengatakan bahawa Ali, Talha dan Zubayr berusha menentang pemuka-pemuka yang mengancam mereka dengan kehancuran. Ali tidak berusaha menentang Umayyah walaupun Talha dan Zubayr berusaha menentang Uthman, dan mereka berjaya di dalam usaha ini. Sebaliknya mereka, Umayyah yang mengancam Ali, tetapi mereka tidak mengancam Talha dan Zubayr dengan kehancuran. Sebenarnya, Talha, Zubayr dan Aisyah berperang di dalam peperangan Basra (Peperangan Unta) menentang Ali, dengan sokongan dari Umayyah.

Philip K. Hitti: Dari lapan khalifah (Umayyah) di dalam waktu (715-750 M.) hanya dua yang layak mewarisi hasil dari peninggalan Muawiyah dan diperkayakan oleh Abd-al-Malik dan al-Walid. Enam yang selebihnya; tiga adalah anak dari hamba wanita, yang tidak layak, sebahagiannya keji jika tidak pun bolehlah dikatakan tidak berkemampuan. Saudaranya, yang menggantikan al-Walid, lebih suka minum arak, berburu dan mendengar muzik dan lagu dari menguruskan urusan negara. Kemudian anaknya yang mengambil alih tempat bapanya. Kini dia lebih banyak menghabiskan masanya di tempat yang tidak bermaruah di padang pasir, masih boleh dilihat peninggalannya, dari berada di ibu kota. Dia telah dikatakan berenang di dalam kolam arak dan minum darinya sehingga dapat mengurangkan aras arak tersebut. Lebih dari itu, sebagai permainan, khalifah ini telah menjadikan salinan Quran tempat sasar anak panahnya.

Dengan jelas penambahan harta yang banyak bersama ramainya hamba dan gundik, ditambah lagi dengan peralatan kemewahan, maksiat dari ketamadunan kota lainnya, yang mana anak-anak padang pasir kini telah menjadi biasa dengan semua ini mula telah meresap ke dalam saluran nadi Arab. (Capital Cities of Arab Islam, ms. 78-79, 1973)

Arnold J. Toynbee: Satu dari sindiran sejarah yang terbesar terjadi kepada nasib rumah yang Muhammad telah dirikan. Muhammad telah tumbang. Rasul yang tidak berjaya kini telah tunduk kepada keinginan untuk berjaya sebagai ketua negara dan ahli strategi. Di dalam mencari dan mendapat kejayaan dunia di Madinah, Muhammad dengan tidak secara langsung telah berkerja untuk kepentingan penentangnya yang berada di Makkah. Apabila sampai kepada pertandingan politik sebenar, putera-putera pedagang Makkah ini bukan tandingan untuk sepupu dan anak menantu Muhammad yang perkasa, tetapi tidak mempunyai kebolehan, Ali ibn Abi Talib. Selepas Muhammad berjaya memutuskan laluan perdagangan ke Syria, penduduk Makkah berpindah kepada syarat yang lebih mudah yang diberikan oleh Orang Makkah dahulunya yang diusir keluar; iaitu secara zahir menerima Muhammad dan Islam, Bani Umayyah meletakkan lidah mereka di pipi. Mereka tidak punya niat untuk diketepikan secara mutlak dari kekuasaan. Mereka tewas kali pertama untuk menindas dan

432

Page 172: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kemudian menghapuskan Islam, kini pilihan yang mereka ada ialah, rampas dan lari dengan apa yang mereka dapat dengan strategi baru mengatakan mereka telah bertukar kepada Islam. Mereka menunggu masa yang sesuai, sehinggalah dapat menemui mangsanya di dalam diri Ali, dan di dalam diri Muawiyah orang penentu nasib mereka.

Muawiyah adalah di antara pemerintah yang teragung, di dalam sejarah, penuh dengan tipu helah [licik], jenis ketua negara yang sabar menanti. Dia setanding dengan Augustus, Philip dari Macedon, Liu Pang, dan Cavour. Kasihan Ali telah ditewaskan olehnya. Dalam masa dua puluh sembilan tahun dari wafatnya Muhammad, negara yang ditubuhkan baginda dan penggantinya, telah menjadi empayar yang besar, kini menjadi harta rampasan milik Muawiyah anak Hinda, puteri pedagang Makkah, musuh tradisi Muhammad yang nyata dan tidak dipertikaikan. Tidak seperti Muhammad, Muawiyah telah memulakan dinastinya, Dinasti keturunan Umayyah yang bertahan selama 90 tahun dan memerintah dunia dari Multan dan Tashqand hingga ke Aden, dan dari Aden ke Gibralter dan Narbonne.

Muawiyah dan penggantinya, sebagai, musyirik jahiliah yang tidak bertaubat, hanya sekadar dizahirnya sahaja [melainkan khalifah Umar II], mereka dengan sewenang-wenangnya telah melampaui segala batasan di dalam menghina Islam dengan melakukan segala kekejian yang paling hina diketika itu. Mereka adalah peminum arak, mereka menghiasi istana dengan marmar dan lukisan gaya Hellenistic yang sangat digemari di Syria selama 1000 tahun dahulu. Mereka melanggar segala tata cara hidup Islam. Mereka mengupah pelukis kristian untuk tugas membuat lukisan, yang tidak puas dengan gambaran binatang dan manusia sahaja. Lukisan yang paling digemari adalah wanita, terutama yang tidak berpakaian, atau sekurang-kurangnya sampai ke paras pinggang.

Bagaimana pemerintah Umayyah boleh terselamat dengan segala perbuatan yang keji ini salama 90 tahun? Apabila Jezebel dan Ahab menghina cara sembahan lama Yahwah, pembalasan yang diterimanya amat cepat. Maka, adakah yang dilakukan oleh Umayyah terlebih baik dari keluarga Omri? Manusia mungkin ada yang benci atau menyanjung Umayyah, tetapi kepintaran mereka mendapat sanjungan dari kami walaupun dengan sedikit keengganan, kita perlu berterima kasih di atas peninggalan kerja-kerja lukisan seni yang ditinggalkan mereka kepada kita. (East to West – A Journey Round the World, 1958. ms. 214-215 – The Shocking Umayyahs)

Toynbee boleh mengatakan dirinya sebagai seorang ahli sejarah terkemuka, tetapi ini tidak bererti bahawa pendapatnya, yang dinyatakan di dalam perenggan di atas, adalah betul ataupun bernas. Dengan memburukkan Muhammad dan Ali, dia hanya menunjukkan belangnya sebagai ahli misinari British di abad ke 19 di dalam wilayah jajahan mereka. Pendapat sepatutnya diberikan dari objektif analisis fakta, sebaliknya pendapat dia lebih mirip kepada celaan atau polemik [bantahan] yang tidak mempunyai sebarang asas dan tujuan.

Pada catitannya yang pertama amat menarik. Toynbee berkata, "Satu dari sindiran sejarah yang terbesar terjadi kepada nasib rumah yang Muhammad telah dirikan. Muhammad telah tumbang." "Sindiran" itu tentu mempunyai sebab, tetapi Toynbee tidak mengatakan apakah sebabnya. Dia hanya mengatakan kesannya sahaja.

Toynbee adalah hasil produk Barat moden, kebendaan [materialistik], berbudaya industri; dan Muslim tidak dapat melihat ketidakupayaan dia untuk memahami sesuatu dari sudut pandangan Islam. Kejayaan Islam adalah dari idea Nabi Ibrahim yang terdahulu, iaitu pengorbanan. Muhammad dan Ali telah mengorbankan bukan sahaja kekayaan meterial mereka sahaja, tetapi juga telah mengorbankan banyak nyawa supaya dapat menjadikan Islam hidup berdikari.

433

Page 173: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Setelah mereka wafat, Islam memerlukan kepada pengorbanan yang baru, anak mereka telah bersedia untuk itu. Cucu Muhammad dan anak Ali telah mengorbankan diri mereka di Karbala untuk prinsip yang mereka berdua memperjuangkan dan mengekalkan.

Pengorbanan yang dibuat oleh Muhammad, Ali dan anak-anak mereka adalah satu keagungan dan kebesaran di dalam Islam, tetapi Toynbee telah menyamakannya sebagai "sindiran."

Muhammad tidak “tumbang”, kecil ataupun besar walaupun Toynbee sangat berhajat padanya.

Toynbee mengelar Muhammad "Rasul yang tidak berjaya" yang "kini telah tunduk kepada keinginan untuk berjaya sebagai ketua negara." Bagaimana baginda telah "tidak berjaya"? Tugas baginda adalah untuk menyampai pengkhabaran Tuhan yang terakhir kepada semua manusia, baginda telah menyampaikan, dan telah diterima di semua daerah di Semenanjung Arab semasa hidup baginda. Tidak juga baginda tunduk kepada keinginan untuk menjadi ketua negara. Baginda adalah seorang ketua negara. Misi baginda menyeluruh, dan salah satu dari tugas baginda sebagai Rasul Tuhan adalah untuk mengajar Muslim di dalam prinsip pertubuhan politik. Ini baginda lakukan di Madinah.

Muhammad tidak “bertanding” dengan musyirik atau munafik Makkah. Baginda datang ke dunia ini untuk menyebarkan perundangan Kerajaan Langit di Bumi, dan bukannya untuk bertanding dengan sesiapa, jauh sekali dengan peminjam wang dan penyembah berhala Makkah. Untuk mengatakan bahawa baginda bertanding dengan Umayyah, adalah pendapat Toynbee yang amat jahil lagi melucukan.

Musyirik Makkah tidak "setanding" sama ada kepada Muhammad atau Ali, dan Ali bukannya "tidak berkemampuan," dan beliau "tidak dikalahkan" oleh Muawiyah. Toynbee tidak mampu menilai dari sudut pandangan Islam. Muhammad dan Ali tidak berminat terhadap "Politik sebenar" Toynbee. Penilaian dia telah dipengaruhi oleh kebudayaannya, perasaan opportunis dan budaya sekular dari Barat Moden. Dia tentunya jahil mengenai budaya Qur’an, dan Qur’an menolak “politik sebenar.”

Muhammad dan Ali telah menunjukkan kepada dunia bahawa dalam politik, sama seperti di dalam beragama, matlamat tidak menghalalkan semua cara untuk mendapatkannya. Di dalam Islam cara itu sendiri menjadi matlamatnya. Cara yang digunakan oleh musuh mereka, Umayyah untuk menjayakan matlamat mereka, mempunyai kepastian akan “berjaya.” Tetapi Muhammad dan Ali tidak menilai kejayaan atau kegagalan dengan standard [cara] yang sama seperti yang dilakukan oleh Umayyah atau seperti Toynbee lakukan. Kepada Muhammad dan Ali, kejayaan adalah dengan mendapat keredhaan Allah, dan kegagalan adalah dengan kemurkaanNya. Dinilai dari segi ini kedua mereka amat berjaya. Semoga Allah merahmati mereka dan ahli mereka untuk selamanya.

Toynbee menambah lagi bahawa Umayyah tidak mempunyai niat untuk kekal dijauhkan dari kuasa.

Adakah niat Umayyah itu bererti di dalam tahun 630 M. apabila Muhammad menawan Makkah? Baginda telah menghancurkan sembahan berhala, ekonomi dan juga kuasa politik mereka, dan Ali telah menghancurkan kuasa tentera mereka. Mereka telah sujud di kaki baginda dan terus kekal sujud di situ selamanya jika Abu Bakar dan Umar tidak mengangkat mereka, dan memulihkan semua kuasa ekonomi dan politik mereka. Dengan pantas, jika dahulu apa yang dilihat sebagai mustahil ketika pemerintahan Muhammad, kini mudah dicapai di

434

Page 174: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bawah Abu Bakar dan Umar. Kedua mereka yang menjadikan empayar Muslim “harta rampasan Muawiyah anak Hinda."

Sanjungan, penghormatan dan berterima kasihnya Toynbee dengan "terpaksa" kepada Umayyah, amat mudah difahamkan. Dia adalah sekutu filosofi mereka. Kedua mereka berhubung kait di dalam permusuhan terhadap Islam dan kepada penjaganya, Muhammad dan Ali. “Penilaian” Toynbee kepada Muhammad dan Ali, adalah satu kejahilan yang asli oleh seorang ahli sejarah terkenal yang pernah dihasilkan.

Kedua mereka Hitti dan Toynbee telah melukis potrait sebahagian para khalifah, pengganti Rasul Islam yang telah dihasilkan oleh Bani Umayyah. Sebenarnya ummat Muslim telah ditunggangi oleh para khalifah yang sedemikian, sesungguhnya adalah “satu dari sindiran terbesar di dalam semua sejarah.” Tidakkah sindiran ini mempunyai apa-apa penjelasan?

Tentu ada. Buku ini cuba menjelaskan sidiran itu.

Bani Umayyah telah menikmati keutamaan di Makkah sebagai penjaga kumpulan berhala dan peminjam wang yang terkaya. Apabila Muhammad menawan Makkah, baginda menamatkan penyembahan berhala dan amalan pinjaman wang, dan mereka pergi berselindung seketika.

Tetapi mereka bersembunyi tidaklah lama. Hanya dari masa penaklukan Makkah oleh Muhammad dalam bulan Februari 630 M. sampai waktu baginda wafat dalam bulan Jun 632 M. Ketika matahari Rasul Allah terbenam di ufuk, bintang Umayyah naik bersinar semula.

Adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa pemulihan Bani Umayyah bermula dari tarikh Uthman menjadi khalifah, tidak juga dari masa Muawiyah merampas kedudukan khalifah, tetapi dari semenjak Jun 8, 632 M., ketika wafatnya Muhammad Mustafa, Rasul Islam.

Apakah perhubungannya di antara wafatnya Muhammad dan pemulihan Bani Umayyah?

Seperti yang dikatakan di atas, Muhammad bertanggungjawab terhadap berselindungnya Bani Umayyah. Tetapi sebaik sahaja baginda wafat, mereka telah memantul semula dari persembunyian walaupun bukan dari hasil kuasa mereka sendiri. Abu Bakar dan Umar, pemerintah yang baru bagi kerajaan yang Muhammad telah tubuhkan, telah mengeluarkan Bani Umayyah dari persembunyian dan terpinggir, kini keduanya telah meletakkan mereka sebagai yang berkuasa di dalam arena politik Islam.

Bani Umayyah bangkit dengan semangat baru, mencari pembalasan kepada Muhammad dan Ali dan/atau anak-anak mereka.

Penerimaan Islam oleh Bani Umayyah, setelah gagal untuk menghancurkannya, adalah bukti terhadap kebangkitan semula mereka. Mereka sedar bahawa semua serangan berhadapan mereka dengan Islam telah gagal, dan kini mereka berubah kepada sesuatu yang berlainan. Ini mereka lakukan. Strategi baru mereka adalah untuk memasuki kumpulan Islam yang beriman, menyamar sebagai Muslim; memerhatikan segala peristiwa dari dalam, dan kemudian menyerang Islam apabila tiba waktu yang sesuai untuk itu, seperti dinyatakan di dalam bab yang terdahulu.

Peluang itu tiba selepas wafatnya Muhammad.

435

Page 175: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Penjelasan telah diberikan dengan tawaran dari Abu Sufyan, ketua Bani Umayyah, kepada Ali, untuk memenuhi jalan-jalan Madinah dengan tentera infantri dan tentera berkuda, sedia dan rela untuk mati pada arahan Ali, jika beliau sanggup mencabar kerajaan saqifa.

Abu Sufyan pasti telah dapat berikan pukulan maut kepada Islam; tetapi telah gagal sekali lagi. Dia telah cuba untuk menyatukan dirinya dengan Ali, penjaga Islam, tetapi kecewa. Ali sentiasa berwaspada selamanya. Abu Sufyan tidak mengalah dengan kekecewaan itu. Pada fikirannya, jika dia bersatu dengan ketua kerajaan Saqifa, dia pasti akan mendapati diri mereka lebih rela dari Ali. Begitulah akhirnya yang terjadi!

Semasa pemerintahan Abu Bakar dan Umar, Bani Umayyah dengan diam-diam telah memperkukuhkan kedudukan. Mereka tidak cuba untuk mengegarkan kerajaan atau membuat kacau. Masanya belum tiba untuk mereka menyerbu ke dalam arena pentas Islam. Mereka sembunyikan peranan mereka, tetapi apabila Uthman menjadi khalifah, inilah masanya untuk membuang topeng, dan mereka menyerbu ke atas empayar seperti burung nasar [burung makan bangkai], sedia untuk menelan segalanya. Uthman melucutkan semua jawatan gabenor wilayah yang dilantik oleh Abu Bakar dan Umar, dan penuhkan jawatan itu dengan ahli dari suku kaumnya. Dia berikan Umayyah tanah yang paling subur, padang ragut sebagai harta, dan menganugerahkan ke atas mereka emas dan perak dari perbendaharaan awam.

Dalam tahun 656 M. Ali mengambil alih pemerintahan kerajaan. Beliau melucutkan semua gabenor yang telah mengeledah negara, dan beliau memerintahkan Umayyah supaya memulangkan semula kepada wilayah semua tanah, kawasan, ladang dan tanah ragut yang mereka miliki secara haram.

Tetapi Umayyah tidak berhasrat untuk memulangkan apa-apa. Mereka menunjukkan dengan jelas bahawa mereka akan memegang terus semuanya, selagi terdaya, iaitu kedudukan asal mereka, kedudukan dan keutamaan, dan jika Ali mahu merampasnya, maka beliau hendaklah merampasnya dengan senjata.

Ali tahu, beliau akan mendapat tentangan yang hebat, jika mahu membahagikan kekayaan secara adil. Tetapi beliau telah meletakkan keutamaan tugas kepada Tuhan dan ummat Muslim, mendahului dari kehendak dan rungutan kelas tertentu di dalam Dar-ul-Islam. Beliau tidak punya pilihan dalam perkara ini, dan terpaksa menghancurkan keutamaan-keutamaan, walau apa juga yang terjadi. Dalam perkara ini tidak ada ruang untuk berkompromi.

President Jimmy Carter: Tidak ada tugas untuk mereka yang berhati lemah. Ia akan mendapat tentangan yang hebat dari mereka yang menikmati keistimewaan khas, mereka yang suka berkerja secara rahsia atau mereka yang harta sewaannya terancam. (Why Not the Best? ms. 148, 1975)

Pertembungan yang tidak dapat dielakkan

Talha dan Zubayr tidak terkeluar dari persamaan ini, dan penentang Ali yang baru adalah pentadbir veteran,, Umayyah yang cuba sabotaj ideologi Islam. Pertentangan ini jelas terbukti di dalam kejayaan Umar memisahkan Arab, di antara ramainya musuh dan sedikitnya rakan kepada rumah Muhammad, Rasul Allah.

Penentangan Umayyah kepada Ali adalah satu tindakan jahiliah yang jelas menentang Islam. Untuk sekian lama, kebencian Bani Umayyah terhadap Islam dan Bani Hashim telah terpendam seperti bara, tetapi dengan Ali menjadi khalifah, ia telah bertukar menjadi api yang marak, mengancam untuk membakar, di dalam perkataan Toynbee, "rumah yang Muhammad telah dirikan."

436

Page 176: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Selepas peperangan Basra (peperangan unta), semua ahli dari suku kaum Bani Umayyah telah berkumpul di belakang Muawiyah, gabenor Syria. Dia adalah ketua mereka, dan dia juga adalah ketua jahiliah menentang Islam. Di dalam peperangan menentang Ali, dia telah dibantu dan disokong oleh Amr bin Aas. Amr bukan seorang Umayyah tetapi mempunyai kepentingan yang sama, telah mengikat dirinya bersama Muawiyah.

Berikut adalah pengenalan ringkas kepada pendahuluan mengenai Muawiyah dan Amr bin Aas. Ini akan memberi pembaca fahaman mengenai penentangan mereka kepada Ali.

Muawiyah bin Abu Sufyan

Muawiyah adalah anak Hinda dan Abu Sufyan. Abu Sufyan adalah suami Hinda yang ketiga. Hinda adalah musuh Islam, serta Rasul dan keluarganya yang terkuat. Di dalam perang Badr, bapa Hinda, Utba, telah dibunuh oleh Hamza. Anak lelakinya yang tua, Hanzala; adiknya, Walid; dan bapa saudaranya, Shaiba; telah dibunuh oleh Ali. Maka Hinda telah bersumpah untuk minum darah mereka (M. Shibli di dalam buku Sirat-un-Nabi, vol. I, ms 370, cetakan keempat, 1976, Azamgarh, India). Di dalam peperangan Uhud, dia memotong perut Hamza, mengeluarkan hatinya, dan mengunyah hati beliau, dari semenjak itu dia telah terkenal di dalam sejarah sebagai "pemakan hati manusia."

Jika Muawiyah adalah anak Hinda, pemakan hati manusia di Uhud, dia juga adalah bapa kepada Yazid, penyembelih manusia di Karbala, yang telah melakukan kezaliman dan membunuh ramai cucu dan cicit Muhammad yang masih kecil. Seorang dari sahabat Rasul yang telah memberikan bai’ahnya kepada Yazid [penyembelih], adalah Abdullah bin Umar bin al-Khattab. Dia seorang pemerhati kepada penyembelihan beramai-ramai di Karbala, yang mana muka surat sejarah Islam telah dibasahi oleh darah yang paling suci dari semua makhluk.

Yazid begitu bongkak dengan permusuhan keturunannya yang berpanjangan dengan Bani Hashim, penjaga Islam.

Apabila Rasul menawan Makkah dalam tahun 630 M., Abu Sufyan, Hinda, dan anak-anak mereka, Yazid dan Muawiyah, dan ahli Bani Umayyah lainnya, menerima Islam. Jalal-ud-Din Suyuti menulis pada muka surat 135 dari bukunya, History of the Caliphs:

"Muawiyah menerima Islam bersama bapanya, Abu Sufyan pada hari Makkah ditawan. Mereka ada bersama di peperangan Hunayn, dan mereka di antara muallafatul-qulub."

Sebahagian ahli sejarah berkata bahawa selepas Makkah ditawan, Rasul melantik Muawiyah menjadi penulisnya. Sebagai seorang penulis, adalah tugasnya untuk membacakan surat kepada Rasul.

Di Makkah dan di Madinah, Rasul telah menjadikan setiap Muslim saudara kepada Muslim yang lain. Baginda juga telah berikan Muawiyah seorang “saudara.”

Muhammad ibn Ishaq: Rasul mengadakan persaudaraan di antara Mu'awiya b. Abu Sufyan dan al-Hutat. Rasul telah melaksanakan kepada beberapa sahabat baginda yang lain, contohnya di antara Abu Bakar dan Umar; Uthman dan Abdur Rahman bin Auf; Talha b. Ubaydullah dan Zubayr b. Awwam; Abu Dharr al-Ghiffari dan al-Miqdad b. Amr al-Bahrani; dan Muawiyah b. Abu Sufyan dan al-Hutat b. Yazid al-Mujashi'i. Al-Hutat mati dengan kehadiran Muawiyah semasa khalifahnya, disebabkan oleh ikatan persaudaraan, Mu'awiya telah mengambil apa yang ditinggalkan al-Hutat sebagai warisannya. Al-Farazdaq berkata kepada Mu'awiya:

437

Page 177: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

"Bapa kamu dan bapa saudara saya, hai Muawiyah, telah meninggalkan warisan, supaya waris terdekat boleh mewarisinya. Tetapi bagaimana kamu boleh mengambil tanah kepunyaan al-Hutat, sedangkan seluruh tanah Harb berada di dalam tangan kamu?" (The Life of the Messenger of God)

Seperti yang diketahui dahulu, Abu Bakar telah melantik Yazid bin Abu Sufyan, sebagai seorang jeneral di dalam kempen Syria. Syria telah ditawan selepas kematian Abu Bakar, di dalam pemerintahan khalifah Umar. Dia melantik Yazid sebagai gabenor pertama Syria. Dalam tahun 639 M., wabak terjadi di Syria dan Palestin, dan wabak ini telah membunuh ribuan manusia, di antaranya Yazid bin Abu Sufyan dan Abu Ubaida ibn al-Jarrah. Di dalam kekosongan tempat Yazid, Umar melantik adik Yazid, Muawiyah, sebagai gabenor yang baru.

Sir John Glubb: Terdapat kebuluran yang dahsyat di Hijaz dalam tahun 639 M. Sebagai tambahan kepada kebuluran ini, dalam tahun 639 M. juga menyaksikan wabak yang menyerang Syria dan Palestin. Ramai Arab yang mati, sehingga ramai melarikan diri ke padang pasir untuk menyelamatkan diri dari bandar-bandar yang diserang wabak tersebut. Sebelum penghijrahan ke padang pasir ini dapat dilaksanakan, ketua turus tentera, Abu Ubaida, telah dijangkiti wabak dan mati. Dia telah dikebumikan di lembah Jordan. Yazid ibn Abu Sufyan, yang telah memainkan peranan utama sebagai ketua tentera di sepanjang kempen Syria juga menjadi mangsa.

Khalifah yang lasak telah membuat keputusan untuk pergi ke Syria dan menyusun semula pentadbiran, setelah kehilangan ramai pegawainya. Wabak yang bahaya ini telah merebak dengan cepat sehingga dianggarkan telah membunuh 25,000 orang, dan ditakuti Byzantine mungkin akan menggunakan kesempatan ini untuk menawan semula Syria.

Sebagai ganti Abu Ubaida dan Yazid ibn Abu Sufyan, Muawiyah ibn Abu Sufyan, telah dilantik sebagai gabenor Syria. (The Great Arab Conquests, ms. 214, 1967)

Muawiyah adalah gabenor Umar di Syria sehinggalah ke akhir khalifahnya. Apabila Uthman menggantikan Umar sebagai khalifah, dia juga mengesahkan Muawiyah sebagai gabenornya. Muawiyah menggunakan polisi kelonggaran beragama kepada kristian di Syria, dan dia berjaya menjadikan dirinya disenangi oleh penduduk Syria.

Franceso Gabrieli: Anak Abu Sufyan telah dilantik oleh Umar di dalam kerajaan Syria, di mana dia telah mengambil bahagian di dalam penaklukannya, di bawah pemerintahan saudara tuanya, Yazid. Dua puluh tahun memerintah dengan baik telah membolehkan elemen Arab untuk terus kekal diletakkan di situ. (The Arabs, A Compact History, ms. 74, 1963)

Muawiyah menjadikan Syria kuat, dan menjadikan dirinya berkuasa semasa pemerintahan ketuanya, Umar dan Uthman.

E. A. Belyaev: Ketika dia seorang wazir di Syria, dia telah medirikan tapak kebendaan yang kuat untuk dirinya, kerabatnya dan tenteranya, dan menjadi tuan tanah yang besar dengan rampasan tanah yang terbesar. Ketika khalifah Umayyah; Muawiyah sendiri telah berdiri di atas tapak ekonomi yang kukuh dan mempunyai pasukan tentera yang lebih dipercayai dari penentang politiknya yang lain. Dia telah menjadi wazir yang paling berkuasa dan terkaya di bumi Syria yang bertamadun semenjak dari khalifah Umar, dan telah menghabiskan masa lebih dari dua puluh tahun di jawatan yang penting ini, dan telah diterima, aristokrat suku kaum Arab menjadi pemimpin Syria. (Arabs, Islam and the Arab Caliphate in the Early Middle Ages, 1969)

438

Page 178: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Beginilah caranya Muawiyah, Arab yang pintar berpolitik, bangun dari debu kekalahan untuk menegakkan jahiliah, menjadi musuh kuat Ali ibn Abi Talib, pengganti Rasul, dan kemudian menjadi sebagai pengganti Rasul sendiri!

Muawiyah adalah orangnya yang membawa banyak pembaharuan. Dia menukarkan khalifah kepada cara penggantian keturunan, dan secara terbuka membanggakan diri: "Saya adalah Raja Arab yang Pertama." Penggantian secara keturunan berlaku di dalam keluarganya, dia melantik anaknya Yazid sebagai pengganti. Bahkan Muslim hanya menerima atau membiarkan sahaja kesalahannya, mengerutkan muka apabila dia melantik keluarganya.

Perlantikan oleh Muawiyah anaknya, Yazid, sebagai khalifah, adalah pelanggaran perjanjian yang telah diberikan olehnya kepada Hasan ibn Ali, untuk tidak melantik penggantinya sendiri. Tetapi Muawiyah bukanlah orangnya yang boleh dipegang janji, atau kod etika keperibadian. Etika adalah yang pertama menjadi mangsanya.

Bagaimana pun Muawiyah tahu Muslim tidak akan menerima Yazid sebagai khalifah mereka. Maka dia telah melenyapkan segala bantahan dengan emas dan perak atau tipu helah atau ancaman. Tetapi jika senjata ini gagal, maka dia akan menggunakan senjata sulitnya yang pasti berjaya iaitu, racun. Dialah manusia pertama di dalam sejarah Islam yang melenyapkan semua penentangnya melalui racun. Mengetahui adanya penentangan dari Hasan terhadap perlantikan Yazid, dia merancang pembunuhan terhadap Hasan. Ahli sejarah, Mas’udi, menulis: "Muawiyah menghantar berita kepada Ju’dah bint Ash'ath, isteri Hasan, bahawa jika dia membunuh suaminya, Muawiyah akan membayar 100,000 dirham kepadanya, dan mengawinkan anaknya, Yazid, kepadanya."

Muawiyah telah menghidupkan cita-cita dalam diri Ju’dah untuk menjadi permaisuri, dan apabila dia menghantar racun kepada Ju’dah, seperti yang telah diatur di antara mereka, Ju’dah berikan kepada suaminya, dan beliau mati dari akibat racun itu. Muawiyah memberikannya hadiah 100,000 dirham, tetapi menarik balik janjinya untuk mengahwinkan Ju’dah kepada anaknya Yazid dengan berkata: "Saya sayangkan anak saya."

Abdur Rahman bin Khalid bin al-Walid, bekas gabenor Hims (Emessa) juga telah dibunuh dengan cara yang sama. Suatu ketika Muawiyah datang ke Hims; dia pergi ke Masjid, dan berucap kepada perhimpunan di situ, dia berkata:

"Saya telah menjadi terlalu tua dan tidak lama lagi akan mati. Maka saya berhasrat untuk melantik seseorang sebagai pemimpin kamu."

Muawiyah berharap bahawa penduduk Hims akan cuba menyenangkan hatinya dengan menyarankan nama Yazid sebagai khalifah berikutnya. Tetapi tiada siapa yang mahu Yazid yang rosak akhlak sebagai khalifah. Sebaliknya, penduduk menyanjung Abdur Rahman bin Khalid bin al-Walid, dan menyarankan nama beliau sebagai khalifah Muslim yang akan datang. Muawiyah kembali ke Damascus dengan penuh kekecewaan. Populariti Abdur Rahman telah menakutkannya, dan dia mula melihat kepada beliau sebagai ancaman terhadap tahtanya. Maka dia telah memutuskan untuk melakukan sesuatu supaya tahta untuk anaknya Yazid terselamat.

Tidak berapa lama kemudian, Abdur Rahman jatuh sakit, dan terpaksa berehat di tempat tidur. Muawiyah memujuk tabib Abdur Rahman supaya mencampurkan racun ke dalam ubatnya. Sebagai balasan setelah berjaya, Muawiyah menjanjikan untuk tabib tersebut sebagai hadiah, hasil Hims selama setahun kepadanya. Tabib bersetuju, dan berikan Abdur Rahman "ubat" untuk penyakitnya. Ubat telah malaksanakan tugasnya dengan membunuh Abdur Rahman. (Isti'aab, vol. II, ms

439

Page 179: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

401) Selepas kematian Uthman, kebanyakan Muslim telah menerima Ali sebagai ketua empayar Muslim. Tetapi terdapat juga ramai di antara mereka yang tidak menerima, dan Muawiyah adalah seorang dari mereka.

Ahmad ibn Daud Dinawari, seorang ahli sejarah Arab, menulis:

"Dunia Muslim telah menerima Ali sebagai ketua pemimpin Islam tetapi Muawiyah dan semua Bani Umayyah, yang telah menjadikan Syria markas mereka, tidak."

Ali menghantar perwakilan kepada Muawiyah meminta bai’ahnya. Muawiyah tidak memberikan bai’ah, sebaliknya dia telah menahan perwakilan itu di dalam istananya, dan mempelawa Amr bin Aas dari Palestin untuk “berunding” Dia berhasrat untuk menjadikan Amr penyokongnya.

Amr bin Aas

Amr bin Aas tinggal di Palestin pada ketika ini, dan sedang melihat suasana politik. Dia amat gembira menerima undangan dari Muawiyah, dan melompat untuk mendapatkan peluang ini. Tetapi sokongannya mempunyai nilai, dan itu adalah Mesir.

Kepada Muawiyah nilai itu terlalu mahal tetapi setelah teragak-agak dia bersetuju untuk membayarnya sebagai tukaran kepada nasihat dan khidmatnya di dalam peperangan yang akan dia mulakan dengan Ali, pengganti Rasul Allah, dan pemimpin ummat Muslim. Muawiyah akan melantik Amr bin Aas sebagai gabenor Mesir, jika dia berjaya merampasnya dari Ali. Amr bin Aas telah disuratkan akan memainkan peranan yang penting, keji, jahat dan durjana di dalam sejarah Islam. Dia seorang berkebolehan luar biasa. Kebolehannya telah diperlihatkan di dalam kedudukannya yang tinggi semasa khalifah Abu Bakar dan Umar. Hanya terdapat sedikit kekurangan di dalam kelahirannya, dia telah dilahirkan di dalam rumah “wanita bendera” di Makkah.

Edward Gibbon: Kelahiran Amr pada suatu ketika amat masyhur; ibunya, pelacur yang terkenal, tidak dapat memutuskan di antara lima Quraysh, siapakan bapanya; tetapi bukti dari persamaan anak itu sama dengan Aasi, yang tertua dari semua cintanya. (The Decline and Fall of the Roman Empire)

Washington Irving: Seorang dari penentang Muhammad yang diragukan keturunannya adalah seorang remaja yang bernama Amr; dia adalah anak kepada seorang pelacur di Makkah, yang mempunyai daya penarik campuran Phrynes dan Aspasias dari Greece, dan mempunyai sejumlah orang ternama Makkah sebagai cintanya. Apabila dia melahirkan anak, dia menyebutkan nama beberapa pemuka kaum Quraysh yang boleh dikatakan bapa kepada anak itu. Anak itu telah dikatakan mempunyai iras Aas, yang tertua dari semua cintanya, maka sebagai tambahan kepada nama Amr, dia mendapat pengiktirafan sebagai Ibn al-Aas, anak kepada Aas.

Alam telah memberikan hadiah semula jadi kepada anak ini, seolah-olah sebagai imbangan terhadap kelahirannya. Walaupun muda, dia merupakan seorang penyair Arab yang popular. Dia telah menyerang Muhammad dengan rencana yang menghinakan dan sajak-sajak yang mempersendakan. (The Life of Mohammed)

R.V.C. Bodley: Ini lah Amr ibn al Aas, anak seorang pelacur Makkah yang cantik. Semua yang ternama di Makkah adalah kawannya, maka sesiapa sahaja, dari Abu Sufyan ke bawah, berkemungkinan menjadi bapa Amr. Sejauh yang mereka boleh pastikan, dia boleh memanggil dirinya Amr ibn Abi Lahab atau ibn al Abbas atau ibn sesiapa sahaja dari kaum Quraysh sepuluh yang teratas. (The Messenger, New York, ms. 73, 1946)

440

Page 180: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Quraish suatu ketika telah menghantar Amr sebagai perwakilan ke istana Abyssinia untuk meminta dikembalikan pelarian Muslim dari Makkah yang telah mendapat perlindungan di sana. Malangnya misi dia gagal.

Dalam tahun 629 M. Amr menerima Islam. Selepas pertukarannya, Rasul juga menghantarnya, di dalam beberapa peristiwa, sebagai kapten di dalam ekspedisi yang menyerang suku kaum jahiliah. Ekspedisi penting yang dipimpinnya semasa hayat Rasul, adalah serangan terhadap Dhat al-Salasil yang mana dia adalah pemimpinnya, pasukan mengandungi 500 orang, di antara mereka Abu Bakar, Umar bin al-Khattab dan Abu Ubaida ibn al-Jarrah. Misi ini adalah misi yang berjaya.

Amr adalah gabenor Umar di Mesir. Tetapi apabila Uthman menjadi khalifah, dia melucutkan jawatan Amr, dan dia kembali ke Madinah dengan perasaan pedih dan penuh kebencian. Dia begitu arif dan “pakar” di dalam menyebarkan konspirasi, menaburkan benih perpecahan dan menyebarkan kebencian. Dia menggunakan kebolehan ini terhadap Uthman, dan melancarkan serangan kecurangan dan kekejian kepadanya. Amr secara terbuka membanggakan diri, bahawa dia yang merangsang, sehingga sampai kepada gembala kambing di gunung untuk membunuh Uthman, dan keangkuhannya bukanlah kata-kata kosong. Uthman telah menjatuhkan dia dari arena politik, tetapi Amr tidak berhasrat untuk berdiam diri selamanya, sedang dia melihat Uthman mempersendakan dirinya di Madinah, dan melihat kesayangan Uthman bergembira di Mesir, wilayah yang dia, Amr takluki untuk empayar muslim. Dia telah bertekad untuk bertindak sendiri.

Kehilangan kuasa adalah satu pengalaman yang amat menyakitkan, yang boleh menimpa seseorang. Bukan sahaja tidak dapat membentuk sesuatu peristiwa malah dalam apa juga, dia telah diketepikan.

Talha dan Zubayr tidak pernah merangka sesuatu kejadian. Mereka telah cuba merampas kedudukan khalifah dengan kekerasan tetapi gagal. Percubaan itu bukan sahaja mengorbankan nyawa mereka malah reputasi mereka juga. Amr bin Aas, sebaliknya pernah merangka sesuatu peristiwa, yang penting. Tetapi Uthman telah menjadikan dia ghaib. Dari saat itu, dia melihat Uthman dengan penuh kebencian, dan berkerja kuat tanpa berhenti, untuk menghancurkan orang yang menjadikan dirinya kecewa, Uthman khalifah yang memerintah.

Kini Madinah telah bersedia untuk meletup. Amr telah dirikan untuk dirinya, sebelum ini, sebuah istana di Palestin. Sejurus sebelum letupan berlaku, dia telah keluar dari Madinah, dan pergi tinggal di istananya. Dia kemudian duduk melihat bagaimana usahanya menghasilkan buah. Apabila dia mendengar bahawa Uthman telah dibunuh dia merasa gembira, dan dia secara terbuka mengatakan “kejayaannya."

Kebolehan dan pandangan Amr tidak boleh dipersoalkan. Dengan meninggalkan Madinah pada masa yang tepat, dan dengan tinggal di Palestin, dia telah menyelamatkan dirinya dari tuduhan, pada masa hidupnya, sebagai yang merencana pembunuhan Uthman, dan kini terselamat dari dakwaan sejarah.

Satu perkara yang Amr telah sedia tahu bahawa dia tidak boleh bersama dengan Ali. Mereka mewakili dua cara filosofi yang berlainan. Tetapi dia sedar bahawa bersekutu dengan Muawiyah itu adalah satu kemungkinan. Mereka adalah opportunis yang berkaliber. Keduanya telah menghasilkan sesuatu terhadap pembunuhan Uthman, seorang menggumpulkan manusia supaya membunuhnya, yang seorang menahan semua pelindungan darinya. Sekarang keduanya berhasrat untuk mendapatkan hasil dari kejayaan mereka.

441

Page 181: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Maka Amr bin Aas dan Muawiyah bin Abu Sufyan, kedua-dua ketua perancang, tipu muslihat, telah bersekutu menentang Ali ibn Abi Talib. Bersatunya mereka bukan di atas dasar idelogi tetapi atas dasar kepentingan bersama. Apabila Muawiyah menawarkan kepada Amr kedudukan penting di dalam kempen sebagai ahli strategi politik yang tertinggi, Amr menolaknya, sehinggalah dia di tawarkan sesuatu yang lebih bernilai, maka barulah dia menerimanya. Itu adalah Mesir.

Mengambil contoh dari ketiga ketua dari Busra, Amr menasihatkan Muawiyah untuk melancarkan propaganda menentang Ali, menuduhnya dengan pembunuhan terhadap Uthman. Muawiyah terus bertindak di atas nasihat itu, dan memulakan perang dingin menentang Ali. Di dalam masjid utama Damascus, panji-panji Bani Umayyah telah dikibarkan setiap hari selepas solat tengah hari. Bergantung pada panji-panji itu dua objek yang lain. Satu adalah baju yang dipenuhi darah yang dikatakan telah dipakai oleh Uthman apabila dia dibunuh, dan satu lagi adalah jari-jari Naila, isteri Uthman, yang telah terpotong. Penduduk Syria mengelilingi panji-panji ini, menangis, meraung dan menyumpah kepada Ali, ahli keluarganya dan Bani Hashim, dan mereka bersumpah akan menuntut bela ke atas pembunuh Uthman. Professors Sayed Abdul Qadir dan Muhammad Shuja-ud-Din menulis di dalam buku mereka “History of Islam” bahawa itulah mulanya amalan yang dipanggil "tabarree."

Muawiyah dan Amr bin Aas menjadikan Syria histeria, supaya setiap orang Syria menjadi amat marah terhadap Ali, dan hauskan darahnya. Selepas tiga bulan wakil Ali pulang ke Kufa untuk melaporkan kegagalan misinya di Damascus.

Muawiyah telah memilih untuk berperang dengan Ali. Tetapi Ali tidak mahu berperang. Dia cuba untuk menjauhkan peperangan. Tidak ada yang lebih di bencinya dari melihat Muslim saling berbunuhan.

Dengan penuh harapan, dan tidak mahu meninggalkan sebarang usaha, Ali menulis surat kepada Muawiyah. Di dalam suratnya, beliau tidak cuba mengingatkan Muawiyah bahawa Rasul Allah sendiri telah melantik beliau sebagai ketua pemimpin Muslim. Untuk Muawiyah, beliau tahu, hujah ini tentu tidak meyakinkannya. Sebaliknya beliau menggunakan hujah yang lain yang lebih mengambil perhatian Muawiyah. Maksud surat ini adalah seperti berikut:

"Saya menyeru kepada kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya, dan menahan dari melakukan sesuatu yang melanggar kepentingan Muslim. Kamu tahu bahawa manusia yang sama telah berikah bai’ah kepada Abu Bakar dan Umar, sekarang telah memberikan bai’ah mereka kepada saya. Tidak ada ruang untuk berhujah dalam perkara ini. Kamu tahu bahawa Muhajirin dan Ansar telah memilih khalifah di masa lalu, dan sekarang mereka telah memilih saya. Muslim yang lain juga telah berikan bai’ah mereka kepada saya. Maka kamu juga hendaklah berikan bai’ah kamu. Kamu telah menyebarkan banyak keburukan dan kepalsuan di atas nama pembalasan untuk darah Uthman, sedangkan kamu tahu siapa sebenarnya yang menumpahkan darah Uthman. Selepas memberikan bai’ah kepada saya, kamu boleh kemukakan kes pembunuhan Uthman, dan saya akan menghakimkan dengan mengikuti Kitab Allah dan contoh dari RasulNya, supaya kebenaran dan kepalsuan boleh dipisahkan."

Tetapi Muawiyah tidak berhasrat untuk menghapuskan cita-citanya. Dia yakin satu perkara yang dapat mengalahkan Ali adalah kesedaran terhadap cita-citanya kepada keamanan. Maka dia telah menunjukkan dirinya sebagai yang tidak mahu kepada keamanan sama seperti ketiga ketua dari Basra telah lakukan sebelum ini. Dia hanya mempunyai satu jawapan kepada rayuan Ali untuk keamanan, itu adalah peperangan.

442

Page 182: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Dari sudut pandangan Muawiyah, jeritan pembelaan untuk pembunuhan Uthman, adalah helah yang terbaik untuk memerangi Ali. Dia telah puas berpura-pura manangis demi untuk pembelaan Uthman, tetapi dari sudut dirinya yang sebenar, sebelum dan sesudah pembunuhan Uthman, dia telah buktikan, bahawa dia tidak mengambil peduli. Kini dia menubuhkan tentera 80,000 orang untuk berperang dengan Ali tetapi dahulu dia tidak menghantar apa-apa ke Madinah untuk mengagalkan sekatan terhadap istana Uthman dan menyelamatkan nyawa dia!

Uthman mungkin merasa senang untuk mengetahui bahawa pengkritiknya telah bertukar menjadi pemujanya, musuhnya bertukar menjadi penyokongnya, iaitu selepas kematiannya. Dia mempunyai pengkritik yang ramai di Madinah, di antara mereka Aisyah, Talha dan Zubayr tetapi yang paling kejam di antara mereka, seperti yang dinyatakan dahulu adalah Amr bin Aas. Dia juga mungkin menjadi perancang utama di dalam jenayah pembunuhan Uthman. Tetapi oleh nasib yang telah diputar belitkan, dia Amr bin Aas, sekutu Muawiyah kini berbaris, di hadapan tentera Syria, untuk meminta keadilan di atas pembunuhan Uthman, dari semua manusia di dunia ini, dia menuntut dari Ali!

Seperti Talha dan Zubayr, mereka yang mendahuluinya di dalam perniagaan mencari pembelaan Amr bin Aas juga amat menakjubkan di dalam kajian terhadap pembalikan karektor, dan peranan yang bertentangan yang dimainkannya. Dia adalah model contoh yang kompleks, yang dapat melepaskan diri dari di analisis dan ditentukan karektor asalnya.

Satu dari matlamat Muawiyah di dalam memulakan peperangan saraf dengan Ali adalah untuk membuat Ali bertindak menggunakan tindakan yang keras kepada semua manusia yang datang ke Madinah dari kawasan wilayah untuk berjumpa Uthman. Polisi demikian akan mengikat Ali di dalam peperangan yang tidak berkesudahan. Tetapi Ali tidak menggunakan polisi menindas. Beliau menggunakan polisi memujuk, ini amat mengecewakan Muawiyah. Maka rancangan Muawiyah yang pertama tidak berhasil.

Muawiyah meminta dari Ali, seperti yang diminta oleh ketiga ketua dari Basra, untuk menyerahkan kepada dia manusia yang ramai, yang dia katakan telah mengambil bahagian secara terang atau tersembunyi di dalam pembunuhan Uthman. Permintaan ini telah menimbulkan beberapa persoalan asas seperti berikut:

1. Adakah gabenor wilayah dari sebuah negara mempunyai hak untuk meminta dari kerajaan pusat yang sah untuk menyerahkan kepada dia, yang disyaki di dalam kes pembunuhan, walaupun pembunuhan itu tidak berlaku di dalam wilayah mereka? Dan adakah dia mempunyai hak untuk mengancam kerajaan pusat, bahawa jika kerajaan pusat tidak patuh kepada tuntutan mereka, dia akan mengistiharkan perang menentangnya?

2. Muawiyah bukanlah pewaris atau kerabat terdekat Uthman; dia hanya seorang saudara jauh. Adakah sebarang contoh di dalam sejarah perundangan bagi mana-mana negeri, yang mana bukan waris terdekat, tetapi saudara jauh yang meminta dari kerajaan pusat supaya menyerahkan kepada dirinya ratusan ribu manusia yang disyaki bersubahat di dalam pembunuhan? Bolehkan dia melakukan undang-undang kehendak hatinya? Bolehkah kerajaan pusat sesebuah negeri membiarkan warganya menjalankan undang-undang kehendak dirinya? Jika ini diperbolehkan, apa yang akan tinggal bagi penguasanya, dan apa yang akan tinggal dari undang-undang dan peraturan?

3. Muawiyah telah bertukar-tukar banyak surat dengan Ali. Di dalam satu surat, dia menulis: "Kami akan memburu pembunuh Uthman di setiap penjuru dunia, dan kami akan membunuhnya. Kami tidak akan berhenti sama ada kami membunuh mereka atau kami mati melaksanakannya." Tekad yang perlu

443

Page 183: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

disanjung! Tetapi apabila Muawiyah menjadi khalifah, adakah dia melaksanakan tekadnya [resolusinya] itu?

Selepas merampas kedudukan khalifah dari Hasan ibn Ali dalam tahun 661 M., Muawiyah menjadi ketua empayar Muslim. Semua pembunuh sebenar atau yang disyaki membunuh Uthman hidup di dalam empayarnya. Adakah Muawiyah menangkap mereka, jauh sekali untuk menyatakan hukuman terhadap mereka? Adakah dia mengadakan penyiasatan secara formal terhadap pembunuhan Uthman? Dia tidak melakukan apa-apa. Cita-citanya adalah untuk merampas kedudukan khalifah. Apabila dia mendapatnya, semua mengenai Uthman telah dilupakan!

Yang sebenarnya Muawiyah mahu Uthman dibunuh. Itulah harapannya supaya berlaku kekacauan setelah pembunuhan tersebut, dan dia dapat bergerak untuk merampas kedudukan khalifah. Apabila dia meminta supaya Ali menyerahkan pembunuh Uthman, dia tahu bahawa mereka berada di Hijaz, Iraq dan Mesir, dan mustahil untuk mengumpulkan mereka. Tetapi katakanlah mereka semua boleh ditangkap, tetapi masih mustahil untuk membunuh kesemua mereka. Tetapi katakan kesemua mereka boleh di bunuh, adalah tidak wajar untuk membunuh sedemikian ramai atas kematian seorang individu.

Mencari dan mendapatkan pembalasan terhadap pembunuhan adalah hak untuk pewaris bagi si mangsa, dan tugas kerajaan mempastikan adanya keadilan. Muawiyah bukannya waris si mati dan bukan juga ketua kerajaan Muslim. Dia sama seperti Aisyah, Talha dan Zubayr; mereka bukannya waris Uthman. Kepentingan dia dan mereka adalah untuk mendapatkan kedudukan khalifah.

Jika kita katakan bahawa Muawiyah tidak dapat bertindak untuk menyelamatkan nyawa Uthman, dia masih punya kesempatan untuk membuktikan keikhlasannya di dalam mencari pembalasan terhadap pembunuhnya. Apabila ketiga-tiga pencari pembalasan iaitu, Aisyah, Talha dan Zubayr, mencabar Ali, Muawiyah seharusnya telah datang untuk memberikan pertolongan kepada mereka. Lagipun keempat mereka mempunyai tujuan yang sama. Pembunuhan terhadap Uthman telah membangkitkan semangat hauskan darah di dalam diri mereka semua. Matlamat yang sama ini pasti mempunyai ikatan yang kuat di antara mereka. Tetapi apa juga sebab yang menghalang Muawiyah untuk datang ke Madinah, untuk menyelamatkan nyawa Uthman, juga telah menghalang Muawiyah untuk datang ke Basra memberikan bantuan kepada sekutu “sejiwanya”.

Kenyataan yang mengatakan bahawa Muawiyah tidak punya minat dalam diri Uthman, hidup atau mati, telah diperkukuhkan lagi dengan jawapannya kepada anak perempuan Uthman. Apabila Muawiyah menjadi khalifah, dia telah datang ke Madinah. Di Madinah dia pergi berjumpa keluarga Uthman, anak perempuannya, Aisyah, bertanya secara terus terang, jika dia masih ingat mengenai apa yang selalu diulanginya terhadap pengistiharan bahawa dia mencari pembalasan terhadap pembunuhan bapanya.

Jawapan Muawiyah adalah seperti berikut:

"Saya telah berjaya memulihkan keamanan di dalam negara setelah bersusah payah, dan kamu sekarang seharusnya merasa gembira bahawa kamu adalah anak khalifah dan anak saudara kepada seorang khalifah yang lain. Tetapi jika kerana kamu, saya mula menangkap dan membunuh, pembunuh bapa kamu, maka keamanan ini akan lenyap sekali lagi. Jika ini berlaku saya akan kehilangan kuasa yang saya telah dapati dengan berusah payah; dan jika itu berlaku maka status kamu akan turun menjadi wanita biasa." (Iqd-ul-Farid)

Muawiyah, seorang yang pragmatik telah bersedia dengan segala jawapan yang menakjubkan!

444

Page 184: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Bagi Muawiyah, untuk mencapai matlamatnya segala cara adalah adil dan saksama. Tidak ada apa yang dia tidak boleh lakukan untuk mancapai matlamat, menjadi khalifah Muslim. Sesungguhnya dia boleh pergi sehingga menjadi alat bagi kuasa yang bukan Muslim untuk menentang pengganti Rasul Allah yang sah dan pemimpin ummat Muslim. Di dalam melakukan itu dia telah menyokong polisi yang akan menghapuskan Islam hingga ke akarnya.

Sir John Glubb: Supaya dirinya bebas untuk menentang pencabarnya [Ali], Muawiyah telah membuat perdamaian dengan Byzantium yang mana dia telah bersetuju untuk membayar upeti tahunan kepada Emperor. (The Great Arab Conquests, ms. 338, 1967) D. M. Dunlop: Sebelum Muawiyah berjaya menjadi khalifah, apabila selepas Siffin dia kekal bermusuhan dengan Ali, demi untuk menyelamatkan perbatasan di Utara negerinya dia telah membuat perjanjian bersama Byzantium, syaratnya dia bersetuju membayar apa yang dikatakan sebagai penghormatan kepada Emperor Constans II, dan dalam tahun 678 M. di penghujung kuasa khalifahnya, setelah tewas serangan Arab terhadap Constantinople di dalam apa yang dikatakan “Tujuh Tahun Peperangan” dan juga terjadinya serangan oleh Mardaites diperbatasan Utara negaranya, Muawiyah sekali lagi membayar upeti kepada Emperor, kini Constantine IV. Tidak lama kemudian tentera Byzantine menyerang Syria dan mengambil semula Antioch dan Aleppo. (Arab Civilization to 1500 M, 1971)

“Status” baru Muawiyah sebagai alat bagi Emperor Byzantine, telah membebaskan dirinya untuk memulakan peperangan menentang Ali ibn Abi Talib, pengganti Muhammad, Rasul Allah. Dia berperang menentang Amirul Mukminin, menentang veteren Badr, menentang para sahabat yang memberikan bai’ah di bawah pokok, dan menentang Muhajirin dan Ansar, sedang dia diselamatkan oleh Christian dari Empayar Roman Timur!

Tetapi untuk Muawiyah, menjadi "mudah lentur," ganjarannya tidak perlu setinggi seperti mahkota atau tahta. Dia boleh menjadi mudah lentur di dalam perkara yang kurang penting dari itu, sebagai contoh kecintaannya terhadap wang dan harta dunia, di mana kegunaan prinsip Islam tidak perlu untuk dirinya. Perkara yang penting buat dirinya adalah mendapatkan wang. Ibn Ishaq, penulis biografi Rasul telah menyebutkan dalam perkara Rampasan oleh Muawiyah terhadap harta al-Hutat b. Yazid al-Mujashi'i, “saudaranya” selepas beliau mati. “Persaudaraan” benar-benar memberi faedah kepada Muawiyah. Untuk memenuhkan sakunya dia sanggup menjual patung berhala. Muawiyah, pengganti Abu Bakar, Umar dan Uthman, dan khalifah Muslim, boleh menjadi pedagang berhala jika dia boleh mengharapkan keuntungan dari perniagaan ini.

Sir John Glubb: Sicily telah diserang lebih dari sekali oleh angkatan laut Arab semasa pemerintahan Muawiyah. Satu tradisi yang menakjubkan telah disampaikan bahawa pada satu ketika penyerang Arab telah mengambil “patung-patung” yang diperbuat dari emas dan perak, dan dipenuhi dengan permata. Ini mungkin jelas dari perubahan sikap terhadap cara pemikiran Arab dan khalifahnya, sepatutnya patung-patung telah menghancurkan, sebaliknya patung-patung ini telah dihantar ke India, di sana mereka akan mendapat harga yang lebih tinggi. (The Great Arab Conquests, ms. 355, 1967)

Penjualan patung berhala oleh Muawiyah bin Abu Sufyan dengan jelas memperlihatkan keperibadian Umayyah yang sebenar, walaupun telah sekian lama disembunyikan. Tindakannya telah digerakkan oleh perasaan yang telah sebati di dalam jiwa [jahiliah], bukan yang dizahirkan [muslim], yang telah menjadi darah daging Umayyah. Apa yang dilihat adalah umpama pencarian terhadap “alam kejiwaannya yang telah hilang”, dinasti jahiliahnya. Dia telah mengambarkan bentuk sewaktu sebelum Islam; jahiliah. Cabarannya kepada Ali,

445

Page 185: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bukanlah sesuatu yang berbentuk fizikal sahaja; ianya lebih berbentuk agama. Islam sebagai satu kuasa moral, yang merupakan ancaman maut kepada diri Muawiyah dan di dalam diri Umayyah.

BAB 64

Peperangan Siffin

Untuk memujuk Muawiyah supaya jangan memulakan peperangan menentang Muslim, Ali telah gunakan semua hujah yang beliau pernah gunakan dahulu, di dalam rayuannya kepada Aisyah, Talha dan Zubayr untuk tujuan yang sama, dan hasil dari kedua-dua kes ini adalah sama. Yang difahami oleh semua musuh beliau, keamanan hanya akan menyulitkan lagi masalah yang begitu rumit di dalam Dar-ul-Islam. Mereka hanya melihat pada satu penyelesaian, dan itu adalah peperangan.

Kali ini, Ali ditentang oleh musuh yang jauh lebih pintar, pembelit, curang dan merbahaya dari ketiga-tiga ketua Basra; Aisyah, Talha dan Zubayr. Sebenarnya Muawiyah lebih licik jika dibandingkan dengan Talha dan Zubayr, yang hanya ahli politik kampung.

Di Basra, kumpulan pemberontak telah bersekutu di atas kepentingan yang berlaianan, ahlinya bersatu disebabkan oleh kebencian mereka kepada Ali. Mereka tidak mempunyai tujuan yang satu. Aisyah berperang untuk menaikkan anak saudaranya, Abdullah bin Zubayr, supaya menjadi khalifah. Tetapi Talha dan Zubayr tidak sependapat dengannya dalam perkara ini; mereka sendiri adalah calon untuk hadiah ini. Maka persatuan mereka bukanlah satu untuk semua dan semua untuk satu, seperti mana yang dikehendaki oleh penyokong mereka.

Ketiga-tiga ketua di Basra telah rugi dan pincang di sebabkan oleh matlamat mereka yang berbeza, tetapi Muawiyah tidak. Dia meminta nasihat dari Amr bin Aas dan yang lainnya, tetapi dia sendiri yang membuat keputusan terakhir.

Ali masih mencari perpaduan. Perpaduan ummat Muhammad telah diancam oleh tekanan dan ketegangan yang makin membesar, dan beliau bergelut untuk menyelamat dan mengekalkannya. Tetapi malang, musuh beliau tidak mahu berkongsi hasrat suci ini bersama. Kepentingan mereka hanya untuk memecah belahkan perpaduan ummat, dan mereka berjaya mengoyakkannya.

Di dalam musim bunga tahun 657 M., Muawiyah meninggalkan Damascus dengan tenteranya untuk membawa peperangan ke dalam Iraq. Dia melepasi perbatasan dan berhenti di sebuah kampung bernama Siffin ditebing sungai Euphrates. Tindakannya yang pertama adalah menguasai tempat air.

Mendengar berita mengenai maranya tentera Syria, Ali melantik Aqaba ibn Amr Ansari sebagai gabenor Kufa, memanggil Abdullah ibn Abbas dari Basra untuk bersama dengannya, dan meninggalkan Kufa dengan tenteranya menuju Siffin dalam bulan April 657 M.. "Tujuh puluh veteren peperangan Badr dan 250 para sahabat yang memberikan bai’ah di bawah pokok berbaris di bawah bendera beliau di tebing sungai Euphrates menuju Siffin." (Mustadrak, vol. III).

446

Page 186: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Setibanya di Siffin, tentera Ali mendapati punca untuk mendapatkan air telah dihalang oleh kontigen tentera Syria yang kuat. Ali menghantar Sa'sa' ibn Sauhan, seorang sahabat Rasul, kepada Muawiyah, meminta dia menarik balik kepungan tenteranya dari sungai dan memberikan kebebasan kepada semua untuk mendapatkan air. Sudah tentu Muawiyah enggan melakukannya, maka Ali mengarahkan tenteranya supaya merampas punca air dengan kekerasan. Pasukan beliau mengalahkan tentera Syria dan menawan punca air. Sekarang terdapat kegelisahan dan panik di dalam kem Muawiyah. Dia telah dapat mengambarkan bayangan maut di padang pasir dari kehausan. Tetapi Amr bin Aas meyakinkan dia bahawa Ali tidak akan menafikan sesiapa untuk mendapatkan air.

Tentera Syria tidak ada cara untuk mendapatkan air. Jeneral tentera Ali berpendapat bahawa mereka harus membayar Muawiyah dengan siling dia sendiri. Tidak ada yang lebih mudah untuk mereka selain dari membiarkan kesemua tentera Syria mati kehausan. Tetapi dengan lembut Ali menolak cadangan mereka, dan jangan mencontohi apa yang mereka sendiri tidak suka, dan beliau mengatakan:

"Sungai adalah kepunyaan Tuhan. Tidak ada sekatan air untuk sesiapa, dan siapa yang berhajat bolehlah mengambilnya."

Pertempuran kecil berlaku dalam bulan Zilhajj 36 H., May 657 M. dan berterusan untuk beberapa minggu seterusnya. Dengan ketibaan Muharam, peperangan ditangguhkan selama satu bulan. Semasa gencatan senjata ini, Ali memperbarui usahanya untuk mencari pendamaian, tetapi usahanya untuk menyelesaikan masalah melalui rundingan, atau menyelesaikan masalah supaya peperangan di antara Muslim dapat dielakkan, tidak berhasil di atas sebab yang mudah, bahawa penentangnya, Muawiyah tidak melihat keamanan sebagai satu pilihan. Dia menentang Ali kerana keamanan bertentangan dengan kepentingannya.

Ali seharusnya telah mengambil pelajaran dari pengalaman pahit, trajedi, sinis dan penipuan yang terdahulu, malah kini beliau masih lagi bersedia untuk mempercayai, walaupun dengan apa yang telah berlaku, demi untuk keamanan beliau rela melakukan apa sahaja.

Apabila hari terakhir Muharam berlalu, dan bulan safar bermula, Ali menghantar Merthid ibn Harith untuk menyampaikan pesanan kepada orang Syria. Dia berdiri di hadapan tentera Syria, dan membaca pengkhabaran itu seperti berikut: "Wahai orang Syria! Ali, Amirul Mukminin, memberitahu kamu bahawa beliau memberikan peluang untuk kamu mempastikan kebenaran fakta dan memuaskan diri kamu. Beliau mengajak kamu untuk mengikuti Kitab Tuhan, tetapi kamu tidak mempedulikan. Sekarang tidak ada lagi yang beliau dapat memberitahu kamu. Tiada keraguan, pasti Tuhan tidak akan bersama mereka yang menolak kebenaran." (Tabari, History, vol. IV, ms. 6)

Apabila kedua tentera saling bertentangan, Ali memberikan arahan yang berikut kepada tenteranya, sama seperti yang beliau lakukan sebelum peperangan Basra [peperangan unta]:

"Wahai Muslim! Tunggulah sehingga musuh kamu memulakan peperangan, dan pertahan diri kamu apabila diserang. Jika terdapat musuh yang mahu melarikan diri dari peperangan dan menyelamatkan nyawanya, maka biarkanlah dia lari. Jika Tuhan berikan kamu kemenangan, janganlah mengeledah khemah musuh; dan janganlah melukai mayat atau merompak barangan mereka seperti pedang dan baju perisai, dan jangan menggangu dan mengaibkan wanita mereka. Yang paling penting, ingatlah kepada Allah di setiap masa."

447

Page 187: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali membahagikan pasukannya. Beliau berikan pemerintahan di sayap kanan kepada Abdullah ibn Abbas, dan di sayap kiri kepada Malik ibn Ashtir, sedang beliau sediri memerintah di tengah. Bersama beliau adalah para sahabat dan rakan Muhammad, Rasul Allah, di antara mereka adalah Ammar ibn Yasir. Akhirnya tentera Syria menyerang, dan Ali memberikan isyarat untuk menentangnya.

Peperangan Siffin Bermula.

Umur Ammar ibn Yasir telah melepasi tujuh puluh tahun pada masa itu, tetapi api keimanan kepada Allah, dan cinta kepada PesuruhNya, Muhammad, membakar di dalam dadanya, dan dia berjuang seperti orang muda. Untuk menjadikan peperangan ini lebih dramatik, dia membawa senjata yang sama apabila dia berperang di waktu mudanya, beberapa tahun dahulu, ketika bersama di dalam kumpulan Muhammad Mustafa menentang musyirik Makkah di Badr.

Musuh yang bertemu Ammar di Siffin menyamar sebagai Muslim, tetapi mereka tidak dapat memperdayakan Ammar. Mata Ammar kenal siapakah mereka disebalik topeng tersebut. Dia pasti merasa gembira dapat bertemu musuh lama, setelah beberapa tahun lamanya berselang, kini bertemu di dalam pertembungan yang baru. Bagi dirinya peperangan Siffin adalah ulangan terhadap peperangan Badr. Sekali lagi dia berjuang di pihak Muhammad dan wazirnya Ali, menentang musuh mereka. Apabila dia menghayunkan pedangnya kepada tentera Syria, dia terus mengatakan: "Kami memerangi kamu hari ini di atas penghuraian Qur’an, sama seperti di masa Rasul dahulu, kami memerangi mereka di atas pengkhabarannya."

Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, dan Hakim di dalam Mustadrak, telah melaporkan dari penyampaian Abu Said al-Khudri, seorang sahabat, bahawa Rasul Allah telah berkata kepada Ali:

"Wahai Ali! Saya telah berperang menentang musyirik terhadap pengkhabaran Qur’an, suatu hari kamu akan berperang terhadap penghuraiannya."

Ammar berhenti seketika untuk berucap kepada rakan seperjuangannya, dan dia berkata:

"Kawan-kawan ku! Seranglah musuh. Tidak ada masa untuk berlengah atau berfikir. Pintu syurga terbuka luas hari ini, tetapi untuk memasukinya kamu hendaklah berani menghadapi pedang dan tombak musuh Allah dan juga RasulNya. Seranglah mereka. Pecahkan pedang, tombak dan juga tengkorak mereka; dan kamu akan memasuki pintu cahaya dan berkekalan di dalamnya, dan di sana kamu akan berada di dalam kumpulan Muhammad, yang dicintai oleh Allah Sendiri."

Ammar sendiri mengetuai serangan, dan sejurus kemudian dia telah jauh berada di dalam pasukan Syria. Semasa pertempuran itu dia telah merasa dahaga, kerana terdedah pada panas. Dia kembali ke barisannya untuk menghilangkan dahaga, dan minta pembantunya membawakan air. Dan pada ketika itu, mereka tidak dapat mencari air di mana-mana, dan seorang dari mereka menemui susu, dan dia berikan kepada Ammar.

Apabila Ammar melihat secawan susu di hadapannya, seluruh badannya bergetar dengan gembira. Bibirnya tersenyum lebar, dan dia berkata: "Allah Hu Akbar. Rasul Allah hanya berkata yang benar." Mereka yang disisinya meminta Ammar memberikan penjelasan, mengenai kata-katanya, dan dia berkata:

"Rasul Allah telah memberitahu saya bahawa makanan saya yang terakhir di dunia ini adalah susu. Sekarang saya tahu waktu untuk saya bertemu dengan

448

Page 188: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

baginda telah tiba. Saya telah menunggu saat ini sekian lama. Akhirnya tiba juga. Kebesaran bagi Allah."

Ammar ibn Yasir amat dalam cintanya kepada Allah dan kepada Rasul, Muhammad. Dia minum susu, menunggang kudanya, dan terus menyerang ke dalam barisan tentera Syria. Dia ternampak Amr bin Aas di dalam himpunan itu, dan menjerit kepadanya: "Kutukan bagi kamu, pengampu Muawiyah! Kamu telah menjualkan keimanan sebagai ganti Mesir. Adakah kamu telah lupa ramalan Rasul Allah apabila baginda berkata sekumpulan manusia yang zalim akan membunuh saya? Saya adalah Ammar, Ammar ibn Yasir, sahabat Muhammad Mustafa."

Pasti Amr bin Aas telah mempertimbangkan segala pilihan, dan memutuskan untuk menerima Mesir. Tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri dari berkata-kata, untuk membuka mulut bererti mengaku akan kesalahan sendiri, dan apa juga yang diperkatakannya akan membuktikan kesalahannya juga.

Ammar sedang membuat tunggangannya yang terakhir di dunia. Tidak lama lagi dia akan masuk ke syurga di mana sahabat yang amat dicintainya sedang menunggu, Muhammad Mustafa, yang bersedia untuk menyambutnya, dan akan membuangkan debu Siffin dari rambutnya yang kerinting, sama seperti di tahun-tahun dahulu, apabila baginda membuangkan debu galian parit di Madinah dari rambut dan mukanya yang bercahaya.

Menghayunkan pedangnya ke kiri dan kanan, Ammar terus mara, telah lupa kepada segala bahaya. Kepala dan mukanya telah dipenuhi oleh darah dan debu sehingga susah hendak dikenali lagi. Diketika itu, seorang tentera Syria, menujukan tombaknya ke arah dada Ammar, dan mengenai sasarannya, Ammar jatuh dari kudanya. Sedang dia jatuh, Ammar telah menukarkan nyawanya dengan mahkota syahid dan meletakkan di kepalanya. Dengan memakai mahkota ini Ammar masuk ke dalam kumpulan mereka yang kekal di dalam syurga yang diketuai oleh sahabatnya, Muhammad Mustafa, kesayangan Allah.

Dua wira Syria datang menemui Muawiyah. Kedua-duanya mengaku bahawa mereka yang membaling tombak membunuh Ammar, dan setiap mereka telah diberikan hadiah di atas “kejayaannya” Amr bin Aas ada bersama Muawiyah, dan dia bertanya kepada mereka: "Kenapa kamu begitu gembira untuk melompat ke dalam api neraka?"

Ahli sejarah dan tradisionis telah merakamkan ramalan Rasul Allah bahawa Ammar ibn Yasir akan dibunuh oleh manusia yang sesat.

Sir John Glubb: Apabila Muslim pertama di Madinah telah diancam oleh Quraish, mereka telah kalahkan Quraish dengan menggali parit, diketika itu Ammar ibn Yasir terhoyong-hayang di bawah beban tanah yang berat. Rasul telah melihat dan membantunya, untuk meringankan beban dan membuangkan debu dari kepala dan pakaiannya. Dengan perasaan seperti seorang bapa terhadap pengikutnya yang begitu taat, baginda telah berkata: “Kasihan Ammar! Manusia yang zalim dan durjana pasti akan membunuh kamu.” Mungkin juga dilihat seperti kata-kata ini dibuat secara berjenaka, menyalahkan sahabatnya yang lain kerana telah membebankan Ammar seorang. Tetapi rangkap itu telah diingat sebagai satu ramalan. Kini di hari kedua peperangan Siffin, Ammar telah terbunuh berperang di pihak Ali dan dia melaungkan dengan kuat, "Wahai syurga betapa dekatnya kamu." Begitulah yang dilihat oleh kedua-dua tentera pada mengingati ramalan Rasul bahawa kematian Ammar telah memberikan semangat di dalam tentera Ali begitu juga telah memberikan kegelisahan di dalam tentera Muawiyah. Kerana implikasi ramalan adalah bahawa kumpulan yang membunuh Ammar sedang berperang di jalan yang sesat. (The Great Arab Conquests, London, ms. 326, 1963)

449

Page 189: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Sir John Glubb telah salah di dalam mengatakan bahawa Rasul membuat kenyataan itu secara berjenaka. Rasul tidak berjenaka. Itu bukan masanya untuk berjenaka. Baginda serius ketika memberitahu Ammar bahawa manusia yang zalim dan durjana yang akan membunuhnya.

Kematian Ammar mempunyai kesan yang jelas kepada sahabat dan juga musuh, dan telah memaksakan perubahan di dalam pengertian maksud. Pasukan Iraq kini berjuang dengan semangat yang baru, yakin bahawa mereka di pihak yang benar. Pada masa yang sama, pasukan Syria kini di dalam keraguan. Ramai di antara mereka yang berhenti berjuang, di antaranya adalah Amr bin Aas sendiri. Anaknya, Abdullah, berkata kepadanya: "Hari ini kita telah bunuh seorang yang mana Rasul Allah sediri telah membuangkan debu dari mukanya, dan telah memberitahunya bahawa kumpulan manusia yang zalim akan membunuhnya."

Amr bin Aas menyebutkan tradisi Rasul di hadapan Muawiyah, dan berkata: "Sekarang jelaslah bahawa kita adalah kumpulan yang sesat."

Muawiyah meminta Amr berdiam diri, dan jangan biarkan orang lain mendengar tradisi Rasul itu, dan menambah bahawa Ammar telah dibunuh oleh Ali yang telah membawanya ke medan perang.

Seorang dari sahabat yang ada di dalam kumpulan Muawiyah, terus mengulas terhadap kenyataan Muawiyah bahawa jika Ali telah membunuh Ammar kerana beliau telah membawanya bersama ke medan perang, maka tidak syak lagi bahawa Muhammad telah membunuh Hamza kerana baginda telah membawanya bersama ke medan perang.

Apabila Ali mendengar bahawa Ammar telah terbunuh di dalam pertempuran, beliau membacakan ayat 156 dari surah ke 2 Al-Qur’an al-Majid seperti berikut: “Kita adalah kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita kembali.”

Kematian Ammar telah berikan satu kejutan kepada Ali. Mereka telah bersahabat semenjak Ammar dan kedua ibu bapanya diseksa oleh Quraish kerana menerima Islam, dan sahabat mereka, Muhammad, telah mententeramkan mereka. Tetapi Muhammad telah lama berpisah dengan mereka. Kini Ammar pula telah pergi, meninggalkan Ali sendirian. Ali sangat sedih dan rasa “kesunyian”

Ali dan sahabatnya telah melakukan solat jenazah untuk Ammar ibn Yasir, kawan Allah, sahabat Muhammad, dan syuhada Siffin, dan kemudian kebumikannya.

Sama seperti kedua sahabatnya, Muhammad dan Ali, Ammar juga telah memerangi Quraish sepanjang hayatnya. Terdahulu, Quraish telah membunuh kedua ibubapanya, dan kini mereka membunuh dirinya.

Setiap orang dari ketiga-tiga Yasir telah memenangi mahkota syuhada.

Kesedihan Ali di atas kematian Ammar telah di imbangi oleh kegembiraan Muawiyah. Muawiyah selalu berkata bahawa Ammar adalah satu dari tangan Ali (yang satu lagi adalah Malik ibn Ashtir), dan dia merasa bangga bahawa dia telah memotong satu darinya.

Apabila peperangan disambung semula, dua anak Hudhaifa ibn al-Yaman, Said dan Safwan, telah terbunuh di dalam peperangan oleh tentera Syria. Inilah doa terakhir bapa mereka, supaya mereka, anaknya mati berperang di pihak Ali.

Beberapa hari telah berlalu di dalam peperangan yang tidak tentu hujungnya. Di dalam pergelutan inilah Ali kehilangan dua orang sahabat Rasul. Khuzaima ibn Thabit Ansari (penyaksiannya sama seperti dua orang saksi) dan seorang lagi Uways Qarni. Beliau yang telah sampai dari Yaman, dan bertemu dengan Ali pada

450

Page 190: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

petang sebelum peperangan Basra. Impian kedua mereka, Khuzaima dan Uways Qarni untuk mendapatkan status syahid di dalam Islam. Mereka telah mendapatkannya di dalam peperangan Siffin.

Dengan kematian Khuzaima dan Uways Qarni telah menyedihkan lagi Ali, sehingga beliau menghantar berita kepada Muawiyah untuk keluar bertarung dengan beliau, dan menyelamatkan nyawa ribuan Muslim yang mati dikedua-dua belah pihak. Sudah tentu Muawiyah tidak menerima cabaran itu. Dengan jelas dapat dilihat bahawa politik sebenar dan keberanian tidak datang dari pokok yang sama.

Ramai manusia yang mati, kemenangan bagi mana-mana pihak masih belum terbayang lagi. Ini telah melemahkan moral tentera Ali, dan beliau membuat keputusan untuk melakukan sesuatu. Petang itu beliau memanggil Abdullah ibn Abbas, penasihat utama beliau, dan Malik ibn Ashtir, ketua angkatan tentera untuk berbincang. Bersama-sama mereka merangka satu strategi yang baru untuk menamatkan peperangan ini.

Di keesokan hari, Ali dan Malik akan menyerang musuh serentak, dan dari kanan dan kiri. Mengekalkan pergerakan yang seimbang, serentak dan tepat, mereka akan cuba menghimpit pihak musuh, dan dari tengah, Malik akan mengetuai serangan yang akan membuat pihak musuh menyerah.

Selepas solat malam, Ali berucap kepada tenteranya:

"Wahai Muslim! Esok kamu hendaklah berperang bermati-matian. Maka habiskanlah malam ini di dalam bertaqwa kepada yang Menjadikan. Mintalah pengampunanNya, dan berdoalah supaya Dia berikan kamu ketabahan dan kemenangan. Dan esok buktikanlah kepada semua bahawa kamu adalah penegak keadilan dan kebenaran." (Kamil ibn Athir, History, vol. III, ms. 151)

Peperangan Layla-tul-Harir

Pada keesokan hari, Ali dan Malik menunggang kuda mereka menuju kehadapan tentera Syria dan melihat susunan pasukan mereka. Mereka membuat sedikit perubahan kecil di dalam pelan serangan, dan kemudian Ali memberikan isyarat untuk Malik memulakan serangan dari pihak kiri musuh. Jumlah tentera Syria jauh lebih ramai dari tentera Malik, dan jeneral mereka cuba mengambil kesempatan di atas keutamaan ini. Apabila dia mula menyerang, mereka berundur dan kemudian berkumpul semula.

Malik berperang sepanjang hari. Biasanya kedua tentera akan berhenti apabila matahari terbenam, dan pulang kekhemah masing-masing untuk solat dan berehat, tetapi hari itu Malik enggan untuk pulang. Dia juga tidak membenarkan pasukan Syria pulang ke khemah mereka, dia mengekalkan mereka di medan pertempuran.

Setelah berhenti seketika untuk solat, Malik melancarkan serang baru kepada tentera Syria. Kali ini serangannya begitu pantas sehingga tentera Syria di hadapannya dihalau seperti biri-biri. Selepas solat malam, Ali juga kembali ke medan perang, dan menyerang sayap kanan tentera Syria. Di antara mereka berdua, kini mereka sedang menghimpit tentera Syria. Mereka membunuh ratusan tentera Syria dan telah menyebarkan ketakutan di dalam barisan mereka. Terdengar laungan dan jeritan dari tentera Syria yang luka dan mati, bunyi berlaganya senjata, pertembungan besi dengan besi, kedua belah mata pedang Malik mengoyakkan baju perisai tentera Syria, dan laungan perangnya Allah Hu Akbar, telah memenuhi keheningan malam padang pasir.

451

Page 191: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Keberanian dan keperwiraan Malik tidak ada ukurannya. Kehadirannya telah dilihat oleh pihak musuh sebagai yang menyebabkan kekalahan di pihak mereka. Dia adalah alat khusus yang memberi maut, dan ke mana sahaja dia pergi kemenangan ada bersamanya.

Edward Gibbon: Di dalam peperangan yang sengit ini, khalifah yang sah telah menunjukkan keperibadian yang cemerlang, keberanian dan kemanusiaan. Tenteranya dengan tegas diarahkan supaya menunggu serangan pertama dari pihak musuh, jangan mengejar mereka yang melarikan diri, menghormati jasad mereka yang gugur dan menjaga kehormatan wanita yang menjadi tawanan mereka. Beliau menawarkan untuk bertarung secara perseorangan demi untuk menyelamatkan nyawa Muslim; tetapi telah ditolak oleh musuhnya, kerana itu umpama hukuman mati yang tidak boleh dielakkan. Barisan Syria telah pecah dari serangan wira yang menunggang kuda bertompok-tompok, dengan pantas dan tangkasnya dua belah mata pedangnya membelah barisan mereka. Setiap kali dia menghayunkan pedangnya kepada musuh, dia melaungkan Allah Akbar, dan di dalam pergelutan peperangan itu dia telah terdengar melaungkan lebih dari empat ratus kali. (The Decline and Fall of the Roman Empire)

Wira yang memecahkan barisan tentera Syria adalah Malik. Tetapi setelah banyak membunuh, tentera biasa Syria dia mula merasa bosan. Kini dia mecari pegawai atasannya pula. Di dalam peperangan Basra, dia telah menamatkan peperangan dengan membunuh unta yang Aisyah naiki. Tujuan dia sekarang adalah membunuh atau menangkap Muawiyah, dan ini akan menamatkan peperangan Siffin. Dengan naluri sebagai pemburu dia kini bergerak menuju kepada mangsanya.

Malik melalui longgokan darah dan jasad tentera Syria yang terbunuh. Sesiapa yang mencabar atau menghalang laluannya akan dibunuh. Muawiyah kini dapat melihat dengan matanya sesuatu sedang mara kepadanya. Apa yang dia lihat merapatinya bukanlah Malik tetapi malaikat maut. Bumi yang keras di bawahnya kini bertukar menjadi pasir jerlus. Pengawal peribadinya, yang dipilih khas kerana keberanian, kekuatan dan taat kepadanya telah tidak bermaya di hadapan Malik. Mereka tidak dapat menghalangnya dari mara menuju kepada mangsanya tetapi pilihan kedua yang terbaik dapat mereka lakukan adalah, menyediakan kuda yang baru dan tangkas untuk Muawiyah melarikan diri di dalam gelap malam.

Dengan cemas Muawiyah berpaling kepada Amr bin Aas, dan berkata:

"Adakah lagi peluang untuk kita menyelamatkan diri atau dataran ini telah disuratkan untuk menjadi kuburan kita? Dan adakah kamu masih mahukan Mesir? Jika ya, fikirkanlah sesuatu sekarang untuk memberhentikan Malik, jika tidak semua termasuk kamu akan dibunuhnya tidak lama lagi."

Perasaan untuk terus hidup amat kuat dalam diri Amr bin Aas. Dia dapat bangun setaraf dalam apa juga keadaan; dan telah bersedia dengan satu tipu helah diketika itu. Strategi Amr bukan hanya telah menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa Malik tetapi juga telah merampas kemenangan dari tangannya!

Peperangan yang Malik sedang berjuang, amat terkenal dalam sejarah sebagai "Peperangan Layla-tul-Harir." Inilah puncak pertembungan di dataran Siffin di tebing sungai Euphrates. Ianya juga titik tertinggi [kemuncak] di dalam kejayaan politik dan tentera keduanya Ali dan Malik, sebagaimana peristiwa akan memperjelaskan.

Semenjak Ali meminta bai’ah dari Muawiyah, dia telah memulakan peperangan fsikologi menentang Ali. Satu dari senjata, yang dia gunakan adalah emas dan kecintaan kepada emas. Ibunya, Hinda, telah menggunakan sex sebagai senjata

452

Page 192: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

di dalam peperangannya menentang Islam di dalam peperangan Uhud. Dengan bersenjatakan emas, Muawiyah telah berjaya, menggoda kebanyakan dari pegawai tertinggi di dalam tentera Iraq, dan telah mengurangkan semangat mereka untuk berperang. Dia bukan sahaja memenuhkan saku mereka dengan emas dan perak tetapi juga telah menjanjikan untuk melantik mereka sebagai gabenor di wilayah dan ketua tentera jika mereka mengkhianati Ali di saat genting ketika di dalam peperangan.

Saat genting ini talah tiba. Hayunan pedang Malik telah membuat tentera Syria berpecah. Harapan untuk keselamatan mereka adalah di dalam gelap malam yang mungkin dapat melindungi mereka dari Malik.

Malik yang hampir dapat membunuh atau menawan Muawiyah dan Amr bin Aas, tidak tahu bahawa keduannya mempunyai senjata sulit yang dapat menyelamatkan nyawa mereka di dalam peperangan ini. Senjata sulit Muawiyah telah mula menjalankan tugasnya secara tersembunyi, halus dan berkesan. Benih pengkhianatan telah disemaikan di dalam tentera Iraq. Benih itu telah tumbuh di dalam peperangan Layla-tul-Harir!

Malik masih menghayun ke arah tentera Syria apabila Amr bin Aas mengarahkan tenteranya supaya menjulang salinan Qur’an di atas tombak mereka sebagai pertanda bahawa mereka mahu merujuk perbalahan mereka kepada keadilan Tuhan yang terdapat di dalamnya.

Pegawai tinggi tentera di dalam tentera Iraq yang dibeli oleh Muawiyah, telah bersedia untuk bertindak memainkan peranan mereka, hanya menunggu isyarat. Sebaik sahaja mereka melihat salinan Qur’an pada hujung tombak, mereka telah menyarungkan pedang dan berhenti berperang, ini telah memeranjatkan Ali, Abdullah ibn Abbas, dan beberapa pegawai lain yang setia. Apabila Abdullah ibn Abbas melihat salinan Qur’an dihujung tombak, dia sedar apa yang telah terjadi, komen beliau yang pahit adalah:

"Peperangan telah berakhir, pengkhianat telah bermula."

Dan begitulah jadinya. Muawiyah dan Amr bin Aas telah menggunakan senjata untuk mencari penyelesaian tetapi mereka telah gagal. Mereka sekarang menggunakan pengkhianatan, dan kejadian seterusnya akan menunjukkan bahawa mereka akan berjaya! Orang yang pertama di dalam tentera Iraq berhenti berperang adalah Ash'ath bin Qays, orang yang sama di mana anak perempuannya, Ju’dah, telah membunuh Hasan ibn Ali dengan racun beberapa tahun kemudian. Dia adalah ketua bagi mereka yang berkhianat di dalam tentera Iraq. Dia datang bertemu Ali dan berkata:

"Tentera Syria tidak mahu melihat darah Muslim lagi. Mereka mahu kitab Tuhan menjadi hakim di antara kita dan mereka. Maka kami tidak boleh memerangi mereka lagi."

Ketua dari kaum lain, yang berada di dalam kumpulan dibeli oleh Muawiyah, berhenti berperang mengikuti contoh dari Ash'ath bin Qays. Kini mereka semua berhenti berperang hampir di semua medan hadapan. Hanya satu skuadron, yang dipimpin oleh Malik yang masih terus berjuang menentang tentera Syria.

Tidak pernah terlintas dihati ketua pengkhianat di dalam tentera Iraq bahawa jika Muawiyah dan Amr bin Aas mempunyai perasaan menghormati Qur’an, mereka pasti telah mengajak tentera Iraq untuk menjadikan kata-kata Tuhan sebagai pengadil kepada masalah yang dipertikaikan sebelum atau diketika bermulanya peperangan, tetapi mereka tidak lakukan itu semua. Mereka hanya ingat Qur’an apabila mereka hampir kalah dan tentera Syria hampir musnah di hadapan mata mereka.

453

Page 193: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ash'ath bin Qays kini telah dikuasai oleh perasaan cinta terhadap nyawa Muslim. Dia mengambil Qur’an dan berhadapan dengan tenteranya dan berkata dengan kuat:

"Wahai Muslim! Paksa Ali untuk menerima penyelesaian dengan kitab Tuhan, dan dengan itu berakhirlah pertumpahan darah ini."

Pertumpahan darah Muslim mencemaskan Ash'ath, apabila dia melihat Ali akan menang di dalam peperangan ini. Dia tahu, dengan kemenangan Ali, situasi tidak akan berubah untuk dirinya. Tetapi jika Ali gagal, dia telah diyakinkan dengan hadiah kekayaan oleh Muawiyah. ”Keinginan” dia untuk menyelamatkan nyawa Muslim kini dapatlah difahami.

Akhirnya, Ali telah dikepung oleh kebanyakan ketua-ketua kaum tenteranya, dan mereka mendesak supaya beliau memberhentikan peperangan menentang tentera Syria, yang mana mereka katakan, pada ketika itu sedang meminta kepadanya dengan nama Tuhan supaya memberhentikan pembunuhan terhadap Muslim. Ali mengingatkan bahawa mereka telah ditipu oleh pihak musuh, dan menyuruh mereka meneruskan peluang untuk mendapatkan kejayaan. BelIau juga memberitahu mereka, bahawa dengan menggunakan kitab Allah untuk mencari penyelesaian adalah cara untuk menafikan mereka dari mendapat kejayaan, dan lari dari maut dan kekalahan.

Tetapi emas dan perak Muawiyah terbukti lebih berkuasa hujahnya, dari segala yang Ali dapat ucapkan. Pengkhianat mula jadi biadap [kurang sopan], mereka meminta Ali supaya memanggil Malik dari medan pertempuran, dan mengistiharkan gencatan senjata serta merta. Ali keberatan tetapi sedar bahawa beliau tidak mempunyai pilihan terhadap pemberontakan yang akan berlaku di dalam tenteranya, dan menghantar berita kepada Malik, supaya kembali dari barisan hadapan. Malik masih tertumpu di dalam serangannya sehingga tidak sedar bahawa tenteranya telah berhenti dari berperang. Maka dia memberitahu pemberita bahawa ini bukanlah masanya untuk dia mengundurkan diri dan meninggalkan tugasnya yang belum selesai.

Tidak lama lagi Malik akan menyedari bahawa kedua belah mata pedangnya yang telah menggugurkan tentera Syria telah tidak berkuasa terhadap senjata Muawiyah dan Amr bin Aas yang baru, senjata pengkhianatan, talam dua muka!

Apabila agen dan orang upahan Muawiyah yang berada di kem Ali mendengar jawapan Malik, mereka memberitahu Ali, jika Malik tidak kembali segera mereka akan menangkap beliau dan menghantarnya kepada Muawiyah. Kali ini Ali tepaksa menghantar berita kecemasan kepada Malik bahawa jika dia tidak kembali ke khemah segera, dia tidak akan dapat melihat ketuanya lagi.

Malik dengan marah telah melihat kemenangan terlepas dari tangannya. Dia masuk ke dalam khemah dengan penuh kemarahan, bersedia untuk membunuh para pengkhianat, tetapi dengan adanya bahaya terhadap ketuanya yang ada di antara mereka, dan kesemua tangan pengkhianat memegang hulu pedang, dia dengan tajam menunjukkan kebodohan dan penkhianatan mereka. Kini manusia ini mara kepadanya dengan pedang terhunus. Tetapi Ali telah menghalang mereka, dan berkata kepada si pengkhianat:

"Kamu mungkin tidak mahu memerangi musuh kamu, tetapi janganlah sampai membunuh sahabat pula."

Ali tidak mahu Muawiyah melihat pergeseran berlaku di dalam kemnya.

454

Page 194: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Peperangan Siffin telah berakhir. Apabila kuasa Muawiyah telah gagal, kelicikannya telah berjaya. Kemenangan telah terlepas dari tangan Ali, maka beliau di pihak yang kalah di dalam berperang dengan Muawiyah. Gencatan senjata ini adalah tanda permulaan menurunnya politik Ali.

Selepas berhentinya peperangan, telah dipersetujui bahawa perang saudara Muslim hendaklah diselesaikan di dalam rundingan yang dipersetujui oleh kesemua kumpulan, dan dengan jelas diperkatakan di dalam rundingan awal ini, keputusan hanya melalui kitab Tuhan. Muawiyah melantik Amr bin Aas sebagai perunding pihaknya dan para pemberontak di kem Ali menyarankan nama Abu Musa al-Ash’ary untuk mewakili Iraq.

Abu Musa adalah seorang yang bodoh dan ketaatannya kepada Ali diragukan. Dia akan menunjukkan kedua-dua kualiti itu, satu di kepala dan satu lagi di hati, di dalam pertemuannya dengan Amr bin Aas yang bukan tandingannya di dalam ketajaman diplomasi dan juga perundingan.

Ali bertegas menolak Abu Musa yang didapatinya tiada berkebolehan. Pilihan beliau adalah Abdullah ibn Abbas atau Malik ibn Ashtir. Kedua mereka tidak diterima oleh Muawiyah dan juga agennya di dalam tentera Iraq seperti Ash'ath bin Qays dan yang lainnya. Mereka mengatakan bahawa mereka mahu orang yang tidak berpihak dan saksama seperti Abu Musa bukannya Abdullah ibn Abbas dan Malik ibn Ashter. Ali bertanya kepada mereka: "Jika itulah sebenarnya yang kamu mahukan, maka mengapa kamu tidak membantah perlantikan Amr bin Aas yang bukan sahaja tidak saksama tetapi juga berpihak?" Mereka menjawab bahawa mereka bertanggung jawab bagi urusan mereka, bukan urusan orang lain.

Ali menentang tekanan dari para pengkhianat tetapi mereka semua kenyang dari emas Muawiyah, yang mana mereka belum bersedia untuk berjauhan dengannya. Sebenarnya semua telah disusun lebih awal lagi bahawa Abu Musa akan mewakili Iraq. Akhirnya para pengkhianat telah berjaya melantik Abu Musa sebagai “wakil." Apabila perjanjian gencatan senjata dituliskan, satu peristiwa berlaku yang mana sama seperti di perjanjian Hudaybiyya. Sekretari menulis perkataan: "Ini adalah perjanjian di antara Ali ibn Abi Talib, Amirul Mukminin, dan Muawiyah bin Abu Sufyan..." Amr bin Aas, wakil Muawiyah, membantah dan berkata: "Padam perkataan, ‘Amirul Mukminin.' Jika kami mengakui Ali sebagai Amirul Mukminin, kami tentu tidak memeranginya." Maka Ali berkata: "Betapa benarnya Rasul apabila baginda meramalkan peristiwa ini. Apabila perjanjian Hudaybiyya sedang dituliskan, dan saya menulis perkataan, ‘Ini adalah perjanjian di antara Muhammad, Rasul Allah, dan ...' musyirik telah membantah, dan berkata bahawa jika mereka mengakui Muhammad sebagai Pesuruh Allah maka mereka tentu tidak memerangi baginda, dan mereka berkeras untuk memadamkan perkataan, ‘Pesuruh Allah,’ dari teks perjanjian."

Di Hudaybiyya, Muhammad telah memadamkan perkataan "Pesuruh Allah" dari draf perjanjian; di Siffin Ali menjejaki langkah Muhammad telah membenarkan perkataan “Amirul Mukminin" dipadamkan di dalam draf tersebut. Perjanjian gencatan senjata telah dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua pihak, dan salinan telah disimpan oleh kedua belah pihak.

Syarat perjanjian gencatan senjata adalah:

1. Kedua-dua pendamai tertakluk kepada undang-undang bahawa keputusan hendaklah dibuat dari cahaya kitab Allah. Jika mereka tidak dapat membuat keputusan dari asas ini maka mereka hendaklah mengikuti contoh dari tradisi Rasul Allah.

455

Page 195: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

2. Keputusan para pendamai, jika berasas dari kitab Allah hendaklah dipatuhi oleh kedua pihak.

3. Para pendamai akan menyiasat punca yang menyebabkan pembunuhan Uthman, dan berlakunya perang saudara Muslim [untuk menyarankan penyelesaian untuk di masa akan datang].

4. Para pendamai hendaklah menyiarkan keputusan mereka dalam masa enam bulan dari masa tarikh gencatan senjata.

5. Mereka hendaklah mematuhi gencatan senjata. Mereka hendaklah melindungi pendamai dan memberikan kebebasan untuk mereka bergerak ke mana sahaja.

6. Para pendamai akan bertemu di satu kawasan di perbatasan Syria dan Iraq.

Syarat yang paling penting di dalam perjanjian ini adalah pendamai hendaklah menjadikan Kitab Allah sebagai petunjuk dan mereka tidak akan dikuasai oleh nafsu dan kehendak. Peperangan Siffin secara rasmi telah tamat tetapi Malik ibn Ashtir, sekarang "naga Arab yang dirantai," menolak untuk menyaksikan perjanjian itu. Dia menganggapnya sebagai dokumen yang memalukan dan berat sebelah.

R. A. Nicholson: Peperangan yang hebat telah berlaku di Siffin, sebuah kampung di tebing sungai Euphrates. Ali mungkin telah memenangi peperangan tersebut apabila Muawiyah telah menggunakan tipu helah. Dia perintahkan tenteranya menaikkan Qur’an dihujung tombak mereka dan menjerit, "Ini adalah kitab Tuhan: biarlah ia memutuskan di antara kita!" Muslihat ini telah berjaya. Di dalam tentera Ali terdapat ramai fanatik yang bertaqwa, di mana pada pendapat mereka penyelesaian melalui Qur’an sesuatu yang tidak boleh diketepikan. Sekarang mereka mara ke depan dan sanggup mengkhianati ketua mereka sendiri, melainkan jika beliau tunduk kepada syarat itu. Ali terpaksa tunduk kepada permintaan pemberontak, dan memperingatkan mereka akan tipu muslihat pihak musuh, yang kini mereka telah terperangkap, di ketika kemenangan hampir mereka capai. Ali tidak punya pilihan, terpaksa tunduk pada pemilihan pemberontak yang menamakan seseorang yang ketaatannya diragukan, iaitu Abu Musa as-Ashari, seorang sahabat nabi yang tertua. Di pihak Muawiyah dia menamakan Amr bin al-Aas, yang licik di dalam membuat sesuatu keputusan. (A Literary History of the Arabs, ms. 192, 1969)

Dua pendamai, Abu Musa Ashari dan Amr bin Aas, mengatakan mereka akan bertemu enam bulan kemudian di Adhruh, untuk memberikan keputusan mereka di dalam perselisihan kedua kumpulan. Ali dan Muawiyah berundur dari Siffin untuk menunggu keputusan dari pendamai.

Apabila Ali pulang ke Kufa, beliau mula berkerja menyusun semula kerajaannya, tetapi malang beliau terpaksa menangguhkan segala rancangannya kerana terjadi pemberontakan baru di dalam tenteranya.

Semasa peperangan Siffin, Muawiyah telah menanamkan benih pengkhianatan di dalam tentera Iraq. Dia lakukan dengan memberikan hadiah emas dan perak, dan janji untuk memberikan tanah dan ladang kepada pegawai tinggi tentera di dalam kem Ali, sebagai tukaran sokongan kepadanya. Pelaburan Muawiyah telah memberikan banyak keuntungan kepadanya. Penerima hadiah telah memaksa Ali supaya memberhentikan peperangan dan menerima pendamaian, dan dengan cara ini Muawiyah telah terselamat dari bencana kekalahan dan mati di Siffin. Mereka [pengkhianat] sekarang menunggu untuk Muawiyah melaksanakan janjinya pula.

456

Page 196: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tetapi apabila Muawiyah kembali ke Damascus, dia merasakan khidmat pengkhianat di dalam tentera Ali tidak diperlukan lagi. Maka dia memberitahu bahawa dia tidak menjanjikan apa-apa kepada mereka.

Pengkhianat di dalam tentera Ali kini sedar mereka telah ditipu oleh Muawiyah. Dengan rasa kecewa dan hampa mereka mengadap Ali, dan meminta beliau membatalkan perjanjian gencatan senjata, dan memulakan peperangan semula menentang Muawiyah. Tetapi Ali enggan melaksanakannya, dan berkata bahawa beliau perlu tunggu dan lihat apakah keputusan para pendamai, adakah mematuhi perundangan Qur’an atau tidak, sebelum membuat sebarang langkah selanjutnya.

Tetapi pengkhianat tersebut tidak mahu menunggu. Mereka menekan Ali supaya berperang, dan apabila beliau tidak bersetuju, mereka dengan pengikutnya telah meninggalkan tentera beramai-ramai, dan membatalkan bai’ah kepada Ali. Mereka terdiri dari 12,000 orang yang telah membatalkan bai’ahnya kepada Ali selepas peperangan Siffin. Mereka bergelar Kharjis (Khawarij), dan mereka berkumpul di satu kawasan bernama Harura, dari sana mereka mula mengeledah kawasan di kelilingnya, dan membunuh manusia yang tidak berdosa dan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka mengenai kerajaan dan politik.

Ali cuba memujuk Khawarij supaya pulang ke Kufa, dan membentangkan kepada mereka hujah-hujah yang perselisihkan. Ali telah menjawab semua pertanyaan yang mereka ajukan dengan memuaskan, dan sebahagian dari mereka telah yakin bahawa beliau di dalam kebenaran telah memberikan semula bai’ah kepadanya. Mereka yang lain, mengatakan bahawa, dengan bersetuju untuk menyelesaikan pertentangannya dengan Muawiyah kepada pendamai, iaitu manusia yang tidak ma’sum, selain dari kitab Allah, Ali telah murtad, dan hanya taubat sahaja yang dapat menyelamatkan dirinya.

Ali menahan sabar di atas biadap dan kejinya perangai Khawarij, tetapi masih berharap supaya mereka akan sedar dari kesalahan, tetapi ini telah menjadikan mereka lebih biadap lagi. Akhirnya ketua mereka memutuskan untuk meninggalkan Kufa, dan membina ibu pejabat mereka di sebuah kampung di Nehrwan, dan mengarahkan semua Kharjis berkumpul di sana. Dari Nehrwan, Khawarij telah menyebarkan ketakutan ke seluruh negeri. Mereka bertindak lebih melampau lagi demi untuk melindungi kesalahan mereka. Kini mereka membunuh manusia termasuk kanak-kanak dan wanita. Kemudian berita sampai bahawa mereka akan menyerang Kufa.

Ali terpaksa bertindak cepat untuk menamatkan perbuatan Kharji yang tidak mematuhi undang-undang, dan beliau sendiri pergi ke Nehrwan untuk bertemu ketua mereka. Ali memberitahu bahawa mereka selamat untuk meninggalkan kem dan pulang ke rumah masing-masing dan hidup aman damai bersama jiran mereka. Ramai dari mereka yang sedar telah meninggalkan Nehrwan untuk pulang ke rumah. Tetapi terdapat 4,000 pengikut yang keras meminta Ali supaya bertaubat sebelum mereka mengakui beliau sebagai ketua. Mereka menegakkan seruan perang mereka “tiada siapa yang layak memerintah melainkan Allah” dan menyerang tentera Ali. Walaupun mereka telah menyerang dengan berani, tetapi tidak memberikan sebarang kesan kepada tentera Ali. Apabila tentera Ali menyerang balas, Khawarij telah dikalahkan, kebanyakan mereka telah terbunuh, hanya sedikit dapat melarikan diri.

Walaupun Khawarij telah menggunakan slogan ayat-ayat Qur’an “tiada siapa yang boleh memerintah melainkan Allah” mereka tidak mempunyai hasrat mahupun kemampuan untuk menubuhkan kerajaan langit di bumi. Mereka hanya mahukan kuasa untuk diri mereka. Mereka adalah dari gabongan penjenayah politik dan fanatik. Di dalam kejadian, jika mereka berjaya, mereka hanya akan

457

Page 197: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

memulihkan kembali fahaman kesukuan kaum dari masa jahiliah. Hingga ke hari ini mereka kekal tidak dapat diserapkan ke dalam sejarah Muslim.

Dr. Hamid-ud-Din: Kharjis menghalang manusia dari menyertai tentera Ali. Dan jika sesiapa tidak setuju dengan kepercayaan mereka akan dibunuh masa itu juga. Dengan cara ini ramai Muslim yang terbunuh. Ali menghantar wakil untuk menyeru supaya mereka tidak membunuh Muslim yang tidak berdosa, tetapi mereka membunuh wakil itu juga.

Khemah Kharji di Nehrwan. Ali membawa tenteranya ke Nehrwan. Beliau meminta Khawarij menyerahkan pembunuh supaya dapat diadili di atas tuduhan membunuh Muslim yang tidak berdosa. Mereka menjawab dengan satu suara bahawa mereka semua telah membunuhnya, dan mereka menganggap bahawa membunuh Muslim adalah tugas yang suci. Ali sekali lagi menunjukkan kesalahan mereka dan menyeru mereka supaya pulang ke rumah masing-masing, tetapi jawapannya adalah negetif.

Akhirnya Ali menghantar Abu Ayub Ansari dengan panji-panji ke tengah-tengah kawasan di antara dua pasukan. Abu Ayub mengibarkan panji-panji itu, dan menyatakan bahawa sesiapa yang datang di bawahnya akan terselamat.

Ramai Kharjis yang sedar akan kesalahan mereka datang ke bawah panji-panji itu. Tetapi 4,000 dari wira mereka berkeras tidak mahu meninggalkan khemah. Mereka telah berazam untuk berperang menentang Ali. Mereka melaungkan “tiada siapa yang boleh memerintah melainkan Allah” dan kemudian menyerang tentera Ali. Mereka berjuang dengan keberanian seorang fanatik, tetapi telah dikepung dan dikalahkan, dan hampir kesemuanya terbunuh. (History of Islam, Lahore, Pakistan, ms. 202, 1971)

Laungan perang Kharjis, "Tiada siapa yang boleh memerintah melainkan Allah," adalah laungan kosong semata-mata, yang dicipta khas untuk mendapatkan kuasa politik untuk diri mereka sendiri, dan menafikan untuk orang lain.

Dalam pada itu, Amr bin Aas dan Abu Musa al-Ashari, dua pendamai telah selesaikan rundingan mereka dan bersedia untuk membuat kenyataan. Kedua mereka telah bersetuju bahawa untuk kepentingan di dalam Dar-ul-Islam bahawa Ali dan Muawiyah, keduanya hendaklah diturunkan atau dikeluarkan dari kedudukan khalifah dan Muslim ummat melantik pemerintah yang baru sendiri.

Pendamai dan kakitangan mereka bertemu di Adhruh. Empat ratus orang dari kedua-dua pihak ada di sana, seperti terdapat di dalam perjanjian gencatan senjata. Delegasi Syria diketuai oleh Abul Awar Salmi, dan delegasi Iraq dipimpin oleh Abdullah ibn Abbas dan Shurayh ibn Hani. Ramai manusia lain yang datang juga ke Adhruh untuk mendengarkan keputusan pendamai mengenai nasib Dar-ul-Islam. Di antara mereka Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubayr, Abdur Rahman bin Abu Bakar, Saad bin Abi Waqqas, dan Mughira bin Shaaba.

Amr bin Aas memberitahu Abu Musa bahawa dia amat menghormatinya oleh kerana dia bukan sahaja seorang sahabat Rasul Allah, tetapi juga seorang ulama’ dan atas sebab ini Amr menyerahkan segala-galanya kepada Abu Musa dan dia hendaklah membuat kenyataan yang mereka telah persetujui dahulu dan kemudian Amr akan mengesahkan semuanya kemudian.

Abdullah ibn Abbas mengingatkan Abu Musa bahawa Amr mungkin akan memperdayakan dia, dan menyarankan supaya Amr membuat kenyataan dahulu. Tetapi Abu Musa tidak mengindahkan amaran Abdullah dan berkata: "Kes ini padu dan tidak terdapat ruang untuk Amr bin Aas menipu atau membuat helah."

458

Page 198: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Abu Musa telah merasa besar hati dari sanjungan yang telah ditunjukkan oleh Amr bin Aas kepada dirinya. Dia kemudian naik ke pentas untuk membuat kenyataan yang bersejarah dan berkata:

"Wahai Muslim! Banyak penderitaan dan bencana telah menimpa ummat Muhammad oleh peperangan Ali dan Muawiyah. Dari itu, kami berdua telah memutuskan untuk melucutkan kedua mereka, dan kami telah bersetuju bahawa hak memilih khalifah yang baru hendaklah diberikan kepada Muslim itu sendiri, kamu semua."

Delegasi Iraqi amat terperanjat untuk mendengarkan kenyataan tersebut, namun mereka memutuskan untuk mendengar apakah yang akan dikatakan oleh pendamai yang seorang lagi.

Abu Musa duduk setelah membuat kenyataannya, dan Amr bin Aas bangun untuk membuat kenyataannya. Dia berkata: "Wahai Muslim! Kamu semua telah mendengar apa Abu Musa katakan mengenai Ali. Dia telah melucutkan Ali sebagai khalifah. Saya sokong keputusannya, dan mengistiharkan Ali telah dilucutkan dari kedudukan khalifah. Dan di tempat Ali saya melantik Muawiyah sebagai khalifah yang baru..."

Amr bin Aas, belum selesai membuat ucapannya apabila meletusnya kemarahan orang ramai. Abu Musa menjerit di dalam kebingungan dan kemarahan: "Pendusta saya tidak pernah mengatakan itu. Kamu pendusta. Kamu adalah anjing yang dimuatkan dengan buku dan berseluar dan akan mengeluarkan lidahnya apabila dibebani." Amr bangun ke tahap yang sama [menjerit], dan memulangkan sanjungan yang diberikan dengan berkata: "Kamu adalah keldai yang telah dimuatkan dengan buku, dan akan berbunyi apabila dibebani dengan beban yang berat."

"Anjing" dan "keldai" bergaduh untuk beberapa waktu, kemudian saling menyerang. Mereka menggigit dan menendang, dan mereka "menyalak" dan "bunyi keldai" di atas pentas sehingga mereka kepenatan. Terdapat gelak ketawa orang ramai juga, semuanya di atas kejahilan Abu Musa sahaja.

Selepas enam bulan dalam perhatian ramai, sesuatu yang dapat diberikan oleh ahli pendamai, Amr bin Aas dan Abu Musa untuk ratusan Muslim yang datang ke Adhruh adalah berpesta dengan muzik yang telah disediakan oleh yang pertama dari mereka adalah menyalak dan oleh yang kedua bunyi keldai"

Pementasan telah berakhir, manusia yang dari jauh datang ke Adhruh telah pulang ke rumah mereka. Abu Musa kini sedar dia telah menjadi bahan tertawa semua Arab, dan dia telah lari ke Yaman untuk bersembunyi kerana malu. Dia adalah seorang yang sederhana tetapi peristiwa ini telah meletakkannya di satu tempat di mana dia merasakan bahawa dia mempunyai kuasa untuk menentukan arah nasib ummat Muslim. Rasa besar hati, angkuh, telah bertentangan dengan ketajaman fikiran, di mana kebanggaan akhirnya yang menang. Tugas yang diberikan kepadanya terlalu besar untuk dia yang serba kekurangan dan tiada berkebolehan, maka dia telah merosakkan segalanya. Dia adalah seorang yang dipercayai oleh Umar bin al-Khattab yang telah melantiknya sebagai gabenor Basra dan kemudian Kufa.

Ancaman kepada Muawiyah telah berlalu, dan kini di dalam pergelutannya untuk mendapatkan kedudukan khalifah, terpulanglah kepadanya sendiri. Tuntutannya terhadap khalifah semuanya bergantung di atas keputusan yang Amr bin Aas, “pelantik raja” telah berikan di Adhruh. Keputusan Amr adalah satu tindakan muslihat politik yang telah menyenangkan Machiavelli; tetapi untuk penduduk Syria, ianya mempunyai kuasa dari langit dan tidak boleh ditarik balik.

459

Page 199: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

R. A. Nicholson: Ini adalah satu contoh mengenai kefahaman Arab terhadap moral, bahawa penipuan telah disanjung dan diperjuangkan oleh penyokong Muawiyah sebagai kejayaan diplomatik yang memberinya kebolehan untuk mendapat gelaran khalifah. (A Literary History of the Arabs, ms.192-193, 1969)

Pendamai adalah merupakan satu sandiwara. Keputusannya bagaimanapun tidak diterima. Tiada siapa yang memberikan mereka mandat untuk menjatuhkan hukuman terhadap khalifah atau melucutkan atau melantiknya. Sebenarnya Muawiyah mencari pembelaan terhadap pembunuhan Uthman. Muawiyah telah meyakinkan penduduk Syria bahawa Ali yang bertanggungjawab di atas kematian Uthman, dan atas sebab itu mereka telah berperang di Siffin. Mereka tidak berperang untuk menjatuhkan Ali atau untuk melantik Muawiyah. Tetapi pendamai tidak menyiasat, asal bermulanya perang saudara. Mereka memperkatakan mengenai khalifah walaupun ianya bukanlah isu yang diperdebatkan. Tugas mereka adalah untuk menyiasat siapakah yang telah membunuh Uthman, dan adakah Muawiyah mempunyai hak untuk mendapatkan pembalasan terhadap jenayah itu.

Abu Musa memberikan keputusannya dengan gembira pada melucutkan Muawiyah. Apakah pengertian melucutkan Muawiyah? Dan Muawiyah dilucutkan dari jawatan apa? Muawiyah bukannya khalifah, dan tidak juga terdapat sesiapa yang menyarankan nama dia sebagai khalifah. Sebaliknya Ali adalah khalifah Muslim yang sah. Beliau telah dilantik oleh ijmak Muhajirin dan Ansar, dan dari kebanyakan tempat di dalam jajahan Muslim dengan pengecualian Syria.

Sebagai pendamai atau pelantik raja, Amr bin Aas dan Abu Musa telah berbincang dengan panjang lebar mengenai politik dan peperangan, dan mungkin mengenai masa depan ummat Muslim, tetapi yang pasti mereka tidak lakukan, adalah merujuk kepada Al-Qur’an al-Majid. Mereka telah mengenepikan Qur’an dari perbincangan mereka di Adhruh sama seperti mereka yang terdahulu telah lakukan, iaitu dengan sengaja menjauhkan Qur’an di dalam perbincangan mereka di Saqifa, Madinah.

Persamaan yang aneh, kesemua pelantik raja Arab, sama ada di Saqifa, atau di dalam jawatankuasa pemilihan Abdur Rahman bin Auf, atau di Adhruh, kesemuanya menunjukkan bahawa mereka amat takut [sensitif] kepada Al-Qur’an al-Majid. Atau adakah sebaliknya - Al-Qur’an al-Majid menunjukkan dirinya begitu sensitif kepada pelantik raja? Bagaimana pun kesamaan ini amat menakjubkan di dalam sejarah Islam. Atas sebab yang misteri, semua Pelantik raja di sebelah pihak dan Al-Qur’an al-Majid di pihak yang lain, mereka tinggal kekal berjauhan di antara mereka.

Amr bin Aas dan Abu Musa mesti menjadikan Qur’an sebagai petunjuk di dalam pendamaian mereka. Tugas mereka untuk membuat keputusan dengan cahaya Kitab Allah. Perundangan Allah di sini amatlah jelas.

“Hai orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah Rasul dan orang yang diberikan kuasa di antara kamu. Jika kamu berbalah di antara kamu, rujuklah kepada Allah dan RasulNya, jika kamu percaya kepada Allah dan hari akhirat: demikian itu adalah yang terbaik, dan sebaik-baik keputusan. (Surah 4; ayat 59)

Para pendamai kelihatan telah lupa kepada perintah Allah dari ayat yang di atas, dan kepada tugas mereka. Tetapi Qur’an tidak melupakan mereka, dan telah menunjukkan yang mereka lakukan atau apa yang mereka telah gagal untuk lakukan, di dalam ayat yang berikut:

“Mereka telah dipelawa kepada Kitab Allah, untuk menyelesaikan perbalahan mereka, tetapi satu kumpulan telah berpaling dan menolak. (Surah 3; ayat 23)

460

Page 200: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Amr bin Aas dan Abu Musa, pendamai telah menjadikan diri mereka kumpulan yang berpaling dari kitab Allah. Mereka mengutamakan untuk dipimpin oleh nafsu, dan atas sebab ini menolak keputusan Qur’an ke atas diri mereka: “Dan jika kamu gagal untuk menghukum dengan cahaya Allah dari apa yang Allah telah wahyukan, mereka adalah orang yang fasik. (Surah 5; ayat 47)

Di dalam peperangan Siffin, tentera Iraq dan Syria berdepan selama 110 hari. Terdapat 90 pertempuran di antara mereka di mana 25,000 tentera Iraq dan 45,000 tentera Syria yang terkorban.

Peperangan yang dahsyat ini adalah disebabkan hasil dari cita-cita dan kerakusan kuasa oleh Muawiyah dan Amr bin Aas. Muawiyah adalah gabenor Syria, yang takut akan kehilangan kedudukannya. Amr bin Aas adalah gabenor Mesir yang telah dilucutkan kedudukan oleh Uthman, dan sedang bermati-matian untuk mendapatkannya semula. Untuk mengekalkan atau mendapatkan semula kedudukan, kedua mereka sanggup melakukan apa sahaja dan membayar apa juga harganya, kebenaran dan keadilan tidak mempunyai erti kepada mereka. Mereka sanggup memenuhi Dar-ul-Islam dengan kepalsuan, dan dengan darah Muslim asalkan tercapai apa yang mereka hajati.

Ketiga-tiga ketua di Basra, Muawiyah dan Amr bin Aas tahu peluang mereka di dalam pembunuhan terhadap Uthman, dan mereka telah gunakan peluang itu. Pembalasan terhadap darah Uthman adalah lapisan nipis yang telah menunjukkan terhadap kerakusan mereka untuk berkuasa. Kematian Uthman, jauh lebih berharga dari diri Uthman sendiri, yang hidup. Maka mereka telah berikan segala pertolongan yang boleh supaya Uthman mati. Apabila Uthman mati maka menjadi sah atau tugas untuk mereka melaksanakan pembunuhan secara beramai-ramai atas nama mencari pembelaan terhadap pembunuhan.

Peperangan Basra dan Siffin adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap Muslim yang dinyatakan atas nama politik sebenar

Toynbee berkata bahawa Muhammad dan Ali bukan tandingan untuk putera-putera pedagang Makkah (Umayyah) di dalam politik sebenar. Mungkin juga ada kebenarannya. Muhammad dan Ali tidak sanggup membunuh walaupun si penyembah berhala, jauh sekali orang Islam. Mereka yang suci tidak dapat membunuh atas sebab kuasa dan kebendaan. Dari itu terdapat kecacatan di atas diri mereka di dalam bertanding dengan Umayyah.

461

Page 201: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 65

Matinya Malik al-Ashtar dan Jatuhnya Mesir

Gabenor Ali di Mesir adalah Muhammad ibn Abu Bakar. Dalam tahun 658 M. (38 H.) Muawiyah menghantar Amr bin Aas dengan tentera seramai 6000 orang untuk menawan Mesir, bagi pihak dirinya. Muhammad meminta Ali menghantar bantuan untuk mempertahankan Mesir. Ali sedar bahawa orang yang boleh menyelamatkan Mesir dari gengaman Muawiyah dan Amr bin Aas, adalah Malik ibn Ashtir. Maka beliau menghantar Malik sebagai gabenor Mesir yang baru dan memanggil pulang Muhammad ibn Abu Bakar ke Kufa.

Tetapi Malik dan Muhammad tidak sampai ke destinasi mereka. Malik meninggalkan Kufa untuk mengambil alih Mesir. Tetapi agen Muawiyah yang menyamar sebagai penjaga rumah tumpangan, telah menunggu untuk menyambut kedatangannya di perbatasan. Mereka meletakkan racun di dalam minumannya, dan beliau meninggal dari kesan racun tersebut (Abul Fida).

Malik adalah musuh Muawiyah.

Agen yang memberikan racun kepada Malik, terus memberikan laporan kejayaannya kepada Muawiyah, dan dia tidak dapat mempercayai tuahnya yang gemilang. Di dalam keriangannya dia telah berkata: "Hari ini Ali telah kehilangan tangannya yang kedua." Dengan membunuh Ammar ibn Yasir, di dalam peperangan Siffin, Muawiyah telah memotong sebelah tangan Ali; dan kini dengan membunuh Malik, dia telah memotong tangan Ali yang sebelah lagi juga. Setelah kematian Malik, Ali telah kehilangan kedua belah tangan. Muawiyah telah memotong tangan Ali dengan pertolongan senjata rahsianya yang kuat - racun!

Racun telah membunuh musuh Muawiyah, dan membebaskannya dari ketakutan untuk selamanya.

Francesco Gabrieli: Dalam tahun di mana Amr bin al-Aas menawan semula Mesir untuk Umayyah, Malik al-Ashtir yang dihantar oleh Ali ke sana sebagai gabenor, telah dibunuh melalui racun. (The Arabs, A Compact History, ms. 69, 1963)

462

Page 202: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Satu pukulan yang kuat kepada Ali dengan kematian Malik. Jika ada terdapat seorang di tanah Arab yang mewakili sepasukan tentera, itu adalah Malik. Kehadirannya telah memberikan keyakinan kepada tenteranya, dan nama beliau telah menggerunkan hati pihak musuh. Arab tidak pernah melahirkan pemain pedang yang terhandal dari beliau. Dengan berkat ketabahan dan kebolehannya, dia telah melonjakkan diri hingga sampai ke tempat yang tertinggi. Ini adalah satu lagi trajedi di dalam sejarah Islam bahawa kebolehan seseorang telah terhenti di saat kegemilangannya. Beliau sangat berani, tajam fikiran, pintar, gagah dan setia. Terdapat ramai manusia yang tidak dapat memutuskan di pihak mana mereka harus berjuang, sehinggalah tiba saat kematian Ammar ibn Yasir. Hanya dengan terjadi, apa yang diramalkan oleh Rasul Allah, bahawa Ammar akan dibunuh oleh manusia yang zalim, barulah mereka yakin bahawa keadilan dan kebenaran ada di pihak Ali. Tetapi Malik tidak pernah merasa ragu. Dia tahu bahawa Ali dan kebenaran tidak dapat dipisahkan, dan dia terus patuh dan menyokong Ali.

Sebahagian ahli sejarah telah mengatakan bahawa Malik adalah salah seorang dari mereka yang terlibat di dalam pembunuhan Uthman. Benar Malik telah datang dari Kufa ke Madinah bersama delegasi, tetapi dia datang bukan untuk membunuh Uthman. Dia datang untuk meminta Uthman melucutkan jawatan gabenor yang curang. Dia adalah seorang wira Arab yang berani, dan satu perkara yang tidak dapat dia lakukan adalah membunuh orang tua berusia 84 tahun. Malah Malik tidak masuk ke dalam istana Uthman. Jika benar, pasti Naila, isteri Uthman telah berikan maklumat secara sukarela kepada Ali apabila saksi jenayah disoal selidik; dan Marwan pasti menghebahkan berita mengenainya ke seluruh dunia. Tetapi ini tidak berlaku.

Tuduhan bahawa Malik adalah seorang dari pembunuh Uthman telah dicipta oleh Muawiyah. Dia selalu mendapat idea baru pada setiap masa. Di dalam peperangan Siffin, apabila dia melihat Malik menyerang pengawal peribadinya, dia telah menjerit dengan panik: “selamatkan saya dari Malik, dialah pembunuh Uthman.” Muawiyah tahu bahawa Malik bukan pembunuh Uthman tetapi dia juga tahu bahawa orang Syria sayang kepada Uthman dan akan menyerang siapa sahaja yang dikatakan pembunuh Uthman. Dengan mengatakan bahawa Malik adalah pembunuh Uthman, dia harap dapat menaikkan semangat orang Syria dengan itu dapat menghalang kemaraan Malik, dan terselamatlah nyawanya. Ahli sejarah istana telah menyahut jeritan dari Muawiyah, dan terus menyampaikan penipuan ini dari generasi ke generasi.

Di dalam satu dari sindiran sejarah Muslim iaitu, walaupun Aisyah, Talha dan Zubayr secara terbuka menghasut manusia supaya membunuh Uthman, mereka tidak pernah dituduh di dalam tribunal. Dan apakah yang menghalang Muawiyah dari pergi ke Madinah dan menyelamatkan nyawa Uthman? Tidak ada apa-apa! Tetapi dia tidak lakukan. Dia menahan bantuannya dengan sengaja, dan membiarkan Uthman mati. Tetapi setelah Uthman mati, dia telah bersekutu dengan Amr bin Aas, sebagai tukarannya, Mesir, untuk mencari pembelaan terhadap pembunuhan Uthman. Seperti yang telah diketahui Amr adalah musuh Uthman yang paling kejam, dan mungkin juga pembunuhnya.

Pemandangan telah bertukar setelah Uthman mati. Pertama Aisyah, Talha dan Zubayr, dan kemudian Muawiyah dan Amr bin Aas bangun sebagai penyokong Uthman mencari pembelaan terhadap darahnya. Apa juga yang menggerakkan lelaki dan wanita ini yang mengelilingi di jenazah Uthman, adalah jelas bahawa keselamatannya langsung mereka tidak dipedulikan. Ini adalah satu fakta yang tidak boleh disangkal, tetapi juga satu fakta yang ahli sejarah Sunni tidak mahu manusia umum mengetahuinya. Adalah lebih mudah bagi mereka untuk mengatakan bahawa Muhammad ibn Abu Bakar atau Malik ibn Ashtir telah terlibat di dalam pembunuhan Uthman dari mengakui bahawa Aisyah, Talha, Zubayr,

463

Page 203: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muawiyah dan Amr bin Aas, kesemuanya memainkan peranan di dalam trajedi matinya seorang khalifah tua.

Malik ibn Ashtir mati di saat Ali memerlukan dia, dan tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya.

Kejutan kepada Ali di atas kematian para sahabatnya seperti Ammar ibn Yasir dan Malik ibn Ashtir, amatlah menyayat hati tetapi beliau bersabar di atas suratannya. Beliau menganggap setiap kejutan dan setiap kedukaan serta setiap bencana adalah dugaan baru terhadap keimanannya, dan beliau terus kekal tidak berubah. Keyakinannya kepada yang Menjadikan bertambah dengan setiap dugaan yang datang menimpa, dan beliau tidak pernah menyerah pada kekecewaan.

Malik amat luar biasa. Dia adalah seorang tentera yang profesional, patuh, mulia, berwibawa dan berkeyakinan diri. Dia adalah raja di antara manusia.

Manusia yang lebih utama dari dirinya di dalam keberanian, berkeperibadian murni, bijak dan tangkas, tidak terdapat di mana-mana di dalam sejarah Arab. Propaganda telah dibuat untuk manusia lain, tetapi tiada yang setanding dia. Dia adalah wira keagungan Islam.

Mungkin mustahil untuk memberikan Malik ibn Ashtir kecemerlangan yang lebih baik dari yang diberikan oleh ketuanya, Ali ibn Abi Talib. Di dalam peperangan Layla-tul-Harir, Ali meletakkan tangannya di bahu Malik, dan berkata:

"Kamu telah berkhidmat kepada saya dengan ketaatan dan kecemerlangan yang sama seperti saya berkhidmat kepada ketua saya, Muhammad, Rasul yang dirahmati Allah."

Jatuhnya Mesir

Amr bin Aas masuk ke Mesir tanpa sebarang penentangan, dan apabila dia bertemu Muhammad ibn Abu Bakar, dengan mudah dia mengalahkannya. Muhammad tidak mempunyai tentera, dan dia cuba menentang dengan sebilangan kecil askar. Tentera Syria menawan, dan menyeksa beliau sehingga mati. Amr menakluki Mesir, dan menjadikannya sebagai sebahagian dari jajahan Muawiyah.

Ali mencintai Muhammad ibn Abu Bakar seperti anaknya sendiri. Kematiannya satu lagi kejutan yang perlu ditanggung beliau. Ali mendoakan rahmat dan keamanan Allah untuk rohnya yang suci.

Dalam tahun 659 M. Muawiyah meningkatkan perang sarafnya menentang Ali, dia menghantar beberapa kontigen ke dalam Jazirah dan Hijaz untuk menakutkan manusia, dan menghancurkan moral mereka. Pada mulanya polisi Muawiyah adalah untuk mengadakan ketakutan di dalam hati manusia, dan kemudian membiarkan api ketakutan itu marak, tetapi kapten tenteranya telah menukarkan kepada kezaliman, keganasan dan pembunuhan. Di Jazirah, Ne'man bin Bashir menyerang Ain-at-Tamar dengan 2000 tentera; Sufyan bin Auf menyerang Anbar dan Madaen dengan 6000 tentera; Abdullah bin Masadah Fizari menyerang Tima dengan kekuatan 1700 sukarelawan yang khusus untuk mendapatkan harta rampasan; dan Zahhak bin Qays serta pengikutnya menghancurkan sebuah pekan, Waqsa. Mereka membunuh semua lelaki, wanita dan kanak-kanak yang mereka syaki berbaik dengan Ali, dan mereka menggeledah perbendaharaan awam jika mereka boleh dapatinya.

Dr. Hamid-ud-Din: Dengan tertawannya Mesir, telah memperkuatkan lagi tangan Muawiyah. Dia kemudian menghantar pasukan tenteranya ke dalam Hijaz, Jazirah dan Iraq. Mereka menggeledah, menyebarkan ketakutan dan membunuh.

464

Page 204: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muawiyah sendiri pergi menyerang tebing-tebing Tigris dan merampas perbendaharan di Jazirah. (History of Islam, Lahore, Pakistan, ms. 204, 1971)

Muawiyah dan jeneralnya telah menggunakan polisi memulakan peperangan di waktu yang tidak menentu terhadap pengganti Rasul Islam dan juga pemimpin Muslim. Pada mereka perang yang tidak menentu bererti sesuatu yang baru; iaitu dengan tindakan ketenteraan yang lazim, terhad dan ditambah dengan keganasan yang tidak terhad. Mereka jadikan Dar-ul-Islam lemah, dan dari kejutan yang tidak pernah dapat sembuh kembali.

Dalam tahun 660 M., Muawiyah menghantar Bisr bin Artat dengan 3000 tentera ke Hijaz dan Yaman untuk menghancur dan memusnahkan serta membakar dan membunuh. Di Yaman, Bisr membunuh dengan tangannya sendiri bayi kembar kepunyaan Ubaidullah ibn Abbas, gabenor kawasan tersebut. Apabila dia pulang ke Syria, puluhan ribu Muslim telah dibunuhnya.

Seorang dari gabenor Ali di daerah perbatasan bernama Kumayl ibn Ziyad. Dia meminta kebenaran dari ketuanya untuk menyerang Syria. Serangan ke atas Syria akan memberhentikan serangan Muawiyah terhadap Hijaz dan Iraq. Tetapi permohonannya telah mendapat teguran yang keras dari Ali yang menjawab kepadanya seperti berikut:

"Saya tidak menyangka mendapat saranan dari kamu bahawa kita menyerang kota dan kampung di Syria. Benar Syria adalah musuh kita tetapi mereka juga manusia, dan lebih-lebih lagi mereka adalah Muslim. Jika kita menghantar tentera menyerang ke dalam Syria, besar kemungkinan yang menjadi mangsa serangan kita bukan mereka yang menyerang sempadan kita tetapi orang kampung yang tidak berdosa, bukan dari kalangan tentera. Adakah wajar untuk membunuh dan menggeledah mereka yang tidak melakukan jenayah? Tidak mereka tidak seharusnya membayar kesalahan ketua mereka. Perkara yang terbaik untuk kita lakukan adalah memperkuatkan pertahanan kawasan kita dari serangan musuh, dan mengusir mereka sebelum mereka dapat melakukan penganiayaan terhadap orang kita."

Logik yang nyata “bayangan cermin” keganasan dibalas dengan keganasan tidak menjadi pilihan Ali; beliau menganggapnya sebagai sesuatu dari asas yang salah.

Walaupun Ali mengusir keluar mereka yang menggangu kawasannya, namun ketenteraman sudah tiada lagi di kawasannya. Pasukan Syria mulai kerap menyerang kawasan perbatasan. Bisr bin Artat telah mengalahkan sepasukan askar yang mempertahankan sebuah kota yang strategik Anbar dan menawannya. Dia kemudian telah membunuh kesemua penduduk kota tersebut seperti yang biasa dia lakukan.

Ali menyeru penduduk Iraq supaya berdiri mempertahankan kediaman mereka dari serangan Syria, tetapi mendapati sambutan mereka amat dingin. Di musim sejuk mereka katakan terlalu sejuk, dan di musim panas mereka katakan terlalu panas. Kebanyakan dari ketua-ketua Iraq kini telah berkerja dengan Muawiyah, sebagai balasan dari hadiah dan janji-janjinya, dan mereka juga menyebarkan pepecahan di seluruh negeri. Muawiyah juga bersungguh-sungguh cuba membatalkan bai’ah tentera kepada Ali. Bagi Muawiyah pertentangan bukan sahaja pertembungan tentera tetapi juga dari sabotaj dan pengkhianatan.

Oleh kerana tiada serangan balas kepada mereka, tentera Syria semakin berani masuk jauh ke dalam Iraq.

Ali telah membuat banyak percubaan untuk menyedarkan penduduk Iraq di atas kelalaian mereka, tetapi mereka berlagak seolah-olah serangan Syria tidak menjejaskan mereka. Atitiut mereka, menyembunyikan kepala ke dalam tanah

465

Page 205: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

betul-betul telah mengecewakan Ali, dan beliau berkata, jika mereka tidak mahu mematuhinya lagi, dia sendiri akan mengangkat senjata mempertahankan sempadan, dan akan meninggalkan Kufa kepada mereka, dan pergi bersama pengikutnya yang masih setia, dan cuba menghalang musuh, walau apapun yang akan terjadi.

Ancaman ini memberi kesan. Penduduk Iraq kini sedar bahawa jika Ali meninggalkan mereka, dari itu mereka akan tinggal tanpa ketua. Akhirnya mereka menyakinkan beliau bahawa mereka akan patuh kepadanya di dalam aman dan juga di dalam peperangan.

Ali terus mula berkerja untuk menyusun semula tentera, dan mengerakkan pasukan yang baru. Beliau memanggil Abdullah ibn Abbas dari Basra, dan beliau memerintahkan ketua-ketua yang lain dan pasukan mereka supaya berkumpul di khemah di Nukhayla berhampiran Kufa.

Ali telah mula berkerja untuk mengisi masa yang telah terbuang melalui kelambatan penduduk Iraq mematuhi perintahnya. Tetapi tenaga beliau yang baru ini telah menakutkan musuh, dan mereka mula berkomplot untuk melambatkan beliau.

Ali telah menyiapkan persediaan untuk menyerang Syria tetapi apabila beliau hendak memberikan sentuhannya yang terakhir terhadap rancangan sokongannya, beliau telah dibunuh di dalam Masjid Kufa di pagi 19 Ramadhan tahun 40 H. (Januari 27, 661 M.)

BAB 66

Pembunuhan Terhadap Ali

Dari setengah tahun terakhir 658 M., Muawiyah, gabenor Syria telah meningkatkan kekejamannya di daerah pemerintahan Ali. Sebahagian dari laluan serangannya telah sampai di Ain-at-Tamar dan Anbar, hanya 170 batu ke Utara Kufa. Peduduk Kufa tidak mahu berperang dengan tentera Syria, maka Ali mendapati sukar untuk mengambil tindakan susulan yang berkesan. Muawiyah sendiri telah memimpin serangan merintasi Jazirah dari Raqqa ke Mosul, dan dia tidak menemui sebarang tentangan dari tentera Iraq. Tindakan akhir Ali adalah mengistiharkan akan meninggalkan kota Kufa bersama dengan pengikutnya yang setia di dalam usaha untuk menghentikan keganasan Syria terhadap Iraq, walaupun akan mengorbankan nyawanya. Peringatan ini telah menyedarkan warga Kufa, bahawa mereka akan ditinggalkan tanpa ketua; jika Ali terbunuh di dalam menentang tentera Syria. Kini mereka mula bertindak dan mengerakkan pertahanan negara.

Peperangan Siffin adalah percubaan kekuatan yang pertama di antara Ali dan Muawiyah. Secara ketenteraan, peperangan itu hampir dimenangi oleh Ali, tetapi secara politik, ia menjadi sama. Selepas beberapa ketika, dilihat seperti Ali akan menyahut cabaran Muawiyah sekali lagi. Tetapi di saat itulah beliau telah dibunuh di masjid Kufa, dan percubaan kekuatan kali kedua tidak pernah terjadi.

Menurut dari cerita sejarah; sebahagian darinya boleh diterima, tiga Kharjis bertemu di Kufa (sebahagian mengatakan di Makkah) untuk mengadakan konspirasi. Setiap mereka bersedia untuk membunuh tiga ketua politik yang ada di Dar-ul-Islam, Ali, Muawiyah dan Amr bin Aas. Dengan terbunuhnya mereka, diharapkan dapat menamatkan perang saudara di dalam Islam, dan mengembalikan keamanan kepada ummat.

Seorang dari tiga konspirator itu, adalah Abdur Rahman bin Muljam. Dia tinggal di Kufa, tugasnya adalah untuk membunuh Ali, dan dua lagi pergi ke Syria dan Mesir

466

Page 206: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

untuk membunuh Muawiyah dan Amr bin Aas. Rancangan mereka yang hendak membunuh Muawiyah dan Amr bin Aas, menurut dari cerita yang diedarkan, telah terbongkar dan mereka ditangkap dan dibunuh.

Kharjis telah di kalahkan di Nehrwan, kebanyakan mereka telah terbunuh di dalam peperangan itu hanya sedikit yang terselamat. Abdur Rahman bin Muljam adalah seorang dari yang selamat. Dirinya telah dipenuhi oleh perasaan dendam untuk membunuh Ali, dan sedang menunggu masa untuk melakukannya. Dengan tidak secara langsung dia bertemu dengan seorang wanita Kharji, Qattama, bapa dan abangnya juga telah terbunuh di Nehrwan, dan dia juga mempunyai dendam kebencian terhadap Ali.

Abdur Rahman telah jatuh cinta kepada Qattama, dan melamarnya untuk dijadikan isteri. Dia memberitahu Abdur Rahman, hadiah perkahwinannya adalah kepala Ali ibn Abi Talib. Ini hanya menguatkan lagi azam Abdur Rahman. Dia menjanjiikan bulan sebagai hadiah perkahwinannya jika dikehendaki Qattama, tetapi yang di hajatinya adalah kepala Ali ibn Abi Talib!

Abdur Rahman bin Muljam dengan teliti merencanakan rancangannya untuk membunuh Ali. Beberapa Kharjis lain telah berikan khidmat kepadanya secara sukarela, dan bersama mereka melaksanakan ujian pembunuhan tersebut. Abdur Rahman bin Muljam mengambil langkah berhati-hati, dengan merendamkan pedangnya di dalam racun yang membunuh selama tiga hari.

Pada pagi 19hb Ramadhan dalam tahun 40 H., Ali datang ke Masjid Kufa, dan menyerukan Adzhan. Kemudian beliau mengambil tempatnya di hadapan, dan Muslim yang tiba untuk melakukan solat, berbaris di belakang, dan mereka mulakan solat. Berdiri di barisan hadapan bersama jamaah lain adalah Abdur Rahman bin Muljam dan sekutunya. Mereka memerhatikan pergerakan Ali. Di dalam pakaian, mereka membawa pedang tajam berkilat yang telah direndamkan di dalam racun.

Apabila Ali menyentuh bumi dengan dahinya untuk sujud, Abdur Rahman bin Muljam keluar dari barisan, dan dengan perlahan pergi ke tempat Imam. Dan apabila Ali mengangkat kepala dari bumi, ibn Muljam memberikan pukulan maut pada dahi Ali dengan pukulan yang kuat sehingga membelah tenggoraknya.

Darah menyembur keluar dari dahi Ali dalam beberapa pancutan, dan Ali berkata: "Demi Tuhan Kaabah, aku telah berjaya!"

Para jamaah kini sedar apa yang telah berlaku, dengan segera mereka menamatkan solat dan mengelilingi beliau. Anak-anaknya Hasan and Husain, membawa beliau balik ke rumah. Tabib datang, dan cuba membalut luka yang besar, tetapi tidak dapat memberhentikan darah yang mengalir. Pukulan dari pedang sahaja telah boleh membawa maut, kini ditambah lagi dengan racun yang mula menyerapi ke seluruh badan Ali dengan pantas. Ahli sejarah Arab mengatakan inilah kali kedua Ali dilukakan di dahi, yang pertama di dalam peperangan khandak dalam tahun 627 M., pedang Amr bin Abd Wudd telah memotong malalui perisai dan topi besinya dan melukakan dahinya. Dahinya masih mempunyai parut yang ditinggalkan oleh pedang Amr.

Inilah cerita yang ditinggalkan oleh ahli sejarah Arab terhadap pembunuhan Ali, dan telah diterima sebagai sahih oleh kebanyakan Muslim.

Walaupun cerita ini mendapat ijmak dari ahli sejarah oleh kesahihannya, bagaimanapun ada beberapa kepincangan di dalam keterangannya. Terdapat terlalu banyak perkara secara kebetulan di dalamnya.

467

Page 207: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Tiada siapa mempersoalkan bahawa Ibn Muljam yang membunuh Ali. Tetapi adakah itu ideanya sendiri untuk membunuh Ali? Ada kemungkinan idea itu telah ditanamkan di dalam fikirannya oleh seseorang yang menggunakan teknik di luar kesedaran ketika melakukannya. Ibn Muljam tidak tahu dia hanya kuku kucing, dan melakukan pembunuhan terhadap Ali.

Pada ketika ini tiada orang di dalam Dar-ul-Islam yang lebih berminat untuk membunuh Ali selain dari Muawiyah. Rancangan untuk membunuh Ali, kebijaksanaan, penyelengaraan pembunuhan, dan kejayaannya, telah menunjukkan sentuhan yang bermutu tinggi dari perancangan seorang profesional, ini telah menunjukkan ciri-ciri karektor Muawiyah sahaja, sedangkan Ibn Muljam tiada lebih dari alat sahaja. Muawiyah telah menggunakan kepakaran yang sama di dalam melenyapkan semua ancaman yang benar atau luaran; terhadap keselamatan dan juga kuasanya, di dalam berberapa kejadian dengan menggunakan teknik yang sama, dengan hasil yang sama juga.

Perisik Muawiyah telah memberitahunya bahawa Ali sedang membuat persiapan untuk menyerang Syria. Di dalam peperangan Siffin, Muawiyah tidak memberikan sebarang layanan terhadap semua usaha Ali untuk mendapatkan perdamaian. Kali ini Ali telah memutuskan untuk tidak berperang secara berpanjangan tetapi yang pantas dan segera melenyapkan semua penentangan Muawiyah, dan mengembalikan keamanan di dalam empayar Muslim. Muawiyah juga tahu bahawa Ali, kali ini mempunyai kemampuan dan keazaman untuk mengakhiri konfik ini dengan cepat dan jayanya. Harapan Muawiyah kini hanya tinggal pada sahabat lamanya yang dipercayai, demi untuk keselamatan diri dan masa depannya; iaitu, pengkhianatan dari dalam. Maka dia mengerakkannya, dan mereka tidak menghampakan dirinya juga.

Muawiyah menjadikan perbuatan pembunuhan Ali dilihat seperti dilakukan serentak dan meyakinkan semua, dengan menjadikan diri dan kroninya, Amr bin Aas, mangsa yang ditujukan sama oleh konspirasi Kharji yang fanatik. Tetapi kedua mereka telah terselamat dari dibunuh disebabkan oleh nasib mereka yang baik. Seorang dari mereka jatuh sakit, pada hari dia akan dibunuh, dan tidak pergi ke masjid, yang seorang lagi pergi ke masjid memakai baju besi di bawah bajunya. Dia telah diserang oleh pembunuhnya, tetapi telah diselamatkan oleh baju besinya. Untuk jatuh sakit juga pasti akan mendedahkan rancangan mereka. Maka dengan cara ini, jatuh sakit dan baju besi telah menyelamatkan mereka berdua Muawiyah dan Amr bin Aas dari pisau pembunuh Kharji.

Tetapi nasib Ali tidak begitu baik. Beliau tidak jatuh sakit, dan beliau tidak memakai baju besinya apabila memasuki masjid. Di dalam masjid, Ibn Muljam telah menunggu beliau dengan pedang yang telah direndam di dalam racun. Apabila Ali bangkit dari sujud, dia telah memukulkan pedangnya ke dahi Ali dan membelahnya. Pukulan itu terbukti membawa maut.

Kebanyakan ahli sejarah Arab telah menulis sejarah yang telah diilhamkan oleh Muawiyah dan semua penggantinya. Pasti dia bebas untuk memuatkan apa sahaja di dalam sejarah itu. Dia kini telah dapat menyelamatkan dirinya dan Amr bin Aas dari dituduh dalam sejarah, dan hanya Ibn Muljam sahaja yang masuk di dalam sejarah sebagai penjenayah yang sebenar di dalam jenayah ini.

Secara kebetulan pembunuhan terhadap Ali berlaku sejurus sebelum serangan beliau ke atas Syria.

Walaupun pelampau Kharji telah menujukkan senjata mereka kepada ketiga-tiga tokoh politik terkemuka dunia Muslim, iaitu, Ali, Muawiyah dan Amr bin Aas, secara tidak langsung keduanya terselamat dari cubaan bunuh melainkan Ali sahaja yang terbunuh.

468

Page 208: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Secara tidak langsung lagi kedua mereka yang terselamat, Muawiyah dan Amr bin Aas, adalah sahabat karib, dan tidak secara langsung lagi bahawa kedua mereka adalah musuh ketat yang ketiga iaitu Ali, yang berjaya dibunuh.

Terdapat terlalu banyak misteri, tidak secara langsung yang telah menyelamatkan nyawa Muawiyah dan Amr bin Aas tetapi telah menamatkan nyawa Ali.

Ali menghabiskan sisa-sisa masanya yang tinggal di dalam ibadah dan ketaqwaan kepada Allah; menyebutkan wasiatnya; memberikan arahan kepada anak-anak, para menteri dan jeneral mengenai sistem kerajaannya, dan menyuruh mereka jangan melupakan yang tua, sakit, miskin, balu dan anak-anak yatim pada bila-bila masa.

Ali mengistiharkan anaknya yang tua, Hasan, sebagai pengganti dan ketua kerajaan Langit di Bumi, dan sebagai pemimpin semua Muslim.

Walaupun Ali semakin lemah dari banyaknya kehilangan darah dan tindakan racun di dalam saluran darahnya, namun semua panca inderanya masih tajam sehingga ke akhir hayatnya. Kepada mereka yang datang menziarahinya, beliau berkata bahawa mereka semua hendaklah sedar pada bila-bila masa akan adanya Pencipta nyawa mereka di dalam kehidupan mereka, mereka hendaklah MencintaiNya, Berkhidmat untukNya dan juga makhlukNya.

Racun telah melaksanakan tugasnya, dan pada pagi 21hb Ramadhan tahun 40 H., Ali ibn Abi Talib meninggal dunia untuk bersama PenciptaNya yang amat dicintai dan telah berkhidmat kepadaNya sepanjang hayat. Cita-cita terbesarnya di dalam dunia ini adalah menunggu untuk bersama PenciptaNya setiap saat dari kehidupannya, dan akhirnya beliau berjaya, seperti yang diucapkan di tempat Imam solat ketika mata pedang sampai ke dahinya: "Demi Tuhan Kaabah, aku telah berjaya."

Hasan dan Husain memandikan bapanya, mengkafankan, mengerjakan solat jenazah dan kemudian kebumikan di tengah malam di Najaf Ashraf, jauh sedikit dari Kufa. Tidak ada tanda diletakkan pada makam beliau, dan tempatnya dirahsiakan, seperti yang dikehendaki oleh Ali.

Ali, ulama suci Islam yang teragung, wira, negarawan, filosofi dan syuhada, telah meninggalkan dunia ini, dan dunia tidak akan menjumpai manusia sesuci beliau hingga ke akhir zaman.

Ramai di antara Muslim yang bersedih di atas pemergian beliau, tetapi tiada yang lebih sedih dari yang bukan Muslim, Dhimmis (yahudi, kristian dan juga Magians). Hati mereka hancur. Dan apabila yang sakit, cacat, yatim dan balu di dalam empayar Islam mendengar pemergian beliau, mereka rasakan seolah dunia ini runtuh di atas mereka. Beliau yang telah jadi bapa mereka semua. Beliau telah menyambut mereka dengan tangan beliau. Beliau telah mendoakan untuk mereka. Ramai di antara mereka yang tidak mengenali sehinggalah beliau meninggal, bahawa beliaulah yang telah memberi mereka makanan dan menjaga diri mereka. Beliau telah mengambil semua makhluk di dalam tangan beliau.

Ali boleh ditemui pada bila-bila masa oleh yang miskin dan lemah, perkara yang paling ditakuti beliau adalah mereka tidak dapat menemuinya. Hanya di dalam kawasan jajahannya sahaja yang bukan Muslim, yang lemah, yang tiada perlindung dapat menikmati keselamatan sepenuhnya. Tiada siapa yang dapat menakutkan atau mengeksploit [mengambil kesempatan] mereka. Dengan matinya beliau, perlindungan mereka hilang untuk selamanya!

469

Page 209: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Untuk mengatakan benar atau tidak, kuasa tidak boleh di satukan dengan kesucian taqwa, oleh kerana apabila seseorang bertanggungjawab di dalam urusan awam, amat sukarlah untuk dirinya mejalani kehidupan peribadinya, kerana segala-galanya akan cuba mengubah kehidupannya, sehingga susah untuk mengatakan yang itu salah atau betul. Bagaimanapun untuk mengatakan benar atau tidak, semuanya telah terkecuali di dalam diri Ali. Beliau adalah penegak prinsip di dalam kehidupan umum dan juga persendirian, walau apapun akibatnya yang akan terjadi. Beliau akan meletakkan yang benar mendahului perkara yang pintar, walau apapun padahnya. Punca prinsip yang memandu kehidupan peribadi dan juga kehidupan umumnya adalah Al-Qur’an al-Majid sebagaimana juga ianya adalah punca filosofi politiknya.

Ali mempunyai ramai pengkritik dan musuh tetapi mereka tidak dapat menunjukkan walaupun satu ketika di mana beliau telah terkeluar dari prinsip. Mereka tidak dapat menunjukkan adanya pertentangan di antara pendapat dan ucapannya di satu pihak atau di antara ucapan dan amalannya di pihak yang lain. Pendapat, ucapan dan amalannya adalah setiasa sejajar.

Ali mewakili kecemerlangan karektor dan ideologi. Kombinasi yang unik terhadap kecintaan kepada Allah, tumpuan terhadap tugas, kegagahan keperwiraan berserta kelembutan, kesaksamaan, dan ketegasan yang tulen. Warisannya yang terbesar kepada dunia Islam akan tinggal kekal selamanya di dalam karektornya yang suci mulia.

BAB 67

Sedikit Gambaran Ali Sebagai Khalifah

Di dalam dalam tahun 656 M., Muslim menerima Ali sebagai khalifah, dan telah berikan bai’ah, penguasaan agama dan dunia semuanya kepada beliau. Maka kini mereka mengesahkan penyusunan yang telah dibuat pada tahun 632 M., oleh Pesuruh Allah sendiri untuk penggantinya.

Tidak terdapat di dalam perundangan Islam, kecil atau besar, am atau khusus, yang telah meninggalkan sesuatu kepada kehendak atau hajat manusia ramai. Kedudukan yang terpenting di dalam politik Islam adalah khalifah. Pentingnya kedudukan ini; adalah kewujudan dan kesinambungan masyarakat Islam itu sendiri bergantung kepadanya. Maka mustahil dapat difikirkan bahawa ia telah ditinggalkan kepada kehendak atau hajat atau pilihan untuk manusia jalanan. Perundangan di dalam Islam bukanlah dari kehendak manusia tetapi Tuhan.

Setelah wafatnya Muhammad, Ali tiada mempunyai kuasa politik tetapi beliau masih juga pengganti baginda. Sama ada beliau memiliki kuasa atau tidak, ketaatan adalah untuknya sebagai pengganti Rasul Islam. Satu perkara yang berubah, selepas perlantikan Ali sebagai khalifah, iaitu manusia yang menahan bai’ah mereka dahulu kini telah berikan kepada Ali dengan suka rela.

Muslim yang berikan bai’ah kepada Ali, terbahagi kepada dua kumpulan. Kedua-duanya berikan bai’ah, tetapi atas sebab yang berlainan. Kumpulan pertama tahu bahawa beliau adalah ketua Kerajaan Langit di Bumi; kumpulan kedua mengakui beliau sebagai ketua eksekutif kerajaan Muslim. Kumpulan pertama tahu bahawa Muhammad sendiri telah melantik beliau sebagai ketua Ummat Muslim, dan tahu bahawa bai’ah tidak boleh diberikan kepada orang lain. Kumpulan kedua,

470

Page 210: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

bagaimanapun, akan memberikan bai’ah kepada siapa sahaja yang berjaya merampas kuasa.

Muhammad bukan sahaja seorang guru dan pemimpin ulung, tetapi juga pengasas era baru di dunia untuk semua manusia. Baginda telah membuka lembaran era baru dan memperkenalkan kuasa baru yang dipanggil Islam, telah disebarkan ke dalam dunia dinamik baru, yang akan dan telah menukarkan cara hidup dan perhubungan manusia. Baginda adalah yang pertama dari semua manusia lelaki dan wanita yang memberikan keselamatan kepada semua makhluk.

Tujuan asas Muhammad adalah untuk menubuhkan Kerajaan Langit di Bumi iaitu kerajaan Islam. Baginda mengajarkan kepada manusia ilmu tauhid, dan mengajak mereka membesarkanNya. Baginda melaksanakan perundangan Allah, menguat kuasakannya, dan menubuhkan cara hidup masyarakat yang suci. Di dalam masyarakat itu terdapat keadilan, pengetahuan dan petunjuk, dan baginda mengahpuskan eksploitasi, kekejaman, kejahilan dan misteri darinya. Islam agama tauhid yang mewakili sistem sosial-ekonomik-politik yang sempurna, yang bertentangan dengan semua kerajaan sekular, terutama yang menggunakan nilai-nilai asing yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

Penubuhan Kerajaan Langit di Bumi adalah bahagian pertama misi Muhammad. Bahagian kedua adalah untuk memastikan kesinambungannya. Baginda tidak menubuhkan kerajaan ini hanya untuk waktu baginda sahaja, tetapi untuk selamanya dan bukan untuk Arab tetapi semua makhluk. Maka baginda telah melantik seorang sebagai penggantinya; yang baginda yakin akan menyambung tugas-tugas baginda. Orang itu adalah Ali ibn Abi Talib.

BAB 68

Polisi Dalaman dan Luaran Ali

Polisi Dalaman

Satu dari tujuan utama Islam adalah untuk menghalang yang kuat dari menindas yang lemah, dan untuk menamatkan segala bentuk eksploitasi. Apabila Ali menjadi khalifah, beliau melucutkan semua jawatan gabenor yang dilantik oleh Uthman. Beliau telah diingatkan, adalah tidak wajar untuk melakukan tindakan sedemikian, melainkan setelah memperkukuhkan kedudukannya. Tetapi jawapan Ali kepada saranan mereka adalah: "Wahai Muslim! Adakah kamu mahu supaya saya bersekutu dengan kezaliman, kekerasan, penindasan dan pengkhianatan? Adakah kamu menghendaki saya bersama mereka, mengeksploit ummat Muhammad? Demi Tuhan saya tidak akan melakukan itu selagi bumi dan alam ini berputar. Saya akan rampas dari tangan yang curang dan mengembalikannya kepada yang hak."

Kriteria asas untuk membandingkan sistem sosial, ekonomi, dan politik, bukanlah berdasarkan dari kriteria sesebuah negara dan bukan juga dari imperialis, tetapi hendaklah berasaskan dari kriteria kemanusiaan; iaitu yang diukur di dalam setiap sistem, kemampuannya untuk mengurangkan sesuatu yang telah dihadkan dan menghapuskan seberapa banyak yang boleh ekploitasi terhadap manusia. Ali adalah musuh terbesar ekploitasi dalam segala bentuk, dan beliau telah menghapuskan eksploitasi di dalam jajahan beliau semasa pemerintahannya. Beliau percaya pertubuhan sosial diwujudkan untuk berkhidmat kepada manusia dan mempertahankan kehormatannya.

471

Page 211: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Muhammad Mustafa, Rasul Allah, telah menghancurkan segala keutamaan yang diadakan manusia untuk membezakan di antara manusia, tetapi setelah baginda wafat, semuanya kembali hidup semula. Ali mengistiharkan bahawa beliau akan menghancurkannya sekali lagi. Abu Ishaq Madaini, seorang ahli sejarah menulis seperti berikut di dalam perkara ini:

"Sebahagian sahabat Rasul berkata kepada Ali bahawa, apabila membahagikan hasil dari perbendaharaan awam kepada Muslim, beliau hendaklah memberikan bahagian yang lebih besar kepada pemuka Arab dari Arab biasa; dan memberikan bahagian yang lebih besar kepada Arab dari yang bukan Arab. Mereka membayangkan bahawa dengan melakukan sedemikian adalah untuk kepentingannya juga, dan mereka membawa pandangannya kepada Muawiyah sebagai contoh yang telah memenangi ramai rakan dari kalangan mereka yang kaya dan berkuasa melalui ‘kemurahan hatinya.' Ali berkata kepada mereka: ‘Adakah kamu meminta saya supaya menjadi curang kepada mereka yang miskin dan lemah dari kalangan Arab dan bukan Arab? Melakukan perkara seperti itu adalah politik yang baik tetapi beretika buruk. Jika saya bertindak mengikuti saranan kamu, saya sebenarnya telah mencontohi jahiliah. Adakah itu yang kamu mahu saya lakukan? Apa yang penting bagi saya adalah keredhaan Allah, dan bukannya kesenangan pemuka Arab. Jika saya membahagikan harta kepunyaan saya kepada Muslim, saya tidak boleh berlaku curang di antara yang bukan Arab dengan mereka yang dimerdekakan. Tetapi harta yang saya bahagikan kepada mereka sekarang bukan milik saya, bahkan kepunyaan mereka. Bagaimana saya boleh berlaku curang? Bagaimana saya boleh mengenepikan seseorang itu dari bahagiannya, hanya kerana dia bukan seorang Arab, dan berikan kepada orang lain kerana dia seorang Arab? Ini saya tidak akan lakukan."

Bukan sahaja Quraish dan juga aristokrat Arab yang tidak menerima layanan keistimewaan dari Ali, di dalam pembahagian harta awam, tetapi ahli dari keluarga beliau sendiri menerima kurang dari yang manusia yang lain. Seorang dari meeka adalah saudara tuanya, Aqil. Dia merasakan bahawa bahagiannya amat kecil dan tidak cukup untuk menyara hidupnya dengan jumlah yang kecil itu, maka dia meninggalkan Kufa dan pergi ke Syria, di sana dia hidup mewah di istana Muawiyah. Ali berulang kali mengingatkan Muslim akan bahaya berkompromi terhadap moral dan menukarkannya dengan kebendaan dunia.

Apabila Ali menjadi khalifah, beliau berusaha untuk menghapuskan sistem ekonomi keturunan Arab [keistimewaan], dan sistem kapitalis yang bukan Islam. Dalam masa empat tahun pemerintahannya, beliau telah berjaya menghapuskan sistem itu dari jajahannya. Kesemua pengamal sistem tersebut telah mendapat perlindungan di Damascus. Jika Muslim adalah sama, maka kesaksamaan hendaklah jelas dilihat, tetapi itu tidak. Maka Ali memperlihatkannya. Dan jika Islam membanggakan akan keadilan di dalam perundangannya, maka keadilan hendaklah diperlihatkan tetapi ini tidak berlaku. Maka Ali memperlihatkannya. Beliau menjadikan kesaksamaan diamalkan dan keadilan jelas dapat dilihat.

Dari pegawainya sendiri, Ali mahukan semuanya yang terbaik dan termulia. Beliau mengeluarkan arahan, kedudukan yang tertinggi di dalam kerajaan tidak boleh digunakan sebagai tempat perlindungan segala bentuk kecurangan atau tempat menyembunyikan bukti atau keterangan terhadap kecurangan.

Apakah pengerak utama tindakan dan polisi Ali? Kelihatan setiap inci kehidupannya telah dikuasai oleh ketaqwaan (takut untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan kemurkaan Allah). Beliau hanya melayani fikiran yang sedemikian, dan melakukan amalan yang sahih diketahuinya, akan mendapat keredhaan Allah. Setiap yang difikirkan, setiap yang dikatakan, setiap yang dilakukan, telah dipertimbangkan dengan ketaqwaan. Keseluruhan dirinya berkisar pada satu persoalan iaitu, apa yang perlu saya fikirkan atau apa yang

472

Page 212: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

perlu saya katakan atau apa yang perlu saya lakukan dan yang akan menyenangkan Pencipta saya.

Kepada Machiavellians di semua zaman, matlamat telah memperbolehkan semua bentuk cara. Kepada mereka, semua cara [kaedah], baik atau buruk, adalah sah, jika mereka boleh mencapai matlamat tertentu. Tetapi jika Ali terpaksa menggunakan cara tertentu untuk mencapai matlamatnya, ianya hendaklah mematuhi perundangan Al-Qur’an al-Majid. Di dalam banyak ketika, apa yang dikatakan sebagai kebijaksanaan dunia dan ketajaman fikiran telah menunjukkan ke arah tindakan tertentu. Tetapi jika tindakan itu bertentangan dengan perundangan Qur’an, Ali menolaknya, dan beliau telah melakukan dengan tidak mempedulikan akan apa juga akibatnya.

Polisi ini telah mendedahkan kelemahan Ali dan beliau menjadi mudah untuk difahami. Telah dikatakan bahawa jika sesiapa mempunyai kebolehan untuk meramal sesuatu, maka dia telah mempunyai kuasa untuk mengawal sesuatu situasi atau seseorang, dan kawalan pula bererti mempunyai kuasa. Musuh-musuh Ali tahu dengan tepat apa beliau akan lakukan atau tidak akan lakukan di dalam sesuatu situasi tertentu. Pengetahuan mengenai tindakbalas dari Ali telah memberikan faedah yang banyak kepada musuhnya, dan yang bersedia pula untuk menggunakan faedah itu. Mereka juga menggunakan sepenuh faedah dari keperwiraan dan keberanian beliau.

Satu dari ciri-ciri kecemerlangan kerajaan Ali adalah sifat terbuka. Jika ada terdapat mana-mana kerajaan yang terbuka [tidak mempunyai rahsia], itu adalah kerajaannya. Beliau meragui sesuatu yang dirahsiakan dari awam, dan yakin kepada ‘persetujuan yang dicapai secara terbuka’ Muawiyah sendiri membangga diri bahawa kunci kejayaannya adalah rahsia-rahsia yang disembunyikan dari rakyat, dan mengatakan bahawa kegagalan Ali adalah disebabkan segala-segalanya telah terdedah kepada rakyat.

Dari sudut pandangan Machiavellian, Muawiyah adalah benar. Dia membiarkan manusia lain tertanya-tanya mengenai pergerakannya, sedangkan di pihak Ali, tidak perlu membuat tekaan. Di dalam berurusan dengan Ali musuhnya boleh membuat berbagai spekulasi. Kepada diri Ali, merahsiakan sesuatu adalah yang dibencinya, jika dirinya tidak suka, maka beliau tidak boleh menerimanya. Dari hari pertama pemerintahannya beliau tidak mengamalkan merahsiakan sesuatu di dalam jajahannya. Apabila seorang rakan bertanya, mengapa beliau bersetuju untuk memerintah kerajaan yang penuh dengan masalah, jawapan beliau adalah untuk memulihkan semula kerajaan langit di bumi, setelah beliau mengetahui bahawa tiada siapa di Dar-ul-Islam yang berkebolehan untuk melakukan itu. Selepas perang Siffin, Ali berkata di dalam satu dari doanya:

"Wahai Tuhan! Kamu lebih mengetahui mengenai pergelutan yang kami telah lakukan, ini bukanlah untuk memenangi kuasa politik, bukan juga menawan daerah untuk kepentingan harta dunia; bahkan tujuan saya untuk melaksanakan prisip suci agama Kamu, dan untuk memperbaharui cara pemerintahan di bumi Kamu, supaya dengannya hamba-hamba Kamu dapat hidup di dalam keselamatan, dan perundangan Kamu terlaksana sekali lagi, seperti di masa Pesuruh dan Rakan Kamu, Muhammad."

Ali tidak dapat menyembuyikan permusuhannya kepada pemuka Arab yang kini telah menjadi amat kaya dan berkuasa. Beliau dan mereka tidak boleh bersama. Sebaliknya beliau tertarik kepada manusia yang miskin dan lemah. Mereka adalah sahabat beliau. Di antara yang kaya dan berkuasa adalah, Abu Sufyan dan Mughira bin Shaaba, mereka telah membuat percubaan untuk merapatkan diri dengan Ali tetapi telah ditolak, dan beliau telah diadakan jarak yang amat jauh di antara dirinya dengan mereka.

473

Page 213: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali telah menukarkan corak pemerintahan khalifahnya menjadi seperti sekolah di mana beliau mengajar atau memperingatkan kembali ummat Muslim. Ini adalah satu tugas yang besar, tetapi beliau dapat melaksanakannya. Beliau adalah “satu orang universiti [one-man university]’ dalam Islam. Korikulum universitinya menekankan pada pembinaan semula karektor Muslim. Beliau menjumpai “blueprint [percetakan biru]’ untuk membina karektor Muslim di dalam kitab Allah, dan beliau menjumpai contohnya di dalam kehidupan Muhammad, rasul Allah. Di universiti ini beliau menghuraikan 'percetakan biru' dan 'contoh’ untuk menjadi ikutan dan pembelajaran muridnya, ummat Muslim.

Ali yang memperjuangkan pandangan pada menyatukan manusia di dalam ketaatan kepada yang Menjadikan. Beliau memperjuangkan keadilan, kebenaran, keamanan dan kesucian ilahi. Matlamat perjuangannya adalah untuk mengembalikan keadilan yang sebenar di dalam Dar-ul-Islam. Di dalam perjuangan ini beliau telah berjaya.

Polisi Luaran Ali

Pengkritik Ali kerap mengatakan bahawa beliau tidak menyerang negara lain, sebagaimana kedua mereka sebelumnya telah lakukan, dan beliau tidak menambah perbatasan empayar dari mana-mana arah.

Ali menjadi khalifah selama empat tahun, dan tahun-tahun itu dipenuhi dengan pemberontakan dan perang saudara, dan semua masanya telah dihabiskan di dalam usaha untuk mengembalikan keamanan di dalam Dar-ul-Islam.

Tetapi jika tidak ada pemberontakan dan perang saudara, dan pemerintahan Ali di dalam negaranya aman dan damai, adakah beliau akan menyerang dan menawan negara yang berjiran? Tidak ada cara untuk menjawab soalan ini, tetapi dengan menilai karektor dan keperibadiannya, beliau pasti tidak akan melakukan itu semua. Adalah mustahil bagi diri Ali untuk mendapatkan kecemerlangan untuk dirinya dan juga Islam dengan menyerang negara lain. Mencari kegemilangan untuk diri adalah yang bertentangan dengan peribadinya.

Kunci untuk memahami polisi Ali, dalam dan luar, terdapat di dalam fakta bahawa sebenarnya beliau adalah pengganti Muhammad, Rasul Allah, dan pembawa khabar keamanan.

Muhammad adalah Pesuruh Allah yang terakhir kepada manusia. Baginda telah dipenuhi dengan sifat dan keperibadian yang tinggi dan mulia. Di dalam kehidupan baginda, terdapat contoh yang paling sempurna untuk Muslim ikuti, dan program baginda adalah kebajikan, kebahagiaan dan keselamatan manusia yang meliputi segalanya.

Kerasulan dan kenabian adalah penghargaan yang paling tinggi manusia boleh terima dalam dunia ini. Untuk menjadi Rasul atau Nabi bererti telah dipilih oleh Allah. Manusia itu pastinya telah dianugerahkan dengan kualiti yang luar biasa untuk dipilih oleh yang Menjadikan sendiri dari ramainya manusia lain untuk menjadi Pesuruhnya kepada makhluk.

Manusia itu adalah Muhammad. Baginda telah dipilih oleh Allah untuk menjadi alatnya di dalam melaksanakan Perancangan dan ProgaramNya untuk dunia ini. Dia telah mengangkat bangsa manusia keluar dari jurang kegelapan, dan menjauhkan mereka dari kejahilan, ketakutan dan perasaan tersendiri yang sentiasa merangkumi diri mereka selama ini. Tuhan telah menghantar ramai para Rasul sebelum baginda, tetapi baginda adalah yang terakhir dari mereka, dan pengkhabaran yang dibawa pula tidak terhad pada masa dan tempat; ianya untuk semua masa; yang terpenting adalah untuk seluruh alam maya.

474

Page 214: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Sesungguhnya Muhammad telah dianugerahkan dengan kualiti yang luar biasa di kepala, tangan dan hati. Mana-mana satu dari kualiti ini, boleh menjadikan baginda manusia yang teragung di dalam sejarah. Tetapi pada ketika ini kita hanya memperkata satu dari banyaknya kualiti baginda, kualiti rahmat. Baginda mewakili rahmat. Al-Qur’an al-Majid telah memanggil Muhammad "rahmat untuk semua makhluk."

Kami tidak mengutus kamu, tetapi sebagai rahmat untuk semua makhluk. (Surah 21; ayat 107)

Kualiti rahmat dalam diri Muhammad sebagai Pesuruh Allah, adalah bertentangan dengan agresif dan cinta untuk menjajah. Peperangan dan pertumpahan darah tidak boleh bersama dengan rahmat.

Pengkhabaran yang Muhammad bawa dari langit, yang baginda sebarkan di dunia, dinamakan Islam bererti “keamanan dan keselamatan” Islam adalah agama keamanan. Orang yang menerima Islam dikatakan Muslim iaitu yang telah menjadikan aman. Muhammad sendiri mendefinasikan Muslim sebagai manusia yang tangan dan lidahnya, memberikan kemanan kepada warga yang lain..

Perkataan penting di dalam terminologi [kepercayaan] Islam adalah Iman yang bererti ‘prinsip keamanan "the principles of peace," dan orang yang mempunyai Iman dipanggil Mukmin yang bererti "orang yang mematuhi prinsip keamanan." Muhammad yang membawa pengkhabaran terakhir Allah ke dunia, telah digelar al-Rasul al-Amin, iaitu, "Penyampai yang dipercayai [The Messenger of Trust]." Makkah, adalah kota di mana baginda menyampaikan pengkhabaran ini dipanggil al-Baladul-Amin, i.e., "Kota keamanan [the City of Peace]." Maka Makkah adalah tempat pelindungan dan sesiapa yang memasukinya adalah selamat dari bahaya.

Nama ibu Muhammad adalah Aminah yang bererti "aman." Nama bapa baginda adalah Abdullah yang bererti "hamba Allah." Sebagai hamba Allah, dia mentaati Allah, dan tidak melanggar hak orang lain, hamba Allah yang lain. Aminah dan Abdullah telah membawa Rasul Keamanan ke dunia ini untuk menghapuskan pertumpahan darah dan menyebarkan rahmat keamanan di dunia. Nama pemelihara Muhammad adalah Umm Ayman yang bererti "Ibu bagi kesejahteraan [the mother of Fortune]." Malaikat yang membawa berita dari langit kepada Muhammad, adalah al-Ruh-ul-Amin i.e., "Ruh yang dipercayai [the Spirit of Trust]." Penggantinya diberi nama Amir al-Muminin i.e., "Pemimpin mereka yang aman beriman [the leader of the peaceful believers]." Maka dari mula hingga akhirnya Islam adalah kemanan dan keselamatan.

Satu lagi perkataan penting dalam terminologi [agama] Islam adalah jihad. Telah terdapat banyaknya kabus dan kabut di dunia ini maka amat sukar untuk dilihat lagi apakah ertinya yang sebenar. Di dalam lingkungan yang bukan Muslim, jihad Islam disamakan dengan agresif yang berleluasa, sebenarnya bukan. Secara lisan jihad bererti usaha atau bergelut. Satu dari jihad yang dipuji oleh Islam dan diperintahkan ke atas Muslim adalah berjuang menentang kejahilan dan kecurangan, dan untuk menundukkan keinginan nafsu yang rendah di dalam diri. Islam telah merestui peperangan sebagai satu kaedah tetapi hanya membenarkan pengikutnya untuk berperang jika:

(a) mempertahankan diri,

(b) atau, untuk mengenakan hukuman kerana melanggar perjanjian damai, yang juga dipanggil Qisas di dalam perkataan Arab yang bererti “pembalasan”. Qisas hanya dibenarkan untuk menamatkan pencerobohan. Islam tidak membenarkan Muslim untuk memulakan peperangan atas sebarang sebab yang ketiga.

475

Page 215: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Di Makkah, Muhammad memberikan kepada Arab program agama, etika, moral dan penyusunan semula sosial. Setelah berhijrah ke Madinah, baginda menambah ke dalamnya komponen ekonomi dan politik. Baginda telah mengambil masa 13 tahun di Makkah untuk meletakkan asas-asas kerja untuk Islam, dan selama 10 tahun lagi di Madinah untuk menyempurnakan keseluruhan kerja-kerja baginda. Selama 23 tahun ini; adalah tahun-tahun yang amat genting dalam kerjaya Islam sebagai sistem keseluruhan alam maya.

Apabila Muhammad mula melaksanakan program, baginda terus sahaja telah ditentang dengan berbagai-bagai cabaran. Maka Islam telah menghasilkan Ali ibn Abi Talib sebagai tindakbalas terhadap cabaran-cabaran itu. Dalam 23 tahun pemerintahan Muhammad sebagai Rasul Allah, terdapat banyaknya krisis di dalam peperangan dan juga di masa keamanan dan Ali dapat menguasainya semua.

Ali adalah waris dan pengganti Muhammad. Apabila beliau mula melaksanakan program Muhammad, beliau juga ditentang oleh berbagai-bagai cabaran. Suku abad telah berlalu semenjak wafatnya ketua beliau, Muhammad, dan dari semenjak itu ramai Muslim telah mula menyembah kuasa ekonomi dan kuasa politik sebagai sembahan mereka yang baru. Menghancurkan berhala bukanlah sesuatu yang baru buat Ali. Beberapa tahun dahulu beliau bersama ketuanya, Muhammad, telah menghancurkan berhala Quraish di dalam Kaabah. Sekarang sekali lagi beliau dipanggil untuk menghancurkan berhala baru sembahan Arab. Tetapi beliau sedar penegak sembahan yang baru akan bangun menentang beliau seperti mana penegak berhala yang lama telah bangun menentang mereka di masa Muhammad.

Islam adalah pergerakan kebebasan di dalam erti kata tamatnya sistem lama dan digantikan dengan era baru iaitu sembahan kepada Tuhan yang Esa . Matlamatnya telah diwahyukan di dalam Al-Qur’an al-Majid, dan Rasulnya telah diarahkan dengan tugas untuk memperjelaskan segala-galanya, seperti yang kita baca di dalam ayat yang berikut:

Seperti mana Kami telah mengutuskan di antara kamu seorang Rasul dari jenis kamu, membacakan kepada kamu ayat-ayat Kami, dan membersihkan kamu, dan mengajar kamu dari kitab dan secara berhikmah dan apa-apa yang kamu belum tahu. (Surah 2; ayat 151) Pasti matlamat ini amat penting, sehingga telah diulangi sebanyak tiga kali di lain ketika. Ianya terdapat pada ayat yang berikut:

1. Surah 2; ayat 129 2. Surah 3; ayat 164 3. Surah 62; ayat 2

Matlamat kerajaan Ali adalah sama seperti matlamat Qur’an. Polisinya adalah:

1. untuk membacakan ayat-ayat Allah (kepada Muslim); 2. untuk membersihkan mereka (Muslim); 3. untuk mengajarkan mereka (Muslim) seperti di dalam kitab, dan secara berhikmah; 4. untuk mengajarkan mereka (Muslim) pengetahuan yang baru.

Seperti yang dikatakan di atas, apabila Ali cuba menguat kuasakan polisi ini, beliau mendapat tentangan, tetapi bukan dari jahiliah. Amat malang, beliau mendapat banyak tentangan dari Muslim. Muslim bukannya jahilah yang menghalang baliau dari melaksanakan rancangannya, dan untuk menrealisasikan tujuannya.

476

Page 216: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Matlamat yang terkandung di dalam Qur’an untuk ummat Muslim tidak mengatakan penaklukan negara asing dengan kuasa senjata. Pengkritik Ali yang menyesali beliau tidak menambahkan kawasan baru ke dalam peta empayar Islam, pasti juga telah menyesali senyapnya Qur’an dalam perkara ini, iaitu membesarkan wilayah Islam melalui peperangan dan persenjataan. Sesungguhnya jika dinilai dari teks, Qur’an tidak menunjukkan sebarang minat terhadap ketenteraan dalam apa juga bentuk.

Kebanyakan dari ketua politik dan tentera pasti akan setuju dengan President Charles de Gaulle apabila dia berkata: "Pedang adalah paksi dunia ini [The sword is the axis of the world]," yang bererti bahawa dunia berputar di sekeliling pedang. Zaman pertengahan Perancis memanggil konsep ini "fort mayne" – tangan yang kuat i.e., sesiapa yang mempunyai tangan yang kuat, memerintah.

Banyak ketua-ketua negara juga setuju dengan filosofi politik bahawa, semuanya adil di dalam percintaan dan peperangan. Di dalam mengejar cita-cita, mereka menganggap bahawa adalah adil untuk menyerang bangsa lain, dan membunuh penduduknya, dan menawan wanita dan kanak-kanaknya. Jika sebahagian dari ketua-ketua ini telah membanjiri dunia dengan darah, dan menghancurkan kota dan ketamadunannya, mereka akan dikatakan sebagai wira teragung dan paling pintar dalam sejarah. Bahkan keperwiraan dan kepintaran mereka telah membuktikan bahawa Gibbon benar apabila dia berkata:

"Apakah dia sejarah selain dari mencatakan jenayah, kecurangan dan penderitaan manusia."

Adakah Islam juga memasukkan di dalam programnya kecintaan untuk menakluki bangsa asing? Jika ada, maka bagaimanakah ianya berbeza dari program ketua-ketua tentera yang menjajah seperti Alexander the Great, Julius Caesar, Attila the Hun, Genghis Khan, Hulago Khan, Tamerlane, Napoleon dan Hitler; kesemua mereka berbaris bersama-sama "saudara perempuan kejayaan [‘sisters of victory’] – pembunuhan, pengeledahan harta, kebakaran, kehancuran, bencana, kemusnahan dan pencabulan terhadap wanita?" Semua peperangan adalah sama, sekurang-kurangnya dalam tiga perkara ini: kematian, kehancuran dan pencabulan terhadap wanita. Muka surat sejarah telah dipenuhi dengan darah yang lemah dan tidak berdosa oleh mereka yang gagah dan ganas.

Jika Muslim juga mencemari sejarah mereka dengan darah, adakah ini membuktikan bahawa Islam itu benar dan agung? Bolehkan Muslim membanggakan diri, terhadap peperangan-peperangan yang dicari serta melanggar dan menawan negara lain? Jika mereka merasa bangga, maka mereka akan mendapati diri mereka bertentangan dengan kitab Allah yang mengatakan:

Sesungguhnya telah datang kepadamu dari Allah cahaya, dan kitab yang menerangkan. Dengannya Allah menunjukkan semua yang mencari keredhaanNya dengan cara keamanan dan keselamatan, dan memimpin mereka keluar dari kegelapan, dengan kehendakNya, ke dalam cahaya, memimpin mereka ke jalan yang lurus. (Surah 5; ayat 15,16)

Ramai Muslim yang berbangga dengan kemenangan ketenteraan dalam abad 632-732 M. dari sejarah mereka. President Lincoln meletakkan kejayaan tentera di dalam perspektifnya yang sebenar apabila dia berkata: "Kejayaan ketenteraan adalah pelangai yang cantik yang timbul dari hujan darah."

Darah siapa? Darah mereka yang lemah, dan tidak berdaya sering kali dari mereka yang tidak berdosa!

President Truman suatu ketika pernah berkata, peperangan adalah satu cipataan manusia yang paling kejam. Adakah sesuatu cipataan manusia yang lain yang

477

Page 217: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

lebih buruk dari peperangan? Apakah ciptaan manusia selain dari peperangan yang dapat membunuh manusia dalam jumlah yang banyak, dan menjadikan kanak-kanak yatim dan wanita janda? Apakah cipataan manusia yang lain yang mempunyai kuasa untuk memusnahkan kota menjadi arang dan debu dan menghasilkan kebencian dan permusuhan di antara manusia?

Yang sebenarnya Islam dan peperangan tidak dapat disatukan. Islam adalah rahmat dari Allah. Sesungguhnya Islam adalah rahmat yang terbesar Allah kepada dunia. Namanya sahaja telah bererti keamamam, keamanan dan keselamatan adalah rahmat, sedangkan pergaduhan dan pertumpahan darah adalah bencana. Peperangan dan penaklukan Arab yang sebenarnya tidak termasuk di dalam program Islam. Kebanyakan dari peperangan ini disebabkan oleh keperluan politik semasa atau untuk mengalihkan tumpuan rakyat atau hanya hendak menakluk negara asing. Kebanyakan dari orang Arab yang keluar dari jajahan Arab, selepas wafatnya Rasul bukanlah penyebar agama. Mereka adalah penjajah. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan agama, dan tidak berminat menyebarkan agama Islam. Kebanyakan mereka telah dilahir dan dibesarkan di dalam suasana jahiliah, dan baru menyertai Islam, dua atau tiga tahun sahaja.

G. E. Grunebaum: Muhammad sendiri tahu bahawa Badwi [Bedouin] telah dimenangi secara lahiriah sahaja. "Arab (i.e. Bedouin) berkata, kami telah beriman (amanna). katakan (kepada mereka): Iman kamu belum mempunyainya lagi. Bahkan katakan: Kamu telah menjadi Muslim (aslamna). Kerana iman belum masuk ke dalam hati kamu." (Quran 49:15 ) (Classical Islam – A History 600 – 1258, ms. 51, 1970)

Walaupun pada mulanya, Arab telah dihantar keluar semenanjung atas sebab politik, seperti yang dinyatakan di atas, kemudian mereka mendapat sebab tersendiri untuk mengekalkan anjakkan penaklukan. Kuasa pengeraknya adalah cinta terhadap harta rampasan. Arab menjadi kebal dan berani di dalam peperangan jika mereka boleh dijanjikan dengan harta rampasan. Selain dari itu tiada apa yang dapat menarik minat mereka. Jika mereka tidak boleh mendapatkan harta maka mereka tidak berminat untuk berperang. Atitiut Muslim di Madinah terhadap Uthman semasa di penghujung hayatnya, telah menunjukkan bukti ini dengan jelas. Mereka adalah Muslim yang sama, telah mengalahkan serangan jahiliah. Tetapi sekarang, di dalam kota mereka sendiri, ketua negara mereka telah dikepung di dalam istananya. Yang mengepung khalifah adalah beberapa ratus orang dari luar daerah, yang tidak mempunyai kaitan dan hubungan dengan sesiapa di dalam kota, dan tidak mempunyai angkatan sokongan atau kuasa tentera. Kepungan berakhir selama 49 hari, dan berangkat hanya setelah Uthman dibunuh. Tetapi Muslim di Madinah tidak digerakkan untuk bangun bertindak. Mengapa tidak? Mengapa mereka tidak digerakkan untuk bangun bertindak menyelamatkan khalifah, kerana mereka tidak mempunyai harapan untuk mendapatkan harta rampasan.

Kecintaan Arab untuk menggeledah harta rampasan adalah satu ketagihan yang lama. Kecintaan ini juga yang telah menyebabkan bencana di Uhud. Pencinta harta rampasan telah meninggalkan tempat strategik mereka, dan melanggar arahan dari Rasul, dan dengan melakukan itu, mereka telah menukar kemenangan kepada kekalahan. Qur’an telah juga menyatakan kecintaan Arab ini di dalam ayat 152 dan 153 dari Surah ke 3 – al Imran.

M. Shibli: Masalah yang paling komplek adalah kecintaan Arab kepada menggeledah harta rampasan. Kecintaan inilah yang telah menyebabkan kebanyakan dari peperangan mereka. Semasa jahiliah kecintaan kepada harta rampasan telah menguasai mereka. Tetapi apabila mereka telah menjadi Islam, cinta mereka untuk harta ini tidak dapat dipadamkan.

478

Page 218: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Telah disampaikan pada satu peristiwa, Rasul Allah telah menghantar para sahabatnya kepada satu suku kaum untuk mengambil tindakan balasan. Ketua kaum tersebut telah meminta, jika Muslim dapat berunding dengan mereka untuk mencari penyelesaian. Ketua dari kumpulan para sahabat telah berkata bahawa penyelesaiannya boleh diterima jika mereka menerima Islam. Kaum itu menerima Islam maka para sahabat pulang ke Madinah. Tetapi mereka merasa tidak senang hati dari keputusan itu, dan mereka membantah keputusan ketua mereka yang telah menghalang mereka dari mendapatkan harta rampasan. Akhirnya apabila mereka sampai di Madinah mereka mengadu kepada Rasul terhadap keputusan ketua. Tetapi Rasul memuji keputusan yang dibuat oleh ketua, dan berkata bahawa Allah akan membalasnya kerana dia telah menyelamatkan banyak nyawa manusia. (Life of the Prophet, Vol. II, 1976, Azamgarh, India).

Sahabat Rasul seharusnya telah menjadi model bagi Muslim sebenar. Mereka tidak mementingkan kebendaan dunia. Itu adalah logik kerana mereka adalah sahabat Rasul, dan tidak dipengaruhi oleh kecintaan kepada harta. Atau jika pada suatu ketika mereka telah dikuasai oleh kecintaan kepada harta, kecintaan ini tidak seharusnya menguasai sepenuhnya jiwa mereka. Tetapi telah terbukti bahawa kebanyakan dari mereka telah salah. Kebanyakan dari sahabat yang dikatakan ‘taat’ dan ‘taqwa’ inilah yang mencintai harta, bersedia untuk memerangai kaum tersebut, jika ketua kaum itu tidak bersedia untuk menerima Islam pada ketika mereka bersungguh-sungguh untuk berperang.

Kecintaan tentera Arab untuk mendapatkan harta rampasan, amat sukar untuk dibendung.

Sir John Glubb: Ketika Badwi [Bedouins] telah menjadi yang teramai di dalam tentera Arab; yang telah menakluk Parsi dan Byzantium untuk agamanya, sifat untuk menggeledah harta rampasan masih tertanam di dalam diri mereka. (The Great Arab Conquests, ms. 313, 1967)

Kecintaan untuk menggeledah harta rampasan adalah sifat tabii Arab. Ali hendak mengubahnya atau sekurang-kurangnya untuk menundukkan sifat ini; dan beliau telah mencubanya. Tetapi percubaan itu hanya separuh berjaya dan harga bayarannya amatlah tinggi.

Semasa dan selepas peperangan Basra, Ali telah melarang tenteranya dari mengeledah khemah tentera dan kota Basra. Arahan ini amat mengecewakan mereka. Bagaimanapun mereka tidak akan membiarkan penat lelah mereka begitu sahaja. Mereka percaya bahawa kota Basra adalah ganjaran untuk mereka sebagai yang menang, dan mereka punya hak untuk menjadikan musuh orang tawanan. Apabila hak ini dinafikan dari mereka oleh Ali, mereka mengancam untuk memberontak.

Ini adalah satu situasi yang amat merbahaya untuk Ali. Beliau terpaksa memberhentikan pemberontakan di dalam tenteranya. Ini beliau berjaya lakukan dengan bertanyakan soalan yang berikut kepada ketua pemberontak: "Siapakah di antara kamu yang akan mengambil Aisyah, Umm Mukminin sebagai bahagiannya dari tawanan perang?"

Persoalan ini tidak pernah terlintas di hati pemberontak, dan mereka diam tersentak dengan tidak dapat berkata-kata. Bagaimana Muslim boleh menjadikan Aisyah, balu Rasul, orang tawanan, dan terus kekal sebagai Muslim? Maka mereka terpaksa menerima keputusan Ali, tidak boleh menggeledah dan tidak ada tawanan dan rampasan perang!

Bagaimanapun, terlepasnya peluang untuk menggeledah Basra, terus kekal terbuku di dalam hati ramai dari tentera Ali, dan mereka juga benci terhadap sekatan yang dikenakan ke atas mereka. Kebencian mereka terpendam

479

Page 219: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

sehinggalah ianya meletup di dalam peperangan Siffin. Kebencian inilah yang telah digunakan [eksploit] oleh Muawiyah, dan ianya meletus sebagai pemberontakan, dan Ali terpaksa memberhentikan peperangan yang hampir dimenanginya.

BAB 69

Ali Sebagai Penyebar Keamanan

Ali sebagai tangan kanan Islam, dan perisai pengukuh Muhammad, adalah satu subjek yang komplek dan luas. Tetapi Ali sebagai penyebar keamanan adalah subjek yang komplek dan luas juga. Amat kurang manusia, itupun jika ada, yang mencintai keamanan dan membenci peperangan seperti Ali.

Pelajar sejarah tahu bahawa rayuan atas nama keamanan, keadilan dan kesaksamaan, selalu dibuat oleh mereka yang lemah dan di dalam mempertahankan diri. Tidak ada sebab untuk yang kuat dan agresif untuk membuat rayuan atas nama keamanan. Alexander the Great, Julius Caesar, Genghis Khan, Tamerlane dan penjajah yang lain dalam sejarah tidak membuat rayuan untuk keamanan kepada bangsa yang mereka telah kalahkan. Jika Louis XIV dan Napoleon pernah meminta musuh mereka untuk berdamai, itu hanya dikala tenteranya mengalami kekalahan. Di masa kita, bukan Hitler yang meminta

480

Page 220: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

keamanan kepada sesiapa; bangsa yang telah dikalahkan yang merayu kepadanya keamanan atas nama kemanusiaan.

Jika terdapat corak yang sama di dalam sejarah; itu adalah, untuk yang kuat, berkuasa dan berleluasa; yang lemah mencari perlindungan di dalam moral dan fahaman beretika.

Terhadap undang-undang umum dan penerimaan keseluruhan ini, terdapat satu pengecualian dan itu di dalam diri Ali ibn Abi Talib. Walaupun ketika beliau kuat dan musuhnya lemah, beliau merayu kepada mereka untuk mendapatkan keamanan atas nama kemanusiaan, dan merayu supaya jangan sampai terjadinya pertumpahan darah. Walaupun setelah beliau menang, beliau bertindak kepada musuh yang telah dikalahkan seperti mereka telah berjasa kepadanya dengan memberhentikan peperangan. Jika musuh telah dikalahkan, dan dia hendak menyelamatkan dirinya, apa yang perlu dia lakukan adalah meminta Ali supaya menyelamatkan dirinya, dan beliau akan perkenankan permintaan mereka dengan tanpa syarat. Musuh beliau tahu semua ini melalui pengalaman yang lama bersama beliau, dan mereka mengambil kesempatan dari pengetahuan ini. Ramai dari mereka terselamat dari maut dengan cara ini, di atas pengkhianatan dan pemberontakan yang mereka telah lakukan.

Seperti yang telah diketahui, Ali sentiasa berpegang kepada prinsip. Atas pendirian ini, beliau terpaksa membayar harga yang tinggi. Tetapi adakah pilihan untuk diri beliau? Bagi dirinya tiada. Jika beliau di dalam kerjayanya telah berkompromi dengan prisip, maka tiadalah bezanya diri beliau dengan pemimpin lain. Mereka yang lain telah menekankan pada prinsip dan fikiran mereka yang menjurus kepada politik sebenar; iaitu filosofi politik dengan penolakan etika; dan mereka meletakkan kepentingan diri mendahului segala yang lain.

Jika Ali telah mengorbankan prinsip kepada polisi, maka kerajaannya tidak lagi menjadi Kerajaan Langit di Bumi. Ini beliau tidak boleh biarkan terjadi. Beliau telah menghidupkan kembali Kerajaan Langit di Bumi yang telah ditubuhkan oleh Muhammad. Kedua mereka tahu bahawa struktur “kerajaan” amat lemah dan rapuh, dan ianya telah diancam dari segala penjuru oleh kuasa musuh, yang zahir dan tersembunyi. Mereka juga tahu; jika telah berkompromi dengan prinsip, maka “kerajaan” akan runtuh dari dalaman. Untuk melakukan itu, pasti tidak terfikir oleh mereka. Mereka tidak berkompromi dengan prinsip, jika mereka perlu bayar harga yang mahal, mereka dengan gembira hati melakukannya.

Ali sedang menangani penderitaan moral yang dibawa oleh peperangan. Beliau percaya bahawa perang dan persediaan untuk peperangan, adalah bertentangan dengan jiwa dan keharmonian bangsa manusia. Untuk menjauhi peperangan adalah tugas utama beliau.

Bagi Ali tidak ada keadilan di dalam peperangan. Dia amat keras melaksanakan perundangan Qur’an terhadap politik dan peperangan. Jika beliau boleh mendapat kemenangan dengan cara yang dipersoalkan, beliau lebih mengutamakan untuk tidak menang dari memilih jalan yang diragui. Prinsip dan kemanusiaan lebih diutamakan dari memenangi peperangan.

Sebagaimana yang telah diketahui, semasa hidupnya Rasul, setiap kali Ali bertemu musuhnya di dalam peperangan, beliau berikan tiga pilihan. Itu adalah:

1.Menerima Islam; atau, 2.Jangan memerangi Muhammad, Rasul Allah, dan berundur dari pertempuran; 3.Jika kedua-dua pilihan pertama tidak diterima, maka jadilah orang yang pertama untuk memulakan pertempuran.

481

Page 221: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Semasa Ali menjadi khalifah, beliau terpaksa memerangi Muslim yang telah bangun memberontak menentang kerajaan pusat. Beliau merayu kepada mereka untuk menyelesaikannya melalui rundingan bukan berperang. Berperang bagi dirinya adalah pilihan yang terakhir, dan yang amat dibencinya. Tetapi jika ada yang mencabarnya, maka orang itu hendaklah menjadi yang pertama untuk memulakan. Beliau tidak pernah menghayunkan pedangnya dahulu kepada musuh. Beliau hanya berperang sebagai mempertahankan diri.

Di dalam kempen-kempen Rasul, sebelum serangan besar-besaran bermula, wira dari kedua pihak akan beradu tenaga seperti ‘Roman gladiators [pejuang Roman]’. Di dalam peperangan Uhud, wira dari tentera Makkah keluar dari barisan mencabar wira Muslim. Ali keluar untuk menemui mereka. Sejurus kemudian Ali telah menjatuhkannya, dan meletakkan lutut beliau ke dada musuhnya. Di ketika ini, sebagai pertahanan yang terakhir musuh dia telah meludah ke muka beliau.

Sebagai tindakan manusia biasa, di pihak Ali adalah wajar untuk menusukkan pedangnya ke jantung musuh yang telah tersungkur jatuh, dan kini melanggar perundangan keperwiraan jahiliah, satu kesalahan yang tidak dapat diampunkan di dunia Arab.

Tetapi Ali telah lakukan yang sebaliknya. Beliau bangun dari dada musuh, menyarungkan pedangnya dan kembali ke garisan Muslim.

Kedua tentera telah menyaksikan drama ini, dan keduanya amat terkejut, tetapi tidak ada yang lebih terkejut dari musuh yang baru dikalahkan, dan dia tidak percaya bahawa nyawanya telah terselamat. Apakah erti tindakan yang aneh ini, mengapa Ali tidak membunuh dirinya yang terlalu biadap? Wira Makkah bangun dan pergi mendapatkan Ali, dan bertanya mengapa dia tidak dibunuh. Ali berkata:

"Tindakan keji kamu telah membuat aku marah. Jika saya membunuh kamu dikala itu, saya mendapat kepuasan dari kemarahan peribadi saya. Tetapi saya bukan mencari kepuasan peribadi. Saya tidak mahu membunuh seseorang dari sebab peribadi."

Apabila wira musyirik mendengar jawapan Ali, keanehannya makin bertambah. Tetapi kini dia faham bahawa Ali berperang atas dasar fahaman [agama]. Jawapan Ali telah dapat menjayakan apa yang tidak dapat dijayakan oleh pedangnya; iaitu menghancurkan segala kepercayaan musuhnya, dan kini musuhnya menerima Islam.

Tindakan Ali ini telah memperjelaskan filosofi hidupnya. Beliau telah menunjukkan kebenciannya, begitu juga dengan cintanya, bukan sesuatu yang peribadi. Beliau tidak membenci atau mencintai untuk dirinya, beliau benci dan cinta hanya kerana Allah. Jika beliau berjuang, adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah; dan jika beliau membuat perdamaian adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Segala tindakan beliau adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Jika Ali benci membunuh atas sebab prinsipnya, beliau juga benci membunuh atas sebab kemanusiaan. Di atas prinsip kemanusiaannya bahawa manusia yang amat merbahaya dan licik seperti Amr bin Aas telah berhutang nyawa kepadanya di dalam peperangan Siffin. Abbas Mahmud Al-Akkad dari Mesir telah menulis di dalam bukunya, 'Abqariyyet Imam Ali (Cairo, 1970):

Keperwiraan dan keberanian Ali tidak membenarkan dirinya mengambil peluang di dalam keadaan di mana musuhnya telah terperangkap dan tidak berdaya. Di dalam peperangan Siffin, tiba-tiba Amr bin Aas sedar bahawa dia sedang bertarung dengan Ali, dan dia tertiarap ke bumi. Manusia lain pasti telah

482

Page 222: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

membunuh Amr, maka telah lenyaplah segala punca kekacauan tetapi Ali telah mengalihkan pandangannya dengan penuh kebencian, dan terus membiarkannya."

Di dalam peperangan Siffin, Ali kerap berperang dengan menyamar [menggunakan pakaian lain]. Beliau sedang menyamar ketika Amr bin Aas mencabarnya, sejurus kemudian Amr sedar dengan siapa dia sedang berjuang. Setelah mengenali Ali, Amr telah kehilangan akalnya. Dia jatuh ke bumi dan mengangkat pakaiannya, dia tahu apa Ali akan lakukan.

Ali berundur dari pandangan tersebut. Seorang dari askarnya berteriak: "itu adalah Amr bin Aas. Jangan biarkan dia terselamat. Bunuh dia." Tetapi Ali menahan diri dari membunuh Amr bin Aas, kerana Amr di dalam keadaan begitu.

Peperangan terakhir yang Ali berjuang di dalamnya adalah peperangan Nehrwan, dalam tahun 658 M.. Di dalam peperangan itu seorang wira Kharji mendapati dirinya di hujung pedang Ali. Menduga dirinya akan dibelah dua, dia telah kaku oleh ketakutan, maka pedang serta perisainya telah jatuh dari tangan. Pada ketika itu dia amat terkejut melihat Ali tidak menghayunkan pedangnya, beliau memusingkan kudanya dan bertempur dengan orang lain. Tidak percaya dengan matanya sendiri, dia berteriak: "Ali! Tidakkah kamu mahu membunuh saya?" "Tidak," jawab Ali. "Mengapa tidak," tanya Kharji, "ini bererti seorang lagi musuh kurang buat kamu."

Maka berlakulah pertukaran yang berikut ini di antara mereka:

Ali: Saya tidak boleh membunuh kamu kerana kamu telah kehilangan pedang dan perisai, dan kamu tidak mempunyai apa-apa untuk mempertahankan diri.

Kharji: Saya faham, dan itulah yang saya dengan mengenai kamu bahawa kamu tidak akan membunuh musuh yang tidak bersenjata. Tetapi saya juga mendengar sesuatu yang lain, dan saya mahu tahu sama ada ianya benar.

Ali: Apa yang kamu telah dengar dan mahu mengesahkannya sekarang?

Kharji: Saya telah mendengar bahawa kamu tidak akan mengecewakan permintaan musuh jika ianya berpatutan. Jika itu benar maka saya harap kamu dapat berikan pedang kamu kepada saya kerana pedang saya telah hilang.

Permintaan itu tidak munasabah, terutama diketika dan tempat kejadian, tetapi Ali tidak teragak-agak. Beliau memegang mata pedangnya dan menghulurkan hulunya kepada musuh beliau. Wira Kharji mengambilnya, dan setelah pasti Ali tidak mempunyai pedang dia bertanya: Kharji: Kamu sekarang tidak bersenjata. Katakan siapa yang dapat menyelamatkan kamu sekarang?

Ali: Allah. Allah yang dapat menyelamatkan saya. Saya percaya kepadaNya, dan bukan pada pedang dan perisai.

Jawapan Ali memeranjatkan Kharji yang liat hendak mati ini sekali lagi, tetapi juga telah menawannya, dan dia berkata:

"Kamu telah mengalahkan saya, wahai manusia misteri! Dari saat ini saya menjadi hamba kamu. Saya akan berjuang di sebelah kamu menentang musuh-musuh kamu dan saya akan membunuh mereka."

Tawaran Kharji itu pasti telah mengembirakan Ali, dan pasti beliau akan menyambutnya ke dalam barisan beliau, tetapi Ali berkata:

483

Page 223: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

"Janganlah berjuang untuk saya atau menentang saya. Berjuanglah untuk keadilan dan kebenaran. Jika kamu yakin bahawa keadilan dan kebenaran di pihak saya, maka silakan berjuang di pihak saya."

Tangan Ali adalah senjata yang amat berkesan di dalam peperangan Islam. Di dalam setiap peristiwa ianya telah membuka pintu kemenangan sedang yang lain gagal untuk melakukan. Tangan beliau juga kunci keamanan, dan keamanan tidak dapat berjumpa dengan pencintanya yang teragung melainkan beliau. Seperti yang dikatakan bahawa beliau adalah pencinta keamanan dari kedudukan yang berkuasa, bukan dari kedudukan yang lemah. Kerja-kerja beliau adalah menuju ke arah keamanan itu sendiri.

Ali bukan menubuhkan sebuah empayar. Maka beliau tidak bertindak seperti pembina empayar. Pembina empayar pastinya agresif, dan penyerang. Dia terpaksa menakluk negara lain dan menumbangkan empayar lain, supaya di atas keruntuhan itu dia dapat membina empayarnya sendiri. Ali tidak mempunyai matlamat begitu, maka dia tidak menyerang negara lain. Matlamatnya hanya untuk memulihkan semula kerja-kerja ketuanya, Muhammad, Rasul Allah, yang baginda telah mulakan. Ini beliau berjaya lakukan di masa beberapa tahun beliau menjadi khalifah.

Ali hidup di dalam keadaan zuhud dalam erti kata sebenar. Pakaiannya diperbuat dari bahan yang kasar dengan kesan tampal yang banyak padanya. Makanan beliau roti barli yang keras yang beliau rendam dengan air, supaya dapat dimakan. Kadang kala beliau makan buah kurma. Beliau amat menjaga makanan, dan kerap memberitahu Arab supaya jangan makan terlalu banyak, dan terutama daging. ("Wahai Arab! Janganlah menjadikan perut kamu kuburan binatang.")

Di Madinah, Ali mencari kehidupan dengan menjadi buruh. Apabila beliau menjadi pemimpin Muslim, cara hidup beliau tidak berubah. Beliau masih menyara hidup dengan berkerja. Beliau memerintah Muslim sedang beliau seorang buruh. Dalam erti kata lain kerajaan beliau adalah kerajan buruh yang pertama di dalam sejarah, dan juga yang terakhir, oleh kerana beliau sendiri yang menjadi buruh kepada orang lain bukan yang duduk bersenang lenang.

Ali selalu memuji buruh, pekerja dan pengusaha di dalam ucapan-ucapan beliau. Mereka adalah rakan-rakan Allah, dan bolehkan sesiapa melakukan yang lebih baik dari rakan-rakan Allah. Beliau kerap bersama mereka. Amat pelik bahawa beliau tidak dapat merapatkan diri dengan mereka yang kaya. Beliau terjauh dari tuan tanah, dan hartawan umpama satu khutub dengan khutub yang lain. Ali tidak pernah merasa senang duduk-duduk dengan mereka.

Ali merasa bangga dengan kerja yang dilakukannya sendiri. Beliau menampal pakaian dan kasutnya sendiri, memerah susu kambing, mengambil air dari perigi dan mengangkat dan memunggah barangan dari unta-unta khafilah. Ketika di Madinah beliau menyara hidup sebagai tukang kebun seorang yahudi. Beliau mengairi ladangnya. Beliau menjadikan kerjaya buruh dihormati, dan buruh merasa bangga apabila diri mereka dipanggil. Empayar beliau adalah tempat kebajikan, ‘syurga buruh’ yang tidak pernah dilihat oleh dunia sebelum ini.

Walaupun dalam masa empat tahun pemerintahan beliau telah dipenuhi dengan pemberontakan dan peperangan saudara, tiada seorang di dalam pemerintahannya yang lapar. Bukan sahaja tiada yang lapar malah tidak ada inflasi. Setiap orang mempunyai makanan yang banyak untuk dimakan. Di Kufa anak yatim, janda, yang tua dan yang sakit tidak perlu risau mengenai makanan dan tempat tinggal, Ali telah mengambil beban itu dari mereka. Di dalam kawasan daerah, gabenor beliau memberi makan yang miskin dan yang lapar sebelum mereka sendiri boleh makan.

484

Page 224: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kepada anak-anak yatim telah dikatakan bahawa Ali memanjakan mereka. Beliau mengumpulkan semua makanan yang lazat dan berikan kepada mereka. Di Kufa Ali telah menyedia satu tempat tinggal untuk seorang berpenyakit kusta di luar kota. Beliau menziarahinya setiap hari, membersihkan lukanya, memberi makan dengan tangan beliau sendiri kerana si sakit tidak mempunyai tangan, meletakkannya di tempat tidur dan kembali ke kota. Ali bukan sahaja seorang satria malah seorang keramat dan seorang ulama bagi Muslim juga. Mahmud Said al-Tantawi dari Mesir menulis di dalam bukunya ‘Ten Companions of Muhammad, diterbitkan di Cairo pada 1976:

"Ali berdiri di mercu kegemilangan semua cabang sains. Beliau yang paling berpengetahuan di dalam perundangan Islam. Beliau penguasa sains Qur’an dan penghuraiannya. Beliau mengekalkan kesucian bahasa Arab dan memperjelaskan tatabahasanya. Pemidato yang fasih, dan apabila beliau berucap, beliau dapat menyentuh jiwa manusia, yang tidak pernah dirasainya dahulu. Manusia yang mendengar beliau berucap kadang kala menangis seperti kanak-kanak.

Pencapaian begini pastinya sesuatu yang luar biasa pada diri seseorang. Tetapi ini adalah perkara biasa di dalam diri Ali. Kerana beliau telah dibesarkan oleh Rasul Allah sendiri. Baginda yang mengajarnya. Keunikan Ali bahawa beliau dapat memahami semua pengetahuan yang diajarkan oleh Rasul. Inilah yang tidak dapat dilakukan oleh sesiapa melainkan Ali." (Ten Companions of Mohammed, ms. 150, 157, 162)

Semua ahli tassawuff (sufi Islam) susur asalnya dari ajaran filosofi Ali. Beliau telah dikatakan bapa bagi segala wali. Maksud filosofi itu adalah cinta kepada Tuhan dan cinta kepada semua makhluknya.

Tirmidhi dan Tabrani, pengumpul hadith telah menyebut dari Muhammad, Rasul Allah sebagai berkata: "Aku adalah kota Ilmu, dan Ali adalah pintunya."

Sebagai murid pertama Muhammad, Ali adalah sumbangan besar terhadap kecemerlangan ilmu dan juga amalannya. Khidmat Ali di dalam tentera kepada Islam telah cuba menutupi pencapaian intelektualnya. Ini telah ditumpukan kepada semua pelajar sejarah, sehingga gambarannya menjadi kabur. Sebenarnya Ali adalah permulaan terhdap intelektual Muslim. Tidak ada khalifah, yang telah menghasilkan susunan dokumen, perintah, surat-surat, ucapan dan khutbah. Tidak ada khalifah yang telah berucap di dalam tajuk yang begitu luas seperti beliau. Beliau adalah wakil Rasul yang serba boleh.

Jurji Zaydan, ahli sejarah Lebanese-Egyptian, menulis di dalam ‘Collected Works, vol. I, (muka surat 550) bahawa apabila Amr bin Aas menyerang Mesir, Gabenor Mesir menghantar kepadanya surat yang Muhammad Mustafa, Rasul Allah, telah hantar kepada dirinya (gabenor), beberapa tahun terdahulu, mempelawa dia memeluk Islam. Amr menerima surat itu, yang mempunyai cop Rasul.

Ahli sejarah itu manambah: "Dia (Amr) kenal akan cop Rasul. Dia kemudian melihat pada tulisannya, itu adalah tulisan Imam Ali ibn Abi Talib. Ali adalah orang pertama memperkenalkan kaedah penulisan di dalam menyebarkan Islam. Beliau adalah setiausaha Rasul. Terdapat ramai setiausaha Rasul dan Amr bin Aas adalah seorang dari mereka. Apabila dia berpuas hati bahawa itu surat Rasul, dia mengucupnya, meletakkan di kepalanya dan kemudian membacanya seperti berikut..."

“Maka Ali adalah yang pertama untuk melaksanakan kaedah penulisan di dalam khidmat untuk Islam”. Abbas Mahmud Al-Akkad dari Egypt, berkata di dalam bukunya, Abqariyyet Al-Imam Ali (Cairo, 1970):

485

Page 225: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

"Maka beliaulah yang memberi petunjuk di dalam ilmu Tauhid, di dalam perundangan Islam, di dalam ilmu fiqh, di dalam tatabahasa Arab, dan di dalam kaedah penulisan Arab. Kita boleh mengatakan hasil kerja beliau sebagai asas bagi sains Islam pada semua zaman. Atau lebih baik lagi jika kita memangil beliau ensiklopedia bagi semua ilmu Islam di dalam abad pertama Muslim."

Semasa Ali menjadi khalifah, beliau terpaksa berdepan dengan beberapa pemberontakan, tetapi apabila terdapat sedikit masa aman, beliau akan menggunakan sepenuhnya untuk menyebarkan ilmu Islam kepada ummat Muhammad Mustafa.

Ramai pencari ilmu datang berkumpul di Kufa untuk mendengar Ali berucap. Selepas setiap ucapan beliau mempelawa sebarang soalan dari mereka. Beliau kerap berkata kepada mereka:

"Wahai Muslim! Tanyalah kepada saya apa juga soalan dalam apa juga bidang yang ada di dalam fikiran kamu, dan tanyalah sekarang. Ingat saya tidak akan bersama kamu selamanya."

Ali menggalakkan pertanyaan yang bebas dan perdebatan terbuka di dalam semua ilmu agama, fahaman, perundangan, politik, filosofi dan perkara saintifik, dan beliau menggalakkan Muslim untuk menjadikan masjid sebagai forum untuk menyampaikan pandangan dan idea mereka.

Ali percaya pada kehormatan dan kebolehan yang ada di dalam diri individu, dan hak kebebasan untuk memilih agama yang dipercayainya, dan juga di dalam politik, ekonomi dan aktiviti sosial. Beliau mempunyai kepercayaan di atas kemampuan manusia untuk memenuhi suratan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Berucap kepada manusia di dalam satu dari ucapannya, dia berkata:

"Kamu fikir bahawa kamu adalah jisim yang kecil (microcosm); malah jisim yang yang lebih besar (macrocosm) tersembunyi di dalam diri kamu."

Ali hampir menjadi manusia yang teragung. Beliau seorang wali, ulama’, pekerja, penyair, tentera, penjajah, hakim, falsafah, kemanusiaan, fiqah, pemidato, pentadbir dan negarawan, tetapi di atas ini semua beliau adalah sanjungan lelaki dan wanita yang mencintai Allah. Beliau telah karam di dalam mencintai Allah. Ucapan dan khutbahnya adalah bayangan terhadap cintanya. Di dalam satu dari khutbahnya beliau berkata:

"Masa paling gembira saya datang apabila saya sedang menunggu Pencipta saya. Kegembiraan ini amat besar sehingga saya tidak dapat memikirkan sesuatu yang dapat menandinginya. Ianya adalah sendirinya ganjaran yang terbesar." Di dalam syarahan yang lain beliau berkata:

"Saya tidak menyembah Tuhan disebabkan kerana keinginan untuk masuk syurga, kerana sembah yang demikian adalah berkerja untuk mendapatkan upah. Saya tidak menyembah Tuhan disebabkan kerana takut dimasukkan ke dalam neraka kerana itu adalah sembah seorang hamba. Saya menyembah Tuhan disebabkan oleh cinta saya kepadaNya, dan pengetahuan itu hanya Dia sahaja yang tahu akan nilai cinta dan ketaatan yang saya berikan kepadaNya."

Di dalam sepucuk surat yang Ali kirimkan kepada seorang sahabat, beliau berkata:

"Jika semua tabir yang melindungi Pencipta dari penglihatan kita, telah diangkat dari mata kita, dan saya dapati diri saya berada di kehadiranNya dengan tiada tabir pelindung, keimanan saya kepadaNya kekal sama seperti adanya sekarang ini."

486

Page 226: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali amat yakin akan rahmat dan kesejahteraan Allah. Satu dari doanya adalah:

"Saya berlindung dengan kekuasaan Allah yang tiada berkesudahan, dan saya meminta rahmat dan kesejahteraan Allah yang melimpah-limpah, dan saya mengajak kamu berdoa bersama saya supaya Allah memberikankan keikhlasan dan kekuatan untuk kita menyerahkan semua kehendak kita kepada kehendakNya, dan membolehkan kita membebaskan diri kita secara terhormat di hadapanNya, dan di hadapan semua makhliukNya."

Keratan yang diambil di atas bukan dari intelek atau impian Ali tetapi dari kecintaannya kepada Allah!

BAB 70

Ali dan Sempurnanya Kemerdekaan dan Kebebasan

Jika di dalam ummat Muhammad, Rasul Islam, Ali adalah wakil terbesar untuk keamanan, maka tidak diragukan bahawa beliau adalah pejuang bagi kemerdekaan dan kebebasan individu.

Di dalam pemilihan ketua untuk Muslim, Ali telah diketepikan sebanyak tiga kali, tetapi yang anehnya pada pemilihan diri beliau ummat mendapat keutamaan untuk pertama kali dan yang terakhir di dalam seluruh sejarah mereka, dengan secara bebas memilih ketua mereka sendiri, dan ummat telah memilih beliau. Dengan itu secara tidak langsung ummat telah memilih penjamin kemerdekaan mereka.

487

Page 227: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Seperti yang dinyatakan dahulu, apabila Muhajirin dan Ansar di Madinah berhasrat supaya Ali mengambil alih kerajaan, dan apabila beliau bersetuju, beliau telah mengistiharkan bahawa tiada siapa yang akan dipaksa supaya memberikan bai’ah kepadanya. Dari itu mereka yang memberikan bai’ah adalah secara sukarela.

Tetapi terdapat ramai manusia di Madinah yang bukan sahaja tidak memberikan bai’ah kepada Ali bahkan telah meninggalkan Madinah. Ali tidak menghalang mereka. Apabila diberitahu mengenai pemergian mereka, beliau berkata bahawa di bawah pemerintahannya setiap orang adalah bebas untuk tinggal di dalam Madinah atau meninggalkannya. Musuh-musuhnya mahu meninggalkan Madinah dan beliau mengizinkan dengan tidak mempersoalkan pemergian mereka..

Kebanyakan sahabat Rasul yang ada di Madinah, telah berikan bai’ah kepada Ali. Di antara mereka Talha and Zubayr. Mereka berharap Ali akan menjadikan diri mereka gabenor Kufa dan Basra. Tetapi Ali telah memilih orang lain untuk kedudukan itu, kemudian mereka telah meninggalkan Madinah dengan hasrat untuk membatalkan bai’ah mereka. Ali mengizinkan mereka pergi.

Polisi ini adalah bertentangan dengan polisi Umar bin al-Khattab, khalifah kedua, yang melarang sahabat utama Rasul, terutama Muhajirin, untuk bersama tenteranya ke Parsi atau Syria atau Mesir, dan telah mengarahkan mereka supaya tinggal di Madinah, ramai yang kecewa. Ini lakukan dengan kekerasan kerana dia takut mereka akan gunakan pengaruh dan kedudukan yang dinikmati sebagai sahabat Rasul, jika mereka diizinkan untuk pergi ke kawasan yang baru ditakluki. Bahkan para sahabat tidak menggunakan darjat kedudukan mereka lagi. Tetapi Umar telah mengandaikan yang mereka akan lakukan, di atas andaian inilah kebebasan pergerakan mereka dikawal.

Ali tidak menahan Talha dan Zubayr di Madinah atas andaian bahawa mereka mempunyai perasaan pengkhianatan di dalam hati terhadap negara, yang itulah yang mereka berdua lakukan kemudian.

Beberapa bulan kemudian, Aisyah, Talha dan Zubayr, bangun memberontak menentang Ali, dan berbaris menuju Basra. Tetapi Ali masih tidak menggunakan kekerasan untuk memperbetulkan mereka. Beliau terpaksa menyahut cabaran, tetapi memilih untuk tidak menggunakan kuasa pemerintah.

Pertama sekali, Ali tidak memaksa ummat. Beliau pergi ke masjid di Madinah, dan memberitahu Muslim mengenai pemberontakan Aisyah, Talha dan Zubayr. Beliau merayu supaya mereka berikan sokongan di dalam mengekalkan keamanan di dalam Dar-ul-Islam, dan melindungi kehormatan negara. Beliau juga mengingatkan bai’ah yang mereka telah berikan untuk mentaatinya di masa peperangan dan di masa aman. Tetapi tidak ada jawapan. Beliau memperbaharui rayuannya di hari kedua, ketiga dan keempat.

Setelah banyak hari belalu, hanya 700 orang yang menyahut rayuan beliau, dan dengan pasukan yang kecil ini beliau meninggalkan Madinah. Beliau tidak memaksa sesiapa untuk menyertai tenteranya. Semua mereka yang berperang di pihak beliau adalah mereka yang sukarela.

Yang keduanya, Ali telah berikan pengampunan kepada warga Basra, walaupun mereka telah berkhianat. Bahkan beliau tidak menjadikan mereka sebagai tawanan, apabila mereka telah dikalahkan di dalam peperangan. Beliau telah mengizinkan sahabat dan musuhnya untuk menikmati rahmat kebebasan.

Ali enggan menahan mereka yang berada di Madinah, kerana tidak memberikan bai’ah kepadanya, keizinan kepada Talha dan Zubayr untuk meninggalkan

488

Page 228: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Madinah, dan pengampunan kepada pemberontak Basra, adalah testimoni yang jelas di atas pendiriannya untuk menegakkan kesempurnaan kemerdekan dan kebebasan.

Ali telah buktikan bahawa di dalam kerajaan langit di bumi, kemerdekaan dan kebebasan bukanlah sesuatu yang mustahil atau impian, yang hanya diperkatakan sahaja oleh Muslim, tetapi adalah hak mereka, dan mereka tidak perlu hidup sebagai tawanan dalam bentuk apapun juga. Kebebasan yang terhad bukan cara hidup di dalam kerajaan langit di bumi. Sesiapa yang memasuki ke dalam kerajaan langit di bumi mereka adalah bebas dalam erti kata kebebasan yang sebenar.

Apabila Ali mengambil alih pemerintahan, ummat Muslim di dalam keadaan menyeleweng. Kelas yang memerintah telah sampai ke tahap berkuasa, angkuh dan sombong. Beliau sedar bahawa keadaan kerajaan dan masyarakat di dalam politik, ekonomi dan sosial memerlukan kepada penyusunan semula. Tetapi usaha beliau untuk menyusun semula kerajaan dan masyarakat telah ditolak oleh mereka yang kaya dan berkuasa, dan penolakan mereka inilah yang telah mencetuskan peperangan di Basra dan Siffin, seperti yang telah diketahui.

Kumpulan ketiga yang mengistiharkan penentangan terhadap pembaharuan polisi Ali adalah Kharjis. Mereka berhasrat untuk mencapai matlamat melalui kekerasan, revolusi dan pemberontakan. Mereka telah menunjukkan secara terang bahawa mereka tidak mengizinkan Ali mengembalikan kecemerlangan, kemuliaan dan kekuatan kerajaan melalui keamanan.

Kharjis telah menyalahgunakan kebebasan yang Ali berikan kepada Muslim. Mereka bukan sahaja mempersoalkan polisi beliau, malah keimanannya juga. Tetapi Ali tidak mahu mencari perselisihan dengan mereka. Beliau bersabar terhadap tomahan dan kritikan Kharjis selagi mereka tidak menggangu keamanan, dan tidak mengancam keselamatan Muslim yang lain.

Ali telah membiarkan kesilapan pendapat dan bersabar dengannya, selagi penghujahan diberikan kebebasan untuk memberikan jawapan kepada segala tomahan tersebut. Tetapi Kharjis telah menggunakan setiap kesempatan di atas kebebasan untuk menyebarkan fitnah, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Apabila mereka telah melampaui batasan dengan membunuh warga yang patuh kepada undang-undang, dan sebenarnya telah banyak membunuh mereka, maka Ali terpaksa bertindak.

Kota Kufa, ibu negara Ali, adalah bebas untuk Kharjis dan kepada musuhnya yang lain untuk keluar masuk. Mereka menikmati kebebasan sama seperti sahabat beliau. Mereka hidup di Kufa, atau keluar masuk Kufa sesuka hati mereka. Ali tidak pernah meletak mereka di bawah pemerhatian.

Semua warga di dalam negara Islam, lelaki, wanita dan kanak-kanak telah diberikan sara hidup dari perbendaharaan negara. Khawarij mendapat bahagian mereka, sama seperti warga yang lain. Ali dan pegawainya tidak pernah cuba menjadikan mereka supaya berlembut, patuh dan mudah dilentur dengan mengenakan tekanan ekonomi terhadap mereka. Mereka tinggal kekal sebagai musuh negara dan juga masyarakat. Sehingga akhirnya seorang dari mereka membunuh beliau.

Malah dengan semua ini, dan di dalam keadaan yang begitu terancam, Ali tidak pernah menghalang kemerdekaan dan kebebasan dari ummat Muhammad. Kemerdekaan dan kebebasan kekal bersama beliau tidak tergugat atau bergoncangan sama seperti keimanan dan pendiriannya di dalam menegakkan keadilan dan kebenaran.

489

Page 229: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Mungkin tidak ada yang lebih mudah dari menyanyi dan menyanjung lagu kemerdekaan dan kebebasan, tetapi Ali seorang sahaja negarawan di seluruh dunia ini yang memberikannya, bukan sekadar dengan perkataan malah dengan amalan. Tidak ada pemerintah di dalam sejarah dunia yang telah berikan sepenuh kebebasan kepada warganya, sahabat dan musuh sama, tidak ada bezanya, seperti Ali! Kebebasan yang diberikan kepada warganya, telah mengakibatkan kemenangan di Siffin terlepas dari tangannya, dan kemudian telah menyebabkan kematiannya. Tetapi pendapat beliau, kebebasan ummat adalah sesuatu yang amat berharga, dan beliau tidak menyesal membayar nilainya demi untuk mengekalkannya.

Pemerintahan Ali adalah harapan baru kepada bangsa manusia. Tidak pernah, di dalam sejarah mereka, Muslim dan bukan Muslim dapat menikmati kemerdekaan dan kebebasan yang sedemikian, seperti yang mereka nikmati semasa pemerintahan khalifah Ali ibn Abi Talib!

Ali dan Warisannya

Ali telah hinakan kemewahan dan kekayaan; beliau menghormati individu; dan mempunyai keyakinan kepada kuasa penghujahan jika tidak dicemari oleh misteri dan keutamaan. Beliau adalah musuh keutamaan, dan beliau menentangnya sepanjang hayat.

Sebagai penjaga Islam sebenar, Ali menumpukan hanya kepada kepentingan Islam. Jika beliau perlu mengorbankan nyawanya demi untuk kepentingan Islam, beliau dengan rela melakukannya. Pada malam penghijrahan ketuanya, Muhammad, dari Makkah ke Madinah, beliau telah tidur di dalam mulut maut. Semenjak hari itu hidup beliau telah diserahkan untuk berkhidmat kepada Muhammad dan mempertahankan Islam.

Di dalam mempelajari Ali dan kejayaannya, tiga komponen utama telah jelas kelihatan. Pertama di dalam karektornya, yang telah diterima oleh semua, sebagai yang paling mulia. Secara individu dan juga pentadbiran awam, beliau berdiri di atas prinsip yang terkandung di dalam Qur’an. Rekod dari khalifahnya telah menunjukkan, bahawa prinsip dan pegangannya adalah cabaran kepada setiap generasi Muslim: kesaksamaan kepada semua manusia, kebebasan, tegas dan berprinsip di masa peperangan dan kecemasan. Beliau adalah kecemerlangan karektor dan ideologi.

Kedua, pencapaian Ali sebagai ketua tentera. Beliau adalah seorang jeneral yang disegani dan dikagumi oleh semua. Beliau memandu Muslim di dalam peperangan dengan kepakaran dan kebolehan, tabah dan sabar. Beliau sahaja yang berjaya di antara semua pemimpin yang lain di dalam menyatukan fikiran dan filosofi Islam dengan strategi tektik politik dan peperangan.

Pencapaiannya yang ketiga adalah pengaruh keperibadian dan moral yang diberikan untuk kebajikan dan kebesaran Muslim. Beliau menunjukkan kepada mereka bahawa cara untuk mencapai matlamat adalah sama mulianya dengan kaedah yang digunakan. Kerana kesucian matlamat dan cara mendapatkannya hendaklah bebas dari dipersoalkan. Beliau amat menitik beratkan perkara-perkara yang asas.

Masyarakat Islam yang sempurna adalah, di mana rakyat dan pemimpinnya mematuhi perundangan Allah. Maka tujuan Ali adalah untuk membawa manusia ramai [ummat] ke dalam kumpulan mereka yang patuh kepada perundangan itu. Dengan melaksanakan ini, beliau telah memanjangkan etika Islam dan menguatkan asasnya.

490

Page 230: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Ali telah tunjukkan kepada ummat Muslim karektor yang sama, seperti yang dimiliki ketua dan pemimpin mereka, Muhammad, yang telah melakukan yang sama sebelum ini, dan kedua mereka telah menunjukkan kebolehan dan keutuhan moral yang gemilang ketika bertembung dengan dugaan dan cabaran di mana kejayaan dan penderitaan sama sahaja mereka hadapai.

Semangat untuk membuat pengorbanan untuk tugas dan prinsip, adalah warisan semua para Rasul Allah. Semangat yang sama adalah warisan Ali ibn Abi Talib kepada ummat Muhammad Mustafa. Semoga Allah merahmati kedua keduanya dan juga keluarga mereka.

BAB 71

senarai bagi yang ‘Pertama’ di dalam Islam

Seseorang di dalam Islam adalah lelaki atau wanita yang pertama untuk melakukan atau mengucapkan sesuatu. Berikut adalah senarai mereka yang pertama melakukan sesuatu. Ini tidak bererti senarai bagi yang pertama setakat ini sahaja.

491

Page 231: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

(1). Hashim, moyang Muhammad ibn Abdullah dan Ali ibn Abi Talib, telah memulakan sistem perdagangan di Hijaz, yang mana diketika itu telah memperbaharui cara kehidupan ekonomi Arab. Dengan cara itu beliau telah menukar Quraish dari pengembala menjadi putera pedagang.

Ibn Ishaq: "Telah dikatakan bahawa Hashim, yang pertama untuk mengerakkan dua perjalanan khafila Quraish, di musim panas dan sejuk, dan yang pertama menyajikan bubur di Makkah."

(2). Khadijah bint Khuwailed, isteri Muhammad Mustafa, yang pertama bertukar kepada Islam.

(3). Lelaki pertama yang menjadi saksi pada ke Esaan Tuhan, dan Muhammad adalah PesuruhNya, adalah Ali ibn Abi Talib.

(4). Tempat pertama perjumpaan orang Islam adalah di rumah Arqam bin Abil-Arqam di Makkah.

Betty Kelen: "Permulaan Islam merupakan suatu pergerakan yang muda, pertama kali disangkakan seperti anak binatang yang tidak merbahaya. Mereka diketika itu mempunyai lebih kurang 40 orang ahli, dan selalu berjumpa di sebuah rumah yang besar di pinggir kota kepunyaan seorang muda yang kaya bernama Arqam dari kaum Makhzum. Rumah Arqam telah diingati oleh Muslim sebagai tempat perjumpaaan yang pertama."

(5). Yasir adalah keluarga yang pertama menerima Islam [selain dari keluarga Muhammad sendiri] Yasir; isterinya, Sumayyah; dan anak lelakinya, Ammar; semua ketiga-tiganya menerima Islam sebaik sahaja mendengar seruan dari Rasul Allah. Sebahagian manusia mengatakan bahawa Abu Bakar sebagai ketua dari keluarga pertama yang menerima Islam. Tuntutan ini kurang bukti. Anak Abu Bakar, Abdur Rahman, seorang jahiliah, dan dia memerangi Rasul Allah di dalam peperangan Badr. Bapa Abu Bakar, Abu Qahafa juga seorang jahiliah, yang menjadi Muslim apabila Makkah ditawan dalam tahun 630 M.

(6). Jahiliah Makkah menyeksa Yasir, isteri dan anaknya Ammar, hari demi hari, kerana mereka menerima Islam. Kesemua ketiga-tiga mereka adalah Muslim pertama Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, memberikan khabar gembira bahawa mereka akan memasuki syurga.

(7). Sumayyah, isteri Yasir, adalah mukmin pertama yang syahid di dalam Islam. Suaminya, Yasir, syahid yang kedua di dalam beriman kepada Allah. Kedua mereka telah diseksa sehingga mati oleh musyirik. Anak mereka Ammar, telah ditentukan untuk memenangi mahkota syahid di dalam peperangan Siffin dalam tahun 657 M. Mereka telah menjadi keluarga yang semuanya telah syahid di dalam Islam, satu keistimewaan manusia lain tidak dapat berkongsi dengan mereka. Allah sendiri telah memilih mereka untuk kehormatan itu.

(8). Orang pertama yang membaca Qur’an dengan lantang di Kaabah adalah Abdullah ibn Mas’ud, sahabat dan rakan Muhammad.

Ibn Ishaq: "Yahya b. Urwa b. Zubayr telah memberitahu saya dari bapanya bahawa orang pertama yang membaca Qur’an dengan kuat di Makkah selepas Rasul adalah Abdullah ibn Mas’ud."

(9). Orang pertama yang dibunuh di kawasan Kaabah adalah Al-Harith ibn Abi Hala, anak saudara dan anak angkat Khadijah, isteri Muhammad. Apabila Muhammad menyatakan keEsaan Allah di Kaabah di hadapan jahiliah, mereka memukul baginda. Al-Harith ibn Abi Hala cuba untuk mempertahankan baginda.

492

Page 232: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Mereka telah menikam beliau berkali-kali, dan beliau jatuh ke bumi meninggal dunia. Maka beliau menjadi syhid ketiga di dalam Islam.

(10). Ammar ibn Yasir adalah orang yang pertama mendirikan masjid. Dia mendirikan sebuah masjid di Makkah.

Ibn Ishaq: "Sufyan ibn Uyayna menyebutkan dengan disampaikan oleh Zakariya dari al-Shabi; bahawa orang pertama mendirikan masjid adalah Ammar ibn Yasir."

(11). Mas'ab ibn Umayr adalah pegawai pertama di dalam Islam. Dalam tahun 621 M., sekumpulan warga Madinah datang ke Makkah. Mereka bertemu dengan baginda Rasul di Aqaba; mereka menerima Islam, dan mereka meminta baginda menghantar bersama mereka ke Yathrib seorang guru untuk mengajarkan Islam dan Qur’an. Rasul menghantar Mas'ab ibn Umayr, sepupu bapanya bersama warga Yathrib. Inilah kali pertama pegawai dipilih di dalam Islam. Mas'ab ibn Umayr adalah wakil Muhammad Mustafa, Rasul Allah, yang pertama.

(12). Abdullah, anak lelaki Abd al-As'ad, adalah orang pertama yang berhijrah dari Makkah ke Yathrib (Madinah) dalam tahun 622 M.

(13). Bilal adalah "muezzin" pertama bagi Islam. Suaranya bergema di seluruh Madinah dengan laungan Allah Hu Akbar.

Apabila Madinah telah membangun menjadi sebuah negara, ia juga memerlukan perbendaharaan, dan Muhammad melantik Bilal sebagai bendaharinya. Dia bertanggungjawab kepada Bayt-ul-Mal negeri Madinah. Inilah bendahari pertama di dalam Islam. Dia memperuntukkan segala sumber kewangan. Dia juga bertanggung jawab menyampaikan puca kewangan kepada balu, anak yatim dan musafir dan juga miskin yang lain yang tiada mempunyai punca pendapatan untuk menyara hidup sendiri.

(14). Hamza ibn Abdul-Muttalib, bapa saudara Muhammad dan Ali, adalah ketua tentera pertama Islam. Rasul Allah menghantar beliau sebagai ketua kepada pasukan 30 Muhajirin untuk memintas khafila Quraish, yang dipandu oleh Abu Jahal. Tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku, dan ekspedisi pulang ke Madinah. (15). Gabenor pertama Madinah adalah Saad ibn Ubada Ansari. Di dalam tahun kedua Hijrah, Rasul telah memimpin ekspedisi ke Waddan. Semasa ketiadaan baginda, Saad ibn Ubada dilantik sebagai pemerintah Madinah.

(16). Ketua tentera yang pertama yang tenteranya bertempur dengan musyirik adalah Abdullah ibn Jahash, sepupu Rasul. Dia mengetuai ekspedisi tujuh orang ke Nakhla.

(17). Peperangan Badr dalam tahun 624 M, adalah pertempuran pertama Islam dengan jahiliah di dalam medan perang. Wira musyirik, Walid bin Utba, mencabar wira Islam di dalam pertempuran perseorangan. Cabarannya telah disambut oleh Ali ibn Abi Talib, lelaki pertama yang menerima Islam.

Ali membunuh Walid bin Utba selepas beberapa kali hayunan pedang masing-masing. Inilah pergelutan yang panjang di antara Islam dan jahiliah. Sebagaimana akhir begitulah mulanya, dengan kemenangan Islam di atas jahiliah, dan Ali adalah perencana kemenangan itu.

(18). Ubaidah ibn al-Harith ibn Abdul-Muttalib, adalah Muslim yang pertama terbunuh di dalam peperangan; dia adalah sepupu Muhammad dan juga Ali, dan syuhada yang pertama di dalam peperangan Badr.

493

Page 233: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

(19) Zayd ibn Haritha adalah Muslim pertama terbunuh di bumi asing. Dalam bulan September 629 M., Rasul menghantar beliau sebagai jeneral tentera untuk berperang dengan tentera Roman di Syria. Kedua tentera berperang dalam Perang Mu’tah, dan Zayd telah terbunuh.

(20). Akib ibn Usaid adalah gabenor pertama Makkah. Itu adalah perlantikan pertama ke jawatan tetap di dalam Islam. Akib melaksanakan tugasnya sebagai gabenor Makkah dalam bulan Januari 630 M.

BAB 72

‘Persamaan yang penting’ dalam Islam

Pada peringkat permulaan Islam, percubaan dan dugaan yang pahit ditanggung oleh mereka yang baru beriman. Setiap hari membawa mereka kepada pertentangan yang baru dari pihak musyirik. Untuk berada di dalam suasana

494

Page 234: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

permusuhan begini adalah satu pergelutan yang tidak berkesudahan. Di sepanjang penyampaian Muhammad sebagai Pesuruh Allah yang terakhir di dunia ini, selama 23 tahun hidupnya, baginda telah dipenuhi dengan tekanan dan pergelutan ini.

Ini adalah satu pergelutan yang besar. Hanya lelaki dan wanita yang mempunyai keimanan yang kukuh, semangat yang kental dan kepercayaan yang tidak bergoncang, yang dapat menghadapi tekanan dan dugaan ini. Untuk mengatasi ini, Islam telah menghasilkan wiranya sendiri. Wira Islam adalah dua individu dan dua kumpulan. Dua individu itu adalah Abu Talib ibn Abdul-Muttalib dan anaknya, Ali; dan dua kumpulan adalah Bani Hashim di Makkah, dan Ansar di Madinah.

Tapak operasi Abu Talib dan Bani Hashim adalah Makkah sedangkan pentas pertentangan di mana Ali dan Ansar bergelut adalah Madinah. Dengan itu mereka telah menjadikan apa yang dipanggil “persamaan yang penting [important equation]” di dalam Islam. Setiap satu dari empat komponen ini adalah penting untuk kewujudan Islam, dan setiap satu darinya telah ditentukan untuk memainkan peranan yang khusus di dalam sejarah.

Komponen yang pertama di dalam persamaan ini adalah Abu Talib. Tuhan telah memberikan dia tugas untuk menyelamatkan Muhammad dan melindungi Islam. Rumahnya di Makkah adalah buaian Islam. Muhammad, Rasul yang akan datang telah dilahirkan di dalam rumahnya. Kemudian rumah yang sama; pertama menjadi sekolah untuk Muhammad kemudian menjadi kubu untuk Islam.

Abu Talib adalah seorang yang sangat dihormati, berkebolehan dan berkuasa tetapi masalah yang dihadapainya, sebagai pelindung Islam, amatlah besar sehingga dia tidak dapat untuk melaksanakannya seorang. Maka dia memerlukan sokongan. Tetapi siapakah di Makkah yang akan menyokongnya menentang Quraish, melainkan ahli dari kaumnya, Bani Hashim? Dia mengumpulkan mereka, dan dari sokongan mereka semua telah dapat mempastikan wujud dan terus hidupnya Islam di Makkah.

Kaum Bani Hashim berterusan dan sebulat suara di dalam sokongan mereka kepada Muhammad dan Islam. Sehingga mereka sanggup menanggung penderitaan selama tiga tahun sebagai yang terasing dan terbuang di dalam lembah pergunungan, tetapi mereka tidak meninggalkan Muhammad. Musyirik sungguh kecewa dengan kukuhnya persatuan dan penentangan yang ditunjukkan oleh Bani Hashim kepada mereka, dan kepada dunia.

Pada hari Abu Talib meninggal, telah dilihat oleh Muhammad bahawa sokongan Islam yang terkuat telah tumbang. Kematian Abu Talib bagaimanapun tidak menggangu tradisi menyelamatkan Muhammad dan melindungi Islam yang telah tubuhkan; ianya telah disambung oleh anak beliau, Ali, yang telah ditentukan akan lebih menyerlah dari bapanya di dalam khidmatnya kepada Islam. Kepintaran dan kebolehan beliau terserlah di Madinah. Beliau menghancurkan sembahan Arab jahiliah. Tetapi seperti juga pentingnya sokongan Bani Hashim untuk Islam di Makkah, sokongan Ansar sama penting untuk Islam di Madinah. Ansar berkumpul di belakang Muhammad di Madinah sama seperti Bani Hashim berkumpul di belakang Muhammad di Makkah.

Abu Talib dan Ali, serta lelaki dan wanita dari Bani Hashim dan Ansar mempunyai kedudukan khas pada masa mereka begitu juga kini. Mereka menerima semua cabaran untuk Islam, dan menjayakan semua krisis di dalam kerjaya mereka. Merekalah yang mempertahankan dan melindungi warisan dan kehormatan Islam. Nama wira-wira ini tidak diketahui oleh sejarah, tetapi khidmat dari setiap mereka amatlah penting dalam Islam. Setiap mereka lelaki dan wanita, telah menjadi “persamaan yang penting” dalam Islam.

495

Page 235: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Terdapat Muslim yang lain juga, iaitu para sahabat Rasul yang memainkan peranan mereka masing-masing di dalam sejarah Islam. Sebahagian memainkan peranan yang besar dan sebahagian lain yang kecil, tetapi tidak ada di antara mereka yang memainkan peranan yang cukup besar sehingga boleh dimasukkan di dalam golongan kategori mereka yang penting. Kebanyakan mereka menjadi terkenal setelah wafatnya baginda Rasul; tetapi jika mereka mati sebelum wafatnya baginda, nama mereka tidak akan diketahui oleh manusia. Semasa era hidup baginda, mereka hanya menunjukkan karektor yang biasa, dan hanya menonjolkan diri mereka sebenar dengan begitu komplek setelah wafatnya ketua mereka.

John Kenneth Galbraith, seorang diplomat dan ahli ekonomi Amerika, suatu ketika mengasingkan penyakit para wartawan yang dinamakan "the build-up [suatu pembinaan]." Sifat bagi sesuatu pembinaan karektor, kata beliau, adalah supaya dilihat semula sifat individu berkenaan yang sederhana di dalam era sejarahnya terdahulu; sesungguhnya mereka kini adalah di luar batasan karektor manusia. Ini telah dilakukan terhadap diri kebanyakan Muhajirin. Sanjungan yang teramat tinggi telah diberikan kepada mereka, di dalam banyak perkara [kes], sehingga sanjungan itu telah dikatakan datang dari Rasul Allah sendiri, dari itu telah mendapat status hadith atau tradisi. Yang sebenarnya, hadith atau tradisi yang begitu banyak mengenai mereka tidak lain dari sanjungan dan impian yang dicipta khas oleh pemuja mereka.

Contoh terhadap hadith yang memuja para sahabat Rasul banyak, tetapi di sini hanya dapat disebutkan satu darinya. Satu dari hadith yang popular dinamakan "Hadith Ashra Mubasharra." Rasul telah dikatakan memberikan kepastian kepada sepuluh dari sahabat yang utama bahawa semua mereka akan memasuki syurga. Mereka adalah:

1. Abu Bakar 2. Umar 3. Uthman 4. Ali 5. Talha 6. Zubayr 7. Abdur Rahman bin Auf 8. Saad bin Abi Waqqas 9. Abu Ubaida Aamir bin al-Jarrah 10. Said bin Zayd

Kesahihan Hadith ini terdedah kepada beberapa persoalan atas dasar yang berikut:

(1). Kesemua 10 sahabat adalah Muhajirin tiada seorang dari Ansar, penerimaan kemasukan yang amat diragukan! Seperti mana juga Ansar tidak punya bahagian di dalam kerajaan Saqifa, sekarang mereka juga tidak punya tempat di dalam syurga juga. Amat menakjubkan bahawa Rasul tidak menjumpai walau seorang Ansar pun yang layak dijumlahkan di dalam kumpulan yang sepuluh. Dan sebaliknya Ansarlah yang memberikan perlindungan kepada Islam dan kepada Muhajirin sendiri.

Muhammad Mustafa bukannya manusia yang tidak tahu berterima kasih atau pelupa. Baginda pasti tidak lupa kebajikan yang telah ditunjukkan oleh Ansar. Sesungguhnya baginda telah menerima kabajikan Ansar dengan hati yang terbuka, sebaliknya baginda begitu teragak-agak untuk menerima apa-apa dari pihak Muhajirin, dan boleh dikatakan baginda tidak menerimanya. Jika Rasul Allah manusia yang tahu mengenang budi maka hadith ini adalah palsu.

496

Page 236: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

(2). Sebahagian dari warga syurga ini, apabila mereka yang hidup di dunia saling berperang di antara mereka, dan saling membunuh. Dua dari mereka, Talha and Zubayr telah menimbulkan semangat awam supaya membunuh khalifah yang memerintah, Uthman yang juga ahli kumpulan ini. Kemudian kedua mereka melanggar bai’ah kepada seorang khalifah yang lain, Ali dan telah menumpahkan darah ribuan Muslim yang tidak berdosa. Ali telah cuba untuk menyelamatkan nyawa Muslim dari dibunuh. Dan dari hadith ini pembunuh dan yang akan dibunuh keduanya masuk syurga!

(3). Bahkan di antara Muhajirin, terdapat mereka yang lebih terkemuka dari sebahagiannya dalam kumpulan ini, tetapi Rasul tidak memberikan jaminan kepada mereka untuk memasuki syurga. Mas'ab ibn Umayr, Abdullah ibn Mas’ud, Bilal ibn Ribah, Zayd ibn Haritha, dan anaknya, Usama, dan Abdullah ibn Rawaha, adalah lebih terbilang dari Uthman, Abdur Rahman bin Auf, Ubaidullah bin Aamir al-Jarrah, dan Said bin Zayd, dan bahkan Rasul tidak memberikan jaminan bahawa mereka akan masuk syurga.

Tidak diketahui apakah standard untuk menilai siapa yang masuk syurga siapa yang tidak. Jika ketaqwaan adalah syaratnya, maka di antara para sahabat, Muhajirin dan Ansar, terdapat ramai yang lebih bertaqwa dari kumpulan yang sepuluh ini. Lima dari yang sepuluh adalah kapitalis teragung. Merekalah penegak sistem kapitalis di kalangan Muslim.

Tidak ada salahnya menjadi kapitalis; tetapi kapitalis di dalam keadaan yang keterlaluan adalah simbol sistem ekonomi yang ditentang oleh Muhammad, Pesuruh Allah sepanjang hayatnya. Baginda menentangnya kerana prinsipnya yang menindas dan mengeksplot si miskin. Baginda dapati kapitalis penindasan di bela dan dilindungi oleh kumpulan yang berkuasa dari Quraish Makkah. Persatuan mereka telah kukuh dan kuat, tetapi dalam waktu yang panjang dengan kecekalan usaha baginda; akhirnya kapitalis ini dapat dihancurkan.

Muhammad tidak pernah mengenalkan dirinya bersama penjaga sistem kapitalis. Sebaliknya baginda memperkenalkan diri baginda bersama mereka yang miskin. Baginda Rasul kerap berkata: Alfaqru fakhri (kemiskinan adalah kebanggaanku). Tetapi setelah baginda Rasul wafat, kapitalis telah dipulih dan dihidupkan semula. Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh Umar untuk memilih khalifah yang baru, adalah persatuan kapitalis yang baru, telah dihidupkan semula di dalam era Islam. Benar dia telah menjadikan Ali seorang dari ahli pemilih, tetapi beliau bukan dari ahli kumpulan tersebut. Sesungguhnya perhubungan beliau dengan ahli kumpulan tersebut sama seperti hubungan Muhammad dengan ahli kumpulan kapitalis di Makkah.

Kedua persatuan ini adalah ekslusif. Persatuan di Makkah mengenepikan yang bukan Quraish dan yang miskin dari menjadi ahlinya; persatuan di Madinah mengenepikan Ansar dan yang miskin dari menjadi ahlinya. Kedua-dua pertubuhan ini diurus oleh Quraish untuk kepentingan ekslusif mereka.

Kapitalis yang baru telah diperbolehkan [sah], kerana mempunyai kaitan dengan para sahabat utama Rasul, dan kemudian naik sampai ke tahap menguasai kedudukan tertinggi di dalam Dar-ul-Islam sehingga tidak dapat diceraikan lagi. Apabila Ali membuat percubaan untuk menceraikan, penjaganya telah mencabar beliau, dan Dar-ul-Islam meletus di dalam peperangan saudara.

Maka Ali telah dibunuh, setelah pembunuhan beliau, kapitalis mendapati dirinya bebas semula untuk melakukan apa sahaja tanpa dibendung di atas tanah jajahan Islam. Muslim Syi’ah menganggap "Ashra Mubasharra" sebagai tradisi yang dipalsukan kerana ia tidak diterima oleh penghujahan, dan jauh sekali dari etika Islam. Mereka menganggapnya sebagai satu yang diadakan. Mereka percaya, sifat-sifat

497

Page 237: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

yang diadakan adalah untuk meninggikan manusia-manusia tertentu yang tidak mempunyai keutamaan di dalam sejarah sebenar, ke satu kedudukan yang tertinggi.

BAB 73

Pengorbanan Muhammad untuk Islam

498

Page 238: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Impian besar yang hendak dicapai meminta pengorbanan yang besar juga, dan untuk menjayakannya memerlukan kos yang tinggi. Lebih tinggi matlamat, lebih tinggi harga yang perlu dibayar untuk mendapatkannya. Manusia telah bergelut untuk membebaskankan dirinya dari belengu kehambaan dan kezaliman selama ribuan tahun lamanya dan telah mengorbankan nyawa yang tidak terkira. Pergelutan terus berlaku sehingga ke hari ini; sama seperti yang berlaku dahulu, dan ceritanya tiada berkesudahan kerana pergelutan itu sendiri tiada kesudahannya.

Tiga dari contoh utama pergelutan manusia untuk kebebasan adalah Revolusi Perancis tahun 1789, Revolusi Russia tahun 1917, dan Revolusi China tahun 1949. Ini adalah tiga kejadian sejarah dunia yang paling penting. Alunan ombak darah meningkat di dalam revolusi ini, dan apabila ianya surut, ia membawa sekali simbol sistem lama dan ekploitasi penindasan bersamanya juga. Revolusi memberikan kuasa dan wajah baru, sehinggalah ke hari ini telah membuat perubahan kepada seluruh dunia. Inilah nilai yang manusia perlu bayar untuk membeli kemerdekaan politik dan ekonomi mereka.

(Revolusi Russia dan jatuhnya empayar Soviet dari hancuran dalaman, selepas 73 tahun – dalam tahun 1990. Ini telah terbukti prinsipnya tidak boleh berdikari)

Berabad-abad sebelum ini, iaitu di dalam abad ke tujuh, satu lagi revolusi telah menukar haluan sejarah. Ini adalah satu dari revolusi yang terpenting di dalam semua masa [era], tetapi yang menakjubkan, telah berlaku dengan aman. Tidak menumpahkan sebarang darah. Revolusi yang menyampaikan berita keamanan. Keamanan adalah lambangnya, namanya adalah Islam.

Walaupun Islam menegakkan prinsip keamanan di dalam dunia, ia tidak boleh berdikari tanpa pergelutan. Sesungguhnya Islam telah terikat di dalam pergelutan selama 23 tahun untuk hidup, sama seperti pergerakan yang lain pada peringkat permulanya, Islam juga meminta pengorbanan. Amat menakjubkan bahawa Muhammad, Pesuruh Allah dan juga Rasul Islam tidak mencontohi ketua-ketua lain yang telah membawa pengikutnya ke dalam api peperangan atas nama pengorbanan untuk sesuatu konsep. Sebaliknya baginda sendiri yang pertama berkorban untuk Islam.

Definasi Webster terhadap pengorbanan adalah, mengalami kerugian untuk sesuatu prinsip. Berpisah dengan sesuatu yang amat dihargai untuk sesuatu prinsip merupakan satu pengorbanan. Kebanyakan Rasul dan Nabi berpisah dengan nyawa untuk pengorbanan. Ibrahim menawarkan anaknya Ismail, sebagai korban; dan John the Baptist [Yahya], serahkan nyawanya untuk dikorbankan. Ismail mungkin akan terbunuh jika tidak digantikan dengan kibas, tepat pada waktunya. Bagaimanapun Yahya, telah dibunuh, dan kepala beliau telah diserahkan kepada wanita yang tidak bermoral untuk menyenangkan hatinya. Beliau adalah syuhada teragung di semua zaman.

Dua ini adalah dari banyak contoh terhadap pengorbanan yang diperlukan oleh keberanian dan keimanan. Tetapi dari sudut kualiti dan kuantiti, pengorbanan yang diberikan oleh Muhammad untuk Islam tidak ada taranya di dalam sejarah.

Perbezaan hendaklah dibuat di antara pengorbanan harta dan pengorbanan jiwa. Muhammad telah memberikan keduanya. Baginda telah mengorbankan kesenangan hidupnya, dan segala yang dimilikinya untuk Islam. Ini semua manusia tahu. Apa yang tidak diketahui secara khusus adalah pengorbanan mereka-mereka yang dicintainya, saudara dan kerabat, telah terkorban di dalam mempertahankan Islam. Kerabat Muhammad yang telah mengorbankan nyawanya untuk kepentingan Islam adalah seperti berikut:

499

Page 239: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

1. Al-Harith ibn Abi Hala, anak angkat, dan anak saudara Khadijah. Dia terbunuh di Makkah.

2. Ubaida ibn al-Harith ibn Abdul-Muttalib, sepupu. Dia terbunuh di dalam peperangan Badr.

3. Hamza ibn Abdul-Muttalib, bapa saudara. Dia terbunuh di dalam peperangan Uhud.

4. Mas'ab ibn Umayr, bapa saudara. Dia terbunuh di dalam peperangan Uhud.

5. Abdullah ibn Jahash, sepupu. Dia terbunuh di dalam peperangan Uhud. 6. Zayd ibn Haritha, anak angkat dan rakan. Dia terbunuh di dalam

peperangan Mu’tah. 7. Jaafar Tayyar ibn Abi Talib, sepupu. Dia terbunuh di dalam peperangan

Mu’tah.8. Aymen ibn Ubayd, saudara angkat. Dia terbunuh di dalam peperangan

Hunayn.

Ini adalah senarai nama mereka yang cemerlang di dalam Islam, dan itu termasuk dua bapa saudara, tiga sepupu, dua anak angkat, dan saudara angkat Muhammad. Pengorbanan begini yang menjadikan Islam kuat dan berdikari.

Muhammad tidak pernah cuba melindungi mereka yang baginda cintai. Yang sebenarnya, mereka yang dicintai baginda adalah yang pertama menyahut cabaran musuh. Tiada siapa yang baginda paling cintai dari Ali, dan sesungguhnya di dalam keadaan yang amat merbahaya ketika pertemuan dengan musuh Islam,di Makkah dan di Madinah semuanya telah diperuntukkan kepada Ali. Pengorbanan yang terbesar untuk Islam semuanya telah dibuat oleh Muhammad dan Ali.

Sebaliknya, Abu Bakar dan Umar tidak membuat sebarang pengorbanan. Berkorban untuk Islam, mereka tidak punya apa-apa yang hendak ditunjukkan. Apabila cabaran datang dari pihak Musyirik, seperti di dalam peperangan Badr, Uhud dan Khandaq, Abu Bakar dan Umar, tidak menerimanya; dan tiada dari ahli mereka yang terbunuh di dalam mempertahankan islam pada bila-bila masa. Seorang saudara Umar yang terkorban di dalam pergelutan di antara Islam dan jahiliah adalah bapa saudara dari ibunya, Abu Jahal, yang telah terbunuh di dalam perang Badr.

Mahkota syahid adalah kehormatan dan kemuliaan tertinggi yang dapat diberikan kepada Muslim dalam dunia Islam. Yang dicintai oleh Muhammad dan Ali telah memenangi lapan darinya semasa hidup baginda, dan mereka telah direstukan untuk memenagi banyak lagi selepas baginda wafat. Semoga Allah merahmati mereka semua.

BAB 74

500

Page 240: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Kegagalan Besar Abu Bakar and Umar

Perbezaan di antara ahli politik dan negarawan, telah dikatakan bahawa, Ahli politik memikirkan untuk pilihanraya yang akan datang, seorang negarawan memikiran untuk generasi yang akan datang. Apa yang dimaksudkan adalah kesan ahli politik kepada awam tidaklah kekal sedangkan kesan dari negarawan kekal.

Di dalam kes pemimpin yang telah mati, manusia mengingati mereka menurut dari tindakan dan idea mereka yang merubah haluan sejarah, dan hasil dari kerja-kerja mereka yang menjadi sebahagian dari peninggalan warisan bangsa.

Abu Bakar dan Umar adalah negarawan yang terkenal, tindakan dan idea mereka telah merubah haluan sejarah. Tidak diragukan bahawa mereka adalah pemimpin yang terkenal, penjajah dan juga pentadbir.

Tetapi janganlah lupa dari segala kebesaran Abu Bakar dan Umar, terdapat satu bidang di mana pandangan mereka sebagai seorang negarawan telah mengagalkan mereka, dan memusnahkan semuanya. Bidang yang diperkatakan adalah yang berkaitan dengan kepimpinan Muslim. Mereka gagal untuk mengadakan satu alat [sistem] untuk penggantian ketua bagi ummat Muslim. Mereka gagal untuk mengadakan sistem peralihan kuasa secara aman terhadap kepimpinan dari seorang kepada seorang yang lain.

Sebelum Abu Bakar dan Umar, ketua mereka, Muhammad, Pesuruh Allah, telah mengadakan satu sistem [alat] secara teratur dan aman terhadap perpindahan kuasa. Tetapi amat malang, mereka, Abu Bakar dan Umar, telah merosakkannya. Sebagai ganti, mereka mencipta sistem mereka sendiri. Sistem mereka boleh dilaksanakan tetapi terdapat banyak celaan di dalamnya.

Dalam percanggahan dari rancangan yang di ilhamkan oleh Muhammad terhadap penggantian ketua, Abu Bakar dan Umar menggunakan sistem pertukaran mereka sendiri di Saqifa. Sistem ini berjaya dalam erti kata, mereka dapat merampas kuasa ke dalam tangan mereka; mula-mula yang pertama kemudian yang kedua menjadi pengganti Muhammad. Lagi pun tidak ada yang lebih berjaya daripada penggantian [menjadi khalifah]. Tetapi peristiwa selanjutnya akan menunjukkan bahawa sistem mereka tidak sama dengan strategi yang mudah dan jelas, yang ditunjukkan oleh seorang negarawan.

Apabila Muhammad, Rasul Allah wafat, Abu Bakar dan Umar telah ditabalkan sebagai al-Khilafat ar-Rashida, dan Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama. Dua tahun kemudian, apabila dia akan mati, dia telah melantik Umar sebagai penggantinya menjadi khalifah kedua.

Sepuluh tahun kemudian, apabila Umar akan mati, dia juga menghadapi masalah pengalihan kuasa. Tetapi apa yang tidak dilakukan adalah menciptakan alat bagi mencari ketua untuk ummat, walaupun dia telah mempunyai pengalaman di dalam kerajaan dan politik.

Alat untuk perpindahan kuasa yang Muhammad telah berikan kepada ummatnya, telah dihancurkan oleh Abu Bakar dan Umar; ini adalah strategi kemusnahan yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah Islam.

Maurice Latey, menulis mengenai empayar Roman di dalam bukunya, Patterns of Tyranny, diterbitkan oleh Atheneum, New York (1969), berkata:

"Cara mencorakkan hasilnya: dan kepada negarawan Augustus, cara mereka merampas kuasa, telah meninggalkan kecacatan yang amat merbahaya kepada

501

Page 241: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

asas empayarnya yang kemudian senantiasa digegar keutuhannya dan akhirnya telah hancur."

Kepada negarawan seperti Abu Bakar dan Umar, cara mereka merampas kuasa telah meninggalkan kecacatan yang amat merbahaya kepada asas al-Khilafat ar-Rashida, yang senantiasa digegar keutuhannya dan akhirnya telah hancur.

Al-Khilafat ar-Rashida hancur di dalam peperangan saudara, pembunuhan dan kekacauan, sama seperti yang Umar ramalkan. Muawiyah bin Abu Sufyan, telah menunggu peluang selama 30 tahun, untuk merampas kedudukan khalifah, telah bergerak mengisi ruang kekosongan, dan dia melakukan dengan jelas, tidak berselindung dibalik tabir ketaqwaan atau mengikuti perundangan agama.

Seperti yang dinyatakan dahulu, Muhammad, Rasul Islam, masih hidup apabila calon untuk merampas kuasa dan penyokong mereka telah membuat rancangan untuk mengatasi rancangan baginda, di dalam perlantikan untuk penggantinya. Menurut dari rancangan mereka, Abu Bakar akan menjadi pengganti pertama, dan Umar dan Uthman akan menjadi pengganti kedua dan ketiga kepada Muhammad. Rasul telah tahu apa yang akan dilakukan oleh sahabatnya, bertindak di atas pengetahuan ini baginda telah meletakkan semua sahabatnya di bawah pemerintahan Usama bin Zayd bin Haritha, memerintahkan mereka meninggalkan Madinah, supaya pergi di dalam kempen ke perbatasan Syria. Tetapi mereka telah melanggar perintah baginda dan mereka tidak pergi.

Para sahabat menolak rancangan penggantian Muhammad, dan melantik Abu Bakar menjadi khalifah. Sebelum kematiannya, dua tahun kemudian, dia melantik Umar sebagai khalifah. Sepuluh tahun kemudian, apabila Umar akan mati, dia dapat melantik Uthman sebagai penggantinya seperti yang dikatakan dahulu, dan rancangan mereka berjaya dilaksanakan.

Tetapi tidak ada cara untuk mengetahui apa yang telah difikirkan oleh Abu Bakar dan Umar selepas Uthman. Kelihatan seperti Umar telah cuba melihat sesuatu selepas Uthman. Memikirkan waktu untuk selepas Uthman, Umar telah mengambil Muawiyah sebagai anak didiknya. Sama seperti Muhammad, telah menyediakan Ali untuk memerintah ummat Muslim selepas baginda, Umar telah menyediakan Muawiyah untuk tujuan yang sama.

Muawiyah telah mendengar kata-kata Umar menolak cara perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah "sebagai sesuatu yang tidak disengajakan," suatu dari “kesan yang salah” yang mana Allah telah selamatkan Muslim. Maka apabila Muawiyah menjadi khalifah dia telah menamatkan cara bagaimana Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah. Dia telah menamatkan cara pemilihan, dan menggunakan cara Abu Bakar, apabila dia melantik Umar sebagai penggantinya dan menafikan ummat Muslim dari memilih ketua mereka.

Muawiyah meruntuhkan rumah yang dibina oleh Abu Bakar dan Umar di dalam ideologi yang bertentangan.

Berkuasanya Muawiyah telah menunjukkan kegagalan “islam” atau lebih tepat demokrasi cara Saqifa.

Charles Yost: "Demokrasi bukannya perkara sentimen, tetapi suatu pandangan. Apa juga sistem yang tidak mempunyai pandangan yang jauh, akan membakar dirinya dalam masa terdekat." (The Age of Triumph and Frustration).

Demokrasi Saqifa tidak mempunyai pandangan yang jauh, dan telah membakar dirinya dalam waktu yang singkat, dan dari debunya telah keluar Muawiyah anak Hinda menjadi terkenal [superstar]!. Sebagaimana Abu Bakar telah ditabalkan menjadi al-Khilafat ar-Rashida, Muawiyah telah memulakan penggantian dari

502

Page 242: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

keluarga, dan menemui dinastinya. Di atas kehancuran al-Khilafat ar-Rashida, dia telah menyuburkan empayar Umayyah. Filosofi politiknya bergantung pada strategi yang berpandangan jauh, berturutan dan jelas.

90 tahun kemudian, empayar Muawiyah hancur. Di atas debu empayarnya, empayar Abbasi timbul. Abbasi juga mengikuti cara pemerintahan dinasti, dan filosofi politiknya juga bergantung pada strategi berpandangan jauh, berturutan dan jelas, dan mereka berkembang di dalam zaman kegemilang Arab. Zaman kegemilangan bagi sesuatu bangsa melambangkan keamanan dan keharmonian. Zaman kegemilangan Arab mungkin telah membawa kemewahan kepada sebilangan manusia tetapi tidak semestinya keamanan kepada Muslim. Walaupun ketika kuasa Abbasi di puncaknya, empayar mereka tidak pernah menikmati keamanan yang sebenar.

G. E. Von Grunebaum: Agama juga menjadi penggerak kebangkitan terhadap berterusannya kekacauan di dalam empayar Abbasi. Walau pun ketika Abbasid pertama memegang kuasa, tidak pernah dalam setahun berlalu tanpa terdapat sebarang pemberontakan dalam apa juga bentuk, besar mahupun kecil. (Classical Islam - A History 600-1258, ms. 88, 1970).

Peperangan di dalam Dar-ul-Islam adalah sesuatu yang biasa, dan telah diduga akan berlaku. Pergelutan untuk berkuasa adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Pergelutan ini adalah warisan Saqifa kepada Muslim. Kebanyakan Muslim telah ketagihan dengan peperangan saudara. Maka jika tidak terdapat peperangan itu dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa, dan amat memeranjatkan fikiran. Penggantian kuasa tanpa pertumpahan darah adalah sesuatu yang aneh dan ganjil.

G.E. Von Grunebaum: Abu Yaqub Yusuf, anak Abd al-Mumin (Almohads), telah mengambil kuasa dengan tiada sebarang peristiwa. Dia telah gugur di dalam perang salib di Santarem (Spain) dalam tahun 1184. Tiga pemerintah kemudiannya, yang terpenting adalah cucu Abd al-Mumin, Yaqub al-Mansur (1184-1199) telah naik tahta dengan tidak perlu berperang dengan pemberontak, dan dapat mengekalkan kestabilan dinastinya di dalam Dar al-Islam. (emphasis added) (Classical Islam - A History 600-1258, ms.187, 1970)

Sebagai seorang negarawan telah dikurniakan pandangan yang dapat melihat ke dalam generasi dan juga berabad-abad lamanya. Hampir semua bangsa telah mengeluarkan negarawannya sendiri. Manusia kurun ke 18 yang telah mendrafkan Pengistiharan Kemerdekaan Amerika, perlembagaan Amerika Syarikat dan Hak perundangan; mereka adalah negarawan. Mereka mempunyai pandangan. Mereka telah merangka cara peralihan kuasa, dan dengan melakukan itu, mereka telah menyelamatkan rakyat Amerika dari kancah peperangan dan pertumpahan darah. Mereka telah mengadakan keselamatan di dalam perlembagaan, supaya semenjak dari 1789, pemimpin telah berpindah dari satu tangan ke satu tangan yang lain tanpa sebarang peristiwa. Mereka mencantumkan semuanya ke dalam 52 perkataan, “Kenyataan pendahuluan yang paling memuaskan untuk keperluan kerajaan yang pernah dituliskan.”

Robert B. Downs: Ahli sejarah Amerika dalam kurun ke 19, George Bancroft, percaya bahawa “bapa-bapa penemuan” telah bertindak di bawah petunjuk tuhan, bahawa mereka telah diarahkan oleh tuhan, pertamanya untuk mengadakan revolusi demokratik, kemudian menuliskan perlembagaan demokratik. (Books that Changed America, London, 1970)

Menimbangkan nasib yang terjadi kepada al-Khilafat ar-Rashida, kelihatan seperti ia tidak mempunyai petunjuk atau rahmat dari tuhan.

503

Page 243: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Pada bulan Januari 20, 1981, Mr. Ronald Reagan, President Amerika Syarikat yang ke 40, berkata di dalam ucapan presidennya:

"Cara perpindahan kuasa seperti yang dikehendaki di dalam perlembagaan telah berlaku hampir dua abad dan hanya sedikit yang memikirkan betapa uniknya kita. Di dalam mata manusia ramai di dunia ini, perlantikan setiap empat tahun ini telah diterima sebagai biasa, bukan suatu yang misteri."

“Bapa-bapa penemuan” Amerika telah menemui misteri ini dalam abad ke 18. Dua belas abad sebelum mereka, Muhammad, Rasul Allah, telah menemui misteri yang sama di tanah Arab. Di sini pelajar sejarah dapat melihat dua misteri “pengalihan kuasa yang tersusun” Tetapi misteri yang ditemui oleh “bapa-bapa penemuan” Amerika terus dapat berdikari, sedangkan misteri Rasul Arab "still-born [mati sebelum dilahirkan]!"

Mengapa?

Sebab yang paling mudah iaitu, bangsa Amerika yang muda telah memberikan sokongan penuh dan sebulat hati kepada prinsip yang terdapat di dalam “misteri” [perlembagan] Amerika itu, tetapi mereka-mereka yang terutama di dalam ummat Muslim yang masih muda telah tidak memberikan sokongan kepada prinsip yang terkandung di dalam “misteri” Islam.

Seperti yang telah diketahui, Muhammad telah dielakkan oleh sahabatnya dari melaksanakan pemindahan kuasa secara tersusun di dakam kerajaan langit di bumi. Kerana para sahabatnya mempunyai agenda mereka sendiri, dan mereka telah berjaya melaksanakan rancangan mereka. Tetapi dengan kejayaan ini, mereka telah membuka kotak “pandora [bencana]” yang telah memecah belahkan manusia, pertentangan dan perselisihan berlaku di dalam Dar-ul-Islam dan ini telah menghancurkan ummat. Ramai Muslim terbunuh, di dalam banyaknya peperangan, yang telah disebabkan oleh tiadanya cara yang tersusun untuk penggantian ketua dari seorang kepada yang lain.

Ramai ahli sejarah moden telah menyatakan dan mengulas terhadap peperangan dan pertumpahan darah di dalam Dar-ul-Islam, iaitu "rumah keamanan."

Sir John Glubb: "Di arena politik, negeri Muslim, sepanjang abad pemerintahan mereka, kerap dihancurkan oleh perang saudara di antara mereka yang menuntut kerusi pemerintah. Kita lihat betapa kerap berlakunya pemberontakan dalaman dan rampasan kuasa tentera, sama seperti mereka 800 tahun dahulu. Sepanjang sejarah, tentera Muslim telah digunakan di dalam perselisihan dalaman lebih dari peperangan luaran... " (The Lost Centuries, 1967)

Seorang lagi ahli sejarah telah mengulas terhadap kemerosotan moral dan politik empayar Muslim, di mana orang mudanya ramai yang terbunuh memerangai permusuhan ketua-ketua mereka, sedangkan pemerintah mereka dikelilingi kemewahan, harta dan wanita-wanita di dalam istana mereka.

HerbertJ. Muller: Umayyah telah menubuhkan dinasti mereka, dan mendirikan kemewahan dunia, mengadakan wanita-wanita di dalam istana mereka dan secara am memerintah seperti raja-raja orientalis, tidak lagi seperti ketua-ketua Arab lainnya. Masjid dan negara secara teori adalah satu, tidak boleh dipisahkan. Islam sebenarnya telah tinggal di dalam teori sahaja, telah tidak mempunyai perundangan lagi. Abbasid telah membina ibu negara yang baru di Baghdad, kota kosmopolitan yang menjadi tempat “Arabian Nights [hiburan]”, dan ketemadunan yang lebih kaya dari Arab sendiri. Mereka telah membawa Islam ke mercu kekayaan harta dan kuasa, serta kebudayaan hiburannya yang amat terkenal semasa

504

Page 244: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

pemerintahan Harun al-Rashid (786-809). Sesungguhnya semasa pemerintahannya, kekejian regim Abbasid telah mula kelihatan. Harun telah menaiki tahta dengan mudah kerana saudaranya telah terbunuh di dalam istana gundiknya, dan dia sendiri terpaksa menamatkan banyak pemberontakan di dalam empayarnya. Dan dengan kematiannya telah dituruti oleh perang saudara di antara anaknya. Dunia Islam dengan perlahan telah hancur, apabila Parsi, Spain, Mesir dan jajahan lain mula merdeka. Empayar yang ditubuhkan atas nama Muhammad dan Allah tidak mempunyai apa-apa untuk kekal hidup dari empayar Roman yang sekular.

Sesungguhnya ia tidak pernah menjadi sebuah empayar yang sebenar dengan kerajaan yang tersusun. Perpaduan Islam gagal untuk melahirkan perpaduan politik; pemerintahnya jahil di dalam politik dan juga agama. Sedangkan khalifah Abbasid pula tidak menunjukkan sebarang ketaqwaan, sebaliknya dikelilingi dengan kemewahan. Mereka membanggakan diri dan menjauhi rakyat, dan menjadikan tentera harta peribadi mereka, dengan mengambil dan memberi ganjaran dari hamba-hamba negara asing. Satu lagi pembaharuan adalah, pembunuh upahan sentiasa bersama mereka. Pengasas dinasti Abassid, Abul Abbas, telah digelar sebagai yang menumpahkan darah; penggantinya kerap menumpahkan darah kerabat mereka sendiri dari pertempuran sesama mereka. Sehinggalah abad ke 10, khalifah Baghdad hanya boneka kepada jajahannya sendiri. Ini semua tamat dalam tahun 1031. Kini lebih ramai khalifah yang timbul di dalam jajahan, seperti di Mesir dan Spain, tetapi mereka punya kuasa yang terhad. Kerajaan Islam yang lain kini telah mencontohi Baghdad dan ceritanya berulang semula, perpecahan dan perang saudara. Seorang penyair Arab telah merangkumkan semua moral ini di dalam perkara: "Dapatkan anak, untuk dibunuh! Bina tinggi-tinggi, untuk diruntukan! Bergerak ke hadapan, jalan ini membawa kepada kehancuran!" (The Loom of History, ms. 286-287, 1958)

Menilai dari portrait ini, keamanan itu sendiri terjauh dari Dar-ul-Islam, oleh kerana pertumpahan darah dan peperangan adalah pengalaman yang biasa bagi warganya. Ummat Muslim telah membayar harga yang mahal di atas kegagalan mereka untuk menerima rancangan Muhammad, Rasul Allah pada pengalihan kuasa pemimpin.

505

Page 245: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

BAB 75

Siapa yang Menulis Sejarah Islam dan Bagaimana?

SEJARAH, TELAH DIPERKATAKAN, SEBAGAI PROPAGANDA BAGI PARTI YANG MENANG.

Apa yang dimaksudkan adalah bahawa di dalam mana-mana konflik, yang menang boleh memanipulasikan sejarah sesuka mereka, dan tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan oleh yang tewas mengenainya. Parti yang menang boleh mengada-adakan cerita dan menyebarkannya sebagai benar, tanpa takut dicabar oleh sesiapa. Ianya tidak sekadar mempunyai kuasa untuk mengada-adakan ceritanya sendiri, malah ia juga mempunyai kuasa untuk merosakan cerita dari parti lawan.

M. Shibli, Dekan Sejarah Sunni Islam India, menulis di dalam bukunya yang terkenal, Riwayat Nabi Muhammad, Sira-tun-Nabi, jilid 1, Cetakan Keempat, diterbitkan oleh Ma’arif Printing Press, Azamgarh, U.P., India di dalam 1976:

‘Di antara semua kuasa luaran yang boleh memberi kesan dan mempengaruhi di dalam penulisan sejarah, tidak ada yang lebih berkuasa dari kerajaan. Tetapi telah menjadi kebanggaan kepada orang-orang Muslim bahawa pena mereka tidak pernah tunduk kepada pedang. Kerja-kerja penyusunan dan pengumpulan hadith-hadith telah dimulakan di masa pemerintahan Bani Umayyah. Di dalam masa 90 tahun, dari Sind di India [Indo-Pakistan] ke Asia Kecil dan Andalusia di Spain, Ali dan anak-anak Fatimah telah dikutuk dari atas setiap mimbar di dalam setiap masjid diakhir setiap khutbah Jumaat. Beribu-ribu hadith [tradisi; kenyataan Rasul] yang meninggikan Muawiyah, telah diadakan dan disebarkan. Di masa pemerintahan Abbasid, hadith telah direka pada meramalkan kelahiran dan kecemerlangan setiap para khalifah Abbasid dengan nama-nama mereka sekali. Tetapi apakah kesudahan dari semua usaha yang menakjubkan ini? Para-para hadith [pengumpul kenyataan-kenyataan Rasul] telah menyatakan secara umum diketika itu [di masa pemerintahan Umayyah dan Abbasid] bahawa semua hadith tersebut adalah palsu, dan mereka menolaknya. Sekarang ini kita bolehlah merasa bangga untuk mengatakan ilmu [sains] hadith adalah bebas dari semua najis dan kotoran.

Hampir, tetapi tidaklah tepat !!!

Oleh kerana terdapat terlalu banyaknya hadith, maka percubaan untuk membuang kenyataan-kenyataan yang palsu dari penulisan hadith, atau membetulkannya, tidak dapat sampai kepada kepalsuan yang asli.

Walaupun setelah dibuang, masih ada terdapat penulisan hadith yang berkaitan dengan kehidupan peribadi Muhammad, Rasul Islam yang suci, yang penuh dengan keganjilan, keanehan, beraneka ragam dan kepalsuan. Terdapat banyak hadith yang telah membuat baginda kelihatan sebagai penuh bernafsu dan cabul [gatal, miang]; pendendam, zalim, oportunis dan tidak berprinsip dan bermoral; khianat serta tidak beretika.

Kemudian terdapat hadith lain yang hanya boleh dikatakan sebagai lucah.

Tetapi pembuktian dari sejarah telah menceritakan yang sebaliknya mengenai diri keperibadian Muhammad. Baginda boleh berkelakuan seperti semua yang telah dikatakan itu TETAPI baginda ‘TIDAK’ begitu. Adalah ‘PENTING’ bagi Muslim dan juga bukan Muslim bersama-sama, memisahkan sampah sarap dari fakta dan kebenaran di dalam mempelajari sejarah Islam.

506

Page 246: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

Bagaimana ‘tradisi’ yang sedemikian yang bertentangan dengan minda [akal fikiran] dan logik, dapat menyusup masuk ke dalam penulisan hadith dan bagaimana perbuatan dan kenyataan yang hanya boleh dikatakan sebagai memeranjatkan, dikatakan kepada seorang yang kehidupan sebenarnya adalah lambang segala kesucian, kebenaran, keikhlasan dan yang termudah [amat mudah]?

Shibli cuba menjawab dengan sepintas lalu [tidak bersungguh-sungguh] kepada soalan di dalam petikan yang dinyatakan di atas. Dia berkata bahawa ‘egen’ luaran yang amat berkuasa di dalam mempengaruhi penulisan sejarah di masa Umayyah dan Abbasid [661 – 1258 M.] adalah kerajaan. Kerajaan diketika itu mempunyai kuasa untuk mendapatkan penulisan sejarah menurut ‘spesifikasi’ mereka. Kedua-dua dinasti tersebut merasakan mereka bebas untuk merubah sejarah atau menahan dan melenyapkannya pada ketika yang mereka rasakan penting untuk melakukannya, iaitu menciptakan ‘sejarah’. Banyak hadith telah dicipta untuk sebab-sebab politik, terdapat juga sebahagian hadith yang telah diciptakan untuk kepentingan nafsu. Mereka-mereka yang mementingkan kemewahan dari golongan kenamaan di Damascus dan di Baghdad telah mendapatkan ‘keizinan’ untuk memuaskan kehendak mereka dengan hadith-hadith yang diciptakan ini.

Hadith bererti kenyataan. Jika seseorang melihat Rasul melakukan sesuatu atau mendengar baginda mengatakan sesuatu, dan kemudian dia menyampaikannya kepada orang lain, ini akan dikatakan sebagai hadith atau tradisi. Para sahabat berpendirian bahawa ini adalah sebagai tugas mereka untuk memelihara semua tradisi Rasul untuk kepentingan ummah Muslim di sepanjang masa.

Hadith juga boleh dihasilkan dari komen Rasul terhadap seseorang. Jika baginda memberikan pujian kepada mana-mana sahabatnya, atau jika baginda mengkritik seseorang, kenyataan baginda mendapat perhatian dan tersebar di kalangan Muslim. Semasa pemerintahan khalifah Muawiyah, kebanyakan hadith telah tersebar. Dia amat pantas untuk memahami akan pentingnya hadith, maka dia telah membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai senjata politik di dalam kempennya menentang Ali ibn Abi Talib dan Bani Hashim.

Muawiyah adalah pengasas dinasti Umayyah dan telah memenangi untuk dirinya satu lagi ‘kecemerlangan’. Pengasas ‘industri’ untuk mengeluarkan hadith. Penggantinya, dan selepas mereka, para-para khalifah Abbasi telah menaungi ‘industri-industri’ ini, yang mana di dalam jangka waktu yang lama telah sibuk mengeluarkan hadith-hadith. Bahkan Shibli mendakwa bahawa hadith-hadith telah dibuang dengan cara kritikal yang tinggi, pengertian yang tajam [mendalam] dan penapisan yang analitik, meskipun begitu masih terdapat banyak yang terlepas dari pengesanan mereka, dan diterima sehingga ke hari ini sebagai asli oleh kebanyakan majoriti Muslim.

Muawiyah melantik satu kumpulan manusia untuk membuat kenyataan yang memuji dirinya dan juga kepada mereka-mereka yang lain, terutama musuh-musuh Ali, dan dikatakan dari Pesuruh Allah sebagai hadith dari baginda. Di masa yang sama, dia menahan atau cuba melenyapkan hadith-hadith yang tulen, yang mana telah memuji kepada Ali, dan mengarahkan kumpulannya untuk menciptakan hadith menghina beliau. Ahli-ahli di dalam kumpulan tersebut telah menyediakan hadith-hadith dari kedua-dua jenis ini, dan Muawiyah telah menyebarkannya.

Setelah matinya Muawiyah, kempen ini telah diteruskan oleh pengantinya. ‘Penulis-hantu’, ‘pegawai perhubungan awam’, dan ‘pencipta perwatakan’ dari kalangan mereka dengan begitu cekap dan halus telah menyatukan hadith-hadith palsu dengan hadith-hadith yang tulen, sejarah ciptaan dengan sejarah yang

507

Page 247: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

sebenar, mengharapkan supaya ‘campuran’ ini akan ‘bersatu’ dan menjadi sebahagian dari pengetahuan suci bagi orang-orang Muslim.

Muawiyah mempunyai satu lagi sebab untuk memulakan perniagaan ‘pengeluaran-hadith’ Dia tahu bahawa generasi akan datang akan membandingkan setiap pemimpin Muslim dengan pemimpin yang ideal [sempurna], Muhammad. Dia tahu jika dilakukan ini, Muslim akan dapati dirinya berbatu-batu jauh dari Muhammad. Dia juga sedar bahawa apa juga yang dilakukannya, dia tidak akan dapat naik ke darjah setinggi Muhammad; dia juga tahu bahawa yang sebenarnya dia tidak akan dapat mencapai darjah setinggi seorang dari hamba Muhammad. Tetapi telah terfikir oleh dirinya, bahawa jika mustahil bagi dirinya untuk sampai ke tempat yang begitu suci, di mana Muhammad berada, maka tidak mustahil bagi dirinya untuk membawa baginda [Muhammad] ke bawah ke tempat dia [Muawiyah] berada dengan hanya suatu proses yang mudah, mencemari reputasi baginda [Muhammad], supaya baginda juga dilihat sama seperti manusia lainnya.

Muawiyah berharap semoga dakwaan oleh ahli sejarah terhadap dirinya akan menjadi ringan jika dapat ditunjukkan kepada mereka bahawa walaupun manusia yang paling sempurna, Muhammad, Pesuruh Allah tidak juga sama sekali bebas dari perangai yang tercela. Amat jelas, kebanyakan kandungan penulisan hadith sebegini mempunyai konpirasi untuk membunuh keperibadian Muhammad, Pesuruh Allah.

Muawiyah dan ‘pengusaha-pengusaha’ lain bagi ‘industrinya’ telah berjaya di dalam percubaan mereka pada membunuh keperibadian Muhammad. Mereka telah mencampurkan di dalam penulisan hadith mereka dengan berbagai-bagai cerita, anekdot [cerita-cerita pendek] dan juga ‘peristiwa-peristiwa’ yang bertujuan dengan semua ini supaya Muhammad di lihat di dalam mata generasi yang akan datang, lebih rendah dari nabi.

Berikut adalah satu contoh tradisi yang telah ‘dicetak’ yang telah sampai kepada kita. Ianya telah disebutkan oleh Hakim Muhammad Said di dalam satu rencana yang di terbitkan oleh Akademi Hamdard, Karachi, Pakistan di dalam 1972 di dalam buku bertajuk Tazkar-I-Muhammad:

‘Sejurus setelah perkahwinan mereka, Muhammad, Rasul Allah, mengajak isteri barunya, Aisha, bahawa kedua mereka berlari di dalam satu perlumbaan. Aisha adalah kurus dan ramping, dan dengan mudah telah mengalahkan suaminya. Beberapa tahun kemudian, Rasul mengajak Aisha berlumba dengannya sekali lagi. [Dia telah bertambah berat semasa tahun-tahun selepas dari perlumbaan yang pertama]. Kedua mereka berlari, dan kali ini Rasul mengalahkan dia. Komen baginda: ‘Dahulu kamu yang menang, Hai Humayra [nama timangan Aisha] tetapi kali ini saya yang menang, dan sekarang keputusannya di antara kita adalah sama.’ [Mungkin kekalahan pada perlumbaan yang pertama itu telah menjadi ingatan yang pahit di dalam fikiran baginda di dalam tahun-tahun tersebut]

Muhammad, Pesuruh Allah, telah berusia 54 tahun apabila dia berlari di dalam perlumbaan menentang gadis yang berusia 9 atau 10 tahun, dan baginda kalah; dan baginda berusia 60 tahun apabila dia berlari menentangnya pada kali kedua, dan menang!!

Kaum Muslim sangat cemburu terhadap kehormatan Rasul mereka. Di dalam ‘tradisi’ ini yang mana kebanyakan mereka percaya sebagai benar, adalah gambaran terhadap penghormatan tersebut??

Kelihatan bahawa ‘fomen’ dan ‘pengurus pengeluaran’ yang telah dilantik oleh Muawiyah di dalam ‘kilang hadithnya’ hanya mempunyai satu kecintaan, dan itu adalah kuantiti. Mereka telah menyediakan ‘industri’ tersebut hanya untuk

508

Page 248: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mengeluarkan ‘hadith’ dengan banyaknya. Amat nyata sekali bahawa mereka tidak mempunyai minat di dalam ‘pengawalan kualiti’ terhadap hasil keluaran mereka. Mereka memasukkan penipuan di dalam buku-buku mereka dan setiap penipuan itu telah meninggalkan kesan, sebagaimana yang telah terjadi, ‘setitik racun’ yang telah mencemarkan minda generasi Muslim. Sebahagian dari hasil mereka sungguh amat biadap. Ianya sepatutnya tidak boleh dituliskan. Para pengkritik dan musuh-musuh Rasul, bersungguh-sungguh, telah menunjukkan minat yang amat sangat di dalam menerimanya sebagai sahih, dan mereka telah menyebutnya di dalam buku-buku mereka.

Para pengkritik ini dan musuh-musuh Rasul telah tidak memikirkan kepada fakta-fakta yang terdapat, di mana kesahihannya telah melampaui batasan sebarang persoalan. Sebagai contoh, mereka telah mengabaikan kepada fakta yang mana di Makkah, Quraish telah menawarkan kepada baginda wanita atau wanita-wanita yang paling cantik sebagai balasan jika baginda berhenti dari menyebarkan Islam. Mereka juga terlupa kepada fakta bahawa Muhammad adalah yang berkuasa di Madinah, dan bahawa baginda boleh mengahwini mana-mana gadis. Ketua-ketua Arab pastinya akan merasa bangga untuk memberikan anak-anak gadis mereka kepada baginda.

Rasul mengahwini ramai wanita di Madinah tetapi kebanyakan mereka adalah janda, dan mereka tidaklah begitu muda juga. Dengan pengecualian Khadijah, kesemua wanita-wanita yang lain ini memasuki ke rumah baginda, apabila baginda telah berusia pertengahan atau penghujung lima puluhan. Mereka masuk ke dalam hidupnya diketika apabila mekar dan kilauan tenaga remajanya telah lama berlalu dan pada tempatnya telah digantikan oleh beban yang makin bertambah dari negara yang makin membesar, dan masalah-masalah yang lain yang besar lagi rumit, ini semua telah meninggalkan untuknya masa yang amat sedikit pada keinginan untuk yang sedemikian sebagaimana yang telah dilaporkan di dalam banyak ‘tradisi’

Untuk pengumpulan hadith, Muawiyah telah memberikan arahan yang berikut:

1. Semua tradisi Rasul yang memuji Ali atau menegakkan ketinggiannya di dalam apa juga sekalipun, hendaklah dipendamkan.

2. Sesiapa menyatakan kemuliaan Ali atau menyebutkan hadith Rasul yang berkenaan dengannya, bolehlah melakukan dengan menanggung risiko. Segala bantuan dan ganjaran untuk dirinya akan ditahan. Rumah dan hartanya yang lain akan dirampas. Pengakuannya sebagai saksi tidak akan diterima di dalam mahkamah, dan dia akan disisihkan dari semua Muslim.

3. Sebaliknya, setiap kemuliaan yang dapat dibayangkan hendaklah diberikan kepada Abu Bakar, Umar , Uthman dan semestinya Muawiyah sendiri. Manusia hendaklah digalakkan pada membuat ‘hadith’ dari Rasul yang memuji manusia yang empat ini dan sahabat-sahabat mereka. Sesiapa yang mencipta hadith yang sedemikian, akan menjadi kesayangan pihak istana, dan akan menerima ganjaran yang banyak di dalam bentuk pangkat atau wang tunai atau harta dsb

Berjalan serentak pada masa mengasaskan ‘industrinya’ untuk mengeluarkan ‘hadith’ dari Rasul, Muawiyah juga telah memulakan projek ‘pembersihan otak’ untuk kaum Muslim. Dia telah memulakan amalan kutukan terhadap Ali dan anak-anak beliau dari atas mimbar di dalam setiap masjid di jajahannya, supaya anak-anak orang Muslim yang dilahirkan, dan mereka membesar, dan mereka mati, mendengar kutukan ke atas Ali, dan tidak mengetahui siapakah beliau. Ke seluruhan generasi akan hidup dan mati di dalam kejahilan. Kepalsuan telah disebarkan oleh kerajaan dengan cara meluas sehinggakan bahawa ianya telah melekat di dalam sanubari kehidupan mereka. Muawiyah dan penggantinya telah

509

Page 249: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

mengekalkan projek ‘pembersihan otak’ mereka sama sibuk dengan ‘industri hadith’ mereka.

Muawiyah telah menggerakkan setiap punca untuk melancarkan peperangan propaganda terhadap Ali dan Bani Hashim. Kepantasan dan kehebatan serangannya yang dilancarkan terhadap mereka, telah kekal sehingga ke hari ini. Dia melancarkan serangannya dari masjid-masjid. Imam solat di masjid-masjid telah dibayar untuk membuat penafsiran yang fantastik dan yang pelik-pelik terhadap ayat-ayat Quran di dalam percubaan untuk menunjukan Ali di dalam keadaan yang buruk. Mereka cuba untuk meyakinkan kepada para Muslim awam bahawa adalah untuk kebaikan mereka di kedua-dua alam [dunia dan akhirat] jika mereka menyokong Muawiyah untuk menentang Ali dan Bani Hashim.

Michael C. Hudson: Pemerintah mempunyai kelebihan melalui media sebaran am dan pedidikan negara, dan mereka yang mengawal perkembangan keagamaan melalui sudsidi. [Islam and Development, ms. 16, 1980]

Sekarang ini telah jelaslah kepada pembaca bahawa sejarah Islam telah ditulis di bawah arahan parti yang memegang segala kuasa di tangan mereka. Telah nyata juga bahawa kebanyakan bahan sejarah telah ‘dibersihkan’ di kilang ‘pembersihan otak’ yang ditubuhkan oleh Muawiyah sebelum ianya sampai ke tangannya untuk disebarkan. Muawiyah adalah pakar yang mahir bagi menyempurnakan muslihat propaganda.

Sir John Glubb: Kesan sepenuhnya propaganda belumlah begitu jelas, tetapi kini telahpun nampak bahawa seluruh ummah boleh diajarkan dengan pendapat yang salah dan standard moral yang keji. Hanya sedikit, itu pun jika ada, yang mempunyai minda yang cukup kuat untuk menahan idea-idea tersebut yang berterusan ditujukan kepada mereka. [The Course of Empire – The Arabs and The Successors, 1965]

Jika mana-mana hadith Rasul Islam yang memuji Ali, sebutannya akan diletakkan di bawah larangan oleh Muawiyah. Larangan ini telah berterusan setelah dia mati di dalam tahun 680 M. Malah ianya berterusan walaupun dinastinya, Umayyah, tamat di dalam tahun 750 M., dan beterusan juga berabad-abad lamanya diketika pemerintahan khalifah Abbasi.

Abbasi menamatkan pemerintahan Umayyah tetapi berkongsi bersama mereka di dalam kebencian kepada Ali dan kepada anak-anak Muhammad. Di dalam perkara ini, matlamat dan kepentingan kerajaan Saqifa, Umayyah dan Abbasi adalah sama; terdapat satu ideologi yang sama di antara mereka semua.

Umayyah dan Abbasi telah melakukan sedaya upaya untuk melenyapkan fakta sejarah. Kebanyakan para khalifah mereka telah melarang rakyatnya untuk mengatakan atau menulis apa-apa mengenai Ali melainkan yang palsu. Kebenaran di bawah akta larangan dan kepalsuan berleluasa di dalam jajahan mereka. Akan tetapi, Kebenaran dapat menonjolkan dirinya juga.

Kebenaran telah datang, dan kebatilan telah lenyap: Kerana kebatilan pasti akan lenyap. [17:81]

Kenyataan yang sebenarnya telah diberikan dengan sukarela oleh punca-punca yang kebanyakannya bermusuhan dengan Ali. Walaupun dari musuh-musuhnya yang amat ketat seperti Umayyah dan Kharjis, mereka telah mengakui akan kemuliaan peribadi beliau. Sebagaimana yang telah dinyatakan terdahulu, M. Shibli, ahli sejarah India, telah menunjukkan bahawa Muslim Syi’ah tidak menulis sebarang sejarah. Apa sahaja sejarah yang kita punyai, telah sampai kepada kita dari yang bukan Syi’ah atau yang berpunca dari anti Syi’ah. Ia telah sampai kepada kita dari arkib kerajaan Saqifa, Umayyah dan Abbasi. Cerita mengenai

510

Page 250: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

kegemilangan Ali ibn Abi Talib, adalah umpama cahaya kebenaran itu sendiri, telah menapiskan dirinya keluar dari arkib tersebut.

Tetapi ahli sejarah moden kini tidak diancam oleh mana-mana kerajaan kerana menulis sejarah berdasarkan fakta, mahupun mereka digoda dengan dijanjikan hadiah-hadiah yang lumayan kerana menulis sejarah yang palsu. Maka mereka sepatutnya menahan keinginan untuk membendung atau mengubah kebenaran. Jika mereka menurut walaupun sekarang kepada keinginan tersebut, sebagaimana ramai mereka yang terdahulu telah lakukan, maka ini hanya akan bererti bahawa mereka telah memberikan ketaatan, tidak kepada prinsip tetapi kepada seseorang; tidak kepada kebenaran tetapi kepada organisasi dan juga kerajaan; dan tidak kepada kejujuran mereka tetapi kepada ikatan emosi mereka.

Kejujuran adalah satu kualiti yang mulia selagi ianya tidak buta, dan tidak terkeluar dari kejujuran yang lebih mulia iaitu kebenaran dan kepada kesopanan. Jika kejujuran ahli sejarah moden tidak buta, dan jika ianya tidak mengenepikan kejujuran yang lebih tinggi kepada kebenaran dan kepada kesopanan, maka mereka harus membuang tambahan dan tampalan kepada sejarah, dan mereka juga harus menahan dari keinginan menggunakan ‘Meyers’ Law’ di dalam kerja-kerja mereka. ‘Meyers’ Law’ menyatakan bahawa:

‘Jika fakta tidak bersesuaian dengan teori, buanglah fakta.’

Seorang ahli sejarah tidak dapat dielakkan akan bertembung dengan kebenaran yang mungkin tidak akan menyenangkan dirinya, tetapi dia tidak sepatutnya membendung fakta tersebut. Dia mesti menyatakan semua fakta-fakta sebagaimana yang ditemuinya jika dia mahu membuktikan kebenaran.

Tetapi ahli sejarah, jika dia seorang Muslim, dia tidak mempunyai pilihan di dalam perkara ini. Dia tidak bebas untuk menulis sejarah yang di ‘ilham’ kan atau ‘tiruan’. Apa yang boleh dilakukan, jika dia menulis sejarah, berpaut erat kepada kebenaran. Jika dia menulis ‘sejarah palsu’ untuk apa pun sebab, dia hanya akan menerima kemurkaan Tuhan. Di sini, dan di mana saja, al-Quran kitab Allah dengan terang, menekankan dan muktamad di dalam pengadilannya yang dibaca seperti berikut:

‘Dan janganlah menutup kebenaran dengan kepalsuan, mahupun menyembunyikan kebenaran apabila kamu mengetahuinya. [2:42]

‘Mereka-mereka yang menyembunyikan tanda-tanda yang nyata yang Kami telah turunkan, dan juga petunjuk, setelah Kami terangkan untuk manusia di dalam kitab kepada mereka Tuhan akan kutuk, dan kutukan bagi mereka yang berhak mengutuk. [2:159]

Jika ahli sejarah Muslim menjadikan dua ayat Quran ini ‘bintang petunjuk’ mereka, ianya akan menyelamatkan mereka dari membuat salah dan mereka juga akan terselamat dari menjadi egen atau mangsa bagi propaganda, secara sedar atau tidak sedar.

Di dalam percubaan untuk mengotori nama Ali ibn Abi Talib; dan juga di dalam percubaan untuk merendahkan khidmatnya di dalam Islam; mereka di dalam keadaan yang genting telah mencuba untuk menutup kegemilangan beliau, disebalik tabir propaganda, dari mata generasi yang akan datang, musuh-musuh beliau telah membaling debu ke arah sinaran terik matahari. Mereka menimbulkan awan bedu di dalam bentuk yang amat getir [hasad dengki] dan menaungi semua propaganda menentang beliau, dan bahkan, matahari hanya bersinar lebih terang benderang.

511

Page 251: Menyampaikan Semula · Web viewBAB 51 Kritikan Terhadap Saqifa Muhammad ibn Ishaq, penulis biografi Rasul Islam, menulis di dalam bukunya Seera (Life of the Messenger of God): Umar

M e n y a m p a i k an S e m u l a S e j a r a h I s l a m d a n U m m ah M u s l i m

‘Dan Tuhan menghapuskan keangkuhan, dan membuktikan kebenaran dengan perkataanNya. [42:24]

Tuhan sejahterakan nama Ali selama-lamanya. Nama beliau adalah petanda bagi cinta kepada Allah dan simbol bagi keadilan dan kebenaran. Nama beliau akan kekal selagi cinta kepada Tuhan, dan Keadilan dan Kebenaran itu, kekal di dalam dunia ini.

512