a massenger of god

21
BUKU EARLY ISLAM BY DESMOND STEWART Penulis yang diberi nama Desmond Stewart dilahirkan pada tahun 1924 dan merupakan kelahiran Amerika Syarikat dan sehingga kini masih hidup. Beliau merupakan tokoh sarjana yang mengkaji tentang sejarah asia tengah. Kebanyakan penulisannya berkisarkan tentang sejarah, peradaban, masyarakat dan tamadun sesebuah empayar. Mengenai buku ini, buku ini telah diterbitkan pada tahun 1967 yang merupakan edisi pertama. Penerbit bagi buku adalah New York Times, manakala editor bagi buku ni adalah Time-Life Books. Sehingga kini buku ini telah diguna pakai sebagai salah satu rujukan analisis sejarah Islam. Dari aspek fizikal, buku ini seberat 700 gram dan mempunyai 192 halaman bercetak. Menariknya buku ini, terdapat ilustrasi bergambar mengenai gambaran barang, manusia, kesenian masyarakat pada kemunculan awal Islam. Buku ini pada asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris. Setelah mendapat reaksi yang positif, maka buku ini diterjemah ke dalam bahasa Sepanyol serta Perancis. Melalui buku Early Islam, beliau mencoretkan cacatan pengkajian mengenai tamadun awal Islam melalui zaman Kerasulan Nabi Muhammad, zaman Khalifah, serta Empayar zaman Abbasiyyah serta Umayyah. Terdapat coretan hasil kajian dan pendapat yang berlainan dari kebiasaan buat masyarakat Malaysia mengenai sejarah, peristiwa awal Islam yang kita faham kerana percanggahan fakta serta bukti yang dikemukakan oleh penulis. Desmond Stewart mengemukakan lima isi kandungan yang penting di dalam buku ini. Yang pertama, Messenger from God, dimana penulis menceritakan kenabian Nabi Muhammad dan perintah Allah yang wajib

Upload: faiz-azmi

Post on 10-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Summary from the Book " Early Islam"

TRANSCRIPT

BUKU EARLY ISLAM BY DESMOND STEWARTPenulis yang diberi nama Desmond Stewart dilahirkan pada tahun 1924 dan merupakan kelahiran Amerika Syarikat dan sehingga kini masih hidup. Beliau merupakan tokoh sarjana yang mengkaji tentang sejarah asia tengah. Kebanyakan penulisannya berkisarkan tentang sejarah, peradaban, masyarakat dan tamadun sesebuah empayar. Mengenai buku ini, buku ini telah diterbitkan pada tahun 1967 yang merupakan edisi pertama. Penerbit bagi buku adalah New York Times, manakala editor bagi buku ni adalah Time-Life Books. Sehingga kini buku ini telah diguna pakai sebagai salah satu rujukan analisis sejarah Islam.Dari aspek fizikal, buku ini seberat 700 gram dan mempunyai 192 halaman bercetak. Menariknya buku ini, terdapat ilustrasi bergambar mengenai gambaran barang, manusia, kesenian masyarakat pada kemunculan awal Islam. Buku ini pada asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris. Setelah mendapat reaksi yang positif, maka buku ini diterjemah ke dalam bahasa Sepanyol serta Perancis.Melalui buku Early Islam, beliau mencoretkan cacatan pengkajian mengenai tamadun awal Islam melalui zaman Kerasulan Nabi Muhammad, zaman Khalifah, serta Empayar zaman Abbasiyyah serta Umayyah. Terdapat coretan hasil kajian dan pendapat yang berlainan dari kebiasaan buat masyarakat Malaysia mengenai sejarah, peristiwa awal Islam yang kita faham kerana percanggahan fakta serta bukti yang dikemukakan oleh penulis.Desmond Stewart mengemukakan lima isi kandungan yang penting di dalam buku ini. Yang pertama, Messenger from God, dimana penulis menceritakan kenabian Nabi Muhammad dan perintah Allah yang wajib dipatuhi oleh umat yang menganutinya. Kedua, Five Pillars of Faith menceritakan pegangan prinsip orang Islam iaitu rukun Islam dan dikuatkan oleh pegangan rukun Iman. Ketiga, Time of Conquest menceritakan zaman penaklukan negara-negara di bawah penyebaran dakwah zaman kekhalifahan selepas kewafatan Baginda. Keempat, Golden age atau sama erti zaman keemasan dimana penulis menceritakan tentang kehebatan serta zaman kegemilangan Islam pada zaman Abbasiyyah dan Umayyah. Dan terakhir, penulis membincangkan juga Art of Many Peoples iaitu memperlihatkan sejarah keseneian Islam seperti ukiran, monumen, tulisan serta permaidani dan lain-lain lagi.Dapat disimpulkan, bahawa buku ini boleh dirujuk sebagai bahan untuk menganalisis sejarah-sejarah yang dicoretkan. Penting bagi setiap penulis mengemukakan bukti serta pedalilan yang benar bagi memastikan fakta atau sejarah yang tercatat adalah benar-benar belaka.

BAB 1 : A MASSENGER OF GOD

Pada permulaan penulisan topik ini mengupas tentang kenapa memilih semenanjung arab sebagai tapak pancaran agama islam. Beberapa fakta sejarah yang menarik berkaitan pemilihan semenanjung arab sebagai tapak pancaran islam. Untuk mengetahui lebih mendalam, pertama kita mestilah mengetahui keistimewaan bangsa arab dan perangai serta tata penghidupannya sebelum islam dan keadaan muka bumi dan persekitarannya.Kemudian barulah kita bandingkan dengan bangsa-bangsa yang hidud sezaman dengannya romawi, greek dan india tremasuk adat resam, tatasusila dan keistimewaan tamadun mereka. Bangsa bangsa arab yang hidup di sekitar tanah arab sebelum islam boleh dikatakan telah dikuasai oleh dua Negara yang gagah iaitu parsi dan romawi dan disenaraikan yang kedua pula ialah greek dan india. Merujuk pada zaman tersebut parsi adalah tempat berlakunya pertarungan agama dan falsafah yang beranika corak.Hal ini kerana pembesar dan pemerintah pada zaman tersebut menganut agama Majusi yang mana antara ajarannya ,anak perempuan atau adik dan saudara perempuannya. Begitu juga dengan kerajaan Romawi yang jiwanya semangat penjajahan dan bergelut dalam persengketaan agama dan pihak Kristian negeri syam ataupun Syria dan Mesir.Ia bergantung dengan tentera dan cita-cita berkobar-kobar dalam rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk disesuaikan dengana matlamat mencapai cita-cita.Begitu juga,Greek yang tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi faedah dan natijah yang berguna sekali. Negara india pula permulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemorosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan. Berbanding kita melihat semenanjung Arab pada masai itu,merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh terpencil dari gejala-gejala uru hara .Melihat pada bangsanya tidak pernah merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi. Mereka juga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beranika seperti Greek Tua yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat. Dalam topik ini,setelah diceritakan tentang pemilihan tanah Arab sebagai tapak pancaran islam,ditulis tentang hubungkait dakwah Nabi Muhammad dengan dakwah para Anbiya yang terdahulu adalah untuk memperkuatkan dan memperkemaskan seterusnya sebagai simpulan dan penutup. Dalam topik ini menyimpulkan dakwah para anbiya seluruhnya berasaskan dua perkara iaitu akidah dan kepercayaan dan perundangan dan akhlak. Kemudian diceritakan berkaitan tentang penerimaan wahyu,yang mana ia memberi implikasi terhadap seluruh hakikat dan akidah islamiyah ,memahami serta mempercayai dengan penuh yakin. Ia merupakan titik tolak dan pengenalan yang semestinya kearah mempercayai segala apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w seperti perkhabaran ghaib dan suruhan syariat . Oleh yang demikian seteru-seteru islam yang professional menimbulkan persoalan-persoalan tentang wahyu yang diturunkan dan melipatgandakan segala tenaga pemikiran untuk mengelirukan umat islam terhadapa kebenaran wahyu. Begitu juga mereka dapat memasukan racun-racun yang begitu bias yang pernah dicanangkan iaitu segala syariat prinsip kepercayaan islam adalah ciptaan nabi Muhammad s.a.w sendiri. Mengenai pemberhentian sementara penurunan wahyu, kemudian disambung semula selepas enam bulan atau lebih itu mengandungi mukjizat Ilahi yang mendalam. Ianya merupakan suatu tempelak kepada penyerang-penyerang akidah yang telah menganalisa wahyu yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w yang bersumberkan dari dalam jiwa. Suatu perkara yang perlu diimani sesungguhnya Rasulullah s.a.w terkenal dikalangan kaumnya sebagai seorang yang amanah, lebih-lebih lagi dengan diri sendiri baginda yang lebih teliti sewaktu menerima wahyu dan mengkaji secara mendalam agar tidak langsung berbaur syak wasangka.

BAB 2 : FIVE PILLARS OF FAITHMenurut penulis, di dalam Islam, wujud lima tiang seri yang menjadi asas kepada kekuatannya. Ia dinamakan al-arkan al-Islam ataupun rukun Islam. Lima rukun itu ialah:1. Mengucap dua kalimah syahadah2. Mendirikan solat lima waktu3. Menunaikan zakat4. Berpuasa Ramadan5. Mengerjakan haji di BaitullahBerikut merupakan ulasan penulis mengenai rukun Islam: 1. Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua perkara. Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita.Namun, tidaklah cukup jika kita sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah ini, jika tidak memahami maksud dan tuntutan di sebalik pengucapannya. Bandingannya samalah seperti sighah (ijab dan kabul) semasa akad nikah dalam perkahwinan. Ucapan yang dilafaz itu, menatijahkan suatu tanggungjawab maha berat bagi sepasang suami dan isteri.Pesan Rasulullah SAW:Daripada Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia masuk neraka ataupun neraka membakarnya. (al-Bukhari dan Muslim)Hadis di atas menjelaskan, mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penuh kefahaman dan ketulusan, maka ia dapat menyelamatkan mereka daripada bakaran api neraka. Sebaliknya, mereka yang berpura-pura sahajalah, yang akan menjadi bakaran neraka Allah.Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, ia disertai dengan tiga perkara yang akan menjadi pembeza iman dan kufur, iaitu:1. Dikrarkan dengan lidah2. Ditasdikkan (diakui) dengan hati3. Dibuktikan dengan amal2. Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama. Ia jelas dipaparkan di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, misalnya:Ajaklah mereka (penduduk Yaman) menyaksikan (syahadah) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa aku utusan Allah. Jika mereka telah mematuhinya, maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam. (Hadis Daripada Muadz bin Jabal, riwayat Muslim)Menurut penulis, solat orang Islam yang dididirikan dengan sempurna, maka dapat mencegah diri si pelakunya daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu seksnya. Firman Tuhan:Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut (29): 45)3. Menunaikan zakat apabila cukup segala syaratnya. Zakat diindikasikan rukun ketiga, kerana ia sering digandingkan dengan solat demi menunjukkan Islam amat mengutamakan amalan ijtimai (kemasyarakatan) dalam kehidupan umatnya.Nabi menyatakan:Apabila yang demikian telah mereka lakukan (bersyahadah dan bersolat), sampaikanlah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah mewajibkan mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya lalu diberikan kepada orang-orang fakir, (Hadis Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim)Zakat adalah amalan yang mempunyai nilai ukhuwwah dan juga solidariti yang tinggi. Dalam buku ini juga menyatakan bahawa zakat juga mempunyai konotasi pembersihan harta, penyucian jiwa dan peningkatan peribadi yang terpuji. Orang yang istiqamah menunaikan zakat, maka mereka diberikan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan keuntungan di hari akhirat yang tidak ternilai harganya. Penulis juga menganologikan zakat seumpama perihal pinjaman di bank, dimana semakin banyak simpanan di bank, maka hasil dividen yang akan diperoleh semakin banyak. 4. Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang bersifat mendidik jiwa. Allah SWT sendiri mejamin akan memberikan pahala yang tidak terhad jumlahnya kepada mereka yang berpuasa, kerana amalan ini bersifat tersembunyi dan tidak dapat dilihat seperti solat, haji dan zakat. Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu sama ada dia berpuasa atau tidak, puasa yang yuk atau puasa apa maqamnya.

Rasulullah SAW menukilkan: Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakannya), (Riwayat Muslim)Berpuasa mampu melentur nafsu agar tunduk kepada Allah SWT. Bahkan puasa juga adalah suatu kaedah paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca segala penyakit.5. Menunaikan haji di Baitullah adalah kemuncak kepada rukun Islam yang lima. Ia menjadi bukti agung keIslaman seseorang, namun hanya mereka yang mampu sahaja diwajibkan. Dengan menunaikan haji, maka lengkaplah sudah rukun Islam kita.Dari Jabir bin Abdullah r.a, katanya:Kami pergi haji dengan Rasulullah SAW, bersama-sama dengan wanita dan anak-anak. Setelah sampai di Mekah, kami tawaf di Baitullah, saie antara Safa dan Marwah (Hadis Riwayat Muslim)Namun begitu, Nabi SAW sendiri hanya menunaikan haji sekali dalam usianya. Ini menunjukkan, yang penting bukan berapa kali naik haji melainkan hikmah dan iktibar di sebalik perlakuan haji. Jika rukun Islam yang lain, lebih lembut dan sederhana sifatnya, namun haji adalah perlakuan ibadah yang menzahirkan kesepaduan, kekuatan ummah dan kehebatan individu muslim.Sebab itulah haji mewajibkan ihram sebagai busananya, menzahirkan tubuh badan yang sihat dan kuat. Semuanya berihram, bukti kita ini hakikatnya sama sahaja tarafnya di sisi Allah SWT. Perlakuan haji juga memerlukan kekuatan tubuh badan, berlarian antara Safa dan Marwah, melontar ketulan batu, bermalam di Muzdalifah dan sebagainya.Paling agung, haji adalah kongres umat Islam sedunia. Tempat saling kenal-mengenali, mencipta kekuatan ummah dan juga medan pernyataan emosi yang tidak terbatas. Apa lagi yang tidak dinamakan demontrasi jika masing-masing mengelilingi Kaabah dan berarak sambil mengucapkan talbiyah.

BAB 3 :A TIME OF CONQUEST

A time of conquest atau era penaklukan merupakan bab yang menceritakan peristiwa setelah kewafatan Nabi Muhammad. Dalam bab ini penulis banyak menyatakan pandangan beliau sendiri dalam mentafsir sejarah islam. Rentetan daripada ulasan beliau, maka tidak hairanlah jika terdapat sejarah yang bertentangan dengan sejarah sebenar.Era penaklukan ini bermula selepas kewafatan baginda rasulullah atau pada abad ke 7 hijrah sehingga zaman keemasan islam yakni semasa zaman kerajaan abbasiyah. Awal tinta bab ini, penulis mendakwa bahawa segala masalah, kesulitan dan perbalahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam berpunca daripada kewafatan baginda rasulullah. Hal ini merujuk kepada perselisihan yang berlaku dalam kalangan sahabat semasa melantik pengganti rasulullah sebagai khalifah dan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam.Setelah kewafatan rasulullah, pentadbiran Islam diterajui oleh khulafa ar-rasyidin. Pemilihan khalifah adalah kaedah yang diajar diajar oleh baginda rasulullah. Pada hakikatnya Islam tidaklah menetapkan sistem tertentu dalam pemilihan seseorang khalifah atau pemimpin. Apa yang dituntut hanyalah agar dihormati konsep syura (Ali Imran: 159, Al-Syura: 38), iaitu seperti sistem demokrasi menurut fahaman biasa. Namun demikian terdapat sedikit kepincangan dalam penulisan penulis. Penulis mendakwa setiap khalifah yang dipilih membuat dasar dan keputusan pentadbiran berdasarkan semangat kesukuan yang melampau. Penulis telah membahagikan sistem pentadbiran berdasarkan zaman pentadbiran khulafa ar-rasyidin, zaman kerajaan Islam Umaiyyah dan Abbasiyyah. Zaman khulafah ar rasyidin penulis membahagikan bahagian menurut zaman pemerintahan khalifah Islam dan peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan tersebut. Sebagaimana yang kita sedia maklum, 3 daripada 4 khalifah Islam telah dibunuh akibat masalah dalaman yang menimpa umat Islam kesan daripada kelahiran pelbagai aliran faham mengenai pemilihan khalifah. 1. Zaman saidina Abu Bakar As-Siddiq r.aSebaik sahaja dilantik, khalifah Abu Bakar berdepan dengan cabaran yang sangat hebat. Namun demikian beliau masih meneruskan dakwah islam melalui penaklukan. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh saidina Abu Bakar ialah memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan golongan yang murtad.Selepas berjaya memerangi golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid, panglima perang yang dilantik Abu Bakar berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria dan menguasai kerajaan Rom atau Byzantine. Kejayaan demi kejayaan tentera Islam dalam misi penyebaran Islam dicemari dengan ulasan daripada penulis yang mendakwa bahawa antara faktor kejayaan tentera Islam adalah disebabkan perlantikan panglima perang Khalid bin Al-Walid, mendapat sokongan daripada penduduk daripada kawasan yang ingin ditakluk dan tentera Islam sering kali menggunakan teknik serang hendap terhadap musuh. Ketiga-tiga dakwaan ini sangat bertentangan dengan buku Khalid Bin Al-Walid karya Manshur Abdul Hakim.

1.1 Zaman Saidina Umar Bin Al-Khattab r.aNama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal. Beliau berketurunan Bani Adi daripada golongan Arab Quraisy. Tarikh perlantikannya sebagai Khalifah kedua kerajaan Islam ialah pada hari Selasa, 22 Jamadilawal tahun ke 13 Hijrah bersamaan 634 Masihi. Beliau telah memerintah selama 10 tahun 6 bulan hingga tahun 644 Masihi sebelum wafat di usia 63 tahun di bulan Zulhijjah bersamaan tahun 23 Hijrah.Berkenaan cara perlantikan beliau pula, Saidina Abu Bakar as-Siddiq telah menamakan beliau sebagai penggantinya ketika sedang sakit sebelum Saidina Abu Bakar wafat. Zaman ini merupakan zaman keemasan tamadun Islam terutamanya kerajaan Islam Madinah kerana polisi pentadbiran dan kelahiran beberapa pembaharuan dalam pentadbiran yang telah membawa banyak perubahan yang berjaya kepada kerajaan yang unggul pada ketika itu.Khalifah Umar berjaya menjaga kebajikan masyarakat dan menguruskan sistem pentadbiran dengan sangat rapi dan terancang. Beliau telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang dalam istilah perundangan moden dipanggil prinsip perasingan kuasa (separation of power). Meskipun caranya agak berbeza dengan fahaman dan amalan masa kini, tetapi Umar telah berjaya melaksanakannya apabila hakim diberi kebebasan untuk menjalankan tugas-tugasnya, tanpa dipengaruhi oleh kuasa-kuasa politik.Khalifah Umar sangat menjaga kebajikan anggota masyarakat melalui penubuhan Baitul-Mal sebagai sumber utama kewangan negara. Malah, orang bukan Islam turut mendapat keistimewaan jika membayar cukai dan tunduk dengan peraturan dan pentadbiran Islam. Buktinya ialah tanah yang dikuasai oleh tentera Islam akan dipulangkan kepada pemilik asal jika mereka berjanji untuk membayar cukai tanah dan usyr.Tidak semua yang dinukilkan penulis berdasarkan sejarah dan fakta yang sebenar. Hal ini kerana terdapat penyelewengan yang ditulis dalam peristiwa pembunuhan saidina Umar r.a. Penulis mendakwa bahawa golongan parsi yang membunuh Umar dan Umar telah selamat daripada tragedi itu bahkan mampu untuk menyiasat peristiwa tersebut.1.2 Zaman Saidina Uthman Bin Affan r.aKhalifah ketiga dalam kerajaan Islam Madinah ialah Saidina Uthman bin Affan atau nama sebenarnya ialah Uthman bin Affan bin al-Aus bin Umaiyah. Beliau berasal daripada keturunan Bani Umaiyah. Beliau telah dilantik pada tahun ke 23 Hijrah bersamaan 644 Masihi untuk menggantikan Saidina Umar al-Khattab yang wafat. Tempoh pentadbiran beliau sangat panjang iaitu selama 12 tahun.Zaman pemerintahan beliau boleh dibahagikan kepada 2 bahagian yakni tahap keamanan dan keagungan Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman Fitnatul-Kubra iaitu zaman huru hara. Pada zaman keamanan ini banyak sumbangan yang dilakukan beliau. Antaranya ialah mengadakan satu naskhah al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Zaman Fitnatul Kubra bermula apabila khalifah Uthman melantik gabenor dalam kalangan keluarga beliau sendiri. Malah, kelembutan beliau dalam pemerintahan Islam telah digunakan oleh golongan tertentu untuk mempengaruhi beliau dalam membuat sebarang keputusan. Beliau juga difitnah rentetan daripada ketiadaan beliau dalam menyertai perang tabuk. Kemuncak daripada isu ini beliau dibunuh oleh pemberontak yang datang setelah berlaku perselisihan. 1.3 Zaman Saidina Ali Bin Abi Talib r.aKhalifah terakhir dalam tamadun khulafah ar-Rasyidin ialah Saidina Ali bin Abi Talib. Beliau lahir pada 602 Masihi iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi Muhammad menjadi rasul. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad. Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib. Beliau berasal daripada keturunan Bani Hasyim dan merupakan golongan Arab Quraisy. Beliau telah berkhidmat sebagai khalifah selama hampir lima tahun.Zaman pentadbiran saidina Ali banyak penyelewengan yang dinukilkan penulis. Antaranya ialah beliau mendakwa saiditina Aisyah, Talhah dan Zubair bersepakat membentuk ikatan ketenteraan bagi menentang kekhalifahan Ali. Aisyah didakwa tidak puas hati dan berdendam dengan Ali rentetan daripada peristiwa fitnah zina yang diterimanya semasa kehidupan rasulullah. Penulis menggambarkan Ali merupakan salah seorang yang menyokong dan menyebarkan fitanh tersebut keatas dirinya. Talhah dan Zubair pula didakwa tidak berpuas hati dengan Ali disebabkan tidak dipilih menjadi khalifah.Penulis mendakwa atas alasan inilah tercetusnya peperangan Jamal. Aisyah membentuk pakatan tentera bersama Zubair dan Talhah bagi menjatuhkan Saidina Ali. Hal ini bertentangan dengan sejarah sebenar yang dinukilkan dalam Khalifah Islam hasil karya Raffar Mat. Saiditina Aisyah tidak pernah memusuhi Saidina Ali, bahkan tujuan perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan mengenai peristiwa pembunuhan Saidina Uthman. Namun demikian, berlaku salah faham yang akhirnya mencetuskan peperangan tersebut. Malah kesilapan Ali memecat gabenor berpengaruh yakni Muawiyyah memburukkan lagi zaman pemerintahan beliau. 1.4 Bermulanya pemerintahan Kerajaan UmaiyyahSelepas kematian Saidina Ali, tampuk pentadbiran Islam dipegang seketika oleh cucu rasululla yakni Saidina Hassan. Beliau sempat memerintah selama 7 bulan sahaja. Hal ini kerana beliau tidak menyukai perbalahan dan perpecahan yang semakin berleluasa dalam kalangan masyrakat Islam. Namun demikian, penulis mendakwa Saidina Hassan seorang yang tidak berwibawa dan tidak mempunyai kemahiran dalam pentadbiran. Beliau kemudiannya menyerahkan tampuk pemerintahan Islam kepada Muawiyah Bin Abu Sufyan. Maka lahirlah tampok pemerintahan berdasarkan sistem pemerintahan monarki.Semasa pemerintahan khalifah Yazid berlaku perselisihan antara umat Islam. Pada masa itu saidina Hussein menerima jemputan daripada penduduk Kufah bagi memegang pentadbiran Islam yang seterusnya. Khalifah Yazid mengarahkan gabenor Kufah untuk memerhatikan tindakan kumpulan ini. Namun penulis mendakwa khalifah Yazid mengarahkan Gabenor untuk memenjarakan dan membunuh Saidina Hussein. Penulis juga memaklumkann bahawa khalifah Yazid sangat gembira menerima kepala saidina Hussien. Hal ini bertentangan dengan sejarah. Khalifah Yazid berasa sangat dukacita mengenai peristiwa tersebut.

BAB 4: THE GOLDEN AGE

1. Zaman Khalifah Al Mahdi Bin Al MansurAl-Mahdi dilahirkan di Hamimah pada tahun 126 H. Sewaktu ayahnya al-Mansur mulai menjadi khalifah, al-Mahdi berusia 10 tahun dan Isa bin Musa sebagai putra mahkota bakal pengganti al-Mansur menurut perjanjian yang dibuat oleh Abul Abbas as-Saffah,tetapi al-Mansur berniat untuk mencalonkan anaknya menjadi penggantinya kelak. Lantaran itu beliau mengambil langkah-langkah untuk mengasuh dan mengajarnya tentang kepahlawanan dan cara-cara memimpin tentera.Ketika al-Mahdi menjadi khalifah,negara telah dalam keadaan stabil dan mantap,dapat mengendalikan musuh-musuh dan keuangannya pun telah terjamin. Ini menjelaskan bahawa zaman pemerintahan al-Mahdi terkenal sebagai zaman yang makmur dan hidup dalam kedamaian.Al-Mahdi telah memerintah supaya dibangun beberapa buah bangunan besar di sepanjang jalan yang menuju ke Makkah sebagai tempat persinggahan para musafir,memerintahkan supaya dibuat kolam-kolam air untuk kepentingan kelompok-kelompok kafilah dan haiwan ternakan mereka dan menubuhkan pos di antara kota Bagdad dan wilayah-wilayah islam yang terkemuka.Antara sumbangan yang dilakukan beliau ialah mendirikan kota Baghdad. Kota Baghdad berkembang seiring dengan zaman pemerintahan al-Mahdi. Kota itu menarik pendatang dari seluruh Arab, Irak, Suriah, Persia, dan daerah sejauh India dan Spanyol. Baghdad merupakan tempat tinggal orang Kristen, Yahudi, Hindu, dan Zoroastrianisme, di samping bertambahnya penduduk Muslim. Menjadi kota terbesar dunia di luar Tiongkok.Antara sumbangan terbesar semasa era ini ialah dalam usaha terjemahan. Khalifah al-Mahdi sangat mencintai ilmu sehingga memberikan peruntukkan yang besar bagi menggaji pekerja untuk menterjemah buku serta memasukkan elemen yang selari dengan syariat dan Ilmu Islam untuk memartabatkan Ilmuan Islam. 1.1 Jabatan WazirWazir yang terdiri daripada keluarga Barmakid berkuasa dalam mengurusi kewangan Negara, rakyat, dan pemerintahan dalam kekuasaan yang tidak terbatas. Sebagai wazir, mereka memiliki pengaruh besar pada pembentukan kerajaan di akhir abad ke-8. Yahya bin Khalid al-Barmaki adalah sangat berpengaruh. Dia diangkat sebagai guru dan mentor untuk anak muda Harun al-Rasyid, yang akan pergi untuk menjadi khalifah selama Abbasiyah memiliki zaman keemasan mereka. Di bawah bimbingannya, Harun al-Rasyid berhasil menjalin perdamaian dengan tetangga, pertumbuhan kekaisaran eksponensial ekonomi, perlindungan ulama, dan sistem infrastruktur yang disaingi bahwa Roma kuno. The Barmakid keluarga secara keseluruhan sehingga memiliki dampak besar pada bentuk politik dunia Muslim yang akan berlangsung selama berabad-abad.Hubungan antara wazir dan pemerintah ini berakhir dengan tragik. Kekuasaan dan pengaruh keluarga Barmakid menyebabkan khalifah Harun berasa terancam dan menggulingkan keluarga ini.1.2 Kekuasaan dan pengaruh golongan muktazilah dalam pentadbiranAliran Mutazilah sebagai salah satu aliran mutakallimin mempunyai peranan besar dalam sejarah pemikiran Islam. Aliran inilah yang pertama kali mempersenjatai Islam dengan falsafah dalam usaha mempertahankan Islam dari serangan-serangan luar.Dalam perkembangannya, aliran Mutazilah pernah memperoleh pengaruh dalam masyarakat Islam. Pengaruh itu mencapai puncaknya di Zaman khalifah-khalifah Bani Abbasiyyah, diakui sebagai mazhab rasmi yang dianut negara, khususnya pada masa al-Mamun. Hal ini karena al-Mamun adalah seorang murid dari Abu al-Hudzaih al-Allaf, seorang tokoh Mutazilah. Al-Mamun dan kaum Mutazilah mencapai hubungan yang serasi dalam ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan keagamaan, antara lain ajaran tentang kemakhlukan al-Quran. Kaum Mutazilah oleh penguasa diserahkan untuk melaksanakan dialog-dialog seputar al-Quran. Lantas, faham Mutazilah terutama ajaran tentang kemakhlukan al-Quran menjadi isu akidah yang dibahaskan oleh ulama. 1.3 Kemunculan ahli sufiPada abad ini lahir ahli sufi yang popular dalam sejarah Islam seperti Rabiatul Adawiyyah dan Hallaj. Rentetan daripada itu bermulanya ilmu penyucian jiwa melalui tarekat dalam usaha menyucikan kembali ajaran Islam yang dicemari oleh aliran falsafah.

Bab 5 : AN ART OF MANY PEOPLEDalam topik ini membincangkan tentang kesenian ini selari dengan fitrah manusia. Agama Islam merupakan agama fitrah bagi manusia. Oleh sebab itulah setiap ajaran yang telah disyariatkan kepada umatnya sudah semestinya bertepatan dan selari dengan fitrah semulajadi mereka. Jika diperhatikan, setiap manusia biasanya akan cenderung kepada hiburan, khususnya terhadap seni muzik. Muzik adalah suatu tuntutan fitrah manusia. Akan tetapi, untuk memenuhi kehendak naluri manusia ini, tidak semua jenis muzik dibenarkan oleh Islam.Oleh kerana itulah, para ilmuan Islam telah memperkenalkan muzik mengikut acuan Islam agar mereka tidak terpesong. Kesenian Islam telah mencapai tahap yang amat tinggi ketika era kegemilangan empayar Islam ketika dahulu. Malahan sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar cabang kesenian yang ada pada hari ini adalah sumbangan awal para ilmuan Islam. Mereka telah berjaya menghasilkan kerja seni yang luar biasa mutunya, malahan kekal hingga ke hari ini. Samada dari aspek seni muzik, seni khat,seni bina,seni sastera dan lainnya. Dalam pengkajian mengenai seni muzik, bangsa Yunani dikatakan perintis dalam bidang seni ini dan dipelopori oleh orang-orang Islam serta memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman kerajaan Abbasiyyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk diterima bekerja. Kesannya lahirlah ramai tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti al-Farabi, al-Kindi, Khalil Ibn Ahmad dan lainnya.ALATAN MUZIK ARAB1) Oud: Biasanya berbentuk pir, berleher pendek dan berpapan pada jari gitarnya, berukuran lima hingga enam sentimeter. Alat muzik ini dimainkan seperti gitar yang berbunyi kuat dan mikrofon yang fleksibel yang membuatnya sangat popular di dunia Arab dan Timur Tengah.2) Qanun: Alat muzik Arab yang mendatar dan mempunyai dua puluh enam tali pemetik yang dipetik seperti gitar. Ianya disusun ke nota asas daripada suatu skala yang dinaikkan atau diturunkan dengan menghentikan rentetan pada tali pemetik.3) Kaman: Bentuknya seperti biola Barat.4)Nay: Sebuah seruling buluh terbuka, ditiup dengan pelbagai mod dengan nada yang mendesah, mampu memghasilkan nada dinamik dan infleksi. Sering digunakan di samping alat muzik tablah.5) Tablah (Darbukkah, Derbouka): Sebuah drum tangan yang biasanya berbentuk pasu. Diperbuat daripada seramik atau logamKemudian dalam bab ini juga menceritakan tentang kebudayaan pada zaman Abbasiyah. Dalam Sejarah Kebudayaan Islam, dinasti Abbasiyah mengalami kemajuan yang amat pesat. Hal ini dapat dilihat dari seni pahat, seni ukir, seni sulam, seni lukis, seni suara, seni musik, seni tari, seni bahasa dan arsitektur. Perkembangan Sejarah Kebudayaan Islam pada masa dinasti Abbasiyah lebih maju dibandingkan dengan perkembangan pada masa dinasti Bani Umayyah. Sebab-sebabnya antara lain : Dapat dilihat dari segi faktor internal, yaitu perintah dari ajaran islam terhadap para penganutnya agar melakukan usaha-usaha dalam bidang kebudayaan, sehingga hari ini lebih maju dari hari kemarin. Dapat dilihat dari segi faktor eksternal, yaitu adanya kestabilan dalam bidang politik, kemakmuran dalam bidang ekonomi, adanya partisipasi dari para khalifah dan pejabat negara dan adanya akulturasi antara kebudayaan islam dan kebudayaan yang terdapat di wilayah kekuasaan islam seperti Persia, Hindu dan Yunani.

Kemajuan Sejarah Kebudayaan Islam pada masa Dinasti Abbasiyah dapat dilihat dari berbagai bidang seni, yaitu antara lain : Seni bangunanPada masa dinasti Abbasiyah telah dilaksanakan pembangunan kota-kota baru dan pembaharuan kota-kota lama dalam berbagai wilayah. Kota-kota baru yang dibangun, seperti Bagdad dibangun oleh khalifah Abu Jafar Al-Mansur dan Samara dibangun oleh khalifah Al-Mutasim , yang kemudian dijadikan ibukota negara yang sebelumnya kota Bagdad. Seni rupaBidang seni rupa yang mengalami perkembangan lebih maju pada masa dinasti Abbasiyah adalah seni pahat, seni ukir, seni sulam dan seni lukis. Seni suara, seni tari dan seni musikPada masa dinasti Abbasiyah seni suara, seni tari dan seni musik juga mengalami kemajuan. Hal itu ditandai dengan bermunculan penyanyi-penyanyi terkenal, didirikannya sekolah-sekolah musik dan pabrik-pabrik yang memproduksi alat musik serta dipentaskan seni tari di berbagai tempat. Seni bahasaKemajuan seni bahasa pada masa dinasti Abbasiyah ditandai dengan lahirnya para penyair terkenal, banyaknya para pengarang novel baik yang asli maupun terjemahan dan lahirnya seni drama.