doa sempena majlis solat hajat pmr spm 2011

Upload: jundi1975

Post on 11-Jul-2015

281 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT

Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya kami berhimpun pada malam ini adalah untuk memohon bantuan dan inayahMu dalam semua urusan kami, khususnya anak-anak didik kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 10 Lekir agar dapat menduduki peperiksaan PMR dan SPM dengan selamat sejahtera, sihat tubuh badan dan dapat mengingati semua mata pelajaran di sepanjang hari peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Maka jadilah Engkau ya Allah sebagai penolong ka sepanjang masa dan ketika, menolong kami menempuh masa yang getir buat anak-anak kami dan kayakanlah kami semua dengan kurnia-Mu supaya dengannya hanya kepada Engkau sahaja kami meminta-minta , tiada yang lain melainkan Engkau Ya Allah Rabbul Jalil. Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam sekitar Mukim Lekir ini akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.