10 hajat utama terhadap institusi masyarakat muslim

13
1 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI RAJA DALAM “WISH LIST” MASYARAKAT MUSLIM MUQADDIMAH Institusi Raja merupakan institusi penting dalam konteks menjamin kedaulatan Islam, kedudukan umat Melayu serta kepentingan kaum-kaum lain. Ia menjadi simbol serta sumber kekuasaan dan kewibawaan pemerintah tertinggi serta sumber kekuatan dan kestabilan untuk rakyat. Di samping itu, Institusi Raja berperanan penting sebagai penyemak dan penyeimbang terhadap pentadbiran negara demi kesejahteraan rakyat dan negara. Dalam konteks Islam dan umatnya pula, Institusi Raja menjadi tonggak utama melindungi hak agama dan hak umat Melayu berdasarkan pada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, mempertahankan Institusi Raja menyumbang pada jaminan survival untuk tamadun Islam dan umatnya (termasuk umat Melayu). Namun, Institusi Raja tidak terkecuali daripada berhadapan dengan cabaran. Senario sosiopolitik pada masa kini melakarkan cabaran lebih kompleks sehingga menuntut pada komitmen, ketegasan dan kewibawaan yang tinggi dalam kalangan Raja-Raja Melayu untuk menyempurnakan peranan yang dipertanggungjawabkan. Keunggulan sifat Institusi Raja, menjadikan peranan Raja begitu jitu terutama ketika menghadapi keadaan yang mendesak. Ciri-ciri keunggulan yang membezakannya daripada versi stereotaip, memperlihatkan keistimewaan keupayaan, menggabungkan tiga unsur kekuatan utama: Justeru, kejayaan yang tercipta sehingga kini adalah hasil daripada peranan bersepadu di antara tatanegara sosial dan sivil merangkumi gabungan Raja, Perlembagaan dan Islam.

Upload: others

Post on 29-Oct-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

1

10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI RAJA DALAM “WISH LIST”

MASYARAKAT MUSLIM

MUQADDIMAH

Institusi Raja merupakan institusi penting dalam konteks menjamin kedaulatan Islam,

kedudukan umat Melayu serta kepentingan kaum-kaum lain. Ia menjadi simbol serta

sumber kekuasaan dan kewibawaan pemerintah tertinggi serta sumber kekuatan dan

kestabilan untuk rakyat. Di samping itu, Institusi Raja berperanan penting sebagai

penyemak dan penyeimbang terhadap pentadbiran negara demi kesejahteraan rakyat

dan negara. Dalam konteks Islam dan umatnya pula, Institusi Raja menjadi tonggak

utama melindungi hak agama dan hak umat Melayu berdasarkan pada peruntukan

Perlembagaan Persekutuan. Justeru, mempertahankan Institusi Raja menyumbang pada

jaminan survival untuk tamadun Islam dan umatnya (termasuk umat Melayu).

Namun, Institusi Raja tidak terkecuali daripada berhadapan dengan cabaran. Senario

sosiopolitik pada masa kini melakarkan cabaran lebih kompleks sehingga menuntut

pada komitmen, ketegasan dan kewibawaan yang tinggi dalam kalangan Raja-Raja

Melayu untuk menyempurnakan peranan yang dipertanggungjawabkan. Keunggulan

sifat Institusi Raja, menjadikan peranan Raja begitu jitu terutama ketika menghadapi

keadaan yang mendesak. Ciri-ciri keunggulan yang membezakannya daripada versi

stereotaip, memperlihatkan keistimewaan keupayaan, menggabungkan tiga unsur

kekuatan utama:

Justeru, kejayaan yang tercipta sehingga kini adalah hasil daripada peranan bersepadu

di antara tatanegara sosial dan sivil merangkumi gabungan Raja, Perlembagaan dan

Islam.

Page 2: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

2

10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI RAJA DALAM “WISH LIST” MASYARAKAT

MUSLIM

Page 3: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

3

Hajat 1:

Membina keyakinan rakyat terhadap peranan Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja

itu sendiri.

Memahami dan menghayati konsep khalifah Allah SWT dan RasulNya di muka

bumi dengan beriltizam memenuhi peranannya dengan amanah serta berusaha

melestarikan peranan tradisi Raja-Raja Melayu.

Mengambil inisiatif-inisiatif yang boleh mengubah persepsi rakyat yang

sebahagian besar daripada mereka beranggapan bahawa peranan Raja sekadar

simbol sahaja serta peranan tugasan Raja-Raja Melayu terbatas pada tugas-tugas

keraian dan istiadat semata-mata.

Menunjukkan iltizam yang tinggi dalam melaksanakan pemerintahan yang adil

termasuk segi memelihara kedaulatan Islam, menjamin keamanan

negara/negeri, membela kebajikan rakyat serta menunaikan tanggungjawab

dengan menghayati prinsip khalifah di muka bumi.

Menjalinkukuhkan konsep Ketuanan Islam dan Ketuanan Melayu dalam memacu

usaha memartabatkan Islam dan membangunkan umat mithali dalam kalangan

masyarakat Islam/Melayu sebagai umat peneraju dan pendahulu dalam segenap

aspek.

Hajat 2:

Mempertahankan kedaulatan dan kemuliaan Islam.

Mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan

melaksanakan peranan sebagai Ketua Agama yang berupaya melindungi Islam

dan umatnya.

Menjadi pendukung utama dalam pelaksanaan hukum Islam dan menjamin

kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Memelihara aqidah umat Islam daripada dicemari oleh ajaran sesat,

kepercayaan-kepercayaan lama dan pegangan kolot yang berpunca daripada

tafsiran-tafsiran tidak tepat mengenai ajaran Islam serta fahaman Barat yang

menyimpang.

Page 4: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

4

Melindungi kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan termasuk menghalang

cubaan memurtadkan umat Islam dalam gerakan pengembangan agama bukan

Islam melalui peruntukan undang-undang dan bidang kuasa Raja-Raja Melayu.

Hajat 3:

Memposisikan diri dan menjadi contoh mithali kepada rakyat dalam aspek-aspek

kritikal dan menyentuh jiwa dan pemikiran rakyat.

Mendalami ilmu agama dan mengamalkan sekurang-kurangnya ajaran Islam

yang asas untuk diri dan keluarga.

Menyerlahkan watak tegas, berpegang pada ajaran Islam, kaya ilmu, luas

pengalaman, tinggi nilai kemanusiaan, bijak dan adil.

Menghindari daripada memiliki keperibadian, akhlak, tingkah laku dan tutur

bicara yang boleh mencemarkan nama baik serta imej diri, Islam, Melayu dan

Institusi Raja.

Mengamalkan sikap dan kecenderungan pada nilai kesederhanaan dalam

segenap aspek kehidupan, pendirian, keputusan dan tindakan.

Meletakkan hak rakyat pada tempatnya dan bersedia untuk menerima sembah

nasihat jika terdapat sebarang kekhilafan yang boleh mencemarkan nama baik

serta mengikis keyakinan rakyat terhadap Institusi Raja.

Menonjolkan ketokohan segi pemerintahan dan ciri-ciri Raja berjiwa rakyat

dalam hubungan dengan pembesar-pembesar negara/negeri, penguasa-

penguasa bawahan dan rakyat jelata.

Menggunakan hikmah kebijaksanaan, kewarasan dan menjaga protokol, adat

serta peradaban Islam dan umat Melayu yang tinggi dalam menangani masalah-

masalah politik dalaman istana, masalah Raja-Raja serta golongan istana yang

hilang pertimbangan segi tindakan rasional atau moral yang boleh mencemarkan

imej Institusi Raja.

Page 5: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

5

Hajat 4:

Menjadi penaung kepada para ulama’ dan umara’ untuk berdakwah dan

mentadbir negara.

Memainkan peranan penting dan komited dalam mengangkat imej serta identiti

Islam yang tulen dalam pemerintahan/pentadbiran dengan dibantu oleh

golongan umara’ (pemimpin) dan ulama’.

Mempraktikkan konsep musyawarah bagi menterjemahkan pemerintahan yang

adil lagi berwibawa dengan memanfaatkan perundingan dan perbincangan

dengan para umara’ dan ulama’ yang telus dan adil.

Menyokong para umara’ dan ulama’ untuk menjalankan tugas dan peranan

masing-masing dengan lancar dan aman.

Menaungi dan mempertahankan tugas serta pelaksanaan amar ma’ruf nahi

mungkar bagi memperkasakan tamadun dan budaya Islam serta membanteras

unsur-unsur kebatilan, kemungkaran dan kemaksiatan.

Mewujudkan para ulama’ dalam kalangan kaum kerabat Raja-Raja Melayu itu

sendiri supaya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang rumit, yang

melibatkan kepentingan Institusi Raja, Islam dan umat Islam/Melayu, para

ulama’ dalam kalangan Raja-Raja Melayu boleh dijadikan sebagai rujukan dan

diminta khidmat nasihat.

Hajat 5:

Memainkan peranan atas kapasiti Ketua Agama Islam negara/negeri (dengan

turut menolak permainan golongan politik) dalam melindungi dan memelihara

kedaulatan Islam dan kepentingan umatnya/orang Melayu.

Mengkehadapankan peranan Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja dalam

menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh agama Islam dan umatnya supaya

mengubah persepsi masyarakat bahawa Institusi Raja hanya sebagai simbol

sahaja kerana hakikatnya sebarang pendirian, keputusan dan tindakan dicatur

oleh golongan politik.

Page 6: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

6

Menyatakan penegasan menolak sebarang campur tangan politik dalam

menjamin kedaulatan Islam terpelihara dan kepentingan umat Islam terbela

mengikut peruntukan undang-undang dan bidang kuasa Raja-Raja Melayu.

Memberi teguran secara tegas kepada para pemimpin yang menampakkan

kecenderungan berkompromi dengan pihak berkepentingan tertentu

terutamanya sanggup menggadaikan prinsip serta kedudukan Islam.

Hajat 6:

Mempamerkan kebersamaan bersama umat Islam dalam mempertahankan Islam

dan umatnya yang diancam oleh musuh-musuh Islam.

Memelihara dan mempertahankan fahaman, pegangan dan amalan umat Islam

yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Melindungi umat Islam daripada sebarang unsur atau pengaruh yang boleh

mengancam agama dan keselamatan mereka dengan memastikan jentera agensi-

agensi berkaitan menjalankan peranan masing-masing secara berefikasi.

Memerangi sebarang agenda musuh-musuh Islam termasuk individu-individu

atau pihak berkepentingan yang berniat untuk menyimpangkan aqidah umat

Islam dengan menitahkan perintah supaya tindakan segi pemantauan serta

penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara cekap dan berterusan.

Memberi sokongan dan keutamaan terhadap usaha mempasakkan jati iman dan

penghayatan agama dalam kalangan umat Islam serta inisatif pemulihan dan

pengukuhan iman dalam kalangan golongan yang pernah tersasar daripada

landasan Islam.

Hajat 7:

Menginsafi bahawa sebarang unsur atau campur tangan asing mampu mencabar

atau menggugat Institusi Raja.

Mempunyai kumpulan penasihat yang beriman, berintegriti dan mempunyai

kepakaran dalam bidang-bidang kritikal khususnya segi kemampuan

Page 7: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

7

menjangkakan senario, mengusulkan mitigasi perebakan masalah serta memberi

penyelesaian kepada permasalahan yang berkaitan dengan kepentingan Islam

dan ummah.

Menyedari tentang kemahiran dan kelicikan pihak Barat untuk melakukan

penaklukan dalam pelbagai aspek ke atas umat Islam antaranya dengan

melancarkan perang saraf dan propaganda berterusan termasuk memburuk-

burukkan imej Islam dan umatnya.

Menutup ruang dengan segera kepada musuh-musuh Islam dan agen-agen

strategiknya yang berusaha mencetuskan revolusi sosial seperti mempergiatkan

demonstrasi dan propaganda dalam kalangan masyarakat tempatan negara

sasaran.

Menanam iltizam dengan mendahulukan usaha dan komitmen ke arah

mempasakkan semangat mempertahankan Islam, umat Melayu dan negara bagi

menghalang sentimen menyanjung ideologi-ideologi, nilai dan budaya hidup

daripada Barat terus menguasai umat Islam/Melayu sehingga menjadi hamba di

tanah air sendiri.

Memegang pada prinsip tidak mudah goyah, tunduk mahupun mengalah apabila

berhadapan dengan musuh-musuh kepada Institusi Raja dan umat

Islam/Melayu.

Menunjukkan ketegasan kepada pihak yang berusaha memperlekeh dan

memperkecilkan Institusi Raja serta menindas umat Islam/Melayu.

Hajat 8:

Mendampingi rakyat serta meninjau dan menyelami secara dekat permasalahan

rakyat termasuk berkaitan dengan pembangunan Islam dan permasalahan

ummah.

Menampilkan imej seorang pemerintah yang prihatin, peka dan mengambil berat

akan tanggungjawab sosial dan bersemangat patriotik kepada negara bangsanya

serta mempunyai jiwa yang dekat dengan Islam.

Page 8: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

8

Memberi jaminan bahawa Kerajaan (Persekutuan/Negeri) memberi komitmen

dan mempergiatkan inisiatif untuk mengatasi kemunduran umat Islam dalam

pelbagai aspek supaya dapat menyaingi pencapaian golongan bukan Islam.

Mendengar keluhan rakyat yang dihimpit pelbagai permasalahan dan kurang

menerima pembelaan dengan menggunakan pengaruh kedudukan dan bidang

kuasa yang dimiliki untuk membantu rakyat bebas dari tekanan permasalahan

mahupun desakan hidup.

Menemui dan beramah mesra dengan rakyat secara lebih kerap melalui

program-program rakyat seperti Solat Jumaat, program-program ilmu,

perasmian projek-projek pembangunan rakyat dan sebagainya.

Hajat 9:

Memperkasakan Institusi Raja bagi menjayakan agenda mengembalikan jiwa,

semangat, maruah dan kedaulatan Islam dan umatnya serta menghormati

kontrak sosial yang termetri.

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Raja-raja

Melayu sebagai tonggak kedaulatan Islam dan bangsa Melayu.

Menterjemahkan peranan dan kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak-hak di

bawahnya termasuklah; (i) hak istimewa, kedaulatan dan kemuliaan Raja-Raja

Melayu, (ii) kedudukan Islam sebagai agama Perlembagaan, (iii) bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan, (iv) hak istimewa orang Melayu, dan (v)

kepentingan sah kaum-kaum lain.

Mempunyai kumpulan pakar rujuk Diraja yang terdiri daripada ulama’,

pemimpin, ahli pemikir, pakar-pakar dalam bidang yang relevan dan kritikal,

cendekiawan dan budayawan yang jelas mengenai peranan mereka dan bersikap

telus dalam memberi pandangan dan jalan penyelesaian.

Page 9: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

9

Hajat 10:

Mempertahankan Institusi Raja dan menyambung tradisi kepemimpinan yang

berperanan menaungi kedaulatan Islam dan kepentingan umatnya.

Menghayati serta menghargai bahawa corak pemerintahan beraja mempunyai

legitimasi yang kukuh dalam ajaran agama Islam.

Menampilkan imej kesatuan dan perpaduan Raja-Raja Melayu apabila

berhadapan dengan krisis-krisis yang melibatkan Institusi Raja mahupun krisis-

krisis yang melibatkan umat Islam dan bangsa Melayu.

Menasihati antara satu sama lain tentang kepentingan memenuhi peranan yang

diamanahkan dan peri pentingnya menjalankan tanggungjawab menjaga

kedaulatan Institusi Raja.

Memanfaatkan Majlis Raja-Raja sebagai saluran untuk menangani masalah yang

melibatkan politik dalaman pihak istana dan sebagainya demi menjaga

kepentingan rakyat dan kemuliaan Institusi Raja.

PENUTUP

Institusi Raja mempunyai peranan yang amat besar dan penting untuk menjamin

kedaulatan Islam dan umatnya. Dalam konteks Malaysia, peranan dan kepentingan

Institusi Raja tersebut turut diterjemahkan menerusi peruntukan Perlembagaan

Persekutuan, antaranya termasuklah:

Page 10: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

10

Berdasarkan beberapa peruntukan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa Institusi Raja

mempunyai kuasa yang melangkaui parti politik dalam hal yang berkaitan agama Islam.

Setiap keputusan dan titah perintah daripada Raja-Raja Melayu wajib dipatuhi oleh

semua pihak, termasuklah pihak kerajaan mahupun pembangkang, walaupun masing-

masing ada kepentingan politik yang tersendiri.

Institusi Raja adalah simbol pada kemerdekaan dan agama Islam itu sendiri. Banyak

kelebihan dan peranan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk

Raja-Raja memainkan peranan menjamin kedudukan dan kedaulatan Islam di Malaysia.

Ringkasnya, agama Islam diberikan ruang yang cukup luas di Malaysia dan dipelihara

oleh sebuah institusi secara khusus terutama segi berhadapan dengan ancaman-

ancaman yang boleh menjejaskan Islam dan umatnya.

Page 11: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

11

Beberapa Tuntutan Utama Yang Perlu Dilaksanakan Oleh Seorang Pemerintah

Kepada Masyarakat Muslim

Beberapa Sandaran Mengenai Tanggungjawab Pemerintah Dan Rakyat

Page 12: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

12

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada

ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara

manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan

(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya

Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada

Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka

hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Qur’an) dan (as-Sunnah)

RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah

lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah An-Nisaa’; 4:58-59)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

(Surah Al-Mu’minuun; 23:8)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Yang dimaksudkan dengan pemimpin umat Islam adalah para khalifah dan selainnya dari

kalangan para pemimpin yang memegang tanggungjawab menguruskan hal ehwal umat

Islam (masyarakat).

(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan

memuliakannya pada Hari Kiamat.

(Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Page 13: 10 HAJAT UTAMA TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT MUSLIM

13

Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada

hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan).

(Hadis Riwayat Muslim)

Inti Pati Bustan Al-Salatin (Fasal Ketujuh Hingga Fasal Keempat belas)