doa sempena majlis penutup kursus

Upload: noharashin

Post on 10-Oct-2015

116 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Doa

TRANSCRIPT

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL

.Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atasiradatdanqudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada petang yang berbahagia ini, di dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor.Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini. Juga jadikanlah kami dalam kalangan insan yang berdikari, mandiri dan mempunyai jati diri yang berkualiti.Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketaqwaan.Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah. .