doa sempena majlis maulidurrasul

Upload: daq7676

Post on 10-Mar-2016

191 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

doa

TRANSCRIPT

DOA SEMPENA MAJLIS MAULIDURRASUL

DOA SEMPENA MAJLIS MAULIDURRASUL

, Allahumma Antal Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, bersempena Majlis Maulidurrasul, merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan nimat Mu yang tidak terhingga.

Allahumma Antal Hasibul Jalil,

Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. JusteruBerkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah segala usaha kami di sekolah ini, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.

Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan kemuliaan sunnah nabi Muhammad s.a.w., Muliakanlah kami dengan cara hidup baginda rasululullah s.a.w. Ya.. Allah, Peliharalah kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap nabi akhir zaman. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan keazaman untuk mengamalkan sunnah rasulMu dalam kehidupan.Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat. . . . .