doa selesai akad nikah

2
“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami” “Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari

Upload: farhan-othman

Post on 27-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

doa

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Selesai Akad Nikah

“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-

pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-

Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah

Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan

isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-

Mulah kami memohon pertolongan.

Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau

berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami

sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang

lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk

memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi

Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi

Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-

anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan

dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang

hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami

daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan

kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami

akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki

yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan

anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan

bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku,

ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau

redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan

kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh

sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-

Page 2: Doa Selesai Akad Nikah

anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan

malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang

batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak

kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan

mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami,

cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya

Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu

dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”