doa khatam al quran

2
Doa Khatam Quran (dan boleh di amalkan sebagai doa harian) Ya Allah, rahmatilah aku dengan Quran, jadikanlah ia sebagai pimpinan, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa yang aku lupa daripadanya, berikanlah ilmu apa yang belum aku ketahui mengenainya, rezekikanlah (anugerahkanlah) kepadaku untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang, jadikanlah ia sebagai hajat bagiku wahai Tuhan seru sekalian alam… Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku, perbaikilah bagiku duniaku kerana didalamnya aku hidup, perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku, jadikan kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai istirehatku dari segala kejahatan… Ya Allah, jadikanlah sebaik2 umurku pada penghabisannya, dan sebaik2 amalku adalah penutupnya dan sebaik2 hari bagiku adalah hari berjumpa denganMu… Ya Allah, aku memohon kepadamu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka ‘aib… Ya Allah, aku memohon kepadaMu sebaik2 permohonan, sebaik2 doa, sebaik2 kejayaan, sebaik2 ‘ilmu, sebaik2 ‘amal, sebaik2 pahala, sebaik2 kehidupan, sebaik2 kematian, teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku, qabulkanlah solatku, ampunilah segala kesalahanku, aku memohon ketinggian syurga… Ya Allah, aku memohon kepadaMu keharusan mendapatkan rahmatMu dan keteguhan pengampunanMu, keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka… Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami dari kenistaan hidup di dunia dan siksaan akhirat… Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami ketakutan kepadaMu yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepadaMu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurgaMu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami, berilah kenikmatan

Upload: mohamad-zulkurnai-ghazali

Post on 13-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Khatam Al Quran

Doa Khatam Quran(dan boleh di amalkan sebagai doa harian)

Ya Allah, rahmatilah aku dengan Quran, jadikanlah ia sebagai pimpinan, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa yang aku lupa daripadanya, berikanlah ilmu apa yang belum aku ketahui mengenainya, rezekikanlah (anugerahkanlah) kepadaku untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang, jadikanlah ia sebagai hajat bagiku wahai Tuhan seru sekalian alam…

Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku, perbaikilah bagiku duniaku kerana didalamnya aku hidup, perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku, jadikan kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai istirehatku dari segala kejahatan…

Ya Allah, jadikanlah sebaik2 umurku pada penghabisannya, dan sebaik2 amalku adalah penutupnya dan sebaik2 hari bagiku adalah hari berjumpa denganMu…

Ya Allah, aku memohon kepadamu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka ‘aib…

Ya Allah, aku memohon kepadaMu sebaik2 permohonan, sebaik2 doa, sebaik2 kejayaan, sebaik2 ‘ilmu, sebaik2 ‘amal, sebaik2 pahala, sebaik2 kehidupan, sebaik2 kematian, teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku, qabulkanlah solatku, ampunilah segala kesalahanku, aku memohon ketinggian syurga…

Ya Allah, aku memohon kepadaMu keharusan mendapatkan rahmatMu dan keteguhan pengampunanMu, keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka…

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami dari kenistaan hidup di dunia dan siksaan akhirat…

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami ketakutan kepadaMu yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepadaMu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurgaMu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami, berilah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah dia sebagai peninggalan kami, jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami, tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami, janganlah Kau jadikan dunia sebagai kehendak kami paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami, janganlah Engkau beri kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami…

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa2 pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya, janganlah Engkau tinggalkan kesusahan pada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya, janganlah Engkau tinggalkan hutang2 kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan suatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai zat Yang Maha Mengasihani…..