doa kawin

2
Ya Allah, pada pagi yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka. Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah. Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu. Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan. Sungguh benarlah firmanMu Ya Allah: 21. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan cinta sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya. Engkau semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah pasangan ini merpati dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau tegakkanlah pintu ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit

Upload: ciptho

Post on 27-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

doa kahwin

TRANSCRIPT

Ya Allah, pada pagi yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu

bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan

selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan

sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan

keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.Ya

Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan

pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap

dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta

berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan

keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar,

seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda

Muhammad s.a.w & Khadijah. Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga

menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

Ya Rahman Ya Rahim,

Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana

mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan

akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini

keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan

ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan. Sungguh benarlah firmanMu Ya Allah:

21. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan

untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan

hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas

kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan

kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan cinta

sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya. Engkau semaikanlah

putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah pasangan ini merpati

dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau tegakkanlah pintu ketenteraman dan

kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai yang melanda. Ya Allah, engkau

anugerahkanlah pepohon cinta yang berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit

cinta mereka keranaMu ya Allah. Kami merakamkan ucapan Barakallahulakuma Wa Baraka’Alaikuma Wa

Jama’a Bainakuma Fil Khair (Mudah-mudahan Allah melimpahkan barakah kepada pasangan yang

diraikan perkahwinan mereka hari ini dan semoga Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas mereka dan

mempertemukan mereka dalam kebaikan.

Segala puji-pujian adalah milik Allah. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan kepadaMu

Ya Allah. Kami berlindung kepada Mu Allah daripada segala kesalahan dan keterlanjuran kami. Sesiapa

yang dianugerahkan hidayah oleh Allah s.w.t., maka tiada seorangpun yang mampu menyesatkannya.

Barang siapa yang disesatkanNya, maka tiada seorangpun yang memberi petunjuk kepadanya. Kami

bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya

dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba dan rasulNya. Bersempena dengan

majlis walimah ini, kami memohon inayah dan rahmatMu.

Kami mohon keampunan dosa dosa kami ya Allah, keampunan dari dosa yang sengaja kami lakukan dan

dosa yang tidak sengaja kami lakukan. Dosa yang kami lakukan sejak kami kecil ya Allah sehingga kami

dewasa ya Allah.

Rahmatilah kehidupan kami ini ya allah, panjangkan lah umur kami dalam keredhaan kamu ya Allah.

tenangkanlah kehidupan kami dengan keberkatan dan kerahmatan kamu. Jadikanlah keluarga kami,

keluarga yang penuh dengan sakinah ya Allah. Ketenangan yang turun daripada kamu ya Allah diberikan

dalam kehidupan keluarga kami ya Allah.

Rabbana..