doa hari anugerah cemerlang

2
Doa Hari Anugerah Cemerlang Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, Ya Tuhan kami, Di hari yang barakah ini, kami rasa bersyukur tidak terhingga atas segala Rahmatmu kepada kami. Jadikanlah kami sebagai hambamu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang beramal soleh, dan berakhlak mulia. Ya ALLAH, Ya Karim Sempena Majlis anugerah cemerlang ini, jadikanlah mereka pelajar yang pintar, pelajar yang bijaksana, pelajar yang cerdik serta bertaqwa kepadamu ya Allah, dan menjadi harapan untuk Negara pada masa hadapan. Ya ALLAH Yang Maha Pengampun Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini

Upload: kak-ana

Post on 11-Nov-2015

313 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Doa Hari Anugerah CemerlangSegala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabatnya.Ya Allah, Ya Tuhan kami,Di hari yang barakah ini, kami rasa bersyukur tidak terhingga atas segala Rahmatmu kepada kami. Jadikanlah kami sebagai hambamu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang beramal soleh, dan berakhlak mulia.Ya ALLAH, Ya KarimSempena Majlis anugerah cemerlang ini, jadikanlah mereka pelajar yang pintar, pelajar yang bijaksana, pelajar yang cerdik serta bertaqwa kepadamu ya Allah, dan menjadi harapan untuk Negara pada masa hadapan.Ya ALLAH Yang Maha PengampunJadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan dari sekolah. Dan Memberi semangat kepada pelajar-pelajar lain, untuk berusaha dengan gigih dan tekun untuk menjadi pelajar cemerlang pada masa akan datang.Ya ALLAH , Ya Maha Pemurahkurniakanlah kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, menyayangi ibu bapa serta guru-guru kami dan rakan-rakan taulan di Sk Petaling 1.