disleksia.doc

7
DISLEKSIA Murid-murid disleksia merupakan murid yang mengalami kesukaran untuk membaca kerana tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf itu sendiri, dalam bentuk suku kata atau pun dalam bentuk perkataan. ANTARA CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Upload: dinamaniyeoges

Post on 30-Sep-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

DISLEKSIA

Murid-murid disleksia merupakan murid yang mengalamikesukaran untuk membacakerana tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf itu sendiri, dalam bentuk suku kata atau pun dalam bentuk perkataan.

ANTARA CIRI-CIRI MURID DISLEKSIAMASALAH DALAM EJAAN-masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis

- sukar untuk membunyikan huruf vokal dan selalu meninggalkannya, contohnyacoulddiejacoldMASALAH DALAM INGATAN- bermasalah dalam ingatan jangka pendek

- sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan berpusing-pusiang dalam otak mereka

- selalu gagal dalam menyusun maklumat

- bermasalah dalam mengingati susunan hari, bulan, tahun, dan sewaktu dengannya

MASALAH DALAM MEMBACA- membaca terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat

- membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan keterbalikkan, kesan lingkaran cahaya, kesan bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi perkataan

- sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang sama, contohnya,formdisebutfrom- tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan

Kesan putaran

40 variasi perkataan CAT

MASALAH DALAM MENYALIN NOTA- lambat menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan

- keliru dengan abjad

- menulis terbalik contohnya "b" dan "d", "a" dan "c", "m" dan "w", "p" dan "q"

- menulis nombor terbalik, contohnya "12" ditulis "21"

CONTOH TULISAN TANGAN MURID DISLEKSIA

menulis abjad dan nombor secara terbalik

menulis keseluruhan ayat secara terbalik

menulis perkataan secara terbalik

MASALAH VISUAL MOTOR- memegang pensel dengan cara yang luar biasa, meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk semasa menulis

- sering memegang pensel dengan kuat sehingga mengalami kesakitan pada jari

- meletakkan kepala di atas meja untuk melihat hujung mata pensel semasa menulis

- sukar menulis di atas garis lurus

Sumber:Pengantar Pendidikan Khas